Jumaat, 27 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Warisan pertanian di Putrajaya

Posted:

Warisan pertanian di Putrajaya

Warisan pertanian di Putrajaya

SEJAK 11 tahun lalu, rutin Saravanan Supermaniam, 46, tidak berubah. Lelaki yang tinggal di Ladang Sungai Sekak, Nilai, Negeri Sembilan itu akan keluar rumah seawal 6 pagi menuju ke Taman Warisan Pertanian, Putrajaya. Sebaik tiba kira-kira pukul 6.45 pagi, Saravanan mengambil pisau toreh getah dan mula menoreh pokok getah di taman itu.

Mengaplikasi teknik torehan spiral, salah satu kaedah torehan paling lama dan tradisional, kelibat Saravanan atau lebih dikenali sebagai Uncle Saravanan boleh dilihat di antara pokok-pokok getah. Adakalanya, dia membongkok sambil kedua-dua belah tangan memegang pisau getah sebelum bergerak pantas beralih dari satu pokok ke pokok lain.

Saravanan menoreh sebanyak 100 pokok getah setiap hari dengan kiraan tujuh saat bagi setiap pokok. Selepas mengumpulkan susu getah iaitu menjelang lewat tengah hari, dia kembali ke 'pejabatnya', iaitu sebuah tempat terbuka yang menyediakan ruang untuk mempamer cara memproses susu getah menjadi getah keping.

Menariknya, Saravanan bukanlah seorang penoreh getah biasa seperti di estet-estet, bekerja secara berkumpulan dan dibayar gaji harian atau bulanan oleh syarikat tertentu. Kerjayanya juga tidak sama seperti yang digambarkan menerusi buku-buku sejarah atau dokumentari.

"Tugas hakiki saya ialah membuat demonstrasi cara-cara getah keping dihasilkan kepada para pelancong yang mengunjungi Pusat Warisan Pertanian ini," katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Sebelum itu, Saravanan akan menyediakan lateks. Lateks dihasilkan menerusi campuran satu jag susu getah bersama setengah jag air dan tiga titis cuka asid. Ia akan digaul sehingga pekat dan buih-buih yang terhasil ketika proses itu akan dibuang.


SEKUMPULAN pelajar menyaksikan Saravanan menekan lateks menjadi kepingan sebelum dimesin menjadi lebih nipis.


"Selepas lateks menjadi pekat, saya keluarkannya dan tempatkan di ruang demo. Ia kelihatan seperti tauhu berwarna putih, lembut tetapi kenyal. Lateks itu ditekan kuat-kuat menjadi kepingan sebelum dimesin sebanyak tiga kali supaya menjadi kepingan nipis. Kemudian direndam dalam air selama satu jam dan disidai di rumah asap selama dua hari. Hasilnya, seperti ini," kata Saravanan sambil menunjukkan getah keping.

Duta kecil

Dalam proses sebenar, untuk menghasilkan kepingan getah yang sempurna memakan masa sehingga 100 jam. Atas sebab demo, Saravanan telah menyediakan bahan-bahan itu lebih awal bagi memudahkannya memberi penjelasan kepada pengunjung selain tidak memakan masa yang lama. Ketika ini, harga sekilogram getah keping di pasaran ialah sekitar RM7.

Sebagai duta kecil di galeri getah itu, Saravanan mudah mesra ketika berinteraksi bersama pelancong. Dia bijak mendekati pengunjung sambil menerangkan cara-cara pemprosesan susu getah menjadi getah keping.

Kehebatan Saravanan turut 'memukau' perhatian sekumpulan kanak-kanak dari sebuah pusat tuisyen di Kuala Lumpur yang tertarik dengan penjelasan yang diberikan selain tidak melepaskan peluang bertanyakan soalan.

"Kebanyakan pengunjung terutama pelancong luar teruja melihat pokok getah dan cara-cara memproses keping getah. Ada yang tidak kenal pokok getah, kalau kenal pun tidak pernah melihat proses menghasilkan getah keping ini," jelasnya.

BRANSON tidak melepaskan peluang menggunakan mesin pengelek getah.


Lokasi paling popular

Bagi pemandu pelancong dan pegawai di Pusat Warisan Pertanian, Faizal Najib Abdullah, bangsal memproses susu getah dan galeri getah itu merupakan lokasi paling popular kepada pengunjung terutamanya dari luar negara.

"Lazimnya, kami mendapat permintaan khusus daripada pelancong atau pengunjung untuk datang ke galeri getah ini. Mereka teruja untuk melihat cara-cara memproses getah keping. Hanya Uncle Saravanan sahaja yang melakukan demo tersebut membuatkan dia sangat terkenal dalam kalangan pelancong," kata Faizal Najib.

Dalam pada itu, seorang ejen pelancong yang membawa sekumpulan pelajar, Joseph Wong Weng Onn, 30, berkata, galeri tersebut menjadi pilihan wajib setiap kali dia membawa rombongan pelajar atau kanak-kanak ke Putrajaya.

"Sejak terbabit dalam bidang ini tiga tahun lalu, kami selalu mengesyorkan kepada ahli rombongan untuk merasai pengalaman di galeri getah ini," kata Joseph.

Joseph memberitahu, selain galeri getah, Pusat Warisan Pertanian itu juga kaya dengan tanaman dusun, pokok herba, bunga dan kolam ikan sebagai tarikan yang harus diterokai.

"Pusat Warisan Pertanian ini merupakan satu lokasi percutian yang lengkap terutamanya membabitkan alam semula jadi," katanya lagi.

Sukar

Kanak-kanak yang menyaksikan demonstrasi getah tidak ketinggalan mencuba dan merasa sendiri tekstur keping lateks dan getah. "Baru saya tahu betapa sukarnya membuat kepingan getah termasuk perlu keluar menoreh pada awal pagi," kata Branson Wee, 12.

Seorang lagi kanak-kanak, Chang Ee Teng akui, selama ini dia hanya mengenali barangan yang dihasilkan daripada getah seperti pemadam, tayar, sarung tangan tetapi tidak pernah melihat rupa sebenar susu getah.


PERALATAN yang digunakan untuk menoreh pokok getah dan membuat getah keping.


"Pendedahan seperti ini harus diketengahkan oleh ibu bapa dan pihak guru sebagai sebahagian daripada pembelajaran. Saya pasti ia akan membuka minda mereka, bukan sahaja daripada aspek akademi tetapi juga menghayati dan menghargai produk getah," demikian pula kata pengetua Pusat Tuisyen Didik Genius Sri Petaling, Teresa Tong, 30.

Berbalik kepada Saravanan, selepas melambaikan tangan tanda kepulangan pengunjung, dia kembali menyambung kisahnya di galeri getah dan kehidupan penoreh getah.

Katanya, getah keping kecil yang ditunjukkan di situ sekadar untuk demonstrasi sahaja, kepingan sebenar lebih besar dan berat boleh mencapai belasan atau puluhan kilogram.

"Di estet, kami menoreh sehingga 500 pokok sehari, tuntutan kerja lebih berat daripada di sini," kata Saravanan yang pernah bekerja sebagai penoreh getah selama lima tahun di Ladang Prang Besar (kini Putrajaya) dan Sungai Sekak, Nilai.

"Saya berasal dari keluarga penoreh getah dan saya turut membuat kerja tersebut sehingga ditawarkan bekerja di kilang. Namun, pada awal pembukaan Taman Warisan Pertanian ini, saya menyertainya bersama tiga penoreh lain dan kini tinggal saya seorang," ujar Saravanan serba sedikit mengenai latar belakang dirinya.

Bapa kepada dua orang anak itu memberitahu, bekerja sebagai penoreh getah memang banyak cabaran terutama dari segi keselamatan. Misalnya, dia kerap terserempak ular selain gaji yang rendah.

Namun, dia selesa bekerja di Taman Warisan Pertanian yang memberinya peluang bertemu pelancong dari dalam dan luar negara.

Tradisi unggun api

Posted:

Tradisi unggun api

Tradisi unggun api


PESTA ini merupakan salah satu acara sempena sambutan Hari Lima November ke-327 di England.


RIBUAN orang daripada ahli komuniti Unggun Api Sussex memenuhi jalan-jalan utama di pekan Lewes, Sussex, England sebelum berarak membawa unggun api yang marak sempena sambutan tradisi pelik itu yang berlangsung baru-baru ini.

Tradisi unggun api tersebut pada asalnya wujud bagi meraikan pembukaan pusat hiburan yang semakin berkembang di Sussex. Ia juga dikatakan berkait dengan festival kuno bagi perayaan Samhain yang disambut sempena Tahun Baru Celtic.

Pada masa itu, amalan bagi pekerja berkunjung dari satu rumah ke rumah untuk meminta makanan daripada pemilik rumah adalah perkara biasa.

SEORANG peserta memakai kostum pelik sambil memegang unggun api.


Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, mereka yang meraikan tradisi tersebut dikehendaki memakai kostum atau mengecat wajah mereka dengan warna hitam.

Uniknya, pengunjung di pesta tersebut berbuat demikian bagi mengelakkan diri mereka dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa sekiranya melakukan kerosakan harta benda awam.

Pesta ini merupakan salah satu acara pada sambutan Hari Lima November yang disambut buat kali ke-327 pada tahun ini.

Kebanyakan jalan berhampiran laluan dari Sussex ke Lewes ditutup bermula pukul 2 petang. Kawasan tersebut turut menyediakan tempat letak kereta yang terhad kepada pengunjung.


SEKUMPULAN peserta memanaskan badan di kawasan unggun api yang disediakan penganjur.


Jadi, pengunjung terpaksa menggunakan alternatif lain seperti menaiki bas, kereta api atau teksi untuk ke lokasi perarakan.

Sambutan unggun api berkenaan tidak sesuai dikunjungi oleh golongan ibu mahupun kanak-kanak terutama bagi mereka yang mempunyai masalah pernafasan kerana seluruh kawasan tersebut dilitupi oleh kepulan asap.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Nelayan Tanjong Karang tanam pokok bakau

Posted:

Nelayan Tanjong Karang tanam pokok bakau

Nelayan Tanjong Karang tanam pokok bakau


SEBAHAGIAN daripada 300 nelayan bergambar beramai-ramai pada program menanam pokok bakau di Kampung Parit Tiga, Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor baru-baru ini.


HIJAU. Seramai 300 nelayan di Tanjong Karang, Selangor menyertai program Menanam Pokok Bakau Bersama Nelayan yang diadakan di Kampung Parit Tiga, Sungai Burung baru-baru ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, program anjuran bersama Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) itu melibatkan penanaman sebanyak 1,500 pokok bakau.

"Kawasan hutan bakau merupakan habitat kepada pelbagai jenis hidupan termasuk anak ikan selain turut menjadi sumber pendapatan kepada nelayan," katanya.

Yayasan Perak salur sumbangan dermasiswa

Posted:

Yayasan Perak salur sumbangan dermasiswa

Yayasan Perak salur sumbangan dermasiswa


SHAHRUL ZAMAN (duduk lima dari kanan) bergambar bersama pelajar dan waris pelajar yang menerima dermasiswa pendidikan daripada Yayasan Perak di Bagan Datoh, Perak baru-baru ini.


PRIHATIN. Seramai 33 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup menerima dermasiswa pendidikan daripada Yayasan Perak di Pusat Khidmat DUN Rungkup, Bagan Datoh, Perak baru-baru ini.

Cek dermasiswa pendidikan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Beliau berkata, setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda menerima sumbangan antara RM500 hingga RM1,200.

"Dermasiswa pendidikan ini merupakan inisiatif kerajaan Perak untuk meringan beban keluarga kurang berkemampuan di negeri ini untuk menghantar anak melanjutkan pelajaran ke IPT," katanya.

UTeM juara acara bola sepak MTUN

Posted:

UTeM juara acara bola sepak MTUN

UTeM juara acara bola sepak MTUN


PASUKAN UTeM yang menjadi juara acara bola sepak temasya Sukan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang berlangsung di Kangar, Perlis baru-baru ini.


JUARA. Pasukan bola sepak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara acara bola sepak pada temasya Sukan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang berlangsung di Kangar, Perlis baru-baru ini.

UTeM muncul juara selepas mengalahkan pasukan tuan rumah, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2-1 pada perlawanan akhir.

Selain UTeM dan UniMAP selaku tuan rumah, temasya sukan berkenaan turut disertai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Malaysia Pahang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


The Beast akhir tiba ke pasaran Malaysia

Posted:

The Beast akhir tiba ke pasaran Malaysia

The Beast akhir tiba ke pasaran Malaysia

Oleh SHAWKATH AZDE
shawkath.ashraf@kosmo.com.my

JENAMA motosikal KTM bukannya asing dalam dunia perlumbaan off-road (motocross dan enduro) di peringkat antarabangsa.

Malah tidak keterlaluan jika dikatakan itu antara platform yang membantu melonjakkan nama produk keluaran syarikat yang berpangkalan di Mattighofen, Austria tersebut.

Entiti perniagaan yang diasaskan oleh Hans Trunkenpolz pada tahun 1934 turut berkecimpung dalam penghasilan motosikal untuk kelas supermoto, kembara, naked bike dan supersport.

KTM sedar jika tumpuan diberikan pada satu segmen sahaja, sudah pasti perniagaannya sukar mengorak jauh apatah lagi berdepan saingan daripada pemain lain dalam pasaran.

Duke model popular

Langkah rasional yang perlu dilakukan ialah meneroka pasaran pengguna harian. Itulah yang menjamin survival mana-mana syarikat motosikal masa kini. Segmen yang menjadi fokus terkini ialah streetbike. Nyata ia pilihan yang tepat.

Produk streetbike KTM merangkumi hampir 50 peratus jualan syarikat manakala Duke terus menjadi pemacu jualan.

Keluarga Duke merupakan siri motosikal naked yang terbahagi kepada kategori Duke dan Super Duke. Secara ringkas, profail Duke lebih tertumpu pada model berkapasiti rendah hingga sederhana yang menggunakan enjin silinder tunggal.


SISTEM ASB roda belakang boleh dinyah aktif bagi mereka yang mahu nikmati tunggangan gaya supermotor.


Super Duke pula cenderung kepada kelas sesaran yang lebih tinggi dengan konfigurasi enjin V-Twin. Siri Duke merangkumi varian 125, 200, 390, 690 dan 690R manakala model Super Duke ialah 990 dan 990 R.

Bertempat di Pameran Motosikal Milan 2012, KTM mencetuskan keghairahan dalam industri roda dua apabila mempersembahkan model 1290 Super Duke R. Apa yang pasti, para pengeluar motosikal utama Eropah bakal berdepan saingan sengit dalam landskap naked bike.

Pengarah Urusan KTM Asia Tenggara, Selvaraj Narayana ketika ditemui di Litar Antarabangsa Sepang memberitahu, KTM 1290 Super Duke R tidak mempunyai sebarang pesaing secara langsung dalam pasaran antarabangsa.

Biarpun begitu dakwaannya, model yang diberi gelaran The Beast bakal mencetuskan saingan terhadap Aprilia Tuono V4, Ducati Streetfighter, MV Agusta Brutale dan Triumph Speed Triple.


LENGAN ayun tunggal aluminium membantu mengurangkan berat jentera sekali gus meningkatkan kecekapan bahan bakar.


KTM 1290 Super Duke R sememangnya memaparkan reka bentuk yang cukup agresif dengan solekan sudut tajam pada sebahagian besar tubuh jentera itu.

Model dengan pilihan warna hitam dan jingga memiliki tarikan hadapan hasil pengenaan set lampu utama yang didatangkan bersama lampu DRL LED.

Tiada mod Race

Rangkaian kuasa The Beast datangnya daripada enjin superbike KTM 1190 RC8 R (1,195cc). Unit enjin itu sudah melepasi fasa kejuruteraan semula termasuk membesarkan saiz gerek, meningkatkan kadar lejang, penggunaan omboh lebih ringan dan mengurangkan berat rod penyambung.

Pemetaan enjin melibatkan tiga jenis mod yang boleh ditetapkan dengan menggunakan butang kawalan pada bahagian kiri hendal. Penukaran tetapan hanya boleh dilakukan ketika jentera berada dalam keadaan statik. Masa menukar setiap tetapan mengambil masa selama lima saat.

Pilihan mod disediakan ialah Street, Sport dan Rain. Bagi mengawal ledakan tork, KTM memasang sistem kawalan jelajah Bosch MTC dan meningkatkan keupayaan membrek dengan padanan sistem brek antikunci (ABS).

Jika mahu merasa tunggangan supermoto, padamkan sahaja ciri ABS pada bahagian roda belakang. Ini membolehkan tayar belakang mudah gelongsor ketika bermain di kawasan selekoh.


MODEL Streetfighter terbaharu KTM mempersembahkan reka bentuk garang dan nyata cukup kemas.


Casis KTM 1290 Super Duke R diperbuat daripada keluli krom-molibdenum dengan padanan seunit lengan ayun tunggal aluminium. Kejuruteraan casis itu menitikberatkan ergonomik tunggangan.

Bagi merealisasikan aspek keseimbangan, jurutera KTM mengaplikasikan penggunaan sistem suspensi jenama WP pada bahagian hadapan dan belakang yang boleh ditala mengikut selera penunggang.

Bagi memastikan kadar cengkaman berada pada prestasi terbaik sewaktu pecutan atau mengambil selekoh, tugas itu diserahkan kepada tayar jenama Dunlop SportSmart 2. Tayar itu yang dicipta untuk kegunaan atas jalan dan trek lumba juga mampu memberi cengkaman bila berada di atas permukaan basah.

Untuk pasaran Malaysia, harga jualan asas ditetapkan pada tag harga RM128,800 seunit. Masuk akal? Mungkin berbaloi bagi mereka yang tahu nilai sebenar motosikal terbaharu edaran KTM Malaysia. Jika berminat, tempahan sudah dibuka.

Sendok Group luaskan tawaran van

Posted:

Sendok Group luaskan tawaran van

Sendok Group luaskan tawaran van


PEMBELI diberi pilihan konfigurasi 10 atau 12 tempat duduk bagi model Farid Placer-X A4


SENDOK Group Sdn. Bhd. (Sendok Group) meluaskan tawaran kenderaan van menerusi pengenalan model Farid Placer-X A4. Varian itu model ketiga di bawah keluarga CAM yang dihasilkan menerusi fasiliti pengeluaran yang terletak di Kapar, Klang di Selangor.

Placer-X A4 ditawarkan dengan dua pilihan konfigurasi tempat duduk iaitu 10 atau 12 buah kerusi. Produk yang tergolong sebagai kenderaan komersial ringan itu disasarkan kepada syarikat perniagaan atau individu persendirian.



Tenaga menggerakkan jentera diperoleh daripada unit enjin diesel DK4 2.5 liter berserta unit pengecas turbo yang mampu menghasilkan kuasa output sebanyak 85kW dan kuasa kilas setinggi 260Nm. Kelajuan maksimum van itu ialah 110 kilometer sejam.

Ruang dalaman van itu mengetengahkan beberapa ciri moden antaranya seunit skrin sesentuh yang menawarkan kemudahan sistem navigasi, pemain DVD serta kamera pandangan belakang. Pemandu juga boleh menyelaras stereng mengikut kesesuaian masing-masing.



Tambahan lain membabitkan tetingkap kuasa dan enam unit saluran pendingin hawa untuk keselesaan para penumpang. Menyentuh aspek keselamatan, Placer-X A4 didatangkan dengan sistem brek antikunci dan teknologi agihan brek elektronik (EBD) sebagai ciri standard.

Van dengan pilihan warna putih dan perak itu dijual pada harga sebanyak RM94,988 (individu) dan RM95,401 (syarikat). Jaminan diberikan ialah tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000 kilometer (mana-mana tiba dulu).

CR-Z hibrid tak mengecewakan

Posted:

CR-Z hibrid tak mengecewakan

CR-Z hibrid tak mengecewakan

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
afifihafiz.nor@kosmo.com.my


REKAAN luaran Honda CR-Z yang mencerminkan imej sporty dan tidak menggambarkan kereta itu menggunakan enjin hibrid sebenarnya.


HONDA CR-Z merupakan kereta sport pertama keluaran Honda yang menggunakan teknologi hibrid. Model yang diperkenalkan di Tokyo Motor Show pada tahun 2007 itu diuar-uarkan sebagai model hibrid pertama menggunakan kotak gear manual enam kelajuan.

CR-Z yang bermaksud Compact Renaissance Zero itu membuktikan komitmen Honda untuk membina kereta tanpa terikat dengan nilai-nilai sebuah kereta hibrid biasa.

Pada tahun ini, Honda melancarkan model CR-Z dengan transmisi CVT tujuh kelajuan automatik di Malaysia. Kali ini, Honda Malaysia memberi peluang kepada penulis untuk memandu uji CRZ.

Sebaik pintu dikuak, ruang kokpit kelihatan padat namun nilai futuristik memberi karakter bahawa CR-Z sebenarnya kereta sport. Susun atur pelbagai butang bahagian bahagian tengah konsol memberi kesan simetri yang selesa mata memandang.

Antara butang-butang yang menarik perhatian penulis ialah butang S+, Sport, Normal dan ECON yang mendiami kawasan sebelah kanan pemandu.

Kompak berprestasi

Pun begitu, ruang tempat duduk belakang memang sempit malah ia hanya sesuai untuk meletak fail atau buku sahaja. Bagi penulis, untuk meningkatkan keluasan ruang simpanan barang, lebih praktikal jika direbahkan sahaja tempat duduk barisan belakang.


ENJIN CR-Z ini tidak boleh dipandang rendah kerana ia mampu menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 135PS pada 6,600rpm.


Pandu uji kali ini bermula dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands, Pahang sejauh 40 kilometer.

Sebaik melepasi Plaza Tol Gombak, mod pemanduan sport menjadi pilihan bagi menikmati keupayaan kereta hibrid yang sering didakwa kurang 'power.'

Sangkaan itu terus meleset sebaik butang mod sport ditekan. Panel meter terus berubah warna dari biru kepada merah. Deruman enjin mula sedikit garang manakala takometer segera menunjukkan angka 5,000 RPM. Pilihan mod berkuasa dengan hamburan kuasanya walaupun CR-Z hanya berkapasiti 1500cc.

Melayan liku-liku mendaki pusat pelancongan Genting Highlands setinggi 1,740 meter itu bagai tidak terasa berikutan kerusi jenis semi bucket bagi memegang badan penulis.

Sistem suspensi jenis MacPherson Strut dengan bar penstabil pada bahagian hadapan manakala Torsion-Beam Axle untuk roda belakang banyak membantu CR-Z mengambil selekoh.


SUSUNAN panel radio dan pendingin hawa mudah dicapai tangan pemandu.


Apabila melayan selekoh sewaktu mendaki bukit, penulis dapat merasakan kereta ini menawarkan prestasi memuaskan biarpun menggunakan sistem transmisi automatik.

Kadar senggukan kotak gear kurang terasa jika memilih mod ECON dan Normal namun ketika menekan pedal dalam mod Sport, perkara itu jelas terasa. Ini mungkin disebabkan enjin perlu berusaha lebih keras dan penukaran gear didapati bertukar dalam tempoh lebih panjang untuk membolehkan penjanaan kuasa lebih tinggi. Perkara ini menjadikan enjin lebih ringan dan kuasa tarikan dinikmati sepenuhnya.

Kombinasi enjin 1.5 liter i-Vtec dan Integrated Motor Assist (IMA) mampu menjana kuasa maksimum 135 PS pada 6,600 rpm dan tork maksimum 172 Nm pada 1,000 hingga 3,000 rpm.

Penggunaan bateri jenis Litium-Ion berprestasi tinggi di samping motor elektrik berkuasa tinggi yang menyumbang kudrat pada model ini untuk menjayakan pemanduan sport.

Sejurus sahaja sampai di laluan lurus, penulis menekan butang S+ dan didapati meter rpm bergerak lebih laju daripada normal.

Honda CR-Z ini menggunakan rim bersaiz 16 inci dan tayar jenama Bridgestone Potenza bersaiz 195/55. Kereta ini pernah meraih beberapa anugerah antaranya Anugerah Kereta Hijau Terbaik 2010 (2010 Top Gear Green Car of the Year) di Britain dan kereta terbaik (Car of the Year, COTY) di Jepun bagi tahun 2010/2011.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Puja nombor ekor di tokong Cina

Posted:

Puja nombor ekor di tokong Cina

Puja nombor ekor di tokong Cina

Oleh MULLER ASEN
muller.asen@kosmo.com.my

PEMANDANGAN dari luar Tokong Tanjung Datuk Kong di Jalan Demak Laut, Kuching.


KUCHING – Sebuah tokong Cina yang diberi nama Tokong Tanjung Datuk Kong di Jalan Demak Laut di sini didakwa menjadi tumpuan kaki judi memuja 'jerangkung' dengan memainkan audio surah Yasin dan ayat suci al-Quran untuk mendapatkan nombor ekor.

Pengerusi Pertubuhan Peradaban Melayu Sarawak (Adab), Shariff Busrah mendedahkan, pihaknya kesal dengan tindakan pengendali tokong tersebut yang jelas mempersendakan agama Islam apabila memainkan audio ayat suci tersebut semasa upacara pemujaan itu.

Aktiviti pemujaan nombor ekor di tokong itu kebiasaannya dilakukan pada setiap hari Rabu, Sabtu dan Ahad.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Didakwa edar heroin di ofis kastam

Posted:

Didakwa edar heroin di ofis kastam

Didakwa edar heroin di ofis kastam

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my

SEREMBAN – Tiga anggota penguat kuasa kastam didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 1.54 kilogram (kg).

Wee Sew Him, 58, Bahara Mansor, 58 dan Syafizal Mahmud, 36, yang bertugas di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Kampung Jijan Tengah, Nilai didakwa mengedar dadah jenis itu pada 15 Disember lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Khairiah Abdul Razak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pegawai penyiasat imigresen dijel terima rasuah RM2,000

Posted:

Pegawai penyiasat imigresen dijel terima rasuah RM2,000

Pegawai penyiasat imigresen dijel terima rasuah RM2,000


SEW HIM (kanan), Bahara (tengah) dan Syafizal diiring keluar dari Mahkamah Majistret selepas dihadapkan atas tuduhan mengedar heroin di Seremban semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang penolong pegawai penyiasat di Jabatan Imigresen dipenjara tiga tahun dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah bersetuju menerima rasuah RM2,000 tiga tahun lalu.

Hakim Rosbiahanin Ariffin memutuskan demikian terhadap Abdul Rahim Yusoff, 42, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes tersebut.

Sekiranya gagal membayar denda tertuduh boleh dipenjara selama enam bulan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Yol’ milik Harimau Selatan

Posted:

'Yol' milik Harimau Selatan

'Yol' milik Harimau Selatan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

AMIRULHADI keluar dari bilik Mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain FAM di Kelana Jaya, Selangor semalam.


KONTROVERSI yang melibatkan bekas pemain tengah kebangsaan, Amirulhadi Zainal selesai apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pemain itu menjadi milik Johor Darul Takzim (Johor DT) pada musim depan.

Pemain berusia 27 tahun yang juga mesra dengan panggilan 'Yol' itu sebelum ini dikatakan telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Persatuan Bola sepak Negeri Pahang (PBNP) tetapi baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak apabila diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT untuk musim depan.

Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, penyertaan Amirulhadi ke Harimau Selatan tidak menjadi isu selepas pihaknya mendapati perjanjian Amirulhadi bersama PBNP tidak sah.

Begitupun, Takiyuddin menegaskan, bekas pemain Selangor tersebut tidak terlepas dari menerima hukuman denda RM25,000 selepas Amirulhadi didapati melakukan dua kesalahan.

"Kesalahan pertama Amirulhadi tidak mendedahkan situasi sebenar kepada pasukan baharu (Johor DT) dan kesalahan kedua pula tidak membuat pengesahan dengan majikan asal, PBNP sebelum berpindah ke pasukan baharu.

"Kedua-dua kesalahan itu melanggar Artikel 2 Perenggan 5 (c) (i) Lampiran 3A Dalam Peraturan Status Perpindahan," katanya selepas tamat Mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Amirulhadi dan Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya turut hadir pada mesyuarat itu.

Takiyuddin menjelaskan, Jawatankuasa Status FAM mendapati kontrak Amirulhadi bersama Pahang meragukan selepas meneliti dokumen serta mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak.

"Kami mendapati kontrak pemain itu dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) adalah sah dan perlu memohon Sijil Perpindahan Negeri (SPN) dari pasukan asal.

"Selepas mendapati kontrak Amirulhadi dengan PBNP meragukan, pendaftarannya bersama pasukan Pahang adalah tidak sah dan kontraknya bersama PBNJ adalah sah sebagaimana status Amirulhadi dianggap sebagai ejen bebas.

"Begitupun, ahli jawatankuasa mendapati pemain berkenaan turut melakukan dua kesalahan dan dikenakan denda sebanyak RM25,000 dan denda tersebut harus dibayar kepada FAM, bukan kepada PBNP.

"Ini kerana kesalahan tersebut berpunca dari individu itu sendiri tanpa melibatkan mana-mana pihak," katanya.

Selain itu, Takiyuddin berkata, dalam kes melibatkan Amirulhadi itu, PBNP Pahang tidak berhak untuk menuntut sebarang pampasan daripada JDT mahupun daripada pemain berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga pihak dibenarkan mengemukakan rayuan kepada FAM sebelum Rabu ini.

Ranking dunia bukan jadi ukuran

Posted:

Ranking dunia bukan jadi ukuran

Ranking dunia bukan jadi ukuran

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


THIEN HOW (kiri) dan Wee Kiong beraksi ketika menentang bergu muda negara, Darren Isaac dan Yew Sin pada Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Grand Prix Akhir 2013 di Putrajaya semalam.


JURULATIH beregu lelaki negara, Pang Cheh Chang menegaskan kedudukan ranking dunia tidak boleh dijadikan sebagai ukuran pada Kejohanan Badminton Sirkit Kebangsaan Grand Prix Akhir 2013 di Putrajaya yang membuka tirainya semalam.

Walaupun percaya saingan beregu lelaki akan didominasi beregu kedua negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong yang kini berada di ranking kelapan dunia, Cheh Chang juga tidak menafikan anak-anak buahnya yang lain mampu memberi tentangan yang hebat.

"Persaingan di peringkat antarabangsa lain dan di peringkat kebangsaan juga lain kerana mereka berlatih bersama-sama setiap hari.

"Pilihan kejohanan mungkin diberikan kepada beregu yang berada di ranking terbaik tetapi saya percaya kejutan mungkin akan berlaku jika tidak pun saingan lebih sengit.

"Kalau hari pertama hari ini (semalam), Thien How-Wee Kiong paling menyerlah tetapi saya tidak boleh kata sekarang yang dia akan menang kejohanan ini kerana kejohanan baru bermula," kata Cheh Chang semalam.

Pada aksi pertama Kumpulan A di Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 11 itu, Thien How-Wee Kiong menepati ramalan apabila meraih kemenangan pertama selepas menewaskan beregu muda negara, D. Darren Isaac-Ong Yew Sin 21-11, 21-10 dalam tempoh 22 minit.

Dalam satu lagi aksi Kumpulan A, Mohd. Lutfi Zaim Khalid-Tan Wee Gieen menewaskan beregu profesional, Muhammad Hafiz Hashim-Mohd. Razif Abdul Latif 7-21, 21-16, 22-20.

Dalam aksi Kumpulan B pula, Chooi Kah Ming-Teo Ee Yi menewaskan Ow Yao Han-Teo Kok Siang 21-15, 24-22, manakala Goh V Shem-Lim Khim Wah menundukkan Chan Ren Cong-Lim Ming Chuen 21-13, 21-19.

Mengulas mengenai beregu-beregu lain, Chen Chang berkata, beliau sudah meramalkan keputusan pada hari pertama itu.

"Tiada apa-apa kejutan kerana sesiapa boleh mencatatkan kemenangan. Mereka sudah tahu kelebihan dan kekurangan masing-masing," tambah Cheh Chang.

Wenger lega kembali ke puncak

Posted:

Wenger lega kembali ke puncak

Wenger lega kembali ke puncak


WALCOTT (kanan) menjaringkan dua gol ketika membantu Arsenal menewaskan West Ham 3-1 kelmarin.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memuji kecemerlangan anak-anak buahnya yang kembali bangkit daripada ketinggalan sebelum mengatasi West Ham United 3-1 dalam aksi Liga Perdana England kelmarin.

Biarpun menguasai sebahagian besar permainan dalam aksi di Upton Park, Arsenal terlebih dahulu ketinggalan menerusi jaringan Carlton Cole pada minit ke-46.

Namun, The Gunners kembali bangkit menerusi dua gol Theo Walcott dan juga jaringan Lukas Podolski.

"Biarpun cukup yakin dengan kemampuan pemain saya, saya masih diselubungi kebimbangan.

"Ia sesuatu yang normal, jadi saya cukup berpuas hati dengan karakter yang dipamerkan pemain apabila kekal fokus biarpun ketinggalan," kata Wenger.

Menurut beliau, pemainnya berjaya mempamerkan aksi yang positif biarpun tidak beraksi dengan baik seperti mana permulaan musim ini.

"Kami gagal memanfaatkan peluang pada babak pertama sebelum kembali bangkit menguasai perlawanan pada babak kedua," katanya.

Wenger juga memuji persembahan Podolski yang menemui semula sentuhan sebenar sekembalinya daripada kecederaan sebelum ini.

"Dia tidak beraksi sejak empat bulan lalu, justeru, Podolski telah membuktikan keupayaannya apabila berjaya menjaringkan gol yang penting dalam perlawanan seperti ini," kata Wenger. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Variasi 10,000 mainan untuk dimiliki

Posted:

Variasi 10,000 mainan untuk dimiliki

Variasi 10,000 mainan untuk dimiliki

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

SUSUN atur di Hamleys yang kemas mampu menarik perhatian pelanggan untuk menerokai premis ini.


MELANGKAH masuk ke kedai permainan terkemuka, Hamleys yang baru dibuka di Lot F319, Tingkat Satu Highstreet, pusat beli-belah 1 Utama pada 30 November lalu, hati rasa begitu teruja apabila melihat koleksi permainan yang ditawarkan.

Bayangkan lebih 10,000 permainan daripada pelbagai jenama, ia mampu menyebabkan anda terasa seperti ingin menjadi kanak-kanak semula dan menikmati keseronokan bermain yang tiada tandingannya di alam dewasa.

Apa yang penting, permainan yang terdapat di kedai ini bukan hanya untuk generasi muda, tetapi juga untuk pengumpul dan penggemar permainan tradisional yang moden seperti set kereta api, anak patung Barbie dan permainan papan di Hamleys.

Tampil dengan konsep yang lebih segar dan bersifat interaktif, para pelanggan pasti seronok dalam menerokai setiap sudut ruang kedai seluas 6,241 meter persegi itu.

Ini kerana, terdapat kakitangan Hamleys yang mahir dan terlatih bersedia melakukan demonstrasi alat permainan untuk memudahkan pelanggan menilai kehebatan sesuatu permainan tersebut.


PELBAGAI jenis permainan untuk semua peringkat umur disediakan di Hamleys.


Ketua Pegawai Eksekutif Hamleys, Gudjon Reynisson berkata, pembukaan kedai utama Hamleys di Malaysia diharap mampu membawa keriangan kepada rakyat negara ini terutama kanak-kanak.

"Selama lebih 250 tahun, Hamleys telah membawa kegembiraan dan pengalaman ajaib kepada kanak-kanak di semua peringkat umur. Sebagai contoh, setiap keluarga yang memasuki premis Hamleys akan disambut oleh patung beruang Hamley dan Hattie, menonton persembahan boneka atau mengambil bahagian dalam silap mata.

"Inilah cara Hamleys untuk memastikan para pelanggan mengalami sendiri hiburan yang unik," ujar Reynisson ketika ditemui pada majlis pelancaran premis tersebut di Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Diasaskan pada tahun 1760 oleh William Hamley, seorang peniaga berbangsa Cornishman, kedai Hamleys yang pertama telah dibuka di Holborn, London. Pada tahun 1881, ia berpindah ke Regent Street. Kini, gedung utama Hamleys di London setinggi tujuh tingkat mempunyai lebih 40,000 jenis mainan.

Jenama global

Di samping itu, Hamleys juga merupakan jenama global yang telah memiliki 30 buah kedai di 12 buah negara dan wilayah termasuk India, Rusia, Emiriyah Arab Bersatu dan Scandinavia.


SI CILIK anda pasti teruja mencuba pelbagai koleksi permainan yang ditawarkan.


Francais Hamleys di Malaysia kini dipegang oleh GRV Toy Store dari Kumpulan GRV.

Sementara itu, Pengarah GRV Toy Store, Kim Manaf memberitahu, harga alat permainan yang ditawarkan di Hamleys sangat kompetitif dan berpatutan.

"Ia bermula dari harga serendah RM9.90 sehingga paling mahal bernilai RM6,000 iaitu permainan kuda goyang yang diperbuat daripada kayu.

"Setiap hari adalah hari yang ajaib di Hamleys dan kami mahu pelanggan sentiasa teruja dengan pelbagai aktiviti, pertandingan, watak dan lawatan dunia hiburan. Jika pelanggan kerap mengunjungi kedai Hamleys, mereka pasti tidak akan terlepas apa-apa acara yang diadakan," ujarnya.

Antara jenis permainan yang terdapat di Hamleys ialah seni kraf, aksi, binaan, anak patung, alat permainan luar, pra sekolah dan kenderaan. Jenama popular yang ada pula termasuklah Marvel, Star Wars, Transformers, Hotwheels, Max Steel, Disney Princess, Play-doh, Fisher Price dan Upin & Ipin.

Turut hadir pada majlis pembukaan Hamleys itu ialah Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Ludendo, Rudolph Hidalgo; Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Ray Kyles dan Pengerusi GRV Toy Store Sdn. Bhd., Datuk Ishak Osman.

Tidak ketinggalan artis dan selebriti tempatan seperti Datuk Sheila Majid dan Dynas yang hadir bersama keluarga masing-masing.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pembangkang gempur stadium

Posted:

Pembangkang gempur stadium

Pembangkang gempur stadium

PENUNJUK perasaan berkumpul di luar rumah Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dalam satu tunjuk perasaan di Bangkok semalam.


BANGKOK - Penunjuk perasaan antikerajaan yang cuba menghalang persediaan pilihan raya, bertempur dengan polis di ibu kota Thailand di sini semalam.

Pihak berkuasa berkata, seorang anggota polis terbunuh manakala tiga lagi cedera terkena tembakan.

Sekurang-kurangnya 95 orang termasuk 25 anggota polis dimasukkan ke hospital akibat cedera dalam kekacauan itu yang bermula apabila penunjuk perasaan bertindak membaling batu ke arah anggota pasukan keselamatan.

Kumpulan penunjuk perasaan itu juga cuba menggunakan kekerasan untuk memasuki sebuah stadium di sini.

Polis kemudian bertindak balas dengan melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka.

Stadium berkenaan menjadi tempat 27 perwakilan mencabut undi untuk menentukan kedudukan parti politik mereka pada kertas undi pilihan raya 2 Februari depan.

Penunjuk perasaan gagal menghalang proses tersebut.

Namun, empat pegawai suruhanjaya pilihan raya (SPR) Thailand terpaksa dipindahkan dengan sebuah helikopter berikutan pertempuran yang berlaku di luar stadium tersebut.

Mengulas situasi tersebut, seorang pegawai polis, Kolonel Anucha Romyanan menggesa penunjuk perasaan supaya berhimpun secara aman.

"Terdapat cubaan untuk memburukkan lagi krisis politik di negara ini dengan melakukan kekacauan," katanya.

Rusuhan tersebut terhad di kawasan sekitar stadium berkenaan dan berlanjutan hingga ke awal pagi.

Penunjuk perasaan menuntut supaya Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra meletakkan jawatan sejak pertengahan Oktober lalu dengan kekacauan beberapa kali tercetus.

Mereka menentang pilihan raya umum pada 2 Februari depan kerana Yingluck diyakini akan memenanginya.

Penunjuk perasaan antikerajaan itu menuduh Yingluck menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra yang menetap di luar negara untuk mengelak daripada dipenjara selepas didapati bersalah dalan satu kes rasuah.

Thaksin masih memiliki pengaruh yang besar di Thailand dengan parti pimpinannya memenangi setiap pilihan raya yang diadakan di negara itu.

Dalam pada itu, SPR Thailand menggesa kerajaan supaya menangguhkan pilihan raya pada Februari depan selepas berpuluh-puluh orang cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dengan polis.

"Kita tidak boleh menganjurkan pilihan raya yang bebas dan adil seperti yang termaktub dalam perlembagaan berdasarkan situasi masa kini," kata seorang pegawai suruhan berkenaan, Prawit Rattanapien.

Setakat ini, pihak kerajaan masih belum menyatakan pendiriannya berhubung gesaan tersebut. - AGENSI

Rusia sangkal Arafat diracun

Posted:

Rusia sangkal Arafat diracun

Rusia sangkal Arafat diracun


YASSER ARAFAT


MOSCOW - Satu siasatan Rusia berhubung kematian Yasser Arafat gagal menemui racun radioaktif yang didakwa membunuh pemimpin Palestin tersebut, kata ketua sebuah agensi kerajaan yang melakukan kajian itu semalam.

Ketua Agensi Perubatan dan Biologi Persekutuan, Vladimir Uiba berkata, pihaknya tiada perancangan untuk melakukan ujian lebih lanjut.

"Kematian Arafat adalah secara semula jadi, tiada kesan radiasi yang ditemui," kata Uiba menurut beberapa agensi berita Rusia.

Beberapa pasukan saintis dari Perancis, Switzerland dan Rusia diminta mengenal pasti sama ada racun polonium menjadi punca kematian Arafat di sebuah hospital tentera di Perancis pada tahun 2004.

Penduduk Palestin sudah lama mengesyaki Arafat diracun oleh Israel tetapi dinafikan oleh rejim Zionis.

Dalam pada itu, Rusia mempunyai hubungan rapat dengan pihak berkuasa Palestin sejak era negara Kesatuan Soviet apabila Moscow menyokong perjuangan mereka.

Selepas satu laporan pada 2012 bahawa terdapat kesan bahan radioaktif polonium ditemui pada pakaian Arafat, balunya Suha Arafat mengemukakan aduan rasmi di Perancis supaya satu siasatan dilakukan untuk menentukan sama ada Arafat dibunuh.

Sementara itu, pasukan saintis Switzerland menyatakan, mereka menemui kesan polonium dan plumbun manakala keadaan kesihatan Arafat dan kematiannya selaras dengan kesan keracunan akibat meminum polonium.

Mengulas keputusan pasukan pakar Rusia itu, Duta Palestin ke Moscow, Fayed Mustafa dipetik sebagai berkata oleh agensi berita RIA Novosti bahawa Pihak Berkuasa Palestin menghormati keputusan mereka.

Namun, pihaknya beranggapan adalah perlu supaya kajian berhubung kematian Arafat diteruskan. - AGENSI

Cincin berlian dijumpai di dalam Tabung Derma

Posted:

Cincin berlian dijumpai di dalam Tabung Derma

Cincin berlian dijumpai di dalam Tabung Derma


BAWAH: BENTUK CINCIN berlian yang disumbangkan oleh penderma misteri misteri berkenaan.


MIAMI, Florida - Seorang wanita di Florida mendermakan sebentuk cincin berlian berharga AS$3,500 (RM11,535) untuk tabung badan kebajikan, Salvation Army, lapor sebuah akhbar baru-baru ini.

Ia merupakan tahun keempat agensi kebajikan tersebut menerima sumbangan serupa yang diberikan oleh penderma misteri berkenaan.

Penderma itu juga akan membuat panggilan telefon pada setiap tahun untuk memberi maklumat mengenai lokasi cincin tersebut diletakkan.

Pada tahun ini, cincin itu ditemui dibungkus menggunakan sekeping kertas kuning bersama sekeping nota di dalam sebuah tin kutipan derma di luar sebuah pusat beli-belah di sini kelmarin.

"Pada setiap tahun wanita misteri itu akan menelefon dan berkata, awak mungkin perlu memeriksa salah tabung derma di sesebuah lokasi," kata seorang anggota badan kebajikan berkenaan, Mejar Linda Payton.

Setakat ini, tabung kebajikan tersebut telah menerima dua bentuk cincin berlian, beberapa ketul emas dan wang kertas AS$100 (RM329) sejak empat tahun lalu. - AGENSI

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Malaysia Negara Tema Pesta Buku Antarabangsa Tokyo 2014

Posted:

Malaysia Negara Tema Pesta Buku Antarabangsa Tokyo 2014

Malaysia Negara Tema Pesta Buku Antarabangsa Tokyo 2014

27/12/2013 10:38pm

KUALA LUMPUR - Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang ditawarkan menjadi Negara Tema di Pesta Buku Antarabangsa Tokyo 2014.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tawaran itu sekali gus memberi pengiktirafan kepada negara dalam mencapai kedudukan pusat urus niaga buku terbesar di Asia.

"Dengan pengiktirafan ini, saya yakin kita akan dapat melonjakkan

karya-karya tempatan di persada antarabangsa," katanya dalam catatan di laman Facebook beliau itu.

Pesta buku berprestij itu dijadual berlangsung dari 2 hingga 5 Julai 2014.

Tahun lepas, Korea Selatan dipilih sebagai Negara Tema dan Malaysia

merupakan yang kesembilan sejak status itu diwujudkan pada 1998. - Bernama

Bilionair Malaysia pecat pengurus Cardiff City

Posted:

Bilionair Malaysia pecat pengurus Cardiff City

Bilionair Malaysia pecat pengurus Cardiff City

27/12/2013 10:36pm

CARDIFF - Pengurus kelab bola sepak Cardiff City, Malky Mackay telah dipecat pada hari ini sehari selepas kelab Wales itu tewas 0-3 kepada Southampton.

Pemergian pengurus yang berusia 42 tahun itu telah dijangka apabila pemilik kelab tersebut, Vincent Tan, menghatar e-mel berbaur desakan kepadanya sama ada mahu meletak jawatan atau dipecat.

Melalui kenyataan rasmi laman web Bluebirds itu: "Lembaga Pengarah di Kelab Bola Sepak Cardiff City telah bersetuju memecat Malky Mackay daripada jawatannya.

"Pengurus baharu yang dilantik untuk menggantikan beliau akan diumumkan dalam jangka waktu terdekat."

Kekalahan semalam telah meletakkan kelab yang dimiliki oleh bilionair Malaysia itu hanya lebih satu mata daripada zon penyingkiran. - AFP

Emas bernilai RM700,000 dilarikan dari kedai emas di Kajang

Posted:

Emas bernilai RM700,000 dilarikan dari kedai emas di Kajang

Emas bernilai RM700,000 dilarikan dari kedai emas di Kajang

27/12/2013 10:33pm

KUALA LUMPUR - Empat lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan tukul besi melarikan 10 dulang barangan kemas yang dianggarkan bernilai

RM700,000 dalam masa dua minit sahaja dari sebuah kedai emas di Sungai Chua, Kajang di sini.

Timbalan Ketua Polis Dearah Kajang, Supritenden Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, kejadian berlaku pada pukul 4 petang di premis tersebut yang terletak di dalam sebuah pasar raya.

"Ketika kejadian, terdapat dua pekerja. Pada ketika itu, salah seorang

suspek melepaskan satu das tembakan ke dalam kedai yang mengenai cermin kalis peluru.

"Seorang lagi memecahkan cermin pameran dengan tukul besi dan melarikan 10 dulang barangan kemas," katanya di tempat kejadian itu.

Abdul Ghani berkata, kesemua mereka memakai topi keledar bertutup penuh dan jaket. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Keistimewaan Genius Aulad

Posted:

Keistimewaan Genius Aulad

Keistimewaan Genius Aulad

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZKARYA
diyanatul.atiqah@kosmo.com.my

SEAWAL usia tiga tahun, anak-anak di pusat pendidikan prasekolah, Genius Aulad sudah dididik mengenali huruf-huruf hijaiyah dan kisah-kisah para Rasul dan nabi.

Anak-anak kecil yang diibaratkan seperti kain putih ini telah dicorakkan dengan ibadah-ibadah asas yang dituntut oleh agama Islam seperti amalan solat, berpuasa dan bacaan doa-doa ringkas dalam kehidupan seharian.

Istimewanya, walaupun membawa imej sebagai sebuah pusat pendidikan prasekolah berkonsepkan Islam, Genius Aulad tetap menitikberatkan keperluan menguasai bahasa Inggeris yang dilihat penting pada hari ini.

Pengasasnya, Datin Paduka Zaliza Alias berkata, Genius Aulad ditubuhkan pada tahun 2000 untuk memperkasakan anak-anak Muslim Generasi Y masa kini.

"Perkara-perkara asas tentang ajaran Islam seperti Rukun Islam dan Iman perlu diterap daripada usia seawal tiga tahun kerana pada ketika ini ingatan mereka lebih kuat serta mengalami proses pembelajaran berterusan.

"Bagaimanapun, perkara-perkara ini diajar dalam bahasa Inggeris selepas melihat kepentingannya sebagai bahasa perantara dalam dunia yang semakin moden ini.

"Ia sekali gus membenarkan anak-anak ini terus maju ke persada dunia," katanya ketika ditemui Pesona baru-baru ini.

Pendidikan interaktif

Tambah Zaliza, Genius Aulad tidak mengamalkan pendidikan secara teori, sebaliknya mengajar dalam bentuk interaktif dan aktiviti di luar kelas yang menyeronokkan dan dipercayai mampu menarik minat pelajar.

Antara aktiviti yang dilakukan termasuk menyanyi beramai-ramai, melukis dan mewarna serta bermain sambil belajar. Kaedah ini dikatakannya lebih berkesan daripada pembelajaran terus menggunakan papan putih.


PELAJAR-PELAJAR Genius Aulad didedahkan dengan cara pembelajaran yang menyeronokkan di dalam dan luar kelas.


Tambahnya, pada setiap bulan silibus pembelajaran akan bertukar mengikut tema yang telah dipersetujui guru-guru di rangkaian pusat pendidikan itu.

"Setiap bulan kami menyediakan tema yang berlainan. Sebagai contoh, tema Januari adalah berkebun.

"Jadi, guru-guru akan membawa dan mengajar anak-anak ini di luar kelas tentang peralatan berkebun, cara menanam pokok serta menjaganya," jelas beliau.

Zaliza memaklumkan, sehingga kini Genius Aulad mempunyai 4,000 pelajar di hampir 40 buah cawangan di seluruh negara termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, Melaka, Johor, Perak dan Kedah

Konvokesyen

Pada bulan November lalu, hampir 2,000 daripada para pelajar ini diraikan dalam Majlis Konvokesyen ke-13 Genius Aulad yang berlangsung di Menara Telekom, Kuala Lumpur.

Mengangkat tema keamanan dan kemanusiaan, majlis konvokesyen itu berlatarbelakangkan suasana di sebuah stesen kereta api.

Bukan sekadar meraikan 'graduan' Genius Aulad yang akan memasuki sekolah rendah pada tahun hadapan, upacara itu dimeriahkan dengan persembahan para pelajar mengenai tokoh-tokoh ilmuwan Islam.

Persembahan-persembahan menghiburkan oleh para pelajar berusia 4 hingga 6 tahun dari lapan cawangan sekitar Lembah Klang itu melibatkan penceritaan, iringan lagu dan tarian yang turut dilengkapi dengan hiasan pentas yang menarik.

Menurut Zaliza, majlis konvokesyen tersebut telah dilakukan secara berperingkat mengikut cawangan-cawangan Genius Aulad di seluruh negara hampir sebulan sebelum ini dan dijayakan oleh barisan guru-guru prasekolah tersebut.

"Keunikan konvokesyen atau ihtifal kali ini ialah reka pentas yang disediakan para guru terlibat diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula seperti botol plastik, tong sampah rosak, bekas air dan surat khabar lama.

"Tujuan penggunaan bahan-bahan ini ialah untuk mendedahkan para pelajar kami tentang keupayaan sesuatu bahan untuk diguna semula sebagai suatu yang menarik dan berguna," jelasnya.


MAJLIS Konvokesyen ke-13 Genius Aulad di Menara Telekom mengangkat tema keamanan dan kemanusiaan.


Salah seorang ibu pelajar yang hadir menyaksikan konvokesyen tersebut ialah Rosmah Mahmud, 47. Menurutnya, majlis tersebut adalah kali yang keempat diraikan beliau sekeluarga.

"Tiga orang anak saya sebelum ini mendapatkan pendidikan awal di Genius Aulad dan hari ini saya memberi sokongan kepada anak keempat saya, Wan Muhd. Shaghir Wan Maizul Khar yang berusia 6 tahun.

"Saya berterusan menghantar anak-anak di sini selepas melihat kebolehan mereka membaca sejak berusia 6 tahun lagi. Mereka bukan sahaja fasih berbahasa Inggeris, malah yang paling utama adalah keupayaan mengetahui surah-surah ringkas serta bacaan doa," katanya.

Pemantapan pembelajaran

Sementara itu, anak ketiga Rosmah, Wan Ainil Naim Wan Maizul Khar, 10, berkata, semasa di Genius Aulad, dia bukan sahaja menimba ilmu di dalam kelas, tetapi juga melalui lawatan-lawatan luar kelas yang dianjurkan sekolah berkenaan.

"Saya pernah dibawa ke kilang roti; Taman Wawasan, Putrajaya dan taman tema Kidzania di Petaling Jaya.

"Pengalaman itu memberi saya dan rakan-rakan peluang untuk melihat dengan lebih dekat dan memahami apa yang diajar guru di sekolah. Ini termasuk cara-cara pembuatan roti," katanya.

Berusia 13 tahun dengan satu jenama yang kian dikenali, Zaliza berkata, memiliki 40 cawangan mungkin dianggap satu perkembangan yang perlahan oleh sesetengah pihak.

Namun demikian, tegasnya, ia adalah sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan Genius Aulad tidak mementingkan kuantiti tetapi kualiti produk yang dihasilkan.

"Individu-individu yang ingin membuka perniagaan francais sekolah ini juga perlu menjalani kursus selama setahun sebelum diluluskan untuk membuka cawangan di kawasan yang dikehendaki.


ADIK Mohammad Danish Arif Azras Fitri, 5, merakamkan potret konvokesyennya.


"Selain itu, kami memastikan setiap kelas hanya mempunyai 15 hingga 20 pelajar bagi memastikan tumpuan dapat diberikan kepada dan daripada pelajar," jelasnya.

Mengulas lanjut tentang pencapaian Genius Aulad, Zaliza memberitahu, pusat pendidikan prasekolah itu telah dilantik sebagai pencerita dan penganjur festival penceritaan untuk rangkaian kedai buku terkemuka, MPH, selama tiga tahun berturut-turut.

Pusat pendidikan itu juga menerima Anugerah Perniagaan Sepanjang Tahun oleh akhbar The Star dan dinobat sebagai Prestasi Perniagaan Terbaik oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. untuk tiga tahun berturut-turut iaitu bagi tahun 2009, 2010 dan 2011.

Dalam pada itu, Genius Aulad turut melancarkan sebuah album kanak-kanak berjudul `We're Brothers and Sisters' di Perth, Australia pada May 2010.

Album tersebut telah diedarkan diseluruh Australia serta United Kingdom (UK) dan dipilih sebagai lagu tema kanak-kanak untuk Islamic Relief Worldwide, UK.

Cara baharu nikmati teh

Posted:

Cara baharu nikmati teh

Cara baharu nikmati teh

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
diyanatul.atiqah@kosmo.com.my

NIK MICHAEL turut menyediakan sajian santai sebagai pelengkap minum petang.


AROMA segar seuncang teh sememangnya menusuk hidung setiap petugas media yang diberi peluang untuk mempelajari cara-cara baharu membancuh empat minuman istimewa menggunakan teh jenama Lipton.

Di hadapan mereka tersedia mangkuk-mangkuk kecil yang berisi potongan limau nipis, lemon, perahan jus oren, buah laici, daun pudina, serai, madu dan pes strawberi.

Empat hidangan baharu yang diperkenalkan oleh Lipton adalah teh serai bermadu, Lovely Berries, Paradise Sunrise dan Mo-Tea-Jo.

Cef terkenal, Nik Michael Imran yang lengkap mengenakan apron Lipton berwarna kuning menjadi 'cikgu' pada hari itu.

Memulakan langkah-langkah penyediaan, beliau meminta rakan-rakan media mengambil air panas menggunakan jag yang disediakan.

Kemudian, peserta mula memasukkan ramuan-ramuan ke dalam gelas masing-masing seperti yang ditunjukkan Nik Michael. Salinan resipi turut disediakan sebagai rujukan peserta di setiap meja dapur Studio Kulinari Starhill, Galeri Starhill, Kuala Lumpur.


SALAH seorang wakil media mengagihkan uncang teh Lipton yang merupakan ramuan asas penyediaan menu baharu hari tersebut.


Kempen

Menurut Pengurus Jenama Makanan dan Minuman Unilever (M) Sdn. Bhd., Victor Leow, acara tersebut diadakan sempena kempen A New Twist to Your Lipton Moments.

"Kempen ini bertujuan berkongsi sajian-sajian mudah yang boleh disediakan di rumah. Ia juga bagi memberi inspirasi kepada pelanggan untuk memperbaharui resipi minuman teh mereka dengan cara yang lebih menarik.

"Bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan minuman ini mudah didapati di mana-mana pasar raya," katanya.

Tambah Leow, baru-baru ini Lipton, Saluran Asian Food Channel (AFC) dan Nik Michael telah menyiapkan beberapa siri program kulinari menggunakan teh Lipton sebagai ramuan utama.

"Program tersebut dipanggil Tea Twist dan disiarkan selama enam minggu di Saluran AFC bermula 17 Disember lalu. Orang ramai yang ingin mencuba resipi yang ditunjukkan boleh memuat turun resipi terlibat di laman www.facebook.com/LiptonMalaysia," katanya.

Sementara itu, Nik Michael berkata, kesemua resipi yang dikongsi bersama penonton merupakan cetusan idea sendiri dengan melakukan beberapa ujian rasa terlebih dahulu.

"Saya telah menjalankan beberapa eksperimen menggunakan pelbagai bahan-bahan segar untuk digandingkan bersama teh Lipton.


MINUMAN teh Lipton Lovely Berries dan Mo-Tea-Jo memberikan rasa dan tekstur yang menyeronokkan.


"Empat resipi yang dikongsikan ini merupakan antara yang terbaik dan menghasilkan rasa teh yang harmoni serta menyeronokkan," jelasnya.

Merapatkan hubungan

Mengulas lanjut tentang bahan-bahan yang dipilih, Nik Michael berkata, faktor masa penyediaan turut diberi penekanan.

"Jumlah maksimum enam jenis bahan digunakan dalam penyediaan minuman ini, termasuk tiga bahan yang sama iaitu air panas, uncang teh Lipton dan ketulan ais.

"Seperti bancuhan minuman teh biasa, hidangan istimewa ini boleh disiapkan dalam masa yang singkat. Pengguna hanya perlu menambah beberapa ramuan lain seperti pes strawberi, jus lemon, buah laici atau daun pudina bagi memberikan kelainan," katanya.

Selain itu, menurut Nik Michael, keistimewaan hidangan itu bukan sahaja terletak pada kesegaran dan rasa yang lebih menyeronokkan, tetapi ia mampu mengeratkan hubungan silaturahim.


RAKAN-RAKAN media menikmati teh Paradise Sunrise yang disediakan masing-masing.


"Untuk menikmati minuman-minuman ini, orang ramai perlu membuatnya sendiri kerana ia tidak dijual dalam bentuk ekstrak atau segera.

"Penggemar teh boleh menjadikan ia sebagai satu aktiviti keluarga pada hujung minggu atau acara santai bersama rakan-rakan di taman, sekali gus membantu merapatkan lagi hubungan yang sedia terbina," ujarnya.

Dalam pada itu, Leow berkata, bermula 5 sehingga 24 Disember ini, buat julung-julung kalinya Lipton memperkenalkan Bar Teh Bergerak Lipton yang akan merentasi setiap negeri di seluruh negara.

"Setiap minuman teh yang tersedia dari kenderaan itu akan diberikan secara percuma kepada orang ramai," jelasnya.

Mengutamakan solat berjemaah

Posted:

Mengutamakan solat berjemaah

Mengutamakan solat berjemaah


KAWASAN Raudah di Masjid Nabawi, Madinah sentiasa sesak dengan para jemaah yang menunaikan solat.


KEHIDUPAN ini pasti berakhir. Kita semua ingin berkumpul di Firdaus. Itulah satu-satunya impian dan keinginan yang tinggal. Lalu, agak wajar untuk kita merenung kehidupan di dunia sebagai tempat persinggahan sementara mentafsir semula tahap kepentingannya.

Allah ya Allah, masa yang berbaki sangat singkat. Misalnya, usia saya sudah mencecah 50 tahun. Ia merupakan tanda aras jelas betapa ia satu usia yang lanjut. Penglihatan sudah tidak begitu jelas, rambut semakin beruban dan tenaga fizikal berkurangan.

Saya fikir, pada ketika ini terdapat pelbagai isu dan keutamaan yang perlu diberi pertimbangan serius terutamanya dalam konteks ibadat asas wajib. Solat merupakan isu utama.

Pertama, menjadi manusia terpilih dan terbaik di sisi-Nya bukan hanya semata-mata menunaikan ibadat wajib. Mereka yang cemerlang seharusnya mampu membuat pilihan melakukan perkara-perkara yang disunatkan.

Malah, apa yang dilakukan oleh Baginda SAW perlu dituruti.

Lakukan suatu ibadat dengan penuh keikhlasan kerana cintakan Tuhan.

Misalnya, dalam konteks solat wajib lima waktu, sepatutnya pilihan untuk solat berjemaah di masjid merupakan amalan yang perlu diberi pertimbangan khusus. Malah, ia satu amalan yang sangat mustahak.

Abu Hurairah RA menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat Subuh dan Isyak. Kalaulah mereka tahu keutamaan kedua solat itu (dilaksanakan berjemaah), nescaya mereka akan datang ke masjid sekalipun dengan merangkak.

"Sesungguhnya aku ingin menyuruh seseorang azan dan iqamat, kemudian menyuruh yang lain menjadi imam solat berjemaah, kemudian aku sendiri pergi mengambil suluh (obor) lalu kubakar orang-orang yang tidak datang solat (berjemaah)".

Jalan ke Firdaus

Barangkali solat berjemaah tidak wajib bagi sesetengah individu. Tidak mengapa. Biarkan ia begitu.

Bagi mereka yang mahu bergaya ke Firdaus, termasuklah saya dan keluarga, pastikan masjid menjadi rumah Allah yang perlu dikunjungi.

Namun, sangat luar biasa jika kita di kala usia penghujung senja, memilih untuk solat berjemaah di padang golf berbanding di masjid.

Begitulah juga bagaimana mereka yang berkuasa meneruskan mesyuarat yang dianggap lebih penting sungguhpun azan sedang berkumandang.

Malah, bukanlah satu kepelikan menerima undangan perkahwinan yang majlisnya bermula sebelum azan Isyak dilaungkan.

Bilakah kali terakhir kita melihat penganjur persidangan atau seminar menjadikan solat Asar berjemaah di masjid sebagai ruang masa istimewa?

Agaknya bagaimana mereka ini mahu ke Firdaus?

Ia pertanyaan berdasarkan premis, betapa setiap sesuatu mempunyai aturan dan peraturan tertentu. Kehadiran ke syurga juga begitu. Namun secara hakikat, kesemuanya merupakan milik Allah SWT.


MASJID menjadi lambang keagungan syiar Islam dan perlu diimarahkan dengan penganjuran pelbagai majlis ilmu.


Sangat menarik apabila sesekali saya mendengar kenyataan yang menyatakan mereka solat Subuh berjemaah di rumah kerana ingin mengajar dan bersama anak-anak serta isteri.

Allah.. Allah.. ya Allah, kenapa tidak dibawa anak lelaki ke masjid dan biarkan isteri dan anak-anak perempuan bersolat di bilik tidurnya?

Jika golongan hawa ini mahu ikut bersolat di masjid, tidak perlu dihalang. Itulah keistimewaan wanita yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Kita mendidik anak lelaki supaya mementingkan pelajaran di sekolah sehinggakan takut mengejutkan mereka bangun awal untuk ke masjid pada waktu Subuh. Takut benar anak-anak ini mengantuk di sekolah!

Penekanan Rasulullah

Ia sangat bertentangan dengan didikan yag disampaikan oleh Baginda SAW.

Kepentingan solat berjemaah di masjid ini dinyata berulang kali oleh Rasulullah.

Misalnya dalam satu hadis telah dinyatakan keistimewaan solat berjemaah, Abu Hurairah RA memberitakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Solat seseorang dengan berjemaah, pahalanya berlipat ganda daripada solatnya seorang diri di rumahnya atau di pasar, dua puluh lima kali ganda kerana apabila seseorang berwuduk, kemudian disempurnakannya wuduknya itu, lalu beliau pergi ke masjid dengan niat hanya untuk menunaikan solat. Maka tidak satu langkah yang dilangkahkannya, melainkan ditinggikan Allah darjatnya satu tingkat untuk setiap langkah dan dihapuskan pula kesalahannya.

"Apabila beliau telah solat, maka malaikat sentiasa mendoakannya selama dia masih berada di tempat solat, katanya: 'Wahai, Allah! Limpahkan kepadanya kebaikan dan kasihilah beliau!' Dan seseorang kamu sentiasa dianggap seperti dalam solat selama dia menunggu waktu solat."

Ahli syurga merupakan golongan istimewa.

Ia juga bukan kerana mereka kaya, berjawatan, berpangkat dan berkuasa.

Mereka merupakan manusia beriman dan bertaqwa.

Misalnya, melalui surah al-Fajr, Allah SWT menjemput mereka yang damai hatinya kembali ke syurga.

Bagaimana mahu mempunyai hati yang damai?

InsyaAllah solat berjemaah yang menjadi amalan harian boleh menjadi salah satu puncanya. Moga Allah memberi keampunan-Nya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved