Jumaat, 7 Mac 2014

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Sanggup berhabis demi kereta cantik

Posted:

Sanggup berhabis demi kereta cantik

Sanggup berhabis demi kereta cantik

WARNA merah jambu sinonim dengan perwatakan seorang gadis yang manja dan penyayang. Namun, siapa sangka rona lembut ini turut menjadi warna kegemaran segelintir lelaki.

Antara kaum Adam yang meminati warna tersebut ialah Muhammad Haizad Arshad, 30, yang memilih warna merah jambu untuk menghiasi kereta kesayangannya, Daihatsu Mira.

Lebih menarik, kereta itu turut dihias bertemakan Hello Kitty. Hello Kitty merupakan watak fiksyen seekor anak kucing keluaran syarikat Sanrio di Jepun yang kemudiannya dipaten dalam bentuk patung permainan dan menjadi popular di seluruh dunia.

Muhammad Haizad amat teliti dalam pemilihan aksesori dalaman dan luaran keretanya itu.

Menurut Muhammad Haizad, kereta istimewa itu dibelinya di sebuah 'kedai potong' di Semenyih, Selangor pada tahun 2010.

"Kereta Daihatsu Mira dua pintu ini jarang dilihat di negara kita dan saya berasa bertuah memilikinya. Saya membeli kereta ini pada harga RM18,000.

"Untuk menjadikannya eksklusif, saya mengambil langkah berani dengan menghiasi kereta ini menggunakan tema Hello Kitty," katanya yang telah membelanjakan sebanyak RM28,000 untuk cat, menampal pelekat dan menambah aksesori.

Tambah Haizad, semua kelengkapan Hello Kitty itu merupakan koleksi tulen dari Jepun.


KERETA pameran Hello Kitty memerlukan penjagaan yang rapi.


Kereta tersebut dilengkapi enjin turbo L200S, paip ekzos tempahan khas, aliran kuasa HKS, laras depan dan belakang KW, brek asli L502, rim kereta Silverstone, lampu hias, serta pelekat Hello Kitty.

Bahagian dalam kereta turut dihiasi dengan aksesori tulen Hello Kitty seperti patung, tempat letak air, tempat duduk moden L500 Hello Kitty, stereng L500, gear kristal, papan pemuka L500 Hello Kitty, meter Apexi dan pengukur suhu air Defi.

Dalam pada itu, selain menganggap menghias kereta sebagai salah satu hobi pada masa lapang, Haizad turut membawa kereta Mira tersebut menyertai pertandingan auto show.

Pertandingan

Sehingga hujung tahun lalu, kereta tersebut telah menyertai lebih 100 pertandingan dan berjaya memenangi pelbagai bentuk trofi serta wang tunai.

"Ekoran pengubahusaian yang ekstrem, kereta ini perlu ditunda untuk menyertai pameran dan pertandingan. Pertandingan pertama yang saya sertai ialah hari konvokesyen Universiti Teknologi Mara, di Johor pada 10 Oktober 2010.

"Ketika itu, saya mendapat tempat kelima untuk kategori Hello Kitty. Sejak itu, saya rajin mencari maklumat tentang pameran dalam majalah kereta dan laman sosial," jelas kakitangan Jabatan Kerja Raya itu.

Anak bongsu daripada empat adik-beradik itu juga berkongsi minat dan mendapat sokongan daripada isteri tercinta, Kharyani Mohidin, 29.

Kharyani memberitahu, pada mulanya dia tidak meminati Hello Kitty dan sekadar menemani suaminya mencari aksesori.

Namun, selepas kereta suaminya memenangi beberapa pertandingan, guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah Cheras Perdana itu terus terpikat dengan kecomelan Hello Kitty.


ANTARA koleksi piala yang dimenangi oleh Haizad dalam pertandingan pameran kereta untuk kategori Hello Kitty.


"Setiap kali melihat patung Hello Kitty, saya pasti teruja dan membelinya untuk suami. Malah, baru-baru ini saya turut menolong suami mengecat sebuah bilik di rumah kami dengan warna merah jambu khas untuk koleksi Hello Kitty kami," katanya.

Selain mengumpul aksesori, Kharyani turut menjadi pengumpul baju Hello Kitty.

Menyewakan

Dalam pada itu, pasangan tersebut turut menyewakan kereta comel berkenaan kepada pasangan raja sehari atau acara-acara yang memerlukannya sebagai hiasan.

Tidak puas dengan sebuah kereta Hello Kitty, Muhammad Haizad bertindak menghantar kereta Perodua Kancil miliknya ke bengkel untuk dicat dengan warna merah jambu.

"Kereta kancil ini boleh digunakan di atas jalan raya kerana tidak diubah suai sepenuhnya dan masih mengikut standard Jabatan Pengangkutan Jalan.

"Kadangkala, isteri saya turut membawa kereta kancil Hello Kitty ini ke sekolah," katanya sambil menambah kerja pengubahsuaian itu menelan kos hampir RM20,000.

Menurut Muhammad Haizad yang bakal menimang cahaya mata pertama pada Ogos depan, kedua-dua kereta Hello Kittynya memerlukan penjagaan yang rapi.

Kereta perlu berada dalam keadaan bersih bagi mengelakkan cat dan pelekat tidak tertanggal.

Selain itu, kedua-dua kereta tersebut perlu ditutup dengan kain dan diletakkan di kawasan yang redup bagi memastikan warna aksesori dalaman tidak pudar.

Lain pula kisah dua sahabat yang berkongsi minat sama sejak di bangku sekolah menengah, Ramkumar Ganesan dan Hemendran Anpalagan yang masing-masing berusia 23 tahun.


TEMA Hello Kitty kian menjadi kegilaan ramai pemilik kereta pameran.


Kedua-dua mereka lebih meminati kereta yang dihias menggunakan watak-watak yang garang seperti Jokers dari filem Batman dan api inspirasi dari filem Fast and Furious.

Setiap seorang menghabiskan lebih RM70,000 untuk menghias kereta mereka seperti yang diidam-idamkan.

Ramkumar memberitahu, dia meminati pameran kereta sejak berusia lima tahun.

"Kereta ini diilhamkan daripada salah sebuah kereta dalam filem aksi Fast and Furious yang digunakan oleh pelakon terkenal, mendiang Paul Walker.

"Saya kemudian menambahkan elemen api bagi menampakkan ciri-ciri seorang lelaki maskulin dan tampak lebih bergaya," katanya ketika ditemui di pameran kereta yang diadakan oleh GM Event Management di Karangkraf, Shah Alam pada Februari lalu.

Bagi Hemendran, dia mula mengubah suai kereta sejak berusia 18 tahun.

Katanya, aktiviti itu memberikan kepuasan kepada dirinya setiap kali orang ramai yang melihat berasa teruja dengan pengubahsuaian dan corak kenderaannya.

Kereta tema Joker itu telah memenangi lebih 50 pertandingan dalam pameran kereta untuk kategori kit badan kereta terbaik.

Eksentrik kaki laram Congo

Posted:

Eksentrik kaki laram Congo

Eksentrik kaki laram Congo

TERDAPAT juga pakaian yang disumbangkan oleh diaspora Congo kepada pengikut sapeur di tanah air mereka.


REPUBLIK Demokrasi Congo, sebuah negara luas yang kaya dengan sumber ekonomi, sering dikaitkan dengan 'Perang Dunia' Afrika yang menyaksikan jutaan rakyat mati antara tahun 1998 dan 2003.

Sungguhpun keganasan sentiasa membelenggu negara kedua terbesar di benua Afrika ini, namun ada keunikan yang tidak diketahui dunia luar mengenainya iaitu fesyen.

Di sana, terdapat ikutan yang dikenali sebagai sapeur iaitu satu budaya melaram dalam kalangan lelaki yang diinspirasikan oleh pereka busana terbaik dunia.

Socite des Ambianceurs et des Personnes Elegantes yang memberi makna Persatuan Bercita rasa Tinggi ataupun Kumpulan Elegan telah diwujudkan Congo-Brazzaville pada tahun 1960-an.

Namun demikian, susur galur tradisi kaki laram ini boleh dikesan pada zaman kolonial ketika penduduk tempatan mula melihat rekaan elegan masyarakat Eropah.

Idea awal pengikut budaya ini ialah untuk menggayakan pakaian, kasut dan aksesori yang direka oleh pereka fesyen ulung seperti Jean Paul Gaultier, Louis Vuitton, Cerruti, Versace, Yohji Yamamoto, Issey Miyake dan Dolce & Gabbana.


BUDAYA sapeur iaitu satu budaya melaram dalam kalangan lelaki yang diinspirasikan rekaan busana terbaik dunia.


Tetapi di Congo, rekaan tersebut diberikan suntikan tempatan bagi memberikan keunikan penampilan yang tersendiri.

Pakaian yang sering diperagakan termasuk sut canggih, tali leher sutera, topi dan kaca mata.

Di ibu negara Congo, Kinshasha, yang kebanyakan 10 juta penduduknya dihimpit kepayahan hidup, ribuan pengikut sapeur memakai pakaian yang telah disumbangkan oleh diaspora Congo.

Menurut pakar sejarah seni, Lydia Nsambayi, kebanyakan golongan ekspatriat tersebut kini mengalami masalah kewangan dan tidak mampu memberi sumbangan yang diperlukan oleh anak-anak tempatan.

"Apabila pengikut sapeur menyedari mereka tidak boleh mengekalkan gaya hidup yang diamalkan selama ini lagi, mereka membeli pakaian berjenama di kedai-kedai pakaian terpakai, menggabungkan rekaan mereka dengan jenama terpilih mahupun menghasilkan jenama tersendiri," katanya.

Ada juga antara mereka yang memilih pakaian sedia dipakai seperti jenama pakaian dan aksesori terkemuka dari Sepanyol, Zara.

Bukan sekadar meraikan gaya, pada 10 Februari setiap tahun, pengikut sapeur akan memperingati pengasas pergerakan tersebut, Stervos Niarcos Ngashie yang telah mati pada tarikh tersebut pada tahun 1995 di sebuah penjara Perancis.

Pada hari tersebut, puluhan pengikut akan berpakaian terbaik mereka dan berkumpul di Tanah Perkuburan Gombe, utara Kinshasa yang menjadi lokasi persemadian hero mereka.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved