Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Kelab Boling Padang Warga Emas anjur pertandingan
- Rajawali juara pertandingan dikir barat BB Plaza
- Karnival Jelajah Sihat sempena Hari Malaysia
Kelab Boling Padang Warga Emas anjur pertandingan Posted: Kelab Boling Padang Warga Emas anjur pertandingan![]() PEMAIN dari Kelab Boling Padang Warga Emas Seremban yang menyertai pertandingan sempena Hari Malaysia di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, Negeri Sembilan baru-baru ini. PATRIOTIK. Seramai 40 ahli Kelab Boling Padang Warga Emas Seremban menyertai pertandingan boling padang di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban di Negeri Sembilan baru-baru ini. Pengerusinya, Abd. Razak Hitam berkata, pertandingan itu diadakan bagi meraikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu. Selain beriadah bersama ahli, beliau berkata, pertandingan itu juga memupuk semangat cintakan negara kepada para ahli yang terdiri daripada golongan warga emas. "Kita mempunyai cara tersendiri untuk meraikan hari bersejarah ini dan pertandingan yang diadakan ini akan dapat mengeratkan hubungan sesama ahli. "Selain itu, pertandingan ini juga satu latihan persediaan kepada pemain yang akan beraksi dalam beberapa pertandingan dalam dan luar negara tidak lama lagi," katanya. |
Rajawali juara pertandingan dikir barat BB Plaza Posted: Rajawali juara pertandingan dikir barat BB Plaza![]() SABRI (berdiri, tiga dari kanan) bersama Kumpulan Rajawali gembira selepas menjadi juara Pertandingan Dikir Barat Kemerdekaan BB Plaza di Kuala Lumpur baru-baru ini. JUARA. Kumpulan Rajawali menjadi juara Pertandingan Dikir Barat Kemerdekaan Bukit Bintang (BB) Plaza sempena ulang tahun kali ke-55 kemerdekaan negara di Kuala Lumpur baru-baru ini. Pengerusi Persatuan Penyewa BB Plaza, Hassan Said berkata, pasukan itu telah mengalahkan lapan kumpulan lain yang menyertai pertandingan yang sama. "Sempena dengan sambutan hari kemerdekaan, timbul idea untuk menganjurkan Pertandingan Dikir Barat Piala Merdeka BB Plaza dan kami telah memilih pelawak terkenal, Sabri Yunus sebagai penyelaras untuk menguruskannya," katanya. Kumpulan Rajawali menerima hadiah wang tunai RM3,000. Menurut Hassan, walaupun kali pertama pertandingan dikir barat dianjurkan, pihaknya yakin ia mampu menjadi salah satu tarikan tersendiri. |
Karnival Jelajah Sihat sempena Hari Malaysia Posted: Karnival Jelajah Sihat sempena Hari Malaysia![]() AHMAD (tiga dari kanan, barisan tengah) dan M. Nasir (dua dari kanan) bersorak 1Malaysia pada Karnival Jelajah Sihat di Stadium Mini Pontian, Johor baru-baru ini. BERSEMANGAT. Bagi membangkitkan kesedaran dan menyemarakkan lagi Hari Malaysia, kira-kira 500 penduduk daerah Pontian menganjurkan Karnival Jelajah Sihat yang diadakan di Stadium Mini Pontian, Johor baru-baru ini. Karnival selama dua hari itu antara lain bertujuan memberikan penerangan kepada masyarakat melalui pameran mengenali negara serta aktiviti sampingan seperti promosi makan secara sihat dan aktiviti fizikal. Hadir sama, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dan penyanyi terkenal, Datuk M. Nasir yang diundang khas untuk menghiburkan para tetamu. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |