Jumaat, 5 Ogos 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tumpuan mak bidan kampung

Posted:

Tumpuan mak bidan kampung

Tumpuan mak bidan kampung

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID



SEWAKTU penulis bersama dengan jurufoto, Amin Farij Hasan melewati Jalan Maharani, Muar, pandangan mata kami tertumpu ke arah sebuah kedai yang dikerumuni ramai orang.

Naluri ingin tahu akhirnya membuatkan kami melintas jalan dan menuju ke lot 126 & 127 milik Syarikat M.R.S. Kasia Pillai. Semakin dekat dengan lokasi, aroma bau rempah begitu menusuk rongga hidung.

"Ya, boleh saya tolong, adik mahu rempah apa, kat sini macam-macam ada," tegur R. Muthu Kumar, 60, yang merupakan orang kuat syarikat yang terletak di tengah-tengah nadi Bandar Maharani itu.

Melihatkan kami yang sedikit canggung, dia mudah mengecam kehadiran kami adalah yang kali pertama ke premis tersebut. ketika itu, pemilik bisnes, V. Subramaniam, 70, tidak berada di kedai. Hanya Muthu menguruskan operasi bersama empat daripada lapan orang pekerjanya.

Daripada pemerhatian gaya para pelanggan ke kedai itu, rata-ratanya seperti sudah biasa ke sana. Seorang wanita yang baru saja tiba terus menuju ke sudut jualan untuk membeli sekilogram (kg) kacang parang.

Di sudut belakang kedai, sepasang suami isteri yang masih mengenakan topi keledar di kepala bertanya berapa harga rempah yang disebut sebagai anya-anya.

"Kedai Kasia Pillai memang jadi pilihan utama kalau nak beli rempah, kadang-kadang saya hantar barang untuk mereka proses," ujar Nadia Sulaiman, 33, kepada Kosmo!.

Sementara itu, seorang lelaki Cina separuh abad umurnya, terus membeli dal putih yang terletak di sebelah kaunter, tempat Muthu menunggu pelanggan pada kebanyakan masa.

"Kawan saya kirim beli dal ini, nak masak kuah dal. Lepas tu boleh saya minta semangkuk," seloroh pembeli itu yang mahu dikenali sebagai Uncle Lim, sambil dia melihat pembantu kedai menimbang bijian tersebut dengan menggunakan penimbang berat lama.


VARIASI rempah-ratus yang sukar ditemui sekarang terdapat di kedai M.R.S. Kasia Pillai.


Pelanggan yang datang semakin bertali arus. Muthu dan para pekerjanya tidak menang tangan melayan setiap daripada mereka dengan penuh hemah.

Lama beroperasi

"Inilah tempat kami berniaga. Daripada berdindingkan papan hinggalah kini ditukarkan kepada batu. Dulu ada satu lot, sekarang sudah dua lot.

"Di sinilah juga orang Muar membeli rempah. Mungkin dulu moyang atau datuk nenek mereka yang beli tapi sekarang yang datang ialah cucu cicit mereka pula," kata Muthu bersungguh sambil memulangkan baki wang kepada seorang wanita yang dilihat membeli rempah beriani.

Barangkali Muthu segan untuk terlalu memuji-muji kedai tempat dia mencari rezeki itu. Begitupun, kebanjiran pelanggan ke kedai berkenaan jelas merumuskan bahawa syarikat yang sudah bertapak di Jalan Maharani lebih daripada seratus tahun itu dipercayai ramai kerana layanan baik dan kualiti produknya.

"Bisnes ini adalah bisnes warisan turun-temurun yang kini sudah masuk generasi kesembilan. Kami rasa gembira kerana dapat jalankan perniagaan sehingga ke hari ini."

Sama seperti kukuhnya struktur kedai yang berada dalam deretan bangunan binaan tahun 1939 itu, riak wajah Muthu juga menunjukkan kesetiaannya terhadap perniagaan tersebut.

Proses rempah sendiri

Apakah tarikan keistimewaan rempah ratus hasil keluaran kedai itu berbanding puluhan kedai lain di Muar?

"Kita proses rempah sendiri, kalau kamu sanggup pergi ke belakang kedai dan tengok macam mana kita proses rempah, silakan," pelawanya.

Namun penulis hanya menjengah dari luar pintu. Sembarangan orang tentu tidak sanggup berada lebih lama lantaran debu-debu rempah bertebaran dan aroma tajam memenuhi ruang udara di bilik proses berkenaan.


KAS-KAS juga antara rempah yang kerap dicari-cari oleh para pelanggan.


Namun, alasan itu bukan halangan bagi dua pekerja yang sibuk mengeringkan rempah yang baru dikisar. Mereka nampak bersahaja dan sempat melemparkan senyuman ke arah kami.

Ujar Muthu, legasi M.R.S Kasia Pillai sedikit pun tidak terpengaruh dengan ledakan teknologi terkini.

"Kami masih proses cara tradisional. Kami sukat, basuh, bersihkan, goreng dan baru masuk ke mesin untuk dikisar dan dibiarkan selama tiga hingga empat jam.

"Kemudian kita jemur, kalau kilang besar mereka ada mesin untuk sejukkan rempah itu tetapi untuk mengekalkan mutunya, kami tidak buat begitu," terang Muthu ketika berkongsi cara pembuatan rempah di premisnya.

Bagaimanapun, lelaki itu berterus terang, dia tidak menggalakkan pengunjung menghantar bijian rempah ke kedainya untuk diproses.

"Kalau seseorang pelanggan hantar sekilogram bahan, dia hanya akan dapat 600 gram saja selepas dikisar. Itu terjadi sebab paip kami mempunyai ruang yang besar dan membuatkan serbuk melekat di bahagian dalamnya. Kami tidak mahu pelanggan rugi," jelasnya.

Pernah satu ketika, beritahunya, mereka menyukat bahan-bahan kisaran dengan tangan tapi proses itu tidak lagi diguna pakai.

Rempah import

Secara ringkasnya, syarikat M.R.S. Kasia Pillai adalah pusat sehenti untuk mendapatkan rempah-ratus dalam bentuk serbuk atau bijian. Masakan tidak, di situ terdapat lebih daripada 100 jenis rempah.

Untuk mengekalkan momentum pasaran, pesanan akan dibuat dua minggu sekali. Ada produk yang diimport dari India, Kanada, Afrika dan beberapa buah negara lain.

"Kita ada macam-macam, yang susah hendak ditemui dalam pasaran pun kita ada jual," katanya.

Ya, memang benar bagai dikata. beberapa nama rempah kedengarannya agak asing seperti buah tandi, ada padas, mercu polon, cabai sirih, daun cina maki, kayas angin, cuci atap, beras bali, kapas angin, pucho, ayarampoo, lilin lebah, kayu sedarang dan lada ekor.


GAYA susunan rempah mengikut jenis di dalam premis kedai.


"Hmm... orang lama tahulah, orang baru memang tak tahu. Di sini bukan sekadar rempah untuk memasak tapi banyak digunakan untuk tujuan kesihatan dan kecantikan," katanya sambil memberitahu kedainya menjadi tumpuan golongan bidan untuk membeli bahan-bahan rempah tertentu.

Muthu sempat menjelaskan, cabai sirih dan cuci atap biasanya dibuat jamu. Sementara air daripada daun cina maki baik untuk membersihkan lemak di dalam tubuh badan.

Sementara beras bali yang dijual RM3.40 sekilogram adalah alternatif bagi mengelak sembelit, kolesterol dan diabetes. Tambah Muthu, kebanyakan pelanggan adalah terdiri daripada kaum Melayu yang rata-ratanya orang Johor, Kelantan dan Melaka.

Sebenarnya, selain Syarikat M.R.S Kasia Pillai, terdapat beberapa buah kedai menjual rempah di lorong yang sama. Bagaimanapun, premis itu menjadi pilihan pelanggan kerana keaslian dan standard produknya.

Ibu beriani

Daripada ratusan rempah-ratus yang dijual, Muthu tidak menafikan bahawa ibu beriani adalah bahan yang paling mendapat sambutan.

Selain berkualiti tinggi, adunan ibu beriani dari Syarikat M.R.S Kasia Pillai katanya, mampu membuatkan nasi ber iani yang dihasilkan lebih enak.

Apa rahsianya? "Kami menggunakan lebih 50 jenis rempah dan salah satunya ialah buah pala yang berharga RM120 sekilogram iaitu bahan yang sangat penting untuk jadikan ibu beriani kami lain daripada yang lain."


SYARIKAT M.R.S. Kasia Pillai ini sudah lebih seabad membekalkan pelbagai rempah ratus kepada para pelanggannya di seluruh negara.


Maka, tidak hairanlah jika sebuah syarikat di Kluang meminta agar disediakan 100 kilogram rempah tersebut dalam satu pesanan. Malah, ada pengusaha lain yang sanggup datang ke Muar menaiki bas untuk mendapatkannya.

"Kami jual RM40 sekilogram. Walau mahal, orang tetap cari. Saya tidak boleh cerita lebih lanjut tentang ramuannya sebab resipi ini hanya diperturunkan dalam keluarga," katanya sambil tertawa kecil.

Selain itu, jelas Muthu, buah pelaga yang dijual pada harga RM100 sekilogram juga antara yang dicari-cari di premisnya.

"Buah ini kalau tak digunakan, daging tidak akan masak dengan betul," katanya menitipkan petua orang dulu-dulu. Dia juga berpesan, jangka hayat baik bagi satu-satu rempah hanya bertahan selama sebulan.

Kepada peminat mi bandung iaitu makanan signatur Muar, premis itu juga tidak ketinggalan dan menjadi medan terbaik untuk mendapatkan perencah mi bandung, soto atau mi rebus.

Selama hampir lebih seabad berniaga, Muthu berkata, keluarga dan sanak saudaranya tidak pernah bercadang untuk beranjak daripada mengusahakan perniagaan lain.

Soal saingan dengan mana-mana perusahaan bukan satu perkara kritikal bagi syarikat itu. Seperti kata Muthu, masing-masing ada kelebihan tersendiri.

"Rempah sudah sebati dengan jiwa kami, kalau awak nak tahu, ketua kami (V. Subramaniam), dia dapat cam jenis rempah yang diproses melalui bau saja," katanya yang menyediakan lebih banyak bekalan menjelang Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelma tidak lama lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Konflik buaya dan manusia

Posted:

Konflik buaya dan manusia

Konflik buaya dan manusia

Oleh EDWARD SUBENG STEPHENrencana@kosmo.com.my


SEORANG penduduk kampung Mohd. Faizul Abu Bakar membawa bangkai buaya dengan bot untuk ditanam selepas dipercayai mati ditembak oleh pihak berkuasa di hulu Sungai Seblak.


KETIKA buaya di Sungai Seblak terlepas daripada langkah penakaian yang dibatalkan pada saat-saat akhir, kira-kira 1,000 penduduk Kampung Empelam di Kabong, kira-kira 60 kilometer dari Sarikei, Sarawak masih bimbang tentang keselamatan mereka.

Sejak empat tahun lalu, penduduk kampung itu dihantui ketakutan ekoran serangan maut ke atas dua penduduknya dan bilangan buaya yang terus meningkat di sungai tersebut.

Malah, sejak itu penduduk kampung berasa rimas dan cuba mengelakkan daripada sebarang aktiviti di sungai yang mengalir di belakang rumah mereka dan masalah itu secara tidak langsung menjejaskan kehidupan harian serta sumber pendapatan mereka.

"Sungai ini dipenuhi buaya termasuk ada yang boleh sampai saiz sehingga tujuh meter," kata Ketua Kampung Empelam, Johan Jok, 64.

Ketika ditemui di kediamannya, Johan, bekas kakitangan awam itu berkata, bulan Jun adalah bulan yang sangat berbahaya kerana buaya betina bertindak agresif dan ia adalah musim bertelur.

"Sehubungan itu, pada bulan Jun setiap tahun, saya akan menasihatkan penduduk kampung supaya elakkan menangkap ikan di sungai," kata beliau.

Mangsa reptilia


PENDUDUK kampung dibantu anggota Bomba dan Penyelamat menaiki bot untuk menyeberangi Sungai Seblak di Kampung Mempelam, berikutan operasi memburu buaya giat dijalankan di sungai tersebut.


Mangsa pertama reptilia di kampung itu ialah Khamis Achong yang diserang pada bulan Ogos 2007 dan yang kedua ialah Mankay Goheh yang menjadi mangsa pada bulan Mei lalu.

Beliau berkata, mayat Khamis ditemui di Sungai Nyiar, kira-kira 13 kilometer dari kampung itu.

Walaupun jarang sekali manusia dibaham buaya, ketika air pasang pada sebelah petang reptilia itu sering menyambar ayam dan itik milik penduduk yang berada di bawah rumah, jelas Johan lagi.

"Saya takut untuk memikirkan apa yang akan berlaku jika seekor buaya besar turut terlanggar tiang kaki rumah dalam proses itu," katanya.

Johan berkata, mata pencarian 28 orang penduduk kampung yang rezeki mereka bergantung pada sungai itu terjejas akibat ancaman buaya. Sungai Seblak yang terkenal kerana udang galahnya yang mencecah harga sehingga RM40 sekilogram (kg). Jika rezeki murah, mereka boleh menangkap sehingga 50kg.

Namun, kerana ancaman buaya kebanyakannya tidak berani turun ke sungai.

Johan berkata, tinjauan yang dijalankan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 306 ekor buaya di sungai itu dari Roban hingga ke Sessang.

"Kami tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan. Kami tidak boleh menembaknya kerana ia adalah spesies yang dilindungi. Lagipun, kami tidak berminat membunuhnya kerana ada antara kami yang percaya reptilia ini bersifat pendendam.

"Saya tidak yakin penduduk tempatan boleh membunuhnya. Lagipun untuk membunuh seekor buaya yang besar, anda memerlukan senjata khas," katanya.

Pilihan lain ialah mendapatkan khidmat bomoh untuk mengusir reptilia itu tetapi pada hari ini agak sukar kerana bayaran yang dikenakan oleh bomoh mencapai sehingga RM5,000 atau lebih.

Operasi penakaian selama seminggu yang pertama seumpamanya di kawasan itu dicadangkan pada minggu ketiga bulan Julai. Operasi itu membabitkan anggota tentera, polis, Rela, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pejabat daerah kecil Roban dan penduduk tempatan.


MAYAT Mankay Goheh, 42, maut dibaham buaya dibawa oleh penduduk Kampung Empelam selepas ditemui di hulu Sungai Nyiar Roban, Kabong, Sarawak baru-baru ini.


Bagaimanapun operasi itu dibatalkan pada saat-saat akhir kerana kekurangan sumber dan kesukaran mengenal pasti buaya-buaya ganas.

Ketua Daerah Polis Saratok, Deputi Supritendan (DSP) Lee Phai Lien berkata, rancangan awal adalah untuk memburu sehingga 60 ekor buaya yang panjangnya tidak kurang daripada 2.5 meter dan berpotensi mengancam manusia. Sementara itu, pengurus besar SFC Wilfred Landong berkata, perbadanan itu sedang mempertimbangkan aktiviti pemburuan komersial untuk mendapatkan kulit dan daging buaya dalam usaha mengawal bilangannya.

Pemburuan komersial

Beliau berkata, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 yang melindungi reptilia harus dipinda bagi membolehkan pemburuan komersial dari semasa ke semasa.

Beliau berkata pada tahun 1961, Sarawak mengeksport 7,245kg kulit buaya yang bernilai RM148,000, sementara pada tahun 1970 ia mengeksport 692kg yang bernilai RM13,000.

"Berdasarkan tinjauan kami yang dilakukan sejak tahun 1995, populasi buaya tembaga (crocodylus porosus) di beberapa batang sungai telah meningkat dengan ketara.

"Kejadian serangan ke atas manusia juga meningkat seiring dengan bilangannya," kata beliau. Wilfred menunjukkan bahawa reptilia itu lazim ditemui di 22 lembangan sungai di negeri Sarawak. SFC sedang memantau lima batang sungai utama khasnya Batang Sadong, Batang Lupar, Sungai Sarawak, Batang Saribas dan Batang Samarahan.

Sungai-sungai itu paling banyak menyaksikan konflik buaya dan manusia dengan catatan 42 kematian manusia dilaporkan dari tahun 1980 hingga tahun 2009.

"Batang Lupar paling banyak menyaksikan insiden serangan buaya dengan catatan 16 kematian disusuli Sungai Sarawak dengan lima kematian dan empat di Sungai Saribas," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Empat jam berpaut di pelampung

Posted:

Empat jam berpaut di pelampung

Empat jam berpaut di pelampung

Oleh SAKINI MOHD. SAID



KALAU anda merasakan berjauhan dengan telefon bimbit dan internet bagai sesuatu yang menyeksakan, maka Taman Negeri Royal Belum bukanlah tempat untuk anda. Tetapi jika anda bersedia untuk mengenepikan perasaan terasing itu, anda boleh bersedia untuk dibawa masuk ke alam fantasi yang menakjubkan.

Dengan lokasinya yang agak jauh serta bersempadan dengan Thailand (sebelah utara) dan Lebuh Raya Timur-Barat (sebelah selatan), ia memang akan mengasingkan anda daripada dunia luar.

Namun, perasaan gundah dan merasakan diri bagaikan terpenjara daripada hidupan teknologi moden hanyalah getaran awal kerana ia akan hilang sebaik menyelusuri perjalanan di sana.

Bukan hanya penulis yang berasa begitu tetapi, juga yang lain dalam kumpulan media serta pelajar Fakutli Komunikasi dan Media (FCM) Universiti Industri Selangor (Unisel) yang menyertai ekspedisi FCM Tasik Banding/Eksplorasi Belum anjuran universiti itu baru-baru ini.


PELAJAR Fakulti Komunikasi dan Media, Unisel bergambar kenangan bersama penduduk Orang Asli suku kaum Jahai dalam Ekspedisi Tasik Banding/Belum Explorasi di Taman Negeri Royal Belum.


Menariknya, hanya dua jenis pengangkutan sahaja yang boleh membawa seseorang pelancong itu ke Taman Negeri Royal Belum, sama ada menggunakan air mahupun udara.

Ini kerana laluan darat hanya dapat dihubungkan sehingga ke jeti awam, Pulau Banding, iaitu lokasi akhir sebelum meneruskan ekspedisi seterusnya menggunakan bot laju.

Biarpun terpaksa melalui perjalanan agak lama iaitu hampir tujuh jam merentasi ranjau rimba sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Timur-Barat, namun keletihan hilang sebaik tiba di jeti awam dan melihat kejernihan Tasik Temenggor.

Panorama indah tatkala menyusuri Tasik Temenggor menggunakan housebot untuk sampai ke Sungai Kejar, sebuah kawasan pedalaman terakhir di Taman Negeri Royal Belum, membuatkan perasaan dibuai ketenangan dengan keindahan dan kehijauan alam sekeliling.

Biarpun tidak kelihatan hidupan liar di tepi tebing tasik, namun telatah anak-anak orang Asli yang masih nomad cara kehidupannya, menambah keasyikan menghargai alam semula jadi.

Sejurus sampai ke destinasi dituju di perkhemahan Sungai Kejar, semakin riuh suara anggota rombongan: "Wah jernihnya air, nak terjun mandilah," kata seorang pelajar dek terusik dengan kejernihan air yang menampakkan segala isi perut sungai berkenaan.

Khazanah suci


FOKUS utama Royal Belum adalah konservasi flora dan fauna.


Namun, untuk menikmati keindahan itu memasuki Taman Negeri Royal Belum bukanlah semudah hanya menyewa bot sahaja. Ini kerana permit perlu diperoleh daripada Perbadanan Taman Negeri Perak.

Timbul persepsi leceh dalam kalangan segelintir pihak kerana merasakan ia sepatutnya dipermudah sekiranya ingin menjadikan Royal Belum sebagai eko-pelancongan.

"Ini merupakan tanggapan yang silap kerana fokus utama Taman Negeri Royal Belum ialah konservasi flora dan fauna yang ada di sini. Eko-pelancongan adalah sebahagian daripadanya," kata Renjer Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan Perbadanan Taman Negeri Perak, Safri Muhiyuddin.

Diwartakan sebagai Taman Negeri Royal Belum pada 3 Mei 2007, ia meliputi kawasan seluas 117,500 hektar, iaitu hampir 90 peratus daripada keluasan Hutan Simpan Belum (132,000 hektar).

Berbanding hutan lain di Malaysia, Royal Belum merupakan hutan simpan yang cukup istimewa kerana ia dikatakan satu-satunya masih suci. Dengan anggaran terdapat lebih 3,000 spesies flora, 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang hidup bebas dan liar, sekali gus menjadikan Taman Negeri Royal Belum, khazanah berharga kepada negara.

Tarikan Taman Negeri Royal Belum


BOT menjadi pengangkutan utama untuk menyusuri Royal Belum.


Apa lagi yang menariknya di sini? "Terdapat tiga spesies bunga Rafflesia di sini iaitu R. Kerrii, R. Cantleyi dan R.Azlanii. Istimewanya, spesies R. Azlanii hanya terdapat di Royal Belum.

"Selain itu, Royal Belum juga menjadi tumpuan 10 spesies burung enggang, iaitu burung yang selalu dikaitkan dengan negeri Sarawak," katanya.

Tidak terhenti di situ, kerana ia juga merupakan syurga ikan bagi si pemancing. Antara spesies ikan yang terdapat di Royal Belum ialah ikan kelah, sebarau, baung, toman, temoleh, tengalan, tengas dan kejor.

Malah difahamkan, semakin jauh anda merentasi hutan, maka saiz ikan yang terdapat di sini juga semakin besar. Bagi mereka yang ingin merasakan kedinginan air terjun dan bermandi bersama-sama ikan, terdapat lapan lokasi air terjun yang boleh diterokai.

Paling menarik, air terjun di Sungai Koi kerana dengan ketinggian 50 meter, ia mengalir seperti air pancuran.

Santuari ikan kelah


AIR terjun boleh menjadi lokasi membasahkan badan saat di Royal Belum.


Dalam usaha memberi perlindungan dan mengelak kepupusan ikan air tawar khususnya kelah, temoleh dan tengas, Sungai Ruok yang mempunyai air terjun dijadikan santuari ikan berkenaan.

Bagi merasai sendiri pengalaman bermandi bersama ikan kelah, rombongan ekspedisi dibawa ke Sungai Ruok. Bot yang meluncur laju, tiba-tiba semakin perlahan tatkala merentasi laluan banyak pokok mati yang terpacak di air seolah-olah bagaikan pintu gerbang semula jadi.

Sebaik sampai di tebing sungai, perjalanan ke air terjun yang menempatkan santuari berkenaan hanya mengambil masa 15 minit. Teruja dengan saiz dan banyaknya ikan kelah, hampir semua tidak melepaskan peluang mandi bersama ikan-ikan itu.

"Kalau di tempat lain, ikan kelah boleh dipegang, tetapi tidak di sini kerana kami memang ajar liar," kata Safri.

Aktiviti lasak


PENGUNJUNG boleh melihat kegiatan Orang Asli suku kaum Jahai di sepanjang Sungai Kejar.


Bukan sekadar menikmati keindahan air terjun dan bermandi sungai, tetapi aktiviti lasak seperti trekking hutan, berakit serta water tubing juga antara program dijayakan sepanjang ekspedisi itu.

Paling menarik apabila rombongan ekspedisi perlu kembali ke tapak perkhemahan menggunakan rakit dan melepasi beberapa kawasan jeram. Ada rakit patah, ada yang terluka (tidak teruk) dan hilang kaca mata tatkala melepasi kawasan jeram, namun itu tidak melemahkan semangat semua.

Malah, momen terpaksa berpaut pada pelampung (selepas rakit patah) selama empat jam untuk kembali ke tapak perkhemahan sambil mengharungi jeram, memberi pengajaran baru kepada anggota ekspedisi.

Untuk tujuan itu, kami diingatkan supaya tidak memakai barang berkilat kerana ia akan menarik perhatian ikan toman, spesies karnivor.

Sesungguhnya, empat hari tiga malam di Taman Negeri Royal Belum, dirasakan satu jangka masa yang pendek. Sudah tentu sekiranya ada peluang dan kelapangan, Royal Belum akan dikunjungi lagi. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mentarang buat masak lemak

Posted:

Mentarang buat masak lemak

Mentarang buat masak lemak

Oleh ADZRIEFAIZ ADZLAN'


PENULIS terpaksa meredah selut untuk mencari mentarang di Sungai Berembang.


SELEPAS ke Kampung Sedim, Kedah, minggu lalu, saya menyusur pula ke Kuala Perlis, yang merupakan bandar kedua terbesar di Perlis selepas Kangar. Saya sangat teruja apabila menjejak kaki ke sana kerana saya melihat rimbunan hijau di sekeliling yang masih lagi terjaga.

Misi pertama saya dalam episod kedua ini adalah mencari mentarang iaitu sejenis siput yang hanya boleh didapati di tepian pantai yang berselut kerana hidupan yang bercangkerang itu suka air yang mempunyai suhu rendah. Mentarang juga mudah didapati di Sungai Berembang, Kuala Perlis.


MENTARANG yang menjadi bahan utama dalam menu pertama yang dimasak penulis.


Belum apa-apa lagi, saya terpaksa menempuhi halangan pertama iaitu terpaksa masuk ke selut yang dalamnya mencecah sehingga ke bahagian paha.

Ini pengalaman saya yang pertama masuk selut dan perasaan saya macam rasa mahu tenggelam dalam selut. Saya ditemani oleh Pak Hamid, seorang penjual mentarang yang selalu membekalkan mentarang kepada peniaga-peniaga kecil.

Pak Hamid mengajar saya selok-belok untuk mengambil mentarang dan kami memulakan pencarian itu seawal 7 pagi. Hasil tangkapan saya selama dua jam itu dibawa pula ke destinasi seterusnya iaitu di Empangan Tasik Timah Tasoh.


INILAH pasar unik di tengah-tengah ladang getah.


Di tasik itu, saya ditemani pula oleh Abang Min, seorang peniaga pulut ayam di Cafe Cindai Klasik. Untuk episod kedua itu, penerbit ingin mendapatkan suasana perkhemahan.

Ia sangat mendamaikan apatah lagi dengan suasana yang dikelilingi oleh bukit-bakau.

Sementara menunggu mereka menyiapkan khemah, saya dan Abang Min pergi mencari bahan-bahan untuk memasak lemak mentarang umbut pisang di pasar Beseri, Beseri, Perlis.

Selesai mendapatkan bahan-bahan itu, saya perlu pula mencari umbut pisang. Nasib baiklah tidak perlu meredah hutan seperti mencari umbut bayas dulu kerana pokok pisang mudah dijumpai di sekeliling kawasan tersebut.


Menyediakan makanan popular Perlis di tepi Tasik Timah Tasoh.


Misi memasak mentarang umbut pisang masak lemak berjaya dan mendapat pujian dan usaha saya setelah meredah selut memang berbaloi.

Nasi ulam utara

Kini misi kedua pula iaitu nasi ulam merupakan menu paling popular di Perlis. Kepelbagaian ulam yang digaulkan bersama nasi menjadikan menu misi yang kedua ini lebih mencabar.

Di samping itu, suasana di pasar pagi yang terletak di tengah-tengah ladang pokok getah menjadikan misi mencari bahan-bahan nasi ulam lebih menarik. Cabaran seterusnya adalah mengenal jenis-jenis ulam yang diperlukan sebanyak tujuh jenis. Ini memang susah sikit sebab saya tidak hafal nama-nama ulam, apatah lagi bentuk rupanya.


MENJAMU selera dengan hidangan yang disediakan sendiri dalam suasana perkhemahan yang mendamaikan di Tasik Timah Tasoh.


Resipi diberi oleh Abang Min, namun, usaha saya untuk menyediakan menu makan tengah hari untuk rakan-rakan akhirnya gagal. Bukan gagal kerana tidak cukup bahan untuk masak tetapi, gagal kerana tidak tahu macam mana nak makan nasi ulam. Ada yang kata ulam-ulam tersebut dicampur sekali dengan nasi dan ada juga kata asingkan ulam dan juga nasi.

Kecewa sedikit bila gagal, tetapi saya bangga sekurang-kurangnya dapat belajar jenis-jenis ulam yang ada. Untuk tenangkan fikiran, saya pun terus pergi ke tepi tasik untuk aktiviti seterusnya iaitu berkayak di tepi Empangan Tasik Timah Tasoh yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tarikan pantai digilap semula

Posted:

Tarikan pantai digilap semula

Tarikan pantai digilap semula

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA



CAHAYA matahari yang mula meninggi dirasakan seperti mencucuk-cucuk ke kulit, namun seorang lelaki dilihat sedang tekun melakukan tugasnya.

Tangannya pantas mengutip pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan, ketam, udang dan kerang yang tersangkut pada pukat rentang miliknya itu.

Dia tersenyum puas. Ternyata penat-lelahnya berbaloi, ketiga-tiga pukat rentang yang dipasangnya sejak malam sebelumnya di pesisiran Pantai Morib itu mengena.

Baldi yang sarat dengan hasil tangkapannya itu kemudian dibawa ke khemahnya yang terletak tidak jauh dari situ.

Bagi Johan Subhi, 42, dia tidak pernah jemu ke Pantai Morib. Sejak berjinak-jinak dalam aktiviti memukat itu awal tahun lalu, boleh dikatakan sebulan sekali atau dua minggu sekali dia akan berkunjung ke destinasi perkhelahan yang popular di selatan Selangor itu.

Lagipun, dia tidak bersendirian lantaran isteri dan tiga orang anaknya turut menjadi peneman setia. Jika dulu kehadiran mereka sekadar untuk bersiar-siar atau berkelah di tepi pantai, kini dia mempunyai hobi baharu untuk mengisi masa lapangnya pada hujung minggu.

"Lazimnya, kunjungan saya ke sini tidak pernah menghampakan. Adakalanya saya mampu membawa pulang hasil tangkapan pukat seberat 20 kilogram.

"Selain menjadi hidangan kami sekeluarga atau disedekahkan kepada jiran tetangga, ada juga permintaan dalam kalangan pengunjung yang mahu membelinya," katanya yang berasal dari Batu 4, Kapar, Klang.

Johan memberitahu, kawasan pantai itu amat sesuai untuk aktiviti memukat kerana mempunyai pantai yang landai iaitu mempunyai jarak di antara tebing dengan anak air yang jauh ke laut ketika air surut.

"Tidak hairanlah kawasan sekitarnya popular dengan mereka yang datang memukat, menjala, memancing atau sekadar mencari kepah atau siput di tepi pantai.


AKTIVITI berkhemah di tepi pantai menjadi acara wajib bagi ramai pengunjung pada hujung minggu.


"Suasana di sini cukup menenangkan. Menikmati deruan ombak segar atau sekadar melihat kerlipan bintang pada waktu malam sudah cukup mendamaikan jiwa. Hilang segala tekanan di tempat kerja," katanya.

Panorama Selat Melaka

Terletak di daerah Kuala Langat kira-kira 10 kilometer dari pekan Banting, Morib bukanlah nama yang asing dalam kalendar pelancongan negeri.

Berlatarbelakangkan panorama Selat Melaka, keindahan pantainya sentiasa menggamit pengunjung khususnya warga kota.

Jika daerah Kuala Langat terkenal kerana tinggalan sejarah Kesultanan Selangor, Morib juga tidak kurang hebatnya.

Kawasan pantainya pernah menjadi kawasan pendaratan pasukan tentera India dari Batalion ke-46 tentera marin British dalam usaha mempertahankan Malaya daripada serangan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua dahulu.

Sepanjang ia dibuka sebagai lokasi riadah pantai, pelbagai isu dibangkitkan orang ramai termasuk soal kebersihan dan juga persaingan dengan destinasi pelancongan berdekatan seperti Sepang yang terkenal dengan pantai Bagan Lalang dan Golden Palm Tree Sepang Gold Coast. Kesemua faktor itu menyebabkan kegemilangan Morib pernah melalui fasa malap.

Namun, usaha Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM6 juta bagi menaik taraf kemudahan pelancongannya sejak setahun lalu telah berjaya mengembalikan keceriaan Morib.

Seorang peniaga layang-layang, Mohd. Azman Dali, 30, berkata, kawasan sekitar Pantai Morib itu kini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti tandas, gerai, surau, pondok, tempat meletak kenderaan dan taman permainan kanak-kanak.

Pada masa yang sama katanya, kawasan sekitarnya juga turut diceriakan dengan landskap indah termasuk pembinaan pelbagai arca dan monumen yang menarik.


KETENANGAN suasana di Pantai Kelanang yang terletak berdekatan dengan Pantai Morib.


"Dahulu memang tidak dapat dinafikan keadaannya pantai ini agak tidak terurus, kotor dan dipenuhi sampah-sarap serta gerai-gerai usang

"Sekarang lihatlah, semuanya telah berubah. Kawasan gerai baru yang dibina bukan sahaja luas malah selesa bagi peniaga dan pengunjung yang berkunjung ke sini," katanya yang sudah berniaga di situ sejak berusia belasan tahun.

Anak jati Banting itu menjelaskan, pengunjung ke Pantai Morib boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti bermandi-manda, menangkap ikan, bermain-layang atau sekadar bersantai di kerusi rehat yang disediakan.

Tambahnya, kehadiran semula pengunjung ke kawasan pantai itu memberi isyarat jelas ia bakal mengulangi kegemilangan seperti yang pernah dikecapi sekitar tahun 70-an, 80-an dan 90-an dahulu.

"Selain Pantai Morib, pengunjung juga boleh mengunjungi Pantai Kelanang yang juga tidak kurang menariknya dan menjanjikan kepuasan seperti juga pantai-pantai lain di negara ini," ujarnya.

Pantai Kelanang yang terletak berdekatan Pantai Morib bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantainya, malah tinggalan sejarah seperti sejarah Kesultanan Selangor.

Pantai-pantai yang di bawah perhatian Majlis Daerah Kuala Langat itu turut mengajak pengunjungnya melawat beberapa tarikan lain seperti Bukit Jugra, Bukit Melawati, makam Sultan Abdul Samad, Masjid Alauddin dan Istana Bandar.

Ikan bakar

Jika perut berasa lapar, terdapat pelbagai gerai dan restoran yang menyediakan pelbagai hidangan yang menepati selera pengunjung.

Salah satu gerai yang boleh dicuba jika berkunjung ke Pantai Morib ialah gerai King Ikan Bakar yang diusahakan Raja Sulaiman Raja Shah, 51, yang menawarkan pelbagai hidangan menyelerakan seperti ikan bakar, sate, otak-otak, kepak ayam panggang dan sata.


MEDAN selera baharu yang lebih selesa, teratur dan menarik menjadi tumpuan pengunjung ke Pantai Morib.


Raja Sulaiman berkata, keistimewaan ikan bakar tiga rasa yang diadun dengan rempah ratus menjadi pilihan ramai pelanggannya.

"Terdapat beberapa pilihan ikan yang ditawarkan iaitu dari jenis kerapu, kelah dan jenahak," katanya yang turut menghidangkan kerang bakar bersama nasi dan air asam.

Walaupun lokasi gerai terbukanya itu masih baharu, Raja Sulaiman gembira dengan sambutan yang diterimanya.

"Selain menjamu selera, pengunjung berpeluang menikmati panorama indah di sekelilingnya sekali gus memberi nilai tambah kepada peniaga-peniaga di kawasan ini," ujarnya.

Penginapan

Rencana bermalam di Morib juga suatu yang digemari golongan tertentu. Bagi mereka yang gemarkan adventur, terdapat tapak-tapak perkhemahan yang boleh disewa berhampiran pantai untuk aktiviti berkumpulan dan keluarga.

Sementara itu, bagi yang inginkan keselesaan dan suasana privasi boleh memilih untuk menginap di Hotel Impian Morib yang terletak berhampiran.

Menawarkan penginapan bertaraf tiga bintang, resort yang beroperasi sekitar 2005 itu menawarkan sejumlah 90 unit bilik dari jenis superior, deluxe dan calet pada harga bermula dari RM160 hingga RM250 semalam.

Pengurus Residennya, Dzulquarnine Ahmad berkata, setiap bilik mempunyai kemudahan pendingin hawa, televisyen satelit, pembancuh kopi, alat pemanas dan peti ais.

Katanya, resort itu juga turut dilengkapi kolam renang, bilik mesyuarat dan seminar, restoran, padang golf (Sri Morib Golf Club) dan gimnasium.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


CVT lebih jimat dan lancar

Posted:

CVT lebih jimat dan lancar

CVT lebih jimat dan lancar

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


TAMPIL dengan lebih bergaya menerusi rekaan lampu hadapan nipis dan bampar hadapan yang baharu.


UNTUK kekal relevan, sesebuah entiti mesti bersikap dinamik. Berubah mengikut zaman dan keperluan semasa. Jika tidak, kita akan ketinggalan dan tidak akan mampu lagi mengejar pesaing yang bertambah maju.

Contohnya, ketika orang lain sudah ada aplikasi iPad dan laman web kita masih dikemaskini secara sambil lewa, jadi memang layaklah kalau kita dianggap sebagai kelas kedua dalam industri.

Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) sejak sekian lama cuba untuk menjadi dinamik. Namun, bersaing dalam industri automotif yang teknologinya berubah pantas, nyata itu bukan satu kerja mudah.

Apabila sesebuah model keluar, pelbagai penambahbaikan dibuat. Semuanya demi meletakkan dirinya sebaris dengan pengeluar kereta yang lain. Dalam kes Proton, Saga sering dilihat sebagai model yang kerap menjadi tikus makmal.

Jangan salah sangka, semua 'ujikaji' itu dibuat bagi menjadikan Saga sebuah kereta rakyat yang terbaik dalam segala segi.

Kenapa CVT?

Tidak percaya? Sebagai sebuah sedan entry level, Saga dalam proses penyempurnaan. Kalau sebelum ini ia dipasang dengan enjin lebih berkuasa (1.6 liter Campro), sekarang Saga dilengkapi dengan transmisi CVT (Continuously Variable Transmission) pula!


RUANG dalaman dipertingkatkan menerusi penggunaan warna kelabu pada konsol tengah dan grafik pada paparan meter yang baharu.


Tindakan itu sememangnya satu anjakan yang besar buat Proton. Iyalah, sampai bila mahu bergantung kepada transmisi lama milik Mitsubishi itu, sedangkan orang lain sudah bertahun-tahun menggunakan teknologi transmisi lebih cekap seperti CVT atau dual clutch.

Mungkin ramai yang bertanya, kenapa CVT dan bukannya dua clutch atau transmisi automatik konvensional dengan lima atau enam kelajuan? Transmisi CVT pun tidaklah semurah mana dan Proton perlu mendapatkannya daripada pihak ketiga.

Saya yakin Proton mempunyai alasan tersendiri kenapa CVT dipilih. Antaranya, CVT memiliki kelebihan dari aspek penjimatan minyak dan kurang emisi. Di samping menjanjikan penukaran gear yang lancar.

Lebih ringan

Untuk makluman, transmisi CVT itu dihasilkan oleh pihak Punch Powertrain dari Belgium. Sementara transmisi lima kelajuan manual pula adalah daripada pihak Getrag. Sebagai permulaan, transmisi CVT atau manual tersebut ditawarkan untuk varian Standard dan Executive.

"Disebabkan oleh transmisi CVT yang 25 peratus lebih ringan dan tiada senggukan ketika transisi gear, penggunaan minyak oleh Saga FLX turun sebanyak empat peratus jika dipandu di bandar dan sepuluh peratus ketika di lebuh raya.

"CVT juga membolehkan enjin beroperasi pada tahap optimum. Hasilnya, enjin kurang terbeban dan meningkatkan jangka hayatnya," jelas Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir,

Minggu terakhir sebelum puasa, saya berpeluang memandu uji Saga yang dilengkapi transmisi CVT di litar ujian Proton di kilangnya di Shah Alam, Selangor.

Dikenali sebagai Saga FLX, unit yang diuji itu hadir dengan warna baru, coklat cerah atau nama popularnya Elegant Brown. Bagi merasai perbezaan yang ditawarkan, Saga FL bertransmisi automatik empat kelajuan juga disediakan.

Integrasi CVT dan Campro


ENJIN Campro 1.3 liter mampu beroperasi secara optimum apabila digandingkan dengan transmisi CVT.


Unit yang dipandu uji ialah model Saga berenjin 1.3 liter. Tipikal transmisi CVT, anda akan melihat jarum rpm bermain di sekitar 5,000 rpm dengan bunyi enjin melahu kedengaran agak jelas di dalam kabin. Dalam tempoh itu, kuasa enjin seakan-akan sedang mencari 'gear' untuk dilekatkan (engage).

Integrasi antara enjin Campro dan CVT agak bagus. Tanpa rasa senggukan gear ditukar, sedar-sedar sahaja kelajuan yang dicapai sudah melepasi takat 120 kilometer sejam (km/j). Di sebelah tuil gear, ada butang SAT atau Stepped Automatic Transmission. Ia berfungsi untuk memberikan pemandu merasai pertukaran gear seperti transmisi automatik enam kelajuan konvensional dengan lebih ketara.

Saya menekan punat kecil itu. Tetapi, saya boleh katakan bahawa perubahan karakter enjin dan transmisi itu tidak jauh bezanya ketika butang SAT tidak ditekan. Dalam erti kata lain, pertukaran gear tidak terasa sebagaimana yang boleh dirasai jika dilakukan secara manual menerusi ciri Tiptronic atau paddle shifter.

Bagi memanfaatkan sepenuhnya kelebihan transmisi CVT, pandulah secara santai. Biarkan gear ditukar secara natural tanpa dipaksa dan pedal minyak tidak ditekan keras. Anda bukan sahaja akan merasai pemanduan yang lancar, malah penjimatan minyak juga lebih mudah direalisasi.

Mengenali sebuah Proton, anda boleh mengharapkan kualiti pengendalian yang memuaskan hati. Pengendalian oleh Lotus itu bukan sekadar gimik pengiklanan. Saga sememangnya stabil ketika memandu laju di atas trek.

Talaan gabungan suspensi topang MacPherson (roda hadapan) dan suspensi jenis torsion beam memang mampu menyerap ketidaksempurnaan permukaan jalan dengan baik. Tidak melantun-lantun atau bergegar jika terlanggar lubang atau sebagainya. Stereng hidraulik itu juga berasa sedikit berat, sekali gus membuatkan pemandu yakin untuk menguji Saga menuju ke tahap maksimanya.

Ruang dalaman Saga FLX mendapat sedikit penambahbaikan. Paling ketara ialah konsol tengah yang menerima warna perak. Saya sebenarnya kurang gemar dengan rekaan papan pemukanya yang nampak terlalu asas. Bagaimanapun, paparan meternya mendapat rekaan grafik baru berbanding model sebelumnya.

Rim 13 inci


BUTANG SAT yang ada di sebelah tuil gear ini akan memberikan anda lebih 'rasa' setiap kali gear ditukar.


Dari segi penampilan pula, Saga FLX meneruskan rupa Saga FL yang menerima perubahan ketara terutama pada bahagian bampar hadapan. Selain lampu utama yang lebih nipis dan perumahnya dihitamkan (smoked). Lampu belakang dengan butiran LED itu juga menyerlahkan elemen moden kepada Saga.

Cuma, saya rasa penggunaan rim besi bersaiz 13 inci (varian standard) membuatkan rupa Saga FLX nampak cacat. Rim itu kelihatan terlalu kecil, biapun untuk sebuah sedan kompak. Saya tahu, alasannya mungkin kerana kos dan ia merupakan antara saiz terbaik untuk penjimatan. Masalahnya pembelian juga banyak dipengaruhi oleh faktor kecantikan atau estetiknya.

Bukan sekadar transmisi CVT, Saga FLX kini juga semakin selamat. Varian Executive memiliki ciri tambahan iaitu dua beg udara, selain Anti-lock Braking System (ABS) dan Electronic Brake-force Distribution (EBD). Agak impresif untuk sebuah sedan yang berharga kurang RM45,000 seunit.

Saga FLX ditawarkan pada harga sekitar RM38,598 hingga RM44,998 seunit bergantung kepada varian. Jika anda tidak suka Elegant Brown, warna-warna lain seperti hitam, putih, biru dan perak boleh dijadikan sebagai alternatif. Saga FLX kini sudah boleh diteliti dan ditempah di semua bilik pameran Proton di seluruh negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mazda2: Kereta Dunia 2008!

Posted:

Mazda2: Kereta Dunia 2008!

Mazda2: Kereta Dunia 2008!

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


REKAAN Mazda2 yang segar membuatkannya mudah diminati oleh pengguna kenderaan daripada segenap usia.


BEBERAPA tahun lalu, saya dan beberapa orang rakan pernah menghadiri prebiu program di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kata Profesor Kanan semasa program itu, kami tidak terlalu percaya dengan promosi besar-besaran. Jika program yang ditawarkan bagus, maka dengan sendirinya pelajar akan datang mencari.

Ayat yang lebih kurang sama saya dengar sekali lagi. Kali ini daripada Wan, seorang rakan yang menjual kereta Mazda. Menurutnya, Mazda jarang mempromosikan produknya dalam media kerana bosnya percaya bahawa produk yang baik akan dicari orang.

Apa yang dikatakan oleh mereka berdua ada benarnya. Mazda berada dalam kelasnya tersendiri. Produknya menyerlah andai dibandingkan dengan pengeluar kereta Jepun yang lain.

Bukti paling nyata ialah apabila Mazda2 memenangi Kereta Dunia 2008 (World Car of the Year). Anugerah itu nyata membuka mata saya terhadap kereta bandar ini dan Mazda secara amnya.

Falsafah Zoom-Zoom

Mazda membawa falsafah Zoom-Zoom yang bermakna perkara serius dijadikan perkara yang menyeronokkan. Caranya adalah dengan menyuntik elemen sporty dalam barisan kenderaan keluarannya.

Beberapa minggu lalu, saya memandu Mazda CX7, sebuah SUV ala Honda CR-V. Perkara yang menarik perhatian saya ialah rekaan sterengnya yang lari daripada kebiasaan, seperti kereta lumba 60-an.

Bayangkan sebuah SUV berharga lebih RM170,000 mempunyai rekaan tersebut. Anda tidak akan menjumpainya pada mana-mana pengeluar kereta Jepun. Selain itu, rekaan kenderaan Mazda juga sangat berbeza. Tubuhnya penuh dengan laluan-laluan angin dan lekuk-lekuk.

Impresi pertama


BUTANG-BUTANG kawalan yang ada pada papan pemuka Mazda2 dikoordinasi dengan baik.


Baru-baru ini, saya berpeluang memandu uji Mazda2 R Grade. Pandu uji itu bagaimanapun agak singkat, tidak sampai 10 kilometer (km) pun. Tujuannya adalah untuk menjamah sedikit' produk terkini Mazda selepas kali terakhir memandu Mazda Fighter kira-kira sembilan tahun lepas.

Impresi pertama apabila masuk ke dalam Mazda2 ialah postur kerusi yang kena dengan badan saya yang agak tinggi. Sementara butang-butang kawalan pada papan pemuka mudah dicapai. Pandangan ke hadapan agak selesa. Sterengnya tidak kasar dan sedap dipegang.

Sesudah kereta bergerak, perkara pertama yang diuji ialah daya pecutannya. Sebaik sahaja pedal ditekan kuat, ternyata kereta itu ada kuasa, tidak lembap dan lebih kurang sama dengan Honda Jazz GD. Maksudnya, Mazda2 tiada masalah untuk memotong kereta hadapan yang dipandu oleh mereka yang suka bersiar-siar dan membiarkan kereta di belakang beratur panjang.

Stereng berat

Ujian seterusnya adalah aspek pemanduan dan pengendalian. Perkara pertama yang saya perasan, stereng dengan teknologi Electronic Power Assist Steering (EPAS) itu sedikit berat. Ciri itu bagus kerana stereng yang terlampau ringan dan tidak offset sewaktu kelajuan tinggi akan menyebabkan kereta berasa terapung-apung, sekali gus tidak memberi keyakinan kepada pemandu.

Situasi begitu berbahaya kerana pemandu tidak memegang kemas stereng sewaktu memandu laju dan akan sibuk membetulkan stereng. Seterusnya mengganggu konsentrasi pemanduan.

Tamat laluan lurus, saya membelok kereta itu untuk mengujinya pula pada selekoh. Pedal minyak sengaja ditekan untuk melihat sejauh mana Mazda2 dapat mengekalkan kestabilannya.

Pada kelajuan sederhana, olengan tubuh Mazda2 tidak terlampau teruk. Kereta masih lagi stabil mengikut garisan selekoh yang dipilih.


TUIL gear diletakkan di bahagian konsol tengah bagi memaksimumkan ruang antara dua tempat duduk hadapan.


Sebagai pemandu, anda harus cerewet dalam hal ini kerana kereta yang pengendaliannya gagal adalah merbahaya. Sebabnya, pemandu mungkin terkejut apabila arah kereta tidak selari dengan putaran stereng.

Selepas ujian selekoh, satu lagi perkara yang saya gemari ialah melalui jalan berlopak. Kereta yang bagus mempunyai casis tegar dan mampu menyerap hentakan dengan selesa. Kereta yang terhentak kuat dan tidak 'settle' ketika melalui jalan tidak rata boleh dianggap sebagai mempunyai struktur casis yang biasa-biasa sahaja.

Paling dahsyat apabila kereta bergegar apabila melanggar lopak atau lubang. Untuk Mazda2 yang kualiti pengendalian dan tahap gegarannya lulus, lopak yang dilalui diserap dengan baik.

Pesaing berbahaya

Ini kereta paling ideal untuk kegunaan bandar. Ia juga sesuai untuk pemanduan jarak jauh kerana keselesaan yang ditawarkannya biarpun bersaiz kompak, dengan syarat anda tidak membawa beban yang banyak.

Kini Mazda2 mempunyai pesaing yang paling berbahaya iaitu Ford Fiesta. Fiesta berkongsi platform yang sama, tetapi mewah dari aspek spesifikasinya dan lebih murah.

Walau bagaimanapun, jika dinilai dari segi rekaan, saya memilih Mazda2. Kereta itu tidak memerlukan rekaan yang terlampau menonjol untuk memberitahu kepada dunia bahawa ia adalah cantik. Rekaannya tenang dan bersahaja dengan wajah yang sentiasa senyum. Inilah semangat Zoom-Zoom!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Range Rover 4.4 Turbodiesel 2011

Posted:

Range Rover 4.4 Turbodiesel 2011

Range Rover 4.4 Turbodiesel 2011


RANGE Rover Turbodiesel ini dipasang dengan sistem suspensi yang mengandungi teknologi Adaptive Dynamics yang mengawal kemas tubuh kenderaan sewaktu mengambil selekoh.


HANYA sebulan selepas pengenalan Range Rover 5.0-liter Petrol Supercharged, Land Rover (Malaysia) Sdn. Bhd. baru-baru ini memperkenalkan pula varian terkini yang dikuasakan dengan enjin diesel.

Disifatkan sebagai SUV (sports utility vehicle) paling berkuasa dan mewah di dunia, Range Rover 4.4 LR-TDV8 turbodiesel 2011 menggantikan model Range Rover 3.6 LR-TDV8 sebelum ini. Ia dijangka ditawarkan pada harga sekitar RM730,000 di atas jalan tidak termasuk insurans.

Dengan kuasa 313PS dan tork 700Nm, enjin baharu Range Rover itu menyeimbangkan antara kuasa dan rasa prihatin menerusi pengurangan emisi CO2 sehingga 14 peratus. Enjin super-diesel serba baharu, LR-TDV8 itu menggabungkan kuasa dan tork mengagumkan dengan penambahbaikan.

Dari segi prestasi, enjin diesel bersesaran 4.4 liter tersebut menawarkan tambahan 15 peratus kuasa, ekonomi, pecutan dan sembilan peratus lebih tork berbanding unit enjin 3.6 liter yang digantinya.

Bagaimanapun, fakta paling menarik adalah penggunaan bahan api enjin baharu itu cuma 9.4 liter bagi setiap 100 kilometer (km) (pemanduan di bandar dan lebih raya) sekali gus menjadikannya model Range Rover pertama mampu mencapai penanda aras tersebut.


STERENG yang dilengkapi dengan pelbagai butang kawalan.


Pencapaian enjin diesel itu banyak dibantu oleh kombinasinya dengan kotak gear automatik lapan kelajuan, ZF 8HP70 baharu yang dikawal secara elektronik. Kotak gear tersebut ditala oleh para jurutera Land Rover untuk menggabungkan rasa pertukaran gear yang lancar dengan maklum balas pantas dan bahan api menjimatkan.

Transmisi baharu itu merupakan kotak gear lapan kelajuan yang pertama kali dipasang pada sebuah Range Rover. Ia ditala bagi memanfaatkan sepenuhnya tork pada rpm rendah enjin LR-TDV8 dengan penguncian pengubah daya kilas (torque converter) dilakukan secepat mungkin untuk mengurangkan masalah gelinciran dan kehilangan kuasa.

Kombinasi hebat itu cukup untuk memecut Range Rover dari titik pegun ke 100 km sejam (km/j) dalam tempoh cuma 7.8 saat. Hanya didapati pada model-model 4.4-liter LR-TDV8, transmisi pintar itu berintegrasi dengan enjin diesel untuk memberikan regim operasi paling cekap dalam semua kondisi.

Untuk memadankan prestasi 4.4-liter LR-TDV8, model diesel Range Rover terkini turut dipasang dengan brek cakera ventilasi pada keempat-empat rodanya. Sistem tersebut meliputi cakera ventilasi bersaiz 380 untuk roda hadapan bersama enam omboh aluminium ringan dan unik yang bertindak berlawanan dengan angkup monoblock. Brek belakang pula dipasang dengan cakera ventilasi bersaiz 365mm dengan angkup omboh tunggal.


TERRAIN Response Optimisation Switch ini menggantikan dail putar konvensional.


Di dalam kabin, perubahannya tidak ketara tetapi dapat dikenal pasti dengan pantas. Paddle shift yang diletak di bahagian belakang stereng kini merupakan satu ciri standard. Pada tuil gear tradisionalnya, terdapat Drive Select, satu dail putar baharu yang beroperasi sebagai pemilih gear yang naik sendiri ketika enjin dihidupkan dan turun apabila enjin dimatikan.

Hiburan disediakan oleh Sistem Audio Premium harmon/kardon® Logic 7 bersama 14 buah pembesar suara.

Dari aspek estetik visual, penambahbaikan yang terperinci ke atas penampilan luaran meliputi gril-gril 'Noble' dan lubang-lubang (vents) pada sisi kenderaan.

Sistem Terrain Response yang memenangi anugerah turut menampilkan dua penambahbaikan iaitu Hill Start Assist (HSA) dan Kawalan Pecutan Cerun (Gradient Acceleration Control, GAC).

Maklumat lanjut mengenai Range Rover 4.4 LR-TDV8 turbodiesel 2011 yang baru, sila layari www.landrover.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Majikan ingkar arahan menteri

Posted:

Majikan ingkar arahan menteri

Majikan ingkar arahan menteri

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


ZAINAL (kiri) memberi taklimat kepada pekerja-pekerja Dawama selepas mereka tidak dibenarkan masuk ke premis syarikat itu di Hulu Klang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seramai 380 pekerja Dawama Sdn. Bhd. (Dawama) mendakwa masih belum mendapatkan penjelasan rasmi daripada majikan berhubung pembatalan notis cuti tanpa gaji meskipun arahan itu telah dikeluarkan Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam (gambar) kelmarin.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dawama, Zainal Alwit, 50, berkata, majikan langsung tidak bertemu pihaknya meskipun arahan pembatalan notis telah dikeluarkan oleh Subramaniam sebelum ini.

"Mana hitam putih (dokumen pembatalan notis cuti tanpa gaji), sekurang-kurangnya jumpa kami dan terangkan kepada kami.

"Ini tidak, pihak majikan masih dengan sikap membisu termasuk tidak memberitahu kami mengenai pembatalan notis itu," katanya sambil ditemani Setiausaha Kehormat kesatuan, Mohd. Fadel Yusof kepada pemberita di Hulu Klang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Adili segera untuk terima balasan

Posted:

Adili segera untuk terima balasan

Adili segera untuk terima balasan

Oleh MOHD.AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (kanan) bertanyakan sesuatu kepada Sharifah (dua dari kiri) ketika membuat lawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh kelmarin.


IPOH - "Kami harap pembunuh adik saya dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin untuk menerima balasan atas perbuatan kejam mereka.

"Ekoran kejadian itu, bapa saya (Kasim Idris, 75) yang terlantar di hospital sejak enam bulan lalu kerana penyakit usus telah pengsan beberapa kali kerana terkejut manakala ibu, Sharifah Razali, 72, dilanda kesedihan yang teruk."

Demikian rintih Ruzaina (gambar kecil), 41, kakak Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr. Rohani Kasim, 38, yang mati akibat dicekik perompak dalam kejadian di tingkat dua, Blok F, Apartmen Permai Lakeview, Tambun, dekat sini kelmarin.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejayaan polis memberkas empat lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu semalam.

Menurut Ruzaina, mereka sekeluarga bersyukur dan berterima kasih dengan kecekapan polis menyelesaikan kes pembunuhan tersebut dalam tempoh yang singkat.

"Adik yang periang dan menjadi harapan keluarga tiba-tiba menemui ajal akibat perbuatan kejam dan ganas mereka yang tidak berhati perut itu. Pembunuh itu tidak berperikemanusiaan kerana ketika saya lihat jenazah arwah sewaktu dimandikan, mukanya cedera teruk.

"Kami sekeluarga reda dengan pemergiannya tetapi masih sukar untuk menerima cara kematiannya yang begitu kejam," ceritanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tangani isu profesional berhijrah

Posted:

Tangani isu profesional berhijrah

Tangani isu profesional berhijrah

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


JUNIWATI (tengah) berbual dengan wakil-wakil syarikat minyak dan gas yang terlibat menandatangani MoU di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Industri minyak dan gas negara kini berhadapan dengan masalah apabila ramai tenaga kerja profesional dan berpengalaman yang berkhidmat dengan beberapa syarikat tempatan kini berhijrah ke Arab Saudi.

Menurut Naib Presiden Pengurusan Sumber Manusia Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Juniwati Rahmat Hussin, walaupun masalah tersebut tidak serius namun usaha perlu dilakukan segera bagi memastikan industri minyak dan gas negara terus berkembang dengan pesat.

"Kita kehilangan ramai pekerja yang berpengalaman menyebabkan program-program latihan merupakan proses yang berterusan bagi memastikan pekerja baharu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan serta pengalaman yang diperlukan.

"Sasaran kami ketika ini ialah melatih pekerja berdasarkan kepakaran masing-masing dan kami tidak mahu mengambil jalan mudah mengambil pekerja daripada syarikat lain sebaliknya bekerjasama dengan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat minyak dan gas untuk menghasilkan tenaga kerja mahir di sini semalam.

Syarikat terbabit ialah Baker Huges, Kencana Petroleum Berhad, SapuraCrest Petroleum dan Technip Geoproduction yang memberi peluang kepada 1,200 pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) menjalani latihan amali di organisasi itu selama lapan bulan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Laluan mudah buat juara bertahan

Posted:

Laluan mudah buat juara bertahan

Laluan mudah buat juara bertahan

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


JAHMAD SHABERY (tengah) melakukan undian sambil disaksikan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (kanan) dan Penolong Setiausaha Agung FAM, Ahmad Fuad Daud pada majlis undian Piala Malaysia 2011 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.


JUARA bertahan, Kelantan dilihat mendapat laluan mudah pada saingan Piala Malaysia 2011.

Gergasi Pantai Timur itu diundi dalam Kumpulan C bersama Johor FC, Felda United dan Sara- wak pada majlis undian Piala Malaysia 2011 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam. Hadir pada majlis itu ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Begitupun, halangan sukar bakal menanti mereka pada peringkat suku apabila mereka berkemungkinan bertemu naib juara musim lalu, Negeri Sembilan atau juara Piala FA musim ini, Terengganu.

Terengganu, Negeri Sembilan, PK- NS dan Sime Darby diundi dalam Kumpulan B yang merupakan satu-satu kumpulan yang menampilkan dua pasukan dari Liga Premier.

"Memang kemungkinan aksi suku akhir yang bakal kami hadapi nanti agak sukar. Ia umpama misi hidup atau mati jika berdepan Terengganu mahupun Negeri Sembilan.

"Apa pun, semua pasukan mahu muncul juara tetapi kita juga akan cuba untuk mempertahankan kejuaraan musim lalu dan meneruskan momentum menjuarai Liga Super musim ini," kata jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu ketika selepas majlis undian itu semalam.

Pada edisi tahun lalu, Kelantan muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali dalam sejarah setelah menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

Ditanya tentang saingan dalam Kumpulan C, Karathu tidak menganggap Kelantan memiliki jalan mudah untuk bergelar juara kumpulan kerana pasukan-pasukan lain juga dilihat mempunyai kekua- tan terendiri, terutamanya Johor FC yang beliau anggap sebagai penghalang utama.

"Johor FC tetap pasukan yang kuat berdasarkan pengalaman ketika Kelantan bertemu mereka pada saingan Liga Super dan Piala FA musim ini.

"Jadi, saya menjangkakan saingan yang agak sengit juga pada aksi Kumpulan C ini dengan dua lagi pasukan iaitu Felda United dan Sarawak tidak boleh dipandang rendah," jelas Karathu.

Sementara itu, juara 32 kali, Selangor turut diundi dalam kumpulan yang agak mudah iaitu bersama-sama T-Team, Kuala Lumpur dan PDRM.

Bagi jurulatih Selangor, K. Devan, ia merupakan satu peluang terbaik buat pasukannya menebus kekalahan kepada T-Team pada saingan Liga Super musim ini.

"Setelah tewas dua kali kepada T-Team dalam aksi liga tempoh hari, saya harap kami tidak akan mengulangi kesilapan yang sama pada aksi Piala Malaysia ini.

"Kami akan buktikan Selangor masih sebuah pasukan yang unggul dan kuat. Para pemain pun begitu bersemangat untuk menghadapi Piala Malaysia selepas kecewa pada Liga Super," kata Devan pada majlis tersebut.

Devan turut berharap badi tewas di suku akhir pada dua edisi berturut-turut sebelum ini berakhir apabila mereka tidak diundi pada suku akhir maut pada saingan kali ini.

"Memang laluan untuk layak ke suku akhir tidak begitu sukar tetapi kita biasanya kandas di suku akhir. Diharapkan kali ini kami lebih bernasib baik, melepasi suku akhir dan seterusnya berusaha mara ke final," jelas Devan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

LTdL 2012 lebih mencabar

Posted:

LTdL 2012 lebih mencabar

LTdL 2012 lebih mencabar

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my



KEJOHANAN lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 bakal menyajikan satu pertarungan epik yang lebih menarik dan sengit.

Demikian kesimpulan yang dapat dibuat selepas menyaksikan penyertaan 13 pasukan yang akan bertanding pada kejohanan edisi ke-17 itu pada 24 Februari hingga 4 Mac tahun depan.

Selain kemunculan semula dua pasukan bertaraf pro jelajah – Garmin-Cervelo dan Astana – kehadi- ran pelumba-pelumba handalan lain dari 11 pasukan bertaraf benua dalam kejohanan ini, sudah pasti menjanjikan satu persaingan yang sengit dan memberi keterujaan kepada peminat sukan basikal dunia.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Mohid Mohamed yakin penampilan pelumba-pelumba bertaraf dunia pada kejohanan berstatus 2.0 Hors ini ba- kal menjadi mekanisme terbaik dalam mempromosikan Malaysia ke seluruh dunia menerusi platform industri sukan dan pelancongan.

"Kehadiran dua pasukan bertaraf pro iaitu Garmin-Cervelo dan Astana sudah pasti menarik perhatian peminat basikal dunia, malah penyertaan pelumba-pelumba pasukan lain juga akan menghangatkan lagi persaingan LTdL 2012 ini," kata Mohid pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Perlumbaan (MCC) di Menara KBS, Putrajaya semalam.

"Malah satu daripada 10 peringkat iaitu ujian masa individu juga akan disiarkan secara langsung selama dua jam tanpa henti.

"Jadi, inilah masa yang terbaik untuk mempromosikan industri sukan dan pelancongan di Malaysia kerana seluruh dunia akan dapat menyaksikan LTdL 2012 ini pada masa itu," tambah beliau lagi.

Buat masa ini, kata Mohid, 13 dari 22 pasukan telah mengesahkan penyertaan mereka, manakala baki sembilan lagi pasukan akan diketa- hui tidak lama lagi.

"Malaysia sendiri akan mempunyai tiga pasukan iaitu pasukan Terengganu Pro Asia Cycling (TSG), skuad kebangsaan dan juga LeTua.

"Jadi, saya yakin pelumba kita juga mampu memberi aksi terbaik dan bekerjasama demi mencapai kejayaan seperti yang dicatat Anuar Manan dahulu," ujar Mohid lagi.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab menjelaskan, pemilihan pelumba skuad negara akan dibuat berdasar- kan prestasi dan pencapaian pada temasya Sukan SEA 2011 di Indone- sia, November depan.

"Kita akan pilih pelumba selepas melihat prestasi mereka pada Sukan SEA 2011 nanti.

"Tetapi laluan dalam acara lebuh raya di Bandung nanti, kebanyakan- nya berbukit, jadi tidak sesuai bagi pelumba pecut seperti Anuar (Manan) dan Hariff Salleh.

"Mungkin kita akan menghantar pakar pendakian seperti Adiq (Hussainie), Amir (Mustafa Rusli), Shahrul (Mat Amin) dan Saufi (Mat Se- nan)," jelas Abu Samah.

LTdL 2012 melibatkan 10 peringkat perlumbaan bermula dengan ujian masa individu (ITT) di Putrajaya (20.3km), Putrajaya-Melaka (151km), Melaka-Parit Sulong (187.6km), Batu Pahat-Muar (169.4km) dan Ayer Keroh-Pandan Indah (187.2km).

Proton Shah Alam-Genting Highlands (108km), Bentong- Kuantan (215.8km), Pekan-Chukai (100.8km), Kemasik-Kuala Terengganu (169.4km) dan Kuala Terengganu-Kuala Terengganu Loop (110.7km).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Peluang Steel, Shaaban terbuka

Posted:

Peluang Steel, Shaaban terbuka

Peluang Steel, Shaaban terbuka


SHAABAN (kiri) dan Steel tampil dengan aksi cemerlang pada saingan hari ketiga semalam, sekali gus membuka semula peluang mereka memburu tempat ke Piala Dunia.


PELUANG pemain negara, Iain Steel dan Shaaban Hussin untuk memburu tempat ke Kejohanan Golf Piala Dunia Omega Missin Hills kembali terbuka.

Semalam, gandingan negara itu tampil dan persembahan terbaik pada pusingan ketiga zon kelayakan Asia yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor.

Selepas ketinggalan lapan pukulan kelmarin, Steel dan Shaaban bangkit semula untuk melakukan catatan terendah, lapan bawah par 63 semalam untuk mengumpul jumlah keseluruhan sembilan bawah par 204.

Pencapaian itu melonjakkan kedudukan Steel dan Shaaban ke tempat ketiga bersama gandingan New Zealand, Michael Hendry dan Gareth Paddison.

"Kami mampu kembali semula dalam saingan dan bangga dengan usaha ini," kata Steel yang bersama Shaaban melakarkan catatan 64 dalam pusingan pertama dan 77 pada pusingan kedua kelmarin.

Kali terakhir pemain Malaysia beraksi dalam Piala Dunia adalah pada tahun 2001.

Gandingan dari Singapura, Lam Chih Bing dan Mardan Mamat masih mengekalkan kedudukan pendahulu dengan 14 bawah par 199 dan mereka dilihat berpeluang cerah untuk beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia buat kali kelima.

Gandingan Singapura itu mencipta lima bawah par 66 semalam.

Ketinggalan satu pukulan di belakang pendahulu adalah pasangan India, Gaganjeet Bhullar dan Anir- ban Lahiri yang berjaya melakukan dua pukulan eagle pada pusingan ketiga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved