Khamis, 11 Ogos 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Keganasan terburuk sejak 25 tahun

Posted:

Keganasan terburuk sejak 25 tahun

Keganasan terburuk sejak 25 tahun

Susunan KHADIJAH MOHAMAD NOR

SEORANG lelaki pertengahan usia hanya mampu merenung sisa runtuhan sebuah bangunan usang yang berada di hadapannya. Matanya kelihatan sayu dan manik-manik jernih mulai mengalir di pipinya yang dipenuhinya kedutan.

Dia tidak pernah langsung menyangka segala hasil titik peluhnya dalam mengusahakan perniagaan perabot milik keluarganya yang diwarisi turun-temurun akhirnya musnah dibakar begitu sahaja.

Gara-gara tindakan perusuh yang bertindak sesuka hati membakar blok-blok bangunan yang ada di pekan Croydon, menyebabkan perniagaan perabot House of Reeves yang telah mencecah usia 144 tahun itu hilang sekelip mata ditelan api yang marak.

"Saya merupakan generasi kelima yang menjalankan perniagaan di bangunan bersejarah ini. Saya mempunyai dua orang anak perempuan yang bakal meneruskan kesinambungan empayar perniagaan kami bagi generasi keenam.

"Sejak 30 tahun lalu, saya bersama isteri telah menjalankan perniagaan ini. Namun, kini kehidupan saya telah musnah," tutur Graham Reeves, 52, dalam nada sebak yang bersarang di dada.

Gedung perabot terbabit mula dibuka di Croydon, yang ketika itu sebuah bandar berasingan dan terletak kira-kira 15 kilometer dari selatan London pada tahun 1867. Ia satu perniagaan yang maju dan berjaya. Meskipun pernah mengharungi Perang Dunia Kedua dan kemelesetan ekonomi teruk sekitar tahun 1929 hingga 1930, tetapi House of Reeves kekal utuh.

Situasi tegang


ANGGOTA keselamatan berusaha memadamkan kebakaran sebuah bangunan di Tottenham, utara London akibat keganasan yang melanda.


Croydon merupakan salah satu daripada lokasi yang terlibat dalam rusuhan paling teruk pernah berlaku di kota London dalam tempoh lebih 25 tahun.

Keganasan dikatakan bermula Sabtu lalu di kawasan petempatan berbilang etnik di Tottenham, utara bandar raya itu selepas seorang lelaki kulit hitam berusia 29 tahun, Mark Duggan ditembak mati oleh polis dua hari sebelum itu.

Selain London, rusuhan turut merebak ke bandar raya lain seperti Liverpool, Birmingham, Manchester, West Bromwich, Wolverhampton, Bristol, Salford dan hampir ke seluruh United Kingdom.

Menurut Setiausaha Dalam Negeri Britain, Theresa May, situasi yang berlaku kini sangat tegang dan pihak berkuasa sedang berusaha mengawal keadaan agar tidak menjadi lebih buruk.

"Kami perlu menamatkan rusuhan ini dengan segera. Seboleh-bolehnya pihak polis tidak mahu menggunakan meriam air untuk meleraikan rusuhan, melainkan menerusi persetujuan masyarakat," katanya kepada stesen televisyen Sky News.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Britain, David Cameron berikrar akan mengakhiri kegasanan tersebut dan membayangkan kesediaan menggunakan meriam air buat pertama kalinya terhadap perusuh.

"Dalam situasi sekarang, kita perlu melawan balik dan ia telah bermula," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat krisis Jawatankuasa Kecemasan Kerajaan (Cobra) kelmarin.

Batal perlawanan


ASYRAF HAZIQ (kanan) cuba menyelamatkan dirinya apabila diserang perusuh di kota London baru-baru ini.


Jika ia dilakukan, penggunaan meriam air untuk meleraikan rusuhan itu buat julung kalinya dilakukan di Britain sekali gus mencatat sejarah tersendiri di kalangan polis negara tersebut.

Sementara itu, rentetan rusuhan dan keganasan yang berlaku di jalanan juga menyebabkan perlawanan persahabatan antara England menentang Belanda di Stadium Wembley, London yang dijadualkan berlangsung semalam (11 Ogos) terpaksa dibatalkan demi keselamatan orang ramai.

Kapten England, Rio Ferdinand turut melahirkan rasa kesalnya di atas apa yang berlaku. Menerusi laman sosial Twitter peribadi, Ferdinand berkata: "Situasi yang berlaku ketika ini cukup mengejutkan. Apakah sebenarnya yang menyebabkan ia berlaku? Orang yang tidak bersalah mendapat susah. Kenapa?"

Bukan hanya Ferdinand, tetapi ramai pemain yang menyuarakan rasa hati masing-masing dan berharap agar ia dapat dihentikan segera termasuklah Wayne Rooney selaku penyerang berbisa skuad kebangsaan England.

"Kenapa orang yang terlibat dengan rusuhan ini melakukannya di negara mereka sendiri? Ini bandar mereka sendiri. Ia memalukan negara. Sila hentikan," kata Rooney dalam akaun Twitter miliknya.

Apa yang pasti, mereka yang terlibat dalam rusuhan ini turut menjadikan tindakan kerajaan yang mahu memotong 80 bilion pound (RM389 bilion) daripada perbelanjaan awam menjelang tahun 2015 bagi mengurangkan rekod defisit negara sebagai alasan untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati rakyat terhadap perkara itu.

Zon peperangan


RUSUHAN yang berlaku banyak mengorbankan harta benda sekali gus merugikan warga London sendiri.


Golongan muda pula menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) termasuk mesej segera melalui telefon pintar BlackBerry dan platform media sosial seperti Twitter untuk membentuk kordinat serangan dan mengelak berdepan dengan pihak polis.

"Sudah beberapa hari sejak rusuhan berlaku kanak-kanak langsung tidak gembira. Malah, mereka benci pada anggota polis.

"Ia kelihatan seperti zon peperangan dan pihak polis tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghalangnya. Mereka (perusuh) sangat ramai dan pihak polis tidak mencukupi," kata Matthew Yeoland, 43, seorang guru di Peckham, selatan London.

Dalam pada itu, penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, keganasan dan rusuhan yang berlaku di London, kota yang aman dan terkenal di seluruh dunia dengan tarikan pelancongan dan sebagainya boleh dijadikan iktibar buat semua pihak.

Ini menunjukkan tidak semestinya setiap negara yang bertamadun, mempunyai kestabilan ekonomi dan maju akan terus aman dan kesejahteraan buat selama-lamanya jika ia tidak dipelihara.

"Rakyat Malaysia keseluruhannya harus membuka mata luas-luas terutama bagi pihak yang gemar mencetuskan hura-hara seperti mahu mengadakan perhimpunan dan demonstrasi bagi menunjukkan protes terhadap pihak berkuasa.

"Demonstrasi ini kalaupun dilakukan dalam keadaan aman, tetapi pasti ada golongan tertentu akan cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan sekali gus menyebabkan rusuhan teruk.

"Jika ini terjadi, sudah tentu banyak harta benda yang rosak, kehilangan nyawa, wujudnya anasir-anasir luar yang cuba menghancurkan negara dan menjejaskan imej tanah air sendiri," ujar beliau yang mengaitkan situasi itu dengan cubaan pihak-pihak tertentu menganjurkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Terperangkap

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu turut memuji tindakan tegas dan pantas pihak polis dalam menangani demonstrasi jalanan tersebut.

Sementara itu, seorang pelajar Malaysia di United Kingdom, Siti Suriani Othman, 32, bersyukur kerana terselamat daripada rusuhan sewaktu berkunjung ke London Ahad lalu.

Menurut Suriani, dia hairan apabila melihat semua kedai di Oxford Street ditutup pada pukul 6 petang berbanding pukul 8.30 malam sebelum ini.

"Rupanya-rupanya semua perusuh berkumpul di sana dan mula membuat onar. Nasib baik kami cepat pulang, kalau tidak mungkin saya pun akan terperangkap dalam rusuhan tersebut," kata pelajar jurusan Doktor Falsafah (PhD) di Nottingham Trent University, Nottingham, United Kingdom itu.

Tambahnya, di London kuasa polis sangat terhad sehingga mereka tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kepada perusuh kerana terpaksa mengikut peraturan sekali gus menjaga periuk nasi mereka ketika keadaan ekonomi yang teruk.

Menurut Suriani selama hampir empat tahun tinggal di United Kingdom, dia melihat terdapat banyak kepincangan walaupun ia sebuah negara yang maju.

"Perkara ini (kelemahan dan kepincangan pentadbiran kerajaan) hanya dapat kita ketahui jika menetap di sini untuk sesuatu tempoh tertentu dan ia tidak dapat dikesan hanya daripada penyiaran berita mereka atau laporan-laporan dalam bentuk buku ilmiah dan sebagainya.


RUSUHAN dan keganasan yang berlaku di London dan hampir seluruh United Kingdom mampu memberi kesan buruk terhadap imej Britain dan melumpuhkan ekonomi mereka yang sedia terjejas.



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Polis siasat punca remaja parah

Posted:

Polis siasat punca remaja parah

Polis siasat punca remaja parah

Oleh AHMAD SHAHIR KASSIM
ahmad.shahir@kosmo.com.my

MOHD. NASHIR (kiri) mendengar penerangan daripada pegawainya ketika melawat Muhammad Solihin yang koma di HSB, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Polis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang remaja, Muhammad Solihin Che Kassim, 14, yang dikatakan koma selepas dibaling dengan topi keledar oleh dua anggota polis ketika melakukan rondaan di Kampung Felcra Lubuk Sireh, Chuping, Perlis Sabtu lalu.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Perlis, Supritendan Mohd. Nashir Ya berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan melalui perbuatan yang merbahayakan nyawa manusia.

Katanya, siasatan dibuat selepas pihaknya menerima tiga laporan daripada pihak-pihak terlibat iaitu bapa mangsa, Che Kassim Darus, 41, satu daripada anggota polis yang dikatakan membaling topi keledar kepada mangsa dan satu lagi laporan daripada seorang polis trafik.

"Keterangan saksi-saksi sedang dikumpul sebelum membuat rumusan mengenai kes tersebut," katanya ketika ditemui selepas melawat Muhammad Solihin di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan Che Kassim mendakwa anaknya cedera parah di kepala akibat terkena topi keledar yang dibaling oleh anggota polis sewaktu menjalankan rondaan pukul 9.40 malam Sabtu lalu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

KDN bertindak terhadap The Star ekoran resipi khinzir dalam sisipan Ramadan

Posted:

KDN bertindak terhadap The Star ekoran resipi khinzir dalam sisipan Ramadan

KDN bertindak terhadap The Star ekoran resipi khinzir dalam sisipan Ramadan


KERATAN akhbar The Star kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, dalam sisipan kelmarin, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk Ramadan Delights yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk Ramadan Delights itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tetapkan suhu bilik 24 Celcius

Posted:

Tetapkan suhu bilik 24 Celcius

Tetapkan suhu bilik 24 Celcius


SUHU di semua bangunan kerajaan ditetapkan 24 darjah Celsius bagi mengurangkan kos. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Semua bangunan kerajaan diarahkan menetapkan suhu dalam bangunan tidak kurang daripada 24 darjah Celsius sebagai langkah penjimatan tenaga, kata Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, langkah kecekapan penggunaan tenaga itu akan berkuat kuasa selepas surat pekeliling mengenai perkara itu dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

"Perdana Menteri mengarahkan sebagai satu langkah yang bijak kecekapan penggunaan tenaga, semua bangunan kerajaan diminta menetapkan suhu bangunan tidak kurang daripada 24 darjah Celsius.

"Kecuali bagi tempat-tempat khas seperti hospital yang memang memerlukan paras suhu yang rendah," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas di sini semalam.

Terdahulu, kedua-dua mereka menghadiri mesyuarat Majlis Teknologi Hijau Negara dan Perubahan Cuaca, yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini.

Mengulas lanjut, Fah Kui berkata, suhu yang ditetapkan itu adalah sesuai untuk persekitaran tempat kerja dan ia juga boleh menjimatkan keseluruhan bil elektrik sesebuah bangunan kerajaan itu.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Rusuhan merebak di luar London

Posted:

Rusuhan merebak di luar London

Rusuhan merebak di luar London


SEORANG perusuh berjalan meredah api di Liverpool kelmarin.


LONDON - Ribuan anggota polis tambahan yang berkawal di jalan-jalan raya berjaya menyebabkan London tenteram semalam selepas tiga hari berlaku rusuhan dan rompakan oleh sekumpulan golongan muda.

Bandar Manchester dan Liverpool di timur laut dan Birmingham di tengah England berdepan dengan rusuhan selepas London tenteram semalam.

Di Birmingham, polis melancarkan siasatan selepas tiga penganut Islam terbunuh kerana dilanggar sebuah kereta.


KEROSAKAN berlaku di sebuah kedai akibat rusuhan di Manchester semalam.


Seorang rakan tiga lelaki itu memberitahu stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa ketiga-tiga penganut Muslim itu merupakan sebahagian daripada kumpulan keturunan Asia yang melindungi kawasan kediaman mereka daripada menjadi sasaran golongan muda yang merompak.

Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu dilanggar selepas bersolat di sebuah masjid.

"Kereta itu melencong ke arah mereka dengan tiba-tiba," katanya.

Keadaan di London tenteram semalam selepas rusuhan bermula di Tottenham pada malam Sabtu lalu.

Kira-kira 16,000 anggota polis mengawal jalan-jalan raya di London semalam.


KESAN kerosakan akibat kebakaran dilihat pada sebuah bangunan di Manchester semalam.


Rusuhan itu berlaku akibat perasaan tidak puas hati golongan muda terhadap kematian seorang lelaki berusia 29 tahun yang ditembak polis pada minggu lalu.

Protes golongan muda itu bertukar menjadi ganas apabila mereka membakar beberapa bangunan, kereta polis dan merompak di Tottenham, utara London.

Perdana Menteri Britain, David Cameron terpaksa menyingkatkan percutiannya di Itali untuk pulang ke London bagi berdepan dengan krisis tersebut.

Cameron akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Krisis dan memanggil parlimen bersidang untuk membincangkan isu berkenaan.

Rusuhan itu merupakan situasi yang paling buruk pernah berlaku di London kurang setahun sebelum bandar raya ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Apple jadi syarikat terbesar dunia

Posted:

Apple jadi syarikat terbesar dunia

Apple jadi syarikat terbesar dunia


SEORANG pelanggan melihat komputer iPad 2 keluaran Apple di syarikat telekomunikasi KT di Seoul semalam.


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Gergasi komputer dan telefon bimbit AS, Apple memintas pengeluar minyak global, Exxon Mobil sebagai syarikat terbesar di dunia untuk seketika kelmarin.

Nilai syarikat Apple yang diasaskan oleh Steve Jobs pada 1976 yang mengeluarkan telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad itu ialah AS$341.5 bilion (RM1.027 trilion) kelmarin sekali gus berjaya mengatasi Exxon yang bernilai AS$340 bilion (RM1.023 trilion).

Namun, Exxon kemudian merampas kembali gelaran syarikat terbesar dunia apabila sahamnya mengukuh kepada AS$352.9 bilion (RM1.06 trilion) manakala Apple di tempat kedua dengan nilai saham AS$346.7 bilion (RM1.04 trilion).

"Kreativiti kini mengambil alih kekuatan dan kudrat manusia," kata pengasas laman web Lastminute.com, Brent Hoberman.

Exxon juga dikenali dengan jenama Esso, mendapat pujian aktivis mesra alam manakala Apple dipuji kerana berjaya mengubah kehidupan harian dengan pengenalan gajet seperti iPod, iPad dan iPhone.

Pakar-pakar bagaimanapun, percaya Apple akan menjadi perniagaan pertama melepasi nilai AS$1 trilion (RM3 trilion) pada masa akan datang susulan pertumbuhan pesat syarikat tersebut. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lelaki 78 isteri dipenjara seumur hidup

Posted:

Lelaki 78 isteri dipenjara seumur hidup

Lelaki 78 isteri dipenjara seumur hidup

SAN ANGELO, Texas - Seorang pemimpin mazhab poligami, yang menjadi tajuk utama akhbar pada tahun 2008 yang ditahan polis dalam satu serbuan, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas dia didapati melakukan serangan seks ke atas dua gadis muda.

Pemimpin itu, Warren Jeffs berusia 55 tahun tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman itu dibacakan oleh pihak juri yang mengambil masa kurang sejam untuk membuat keputusan di sebuah mahkamah kelmarin.

Mazhab yang dibawa Jeffs menjadi tumpuan umum apabila polis Texas menyerbu rumahnya yang berhampiran bandar kecil Eldorado pada 2008 dan membawa keluar lebih 468 budak lelaki dan perempuan ekoran terdapat dakwaan berlaku penderaan seksual dan fizikal yang sistematik.

Namun pihak mahkamah kemudian mengarahkan budak lelaki dan perempuan itu dipulangkan kepada ibu bapa mereka.

Menurut pihak pendakwa raya, Jeffs mempunyai 78 isteri. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penganggur didakwa tipu RM300,000

Posted:

Penganggur didakwa tipu RM300,000

Penganggur didakwa tipu RM300,000

11/08/2011 6:57pm

SHAH ALAM - Seorang penganggur hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini menipu pengurusan kapal pesiaran RM387,568 dengan membuat tuntutan menggunakan 59 tiket elektronik Malaysia Airlines palsu pada Mac lepas.

Kevin Samuel, 30, dari Sarawak mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Samuel dituduh melakukan kesalahan itu antara 3 hingga 31 Mac lepas pada 10 pagi hingga 10 malam di atas Kapal Super Star Virgo, yang berlabuh di Glenn Cruises Terminal Pelabuhan Klang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Hakim Aslam membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan kes pada 22 September ini dan tarikh perbicaraan pada 28 hingga 29 Disember depan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ustaz liwat pelajar ditahan

Posted:

eticketing.my gabungkan 15 operator bas

BAGI yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, pengangkutan awam seperti kapal terbang, kereta api dan bas adalah alternatif untuk perjalanan pulang ke kampung. Namun, atas sebab tiket yang terhad dan harga yang lebih murah, akhirnya perkhidmatan bas sering menjadi pilihan utama bagi kebanyakan orang. Lagi...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mat rempit kena penjara sehari

Posted:

Mat rempit kena penjara sehari

Mat rempit kena penjara sehari

11/08/2011 6:49pm

KUALA TERENGGANU - Padah menendang motosikal seorang anggota polis ketika cuba mengelak diri daripada ditahan, seorang Mat Rempit dihukum penjara sehari dan denda RM 1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Nor Azizah Mohd. Yusof menjatuhkan hukuman itu selepas Zulhawani Zulkifli, 19, mengaku melakukan kesalahan itu di Jalan Sultan Zainal Abidin kira-kira 2.30 pagi pada 26 April lepas.

Tertuduh, yang berasal dari Alor Limbat, Bukit Payong di sini didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam melakukan tugas, dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tiga bulan dan didenda.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspekstor V. Ravi. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Raya macam kahwin

Posted:

Raya macam kahwin

Raya macam kahwin



FOUZIAH Gous pasti, ini bukan soal sifat keliberalan mutlak individu. Ini adalah soal hidup dan masa depannya. Dia tidak harus mengikut kata kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan lelaki pilihan mereka semata-mata untuk membalas budi. Dia ada matlamat hidup yang ingin dicapainya. Tetapi, siapalah dia yang mampu menolak semuanya.

Berbekalkan keseluruhan emosi, Fouziah tampil dengan drama lakonan terbaharunya iaitu Tahajjud Cinta. Mengakui watak yang dibawa sangat mencabar, pemilik nama Nor Fouziah Mohd. Gous, 29, itu juga mengaku agak tertekan untuk membawakan watak Seri.

"Terdapat 20 artis popular menjayakan drama ini. Tetapi watak saya yang paling banyak bermain dengan emosi.

"Paling mencabar apabila saya terpaksa berlakon berpurdah dan hanya perlu bermain dengan emosi mata," katanya ketika ditemui selepas sidang media memperkenalkan barisan pelakon-pelakon drama Tahajjud Cinta, di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Bahkan, pelakon berdarah campuran Pakistan, Melayu dan Cina itu juga kena menghafal bahasa Arab bagi menjayakan babak ketika di Jordan.

"Agak tertekan apabila kita perlu berpurdah dan menunjukkan emosi hanya melalui mata dan gaya badan. Selain itu, saya juga kena menghafal bahasa Arab on the spot. Nasib baik ada ustaz yang memberi tunjuk ajar ketika di set penggambaran," katanya yang membawa watak utama bernama Seri bersama dengan Nur Fazura sebagai Citra.

Bercerita mengenai watak Seri dalam drama Tahajjud Cinta, dia merupakan seorang anak miskin yang ingin mengejar cita-citanya sebagai peguam syariah dan dalam masa yang sama memperjuangkan hak wanita yang ditindas.

Semasa belajar di Jordan dia bertemu dan jatuh cinta dengan Solohudin, lakonan Remy Ishak.

Namun, cita-citanya dan cintanya tidak kesampaian apabila bapanya, lakonan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar meminta Seri berkahwin dengan lelaki pilihannya atas dasar membalas budi lelaki itu.

Pelakon kegemaran Erma Fatima

Menganggap Eman Manan sebagai idola, Fouziah sememangnya mengimpikan untuk bergandingan dengan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-5 (FFM5), FFM7, FFM10, FFM11, FFM17 dan FFM21 itu.

Namun, saat impiannya itu dikabulkan, Fouziah dikhabarkan sangat tercabar dengan lelaki berasal daripada Kuala Terengganu itu. Kenapa?

"Eman adalah idola saya. Saya sangat teruja dapat berlakon di sampingnya tetapi dalam masa yang sama takut jika tidak dapat memberikan aksi yang terbaik.


DRAMA Tahajjud Cinta menampilkan ramai pelakon-pelakon hebat tanah air.


"Dalam Tahajjud Cinta memang banyak babak saya bersama dia dan dia seorang pelakon yang sangat bagus. Saya akui rasa tercabar berlakon di sampingnya. Sebabnya, saya perlu menjadi bagus seperti dirinya.

"Setiap kali babak kami, saya perlu berfikir kreatif dan tertanya-tanya bagaimana untuk menghasilkan gaya dan mutu lakonan yang bagus dan mantap," katanya yang menganggap Eman seorang pelakon yang sangat profesional.

Dalam Tahajjud Cinta karakter lakonan Eman melakonkan karakter lelaki beristeri empat tetapi menaruh hati terhadap Seri lakonan Fouziah itu.

Setiap babak yang membabitkan Eman bersamanya kata Fouziah, dilakonkannya dengan bersungguh-sungguh. Secara tidak langsung, ia menyebabkan Fouziah tercabar untuk memberikan aksi yang sama baik dengan Eman.

Baru sahaja selesai penggambaran Tahajjud Cinta pada 18 Julai lalu, diri wanita berzodiak Sagittarius ini disunting lagi oleh pengarah Erma Fatima untuk menjayakan telefilem terbaharu, Cinta Dari Kaabah.

Masih mengekalkan konsep kerohanian seperti drama Tahajjud Cinta, Fouziah dipilih sekali lagi untuk membawakan watak utama dalam drama yang bakal menjalani sebahagian penggambarannya di Mekah.

Dijolok soalan sebagai pelakon kegemaran Erma, kata Fouziah tawaran untuk berlakon di bawah arahan Erma sudah menjadi rezeki buat dirinya. Fouziah juga mengaku suka dengan cara Erma bekerja.

"Alhamdulillah saya sekali lagi dipilih Erma. Saya sangat sukakan cara Erma bekerja. Dia go for reality. Bekerja dengan Erma senang cuma kena tahu apa yang dia mahukan," katanya yang tidak menganggap Erma seorang yang serius tetapi berwajah serius.

Selain Fouziah, Fazura dan Emanm Tahajjud Cinta membariskan ramai pelakon hebat termasuk Remy Ishak, Shahz Jaszle, Fazreen, Tiz Zakiah, Aaron Aziz, Datuk Jins Shamsuddin, Norish Karman, Neelofa, Ahmad Tarmimi Siregar, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Melissa Saila dan Erma Fatima sendiri.

Drama berunsur kerohanian itu mula bersiaran pada 8 Julai lalu setiap hari Jumaat, pukul 9 malam di TV3.

Juadah berbuka puasa


FOUZIAH diapit Dira dan Melissa yang turut menjadi sokongan kepada tenaga lakonan Tahajjud Cinta.


Menyentuh tentang bulan Ramadan, kata Fouziah, pada tahun ini aktiviti seninya tidak begitu padat seperti Ramadan tahun-tahun lepas.

"Sepatutnya puasa tahun ini saya terlibat dengan satu projek tapi Alhamdulillah ia ditunda selepas raya. Jadi, saya dapat menyambut puasa dengan tenang tapi sedih tidak dapat mengerjakan umrah," katanya yang kebiasaannya akan mengerjakan umrah setiap kali bulan Ramadan.

Bercerita tentang persiapan puasa tahun ini, Fouziah dan keluarga akan menyambutnya bersama dengan meriah.

Malah, setiap tahun menyambut puasa, dia dan keluarga akan memastikan juadah berbuka penuh di atas meja.

"Walaupun sibuk dengan aktiviti masing-masing, saya dan adik-beradik lain akan meluangkan masa berbuka bersama-sama pada hari pertama mahupun kedua puasa.

"Untuk tahun ini, seramai 12 orang ahli keluarga berkumpul untuk berbuka bersama. Bukan sahaja menu kami nasi tetapi penuh dengan pelbagai jenis kuih-muih. Sehinggakan kakak ipar yang baharu sahaja menyambut puasa bersama tahun ini terkejut dengan menu berbuka kami," ceritanya mengenai puasanya.

Ditanya apakah contoh juadah berbuka puasa tahun ini, kata pelakon berambut panjang mengurai itu, antara menu berbuka mereka terdiri daripada empat jenis air, yong tau fu, tosai, kuih muih, lauk udang masak petai, ayam masak masala, sayur dan kambing bakar.

Tidak menolak jika mendapat jemputan berbuka bersama anak-anak yatim atau menjayakan sesi fotografi, kata Fouziah keluarganya juga akan bersama-sama berbuka puasa di luar paling kurang sekali setiap Ramadan. Fouziah juga tidak kisah jika tidak bersahur kerana dia dapat menahan lapar sehingga berbuka.

"Saya sudah biasa tidak sahur. Tapi Alhamdulillah tak rasa lapar. Sebabnya, saya sudah biasa rasa puasa dalam cuaca panas dan kering di Mekah.


FOUZIAH di samping Shahz Jazle yang merupakan antara pelakon karakter penting dalam Tahajjud Cinta.


"Tetapi, kalau saya terlibat dengan penggambaran pada bulan puasa mak akan pastikan saya bersahur. Sehinggakan dia akan hantar makanan ke dalam bilik saya," katanya yang biasanya beraya di kampung kakak ipar di Pekan, Pahang kerana tidak mempunyai kampung.

Fouziah yang berasal dari Kuala Lumpur itu juga pada mulanya bercadang beraya bersama keluarga di kampung kakak iparnya yang baharu di Bandung, tetapi malangnya kata Fouziah, ayah kepada kakak iparnya terpaksa menjalani pembedahan dan keadaan tidak mengizinkan mereka sekeluarga beraya di Bandung.

"Saya tiada kampung jadi pada hari raya kami sekeluarga akan pergi beraya di kampung kakak ipar di Pekan, Pahang. Untuk tahun ini kami bercadang beraya di rumah kakak ipar baharu di Bandung tetapi tak dapat," katanya.

Menyentuh tentang raya pula, pelakon harapan wanita popular Anugerah Skrin (ASK 2007) menganggap sambutan rayanya seperti majlis kahwin.

Hubungan erat sesama keluarga besan dan sanak saudara menjadikan sambutan raya Fouziah sekeluarga meriah. Apa yang pasti menu utama nasi beriani berlaukkan ayam masak merah pasti menjadi keutamaan mereka sekeluarga.

Fouziah turut menyatakan hasrat untuk membantu ibunya menyediakan hidangan semepena raya nanti.

Berkongsi rahsia makanan kegemarannya setiap kali bulan puasa dan raya, kata Fouziah, setiap kali puasa dirinya tidak lengkap tanpa menjamah kuih kukus manakala bagi masakan raya pula pastinya hidangan sambal menjadi pilihan.

"Setiap kali bulan puasa, Fouziah akan pastikan ada kuih-kuih kukus. Jika hidangan hari raya pula, saya suka masakan berasaskan sambal yang pedas. Sebagai contoh, masakan istimewa mak, ayam masak merah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Alleycats kembali ke IB

Posted:

Alleycats kembali ke IB

Alleycats kembali ke IB

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


DAVID dan anak saudaranya, Priyadashini yang bakal turut mendendangkan lagu-lagu popular Alleycats di Istana Budaya.


AURA dan semangat Datuk David Arumugam untuk menyanyikan lagu kepada peminat masih kuat biarpun usianya sudah menjangkau 61 tahun. Peminat-peminatnya juga masih menaruh harapan besar agar vokalis kumpulan Alleycats itu tidak mengundurkan diri dan setia menyanyikan lagu-lagu malar segar mereka.

Biarpun sudah 40 tahun berada dalam dunia seni, aura Alleycats masih utuh. Lagu-lagu hit mereka masih menjadi siulan sehingga kini.

Untuk itu satu konsert Alleycats bakal diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 September ini. Ia juga merupakan konsert kedua Alleycats di Istana Budaya selepas konsert pada tahun 2008 yang lalu.

Terkenal dengan fesyen rambut afro dari dulu hingga kini, David yang juga merupakan pengasas kumpulan Alleycats itu tidak dapat menyorokkan perasaan terujanya saat dipelawa mengadakan konsert di Istana Budaya.

"Memang gembira bila dapat buat konsert semula di Istana Budaya. Malah, konsert Alleycats kali ini turut disuntik kelainan apabila ia diiringi dengan pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia di bawah pimpinan Eddie Marzuki," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Konsert Sampaikan Salam Alleycats di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Mengenai pemilihan lagu untuk konsert itu nanti, David dan pengganti mendiang Datuk Loganathan Arumugam, Glen akan menyanyikan koleksi lagu-lagu popular Alleycats dan juga lagu-lagu popular yang lain.

Abang kepada Loga itu juga akan menyampaikan lagu Cina dan India sempena konsert sambutan Hari Malaysia yang berkonsepkan 1Malaysia itu.

"Berapa banyak lagu yang akan saya sampaikan nanti masih lagi belum tahu. Cuma konsert itu nanti akan berlangsung selama sejam setengah atau dua jam," katanya mengenai konsert anjuran Aktif Mestika Sdn. Bhd. itu.

Ditanya sama ada dia sudah boleh menyesuaikan diri menyanyi tanpa Loga yang meninggal dunia akibat barah paru-paru pada tahun 2007 lalu, pelantun lagu Hingga Akhir Nanti itu mengakui terpaksa mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri tanpa Loga di atas pentas.

"Walaupun sudah empat tahun berlalu, saya masih perlu menyesuaikan diri berada di atas pentas tanpa Loga. Saya tidak putus asa dan masih meneruskan nyanyian tanpa Loga," katanya yang juga terpaksa menyanyikan lagu berpandukan lirik kerana tidak mahu melakukan kesilapan.

Malah, katanya, usianya kini menghalangnya untuk menghafal lirik lagu-lagu yang banyak dan pelbagai.

Konsert Sampaikan Salam Alleycats itu nanti akan terbahagi kepada tiga segmen. Segmen pertama, David akan menyampaikan lagu-lagu 1Malaysia. Segmen kedua pula bagi mengenang mendiang Loga iaitu Tribute To Loga. Segmen itu nanti turut mengundang anak perempuan Loga, Priyadashini, 24, untuk menyampaikan lagu-lagu bapanya. Bagi segmen ketiga pula, David akan menyanyikan lagu-lagu malar segar Alleycats.

Menurut Priyadashini, dia berasa teruja kerana diberi peluang menyanyikan lagu-lagu mendiang bapanya. Namun, dalam masa yang sama dia juga merasa gementar untuk beraksi di atas pentas Istana Budaya itu nanti.

"Saya akan menyanyikan lagu-lagu mendiang ayah saya seperti Berjuta Batu dan Jika Kau Bercinta Lagi mengikut gaya saya sendiri," katanya yang merahsiakan penampilannya di atas pentas Istana Budaya nanti.

Tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305 dan RM450 boleh didapati secara dalam talian di www.ticket2u atau hadir ke kaunter tiket di Istana Budaya. Diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan kepada pembeli yang awal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kontroversi suami Miriam

Posted:

Kontroversi suami Miriam

Kontroversi suami Miriam


MIRIAM YEUNG dan suaminya Real Ding,


SUDAH nasib badan menjadi suami artis terkenal, Real Ding terpaksa menerima hakikat itu apabila kunjungannya ke sebuah hospital baru-baru ini telah menyebabkan timbul kontroversi.

Suami bintang tersohor Hong Kong, Miriam Yeung itu telah menjadi bahan spekulasi media di Hong Kong apabila sebuah majalah telah membuat spekulasi terhadap kunjungannya ke sebuah hospital swasta baru-baru ini.

Apa yang menimbulkan kontroversi adalah spekulasi itu mendakwa Real pergi ke hospital itu untuk membuat analisis terhadap spermanya.

Majalah itu juga mendakwa Miriam dan Real yang sudah berkahwin sejak tahun 2009 sukar mendapat zuriat.

Impaknya, ketika menghadiri sebuah acara hiburan di Hong Kong, Miriam terperanjat besar apabila mendapat tahu tentang apa yang ditulis oleh majalah tersebut.

"Dia tidak memberitahu saya apa-apa tentang kontroversi yang timbul itu, mungkin kerana dia tidak mahu mengganggu jadual seni saya," ujarnya.

Tambah Miriam, dia memang mengetahui suaminya itu ke hospital tersebut tetapi untuk membuat pemeriksaan kesihatan yang biasa.

"Tiada apa yang mahu disembunyikan dan saya tidak rasa kami malu dengan hal itu. Suami saya sememangnya mencadangkan kami berdua pergi ke hospital itu untuk melakukan pemeriksaan kesihatan tetapi saya tidak dapat pergi kerana ada kerja.

"Nasib baik saya tidak pergi sama, kalau tidak macam-macam lagi spekulasi yang direka oleh media," ujarnya.

Miriam mempersoalkan bagaimana majalah itu mendapat maklumat suaminya mengunjungi hospital tersebut. Katanya: "Pemeriksaan tubuh adalah sesuatu yang sangat peribadi dan ia sepatutnya menjadi maklumat sulit dan hanya diketahui oleh pihak hospital sahaja. Pihak hospital itu tidak profesional dalam hal ini kerana mendedahkan maklumat sulit tentang suami saya."

Ditanya tentang dakwaan majalah itu bahawa dia dan Real sukar mendapat zuriat, ujar Miriam: "Macam mana media tahu tentang perkara itu. Itu hal peribadi kami. Kami sebenarnya yang belum bercadang untuk mendapat zuriat lagi.

"Kami merancang untuk menyelesaikan segala urusan kerja (seni) saya dan menjelang Tahun Baru Cina 2012 saya akan berehat dari dunia seni buat sementara."

Miriam, 37, dan Real, 32, berkahwin secara senyap-senyap di Las Vegas pada 2009 sebelum mengumumkan perkahwinan mereka secara rasmi pada majlis resepsi mereka yang berlangsung pada 20 Disember tahun lepas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved