Isnin, 22 Ogos 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Rezeki Fid di lorong gelap

Posted:

Rezeki Fid di lorong gelap

Rezeki Fid di lorong gelap

Oleh BAZUKI MUHAMMAD

DENGAN penuh pesona, Firdaus Bakri meminta izin untuk ke bilik air. Katanya, dia mahu menyegarkan diri terlebih dulu sebelum wajahnya dirakam oleh lensa kamera penulis.

Sementelah menunggunya, penulis dibenarkan untuk berada di bilik yang disewanya iaitu di sebuah rumah kedai di Lorong Haji Taib, Chow Kit, Kuala Lumpur.

Bilik yang disewa Firdaus bersama seorang rakannya tidaklah besar. Bahkan, bukan sebarangan orang yang dapat menembusi kawasan itu sesuka hati.

Sukarnya cahaya melintasi menyebabkan suasana kamar lelaki yang berusia sekitar 20-an itu agak suram. Jadi, bertepatanlah dengan kadar sewanya iaitu RM25 sehari.

Pada awal perkenalan, Firdaus seolah-olah tidak membenarkan penulis menyapanya dengan nama Firdaus. Cukuplah katanya, memanggilnya dengan nama Fid. Dalam kalangan penghuni Lorong Haji Taib atau kalangan pelanggannya pula, Fid dikenali sebagai Firsya.

Atmosfera kewanitaan terserlah di kamar Fid. Barangkali menggemari warna hijau, dia memilih langsir dan tikar berwarna warna lembut itu. Tiada katil dan lenanya hanya bersandarkan sebuah tilam tebal tanpa cadar.

Untuk menghiasi dinding berwarna putih di bilik itu, Fid mereka hiasan berupa langsir comel dan di atasnya diletakkan kad dan gambar anak patung beruang.

Televisyen dipasang semasa kunjungan penulis ke biliknya pada malam itu. Daripada wayar TV yang panjang dibiarkan togel, beberapa reben merah diikat pada wayar tersebut.

Seperti asrama


FID sebenarnya tidak menyangka dia akan menjalani kehidupannya di Lorong Haji Taib.


Sememangnya dekorasi di bilik itu amat ringkas. Tiada almari mekap mahupun dapur atau peti sejuk.

Namun, getus hati penulis, bukan Fid tidak mampu tetapi ruang yang terhad menyebabkan hanya sebuah meja tulis dapat dimuatkan. Semua set alat mekap diletakkan bertebaran di atas tilam sahaja.

Mudah untuk disimpulkan, konsep kediaman Fid umpama sebuah asrama. Untuk mandi atau membasuh, bilik airnya dikongsi bersama penghuni-penghuni lain yang berada pada satu aras.

Kelekaan penulis menghayati segenap skop bilik Fid yang berhati wanita itu tersentak seketika. Fid kembali semula dan terus melabuhkan punggung di atas tilam.

Sudah menghampiri pukul 12 malam, Fid berkata, dia harus menyiapkan dirinya untuk pergi bekerja.

Lantas dia mengeluarkan cermin mekap. Dengan lemah gemalai, dia mengenakan bedak asas pada wajahnya.

Solekannya nampak tertumpu di bahagian mata. Fid memilih untuk memakai warna terang dan kemudian dia menyolek matanya dengan warna gelap.

Dicapainya celak untuk melukis pembayang mata. Untuk memastikan bebola matanya lebih terserlah, berus lembut dipilih dan diolesnya secara berhati-hati.

Sambil tangan kiri memegang cermin, Fid melentikkan bulu matanya dan menyempurnakan dengan maskara.

Akhir sekali, bibirnya yang mungil disapukan dengan pengilat bibir. Tidak tahu jenama apakah yang digunakan olehnya, namun yang pasti Fid mengalami transisi yang sangat menakjubkan. Gaya Fid menyerikan wajahnya juga ibarat jurumekap profesional.


FID menggambarkan bahawa dia memiliki kepakaran mendandan wajah seperti seorang jurumekap bertauliah.


Rambutnya yang paras pinggang disisir rapi dan dilepaskan begitu sahaja telah menyerlahkan lagi kejelitaannya.

"Abang, saya nak tukar baju," kata Fid selepas mengambil masa-masa kira-kira 15 minit untuk menyolek wajahnya.

Mendengar kata-katanya, penulis menawarkan diri untuk keluar dari biliknya. Namun seorang kawan Fid menegah dan berkata: "Buat apa awak keluar, dia kan lelaki."

Ya, memang benar katanya. Namun, pada ketika itu, penulis masih memvisualkan dan menganggap Fid adalah seorang wanita.

Fid dengan selamba membuka baju-T yang dipakainya dan terus memakai coli berwarna merah. Tindakannya membuatkan penulis terkesima. Dalam, sepantas kilat penulis membidik kamera.

"Abang, ambillah gambar saya dengan latar belakang langsir, ini sudut paling terbaik," saran Fid yang memiliki bentuk badan tidak ubah seperti seorang wanita.

Sebenarnya, Fid yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur membenarkan setiap inci pergerakannya dirakam oleh penulis.

Cari pelanggan


SETIAP malam lelaki berwajah wanita ini akan menunggu pelanggan di kaki lima-kaki lima rumah kedai di Lorong Haji Taib dan kawasan berhampiran dengannya.


Fid sudah lengkap berpakaian. Dia mengenakan kasut tumit tinggi berwarna hitam dan menuruni anak tangga dengan sopan dan lenggoknya yang tersendiri.

Katanya, inilah masanya dia mula bekerja demi sesuap nasi. Di manakah lokasi tempatnya bekerja dan apakah pekerjaan? Jawapannya, hanya di Lorong Haji Taib dan dia tidak berjawatan tinggi.

Jika nasibnya baik, dalam semalam, dia memperoleh kira-kira RM150 hasil daripada kerjanya itu.

Walau pada bulan Ramadan, pekerjaan itu harus diteruskan. Bagaimanakah dia berpuasa dan menyambut Aidilfitri? Perkara itu tidak penulis gali sepenuhnya demi menjaga perasaan Fid.

Lelaki berwajah wanita itu tidak banyak cakap. Dengan beg Louis Vuittonnya, dia berdiri di satu sudut.

Kehadirannya di situ bagai dinanti-nantikan lantaran tidak sampai tiga minit, dia didatangi sebuah kereta.

Dengan gaya menggoda dan mula bermain dengan rambutnya, Fid dilihat berkata-kata sesuatu dengan pelanggan yang berpotensi untuknya pada malam itu.

Bagi seorang jurufoto, itu adalah momen yang dinanti-nanti dalam menceritakan perjalanan seorang transeksual yang seringkali dipandang sinis masyarakat.

Di sebalik keghairahan itu, tiba-tiba terpacul satu suara garau yang entah datang dari mana berteriak: "Oi, kau ambil gambar buat apa?."

Disebabkan rasa gementar dengan ancaman sedemikian rupa, penulis meninggalkan lokasi itu dengan pelbagai tanda tanya yang masih tidak terungkai. Entah apa yang terjadi dengan nasib Fid sekarang, penulis tidak tahu.

Sebagai seorang jurufoto yang ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat, penulis sedaya upaya cuba menyelongkar intipati kehidupan seorang transeksual atau mak nyah untuk difahami orang ramai.

Namun kerja itu tidak semudah seperti yang disangka. Firdaus Bakri yang membahasakan dirinya Fid tergolong dalam komuniti itu tidak banyak membutirkan kata-kata.

Sememangnya benar kata orang, golongan seperti itu suka memencilkan diri dan lebih senang hidup dalam dunianya sendiri.

Tiga jam bersamanya, lelaki dengan aura penuh kewanitaan itu memberitahu, dia mula menjadi perempuan sejak berumur 12 tahun.

"Bapa saya buat jahat, itu sebab saya jadi macam ni," imbas Fid dengan nada suara kemarahan.

Sejak tragedi itu, dia menjadi penghuni Lorong Haji Taib dan tidak mempunyai pelajaran. Bulan lalu, dia pernah bekerja di sebuah restoran makanan segera tetapi tidak kekal.

Melihat wajah dan iris matanya, penulis merasakan ada kelowongan di jiwanya yang sulit untuk ditebak.

Penulis sangat berharap pertemuan yang berlangsung pada Ramadan yang ke-13 itu, membolehkan penulis menyelami isi hatinya. Malangnya, misi selama tiga jam itu gagal.

Sampai bilakah Fid akan terus terjerumus ke lembah itu? Penulis tidak dapat mengagak. Namun, jauh di sudut lelaki berwajah wanita itu, dia mahu kembali ke jalan yang diredai Allah.

Seperti yang lain, Fid mahu menjadi seperti manusia biasa yang punya anak dan keluarga. Fid meletakkan sepenuh harapan agar masyarakat tidak memandang hina orang sepertinya.

Apakah yang akan terjadi pada Fid selepas ini dan bagaimanakh dia mencorak masa depan seterusnya? Hanya Allah yang menentukan.

Kem tentera remaja Korea

Posted:

Kem tentera remaja Korea

Kem tentera remaja Korea


BEBERAPA remaja perempuan sedang membuat latihan menarik payung terjun dalam siri aktiviti di kem tentera.


MEREKA mendarat dari ketinggian 11 meter dalam sesaat, berlari dengan payung terjun yang masih terpasang pada bahu, berkawad dengan membawa beban beg dan membawa kebuk yang padat dengan gas.

Situasi itu mungkin menjadi pemandangan biasa di pangkalan tentera khas Korea Selatan di barat Seoul. Cuma, 'tentera' yang ada terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan yang sering ditemani keluarga masing-masing.

Kem tentera yang diadakan dua kali setahun dan terbuka untuk orang awam itu menawarkan latihan asas ketenteraan selama empat hari. Ia bermula pada tahun 2003 dan telah membuktikan keberkesanannya.

Ia terbuka kepada remaja berusia 13 tahun ke atas dan perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak 40,000 won (RM110). Setakat ini program itu sudah berjaya mendidik seramai 17,000 orang peserta.

Budaya ketenteraan sudah lama bertapak di Korea Selatan, yang dikendalikan oleh rejim tentera sekitar tahun 1980-an. Kesemua lelaki yang memiliki fizikal mantap diwajibkan untuk menjalani kerahan tenaga untuk berkawal daripada serangan Korea Utara.

Kem yang dikendalikan pihak tentera atau firma swasta itu menjadi popular kebelakangan ini kerana telah membentuk individu seperti budak sekolah, pekerja syarikat dan sesiapa sahaja yang berminat merasai percutian ala tentera.

Pihak tentera memberitahu, melalui penganjuran kem ini, para peserta latihan berpeluang menguji tahap kecerdasan, melancarkan keupayaan fizikal dan meraih semangat untuk membina 'kebarangkalian yang berkemungkinan'. Ia merujuk kepada isu keselamatan negara.

"Remaja lelaki terlibat secara terang-terangan kerana mereka wajib menjalani latihan tersebut.

"Namun, ramai juga wanita muda yang semakin menunjukkan minat sejak mereka dibenarkan untuk menyertai program pentauliahan pegawai berteraskan kolej tahun lalu," kata jurucakap kem berkenaan, Major Lee Joo-Ho.

Latihan olok-olok


SEORANG remaja melompat dari platform tinggi dalam latihan ketenteraan di Seoul.


Bulan ini, seramai 230 orang peserta mula mengangkat sumpah dan memulakan latihan di padang berlumpur di Gangseo ketika latihan memasuki hari ketiga.

Dalam hujan, para remaja itu mula menjalani latihan olok-olok seperti mendarat menggunakan payung terjun dengan cara melompat ke dalam kotak pasir dengan kedua-dua tangan didepakan.

"Baik, tuan! Saya boleh lakukannya!" Jerit mereka sambil menggalas beg dan melangkah dengan seluar masing-masing yang berat dibasahi air hujan.

"Saya mahu jeritan yang kuat! Jerit nama teman wanita kamu dengan kuat!" Begitulah arahan ketenteraan ketika seorang peserta melakukan ujian simulasi menuruni kabel setinggi 20 meter dari helikopter.

Peserta yang kelihatan pucat dengan suaranya yang tidak dapat didengar itu kemudian cuba menggapai kabel dan membiarkannya di tengah padang.

"Ini sahaja yang kamu boleh buat? Kuat lagi!," arahnya lagi, sehingga peserta itu akhirnya menjerit: "Choi Yoon, saya cintakan awak!" Dia akhirnya dibawa naik dengan kabel itu.

Yeom Hyuck, 15, berkata, dia begitu cemas tetapi tercabar sebelum dia melonjakkan dirinya dari ketinggian 11 meter dari menara ke atas tanah.

"Segalanya seronok tetapi sekarang saya sudah mula rindukan keluarga saya," ujarnya.

Sementara itu, Kim Tae-Hoon, 17, pula berkata, impian bapanya untuk menyertai tentera terhalang kerana kemiskinan. Justeru, bapanya mendesaknya untuk menyertai kem tersebut sebaik umurnya mencecah 13 tahun.

Sejak itu, Tae-Hoon hanya pulang pada musim panas dan sejuk iaitu sebanyak sembilan kali.

"Ia bagus untuk melepaskan tekanan dan ia lebih seronok daripada permainan komputer," kata Tae-Hoon.

Tae-Hoon dan adiknya, Tae-Hun yang menyertai latihan itu pada musim panas lalu mendapati ia begitu menyeronokkan kerana merasai pengalaman menggunakan kebuk gas yang direka untuk menghadapi serangan kimia.

"Saya gembira kerana telah kehilangan banyak berat badan. Malah, saya kini lebih yakin untuk menjadi dewasa," kata si gempal yang berpipi merah berusia 13 tahun itu.

Mengah dan marah


SEORANG jurulatih kem (paling kiri) sedang memeriksa topi keselamatan yang dipakai oleh para peserta latihan ketenteraan.


Namun, bukan semua peserta merasai keseronokannya. Perkara itu diakui oleh Cho Byung-Chan yang sering mengah dan penat selepas menjalani latihan tersebut sekali gus berasa marah kepada ibu bapanya kerana menghantarnya ke situ.

"Mereka kata saya perlu membesar. Ia terlalu sukar. Di sini, saya sering berasa lapar," kata remaja berusia 15 tahun itu yang selalunya menghabiskan waktu cuti sekolah dengan bermain permainan komputer.

Dalam pada itu, bekas komando, Yoon Jeong-Sik, 47, telah menghabiskan cuti musim panas di kem tersebut bersama dua anak perempuan dan isterinya yang berusia 24 tahun selepas bersara.

Jeong-Sik memberitahu, ia mahu keluarganya merasai suasana yang telah membentuk keyakinan dirinya, selain berasa megah dan memahami cara interaksi dengan orang lain.

"Saya terpaksa memujuk anak perempuan dan isteri saya datang ke sini untuk membentuk peribadi mereka," kata lelaki itu yang kebasahan selepas menjalani ujian merentasi sungai.

"Pada mulanya, mereka begitu teruja untuk menyertai latihan ini tetapi mereka tidak tahu betapa susah untuk berada di sini. Sekarang saya cuba untuk tidak bertentang mata dengan mereka," katanya seraya disambut gelak ketawa ahli keluarganya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Alam sekitar rangsang kreativiti

Posted:

Alam sekitar rangsang kreativiti

Alam sekitar rangsang kreativiti

Oleh ADLAN JAAFAR

MENCIPTA sebuah rekaan produk memerlukan lebih daripada sebatang pensil atau sekeping kertas. Masa, kreativiti dan jati diri memainkan peranan penting dalam sesuatu rekaan.

Bagi Shahrul Anuwar Mohamed Yusof, 25, dia mengambil masa lebih enam bulan untuk mereka cipta produk bermula daripada peringkat kajian sehingga kepada pengembangan idea.

"Ia bersifat berterusan dan hampir setiap hari akan ada bahagian yang mahu diperbaiki," ujarnya ketika ditemui di Studio Utusan baru-baru ini.

Jelas Shahrul, pada mulanya, rekaan kerusi itu adalah untuk projek tahun akhir pengajiannya. Persediaan untuk menentukan idea sahaja, dia peruntukkan masa selama tiga minggu.

"Selepas tamat sesi penilaian, pensyarah saya memberi cadangan supaya menyertai pertandingan reka cipta, Radostar. Tidak sangka, selepas terpilih antara lima teratas. Saya muncul juara," ujar pemenang tempat pertama pertandingan Radostar Prize pada tahun lalu.

Rekaan kerusinya digelar sebagai Fernature Chaise Lounge. Nama itu dipilih kerana fungsi dan dekorasi rekaan menggambarkan paku-pakis.

Tiga langkah Shahrul


FERNATURE CHAISE LOUNGE yang dihasilkan menyerupai bentuk paku-pakis.


Seperti pereka-pereka lain, sebanyak tiga langkah yang dilalui oleh Shahrul iaitu peringkat pemerhatian, kajian dan pengembangan idea.

"Rekaan saya menyerupai hidupan liar iaitu paku-pakis yang tumbuh di Malaysia terutama di tempat asal saya. Saya perhatikan, paku-pakis adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai rekaan unik tetapi, kurang diambil perhatian.

"Jika dilihat pada produk Ikea, kita akan tahu itu adalah rekaan dari Sweden, manakala kerusi dari Jepun sangat jelas identiti zen.

"Lalu, saya ambil rekaan paku-pakis sebagai asas reka bentuk dengan harapan ia akan menjadi ikon kepada rekaan dari Malaysia," ujarnya menaruh harapan.

Disebabkan untuk menyertai pertandingan Radostar, Shahrul membuat sedikit kajian berkaitan pemenang-pemenang yang pernah menjuarai pertandingan anjuran Rado.

"Jasper Morrison pernah memenangi pertandingan rekaan jam Rado R5.5. Rekaannya ringkas dan minimal dengan gaya yang sungguh ikonik," ujar pemuda dari Changkat Lada, Perak itu.

Selain itu, kajian juga melibatkan reka bentuk supaya kadar ergonomik kerusi tersebut sesuai dengan struktur badan manusia.


KERUSI paku-pakis Shahrul yang unik dan kotemporari berjaya menarik perhatian pengunjung pameran i-Saloni di Milan.


"Ia penting supaya sebuah kerusi yang berbeza reka bentuk dapat direka. Selain praktikal dan sesuai dengan penggunaan seharian," ulas Shahrul sambil menunjukkan rekaan kerusinya.

Langkah terakhir adalah peringkat pembangunan idea yang bermula dengan membuat lakaran kasar beberapa kali sehingga reka bentuk yang paling tepat dengan keinginan dan cita rasa dapat dizahirkan.

"Dengan menggunakan perisian tiga dimensi, saya menghalusi rekaan dengan memperkemas garis lingkungan, membandingkan warna dan kesesuaian rekaan.

"Rekaan kerusi saya juga mementingkan kesihatan tulang belakang. Jadi, sebagai inspirasi rekaan, bentuk tulang belakang digunakan dalam rekaan," terang Shahrul mengenai fungsi bentuk lengkok pada kerusinya.

Pada peringkat itu juga, Shahrul akan membuat beberapa reka bentuk dengan warna yang berbeza bagi melihat kesesuaian produk dan rona sebelum prototaip dihasilkan.

Sambutan di Eropah


SHAHRUL berjaya menjuarai pertandingan reka cipta Radostar tahun lalu.


Ketika pertemuan dengan Kosmo! baru-baru ini, kerusi prototaip tersebut masih lagi berada di Milan sempena pameran perabot antarabangsa Milan, i-Saloni.

Ketika di sana, ujar pemegang Ijazah Reka Bentuk Industri dari Universiti Teknologi Malaysia itu, sambutan di sana amat menggalakkan malah, ada yang ingin menempah secara pukal untuk pasaran di Eropah.

Ujar Shahrul, prototaip yang dibuat sendiri dalam tempoh masa lima hari itu masih lagi terdapat beberapa kelemahan seperti pemilihan bahan.

"Untuk prototaip, saya menggunakan besi yang tidak sesuai kerana terlalu berat. Penggunaan keluli tahan karat adalah lebih baik.

"Fabriknya pula saya sangat berpuas hati kerana menggunakan fabrik sarang lebah yang boleh diregang bagi menjamin keselesaan dan kekemasan," ulasnya lagi.

Terkini, Shahrul sedang mendaftarkan reka bentuk kerusinya di Pusat Reka Bentuk Kebangsaan (NDC) sebagai langkah perlindungan kepada rekaannya.

"Walaupun sudah di peringkat ini, rekaannya masih saya halusi supaya produk yang dipatenkan betul-betul menepati kriteria dan terbaik," katanya.

Dalam pada itu, menurut Ketua Jabatan, Pengajian Seni Kreatif dan Rekaan, Kolej Segi, Roslan Othman, 31, kerusi rekaan Shahrul itu amat sesuai diletakkan di hotel lobi atau ruang istirehat.

"Rekaannya boleh dipanggil sebagai art to wear iaitu sejenis komposisi seni yang dalam masa yang sama boleh digunakan," terang Roslan ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Bagaimanapun, kata Roslan, pemilihan warna yang digunakan oleh Shahrul agak suram. Warnanya terlalu formal dan hanya sesuai diletakkan di ruang pejabat.

"Sepatutnya, dia menggunakan rona terang dan bertenaga seperti jingga dan kuning," ujarnya yang sudah tujuh tahun mengajar dalam bidang rekaan.

Kecil, pintar dan bergaya

Posted:

Kecil, pintar dan bergaya

Kecil, pintar dan bergaya


REKAAN peti sejuk Samsung yang ringkas dan moden.


PERKAKASAN elektrik rumah yang mempunyai ciri-ciri pintar tentu sekali menjadi perhatian pengguna untuk berada di kediaman mereka.

Ciri-ciri pintar yang dimaksudkan termasuk mesra pengguna, menjimatkan tenaga, mesra alam dan banyak lagi bagi membantu memudahkan lagi pengendalian perkakasan bakal dimiliki.

Bagi memenuhi keperluan pengguna terutamanya mereka yang baharu memiliki rumah dan inginkan sesuatu yang bergaya, Samsung memperkenalkan peti sejuk satu pintu daripada rangkaian RA19PT.

Model terbaharu itu menawarkan reka bentuk bulat yang lebih ringkas. Ia amat sesuai dipadankan pada dapur pengguna yang serba moden.

Kalau diperhatikan dengan teliti pengguna juga akan mendapati pemegang peti sejuk itu tidak menonjol seperti kebanyakan produk lain sekaligus membuatkan ia kelihatan lebih kemas dan sempurna.

Saiz peti sejuk ini yang lebih kecil membuatkan ia sangat sesuai menjadi pilihan mereka yang memiliki kediaman seperti apartment atau kondominium yang mempunyai ruang dapur terhad.

Dengan dilengkapi teknologi pengawalan suhu yang diketengahkan di dalam peti sejuk ini, ia dapat membantu pengguna memastikan makanan disimpan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan banyak lagi agar sentiasa berada dalam keadaan segar.

Dalam pada itu, bagi mengekalkan kesihatan dan kebersihan, peti sejuk terbaharu itu menggunakan teknologi antibakteria. Teknologi tersebut dapat membantu peti sejuk bebas bakteria dan melindungi kesihatan pengguna apabila menggunakannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peti sejuk yang dijual pada harga RM849 itu boleh melayari laman web www.samsung.com. - NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Hidup terasing angkara tiada sijil kelahiran

Posted:

Hidup terasing angkara tiada sijil kelahiran

Hidup terasing angkara tiada sijil kelahiran

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

ROHANI bersama anak-anaknya, Nordiana (dari kanan), Norhidayah, Nurul Fatihah, Mohd. Alif dan Mohd. Syawal ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong Che Damak, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Empat beradik yang berusia antara lima hingga sembilan tahun terpaksa hidup seperti pelarian di negara sendiri apabila mereka gagal memiliki sijil kelahiran sejak dilahirkan.

Ekoran masalah tersebut, kanak-kanak terbabit iaitu Norhidayah Mohd. Zaki, 9; Nordiana, 8; Mohd. Alif, 7, dan Mohd. Syawal, 5, terpaksa melupakan hasrat untuk melalui alam persekolahan.

Ibu kepada empat beradik malang itu, Rohani Ngah, 33, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nibong Che Damak dekat sini semalam berkata, kegagalan empat daripada lima anaknya itu untuk memperoleh sijil kelahiran adalah disebabkan kelalaiannya ketika bernikah pada tahun 2000.

Katanya, dia dan suami, Mohd. Zaki Othman, 48, bernikah tanpa mendapat restu keluarga sehingga menyukarkannya untuk mendapatkan surat nikah.

"Saya akui apa yang berlaku kepada empat anak saya sekarang ini adalah disebabkan kesilapan saya dan suami. Kami tidak memikirkan langsung kesan jangka panjang ketika bernikah.

"Akibatnya, saya sukar untuk mendaftarkan sijil kelahiran empat anak saya disebabkan tidak mempunyai bukti perkahwinan," ujarnya.

Bagaimanapun jelasnya, anak kelimanya, Nurul Fatihah yang kini berusia tiga tahun telah mempunyai sijil kelahiran selepas dia dan suami mendaftarkan semula perkahwinan mereka pada 2005.

Menurut Rohani, dia kini terpaksa bergantung harap kepada Biro Aduan Pemuda UMNO untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat berhubung masalah yang dihadapinya.

"Sepanjang sembilan tahun mengurus sijil kelahiran anak, saya dan suami terpaksa membelanjakan lebih RM10,000 bagi membayar orang tengah yang kononnya dapat membantu menyelesaikan masalah saya," katanya.

Lebih memalukan, ujar Rohani, apabila ada orang di sekelilingnya memandang sinis di atas kekurangan keluarganya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Calon UPSR putus jari

Posted:

Calon UPSR putus jari

Calon UPSR putus jari

Oleh YATIMIN ABDULLAH
berita@kosmo.com.my


Noor Saipul menunjukkan tangannya yang cedera terkena mercun di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Ketika rakan seusia bergembira untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu depan, seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berhadapan keadaan sebaliknya apabila kehilangan jari tangan kerana bermain mercun.

Kejadian tersebut menimpa Noor Saipul Mohammad, 12, ketika dia cuba menyalakan mercun bola menggunakan api dapur gas di rumahnya di Kampung Laka, dekat sini pada kira- kira pukul 1 petang semalam.

Akibat kejadian malang itu, pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Sri Ketereh dekat sini itu putus hujung jari telunjuk kanan selain cedera pada ibu dan jari tengah.

"Mercun bola itu terus meletup sebaik sahaja saya menyalakannya tanpa sempat saya melemparkannya," ceritanya ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) dekat sini semalam.

Tambah anak ketiga daripada enam beradik itu, dia menyesal dan serik dengan apa yang berlaku.

"Saya tidak akan bermain mercun lagi selepas ini walaupun diajak oleh rakan-rakan,'' janjinya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Program TAPS, STAR dilancar

Posted:

Program TAPS, STAR dilancar

Program TAPS, STAR dilancar


NAJIB, Muhyiddin dan Mohd. Sidek bermesra dengan sebahagian pelajar tajaan JPA pada majlis pelancaran TAPS dan STAR di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan dua inisiatif utama untuk membolehkan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memainkan peranan penting dalam menggerakkan transformasi negara.

Perdana Menteri berkata, program dikenali Talent Acceleration in Public Service (TAPS) dan Scholarship Talent Attraction and Retention (STAR) dirangka untuk menyediakan peluang-peluang menarik kepada pemegang biasiswa memajukan kerjaya masing-masing dalam bidang-bidang utama menerusi Program Transformasi Kerajaan (PTK) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) apabila mereka tamat pengajian.

Beliau berkata, TAPS adalah satu inisiatif JPA sebagai sebahagian daripada usaha mentransformasi perkhidmatan awam menjadi satu kerjaya pilihan. Menerusi program itu pemegang biasiswa JPA yang cemerlang akan dipilih untuk mengendalikan isu-isu dasar awam dan projek berkeutamaan tinggi.

"Saya pasti ramai daripada anda di sini mengagumi kedudukan dalam perkhidmatan awam dan ia adalah platform yang tepat," katanya ketika melancarkan kedua-dua program itu di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

TAPS adalah inisiatif bersama diketuai JPA bersama Razak School of Government (RSOG) dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) bagi menarik dan membimbing pemegang-pemegang biasiswa JPA yang cemerlang menyertai perkhidmatan awam.

Najib berkata, menerusi TAPS, pelajar-pelajar pintar itu akan disandarkan kepada pegawai-pegawai kanan awam yang akan menjadi mentor mereka.

Kumpulan pertama program itu melibatkan 40 pelajar cemerlang dan ia akan dimulakan Oktober ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Hidup terkapai-kapai di jalanan

Posted:

Hidup terkapai-kapai di jalanan

Hidup terkapai-kapai di jalanan

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

SEUSAI bersahur pada Rabu lalu, penulis singgah seketika di kawasan kompleks beli-belah Kota Raya di tengah ibu kota. Kunjungan penulis bukan bertujuan untuk bersuka ria. Sebaliknya, ingin melihat sejauh mana jujurnya kata-kata seorang gelandangan yang memberitahu lokasi tidurnya terletak di pintu sebuah tandas.

Mata penulis kemudiannya melilau pada sudut-sudut tertentu di sekitar pusat beli-belah tersebut. Gelandangan-gelandangan dilihat tidur bergelimpangan di atas tanah dan berbumbungkan langit.

Tiada tilam empuk dan bantal. Mereka hanya menjadikan beg yang barangkali terisi pakaian sebagai bantal untuk mengalas kepala. Para gelandangan itu juga tidak kisah dengan debu-debu yang berterbangan yang memungkinkan mereka terkena jangkitan penyakit.

Bagaimanakah dengan perasaan malu? Tidakkah mereka malu kepada orang ramai yang lalu lalang di kawasan sekitar?

Ya, memang benar. Seperti pengakuan lelaki itu pada hari pertama kami bertemu, 'rumahnya' sememangnya di koridor tandas yang terletak di kawasan parkir berhadapan bangunan Cahaya Suria dan berhampiran Puduraya.


SEJAK awal petang, gelandangan-gelandangan di sekitar pusat beli-belah Kota Raya sudah siap berkumpul apabila dikhabarkan akan menerima bantuan makanan daripada Big Belly Brothers & Fairies Food.


Emosi sayu mula menyapa tatkala melihat dia yang hanya mahu disebut sebagai Adnan, masih memakai baju yang sama ketika kami mula-mula bertemu. Dia tidur berdengkur dan jelas dia nampak betul-betul letih.

Melihat keadaan tersebut, pelbagai persoalan timbul di fikiran. Adakah Adnan sudah makan? Adakah dia mendapat rawatan di klinik kala ditimpa sakit? Bilakah kali terakhir dia tersenyum dan ketawa?

Dia juga hanya menggunakan alas tidur yang diberikan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin semasa Program Pemberian Makanan Percuma Kepada Gelandangan Ibu Kota Sempena Ramadan oleh Big Belly Brothers & Fairies Food anjuran Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Wangsa Maju) baru-baru ini.

Kenderaan yang bertali arus ditambah dengan kicauan burung gagak tanpa henti pada Subuh yang bakal berlabuh itu, sedikitpun tidak mengganggu lena Adnan.

Lelaki separuh umur itu terus memeluk sebuah beg galas yang dijadikan bantal peluknya. Ada ketikanya, kedengaran dia terbatuk-batuk kecil.

Hiruk-pikuk kenderaan yang semakin menguasai ibu kota membuatkan penulis meninggalkan lokasi itu dengan perasaan yang pastinya sukar untuk dihuraikan.

Masih terngiang-ngiang kata-kata Adnan semasa Program Pemberian Makanan Percuma Kepada Gelandangan Ibu Kota Sempena Ramadan baru-baru ini.

"Ini kali kedua saya datang ke Kuala Lumpur kerana ada krisis famili dan anak-anak. Dulu saya bekerja kini tak lagi.

"Saya makan apa yang orang lain makan, saya tinggal di tepi tandas di sana, mungkin awak tak biasakan, tapi nak buat macam mana, ini sudah suratan," katanya yang pernah menjawat jawatan penting dalam pentadbiran sebuah negeri di utara Semenanjung.

Persiapan Aidilfitri


BAGAIMANAKAH masa depan kanak-kanak yang juga merupakan sebahagian daripada gelandangan kota ini?


Terlalu banyak persoalan sebenarnya yang ingin dilontarkan. Namun, demi menjaga hatinya yang sudah lama berkecamuk, hasrat itu dipendam.

Adnan ditanya bagaimanakah persiapan hari rayanya? Jawabnya dengan nada penuh kesedihan: "Ada rasa nak balik kampung, tapi rumah tu mesti dah kosong, mereka biarkan saya. Namun, jauh di sudut hati saya berharap pada hari yang mulia ini mereka akan mengingati saya."

Kisah kebanyakan gelandangan semuanya tentang kecelaruan dan kesedihan. Begitu juga dengan kisah seorang lelaki yang hanya mahu dikebali sebagai Ismail, yang berumur dalam lingkungan umur 40-an. Bekas anggota tentera itu juga tidak menyangka takdir hidupnya sebegitu rupa ketika menghampiri usia emas.

"Saya tidur di sebelah dia (Adnan), saya makan ikut orang, saya tak kerja sebab saya ada masalah kesihatan," akuinya.

Ismail berkata, dia rindukan keempat-empat orang anaknya. Namun secara tiba-tiba lelaki itu membentak sambil berkata: "Saya beri mereka belajar tinggi-tinggi, ini yang mereka balas pada saya."

Ditanya tentang Aidilfitri, Ismail berkata, Aidilfitri sudah tidak ada dalam kamus hidupnya sejak sekian lama.

"Kami tidak tahu hendak ke mana?" katanya menoktahkan perbualan.

Sementara itu, seorang lagi gelandangan yang dikenali sebagai Salman, 40-an, lebih banyak mendiamkan diri. Pada asalnya, dia enggan diwawancara dan terus memasuki baris panjang untuk mengambil makanan yang akan diedar.

Namun, hatinya cair apabila dipujuk. "Saya macam gelandangan lain juga tapi saya tidur bawah pokok, kalau hujan, saya lari berteduh di bawah bangunan, nak bekerja tapi tidak ada orang nak terima," ringkas jawapannya.


MEREKA sentiasa mengharapkan bantuan daripada masyarakat untuk meneruskan kehidupan.


Salman memberitahu, dia enggan terlalu memikirkan tentang hari raya kerana mahu menikmati juadah berpuasa yang lazat pun sukar baginya.

"Saya dah lama tak makan ketupat, rendang dan lemang, mungkin orang macam kami menunggu belas ihsan orang lain seperti hari ini," katanya yang biasanya akan meraikan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Jamek yang berdekatan.

Setiausaha Big Belly Brothers & Fairies Food, Shahira Kartini Mohd. Sharif, 26, berkata, terdapat ribuan gelandangan yang senasib dengan Adnan, Ismail dan Salman.

Golongan miskin tegar

Beritahu Shahira Kartini, selain di kawasan kompleks beli-belah Kota Raya, gelandangan yang masih terkapai-kapai mencari rumah tetap untuk didiami itu juga kerap memilih lokasi di sekitar Kuala Lumpur seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India, Jalan Pudu, di bawah jambatan dan juga di kaki-kaki lima bangunan sebagai tempat berteduh.

"Mereka merupakan golongan miskin tegar dan tak mampu menyewa tempat tinggal kerana pendapatan yang tak mencukupi.


Shahira


"Kebanyakannya hanya makan sehari sekali saja. Justeru kami ingin menghulurkan bantuan makanan kepada mereka," kata sukarelawan itu.

Seramai 200 orang yang kurang bernasib baik termasuk kanak-kanak menerima bantuan makanan, baju hujan dan alas tempat tidur pada majlis itu yang dianjurkan oleh Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia itu.

Program Big Belly Brothers and Fairies merupakan salah satu pemohon Dana Belia 1Malaysia melalui Pemuda Barisan Nasional (BN) dan 1MDB yang berjaya mendapat geran sebanyak RM30,000 bagi melaksanakan program pengagihan makanan tersebut.

Mereka adalah organisasi kebaikan dan merupakan kumpulan sukarelawan yang memberi bantuan agihan makanan kepada gelandangan. Keahlian mereka silih berganti.

"Pada masa akan datang, kita bercadang untuk menubuhkan rumah perlindungan untuk gelandangan di sekitara pusat beli-belah Kota Raya. Selain itu, kita juga bercadang memohon khidmat pelajar perubatan untuk memberi bantuan pemeriksaan kesihatan kepada mereka, saya harap impian kami akan jadi kenyataan," kata anak muda itu mengharap.

Belia disaran lontar idea kemasyarakatan

Posted:

Belia disaran lontar idea kemasyarakatan

Belia disaran lontar idea kemasyarakatan


KHAIRY (kiri) antara pemimpin yang prihatin dengan nasib malang gelandangan di ibu kota.


GOLONGAN belia sama ada melalui persatuan atau perseorangan disarankan supaya menyalurkan idea kreatif baharu agar dapat direalisasikan melalui bantuan Dana Belia 1Malaysia.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Dana Belia 1Malaysia masih mempunyai kira-kira RM15 juta untuk diagihkan kepada mereka yang menampilkan idea kreatif untuk program kemasyarakatan.

"Kita masih menunggu idea kreatif daripada belia untuk membuat permohonan bagi menganjurkan aktiviti kemasyarakatan," katanya selepas merasmikan Program Big Belly Brothers and Fairies Food Handout baru-baru ini.

Ujar Khairy, program tersebut adalah salah satu contoh persatuan belia yang tiada kaitan parti politik yang telah bersama-sama dengan bantuan kerajaan melalui 1MDB dan Pemuda Barisan Nasional (BN) dalam melakukan kerja-kerja amal.

Pada malam tersebut, kira-kira 200 gelandangan menerima sumbangan makanan dan air minuman, baju hujan dan tikar tidur untuk warga kota Kuala Lumpur yang tidak bernasib baik dan tiada tempat tinggal.

"Jika program ini berjaya dan berkesan, maka Dana Belia 1Malaysia akan diberi lagi.

"Selepas ini lokasi-lokasi lain akan diberi perhatian seperti di Pudu, Petaling Street, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India yang merupakan lokasi tumpuan bagi mereka yang kurang bernasib baik," kata Khairy.

Penjaga postur ketika memandu

Posted:

Penjaga postur ketika memandu

Penjaga postur ketika memandu

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID


PRODUK Dr. Backbone didatangkan dalam pek Basic, Economic, Standard dan Limited Edition.


TIADA suasana yang lebih menggembirakan pada musim perayaan selain daripada menyambut kepulangan insan-insan tersayang dengan selamat. Atas kegembiraan itu, ucapan terima kasih seharusnya diucapkan kepada individu yang bertanggungjawab memacu kenderaan secara berhemah.

Namun, berhemah sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak diiringi beberapa faktor sokongan lain. Selain persediaan awal seperti pemeriksaan kenderaan, faktor kewaspadaan semasa memandu juga amat penting.

Maka, ramai yang menjaga waktu rehat atau tidur sebelum memulakan perjalanan jauh. Ada juga yang berharap pada upaya kafein dan glukosa yang terkandung dalam kopi atau minuman tenaga. Begitupun, ramai yang lupa pada keadaan postur tubuh yang ideal demi kelancaran peredaran darah.

"Sejak tahun 2007, produk sokongan tulang belakang Dr. Backbone telah diperkenalkan dan mendapat sambutan menggalakkan. Ia terbukti dapat membantu penggunanya mendapatkan postur yang lebih ideal ketika dalam keadaan duduk.

"Berdasarkan maklum balas yang kami terima daripada pengguna, beberapa penambahbaikan reka bentuk produk telah dibuat untuk memantapkan fungsinya," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Million Board Sdn. Bhd., Hasnizar Ibrahim.

Dr. Backbone yang mengangkat ilham teknologi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merupakan produk sokongan lumbar yang diperkemas dengan material berkualiti tinggi.

Produk yang turut disyorkan oleh Pakar Bedah Ortopedik, Dr. Mohd. Ismail Maulut itu menyokong keseimbangan kedudukan badan, bersifat ringan, tahan lasak dan mudah alih. Postur tubuh yang betul semasa menggunakan Dr. Backbone juga mampu melancarkan peredaran darah dan oksigen ke seluruh bahagian tubuh.

"Oleh itu, penggunanya dapat menghindari masalah sakit pinggang dan belakang, lesu dan mengantuk ketika memandu jauh. Selain di dalam kenderaan, ia juga boleh digunakan untuk sandaran pada kerusi pejabat, kereta atau di meja makan dan menawarkan beberapa manfaat ergonomik lain," ujarnya yang mengetengahkan pek baharu dengan pilihan fungsi, material dan harga berbeza.

Ciri baharu


DR. BACKBONE menjadi aksesori kereta terbaharu yang membawa kebaikan jangka panjang kepada pemandu.


Dr. Backbone Basic dan Economic didatangkan dengan material jaring kapas yang selesa untuk sandaran tubuh dan diperkuatkan rangka keluli, kemasan tepi polimer tahan lasak dan tali pengikat asas. Produk Standard pula menggunakan pelapik fiber dan lebih kuat dan mesra varian tekanan.

Sempena Hari Raya Aidilfitri, syarikat tersebut turut memperkenalkan pek Limited Edition yang mengandungi dua unit Dr. Backbone dengan ciri terbaharu. Didatangkan dalam pek bergaya pada harga RM250, produk kembar itu sesuai dijadikan hadiah seterusnya dipakai oleh pemandu dan penumpang di sebelah.

"Antara pembaharuan produk adalah tali pengikat yang lebih panjang dan boleh diketatkan dengan penggunaan gancu. Begitu juga dengan tali vertikal berserta penanda laras yang mengawal keanjalan lengkungan mengikut kesesuaian tubuh penggunanya," terang Hasnizar tentang produk yang didatangkan dengan jaminan pulangan wang dalam tempoh enam bulan.

Ciri baharu lain adalah tali tambahan untuk diikat pada penyandar kepala kerusi kereta. Tali tersebut disertai gancu pelaras untuk disesuaikan dengan kedudukan lengkung lumbar bagi pengguna yang berbeza ketinggian.

Lokasi jualan

Di Lembah Klang dan sekitarnya, produk ini boleh didapatkan di beberapa lokasi seperti pusat beli-belah Ampang Point, Tesco Ampang, Amcorp Mall, Pasar Seni (Kasturi Walk), pusat beli-belah IPC dan Hospital KPJ Damansara. Warga Kuantan pula boleh mendapatkannya di Pusat Rawatan Fisioterapi dan Hidroterapi Grand Wellness yang terletak di Jalan Gambang.

"Penghantaran menggunakan khidmat pos laju ke seluruh Malaysia juga boleh kami uruskan dengan caj tambahan sebanyak RM10 dikenakan. Penghantaran akan dibuat selama lima hari waktu bekerja.

"Saya juga mengalu-alukan sebarang pihak yang ingin menjana pendapatan dengan menjadi wakil pengedar produk ini," ujar Hasnizar yang optimis menyasarkan jualan Dr. Backbone sebanyak 100,000 unit sepanjang tahun 2011.

Bagi pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan, Dr. Backbone mula dijual seminggu sebelum hari raya di Hentian Rawat dan Rehat Pagoh, Seremban, Sungai Buloh dan Tapah. Untuk maklumat lanjut dan urusan pembelian talian yang boleh dihubungi adalah 03-7948 5262, 016-305 5036, 017-237 0169 dan 012-685 4251.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Anak Harimau dilamar

Posted:

Anak Harimau dilamar

Anak Harimau dilamar

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my

WAN ZACK antara tiga pemain skuad Olimpik yang mendapat perhatian di Slovakia.


PEMAIN bola sepak negara sebenarnya mampu mencipta nama di bumi Eropah.

Apa yang penting, mereka perlu berani serta ada keyakinan untuk bersaing.

Buktinya, tiga tonggak skuad Olimpik negara - Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas - telah mendapat perhatian sebuah kelab di Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce.

Sebagai permulaan, mereka akan menyertai kelab tersebut sebagai pemain pinjaman untuk selama tiga bulan hingga November depan.

Aksi cemerlang mereka sepanjang siri perlawanan persahabatan skuad Olimpik di Slovakia ketika ini telah menarik minat kelab yang menjadi lokasi pangkalan skuad negara sepanjang sebulan di sana.

Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, urusan pinjaman ketiga-tiga pemain Harimau Muda A itu kini sedang diselesaikan dan andai sudah dimuktamadkan, Wan Zack, Irfan dan Fadhli tidak akan dapat pulang berhari raya.

"Saya harap ketiga-tiga pemain ini akan membuka lembaran baharu agar lebih ramai lagi pemain kita dapat beraksi di liga sekitar Eropah.

"Walaupun liga utama Slovakia ini kurang prestij jika dibandingkan dengan Liga Perdana England, ia tetap mempunyai kualiti yang baik.

"Biarlah pemain kita bermula di Slovakia dan kita berharap mereka ini membuktikan dahulu kemampuan di sini sebelum berfikir jauh untuk beraksi di liga lebih ternama," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.

Selepas enam perlawanan, ViOn kini menduduki tangga ketiga Liga Corgon dengan tiga kemenangan, dua seri dan sekali tewas, hanya dua mata di belakang pendahulu, Slovan Bratislava yang beraksi pada playoff Liga Europa.

Wan Zack, 20, yang beraksi di posisi sayap merupakan penjaring terbanyak skuad Olimpik selepas lima aksi persahabatan di Slovakia dengan menjaringkan tiga gol.

Irfan, 20, pula yang beraksi sebagai penyerang kedua atau pemain tengah menyerang telah menjaringkan satu gol, manakala Fadhli, 20, yang juga pemain kebangsaan beraksi di posisi pertahanan tengah.

Mereka bagaimanapun akan tetap diberi pelepasan untuk beraksi pada Kelayakan Olimpik 2012 dan Sukan SEA 2011, November depan.

Dalam pada itu, Kim Swee mahu menjadikan dua perlawanan terakhir di Slovakia bertemu kelab Liga Corgon, FC Nitra malam ini dan kelab Liga 1 Slovakia, Levice malam esok sebagai medan memilih 25 pemain bagi menghadapi Jepun, 21 September depan.

"Saya akan menggunakan dua set pemain berbeza. Nitra kini di tangga kedua Liga Corgon dan baik untuk kita mengenal pasti kekuatan dan kelemahan. Saya akan turunkan skuad utama dan selebihnya akan beraksi menentang Levice.

"Daripada 30 pelatih ketika ini, saya akan umumkan senarai akhir 25 pelatih sebaik tamat perlawanan menentang Levice dan sebelum kita berlepas pulang pada Sabtu ini," jelas Kim Swee.

Penyudah Kelantan makin berbisa

Posted:

Penyudah Kelantan makin berbisa

Penyudah Kelantan makin berbisa

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


NORSHAHRUL (dua dari kanan) mengakui jentera serangan Kelantan
semakin mantap.


PENGGEMPUR sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha atau 'Mat Yo' mengakui kehadiran dua penyerang pinjaman dari pasukan Pahang iaitu Azammuddin Akil dan R. Surendran menambah sengat di bahagian jentera serangan pasukan yang mendapat jolokan The Red Warriors itu.

Anak jati kelahiran Besut Terengganu itu berkata, kehadiran dua tonggak Pahang itu akan membantu Kelantan untuk menghadapi saingan Piala Malaysia kali ini.

"Setakat ini, saya tidak mempunyai masalah untuk bergandingan dengan mereka berdua dan persefahaman antara kami bertiga semakin mantap.

"Kehadiran dua pemain ini menjadikan jentera serangan Kelantan semakin mantap," katanya ketika ditemui pemberita ketika sesi latihan di Stadium Sultan Muhammed IV Kota Bharu malam kelmarin.

Dalam pada itu, Mat Yo memberitahu dalam saingan kali ini dia bertekad untuk membantu The Red Warriors layak ke separuh akhir seterusnya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi pada tahun lalu.

"Saya sudah bersiap sedia untuk menghadapi saingan kali ini biarpun terpaksa berdepan dengan cabaran. Ini peluang terbaik buat saya untuk meneruskan rentak cemerlang Kelantan musim ini.

"Apa yang penting saya kena bagi yang terbaik dalam setiap perlawanan yang dilalui. Selain itu saya berharap rakan-rakan sepasukan dapat memberikan aksi terbaik dalam saingan kali ini," ujarnya.

Dalam saingan Liga Super musim ini, 'Mat Yo' muncul selaku penjaring terbanyak Kelantan dengan meledak 18 gol, sekali gus membantu The Red Warriors menjulang kejuaraan liga buat kali pertama sejak diperkenalkan pada tahun 1997.

Ketika diminta mengulas mengenai peluang Kelantan dalam saingan kali ini, 'Mat Yo' berkata, setiap pasukan mempunyai peluang dan Kelantan tidak boleh mengambil mudah kemampuan pasu- kan lawan.

"Semua pasukan yang ada dalam Kumpulan C mempunyai peluang sama rata, jadi kita kena bersedia dan perlu menggunakan kesempatan yang ada dalam setiap perlawanan untuk meraih kemenangan," jelasnya.

BSN penaja rasmi Maraton Malam Putrajaya 2011

Posted:

BSN penaja rasmi Maraton Malam Putrajaya 2011

BSN penaja rasmi Maraton Malam Putrajaya 2011


HASSAN ketika mengumumkan peranan BSN sebagai penaja rasmi
Maraton Malam Putrajaya 2011.


SESUAI dengan slogannya 'Bank Komuniti Anda', Bank Simpanan Nasional (BSN) kini tampil seba- gai penaja rasmi Maraton Malam Putrajaya (MMP) 2011.

Menerusi penajaan tersebut, BSN yakin matlamat mereka untuk mendekatkan diri dengan masyarakat berbilang kaum dan latar belakang akan tercapai.

Penglibatan dalam acara sukan seperti itu khusunya Maraton Malam Putrajaya, dilihat sebagai kekuatan kepada mereka untuk mengukuhkan lagi jenama dalam kalangan masyarakat setempat.

MMP 2011 dijadualkan berlangsung pada 15 Oktober depan.

BSN sentiasa memainkan peranan untuk membantu rakyat tempatan meningkatkan gaya hidup mereka dengan mempromosikan budaya menabung serta berjimat cermat dalam kalangan mereka.

Selain itu, BSN juga menyedia- kan pelbagai kemudahan mesra rakyat yang kesemuanya terarah kepada gaya hidup berjimat cermat.

Penglibatan mereka dengan MMP 2011 merupakan langkah pertama terhadap perancangan mereka untuk lebih mendekati rakyat melalui agenda sukan.

MMP 2011 dianjurkan oleh Twenty First Century Sports dan didokong sepenuhnya oleh Perba- danan Putrajaya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Olahraga Amatur Wilayah Persekutuan (FTAAA) dan Kesa- tuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM).

"BSN berasa bangga untuk menjadi penaja rasmi MMP 2011. Ia menyediakan peluang kepada kami untuk mempromosikan produk-produk yang ditawarkan oleh BSN selain bertindak sebagai medan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat," kata Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Hasan Mohamed dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media semalam.

Menurutnya, pihak BSN bersama-sama Twenty First Century Sports menggalakkan semua orang daripada amatur sehingga kumpulan pelari profesional untuk sama-sama tampil memeriahkan MMP 2011.

"BSN sedar bahawa sukan merupakan saluran terbaik untuk mendekatkan diri dengan semua golongan masyarakat," tambahnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Rusa bakar di L'apprenti

Posted:

Rusa bakar di L'apprenti

Rusa bakar di L'apprenti

CHEF Khairul Azhar Wahid memotong daging rusa panggang.


SATU ketika dahulu, daging rusa mungkin dianggap sebagai hidangan eksotik dan jarang menjadi menu utama di restoran atau hotel-hotel terkemuka di negara ini.

Namun, kini persepsi itu mula berubah, daging rusa kini semakin digemari dan kini mempunyai peminat-peminatnya tersendiri seperti daging kambing atau lembu.

Bagi mereka yang mahu mencuba keenakan daging rusa ketika menikmati iftar nanti, bolehlah berkunjung ke L'apprenti@Putra Restaurant yang terletak di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.


SUP kambing antara menu yang dihidangkan.


Eksekutif Chef, Abdul Kadir Razak berkata, daging rusa panggang yang diperkenalkan mendapat permintaan yang tinggi sejak hari pertama Ramadan.

"Kami mendapat maklum balas yang positif apabila mula-mula memperkenalkan daging rusa sebagai juadah berbuka. Kesemua bekalan daging rusa ini diperoleh di ladang ternak milik UPM," katanya.

Restoran yang mampu memuatkan kira-kira 100 pelanggan pada satu-satu masa itu menawarkan lebih 70 hidangan tempatan dan Barat.

Rasai sendiri keistimewaan beberapa hidangan popular negeri-negeri di Semenanjung seperti asam pedas, gulai patin tempoyak, masak lemak cili api dan sebagainya yang enak dimakan bersama nasi minyak atau nasi putih.


SPAGETI makanan Barat antara yang menjadi tumpuan pelanggan.


Andai pengunjung mahukan yang lebih ringkas, terdapat kue tiaw goreng yang boleh dijadikan pilihan di samping beberapa hidangan yang dimasak berbeza setiap hari seperti mi bandung Muar, laksa Penang atau mi kari.

Bagi penggemar makanan Barat pula, boleh mencuba pelbagai hidangan seperti pasta, fetucini atau spageti yang dihidangkan bersama sos bolognise atau sos carbonara.

Di samping itu, terdapat juga aneka rojak, kerabu, pilihan kuih-muih tradisional dan sebagainya yang cukup membuka selera anda.

Sebagai pencuci mulut, L'apprenti@Putra Restaurant turut menghidangkan pelbagai jenis bubur, kuih-muih tradisional, puding dan pelbagai jenis kek keju buatan sendiri. - AMMAR JAZLAN MAD LELA

Kurma goreng Harrods Cafe

Posted:

Kurma goreng Harrods Cafe

Kurma goreng Harrods Cafe

KURMA goreng merupakan kudapan yang harus dinikmati.


HARRODS Cafe sememangnya terkenal dengan masakan Barat dan Asia Barat yang menjadi kegemaran ramai. Suntikan dekorasi yang memukau menambahkan lagi nilai eksklusif restoran yang terletak di tingkat satu, pusat beli-belah Suria KLCC itu.

Sama seperti restoran-restoran lain di seluruh negara, pada bulan puasa yang penuh keberkatan, restoran itu turut menghidangkan hidangan istimewa Ramadan untuk para pelanggan mereka.


TELUR dadar dengan isi ayam dan sayuran.


Kali ini, Chef Tony Cham yang bertanggungjawab menyediakan menu juadah yang berbeza setiap hari.

Daripada puluhan menu yang diketengahkan, apakah menu istimewa yang disediakan di kafe mewah itu? Jawapannya ialah kurma goreng.

"Kurma yang disalut tepung, kemudian digoreng sehingga garing merupakan hidangan eksklusif kami di sini. Santapan akan lebih sempurna sekiranya pelanggan memesan teh tarik Harrods. Rasanya sangat berbeza kerana daun teh di kafe ini diimport khas dari Harrods, London," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Bufet yang dijual pada harga RM98 itu turut menawarkan puluhan sajian lain yang menambat selera.

Misalnya, pada hari-hari tertentu, pelanggan boleh merasai kelazatan kambing panggang, ikan salmon bersama pasta mahupun barbeku ayam yang dihidangkan bersama nasi beriani.


MENU ini mengenyangkan meskipun nampak ringkas.


Namun, apa kata, para pelanggan mencuba sup labu sebagai salah satu hidangan pertama semasa berbuka puasa. Supnya pekat dan rasanya tidak terlalu manis.

Bagaimanakah dengan hidangan pencuci mulut?

"Hidangan pencuci mulut termasuk pembuka selera akan dihidangkan secara bufet. Hanya makanan utama saja dihidangkan berbeza-beza mengikut hari," ujar Tony. - MAZLINA ABDUL MAJID

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Gaddafi akan tumbang menjelang hari raya

Posted:

Gaddafi akan tumbang menjelang hari raya

Gaddafi akan tumbang menjelang hari raya

BEBERAPA pemberontak berlari untuk menyelamatkan diri semasa menentang tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi dekat hutan Gadayem, barat Tripoli semalam.


TRIPOLI – Kumpulan pemberontak lewat kelmarin melancarkan serangan mortar ke Tripoli yang menjadi tempat persembunyian pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Serangan itu yang pertama kali dilancarkan buat pertama kali ke atas Tripoli oleh pemberontak. Pergolakan di Libya bermula apabila kebangkitan rakyat menentang pemerintahan Gaddafi yang berkuasa selama 42 tahun berlaku sejak Februari lalu.

Wartawan-wartawan agensi berita Associated Press melaporkan mereka mendengar bunyi senjata api dan letupan di Tripoli.

Pertempuran sengit juga berlaku beberapa jam selepas kumpulan pemberontak menawan bandar Zawiya berdekatan dengan bandar ini.

Jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) turut menyertai serangan dengan melakukan pengeboman selepas malam menjelma.

"Kami merancang operasi ke atas Tripoli bersama NATO, sekutu-sekutu Arab kami dan para pejuang pemberontak di Tripoli dengan barisan komander pemberontak di Benghazi," kata ketua Majlis Peralihan Kebangsaan NTC, Mustafa Abdel-Jalil dalam wawancara bersama wartawan stesen televisyen satelit Al-Jazeera.

Mustafa memberitahu, mereka memilih untuk melancarkan serangan ke atas bandar raya ini pada hari ke-20 umat Islam berpuasa iaitu kelmarin.

Tarikh tersebut katanya sinonim dengan peristiwa perang Badar apabila orang Islam pertama kali berperang untuk menawan kota Mekah.

Namun, selepas serangan itu kelmarin, suasana di bandar Tripoli senyap seketika semalam.

Bagaimanapun, kumpulan pemberontak dikatakan mula mengepung Tripoli semasa sejumlah anggota-anggota pemberontak mara ke ibu kota Libya tersebut dalam usaha mereka untuk menumbangkan Gaddafi.

Kemaraan para pemberontak itu akan menyebabkan Gaddafi dijangka tumbang pada penghujung bulan Ramadan.

Ketua NTC di Britain, Dr. Guma el-Gamaty berkata, kemenangan akan berpihak kepada pemberontak tidak lama lagi kerana rakyat Libya kini sedar bahawa rejim Gaddafi telah hilang kuasa dan pengaruh.

Dr. Guma turut memberitahu bahawa pilihan masih terbuka kepada pemimpin berusia 69 tahun itu untuk meninggalkan Libya dan mencari imuniti di negara-negara Arab. – Agensi

Digelar wira kerana turunkan bendera Israel

Posted:

Digelar wira kerana turunkan bendera Israel

Digelar wira kerana turunkan bendera Israel


SEJUMLAH orang berhimpun dalam tunjuk perasaan di luar Kedutaan Israel di Kaherah, Mesir awal semalam.


KAHERAH - Seorang penunjuk perasaan Mesir menjadi wira kerana dia menurunkan bendera Israel di bangunan kedutaan rejim Zionis itu di sini kelmarin.

Tindakan itu dibuat selepas lima anggota polis sempadan Mesir mati ditembak askar-askar Israel yang sedang mengejar para pejuang Palestin.

Para pejuang Palestin itu didakwa melarikan diri ke wilayah Palestin selepas lapan rakyat Israel mati di dalam wilayah Yahudi.

Israel menyalahkan para pejuang Palestin dari Gaza yang telah menyelinap masuk ke dalam wilayah Israel sehingga mengakibatkan kematian penduduknya.

Rejim Zionis kemudian meminta maaf ekoran kematian lima anggota polis Mesir semasa insiden memburu para pejuang Palestin di wilayah Mesir dilakukan Israel.

Namun, perbuatan Israel itu mencetuskan kemarahan penduduk Mesir.

Sejumlah penduduk Mesir berhimpun di luar kedutaan Israel bagi membantah tindakan Israel yang membunuh anggota polis Mesir.

Seorang penunjuk perasaan yang bertindak berani menurunkan bendera Israel di kedutaan Israel itu dikenali sebagai Ahmed Shehat.

Bendera Israel itu kemudian dikoyak oleh sejumlah penunjuk perasaan dan menjadikannya sebagai cenderamata.

Beberapa penunjuk perasaan lain membakar bendera Israel dan Amerika Syarikat.

Seorang calon presiden Mesir, Hamdeen Sabahi memuji Ahmed sebagai wira rakyat menerusi laman Twitter.

"Ini adalah untuk Palestin. Ini adalah untuk Mesir. Ini adalah untuk setiap penduduk Arab. Ini adalah untuk setiap individu yang bebas," kata salah satu mesej di Twitter mengenai keberanian Ahmed.

Kelmarin, Kementerian Luar Mesir memanggil Kuasa Usaha Israel untuk memberi amaran berhubung kejadian lima anggota polis itu mati ditembak.

Kuasa Usaha Israel itu dipanggil kerana duta Israel ke Mesir berada di luar negara. - Agensi

Hanks bayar balik duit tiket wayang peminat

Posted:

Hanks bayar balik duit tiket wayang peminat

Hanks bayar balik duit tiket wayang peminat


SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem Larry Crowne lakonan Tom Hanks (kiri) dan Julia Roberts.


LOS ANGELES - Pelakon terkenal, Tom Hanks memberikan wang sebanyak AS$25 (RM74.56) kepada satu pasangan yang benci filem lakonan terbaharunya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu memberitahu Hanks, mereka tidak menyukai filem komedi Larry Crowne yang dibintanginya bersama aktres Julia Roberts.

Dia membayar pasangan itu selepas berbual dengan mereka semasa mengisi petrol ke dalam tangki minyak keretanya dekat Pacific Palisades, California, baru-baru ini. Hanks dikatakan berkata: "Saya meminta maaf kerana anda kecewa tetapi bagaimana jika saya membayar semula tiket wayang anda.?"

Menurut majalah National Enquirer, Hanks dilaporkan menyeluk sakunya dan menyerahkan wang AS$25 kepada pasangan itu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved