Ahad, 28 Julai 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Iktibar daripada asap jerebu

Posted:

Iktibar daripada asap jerebu

Iktibar daripada asap jerebu

Oleh Adlan Jaafar
adlan.jaafar@kosmo.com.my

DAERAH Muar, Johor begitu sebati dengan Khatijah Atan, 58. Dia dilahirkan dan dibesarkan di daerah itu, harga makanan yang berpatutan di Muar menjadikan ia tempat yang sesuai untuk didiami.

Hasil pemerhatian wanita itu yang mendiami Muar sejak kecil mendapati, terdapat perubahan pada kitaran musim, walaupun tidak ketara, tetapi masih boleh dirasai.

Malah, musim buah-buahan yang sentiasa berbuah mengikut masa iaitu sekitar bulan Disember setiap tahun mula terganggu apabila buah yang tidak sepatutnya berbuah pada bulan Julai boleh dirasai pada waktu itu.

Darurat jerebu yang diisytihar pada 23 Jun lalu benar-benar mengejutkannya, boleh dikatakan ia merupakan bencana paling teruk dirasai sepanjang menetap di Muar.

Bayangkan, cabang-cabang jalan raya di pusat bandar Muar yang sentiasa sesak setiap hujung minggu sehingga mahu melintas jalan pun sudah menjadi lenggang sebaik bencana melanda, ceritanya.

Ketika melalui Jambatan Sultan Ismail, suasana muara sungai di kiri dan kanan jambatan langsung tidak kelihatan.

"Habuk-habuk yang tertinggal di lantai dan permukaan barang sangat tebal walaupun di dalam rumah. Mata dan tekak terasa pedih, makan pula terpaksa dalam keadaan berjerebu.

"Habuk-habuk yang tinggal masuk dalam rumah biarpun tingkap dan pintu sudah ditutup," kata Khatijah yang terpaksa bekerja seperti biasa semasa musim jerebu.

Sepanjang tempoh jerebu iaitu sekitar tujuh hari, banyak kedai ditutup. Namun, bagi Khatijah dia perlu bekerja seperti biasa dengan memakai topeng muka dan penutup mulut.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh daerah Muar dan Ledang, Johor melebihi tahap kecemasan pada pukul 7 pagi pada 23 Jun 2013 sekali gus memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan darurat.

Bacaan IPU di kedua-dua tempat itu melebihi paras kecemasan 500 iaitu masing-masing pada bacaan 746 dan 690. Namun, darurat ditarik semula pada keesokkan harinya.

Kerosakan alam sekitar

Bagi Khatijah pula, dia tiba-tiba teringat pesan Allahyarham ibunya, Habsah Sulaiman semasa dia kanak-kanak bahawa dunia ini semakin mengecil setiap hari antara langit dan bumi.

Maka, keadaan dunia semakin sempit dan hampir sampai ke penghujung, manakala asap yang terhasil di dunia tidak dapat pergi jauh tinggi ke langit atas.

"Jerebu begini menunjukkan ada benarnya kata-kata orang tua-tua mengenai alam sekitar walaupun kedengaran tidak masuk akal," luah Khatijah mengenang arwah ibunya. Kata-kata ibunya itu mengingatkan manusia supaya memelihara alam sekitar dan tidak melakukan kerosakan.

Kerosakan berlaku di mana-mana kini, malah orang sekarang menanam sayur-sayuran pun menggunakan racun rumpai yang pelbagai jenis.

Bencana jerebu menurut pandangan Islam dikaitkan dengan tanda-tanda kiamat. Felo Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Azrina Sobian, 39, berkata, terdapat hadis riwayat Muslim yang mengatakan jerebu adalah salah satu tanda kiamat.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: "Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya.

"Asap, dajal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelam, turun Isa bin Maryam A.S, Yakjuj dan Makjuj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat serta yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali ialah api keluar dari negeri Yemen yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar."

Asap terhasil daripada gas yang kelihatan akibat proses pembakaran dan kepulan partikel asap yang terapung lalu menyebabkan jerebu.

"Dalam al-Quran surah ad-Dukhaan ayat 10 dan 11 yang menyebut tentang asap. Namun, dalam menentukan jerebu yang berlaku merupakan tanda-tanda kiamat memerlukan penafsiran ayat yang teliti.

"Ia juga perlu dilihat pada konteks ayat dan waktu semasa diturunkan," ujar Azrina ketika ditemui di IKIM, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Peringatan Allah

Ayat itu menerangkan tentang peristiwa musim kemarau dan kebuluran yang telah menimpa kaum musyrik di Mekah sehingga memandang langit berasap kerana tersangat lapar.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan direnungi manusia setiap kali musibah seperti jerebu berlaku.

Bencana merupakan sebuah peringatan daripada Allah sesuai dengan fitrah manusia yang mudah lupa, akui Azrina.

Malah, setiap yang berlaku yang muka bumi ini seperti terjadinya malam dan siang merupakan peringatan kepada insan mengenai kekuasaan Allah.

"Bencana alam terjadi secara semula jadi atau berlaku campur tangan manusia. Letusan gunung berapi, musim panas dan angin bertiup kencang berlaku secara semula jadi.

"Campur tangan manusia telah menyebabkan keadaan bencana menjadi lebih teruk lagi," kata Azrina yang mempunyai sarjana dalam bidang ekonomi alam sekitar dari Jepun.

Menurut pensyarah Lincoln University College, Prof. Madya Dr. Zarihah Mohd. Zain, keadaan berjerebu terjadi apabila partikel yang pelbagai saiz terapung di ruang udara dan berkumpul dalam jumlah banyak.

Partikel asap yang terapung di udara sememangnya ada dalam persekitaran akibat pencemaran daripada kenderaan dan rokok, tetapi campur tangan manusia yang malas serta rakus membakar hutan, maka terjadilah jerebu.

Bencana alam yang berlaku disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri telah pun disebut dalam al-Quran, Surah ar-Ruum, ayat 41.

Ayat itu secara jelas menyatakan, bala bencana yang berlaku sama ada di darat atau laut sebagai balasan atas perbuatan buruk manusia sekali gus menginsafi diri.

Kata Dr. Zarihah, jerebu yang terjadi bulan Jun lalu menunjukkan bahawa manusia tidak pernah belajar atau mengambil iktibar walaupun ia sudah berlaku berkali-kali.

Kejadian jerebu yang berlaku melibatkan sempadan antarabangsa dan memerlukan persefahaman yang tinggi bagi kedua-dua belah pihak.

Memang terdapat perbincangan yang berlaku sebelum ini, bagaimanapun seolah-olah seperti tiada kata putus dalam menangani isu itu.

Selain itu, langkah alternatif untuk menggantikan teknik pertanian yang banyak digunakan di negara-negara membangun iaitu bakar dan tanam mungkin menjadi masalah, ujar Dr. Zarihah.

"Jepun merupakan negara mampu diri dari segi penghasilan beras, tetapi para petani di sana tidak pernah membakar jerami.

"Sebaliknya, jerami-jerami padi dijadikan produk lain seperti tikar tradisional, tatami," katanya yang menceritakan pengalaman hasil pemerhatian ketika dia belajar di sana.

Berlakunya masalah alam sekitar menjadi petanda bahawa kita tidak mengikut prinsip agama Islam. Malah dalam surah Hud, ayat 61 menerangkan dengan jelas tentang tugas manusia dalam memakmurkan Bumi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


6,000 pelajar Malaysia selamat

Posted:

6,000 pelajar Malaysia selamat

6,000 pelajar Malaysia selamat

Oleh NOR IDAYU BOSRO
idayu.bosro@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN pelajar Malaysia membeli juadah berbuka yang dijual oleh rakan mereka di Hayyu Sabiek, Kaherah, Mesir.


KUALA LUMPUR – Kira-kira 6,000 pelajar Malaysia di Mesir dilaporkan berada dalam keadaan selamat meskipun konflik politik di negara itu kini semakin buruk apabila 120 penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi terbunuh dalam pertempuran dengan polis kelmarin.

Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Abdul Aziz Ali (gambar kecil) berkata, walaupun penempatan pelajar Malaysia terletak tidak jauh dari lokasi pertempuran tersebut, namun tiada insiden dilaporkan membabitkan mereka setakat pukul 7 malam semalam.

Menurutnya, kawasan penempatan pelajar Malaysia di Hayyu Sabiek, Kaherah terletak hanya kira-kira satu kilometer dari dataran Masjid Rabaa Al-Adawiya, manakala satu lagi perumahan pelajar negara ialah di Hayyu Asyir yang terletak kira-kira enam kilometer dari lokasi pertempuran tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jakim, jabatan agama negeri pantau pergerakan Syiah

Posted:

Jakim, jabatan agama negeri pantau pergerakan Syiah

Jakim, jabatan agama negeri pantau pergerakan Syiah


OTHMAN (kanan) menyampaikan sumbangan zakat kepada saudara baharu pada Majlis Berbuka Puasa Saudara Muslim Masyarakat Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan di Kok Lanas, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masih memantau pergerakan Syiah dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri memandangkan jumlah pengikut fahaman itu berbeza-beza mengikut negeri.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata, setakat ini tiada bilangan spesifik pengikut fahaman itu di negara ini memandangkan jumlahnya meningkat setiap hari.

"Jabatan Agama Islam negeri juga menjalankan pemantauan bagi membantu kita (Jakim) mengesan kelompok mana yang terlibat," katanya selepas Majlis Berbuka Puasa Saudara Muslim Masyarakat Orang Asli Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Buat dosa dalam kereta peronda

Posted:

Buat dosa dalam kereta peronda

Buat dosa dalam kereta peronda

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my


ISHAK diiring keluar dari Mahkamah Sesyen semalam.


KOTA BHARU – Perbuatan keji seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor yang mencabul kehormatan seorang gadis berusia 15 tahun dan memaksanya melakukan seks oral di dalam kereta peronda berbalas apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Ishak Mahmud, 49, dari Kampung Kelubi, Pasir Puteh bersalah di atas kedua-dua pertuduhan tersebut yang dilakukannya kira-kira empat tahun lalu.

"Saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dengan itu tertuduh didapati bersalah untuk kedua-dua pertuduhan," kata Azman.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rombak Harimau Malaya

Posted:

Rombak Harimau Malaya

Rombak Harimau Malaya

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

RAJAGOBAL (tiga dari kanan) dikritik hebat selepas Harimau Malaya gagal mencatat keputusan yang positif sejak akhir-akhir ini.


SUDAH tiba masanya buat ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menilai tahap sebenar keupayaan skuad negara di pentas antarabangsa.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Namat Abdullah berkata, pendekatan Rajagobal untuk menguji muka-muka baharu dalam skuad kebangsaan dianggap sudah tidak relevan.

Namat menyuarakan kenyataan lantang itu selepas skuad negara diaibkan dengan kekalahan 0-5 kepada pasukan kedua tercorot Liga Jepun, Shonan Bellmare kelmarin.

Bekas pemain Kedah itu menganggap, tindakan Rajagobal memakan diri sendiri apabila skuad kebangsaan terpaksa menanggung malu besar terutamanya diaibkan dengan kekalahan terbesar kepada pasukan Divisyen Satu Jepun itu.

Namat berkata, persembahan yang tidak konsisten ditambah dengan eksperimen terhadap pemain-pemain langsung tidak memberikan sebarang manfaat kepada Harimau Malaya.

"Senang cerita, tak payah uji pemain. Rombak satu pasukan.

"Jika inilah hasilnya untuk menguji pemain-pemain baharu tetapi skuad negara diaibkan dengan kekalahan besar, saya tidak menganggap ia sebagai satu pendedahan yang bagus.

"Sebaliknya, skuad negara dimalukan dengan pasukan bertaraf kelab. Saya tidak mahu campur dalam hal pengurusan Rajagobal tetapi lebih baik rombak sahaja skuad yang sedia ada.

"Berdasarkan persembahan yang tidak konsisten terutamanya menjelang kejohanan besar yang semakin hampir (kelayakan Piala Asia 2015), mereka semakin kesuntukan masa.

"Nasihat saya, Harimau Malaya harus bangkit dengan memberikan persembahan menyakinkan kepada peminat-peminat," katanya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Impian Harimau Malaya untuk memburu slot automatik pada kelayakan Piala Asia 2015 dijangka berdepan kesukaran selepas mempamerkan prestasi tidak menentu sepanjang mengharungi aksi pemanas badan.

Selain itu, kemarahan peminat-peminat juga tidak dapat dibendung lagi apabila skuad negara lebih cenderung untuk mengadakan siri perlawanan persahabatan menentang pasukan bertaraf kelab berbanding skuad kebangsaan.

Sebelum ini, anak-anak buah Rajagobal telah mengharungi tiga perlawanan persahabatan di Australia yang berkesudahan mereka tewas 2-3 kepada Canberra FC, menang 4-0 ke atas Sydney Olimpik dan kalah 2-0 dengan Marconi Stallions, Jun lalu.

Harimau Malaya turut seri tanpa jaringan ketika menentang kelab Thailand, Chonburi FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 16 Julai lalu.

Untuk rekod, Harimau Malaya hanya menewaskan Sydney Olympic 4-0 pada aksi persahabatan dan Yemen 2-1 dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015 sepanjang 12 perlawanan sejak 1 Februari lalu.

Skuad negara yang tewas 0-2 kepada Shimizu S Pulse pada aksi pertama siri perlawanan persahabatan di Jepun sebelum dibelasah 0-5 oleh Shonan Bellmare akan melengkapkan aksi terakhir dengan menentang Tokyo Verdy, Rabu ini.

Skuad bimbingan Rajagobal akan bertemu Barcelona di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Ogos depan sebelum melayan kunjungan Bahrain untuk aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 15 Ogos depan.

Dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015, Harimau Malaya kini menduduki tangga ketiga Kumpulan D apabila berkongsi tiga mata dengan Bahrain (kedua) selepas tewas 0-2 kepada pendahulu, Qatar dan menang 2-1 terhadap pasukan tercorot, Yemen sepanjang dua perlawanan pertama.

Buru aksi lebih kompetitif

Posted:

Buru aksi lebih kompetitif

Buru aksi lebih kompetitif

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


IMBAS kembali... Pemain-pemain Harimau Muda bergambar sebaik tiba di tanah air setelah memenangi Newspaper Cup di Vietnam tahun lalu.


TATKALA Harimau Malaya dilihat lebih gemar menjadikan pasukan berstatus kelab sebagai lawan, lain pula ceritanya dengan 'adik' mereka iaitu Harimau Muda.

Ini kerana, skuad muda negara yang sedang 'berguru' di Slovakia tidak akan mempertahankan trofi Newspaper Cup yang dimenangi mereka di Vietnam tahun lalu.

Sebaliknya, skuad kendalian Ong Kim Swee bakal diuji dengan lawan yang lebih kompetitif menerusi beberapa aksi persahabatan sebaik saingan Pestabola Merdeka melabuhkan tirainya di Kuantan pada 15 September depan.

Kim Swee berkata, cabaran negara pada kejohanan jemputan Newspaper Cup pada Oktober depan bakal digalas Harimau Muda B yang dikendalikan Razip Ismail.

"Selepas saingan Pestabola Merdeka berakhir, kami akan mengharungi beberapa aksi persahabatan yang lebih kompetitif sebagai persediaan memburu kejuaraan hatrik emas bola sepak temasya Sukan SEA di Myanmar, Disember depan.

"Justeru, persoalan mengenai siapa lawan kami dalam aksi persahabatan itu nanti bakal diumumkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (Datuk Hamidin Mohd. Amin) pada masa terdekat," kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Untuk rekod, skuad kendalian Kim Swee berjaya melakar sejarah menjuarai Newspaper Cup buat kali pertama tahun lalu apabila mengecewakan tuan rumah, Vietnam 1-0 hasil jaringan tunggal Ahmad Hazwan Bakri.

Mengulas lanjut, Kim Swee memberitahu senarai akhir pemain Harimau Muda yang bakal beraksi dalam Pestabola Merdeka juga bakal diketahui sekembalinya mereka ke tanah air sempena Aidilfitri pada 6 Ogos depan.

"Buat masa ini, saya bercadang mengumpulkan pemain terbaik yang berusia bawah 23 tahun termasuk daripada negeri dan juga kelab bagi mengharungi Pestabola Merdeka.

"Ia akan diumumkan sekembalinya Harimau Muda dari Slovakia dan saya harap barisan pemain terpilih mampu merealisasikan sasaran untuk sekurang-kurangnya mara ke final kejohanan itu nanti," kata Kim Swee.

Untuk rekod, antara pemain muda yang pernah menggamit perhatian Kim Swee bagi mengharungi temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Kazan, Rusia tempoh hari termasuklah Junior Eldstal (Sarawak); Zubir Azmi (Terengganu) dan juga tonggak pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim Ab Halim namun mereka tidak dilepaskan majikan masing-masing.

Selepas ini, Harimau Muda bakal 'menutup buku' di Slovakia berdepan Vion FC dalam aksi persahabatan terakhir mereka, esok sebelum pulang bercuti kira-kira seminggu sempena Aidilfitri dan hanya akan kembali menjalani latihan di tanah air sempena Pestabola Merdeka pada 12 Ogos depan.

Harimau Muda juga berjaya melakar kemenangan pada aksi terakhir mereka sebelum ini setelah mengatasi kelab divisyen dua Slovakia, FK Pohronie 3-2 pada 23 Julai lalu sebaik menamatkan saingan Universiade di tempat kelapan baru-baru ini.

Impian peribadi Hairuddin

Posted:

Impian peribadi Hairuddin

Impian peribadi Hairuddin

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


HAIRUDDIN (kanan) menetapkan sasaran untuk membawa ATM ke final Piala Malaysia 2013.


KETUA pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar menetapkan sasaran untuk membawa skuad The Gladiators ke final Piala Malaysia 2013 yang bakal bermula 20 Ogos depan.

Pemain veteran berusia 33 tahun itu turut mempunyai misi peribadi iaitu untuk bermain pada final buat kali keenam sepanjang kariernya dan kali kelima berturut-turut.

Dalam pada itu, Hairuddin mengakui cukup berpuas hati dengan proses undian Piala Malaysia yang berlangsung kelmarin.

Pada undian itu, ATM diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama Selangor, Sime Darby dan Johor.

"Pada kempen Piala Malaysia kali ini, saya bertekad untuk membawa ATM mara ke pentas final sekali lagi dan saya juga ada misi peribadi iaitu untuk bermain buat kali keenam dalam karier saya serta kelima berturut-turut.

"Secara keseluruhan, saya cukup berpuas hati dalam proses undian kumpulan sebentar tadi (kelmarin) dan pada pendapat saya keempat-empat pasukan dalam Kumpulan A ini mempunyai peluang seimbang serta kesemuanya mampu layak ke pusingan seterusnya," kata Hairuddin ketika ditemui Kosmo! selepas majlis undian Piala Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin.

Bekas pemain Terengganu, Pahang, T-Team, Kelantan dan Negeri Sembilan itu berkata, selain Selangor, cabaran daripada naib juara Liga Premier, Sime Darby serta Johor juga tidak boleh diperlekehkan.

Katanya, sepanjang pemerhatian, pasukan-pasukan dalam Liga Premier juga boleh memberi impak besar pada saingan Piala Malaysia dan mereka mampu memberi cabaran kepada pasukan-pasukan utama Liga Super.

"Saya berkata demikian kerana kami pernah mengalami sendiri musim lalu.

"Hadir dalam kempen Piala Malaysia daripada pasukan Liga Premier, namun dengan semangat juang yang tinggi, kami mampu menjejak kaki ke pentas final.

"Sime Darby memiliki penjaring terbanyak Liga Premier (Karlo Primorac), manakala saya juga mendapat maklumat daripada rakan-rakan di negeri lain bahawa Johor juga merupakan sebuah pasukan yang sukar ditumbangkan.

"Mengenai cabaran Selangor, dalam saingan liga kami menang sekali dan tewas sekali serta seperti diketahui umum, aksi antara ATM-Selangor pada saingan sebelum ini sentiasa 'panas'. Namun saya berani memberi jaminan dalam kempen Piala Malaysia nanti kami akan bersaing dalam penuh semangat kesukanan," kata Hairuddin.

Sementara itu, Hairuddin turut percaya matlamat ATM ke pentas final pada kempen kali ini juga akan dipengaruhi dengan tahap kecergasan pemain-pemain utama serta sokongan padu para penyokong setia skuad The Gladiators itu.

Dalam aksi Liga Super musim ini, ATM menggunakan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebagai gelanggang tuan rumah namun, pada kempen Piala Malaysia ini pihak pengurusan ATM sedang berusaha memohon untuk bertukar ke Stadium Selayang.

"Untuk rekod, pada kempen Piala Malaysia musim lalu kami tidak pernah kalah ketika beraksi di Stadium Selayang dan para pemain juga sangat selesa beraksi di sana, manakala peminat-peminat setia sentiasa memenuhi stadium itu berbanding ketika kami beraksi di Paroi," ujar bekas penyerang kebangsaan yang berasal dari Setiu, Terengganu itu.

Pada final Piala Malaysia musim lalu, ATM tewas 2-3 kepada Kelantan di Stadium Shah Alam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Mia Sara ajak minum susu

Posted:

Mia Sara ajak minum susu

Mia Sara ajak minum susu

MILK Mug pelbagai reka bentuk ditawarkan oleh Dutch Lady bagi menggalakkan kanak-kanak minum susu untuk tumbesaran dan kesihatan mereka.


DUTCH Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) bersama duta baharu bagi Susu Untuk Membesar Dutch Lady, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 8, telah melancarkan kempen Susu dan Sahur di MegaKidz, pusat beli-belah MidValley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kempen tersebut bertujuan menggalakkan kanak-kanak meminum susu sewaktu bersahur kerana ia mampu memberi tenaga ketika berpuasa.

Dalam usaha untuk memberi inspirasi dan galakan kepada kanak-kanak di seluruh negara, Mia Sara berazam untuk berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan ini.

Sambutan Ramadan kali ini juga dimeriahkan dengan azam Dutch Lady untuk mendermakan segelas susu kepada rumah anak yatim terpilih berdasarkan jumlah hari kanak-kanak yang berpuasa.

Mia Sara yang berpuasa sebulan penuh pada usia tujuh tahun membuat azam bersama-sama 20 kanak-kanak daripada Rumah Amal Siraman Kasih, Rawang, Selangor yang merupakan salah sebuah rumah anak yatim terpilih untuk kempen tersebut.

Pengaruh positif

"Kempen ini bukan sahaja menggalakkan kanak-kanak berpuasa dan meminum susu, tetapi memberikan mereka peluang untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.

"Sebagai selebriti kanak-kanak, kami yakin Mia Sara dapat memberikan pengaruh positif kepada kanak-kanak lain dengan menyemai gaya hidup sihat seperti meminum susu, berpuasa sepanjang bulan Ramadan serta mengambil berat terhadap golongan yang kurang bernasib baik," kata Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Anja Henze.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai kempen tersebut boleh mendapatkan kalendar Susu dan Sahur secara percuma di kedai-kedai terpilih mulai 1 Julai lalu.

Kalendar berkenaan mengandungi tip dan petikan inspirasi daripada Mia Sara bagi menggalakkan kanak-kanak berpuasa.

Tandakan pada kotak di dalam kalendar bagi menunjukkan hari kanak-kanak berpuasa dan hantarkan kembali kepada Dutch Lady Malaysia sebelum 17 Ogos depan.

Selain membantu kanak-kanak kurang bernasib baik, lima pemenang bertuah berpeluang menyambut hari raya bersama Mia Sara pada bulan September ini.

Pada majlis sama, Dutch Lady Malaysia turut melancarkan Milk Mug baharu yang boleh didapati bermula dari 1 Julai sehingga 31 Ogos ini.

Milk Mug diperkenalkan agar kanak-kanak berasa seronok ketika menikmati susu.

"Di Dutch Lady, kami ingin menjadikan pengalaman meminum susu untuk membesar sebagai pengalaman yang menyeronokkan bagi kanak-kanak.

"Jadi, kami telah menghasilkan pelbagai siri Milk Mug menarik yang sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak bagi menggalakkan mereka meminum lebih banyak susu," kata Anja.

Promosi berkembar

Dutch Lady Milk Mug juga boleh didapati dengan setiap pembelian pek promosi berkembar (2 Pek Susu 1 kilogram) bagi Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123, Susu Untuk Membesar Dutch Lady 456 atau Susu Untuk Membesar Dutch Lady 6+.

Milk Mug ditawarkan dalam lima reka bentuk berbeza, The Bee (kuning), The Elephant (ungu) dan The Crab (merah) untuk kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun, sementara reka bentuk yang lebih terkini bersama tali ditawarkan dalam warna biru (untuk kanak-kanak lelaki) dan merah jambu (untuk kanak-kanak perempuan), buat kanak-kanak berusia empat tahun ke atas.

Bersempena pelancaran Dutch Lady Milk Mug, permainan video Facebook berjudul Moo-It, Moo-It yang dimulakan pada 15 Jun lalu turut diperkenalkan.

Peserta boleh menggunakan lima watak Milk Mug untuk merebut peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM6,000.

Untuk keterangan lanjut tentang kempen Susu dan Sahur, Dutch Lady Milk Mug dan permainan video Facebook Moo-It, Moo-It, sila layari www.smartmoments.com atau www.facebook.com/DutchLady. SmartMoments.

Minat memasak sejak kecil

Posted:

Minat memasak sejak kecil

Minat memasak sejak kecil

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

PENGASAS Jamu Mak Dara ini sudah memiliki beberapa koleksi buku resipi untuk dikongsi bersama khalayak.


PADA usia mencecah 68 tahun, keterampilan pengasas produk Jamu Mak Dara, Halimah Shuib masih mampu menarik perhatian ramai.

Kudratnya juga masih kuat untuk melakukan kerja-kerja rumah termasuk membuat kuih-muih yang ditempah oleh kenalan terdekat dan menyediakan hidangan berbuka untuk keluarga.

Mesra membahasakan diri sebagai Ibu, beliau mengakui memasak merupakan minatnya sejak kecil. Menurut anak kelahiran Rengit, Johor itu, pada usia lima tahun lagi, dirinya sudah cenderung untuk ke dapur.

"Waktu itu Ibu rajin bertanya tentang apa sahaja yang berkaitan masakan pada arwah emak. Macam-macam soalan akan ditanya ketika berada di dapur. Sebab itulah, apabila meningkat remaja, Ibu sudah mahir memasak pelbagai juadah.

"Bagi Ibu, sebagai wanita sama ada mempunyai kerjaya atau tidak, kita harus belajar memasak. Walau sesibuk mana sekalipun, pastikan kita memperuntukkan waktu menyediakan hidangan untuk keluarga.

"Ini kerana air tangan seorang ibu itu mempunyai nilai yang tinggi dalam kehidupan. Ia mampu menjadi pengikat kasih sayang sesama ahli keluarga. Seperkara lagi, jangan cepat putus asa jika masakan yang dibuat tidak menjadi. Cuba dan terus cuba hingga berjaya," ujar Halimah ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Ulu Kelang, Selangor baru-baru ini.

Lantaran bakat yang dimiliki, Halimah kini sudah mempunyai beberapa koleksi buku resipi yang dihasilkan semata-mata untuk dikongsi bersama pembaca.

Terbaharu buku bertajuk Air Tangan Mak Dara yang diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. telah berada di pasaran. Ia memaparkan 58 jenis resipi enak Halimah menggunakan bahan utama seperti ayam, daging, kambing, ikan, sotong, udang dan ketam.

"Buku ini sesuai untuk mereka terutamanya wanita yang mungkin baru berjinak-jinak untuk ke dapur. Malah, ia juga boleh menjadi panduan dan rujukan buat kaum ibu untuk menyediakan pelbagai hidangan menarik untuk seisi keluarga.

"Setiap sajian dimasak secara mudah dan langkah penyediaan turut disertakan dengan teratur sekali gus membolehkan pembaca mencuba resipi ini sendiri di rumah," ujarnya.

Antara menu istimewa yang terdapat dalam buku ini ialah ayam masak bunga kantan, opor betawi, daging temasik, kambing kasturi, gulai babat, botok-botok tempe, buncis goreng kerisik dan sambal ikan bilis kukus.

Selain Air Tangan Mak Dara, buku lain yang turut diterbitkan ialah Masakan Tradisi Johor, Kek Istimewa Bersalut Krim, Fondan & Coklat serta Mudah Membuat Kek Bila-Bila Masa.

Menurut ibu kepada enam cahaya mata itu, dia gemar menulis resipi di dalam buku. Oleh itu, apabila ada pihak yang sudi memberi peluang untuk menerbitkannya dalam bentuk buku, Halimah menerima dengan tangan terbuka.

"Apa yang penting, Ibu mahu berkongsi resipi warisan yang dipelajari bersama khalayak. Moga ia memberi manfaat pada pembaca kelak," jelas Halimah sambil tersenyum.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


120 penyokong Morsi maut ditembak pada waktu subuh

Posted:

120 penyokong Morsi maut ditembak pada waktu subuh

120 penyokong Morsi maut ditembak pada waktu subuh

PENYOKONG Morsi membantu seorang lelaki yang cedera untuk mendapatkan rawatan di Bandar Nasr, Kaherah semalam.


KAHERAH - Sekurang-kurangnya 120 penyokong bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi terbunuh manakala 1,000 yang lain cedera dalam pertempuran dengan polis di sini pagi semalam, kata para doktor dan pergerakan Islam Ikhwanul Muslimin.

Pemimpin Ikhwanul Muslimin, Murad Ali ketika memberitahu agensi berita AFP mendakwa polis melepaskan tembakan peluru hidup.

Bagaimanapun, agensi berita milik pemerintah, MENA yang memetik seorang pegawai keselamatan menafikan pihak polis menggunakan peluru hidup.

Menurut laporan MENA, pertempuran meletus pada waktu subuh di jalan menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dengan polis melepaskan gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan yang membaling batu.

Morsi digulingkan menerusi rampasan kuasa oleh pihak tentera pada 3 Julai lalu.

Sejak itu, beribu-ribu penyokong Ikhwanul Muslimin berkumpul di luar Masjid Rabaa Al-Adawiya di sini bagi menuntut Morsi dilantik semula sebagai presiden.

Dalam pada itu, beribu-ribu penyokong Morsi dan penentang rampasan kuasa turut berhimpun di jalan-jalan di Iskandariah hingga mencetuskan pertempuran sengit dan mengorbankan tujuh orang serta mencederakan 194 yang lain.

Pertumpahan darah berlaku beberapa jam selepas Menteri Dalam Negeri sementara, Mohammed Ibrahim memberi amaran bahawa pihaknya akan segera bertindak menyuraikan kumpulan yang berhimpun di bandar Nasr, Kaherah.

Kekacauan mula timbul apabila pihak berkuasa mendakwa Morsi terlibat dalam kes pembunuhan dan beliau ditahan untuk disoal siasat selama 15 hari.

Menurut MENA, Morsi didakwa merancang pembunuhan sejumlah tahanan, para pegawai dan anggota tentera ketika kebangkitan rakyat Mesir menentang diktator Hosni Mubarak pada tahun 2011.

Pemimpin Islam yang digulingkan itu turut disyaki bekerjasama dengan kumpulan Hamas di Palestin untuk menyerang dan memusnahkan beberapa buah penjara serta melepaskan sejumlah tahanan termasuk dirinya.

Morsi berkemungkinan besar akan dihantar ke penjara Torah yang kini turut dihuni oleh bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.- AFP

51 terbunuh serangan pengebom berani mati di pasar

Posted:

51 terbunuh serangan pengebom berani mati di pasar

51 terbunuh serangan pengebom berani mati di pasar


DUA orang mangsa yang cedera akibat serangan bom di pekan Parachinar, Pakistan dirawat di sebuah hospital kelmarin.


PESHAWAR - Dua serangan berani mati menggegarkan kawasan pasar sibuk di barat laut Pakistan kelmarin dan mengorbankan 51 orang serta mencederakan lebih 150 yang lain, kata beberapa pegawai.

Serangan bom berkembar di pekan Parachinar, daerah Kurram dekat sempadan Afghanistan berlaku ketika orang ramai berpusu-pusu membeli juadah berbuka puasa.

Angka korban dan mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut disahkan oleh ketua hospital awam di Kurram, Dr. Sabir Hussein.

"Kami telah menghantar 20 mangsa yang kritikal ke hospital besar di Peshawar dan Kohat," katanya kepada agensi berita AFP.

Dalam pada itu, jurucakap pentadbiran di Parachinar, Riaz Mehsud berkata, kedua-dua letupan itu dilakukan oleh pengebom berani mati.

Menurut Riaz, letupan menyebabkan sejumlah kereta sorong berterbangan. Ia turut merosakkan lebih 15 premis dan dua buah kereta.

"Kami menemui banyak anggota tubuh termasuk milik pengebom berani mati. Terdapat kesan darah dan cebisan daging manusia di lokasi kejadian," katanya.

Letupan tersebut berlaku di sebahagian besar kawasan pengikut Syiah. Namun, pihak berkuasa menyatakan mereka belum dapat mengecam identiti mangsa.

Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab. Tetapi, siri serangan yang dilancarkan pengikut pelampau Sunnah terhadap minoriti Syiah Pakistan kian meningkat terutama di Kurram.

Pengikut Syiah mewakili 20 peratus daripada 180 juta penduduk di negara kuasa nuklear itu.

Lebih 6,000 orang dilaporkan terbunuh dalam beberapa serangan di Pakistan sejak enam tahun lalu. - AFP

Tayyip Erdogan mahu saman akhbar

Posted:

Tayyip Erdogan mahu saman akhbar <i>Times of London</i>

Tayyip Erdogan mahu saman akhbar Times of London


Tayyip Erdogan


ISTANBUL - Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan mengancam untuk menyaman akhbar Times of London kerana menyiarkan satu surat terbuka sekumpulan selebriti dan ahli akademik yang mengkritik cara beliau menangani protes antikerajaan di Turki.

Aktor Sean Penn, Susan Sarandon dan Ben Kingsley merupakan antara selebriti yang menandatangani sekeping surat yang menuduh kerajaan pimpinan Erdogan memerintah secara diktator dan menyebabkan kematian lima orang penunjuk perasaan selepas mereka bertempur dengan polis.

"Times menggunakan ruang dalam akhbar untuk mendapatkan wang. Ini adalah zaman kejatuhan Times. Kami akan meneruskan tindakan undang-undang ke atas Times," kata Erdogan yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen NTV.

Erdogan menyifatkan mereka yang menandatangani surat tersebut yang disiarkan dalam satu halaman penuh sebagai tidak menyokong demokrasi sepenuhnya.

"Jika mereka benar-benar percayakan demokrasi, mereka tidak akan menggelar sebuah parti yang memenangi 50 peratus daripada undi rakyat sebagai diktator," tambah Erdogan.

Surat itu juga menuduh Erdogan tidak mengamalkan prinsip kebebasan media kerana telah memenjarakan berpuluh-puluh orang wartawan sejak beberapa tahun lalu. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


6,000 pelajar Malaysia selamat

Posted:

6,000 pelajar Malaysia selamat

6,000 pelajar Malaysia selamat

28/07/2013 10:09pm

KUALA LUMPUR - Kira-kira 6,000 pelajar Malaysia di Mesir dilaporkan berada dalam keadaan selamat meskipun konflik politik di negara itu kini semakin buruk apabila 120 penyokong Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi terbunuh dalam pertempuran dengan polis kelmarin.

Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Abdul Aziz Ali berkata, walaupun penempatan pelajar Malaysia terletak tidak jauh dari lokasi pertempuran tersebut, namun tiada insiden dilaporkan membabitkan mereka setakat pukul 7 malam ini.

Menurutnya, kawasan penempatan pelajar Malaysia di Hayyu Sabiek, Kaherah terletak hanya kira-kira satu kilometer dari dataran Masjid Rabaa Al-Adawiya, manakala satu lagi perumahan pelajar negara ialah di Hayyu Asyir yang terletak kira-kira enam kilometer dari lokasi pertempuran tersebut.

"Kita telah keluarkan arahan supaya mereka (pelajar) tidak keluar daripada lokasi penempatan masing-masing dan menjauhi kawasan yang sedang bergolak itu.

"Ibu bapa pelajar di sini (Malaysia) tidak perlu risau dengan apa yang sedang berlaku kerana langkah-langkah keselamatan telah diambil," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Kosmo! hari ini melaporkan konflik di Mesir semakin buruk apabila sekurang-kurangnya 120 penyokong Morsi terbunuh, manakala 1,000 orang lagi cedera dalam per tempuran dengan polis di Kaherah awal pagi semalam. - KOSMO!

GPMS gesa tayangan filem The New Village ditangguhkan

Posted:

GPMS gesa tayangan filem The New Village ditangguhkan

GPMS gesa tayangan filem The New Village ditangguhkan

28/07/2013 9:19pm

KUALA LUMPUR - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendesak kerajaan menangguhkan sebarang tayangan filem The New Village yang dilihat seolah-olah cuba menghidupkan gerakan komunis di negara ini.

Timbalan Presiden GPMS, Ezaruddin Abd. Rahman berkata pihaknya turut meragui fakta yang terdapat dalam filem itu selain ia mungkin mempunyai agenda tertentu yang boleh memberi kesan buruk kepada generasi muda.

"GPMS menganggap ideologi komunis telah mati di negara ini. Kenapa filem ini dibenar ditayangkan kerana ia hanya akan memberi kesan psikologi kepada rakyat Malaysia untuk mendekati ideologi komunis," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

GPMS turut meminta Kementerian Dalam Negeri melihat kandungan filem itu dengan teliti kerana ia membabitkan keselamatan negara.

Akhbar hari ini melaporkan filem yang disifatkan sebagai mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai 'hero' itu bakal ditayangkan mulai 23 Ogos, sempena bulan kemerdekaan negara.

Laporan itu berkata perkara berkenaan didedahkan sebuah blog selepas sedutan tayangan filem itu mula tersebar sejak akhir-akhir ini.

Ezaruddin turut menegaskan penayangan filem itu akan menimbulkan rasa kurang senang dan melukai banyak pihak termasuk golongan bekas tentera yang berjuang pada zaman menentang komunis. - Bernama

200,000 hektar tanah terbiar akan dimajukan dengan tanaman padi

Posted:

200,000 hektar tanah terbiar akan dimajukan dengan tanaman padi

200,000 hektar tanah terbiar akan dimajukan dengan tanaman padi

28/07/2013 8:39pm

BERA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengenal pasti sebanyak 200,000 hektar tanah terbiar seluruh negara yang berpotensi untuk dimajukan dengan tanaman padi.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tanah tersebut merupakan tanah hak milik individu, namun terbiar tanpa diusahakan dengan sebarang kegiatan pertanian yang boleh menjana pendapatan.

"Kita sedang berhubung dengan tuan punya tanah terbabit dan jika segalanya selesai termasuk urusan penyerahanan (hak milik), kawasan tersebut akan dimajukan segera untuk tanaman padi, manakala tanah terbiar lain juga akan dikaji untuk projek lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan zakat kepada penduduk miskin di Masjid Kampung Charuk Puting, di sini hari ini.

Beliau menambah, masyarakat perlu mengubah tanggapan negatif bahawa sektor pertanian hanya untuk penduduk kampung kerana ia kini berpotensi menjana pendapatan dan dapat meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat dan negara jika dimajukan lebih terancang.

"Penduduk luar bandar perlu komited dan bersungguh-sungguh membabitkan diri dengan aktiviti dan program pertanian seperti ternakan lembu, ternakan ikan air tawar dan pertanian berskala besar yang boleh menghasilkan pendapatan lumayan.

"Kementerian komited membantu golongan petani, penternak, peladang dan nelayan dari segi memberi bantuan subsidi dan pinjaman bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian mereka," katanya.

Beliau berkata, mereka perlu aktif dalam sektor pertanian kerana majoriti penduduk di kawasan kampung mempunyai keluasan kawasan tanah bagi mengusahakan projek pertanian yang berimpak tinggi. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved