Rabu, 21 Disember 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Batasan atau kebebasan lirik lagu

Posted:

Batasan atau kebebasan lirik lagu

Batasan atau kebebasan lirik lagu

Lagu Bunkface, Panik kini mencetuskan kontroversi selepas dikatakan telah dipolitikkan oleh parti pembangkang.

ISU pengharaman lagu merupakan perkara biasa dalam dunia muzik terutamanya terhadap genre yang sedikit agresif, ekstrem atau 'keras' seperti rock, punk rock, hip hop atau mungkin sesetengah genre balada.

Kontroversi itu baru-baru ini turut menimpa kumpulan punk rock Malaysia, Bunkface yang dianggotai oleh tiga orang anak muda iaitu Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar, Youk (Farouk Jaafar) dan Paan (Ahmad Farhan) apabila single mereka, Panik tidak dibenarkan untuk disiarkan di kesemua corong stesen radio awam Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Tidak dinafikan, genre muzik yang dibawa dan dipersembahkan oleh Bunkface sedikit agresif. Dengan lirik lagu yang ditulis oleh ahli kumpulan itu sendiri, mereka diterima kerana penceritaan dalam lirik yang bersahaja dan telus menceritakan perkara sepertimana kata vokalisnya, Sam ia adalah daripada kisah benar pengalaman hidup.

Namun, apa yang terjadi adalah lirik lagu Panik yang terlalu telus itu telah mencetuskan kontroversi iaitu menerusi dua perkataan dalam liriknya iaitu 'reformasi' dan 'celaka'.

Alasan yang dibuat pihak Unit Panel Penilai Lagu Tempatan (PPTL) adalah lagu itu tidak sesuai untuk disiarkan oleh RTM dan menganggap perkataan 'celaka' sebagai sesuatu yang kasar dan tidak sopan untuk diperdengarkan kepada umum melalui siaran radio mahupun televisyen.

Walaupun begitu, kenyataan akhbar PPTL sebelum ini menegaskan bahawa terpulang kepada stesen-stesen swasta yang lain sama ada mahu menyiarkan lagu Panik itu atau tidak. Ini kerana RTM tidak pernah mengharamkan lagu tersebut untuk disiarkan di corong-corong stesen radio lain.

Namun jika mahu diselak semula permasalahannya, kedua-dua perkataan reformasi dan celaka yang digunakan dalam lirik lagu Panik tidak langsung menjurus ke arah sama ada politik, isu keagamaan ataupun menyentuh sensitiviti masyarakat.


AWIE pernah mengharungi kontroversi lagu-lagu Wings digam sekitar awal kebangkitan mereka dahulu.


Mungkin bahasa pasar mahupun rojak tidak sesuai untuk dipelajari masyarakat tapi kedua-dua perkataan tersebut merupakan bahasa rasmi yang sememangnya termaktub di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka yang sering dijadikan rujukan masyarakat.

Menjawab isu tersebut, ahli kumpulan Bunkface sendiri menganggap ia kejadian yang pelik terhadap mereka.

"Mengapa perkataan 'reformasi', itu harus dikaitkan dengan politik? Tidak semestinya kerana kita boleh juga gunakan reformasi untuk diri sendiri. Namun, setakat ini, radio lain tiada masalah dengan lagu tersebut.

"Jika di Malaysia tidak boleh menggunakan perkataan reformasi itu sendiri, pendapat saya, baik hapuskan sahaja ia daripada kamus. Jika benar tidak boleh, biar ia jangan digunakan langsung," tegas Sam sambil mengatakan lirik lagu ini tiada kena mengena dengan mana-mana pihak serta unsur politik.

Paan selaku pemain gitar Bunkface pula menyatakan rasa kesalnya terhadap perkara tersebut dan menjelaskan penggunaan perkataan itu bukan bertujuan untuk memaki seseorang ataupun mencerca sebarang situasi.

"Saya ambil satu contoh, jika lirik kami terlalu kesat, bagaimana pula dengan dialog-dialog yang menggunakan banyak perkataan kesat dalam filem-filem Melayu lama kita yang telah ditonton umum oleh segenap lapisan masyarakat," katanya yang tetap bersyukur kerana lagu tersebut tidak digam oleh stesen radio lain.

Itu mungkin pendapat generasi baharu dalam industri yang mengamalkan keterbukaan dalam penulisan lirik dan pembikinan lagu.

Namun, lain pula pendapat serta penjelasan yang diberikan salah seorang Panel Penilai Lagu Tempatan (PPLT), Datuk Mokhzani Ismail yang merupakan Pengarah Muzik Orkestra RTM dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini.

Ujarnya, pengkarya muzik harus bersikap lebih peka kerana adalah tidak salah untuk berkarya kerana banyak lagi perkataan indah dalam bahasa Melayu. Tiada salahnya juga menggunakan ayat yang lebih manis dan bersopan.

"Setiap lagu yang kami dapati bertentangan dengan etika serta kriteria yang tidak bersesuaian dengan objektif kami, lagu itu akan menerima nasib yang sama. Biarlah lirik lagu yang ditulis itu menggambarkan sesuatu yang positif baik daripada segi maksud tersirat mahupun tersurat," katanya.

Bagi radio RTM juga, mereka hanya akan dapat memainkan lagu yang sudah ditapis oleh panel penilai sahaja. Ini bermakna lagu-lagu yang telah lulus akan dimasukkan ke dalam sistem yang sedia ada untuk rujukan para deejay.


RTM membuat sekatan terhadap sesetengah karya muzik atas tanggungjawab sosialnya sebagai stesen radio awam.


Hak mutlak berkarya

Seperti yang diketahui, isu lirik lagu digam bukan isu baharu. Kumpulan rock Wings juga tidak lepas daripada terkena tempias digam oleh pihak RTM. Hal itu diakui oleh Awie ketika dia bersama kumpulan rock Wings dahulu.

"Ia bukan benda baharu. Wings juga pernah digam sejak album yang pertama hingga keempat kami dahulu. Kami sudah biasa dengan perkara sebegini. Isu digam ini kebiasaannya akan jadi pada lirik atau lagu yang terlalu keras.

"Jika terlalu mencarut, menghina atau menggalakkan perkara-perkara yang tidak elok, memang akan kena. Tapi jika lagu tersebut mempunyai lirik membina atau positif, apa salahnya," ujar vokalis Wings, Awie yang mengakui walaupun lagu-lagu mereka digam, namun ia memberi peluang kepada Wings untuk lebih merapatkan diri dengan peminat mereka.

Mengupas permasalahan seterusnya ialah penulis lirik terkenal, Habsah Hassan, yang sememangnya tidak asing lagi bagi peminat muzik tempatan dan merupakan seorang wanita yang sangat berkaliber dan telah menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti.

Setakat ini, Habsah telah menghasilkan lebih 1,000 lirik lagu sepanjang 30 tahun pembabitannya dalam bidang muzik. Menurutnya, memang kini pemuzik diberi kebebasan dalam berkarya, namun ia bukannya hak mutlak dan penulis lirik kini perlu juga menjaga isu dan perkataan yang mungkin sensitif.

"Ia bukan cara kita untuk berkarya menggunakan perkataan sebegitu. Penulis baharu perlu lebih berhati-hati dalam penulisan mereka dan perlu tahu perkataan yang perlu dipilih untuk dibuat lirik.

"Tidak semestinya jika perkataan tersebut termaktub secara rasmi, ia boleh dipakai. Ada banyak perkataan lain juga namun kita harus berbalik semula kepada bagaimana untuk memilih perkataan yang sesuai," jelas Habsah sambil memberitahu RTM membuat sekatan terhadap sesetengah karya muzik atas tanggungjawab sosial yang dipikulnya sebagai stesen radio awam.

Habsah juga menasihati stesen radio lain supaya mengambil langkah untuk menilai semula perkara atau ayat yang mungkin sensitif dan baginya yang telah lama berkecimpung dalam dunia penulisan lirik dan penggubahan lagu, kesopanan perlu dititik-beratkan.

Polisi rangkaian radio swasta mungkin tidak begitu ketat.


STESEN radio mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.


Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul menegaskan, selagi apa yang disiarkan tidak melanggar garis panduan yang diberikan, maka lagu tersebut masih boleh dimainkan.

"Kami mengikut garis panduan yang diberikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada rangkaian radio kami.

"Jadi, jika isi lagu tidak bercanggah dan tidak mendiskriminasi sesiapa atau mengaibkan, maka ia boleh disiarkan.

"Dan jika lagu tersebut mempunyai beberapa perkataan yang tidak sesuai, maka kami akan lakukan penapisan terhadap perkataan tersebut namun masih akan menyiarkannya," jelas Seelan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Halangan hebat ke Lubuk Kawah

Posted:

Halangan hebat ke Lubuk Kawah

Halangan hebat ke Lubuk Kawah

Oleh BASIR ABU BAKAR

DEDIKASI yang ditunjukkan oleh para peserta yang mengikuti rombongan anjuran Tourism Selangor, Fam Tour Kembara Selangor Shines (KSS) 2011 telah diberikan kejutan istimewa menjelang hari terakhir program tersebut awal Disember lalu.

Dihadiahkan dengan sebuah pengalaman mengujakan, para peserta kembara yang terdiri daripada kumpulan media, syarikat pelancongan dan blogger diajak menyertai ekspedisi kenderaan pacuan empat roda (4x4) ke Lubuk Kawah, Sungai Bernam, Ulu Bernam, Selangor.

Kumpulan peserta KSS yang berlepas dari Shah Alam menaiki dua buah bas pesiaran dan sebuah bas mini, menempuh perjalanan selama kira-kira tiga jam untuk tiba ke Hulu Selangor.

Jarak yang jauh itu membolehkan sebahagian peserta KSS sempat melelapkan mata bagi menghilangkan keletihan.

Setiba peserta di lokasi yang dituju, 16 buah kenderaan pacuan empat roda sedia menanti di pintu masuk jalan Sungai Bernam. Destinasi berikutnya adalah Teratak Riverview, Kampung Simpang Empat Dalam, Tanjung Malim yang telah beroperasi sejak dua tahun dahulu.

Turut menyambut mesra ketibaan kami ialah pemilik resort Teratak Riverview, Mohamad Noor Hakim Kassim, 55, bersama 32 pemandu dan pembantu kenderaan pacuan empat roda.

Para peserta ekspedisi masing-masing kelihatan teruja dan ceria untuk memulakan ekspedisi ke Lubuk Kawah yang tersembunyi jauh ke dalam hutan Gunung Semangkok.

Sebelum bertolak, Hakim yang juga merupakan pengelola ekspedisi memberi sedikit penerangan mengenai laluan perjalanan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dilakukan jika berlaku kecemasan.

Redah sungai

Kata Hakim, Sungai Bernam merupakan sempadan antara Selangor dan Perak serta terdapat banyak anak sungai yang berpunca dari rangkaian utama di sekitar Gunung Semangkok.


SITUASI kenderaan yang terperangkap dalam selut, lubang atau di kawasan sungai berbatu adalah sesuatu yang lazim.


"Sungai Lubuk Kawah adalah salah satu daripada beberapa sungai yang ada. Ia mengalir ke dalam Sungai Perah dan kemudian memasuki Sungai Bernam.

"Kedua-dua sungai itu mempunyai lokasi air terjun. Laluan masuk ke Lubuk Kawah akan menggunakan laluan jalan tar lama yang berlubang-lubang dan tidak kemas," ujar bekas pesara pegawai kerajaan itu.

Tambah Hakim lagi, peserta akan dibawa ke Teratak Riverview untuk bersarapan pagi dan melalui latihan laluan percubaan sebelum meneruskan ekspedisi ke Lubuk Kawah.

Ekspedisi kenderaan 4x4 ke air terjun Lubuk Kawah yang terletak kira-kira 13 kilometer (km) dari jalan utama Ulu Bernam-Tanjung Malim itu benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal 70 peserta KSS yang terlibat.

Tidak seperti Lata Berembun di Raub, Pahang. Lubuk Kawah dianggap sebagai kawasan air terjun yang terletak jauh di dalam hutan.

"Air Terjun Lubuk Kawah masih tidak digazet oleh kerajaan negeri atau persekutuan sebagai lokasi pelancongan, tetapi ia menjadi lokasi tumpuan bagi mereka yang meminati aktiviti ekstrem.

"Selain terpesona dengan keindahan flora dan air terjun di Lubuk Kawah, para pengunjung juga bakal teruja dengan cabaran perjalanan di laluan balak," kata Hakim.

Jarak dari Teratak Riverview ke Lubuk Kawah ialah 9 kilometer tetapi masa yang diambil peserta untuk sampai ke sana mungkin berbeza mengikut kenderaan dan pengalaman pemandu.

"Untuk sampai ke sana, perjalanannya tidak semudah yang disangka. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini pasti akan berasa tercabar. Silap-silap boleh putus asa dan mengaku kalah kerana jentera yang dibawa mungkin rosak dan gagal melepasi halangan," katanya.

Curam dan berlumpur

Seorang pemandu kenderaan 4x4, Munasor Aliyasak, 58, berkata, laluan ke Lubuk Kawah adalah tidak rata, berlumpur dan curam selain terpaksa menyeberang sungai yang dipenuhi batu-batu besar.

"Peserta perlu melalui jalan kebun, dusun pokok getah, tanah merah dan landskap hutan," jelasnya.

Pada mulanya, keadaan perjalanan kelihatan biasa sahaja. Para peserta yang ada kelihatan bosan serta tiada perkara menarik untuk diperkata atau dicoretkan.

Bagaimanapun, semua itu mula berubah apabila jentera ekspedisi KSS mula menuruni bukit. Walaupun tidak banyak halangan lain, para pemandu dilihat amat berhati-hati kerana jalan yang digunakan masih basah.

Selepas melepasi cabaran pertama, para peserta ekspedisi berhenti seketika untuk makan tengah hari berhampiran sebatang sungai.

Sejurus perjalanan diteruskan selepas berehat seketika, peserta diberitahu tentang laluan peringkat hardcore. Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki peserta perlu merentasi sungai berbatu yang deras arus airnya.

Sejurus melepasi beberapa batang sungai pada kilometer ke-25, tahap cabaran mula bertambah apabila jalan balak yang dilalui mula menguji kesungguhan para tetamu dari luar belantara itu.

Dihimpit tebing

Beberapa buah jentera yang dinaiki para peserta terpaksa berhempas pulas untuk melepasi laluan berlumpur dan menaiki bukit yang curam 40 darjah.


PARA peserta program KSS 2011 bergambar kenangan sebagai tanda kepuasan mengikuti ekspedisi pacuan empat roda ke Lubuk Kawah.


Beberapa kali badan kenderaan terasa dihimpit apabila ia bergesel dengan tebing tanah.

Perjalanan tergendala seketika apabila salah sebuah kenderaan 4X4 yang dinaiki peserta terangkat pada kedua-dua tayar belakangnya. Seperti 'tertonggeng', ia terjadi kerana bahagian depan kenderaan terperosok ke dalam lubang lumpur sedalam satu meter. Tidak kurang pula kenderaan yang dinaiki mengalami masalah enjin dan patah bahagian lower arm pada tayar.

"Keadaan yang berlaku ini biasa dilalui peserta ekspedisi pacuan empat roda. Ia memang laluan hardcore.

"Selain itu, terdapat laluan kedua yang lebih mudah atau light and easy. Tujuannya untuk memberi pengalaman berbeza dan menarik buat peserta KSS," ujarnya.

Ketika jentera yang dinaiki penulis dan jurugambar 'gelojoh' membelah lopak air dan memanjat bukit, beberapa kenderaan terpaksa ditarik menggunakan winch selepas terbenam ke dalam becak dan gagal menaiki curam berlumpur.

Cabaran demi cabaran ditempuhi sepanjang laluan. Walaupun menghadapi ujian yang teruk, semuanya dilepasi dengan baik hasil kerjasama semangat berpasukan.

Selepas tiba di checkpoint terakhir di Lubuk Kawah, kesemua peserta ekspedisi tidak melepaskan peluang untuk berehat seketika bagi menghilangkan penat lalu membasahkan diri ke dalam air terjun Lubuk Kawah.

Pengalaman berharga

Salah seorang peserta ekspedisi, Md. Saad Mahshah, 35, berkata, ekspedisi ke Lubuk Kawah dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda sangat menarik dan pasti membuat setiap pengunjung teruja serta menjadi pengalaman yang amat berharga.

"Ekspedisi ke Lubuk Kawah ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan menarik untuk dijadikan aktiviti seisi keluarga.

"Saya rasa sangat teruja dan berfikir untuk mengikutinya lagi pada masa akan datang. Selain pemandangan indah dan kesejukan air sungai Lubuk Kawah di tengah hutan, pengalaman mencabar ketika melalui jalan balak sangat menyeronokkan," kata Pengurus Perhubungan Awam dan Promosi Tourism Selangor Sdn. Bhd.

Tambahnya, dalam ekspedisi tersebut setiap peserta dan pengunjung dapat mempelajari erti kehidupan dan resam hidup bermasyarakat.

"Di dalam hutan, orang yang kita tidak kenal akan jadi sahabat kerana setiap masalah yang dihadapi perlu ditangani bersama.


Meredah sungai seperti ini memberi pengalaman unik kepada para peserta baharu.


"Prinsip kerjasama dan saling membantu itu menjadi perkara penting bagi setiap peserta ekspedisi agar sama-sama dapat tiba di destinasi," ulasnya.

Sesudah menikmati kesejukan air Lubuk Kawah dan keindahannya. Para peserta menaiki kenderaan 4x4 masing-masing untuk pulang ke Teratak Riverview semula.

Perjalanan pulang mengambil masa 40 minit dan lebih mudah berbanding perjalanan pergi yang mengambil masa selama 4 jam.

Kesemua peserta ekspedisi tiba ke tapak resort pada pukul 7.30 malam. Kesemua peserta ternyata sangat berpuas hati dengan ekspedisi yang dilalui walaupun setiap dari mereka tergambar wajah kepenatan.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://teratakriverview.blogspot.com/ atau hubungi 013-533 5033 (Hakim), 019-511 5033 (Hanah) atau 017-343 1346 (Haziq).

Full content generated by Get Full RSS.

Bagai Perancis dalam iklim tropika

Posted:

Bagai Perancis dalam iklim tropika

Bagai Perancis dalam iklim tropika


BANYAK bar santai beroperasi di kawasan marina untuk menarik minat para pelayar.


SUATU masa dahulu, seorang gadis yang berasal dari sebuah ladang tebu masih samar tentang masa depannya. Begitupun, Marie-Josephe-Rose Tascher de la Pagerie yang berhijrah ke kota Paris telah mengubah kehidupannya buat selama-lamanya.

"Kamu akan menjadi seorang ratu," seorang tukang tilik memberitahunya, seperti yang diceritakan dalam legenda tempatan.

Gadis telah meninggalkan bahagian tenggara Pulau Martinique di Laut Caribbean itu dan menjalani kehidupan baharu di Perancis.

Semuanya berlaku pada hari-hari terakhir pemerintahan beraja, selepas Revolusi Perancis, apabila beliau akhirnya berkahwin dengan Napoleon Bonaparte. Gadis itu akhirnya memakai gelaran Permaisuri Josephine.

Sekiranya berpeluang kembali semula ke Martinique pada hari ini, Josephine mungkin terpaksa mencari semula budaya asal Perancis yang kini digarap dengan ritma dan pengaruh elemen bukan Eropah. Sejak berkurun lalu, semua itu telah berakar-umbi dalam kalangan penduduk di kepulauan itu.

Kisah kehidupan Josephine di Martinique kini dipaparkan di muzium Domaine de la Pagerie, berhampiran sebuah resort di Les Trois-Ilets.

Ketika beliau menetap di situ sekitar pertengahan abad ke-18, Martinique masih diletakkan di bawah pentadbiran Perancis.

Keluarga wanita itu memiliki lebih 200 hamba abdi untuk bekerja di ladang-ladang milik mereka di bahagian selatan kota itu yang kini dikenali sebagai Fort-de-France.

Rumah asal Josephine yang terletak di atas bukit dengan menawarkan panorama lembah bagaimanapun telah musnah akibat taufan ketika beliau masih kecil. Rangka bangunan itu masih kekal dan menjadi bukti kedatangannya dari Perancis pada tahun 1779.

Pemuliharaan

Dinding kilang batu itu masih kekal berdiri di sebalik pokok-pokok berdaun. Sebuah bangunan yang telah dipulihkan menjadi astaka terbuka masih menyimpan beberapa peralatan dan mesin pemproses tebu yang telah berkarat.

Bahagian dapur yang dipisahkan daripada bangunan utama turut dibaik pulih sebagai muzium kecil. Ia menempatkan bilik Josephine, katil kanopi dan potret.


PANORAMA dunia pelayaran dapat disaksikan ketika berkunjung ke kawasan pelabuhan Fort-de-France.


Pelbagai cenderamata porselin yang memaparkan wajah Napolean dan dirinya juga dipamerkan, termasuk salinan surat perkahwinan dengan Napolean serta banyak lagi dokumen bersejarah lain.

Perhambaan ketika di era Napolean telah memberi faedah kepada keluarga Josephine dan golongan berada yang masih menguasai sebahagian besar tanah di kepulauan itu sehingga ke hari ini.

Sentimen Josephine

Disebabkan itu, tidak hairanlah wajah dan nama Josephine masih boleh dilihat di kebanyakan jalan-jalan sempit, bangunan berwarna-warni sehingga di kedai cenderamata di Pagerie, yang menjual poskad-poskad pemandangan Martinique.

Patung figura terkenal itu kini boleh dilihat di Fort-de-France. Bagaimanapun patung berwarna putih itu telah dirosakkan beberapa tahun lalu. Kepalanya dipancung, disimbah cat berwarna merah dan namanya turut ditanggalkan daripada tapaknya.

Umumnya, Martinique merupakan sebuah wilayah di Perancis. Bahasa Perancis dan mata wang Euro digunakan secara rasmi di situ.

Penduduk tempatan menggunakan kenderaan jenama Perancis seperti Renault dan Citroen. Mereka juga mengunjungi butik untuk mendapatkan fesyen-fesyen terkini dari Eropah.

Campuran budaya

Signatur hidangan Perancis di Martinique menggunakan rempah-ratus dan kari, makanan laut segar dan buah-buahan tropika hasil campuran budaya Afrika serta India. Tradisi kulinari itu telah sebati di pulau itu sejak sekian lama.

Pasar tertutup di tengah-tengah Fort-de-France pula sering sibuk dengan jualan menjual rempah-ratus, pewangi vanila dan alas meja buatan tangan yang khusus.


SUASANA harian di pasar basah Fort-de-France.


Ketika memerintah, Josephine cuba mencipta keindahan tropika Martinique di kediaman baharunya di Paris, Malmaison yang terkenal dengan kehijauan taman-tamannya. Idea itu juga berasal dari martinique.

Pengunjung ke Martinique boleh merasai pengalaman yang sama tatkala ke Jardin de Balata yang terletak di kawasan berbukit di Fort-de-France.

Laluan pejalan kaki berturap yang tersedia membawa pengunjung melihat spesies tumbuhan tropika seperti orkid, pokok-pokok berbunga dan bunga Balisier. Mekar dalam tarikan warna merah, bunga sepit ketam spesies heliconia menjadi identiti kepulauan Martinique.

Pengalaman melalui jambatan gantung di taman itu menawarkan pandangan yang lebih menarik di sebalik juntaian pepohon tropika.

Jauh di utara berhampiran Caribbean Martinique, terdapat pantai pasir hitam di sekitar bandar kecil Saint-Pierre. Bandar itu dibina di bawah runtuhan gunung berapi yang meletus pada tahun 1902.

Terdapat bahagian pantai di pulau itu yang mengadap ke Laut Atlantik yang digelar 'tempat mandi Josephine'. Air laut cetek berwarna biru kehijauan itu dipercayai menjadi tempat permaisuri itu bermandi-manda ketika zaman mudanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Api simbol perjuangan

Posted:

Api simbol perjuangan

Api simbol perjuangan

Penghayatan semangat kepahlawanan dan erti kemerdekaan Indonesia diabadikan di Tugu Monas, Jakarta.


SIRI peristiwa bersejarah diabadikan dalam bentuk ukiran diorama di tapak Tugu Monas, Jakarta.


BAGI rakyat Indonesia dan warga Jakarta khususnya, kelibat monumen yang seakan-akan menongkat langit ibu negaranya itu bukanlah sesuatu yang asing.

Terletak di tengah-tengah kepesatan bangunan pencakar langit di sekelilingnya, Monumen Nasional (Monas) atau lebih dikenali sebagai Tugu Monas merupakan antara tarikan utama tatkala berkunjung ke bandar raya yang dihuni lebih 10 juta penduduk itu.

Terletak di daerah Gambir, Jakarta Pusat, monumen setinggi 132 meter itu dibina di kawasan seluas 80 hektar bertujuan memperingati semangat kepahlawanan dan perjuangan bangsa Indonesia semasa Revolusi Kemerdekaan 1945.

Pembinaannya dimulakan pada tahun 1955, dengan tanggungjawab itu diberikan kepada arkitek R.M. Soedarsono dan Frederich Silaban dan dibantu oleh konsultan, Ir. Rooseno.

Kesuburan

Mengambil konsep lingga (alu atau penumbuk beras) dan yoni (lesung), ia merupakan cerminan kesuburan berdasarkan konsep Hindu. Konsep itu juga melambangkan simbol kesuburan muka bumi dan kemakmuran bangsa Indonesia.


SUASANA dalam Dewan Kemerdekaan.


Sejurus siap dibina pada 12 Julai 1975, ia seterusnya dirasmikan dan dibuka kepada orang awam. Tarikan utama terletak di bahagian atasnya yang dilengkapi sebuah pelantar dengan keluasan 55 meter persegi. Ruang itu dapat menampung kira-kira 50 pengunjung pada satu masa.

Dari pelantar itu, pengunjung berpeluang melihat seluruh penjuru kota Jakarta dengan lebih dekat - kepelbagaian bentuk muka bumi seperti Gunung Salak di Jawa Barat atau Laut Jawa dan Pulau Seribu.

Di puncak tugu tersebut terdapat simbol api yang dilapisi lembaran emas. Ia melambangkan semangat perjuangan rakyat Indonesia yang tidak pernah padam dalam meraih status kemerdekaan.

Proklamasi

Sementara itu, di bahagian bawah tugu pula menempatkan ruang pameran yang dikenali sebagai Dewan Kemerdekaan. Mampu memuatkan lebih 500 pengunjung, ruang itu boleh diakses melalui pintu masuk di bahagian utara dan selatan. Ia memaparkan simbol-simbol kemerdekaan Indonesia termasuk naskhah asal Proklamasi Kemerdekaan, senjata tradisional dan peta kepulauan republik itu.

Pada dinding sebelah selatan terdapat sebuah patung besar Garuda Pancasila bersalut gangsa dengan emas, yang menjadi lambang negara. Jika melangkah ke sebelah timur pula, pengunjung berpeluang melihat teks pengisytiharan kemerdekaan dalam tulisan gangsa dan menghayati makna bendera kebangsaan Indonesia, Sang Saka Merah.


PANORAMA sekitar Jakarta dapat disaksikan dari pelantar tinjau di bahagian atas tugu.


Pelbagai diorama yang menghiasi ruang itu membolehkan pengunjung melihat pelbagai sejarah silam dan kebudayaan Indonesia dengan lebih dekat.

Pengunjung juga pasti terpesona melihat kolam air pancut dan patung Pangeran Diponegoro yang sedang menunggang kuda di permukaan kolam itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Diskaun, rebat tol hingga 37 peratus

Posted:

Diskaun, rebat tol hingga 37 peratus

Diskaun, rebat tol hingga 37 peratus

PLUS akan memberi diskaun tol 10 peratus untuk pengguna lebuh raya pada 25 Disember ini.


KUALA LUMPUR - Para pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena perayaan Krismas yang akan disambut pada Ahad ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Mohd. Saleh Santhiman berkata, pemberian diskaun dan rebat tol itu melibatkan 20 syarikat konsesi yang mengendalikan 24 buah lebuh raya.

Beliau dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, antara lebuh raya tersebut ialah Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) yang menawarkan diskaun 10 peratus bagi semua kelas kenderaan mulai 11 malam pada 24 Disember hingga 8 pagi, 25 Disember.

Selain itu, pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SLDH), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) pula akan menikmati kadar rebat sepanjang masa sebanyak 10 peratus bagi pengguna kenderaan kelas 1 pada 25 dan 27 Disember.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Wajib pasang alat pengesan kebocoran NGV

Posted:

Wajib pasang alat pengesan kebocoran NGV

Wajib pasang alat pengesan kebocoran NGV

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my


CONTOH alat pengesan kebocoran NGV yang dijual mengikut jenis kenderaan.


KUALA LUMPUR – Mulai Januari depan, kira-kira 46,000 kenderaan gas asli (NGV) di negara ini wajib dipasang dengan Alat Pengesan Kebocoran Gas yang telah diluluskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Alat itu diwajibkan dipasang pada semua kenderaan NGV berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 mengenai penggunaan NGV telah diluluskan oleh Parlimen dan akan diwartakan tahun depan.

Menurut Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ, Ir. Mohamad Dalib, alat keluaran tempatan berharga RM150 itu terbukti dapat mengesan kebocoran NGV dalam kenderaan.

"Ia boleh dipasang di 170 bengkel kenderaan berdaftar di seluruh negara dengan harga RM150 itu termasuk caj pemasangan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Syarat baharu visa pelajar asing

Posted:

Syarat baharu visa pelajar asing

Syarat baharu visa pelajar asing


MAHMOOD


PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) selepas ini hanya akan mengeluarkan visa kepada pelajar asing apabila mereka ditawarkan tempat pengajian di kolej atau universiti.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, menerusi kaedah itu, visa dikeluarkan selepas pelajar terbabit menerima tawaran kolej atau universiti di negara ini.

"Sebelum ini mereka menggunakan visa lawatan sosial dan baru cari universiti atau kolej untuk belajar.

"Tetapi selepas ini, kita akan perkenalkan one tier visa. Dia mesti dapat universiti dulu, baru visa ini keluar sebelum dia datang ke sini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Halatuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia di sini semalam.

Menurutnya, polisi itu bertujuan mengawal kemasukan warga asing yang mahu menyambung pelajaran di negara ini.

Katanya, isu berkaitan pelajar warga asing sentiasa diberi perhatian dan usaha menanganinya turut dilaksanakan melalui penubuhan unit khas pas pelajar dengan kerjasama kementerian itu dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harapkan sentuhan Misbun

Posted:

Harapkan sentuhan Misbun

Harapkan sentuhan Misbun

TANPA berselindung, jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei masih mengharapkan sentuhan bekas 'sifunya', Datuk Misbun Sidek dalam mempersiapkan diri menghadapi temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Bagaimanapun, pemain No. 1 dunia itu menjelaskan bahawa sebarang keputusan hanya boleh dibuat oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

"Jika saya mahukan Misbun kembali membimbing saya semula sekalipun, saya masih tidak boleh berbuat apa-apa kerana sebarang keputusan hanya boleh dibuat oleh BAM.

"Saya terikat dengan BAM. BAM ada pengurus yang buat keputusan dan saya hanya ikut saja," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelantikannya sebagai duta jenama Cafe 99 Ipoh White Coffee di Shah Alam semalam.

Misbun yang telah berkhidmat dengan BAM selama lapan tahun telah meletakkan jawatan sebagai jurulatih perseorangan pada 31 Disember tahun lalu selepas dilaporkan berselisihan faham dengan badan induk sukan badminton negara itu.

Ketiadaan Misbun sekali gus menyaksikan Chong Wei kini berada di bawah kendalian Tey Seu Bock dan Rashid Sidek.

Misbun merupakan individu yang bertanggungjawab meletakkan Chong Wei selaku pemain No. 1 dunia sejak 2008.

Tambah Chong Wei, tatkala hanya tinggal lapan bulan sahaja lagi sebelum Sukan Olimpik membuka tirainya, dia menganggap tempoh tersebut adalah sangat penting buat dirinya untuk melakukan persiapan.

Malah, pemain berusia 29 tahun itu turut mengalu-alukan sebarang bantuan dari sesiapa saja dalam memastikan sandaran yang diletakkan di atas bahu untuk membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik berjaya direalisasikan.

"Namun, saya tahu, yang penting adalah diri saya sendiri. Saya sendiri kena fokus dan melakukan persiapan," tambah Chong Wei yang mengakui sedikit tertekan dengan harapan tinggi semua pihak.

Jelasnya, berbanding seteru utamanya, Lin Dan dari China yang mempunyai sokongan daripada pemain-pemain muda seperti Chen Long dan Chen Jin, beliau terpaksa menanggung beban meraih pingat emas Sukan Olimpik seorang diri.

"Begitupun, itu semua tidak apa. Sukan Olimpik kali ini merupakan penampilan terakhir saya.

"Saya sudah tidak kisah dengan tekanan. Saya anggap ini satu cabaran dan saya harap media dan semua yang lain memberi sokongan," jelas Chong Wei.

Full content generated by Get Full RSS.

'Chen Long bukan ancaman'

Posted:

'Chen Long bukan ancaman'

'Chen Long bukan ancaman'


CHONG WEI bersama produk jenama Cafe 99 selepas dilantik sebagai duta produk tersebut di Shah Alam semalam.


"CHEN Long bukan ancaman saya."Demikian tegas jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ketika diminta mengulas mengenai peningkatan mendadak bintang muda China itu dalam beberapa kejohanan utama kebelakangan ini.

Sebelum ini, selain perseorangan utama China, Lin Dan banyak pihak meramalkan bahawa Chen Long bakal menjadi musuh baharu Chong Wei dalam misinya memburu pingat emas buat kontinjen negara pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Ini kerana, dalam empat pertemuan dengan Chen Long tahun ini, Chong Wei tewas sebanyak tiga kali.

Sebagai rekod, Chen Long mengejutkan Chong Wei pada final Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Jepun pada September dan Terbuka Denmark (Oktober) dan tewas pada peringkat separuh akhir Siri Super Akhir di Liuzhou, China Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Chong Wei menjelaskan bahawa satu-satunya pemain yang mampu menggugat impian bagi membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik adalah Lin Dan.

"Saya rasa Chen Long bukan pencabar utama saya. Saya sedar semua orang bimbang selepas melihat saya kalah kepadanya tiga kali tahun ini, tetapi tidak untuk diri saya.

"Ketika itu, saya tidak berada pada tahap terbaik kerana agak keletihan selepas beraksi dalam begitu banyak kejohanan dalam tempoh tiga bulan lalu sekali gus tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap permainan saya.

"Orang cakap, kini saya perlu berdepan cabaran sukar dua jaguh China, namun saya fikir Lin Dan lebih memberi ancaman kepada saya," kata Chong Wei kepada pemberita selepas majlis pelantikan dia sebagai duta jenama 'Cafe 99 Ipoh White Coffee' di Shah Alam semalam.

Mengulas mengenai prestasi keseluruhannya tahun ini, Chong Wei menyifatkan pencapaian yang dilakarnya masih tetap membanggakan meskipun kecewa dengan kegagalan meraih gelaran juara pada Kejohanan Dunia di London Ogos lalu.

"11 perlawanan akhir, tujuh kejuaraan dan empat kali naib juara serta tiga separuh akhir.

" Jika dibandingkan dengan beberapa tahun lalu, ada kalanya saya kalah seawal pusingan pertama, kedua. Tetapi untuk kesemua 14 pertandingan saya sertai tahun ini, saya hanya kalah kepada dua pemain sahaja, Lin Dan dan Chen Long.

"Saya hampir untuk meraih gelaran juara dunia namun terpaksa akur apabila gagal berbuat demikian.

"Kini, segala peristiwa yang mengecewakan pada 2011 sudah saya lupakan dan tumpuan saya beralih arah menjelang saingan 2012," jelas Chong Wei.

Full content generated by Get Full RSS.

Beckham masih tiada tandingan

Posted:

Beckham masih tiada tandingan

Beckham masih tiada tandingan


BILA berada di luar padang, Beckham lebih banyak menghabiskan masa dengan anak-anaknya.


KARIER bekas bintang bola sepak England, David Beckham masih belum menunjukkan tanda-tanda suram.

Meskipun telah berusia 36 tahun, bekas kapten skuad The Three Lions itu masih lagi laku di pasaran.

Setelah bermain dengan tiga kelab terkemuka dunia iaitu Manchester United, Real Madrid dan AC Milan, perancang yang kini bersama Los Angeles Galaxy itu masih mampu menarik minat banyak kelab elit Eropah.

Terbaru, suami kepada anggota kumpulan pop Spice Girls, Victoria itu kini dikaitkan dengan kelab dari Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Namun, pihak pengurusan Beckham, XIX Entertainment dengan pantas menepis spekulasi tersebut meskipun kontraknya dengan LA Galaxy berakhir 31 disember ini.

"Tiada perjanjian dicapai dengan mana-mana kelab setakat ini. Semua cerita mengenai perjanjian tersebut hanyalah spekulasi sahaja.

"David masih lagi belum membuat keputusan mengenai masa depannya," kata XIX Entertainment.

Biarpun berita itu hanya spekulasi, namun jelas sekali ia membuktikan bahawa populariti pemain kesayangan England itu masih utuh dan laku di pasaran.

Media melaporkan PSG sanggup menawarkan gaji 800,000 euro (RM3.32 juta) sebulan untuk membawa imej dan populariti Beckham ke ibu negara Perancis itu.

PSG yang dimiliki oleh Qatar Sport Investments, mahu menggunakan Beckham sebagai daya penarik kepada peminat bola sepak terhadap Liga Perancis, khususnya berkaitan dengan pemasaran dan penjenamaan kelab tersebut.

Selain menjadi bintang bola sepak terkemuka, Beckham yang mempunyai raut wajah yang kacak turut menjadi ikon metroseksual, model dan jurucakap kepada produk-produk terkenal dalam dunia fesyen, minyak wangi, kosmetik dan penjagaan kesihatan.

Status selebriti yang dikecapi Beckham di luar padang ini bagaimanapun tidak menjejaskan fokus utamanya di atas padang.

Buktinya, Beckham pernah menduduki tempat kedua dalam anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak dua kali dan menjadi pemain menerima gaji paling mahal di dunia pada 2004 ketika bersama Real Madrid.

Pada 2007, Beckham menyertai saingan Liga Bola Sepak Amerika Syarikat dan sekali lagi menerima bayaran tertinggi dalam kontraknya bersama LA Galaxy selama tiga tahun.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Khidmat sosial Bank Pembangunan

Posted:

Khidmat sosial Bank Pembangunan

Khidmat sosial Bank Pembangunan

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA

KEADAAN surau yang uzur dan usang menyukarkan kakitangan dan pelajar beragama Islam di SMK Pekan Telipok, Tuaran untuk beribadat dengan sempurna.


KIRA-KIRA 900 pelajar dan guru beragama Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan Telipok, Tuaran, Sabah bakal berpeluang menjalankan rutin ibadat dengan selesa pada masa hadapan.

Ia berikutan pihak sekolah itu menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Bank Pembangunan Malaysia Berhad. Pembiayaan itu bertujuan untuk dimanfaatkan bagi projek penambahbaikan pembinaan surau sekolah tersebut.

Majlis penyerahan cek sumbangan itu telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Kredit Bank Pembangunan, Abu Hurairah Bahari kepada Pengetua sekolah, Ng Kah Ghor di dewan sekolah itu baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan, Abdul Hanif Abu Bakar berkata, pemberian sumbangan itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial bank tersebut kepada masyarakat.

Katanya, keadaan sekolah berkenaan yang serba daif dan usang sebelum ini menyebabkan pihaknya terpanggil untuk menghulurkan bantuan serta sumbangan.

"Kami amat bersimpati dengan nasib pelajar-pelajar dan guru di sekolah ini yang berhadapan situasi persekitaran pembelajaran yang bukan sahaja tidak selesa dan dengan ketiadaan surau yang sempurna.

"Bantuan yang diberikan bertujuan membaik pulih surau yang sedia ada. Sekurang-kurangnya, mereka dapat beribadat dan melakukan pelbagai aktiviti keagamaan dengan lebih selesa," katanya dalam program yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Bank Pembangunan, Jamaluddin Nor Mohamad.

Kelengkapan

Pada majlis itu, Bank Pembangunan turut menyampaikan sumbangan pelbagai kelengkapan sekolah di samping wang saku sebanyak RM50 kepada setiap 50 orang pelajar miskin di sekolah itu.

Ia disusuli pemberian sumbangan wang zakat kepada Pusat Zakat Sabah bernilai RM164,473.40, yang diwakili oleh Ketua Penolong Setiausaha Pusat Zakat Sabah, Mohd Zarat Khan.

Sementara itu, Kah Ghor pula berkata,

sumbangan tersebut amat bermakna bagi pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) kerana selama ini, surau dijadikan tempat utama bagi menjalankan program sekolah seperti kem akademik, kem motivasi, program kerohanian dan sahsiah pelajar.

Katanya, biarpun pembinaan bangunan baharu sekolah itu masih belum dapat direalisasikan sehingga kini, sekolah itu tetap berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang dalam beberapa peperiksaan utama.


KAH GHOR (kiri) memberi penerangan mengenai keadaan surau SMK Pekan Telipok yang uzur dan memerlukan pembaikan segera.


"Ketika ini, SMK Pekan Telipok berada di kedudukan kelima hingga keenam di sekitar daerah Tuaran. Biarpun serba kekurangan, namun kami tetap berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar dan guru di sini," ujarnya.

Jelasnya, pihaknya sentiasa mengalu-alukan orang perseorangan, pihak swasta ataupun badan korporat yang ingin memberi bantuan dan sumbangan demi kepentingan serta keselesaan kakitangan di sekolah itu pada masa hadapan.

"Dengan adanya sokongan dan bantuan itu nanti, ia bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar malah motivasi kakitangan sekolah yang mengajar di sini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pameran fotografi ketiga DCIM

Posted:

Pameran fotografi ketiga DCIM

Pameran fotografi ketiga DCIM


PAMERAN DCIM 2011 merupakan pameran terbesar fotografi yang turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung.


BUAT kali ketiga, Pameran Digital Kamera, Imejan dan Media 2011 (DCIM 2011) kembali lagi sebagai penutup tirai tahun 2011.

Diadakan secara berturut-turut sejak tiga tahun lalu, DCIM 2011 merupakan satu pameran terbesar dan komprehensif mengenai pelbagai aspek fotografi anjuran Velocity Media Sdn. Bhd.

Acara itu akan diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur yang bermula pada pukul 11 pagi dari 23 sehingga 25 Disember ini.

Antara pempamer yang akan mengambil bahagian dengan mengetengahkan pelbagai produk terbaharu fotografi mereka termasuklah Canon, Nikon, Panasonic dan Olympus.

Selain pameran peralatan dan aksesori fotografi, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai keperluan fotografi pada harga menarik daripada pengedar utama peralatan itu yang merangkumi aksesori, peralatan penting sehinggalah penyelesaian percetakan.

Untuk memberi nilai tambah kepada pameran yang tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung, penganjur turut mengadakan pelbagai bengkel dan seminar fotografi. Antara penceramah yang dijemput termasuklah mereka yang berjaya dalam bidang masing-masing seperti Iskandar Ibrahim, Jim Liaw, Patrick Low, Eric Looi dan Saiful Nang.

Selain bengkel, pengunjung yang ingin menguji kehebatan cara merakamkan imej boleh menyertai segmen merakam aksi model Velocity Angel Search 2011.

Seperti yang diketahui, Velocity Media yang juga penerbit majalah fotografi Digital Camera dan majalah IT, max-it dan T3 akan melancarkan sebuah lagi majalah fotografi terbaharu berbahasa Melayu.

Majalah fotografi Dunia Kamera yang dipadatkan dengan pelbagai informasi dan tutorial fotografi itu sesuai untuk jurufoto profesional dan amatur yang akan menyaksikan kemunculan sulungnya pada pameran DCIM 2011.

Kali ini, DCIM 2011 akan mengetengahkan tema perayaan Krismas. Bagi meraikan perayaan tersebut, pelbagai pertandingan fotografi akan diadakan yang menjanjikan pelbagai hadiah menarik.

Dapatkan maklumat lanjut selain jadual speaker fotografi dan gambar model-model Velocity Angel Search yang akan bersaing di www.DCIMShow.com.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Warga emas kaki penipu ditahan polis

Posted:

Warga emas kaki penipu ditahan polis

Warga emas kaki penipu ditahan polis

21/12/2011 6:19pm

RAUB - Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas dipercayai menipu orang ramai dengan tawaran pelbagai jenis projek dan perusahaan yang mengakibatkan mangsa kerugian ratusan ribu ringgit.

Ketua Polis Daerah Raub Supt. Wan Mohd. Samsudin Wan Osman berkata, tindakan licik lelaki berusia 62 tahun itu akhirnya tumpas selepas dia tertangkap dalam satu urus niaga di ibu negara.

Katanya, beberapa mangsa membuat pakatan untuk menawarkan urus niaga bernilai RM120,000 sebelum suspek bersetuju untuk bertemu mereka di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sebelum ini mangsa sukar menghubungi suspek selepas wang mereka dilesapkan namun kerjasama mangsa dan polis berjaya memberkasnya dengan menjadikan urusniaga berkenaan sebagai umpan. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Khairy gagal batalkan saman RM100 juta Anwar

Posted:

Khairy gagal batalkan saman RM100 juta Anwar

Khairy gagal batalkan saman RM100 juta Anwar

21/12/2011 5:18pm

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk membatalkan saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu di dalam kamar di hadapan peguam yang mewakili Khairy, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam Sulaiman Abdullah dan J. Leela yang mewakili ketua pembangkang itu.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Muhammad Shafee berkata, hakim menolak permohonan Khairy atas alasan kes itu bukan suatu kes yang jelas dan nyata untuk dibatalkan.

Beliau berkata, hakim juga memerintahkan anak guamnya (Khairy) membayar RM7,000 sebagai kos kepada Anwar.

Katanya, dengan keputusan itu, saman itu akan menjalani perbicaraan penuh. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Kerani bank mati ditikam 15 kali di belakang badan

Posted:

Kerani bank mati ditikam 15 kali di belakang badan

Kerani bank mati ditikam 15 kali di belakang badan

21/12/2011 5:03pm

KUALA LUMPUR - Seorang kerani bank maut selepas ditemui berlumuran darah dengan 15 tikaman di bahagian belakang badan di rumah sewanya di Puncak Desa, Kepong awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt. Rosly Hassan berkata, Rozana Mohd. Yusak, 35, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam kejadian pukul 1.30 pagi tadi.

Sebelum itu, Rozana dilihat oleh seorang pekerja restoran di kawasan berhampiran seakan-akan meminta pertolongan di tingkap rumahnya, katanya.

"Pekerja restoran tersebut terus menghubungi polis sebelum pasukan polis tiba ke tempat kejadian dan menemui mayat mangsa yang berlumuran darah. Hasil pemeriksaan mendapati mangsa ditikam selain terdapat banyak kecederaan lain di hadapan badannya," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Mayat Kim Jong-il dipamer

Posted:

Mayat Kim Jong-il dipamer

Mayat Kim Jong-il dipamer

MAYAT Kim Jong-il dipamerkan di Istana Memorial Kumsusan di Pyongyang semalam.


SEOUL, Korea Selatan - Mayat pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il yang meninggal dunia kerana serangan jantung dipamerkan dalam sebuah keranda berkaca di Istana Memorial Kumsusan di Pyongyang semalam.

Stesen televisyen di Korea Utara menunjukkan seorang anak lelaki bongsu Jong-il, Kim Jong-Uun yang berusia lewat 20-an dan pengganti bapanya di negara komunis itu melihat jenazah tersebut bersama dengan beberapa pegawai tinggi.

Mayat Jong-il memakai pakaian kegemarannya yang berwarna hijau dan dengan sehelai bendera berwarna merah menutup sebahagian pakaian itu.

Dekri berkabung selama 13 hari dikeluarkan di seluruh negara ekoran kematian Jong-il.

Rejim komunis di Korea Utara merahsiakan kematian Jong-il selama dua hari sebelum seorang pembaca berita mengumumkan kematiannya di televisyen pada Isnin lalu.

Menurut media Korea Utara, Jong-il meninggal dunia pada Sabtu lalu kerana satu serangan jantung yang disebabkan tekanan dan kerja terlalu kuat.

Jong-il berusia 69 tahun semasa dia meninggal dunia.

Majlis pengebumian akan diadakan pada 28 Disember di Istana Memorial Kumsusan di Pyongyang.

Jong-il berkuasa selama 17 tahun selepas kematian bapanya, Kim ll-sung.

Korea Utara dan Korea Selatan secara teknikalnya masih berperang sejak peperangan tiga tahun di antara kedua-dua buah negara berakhir menerusi gencatan senjata pada 1953.

Amerika Syarikat menempatkan 28,500 askar di selatan Korea Selatan dan 50,000 anggota tentera di Jepun.

Korea Utara dipercayai mempunyai simpanan plutonium dalam jumlah yang besar mencukupi untuk menghasilkan lapan senjata nuklear. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Dua pemuda punk cuba lari

Posted:

Dua pemuda punk cuba lari

Dua pemuda punk cuba lari


SEORANG peminat muzik punk turun dari sebuah trak untuk bersolat di sebuah pusat latihan polis di Seulawah, Aceh Besar, Aceh pada Sabtu lalu.


SEULAWAH, Indonesia - Dua daripada 65 peminat muzik punk termasuk lima wanita yang sedang menjalani proses pemulihan akhlak di sebuah pusat tahanan polis di sini, Aceh hampir berjaya melepaskan diri sebelum mereka dibebaskan pada Jumaat ini.

Dua pemuda terbabit berpura-pura mahu ke bilik air sebelum mereka melarikan diri ke bandar Banda Aceh yang terletak 50 kilometer dari lokasi mereka ditahan.

Kedua-duanya dipercayai berbuat demikian kerana benci berada di pusat berkenaan.

Polis menemui mereka merayau-rayau di jalanan sembilan jam selepas melarikan diri dan membawa mereka pulang sejurus selepas tengah malam.

"Mereka menyatakan rindu pada ibu bapa mereka tetapi jelas, mereka menipu," kata ketua polis tempatan, Kolonel Armensyah Thay.

"Mereka tidak pulang ke rumah. Mereka selama ini hidup di jalanan," tambahnya.

Semua 65 belia punk itu akan dibebaskan pada Jumaat ini selepas menjalani proses pemulihan selama 10 hari.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka diajar ilmu agama dan akhlak selain melakukan kawat tentera bertujuan untuk menjadikan mereka lebih berdisiplin.

Bagaimanapun, seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Yudi, 19, menyatakan, kem akhlak tersebut tidak berjaya.

Dia meronta dengan kuat apabila beberapa anggota polis cuba mencukur rambutnya.

Apabila kepalanya dibotakkan, Yudi mula menitiskan air mata.

"Ia merupakan satu seksaan buat saya. Saya tidak sabar untuk keluar" katanya.

"Mereka tidak boleh mengubah diri saya. Saya sayang punk. Saya tidak merasa bersalah tentang gaya hidup saya. Kenapa saya perlu rasa bersalah? Tiada apa yang salah tentangnya." tambah remaja berkenaan.

Teman wanitanya, Intan Natalia, 20 turut bersetuju dengan pendapat tersebut.

Rambut perang Intan dipotong pendek dan diwarnakan hitam dengan dia dipaksa memakai tudung.

"Mereka boleh berkata apa saja yang mereka mahu tetapi saya suka dengan cara hidup punk. Ia sesuai dengan diri saya," katanya.

Semua 65 belia punk itu dibawa ke pusat tahanan polis berkenaan pada minggu lalu selepas polis menyerbu satu konsert di Aceh.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam.

Belia itu ditangkap pada konsert muzik punk pada 10 Disember lalu dan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.

Mereka dibawa ke pusat latihan polis pada 13 Disember lalu bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Lady Gaga tiba di Tokyo

Posted:

Lady Gaga tiba di Tokyo

Lady Gaga tiba di Tokyo


Lady Gaga


TOKYO - Penyanyi yang terkenal dengan imej pelik, Lady Gaga tiba di sini semalam beberapa jam selepas akaun Twitternya dilaporkan digodam.

Penggodam itu menyiarkan satu pertandingan palsu dengan hadiah komputer iPad di laman tersebut sebelum ia ditarik balik.

Lady Gaga turut menjelaskan mengenai penggodaman itu di laman Twitter.

Menurut Lady Gaga, penggodaman itu sudah berakhir.

Dalam satu lagi mesej, Lady Gaga menyatakan dia suka berada dalam penerbangan kerana dapat tidur dan talian telefon bimbit tidak berfungsi.

Sejumlah peminat menyambut ketibaan Lady Gaga di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di pinggir Tokyo.

Dia tiba di Jepun untuk menghadiri satu majlis muzik. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Keterbatasan berlakon seketika

Posted:

Keterbatasan berlakon seketika

Keterbatasan berlakon seketika

UMMI mengakui telah menolak beberapa tawaran lakonan sebelum menerima lamaran Ellie untuk filem Penanggal.


"TIDAK pernah cakap akan berhenti berlakon tapi saya cuma kata akan berhenti seketika," luah kata-kata pelakon manis Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 21.

Buktinya, setelah dua tahun tidak memegang skrip lakonan sama ada filem ataupun drama, Ummi kini kembali beraksi menerusi filem Penanggal arahan sulung pelakon Ellie Suriaty.

Disebabkan perkara itu kata Ummi, dia enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung dunia seni yang ditinggalkannya sementara untuk memberi fokus dalam pelajaran.

Ummi yang kini sedang menyambung pelajaran dalam bidang pemasaran perniagaan di sebuah universiti di Melbourne, Australia bagaimanapun mengakui makin serasi dengan kehidupan di sana.

"Saya sangat gembira berada di sana, selepas habis belajar rasa seperti hendak terus menetap di sana," katanya yang turut melihat fenomena pelajar Malaysia yang kebanyakan belajar di sana enggan pulang setelah tamat pengajian.

Tambah Ummi, tarikan persekitaran di negara itu sedikit sebanyak membuatkan dia serasi dengan citra masyarakat dan budaya setempat.

Selama tiga tahun berada di sana, Ummi kini berbaki lagi dua tahun untuk menamatkan sesi pembelajarannya. Sebelum menyewa rumah bersama rakannya sekarang, sepanjang tempoh dua tahun pertama dia selesa tinggal bersendirian.

Jadi, sempena cuti semester selama tiga bulan bermula November hingga Februari setiap tahun, pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah itu sempat meluangkan masa menjenguk keluarga di Malaysia.Pada kesempatan itu juga, sekiranya mempunyai peluang berlakon, kata Ummi apa salahnya jika diraih sebaik mungkin.

Jatuh cinta watak Murni


UMMI NAZEERA bergandingan dengan Azri Iskandar dalam filem arahan sulung Ellie Suriati yang diberi judul, Penanggal.


Ketika ditemui di Restoran Al-Andalus, Kuala Lumpur sempena pelancaran filem Penanggal baru-baru ini, Ummi juga menegaskan dia tidak akan menolak sekiranya ada tawaran berlakon ketika cuti semester.

"Saya akan terima tawaran berlakon lagi kalau ada, hidup ini juga berkisar pada cabaran. Bagi saya kepuasan itu lebih terasa kalau dapat berlakon apatah lagi semasa cuti semester yang lengang daripada sebarang aktiviti.

"Malah, berlakon umpama satu eskapisme yang selama ini penat belajar, keluarga juga sudah tetapkan syarat. Kalau keputusan peperiksaan saya baik, saya dibenarkan berlakon," cerita Ummi.

Namun, ada batasan yang Ummi letakkan setelah dia tamat belajar. Katanya dia akan tetap berlakon tapi akan sedikit terhad daripada sebelum ini.

Sebelum mendapat tawaran berlakon dalam filem Penanggal yang mula penggambaran pada awal bulan ini, Ummi mengaku terpaksa menolak beberapa tawaran sebelum ini.

"Saya jenis orang yang tidak boleh buat banyak kerja dalam satu masa, jika tawaran itu datang sewaktu saya sedang sibuk belajar saya terpaksa tolak.

"Lagipun, ketika tawaran-tawaran sebelum ini datang hati saya belum terbuka untuk berlakon. Tapi, untuk watak dalam filem Penanggal, tiba-tiba jatuh cinta balik untuk terima tawaran daripada Kak Ellie," bicara anak gadis seorang ahli perniagaan itu.

Bermandi lumpur

Semasa sesi tayangan ringkas Penanggal kepada media baru-baru ini, terdapat satu babak Ummi kelihatan keluar daripada lumpur. Kata Ummi, babak itu dirakam ketika hari pertama penggambaran.Memang berat dan sarat peranan yang ditawar kepadanya kali ini.


PENAMPILAN Ummi yang kelihatan lemah-lembut ini amat bersesuaian dengan karakter perempuan Melayu klasik yang digambarkan dalam filem Penanggal.


Babak itu ujar Ummi menunjukkan dirinya seolah-olah 'dimakan' oleh ilmu hitam ketika sedang mandi. Dibenam dalam lumpur bagi Ummi merupakan satu kepuasan.

Penanggal mengisahkan Murni (lakonan Ummi Nazeera) yang tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada Mak Ajeng (Normah Damanhuri) dan terpaksa melarikan diri ke Kampung Jawa untuk perlindungan. Di sana, Murni didera oleh orang-orang kampung yang mendapat tahu dirinya adalah penanggal namun diselamatkan oleh Syed Yusof (Azri Iskandar) yang dalam perjalanan ke Kota Lama.

"Watak Murni berat dari segi fizikal dan mental, memang saya sudah bayangkan watak ini sejak membaca skrip dan secara mentalnya saya sudah bersedia," bicaranya yang mengalami lebam-lebam badan sejak lima hari pertama penggambaran.

Tambah Ummi, dia percaya pada rezeki dan tuah pada raut wajahnya yang menurut Ellie kena dengan karakter perempuan Melayu klasik memandangkan Penanggal menggunakan latar masa sekitar tahun 1930-an.

"Mungkin sesetengah karakter saya tidak boleh bawa, tapi sejak berkerja di bawah arahan Kak Ellie saya sangat mengaguminya. Dia sangat penyayang walau pada mulanya saya rasa takut tapi sebenarnya dia adalah pengarah yang berjiwa halus walau kata orang garang. Terbukti selepas habis babak dalam lumpur dia terus berlari ke arah saya dan memeluk saya," getus Ummi lagi yang menanti-nanti cabaran baharu setiap hari.

Selain Ummi, Penanggal turut dibintangi Fasha Sandha, Azri Iskandar, Zul Ariffin, Datuk Sharifah Aini, Kuswadinata, Fauziah Nawi, Anne Abdullah dan Rozie Othman.

Full content generated by Get Full RSS.

Konsert terbaik Search

Posted:

Konsert terbaik Search

Konsert terbaik Search

Oleh HARYATI KARIM


LAUTAN 15,000 penonton yang membuktikan konsert Search kali ini benar-benar memiliki aura tarikan yang tiada tolok bandingnya.


KONSERT Search Fenomena 30 Tahun Search yang berlangsung di Pusat Konvensyen Mines, Seri Kembangan (MIECC) Sabtu lalu boleh dianggap konsert yang terbaik daripada Search.

Impak kerana terlalu ramai yang ingin menonton konsert Search, kesesakan lalu lintas telah bermula daripada plaza tol Seri Kembangan lagi, perjalanan daripada plaza tol ke MIECC yang mengambil masa lima minit pada hari biasa telah mengambil masa selama hampir satu jam.

Itu petanda awal kejayaan konsert itu. Buktinya, masuk sahaja ke dalam MIECC, segera terserlah visual lautan manusia menanti kemunculan aksi Search.

Menurut pihak penganjur, konsert itu mencatat kejayaan luar biasa dengan mengumpul 15,000 penonton meskipun telah beralih lokasi atas faktor cuaca dari Padang Astaka Petaling Jaya ke MIECC.

Malah, tiket yang berharga RM69 juga dikatakan hampir habis apabila orang ramai berpusu-pusu membeli tiket pada saat-saat akhir. Search yang dianggotai oleh Amy selaku vokal, Kid (gitar), Din (gitar), Nasir (bass) dan Yazid (dram) ternyata cukup gembira dengan sambutan yang diberikan oleh peminat setia mereka.

Amy juga dilihat gagal mengawal emosinya dan hampir menitiskan air mata jantannya sewaktu menyanyikan lagu terakhir Fantasia Bulan Madu.

"Memang kami semua secara peribadi sangat gembira apabila berjaya meraikan ulang tahun ke-30 Search dengan melangsungkan konsert di tiga lokasi yang berbeza di Semenanjung Malaysia. Satu pengalaman yang sangat manis buat Search.


AMY bijak dan sukses dalam mengawal penonton yang menyaksikan persembahan terhebatnya bersama Search ini.


"Sebenarnya memang saya hampir mengeluarkan air mata pada lagu terakhir kerana perasaan bercampur baur. Gembira kerana kami berjaya melangsungkan konsert yang menjadi idaman kami selama ini serta sokongan peminat, sedih kerana pejam celik, sudah 30 tahun kami di sini.

"Selepas ini tidak tahu, bila lagi kami akan membikin konsert seperti ini. Konsert ini merupakan hadiah buat diri kami juga hadiah buat peminat Search. Memang ini konsert terbaik Search," kata Amy pada sesi sidang media usai konsert berakhir.

Cuci darah

Sepanjang konsert yang berdurasi tiga jam bermula pada pukul 9.10 malam dengan dendangan sebanyak 26 buah lagu terbaik Search termasuk Isabella, Fenomena, Pemuzik Jalanan dan Panggung Khalayan, masa dirasakan berlalu dengan begitu pantas. Tidak ada sekelumit rasa bosan menerjah diri, setiap lagu didendangan oleh Amy turut dinyanyikan bersama oleh peminat yang menghafal setiap bait lirik dengan tepat.

"Kalau ikutkan saya tidak jangka konsert ini akan mengambil masa selama tiga jam. Jika kami masukkan semula lagu, durasi tiga jam tidak akan cukup. Jadi, lagu yang dipilih semuanya lagu terbaik Search dan merupakan pilihan yang tepat," balas Amy yang memberitahu Search kini dalam proses pembikinan album terkini serta filem pertama mereka berjudul Search: Meniti Titian.


AKSI hebat Amy yang berbaring sambil dijulang peminat ketika mendendangkan lagu Gadisku.


Amy bijak mengawal pentas dan penonton, namun dia hampir terjatuh akibat tersadung ketika menyanyikan lagu Isi Atau Kulit, tetapi nasib baik dia masih sempat mengimbangkan dirinya dan meneruskan nyanyian seperti biasa.

Pemain dram, Yazid Ahmat, 49, yang menghadapi masalah kesihatan seperti buah pinggang dan darah tinggi dilihat memberi persembahan yang cukup mengkagumkan meskipun dia menerima rawatan dialisis setiap minggu untuk mencuci darah.

"Saya main dram macam biasa, Alhamdulillah kesihatan mengizinkan. Saya mendapat sokongan yang bagus daripada krew pentas, jika tidak saya tidak mampu bertahan selama tiga jam. Ini merupakan momen terbaik Search dan saya tidak mahu ketinggalan," kata Yazid.

Tidak hanya vokal Amy yang kedengaran pada malam konsert itu, kerana sifu Datuk M. Nasir berduet dengan Search menerusi tiga buah lagu iaitu Mat Rock, Paranoid dan Meniti Titian Usang.

Dua buah lagu, Mat Rock dan Paranoid itu cukup rancak dan rock habis dilihat tidak kena gayanya apabila dinyanyikan oleh M.Nasir. Mungkin satu eskperimen yang dicuba mereka, namun hakikatnya, M.Nasir tenggelam di sebalik kelantangan vokal Amy.

"Kami jarang buat persembahan bersama, apabila diberi peluang ia merupakan satu penghormatan. Sejak mereka merancang konsert ini, Amy sudah beritahu untuk menyanyi bersamanya dan lagu dipilih oleh Search sendiri.

"Sepatutnya key lagu itu direndahkan sedikit, suara saya tidak sampai kerana ia lebih kepada suara bass, apa pun saya cukup gembira bersama-sama meraikan ulang tahun ke-30 Search," tutur M. Nasir.


SIFU M. Nasir berkongsi momen penuh bermakna ini bersama Search.


M.Nasir yang merupakan pencipta lagu Fantasia Bulan Madu itu menegaskan tiada band lain sezamannya yang mampu menandingi fenemona yang dicetuskan oleh band Search.

"Search sebuah band yang hebat. Ada banyak band yang seangkatan mereka sudah hilang populariti, malah ada yang sudah tidak aktif tetapi Search masih berdiri di sini, malah populariti mereka masih sama seperti dahulu.

"Daya ketahanan mereka cukup utuh. Tidak semua mempunyai tarikan untuk penonton datang menonton konsert secara berbayar. Search mempunyai tarikan itu, lihat sahaja jumlah penonton yang datang hari ini, itu sudah membuktikan di mana tahap Search hari ini," ucap M. Nasir.

Konsert yang turut dihadiri ramai artis tanah air seperti Aizat, Altimet, Six Sense, AC Mizal, Ella, dan Hasnol Rahmat.

Sebelum menggegarkan MIECC, Search terlebih dahulu menghiburkan peminatnya di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang (19 November) dengan jumlah penonton seramai 7,000 orang dan Stadium Larkin, Johor Bahru (3 Disember) dengan penonton seramai 10,000 orang.

Selepas berakhirnya konsert Fenomena 30 Tahun Search di Semenanjung Malaysia, Search akan muncul untuk konsert di dua lokasi iaitu di Kompleks Sukan Tawau, Sabah pada 24 Disember dan Stadium Negeri Kuching, Sarawak pada 31 Disember depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Mata Ringgit produksi pelajar

Posted:

Mata Ringgit produksi pelajar

Mata Ringgit produksi pelajar

Oleh HARYATI KARIM


BARISAN pelakon teater Mata Ringgit (depan dari kiri, Nur Afiqah Mohd. Seth, Nooratiqah Zulkepli, Nur Syafiqah Roslan) serta (belakang dari kiri), Muhd. Aznujaimie Mustafa, Shahrul Anwar Sallehudin dan Mohd. Hairul Anuar Misran.


HUJUNG minggu lalu selama tiga hari berturut-turut bermula 9 Disember, sehingga 11 Disember lalu, teater Mata Ringgit telah dipentaskan di Amphitheatre, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC). Teater yang diarahkan oleh Nurul Ain Othman itu merupakan projek penilaian akhir semester enam buat pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Universiti Teknologi Mara Shah Alam, yang merangkumi aspek pengarahan, seni lakon, sinografi dan pengurusan industri kecil.

Meskipun ia hanyalah sebuah projek yang dibikin pelajar, namun selepas menonton sendiri teater yang diadaptasi daripada teater Nyonya itu, jelas terbukti kualiti yang ditampilkan oleh pelajar boleh dibanggakan baik daripada segi lakonan mahupun pengarahan.

Teater Mata Ringgit didukung oleh watak Mona seorang wanita cantik yang telah berkahwin dengan lelaki berusia dan kaya raya. Bagaimanapun sedang suaminya terlantar di hospital, Mona didatangi lelaki bernama Iskandar yang cuma menggodanya menggunakan wang ringgit.

Dalam masa yang sama, tiga orang cucu tiri Mona, iaitu Helmi, Erin dan Sabri turut menuntut harta pusaka selepas menyedari keadaan datuk mereka. Ringkas tetapi cukup menghiburkan walaupun pada permulaan cerita agak meleret tetapi kekuatan lakonan barisan pelakon terutamanya pelakon pembantu yang memegang watak cucu tiri Mona dapat menutup segala kelemahan yang ada.

Pengarahnya, Nurul Ain menjelaskan dia memilih karya Nyonya untuk diadaptasi kerana kekuatan yang ada dalam karya tersebut selain trend wanita muda kini lebih suka memilih lelaki tua untuk dijadikan suami.

"Saya memilih karya Nyonya kerana kekuatannya selain mesej tentang wanita muda suka berkahwin dengan lelaki tua yang kaya-raya. Sebelum karya Nyonya saya pilih beberapa karya lain tetapi ditolak oleh pensyarah. Apabila saya pilih Nyonya untuk diadaptasi, ia diterima kerana karya Nyonya tidak membosankan.

"Saya olah sebanyak 50 peratus daripada skrip asal dan mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkannya. Judulnya daripada Nyonya saya ubah menjadi Mata Ringgit. Bagi saya karya ini berjalan dengan laju dan ia padat dengan watak yang pelbagai. Saya yakin penonton terhibur menonton setiap watak yang ditonjolkan dalam teater ini," kata Nurul Ain.

Bercakap mengenai persembahan sulungnya, kata pengarah yang berusia 23 tahun itu, dia berpuas hati dengan respons yang diberikan penonton. Namun, sebagai pengarah, masih ada yang boleh diperbaiki untuk menjadikan teater Mata Ringgit lebih baik.

Pelakon utamanya yang memegang watak Mona, Nooratiqah Zulkepli merupakan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teater wajar dipuji kerana lakonan yang baik dan mampu meningkat naik, jika bakatnya diasah lagi.

Katanya, melakonkan watak Mona satu cabaran besar buatnya kerana dia memerlukan stamina yang tinggi.

"Watak Mona boleh dikatakan ada dalam setiap babak. Perjalanan cerita berjalan dengan laju dan stamina yang tinggi amat diperlukan. Saya ditolak, berlari, bergaduh, semuanya memerlukan kekuatan fizikal.

"Saya masih baharu dan perlu banyak perbaiki mutu lakonan, Apa yang saya berikan hari ini adalah yang terbaik yang mampu saya lakukan," tuturnya.

Jelas Nooratiqah lagi, sebelum memegang watak Mona dia tidak pernah menonton karya Nyonya sebelum ini. Meskipun diberi peluang untuk menontonnya sebelum latihan bermula, katanya, dia lebih selesa melakonkan watak Mona dengan caranya sendiri.

"Saya bimbang kalau saya tonton teater Nyonya, saya akan terikut-ikut dengan gaya persembahan pelakonnya. Sebab itu, saya lebih selesa tidak menontonnya supaya watak Mona ini saya persembahkan dengan cara saya sendiri tanpa terikut sesiapa," katanya yang ingin bergelar seorang pelakon masa depan.

Seorang lagi watak penting dalam cerita ini adalah watak Iskandar yang dilakonkan oleh Hairul Anuar Misran. Mempunyai pengalaman dalam produksi sebenar serta pernah berlakon dalam beberapa drama tempatan, namun ini merupakan kali pertama dia diberi peluang untuk memegang watak utama.

"Ini kali pertama saya pegang watak utama. Semasa latihan saya agak gementar kerana bimbang sama ada saya mampu lakukannya atau tidak. Teater bukan macam drama yang boleh berhenti jika kita lakukan kesalahan.

"Watak saya sebagai Iskandar boleh dikatakan seperti lelaki gatal. Dia sudah beristeri tetapi masih sibuk menggoda isteri orang. Dia menggunakan kuasa wang ringgit untuk membeli cinta Mona. Berlakon dalam teater ini satu pengalaman yang cukup bermakna buat saya, mungkin selepas ini saya akan terus aktif dalam dunia lakonan jika ada tawaran yang datang," kata pemuda berusia 23 tahun itu lagi.

Teater Mata Ringgit secara keseluruhannya sebuah teater kecil, ringkas namun berbekas mesej serta mampu menghiburkan penonton.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved