Ahad, 19 Jun 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Jejak warisan lama daerah terpencil

Posted:

Jejak warisan lama daerah terpencil

Jejak warisan lama daerah terpencil

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID



SELEPAS melewati bumi Hatyai, Thailand dengan kereta api, penulis beralih ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia pula dengan pengangkutan itu. Sememangnya, tiada sebab untuk penulis menolak pelawaan daripada Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) untuk meneroka negeri Kelantan Darul Naim.

Meskipun sesetengah orang berpendapat lokasi seperti Tanah Merah dan Dabong agak terasing, penulis percaya ada sesuatu yang unik yang boleh diselongkar di sana.

Perjalanan melintasi 56 buah stesen bermula dari Stesen KL Sentral tidaklah memenatkan. Jika dibandingkan dengan perjalanan ke Hatyai yang memakan masa 16 jam, perjalanan kereta api kali ini hanya mengambil masa 12 jam untuk sampai ke Tanah Merah.

Aura kembara mula menjentik emosi tatkala gerabak kereta api secara berdikit-dikit berhenti di Stesen Keretapi Gua Musang menjelang subuh. Suasana gelap telah mengaburi pemandangan lokasi gua yang tersergam megah di belakang stesen berkenaan.


BANYAK pengalaman menarik boleh dirasai jika menggunakan perkhidmatan kereta api untuk melancong.


Sedang leka menghayati pemandangan klasik di stesen itu, tanpa semena-mena, bahu penulis disentuh oleh seorang tua yang berjanggut putih sambil berkata: "Lebih baik kamu sambung tidur sebab kelibat penjual sayur kampung di stesen sudah tidak ada lagi."

Lantas, dengan perasaan yang sedikit kecewa kerana tidak dapat menyaksikan senario tradisi itu, penulis segera memasuki gerabak semula.

Kampung Cina terawal

Pagi yang cerah segera menceriakan rombongan media yang turut disertai wartawan Singapura di Stesen Keretapi Tanah Merah.

Halwa telinga kami dihidangkan dengan sambutan paluan alat muzik yang dipanggil kertuk. Agak sukar pada mulanya menangkap ritma instrumen itu, namun tradisi memainkan alat muzik zaman dahulu kala itu membuatkan penulis berasa kagum.


PADA asalnya, replika ini digunakan untuk menahan hakisan banjir tetapi kemudian fungsinya bertukar menjadi medium penghubung roh nenek moyang penduduk Kampung Raja.


Hanya berehat seketika di D'Mawar Resort, Tanah Merah, kembara kami diteruskan ke sebuah perkampungan terawal Cina di Kelantan iaitu di Kampung Pulau Raja. Secara peribadi, daerah itu dianggap begitu asing dalam pengetahuan geografi penulis.

Mengapa penulis berkata demikian? Untuk menembusi kampung berkenaan, kami perlu merentasi belukar dan sungai lebih kurang dua kilometer.

Betapa hebatnya kreativiti lebih kurang 80 orang penduduknya, para tetamu yang hendak melangkah ke pusat perkampungan mereka, dikejutkan dengan laluan lurus berjubin pelbagai bentuk dan corak sepanjang kira-kira empat kilometer (km).

"Itu daya kreativiti bapa saya, Chung Ting Bun yang mula buat jalan dan jubin itu. Ia dilakukan sejak awal 1990-an dengan pertolongan penduduk kampung.

"Ada bahagian yang masih belum dipasang jubin kerana kami sebenarnya buat peringkat demi peringkat. Ia dilakukan untuk kesenangan penduduk dan demi menghormati pengunjung yang datang melawat kampung kami," beritahu seorang penduduk kampung itu, Chung Liu Ping, 33.

Walaupun menyedari pertuturannya yang menggunakan loghat Kelantan tidak difahami penulis, Ting Bun, 63, masih selesa meneruskan perbualan. Ternyata penduduk kampung yang tersisih dari dunia luar itu rata-ratanya sangat berhemah tinggi.


KTMB sedang dalam usaha merancakkan lagi industri pelancongan kereta api di negara ini yang kini semakin diminati oleh rakyat tempatan dan luar negara.


"Untuk makluman anda, kampung ini diasaskan oleh moyang saya, Chung Chung Seng ratusan tahun dulu. Dia datang dari Tanah Besar China ke sini.

"Saya merupakan generasi keempat daripada keturunannya," kata lelaki ini yang sedaya upaya menggunakan bahasa baku sambil setia ditemani isterinya, Yap Mek See, 59, di sisi.

Di kampung yang didiami 10 buah keluarga itu, Mek See mengisahkan bahawa ia merupakan lokasi terawal yang memiliki induk durian terbaik daripada jenis durian kunyit.

Penghubung roh

Maksud pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat dapat dilihat di Kampung Raja.

Walaupun kehidupan penduduknya tidak mewah, mereka sepakat membina sebuah monumen yang pada asalnya dibangunkan untuk menahan hakisan akibat banjir.

"Pada era 20-an hingga 70-an banjir yang dipanggil banjir merah kerap melanda kampung kami. Saya dan isteri dapat idea membuat monumen ini.

"Selepas masalah itu selesai, kami jadikan tempat itu sebagai penghubung mengenang roh nenek moyang kami," cerita Ting Bung yang memulakan pembinaan monumen itu pada tahun 1974 dan mengambil masa hampir 30 tahun untuk siap sepenuhnya.


TING BUN (kanan) dan isterinya, Mek See ialah antara generasi tertua di kampung perkampungan Cina terawal di Kelantan iaitu Kampung Raja.


Sememangnya luar biasa perspektif dan artikulasi yang lahir daripada Ting Bun malah ramai yang menyifatkannya agak ganjil.

Pemerhatian anda perlu tajam untuk mentafsirkan maksud monumen yang setara ketinggian bangunan dua tingkat itu. Menggunakan simen sepenuhnya, monumen yang seolah-olah nampak separuh siap itu terdiri daripada replika sampan dan kapal terbang di tingkat atasnya.

"Sampan itu adalah simbolik kepada susah payah nenek moyang datang dari China ke Kelantan dan kapal terbang adalah simbol anak cucu yang akan melawat ke China pada satu hari nanti menggunakan kapal terbang pula," jelasnya seumpama berfalsafah.

Rombongan media seterusnya dipelawa ke rumah Ting Bun. Kediamannya juga mencuri tumpuan. Bukan saja dibina dengan keringat sendiri pada tahun 1923, malah kerusi dan meja pun hasil buatannya juga.

"Rumah yang beratapkan genting ini juga adalah ilham rumah yang terdapat di China," kata Mek See sambil menunjukkan foto-foto lama yang dibingkai kemas.

Di Kampung Raja itu juga, terdapat sebuah telaga yang dipercayai berusia 350 tahun. Bagaimanapun, ia sekadar untuk dilawat saja.

Jambatan Guillemard


JAMBATAN Guillemard merupakan jambatan kereta api terpanjang di Malaysia.


Penerokaan bumi Che Siti Wang Kembang beralih ke pedalaman Dabong pada hari kedua.

Sebelum menaiki kereta api dari Tanah Merah ke sana, Pengurus Komunikasi Korporat KTMB, Mohd. Fazil Ismail memberitahu, penulis tidak hanya akan dapat menghayati panorama alam semula jadi, kampung tepi landasan malah dapat merentas ke era zaman British.

Ya, memang benar bagai dikata. Meremang bulu roma tiap kali melalui setiap daripada tujuh terowong yang dibina British antara Stesen Keretapi Dabong dengan Stesen Keretapi Kuala Krai.

Singgah di Batu 243.5, Mohd. Fazil memaklumkan, di situlah lokasi pertemuan landasan Stesen Keretapi Gemas dengan Stesen Keretapi Tumpat.

"Bagi mengelakkan pelanggaran, kereta api akan berhenti antara 30 minit hingga sejam di Stesen Keretapi Kemubu atau Stesen Keretapi Limau Kasturi," ujarnya.

Momentum kelajuan kereta api semakin perlahan. Rupa-rupanya kami sedang menghampiri jambatan kereta api terpanjang di Malaysia (609.6 meter) iaitu Jambatan Guillemard.

Jambatan itu dilingkari timbunan sejarah. Mengimbas historiografinya, jambatan yang turut dikenali sebagai Jambatan Kursial itu dibina pada tahun 1920 oleh British.

Tujuan utama ia dibina adalah untuk menyediakan laluan bagi kereta api dan kenderaan-kenderaan lain. Tanggal 12 Disember 1941, ia telah diletupkan oleh British bagi mengelak kemaraan tentera Jepun ke Kuala Krai.

Selepas 47 tahun, Jambatan Guillemard dibina semula tetapi tidak boleh dilalui oleh kenderaan lain kecuali kereta api.

Pekan Dabong membangun


PERIGI yang terdapat di Kampung Raja ini dikatakan berusia melebihi 300 tahun dan dipercayai dijadikan sebagai sumber air utama penduduk zaman dahulu.


Bidikan kamera yang merakam khazanah negara itu terhenti apabila kami perlu menuju ke hentian Dabong sebelum waktu senja. Dabong sebenarnya bukan pekan sebarangan. Ia sebenarnya kaya dengan tarikan pelancongan.

Menurut Ketua Unit Setempat, Majlis Daerah Dabong, Mohd. Razaini Ishak, antara yang paling popular ialah Gunung Stong yang menjadi daya tarikan utama para pendaki untuk meneroka keindahan fauna dan flora di sekitarnya.

Di situ juga, terletaknya air terjun tertinggi di negara ini iaitu Air Terjun Jelawang yang mencatatkan ketinggian kira-kira 300 meter. Gua Ikan yang terletak hanya beberapa kilometer (km) dari stesen juga antara kawasan rekreasi alam semula jadi yang terkenal.

"Lata Kertas dan Air Terjun Lata Rek juga antara destinasi untuk anda mengajak rakan-rakan berkelah dan menghirup udara segar," katanya.

Sesungguhnya pengalaman menyelongkar destinasi menarik tetapi kurang diketahui umum sesuatu yang sangat bernilai. Sekilas pandang, banyak lokasi di negeri ini yang boleh dikomersialkan.

Bagaimanapun, terima kasih kepada KTMB atas usaha mereka menggalakkan pelancongan kereta api ke Pantai Timur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sukan gengster diterima arus perdana

Posted:

Sukan gengster diterima arus perdana

Sukan gengster diterima arus perdana


SEORANG pemandu memeriksa tayar keretanya buat kali terakhir sebelum memulakan aksi lagak ngeri di hadapan ratusan penonton.


SEBUAH kereta BMW kelihatan terapung di atas trek khas ketika ia membuat pusingan 360 darjah hingga tayarnya mengeluarkan asap dan bau hangit selain bunyi deruman enjin yang menggila.

Kereta tersebut meluncur seakan-akan hampir merempuh kumpulan penonton yang berlindung di sebalik benteng tayar lama di sekeliling arena tersebut.

Berlangsung di atas jalan raya perbandaran Afrika Selatan, peminat aksi kereta 'berpusing' yang merupakan sukan bermotor urban itu begitu teruja. Mereka bersorak dan memberikan tepukan gemuruh sepanjang menyaksikan pengalaman yang boleh membawa maut itu.

"Periksa jaraknya! Persembahannya sempurna!" kata seorang penonton yang terpesona dengan aksi pemandu berusia 25 tahun, Sunesh Pursad, selepas dia meninggalkan pusingan kaki lima yang dikenali sebagai lantai tarian.

Pursad merupakan sebahagian daripada kumpulan pemandu yang mahu membersihkan imej sukan itu daripada dianggap sebagai aktiviti jenayah golongan muda oleh masyarakat.

Terdapat stigma di Afrika Selatan yang mengaitkan aktiviti sukan kereta yang bermula di Soweto itu. Di bandar tersebut, suatu masa dahulu, penduduk kulit putih Johannesburg menahan buruh kulit hitam mereka semasa zaman aparteid.

Beberapa elemen bahaya telah meresapi sukan berkenaan iaitu skil atau helah yang sering sahaja dilarang dalam manual pemanduan. Helah tersebut dinamakan sebagai The Burnout, The Snake dan The Drift.

Aksi yang paling 'dihormati' ialah aksi lagak ngeri iaitu pemandu akan membiarkan kereta berpusing dalam bulatan, kemudian keluar daripada kereta yang sedang bergerak itu, seterusnya berjalan di sekeliling sambil membuat beberapa aksi tarian sebelum melompat masuk semula ke dalam kereta itu.

Pengebumian gengster

Pemandu aksi berkenaan memberitahu, persembahan tersebut bermula dalam sebuah majlis pengebumian gengster suatu masa dahulu. Ahli-ahli kumpulan samseng itu melakukan aksi berkenaan sebagai salah satu cara memperingati si mati.


SUKAN aksi 'berpusing' ini diharap dapat menjauhkan golongan muda daripada menyertai kumpulan gengster.


Terdapat banyak majlis pengebumian untuk lelaki muda di Soweto sepanjang tempoh akhir tahun 1980-an hingga awal tahun 1990-an. Bandar berkenaan merupakan kawasan jenayah yang menyaksikan peristiwa berdarah ketika pemerintahan kaum minoriti kulit putih di ambang kemusnahan. semua itu akhirnya meninggalkan kejiranan kaum kulit hitam.

Pemilikan kereta adalah perkara yang begitu jarang terjadi di Soweto ketika peristiwa pemisahan kaum tersebut.

Seorang pemandu aksi lagak ngeri itu, Pule Motloung, 28, memberitahu semasa ahli gengster mati, ahli yang masih tinggal akan mencuri kereta dan melakukan aksi berpusing di majlis pengebumian dan membiarkan lampunya menyala.

"Sekiranya seorang gengster pernah mencuri kereta, begitulah cara pengebumiannya diraikan. Semua rakan-rakannya akan datang dan melakukan aksi kereta berpusing itu. Ia adalah satu budaya," kata Motloung, yang juga seorang pembuat filem dari Soweto yang pernah menghasilkan dokumentari mengenai sukan itu bertajuk Love 4 The Box Shape.

Profil tinggi


BERMULA sebagai ritual penghormatan pengebumian gengster, aksi kereta berpusing kini dijadikan acara sukan popular.


Kisah-kisah berprofil tinggi terkini telah meningkatkan kesedaran awam mengenai perhubungan antara budaya kereta urban dengan aktiviti jenayah.

Tahun lalu, bintang hip hop Molemo Maarohanye atau lebih dikenali sebagai Jub-Jub yang bermaksud gula-gula marshmallow, telah dituduh melakukan perlumbaan haram dengan seorang kawannya di Soweto apabila salah sebuah kereta Mini Cooper yang mereka pandu melanggar sekumpulan murid sekolah.

Empat kanak-kanak mati manakala dua yang lain mengalami kecederaan serius termasuk kerosakan otak. Kedua-dua pesalah berkenaan dikenakan tuduhan cubaan membunuh dan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Satu lagi kemalangan semasa perlumbaan haram di Pretoria membunuh tiga orang pada April lalu.

Motloung dan beberapa pelumba lain kini berjuang untuk memisahkan sukan mereka dengan aktiviti haram dan cuba mencipta lebih banyak ruang arus perdana untuk sukan itu.

Tahun lalu mereka berjaya menyertai sukan bermotor Afrika Selatan anjuran badan kerajaan yang membenarkan sukan kereta 'berpusing' itu beraksi secara sah. Badan itu telah menganjurkan acara sukan berkenaan secara berlesen dan menaja pertandingan dengan hadiah bernilai sehingga AS$8,700 (RM26,500).

"Kami cuba mewujudkan imej baharu," kata Motloung.

"Anda boleh menjadi duta kepada komuniti hanya dengan melakukan perkara ini dan merombaknya agar ia kelihatan suatu yang positif," katanya.

Bagi Pursad pula, sukan itu merupakan aktiviti sihat bagi golongan muda berbanding melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan gengster tertentu.

"Perkara penting mengenainya ialah ia mencipta suasana gembira yang sihat," ujarnya.

Dia berpendapat bahawa dengan membenarkan acara sukan tersebut berlangsung, ia membantu mengatasi masalah keganasan di Soweto.

Berbanding bergaduh di jalanan, dia menambah: "Lebih baik kami lakukannya di lantai tarian." - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Zami Ismail meninggal dunia

Posted:

Zami Ismail meninggal dunia

Zami Ismail meninggal dunia

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


ORANG ramai mengangkat jenazah Zami di IJN, Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Tapah Road, Perak semalam.




ZAMI ketika melawat rakannya, Ahmad Busu yang sakit di Taman Sri Andalas, Klang pada 25 September 2009.


KUALA LUMPUR – Pelakon veteran Zami Ismail, 67, yang juga popular dengan panggilan Pak Uda melalui sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Jalan Tun Razak di sini pada pukul 10.30 pagi semalam akibat serangan jantung.

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 38, berkata, ayahnya telah mendapat rawatan di IJN sejak seminggu lalu setelah mengalami masalah jantung. Pada bulan lepas, Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang di sini.

"Pada asalnya arwah ayah dihantar ke IJN sekadar untuk menjalani pemeriksaan sahaja tetapi dia terus ditahan dan pemeriksaan hanya dapat dilakukan pada hari keempat.

"Apabila doktor membuat pemeriksaan, keadaan jantung ayah didapati terlalu lemah dan kemudian dia terus dimasukkan ke wad Unit Rawatan Koronari (CCU)," katanya ketika ditemui di IJN semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Produk Taiwan dicemari DEHP

Posted:

Produk Taiwan dicemari DEHP

Produk Taiwan dicemari DEHP

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

KUANTAN - Kementerian Kesihatan mengesahkan produk makanan Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder yang diimport dari Taiwan dicemari bahan kimia berbahaya Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar kecil) berkata, pengesahan itu berdasarkan analisis yang dijalankan oleh kementerian ke atas dua produk makanan tersebut.

"Bagaimanapun, satu lagi produk iaitu Natural Beauty Drink Powder tidak dicemari DEHP dan sehubungan itu saya menasihatkan produk Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder dihentikan penjualannya serta-merta.

"Pengguna yang telah membeli produk makanan tersebut dinasihatkan tidak memakannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan sampingan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat MCA Bahagian Kuantan di sini semalam.

Semalam, akhbar melaporkan beberapa produk dari Taiwan dipercayai tercemar dengan bahan kimia DEHP termasuk produk keluaran Chuang's King Tai Chang Food. Co. Ltd., Taiwan yang diimport oleh Nguan Seng Sdn. Bhd. dan Natural Beauty Drink Powder serta Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder keluaran Prince Pharmaceutical Co. Lt. yang diimport oleh Billion Synergy Sdn. Bhd.

Tambah Tiong Lai, hasil analisis tersebut mendapati produk Natural Beauty Drink Powder pula tidak mengandungi DEHP.

Beliau juga berkata, produk Chuang's Square Cookies berperisa gula perang, gandum, badam dan bijan keluaran Chuang's King Tai Chang Food tidak dicemari DEHP.

"Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang kerana kementerian akan terus memantau makanan yang diimport dari negara tersebut," jelasnya.

Sebarang maklumat lanjut mengenai produk makanan Taiwan, boleh layari http://moh.gov.my atau http:/fsq.moh.gov.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ASEAN tidak dimasukkan dalam LID - Najib

Posted:

ASEAN tidak dimasukkan dalam LID - Najib

ASEAN tidak dimasukkan dalam LID - Najib


NAJIB dan Muhyiddin (tengah) melawat pameran pada Forum Perniagaan
Malaysia-Afrika sempena LID kesembilan di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Malaysia tidak ada rancangan untuk memasukkan negara-negara ASEAN ke dalam Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) kerana ia akan menjadi terlalu besar untuk diuruskan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya, beliau berkata, format LID akan dikekalkan sebagaimana sedia ada antara negara-negara Afrika dan Caribbean.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harimau Malaya makin ganas

Posted:

Harimau Malaya makin ganas

Harimau Malaya makin ganas

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my



HARIMAU Malaya terus mengganas. Semalam, mereka sekali lagi membuktikan kejaguhan selepas berjaya membenam Myanmar 2-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di Kota Bharu.

Kehilangan lima tonggak utama tidak merencatkan permainan selepas beberapa muka baru yang disenaraikan jurulatih, Datuk K.Rajagobal berjaya memikul tanggungjawab yang diberikan.

Seawal minit kelapan, Malaysia menguji gawang Myanmar menerusi rembatan kencang Baddrol Bakhtiar namun, sepakannya sedikit melepasi palang.

Dua minit kemudian giliran Myanmar menguji benteng Malaysia apabila Kyi Lin melakukan hantaran lintang yang gagal ditangkap oleh Sharbinee Allawee sebelum berjaya dikeluarkan oleh Helmi Rameli.

Pada minit ke-24 menyaksikan Helmi sekali lagi menyelamatkan gawang Malaysia selepas berjaya mengeluarkan bola hantaran lintang Kyaw Ko Ko tidak berjaya ditangkap kemas Sharbinee sebelum disambar David Than yang sudah bersedia menolak masuk bola tersebut.

Selang empat minit kemudian, stadium mula gempita dengan sorakan lebih 15,000 orang penonton selepas Amirulhadi Zainal berjaya memecah kebuntuan.

Gol tersebut berpunca daripada lambungan Baddrol mengucar-kacirkan benteng Myanmar sebelum Amirul yang tidak dikawal melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol,Kyaw Zin Htet.

Babak kedua bersambung, Malaysia tidak menunggu lama untuk menjarakkan kedudukan apabila giliran Baddrol mencatat nama sebagai penjaring.

Beliau yang tidak dikawal berjaya melepaskan rembatan kencang menarik selepas menerima hantaran lintang Abdul Hadi Yahya.

Baddrol berpeluang merekodkan satu lagi gol namun, beliau gagal memperdayakan penjaga gol Myanmar pada minit ke-67 selepas menerima lorongan daripada ketua pasukan, Safiq Rahim.

Dua minit berselang, peluang sekali lagi menjelma juga melalui Baddrol apabila gerakan yang bermula daripada Safiq yang turut melibatkan Ashaari Shamsuddin namun, rembatan pemain Kedah itu sedikit tersasar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UiTM Perlis juara Liga IPT 2011

Posted:

UiTM Perlis juara Liga IPT 2011

UiTM Perlis juara Liga IPT 2011

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN


PEMAIN dan pegawai pasukan UiTM Perlis meraikan kejayaan mereka selepas muncul juara Liga IPT 2011 di Arau semalam.


UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) Perlis muncul juara pusingan akhir kelayakan zon Liga Bola Sepak IPT 2011 setelah menumpaskan Univesiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) 4-3 pada final yang berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Arau semalam.

Pertemuan tersebut menyaksikan aksi-aksi penuh dramatik dengan kedua-dua pasukan sering berbalas serangan selain UiTM Perlis terpaksa bermain 10 orang dalam tempoh 15 minit terakhir.

Begitupun, UTeM terlebih dulu memecah kebuntuan apabila memperoleh gol pertama seawal minit keempat menerusi jaringan Muhammad Syafiq Mohd. Kamal.

Jaringan tersebut tidak melemahkan semangat pasukan tuan rumah yang terus tampil agresif untuk mencari gol penyamaan.

Kelekaan pemain UTeM dihukum pada minit-minit terakhir separuh masa pertama yang menyaksikan UiTM Perlis berjaya menghasilkan dua gol dalam tempoh dua minit pada masa kecederaan menerusi Mustafa Amini Ismail.

Ketika babak kedua bersambung, rentak UiTM Perlis semakin agresif dengan melancarkan serangan bertali arus tetapi kekentalan pertahanan lawan menafikan peluang mereka untuk menambah jaringan.

Usaha keras yang dipamerkan oleh pemain tuan rumah sepanjang perlawanan tersebut akhirnya berhasil apabila Norhafwan Hamzah terus mengukuhkan kedudukan UiTM Perlis untuk mendahului 3-1 menerusi jaringan pada minit ke-48.

Selepas itu, padah menimpa pasukan tuan rumah apabila penjaga gol mereka, Mohd. Hafizi Hamzah diperintah keluar padang kerana bertindak keras ke atas penyerang UTeM, Basiron Yusof ketika berlaku perebutan dalam kotak penalti.

Ekoran itu, ketua jurulatih UiTM Perlis, Shamshahril Shuib tidak senang duduk selama 15 minit terakhir setelah pasukannya digasak UTeM ketika kedudukan 4-3.

Namun, barisan pemain UiTM Perlis gagah bertahan dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Bagi Shamshahril, kejayaan tersebut membuktikan misi mereka sudah tercapai untuk merangkul kejuaraan liga yang bermula sejak 15 Jun lalu.

"Kami hadir pada kejohanan ini memang untuk muncul juara dan saya sangat bangga terutama kepada pemain yang bekerja keras untuk merealisasikan impian ini," ujarnya.

Dengan kejayaan tersebut UiTM Perlis membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 manakala UTeM selaku naib juara menerima RM5,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sukan Masum memiliki prestij

Posted:

Sukan Masum memiliki prestij

Sukan Masum memiliki prestij


BARISAN kontinjen yang akan mewakili USIM pada karnival Sukan Masum tahun ini. USIM yang menduduki tempat ketiga keseluruhan pada saingan fasa kedua tahun lalu memiliki kekuatan dalam acara pencak silat.


kosmo! AHAD: Terima kasih kepada Profesor kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara. Apakah matlamat penganjuran karnival Sukan Masum 2011? Adakah terdapat perbezaan berbanding edisi-edisi sebelum ini?

PROF. SHAHARUDIN: Sama-sama. Matlamat penganjuran karnival Sukan Masum 2011 adalah sebagai wadah bagi atlet yang mewakili universiti untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi dan bersaing dengan atlet-atlet dari universiti yang lain.

Selain itu, karnival ini juga menjadi medan untuk menilai dan memilih atlet yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili negara.

Ia sejajar dengan matlamat KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) bagi memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus atlet yang mewakili negara terdiri daripada pelajar IPT.

Secara dasarnya, tidak terdapat sebarang perbezaan dengan edisi yang sebelumnya. Ini kerana tempoh seseorang pelajar berada di IPT dalam lingkungan 4 tahun sahaja. Justeru, karnival seumpama ini menemukan dan mencungkil bakat baru bagi setiap acara yang dipertandingkan untuk diketengahkan ke peringkat tertinggi.

MELIHAT kepada perkembangan semasa arena sukan negara, adakah Prof. merasakan penganjuran karnival Sukan Masum ini dapat membantu meningkatkan lagi kemajuan dalam arena sukan negara seperti temasya-temasya sukan lain?

MEMANG penganjuran karnival ini ada peranannya yang tersendiri bagi membantu meningkatkan kemajuan arena sukan negara kerana ia menjadi satu lagi medan yang melahirkan bakat-bakat baru. Biarpun dalam bulan Jun ini terdapat beberapa kejohanan sukan yang telah dilangsungkan seperti Sukma (Sukan Malaysia) di Kuala Lumpur dan Kejohanan Sipma di Melaka, karnival Sukan Masum ini membuka ruang dan peluang bagi atlet yang tidak turut serta pada dua kejohanan tersebut untuk bertanding di peringkat tinggi.

Kita sedia maklum, ada segelintir atlet yang tidak dapat bertanding di Sukma dan Sipma kerana masing-masing terikat dengan peperiksaan di IPT masing-masing. Justeru, karnival ini memberi peluang kepada mereka untuk bertanding dan menunjukkan bakat.

SEPERTI yang kita sedia maklum, karnival Sukan Masum ini melibatkan penyertaan atlet-atlet dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Adakah mereka diberikan pendedahan secukupnya sebelum bertanding memandangkan mereka sibuk dengan pembelajaran mereka?

ATLET yang bertanding mempunyai masa yang mencukupi untuk mempersiapkan diri bagi menyertai karnival ini. Ini kerana hampir kesemua IPTA yang bakal bertanding mempunyai masa melebihi sebulan selepas menjalani peperiksaan

Sebagai contoh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan kem latihan pusat selama hampir sebulan bagi menyediakan atlet ke karnival ini. Tambahan pula cuti semester di kebanyakan IPT bermula pada minggu kedua bulan Mei.

APA pendapat Prof. mengenai penyertaan atlet-atlet elit dan pelapis kebangsaan pada karnival sukan ini? Tidakkah ia bakal menutup peluang atlet-atlet lain yang bukan berstatus atlet kebangsaan untuk melakar kejayaan?

PENYERTAAN atlet pelapis dan elit sebenarnya merancakkan lagi pertandingan pada karnival ini. Berdasarkan keputusan edisi-edisi lalu, kejutan sering kali berlaku yang mana atlet pelapis atau elit dikejutkan oleh atlet dari pasukan universiti lain.

Ini kerana penyertaan atlet pelapis atau elit seolah-olah memberikan motivasi tambahan kepada atlet lain untuk berusaha dengan lebih gigih bagi menewaskan lawan yang lebih ternama. Justeru, penglibatan mereka ini tidak menghalang atlet lain beraksi dengan lebih baik malahan ini akan meningkatkan kualiti dan saingan di karnival ini.

ADAKAH Prof. yakin atlet-atlet yang bertanding pada karnival Sukan Masum ini berkualiti atau sekadar memenuhi kuota sahaja?

SAYA yakin atlet yang menyertai karnival ini mempunyai kualiti yang tinggi kerana ramai yang mewakili IPTA masing-masing terdiri daripada mereka yang telah menyertai kejohanan MSSM atau Sukma semasa di negeri asal masing-masing.

Mereka boleh memberikan saingan yang sengit kepada atlet pelapis mahupun atlet elit. Dengan persiapan yang mencukupi tidak mustahil mereka mampu melakar kejayaan yang memberangsangkan pada karnival Sukan Masum kali ini.

AKHIR sekali, harapan Prof. terhadap penganjuran karnival Sukan Masum kali ini?

HARAPAN saya ialah agar karnival ini dapat memenuhi matlamat menghasilkan atlet yang berkualiti untuk diketengahkan bagi mengharumkan nama negara pada masa depan.

Selain itu, saya mengharapkan persembahan yang berkualiti dari setiap pasukan yang bertanding pada edisi kali ini kerana tempoh masa persediaan setiap pasukan mencukupi serta saya yakin setiap IPT yang bertanding telah pun mempunyai perancangan mereka yang tersendiri bagi memastikan setiap atlet mereka yang bertanding mampu memberikan saingan yang terbaik.

Semoga semangat kesukanan yang tinggi dipamerkan oleh setiap warga sukan IPT dalam edisi kali ini bagi memastikan persaingan dan penganjuran berada di tahap tertinggi.

Saya juga mengucapkan penghargaan kepada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menjadi tuan rumah karnival tahun ini. Saya yakin dengan kemampuan mereka mengendalikan karnival ini dengan jayanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Angry Birds terbit buku masakan

Posted:

Angry Birds terbit buku masakan

Angry Birds terbit buku masakan


Permainan video Angry Bird yang mula diperkenalkan pada tahun 2009 mendapat sambutan hangat di seluruh dunia.


LONDON - Pencipta permainan video untuk aplikasi telefon pintar iPhone, Angry Bird akan menerbitkan sebuah buku masakan yang diinspirasi daripada watak-watak popularnya.

Syarikat tersebut, Ravio memberitahu, semua resipi itu akan melibatkan penggunaan telur dalam masakannya. Berita itu diumumkan pada Persidangan Mobile Terbuka di London sebagai sebahagian rancangan Ravio untuk mengukuhkan jenamanya dalam pasaran hiburan.

Angry Bird merupakan aplikasi berbayar iPhone nombor satu di pasaran United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS). Ia telah dimuat turun oleh lebih 200 juta pengguna.

"Kami mahu menjana keuntungan dalam semua perniagaan yang kami sertai. Ini bukan satu hobi. Ia juga bukan seperti Apple TV atau sebagainya," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Ravio, Peter Vesterbacka.

Buku masakan yang boleh didapati dalam bentuk digital dan cetakan itu akan dijual bersama barangan-barangan lain termasuklah kasut, patung dan kotak makanan yang boleh dibeli daripada laman web Angry Birds.

Ravio dilaporkan menerbitkan sendiri buku tersebut. Ini bermakna ia akan memperoleh 90 peratus daripada keuntungannya. Selain buku, Ravio turut merancang menghasilkan siri kartun di televisyen dan permainan papan tidak lama lagi. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Koleksi gambar bapa yang lucu

Posted:

Koleksi gambar bapa yang lucu

Koleksi gambar bapa yang lucu


TIDAK pernah berubah. Aksi seorang bapa yang bergambar dengan anak lelakinya ini turut dipaparkan di laman web AwkwardFamilyPhotos.com.


Satu laman web yang memaparkan gambar-gambar lucu dan memalukan golongan bapa, AwkwardFamilyPhotos.com. mendapat sambutan hangat daripada pengguna Internet di seluruh dunia.

Pengasas laman web tersebut, Mike Bender dan Doug Chernack dilaporkan menerima puluhan ribu keping gambar daripada orang ramai sejak ia beroperasi dua tahun lalu.

Koleksi terbaru yang disiarkan sempena Hari Bapa adalah antara gambar paling lucu, sekali gus membuatkan anda tertanya-tanya apakah yang ada di fikiran bapa-bapa itu ketika aksi mereka dirakamkan.

Salah satunya memperlihatkan seorang anak perempuan rasa malu melihat aksi bapanya yang pelik. Gambar lain pula menyaksikan seorang bapa memegang senapang di tengah-tengah sekumpulan pengapit wanita.

Menurut Bender, idea untuk menghasilkan laman web itu timbul selepas ibunya menggantung sekeping gambar yang menunjukkan dia, abang dan bapanya membuat aksi bermain ski sempena hari jadi bapanya yang ke-50.

"Gambar itu membuatkan saya terfikir bahawa semua orang mesti mempunyai gambar-gambar kelakar melibatkan ahli keluarga masing-masing," kata Bender.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tugu jadi mangsa vandalisme

Posted:

Tugu jadi mangsa vandalisme

Tugu jadi mangsa vandalisme


ATAS: Tugu dicat dengan watak-watak adiwira.
BAWAH: Keadaan asal tugu.


SOFIA - Satu tugu peringatan yang dibina untuk mengingati ulangtahun liberalisasi Tentera Merah Rusia ke atas Bulgaria pada tahun 1944 di Sofia, Bulgaria telah ditukar menjadi karektor adiwira dan kartun popular seperti Superman.

Sehingga kini, tiada siapa yang tahu artis grafiti mana yang bertanggungjawab melakukan perbuatan vandalisme itu, lapor sebuah akhbar.

Berada di tengah-tengah ialah watak Superman dengan lambang huruf 'S' berwarna kuning merah dan baju berwarna biru.

Di sebelah kiri pula ada watak Santa Claus, manakala maskot rangkaian makanan segera McDonalds, Ronald McDonald berada di sebelah kanan. Tidak ketinggalan, watak Joker yang diambil daripada filem Batman.

Pada bahagian bawah, artis grafiti itu menulis "Bergerak bersama masa" dalam bahasa Bulgaria menggunakan cat berwarna hitam. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Hampir 150 rumah rosak dilanda ribut

Posted:

Hampir 150 rumah rosak dilanda ribut

Hampir 150 rumah rosak dilanda ribut

19/06/2011 7:38pm

KUALA TERENGGANU – Hampir 150 buah rumah di 13 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu, Manir, mengalami kerosakan akibat dilanda ribut malam tadi.

Wakil rakyatnya, Datuk Rahin Mohd Said berkata, bilangan rumah yang terbabit dalam kejadian pukul 9 malam itu mungkin meningkat kerana bancian belum diselesaikan.

Katanya, ribut berserta hujan lebat itu telah menyebabkan banyak rumah mengalami kerosakan bumbung serta banyak pokok tumbang dan menghempap bumbung rumah, kereta dan kabel elektrik di sepanjang jalan.

"Ribut ini antara yang terburuk dalam sejarah di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah-rumah mangsa ribut di beberapa buah kampung hari ini.

Rahin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, berkata, Kampung Kebur Air merupakan yang paling buruk apabila lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan.

Katanya, kerajaan negeri akan memberi bantuan awal seperti atap dan peralatan bagi membolehkan rumah mangsa dibaiki. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dijenama semula jadi Piala Sultan Mizan

Posted:

Dijenama semula jadi Piala Sultan Mizan

Dijenama semula jadi Piala Sultan Mizan

19/06/2011 6:17pm

SETIU – Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Terengganu yang telah diperkenalkan sejak lima tahun lalu akan dinamakan semula dan dikenali sebagai Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, penjenamaan semula itu adalah sebagai mengiktiraf penglibatan peribadi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang telah menyemarakkan minat rakyat di seluruh negara dalam sukan ini.

"Selain itu juga, sejak dianjurkan lima tahun lepas, sukan itu telah mempamerkan peningkatan dan kejayaan yang amat membanggakan dan kini sudah tiba masa untuk menaikkan taraf sukan ini... iaitu menjadikan ia sukan terunggul bukan sahaja di Terengganu tetapi juga di rantau ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2011 dan majlis penyampaian hadiah Kejohanan Kuda Lasak Malaysia-Thailand Open Endurance Challenge Trophy '11 di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong turut berangkat ke majlis itu. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lagi produk makanan dari Taiwan tercemar

Posted:

Lagi produk makanan dari Taiwan tercemar

Lagi produk makanan dari Taiwan tercemar

19/06/2011 5:02pm

KUANTAN - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan produk makanan Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder yang diimport dari Taiwan dicemari bahan kimia berbahaya Di (2-ethylhexyl) Phthalate (DEHP).

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ini berdasarkan analisis yang dijalankan kementerian ke atas dua produk makanan itu.

"Bagaimanapun satu lagi produk iaitu Natural Beauty Drink Powder tidak dicemari DEHP dan sehubungan itu, saya menasihatkan produk Natural Beauty Fruit dan Vegetable Powder dihentikan penjualannya serta-merta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat MCA Bahagian Kuantan di sini hari ini.

Beliau turut menasihati pengguna yang telah membeli produk makanan tersebut supaya tidak memakannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan sampingan.

Akhbar semalam melaporkan beberapa produk dari Taiwan dipercayai tercemar dengan bahan kimia DEHP termasuk produk keluaran Chuang"s King Tai Chang Food Co. Lt. Taiwan yang diimport oleh Nguan Seng Sdn Bhd, dan Natural Beauty Drink Powder dan Natural Beauty Fruit and Vegetable Powder keluaran Prince Pharmaceutical Co. Lt. yang diimport oleh Billion Synergy Sdn Bhd. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Si lembut dalam karakter

Posted:

Si lembut dalam karakter

Si lembut dalam karakter



DIALOG 'kita bakor, kita bakor' sungguh luar biasa impaknya. Kalau tidak keramat sekali pun, barangkali itulah dialog daripada filem Melayu abad ini yang paling banyak terletus daripada bibir ramai. Bukan untuk bakar rumah Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) sahaja, bahkan kepada penonton HKBR, istilah itu menjadi ayat jenaka masyarakat mutakhir ini.

Pantas sahaja si lembut berkerusi roda, Usop Wilcha atau nama pentasnya Shy8, menjadi sebutan. Tidak selesai di situ, sekali lagi dia mencipta fenomena.

Selain perkembangan lebih mengancam dalam filem sekuel Zombie Kampung Pisang, berjudul Hussien, Moon dan Jin Pakai Toncit yang masih disimpan untuk tayangan umum, Usop disunting stesen radio Hot FM. Dia menjadi ayam tambatan baharu stesen itu dalam persaingan menawan telinga pendengar.

Ketika disapa angka 46 tahun, Shy8 diberi tugas berkolaborasi bersama barisan penyampai popular seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail dan AG dalam Hot Fm Am Krew. Secara rasmi, komitmennya di konti radio bermula sejak 16 Jun, Khamis lalu.

Lonjakan kepanasan Shy8 sedang memuncak namun terbit persoalan, adakah tiada kegusaran di benak anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu, kalau-kalau bakat yang sedang diaplikasi, kelak hilang aura di sebalik populariti.

"Apa yang saya peroleh hari ini bukan sesuatu yang saya kejar selama ini. Sungguh, saya tidak pernah kerja keras untuk jadi popular, mungkin ini semua ibarat angin lalu. Saya tak tahu.

"Kita tak perlu takut kepada kejatuhan, sebaliknya Allah yang menentukan. Saya anggap ini ketentuan Allah, saya diberi peluang sebegini, tentu ada sebabnya.

"Cuma saya risau, pasti ada sebab kenapa saya diberikan peluang sebegini, takut akan dipersoalkan Allah, apa sumbangan saya nanti. Jadi saya kena bersikap positif, jatuh atau sakit, kita kena positif," tuturnya persis ahli falsafah.

Pernah mahu berhenti daripada menjadi anak seni, penjawat tugas Pengurus Komunikasi Korporat, Tanjung Offshore Bhd. itu memberitahu: "Saya fikir karier seni saya sudah berada di penghujung.

"Saya sendiri pernah mahu berhenti daripada menjadi anak seni. Saya hanya penyanyi dan tiada minat dalam lakonan, tapi pengarah filem, Mamat Khalid yang meyakinkan saya supaya berlakon.

"Sama hal juga dengan tawaran Hot FM ini. Apabila orang luar yang nampak saya, pasti ada alasan sementelah saya memang berminat mahu jadi penyampai radio. Ia ibarat pucuk dicita ulam mendatang," ujar Shy8.

Kurang pasti tentang karakter yang harus dibawa sepanjang berada di konti, Shy8 masih menunggu respons. Dia menerima apa jua kehendak pendengar terhadap dirinya.

Isteri izin jadi lembut


SISI lembut sebagai Usop Wilcha yang kononnya bekas penari kebudayaan dalam filem Mamat, Hantu Kak Limah Balik Rumah memberi impak berganda kepada Shy8. Sampai bila aura Usop Wilcha itu mampu bertahan sementelah setiap hari suaranya kini ke udara di Hot FM?


"Saya ikut sahaja keselesaan pendengar, panggillah saya Shy8 atau Usop. Dalam konti, saya tidak terlibat dengan bahagian teknikal, cuma diminta menyuntik elemen komedi.

"Mungkin ada jurang generasi, maklumlah saya ini generasi X, mereka (Fara, Faizal dan AG), generasi Y, tapi jurang generasi itu yang akan memeriahkan konti," katanya yang tidak mahu dicop penerus tradisi pelawak di konti seperti yang berlaku di stesen radio lain.

"Saya bukan pelawak, saya hanya pelakon yang membawakan watak komedi. Saya cuma ada jiwa komedi dan suka bergurau.

"Sama ada saya akan memberi kebaikan atau memburukkan situasi, saya tidak berani janji sebab saya hanya menyelit di tengah mereka yang lain," katanya.

Bersulam-sulam antara karakter Usop dan Shy8 sepanjang pertemuan, pemilik nama Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail itu bertegas, dia harus pandai mengadun imej, biar kena dengan situasi.

Dia serius jika berurusan rasmi melibatkan kerja-kerja komunikasi yang dipikul, cuma apabila kerap disapa Usop, maka karakter lelaki lembut itu secara automatik terbias ke wajahnya.

"Ciri-ciri lembut Usop Wilcha itu kombinasi daripada watak dalam Zombie Kampung Pisang dan

HKLBR.

"Saya buat keputusan melakukan sesuatu yang berlawanan dengan karakter sebenar saya, Shy8, lelaki budiman, yang pernah ada album tapi tak laku.

"Mulanya saya berdilema juga untuk bawa watak begitu. Perasaan takut ditolak keluarga dan rakan-rakan itu ada, tapi bila sudah popular, saya ada platform untuk bertemu media dan menjelaskan situasi sebenar," katanya yang turut mendapat izin isteri dan keluarga untuk pembawaan Usop, sehabis baik.

Sambung bapa kepada Syed Caliph Umar, 10 bulan dan suami kepada Noorafiza Abdul Aziz, 28, apa yang berlaku ke atasnya, ada rahsia dan hikmah yang besar.

Menyelak sedikit kisah silamnya, Shy8 mengakui, hidupnya pernah terkontang-kanting mencari arah selepas satu-satunya album nyanyiannya, Terasing Di Bumi Sendiri tidak dipedulikan umum.

"Saya kecewa lalu balik kampung pada tahun 1998. Sekitar dua tahun juga saya tak tahu apa yang saya lakukan.

"Kemudian saya dekatkan diri dengan agama. Dari situ, saya mula berjinak-jinak dengan kelab-kelab bukan kerajaan dan bertemu dengan masyarakat. Sehinggalah saya kembali berkeyakinan untuk pulang semula bekerja di ibu kota," katanya.

Begitu juga dengan soal kelewatan berkahwin, itu semua berpunca daripada kegusarannya yang tidak bersedia berdepan hidup yang lebih besar.


BERGABUNG bersama Faizal, Fara serta seorang lagi penyampai Hot FM, AG. Mereka berempat menjadi taruhan terbaru untuk 'membakor' konti pagi stesen radio itu.


"Apabila saya buka diri untuk berkahwin, Tuhan permudahkan jalan hidup saya.

"Nasihat saya kepada sesiapa yang takut untuk berkahwin, segerakanlah kerana Tuhan itu tidak akan menganiayai hambanya, asalkan kita ikhlas," ujarnya.

Bahagia mampu bergelar bapa, kehadiran Caliph juga mengeratkan lagi hubungannya suami isteri.

Mempunyai anak juga memberi satu kekuatan kepada Shy8 untuk bekerja kuat mencari rezeki. Percaya kata hati, dia yakin Tuhan ada alasan kenapa martabatnya diangkat untuk dikenali pada usia selewat ini, ketika sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak.

"Kalaulah semua ini datang ketika saya di usia muda, mungkin saya tidak berfikiran seperti hari ini.

"Sekarang saya ada nilai seorang lelaki yang sudah berkeluarga.

"Jadi pergerakan lebih tersusun dan matang. Insya-Allah, Hot FM tidak silap menyunting saya. Saya boleh bercakap dan kongsi banyak benda hasil perjalanan hidup selama ini," katanya bersaksikan Fara dan Faizal yang berada di sesi fotografi Selasa lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tom harap tuah tubuh seksi

Posted:

Tom harap tuah tubuh seksi

Tom harap tuah tubuh seksi



LANGKAHNYA memasuki bidang seni bersandarkan status juara program realiti My Starz LG musim ketiga menjadi titik tolak kepada kisah-kisah peribadinya.

Gara-gara salah percaturan barangkali juga prasangka manusia, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 26, dibelasah sekumpulan lelaki hingga lebam-lebam tubuhnya, Julai tahun lalu.

Tragedi itu ada baik dan buruknya. Namanya dikenali. Namun, album pertamanya, Redha yang dilancarkan November 2010 sukar mencuri tumpuan ekoran insiden itu.

Selepas single pertama Lagu Untuk Kuala Lumpur dan ketika semangatnya berkobar-kobar untuk promosi single kedua, Redha, tumpuan tergugat pula dek cerita putus tunang awal minggu ini.

Tom hadir dengan konsep rock tetapi imej seksinya dikatakan tidak sesuai. Apa yang sebenarnya yang dicari janda muda beranak satu ini?

Sensasi Bintang: Ketika penerimaan ramai terhadap karier nyanyian anda semakin positif, muncul pula cerita anda putus tunang. Nampaknya karier anda perlu menempuh jalan yang sukar.

TOM: Memang sukar. Saya kena berdepan macam-macam situasi yang tidak memihak kepada saya. Sangat tak seronok tapi saya kena teruskan juga, kena bersedia dengan segala kemungkinan, tak kisahlah apa orang nak cakap.

Jadi cerita putus tunang itu tidak betul?

Bukan putus, kami masih ada ikatan cuma ada benda yang tak perlu saya ceritakan. Sekarang saya mahu relaks, malas mahu fikir. Tak sangka orang sedang perhatikan kisah peribadi saya sampai begitu sekali, lantaklah.

Ia kedengaran seperti ada pihak yang masih tidak puas hati dan bermusuh dengan anda?

Bukan musuh, mungkin ada yang tidak suka melihat saya hidup senang. Saya berharap peminat akan terus menyokong sebab saya kena terus mencari duit untuk tanggung hidup saya serta anak saya, Adam (Megat Ariel Shakur Mohd. Farhan) yang baru berusia tiga tahun.

Pernah rasa putus asa?

Ada juga rasa begitu terutamanya bila banyak mulut yang tak pernah puas bercerita tentang kisah silam saya. Setiap orang ada sejarah hitam, saya juga begitu tapi saya juga boleh berubah.

Saya anggap orang yang suka memburuk-burukkan saya adalah orang yang tidak puas hati dengan saya, mungkin mereka tidak ada apa yang saya ada dan sebaliknya. Mungkin sikap saya tidak pandai bermuka-muka ini tidak disenangi.

Sekarang anda nampak semakin seksi, sudah berani pakai dres pendek sampai ke paha, adakah seksi jadi jalan pintas untuk menjual bakat?

Seksi ke? Saya cuma pakai apa yang dirasakan sesuai dengan pekerjaan dan keselesaan saya. Walaupun ada album tapi saya juga menyanyi di kelab-kelab malam bersama band saya.

Pakaian untuk menyanyi di kelab malam, faham-faham sahajalah. Sebenarnya, saya ada dua personaliti, dulu saya ala-ala tomboi, tapi ibu saya mahu saya lebih feminin.

Bila saya meningkat dewasa, saya pun mahu kelihatan cantik macam orang lain juga. Rasanya saya masih berpakaian yang kena dengan tempat.

Anda bawa lagu imej rock jadi tidak perlu tampil seksi, lagipun status janda anak satu lebih mudah dipandang serong.

Rasanya pakaian tidak seratus-peratus melambangkan imej. Pakai seksi tetapi kalau masih ada jiwa rock, saya tetap boleh rock. Saya selesa dan semua orang berhak pakai apa yang mereka suka, tak kiralah isteri orang, ibu, tua atau muda. Inilah imej saya dan saya selesa.

Setakat ini, adakah anda sudah bertemu hala tuju dalam bidang nyanyian ini?

Saya baru masuk ke dalam industri tetapi masih terheret dengan cerita ketika belum menjadi artis. Saya baru berumur 26 tahun tetapi telah berdepan banyak pengalaman yang menyakitkan, itu semua memberi impak kepada karier saya.

Pengalaman mematangkan saya. Saya boleh pergi lebih jauh daripada sekarang jika tidak tercemar dengan kontroversi bodoh.

Saya ada benda yang boleh ditonjolkan tetapi kena ambil sedikit lagi masa. Saya tetap mahu menjual bakat saya dan yakin boleh berjaya pada masa depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konsert orang lama, jiwa baru

Posted:

Konsert orang lama, jiwa baru

Konsert orang lama, jiwa baru


GRUP 'otai' negara, Blues Gang dan Sweet Charity bakal menggegar di Stadium Merdeka pada 9 Julai kelak.


ADA sesuatu yang menyengat, tajam dan berbisa menusuk kalbu apabila orang lama kembali gagah. Tanpa perlu berkira-kira tentang estetika dalam roh seni yang diperjuangkan, semangat mereka yang enggan pudar serta tidak pernah mati itu yang harus dikagumi.

Mereka bangkit bukan untuk terus dijulang seperti pada era kegemilangan tetapi meneruskan legasi yang masih berbukit impaknya di mata umum.

Nama-nama seperti D'lloyd, Sweet Charity, Ramli Sarip, Blues Gang, Alleycats bahkan Wings dan Search bukanlah hiburan anak-anak muda yang baru mengenal muzik, bukan juga kepada pencinta ribut K-Pop yang sedang melanda jiwa remaja.

Mereka juga tidak berhajat untuk menyerang peminat muzik generasi baru.

Tetapi harus diingat, apabila orang lama kembali memetik gitar, memukul dram dan mengaumkan vokal yang pernah menggegar negara, pasti banyak jiwa akan meronta untuk kembali ke momen nostalgia.

Baru-baru ini juga, Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa menampilkan pelantun sebenar irama 60-an seperti Hussin Ismail, A. Halim, L. Ramlee, Fatimah M. Amin, J. Sham dan Datuk Ahmad Jais sebagai daya tarikan dalam teater muzikal yang menampilkan artis baru sebagai pemain utamanya itu.

Akan datang, gegaran lebih terasa apabila tiga nama besar Ramli Sarip, Blues Gang dan Alleycats mengumumkan konsert besar yang bakal mereka adakan.

2 RAKSASA 2011

Artis: Sweet Charity vs Blues Gang

Tarikh: 9 Julai 2011

Lokasi: Stadium Merdeka

Dua grup dengan nama cukup gah dan perkasa bakal menggegarkan lapangan Stadium Merdeka.

Lama tidak keluar dengan produk mahupun persembahan berskala besar, ini adalah masa yang tepat buat Sweet Charity dan Blues Gang menghembuskan lagu-lagu popular dan bertenaga mereka buat nyanyian bersama khalayak.

Ujar Ito, sang vokalis mewakili Blues Gang, mereka akan menyanyikan lagu malar segar kegemaran ramai tetapi disuntik dengan nafas baru.

"Pada Konsert 2 Raksasa 2011 kelak, kami akan menyanyikan sekurang-kurangnya 10 buah lagu, termasuklah lagu wajib seperti Mak Siti, Apo Nak Dikato, Khatulistiwa dan Oh Mama, Saya Mahu Kahwin," ujarnya mewakili anggota yang lain iaitu Julian Mokhtar (gitar), Ghani Abu Talib (keyboard), Jim Madasamy (bass) dan Shaik Karim (dram) serta seorang anggota baru iaitu Azizi Isnin (gitar).

Buat vokalis Sweet Charity yang sekali gus digelar Papa Rock, Ramli Sarip, konsert itu punya momen tersendiri buat mereka. Ini adalah tahun ke-27 mereka mengadakan konsert sejak konsert pertama pada tahun 1984.

"Konsert 2 Raksasa 2011 merupakan kesinambungan konsert pertama kami yang diadakan pada tahun 1984.


TAHUN 1984, Sweet Charity muncul di Stadium Merdeka. Tahun ini mereka bakal menjejakkan kaki di situ lagi.


"Konsert ini bakal mengembalikan nostalgia dan mengubat kerinduan peminat Blues Gang dan Sweet Charity yang bukan sahaja terdiri daripada golongan lama tetapi juga muda," kata Ramli pada sidang media Konsert 2 Raksasa 2011 di Kuala Lumpur.

Yakin genre rock dan blues boleh disatukan di atas satu pentas, Ramli juga merasakan ia bakal menjadi kenangan terindah buat penyokong mereka selama ini.

"Ia bakal menjadi sejarah. Saya teringat ketika Konsert Raksasa pada tahun 1984, banyak dugaan yang kami tempuhi dan ia menjadikannya satu memori yang sangat istimewa," ujar Ramli mewakili Rosli Mohalim (gitar), Ahmad Jaafar (keyboard) dan Rahman Sarbani (dram).

"Sweet Charity akan mempersembahkan lagu-lagu wajib seperti Teratai dan Kamelia kerana ia adalah permintaan daripada peminat sendiri.

"Tidak akan ada gimik yang dilakukan, tetapi daripada 20 buah lagu yang akan kami persembahkan, terdapat enam buah lagu yang jarang dinyanyikan dalam persembahan sebelum ini," ujarnya.

Mengulas tentang energi untuk mengawal sebuah konsert berskala besar, ini bukan masalah buat jentera-jentera muzik hebat ini.

"Rasanya tidak timbul masalah tentang stamina kerana kami menyanyi menggunakan teknik tertentu dan bukan menggunakan kudrat.

"Biarpun kami sudah agak lama tidak muncul di televisyen tetapi kami masih aktif sebagai penyanyi. Kami mampu melakukannya," ujar Ito atau nama sebenarnya Mohd. Arid Kedut.

Tiket konsert yang dianjurkan oleh Netzah Productions Sdn. Bhd. itu dijual pada harga RM73 dan boleh didapati di laman web www.airasiaredtix.com.

Sebarang pertanyaan, hubungi 03-8775 4666 atau semua cawangan Redtix di Rock Corner dan Victoria Music.


MOMEN Alleycats bersama mendiang Loga (tiga dari kiri).


ALLEYCATS SAMPAIKAN SALAM

Artis: Alleycats

Tarikh: 16 hingga 18 September 2011

Lokasi: Istana Budaya

Sudah 43 tahun Alleycats bersenandung dalam industri seni tanah air. Dalam usia mencecah empat dekad itu, grup ini merupakan pemuzik bukan Melayu yang paling berjaya memikat hati pendengar Melayu.

Kali ini mereka bakal bersenandung lagi membawakan lagu-lagu mereka yang terpahat jelas di minda pencinta mereka. Sebelum ini, mereka mengadakan Konsert Senandung Semalam Bersama Alleycats di Istana Budaya pada tahun 2007.

Jika dikenang kembali, konsert amal lalu diadakan bagi memberi penghormatan kepada Loganathan, anggota kumpulan Alleycats yang meninggal dunia akibat barah paru-paru pada Jun 2007 selain mengisi dana Yayasan Paru-paru Malaysia.

Tanda tarikh 16 hingga 18 September ini kerana Alleycats bakal muncul kembali.

"Ini kali keempat kami mengadakan konsert tanpa Loga. Masih rasa asing sebenarnya. Konsert ini adalah sempena ulang tahun ke-43 kami dalam dunia hiburan sekali gus sebuah tribut buat Loga juga," ujar David yang menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama mereka berkolaborasi dengan orkestra tradisional.

Dalam konsert 90 minit ini, anak Loga iaitu Priyadashini, 24, bakal menyanyikan lagu-lagu bapanya. Sebuah peringatan buat sang ayah yang telah pergi pada Jun 2007.

Membuktikan jiwa kental mereka sebagai anak Malaysia, grup ini bakal membawakan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris, India, Cina dan Melayu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Kebaikan makan pisang

Posted:

Kebaikan makan pisang

Kebaikan makan pisang

Oleh KUMARA SABAPATTY
kumara.sabapatty@kosmo.com.my


PISANG murah dan mengandungi potasium yang amat berguna dalam menentang masalah kesihatan seperti strok.


PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.

Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.

Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.

Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

"Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.

"Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

"Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.

"Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

Khasiat

"Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi," katanya.

Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.

Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.

Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.

Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.

Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.

Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

"Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

"Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok," jelas beliau.

Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.

Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

"Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.

"Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang," katanya.

Laris

Pisang boleh diperoleh sepanjang tahun. Di negara ini, pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris. Ia turut menjadi tumpuan peniaga pisang goreng dan kerepek.

Seorang peniaga buah-buahan di Pasar Keramat, Kuala Lumpur, Ramli Mat Dalip, 42, berkata, pisang sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan ia adalah salah satu buah yang boleh didapati sepanjang tahun.

Kata beliau yang berniaga sejak 15 tahun lalu, pisang berangan dan abu sering dibeli peniaga kerepek atau kuih.

Bagaimanapun, katanya, pisang emas dan berangan memang laris dijual dan dibeli pengguna kerana rasanya manis dan boleh dimakan begitu sahaja.

"Dari segi harga, tidak banyak perbezaan kerana harga pisang mengikut jenisnya iaitu dijual sekitar RM2.80 hingga RM3 sekilogram.

"Permintaan terhadap pisang pada musim perayaan khususnya Tahun Baru Cina, Hari Wesak dan Deepavali juga memberangsangkan.

"Pengguna kerap datang meminta pisang emas dan rastali kerana saiznya kecil iaitu di antara tujuh hingga 10 sm.

"Mereka akan menggunakan pisang itu dalam upacara sembahyang selain untuk dimakan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga Romlah Ahmad, 31 menjelaskan, berbanding buah-buahan lain khususnya yang diimport, pisang tidak menghadapi masalah kenaikan harga.

"Pisang tidak menghadapi masalah itu. Harganya di mana sekali pun lebih kurang sama iaitu kekal sekitar RM2.80 hingga RM3.50 sekilogram.

"Lagipun pisang dikatakan paling berkhasiat dan kaya dengan zat dan vitamin. Tidak hairanlah jika orang ramai gemar memakannya," katanya.

Dalam pada itu, seorang pensyarah sebuah kolej swasta di ibu negara, Daljit Kaur, 36, berkata, beliau dan keluarga gemarkan pisang kerana kebaikan yang diperoleh daripada buah tersebut.

Katanya, sejak kecil lagi beliau suka makan pisang dan pernah sekali beliau berdepan dengan seorang rakan yang mempunyai masalah kekurangan hemoglobin dalam darah dan mencadangkan supaya dia makan pisang untuk mengatasi masalah tersebut.

"Selepas itu, saya dapati kesihatannya bertambah baik bahkan setahun kemudian, boleh dikatakan dia bebas sepenuhnya daripada masalah itu.

"Selain itu, ketiga-tiga anak saya yang berusia di antara enam hingga 13 tahun juga gemar makan pisang setiap hari.

"Mereka nampaknya sihat dan tidak menghadapi kesukaran untuk membuang air besar lagi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wnt tentukan rambut beruban

Posted:

Wnt tentukan rambut beruban

Wnt tentukan rambut beruban


SAINTIS telah menemui protein yang mengakibatkan rambut beruban.


GABUNGAN dua jenis sel stem iaitu sel folikel dan sel melanocytes akan membentuk rambut manusia yang berwarna.

Baru-baru ini, saintis dari Pusat Perubatan Universiti New York telah mengenal pasti sejenis protein yang mengkoordinasikan pigmentasi warna oleh dua jenis sel tersebut yang dinamakan sebagai Wnt.

Kandungan Wnt menentukan warna rambut yang akhirnya berubah menjadi uban.

Kekurangan protein tersebut dalam sel melanocytes menyebabkan rambut bertukar menjadi kelabu.

Profesor Mayumi Ito menjelaskan, manipulasi terhadap protein Wnt secara genetik boleh menghentikan rambut daripada beruban.

"Kita tahu bahawa sel stem folikel rambut dan sel melanocytes yang menghasilkan pigmen rambut sama-sama menghasilkan warna rambut tetapi bagaimana ia berlaku kita tidak ketahui.

"Kami telah mendapat petunjuk bahawa Wnt adalah penting untuk menyelaraskan aktiviti kedua-dua sel tersebut untuk mempigmentasikan struktur rambut.

"Rambut beruban adalah ditentukan oleh Wnt," katanya dalam jurnal Cell.

Tidur mengiring ke kiri elak keguguran

WANITA hamil yang tidur mengiring di sebelah kiri pada hari-hari terakhir sebelum proses bersalin dapat mengurangkan risiko kematian bayi.

Kajian yang dijalankan di Universiti Auckland, New Zealand menjelaskan bahawa wanita yang tidur mengiring pada sebelah kanan pula berisiko dua kali ganda untuk mengalami masalah tersebut.

"Wanita mengandung yang tidur dalam keadaan terlentang mahupun mengiring ke kanan dalam tempoh yang lama mengakibatkan pengaliran darah kepada bayi terbatas.

"Namun, keputusan kajian juga menunjukkan bahawa risiko kematian bayi adalah berkait rapat dengan rutin tidur yang lebih lama daripada biasa dan juga kekerapan tidur pada waktu siang," kata Tomasina Stacey dari Jabatan Obstetrik dan Ginaekologi.

Pengkaji menjelaskan bahawa wanita mengandung tidak perlu risau kerana kadar risikonya amat kecil iaitu 3.39 daripada 1,000 kelahiran bagi mereka yang tidur mengiring dan 1.96 bagi yang tidur mengiring ke kiri.

Stacey bagaimanapun menjelaskan kajian yang disiarkan dalam British Medical Journal (BMJ) itu merupakan sebuah hipotesis baharu dan perlu dikaji secara lebih mendalam lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved