Selasa, 22 Oktober 2013

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Teknologi robotik ciptaan pelajar

Posted:

Teknologi robotik ciptaan pelajar

Teknologi robotik ciptaan pelajar

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

SETIAP robot mempunyai kepakaran tertentu seperti menterbalikkan lawan.


SUASANA di ruang legar Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 13 Oktober lalu meriah dengan sorakan para penonton yang menyaksikan Pertandingan Akhir Robot Combat Peringkat Asia Tenggara.

Di tengah-tengah gelanggang lut sinar yang dibina, kelihatan dua robot kecil bertarung mempamerkan kehebatan masing-masing melalui kemahiran peserta yang menggunakan alat kawalan jauh.

Setiap perlawanan mengambil masa tiga minit. Namun, selepas satu minit, lubang khas yang dinamakan death pit akan dibuka. Ia berfungsi untuk menentukan kemenangan setiap robot dengan menolak lawan mereka ke dalamnya.

Namun, jika robot gagal melakukan tugas berikut, kemenangan mereka akan dinilai melalui sifat agresif, keupayaan menyerang dan kemahiran yang ditunjukkan dalam perlawanan tersebut.

Dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Myrobotz Enterprise, Sirim Berhad dan Majlis Rekabentuk Malaysia, pertandingan tersebut berjaya menarik 72 penyertaan daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan empat pasukan dari Laos dan Singapura.

Secara keseluruhan, seramai 3,000 peserta telah menyertai pertandingan yang berlangsung selama enam hari itu bermula 7 hingga 13 Oktober 2013.

Teknologi robotik

Pengarah Urusan Myrobotz Enterprise, Koh Seng Yau berkata, program tersebut diadakan sempena meraikan Tahun Dekad Inovasi 2010-2020. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran generasi muda dalam dunia robotik.

"Melalui pertandingan ini, setiap peserta akan didedahkan dengan teknologi robotik terkini dan berpeluang menghasilkan robot combat tersendiri melalui kerja berpasukan.

"Pelaksanaan program ini telah dikendalikan sepenuhnya secara bersama oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat dan Universiti Malaya di bawah seliaan dan tunjuk ajar pihak Myrobotz dan MOSTI," ujar Seng Yau ketika ditemui Kosmo!.

Pada pertandingan yang julung-julung kali diadakan itu, pasukan DCEN dari Universiti Malaysia Perlis (Unimap) muncul juara apabila menewaskan rakan sekampus, Con-Q dalam perlawanan akhir yang penuh sengit.

Kejayaan itu membolehkan DCEN membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 beserta trofi dan sijil penghargaan manakala Con-Q pula menerima RM15,000 di samping RM5,000 kerana memenangi anugerah bagi kategori Kejuruteraan Terbaik.

BARISAN pemenang pertandingan robot combat peringkat Asia Tenggara bergambar bersama Abu Bakar (duduk, tengah).


Bagi kategori anugerah Rekaan Terbaik 1, ia menjadi milik pasukan Bertam 2 dari ILP Kepala Batas, Pulau Pinang manakala Rekaan Terbaik 2 diberikan kepada pasukan SCMT dari Soutska College Of Management & Technology, Laos. Masing-masing menerima RM5,000 beserta trofi dan sijil.

Bagi jurulatih pasukan Con-Q, Erdy Sulino Mohd. Muslim Tan, 29, meskipun sekadar naib juara, namun pihaknya tetap berbangga dengan kemenangan tersebut.

"Walaupun dari universiti yang sama, kami ibarat junior kepada pasukan DCEN. Kehadiran kami dalam pertandingan ini adalah untuk berkongsi teknologi yang diguna pakai bersama pasukan dari universiti lain," kata Erdy Sulino yang berhasrat untuk membawa pasukannya menyertai pertandingan robot combat kategori heavy weight di United Kingdom pada April 2014.

Sebagai contoh, jika kebanyakan pasukan lain memakai banyak bateri untuk robot mereka, pasukan Con-Q hanya menggunakan satu bateri dengan kapasiti 22 voltan.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Bertam 2 dari ILP Kepala Batas, Mohd. Zamri Zawawi, 39, mengakui pertandingan itu banyak memberi pengalaman kepada anak-anak buahnya dalam aspek kemahiran robotik.

Suntik semangat

"Kejayaan melangkah ke separuh akhir sudah memberi makna yang cukup besar kerana pasukan kami berhadapan lawan dari universiti terkemuka di tanah air.

"Apa yang lebih membanggakan, kami berjaya menewaskan pasukan dari Universiti Kebangsaan Singapura untuk bersaing di peringkat Asia Tenggara selain memenangi anugerah kategori Rekaan Terbaik," jelas Mohd. Zamri sambil memberitahu, persediaan mencipta robot dilakukan dalam tempoh tiga bulan sebelum pertandingan.

Dalam pada itu, wakil pasukan Putra dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Faqhrul Azrin Fodzi, 23, memberitahu, pertandingan sebegini mampu menyuntik minat generasi muda untuk mendalami bidang kejuruteraan robotik.

"Proses mencipta sebenarnya bukan satu perkara yang mudah. Ia mengambil masa yang panjang dan memerlukan bajet yang tinggi. Melaluinya, kami berkongsi pandangan dan idea untuk mencipta robot terbaik," ungkap pelajar Ijazah Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik merangkap ahli Kelab Robotik UPM itu.

Mengulas lanjut mengenai keseluruhan pertandingan tersebut, salah seorang ketua hakim dari Institution of Engineers Malaysia - Society of Ingenieur (IEM-SIR) Uniten, Kathiravun Muthaiah, 23, berkata, semua peserta menunjukkan inovasi dalam ciptaan robot masing-masing.

"Persembahan yang dipamerkan juga sangat menarik dan ini membuktikan kemampuan pelajar tempatan dalam bidang robotik yang semakin berkembang di negara ini.

"Setiap robot yang dihasilkan mempunyai keunikan tersendiri dalam pelbagai aspek. Diharap pertandingan ini menjadi platform untuk mencungkil bakat-bakat generasi muda untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa," ujar Kathiravun yang merupakan Pengerusi IEM-SIR Uniten.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan robot combat ini, layari laman web www.psn.gov.my atau http://my-competitionz.blogspot.com.

Kemusnahan gempa bumi Filipina

Posted:

Kemusnahan gempa bumi Filipina

Kemusnahan gempa bumi Filipina


PULAU Bohol antara kawasan yang terjejas teruk akibat gempa bumi dengan magnitud 7.1 skala Ritcher.


KEJADIAN gempa bumi dengan magnitud 7.1 pada skala Richter yang melanda daerah Loon di Pulau Bohol, Filipina pada 15 Oktober lalu mengakibatkan kemusnahan besar. Rumah-rumah penduduk dan jalan raya yang menjadi penghubung antara kawasan bandar dan perkampungan rosak teruk.

Bandar tersebut dihuni kira-kira 40,000 penduduk. Sehingga kini, seramai 151 mayat telah ditemui. Namun, angka tersebut dijangka meningkat memandangkan masih ramai yang hilang dan tidak dapat dikesan.

Bencana alam itu meranapkan sejumlah bangunan termasuk beberapa buah gereja dan jambatan di pulau-pulau tengah Filipina. Kawasan yang terjejas teruk ialah Pulau Bohol yang terletak 630 kilometer dari ibu negeri, Manila.

Dianggarkan hampir 3 juta penduduk menjadi mangsa gempa tersebut. Ia turut menyebabkan berlakunya tanah runtuh di beberapa kawasan. Destinasi pelancongan di Bohol dan Pulau Cebu turut terjejas dan mengalami kerosakan teruk.


JALAN raya yang menjadi penghubung antara kawasan bandar dan kampung turut rosak teruk.


Agensi Bencana Negara Filipina mengeluarkan kenyataan bahawa sekurang-kurangnya 97 mayat dijumpai di Bohol. Sistem komunikasi di kawasan pedalaman terganggu terutamanya di kampung-kampung di kepulauan itu. Agensi berkenaan juga menyatakan, sembilan mayat ditemui di Cebu dan satu di Pulau Siquijor.

"Saya menjangkakan jumlah kematian akan meningkat. Sukar bagi kami untuk mendapatkan jumlah terkini kerana berlakunya gangguan komunikasi di beberapa tempat." ujar Datuk Bandar Loon, Lloyd Lopez kepada sebuah radio tempatan.

Tiga per empat jumlah kematian gempa itu dicatatkan di Loon. Penyumbang besar kematian itu disebabkan oleh runtuhan sebuah sekolah tinggi di bandar Maribojoc yang meragut nyawa puluhan pelajar sekolah perempuan itu.

"Kami tidak pergi ke semua kawasan kampung. Sistem komunikasi terputus dan banyak jalan-jalan musnah," ujar Lopez.

Sebelum berlakunya gempa bumi, ramai yang merasai gegaran terutamanya pesakit-pesakit di hospital di Cebu. Pihak agensi merekodkan sebanyak 840 gegaran dan satu daripadanya dicatatkan pada skala 5.1 magnitud.

"Terdapat banyak gegaran, kami sangat takut ketika itu," ujar Elena Manuel, 64. Kesemua ahli keluarganya pada malam itu tidur di kawasan lapang berdekatan sebuah gereja lama yang turut runtuh akibat gempa bumi.

"Kami tidak mempunyai sumber makanan dan air kerana kedai-kedai berhampiran tutup. Jambatan pula musnah. Selepas gempa berlaku, air dan lumpur keluar dari rekahan di belakang rumah," tambahnya.


GEREJA lama, Holy Trinity di Loay, Bohol hanya tinggal sejarah apabila hampir keseluruhan seni binanya runtuh.


Kesan

Laporan rasmi yang dikeluarkan menyatakan 18 hingga 20 jambatan telah musnah di Bohol, manakala empat jalan di wilayah itu telah ditutup. Sebanyak 17 gereja yang mempunyai nilai sejarah dari segi bina terjejas teruk.

"Kini hanya tinggal debu-debu gereja sahaja," ujar ahli perniagaan dari Jerman yang bermastautin di Bohol, Benjamin Aggenstein, 30. Dia memberitahu, kebanyakan penduduk Loon tidak mahu pulang ke rumah mereka dan lebih rela tinggal di kawasan lapang.

Perkhidmatan feri dan kapal terbang telah kembali beroperasi walaupun berlaku kerosakan di pelabuhan dan lapangan terbang di Bohol dan Cebu. Loceng gereja tertua di Filipina turut musnah akibat gempa itu.

Menurut seorang jurucakap Tentera Udara, pihaknya telah menerbangkan 11 tan makanan untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa di Bohol.

Presiden Filipina, Benigno Aquino memberi amaran keras kepada jurujual yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan. Beliau turut melakukan lawatan udara untuk melihat kemusnahan yang berlaku di Bohol dan Cebu. Pihak kerajaan telah mengisytiharkan kawasan bencana di situ, di samping membekukan harga jualan barangan keperluan.

Dalam pada itu, industri pelancongan setempat jatuh merudum kerana banyak pelancong membatalkan tempahan.

"Situasi ini akan kembali normal dalam masa terdekat. Kami sangat bertuah kerana gempa bumi itu tidak mendatangkan kemusnahan lebih teruk," ujar Pengurus Besar Korporat Hotel Bellevue, John Patrick Chan.

Perunding undang-undang di Suruhanjaya Kebangsaan Kebudayaan dan Kesenian, Trixie Angeles memaklumkan, kali terakhir gempa bumi dengan magnitud yang sama melanda Bohol ialah pada tahun 1602. - Agensi

StreamDotMy tawar kepakaran penstriman media

Posted:

StreamDotMy tawar kepakaran penstriman media

StreamDotMy tawar kepakaran penstriman media

Oleh KHAIRUL ANUAR ABDUL RAHMAN


TIDAK terhad pada siaran langsung, penstriman media membenarkan pengguna menonton kandungan-kandungan hiburan yang diminati.


SIARAN langsung menerusi media elektronik telah diperkenalkan semenjak kewujudan televisyen dan radio. Lazimnya siaran langsung yang disiarkan di kaca televisyen merupakan liputan acara penting seperti perlawanan bola sepak, perlumbaan kereta Formula Satu, sambutan hari kemerdekaan atau sekadar perasmian sesuatu program peringkat nasional.

Menerusi liputan secara langsung ini, penonton yang tidak berkesempatan untuk berada di tempat berlangsungnya acara tersebut dapat menontonnya dari ruang tamu rumah mereka. Namun, siaran secara langsung ini agak terhad disebabkan liputan yang terbatas pada satu-satu negara sahaja.

Sebagai contoh, sekiranya siaran langsung yang dibuat di Kuala Lumpur, ia dapat ditonton oleh mereka yang berada di sekitar Malaysia, tetapi mustahil untuk ditonton mereka yang berada di luar negara, melainkan siaran langsung tersebut diambil oleh penyedia siaran televisyen berbayar negara tersebut.

Apabila internet mula diperkenalkan, ia telah merevolusi siaran langsung menerusi teknologi penstriman yang membolehkan pengguna menonton siaran tertangguh mahupun secara langsung menerusi komputer. Tetapi, pada awal kewujudan internet, menonton siaran secara penstriman agak membosankan lantaran kelajuan internet ketika itu yang agak perlahan.

Hari ini, revolusi jalur lebar berkelajuan tinggi telah mengubah persepsi pengguna terhadap teknologi penstriman, sekali gus membolehkan pengguna menonton siaran langsung dari sebarang peranti yang mempunyai capaian Internet tanpa mengira kedudukan geografi.

Di Malaysia, StreamDotMy Sdn. Bhd. merupakan antara syarikat tempatan yang terawal mengorak langkah di dalam membangunkan teknologi penstriman web.

Menggunakan teknologi Wowza yang melakukan proses pengekodan video secara langsung, ia membolehkan video yang diambil daripada sistem produksi pelbagai kamera (multi camera production) diproses dan disiarkan secara terus ke internet.

Pengguna perlu mengetahui alamat siaran tersebut bagi membolehkan mereka menonton siaran dari komputer, tablet, telefon pintar, televisyen pintar atau hampir apa sahaja gajet yang mempunyai capaian internet dan pelayar web.

Menurut pengasas StreamDotMy Sdn. Bhd, Azril Nazli Alias, sejak 3 tahun yang lalu, syarikatnya telah melabur sekitar RM80,000 untuk membangunkan sistem yang berasaskan Wowza.

Menurut lelaki yang telah berkecimpung di dalam dunia teknologi maklumat sejak lebih dari 15 tahun yang lalu ini, teknologi Wowza benar-benar membantunya di dalam menyediakan perkhidmatan penstriman secara langsung mahupun video dalam permintaan (video on demand).

"Keupayaan untuk menyediakan video berdefinisi tinggi (HD) membenarkan penonton menikmati siaran secara langsung mahupun rakaman video terus dari gajet seperti komputer, tablet dan telefon pintar dengan format MP4 dari mana-mana sahaja asalkan mempunya liputan internet.

"Dengan meluasnya teknologi internet wayarles 3G/4G/HSDPA di Malaysia, mengakses siaran secara langsung bukan lagi satu masalah dan tidak terbatas pada siaran TV biasa sahaja", ujarnya lagi.

Kemampuan StreamDotMy di dalam mendukung teknologi penstriman web ini telah terbukti apabila dilantik sebagai perunding kepada sebuah stesen penyiaran dan juga syarikat minyak serta gas terkemuka negara.

Tambah Azril lagi, teknologi web penstriman yang secara relatifnya jauh lebih murah berbanding kos siaran langsung di televisyen.

Pada masa yang sama, ia juga membolehkan bakal pengantin yang inginkan kelainan, membuat liputan majlis perkahwinan secara langsung bagi membolehkan saudara-mara dan sahabat handai yang tidak dapat menghadirkan diri pada hari yang penuh bersejarah itu untuk mengikuti detik-detik tersebut secara terus dari gajet mereka.

Maklumat lanjut berkaitan dengan penyelesaian streaming yang ditawarkan oleh StreamDotMy boleh diakses menerusi laman www.stream.my.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar KDU hasilkan kolam 1Malaysia terbesar

Posted:

Pelajar KDU hasilkan kolam 1Malaysia terbesar

Pelajar KDU hasilkan kolam 1Malaysia terbesar


BENG KEOK (barisan depan, empat dari kanan) menunjukkan sijil MBOR sambil diperhatikan oleh para pelajar yang menyiapkan kolam 1Malaysia terbesar di KDU Kampus Pulau Pinang, di Jalan Anson, Pulau Pinang baru-baru ini.


KOLAM. Kreativiti pelajar Kolej Damansara Utara (KDU) Kampus Pulau Pinang di Jalan Anson, Pulau Pinang yang menghasilkan kolam 1Malaysia terbesar berjaya dicatatkan dalam Malaysia Book of Record (MBOR) baru-baru ini.

Kolam gergasi yang berukuran 55 meter x 25 meter itu disiapkan oleh 200 pelajar pelbagai kaum yang menggunakan 2,000 kilogram beras.

Pelajar terlibat mengambil masa hampir lima jam untuk menyiapkan kolam tersebut.

Pengurus Jabatan Perkhidmatan Pelajar KDU Pulau Pinang, Joey Phuah berkata, acara itu diadakan bersempena dengan perayaan Deepavali pada 2 November ini selain mendedahkan para pelajar dengan kebudayaan masyarakat India.

Turut hadir menyaksikan penghasilan kolam 1Malaysia itu ialah Eksekutif MBOR, Huda Zakaria yang kemudian menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kolej KDU Kampus Pulau Pinang, Dr. Chong Beng Keok.

Kejohanan Boling All Star NGO's Sukan meriah

Posted:

Kejohanan Boling All Star NGO's Sukan meriah

Kejohanan Boling All Star NGO's Sukan meriah


SEBAHAGIAN daripada peserta Kejohanan Boling All Star NGO's Sukan bergambar sebelum kejohanan itu bermula di Kuching,Sarawak baru-baru ini.


HARGAI. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBNS) mengadakan Kejohanan Boling All Star NGO's Sukan membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Tujuan program itu dijalankan adalah untuk memberi penghargaan terhadap sokongan dan kerjasama yang diberikan pihak NGO serta media kepada jabatan tersebut selama ini.

Program itu disertai lebih 100 peserta daripada pelbagai persatuan dan kelab yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan serta media tempatan.

Pengarah JBNS, Abdul Haris Ishak yang melakukan pelancaran program berkenaan berharap kerjasama antara NGO dan media terhadap jabatan itu akan berterusan pada masa akan datang.

49 pelajar pendidikan khas serta kem perkhemahan

Posted:

49 pelajar pendidikan khas serta kem perkhemahan

49 pelajar pendidikan khas serta kem perkhemahan


WAN ASIM (barisan tengah, dua dari kanan) bersama pelajar pendidikan khas yang menyertai Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Daerah Segamat 2013 di Taman Negara Johor Endau-Rompin di Selai, Bekok, Johor baru-baru ini.


BERKHEMAH. Seramai 49 pelajar pendidikan khas yang menghadapi masalah pembelajaran didedahkan dengan pelbagai kemahiran dalam Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Daerah Segamat 2013 di Taman Negara Johor Endau-Rompin di Selai, Bekok, Johor baru-baru ini.

Pengelola program, Rosmah Yaacob berkata, perkhemahan tahunan selama dua hari itu disertai pelajar pendidikan khas dari beberapa buah sekolah rendah dan menengah di daerah Segamat.

Menurut Rosmah, program itu bertujuan memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani.

Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri, Wan Asim Wan Sekh. Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Segamat (Pendidikan Khas dan Pemulihan), Masnawi Shamsuddin dan Pegawai Taman Negara Johor Endau-Rompin Selai, Khairul Mat Janus.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Suami baran mahu isteri kembali

Posted:

Suami baran mahu isteri kembali

Suami baran mahu isteri kembali

REAKSI Muhammad Affandi semalam ketika berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas tuduhan membelasah isterinya.


BUKIT MERTAJAM - Seorang pegawai veterinar yang berdepan hukuman penjara setahun dan denda atas tuduhan membelasah isterinya di dalam lif sebuah hospital Ogos lalu berharap wanita itu berfikir sedalam-dalamnya mengenai hubungan mereka.

Ketika ditemui di luar Mahkamah Majistret di sini selepas selesai prosiding semalam, tertuduh, Muhammad Affandi Ismail, 36, berkata, dia sedia maklum mengenai kenyataan isterinya sebelum ini yang tidak lagi mahu kembali ke pangkuannya.

"Saya berharap perkara itu difikirkan semula. Kalau isteri kata sudah tertutup hatinya, saya minta dia buka mindanya kembali supaya dapat berfikir semula tentang keputusan itu," katanya ringkas kepada pemberita.

Terdahulu, Majistret Ariff Mohamed Sharif menetapkan 21 November depan sebagai tarikh untuk menyambung perbicaraan kerana dokumen kes itu masih belum lengkap.

Mengikut kertas pertuduhan, pegawai veterinar di Jerantut, Pahang itu dituduh menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang merupakan pekerja kilang berusia 36 tahun.

Perbuatan tertuduh tersebut dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam lif Hospital KPJ Bandar Perda dekat sini pada pukul 4 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sarjan tentera pukul isteri selepas enggan beri sperma

Posted:

Sarjan tentera pukul isteri selepas enggan beri sperma

Sarjan tentera pukul isteri selepas enggan beri sperma

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

GEORGE TOWN - Seorang anggota tentera bertindak membelasah isterinya tanpa belas kasihan selepas naik angin apabila didesak memberi sampel spermanya untuk diuji oleh doktor dalam kejadian di tempat letak kereta Hospital Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 8 pagi itu berlaku apabila lelaki berusia 42 tahun tersebut bertemu dengan isterinya yang berumur 35 tahun di situ sebelum mereka berselisih faham sehingga bertengkar.

Si isteri merupakan warga Indonesia manakala suaminya merupakan lelaki tempatan. Mereka dalam proses perceraian dan tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, sperma lelaki itu diperlukan untuk membolehkan pasangan terbabit menjalani ujian kesuburan.

Sumber memberitahu, dalam pertengkaran itu, si suami yang berpangkat sarjan dan bertugas di sebuah kem tentera di sini gagal mengawal emosi sebelum bertindak memukul isterinya berkali-kali hingga tersungkur.

"Ekoran itu mata kiri mangsa lebam, hidung berdarah dan sakit seluruh badan akibat dipukul. Wanita tersebut yang tidak berpuas hati kemudian bertindak menendang pintu kereta suaminya hingga lelaki berkenaan naik angin dan mengugut mahu membunuhnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pegawai TUDM dituduh tumbuk, sepak isteri

Posted:

Pegawai TUDM dituduh tumbuk, sepak isteri

Pegawai TUDM dituduh tumbuk, sepak isteri

MOHAMAD HALIM dituduh mendatangkan kecederaan ke atas isterinya di Mahkamah Majistret Kuantan semalam.


KUANTAN - Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat kapten dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencederakan isterinya di Taman Indera Sempurna di sini pada 28 Julai 2011 lalu.

Mohamad Halim Kasbin, 38, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk dan menyepak Azrina Ahmad, 37, di rumah beralamat No. 19, Lorong IS 71, Taman Indera Sempurna di sini pada pukul 5 petang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Majistret Jesseca Daimis membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000.

Tertuduh membayar wang tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Cabaran spontan menanti finalis

Posted:

Cabaran spontan menanti finalis

Cabaran spontan menanti finalis

PARA pemenang Pencarian Model Fareeda musim ke-4 akan dipilih berdasarkan penilaian di lokasi saringan dan kaca televisyen.


BERMULA awal Januari 2014 menerusi program Safiyya di TV9, 12 finalis Pencarian Model Fareeda musim ke-4 akan muncul dalam rancangan itu mengikut giliran pada setiap minggu.

Slot Fareeda yang bersiaran selama beberapa minit dalam program Safiyya itu merupakan satu lagi ujian besar kepada para finalis. Mereka akan diberi cabaran secara spontan dan dinilai berdasarkan keupayaan mereka menjayakan ujian tersebut.

"Setiap minggu akan ada cabaran yang berbeza dan setiap finalis tidak akan mengetahui cabaran yang bakal mereka hadapi.

"Dengan cara ini, tahap keyakinan dan kebolehan mereka mengawal situasi sebegini dapat dilihat sekali gus memudahkan kami melakukan penilaian tambahan sebelum memilih pemenang," ujar Pengurus Pemasaran dan Jualan Fareeda, Mawar Abdul Karim.

Prestasi yang ditunjukkan setiap finalis di kaca TV akan ditambah kepada tiga penilaian awal yang mereka lalui ketika proses saringan di empat lokasi yang berbeza. Tiga penilaian itu merangkumi cabaran sesi fotografi, peragaan di atas pentas dan soal jawab terbuka.

Penyertaan Pencarian Model Fareeda musim ke-4 masih dibuka sejak 15 September lalu sehingga 16 November 2013. Mereka yang berminat perlu mematuhi syarat penyertaan sebelum menghantar borang ke alamat yang tertera seperti di dalam borang penyertaan.

Borang penyertaan boleh diperoleh dalam akhbar Kosmo! pada setiap hari Selasa, Jumaat dan Ahad.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Imej santai tetapi berkeyakinan

Posted:

Imej santai tetapi berkeyakinan

Imej santai tetapi berkeyakinan

Oleh NIZHA PERIASWAMY

KACA mata hitam dilihat sebagai pelengkap fesyen pada zaman ini.


MEMAKAI sepasang cermin mata gelap, pastinya memberikan pelbagai impak kepada diri si pemakai. Ia menambah keterampilan diri. Antaranya kelihatan lebih berkeyakinan, tampil bergaya dan santai selain memberi nilai tambah kepada personaliti seseorang. Namun, pemilihan cermin mata yang sesuai dengan imej diri sangat penting bagi mewujudkan imej diri yang diingini.

Pengedar kaca mata berjenama antarabangsa di Malaysia, Sin Kwang, baru-baru ini memperkenalkan koleksi terbaharu jenama terpilih antarabangsa iaitu Bally, Police, Porche Design dan Charmant Blue Label dalam satu pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur. Koleksi cermin mata tersebut adalah antara yang bakal ke pasaran dalam masa terdekat iaitu bermula November ini hingga awal tahun depan.

Menjamin kesemua empat jenama cermin mata yang popular dalam arena global akan memberi lebih banyak pilihan untuk bergaya. Pengarah Negara Sin Kwang Optical, Winston Chong mengakui, koleksi baharu itu terdiri daripada pelbagai rekaan segar dan terkini, di samping rekaan yang dikemaskini dan ditambah nilai.

Bagi koleksi kaca mata Police, antara jenama kaca mata di pasaran yang terkenal dengan sifat maskulin dan lazimnya diserasikan dengan lelaki sofistikated yang mempamerkan imej berani, koleksi baharu yang diperluas menarik perhatian dalam kalangan wanita.

Cermin bayangan biru

Ditubuhkan pada tahun 1980 di Itali, jenama Police tampil dengan lebih 360 rekaan dengan 30 model tetapi masih mengekalkan lensa signaturnya iaitu cermin bayangan biru. Lensa biru oleh Police dilihat sebagai satu simbol kebebasan dan gaya underground yang diiktiraf oleh penggemar jenama ini.

Koleksi kali ini juga dikemaskini dengan penampilan yang lebih mengujakan menggunakan reka bentuk bingkai yang bersifat eksperimental. Setiap reka bentuk melalui penyelidikan dan pemerhatian terperinci dari segi estetika dan teknikal menekankan fesyen bersifat muda yang menyerlah. Dijual pada harga pasaran sekitar RM600 sehingga RM900, jenama Police oleh Sin Kwang dengan lensa biru polarized antara pilihan yang mampu dimiliki.

KOLEKSI Charmant Blue Label menggunakan bingkai kaca mata yang diperbuat daripada logam titanium.


Jenama buatan Jepun yang semakin mendapat nama di arena antarabangsa, Charmant Blue Label pula merupakan jenama yang diiktiraf sebagai pakar untuk bingkai cermin mata, khususnya untuk kegunaan seharian. Tarikan utama cermin mata ini ialah harga yang sangat berkemampuan dengan buatan menggunakan logam berkualiti tinggi iaitu titanium iaitu sejenis logam yang sering digunakan dalam bidang perubatan. Jenama itu menerima respons pasaran yang positif terhadap koleksi tahun 2013 yang kini di pasaran.

Sifat bingkai yang ringan, anggun dan sesuai untuk semua peringkat umur ini dijual hanya pada harga sekitar RM250 sehingga RM350 merangkumi tiga varian iaitu Sleek Titan, Pressure Mount dan Koleksi Kombinasi yang diyakini akan memenuhi cita rasa dan kepentingan pengguna yang pelbagai. Walaupun tidak memfokuskan kepada koleksi cermin mata gelap atau berfesyen, pilihan bingkai cermin mata harianCharmant Blue Labe yang selesa dijamin antara yang terbaik di pasaran.

Rekaan futuristik

Mengambil giliran seterusnya di atas pentas peragaan adalah pertunjukan fesyen cermin mata gelap jenama yang terkenal dengan kemewahan namanya itu sendiri, Porsche. Koleksi cermin mata gelap, Porsche Design sememangnya pilihan untuk mereka yang benar-benar berinspirasi dengan aura kemewahan Porcshe itu sendiri.

Memberi tumpuan khusus kepada kejuruteraan teknikal dan inovatif bagi melahirkan fungsi, daya tahan dan rekaan futuristik, Porsche Design menampilkan gaya moden unik dan pastinya berbeza daripada yang lain. Menggunakan tema The Urban Modernist, cermin mata Porsche Design membawakan reka bentuk yang tahan lasak, elegan dan tulen. Koleksi yang diilhamkan daripada bentuk seni geometri tampil dalam warna hitam dengan kontra warna burgundy. Kesemua koleksi baharu ini terdiri daripada lapan model cermin mata gelap dengan dua hingga tiga pilihan warna bagi setiap model.

Bukan itu sahaja, Porsche Design turut menambah koleksi edisi khas dua lensa untuk satu bingkai yang memberikan pengguna pilihan untuk bergaya dalam dua warna lensa berbeza dalam satu bingkai.

Terakhir sekali menjajah pentas pertunjukan adalah jenama Bally yang mempunyai sejarah berusia 160 tahun di Switzerland. Menariknya mengenai koleksinya kali ini ialah elemen ikonik seperti jalur Trainspotting merah dan putih, motif kambing gunung, lencana Bally dan Blok-B. Semuanya memberi tafsiran baharu kepada koleksi serba baru ini.

Bagi koleksi kaca mata lelaki, Bally mengetengah rekaan berbentuk aviator klasik dengan tangkai logam berselaput kulit. Koleksi wanita pula mempamerkan imej yang lebih anggun dengan bingkai berbentuk bujur dan keperincian feminisme bagi seluruh aspek fizikal cermin mata tersebut. Koleksi wanita dibahagi kepada dua iaitu fesyen serta sukan dan kasual, sementara koleksi lelaki terdiri daripada Top, pejabat dan kasual.

Ceongsam elegan Khoon Hooi

Posted:

Ceongsam elegan Khoon Hooi

Ceongsam elegan Khoon Hooi

Oleh ALIF ABU BAKAR

DARI kiri (depan): Khoon Hooi, Siew Lean, Jenny dan Fauziah Latiff pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan SK-II Timeless Classic di Mid Valley, Kuala Lumpur.


KEJELITAAN wanita diukur setara pada keremajaan kulit wajah dan kebijaksanaan menggayakan busana yang menepati bentuk tubuh. Apabila wajah dijaga dan dirapi secara menyeluruh, meskipun diri kian dimamah usia, ia memberi peluang kepada individu untuk berpenampilan bak orang muda untuk tempoh yang lebih panjang.

Mengangkat tema Timeless Beauty, produk kecantikan antarabangsa SK-II menerusi keluaran baharu mereka, SK-II Stempower Essence baru-baru ini meraikan para jelitawan yang bijak mengimbangi penjagaan kulit wajah dan kepentingan berfesyen.

Peraduan SK-II Timeless Classic yang dianjurkan bersempena dengan pelancaran produk terkini dalam rangkaian antipenuaan SK-II Stempower itu menyaksikan sembilan wanita bertuah terpilih untuk memenangi ceongsam elegan hasil kerja pereka tempatan, Khoon Hooi.

Juara peraduan tersebut, Fong Siew Lean menerima sehelai ceongsam bernilai RM3,880 yang akan direka khas mengikut bentuk tubuhnya oleh Khoon Hooi. Lapan pemenang lain masing-masing menerima sehelai ceongsam daripada koleksi sedia pakai Khoon Hooi.

LAPAN pemenang bagi peraduan SK-II Timeless Classic akan diberikan sepasang ceongsam daripada koleksi sedia pakai.


"Pemenang utama menerima rekaan eksklusif dan berbeza daripada koleksi sedia ada. Sementara itu, koleksi ceongsam yang dipaparkan hari ini dihasilkan dengan potongan tradisional, masih mengekalkan penerapan kolar Mandarin.

"Perbezaannya terletak pada tekstur kerana ia menggunakan material unik seperti cetakan harimau bintang, renda Perancis, syantung dan beberapa lagi fabrik campuran.

"Pemilihan warna pula lebih kepada penyerlahan ciri feminin seorang wanita. Selain merah yang sinonim terhadap sepasang ceongsam, saya turut menyediakan rona-rona dengan bayangan pastel," ujar Khoon Hooi yang menambah, harga bagi koleksi ceongsam sedia pakai rekaannya dijual pada lingkungan harga RM2,500 hingga RM4,000.

Sementara itu, mengulas kolaborasi SK-II dan Khoon Hooi sempena pengenalan produk baharu tersebut, Pengurus Perhubungan Awam SK-II, Goh Seng Jone memberitahu, keupayaan SK-II Stempower mengembalikan keremajaan kulit amat menepati nilai yang didukung ceongsam yang menjadi persalinan klasik masyarakat Cina sejak sekian lama.

"Ceongsam menjadi interpretasi terbaik terhadap perumpamaan tak lapuk dek zaman. Ia sejenis pakaian yang kekal menjadi pilihan ramai sejak zaman dulu, begitu juga rangkaian produk SK-II Stempower yang kini menjadi rahsia kecantikan untuk golongan wanita," ujar Seng Jone pada majlis pelancaran SK-II Stempower Essence di Kompleks Beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Pemasaran Procter & Gamble Malaysia, Jenny Chew dan duta jenama SK-II Malaysia, Fauziah Latiff.

Kulit berseri umpama warna sakura

Posted:

Kulit berseri umpama warna sakura

Kulit berseri umpama warna sakura

Oleh NURUL IZZA ROSLY


PENGURUS Produk Kumpulan Garnier, Frederick Ng memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai rangkaian produk Garnier Sakura White.


KECANTIKAN bunga sakura membuatkan ramai yang sanggup ke Jepun untuk menyaksikannya dengan mata sendiri.

Bayangkan, jika anda mampu memiliki kulit putih kemerahan bak sakura yang menjadi dambaan setiap wanita.

Ia bukan sesuatu yang mustahil kerana Garnier kini tampil dengan produk penjagaan kecantikan kulit baharu iaitu Garnier Sakura White.

Garnier Sakura White merupakan hasil inspirasi daripada keindahan dan kecantikan bunga sakura yang mekar selama tujuh hari dalam setahun.

"Bunga sakura sangat mempesonakan dan cantik kerana rona merah jambu lembut menggambarkan kelembutan, kehalusan dan penampilan yang berseri.

"Ciri-ciri tersebut merupakan kualiti yang boleh diguna pakai bagi menggambarkan kulit yang menjadi idaman setiap wanita," kata Pengarah Pemasaran Garnier, Christina Low.

Tambahnya, penampilan kulit yang sihat bermula dari dalam diri. Kini, dengan menggunakan Garnier Sakura White, wanita mempunyai akses kepada bahan unik yang berfungsi untuk memberikan warna merah jambu pada kulit mereka iaitu ekstrak bunga sakura.

Ekstrak bunga sakura dan vitamin B3 yang diformulasikan di dalam Garnier Sakura White memberi kesan yang mendalam.

Ia secara perlahan-lahan memberi khasiat dan mengecilkan pori sekali gus menyerlahkan warna merah jambu pada kulit.

Garnier Sakura White juga membantu mengurangkan sintesis melanin, menghalang kulit menjadi gelap, memperbaiki tekstur kulit dan pada masa yang sama memberikan keselesaan pada kulit.

Hasilnya, kulit menjadi lembap dan licin walaupun pada sapuan pertama. Penggunaan Garnier Sakura White setiap hari membantu menyerlahkan seri kulit.

Dalam tempoh empat minggu, kulit akan menjadi merah jambu sebanyak 60 peratus. Formula yang terkandung di dalam Garnier Sakura White juga sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami masalah kulit sensitif.

"Berpandukan falsafah Take Care, Garnier percaya bahawa setiap orang memiliki kecantikan semula jadi.

"Di Garnier, kami berbangga kerana dapat meningkatkan kecantikan dengan menawarkan produk yang membantu menjaga kulit anda dan seterusnya memberikan keyakinan serta kebahagiaan kepada anda," ujarnya pada majlis pelancaran produk Garnier Sakura White di ibu negara baru-baru ini.

Inovatif

Menurut Christina, Garnier Sakura White merupakan salah satu daripada rangkaian penjagaan kulit inovatif yang membantu wanita memperoleh kecantikan yang diingini.

"Menggunakan alam semula jadi sebagai inspirasi dan bahan-bahan aktif semula jadi terpilih merupakan rahsia keberkesanan penjagaan kulit sihat.

Garnier Sakura White terdiri daripada tiga produk iaitu Sakura White Pinkish Radiance Gentle Cleansing Foam (RM6.90 bagi 50 mililiter (ml) dan RM12.90 bagi 100 ml), Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF21/PA+++ (RM24.90 untuk 50ml) dan Sakura White Pinkish Radiance Intensive Whitening Mask with Sakura Ekstrak, RM9.90.

Rangkaian produk tersebut kini boleh didapati di pasar-pasar raya utama di seluruh negara. Maklumat lanjut mengenai produk Garnier Sakura White boleh didapati di www.facebook.com/GarnierMalaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Azraai tetap dengan keputusan tinggalkan Perak

Posted:

Azraai tetap dengan keputusan tinggalkan Perak

Azraai tetap dengan keputusan tinggalkan Perak

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

AZRAAI hanya sempat membimbing Perak selama semusim biarpun kontraknya bersama PAFA masih berbaki setahun.


MOHD. Azraai Khor Abdullah tidak akan berganjak dengan keputusan beliau meninggalkan Perak.

Azraai berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dalam masa terdekat bagi menyelesaikan seba- rang perkara berbangkit.

"Keputusan saya muktamad, jadi saya harap ia dapat diselesaikan secara baik.

"Banyak perkara yang perlu diteliti memandangkan saya masih memiliki kontrak bersama Perak.

"Tengoklah dalam sehari dua ini, saya akan jumpa mereka (pihak pengurusan PAFA) dan berbincang lanjut mengenai perkara itu," katanya kepada Kosmo! semalam.

Terdahulu, pada sidang akhbar khas di Ipoh, Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menyangkal laporan media tempatan semalam bahawa pihaknya telah mencapai persetujuan bersama dengan Azraai untuk menamatkan kontrak pengendali berusa 61 tahun itu lebih awal.

Zainol Fadzi berkata, terdapat beberapa terma dan syarat yang masih belum diputuskan dan memerlukan perbincangan lanjut antara Azraai dan pihak pengurusan PAFA.

Azraai yang mula membimbing Perak pada awal musim ini, masih mempunyai baki kontrak selama setahun dengan PAFA.

Dalam pada itu, Azraai menafi- kan desas-desus beliau akan kembali mengendalikan Kedah musim depan.

"Ia hanya satu khabar angin, selagi belum ada 'hitam-putih', ada baiknya saya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Buat masa ini, saya hanya mahu berehat dan menenangkan fiki- ran," jelas beliau.

Resume Azraai bersama Kedah tidak lagi perlu dipertikaikan hasil kejayaanya membantu skuad Kenari itu melakar gelaran trebel selama dua musim berturut-turut bermula 2006/2007.

Azraai yang pernah dilantik mengendalikan skuad Harimau Muda A pada 2010, kemudiannya berhijrah ke Negeri Sembilan setahun kemudian sebelum membantu Sang Rusa mendakap gelaran Piala Malaysia pada tahun yang sama.

Beliau menyertai skuad Seladang apabila menggantikan jurulatih sementara dari Korea Sela- tan, Jang Jung.

Perak sudah ada pengganti Azraai

Posted:

Perak sudah ada pengganti Azraai

Perak sudah ada pengganti Azraai

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


ZAINOL FADZI (kiri) bersama Abu Bakar pada sidang akhbar khas di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh semalam.


SEHARI selepas Mohd. Azraai Khor Abdullah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatannya, semalam Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengumumkan Abu Bakar Fadzim sebagai ketua jurulatih baharu skuad Perak.

Prestasi Chong Wei merudum?

Posted:

Prestasi Chong Wei merudum?

Prestasi Chong Wei merudum?

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@
kosmo.com.my


CHONG WEI (kanan) jelas kecewa selepas gagal mempertahankan
kejuaraan Terbuka Denmark tahun ini.


KEKALAHAN Datuk Lee Chong Wei kepada bintang muda China, Chen Long pada final Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Denmark kelmarin memberi bayangan bahawa pemain No. 1 dunia itu sudah melepasi zaman kemuncaknya.

Chong Wei bukan sahaja dilihat bergelut dengan pencabarnya itu, malah kesungguhan yang ditunjukkan Chen Long turut membuktikan bahawa barisan pemain China cukup komited memburu gelaran pada setiap kejohanan anta- rabangsa.

Apa tidaknya, kemenangan 24-22, 21-19 yang dicatatkan Chen Long dalam tempoh satu jam itu turut melengkapkan kemenangan keempat pemain-pemain China di Kompleks Sukan Odense, Denmark itu.

China terlebih dulu mendominasi kategori perseorangan wanita menerusi Wang Yihan sebelum beregu campuran, Zhang Nan-Zhao Yunlei dan beregu wanita, Bao Yixin-Tang Jinhua melakar kejayaan masing-masing pada kejohanan bernilai AS$400,000 (RM1.26 juta) itu.

Dengan perbezaan umur tujuh tahun, Chen Long turut menjadikan medan final Terbuka Denmark itu untuk menyamai rekod kemenangan 7-7 dengan Chong Wei yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-31 semalam.

"Sejujurnya, saya tidak bermain dengan baik kerana saya telah melakukan banyak kesilapan. Tahun ini merupakan tahun yang sukar bagi setiap pemain kerana kami terpaksa menghadapi banyak kejohanan.

"Kekalahan juga adat dalam perlawanan kerana saya tidak semestinya akan sentiasa mencatatkan kemenangan dan pada usia saya sekarang... dapat mara ke final secara konsisten sebenarnya sudah cukup bagus.

"Sekurang-kurangnya saya masih mempamerkan tahap fizikal yang bagus," kata Chong Wei.

Berbanding Chong Wei, dua lagi pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren dan Chong Wei Feng terpaksa mengakhiri kempen masing-masing lebih awal.

Liew Daren terpaksa menarik diri ketika menentang pemain India, Kashyap Paru- palli pada pusingan pertama selepas mengalami kecederaan buku lali.

Wei Feng pula yang melakukan kejutan menumbangkan pilihan keenam dari Vietnam, Nguyen Tien Minh dalam aksi pembukaan, tersungkur di tangan Tanongsak Saensomboonsuk (Thailand) pada pusingan kedua.

Keputusan hambar Liew Daren dan Wei Feng yang dikatakan sebagai pengganti Chong Wei suatu hari nanti, menimbulkan pertanyaan sampai bila Malaysia mahu mengharapkan sentuhan pemain No. 1 dunia itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pelajar Al-Azhar cabar pemerintah tentera

Posted:

Pelajar Al-Azhar cabar pemerintah tentera

Pelajar Al-Azhar cabar pemerintah tentera

AFP
PELAJAR Universiti Al-Azhar lari menyelamatkan diri daripada bedilan gas pemedih mata di luar kampus mereka di Kaherah kelmarin.


KAHERAH - Beribu-ribu pelajar Universiti Al-Azhar di Mesir mengadakan tunjuk perasaan yang masuk hari ketiga semalam, kata sumber keselamatan.

Protes tersebut merupakan antara cabaran paling serius yang dihadapi tentera sejak ia menumbangkan kerajaan Islam pimpinan Presiden Mohamed Morsi pada Julai lalu.

Para penunjuk perasaan menuntut agar jawatan Morsi dikembalikan.

Protes itu perlu diselesai secara bijaksana oleh pihak berkuasa kerana Al-Azhar yang merupakan pusat pengajian Islam, tidak pernah menentang pemerintah.

Protes tersebut yang diadakan di beberapa buah kampus Al-Azhar di ibu kota Mesir di sini dan beberapa bandar raya lain adalah lebih kecil berbanding bantahan sebelum ini.

Sumber keselamatan memberitahu, sekitar 4,000 pelajar menyertai tunjuk perasaan itu dengan 44 orang ditangkap.

Kekacauan baharu itu membayangkan penyokong Morsi telah mengubah taktik dengan memberi tumpuan pada lokasi sensitif dan tidak lagi menganjurkan protes jalanan.

Ia ekoran tindakan keras pihak berkuasa mematahkan protes- protes jalanan sebelum ini.

Dalam pada itu, beberapa ulama, profesor dan pegawai di universiti itu juga diketahui menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin yang pernah dipimpin oleh Morsi.

Pihak berkuasa bertindak keras ke atas Ikhwanul Musli- min yang memenangi pilihan raya selepas kejatuhan Hosni Mubarak pada tahun 2011 tetapi kini diharamkan.

Pasukan keselamatan telah membunuh beratus-ratus orang bagi mematahkan tunjuk pera- saan besar-besaran oleh penyokong Ikhwanul Muslimin.

Pemerintah turut menangkap barisan pemimpin pergerakan itu termasuk Morsi yang dipenjarakan atas dakwaan mencetuskan keganasan. - Reuters

17 kilang di Thailand ditutup akibat dilanda banjir

Posted:

17 kilang di Thailand ditutup akibat dilanda banjir

17 kilang di Thailand ditutup akibat dilanda banjir


Agensi
GAMBAR yang dirakam semalam menunjukkan sebatang jalan raya di Fasa 7, Taman Industri Amata Nakorn, dalam wilayah Chonburi yang ditenggelami banjir.


BANGKOK - Sebanyak 17 buah kilang di sebuah zon perindustrian utama Thailand yang didominasi syarikat asing ditutup buat sementara waktu semalam selepas jalan-jalan raya berdekatan ditenggelami air banjir, kata seorang pegawai kanan.

Namun, pegawai berkenaan tidak mendedahkan nama kilang- kilang yang ditutup di Taman Per- industrian Amata Nakorn itu.

Zon perindustrian itu yang menempatkan lebih 500 buah kilang terletak 114 kilometer ke timur ibu kota Thailand, dari sini.

Ketua Pemasaran Amata, Wibun Krommadit berkata, semua 17 kilang itu ditutup sele- pas para pekerja tidak dapat sampai ke lokasi tersebut ekoran jalan raya yang ditenggela- mi air banjir.

"Kami meminta bantuan tentera laut untuk mengepam keluar air bah," kata Wibun.

Hampir separuh daripada kilang di zon industri berkenaan dikendalikan oleh firma Jepun.

Banjir tahun ini melanda lebih separuh daripada keseluruhan wilayah di Thailand tetapi kerajaan menolak bencana itu menyamai banjir besar pada tahun 2011.

Banjir dua tahun lalu itu merupakan yang terburuk pernah melanda Thailand sejak 50 tahun lalu. Ia menyebabkan gangguan meluas ke atas industri dan rangkaian bekalan global.

Banjir pada 2011 juga menye- babkan Thailand mencatat pertumbuhan ekonomi cuma satu peratus. - Reuters

Penduduk Mouadamiya merayu agar diselamatkan

Posted:

Penduduk Mouadamiya merayu agar diselamatkan

Penduduk Mouadamiya merayu agar diselamatkan


Agensi
BEBERAPA pakar senjata kimia melawat seorang warga Syria yang menjadi mangsa serangan gas beracun di Mouadamiya.


DAMSYIK - Penduduk sebuah bandar di Syria yang dikepung tentera Presiden Bashar Al-Assad merayu kepada masyarakat dunia supaya "menyelamatkan kami daripada kematian" dalam sepucuk surat terbuka bagi menceritakan penderitaan dan kesengsaraan mereka.

Mereka berkata, beratus-ratus lelaki, wanita dan kanak-kanak di bandar berkenaan, Mouadamiya telah mati manakala ribuan yang lain cedera.

Terletak ke barat daya bandar raya ini, Mouadamiya ditawan pihak penentang Bashar, Tentera Pembebasan Syria (FSA) tahun lalu dengan pemerintah cuba untuk menguasai semula bandar berkenaan sejak daripada itu.

"Selama hampir setahun, Mouadamiya dikepung dengan bekalan makanan, elektrik, ubat, perkhidmatan telefon dan bahan api disekat," menurut kandungan surat itu yang disiarkan oleh kepimpinan penentang, Majlis Kebangsaan Syria (SNC) semalam.

"Kami diserang menggunakan roket, peluru meriam, bom napalm dan senjata kimia," tambahnya.

Menurut SNC, hampir 12,000 orang kini berdepan kebuluran dan kematian di Mouadamiya.

Sekitar 90 peratus bandar itu telah musnah manakala penduduk terpaksa memakan daun kayu untuk terus hidup.

Dalam perkembangan berkaitan, ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Valerie Amos memberitahu pada minggu lalu bahawa walaupun pemerintah telah memindahkan 3,000 penduduk pada bulan ini, beribu-ribu orang masih terperangkap di Mouadamiya.

"Pasukan PBB tidak diberikan akses untuk memasuki bandar berkenaan," kata Amos.

Setakat ini, lebih 100,000 orang telah mati dalam perang saudara di Syria yang bermula dengan tunjuk perasaan terhadap pemerintahan empat dekad oleh keluarga Bashar. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Juruteknik Mada yang disyaki lemas belum ditemui

Posted:

Juruteknik Mada yang disyaki lemas belum ditemui

Juruteknik Mada yang disyaki lemas belum ditemui

22/10/2013 9:23pm

JITRA - Operasi mencari dan menyelamat seorang juruteknik awam Lembaga Pertanian Muda (Mada) yang kenderaan pacuan empat roda dinaikinya terhumban ke dalam sungai di Kampung Telaga Batu, Sungai Korok dekat sini semalam dihentikan pada pukul 6 petang tadi setelah gagal menemui sebarang petunjuk, sebelum disambung semula esok.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Mohammad Darus berkata, operasi yang bermula pada pukul 8.30 pagi tadi itu agak mencabar kerana hujan lebat yang turun semalam menyebabkan air memenuhi sungai dan arus menjadi deras.

Operasi disertai tujuh anggota bomba serta 10 orang penyelam dengan dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menggunakan dua bot bomba dan satu bot JPAM.

"Pasukan kita mencari sehingga ke Kubang Sepat lebih 10 kilometer jauhnya dari tempat kejadian, namun tidak berhasil. Kita akan terus mencari sehingga ke laut kerana mangsa kemungkinan dihanyutkan ke Kuala Jerlun," katanya kepada pemberita di tempat operasi hari ini. - Bernama

Pembesaran Sungai Batu giat dijalankan untuk laluan air banjir

Posted:

Pembesaran Sungai Batu giat dijalankan untuk laluan air banjir

Pembesaran Sungai Batu giat dijalankan untuk laluan air banjir

22/10/2013 9:02pm

IPOH - Kerja-kerja pembesaran Sungai Batu yang terletak berhampiran Kampung Pantai Tim dekat Pantai Remis giat dijalankan untuk memudahkan laluan air banjir sekaligus mempercepatkan air surut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohd Asri Mohd Ariff berkata, kerja-kerja pembesaran sungai dilakukan oleh agensi di bawah Majlis Keselamatan Negara antaranya pihak bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam.

"Selain itu kita juga memecahkan halangan di dalam sungai bagi melancarkan laluan banjir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengenai keadaan banjir, beliau berkata ia dilihat sudah mulai surut ekoran hujan telah berhenti, namun kesemua mangsa tidak dibenarkan pulang.

"Pihak pengurusan banjir belum mengeluarkan arahan untuk membenarkan mangsa pulang ke rumah, tetapi kita jangka mereka dibenarkan pulang dalam masa dua atau tiga hari lagi," katanya.

Mohd Asri berkata, setakat ini seramai 1,085 mangsa melibatkan penduduk di Taman Bintang Kampung Ujung Pasir, Kampung Pantai Tin, Taman Pantai Wang, Kampung Tebuk Yan, Parit Marikan dan Batu 13 Segari telah dipindahkan ke empat pusat pemindahan banjir. - Bernama

Sindiket gores dan menang tawar hadiah kereta tumpas

Posted:

Sindiket gores dan menang tawar hadiah kereta tumpas

Sindiket gores dan menang tawar hadiah kereta tumpas

22/10/2013 7:47pm

KUALA TERENGGANU - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu hari ini menahan enam lelaki yang dipercayai terbabit dalam sindiket gores dan menang di negeri itu.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Firdaus Zakaria berkata, mereka yang berusia 19 hingga 29 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis yang dipercayai dijadikan pejabat untuk kegiatan mereka.

Sejak September tahun lepas, kami menyerbu premis ini enam kali namun gagal menemui sesiapa sehinggalah hari ini.

Sindiket ini dipercayai mengakibatkan kerugian kira-kira setengah juta ringgit membabitkan 80 mangsa sejak beroperasi tahun lalu, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya sindiket itu yang menjalankan kegiatan di pasar raya dan tempat tumpuan awam, menyasarkan warga emas dengan menawarkan kereta Nissan Almera.

"Mangsa yang dijerat kemudian dibawa ke pejabat mereka dan menawarkan peraduan gores dan menang. Apabila terkena, mangsa akan diminta membayar RM10,00 untuk mendapatkan kereta itu yang akan diserah dalam tempoh dua minggu.

"Selepas dua minggu, mangsa yang datang ke pejabat akan diberi sebuah tilam dan sindiket mendakwa tilam itu bernilai RM25,000 dan boleh memulihkan pelbagai penyakit. Jika mangsa mendesak mahukan kereta juga, mangsa akan diminta membuat bayaran lain," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan aduan yang diterima pihaknya, ada mangsa membayar sehingga RM70,000.

Seorang daripada yang ditahan hari ini pernah ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan sama, namun jelas dia tidak serik, katanya.

Menurut Firdaus, semua yang ditahan hari ini hanyalah pekerja dan pihaknya sedang mengesan dalang sindiket itu.

"Sebelum ini semasa diserbu, premis ini kosong. Namun hari ini kita percaya mereka baru sahaja melarikan diri kerana kereta Nissan Almera yang ditawarkan sebagai hadiah hanya diletak di belakang premis," katanya menambah berdasarkan aduan mangsa, mereka ditunjukkan kereta itu yang diletak di hadapan premis ketika datang menuntut hadiah. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved