Selasa, 25 Disember 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Perubahan hidup melalui Majudiri

Posted:

Perubahan hidup melalui Majudiri

Perubahan hidup melalui Majudiri

KEPAYAHAN hidup berjauhan dari keluarga mebuatkan Puspavalli Narayansamy, 35, nekad mahu pulang ke tanah kelahirannya di Tapah, Perak.

Sewaktu mula-mula berhajat untuk bekerja sebagai penganalisis kewangan di Singapura, ibu tunggal itu hanya berniat untuk mengubah kehidupan keluarganya memandangkan menerima gaji bulanan yang lebih tinggi mengikut nilai mata wang republik itu.

Segala kerisauan dan ketakutan yang bersarang dalam hati tidak diendahkan malah dia melangkah penuh berani untuk mencabar kemampuan dirinya.

Sepanjang bekerja di tanah asing dari tahun 2009 hingga awal 2012, segala pahit maung kehidupan ditelan sendiri. Berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura, dia tetap menggagahkan dirinya hanya kerana satu niat iaitu untuk mengubah nasib keluarganya.

Begitupun, sebuah peristiwa hitam terjadi hingga hampir meragut nyawa ibu kepada dua orang anak itu.

"Sewaktu sedang menunggu bas untuk ke tempat kerja, beg tangan saya telah diragut oleh manusia berhati binatang," ujarnya yang mengimbas kembali insiden ngeri tersebut.

Tangan kirinya telah patah lalu menyebabkan segala upayanya untuk bekerja terjejas. Ditambah pula dengan beberapa masalah lain, motivasi hidupnya dirasakan berkecai sama sekali. Puspavalli yang patah hati, terus pulang ke kampung halamannya.

Hidupnya terus terumbang-ambing lantaran kehilangan punca pendapatan. Namun, melihatkan dua anak lelakinya yang sedang membesar dan memerlukan perhatian dan penjagaan sewajarnya, wanita cekal itu menyusun kembali langkahnya.

"Pada mulanya, saya merasakan kehidupan saya telah musnah hingga terpaksa meminjam wang untuk perbelanjaan makanan dan keperluan anak-anak saya," ujarnya.

Rumah ibu

Mujur Puspavalli masih memiliki tempat berteduh iaitu di rumah ibunya di Chenderiang, Tapah. Kelangsungan hidup mereka sekeluarga hanya bergantung kepada penjualan makanan ringan tradisional India, muruku, yang dijual secara kecil-kecilan kepada jiran tetangga dan teman-teman yang memahami keadaan hidupnya.

"Setiap hari, saya dan ibu sentiasa memikirkan cara untuk mengembangkan perniagaan kerana merasakan ia boleh dimajukan jika diberi peluang," jelas Puspavalli.

Dalam mencari solusi cuba merungkai permasalahan, dia didatangi teman rapatnya yang memperkenalkan Puspavalli pada projek Majudiri yang dianjurkan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MBD).


PENDAPATAN bulanan Puspavalli meningkat selepas menyertai program Majudiri.


"Pada awalnya, saya sedikti skeptikal malah kurang keyakinan diri untuk mencuba. Namun, selepas dipujuk oleh ibu, baru saya tergerak untuk turut serta dalam program tersebut.

Program dua hari itu banyak mengubah persepsi diri dan pemikirannya ke arah lebih positif. Dalam masa sama, kepercayaan pada diri semakin meningkat malah bersedia berdepan dengan segala kemungkinan.

"Tidak dinafikan, episod duka akibat perceraian dahulu sedikit sebanyak telah mengubah corak kehidupan saya. Kini, emosi itu beransur hilang dan berganti dengan kesungguhan untuk mengubah nasib hidup," ujarnya optimis.

Diiringi doa dan harapan ibunya yang mahukan Puspavalli kembali tegar meneruskan kehidupan, dia kini mula mengorak langkah memajukan bisnes muruku dan beberapa jenis makanan manis tradisi India.

Cari penyelesaian

"Projek Majudiri tersebut banyak mengajar saya mencari penyelesaian atas setiap permasalahan perniagaan yang saya hadapi.

"Malah, setiap peserta turut diberi panduan untuk memajukan bisnes dengan lebih meluas dan lari daripada kepompong lama," jelasnya.

Usai program tersebut, Puspavalli dapat merasakan peluang yang terbentang luas sedia menanti dirinya untuk diterokai dan mengembangkan jenama syarikatnya, Chellam Sweets ke peringkat lebih tinggi.

"Jika sebelum ini, saya tercari-cari peluang, rupanya saya tidak sedar yang ia telah tersedia di hadapan saya sejak sekian lama," tambahnya.

Ruang niaganya semakin mendapat tempat bukan sahaja dalam kalangan penghuni kejiranannya malah turut melangkau hingga ke luar negeri.

"Saya ada menerima pesanan dari Johor hingga ke Singapura. Saya kini sedang menunggu pengesahan daripada seorang kawan untuk memasarkan muruku buatan saya ke China," ujarnya bersungguh-sungguh.

Kelengkapan membuat manisan juga sedang dalam proses untuk digantikan ke peralatan yang lebih canggih. Selain daripada itu, dia turut berkira-kira untuk membesarkan lagi ruang dapurnya untuk memudahkan kerja-kerja pembuatan.


SHAHABUDIN terus berusaha dalam memajukan diri dalam bisnes pembinaan yang telah dilakukan sejak usia remaja.


"Jika dahulu, kadar pendapatan keluarga kami hanya sekitar RM1,000 sebulan, tetapi kini ia mencecah sehingga RM3,000 hingga RM4,000 walaupun bukan pada musim perayaan.

"Saya juga mempunyai dua orang pembantu bagi meringankan beban pekerjaan jika mendapat tempahan yang lebih," jelasnya.

Motivasi seorang bapa

Perubahan hidup yang lebih selesa turut diimpikan oleh seorang tukang pembuat rumah, Shahabudin Ismail, 60.

Dengan hampir separuh daripada hidupnya berkecimpung dalam bidang pembinaan, Shahabudin sebelum ini hanya mampu menampung tujuh anaknya dengan pendapatan tidak tetap iaitu sekadar RM350 seminggu.

Semua itu bergantung kepada permintaan kerja yang tidak menentu malah ditambah dengan keadaan dirinya yang semakin berusia.

"Kalau dapat projek, dapatlah saya memberi sedikit wang kepada isteri untuk dibuat perbelanjaan seharian," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Membantu mengurangkan beban keluarga, isterinya turut bersama-sama mencari rezeki dengan bekerja sebagai tukang masak di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berdekatan rumahnya yang terletak di PPRT Kampung Tok Sirat, Lintang, Sungai Siput, Perak.

"Saya masih ada empat orang anak yang masih bersekolah dan memerlukan sumber kewangan bagi menampung belanja harian dan persekolahan mereka," ujarnya.

Shahabudin pada awalnya hairan kerana peluang masih belum terbuka buat dirinya walau sudah bertahun lama berkecimpung dalam kerjaya tersebut dan banyak kali cuba memajukan perniagaannya.

"Mungkin disebabkan saya hanya menanti peluang tanpa mencari ruang untuk melangkah lebih jauh, membuatkan perniagaan saya masih di takuk lama," jelasnya.

Komunikasi berkesan

Atas saranan daripada ketua kampung yang menasihatkannya untuk mengikuti program Majudiri, dia mula merasai perubahan dalam diri.

"Program tersebut membuka minda saya untuk mencari peluang dalam memajukan lagi ruang perniagaan saya," ujarnya.

Antara yang dipelajari dalam program itu adalah latihan komunikasi, kaedah pemasaran bisnes, mengenal pasti sasaran niaga dan asas keusahawanan.

"Salah satu skil yang berguna pada saya adalah komunikasi secara berkesan ketika berjumpa pelanggan. Ia meningkatkan lagi cara pergaulan agar tampil lebih yakin dalam sebarang perbincangan," jelas Shahabudin.

Tambahnya, jika sebelum ini dia hanya mampu memberi cadangan atau pandangan cara lama, kini Shahabudin lebih terbuka dalam memberi idea dan pendapat yang lebih segar dan meyakinkan.

"Kami diajar untuk mengurus syarikat dengan strategi yang lebih praktikal mengikut keadaan semasa. Jika dalam kebuntuan akibat berhadapan dengan masalah, cari jalan penyelesaian melalui pelan kedua," ujarnya.


MURUKU Puspavalli kini mendapat tempahan dari dalam dan luar negeri.


Keterbukaan dirinya mula membuahkan hasil apabila dia semakin banyak mendapat projek. Ia turut merangkumi pembinaan dalam skala yang lebih besar sehingga mampu untuk mengupah beberapa pekerja tempatan. Dia juga menumpukan prospek perniagaan yang lebih luas berbanding sebelumnya.

"Boleh dikatakan saya kini mampu menarik nafas lega kerana banyak mendapat projek. Jika saya masih berfikiran seperti dahulu dan tidak menyertai program Majudiri tersebut, pendapatan keluarga saya tentunya tetap seperti dahulu," ujarnya.

Dia sudah mampu tersenyum apabila mampu mendapat sumber pendapatan sekitar RM10,000 hingga RM20,000 untuk sesebuah projek. Bersyukur dengan rezeki yang kini terbentang luas, Shahabudin mahu mendedikasikan hasil usha itu untuk ahli keluarganya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


CMCF kawal kandungan siaran Malaysia

Posted:

CMCF kawal kandungan siaran Malaysia

CMCF kawal kandungan siaran Malaysia

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

PADA usia 15 tahun, Shahrul (bukan nama sebenar) mengakui, dirinya ketagih untuk melayari laman web yang memaparkan kandungan pornografi seperti gambar-gambar lucah. Kecanggihan teknologi masa kini memudahkan lagi proses untuknya berbuat demikian.

Apatah lagi memiliki telefon pintar yang dihadiahkan oleh ibu bapa, membolehkan Shahrul mengakses laman tersebut tanpa sebarang kekangan. Bukan itu sahaja, komputer riba yang diletakkan di dalam bilik turut memudahkan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di ibu kota itu melayan nafsu kotornya.

"Pada mulanya saya sekadar suka-suka atas ajakan rakan sebaya. Lama-kelamaan saya terus ketagih hingga setiap hari saya pasti akan melayari laman lucah tersebut. Tambahan pula, laman yang dilayari tiada sebarang kawalan untuk menyekat pengguna daripada menontonnya," ujar Shahrul tanpa sebarang rasa kesal atau malu.

Situasi yang dihadapi Shahrul mungkin turut dialami oleh ramai remaja di negara ini. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memantau setiap anak mereka daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat tersebut.

Pengarah Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Mohd. Mustaffa Fazil Mohd. Abdan, 39, berkata, bagi mereka yang mementingkan nilai kesopanan dan adab menjaga kehormatan, kandungan lucah boleh menimbulkan rasa jijik lantaran gambaran memberahikan yang bertentangan dengan hukum agama serta norma masyarakat Timur.

Pengaruh negatif


TEKNOLOGI yang semakin canggih membolehkan masyarakat memperoleh maklumat di hujung jari. - Gambar hiasan


Kandungan lucah sebenarnya mendatangkan pengaruh negatif dan merosakkan pemikiran masyarakat terutamanya generasi muda.

"Teknologi kini berkembang pesat pada kadar yang terlalu pantas. Di sebalik kelangsungan proses ini, pasti ada bahaya yang menanti. Justeru, CMCF mahu mendidik orang ramai tentang kepentingan mengamalkan kawalan kendiri dalam mengakses kandungan multimedia.

"Pada waktu dahulu, kandungan disiarkan hanya melalui radio atau televisyen, tetapi sekarang terdapat pelbagai cara penyampaian pesanan dan kandungan.

"Kami di CMCF menggesa semua pengguna multimedia supaya berwaspada apabila mengakses sesuatu kandungan multimedia," ungkap Mustaffa dalam satu temu bual bersama Kosmo! di Petaling Jaya baru-baru ini.

Tambahnya, dengan pengenalan TV kabel dan internet (IPTV, Video on Demand dan lain-lain), khalayak kini terdedah kepada liputan kandungan yang lebih luas. Maka, pertimbangan yang sewajarnya perlu bagi memastikan masyarakat hanya mengakses kandungan yang positif dan sihat.

"Saya amat berharap orang ramai akan memainkan peranan aktif dalam memastikan masyarakat kita khususnya generasi muda bebas daripada kandungan negatif, berbahaya dan merosakkan," ujarnya.

Badan pemantau

Mula ditubuhkan secara rasmi pada 2001, CMCF adalah sebuah badan pemantau di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang terletak di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Ia bertanggungjawab menggubal dan membangunkan satu Kod Kandungan negara yang bukan sahaja untuk pengamal industri malah buat pengguna awam.

Tujuan utama Kod Kandungan adalah untuk mencadangkan garis panduan dan tatacara berhubung peruntukan kandungan melalui kawalan diri oleh industri dengan cara yang praktikal.

Selain itu, ia boleh dilaksanakan secara komersial. Pada masa yang sama, ia merangsang, mempromosi dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan industri.


ANTARA contoh iklan CMCF yang dipaparkan melalui medium internet dan televisyen yang bertujuan mendidik masyarakat agar lebih memahami kepentingan Kod Kandungan.


"Pada tahun 2004, Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan) telah didaftar oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan berkuat kuasa pada tahun yang sama.

"Pembangunan Kod Kandungan mengambil masa selama tiga tahun hasil kerjasama semua pihak yang menggembleng tenaga. Secara am, mereka terdiri daripada pihak yang terlibat dalam industri elektronik dan khusus bagi pengamal, pembekal serta pengguna.

"Kod Kandungan ini menggabungkan semua tatacara dan jenis panduan sedia ada dimasuk dan diolah semula. Ia membantu usaha industri komunikasi dan multimedia ke arah kawalan kendiri sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA)," jelas beliau.

Dalam usaha untuk meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai kewujudan Kod Kandungan, CMCF telah melaksanakan pelbagai program.

"Antaranya untuk menjadikan Kod Kandungan lebih mudah difahami, pihak kami telah menerbitkan buku dalam empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil secara dalam talian.

"Selain itu, sejak ditubuhkan lebih 11 tahun lalu, CMCF telah mencapai beberapa sasaran penting yang membantu khalayak memahami dengan jelas mengenai Kod Kandungan terutamanya dari segi mengenal pasti kandungan yang tidak sesuai dan melanggar undang-undang," katanya lagi.

Tidak ketinggalan, CMCF juga telah berjaya mewujudkan Biro Aduan serta menganjurkan program kesedaran untuk pelbagai sektor sama ada awam mahupun swasta.

Operasi Biro Aduan adalah untuk menerima dan menyelesaikan aduan yang diterima daripada orang awam. Secara purata setiap tahun terdapat lebih 100 aduan yang diterima merangkumi pelbagai medium utama seperti televisyen, internet dan radio.

Program kesedaran

CMCF turut mengadakan sesi jelajah program kesedaran di seluruh negara dengan kerjasama SKMM serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

"Di samping itu, pelaksanaan Program Kluster Sekolah pula bertujuan untuk mendidik pelajar tentang Kod Kandungan agar mereka lebih bertanggungjawab dan berhati-hati ketika memuat turun atau menghantar sesuatu kandungan yang negatif.


DUA kakitangan Biro Aduan CMCF meneliti aduan yang diterima daripada orang ramai.


"Terdapat dua fasa dalam program ini iaitu Fasa I bagi pelajar sekolah menengah manakala Fasa II untuk pelajar sekolah rendah," ujar Mustaffa lebih lanjut.

Tegas beliau, penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak kecil atau pelajar tidak patut disekat, tetapi mereka perlu dibimbing untuk menggunakannya ke arah kebaikan.

"Oleh itu, kawalan kendiri sebenarnya bermula di rumah yang memerlukan pembabitan ibu bapa secara langsung dalam memantau aktiviti pelayaran internet anak-anak.

"Sebagai contoh, ibu bapa perlu membeli perisian yang boleh menyekat anak-anak daripada menonton atau melihat kandungan lucah yang banyak terdapat di pasaran. Jangan sesekali membiarkan mereka melayari internet sendirian. Walaupun sedikit kawalan kendiri dapat diamalkan, ia mampu memberi kesan besar dalam kehidupan anak-anak," tuturnya melahirkan harapan terhadap ibu bapa agar tidak memandang remeh tentang perkara ini.

Kelangsungan hidup enggang di Thailand

Posted:

Kelangsungan hidup enggang di Thailand

Kelangsungan hidup enggang di Thailand

Oleh ADLAN JAAFAR


TERDAPAT 13 spesies enggang di Thailand, manakala 10 jenis di Malaysia.


PROF. DR. PILAI POONSWAD, 66, dari Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Sains, Universiti Mahidol, Thailand sudah mengabdikan diri selama 34 tahun daripada keseluruhan usianya dengan melakukan kajian terhadap burung enggang.

Baru-baru ini, beliau bertandang ke Malaysia untuk berkongsi pengalaman menjalankan usaha memelihara dan memulihara burung tersebut di sana.

Menurut Pilai, burung enggang sangat istimewa kerana beberapa ciri yang dimilikinya iaitu saiznya yang besar antara 60 hingga 150 sentimeter.

Burung enggang juga merupakan sejenis haiwan yang bersifat monogami dan terkenal dengan sifat kejujuran terhadap pasangannya.

"Paling menarik ialah burung enggang betina mengurung dirinya sendiri dalam sarang manakala burung jantan memberi makan kepada pasangan," katanya dalam sebuah seminar yang diadakan di ibu pejabat Pencinta Alam Sekitar Malaysia (MNS), Kuala Lumpur.

Di Thailand terdapat 13 spesies yang boleh ditemui antaranya seperti burung enggang papan (Buceros bicornis) yang berukuran 15 sentimeter, burung enggang kedut (Aceros leucocephalus), dan burung enggang jambul putih (Berenicornis comatus).

Musuh semula jadi burung enggang ialah marten berleher kuning, musang dan binturong.

Ancaman yang sering dihadapi oleh enggang ialah kegiatan memburu, pembalakan haram dan pencerobohan kawasan hutan selain kehilangan pokok-pokok berongga yang sesuai untuk sarang enggang.

Cabaran terbesar yang dihadapi pasukan Pilai adalah untuk meyakinkan pihak pemburu berdekatan Taman Negara Budo-Sungai Padi yang berkeluasan 340 kilometer persegi agar meninggalkan pekerjaan mereka.

Siri penerangan mengenai kepentingan tidak memburu enggang dan tanggungjawab para pemburu untuk tidak memperdagang burung tersebut juga giat dijalankan.

Kemudian, para pemburu yang telah meninggalkan pekerjaan mereka diberi tunjuk ajar supaya dapat menjadi pembantu penyelidik.

"Kami juga menjalankan pelancongan eko dan program anak angkat terhadap burung enggang. Mereka juga sudah menurunkan ilmu kepada anak-anak masing-masing," ceritanya lagi.

Ubah suai pokok

Dalam pemantauan yang dilakukan dari tahun 1994 hingga 2008, bilangan pokok yang ditemui menjadi sarang burung enggang adalah sebanyak 168 batang.

Bagi memudahkan pembiakan burung enggang, pasukan Pilai dan orang kampung banyak melakukan pengubahsuaian pada pokok-pokok yang sedia ada.

Mereka menambah baik atau mengubah suai sarang dengan meletakkan platform pada rongga pokok supaya senang dihinggapi enggang jantan.

Bagi rongga yang terlalu besar, pihaknya memasang papan bagi mengecilkan sedikit, manakala bahagian lantai yang terlalu dalam, pasir diisikan ke dalam rongga itu supaya arasnya dapat dinaikkan, terang Pilai.


MARTEN berleher kuning ini merupakan antara musuh semula jadi enggang di Thailand.


Bagi pokok yang sesuai untuk dijadikan sarang tetapi tidak mempunyai rongga, pasukan pengkaji itu memasang sarang buatan supaya memudahkan enggang membiak.

Terdapat juga rongga pokok yang semakin mengecil kerana sarang burung enggang itu merupakan tumbuhan hidup yang membesar seiring masa.

"Kamu mungkin tidak kaya sekarang tetapi anak-anak anda akan berterima kasih atas apa yang telah dilakukan pada hari ini," kata Pilai ketika memberi nasihat kepada penduduk tempatan.

Sepanjang berada di Malaysia, Pilai turut mengadakan sesi taklimat Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan di jabatan-jabatan perhutanan di sini.

Misi jejak kekasih lama

Posted:

Misi jejak kekasih lama

Misi jejak kekasih lama

Oleh MOHAMMAD RADZI ZOHRI


DESTINIA mengajak pemain menyempurnakan misi dalam plot cerita yang menarik.


PERMAINAN video role playing game (RPG) merupakan salah satu genre yang mungkin mengajak pemain untuk bermain lebih lama.

Ini adalah tidak ganjil kerana permainan video RPG adalah salah satu genre yang sangat imersif dan pemain boleh melakukan pelbagai perkara seperti misi-misi sampingan selain objektif utama permainan.

Untuk itu, Gamevil Inc., sebuah syarikat yang terletak di Seoul, Korea telah melancarkan satu lagi permainan video mereka iaitu Destinia, sebuah RPG yang juga mampu memberi kesemua nilai-nilai RPG yang ada pada konsol aliran utama seperti Final Fantasy. Dilancarkan pada penghujung 2011, Destinia boleh didapati pada platform sistem operasi Android.

Plot

Permainan video ini berkisarkan tentang seorang Imperial Guard, iaitu Duke yang telah dipenjarakan atas sebab mengingkari arahan untuk membunuh orang yang tidak bersalah.

Dari sinilah plot permainan bermula. Duke kemudiannya diselamatkan dan dirawat oleh puteri puak penentang iaitu Princess Crystal. Tiba di kem utama, Duke membalas jasa tersebut dengan mendapatkan sejenis herba yang mampu menghidupkan orang yang telah mati dan kemudiannya bercadang untuk pulang ke tanah air.

Namun, Duke terkejut kerana rumahnya kini dikuasai Imperial Army. Akibatnya, Duke kebingungan lantas cuba mencari kekasih lamanya iaitu Lena. Dari situ, plot semakin menebal.

Mekanisme permainan

Pemain harus menunggu peluang untuk menyerang pihak musuh. Mereka (pemain) diberikan kawalan sepenuhnya ke atas watak Duke dari sudut kamera third person view yang memberikan penglihatan ke atas sesuatu kawasan dengan terperinci.

Kawalan pada skrin sesentuh juga amat mudah untuk difahami dan dioperasi. Terdapat satu joystick maya di sebelah kiri skrin dan pada bahagian kanan skrin pula terdapat slot-slot hot key yang membolehkan pemain mencapai barang mahupun skil dengan mudah.

Ia bertujuan untuk melancarkan lagi fasa permainan kerana pemain tidak perlu membuka menu untuk melihat senarai skil yang ada.

Destinia ialah sebuah RPG hack and slash seperti siri God of War dan Devil May Cry cuma aspek grafik permainan ini tidak semantap siri berkenaan.

Bagi peminat genre ini, mereka pasti akan menghargai fakta bahawa platform mudah alih mereka kini mempunyai permainan video yang mampu memberikan kepuasan yang sama.

Kelas utama

Pada awal permainan, pemain diberi pilihan untuk memilih antara tiga kelas iaitu Warrior, Thief dan Gunner dengan setiap kelas mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Seperti nama mereka, Warrior adalah sesuai untuk mereka yang meminati pertempuran jarak dekat dan menggemari senjata-senjata yang besar.

Thief pula adalah sesuai untuk mereka yang mementingkan ketangkasan dan bergantung kepada skala parameter Agility (kelincahan) Duke.

Kelas Gunner pula adalah sesuai untuk pemain yang ingin bermain secara selamat kerana kelas ini mampu menyerang dari jarak jauh dan adalah mudah untuk mengelak serangan pihak musuh.

Sistem unik

Destinia mempunyai system yang membolehkan pemain mencipta dan meningkatkan kemampuan senjata serta kelengkapan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan mentah yang boleh dijumpai sepanjang perjalanan.

Lebih memudahkan, tidak seperti RPG yang tipikal, pemain tidak perlu mencari resipi untuk mencipta barang yang spesifik kerana kesemuanya telah disenaraikan.

Paling penting, penciptaan mahupun pelupusan kelengkapan boleh dilakukan di mana-mana bahagian permainan. Haiwan belaan atau seperti yang digunakan dalam Destinia, iaitu Pet juga boleh dibela.

Pet berfungsi untuk membantu pemain sepanjang permainan dan setiap Pet mempunyai kemahiran aktif dan kemahiran pasif yang berbeza. Mereka juga boleh berubah menjadi lebih kuat dengan mengorbankan Pet yang lain.

Grafik dan audio

Walaupun Destinia tampil dengan grafik yang sederhana, pemain pasti akan menghargai perkara-perkara kecil seperti perubahan penampilan Duke setiap kali pemain mengubah kelengkapan. Paling menarik, kelengkapan seperti pedang yang telah ditingkatkan kemampuannya akan bersinar sepanjang permainan.

Audio yang ditawarkan juga adalah sederhana dan agak baik untuk permainan video seperti Destinia, walaupun audio yang digunakan adalah pendek dan diulang dengan jelas di beberapa bahagian.

Secara keseluruhannya, Destinia merupakan sebuah permainan video RPG yang berkualiti keluaran Gamevil Inc. Judul ini adalah sebagai alternatif bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk duduk dan bermain RPG di platform konsol. Paling penting, Destinia boleh didapati di Google Play secara percuma.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Boling persahabatan TM, media Terengganu

Posted:

Boling persahabatan TM, media Terengganu

Boling persahabatan TM, media Terengganu


KAKITANGAN TM dan petugas media bergambar kenangan pada kejohanan boling persahabatan di Kuala Terengganu baru-baru ini.


PENGHARGAAN. Satu Kejohanan Boling Jemputan Telekom Malaysia (TM) bersama Media Terengganu 2012 diadakan di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu baru-baru ini. Kejohanan diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak.

Pengurus Besar TM Terengganu, Hamidun Ismail berkata, kejohanan itu merupakan tanda penghargaan TM kepada media cetak dan elektronik yang selama ini membuat liputan mengenai syarikat berkenaan.

"Kejohanan sebegini bukan sahaja mampu mengeratkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak tetapi juga memupuk semangat kesukanan sekali gus mengamalkan cara hidup sihat," katanya.

12 pegawai Jabatan Penerangan Sabah terima penghargaan

Posted:

12 pegawai Jabatan Penerangan Sabah terima penghargaan

12 pegawai Jabatan Penerangan Sabah terima penghargaan


JAPLIN (dua dari kiri) menyampaikan anugerah kepada wakil Majlis Perbandaran Sandakan yang memenangi Anugerah Keceriaan Bangunan Kerajaan di Kota Kinabalu baru-baru ini.


ANUGERAH. Seramai 12 pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan Sabah menerima anugerah inovasi pada Malam Anugerah Inovasi jabatan itu sempena Bulan Kemerdekaan peringkat negeri Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Antara penerima anugerah ialah Timbalan Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Sabah, Muhammad Mohd. Ali.

Beliau yang merupakan Pegawai Penerangan di Pejabat Akhbar Jabatan Ketua Menteri menerima Anugerah Pegawai Perhubungan Awam Terbaik.

Pada majlis tersebut juga, sebanyak tujuh Anugerah Keceriaan disampaikan bagi kategori Bangunan Kerajaan, Swasta, Sekolah dan Kediaman.

Anugerah kepada para pemenang disampaikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Japlin Akim.

Warga emas Bandar Puncak Alam sertai Walk for Health

Posted:

Warga emas Bandar Puncak Alam sertai Walk for Health

Warga emas Bandar Puncak Alam sertai Walk for Health


SEBAHAGIAN daripada warga emas Fasa 2 Bandar Puncak Alam yang menyertai aktiviti Walk for Health di Kuala Selangor baru-baru ini.


RIADAH. Seramai 90 warga emas Fasa 2 Bandar Puncak Alam menyertai aktiviti 'Walk For Health' anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Kuala Selangor baru-baru ini.

Pelancaran aktiviti itu bertujuan mengalakkan lebih ramai lagi warga emas turun padang untuk menyertainya malah memberi kesedaran kepada orang ramai untuk lebih kerap mengadakan program riadah.

Melalui aktivti itu, para peserta berjalan selama dua jam.

Walaupun letih, mereka berharap aktiviti seperti itu diadakan lagi supaya warga emas dapat hidup lebih sihat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Minta nasi Arab dapat nasi tomato

Posted:

Minta nasi Arab dapat nasi tomato

Minta nasi Arab dapat nasi tomato

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

NASI putih yang dihidangkan kepada tetamu pada majlis perkahwinan anak Fauziah di Shah Alam pada 15 November lalu.


SHAH ALAM – Seorang ibu dan anak perempuannya kecewa apabila majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah kelab di Seksyen U9 di sini pada 15 November lalu tidak menepati permintaan mereka.

Fauziah Osman, 53, mendakwa, perancangan yang diadakan sejak Julai bagi perkahwinan anaknya, Siti Mariam Roslan, 31, dengan Mohd. Zulhaidi Zakuan, 24, menjadi sia-sia apabila hidangan perkahwinan yang ditempah iaitu nasi Arab digantikan dengan nasi putih dan nasi tomato.

Lebih malang, kata Fauziah, pakej perkahwinan yang mencecah kos sebanyak RM37,275 itu tidak menyediakan kuantiti makanan yang mencukupi untuk 550 jemputan.

"Kami telah bersetuju untuk hidangan nasi Arab bersama dalca sayur, daging masak lada hitam, ayam goreng berempah dan air kordial seperti ketika uji rasa makanan pada 8 Julai lalu.

"Namun, kami kecewa apabila ketika majlis berlangsung pada pukul 8 malam, 15 November lalu, nasi Arab yang ditempah telah bertukar kepada nasi putih manakala katerer yang digunakan untuk menyediakan hidangan itu pula dikatakan bukan katerer ketika waktu uji rasa dahulu," katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Seksyen 13 di sini semalam.

Menurut Fauziah, dia terpaksa mendedahkan masalah tersebut kepada pihak media kerana usahanya untuk menuntut ganti rugi dengan pihak pengurusan kelab terbabit sebelum ini menemui jalan buntu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Leuniey sendiri jemput bapa

Posted:

Leuniey sendiri jemput bapa

Leuniey sendiri jemput bapa

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my


LEUNIEY bakal bernikah dengan Khairul Fahmi pada Jumaat ini.


KOTA BHARU – "Anak saya sendiri telah menjemput bapa kandungnya itu untuk menghadiri perkahwinan mereka."

Demikian tegas Nor Laila Abu Bakar, 40, ibu kepada Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21, yang akan melangsungkan perkahwinan dengan penjaga gol bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, pada Jumaat ini.

"Sebelum ini, Leuniey ada ke rumah bapa kandungnya untuk menandatangani borang sebagai wali nikah dan ketika itu juga Leuniey telah menjemput bapa kandungnya itu turut hadir pada majlis pernikahannya.

"Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini kerana ia lebih kepada isu dalaman keluarga," tegas Nor Laila yang menafikan laporan sebuah akhbar semalam yang mendakwa bapa kandung Leuniey, Jaafar Mohamad terguris kerana tidak diundang ke majlis perkahwinan tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

‘Keng Yaik sukar dicari ganti’

Posted:

'Keng Yaik sukar dicari ganti'

'Keng Yaik sukar dicari ganti'


NAJIB bersama Rosmah (kanan) sambil diiringi Tsu Koon (kiri) menziarahi mendiang Keng Yaik semalam.


PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sukar untuk mencari seorang lagi tokoh dalam landskap politik tempatan seperti Tun Lim Keng Yaik, bekas Presiden Gerakan yang meninggal dunia Sabtu lepas.

"Beliau memiliki gaya yang tidak dapat ditiru dan sukar untuk mencari Lim Keng Yaik yang lain dalam politik Malaysia. Jadi, beliau pasti akan dirindui dan kita akan mengingatinya untuk masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir ke atas mendiang di Tropicana Golf and Country Resort di sini semalam.

Dengan diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Najib berada di kediaman Keng Yaik selama setengah jam. Turut hadir, Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut berangkat memberi penghormatan terakhir ke atas mendiang semalam ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Seri Paduka meluangkan masa kira-kira 10 minit di kediaman mendiang dengan diiringi anak mendiang yang juga Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Lim Si Pin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kalsium tinggi dalam krimer

Posted:

Kalsium tinggi dalam krimer

Kalsium tinggi dalam krimer

JUI SIA (kanan) dan Norazmir sempat memberi penerangan mengenai keperluan kalsium untuk tubuh.


TEH tarik boleh dikatakan minuman kegemaran rakyat Malaysia. Ia merupakan komposisi teh dan susu yang diadun sempurna secara menuangnya dari bekas bancuhan ke dalam cawan dari jarak tinggi berulang kali sehingga menghasilkan buih.

Namun, rasanya yang manis lantaran sering menggunakan susu lemak penuh krim menyebabkan ia sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis.

Pengeluar susu F&N Dairies (M) Sdn. Bhd. telah melancarkan satu lagi rangkaian produk terbaharunya iaitu krimer manis kalsium tinggi F&N baru-baru.

Krimer manis kalsium tinggi F&N itu merupakan produk baharu pertama yang dikeluarkan di kilang F&N Dairies baharu di Pulau Indah, Klang dengan menggunakan teknologi canggih yang menelan kos RM350 juta.

Sehubungan itu, pihak F&N menyasarkan pengeluaran susu tersebut lebih kurang 29 juta tin setahun untuk produk tersebut.

Ia dijual di pasar raya-pasar raya besar dan kedai runcit di seluruh negara dan boleh didapati dalam tiga saiz iaitu 390 gram, 500 gram serta satu kilogram.

Menyedari keperluan kandungan nutrisi dalam pengambilan makanan, produk terbaharu itu mengandungi tiga kali kalsum berbanding susu lemak manis yang lain.

Selain itu, ia turut diperkaya dengan vitamin D3 bagi membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dalam badan.

Pengarah urusannya, Tan Hock Beng berkata, kaedah teknologi terkini di kilang baharu itu membolehkan susu yang berkualiti dibuat.

"Semua tin diisi dengan kuantiti cecair nitrogen yang berpatutan untuk memastikan kesegaran produk kekal dalam tempoh yang lama," katanya ketika majlis pelancaran krimer manis kalsium tinggi F&N.

Keseluruhan nilai produk telah dinaik taraf dan dia memberi jaminan, pengguna boleh menikmati kebaikan produk dan dalam masa yang sama yakin dengan kualiti dan kesegaran dalam setiap tin.

Sama seperti rangkaian susu yang lain, Krimer manis kalsium tinggi F&N juga sesuai untuk minuman teh, kopi, coklat dan malt.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri ketua pegawai eksekutif F&N Holdings Berhad, Datuk Ng Jui Sia dan pensyarah kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakuiti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara, Dr. Norazmir Md. Nor untuk memberi penerangan mengenai keperluan kalsium dalam badan.

"Kami berharap semua pengguna Malaysia dapat menghargai setiap tin susu yang dihasilkan di kilang ini," kata Jui Sia.

Mahathir optimis pencapaian negara

Posted:

Mahathir optimis pencapaian negara

Mahathir optimis pencapaian negara


TUN MAHATHIR mahu rakyat negara bersyukur kerana dapat hidup dengan tenang dan aman damai di Malaysia.


BEKAS Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melalui kehidupan sejak awal abad ke-19 menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertuah dalam banyak aspek.

Beliau yang menerajui negara ini selama 22 tahun sehingga awal abad ke-20 mengakui Malaysia telah melalui banyak transformasi dan pencapaian yang amat cemerlang.

Sejak pemerintahan British hingga negara mencapai kemerdekaan, Malaysia melalui satu perubahan yang begitu lancar baik dari segi sosial, politik dan ekonomi. Dari segi ekonomi, Malaysia yang suatu ketika dahulu bergantung kepada pertanian, kini beralih menjadi sebuah negara yang berteknologi tinggi.

"Malaysia merupakan sebuah negara yang aman damai kecuali ketika pendudukan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan tragedi hitam, 13 Mei 1969," demikian ucapan mengenai keamanan di Malaysia oleh Tun Mahathir di hadapan Ahli Parlimen dalam satu jamuan makan malam di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tun Mahathir berkata, walaupun tuah itu bukan perkara baharu untuk diperkatakan, namun ia harus sentiasa diperdengarkan kepada 28 juta rakyat Malaysia khususnya generasi muda. Secara tidak langsung, ia menjadikan mereka sentiasa berbangga dan bersyukur betapa beruntungnya berpijak dan membina kehidupan di bumi Malaysia.

Paling jelas kata beliau ialah aspek peningkatan ekonomi yang menjadikan Malaysia dan rakyatnya kini hidup dalam zon selesa serta setanding dengan negara maju lain.

"Saya selalu buat perbandingan antara masa saya dan masa kini. Ketika zaman British dahulu, 70 peratus rakyat Malaysia hidup di bawah paras kemiskinan," katanya.

Namun keadaan pada masa kini jauh berbeza. Perubahan ini menjadi satu ukuran yang jelas kepada rakyat untuk memahami kemajuan yang telah dicapai Malaysia sejak negara merdeka selama 55 tahun.

Kemajuan ekonomi Malaysia begitu menakjubkan terutama jika dibuat perbandingan dengan negara yang mencapai kemerdekaan hampir seusia Malaysia iaitu Uganda, di Afrika.

Ekonomi negara maju

"Uganda pernah dianggap oleh British sebagai negara yang lebih maju berbanding Malaysia, namun apabila saya berada di sana (Uganda), pemimpinnya bertanya, bagaimana Uganda kini ketinggalan 50 tahun kebelakang berbanding Malaysia?," kata beliau.

Banyak negara Eropah seperti Greece, Portugal dan Itali yang terkenal sebagai pemegang ekonomi dunia, kini berdepan dengan krisis ekonomi.

Negara kuasa besar dunia, Amerika Syarikat juga terpaksa melalui kemelesetan ekonomi dan mencatatkan kadar pengangguran yang tinggi.

Meskipun Malaysia didominasi tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India serta 29 suku kaum Sabah dan Sarawak, rakyatnya hidup harmoni.

Namun, lain pula senarionya di kebanyakan negara yang berbilang kaum dan puak seperti di Pakistan, Iraq dan Afghanistan. Rusuhan kaum sering berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai fahaman dan mazhab yang berbeza di negara-negara tersebut.

"Di sebelah Asia Barat pula, kita dapati negara Arab menjadi keadaan kucar-kacir, sudah ada pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan Libya, Mesir, Syria dan Bahrain.

"Sementara itu, di Asia pula, Thailand dan Filipina juga menyaksikan beberapa kejadian tunjuk perasaan dan rusuhan jalanan," katanya.

Tun Mahathir berkata, rakyat Malaysia bertuah bukan kerana ekonomi dan penyatuan rakyatnya, bahkan bumi indah ini berada dalam kedudukan geografi yang semula jadinya bebas daripada bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, ribut taufan dan letusan gunung berapi.

"Kita juga wajib bersyukur kerana di sebelah timur kita terdapat angin yang cukup kencang tetapi kita dilindungi Filipina, manakala di sebelah barat ada tsunami tetapi Sumatera menjadi benteng melindungi Malaysia," katanya.

Lebih membanggakan, Malaysia berkeupayaan mendirikan menara ketiga tertinggi di dunia iaitu menara KLCC dengan kos RM3 bilion. Jika dibandingkan dengan negara lain, mereka terpaksa membayar kos tiga kali ganda lebih tinggi untuk mendirikan menara seumpama itu kerana diancam gempa bumi.

Sehubungan itu, Tun Mahathir menyeru rakyat Malaysia supaya mengekalkan keharmonian negara dengan hidup secara rukun dan bersatu padu dan sentiasa berusaha menyelesaikan segala permasalahan dengan cara yang tertib.

Beliau yang meluahkan kegembiraan menyaksikan pencapaian Malaysia turut optimis Malaysia akan terus berkembang pesat sehingga mencapai matlamat wawasan 2020 jika keharmonian dikekalkan.

-Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kim Swee ketepi hal peribadi

Posted:

Kim Swee ketepi hal peribadi

Kim Swee ketepi hal peribadi

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

KIM SWEE (kiri) lebih mengutamakan misi untuk memburu pingat emas acara bola sepak pada temasya Sukan SEA di Myanmar tahun depan.


TAHUN lalu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menerima hadiah hari jadi paling bermakna apabila skuad kendaliannya berjaya mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA di Jakarta, Indonesia.

Setahun dari sekarang, tidak mustahil skrip yang lebih kurang sama juga bakal dialami Kim Swee menjelang Sukan SEA di Myanmar.

Apa yang pasti, tarikh 11 Disember 2013 pastinya menjadi hari yang cukup istimewa buat beliau jika anak-anak buahnya berjaya melakar hatrik pada temasya dwitahunan itu.

Sedar ia sesuatu yang cukup indah, Kim Swee, 42, sebaliknya enggan memikirkan sentimen peribadi dan kekal fokus untuk memburu emas bola sepak yang ketujuh buat Malaysia sejak temasya itu diperkenalkan pada 1959 (dahulunya dikenali sebagai Sukan SEAP).

"Jika melihat jadual asal acara bola sepak bagi temasya 2013, memang sekitar waktu itu (11 Disember) perjuangan Harimau Muda bermula bagi mempertahankan emas.

"Sudah tentu ia hadiah hari jadi yang cukup istimewa buat saya jika kami sekali lagi mengulangi kejayaan seperti mana tahun lalu.

"Cuma bagi saya, ia lebih bermakna buat seluruh rakyat Malaysia jika kami berjaya mempertahankan pingat emas dan bukan semata-mata kerana saya seorang.

"Jadi, ada baiknya saya kekal fokus memburu emas untuk Malaysia, bukan untuk diri saya sendiri," kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini berjaya menggenggam 'ibu' segala emas itu pada temasya 1961, 1977, 1979, 1989, 2009 dan 2011.

Skuad Thailand pula masih merupakan pemenang emas terbanyak dalam acara bola sepak temasya terunggul di rantau Asia Tenggara itu apabila muncul juara sebanyak 13 kali, selain turut memegang rekod muncul juara lapan kali berturut-turut dari edisi 1993 hingga 2007.

Mengulas lanjut, Kim Swee sekali lagi menegaskan, kemampuan sebenar anak-anak buahnya melakar sejarah hatrik bakal diketahui kira-kira tiga bulan sebelum temasya bermula.

"Tidak ada lagi eksperimen pemain ketika tiga bulan terakhir, sebaliknya ketika itu saya yakin sudah mengenal pasti sistem atau kelemahan pasukan sebelum memulakan misi di Myanmar.

"Reputasi selaku juara bertahan juga bukan jaminan kerana skuad kali ini bukan lagi skuad yang sama seperti mana tahun lalu.

"Jadi, saya harap kesinambungan kejayaan mempertahankan emas Sukan SEA mampu direalisasikan dengan syarat pemain tahu apa yang perlu mereka lakukan," tegas Kim Swee.

Tiga pemain tercicir

Posted:

Tiga pemain tercicir

Tiga pemain tercicir

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


THAMIL Arasu (depan) antara pemain yang masih dibelanggu masalah kecederaan.


SEKURANG-KURANGNYA tiga pemain Harimau Muda dijangka terlepas peluang keemasan 'berguru' di Australia, Januari depan.

Ketiga-tiga pemain tersebut iaitu Fandi Othman, A. Thamil Arasu dan Syahrul Azwari Ibrahim masih dibelenggu kecederaan dan dijangka tidak menyertai skuad Harimau Muda yang dijadualkan berlepas ke bumi kanggaru itu pada 23 Januari nanti.

Begitupun, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee memberitahu, ketiga- tiga pemain itu masih berpeluang menyertai rakan- rakan sepasukan yang lain jika pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

"Buat masa ini kecederaan yang dialami Fandi, Thamil dan Syahrul masih serius dan mungkin tidak akan menyertai Harimau Muda ke Australia.

"Tetapi jika mereka kembali cergas sebelum tempoh itu, tidak mustahil mereka akan menyertai kami," kata Kim Swee kepada Kosmo! semalam.

Menurut beliau, senarai akhir pemain yang bakal terbang ke Australia juga dijangka diketahui selewat-lewatnya 20 Januari depan.

Buat masa ini katanya, terdapat beberapa pemain lain yang turut berada dalam senarai kecederaan seperti Irfan Fazail, Rozaimi Abdul Rahman dan Ahmad Hazwan Bakri.

"Begitupun, kecederaan yang dialami Irfan, Rozaimi dan Ahmad Hazwan dilihat tidak begitu serius dan dijangka tidak berdepan masalah menyertai kami ke sana," kata Kim Swee.

Skuad Harimau Muda bakal berlepas ke Kuching esok bagi berdepan Sarawak dalam satu aksi persahabatan di Stadium Negeri, Jumaat ini.

Ia merupakan aksi persahabatan ketiga Harimau Muda sebagai persiapan awal mempertahankan emas temasya Sukan SEA di Myanmar tahun depan.

Sebelum ini, anak-anak buah Kim Swee sekadar melakar keputusan seri dengan Sarawak 1-1 di Port Dickson sebelum bangkit mengatasi Sime Darby dengan keputusan 2-1 di Wisma FAM, Ahad lalu.

Hoki: Peluang skuad negara sukar

Posted:

Hoki: Peluang skuad negara sukar

Hoki: Peluang skuad negara sukar

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


PELUANG skuad hoki negara untuk melangkah ke final dilihat agak sukar.


PELUANG skuad hoki kebangsaan melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Hoki Juara-Juara Asia 2012 sedikit berliku setelah tewas mengejut 1-2 kepada China pada perlawanan keempat di Doha, Qatar kelmarin.

Dengan kekalahan tersebut, pasukan bimbingan ketua jurulatih, Paul Revington itu kekal berada di tangga ketiga dengan tujuh mata, sama mata dengan pasukan tangga kedua, Pakistan yang turut tewas kepada juara bertahan, India dengan jaringan sama.

Penolong ketua jurulatih, Arul Selvaraj berkata, pilihan yang ada untuk pasukan negara melangkah ke perlawanan akhir adalah mencatat kemenangan ke atas India dalam perlawanan terakhir dan pada masa sama, mengharapkan Jepun melakar keajaiban mengalahkan Pakistan.

"Jika kita menang ke atas India dan Pakistan juga menang, kita mungkin berpuas hati di tangga ketiga kerana Pakistan memiliki kelebihan jaringan dengan 17 gol manakala kita hanya 12 gol.

"Agak sukar untuk kita menang dengan jumlah jaringan yang besar ke atas India, namun dalam permainan ini tiada yang mustahil," kata Arul kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Arul enggan mengulas lanjut kekalahan mengejut kepada China, namun menurutnya, barisan pemain kebangsaan telah menunjukkan aksi membanggakan sepanjang kejohanan ini terutama aksi mengikat Pakistan dengan jaringan 3-3, Isnin lalu.

"Kita akan berusaha untuk mencapai keputusan terbaik pada kejohanan penutup tahun ini dan bagi saya kedudukan tempat ketiga juga sudah dianggap suatu pencapaian membanggakan buat pasukan yang baru dibentuk ini," kata Arul lagi.

Dalam perlawanan dengan China kelmarin, pasukan negara harus menyalahkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan beberapa peluang terbaik menjaringkan gol, namun pasukan China dilihat menyempurnakan segala peluang terhidang dengan menterjemahkan dengan jaringan.

Hasilnya, China memanfaatkan dua anugerah pukulan sudut penalti dalam tempoh lima minit apabila Huang Yue menjaringkan gol pada minit ke-31 dan Yong Li menambah tekanan buat pasukan negara dengan gol kedua minit ke-34.

Penyerang negara, Faisal Shaari menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-63 untuk gol tunggal pasukan Malaysia.

Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan hari ini, pasukan negara akan bertemu India, Pakistan menghadapi Jepun dan China bertembung dengan Oman manakala perlawanan klasifikasi penentuan ranking pertama hingga keenam akan berlangsung esok.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


500 Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan

Posted:

500 Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan

500 Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan

25/12/2012 6:44pm

KUALA KRAI — Kira-kira 500 penduduk di Kampung Karangan dan Kampung Budi di sini terputus hubungan apabila jambatan yang merentas Sungai Kelantan ke kampung mereka ditenggelami air.

Ini berikutan hujan lebat di Hulu Kelantan sejak kebelakangan ini membuatkan jambatan sepanjang 300 meter penghubung kawasan berkenaan dengan Kampung Manjor ditenggelami air lebih lima meter.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Manjor Selatan, Che Mat Taib berkata, kemungkinan paras air di kawasan jambatan mengambil masa panjang untuk surut.

"Berikutan itu, penduduk terpaksa menggunakan khidmat bot tambang untuk menyeberang sungai bagi melakukan segala urusan sama ada di Kuala Krai atau Gua Musang," katanya kepada pemberita. — BERNAMA

Pelajar UUM maut kereta dihempap

Posted:

Pelajar UUM maut kereta dihempap

Pelajar UUM maut kereta dihempap

25/12/2012 6:43pm

BUKIT KAYU HITAM — Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) maut setelah kereta yang dinaiki bersama tiga rakannya dihempap lebih 500 keping papan dari sebuah lori treler berhampiran Kompleks Kastam dan Imigresen Bukit Kayu Hitam di sini, kira-kira pukul 8.15 malam tadi.

Tan Chuan Ta, 20, dari Kajang, Selangor maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala rakan pelajarnya, Wang Zong Ching, 24, iaitu pemandu kereta; Khoo Kah Wai, 22; dan Yong Hoi Siong, 23, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Ibrahim Mohd. Yusof berkata, ketika kejadian sebuah lori treler dipandu warga Thailand membawa muatan ratusan keping papan terlanggar pembahagi jalan menyebabkan ratusan keping papan itu jatuh menghempap kereta dinaiki pelajar-pelajar tersebut.

Katanya, Chuan Ta yang duduk di tempat duduk belakang sebelah kanan tersepit dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Dia dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

"Tiga rakan yang lain hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di HJ (Hospital Jitra)," kata Ibrahim kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan melarikan diri ke negaranya selepas kejadian itu dan polis sedang berusaha mengesannya Ibrahim berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) 1987.

Empat sahabat itu dalam perjalanan pulang ke UUM selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di Pekan Danok yang bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam. — BERNAMA

Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecahkan

Posted:

Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecahkan

Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecahkan

25/12/2012 6:41pm

KUALA TERENGGANU — Sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut yang masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan semalam untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata meskipun tindakan itu menyebabkan kawasan sekitarnya dilandar banjir, namun ia terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan.

Katanya, langkah itu dibuat untuk membolehkan air daripada empangan berkenaan dialir keluar secara terancang.

Berikutan tindakan memecahkan benteng empangan itu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan setakat ini, ke pusat pemindahan banjir.

"Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) ke-33 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Ahmad menasihati penduduk di daerah berkenaan agar berwaspada, bertenang dan sentiasa mengikuti arahan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berikutan pelepasan air daripada empangan itu.

Beliau berkata beberapa kawasan di daerah Besut sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh dan bukan disebabkan tindakan melepaskan air empangan sepertimana yang berlaku sekarang.

"Walaupun empangan ini siap setahun dua lagi, banjir tetap juga berlaku kerana Besut mempunyai kawasan rendah dan sawah padi. Cuma dengan adanya empangan, ia (banjir) diharap dapat dikurangkan," katanya. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Banjir landa Indonesia, Britain

Posted:

Banjir landa Indonesia, Britain

Banjir landa Indonesia, Britain

DUA penduduk menggunakan pelampung di sebatang jalan yang dilanda banjir di Jakarta semalam.


JAKARTA - Banjir melanda bandar raya ini semalam dengan air naik setinggi 2.5 meter di beberapa kawasan, lapor akhbar Jakarta Post semalam.

Antara kawasan yang dinaiki air akibat hujan lebat itu ialah Kampung Pulo dan Kampung Melayu di Jakarta Timur.

Menurut beberapa penduduk, banjir tersebut berlaku dipercayai akibat hujan lebat di Bogor, Jawa Barat.

Beberapa jalan raya turut dilanda banjir manakala sejumlah rumah ditenggelami air di Pos Pengumben, Kebon Jeruk.

Menurut seorang penduduk di kawasan tersebut, Sri Rejeki, dia tidak menyangka banjir akan berlaku.

"Pada pukul 2 pagi, paras air naik setinggi para paha," katanya.

Menurut polis, paras air di beberapa kawasan naik setinggi 15 hingga 50 sentimeter.

Kawasan lain yang turut dilanda banjir ialah di Ciracas, Jakarta Timur.

Kawasan Bukit Duri di Jakarta Selatan juga dinaiki air.

Beberapa kawasan di Bandung, Jawa Barat tidak terkecuali daripada dilanda banjir.

Sementara itu, di Britain, hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir menjelang sambutan Krismas.

Banjir itu menyebabkan rel kereta api dan jalan raya ditenggelami air sekali gus menjejaskan perjalanan penduduk.

Penduduk di Braunton, selatan England mendapati kampung mereka ditenggelami air ekoran paras Sungai Caen meningkat.

Di Kampung Umberleigh berdekatan Braunton, seorang wanita diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia berpaut pada dahan sebatang pokok selama hampir sejam.

Agensi Alam Sekitar mengeluarkan 150 amaran banjir kelmarin, kebanyakannya di barat daya dan tengah England. - Agensi

60 maut semasa beratur beli roti

Posted:

60 maut semasa beratur beli roti

60 maut semasa beratur beli roti


KLIP video dari Rangkaian Berita Shaam menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan dan sejumlah orang cedera dalam serangan udara di sebuah kedai roti di Halfaya, Syria kelmarin.


DAMSYIK - Seramai 60 orang awam yang sedang beratur untuk membeli roti di bandar Halfaya terbunuh kelmarin dalam satu serangan udara yang didakwa pihak penentang dilakukan pesawat tentera Syria, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Untuk Syria.

Pihak Jawatankuasa Penyelaras Penduduk Tempatan (LCC) bertindak mengecam pembunuhan beramai-ramai oleh tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad itu.

Pihak LCC berkata, ketika kejadian, berpuluh-puluh orang awam sedang beratur di luar sebuah kedai roti.

Bagaimanapun, agensi berita milik pemerintah Syria, SANA semalam melaporkan, kejadian itu didalangi kumpulan pejuang penentang Bashar.

Ia menafikan kejadian pembunuhan beramai-ramai itu berpunca daripada serangan udara tentera rejim.

"Satu kumpulan pengganas bersenjata menyerang bandar Halfaya, membunuh ramai wanita dan kanak-kanak," kata agensi berita itu.

Ia melaporkan tentera Syria kemudian campur tangan ketika serangan berlaku dan berjaya membunuh serta mencederakan ramai penentang.

Bagaimanapun, perikatan yang mewakili kumpulan penentang Bashar, Majlis Kebangsaan Syria menyalahkan rejim Presiden itu melakukan jenayah menentang kemanusiaan.

Sementara itu, para aktivis penentang Bashar menyatakan, enam orang yang berjuang menentang tentera Bashar mati kelmarin akibat terhidu bau gas dan asap putih di Homs.

Menurut para aktivis, tentera Bashar mungkin menggunakan bom yang mengandungi gas pembunuh.

Jet-jet tentera turut melakukan serangan di kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di Ghouta Timur dekat Damsyik.

Sementara itu, Utusan Damai Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Lakhdar Brahimi menyatakan kebimbangan tentang keadaan di Syria semasa mengadakan mesyuarat dengan Bashar di Damsyik semalam.

"Bashar menyuarakan pandangannya tentang situasi itu dan saya memberitahunya mengenai mesyuarat saya dengan para pemimpin dan rantau ini dan di luar negera (berhubung isu Syria," katanya.

Menurut stesen televisyen pemerintah Syria, Bashar menganggap pertemuan sebagai mesra dan membina.

"Pihak pemerintah komited untuk memastikan kejayaan semua usaha dengan bermatlamatkan untuk melindungi kedaulatan dan kebebasan negara ini," kata Bashar.

Dalam perkembangan berkaitan, lebih 700 penduduk Palestin mati di Syria sejak konflik di negara tersebut berlaku pada Mac tahun lalu.

Maklumat itu didedahkan oleh seorang pegawai pelarian Pertubuhan Pembebasan Palestin, Zacharia al-Agha.

Lebih 43,000 orang terbunuh sejak kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan bertempur dengan tentera Bashar.

Sebahagian besar penduduk tempatan mahu Bashar dugulingkan ekoran kegagalannya membawa pembaharuan dalam pentadbiran dan kebebasan bersuara di negara ini. - Agensi

Pengumpul pakaian siri televisyen mahu bina muzium

Posted:

Pengumpul pakaian siri televisyen mahu bina muzium

Pengumpul pakaian siri televisyen mahu bina muzium


DUA helai pakaian yang pernah digunakan dalam siri televisyen Star Trek juga berada dalam simpanan Comisar.


PHOENIX, Amerika Syarikat - Seorang peminat dan bekas penulis skrip televisyen, James Comisar merancang untuk membina sebuah muzium televisyen di sini, dalam negeri Arizona.

Dia mengumpulkan banyak koleksi pakaian watak-watak dalam siri televisyen dan filem termasuk dari tahun 1930-an sehingga kepada sepasang kasut but yang dipakai pelakon Larry Hagman dalam drama bersiri Dallas.

Comisar juga mempunyai koleksi peralatan yang digunakan dalam siri-siri televisyen.

Jika dia menjual semua koleksinya, dia akan menjadi seorang jutawan, lapor agensi berita AP semalam.

Pada bulan lalu, terdapat seorang peminat membayar sebanyak AS$480,000 (RM1.47 juta) untuk memiliki sehelai pakaian yang dipakai Judy Garland dalam filem The Wizard of Oz pada tahun 1939.

"Saya mahu membina sebuah muzium untuk menceritakan segala-galanya tentang perkembangan televisyen sejak lebih 60 tahun lalu," katanya.

Mempunyai keluasan sekitar 4,645 meter persegi, Comisar, 48, berkata, dia memerlukan AS$35 juta (RM11.42 juta) untuk membina muzium berkenaan yang menyimpan koleksinya.

Menurutnya, dia berharap muzium tersebut dapat dibuka kepada orang ramai dalam tempoh tiga tahun lagi.

Setakat ini, Comisar menggunakan wang sendiri untuk merealisasikan impiannya tetapi dia berharap idea tersebut dapat menarik sumbangan penderma-penderma yang berminat.

Dia mengumpul koleksi itu sejak 25 tahun lalu.

Comisar berkata, mengumpulkan koleksi itu amat mudah bagi seseorang yang dapat memasuki studio televisyen.

Menurutnya, kebanyakan barang-barang itu hanya dibuang atau diberikan kepada orang lain selepas penerbitan sesebuah siri televisyen ditamatkan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved