Rabu, 14 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Pernah dilabel pendakwah 'mee segera'

Posted:

Pernah dilabel pendakwah 'mee segera'

Pernah dilabel pendakwah 'mee segera'

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my

JUARA program Da'i: Pendakwah Milenia, Nor Adibah diapit oleh naib juara, Hadhari (kiri) dan pemenang tempat ketiga, Azamudin.


SEIRING dengan perkembangan industri hiburan berlaku sekarang, terdapat begitu banyak program realiti yang diterbitkan saluran televisyen tempatan, terutamanya dalam mencari bakat penghibur. Boleh dikatakan, setiap saluran televisyen yang ada di negara ini seperti berlumba-lumba menerbitkan program realiti, tetapi kebanyakannya lebih kepada berbentuk hiburan semata-mata.

Bagaimanapun, kini sudah ada inisiatif untuk mencari kelainan dengan penerbitan program yang lebih berbentuk keagamaan. Malah, ia mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan daripada penonton.

Sebagai contohnya, stesen televisyen TV3 buat julung-julung kalinya telah menerbitkan sebuah program yang dikenali sebagai Da'i: Pendakwah Milenia yang bermatlamat mencari pendakwah dalam kalangan generasi muda.

Menerusi program sulung itu juga telah menyaksikan peserta wanita, Nor Adibah Rozain dinobatkan sebagai juara, manakala tempat kedua pula menjadi milik Mohamad Azamudin Zainal dan tempat ketiga pula dimenangi oleh Muhammad Tajdid Hadhari Romli.

Kini, selepas setahun program tersebut berakhir, satu sesi fotografi bersama ketiga-tiga pemenang tersebut telah diaturkan untuk mereka berkongsi cerita pengalaman masing-masing selaku pendakwah.

Menurut Hadhari, 26, penyertaannya dalam program Da'i: Pendakwah Milenia begitu memberi impak kepada dirinya menjadi seorang pendakwah setelah pelbagai jemputan memberi ceramah dan forum di merata-rata tempat.

"Tidak lama selepas menyertai program berkenaan, saya telah berhasil menubuhkan sebuah syarikat konsultan sendiri yang diberi nama Hadhari Consultant & Entrepreneur Enterprise.

"Syarikat saya itu berperanan untuk memberi bimbingan dari sudut jati diri dan sahsiah terutamanya kepada golongan muda. Selain itu, saya turut diberi peluang memberi ceramah kepada beberapa badan bukan kerajaan dan jabatan kerajaan," jelasnya.

Biarpun sudah lama berkecimpung dalam aktiviti dakwah sebelum menyertai program Da'i: Pendakwah Milenia lagi, Hadhari mengakui, penyertaannya dalam program berkenaan banyak membantunya untuk mendalami tugas-tugas seorang pendakwah.


HADHARI (dua dari kanan) bersama para peserta dalam sebuah program motivasi yang diadakan di UiTM, Shah Alam pada tahun lalu.


Berkongsi cerita tentang dirinya selaku pendakwah muda, pemuda yang kini merupakan pelajar jurusan Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor itu mendedahkan pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapinya.

"Saya pernah berbincang dengan para peserta yang lain dengan memberitahu bahawa perjuangan dalam dakwah ini baru sahaja bermula sebaik sahaja program berkenaan berakhir dahulu.

"Antara cabaran paling utama yang kami lalui ialah penerimaan sebilangan masyarakat umum yang cuba mempertikaikan keupayaan kami untuk menjadi seorang pendakwah serta mempertikaikan kelulusan yang kami ada untuk berdakwah," luahnya.

Kongsi Hadhari lagi, gara-gara kemunculan mereka itu menerusi sebuah program yang berbentuk realiti televisyen, terdapat segelintir pihak yang pernah melabelkan mereka sebagai pendakwah 'mi segera'.

Ujarnya, biar apa pun persepsi yang dilemparkan terhadap mereka sebagai pendakwah muda, ia langsung tidak menjadi penghalang untuk meneruskan kerja-kerja dakwah kepada masyarakat.

"Salah satu langkah yang cuba dilakukan bagi menghadapi cabaran tersebut ialah dengan memberi penerangan bahawa tugas berdakwah itu merupakan tugas setiap individu serta bijak melayani kerenah masyarakat," ujarnya.

AZAM turut berkongsi pelbagai gambar ketika melakukan kerja-kerja dakwah menerusi laman Instagram miliknya.


Pendekatan tersendiri

Bagi peserta yang muncul naib juara, Mohamad Azamudin Zainal atau lebih dikenali sebagai Azam Al-Kankari, sejak bergelar finalis Da'i: Pendakwah Milenia, dia banyak menerima jemputan memberi ceramah agama di luar bandar dan sekolah.

Ujarnya, program berkenaan membuka peluang yang lebih besar buat dirinya melaksanakan kerja-kerja dakwah serta terbabit dengan beberapa program berbentuk keagamaan di TV3.

"Sebenarnya dalam melaksanakan kerja-kerja perlu menggunakan pendekatan tersendiri. Misalnya, ketika berdakwah kepada golongan muda, masyarakat bandar atau kampung, pastinya ia memerlukan cara yang berbeza, asalkan tidak melanggar syarak.

"Dari segi penampilan pula, ketika melakukan kerja dakwah tidak semestinya seseorang pendakwah itu perlu berjubah atau berkopiah. Saya sendiri lebih selesa dengan penampilan seperti golongan remaja yang lain," jelasnya.

Mengulas mengenai cabaran yang dilaluinya pula, Azamudin menyatakan bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan pasti berhadapan dengan cabaran dan ia bergantung kepada individu itu untuk menghadapinya.

"Antara cabarannya apabila ramai yang tidak yakin dengan golongan pendakwah muda seperti saya untuk kerja-kerja dakwah. Namun begitu, saya anggap segala cabaran itu membuatkan saya lebih bersemangat lagi," ujarnya yang baru mencecah usia 23 tahun.

Memiliki kelulusan Diploma Pendidikan Islam dari Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah), dia sempat memberikan pesanan kepada mereka yang ingin menyertai program Da'i: Pendakwah Milenia yang bakal memasuki musim kedua.

"Kalau ada yang mahu cuba menyertai program berkenaan, pastikan niat paling utama adalah mahu berdakwah dan jangan fokus kepada kemenangan atau populariti. Jika niat itu sekadar mengejar populariti semata-mata, lupakan sahaja hasrat untuk menyertainya," tegasnya.

Pendakwah wanita

Berbeza dengan Hadhari dan Azamudin yang kerap melakukan aktiviti dakwah di merata-rata tempat, juara Da'i: Pendakwah Milenia, Nor Adibah Rozain memberitahu, dia lebih selesa untuk berdakwah kepada golongan mahasiswa.

Menjadi salah seorang peserta daripada dua peserta wanita yang bersaing dalam program berkenaan, Adibah, 22, menjelaskan, dia sememangnya mempunyai misi melakukan aktiviti dakwah dalam kalangan pelajar universiti.

"Ketika saya menyertai program ini dahulu, itulah salah satu matlamat utama saya apabila menjadi seorang pendakwah wanita. Pada masa sama, saya ingin menimba lebih banyak lagi ilmu agama.

"Lagipun saya sekarang masih lagi sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), jadi saya memerlukan pengetahuan yang lebih luas lagi," ujarnya yang pernah terbabit dengan beberapa program agama seperti Fiqh Wanita dan Bismillah.

Menjelaskan bahawa kehidupan hariannya lebih banyak di sekitar kampus lantaran kesibukannya sebagai seorang mahasiswa, namun dia kerap terbabit dengan pelbagai aktiviti anjuran universiti.

"Kini saya mengambil sijil dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya untuk mempelajari ilmu agama secara lebih mendalam lagi. Selain itu, saya turut belajar cara-cara penyampaian dan komunikasi dengan baik kerana ia merupakan elemen yang penting ketika berdakwah," ujarnya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Adibah telah meluahkan harapannya supaya lebih ramai pendakwah wanita dapat dibentuk pada masa akan datang kerana sekarang ini tugas melakukan dakwah lebih banyak dipikul oleh golongan lelaki.

Melahirkan pendakwah profesional

Posted:

Melahirkan pendakwah profesional

Melahirkan pendakwah profesional

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


DARI kiri: Shukri, Harryanto dan Sharhan bertindak sebagai juri untuk sesi uji bakat program Da'i: Pendakwah Milenia 2.


SETELAH TV3 berhasil menerbitkan program realiti Da'i: Pendakwah Milenia buat kali pertama pada tahun lalu yang menampilkan Nor Adibah Rozain sebagai juara, kini program berkenaan diteruskan untuk musim yang kedua.

Sudah menjalani proses uji bakat di beberapa buah lokasi sejak 5 Mei lalu dan terbuka kepada mereka yang berusia antara 18 hingga 30 tahun, ternyata ia mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Penerbit Da'i: Pendakwah Milenia 2, Shukri Ibrahim berkata, pada musim yang terbaharu ini pihaknya menjalankan sesi uji bakat di lapan buah lokasi terpilih, berbanding tiga lokasi pada musim terdahulu.

"Melihat kepada sambutan dan penerimaan yang positif untuk program ini, pihak produksi telah memilih lapan buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi uji bakat dalam memperluaskan lagi pencarian peserta yang boleh diketengahkan.

"Kami turut menggunakan khidmat dua nama besar dalam dunia ilmuwan Islam iaitu Ustaz Sharhan Safie dan Ustaz Harryanto Rizal Rokman yang bertindak sebagai juri untuk memilih peserta yang layak menjadi finalis," ujarnya ketika ditemui pada sesi uji bakat di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai keputusan pihak produksi yang memilih IPTA sebagai lokasi uji bakat, Shukri menjelaskan pihaknya berasakan ia satu pilihan yang paling sesuai, berbanding jika ia dilakukan di pusat beli-belah.

Ujarnya, ia bertepatan dengan matlamat utama program ini untuk melahirkan golongan pendakwah profesional yang akan bertindak menyebarkan kefahaman tentang Islam kepada masyarakat.

"Sebenarnya program ini terbuka kepada sesiapa sahaja dan tidak semestinya perlu ada latar belakang pendidikan agama secara khusus. Asalkan, mereka yang ingin menyertainya berminat menjalankan tugasan sebagai pendakwah.


SALAH seorang peserta sedang menjalani sesi uji bakat yang diadakan di UiTM Shah, Alam baru-baru ini.


"Selain itu, kami berhasrat melahirkan pendakwah yang terdiri daripada golongan profesional. Misalnya, kalau mereka sudah bekerja dalam bidang profesional seperti doktor atau jurutera, mereka juga mampu menjadi pendakwah yang baik," jelasnya.

Menurut Shukri, sepanjang uji bakat dijalankan sambutan daripada peserta yang bukan pelajar aliran agama sangat menggalakkan seperti jurusan sains sukan, komunikasi, dan kejuruteraan kimia. Malah, ada antara mereka yang menepati ciri-ciri seorang pendakwah.

"Tidak dinafikan ada peserta yang berpotensi ini sudah memiliki pengetahuan agama yang sangat baik, tetapi mereka mengambil keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang profesional atas permintaan keluarga.

"Menerusi program realiti keagamaan Da'i: Pendakwah Milenia 2 ini, sudah tentu ia mampu menjadi platform terbaik untuk mengembangkan kebolehan mereka menjadi pendakwah," ujarnya yang tidak menolak kemungkinan lebih ramai golongan profesional mampu menjadi pendakwah.

Berkenaan dengan konsep pertandingan untuk musim baharu, Shukri memberitahu, terdapat beberapa perbezaan yang terpaksa dihadapi oleh bakal peserta yang berjaya mara ke peringkat akhir nanti.

Berbeza dengan musim pertama yang lebih menjurus kepada tugasan berbentuk praktikal dan berkumpulan, Da'i: Pendakwah Milenia 2 pula akan lebih memberi tumpuan kepada kebolehan individu.

"Kami ingin mencari peserta yang mampu menyampaikan ceramah, tazkirah dan motivasi dengan baik. Selain itu, mereka akan diterapkan dengan elemen moden serta kemampuan menggunakan teknologi moden seperti aplikasi Power Point," jelasnya.

Ubah persepsi

Salah seorang juri untuk sesi uji bakat, Harryanto yang turut ditemui berkata, menerusi program realiti keagamaan seperti Da'i: Pendakwah Milenia 2, ia mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap tugasan seorang pendakwah.

Ujarnya, selama ini selalu timbul persepsi yang salah tentang tugas untuk berdakwah apabila ramai yang beranggapan bahawa berdakwah hanya dilakukan oleh golongan ulama sahaja.

"Sebenarnya terdapat perbezaan antara pendakwah dan ulama. Setiap orang boleh menjadi pendakwah, manakala untuk menjadi ulama pula dilihat kepada kepakaran dalam cabang ilmu yang tertentu.

"Jadi, antara salah satu sebab utama saya bersetuju dan tertarik untuk terlibat dalam program ini kerana saya percaya persepsi hanya golongan ulama atau ustaz yang boleh menjadi pendakwah dapat diubah," ujarnya.

Program Da'i : Pendakwah Milenia 2 yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini bakal menampilkan pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor sebagai pengacara. Seramai lapan finalis yang akan terpilih untuk merebut gelaran juara yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.

Sierra Leone kaya dengan gamat

Posted:

Sierra Leone kaya dengan gamat

Sierra Leone kaya dengan gamat


GAMAT merupakan salah satu komoditi berharga di Sierra Leone.


KETIKA senja berlabuh di kaki langit Kepulauan Banana di Sierra Leone, kawanan beribu ekor kelawar turut keluar berterbangan di pantai berhampiran Kampung Dublin.

Dalam pada itu, di dasar laut Kepulauan Banana pula, tersembunyi komoditi yang tidak disangka-sangka oleh penduduk Kampung Dublin dan harganya semakin meningkat mahal iaitu gamat.

Sierra Leone memiliki pelbagai sumber yang diketahui boleh menjana kekayaan seperti emas, berlian, bijih besi dan hasil perikanan.

Sumber-sumber berkenaan juga dieksport dalam kuantiti besar sejak beberapa dekad lalu, namun negara berkenaan masih kekal sebagai antara termiskin di dunia.

Pada ketika masyarakat di China memanfaatkan gamat untuk tujuan perubatan, penduduk Kepulauan Banana sebelum ini pula tidak mempunyai pengetahuan mengenai potensi pasaran hidupan laut itu.

Permintaan tinggi masyarakat China terhadap gamat sehingga 10,000 metrik tan setiap tahun menyebabkan bilangan hidupan marin itu semakin merosot.

Kekurangan bekalan di negara-negara pengeluar sedia ada memaksa para pelabur terus menyelidik untuk mencari stok gamat di lokasi lain di seluruh dunia.

Penduduk tempatan memberitahu, beberapa pelabur dari China tiba ke Kepulauan Banana empat tahun lalu untuk mendapatkan bekalan gamat.

Apabila harga gamat melambung ketika kekurangan bekalan di seluruh dunia, penduduk kepulauan itu berharap ia memberi peluang kepada mereka untuk meraih untung.

Janji

Malah, para pelabur berkenaan dikatakan turut memberi janji untuk menyediakan pelbagai kemudahan di sekitar Kepulauan Banana jika dapat membekalkan gamat kepada mereka.


KEKURANGAN modal menyebabkan pencari gamat tempatan tidak berdaya saing.


Bekas ketua penduduk, Moses Taylor bagaimanapun mendakwa, janji tersebut masih belum ditunaikan oleh para pelabur.

"Mereka janji mahu membina pengepam air, memasang lampu jalan dan membina pusat komuniti di sini, tetapi tiada satu pun yang ditunaikan," kata Taylor.

"Para pelabur itu hanya mempergunakan kami dan kemudian membuang kami seperti sampah," ujar Abu Bakar yang bekerja sebagai pencari gamat.

Abu Bakar menjadi penyelam gamat sejak beberapa tahun lalu dan menjual hasil tangkapan kepada pelabur China sehingga dia mampu melabur dalam sektor hartanah di Sierra Leone.

"Kami bersyukur kerana hasil gamat telah membantu kami memperbaiki taraf hidup," kata Abu Bakar.

Lelaki berumur sekitar 20-an itu menambah, kegiatan menyelam untuk mencari gamat perlu dilakukan ketika gelap kerana hidupan laut itu bersembunyi pada siang hari.

Bagaimanapun, ekoran masalah tersebut, penduduk tempatan tidak lagi menyelam ke dasar laut untuk mendapatkan gamat.

Sekiranya mahu mereka mendapatkan gamat, para pelabur berkenaan perlu membuat bayaran tertunggak sebelum para penyelam meneruskan kegiatan mencari gamat.

Pengedar gamat, Reginald McCarthy berkata, syarat tersebut masih diabaikan oleh para pelabur dan mereka juga enggan berbincang bersama penduduk tempatan.

Para pelabur China kini menjalankan kegiatan mendapatkan bekalan gamat di Kampung Tombo yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Dublin.

Pengeksport gamat tempatan, Mohamed Bangura memberitahu, pihaknya turut dituduh oleh penduduk Kepulauan Banana disebabkan janji-janji itu.

Eksport

Bapa beliau merupakan salah seorang pengeksport gamat yang terawal di Sierra Leone yang mengambil bekalan di Kepulauan Banana sejak beberapa tahun lalu.


GAMAT yang ditangkap akan direbus bersama air garam sebelum dijual pada harga RM120 untuk setiap tujuh kilogram.


"Kami tidak pernah membuat janji atau melanggar sebarang syarat," kata Mohamed menepis semua tuduhan tidak berasas tersebut.

Mohamed menambah, ketiadaan akses untuk memasarkan sendiri gamat ke pasaran antarabangsa serta kekurangan modal menyebabkan pencari gamat tempatan tidak berdaya saing.

Menyelam dengan peralatan skuba untuk mendapatkan gamat menjanjikan pendapatan lumayan berbanding melakukan pekerjaan sebagai nelayan.

Musim menangkap gamat di Sierra Leone bergantung kepada kitaran bulan penuh. Di samping menggunakan lampu suluh, cahaya bulan membantu para penyelam melihat dengan lebih baik ketika berada di dalam laut.

Gamat yang ditangkap kemudian direbus bersama air garam untuk disimpan sebelum dijual kepada para pembeli dari China melalui pemborong tempatan.

Setiap tujuh kilogram gamat dijual pada harga AS$35 (RM120), namun jumlah tepat hasil jualan gamat di Kepulauan Banana tidak pernah direkodkan.

Penyelidik di Jabatan Pentadbiran Marin dan Sains Alam Sekitar Universiti Newcastle, Selina Stead berkata, hasil gamat di Kepulauan Banana dihantar ke pasaran borong di Guangzhou dan dijual pada RM455 sekilogram.

Kerajaan Sierra Leone berkata, pengeluaran eksport gamat di negara itu semakin bertambah serta menunjukkan penanda aras ekonomi yang positif dan membanggakan.

Berdasarkan laporan Bank Dunia, hasil eksport menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sierra Leone sebanyak 15.2 peratus pada 2012 dan dijangka mengalami penurunan kepada 14 peratus sebelum akhir tahun ini.

Bagaimanapun, China menjadi penyumbang utama terhadap perkembangan ekonomi yang semakin rancak di Sierra Leone melibatkan nilai dagangan sebanyak RM6.8 bilion. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Pesta Air medium hiburan penduduk

Posted:

Pesta Air medium hiburan penduduk

Pesta Air medium hiburan penduduk

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

RATUSAN kelibat manusia berdiri teguh di gigi laut pesisir pantai Pulau Kekabu, Marang, Terengganu tanpa menghiraukan bahang mentari.

Titisan peluh kelihatan mengalir pada segenap tubuh sambil mata tertumpu tajam pada sebuah bot yang berada kira-kira 300 meter di lautan luas.

Lantas, kelihatan berlari-lari anak, ratusan manusia menempuh lautan dengan satu matlamat apabila isyarat dibunyikan melalui bot berkenaan.

Golongan warga emas sehingga kanak-kanak itu hanya ingin membawa pulang seberapa banyak 100 ekor itik yang dilepaskan ke dalam laut pada Pesta Sukan Air Marang.

Menariknya, terdapat peserta Pertandingan Menangkap Itik yang merupakan acara kemuncak Pesta Sukan Air Marang itu membawa pulang sehingga tiga ekor itik.

Bagaimanapun, tidak semua peserta bernasib baik kerana ada yang pulang ke rumah dengan tangan kosong.

Pertandingan Menangkap Itik itu merupakan salah satu aktiviti yang menjadi tarikan Pesta Sukan Air Marang pada 26 April lalu.

Tidak ke laut

Antara acara menarik yang diadakan termasuk memanjat tiang licin, lumba kayak, istana pasir, pakaian seragam nelayan, dam haji, pertandingan meneka kulit kerang dan berat ikan hidup.

Bahkan, pesta anjuran Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Marang dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah 'menyepi' kira-kira 25 tahun itu sentiasa dinantikan oleh warga Terengganu khususnya penduduk Marang.

Seorang penduduk Mohd. Sulaiman, 63, memberitahu, dia sanggup tidak turun ke laut semata-mata ingin merasai kemeriahan pesta berkenaan.


PESTA Sukan Air dapat mendedahkan permainan tradisional kepada generasi muda.


"Sudah 25 tahun pesta ini tidak diadakan di Marang. Justeru, saya tidak mahu terlepas peluang bersama-sama penduduk lain memeriahkan pesta ini.

"Walaupun ia tidak sama seperti 25 tahun lalu, inisiatif dalam menghidupkan semula Pesta Sukan Air Marang amat dihargai kerana dapat menyemarakkan ukhwah penduduk setempat," katanya yang bekerja sebagai nelayan.

Mohd. yang menetap di Kampung Kijing, Marang, menambah, dia berharap pihak penganjur dapat menambah lagi acara sukan air pada tahun hadapan.

Katanya, ini merupakan tahun pertama setelah sekian lama menyepi tetapi ia tetap meriah dan dapat mendekatkan penduduk setempat.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Zakaria Dali, 54, berkata, saban tahun pesta sukan air itu sentiasa dinantikan penduduk.

"Kebanyakan penduduk sekitar merupakan nelayan dan pesta sukan air merupakan medium hiburan dan gelak ketawa bersama keluarga selepas pulang dari laut.

"Dulu tak macam sekarang yang banyak hiburan. Masa itu sukan air sudah gah. Pakat datang ramai-ramai tak turun ke laut seharian.

"Dua minggu sebelum pesta, Pok dah mula berlatih. Pok selalu masuk lumba perahu jalur dan ada sekali kumpulan Pok jadi juara," ujarnya ketika ditemui.


DUA penduduk tempatan mengambil peluang mengenakan pakaian tradisional nelayan.


Tambah kenalan

Zakaria yang berasal dari Kampung Paya berkata, melalui pesta itu juga dia berpeluang menambah kenalan dengan belia seusianya dari kampung berlainan.

Sehingga kini, dia memberitahu, hubungan tersebut terus utuh terjalin hingga ke hari ini.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kijing, Zulkifli Mohd., 41, pula memberitahu, dia sangat teruja apabila dimaklumkan pesta berkenaan diadakan semula.

"Sebelum ini, saya tidak pernah merasai kemeriahan pesta berkenaan. Ini merupakan pengalaman pertama saya malah ia cukup meriah.

"Saya sangat tertarik dengan pesta diadakan ini kerana dapat melihat penduduk keluar beramai-ramai bersama keluarga menyertai aktiviti riadah," ujarnya.

Zulkifli menambah, melalui pesta itu juga pelbagai permainan tradisi yang telah dilupakan dapat didedahkan kepada generasi sekarang.

Teruja

Salah seorang pengunjung, Ahmad Asas Abdul Ghani, 22, pula berkata, sebaik sahaja mengetahui tentang penganjuran pesta sukan air itu, dia begitu teruja untuk pulang ke kampung bagi menyaksikan dan menyertai aktiviti yang diadakan.

Dia yang merupakan pelajar di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak berkata, walaupun hanya dapat menyertai pertandingan lumba kayak tetapi peluang itu sudah cukup bermakna dan akan diingati sampai bila-bila.


PELBAGAI aksi lucu para peserta pertandingan pukul bantal.


"Ini kali pertama saya datang ke pesta sukan air. Selama ini hanya dengar cerita orang tentang aktivitinya yang menarik dan mencuit hati.

"Saya tidak sangka dapat menjadi peserta malah melihat sendiri kemeriahan sukan ini.

"Memang wajar sukan rakyat sebegini diteruskan. Dan saya harap penganjur dapat tambahkan lagi aktiviti-aktiviti untuk memeriahkan lagi sambutan pesta ini di masa depan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Terengganu, A. Latiff Awang berkata, Pesta Sukan Air Marang akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri.

Katanya, penganjuran acara sukan rakyat seperti itu mampu menarik minat dan merapatkan lagi hubungan seluruh lapisan masyarakat sekali gus mempengaruhi kedatangan pelancong asing ke Terengganu terutamanya di daerah Marang.

"Sekitar 25 tahun dahulu, pesta sukan air merupakan acara tahunan yang meriah dalam kalangan penduduk, jadi kita mahu acara ini diteruskan selaras untuk mengekalkan budaya masyarakat nelayan di Marang agar tidak dilupakan atau ditelan zaman.

"Di Marang, kita sudah ada acara kesenian dan kebudayaan, misalnya pertandingan mencandat sotong, kejohanan swimathon serta pekan budaya. Bermula tahun ini, kita tambahkan satu lagi produk iaitu sukan air yang akan dijadikan acara wajib tahunan berdasarkan sambutan memberangsangkan," katanya.

Kekayaan semula jadi pergunungan Wicklow

Posted:

Kekayaan semula jadi pergunungan Wicklow

Kekayaan semula jadi pergunungan Wicklow


PERNAFASAN menjadi lebih lancar apabila berada di kawasan pergunungan Wicklow ekoran udaranya yang segar.


KETIKA krew kabin mengumumkan pesawat melintasi ruang udara Ireland, perasaan tiba-tiba berubah untuk segera mendarat dan menikmati segala keindahan negara itu yang sedang dilihat dari atas kapal terbang.

Kedua-dua mata berterusan memandang ke darat tanpa henti. Ada sesuatu yang begitu indah di darat, ia kelihatan seperti menggamit-gamit untuk turun bagi menyaksikan hadiah alam semula jadi yang tidak ternilai harganya.

Kehijauan dataran luas dan kawasan tanah tinggi di sekitar Ireland yang dilihat dari atas pesawat merupakan pemandangan paling indah berbanding pengalaman ke tempat-tempat lain di Eropah sebelum ini.

Semasa melihat panorama dari tingkap pesawat, fikiran tiba-tiba melayang. Terasa seperti kembali ke zaman silam Eropah yang terkenal dengan kesatria berkuda dan berpakaian perisai besi.

Dalam igauan itu, terbayang juga kesatria-kesatria menunggang kuda merentas lembah di celah gunung ganang dan dataran indah yang terbentang luas di hamparan bumi Ireland.

Sebaik mendarat, lantas bateri kamera dan kad memori diperiksa bagi memastikan bilangan gambar foto yang boleh dimuatkan nanti.

Perasaan tidak sabar dan membuak-buak untuk segera ke pergunungan Wicklow yang menjadi destinasi pertama sejurus menjejak kaki di Ireland.

Jarak antara Lapangan Terbang Dublin dengan pergunungan Wicklow hanya sejauh 51 kilometer dan mengambil masa kira-kira 50 minit.

Udara segar

Bagaimanapun, hasrat ke pergunungan itu perlu ditangguh pada keesokan hari kerana perlu berehat selepas menempuh penerbangan dari New York, Amerika Syarikat.

Sebaik tiba di pergunungan itu, pernafasan menjadi lebih lancar berbanding biasa. Dapat dirasakan udara segar di pergunungan itu masuk memenuhi ruang paru-paru dan kembali kosong apabila dihembus keluar.


MICHELLE (kiri) dan pasangannya menyifatkan kehijauan dataran luas dan tanah tinggi di Ireland sebagai pemandangan paling indah apabila dilihat dari atas pesawat.


Pergunungan Wicklow merupakan banjaran tanah tinggi yang terbesar dan terpanjang di Ireland. Ia melibatkan seluruh kawasan tengah Wicklow dan memanjang ke daerah Carlow, Wexford dan berakhir di Gunung Dublin, Dublin.

Puncak pergunungan yang terbina daripada kombinasi batuan kuarza dan tanah pamah itu berketinggian 925 meter di Gunung Lugnaquilla.

Malah, kekayaan sumber alam seperti tembaga dan plumbum yang digunakan untuk membuat senjata api menyebabkan pergunungan itu pernah menjadi pelombong-pelombong haram pada abad ke-18.

Selain itu, terdapat beberapa buah punca air tawar seperti Sungai Liffey, Sungai Slaney, Sungai Dargle dan Sungai Avoca yang mengalir dari pergunungan Wicklow ke semua daerah yang terdapat di Ireland.

Turut terdapat di pergunungan berkenaan ialah air terjun tertinggi di Ireland iaitu Air Terjun Powercourt pada ketinggian 121 meter.

Udara segar di pergunungan Wicklow dipengaruhi oleh iklim Laut Irish yang mempunyai ciri-ciri nyaman, lembap dan sedikit dingin seperti musim panas yang kadang kala dibasahi hujan lebat.

Keindahan

Melihat keindahan yang terdapat di sekitar pergunungan Wicklow, terasa diri terlalu kecil apabila dibandingkan dengan alam semula jadi yang masih suci daripada sentuhan ejen-ejen pencemar.

Meskipun belum cukup puas menikmati keindahan di Wicklow, perjalanan mesti diteruskan untuk melihat satu lagi keajaiban yang terletak di barat Ireland.


STRUKTUR batu di Giant's Causeway adalah kesan daripada lava gunung berapi antara 50 hingga 60 juta tahun lalu.


Perjalanan dari timur ke barat sejauh 270 kilometer mengambil masa tiga jam sebelum sampai ke Tebing Moher yang sangat terkenal di negara bawah naungan United Kingdom itu.

Tebing setinggi 214 meter dari aras laut dan memanjang sehingga lapan kilometer di sepanjang Lautan Atlantik itu merupakan destinasi Ireland yang paling banyak dilawati melibatkan sejuta pengunjung pada setiap tahun.

Semasa berdiri di Tebing Moher ketika cuaca cerah, kedudukan Kepulauan Aran dan Pantai Galway yang terletak di utara Atlantik dapat dilihat dengan jelas.

Puncak Dua Belas Gunung Connemara, Pergunungan Maum Turk dan Semenanjung Dingle yang terletak di daerah Kerry juga dapat dilihat jelas. Jarak antara Tebing Moher dengan Kerry pula ialah 175 kilometer.

Kira-kira 400 kilometer di Ireland Utara pula terdapat satu lagi keajaiban alam semula jadi. Giant's Causeway merupakan struktur batu yang terbentuk daripada lava gunung berapi antara 50 hingga 60 juta tahun lalu.

Bentuk batu yang menyerupai susunan tiang berukuran segi empat di Giant's Causeway kelihatan seperti hasil kerja tangan manusia, namun ia adalah kesan daripada proses alam semula jadi.


BENTUK batu yang menyerupai susunan tiang berukuran segi empat di Giant's Causeway kelihatan seperti hasil kerja tangan manusia.


Aset alam semula jadi di Ireland memiliki keindahan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Apabila berada di Pergunungan Wicklow dan Tebing Moher, ia seperti membawa kita mengembara jauh ke zaman awal Eropah.

Tidak keterlaluan jika ada orang Eropah menganggap Ireland sebagai tempat yang menyembunyikan pintu mistik untuk kembali ke masa silam. - FarewellTravels.com

Kayuhan fixie libatkan tiga negara

Posted:

Kayuhan fixie libatkan tiga negara

Kayuhan fixie libatkan tiga negara

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
ayman.ghaffa@kosmo.com.my


PARA penunggang basikal fixie bergambar kenangan di Velodrom Kuala Lumpur.


MENGAYUH basikal yang memiliki gear tetap atau fixie di Velodrom Kuala Lumpur, Bandar Tun Razak, Cheras seakan-akan impian menjadi kenyataan bagi Marlowe Bandem, 40.

Marlowe merupakan seorang penunggang basikal fixie tegar dari Bali, Indonesia. Peluang berkunjung ke ibu negara bersama tujuh orang ahli kumpulan fixie iaitu Psylo April lalu merupakan peluang terbaik untuk mencuba pengalaman berkayuh basikal di trek velodrom.

"Tiada kemudahan trek velodrom di Bali. Kumpulan kami hanya menunggang basikal secara jarak jauh di sekeliling pulau. Berbasikal di velodrom merupakan antara pengalaman yang sudah lama kami nanti-nantikan," ujar pegawai bank itu.

Penjelajahan Psylo ke Malaysia merupakan jemputan daripada kumpulan basikal di ibu negara iaitu Lesgone untuk berbasikal di velodrom. Kumpulan basikal dari Singapura iaitu Del Toro turut menyertai acara perjumpaan berbasikal tiga negara yang julung-julung kali diadakan oleh Lesgone itu.

Acara berbasikal sejauh 100 kilometer (km) di Bali kira-kira dua tahun lalu merupakan titik pertemuan ketiga-tiga kumpulan basikal itu. Sejak itu, mereka sering berhubung melalui laman sosial Twitter dan Instagram untuk mengetahui maklumat terkini aktiviti kumpulan masing-masing.

Prinsip

Menurut Marlowe, siri jelajah itu memberi peluang kepada setiap ahli Psylo untuk bertukar-tukar pendapat mengenai aktiviti berbasikal bersama Lesgone dan Del Toro.


VELODROM merupakan antara lokasi terbaik untuk menjalani latihan mengayuh basikal.


"Psylo mengamalkan prinsip berkawan melalui aktiviti berbasikal. Siri jelajah kami di Kuala Lumpur merupakan peluang terbaik untuk menambahkan lagi kenalan yang mempunyai minat yang sama.

"Kami juga akan menganjurkan acara kayuhan basikal fixie terbesar di Bali pada November nanti. Kami juga mengajak Lesgone dan Del Toro untuk menyertainya sekali gus memeriahkan acara itu," ujar bapa kepada dua orang cahaya mata itu.

Ketiga-tiga kumpulan mengayuh selama kira-kira 30 minit di Velodrom Kuala Lumpur yang menjadi venue acara sukan berbasikal semasa temasya Sukan Komanwel 1998 itu.

Rutin acara itu mudah, mereka hanya berbasikal secara beramai-ramai mengelilingi trek velodrom. Kini, venue tersebut menjadi lokasi bagi skuad berbasikal negara untuk mengadakan latihan.

Selaku tuan rumah, pengasas Lesgone, Eddie Khalil Hasbullah, 43, memberitahu, acara tersebut merupakan satu jemputan kasual yang mengajak penunggang basikal dari Indonesia dan Singapura merasai pengalaman berbasikal di Kuala Lumpur.

Menurutnya, perjumpaan itu juga memberi gambaran perkongsian mengenai perspektif berbeza cara dan persediaan kelengkapan untuk menunggang basikal fixie dari tiga negara.

"Selain velodrom, kami juga membawa rakan-rakan dari Indonesia dan Singapura berbasikal di Putrajaya. Ia merupakan salah satu cara kami untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi menunggang basikal kepada rakan-rakan luar negara. Kaedah itu merupakan salah satu langkah memperkenalkan produk pelancongan di negara ini," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

PARA penunggang berhenti berehat di Putrajaya sebelum meneruskan kayuhan.


Lesgone merupakan salah satu kumpulan basikal fixie yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu. Penyanyi kumpulan Pretty Ugly, Raizan Zainal Abidin, 40, atau lebih dikenali sebagai Neves merupakan salah seorang ahli Lesgone yang aktif menyertai setiap aktiviti kumpulan tersebut.

Penghalang

Selain ibu negara, kumpulan itu juga sering menyertai acara-acara berbasikal yang dianjurkan di dalam dan luar negara. Terbaharu, mereka menyertai acara berbasikal sejauh 120 km Jana Manjung Fellowship Ride di Manjung, Perak.

Sementara itu, wakil Del Toro, Irwan Iskandar, 32, memberitahu, aktiviti di Velodrom Kuala Lumpur itu merupakan kali pertama kumpulan tersebut berbasikal di luar Singapura.

"Di Singapura, keadaan trafik dan lampu-lampu isyarat yang banyak di kawasan bandar menjadi penghalang utama. Penunggang basikal juga tidak boleh berbasikal secara jarak jauh. Selain itu, kami juga hanya dibenarkan untuk berbasikal melalui jalan-jalan yang menghubungkan taman-taman di Singapura.

"Berbasikal di velodrom memberi kepuasan kepada kami ketika menunggang basikal tanpa terikat dengan peraturan. Namun, ciri-ciri keselamatan seperti memakai helmet tidak dilupakan," ujar pegawai Polis Republik Singapura itu.

Tambahnya, aktiviti itu juga ternyata mengukuhkan tali persahabatan antara penunggang basikal fixie tiga negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pemain Tunas Juara FC sertai kem bina semangat

Posted:

Pemain Tunas Juara FC sertai kem bina semangat

Pemain Tunas Juara FC sertai kem bina semangat


PEMAIN muda pasukan bola sepak Tunas Juara FC bergambar pada program Kem Bina Semangat Pembangunan Bola Sepak di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.


BINA SEMANGAT. Seramai 38 pelatih Kelab Bola Sepak Tunas Juara (Tunas Juara FC) menyertai Kem Bina Semangat Pembangunan Bola Sepak di Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

Kem selama dua hari yang melibatkan pelatih bawah usia lapan hingga 16 tahun itu merupakan anjuran Tunas Juara FC.

"Dengan penganjuran kem bina semangat kali ini, diharapkan para pelatih dapat mengaplikasi apa yang telah diajar berpandukan modul-modul sedia ada," kata Presiden Tunas Juara FC, Datuk Khaidir Buyong yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan dan jurulatih Perak serta Selangor.

Felda rai media Selangor

Posted:

Felda rai media Selangor

Felda rai media Selangor


HALIMATON (depan enam dari kiri) dan Mohamad Khairudin (depan tujuh dari kiri) bergambar bersama kakitangan Seranta Felda di Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.


MESRA. Kira-kira 20 pengamal media diraikan pada satu majlis ramah mesra media bersama Pengarah Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Khairudin Mohamad yang diadakan di Kelab Golf Monterez, Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.

Majlis yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak Felda bersama media agar terus menjadi rakan yang lebih akrab.

Pada majlis itu, Mohamad Khairudin turut menerangkan tanggungjawab pihak seranta yang bukan sahaja menjadi ejen bagi menerangkan aktiviti yang dijalankan Felda, bahkan sebagai pemudah cara bagi hal tersebut.

150 peminat astronomi dunia berkumpul di PD

Posted:

150 peminat astronomi dunia berkumpul di PD

150 peminat astronomi dunia berkumpul di PD


PEMINAT astronomi menggunakan teleskop untuk merakamkan objek di langit dalam program One Sky di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.


PENDEDAHAN. Seramai 150 peminat astronomi dari seluruh dunia menyertai program One Sky yang diadakan di Balai Cerap Baitul Hilal, Port Dickson (PD), Negeri Sembilan baru-baru ini.

Program kerjasama antara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Falak Online itu adalah yang pertama diadakan dengan Malaysia kali pertama menjadi tuan rumah.

Pengurus Balai Cerap, Ahmad Zaki Hamzah berkata, peserta diberi peluang merakam objek di langit menggunakan teleskop dan dimuat naik ke dalam Facebook atau Google plus dengan menggunakan aplikasi Htex Onesky.

"Melalui cara itu, mereka dapat berkongsi dengan pengguna aplikasi tersebut yang berada di seluruh dunia," katanya.

Antara negara yang menyertai ialah India, Pakistan, Australia, New Zealand, Jepun dan Amerika Syarikat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Polis gempur banglo sarang dadah

Posted:

Polis gempur banglo sarang dadah

Polis gempur banglo sarang dadah

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


MOKHTAR (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian dadah dan barang-barang yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Satu sindiket mengedar dadah antarabangsa lumpuh selepas polis menahan empat anggota sindiket itu termasuk dua wanita dalam serbuan di sebuah banglo di Taman Abad di sini pada Sabtu.

Bersama keempat-empat suspek itu, polis merampas pelbagai jenis dadah dan menyita harta benda berkaitan aktiviti dadah sindiket itu yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM3.4 juta.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sindiket edar dadah tumpas, syabu RM4.6 juta dirampas

Posted:

Sindiket edar dadah tumpas, syabu RM4.6 juta dirampas

Sindiket edar dadah tumpas, syabu RM4.6 juta dirampas

Oleh NOR AFIQAH MAT NOR
afiqah.matnor@kosmo.com.my


NOOR RASHID menunjukkan sebahagian syabu yang dirampas pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Empat lelaki Iran dan dua warga Nigeria termasuk seorang wanita diberkas bersama 22.9 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM4.6 juta dalam empat serbuan di Bukit Jalil dan Ampang pada Isnin dan Selasa lalu.

Empat lelaki Iran diberkas di Ampang, Selangor manakala dua warga Nigeria termasuk seorang wanita ditangkap di unit berasingan di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Khidmat seks kepada pelancong

Posted:

Khidmat seks kepada pelancong

Khidmat seks kepada pelancong

Oleh MOHD. SHARKAWI LONDING
sharkawi.londing@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN pelacur warga asing dan penjaga pusat urutan badan yang tahan dalam serbuan di Taman Rimbunan, Kepong semalam.


KUALA LUMPUR – Empat buah premis yang berselindung di sebalik perniagaan urutan badan di Jalan Rimbunan 1, Taman Rimbunan, Kepong di sini untuk menawarkan khidmat seks terbongkar semalam.

Pegawai Turus D7 Bukit Aman, Deputi Superintendan Kamal Khan Mohd. Shariff berkata, rahsia mengenai kegiatan empat buah premis itu terbongkar selepas pasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melakukan serbuan pada pukul 4.40 petang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Australia rancang belanja RM271 juta cari MH370

Posted:

Australia rancang belanja RM271 juta cari MH370

Australia rancang belanja RM271 juta cari MH370

GAMBAR fail menunjukkan seorang juruterbang melihat dari tingkap pesawat AP-3C Orion milik Tentera Udara DIraja Australia dalam misi mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi pada 24 Mac lalu.


CANBERRA, Australia - Kerajaan Australia merancang akan membelanjakan sebanyak AS$84 juta untuk mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menurut dokumen yang disiarkan semalam, peruntukan tersebut terkandung dalam bajet yang akan berakhir pada 30 Jun depan.

Namun, dokumen tersebut menyatakan, kos sebenar bagi mencari MH370 itu akan bergantung kepada beberapa faktor termasuk penggunaan kapal selam dasar laut, tempoh yang diperlukan mencari pesawat tersebut dan sumbangan daripada beberapa buah negara antaranya, Malaysia dan China.

Pesawat itu hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing, China selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Ketika hilang di Laut China Selatan, pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Sebanyak 153 penumpang kapal itu adalah dari China.

Pesawat itu dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi selepas ia berpatah balik menyebabkan misi mencari MH370 dilakukan di lautan tersebut.

Namun, sehingga kini, tiada sebarang serpihan pesawat ditemui di selatan Lautan Hindi. - Agensi

Balu rakan pelakon Fast & Furious saman Porsche

Posted:

Balu rakan pelakon Fast & Furious saman Porsche

Balu rakan pelakon Fast & Furious saman Porsche

WASHINGTON - Syarikat pengeluar kereta Porsche disaman seorang balu kepada seorang lelaki yang terbunuh

semasa memandu kereta itu yang turut dinaiki pelakon filem Fast & Furious, Paul Walker.

Saman yang difailkan pada Isnin lalu itu mendakwa kereta Porsche Carrera GT buatan tahun 2005 tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan di bahagian tangki minyak.

Menurut saman itu, jika terdapat ciri-ciri keselamatan di tangki minyak tersebut, Walker dan suami balu itu, Roger Rodas tidak akan terbunuh dalam nahas yang berlaku pada November tahun lalu.

Saman itu difailkan oleh Kristine Rodas di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles.

Menurut saman itu, sistem suspensi kereta sport tersebut mengalami kegagalan menyebabkan Porsche itu hilang kawalan sebelum ia merempuh sebatang pokok dan terbakar di Santa Clarita, California.

Ketika kejadian, kereta itu dipandu Roger.

Kristine menuntut ganti rugi yang tidak diperincikannya dari syarikat Porsche Cars Amerika Utara.

Pada Januari lalu, pihak koroner memberitahu, kereta tersebut dipandu dengan kelajuan 160 kilometer sejam.

Selepas kematian Walker, syarikat perfileman Universal menangguhkan penerbitan filem itu.

Filem itu pertama kali ditayangkan di layar perak pada tahun 2001.

Namun, tayangan filem terbaharu itu yang sebelum ini ditangguhkan kerana kematian Walker akan ditayangkan pada 10 April 2015.

Filem itu mengisahkan tentang kereta-kereta yang mempunyai kelajuan tinggi. - Agensi

Bangunan hotel condong di Korea Selatan

Posted:

Bangunan hotel condong di Korea Selatan

Bangunan hotel condong di Korea Selatan


SEBUAH bangunan hotel yang masih dalam pembinaan (kiri) condong di Asan kelmarin.


ASAN, Korea Selatan - Sebuah bangunan setinggi tujuh tingkat yang kini condong di bandar ini dibimbangi akan runtuh.

Bangunan yang akan dijadikan hotel itu mula runtuh pada pagi Isnin lalu.

Pembinaan bangunan tersebut sepatutnya disiapkan dalam tempoh sebulan lagi.

Satu lagi bangunan hotel yang terletak bersebelahan dengan bangunan yang condong itu tidak runtuh.

Pakar-pakar menganggap kejadian mungkin berpunca akibat kelemahan struktur bangunan dan pergerakan tanah. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


'Ustaz' pengasas pusat perubatan tradisional ditahan

Posted:

'Ustaz' pengasas pusat perubatan tradisional ditahan

'Ustaz' pengasas pusat perubatan tradisional ditahan

14/05/2014 10:08pm

BUKIT MERTAJAM - Seorang pengasas sebuah pusat perubatan tradisional ditahan dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah rumah teres yang dijadikan pusat perubatan itu di Permatang Pauh di sini.

Turut ditahan bersama lelaki berusia 46 tahun yang menggelarkan dirinya ustaz itu ialah dua wanita berusia 32 dan 40 tahun.

Ketua Unit Penguatkuasaan JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pusat perubatan tradisional itu diserbu kerana didapati menjalankan rawatan bertentangan dengan hukum syarak.

"Serbuan pada 11.30 malam dengan kerjasama penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis itu adalah hasil maklumat awam dan risikan sejak enam bulan lepas," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, susulan serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki berusia 41 tahun yang merupakan pengurus bagi cawangan pusat perubatan berkenaan di Seberang Jaya, awal pagi tadi.

Siasatan awal mendapati pusat perubatan itu menyediakan rawatan untuk pelbagai penyakit berkaitan roh dan saka yang bertentangan dengan hukum syarak.

Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan perlu membawa satu kilogram limau nipis, garam kasar dan lada hitam.

Beliau berkata, pesakit tidak dikenakan bayaran sebaliknya perlu bersedekah atau memberi hadiah kepada 'ustaz' yang merawat pesakit.

Dalam serbuan itu pihaknya merampas pelbagai peralatan dan kelengkapan yang digunakan untuk tujuan perubatan seperti cincin, minyak wangi termasuk beberapa buah buku untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati pusat rawatan tradisional itu turut menyediakan 'pengijazahan tenaga dalam dan perubatan' dengan bayaran 'fidyah' RM950 dan individu yang tidak berkemampuan masih berpeluang mendapatkan 'ijazah' itu dengan berpuasa selama 15 tahun tanpa henti walaupun pada hari-hari tasyrik (hari diharamkan berpuasa).

"Kami dapati syarat yang dikenakan bertentangan dengan ajaran Islam dan serbuan dibuat bagi mengelakkan lebih ramai terjebak dalam kegiatan ini.

"Lebih mengelirukan ustaz terbabit mengaku dirinya sebagai ketua para wali dan boleh menyeru roh Nabi Muhammad SAW serta para malaikat menerusi perantaraan," katanya.

Pengasas pusat perubatan itu disiasat mengikut Seksyen 4, 6 dan 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 kerana mengamal dan menyebarkan doktrin palsu, menggelarkan diri sebagai wali serta memiliki bahan penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak.

"Seorang lagi lelaki dan dua wanita disiasat menurut Seksyen 43 enakmen sama atas tuduhan bersubahat. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. - Bernama

Kedai serbaneka 24 jam disamun dua lelaki berparang

Posted:

Kedai serbaneka 24 jam disamun dua lelaki berparang

Kedai serbaneka 24 jam disamun dua lelaki berparang

14/05/2014 9:49pm

KUANTAN - Sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Indera Mahkota 8, di sini disamun dua lelaki bersejatakan parang dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika kejadian kira-kira pukul empat pagi itu, dua pekerja wanita berusia 20an sedang bertugas apabila didatangi suspek berkenaan.

"Mangsa panik apabila dua suspek terbabit mengeluarkan sebilah parang dan mengacukan senjata tajam.

"Mereka yang ketakutan hanya mendiamkan diri apabila kedua-dua suspek menyelongkar laci di kaunter bayaran dan mengambil wang tunai RM40 selain turut mengambil 20 kotak rokok," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal dipercayai jenis Honda Ex5 dengan nombor pendaftaran CDF 4558 yang diletakkan di luar premis berkenaan.

Polis kini sedang memburu penjenayah terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Bernama

Pegawai bomba maut dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Maran

Posted:

Pegawai bomba maut dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Maran

Pegawai bomba maut dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Maran

14/05/2014 9:09pm

KUANTAN - Seorang pegawai latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang terbunuh manakala anak perempuannya terselamat selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 171.6, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Plaza Tol Maran, hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, mangsa Anuarrul Hakim Mokhni, 38, yang berasal dari Kampung Ayer Molek, Melaka, mati di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta jenis Proton Satria dipandunya.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Sulaiman A. Hamid berkata, anak mangsa berusia lapan tahun, Mya Qristina, yang duduk di kerusi penumpang hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Dipercayai semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kuala Kubu Baru, Selangor untuk menghantar anaknya kerana bersekolah di daerah itu.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi penghadang di tengah jalan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bandar Jengka untuk bedah siasat. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Norish mahu bergelar profesor

Posted:

Norish mahu bergelar profesor

Norish mahu bergelar profesor

GENAP berumur 40 tahun Ahad lalu, pelakon versatil Norish Karman mengakui hidupnya kini disaluti bahagia biarpun tidak sempurna seperti orang lain. Dia ibu tunggal. Namun, hidupnya terisi dengan anak-anak iaitu Muhammad Haqiem Armany, 14, Muhammad Hardy Amieran, 10, Putri Hany Amanda, 9 dan Haq Lutfie Alexander, 2.

Dia tinggal di rumah yang cukup selesa. Dia juga mempunyai sumber pendapatan yang tidak putus-putus berkat menjadi pelakon, penyanyi, penceramah motivasi di universiti-universiti, dan ahli bisnes katering.

"Pada usia 40 tahun ini, hidup saya bahagia. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut. Kalau boleh, saya tidak mahu orang tahu tempat tinggal saya.

Bukan sebab takut kepada stalker (penghendap) tetapi orang selalu salah faham. Bila kita janda dan boleh hidup di tempat seperti ini (kediaman mewah), orang akan cakap bukan-bukan. Seperti orang yang ada suami sahaja boleh tinggal tempat macam ini.

"Namun itu semua tidak benar. Saya boleh tinggal di tempat sebegini sebab saya buat pelbagai jenis kerja. Alhamdulillah, tidaklah jadi jutawan tetapi boleh beri anak makan dan tempat tinggal yang selesa," tutur Norish ketika ditemui di rumahnya yang terletak di kawasan Mont Kiara, Kuala Lumpur, bersempena sambutan hari jadinya yang ke-40 Ahad lalu.

Memilih tema sukan (sporty) untuk hari jadinya kali ini, ujar Norish atau nama sebenarnya Nor'asikin Karman, dia tidak mahu mengambil kisah tentang angka umur yang kian bertambah.

Katanya, walaupun lelaki atau perempuan jangan risau mengenai umur. "Hidup dengan seadanya. Tak perlu (hidup) diremehkan dengan (isu) umur dan bergembiralah," tegas Norish.


BAHAGIA bersama anak-anak (dari kiri), Muhammad Haqiem Armany, Putri Hany Amanda dan Muhammad Hardy Amieran.


Kahwin

Tidak menutup pintu hatinya untuk berumah tangga, Norish bagaimanapun meletakkan syarat. Pelakon filem Sayang Salmah itu cuma akan berkahwin dengan lelaki yang benar-benar menyayangi anaknya.

"Buat masa ini, saya belum ada lagi (teman lelaki). Anak-anak ada suruh pergi dating. Tetapi, saya sibuk dengan kerja. Menguruskan anak-anak lagi. Kalau boleh, saya tidak mahu berkahwin dengan membebankan suami untuk menjaga anak-anak saya. Bantu boleh tetapi tidak sehingga menyusahkan. Asalkan dia menyayangi anak-anak saya itu sudah memadai," luahnya yang tidak memilih bakal suami dari golongan kaya.

Banyak lagi yang ingin dicapai dalam hidup, Norish berhasrat untuk menamatkan pelajarannya sehingga ke peringkat ijazah doktor falsafah PhD dalam bidang sains sosial dan psikologi.

"Mungkin orang lihat saya sudah ada macam-macam. Tetapi, secara peribadinya kita tahu kekurangan diri sendiri dan apa yang kita mahukan.

"Saya belum sempat habiskan pelajaran saya dalam PhD dalam bidang sains sosial dan psikologi, tetapi saya akan habiskan. Saya mulakan pengajian sejak dua tahun lalu tetapi berhenti dan kini saya sambung semula," ujarnya yang menyimpan impian untuk bergelar profesor suatu hari nanti, namun enggan mendedahkan nama universiti tempat dia menyambung pengajiannya itu.

Kongsi Norish, hidup juga perlu ada jalinan dengan individu lain.

"Saya rasa apa yang saya buat seperti menyanyi, berlakon dan memberi motivasi di universiti adalah sebagai platform untuk berhubung dengan orang lain. Jadi artis sahaja tidak mencukupi. Kena ada rasa tanggungjawab terhadap individu yang memerlukan bantuan," katanya.

SIBUK dengan kerjaya dan statusnya sebagai seorang ibu tunggal, Norish Karman bagaimanapun masih mampu meluangkan masa untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan.


Ibu tunggal

Sebagai ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak, Norish mendapat semangat daripada anak-anak. Bekerja keras dengan kelebihan yang dikurniakan Tuhan.

Namun, hatinya tertanya-tanya bagaimana dengan nasib ibu tunggal yang tiada kelebihan dan tidak tahu berbuat apa-apa untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Saya bekerja keras boleh duduk rumah macam ini. Boleh bernyawa. Menjadi ibu tunggal tidak ada kelebihan apa-apa. Golongan ini hanya dibantu masa bulan puasa dan hari raya sahaja.

"Sebenarnya, kita boleh salur bantuan hari-hari tidak perlu menunggu sehingga puasa atau hari raya kepada golongan yang memerlukan," jelasnya yang jika ada kelapangan akan memasak dan hasil masakan itu disedekahkan kepada ibu tunggal, anak-anak yatim dan golongan gelandangan.

Buat masa sekarang, Norish juga sedang sibuk menyiapkan buku masakan dan juga buku mengenai kisah hidupnya.

"Insya-Allah, tahun ini juga saya akan keluar dengan buku masakan sendiri. Semua yang terkandung adalah resipi ciptaan saya sendiri.

"Selain itu, saya juga akan keluarkan buku mengenai kisah hidup. Dari zaman menjadi model sehingga sekarang," luahnya yang tidak mahu lagi orang ramai salah faham mengenai dirinya dan akan menjelaskan semua mengenai dirinya di dalam buku tersebut.

Tasha Shilla akui tertekan

Posted:

Tasha Shilla akui tertekan

Tasha Shilla akui tertekan

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

TASHA SHILLA menegaskan, dia kini berpuas hati dengan bentuk badannya.


KECOH minggu lalu apabila pelakon muda Tasha Shilla memuat naik sekeping foto di laman sosial Facebook miliknya sambil memegang segelas produk kecantikan yang diamalkannya sejak dua bulan lalu.

Apa yang menjadi hal apabila saiz payudara Tasha, 27, menjadi bahan perbualan di Internet malah ada yang mendakwa pelakon filem Ratu The Movie itu melakukan pembedahan membesarkan payudaranya.

Tasha sebelum ini telah menafikan dakwaan berkenaan dan terbaharu Kosmo! bertemu sekali lagi dengan pemilik nama Natasha Sheila Abdul Razak ketika majlis pelancaran program H Live di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur baru-baru ini mendapatkan keterangan lanjut.

Sambil merakamkan setiap detik perbualan bersama Kosmo!, Tasha menjelaskan lebih lanjut berkenaan isu berkenaan. Ikuti temu bual berikut.

Kosmo!: Baru-baru ini selepas memuat naik foto bersama sebuah produk kecantikan, Tasha dikecam hingga mengaitkan perubahan saiz payudara dengan produk itu. Komen anda?

TASHA SHILLA: Saya sudah menjelaskan kesemuanya sebelum ini menerusi laman sosial Instagram saya. Orang ramai yang mahu tahu lebih lanjut boleh ikuti keterangan di sana. Anda boleh mencuba sendiri, selebihnya saya tidak mahu komen.

Bagaimanakah amalan dan cara pengambilan produk itu mampu memberi kesan kepada anda walaupun hanya menggunakannya dua bulan lepas?

Saya cuma kongsikan hasil selepas meminum produk itu, segala amalan dan cara pengambilan produk itu boleh hubungi sendiri wakil penjual mereka. Saya cuma berkongsi produk itu untuk peminat.

Rimas atau tidak apabila timbul perkara sampingan di sebalik sekeping foto dan adakah anda melihat situasi ini adalah sangat merepek?

Memang tidak sangka dengan hanya sekeping foto dan niat untuk berkongsi bersama peminat dan perkara itu menjadi menular di media sosial. Ia di luar jangkaan saya dan agak tertekan sebab disalahertikan dengan sekeping gambar itu.

FOTO Tasha yang dimuat naik di Facebook inilah yang telah mencetuskan kontroversi hangat.


Apakah pengajaran yang anda simpulkan mengenai isu tersebut?

Ada yang mana patut jadikan pengajaran saya ambil sebagai iktibar tapi setiap apa yang saya lakukan, saya buat dengan berhati-hati. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan terjadi di kemudian hari walau kita rasa kita sudah cukup berhati-hati. Kesan yang akan datang kita tidak tahu.

Adakah anda malu atau rasa terhina?

Nak kata malu tidak juga cuma saya rasa kecewa dengan komen-komen yang agak negatif.

Penting atau tidak saiz payudara yang besar untuk seseorang wanita?

Bagi saya sebagai seorang wanita, penjagaan keseluruhan anggota badan kita penting. Boost up mungkin diperlukan bagi wanita yang tak tidak yakin pada diri sendiri. Perkara itu subjektif dan terpulang pada diri individu itu. Kalau sudah rasa yakin diri, pada hemat saya tidak memerlukan produk sedemikian. Tapi kalau rasa perlukan sesuatu untuk keyakinan diri mereka, perlu ambil produk tertentu. Bergantung pada inisiatif mereka untuk penjagaan dalaman sebagai seorang wanita.

Bagaimana pula secara peribadinya?

Saya sebagai figura umum dari dahulu lagi pun saya mengamalkan jamu. Memang saya suka amalan untuk kecantikan dan penjagaan dalaman wanita seluruh aspek.

Adakah anda berpuas hati dengan fizikal sekarang?

Ya, saya sangat puas hati dengan bentuk badan saya sekarang. Bukan sebab ambil produk tapi perlu seiring dengan senaman. Amalam meminum air yang cukup juga penting. Ambil produk saja tidak berhasil tanpa inisiatif lain.

HUBUNGAN Tasha dan Chen Wong berjalan lancar.


Bagaimanakah pula dengan kesan sampingan terhadap produk kecantikan?

Bergantung, setiap apa yang perlu kena baca arahan yang terkandung pada setiap label produk yang kita amalkan. Kalau rasa tak yakin dengan sesuatu produk perlu rujuk dengan pakar yang lebih tahu.

Beralih kepada hubungan cinta anda, bagaimanakah hala tuju hubungan anda bersama jejaka Cina, Han Chen Wong sekarang?

Biar kita merancang dan Tuhan menentukan.

Apakah perkembangan karier seni sekarang?

Saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri Maafkan Aku Tak Sempurna untuk slot Akasia, Kasih Berbisik dan beberapa buah drama untuk tayangan Hari Raya Aidilfitri.

Tuah keberanian Erin, Redha

Posted:

Tuah keberanian Erin, Redha

Tuah keberanian Erin, Redha

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI


KERJASAMA dan persefahaman merupakan antara faktor utama di sebalik kejayaan Erin dan Redha menjuarai program Fear Factor Malaysia 2.


TERPAKSA memakan daging kambing yang busuk dan bergayut di tempat tinggi merupakan antara cabaran yang tidak dapat dilupakan buat pasangan juara Fear Factor Malaysia musim kedua, Erin Malik dan Redha Rozlan sepanjang 12 minggu berkampung di CapeTown, Afrika Selatan.

Erin dan Redha dinobatkan sebagai juara Fear Factor Malaysia 2 apabila berjaya menyaingi tiga lagi pasukan selebriti termasuk pasangan Nas T dan Khairul, Shuib Sepahtu dan Zakaria, serta Azura Zainal dan Rechel dalam pusingan terakhir.

Mengakui tidak menyangka berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000, ujar Erin, kerjasama dan persefahaman yang terjalin antara dirinya dan Redha merupakan kekuatan utama untuk terus berjuang ke peringkat akhir.

"Saya akui banyak kelemahan dalam diri saya, namun dengan adanya Redha, dia banyak memberi saya motivasi untuk meneruskan perjuangan. Saya cuba melakukan yang terbaik dalam setiap cabaran yang diberikan.

"Memandangkan kami pasukan campuran lelaki dan wanita, saya juga ingin membuktikan bahawa wanita juga mampu setanding dalam menerima setiap cabaran dan tindakan yang ditugaskan kepada kami," ujarnya yang ditemui selepas tamat majlis pratonton episod final Fear Factor Malaysia di PickNik @ Solaris Dutamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Erin, cabaran, dugaan dan kesakitan fizikal yang dihadapi membuatkan mereka lebih yakin dan tahan lasak dari segi fizikal dan mental.

"Jujurnya, saya merasakan akan tersingkir di peringkat awal tetapi apabila program itu memasuki fasa selanjutnya, kekuatan itu datang dan pasangan saya banyak memberikan sokongan dan dorongan sepanjang ujian yang kami lalui," katanya.

Sementara itu, bagi Redha, tekanan pada pusingan akhir episod program tersebut sangat menguji daya ketahanan mental dan fizikalnya. Kekuatan kumpulannya bersama Erin adalah berasaskan persefahaman dan komunikasi antara ahli yang membuatkan mereka sentiasa fokus dalam pertandingan.

"Semua cabaran yang diberikan nampak mudah tetapi sebenarnya susah. Meskipun Erin nampak lemah tetapi sebenarnya dia kuat semangat dan mampu melepasi semua cabaran," ujarnya yang memberitahu, dia dan Redha berhasrat menggunakan wang kemenangan itu bagi membantu keluarga masing-masing.


NAS T (belakang, empat dari kanan) bergambar bersama kesemua peserta yang bersaing dalam program Fear Factor Malaysia 2.


Tak bercinta

Ditebak dengan soalan mengenai percintaannya, Erin kini mengakui bahawa dia sedang hangat menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang berumur 10 tahun lebih tua daripadanya.

Erin berkata, walaupun perkenalan mereka boleh dikatakan masih singkat iaitu selama empat bulan, jejaka yang dikenali sebagai F itu merupakan seorang yang sangat memahami kerjayanya sebagai seorang selebriti.

"Saya kenal dia melalui laman sosial Instagram. Pada mulanya kami hanya berkawan biasa sahaja, namun setelah lama timbul perasaan cinta. Saya senang bersamanya kerana dia merupakan seorang yang sangat memahami.

"Insya-Allah, kalau tidak ada aral melintang kami akan melangkah setapak lagi ke gerbang perkahwinan, namun ia masih dalam perancangan lagi. Buat masa sekarang biarlah saya tumpukan kepada kerjaya saya dahulu," katanya yang kini baru sahaja mencecah usia 20 tahun.

Tambah Erin, F merupakan seorang yang sangat matang daripada segi tingkah laku dan perwatakan, hal tersebut telah membuatkan perhubungan mereka menjadi lebih matang.

"Dia merupakan seorang usahawan yang membantu perniagaan keluarganya. Dia banyak membimbing dan memberi nasihat kepada saya, terutamanya melibatkan hal kehidupan. Saya mengakui perbezaan umur 10 tahun antara kami sangat ketara, tetapi hal itulah yang membuatkan saya lebih rasa selamat di sisinya," ujarnya.

Penjelasan tersebut sekali gus menepis spekulasi kononnya dia dan Redha sedang bercinta selepas berganding sama dalam program tersebut.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Erin berkata, dia kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Misiku Kuza yang dijangka akan ditayangkan menjelang hujung Mei ini.

"Jadual saya memang padat. Tambahan pula, saya akan menjalani penggambaran untuk slot Akasia pada pertengahan hujung bulan Jun ini," katanya.

Nas T tidak Kecewa

Dalam pada itu, Nas T dan pasangannya, Khairul berkongsi keterujaan mereka apabila memperoleh tempat kedua dalam Fear Factor Malaysia 2. Walaupun kalah dalam pusingan terakhir, mereka menganggap ia merupakan sebahagian daripada adat pertandingan.

"Saya mengakui ada sedikit perasaan kecewa apabila gagal melakukan yang terbaik pada ujian yang terakhir iaitu Bumi, Langit dan Air. Ketinggian merupakan kelemahan saya.

"Bagaimanapun, saya dan rakan sepasukan telah melakukan yang terbaik dalam setiap cabaran yang telah diberikan," ujar Nas T yang membawa pulang hadiah tempat kedua bersama Kairul hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved