Rabu, 7 September 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Marsupial comel kegilaan remaja

Posted:

Marsupial comel kegilaan remaja

Marsupial comel kegilaan remaja

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

COMEL, lincah dan aktif. Demikian rangkai kata yang terpacul di mulut saat melihat haiwan kecil persis tupai yang menjadi kegilaan pencinta haiwan peliharaan eksotik masa kini.

Haiwan berbulu lembut yang manja berpaut di bahu seorang remaja itu digelar sugar glider. Kalau dibawa ke kawasan umum, ia pasti mencuri tumpuan khalayak, malah tidak hairan jika ada yang datang mengerumuni seolah-olah mahu mendekati 'selebriti'.

Sugar Glider atau nama saintifiknya Petaurus Breviceps merupakan haiwan marsupial kecil yang boleh ditemui di Australia, Tasmania, Indonesia dan Papua New Guinea.

Ia mendapat namanya kerana sifatnya yang menggemari makanan manis dan mempunyai membran peluncur menyamai tupai terbang.

Kemasukan haiwan nokturnal ini di Malaysia bermula sekitar awal tahun 2000 dan semakin mendapat tempat di hati pencinta haiwan sejak ia dipaparkan dalam rancangan dokumentari popular baru-baru ini.

"Sugar glider ini merupakan haiwan sosial dan memerlukan penjaganya meluangkan masa melayaninya selama tiga hingga empat jam sehari.

"Jika dibiarkannya tanpa belaian, haiwan ini akan sunyi dan akhirnya akan mencederakan dirinya dengan menggigit ekornya, bulu di perut dan kemudian memakan isi perutnya sendiri walaupun telah diberi makanan mencukupi," kata Mohd. Shaiful Akmal Salman, 32, yang merupakan pembekal aksesori dan pembiak baka sugar glider.


PEMILIK sugar glider perlu bersedia dengan maklumat mengenai penjagaan kesihatan, tempat tinggal dan juga dietnya.


Tambah anak kelahiran Muar, Johor itu, jika seseorang pemilik haiwan itu terlalu sibuk, mereka disarankan membela sepasang sugar glider bagi mengelakkan haiwan tersebut kesunyian.

"Jangan anggap memiliki sugar glider ini sebagai satu trend kerana ia memerlukan komitmen daripada penjaganya.

"Mudah dijaga atau tidak, itu terpulang kepada seseorang individu itu sendiri. Sekiranya seseorang itu rajin, tabah, sabar dan pandai mengatur jadualnya, maka penjagaan sugar glider ini mudah sahaja," ujarnya yang sudah tiga tahun menjalankan perniagaan melibatkan marsupial itu.

Buat persediaan

Tambah Shaiful, sebelum seseorang itu mahu menjadikan sugar glider sebagai haiwan peliharaan, perkara wajib yang perlu dilakukan ialah mengumpul maklumat mengenainya terlebih dahulu sebagai persediaan.

Selain mempunyai pengetahuan asas tentangnya, seseorang itu perlu tahu cara memilih sugar glider yang sihat, menyediakan sangkar setinggi tiga kaki, kantung tidur, permainan, botol air dan makanan khas.

"Haiwan yang unik dari aspek penjagaannya ini mempunyai banyak variasi warna. Paling lazim dibela orang adalah daripada jenis Classic Grey kerana ia murah dan mampu milik iaitu antara harga RM250 hingga RM350 seekor," ujar penuntut jurusan sains perubatan di Management and Science University (MSU) itu.

Antara variasi lain sugar glider ialah White Faced (RM2,500), White Faced Blonde (RM3,000), Ring Tail (RM7,500), Mosaic (RM7,500), White Mosaic (RM10,000), Creameino (RM15,000), Albino (RM15,000) dan Leucistic (RM15,000).

Tempoh bunting sugar glider mengambil masa selama 16 hari dan apabila lahir, anaknya akan tinggal di kantung ibunya (In Pouch) kira-kira dua bulan dan putus susu dua bulan selepas keluar kantung.

Anak sugar glider atau dipanggil `Joey' boleh dipisahkan daripada ibunya seawal dua bulan selepas keluar dari kantung ibunya (Out Of Pouch) tetapi sebaik-baiknya pada umur tiga bulan selepas keluar dari kantung.

Tempoh kematangan seksual bagi sugar glider adalah berbeza tetapi secara purata, sugar glider betina matang pada umur lapan bulan ke atas dan sugar glider jantan pada umur empat bulan ke atas.

Haiwan yang mempunyai jangka hayat selama 10 hingga 15 tahun itu membiak dua hingga tiga kali setahun mengikut musim. Ia biasanya menghasilkan seekor hingga dua ekor anak paling minimum dan empat ekor paling banyak.


HAIWAN eksotik ini aktif pada waktu malam.


Pemakanan seimbang

"Walaupun haiwan ini menyukai makanan yang manis, ia juga mempunyai diet khas yang tersendiri.

"Pemakanannya harus seimbang dengan mengambil kira nutrisi seperti protein (30-50 peratus), buah-buahan (20-30 peratus), sayur-sayuran (40 peratus) dan karbohidrat (15 peratus)," katanya sambil diet tersebut dibantu pemberian suplemen wombaroo protein tinggi (HPW).

HPW adalah diet yang paling senang untuk disediakan dan ia merupakan diet yang paling hampir menyerupai pemakanan sugar glider di dalam hutan.

Katanya, ramai yang tidak mengambil berat tentang pemakanan sugar glider sehingga menyebabkan haiwan kesayangan mereka itu sakit dan menghidapi masalah kesihatan seperti obesiti, katarak, buta, lumpuh kaki belakang dan jangkitan kuman.

Seorang peminat sugar glider, Shakirin Rahmat, 27, sehingga hari ini sudah berhabis RM3,000 demi haiwan kesayangannya.

Shakirin yang sudah dua tahun bertemankan sugar glider mula berminat terhadap haiwan tersebut apabila melihat foto rakannya dan sejak itu dia mula mencari maklumat mengenai haiwan tersebut selama setahun sebelum haiwan itu disunting menjadi 'buah hati'nya.

Percubaan pertamanya memelihara sepasang sugar glider berakhir dengan kisah sedih apabila kedua-duanya hilang gara-gara membela tanpa sangkar.

"Sejak itu saya lebih berhati-hati. Nak menjaganya mudah, sediakan sangkar yang sesuai dan luangkan masa bersamanya. Apabila kita sudah rapat, sugar glider ini akan kenal tuannya melalui bau dan tidak mahu dengan orang lain.

Merajuk

"Baru-baru ini, Chillue (nama sugar glider miliknya) berpaut pada badan saya dengan menaiki motosikal dari Damansara untuk pergi ke rumah Shaiful di Shah Alam.

"Setibanya di rumah Shaiful, Chillue merajuk kerana ada sugar glider lain pada masa itu. Ketika mahu pulang ke rumah, Chillue melompat daripada badan saya kerana merajuk," imbas Shakirin.

Hampir dua jam dia mencari-cari kelibat haiwan kesayangannya itu. Puas dicari di bawah kereta, motosikal dan di kawasan lapang sehingga dia hampir putus asa.

"Langkah terakhir, saya letakkan bonding pouch miliknya di atas jalan raya supaya dia pulang. Selepas hampir satu jam menunggu, saya terlihat ada sesuatu bergerak datang menghampiri kantung tersebut.

"Alangkah terkejutnya saya apabila menemui Chillue dalam keadaan kesejukan dan menggigil. Tanpa berlengah, saya terus berlari mendapatkannya," ujarnya yang mahu menjadi pembiak baka sugar glider pada masa akan datang.

Shakirin yang pernah membawa Chillue di dalam bonding pouch (kantung khas) ke kampungnya di Ipoh dengan menaiki motosikal memberitahu, haiwan cilik itu mula aktif bermula pukul 11 malam hingga pukul 8 pagi.

"Ia akan membuat bunyi bising seperti salakan anak anjing jika tuannya tidak mengeluarkannya dari sangkar untuk diajak bermain," ujarnya yang turut memberi haiwannya itu diet buah-buahan seperti betik, tembikai susu dan epal.

Begitupun sugar glider tidak menolak sebarang makanan yang diberikan, terdapat makanan yang tidak boleh diberikan kepada haiwan tersebut seperti coklat kerana ia boleh menjadi toksin kepadanya.

Kemelut pendidikan tinggi Amerika

Posted:

Kemelut pendidikan tinggi Amerika

Kemelut pendidikan tinggi Amerika


KEMELESETAN ekonomi sejak tiga dekad lalu mengubah gaya hidup rakyat AS.


PENINGKATAN mendadak yuran pengajian di Amerika Syarikat (AS) menjadi masalah serius dalam kalangan pelajar dan penduduk di negara itu yang kini berdepan krisis ekonomi terburuk sejak 1930-an.

Dalam tempoh sebulan yang lalu, pengurusan Universiti Michigan mengumumkan peningkatan yuran pengajian sebanyak tujuh peratus, Universiti Oklahoma menaikkan yuran sebanyak 4.8 peratus dan Universiti Nebraska pula sebanyak lima peratus untuk kemasukan pelajar-pelajar baharu.

"Kos yuran pengajian meningkat pantas berbanding kos-kos lain dalam eknomi negara ini, malah ia lebih pantas berbanding kos penjagaan kesihatan, kadar inflasi dan pendapatan keluarga," kata Pengasas National Center for Public Policy and Higher Education, Patrick Callan.

"Apa yang kita lalui dalam kemelesetan ekonomi hari ini ialah peningkatan trend yang berlaku sejak tiga dekad lalu menyebabkan kos itu terpaksa ditanggung oleh rakyat."

Kemarahan rakyat terhadap pemotongan bajet pendidikan menyaksikan berlakunya tunjuk perasaan pada Mac dan April lalu. Situasi itu jelas memberi tekanan kepada golongan pelajar yang kini bergelut dalam menangani beban kewangan yang kian bertambah.

Situasi yang sama turut dirasai seorang penuntut baharu di Universiti Middle Tennessee, Natalie Papini. Menurut penerbitan online, Inside Higher Ed, pengurusan universiti itu telah mencadangkan peningkatan yuran pengajian dan kemasukan sebanyak 9.8 peratus tahun ini.

"Saya berpendapat peningkatan ini tidak akan berhenti begitu sahaja. Ia akan terus meningkat pada masa-masa hadapan dan tidak akan turun," kata Papini yang mendapat tawaran beberapa biasiswa namun, lebih rela membuat pinjaman buku-buku teks berbanding membelinya sendiri.

"Kami tidak akan membuka alat pemanas pada musim sejuk nanti untuk menjimatkan wang dan kami juga tidak akan memandu ke mana-mana sekiranya tidak perlu," katanya kepada AFP.

Daripada lebih 2,000 universiti yang menawarkan kursus ijazah di AS, terdapat pelbagai kadar yuran yang ditawarkan, kata ahli ekonomi kanan di Pew Research Center, Richard Fry kepada AFP.

Peningkatan pinjaman

Kadar terbaik yang ditawarkan setiap universiti, kebanyakannya terletak di negeri-negeri dan daerah yang jauh dari pusat bandar dengan kos mencecah antara AS$3,000 (RM9,000) hingga AS$9,000 (RM27,000) setahun.

Bagaimanapun, bagi universiti swasta dan yang berlokasi di kawasan urban, yuran pengajian yang dikenakan mencecah antara AS$21,000 (RM63,000) hingga AS$42,000 (RM126,000) setahun.

Sementara itu, terdapat kurang daripada dua peratus universiti yang mengenakan yuran pengajian melebihi AS$42,000 (RM126,000) setahun.

Menurut CollegeBoard, yang memantau trend di peringkat pendidikan tinggi, hanya terdapat satu pertiga dalam kalangan pelajar-pelajar sepenuh masa yang mampu meneruskan pengajian mereka tanpa menerima bantuan kewangan. Sebaliknya lebih ramai pelajar kini terpaksa membuat pinjaman untuk meneruskan pengajian mereka.

"Salah satu cara golongan sederhana untuk berhadapan dengan peningkatan yuran pengajian ini adalah melalui pinjaman.

"Tidak hairanlah, pinjaman yang melibatkan golongan ini meningkat mendadak. Sekiranya mereka melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi seperti sarjana, lebih banyak wang yang perlukan," kata Callan.

Menurut CollegeBoard, jumlah pinjaman pendidikan meningkat sebanyak 10 peratus antara tahun 2009 hingga 2010.

Data pada tahun 2008 pula menunjukkan sebanyak 61 peratus pelajar-pelajar daripada keluarga sederhana yang bergantung dengan pendapatan antara AS$60,000 (RM180,000) hingga AS$90,000 (RM270,000) mempunyai hutang pendidikan sekitar AS$17,000 (RM51,000).

Angka itu terus meningkat melibatkan institusi swasta yang tidak bersandarkan keuntungan di mana 75 peratus pelajar-pelajarnya mempunyai hutang pendidikan sekitar AS$21,000 (RM63,000).

Bagi kolej yang bersandarkan keuntungan pula, lebih 99 peratus pelajar-pelajarnya kini terbeban dengan hutang pendidikan sehingga AS$34,600 (RM103,800) seorang.

"Kebanyakan orang sudah mula bersuara: 'Adakah berbaloi belajar di tempat yang mahal atau adakah ia mampu memberikan pendidikan terbaik jika menuntut di sana nanti?'," katanya.

Berdasarkan kajian dilakukan Pew Research pada Mei lalu, sebanyak 57 peratus rakyat AS berpendapat sistem pendidikan tinggi di negara itu gagal memberikan pelajar dan keluarga mereka pulangan setimpal daripada wang yang telah dilaburkan.

"Walaubagaimanapun, adalah lebih baik memasuki kolej atau universiti terutama ketika krisis ekonomi yang melanda di mana kadar pengangguran dalam kalangan mereka yang bergraduasi adalah rendah berbanding mereka yang tidak bergraduasi," ujar Callan.

Sementara itu, Fry pula memberitahu yuran pengajian di kolej dan universiti masih tinggi disebabkan masyarakat bersedia membayarnya kerana lazimnya, peluang pekerjaan yang dijanjikan lebih cerah jika menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi yang mahal itu.

Bagaimanapun, kadar yuran pengajian yang tinggi menjadi halangan terhadap usaha negara itu mencapai kejayaan yang diidamkan. "Keseluruhan sistem ini menjadi bersusun lapis mengikut pendapatan," jelas Callan. – AFP

Kekal maskulin dengan Vaselin Men

Posted:

Kekal maskulin dengan Vaselin Men

Kekal maskulin dengan Vaselin Men

BAGi mengatasi masalah kulit wajah lelaki, Vaselin peneraju penjagaan kesihatan kulit buat julung-julung kalinya memperkenalkan rangkaian produk khusus, Vaselin Men.

Pengurus Jenama Kanan, Deodoran dan Kulit, Malaysia dan Singapura, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Ray Guinoo berkata, produk yang baharu dilancarkan itu mampu memenuhi keperluan lelaki yang menitikberatkan asas-asas penjagaan kulit.

Katanya, ia direka khas untuk memperkenalkan kaum lelaki kepada regim penjagaan kulit dua langkah mudah iaitu membersih dan melembap dalam tempoh masa 10 minit.

"Rangkaian Vaseline Men dicipta bagi menepati hidup kaum lelaki di samping membantu mereka menyerlahkan penampilan mereka, mempamerkan keyakinan dan menarik perhatian.

"Pendekatan dua langkah ringkas ini direka bagi membantu kaum lelaki mengamalkan penjagaan kulit di dalam rutin harian mereka untuk mendapatkan kulit yang sihat," katanya pada sidang akhbar pada program Vaseline Real Men Do It di Pullman Putrajaya Lakeside baru-baru ini.

Tambah Ray, asas penjagaan kulit, pembersihan dan pelembapan dengan produk yang betul adalah penting bagi lelaki.

Jelasnya, tekstur kulit lelaki adalah berbeza daripada kulit wanita, begitu juga kaedah penjagaannya di mana ia memerlukan rumusan penjagaan kulit yang khusus.

Sesuai dengan tema program yang diadakan, beberapa wakil media, selebriti seperti Fizo Omar, DJ dan penyampai televisyen, Joey G, turut diundang menikmati sesi santai bertujuan merasai sendiri keistimewaan Vaselin Men dalam ritual harian mereka.

Rangkaian Vaseline Men kini boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya terkemuka di negara ini.

Ia dijual pada harga RM6.90 untuk skrub dan pencuci muka (50g), RM18.90 untuk pelembab (40ml), RM10.90 untuk cecair sabun badan (220ml) dan RM13.90 untuk losyen badan (250ml).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Panggilan rimba dan desa Melayu

Posted:

Panggilan rimba dan desa Melayu

Panggilan rimba dan desa Melayu

Oleh BASIR ABU BAKAR
basir.abubakar@kosmo.com.my

TERLETAK nun di utara negeri Selangor, Hulu Selangor mungkin kurang popular sebagai lokasi persinggahan untuk destinasi cuti-cuti.

Namun, jangan terkejut Hulu Selangor yang terletak 68 kilometer dari Kuala Lumpur atau sekitar 2 jam perjalanan jika menaiki kereta, mempunyai lebih daripada 14 lokasi menarik untuk dikunjungi.

Lokasi libur yang ada di sekitar Hulu Selangor antaranya ialah kawasan rekreasi Sungai Inki, Taman Millenium, Air Terjun Semangkuk, Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu (KKB), Santuari Ikan Kelah, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong, Rumah Rehat Gap dan Kolam Air Panas Hulu Tamu.

Selain itu, turut terdapat di sini ialah Rumah Rehat Seri Berkat, Air Terjun Serendah, Kawasan Rekreasi Sungai Kedondong, Kolam Air Panas Kerling, Air Terjun Sungai Sendat dan Tapak Sukan Lasak, Kalumpang dan Taman Santai Strawberi Genting.

Hulu Selangor yang terletak di utara Lembah Klang dan berkeluasan 174,047 hektar menjanji lokasi libur yang pasti tidak membosankan sesiapa sahaja yang mahu merasainya.

Jemputan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menyingkap sumber pelancongan daerah yang terbesar dari sembilan buah daerah di Negeri Selangor itu tidak dilepaskan Horizon.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, pelawaan tersebut disahut bagi membongkar 'ketulan emas' yang terpendam di daerah yang bersempadan dengan negeri Perak di utara dan Pahang di sebelah timur itu.

Lokasi pertama yang dituju ialah Teratak Riverview, Kampung Simpang Empat Dalam, Tanjung Malim yang telah beroperasi sejak dua tahun dahulu.


KAWASAN Teratak Riverview berdekatan Sungai Bernam merupakan tapak pembiakan semula jadi rama-rama dan tumbuhan flora yang jarang ditemui.


Disambut mesra oleh pemilik resort Teratak Riverview, Mohamad Noor Hakim Kassim, 55, kami difahamkan bahawa lokasi resort yang berhadapan dengan Sungai Bernam itu sangat unik kerana lengkap dengan calet kayu, jambatan gantung dan tempat perkhemahan.

Menurutnya, Teratak Riverview mula beroperasi sejak tahun 2008 dan terletak berhadapan dengan Sungai Bernam.

Tambahnya, pelbagai aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini antaranya program motivasi, program hari keluarga, meredah hutan, latihan berenang, jalan malam, memancing, rentas halangan, ekspedisi pacuan empat roda, berbasikal, kayak dan tubing.

"Selain menyediakan calet dan asrama, kami juga turut menyediakan sewaan bagi barang keperluan seperti ruang dapur dan khemah untuk kegunaan pengunjung yang mahu bermalam di sini," ujarnya.

Jelas Mohamad Noor Hakim, keindahan Sungai Bernam yang lebar dan jernih menyebabkan lokasi tersebut juga sering menjadi pilihan orang ramai untuk melakukan rentas hutan, berbasikal, motocross dan menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk ke Air Terjun Lubuk Kawah.

"Air Terjun Lubuk Kawah masih tidak digazet oleh kerajaan sebagai lokasi pelancongan tapi, ia merupakan lokasi tumpuan bagi mereka yang meminati aktiviti ekstrem.

"Keindahan Lubuk Kawah sangat mempesonakan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini dan membuatkan mereka terpukau," katanya.


HULU Selangor memiliki banyak sungai yang cantik dan indah sesuai untuk aktiviti libur seisi keluarga.


Air Banjaran Titiwangsa

Jelas Mohamad Noor yang mesra dengan panggilan Hakim, untuk ke Air Terjun Lubuk Kawah, masa yang diambil ialah dua setengah jam dengan berjalan kaki atau sejam dengan kenderaan pacuan empat roda jika bertolak dari Teratak Riverview.

Sementara itu, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Kemasyarakatan MDHS, Nurul Huda Ahmad Khairuddin memberitahu, Hulu Selangor mempunyai kepelbagaian lokasi pelancongan yang menarik dan masih jarang diterokai orang ramai.

Menurutnya, selain Sungai Bernam, lokasi yang turut dikunjungi rombongan pada lawatan kali ini Sungai Inki di Kalumpang, Kolam Air Panas Hulu Tamu dan Taman Santai Strawberi Genting.

"Lokasi menarik yang menjadi hala tuju kita hari ini ialah Sungai Inki yang terletak di Kalumpang. Di kawasan ini terletaknya Kalumpang Resort dan Training Center (KRTC).

"Resort yang berkeluasan 2.4 hektar terletak di kaki Bukit Kubah ini merupakan resort terkemuka dan pertama seumpamanya milik bumiputera di sini," terang Nurul Huda.

Menjelaskan lagi keistimewaan yang terdapat di Kalumpang, kedinginan air Sungai Inki yang mengalir dari Banjaran Titiwangsa sebelum melalui resort berkenaan pasti menyeronokkan.

Kawasan itu turut dikelilingi pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, cempedak, nangka dan manggis yang menambahkan lagi keseronokan percutian anda di sana.

Kelah di Chiling

Sementara itu, lokasi seterusnya ialah air terjun Sungai Chiling yang menjanjikan persekitaran yang mendamaikan fikiran.

Selain terkenal dengan keindahan air terjun dan aliran jeram yang jernih ia turut mempunyai satu lagi tarikan iaitu kewujudan spesies ikan kelah yang mudah ditemui di celah-celah aliran jeramnya.

Kelebihan itu menjadikan kawasan perkelahan tersebut diiktiraf sebagai Santuari Ikan Sungai Chiling (sejak 2007) malah, ia merupakan habitat semula jadi ikan kelah yang terdekat untuk dikunjungi orang ramai sekitar Lembah Klang.

"Pengunjung hanya perlu membayar yuran masuk sebanyak RM1 di pejabat santuari lalu meneruskan perjalanan menuju ke air terjun utama yang memakan masa kira-kira satu jam.

"Semasa menyusur di tepi jeram itu, perhatikan kelibat ikan-ikan kelah yang bermain arus di celah-celah batu. Bagaimanapun, pelawat hanya dibenar melihat dan memberi makan. Memancing spesies kelah itu dilarang keras oleh Jabatan Perikanan," katanya.

Tambah Nurul Huda, larangan itu merupakan sebahagian daripada usaha pemuliharaan spesies kelah di kawasan tersebut.

Satu lagi destinasi menarik yang boleh dikunjungi di Hulu Selangor ialah Kolam Air Panas Hulu Tamu yang terletak di daerah di Batang Kali.

Jelas Nurul Huda, lokasi kolam itu yang hanya tujuh kilometer dari pekan Batang Kali atau satu jam pemanduan dari ibu negara.

"Sepanjang perjalanan ke kolam tersebut, pengunjung perlu meredah jalan kampung sejauh enam kilometer," ujarnya.

Sambil menikmati pemandangan suasana perkampungan Melayu seperti Kampung Genting Malik, Kampung Sungai Masin, Kampung Kuantan dan Desa Hulu Tamu membuatkan perjalanan dirasakan begitu singkat.

Sejurus tiba di destinasi, pengunjung sudah boleh melihat kepulan wap yang keluar dari permukaan kolam tersebut. Airnya yang tidak terlalu panas membolehkan pengunjung bersantai di dalamnya. Ada sebuah kolam kecil yang terletak tidak jauh dari situ.

Namun awas, suhunya yang agak tinggi (mencecah 60 darjah Celcius) barangkali hanya sesuai untuk merendamkan kaki.

Pelbagai kemudahan percuma telah disediakan oleh MDHS kepada pengunjung.

Mereka yang ingin mengurut kaki secara semula jadi, boleh cuba berjalan di trek refleksologi sejauh 250 meter yang disediakan.

Selepas ke kolam air panas kemudian rombongan kami meneruskan perjalanan ke sebuah tempat yang dingin dan nyaman di pertengahan bukit Genting Highlands iaitu sebuah ladang strawberi terbesar di Malaysia.

Petik sendiri

Perjalanan dari Batang Kali ke Taman Santai Strawberi ialah sejauh 33.8 kilometer. Taman Santai Strawberi atau Genting Strawberry Leisure Farms Sdn. Bhd. mula beroperasi pada Februari 2009.

Pengasasnya, KC Chung berkata, terdapat lebih 40,000 pokok strawberi ditanam pada 14 Februari 2009 di kawasan seluas 0.8 hektar itu.

"Pengunjung ke taman ini tidak dikenakan sebarang bayaran tapi ladang ini menggunakan konsep 'self picking' (petik dahulu bayar kemudian) kepada pengunjung yang memetik buah strawberi.

"Selain strawberi, buah markisa, anggur, tauge, bunga orkid, ros dan cendawan turut ditanam. Tidak ketinggalan sayur-sayuran gergasi yang baru diusahakan awal tahun ini," katanya.

Katanya, terdapat lebih 60 gerai menawarkan pelbagai jenis cenderamata, sebuah pentas terbuka untuk aktiviti mingguan dan restoran mini yang menyajikan pelbagai menu masakan perisa strawberi.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.mdhs.gov.my, teratakriverview.blogspot.com, www.kalumpangresort.com.my dan www.tourismselangor.my atau hubungi MDHS di talian 03-6064 1331.

Nostalgia trem Hong Kong

Posted:

Nostalgia trem Hong Kong

Nostalgia trem Hong Kong


RAMAI orang menganggap trem ini sebagai aset pelancongan.


IA bergoncang, bergegar dan terbuai-buai ketika bergerak di atas jalan raya di antara kereta-kereta hebat dan bangunan pencakar langit di sekelilingnya.

Ternyata, trem telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat di Hong Kong sejak seabad lalu.

Dikenali sebagai ding-ding kerana bunyi yang dihasilkan locengnya, trem ikonik dua tingkat yang digemari para pelancong kini diraikan dalam satu pameran yang diadakan di bandar raya itu.

Bagaimanapun, bagi ribuan penggunanya di Hong Kong, ia tetap dianggap sebagai pengangkutan utama setiap hari.

Seorang pekerja pejabat, Eric Lee berkata, trem mempunyai tempat istimewa dalam hatinya. Tidak hairanlah, dia lebih selesa menggunakan trem berbanding pengangkutan awam lain yang menawarkan perkhidmatan pantas dan selesa, misalnya sistem keretapi bawah tanah.

Berhenti menangis

Kata lelaki berusia 26 tahun itu, dia sering menangis ketika dia masih kecil.

"Ibu membawa saya ke perhentian trem. Sebaik sahaja mendengar bunyi 'ding ding' saya akan berhenti menangis. Saya tidak boleh jelaskan kenapa, tetapi ia merupakan satu kenangan yang sukar dilupakan," ujarnya yang turut mempamerkan koleksi ciptaannya untuk sebuah pameran trem di Hong Kong.

Eric telah mencipta tempat merehatkan pergelangan tangan berbentuk trem bagi papan kunci komputer, menerbitkan buku bergambar trem dan mengubah suai trem menjadi kedai kopi sebagai sebahagian daripada 300 item yang dipamerkan dalam pameran yang berlangsung di Victoria Peak, iaitu sebuah lokasi tarikan pelancongan yang menghadap bandar dan pelabuhan bandar raya itu.

Bagaimanapun, tidak semua penduduk Hong Kong bergantung kepada sistem pengangkutan berusia 107 tahun yang dibina ketika era kolonial British itu.

Terus popular

Namun, dengan kadar HK$2.30 (RM0.90) untuk satu perjalanan meliputi 118 perhentian sepanjang trek sejauh 30 kilometer, trem itu terus popular.

Selain tambang yang murah, imbauan nostalgia pasti menyapa tatkala dihembus angin kota dingin daripada tingkap yang terbuka. Adakalanya, ia juga mampu menyebabkan para penumpang menggigil kesejukan.

"Ia telah menjadi sebahagian daripada Hong Kong dan warisan kam. Saya tidak dapat bayangkan apa akan jadi di pulau ini tanpa kehadiran trem," kata seorang penggubal undang-undang tempatan, Pan Pey Chyou.

Bagi pelancong British, Rupert Shield, 38, dia mendapati pengangkutan yang diberikan berbaloi dengan harga yang ditawarkan, kecuali ketiadaan penghawa dingin.

"Keadaannya agak panas dan sesak, namun anda pasti dapat melihat pemandangan yang menarik dari dek atas.


Pemandangan landskap kota yang menarik dapat dilihat dari dek atas trem.


"Saya terkejut kerana ia masih digunakan orang ramai selain daripada pelancong asing," katanya.

Di beberapa bandar raya di sekitar Eropah dan Amerika Utara, trem tidak lagi wujud sejak pertengahan abad ke-20 apabila ramai yang mengkritik sistem itu terlalu usang dan terdedah kepada kelewatan.

Bagaimanapun hari ini, di sesetengah bandar raya seperti Paris dan Auckland pendekatan berbeza telah dilaksanakan. Pentadbir kota tersebut giat memulih, meningkat dan memperluaskan sistem trem berkuasa elektrik sedia ada dalam usaha memulihara alam sekitar dan warisan berkenaan.

Syarikat utiliti gergasi Perancis, Veolia, yang mengambil alih pengurusan pengangkutan trem di Hong Kong pada 2009 sebelum menjadi pemilik mutlaknya pada 2010 telah menaik taraf sistem pengangkutan tersebut.

Lebih banyak tempat duduk yang selesa disediakan bagi memastikan warisan bersejarah itu terus relevan.

"Tiada siapa berani menyatakan ia akan kekal selama-lamanya. Namun, secara peribadi saya berpendapat sistem ini akan terus bertahan untuk tempoh jangka masa panjang," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Telaga tiub keluar gas metana

Posted:

Telaga tiub keluar gas metana

Telaga tiub keluar gas metana

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

PENDUDUK kampung menyalakan api daripada gas bawah tanah yang keluar dari batang paip di Kampung Padang Machang, Manir, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU – Seorang buruh terkejut apabila telaga tiub yang digali di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Padang Macang, Manir dekat sini semalam mengeluarkan gas dipercayai metana.

Gas itu dikesan pada kedalaman 11 meter selepas Musa Omar, 48, membuat ujian terhadap air dalam telaga yang digali pada jarak kira-kira empat meter dari rumah pemilik tanah itu.

"Air itu berbau dan tidak sesuai digunakan.

"Selepas saya tarik batang paip yang dipacakkan di tapak telaga itu tiba-tiba keluar wap yang tidak berbau dan bunyi berdesir seperti gas,'' ceritanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Katanya, kejadian itu satu kejutan kepadanya kerana inilah kali pertama ia berlaku selepas lebih 10 tahun dia bekerja sambilan mengambil upah menggali telaga.

Musa berkata, dia segera memanggil seorang rakan lalu mereka cuba menguji gas itu dengan menggunakan pemetik api dan mendapati ia terus disambar api yang terus bernyala selama beberapa jam.

Seorang penduduk, Ali Ibrahim, 56, memberitahu, kejadian seumpama itu pernah berlaku di kampung berkenaan sewaktu ada orang cuba menggali telaga tidak jauh dari tempat itu kira-kira 25 tahun lalu.

"Tetapi disebabkan takut mendengar bunyi macam gas bocor, dia menimbus semula lubang yang telah digalinya," kata Ali.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Hidup dengan RM30 sebulan

Posted:

Hidup dengan RM30 sebulan

Hidup dengan RM30 sebulan

Oleh JUNHAIRI ALYASA dan ROHANITA MAHMUD
berita@kosmo.com.my


KANAK-KANAK Somalia mendapatkan bantuan makanan di daerah Hodan, selatan Mogadishu baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Jumlah wang sebanyak RM30 mungkin bukan nilai yang terlalu besar bagi sebahagian besar daripada rakyat di negara ini.

Namun, jumlah itu sebenarnya amat berharga di Somalia kerana boleh membiayai makanan seorang kanak-kanak berusia lima tahun di negara itu untuk tempoh sebulan.

Menurut Timbalan Presiden 1, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia), Prof. Madya Dr. Mohamed Ikram Mohamed Salleh, bantuan sebanyak RM300 pula membolehkan satu keluarga yang mempunyai seramai lima hingga tujuh orang dapat makan pada tempoh yang sama.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat di negara ini menghulurkan bantuan bagi meringankan penderitaan rakyat negara tersebut melalui tabung bantuan kemanusiaan anjuran Mercy Malaysia.

"Misi pertama yang telah dilakukan pada 25 Ogos lalu merupakan misi penilaian dan pada masa yang sama kita telah berjaya memberikan bantuan makanan kepada 600 keluarga dan kami berharap pada misi kedua nanti kita berharap memberi bantuan kepada 1,000 keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai misi penilaian dan kutipan Tabung Bantuan Somalia di sini semalam.

Mohamed Ikram menjelaskan, misi yang dilakukan pada 25 Ogos lalu dibuat khusus untuk menilai keadaan semasa di negara tersebut, membina rangkaian, memulakan aktiviti bantuan serta mengkaji projek-projek jangka pendek dan panjang.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kes tertunggak hakis kepercayaan

Posted:

Kes tertunggak hakis kepercayaan

Kes tertunggak hakis kepercayaan


NAJIB (kanan) diiringi Zaki melawat ruang pameran ketika melakukan lawatan kerja ke Istana Kehakiman di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan masalah kes tertunggak sebagai masalah ketidakcekapan pentadbiran yang boleh menghakis kepercayaan rakyat bukan sahaja kepada sistem kehakiman tetapi juga kepada kerajaan secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, badan kehakiman negara telah mengambil langkah bijak dan cepat apabila kes-kes tertunggak di semua mahkamah dalam negara telah berjaya dikurangkan kepada hampir 90 peratus dalam masa dua tahun.

Beliau berkata, berikutan itu, hampir tiga perempat daripada seluruh mahkamah di Malaysia kini hanya mempunyai kes-kes semasa iaitu kes yang didaftarkan pada tahun lalu dan tahun ini sahaja.

"Masalah kes tertunggak bukanlah satu masalah luar biasa yang unik kepada mana-mana sistem kehakiman di dunia ini," katanya ketika melakukan lawatan kerja pertama beliau ke Istana Kehakiman di sini semalam.

Turut hadir Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘England bernasib baik’

Posted:

'England bernasib baik'

'England bernasib baik'

LONDON – Jurulatih England, Fabio Capello mengakui skuad kendaliannya hanya bernasib baik selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Wales dalam aksi Kelayakan Euro 2012 kelmarin.

Malah, Capello berkata, beraksi di hadapan penyokong sendiri iaitu di Stadium Wembely turut memberi tekanan hebat ke atas barisan pemainnya.

Mujur Ashley Young meledak gol tunggal bagi membantu England mencatat kemenangan pertama dalam lima perlawanan di Wembley, sekali gus menyaksikan skuad Three Lions itu hanya memerlukan satu mata lagi untuk layak ke pusingan akhir Euro 2012.

Namun, Capello mengakui England bernasib baik selepas penyerang Wales, Robert Earnshaw terlepas peluang menyamakan kedudukan.

"Kami bernasib baik. Kami tidak bermain dengan baik, gagal membuat hantaran dan merampas bola dengan baik.

"Kadangkala kami bergantung kepada serangan balas, namun ia tidak cukup pantas. Kami bermula dengan hambar dan tiada langsung gerakan menarik.

"Saya rasa kami mungkin kurang keyakinan beraksi di sini. Ada pemain yang boleh mengawal bola, gagal melakukannya. Tiada gerakan langsung, ini yang kami gagal cipta.

"Namun, saya tetap gembira dengan keputusan ini dan kadangkala itulah perkara yang lebih penting," kata Capello.

Capello turut mengakui England perlu memperbaiki prestasi sekiranya layak ke pusingan akhir Euro 2012 pada musim panas depan di Poland dan Ukraine.

Dalam pada itu, Capello memuji Young setelah pemain sayap Manchester United itu meledak gol ketiga dalam lima penampilannya bersama England, sekali gus mendahului Kumpulan G.

"Ashley seorang pemain yang bagus. Dia mula bagus ketika di bawah bimbingan saya. Saya telah mengenalinya sejak tiga atau empat tahun lalu.

"Dia seorang pemain yang penting bagi kami kerana pergerakannya sangat pantas dan mengelirukan. Dia seorang pemain yang bagus secara teknikalnya," kata Capello. – Agensi

Kelantan tak rela lepas gelaran

Posted:

Kelantan tak rela lepas gelaran

Kelantan tak rela lepas gelaran

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


NORSHAHRUL berjaya meledak dua gol pada aksi menentang Sarawak di Stadium Sarawak, Kuching kelmarin.


KELANTAN membuktikan mereka tidak sanggup untuk melihat Piala Malaysia yang dirangkul musim lalu terlepas ke tangan pasukan lain apabila berjaya menumbangkan Sarawak 2-0 di Stadium Sarawak, Kuching dalam perlawanan pembukaan Kumpulan C malam kelmarin.

Dua jaringan yang dihasilkan oleh Norshahrul Idlan Talaha dan S. Chanturu sudah cukup untuk meletakkan pasukan bimbingan Datuk M. Karathu itu menerajui Kumpulan C selain merupakan pasukan pilihan untuk mara ke peringkat suku akhir.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, kemenangan ke atas Sarawak amat penting buat mereka kerana ia akan bertindak sebagai langkah awal mencari prestasi sebenar selepas agak lama 'bercuti' daripada sebarang pertandingan kompetitif.

Bagaimanapun, katanya, kemenangan tersebut bukan bererti pemain mereka boleh mendabik dada sebaliknya perlu menyedari bahawa kekuatan pasukan lain juga agak seimbang termasuk Johor FC dan Felda United.

"Ia permulaan yang baik dan sudah tentu kejayaan tersebut memberi perangsang kepada kita untuk mencipta lebih banyak kejayaan. Namun, saingan baru bermula, perjalanan masih jauh.

"Diletakkan sebagai pasukan pilihan tidak seharusnya membuatkan kita berasa selesa, masih terlalu awal untuk melabelkan pasukan mana yang akan layak dan cabaran daripada dua lagi pasukan juga pasti sengit," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, fokus The Red Warriors kini adalah untuk memenangi lebih banyak perlawanan dan mengumpul seberapa banyak mata bagi menjamin tiket mereka untuk layak ke peringkat suku akhir.

Jelasnya, beliau berpuas hati dengan aksi pemainnya ketika berdepan Sarawak malam kelmarin namun, percaya masih terdapat banyak ruang yang boleh diperbaiki untuk memantapkan lagi pasukannya.

"Memang benar kita beraksi di bawah keupayaan sebenar tetapi bagi saya situasi tersebut adalah biasa. Ini adalah perlawanan pertama selepas tempoh rehat yang panjang, kita bermain di tempat lawan dan berjaya meraih kemenangan. Ia satu petanda yang baik.

"Meskipun melakar kejayaan tetapi beberapa kelemahan perlu diatasi segera untuk kita menyiapkan satu pasukan yang kuat menentang Johor FC, Sabtu ini, semua pemain perlu fokus untuk itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Azman turut memuji persembahan yang dipamerkan oleh Shahrizan yang disifatkannya sebagai mampu menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.

"Dia bermain dengan baik dan kita tahu dia mampu memberikan yang terbaik setiap kali beraksi. Saya harap dia mampu meneruskan momentum cemerlangnya dalam perlawanan selepas ini," jelasnya.

Terengganu enggan dabik dada

Posted:

Terengganu enggan dabik dada

Terengganu enggan dabik dada

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my

TERENGGANU tetap merendah diri meskipun telah mencatat kemenangan besar 3-0 ke atas Sime Darby pada aksi pembukaan Kumpulan B kempen Piala Malaysia 2011 malam kelmarin.

Jurulatih, Irfan Bakti mengakui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki kesebelasan utamanya dalam misi menamatkan penantian 10 tahun untuk menjulang piala berprestij itu.

Pada aksi di Stadium Selayang kelmarin, skuad Penyu memperoleh tiga gol masing-masing menerusi Joseph Kalang Tie, Reshafiq Alwi dan Abdul Manaf Mamat (gambar) sekali gus mengungguli kedudukan Kumpulan B.

"Apa yang membuatkan saya kagum dengan pasukan ini adalah sikap pemain-pemain yang tidak memandang rendah kemampuan lawan. Mereka beraksi bersungguh-sungguh dan memberi fokus penuh sepanjang 90 minit permainan.

"Sikap seperti inilah yang sentiasa saya tuntut daripada para pemain dan berharap mereka dapat mengekalkan momentum ini sehingga ke penghujung saingan," kata Irfan kepada Kosmo! semalam.

Namun, jurulatih kelahiran Kelantan itu secara terbuka menegur beberapa kelemahan yang dikenalpasti terutamanya di bahagian tengah.

Katanya, para pemain yang mengisi posisi tengah sepatutnya turut membantu bahagian pertahanan bagi menutup ruang kepada pemain lawan.

"Saya memuji Joseph dan Reshafiq kerana mampu menjaringkan gol dan begitu juga dengan bahagian pertahanan. Apa yang penting, kami perlu bermain sebagai satu pasukan," jelasnya.

Mengulas mengenai kemenangan besar itu, Irfan mengakui memang ramai sudah menjangkakan pasukan dari Pantai Timur itu akan memenangi perlawanan di Selayang kelmarin.

Malah katanya, pengalaman beberapa pemain yang beraksi dalam skuad kebangsaan telah memberi kelebihan kepadanya untuk mengatur strategi.

"Sime Darby mungkin baru dalam saingan Piala Malaysia, namun mereka juga memiliki pemain yang tidak kurang hebatnya.

"Apa yang saya lihat, kelebihan Terengganu mungkin pada keserasian dan kesimbangan di setiap posisi," katanya.

"Saya berharap mereka kekalkan rentak cemerlang seperti ini sekali gus merealisasikan impian melangkah ke peringkat yang lebih jauh."

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rompak: Kontraktor mati, isteri parah

Posted:

Rompak: Kontraktor mati, isteri parah

Rompak: Kontraktor mati, isteri parah

07/09/2011 8:27pm

JOHOR BAHRU 7 Sept – Seorang kontraktor syarikat perkapalan maut, manakala isterinya cedera parah selepas ditetak dalam satu rompakan di kediaman mereka di Jalan Tasek 24, Bandar Seri Alam di sini semalam.

Mangsa, S. Vijayaratnam, 47, yang ditetak di belakang kepala disahkan meninggal dunia pukul 12.04 tengah malam selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Regency di sini, manakala isterinya, G. Vijayalakshmi, 45, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

Mereka dipercayai dirompak oleh empat lelaki bersenjatakan parang.

Salah seorang suspek berusia 39 tahun turut maut apabila kereta Proton Perdana milik mangsa yang dilarikan bersama rakannya terbabas lalu merempuh sebatang pokok kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, sebaik sampai di lokasi kemalangan pihaknya menemui dua daripada suspek dalam keadaan parah.

"Suspek yang memandu kereta curi tersebut meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya berusia 31 tahun cedera parah.

"Polis turut menemui semula barang kemas dan telefon bimbit milik mangsa dalam kereta tersebut," katanya. – Bernama

Subang pesaka nenek lumpuh dilarikan

Posted:

Subang pesaka nenek lumpuh dilarikan

Subang pesaka nenek lumpuh dilarikan

07/09/2011 7:11pm

KUALA TERENGGANU - Seorang nenek berusia 81 tahun yang lumpuh kehilangan sepasang subang pesaka akibat dirompak oleh lelaki tidak dikenali di rumahnya di Kampung Titian Hangus di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.00 petang, mangsa Manong Salleh yang lumpuh bahagian pinggang ke bawah sedang duduk seorang diri sambil melipat baju sebelum didatangi oleh seorang lelaki yang pada mulanya disangkakan anak saudaranya.

Menurut mangsa, pada ketika itu, pintu rumahnya yang uzur itu berkunci dari dalam, namun dengan mudah dapat dibuka oleh lelaki berkenaan.

"Lelaki yang menutup mukanya dengan tuala menyerbu masuk rumah dan kemudian terus mengilas tangan makcik ke belakang dan menyembamkan muka makcik ke lantai sebelum merentap subang pesaka yang diwarisi daripada arwah emak makcik, dan melarikan diri," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. - Bernama

Jangan terpedaya sindiket tawar wang

Posted:

Jangan terpedaya sindiket tawar wang

Jangan terpedaya sindiket tawar wang

07/09/2011 6:27pm

KOTA KINABALU – Polis sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak diperdaya oleh satu sindiket yang menjanjikan tawaran hebat termasuk hadiah wang yang lumayan menerusi satu peraduan yang meragukan.

Ingatan dibuat oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah, Supt Jauteh Dikun hari ini ketika mengulas muslihat satu sindiket yang meminta orang ramai menambah nilai kredit telefon bimbit kononnya untuk melayakkan mereka memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000.

"Masih ada segelintir masyarakat membiarkan diri mereka tertipu dengan cara yang demikian," katanya kepada pemberita di sini.

Jauteh berkata dalam kes terbaru, seorang mangsa telah menerima SMS supaya mengambil hadiah yang dijanjikan di sebuah pasar raya di Sandakan, tetapi didapati peraduan itu tidak wujud.

Menurutnya, polis telah menerima empat aduan serupa membabitkan kerugian berjumlah RM2,000 sejak bulan lepas dan telah mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjejaki pemilik nombor-nombor telefon terbabit. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


10 maut gempa di Aceh

Posted:

10 maut gempa di Aceh

10 maut gempa di Aceh

BEBERAPA penduduk memeriksa rumah yang rosak akibat gempa bumi di Singkil, Aceh semalam.


JAKARTA – Seramai 10 orang terbunuh dalam gempa bumi sekuat 6.7 pada skala Richter yang melanda wilayah pantai barat, di Selatan Aceh awal semalam.

Pengesahan angka kematian itu dibuat oleh Menteri Sosial, Salim Segaf Al-Jufrie.

Gempa bumi itu menyebabkan penduduk berasa panik sehingga mereka melarikan diri dari rumah, hotel dan hospital.

Ia berlaku pada pukul 1 pagi waktu tempatan sekali gus menyebabkan penduduk di beberapa bandar dan kampung di Pulau Sumatera terjaga kerana merasai gegaran.

Gempa bumi itu berpusat 100 kilometer (km) ke barat daya bandar Medan dan kedalaman 78km di dalam tanah.

Datuk Bandar di Subulussalam, Maura Sakti memberitahu stesen televisyen TVOne, seorang budak lelaki berusia 12 tahun turut terbunuh dalam gempa bumi itu. – Agensi

Buaya paling besar pernah ditangkap penduduk

Posted:

Buaya paling besar pernah ditangkap penduduk

Buaya paling besar pernah ditangkap penduduk


BUAYA paling besar pernah ditangkap terperangkap di sebuah teluk di bandar Bunawan, Filipina pada Sabtu lalu.


MANILA – Sejumlah penduduk kampung yang menangkap seekor buaya gergasi di bandar Bunawan pada Sabtu lalu dipercayai yang paling besar pernah ditangkap hidup-hidup, kata beberapa pegawai semalam.

Buaya jantan seberat 1,075 kilogram (kg) dan sepanjang 6.4 meter itu disyaki membaham seorang petani yang hilang pada Julai lalu di bandar Bunawan dan membunuh seorang budak perempuan berusia 12 tahun dengan kepalanya putus dua tahun lalu.

Namun seorang pemburu, Rollie Sumiller yang memeriksa perut buaya tersebut dengan memaksa haiwan berkenaan muntah tidak menemui sebarang petunjuk ia telah memakan manusia itu dan beberapa ekor buaya yang dilaporkan hilang.

"Masyarakat lega," kata Sumiller selepas buaya tersebut ditangkap.

Namun, katanya: "Kami tidak pasti jika haiwan ini pemakan manusia kerana terdapat kelibat beberapa buaya lain di kawasan ini."

Kerajaan tempatan di bandar yang didiami 30,000 orang itu memutuskan untuk tidak membunuh buaya itu.

Penduduk di bandar Bunawan sebaliknya mahu membina sebuah taman semula jadi untuk mempamerkan buaya itu.

Seorang ketua bahagian hidupan liar di Kementerian Alam Sekitar Filipina, Josefina de Leon berkata, buaya tersebut mungkin yang terbesar pernah ditangkap di dunia.

"Berdasarkan rekod kami yang sedia ada, buaya paling besar yang pernah ditangkap adalah 5.48 meter panjang," katanya.

Dalam laman rekod Guinness World Records, ia menyenaraikan seekor buaya yang paling besar pernah ditangkap ialah Cassius sepanjang 5.48 meter.

Buaya jantan itu kini hidup di sebuah taman hidupan semula jadi di Australia.

Media juga pernah melaporkan bahawa seekor buaya jantan sepanjang 6.2 meter pernah dibunuh di Papua New Guines pada 1982.

Pasukan memburu haiwan itu di Bunawan itu datangnya dari sebuah ladang buaya yang dikendalikan kerajaan.

Pada mulanya, umpan daging ayam, babi dan daging digunakan pada 15 Ogos lalu sebagai usaha untuk menangkap buaya itu.

Namun, buaya itu mudah membaham makanan itu dan tali yang mengikat daging tersebut putus.

Satu kabel logam kemudian digunakan dan ia menyebabkan rahang buaya tersebut tersangkut menyebabkan haiwan itu ditangkap dengan bantuan kira-kira 30 lelaki tempatan di sebuah teluk di sini. – AFP

Atkinson akui terlalu tua untuk berlakon Mr. Bean

Posted:

Atkinson akui terlalu tua untuk berlakon Mr. Bean

Atkinson akui terlalu tua untuk berlakon Mr. Bean


ROWAN ATKINSON berlakon dalam salah satu adegan filem Mr. Bean's Holiday.


LONDON – Pelakon Rowan Atkinson yang melakonkan watak Mr. Bean kemungkinan tidak akan muncul lagi dalam filem, lapor sebuah akhbar semalam.

Atkinson yang kini berusia 56 tahun menyatakan dia percaya, dirinya sudah terlalu tua untuk melakonkan watak Mr. Bean.

Siri televisyen pertama Mr. Bean muncul selama lima tahun sejak 1990.

Lebih 18 juta orang menonton siri televisyen tersebut di Britain walaupun ia mendapat kritikan.

Dia berlakon dalam filem Bean: The Ultimate Disaster Movie pada 1997 dan Mr. Bean's Holiday empat tahun lalu selain Johnny English.

Dia kini sibuk mempromosikan filem Johnny English Reborn yang turut dibintanginya bersama Gillian Anderson dan Rosamund Pike.

Namun, dia berkata: "Saya berasakan semakin tua untuk melakonkannya (Mr. Bean). Saya suka Mr. Bean sebagai watak kartun yang umurnya tidak pernah meningkat."

Atkinson berkata, umurnya semakin meningkat.

"Semakin saya berumur, saya berasakan tidak layak untuk melakonkan watak Mr. Bean," katanya. – Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Bicara hati Syamsul, Sam

Posted:

Bicara hati Syamsul, Sam

Bicara hati Syamsul, Sam

MENGGANDINGKAN dua figura popular, Shaheizy Sam dan Syamsul Yusof yang berjaya di lapangan masing-masing bukan satu hal yang mudah kerana masing-masing terikat dengan komitmen kerja dan waktu yang suntuk.

Jadi, sesi fotografi yang diadakan di rumah keluarga Syamsul di Taman Melawati itu berlangsung pada penghujung puasa empat hari selepas Syamsul dan keluarganya balik daripada menunaikan umrah selama 10 hari.

Suasana santai bertukar serius apabila kedua-dua jejaka yang kelihatan segak berbaju melayu rekaan pereka terkenal Salikin Sidek mula meluahkan pendapat dan berbicara mengenai topik mengenai populariti, cinta dan perkahwinan.

Sam dan Syamsul yang bersekolah di sekolah menengah yang sama iaitu Sekolah Menengah Taman Melawati, mengakui kadang-kala mereka cukup menyenangi populariti yang hadir, namun, ada masanya mereka terperangkap dengan populariti yang menggugat privasi diri.

"Orang mungkin lihat kami artis, mereka ada fantasi dalam minda mereka tentang kehidupan kami contohnya artis mesti bersosial, walhal kami berdua seorang yang pemalu dan hidup dalam dunia kami sendiri.

"Tetapi macam saya harus buang sifat malu itu untuk kerja kerana saya sedar saya tidak boleh terus mengasingkan diri untuk terus berjaya dalam bidang seni," kata Sam sambil dipersetujui oleh Syamsul.

Selit Syamsul, dunia fantasi peminat tentang kehidupan artis yang hidup dalam dunia glamor setiap hari adalah salah kerana artis juga manusia biasa yang menjalani kehidupan yang normal.

"Kami macam orang biasa, ada kawan-kawan tetapi macam saya tidak ramai kawan artis sebaliknya kawan-kawan saya adalah saudara-mara saya dan juga pekerja produksi yang selalu bekerja dengan saya.

"Bukan saya takut kawan dengan artis tetapi sebab saya rasa saya tidak glamor macam mereka, jadi saya bimbang andai saya tidak boleh masuk dengan mereka," tutur Syamsul yang lebih senang andai peminat menganggapnya sebagai rakan daripada idola.


SYAMSUL baru pulang menunaikan umrah pada Ramadan lalu.


Sama juga halnya dengan Sam, dia juga tidak merasakan dirinya glamor kerana ada juga yang masih tidak mengenali siapa dirinya. Malah, dia juga enggan dirinya dipuja tinggi melangit oleh peminatnya.

"Ada orang kenal, ada juga tidak kenal saya. Ada tempat saya akan diserbu peminat ada tempat, orang akan buat tidak kisah dengan saya. Jadi, saya tidak rasa saya popular atau glamor," tutur Sam.

Bertemu janji dengan kekasih merupakan perkara paling mudah untuk orang biasa tetapi menjadi sukar buat Syamsul, apabila popularitinya memakan privasinya.

"Saya jarang keluar rumah sebab saya bimbang persepsi orang ramai. Kalau saya keluar di mana-mana orang pasti akan pandang siapa disebelah saya, kalau perempuan mesti mereka akan sangka itu kekasih saya walaupun saya hanya keluar dengan kawan saya sahaja. Jadi bermacam-macam fitnah boleh timbul.

"Kalau nak keluar dengan orang istimewa (kekasih) juga agak sukar. Sebenarnya banyak perkara yang saya ingin lakukan dengan kekasih sebagaimana pasangan kekasih yang lain. Contohnya, saya teringin membawa dia ke i-City, Shah Alam, tetapi memandangkan tempat itu ramai orang, mereka akan pandang dan mula berkata-kata. Nanti dia tidak selesa, saya pun tidak selesa," jawab Syamsul yang rindu hidup bebas seperti zaman sebelum menjadi artis.

Sam pula tidak seperti Syamsul yang memikir banyak perkara, kata Sam dia tidak kisah mahu ke mana dan dengan siapa asalkan dia menjalani kehidupan seperti yang dimahukannya.

"Saya tidak kisah sangat, mana saya nak pergi saya pergi sahaja tanpa berfikir panjang. Tetapi disebabkan kesibukan kerja, masa saya lebih banyak dihabiskan di set penggambaran, kalau tidak pun saya hanya berehat di rumah kerana saya bukannya suka berjalan-jalan sangat," balas Sam.

Tamat zaman bujang

Tahun ini Syamsul berusia 27 tahun manakala Sam pula berusia 29 tahun, jika melihat pada usia dan kestabilan kerjaya tidak ada masalahnya jika mereka mahu berumah tangga dengan kadar segera.

Syamsul mengakui dia mula terasa tua apabila usianya mencecah angka 25 tahun dan sejak kebelakangan ini dia sudah memikirkan masa depan serta bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin.

"Dulu saya tidak rasa nak kahwin tetapi sekarang baru saya faham bila orang kata sudah sampai seru. Sekarang saya rasa saya sudah bersedia untuk berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

"Sebab apabila saya lihat hidup saya, saya sudah mempunyai kerjaya yang stabil tetapi saya masih rasa kosong. Kalau kahwin cepat pun bagus sebab dapat elakkan maksiat dan kehidupan lepas kahwin lebih terurus," ungkapnya.

Ditanya sudahkan hatinya berpunya, tanpa berselindung Syamsul mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang gadis berusia 19 tahun yang merupakan pelajar institusi swasta.

"Dia orang biasa bukannya artis, hubungan kami baru lima bulan. Setakat ini saya selesa dengannya. Keluarga saya tahu tentang kami tetapi saya belum membawanya jumpa ibu bapa saya lagi," tuturnya.

Berlainan pula dengan Sam, dia menyasarkan usia 32 tahun merupakan waktu yang tepat untuknya mula berfikir soal memiliki keluarga sendiri.

"Saya hanya mencari gadis yang sempurna buat diri saya. Tetapi disebabkan kerja saya yang tidak tentu masa, susah untuk saya bercinta atau mempunyai isteri.

"Saya tidak sampai hati untuk meninggalkan isteri di rumah berhari-hari sebab saya kerja siang malam pagi petang. Jadi, untuk mengelakkan sebarang masalah lebih baik saya jangan kahwin dulu.

"Bila kerjaya, masa dan ekonomi saya benar-benar stabil, baru saya akan memikirkan soal perkahwinan. Sekarang ini pun masa untuk diri sendiri juga semakin terhad, macam mana saya mahu beri masa kepada orang lain," luahnya.

Syamsul tunai umrah

Lebaran kali ini lebih bermakna buat Syamsul kerana dia dapat merasai pengalaman berpuasa di Mekah. Meskipun pemergian ke Mekah tahun ini bukannya yang pertama kali tetapi ujar Syamsul inilah pertama kali dia ke Mekah sebagai seorang lelaki dewasa.

"Pertama kali saya ke Mekah ikut ibu bapa saya adalah pada usia lima tahun, 10 dan 16 tahun, kiranya kali ini yang pertama sebagai lelaki dewasa.

"Rasa seronok sangat sebab saya jumpa ramai rakan artis di sana. Bila di sana rasa macam tidak mahu balik ke Malaysia, bimbang sebab iman nipis. Bila balik rasa rindu mahu ke sana semula," tuturnya.

Bercerita mengenai raya, jelas Syamsul sama seperti tahun-tahun sebelumnya dia dan keluarga akan menyambut raya sebelah ayahnya terlebih dahulu di Selayang Baru kemudian melawat keluarga sebelah ibunya di Shah Alam, Selangor.

"Raya tahun ini kurang seronok sikit kerana ini pertama kali kami beraya tanpa datuk sebelah ibu. Sedih sikitlah.

"Selebihnya kami beraya yang lalu pula macam biasa. Persiapan raya pula, walaupun saya ini sudah berusia 27 tahun, tetapi bab baju raya masih diuruskan oleh ibu saya," katanya sambil ketawa.

Sam raya di Sabah


SAM mengutip pengalaman baharu dengan berhari raya di Sabah.


Menurut Sam, raya tahun ini seperti biasa pada hari pertama dia akan beraya di rumah keluarganya di Kuala Lumpur.

Kemudian, buat pertama kalinya pada hari raya keempat, Sam dan seluruh keluarganya akan terbang ke Sabah untuk melawat kakaknya Zizie Ezette dan abang iparnya Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin.

"Beza sikit raya tahun ini, selain beraya di Sabah, tahun ini saya cuti panjang selepas penggambaran filem SAM yang baru saja selesai.

"Saya akan bercuti sehingga bulan November kerana sedang dalam proses untuk menerbit dan mengarahkan bersama sebuah filem aksi komedi yang belum ada tajuk di bawah syarikat kakak saya, 2121 Vision Pictures," ucapnya.

Tahun ini juga Sam merancang untuk mengadakan rumah terbuka besar-besaran di Finas buat peminat yang sentiasa berada di belakang kejayaannya.

"Saya aktif di Facebook dan Twitter, di sana saya hanya boleh berbual dengan mereka tetapi tidak dapat berjumpa. Jadi, dengan kedatangan raya, saya akan membuat rumah terbuka khas untuk peminat, keluarga dan sahabat handai.

"Nanti di rumah terbuka itu, peminat yang ingin jumpa saya dan bergambar, bolehlah berbuat demikian, kiranya rumah terbuka itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih saya kepada peminat," balasnya.

Russell Brand jadi paderi

Posted:

Russell Brand jadi paderi

Russell Brand jadi paderi


RUSSELL BRAND


PERNAH menjadi seorang yang ketagih alkohol, dadah dan seks, kini aktor Russell Brand telah mengalami satu perubahan sejak berkahwin dengan Katy Perry iaitu dengan menjadi paderi.

Hal yang demikian terjadi setelah aktor berkenaan mempunyai keluarga mertua yang sememangnya kuat agama. Selepas mendalami ilmu agama, dia telah dilantik untuk menjadi paderi di gereja America's Universal Life Church.

"Ternyata kehidupan Russell telah berubah sama sekali setelah dia bertemu dengan kedua ibu bapa Katy. Dia juga kerap membaca buku teologi terutamanya yang dikarang oleh Maharishi," ujar satu sumber terdekat aktor berkenaan.

Lebih menarik lagi, tidak lama setelah dilantik menjadi paderi, Russel pernah menikahkan sepasang pengantin di gereja tersebut. Malah, dia tidak keberatan untuk melakukannya memandangkan ia adalah permintaan pasangan pengantin berkenaan.

Chris Brown lempar jam Rolex

Posted:

Chris Brown lempar jam Rolex

Chris Brown lempar jam Rolex


CHRIS BROWN


SUDAH menjadi kebiasaan apabila seseorang penyanyi popular akan melemparkan barang dari atas pentas kepada penonton sebagai hadiah istimewa ketika membuat sesuatu persembahan.

Bagaimanapun, apa yang dilakukan oleh penyanyi Chris Brown ternyata sesuatu yang cukup menarik perhatian apabila dia secara tidak sengaja telah melemparkan jam tangan jenama Rolex yang berharga RM65,000 ketika acara MTV Video Music Awards 2011.

Ketika menyanyikan lagu With You, jam tangan yang dipakai penyanyi berkenaan telah longgar. Kemudian dia telah menanggalkannya dah berniat melemparkan di tepi pentas, tetapi secara tidak sengaja dia tersalah lempar ke arah penonton.

Akibat tindakan tersebut, salah seorang pengawal Chris terpaksa turun ke arah penonton untuk mendapat jam itu. Namun, dia bernasib baik apabila salah seorang penonton telah memulangkan semula jam tersebut.

"Walaupun Chris tidak sempat untuk berjumpa dengan penonton berkenaan, tetapi dia sangat menghargai tindakan yang telah dilakukan dan sangat berterima kasih kerana bersikap jujur," ujar jurucakap penyanyi tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved