Ahad, 12 Januari 2014

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Henti eksport ikan Malaysia

Posted:

Henti eksport ikan Malaysia

Henti eksport ikan Malaysia

Oleh IKHWAN IDERIS
berita@kosmo.com.my

ISMAIL SABRI (dua dari kiri) bertanya sesuatu kepada pembeli pada majlis perasmian Kedai Ikan Murah di Kerayong, Bera semalam.


BERA – Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) telah diarah supaya menghentikan eksport ikan ke luar negara sehingga Mac depan dalam usaha untuk menangani masalah kekurangan bekalan selain mengawal kenaikan harganya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan tersebut meliputi semua jenis ikan yang dikategorikan sebagai 'ikan rakyat' seperti ikan kembung, cencaru, pelaling, selar dan selayang.

"Pada kebiasaannya kita mempunyai lebihan ikan yang mana ia dieksport ke negara seperti Singapura dan Hong Kong, namun disebabkan kekurangan bekalan ikan sepanjang musim tengkujuh ini, kita perlu memberi keutamaan kepada pasaran tempatan terlebih dahulu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelajar mati digilis lori balak

Posted:

Pelajar mati digilis lori balak

Pelajar mati digilis lori balak

Oleh NORLIA RAMLI
berita@kosmo.com.my


ANGGOTA polis memeriksa lori terlibat dengan kemalangan motosikal ditunggangi Sofiuddin di Kilometer 27, Jalan Baru Baling-Gulau, Kampung Seri Ketengga, Mukim Siong semalam.


BALING – Tugas seorang remaja menjemput dan menghantar sahabat karib berulang-alik dari sekolah pada setiap hari sejak tahun lalu berakhir semalam, apabila mangsa terbunuh digilis lori balak dalam kemalangan di Kilometer (km) 27, Jalan Baru Baling-Gulau, Kampung Seri Ketengga, Mukim Siong dekat sini semalam.

Dalam kemalangan ngeri pada pukul 7 pagi, mangsa Mohamad Sofiuddin Rosli, 16, dari Kampung Tanjung Pari, Mukim Siong seperti biasa menunggang motosikal dari rumahnya dalam perjalanan menjemput rakan sebayanya untuk sama-sama ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Siong di Kampung Seri Ketengga dekat sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua sahabat ditemui tidak bernyawa di tali air

Posted:

Dua sahabat ditemui tidak bernyawa di tali air

Dua sahabat ditemui tidak bernyawa di tali air

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK dan HAIKAL RAMAN
berita@kosmo.com.my


JALIL menunjukkan kawasan tali air berhampiran Flat Taman Subang Perdana di Sungai Buloh lokasi Mohd. Safiq (kiri) dan Eshwaran ditemui mati lemas semalam.


SUNGAI BULOH – Dua sahabat karib sebuah sekolah yang dilaporkan hilang petang kelmarin selepas keluar bermain dari Flat Taman Subang Perdana dekat sini ditemui mati lemas di sebuah tali air di sini semalam.

Mayat Mohd. Safiq Johan, 8, dan Eshwaran Jagadesh, 9, yang merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan U3 di sini ditemui tenggelam di sebuah tali air berhampiran rumah mereka.

Nenek Mohd. Safiq, Salamah Aman, 75, berkata, cucunya berkawan dengan Eshwaran sejak Mohd. Safiq tinggal bersamanya di flat tersebut ketika berusia tiga tahun.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Mengenali peribadi Utusan Allah

Posted:

Mengenali peribadi Utusan Allah

Mengenali peribadi Utusan Allah

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI


SELAIN menulis buku, Muhadir juga merupakan pensyarah di Pusat Asasi UIAM.


TINGGAL sehari lagi untuk umat Islam di seluruh dunia menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang jatuh pada 12 Rabiulawal setiap tahun.

Kelahiran Rasulullah membawa rahmat kepada umat manusia kerana Baginda merupakan utusan Allah bagi melengkapkan ajaran agama Islam.

Kecintaan yang mendalam terhadap Rasulullah membuatkan Ustaz Muhadir Joll, 37, nekad menghimpunkan biografi lengkap Baginda untuk diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Muhadir dilahirkan pada 21 Julai 1976 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuching, Sarawak sebelum mendalami ilmu agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang di Kuching. Seterusnya, beliau meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana muda ilmu wahyu, warisan dalam al-Quran dan pengajian sunah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

"Saya suka membaca buku berbentuk tasawwuf iaitu ilmu menyucikan jiwa dan akhlak serta yang berkaitan dengan Rasulullah.

"Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menyusun kitab yang berkaitan dengan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.

Selain menulis, Muhadir dikenali melalui slot Maulid yang ke udara di saluran radio IKIM.fm sekali seminggu.

Menurutnya, beliau berkesempatan menziarahi tokoh agama berketurunan Rasulullah iaitu Dr. Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki di kediamannya di Rushaifah, Mekah sebelum tokoh tersebut meninggal dunia pada tahun 2004.

Ilham

Dr. Sayyid Muhammad telah menghadiahkan Muhadir sebuah kitab dalam Bahasa Arab yang berjudul Tarikh Peristiwa-peristiwa dan Hal-hal Kenabian.

Dari situ, beliau mendapat ilham untuk menterjemahkan kitab tersebut ke dalam Bahasa Melayu.

Muhadir mula menterjemah dan menyusun bacaan daripada kitab tersebut pada pertengahan Julai 2012 dan mengambil masa lima bulan untuk menyiapkannya. Buku yang dimaksudkan berjudul Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah.

"Kebiasaannya, saya menulis pada sebelah malam iaitu selepas menyampaikan kuliah di surau-surau dan masjid di sekitar Kota Damansara.

"Buku ini menyampaikan sirah Rasulullah dengan ringkas dan setiap peristiwa disusun mengikut tahun bagi memudahkan pembaca," jelasnya yang juga merupakan pensyarah di Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya.

Tidak keterlaluan jika dikatakan buku tersebut sememangnya menceritakan tentang perihal Nabi Muhammad SAW secara menyeluruh.

Biografi tersebut terbahagi kepada dua bahagian dengan bahagian pertama menyentuh kehidupan Baginda, sementara bahagian kedua menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada zamannya.

Menariknya, kisah tentang hamba-hamba yang pernah berkhidmat dengan Rasulullah seperti penjaga selipar dan tongkat Baginda turut dimuatkan dalam buku berkenaan.

Buku kulit keras Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah boleh didapati di kedai-kedai buku utama seluruh negara pada harga RM50 sebuah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tiga individu diminta berundur

Posted:

Tiga individu diminta berundur

Tiga individu diminta berundur

AHMAD (kiri) bersalaman dengan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja MSN, PSM di Bukit Jalil minggu lalu.


"LETAK jawatan."

Demikian reaksi bekas tekong skuad sepak takraw negara, Rommi Suhendra pada sidang akhbar tergempar yang diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.

Rommi yang bertindak selaku Presiden Persatuan Bekas-bekas Pemain Sepak Takraw Kebangsaan (PBPSK) menyuarakan rasa kecewa terhadap pihak pengurusan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang dianggap gagal melaksanakan tugas dan amanah dengan sebaik mungkin.

Justeru, mereka mahukan tiga individu dalam badan induk tersebut - Presiden, Datuk Ahmad Ismail, Setiausaha Agung, Datuk Arshad Yahya dan Penolong Setiausaha I PSM, Tengku Adnan Tengku Burhanuddin meletakkan jawatan.

Rommi, 35, dan rakan-rakannya turut mahukan ketiga-tiga individu terbabit bertanggungjawab ekoran prestasi buruk skuad sepak takraw negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Kami memang tidak berpuas hati dengan pengurusan pihak atasan (PSM). Gantilah dengan orang yang lebih matang dan mempunyai niat yang betul untuk majukan sukan sepak takraw.

"Prestasi merudum skuad negara sekarang ini berpunca daripada kredibiliti pihak pengurusan itu sendiri yang membuatkan para pemain bermain dengan tidak bagus.

"Masalah dalaman ini secara tidak langsung mengganggu fikiran para pemain. Apabila kalah, kelemahan pihak pengurusan tersorok dengan cara menyalahkan pemain-pemain.

"PSM haruslah sedar dengan perkara sebegini. Jangan terlalu mengamalkan sikap kroni dan mempolitikkan sukan sepak takraw," tegasnya.

Rommi menjelaskan, PBPK telah diwujudkan bulan lalu atas tujuan mahu kembalikan kebangkitan sukan negara di persada antarabangsa.

"Kebajikan bekas-bekas pemain juga tak terjaga. Kami diibaratkan seperti besi karat yang semakin reput di mata PSM. Apa yang peting, kami tiada niat mahu memburukkan atau menjatuhkan PSM.

"Memang saya akui kalah menang itu adat permainan tetapi kalau kalah 3-15, itu apa pula? Sekarang ini biar rakyat sendiri tahu apa yang terjadi. Bila kami bersuara, mereka fikir kami mahu menentang mereka.

"Kami boleh duduk berbincang bersama-sama. Kami tidak akan mengadap kalau tidak dipanggil, umpama seperti pergi kenduri orang tidak dijemput," katanya yang mewakili negara pada Sukan Asia 1998 dan Sukan SEA 1999.

Sementara itu, bekas apit kanan negara, Mohd. Futra Abdul Ghani berkata, sukan sepak takraw negara kini berada pada tahap kritikal.

"Prestasi makin teruk. Alasan yang diberikan hanyalah wayang politik semata-mata. Demi kebaikan PSM, eloklah mereka berundur.

"Terimalah hakikat ini dengan profesional. Pandanglah kami bukan sebagai pemain tetapi rakyat yang cintakan sukan sepak takraw negara," kata Futra yang memenangi emas pada Sukan SEA 2005 di Manila, Filipina.

Selain Rommi dan Futra, desakan yang sama turut disuarakan oleh Shaari Hashim, Razaiman Hassan, Rosli Abdul Rahman dan Jamrai Idris.

90 peratus hampir pasti

Posted:

90 peratus hampir pasti

90 peratus hampir pasti

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


TROUSSIER turut dikatakan menjadi buruan Tunisia.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dikatakan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat bekas jurulatih Jepun, Philippe Troussier.

Perkara itu didedahkan oleh satu sumber yang rapat dengan badan induk tersebut kepada Kosmo! semalam.

Beliau yang enggan dikenali memberitahu, rundingan bagi menyelesaikan perjanjian antara Troussier dan FAM dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, Presiden FAM. Sultan Ahmad Shah dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin telah menemui Troussier di London baru-baru ini.

"Troussier telah bertemu dengan Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) di London.

"Bagaimanapun, kita akan tahu sehari dua lagi sama ada Troussier atau jurulatih lain yang akan dipilih sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya.

"Apa yang boleh saya katakan, 90 peratus hampir pasti (Troussier bakal dilantik sebagai jurulatih baharu Harimau Malaya)," katanya kepada Kosmo! semalam.

Troussier turut dikatakan menjadi buruan Persatuan Bola Sepak Tunisia (FTF) yang terdesak untuk melantik jurulatih baharu dalam usaha mempersiapkan pasukan menjelang aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika September depan.

Sebagai rekod, Troussier pernah mengendali tujuh pasukan kebangsaan - Ivory Coast, Nigeria, Burkina Faso, Afrika Selatan, Jepun, Qatar dan Maghribi.

Antara kejayaan terbesar bekas jurulatih kelab FC Ryukyu itu adalah berjaya membimbing Jepun layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2002.

Begitupun, FAM dilihat berdepan kos tinggi jika berhajat untuk melantik Troussier yang dikatakan menuntut pendapatan tahunan sebanyak AS$1.52 juta (RM5 juta) setahun.

Difahamkan, FAM akan beralih perhatian kepada calon No. 2 - bekas jurulatih AS Roma, Zdenak Zeman yang dilihat lebih 'murah' jika mereka gagal memenuhi tuntutan Troussier.

FAM turut dikhabarkan telah mengadakan pertemuan dengan ejen Zeman di London baru-baru ini.

Sebelum ini, Hamidin memaklumkan bahawa FAM hanya bersedia untuk mengumumkan nama jurulatih baharu Harimau Malaya selewat-lewatnya bulan depan.

Ketika ini, pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee ditugaskan menjadi jurulatih sementara Harimau Malaya.

Ghaddar, Forkey Doe berentap

Posted:

Ghaddar, Forkey Doe berentap

Ghaddar, Forkey Doe berentap

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


FORKEY DOE (kiri) muka baharu yang menyertai Kelantan musim ini.


DUA peledak import Kelantan - Mohammed Ghaddar dan Francis Forkey Doe perlu bersaing sesama sendiri jika mahu membarisi kesebelasan utama bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengendali Kelantan, Steve Darby berkata, beliau masih belum membuat keputusan, siapakah di antara kedua-dua pemain itu yang bakal menjadi pilihan untuk mengetuai jentera serangan The Red Warriors.

Menurutnya, baik Ghaddar mahupun Forkey Doe, mereka mempunyai kelebihan masing-masing sehingga menyukarkan beliau untuk membuat keputusan.

"Hanya Obinna Nwaneri dan Mohammed Shawky hampir pasti berada dalam senarai utama pasukan selepas kedua-duanya memperagakan aksi mantap sepanjang aksi persahabatan sebelum ini.

"Cuma untuk jentera serangan, Ghaddar dan Forkey Doe perlu berentap untuk merebut tempat. Ini kerana saya mahu pemain tempatan bergandingan dengan salah seorang daripada mereka," katanya.

Darby berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas tamat aksi persahabatan antara Kelantan dengan Phattalung FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.

Kelantan beraksi cemerlang apabila menang 4-0 menerusi jaringan hatrik Ghaddar selain satu gol sumbangan Ahmad Fakri Saari.

Darby memberitahu, Forkey Doe tidak dapat diturunkan pada perlawanan itu selepas mengalami kecederaan ketika pertemuan dengan Perlis minggu lalu.

"Bagaimanapun, Darby berharap dia akan pulih sebelum pertemuan sulung Liga Super menentang Sime Darby di gelanggang sendiri Sabtu ini," jelas Darby.

Darby turut berpuas hati dengan persembahan barisan pemain yang mempamerkan aksi bertenaga sepanjang perlawanan tersebut.

Katanya, gandingan antara Amar Rohidan bersama kapten, Mohd. Badhri Radzi dan Shawky di jentera tengah bertambah baik.

"Apa yang dapat saya lihat sepanjang aksi persahabatan ini, semua pemain bekerja keras dan tahap kecergasan mereka berada pada tahap terbaik. Ia merupakan sesuatu yang baik buat pasukan," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ariel Sharon akhirnya menemui ajal

Posted:

Ariel Sharon akhirnya menemui ajal

Ariel Sharon akhirnya menemui ajal

GAMBAR fail menunjukkan Sharon (kanan) dan Presiden Palestin,
Mahmoud Abbas di sebuah resort di Sharm el-Sheikh, Mesir pada 8 Februari 2005.


TEL AVIV - Bekas Perdana Menteri ke-11 Israel, Ariel Sharon yang turut dikenali sebagai 'Penyembelih Beirut' akhirnya menemui ajal di Pusat Perubatan Shena di Tel Hashomer semalam semasa berusia 85 tahun, lapan tahun selepas beliau berada dalam keadaan koma.

Anggota-anggota keluarganya berkumpul di pusat perubatan tersebut untuk berada bersamanya pada saat-saat akhir kematiannya.

Dua anak lelakinya, Omri dan Gilad kerap berada di sisinya sejak 1 Januari lalu selepas beberapa organ dalam tubuhnya tidak lagi berfungsi.

Mayat Sharon akan diletakkan di dalam bangunan Parlimen Israel sebelum ditanam di ladang miliknya di Negev di sebelah kubur isterinya, Lily yang meninggal dunia pada tahun 2000.

Beberapa organ penting Sharon termasuk ginjal dan paru-parunya gagal berfungsi sebelum beliau meninggal dunia.

Menurut akhbar Jerusalem Post, tekanan darah dan degupan jantungnya kembali normal pada Isnin lalu.

Namun, tekanan darah dan degupan jantungnya semakin lemah pada Khamis lalu.

Sharon diserang koma pada Januari 2006.

Sejak itu beliau hidup dengan menggunakan peralatan sokongan hayat.

Seorang jururawat yang pernah menjaganya di pusat perubatan itu, Marina Lifshitz memberitahu para pemberita, Sharon pernah menyentuh tangannya dan mengangkat keningnya.

Menurutnya, pada satu pagi, jururawat tersebut telah menunjukkan gambar isteri Sharon.

"Air matanya kemudian menitis. Sukar untuk melupakan detik itu.

"Malangnya, saya tidak mengetahuinya bila beliau menjadi Perdana Menteri.

Sharon yang pernah menjadi pegawai tinggi tentera Israel memainkan peranan penting dalam kemenangan regim Zionis di Sinai dalam Perang Enam Hari pada tahun 1967 dan Perang Yom Kippur pada tahun 1973.

Ekoran kemenangan itu, beliau diberi gelaran Arik, Raja Israel.

Pada tahun 1982, semasa memegang jawatan Menteri Pertahanan, beliau memantau Perang Lebanon yang melibatkan Israel.

Namun, beliau terpaksa meletakkan jawatan itu pada tahun 1983 selepas berlakunya kejadian pembunuhan melibatkan 800 dan 2,000 orang pelarian Palestin di kem Sabra serta Shatilla.

Penyingkiran itu berlaku selepas Suruhanjaya Siasatan Kahn mendapati, beliau terlibat secara langsung dalam serangan tersebut yang dilakukan kumpulan militan Kristian Phalangist di Lebanon.

Sharon menjadi Perdana Menteri Israel pada tahun 2001.

Dia bawah kepimpinannya, Israel mula membina tembok keselamatan di Tebing Barat.

Sharon menggunakan karier politiknya dan kedudukannya dalam Kabinet untuk membina puluhan penempatan haram di Tebing Barat dan Gaza walaupun terdapat bantahan dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Beliau mendesak peneroka haram Yahudi untuk menduduki tanah di Palestin sebelum perjanjian dicapai dengan para pemimpin Palestin.

Sementara itu, penduduk Palestin menyambut dengan gembira kematian Sharon.

Seorang pegawai kanan pergerakan Fatah di Palestin, Jibril Rajub berkata, Sharon merupakan seorang penjenayah yang tidak pernah dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

"Sharon merupakan seorang penjenayah dan bertanggungjawab ke atas pembunuhan bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat," katanya.

Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Paris pada 11 November 2004.

Terdapat dakwaan yang dibuat beberapa pegawai kanan Palestin bahawa Arafat mati kerana terkena bahan radioaktif.

Dalam pada itu, pergerakan Hamas yang menguasai Genting Gaza turut menyambut baik kematian Sharon dengan menggelarkannya sebagai penjenayah.

"Sharon merupakan seorang penjenayah dan beliau merupakan antara orang yang menyebabkan malapetaka berlaku ke atas penduduk Palestin," kata jurucakap pergerakan itu, Salah el-Bardaweel.

"Kami berdoa kepada Allah supaya Sharon dan semua pemimpin regim Zionis dihantar ke neraka kerana melakukan pembunuhan ke atas penduduk kami.

"Apabila penduduk Palestin mengingati Sharon, mereka akan mengingati kesakitan, darah, penyeksaan dan jenayah.

"Kami tidak akan berasa kesal dengan kematiannya," tambah Salah. - Agensi

Kecoh gambar bangkai sotong gergasi

Posted:

Kecoh gambar bangkai sotong gergasi

Kecoh gambar bangkai sotong gergasi


GAMBAR yang disiarkan di laman web The Lightly Braised Turnip pada Jumaat lalu menunjukkan bangkai seekor sotong gergasi di pantai Santa Monica, California.


SANTA MONICA, California – Sekeping gambar dan berita tentang penemuan bangkai seekor sotong gergasi sepanjang 48.76 meter di tepi pantai Santa Monica, California yang disiarkan di laman web The Lightly Braised Turnip telah didapati palsu, lapor akhbar The Epoch Times semalam.

Artikel di The Lightly Braised Turnip pada Jumaat lalu menyatakan, sotong tersebut menjadi besar disebabkan oleh kebocoran radioaktif ke laut di daerah Futaba, Fukushima, Jepun.

Kebocoran itu berlaku disebabkan sebuah loji nuklear di Fukushima mengalami kerosakan disebabkan tsunami yang tercetus akibat gempa bumi kuat berskala 9.0 pada skala Richter pada 11 Mac 2011.

Artikel di laman web tersebut yang ditulis oleh Butch Witt menyatakan, sotong tersebut kemudian hanyut ke pantai Amerika Syarikat.

Lebih 500,000 orang menghantar mesej dan melihat gambar tersebut di laman rangkaian sosial Twitter selepas ia disiarkan di laman The Lightly Braised Turnip.

Bagaimanapun, wartawan akhbar The Epoch Times, Zachary Stieber mendapati berita dan gambar tersebut palsu selepas dia melakukan penyiasatan.

Menurut Stieber, dalam artikel sotong di laman web itu, Pengarah Taman Santa Monica, Cynthia Beard berkata, dia berhasrat untuk memotong badan haiwan tersebut untuk dihantar ke Institut Penyelidikan Scripps untuk tujuan penyelidikan.

Namun, wartawan yang melakukan penyiasatan itu kemudian mendapati tiada pengarah di taman tersebut yang bernama Cynthia Beard.

Berita palsu itu turut mendapat perhatian portal kajian saintifik yang terkenal iaitu National Geographic.

Menurut portal itu, seorang kakitangan laman web gosip, snopes.com memandu kenderaan ke pantai tersebut dan melaporkan tiada tanda-tanda kehadiran sotong gergasi itu.

Seorang penulis artikel di laman About.com yang memberikan pelbagai maklumat tentang topik-topik menarik, David Emery berkata, gambar sotong gergasi di akhbar The Lightly Braised Turnip itu sebenarnya sotong gergasi sepanjang sembilan meter yang mati di sebuah pantai Sepanyol pada Oktober 2013. – Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Ahli perniagaan maut, anak melecur dalam kebakaran di Pandan Perdana

Posted:

Ahli perniagaan maut, anak melecur dalam kebakaran di Pandan Perdana

Ahli perniagaan maut, anak melecur dalam kebakaran di Pandan Perdana

12/01/2014 11:14pm

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan maut manakala anak perempuannya melecur di badan selepas sebahagian rumah teres dua tingkat mereka hangus dalam kebakaran di Pandan Perdana di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.40 petang itu, lelaki berusia 52 tahun serta anaknya berusia 17 tahun itu ditemui di sebuah bilik di tingkat atas kediaman itu.

"Gadis itu ditemui terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan kesan melecur di sebelah ayahnya sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Hulu Langat, Penguasa Hamdan Daud kepada pemberita di lokasi kejadian di Jalan Perdana 10.

Katanya, mendiang yang dikenali sebagai Ng Chee Wai dan anaknya, Ng Qi Jang dipercayai hanya tinggal berdua di rumah itu.

Tambahnya, siasatan awal bomba mendapati kebakaran bermula daripada tingkat bawah rumah dan ia mula disedari selepas kedengaran bunyi salakan anjing milik keluarga mangsa sebelum jiran tetangga dan orang ramai cuba memadamkan api. - Bernama

Dua beranak maut selepas beli kek hari jadi

Posted:

Dua beranak maut selepas beli kek hari jadi

Dua beranak maut selepas beli kek hari jadi

12/01/2014 9:33pm

KOTA TINGGI - Seorang bapa dan anak perempuannya maut selepas motosikal yang dinaiki terbabas sebelum dilanggar oleh dua buah kereta di Kilometer 76, Jalan Johor Bahru-Mersing, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, Mohamad Anwar Razali, 32, bersama anak tunggalnya, Nurul Elyanatasha, 9, dari Felda Tenggaroh 5, Mersing dilaporkan dalam perjalanan menuju ke bandar Kota Tinggi selepas membeli kek hari jadi anak perempuannya itu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman ketika dihubungi berkata, motosikal yang dinaiki mangsa telah hilang kawalan lalu terjatuh di tengah jalan sebelum dirempuh oleh dua buah kereta dari arah yang bertentangan.

"Nurul meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan kecemasan di Hospital Kota Tinggi (HKT) petang semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

Mayat lelaki dengan kesan tikaman dijumpai bersebelahan lelaki lain

Posted:

Mayat lelaki dengan kesan tikaman dijumpai bersebelahan lelaki lain

Mayat lelaki dengan kesan tikaman dijumpai bersebelahan lelaki lain

12/01/2014 8:28pm

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja syarikat percetakan dijumpai mati dengan kesan tikaman bersebelahan seorang lelaki lain yang terbaring berhampiran sebuah pub di Taman Nusa Bestari di sini kira-kira pukul 6.10 pagi hari ini.

Kedua-dua mereka dipercayai mabuk teruk selepas mengunjungi pub tersebut.

Polis segera bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan orang ramai mengenai penemuan dua lelaki yang tidak sedarkan diri itu.

"Kedua-dua lelaki ditemui terbaring bersebelahan satu sama lain. Hasil pemeriksaan, polis mendapati mangsa dengan kesan tikaman berusia 36 tahun dan bekerja di Singapura itu sudah tidak bernyawa. Manakala seorang lagi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri," kata Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintenden Noor Hashim Mohamad kepada pemberita di sini.

Lelaki yang tidak sedarkan diri dan berusia 38 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Nedim, Nora realistik

Posted:

Nedim, Nora realistik

Nedim, Nora realistik

SEORANG lelaki berbaju Melayu hitam yang hadir pada satu majlis doa selamat baru-baru ini menjadi sasaran penulis.

Dia, Mohamed Nedim Nazri atau dikenali juga sebagai Nedim Nazri Aziz. Lelaki ini kini setia mendampingi aktres paling laris masa kini, Nora Danish.

Kisah hubungan akrabnya dengan Nora duduk pada barometer paling tinggi dalam dunia hiburan tempatan. Masakan tidak, sejak akrab pada tahun lalu, Nedim tidak pernah membuka mulut kepada media tentang hubungan mereka.

Sebagai seorang yang tidak pernah ditemu bual media, Nedim menyambut pelawaan penulis untuk ditemu bual dengan sedikit dingin.

Ujarnya, jika dia membenarkan penulis menemubual dirinya, maka ia umpama membuka pintu buat semua media mendekati dan menemubualnya.

Penulis beri Nedim kata dua, dia boleh menolak terus pelawaan tersebut, atau memberi jawapan paling selamat, 'no comment' pada soalan-soalan yang penulis ajukan. Tetapi jika sudi, mari beralih meja, kita berbicara.

Nedim tidak terus setuju dengan cadangan tersebut. Lama dia terdiam, memikirkan tentang tindakan dan impak yang bakal berlaku pada masa depan, barangkali. Tidak lama kemudian, selepas diulang ajak secara baik, Nedim menyambut kemas pelawaan penulis.

Dia duduk di hadapan penulis dan seorang lagi teman media. Dengan senyuman dan bicara yang sopan teratur dia mula berbicara.

"Minta maaf, saya memang seorang yang defensif dan mengambil masa untuk mempercayai seseorang atas banyak faktor masa lampau.

"Saya bimbang jika apa yang kita bicarakan, akan dimanipulasi pada kemudian hari," ujarnya sopan.

Ya, masakan tidak. Sebagai anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz, dia punya hak untuk berasa defensif kerana sejak akrab dengan Nora, hal kisah hati mereka mudah diputar menjadi kisah politik dengan beberapa serangan bersifat peribadi.

Namun, penulis jelaskan kepada Nedim bahawa ini hanya perbualan tentang cerita hubungan dan perasaan orang dewasa. Cerita tentang hati orang yang telah pernah remuk kerana pengalaman hidup berumah tangga sebelum ini dan sedang dicantum bahagiannya semula.


AKRAB, Nora dan Nedim bagaimanapun sepakat untuk memberi fokus terhadap kerjaya masing-masing sebelum melangkah ke fasa yang lebih serius dalam hubungan mereka.


Dia bersetuju, namun masih dengan syarat agar setiap bicara yang bakal direkodkan dalam sebuah artikel nanti tidak mengundang rasa kurang senang bagi mana-mana pihak.

Lantas, cerita kasih mereka, disusun rapi ayat, sebaik mungkin, agar pada kemudian hari, apa yang pernah keluar daripada mulut mereka tidak akan menyakitkan kehidupan mereka pada kemudian hari, seandainya hubungan akrab yang dijalin sekarang tidak berpenghujung indah.

Mula duduk dengan selesa di hadapan penulis, kami berbicara mengikut arus. Persoalan pertama yang ditembak, tentulah terhadap hubungannya dengan Nora.

Sambil tersenyum, Nedim menjawab ringkas: "Ya, dia wanita paling rapat dengan saya buat masa ini."

Diserang dengan persoalan mengapa tidak sahaja mengaku bahawa mereka merupakan pasangan kekasih yang sedang meniti rasa bahagia, jelas Nedim, dia tidak mahu meletak label kekasih pada hubungan mereka atas beberapa faktor.

"Sebab utama saya bimbang mengatakan bahawa kami sepasang kekasih kerana pada kemudian hari apabila hubungan ini berakhir, kami yang akan nampak buruk.

"Sebagai seorang yang telah melalui satu pengalaman hidup berumah tangga dahulu, saya amat berhati-hati berbicara soal perasaan.

"Dalam masa yang sama, saya juga perlu menghormati Nora. Dia punya pendirian sendiri tentang bagaimana meletakkan hubungan kami.

"Jadi, cukup jika saya mengaku memang dia wanita yang paling rapat dengan saya sekarang," ujarnya yang mengaku perlu membuang perasaan tidak suka ditanya apabila mula rapat dengan seorang selebriti seperti Nora.

Penjelasan tersebut sekali gus mematikan gosip yang mendakwa Nedim dan Nora bakal berkahwin pada tahun ini.

"Belum, belum lagi. Kami tidak pernah berbicara tentang perkahwinan. Apa yang saya tahu, pada tahun ini, kami mahu memberi fokus dan memperkemas kerjaya masing-masing," katanya lagi.

Tambah Nedim, sebagai seorang lelaki yang pernah punya pengalaman gagal dalam perkahwinan, dia tidak terburu-buru untuk kembali berumah tangga.

Akui lelaki berumur 31 tahun ini, buat masa ini dia bahagia dengan seorang anak dan kehadiran Nora sebagai wanita yang banyak menyokong dan memberi semangat buatnya setiap hari. Itu sudah memadai.

Imej buruk

Ditanya mengapa hatinya memilih untuk 'membeku' bersama Nora buat masa ini, jawab Nedim kerana Nora boleh berdikari dan kuat bekerja.

Pada masa yang sama, sepanjang mengenali aktres yang mula menggamit perhatian menerusi iklan telekomunikasi lebih 10 tahun lalu ini, Nora telah banyak membantu membersihkan imejnya yang dilabel sebagai seorang gengster.

"Sebenarnya, saya sudah mengenali Nora sejak lapan tahun yang lalu kerana saya berkawan dengan kakaknya.

"Namun kemudian tanpa disedari, hubungan kami jadi akrab. Kami banyak meluangkan masa bersama dan mempunyai minat yang serupa.

"Malah, sejak mengenali Nora dengan lebih akrab, dia telah banyak merubah imej dan tanggapan negatif segelintir pihak


UJAR Nedim, dia tidak berasa tekanan berkawan dengan Nora, tetapi mengaku defensif bila ada



terhadap saya seperti kononnya saya seorang gengster dan label yang negatif buat saya.

"Dia secara tak langsung selalu memberitahu peminat bahawa saya bukan seperti yang disangkakan menerusi media sosial apabila ada yang mengecam saya.

"Saya akui, pada mulanya, hubungan akrab kami memang tidak disenangi banyak pihak, namun lama-kelamaan kami telah mempunyai pengikut sendiri dan persepsi negatif khalayak terhadap saya telah mula terhapus sedikit demi sedikit kerana Nora," katanya yang kini mempunyai akaun Instagram peribadi untuk berinteraksi dengan peminatnya di alam maya.

Diminta membuat kesimpulan tentang hubungannya dengan Nora, Nedim hanya berkata, dia gembira mempunyai wanita seperti Nora di sisinya sekarang, bagaimanapun menyerahkan soal masa dengan iaitu jodoh kepada yang maha Esa.

Selesa

Sementara itu, Nora yang terkenal sebagai aktres yang tenang berdepan dengan kalut sensasi banyak tersenyum sepanjang temu bual berlangsung.

Dia yang duduk di sebelah Nedim, tidak menyampuk, malah enggan membantu lelaki yang paling rapat dengan dirinya itu menjawab soalan-soalan yang diajukan, sehingga persoalan beralih kepada dirinya pula.

Tidak pernah berahsia tentang hubungan akrabnya dengan Nedim, jelas Nora, dia realistik dan tidak mahu terburu-buru untuk melangkah ke fasa seterusnya termasuk mengikat dirinya dengan hubungan sebagai suami isteri bersama Nedim.

Sudah lima tahun memegang status ibu tunggal kepada Putera Rayqal, dia sudah terbiasa menjalani kehidupannya tanpa kehadiran lelaki bernama suami.

"Selama ini saya tidak punya masalah menjadi ibu tunggal. Jujur, soal mahu berkahwin semula juga bukan satu isu besar buat saya.

"Fokus saya kini ialah memberi yang terbaik buat Rayqal. Saya juga mahu komited terhadap karier saya kerana tahun ini, Alhamdulillah, rezeki masih murah buat saya," katanya yang ditemui usai majlis doa selamat sempena sambutan ulang tahun kelima Rayqal sambil memanjat kesyukuran.

Terlanjur berbicara tentang Rayqal yang menginjak usia lima tahun pada 7 Januari lalu, kata Nora, dia tidak mahu memberi tekanan dengan menetapkan soal masa depan anaknya.

Sebagai ibu, apa yang dia harap agar Rayqal menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada semua orang.

"Apa yang penting, saya memberi dia pendidikan agama yang sempurna, dan selebihnya, saya serahkan kepada Rayqal untuk memilih corak masa depannya kelak," ujar Nora.

Ditanya semula tentang perancangannya berkahwin dengan Nedim, Nora seirama dengan Nedim. Katanya mereka tidak pernah berbicara tentang perkahwinan. Sebaliknya, dia percaya apabila getar itu berputar lengkap dalam hati masing-masing, perkara tersebut pasti berlaku.

Ah, cinta datang tak terasa, datang tak diminta. Jika sampai jodoh dan tepat masa, bersatu juga kalian, Nedim dan Nora.

Dia yang enggan jumpa - Zed Zaidi

Posted:

Dia yang enggan jumpa - Zed Zaidi

Dia yang enggan jumpa - Zed Zaidi

ZED ZAIDI


POLEMIK Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tidak berakhir walaupun Zed Zaidi hilang mandat sebagai presiden persatuan itu pada November lalu. Sampai ke hari ini, perang dingin antara Zed Zaidi dan pelakon veteran Abu Bakar Omar masih berterusan. Mereka berbalas-balas kenyataan dan saling menuding jari sesama sendiri.

Zed Zaidi pernah menggalas jawatan Presiden Seniman namun dilucutkan jawatannya setelah mahkamah memihak kepada Abu Bakar yang menuntut agar mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-14 yang diadakan pada 25 Mei 2002 dibatalkan.

Zed mendakwa Omar tidak mempunyai inisiatif untuk menghidupkan kembali persatuan itu dengan menjalankan mesyuarat agung tahunan (AGM) yang baharu bagi memudahkan urusan ahli-ahli yang bernaung di bawahnya kelak.

Sebelum ini, Sensasi Bintang pernah menyiarkan kekecewaan Abu Bakar Omar berhubung kecaman Zed itu. Tegasnya, banyak usaha sudah dilakukan bagi mendapat kata sepakat antara dia dan ahli-ahli yang lain. Bagaimanapun, semuanya umpama hampa kerana Zed tidak mahu bekerjasama.

Terpanggil untuk memberikan respons, Zed sekali lagi tampil meluahkan apa yang terbuku di dada.

"Dia (Abu Bakar) tidak pernah mengajak saya secara peribadi untuk menghadiri sebarang perjumpaan bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan olehnya sebelum kes ini dibawa ke mahkamah," selar Zed Zaidi mengenai mengenai kenyataan Abu Bakar.

Tambah Zed Zaidi, kenyataan Abu Bakar sebelum ini tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

SENSASI BINTANG: Benarkah dakwaan Abu Bakar yang mengatakan anda tidak menghiraukan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar olehnya untuk berjumpa dan menyelesaikan masalah ini secara baik?

ZED ZAIDI: Dia yang enggan berjumpa dengan kami sebelum isu ini dibicarakan di mahkamah. Puas kami memujuknya untuk menyelesaikan perkara ini secara baik tetapi dia tetap berkeras dengan keputusannya. Saya berasa pelik kerana dia mendakwa saya tidak membalas SMS yang dihantar sedangkan, saya mendapat tahu tentang perjumpaan itu melalui berita yang disiarkan di sebuah portal hiburan dan SMS yang dihantar oleh rakan-rakan.

Anda mendakwa pernah memujuk Abu Bakar untuk menyelesaikan masalah ini secara baik tanpa perlu dibawa ke mahkamah. Apakah reaksinya ketika itu?

Kami cuba untuk menghubunginya untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik, namun, dia tetap dengan pendiriannya untuk menyaman saya. Segala panggilan telefon dan SMS tidak pernah berjawab.

Jadi, apa tindakan anda setelah dia mempelawa anda untuk bertemu bagi mengadakan sebuah sesi dialog secara terbuka bersama?

Mengapa dia perlu mengajak saya untuk berdialog selepas kes ini dibawa ke mahkamah? Sedangkan, saya dan beberapa ahli Seniman yang lain sudah cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan perkara ini sebelum ia diperbesarkan sebelum ini namun tidak diendahkan.

Apa pula komen anda apabila dia mendakwa anda enggan mengemukakan rekod dan data mengenai keputusan kewangan dan audit keahlian?

Sebetulnya, saya mahu membentang rekod-rekod tersebut pada penganjuran Mesyuarat Agung ke-15 tetapi ia tergendala disebabkan keputusan nekadnya memohon injuksi mahkamah pada ketika itu. Lagipun, rekod-rekod tersebut tidak ada dalam simpanan saya kerana semua data-data berkaitan Seniman ada tersimpan di pejabat.

Adakah isu-isu seperti ini menjejaskan perjalanan Seniman?

Ya. Banyak rancangan yang direncana Seniman untuk membantu artis-artis yang memerlukan sepanjang tahun ini terbantut akibat masalah ini.

Apakah tindakan lanjut yang akan diambil oleh pihak anda?

Saya akan menunggu tarikh akhir penganjuran AGM seperti yang ditetapkan oleh mahkamah pada 21 Januari ini. Selepas itu, saya akan mengadakan sebuah sidang akhbar bagi menerangkan satu persatu secara kronologi mengenai isu ini.

Apa lagi yang anda ingin bentangkan pada sidang akhbar yang bakal diadakan nanti?

Seperti yang diminta, saya akan membentang data-data keahlian Seniman serta rekod kewangan persatuan secara satu persatu. Mungkin dengan cara itu ahli-ahli Seniman lain dapat mengetahui status sebenar mereka dalam persatuan.

Saya layak jadi hero - Sofi Jikan

Posted:

Saya layak jadi hero - Sofi Jikan

Saya layak jadi hero - Sofi Jikan


BARISAN karyawan dan pelakon yang hadir pada majlis pelancaran filem GengsteRock - Kasi Sengat! di Mines Resort City, baru-baru ini.


SOSOK tubuh yang kurus melengkung, kulit gelap serta rambut paras bahu langsung tidak memberikan gambaran siapa sebenarnya Sofi Jikan.

Dalam kalangan orang industri filem dan drama, Sofi memang sudah cukup dikenali seorang yang cukup lantang dan bersungguh-sungguh dalam serba-serbi.

Bicara, gerak-tubuh serta persembahan lakonan Sofi, kebanyakannya diberikan efek 'besar' tetapi itu semua tidaklah memberi makna bahawa dia seorang yang suka bercakap besar tanpa isi. Mungkin kedengaran sedikit berdegar-degar tetapi apa juga misi yang dilakukannya dalam lakonan dan kini berjinak-jinak dengan pengarahan, semuanya semakin berhasil.

Lakonannya telah diiktiraf. Menerusi filem KL Gangster, pembawa watak Ajib Sengat itu pernah dijulang sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-24 dua tahun lalu. Tahun ini, Sofi berganjak setapak lagi untuk membuktikan bahawa misinya yang mahu bersara sebagai pelakon harus ditelan dan dibuktikan kepada semua pihak.

"Saya cakap hendak bersara dari lakonan bukan maksud mahu bersara terus tapi saya tidak mahu asyik berlakon sahaja sebaliknya saya juga mahu bina industri saya sendiri. Berbelas tahun kerja dengan industri, berapa banyak kali kena tipu dan macam-macam lagi. Itu semua 'membunuh' saya dan sekarang ini, ibarat mati hidup semula. Sekarang, saya nak ketuai angkatan saya, saya mahu jadi orang yang buat keputusan dan bawa misi kepada karya saya sendiri," katanya selepas majlis pelancaran filem sulungnya GengsteRock - Kasi Sengat! di Mines Resort City, Seri Kembangan, Selasa lalu.

Bekerjasama dengan YKS Film Maker, Sofi mendapat mandat penuh sebagai pengarah dan penulis skrip filem berkenaan. Bukan itu sahaja, Sofi yang pertama kali mendapat kepercayaan untuk mengarahkan sebuah naskhah filem itu turut menggalas tanggungjawab besar sebagai pelakon utama filem aksi berkenaan.

"Rasanya saya yang paling layak untuk pegang watak utama, sebab saya tulis skrip filem itu, saya yang arahkan. Kalau hendak cari orang lain, boleh. Saya tiada masalah tapi saya tak jumpa orang yang sanggup bawa watak itu. Lagipun, bajet filem ini tidak besar.

"Saya letak harapan tinggi sebab sudah enam tahun merancang dan tulis untuk filem ini. Kalau filem itu berjaya saya akan terus buat filem, tapi kalau gagal, mungkin ia akan jadi filem terakhir saya," katanya yang sudah menyiapkan rakaman Sengat, sebuah projek filem eksperimental untuk GengsteRock.

Projek Sengat juga sebuah filem yang konon-kononnya akan menjadi filem yang ditonton oleh Shake, watak utama dalam filem GengsteRock kelak.

Untuk filem sulungnya itu, Sofi memberi kepercayaan kepada Khir Rahman, Aqasha, Syafie Naswip, Wan Hanafi Su, Nam Ron dan Izzara Aishah sebagai pelakon yang akan menggerakkan penceritaan.

"Walaupun mereka kawan-kawan, saya (tetap) kena uji bakat termasuk Khir dan Nam Ron. Saya ambil Izzara sebab nampak dia antara pelakon muda yang ada potensi. Lagipun kalau hendak jatuh cinta, orang macam Izzara akan boleh buat saya jatuh cinta. Kiranya dia penyeri sebab sudahlah muka saya macam pecah rumah," kata Sofi yang menggunakan khidmat Nasir Jani sebagai penasihat pereka bentuk produksi.

Mengakui banyak mendapat ilham daripada filem Kembara Seniman Jalanan, Sofi juga merakamkan beberapa buah lagu termasuklah lagu GengsteRock Stail sebagai lagu tema untuk filem berkenaan.

"Saya sendiri menulis lagu dan lirik lagu itu tapi Edrie Hashim bertindak sebagai komposer. Sebenarnya, bukan satu lagu, tapi saya merakamkan beberapa lagu lain termasuk Kasi Sengat, Aku Ada Kamu, Batu Dalam Sepatu dan Rasa Gunung Kertas akan diterbitkan dalam sebuah album. Sekarang pun single pertama saya, Madu bersama bersama Aisunam sedang disiarkan di radio," kata Sofi yang baru sahaja memulakan penggambaran GengsteRock sehari lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bina kulit dalam makmal

Posted:

Bina kulit dalam makmal

Bina kulit dalam makmal

LULUH hati seorang ibu melihat tubuh kecil anak perempuan kesayangannya terkujur di atas katil menahan kesakitan.

Bagaikan tidak sanggup untuk melihat keperitan yang dialami anak kecilnya berusia empat tahun itu menderita apabila keadaan kulit permata hatinya itu hampir 40 peratus terbakar.

Lebih menyedihkan apabila keadaan kanak-kanak yang terbakar akibat terkena api ketika sedang bermain di halaman rumah itu semakin hari semakin parah.

Rawatan demi rawatan yang dilakukan sekumpulan pegawai perubatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor itu bagaikan tidak menampakkan kesan positif.

Biarpun sudah beberapa kali menjalani kaedah rawatan penampalan kulit sihat yang diambil dari bahagian anggota badan, namun, ia masih tidak berjaya.

Kaedah yang dikenali sebagai Split Skin Grafting (SSG) itu menjadi semakin rumit untuk dijalankan apabila kawasan bahagian kulit sihat telah banyak digunakan.

Mengikut kaedah SSG, kulit sihat yang dihiris mestilah menyamai saiz bahagian luka. Bagaimanapun, kulit yang luka akibat SSG tidak boleh diambil buat kali kedua walaupun ia selalunya akan sihat secara semula jadi.

Keadaan menjadi semakin kritikal apabila tiada lagi kawasan kulit sihat yang boleh dilakukan proses SSG.

Apa yang tinggal hanyalah kulit di bahagian kecil antara luka dan juga kulit kepalanya sahaja.

KULIT yang dibina dalam makmal ditampal semula ke bahagian yang luka.


"Pada waktu itu, ibu bapa kanak-kanak ini sudah pasrah dengan keadaan anaknya itu.

"Kebakaran 40 peratus pada kanak-kanak sudah dianggap kritikal dan boleh membawa maut jika melebihi paras itu," cerita Pakar Kejuruteraan Tisu, Profesor Dr. Ruszymah Idrus.

Bermula daripada situlah, pasukan doktor di hospital berkenaan meminta bantuan Ruszymah yang berada di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk menggunakan hasil kajiannya mengenai pembinaan kulit manusia di dalam makmal.

"Kami kemudian dapatkan kebenaran daripada ibu bapanya untuk dirawat menggunakan penemuan baharu kajian saya. Selepas dipersetujui, baru kita laksanakan," katanya yang memberitahu ia masih lagi diperingkat percubaan klinikal.

Ujar beliau, hanya tisu kulit yang sihat seluas tiga sentimeter persegi diambil daripada di beberapa bahagian badan kanak-kanak tersebut sebelum dibiakkan di dalam medium khas untuk proses pembiakan sel tersebut.

Dalam tempoh tiga hingga empat minggu, sel kulit tersebut tumbuh berkembang kira-kira 100 sentimeter persegi menjadi satu organ gantian baharu.

Proses penampalan kulit kemudian dilakukan ke atas pesakit. Selepas beberapa minggu, keadaan bahagian kulit terbakar kanak-kanak tersebut semakin pulih.

Lebih menakjubkan apabila dapat melihat kanak-kanak tersebut mampu berjalan semula seperti sediakala.


MAKMAL yang mendapat status Amalan Perkilangan Baik Semasa ini digunakan untuk menjalankan proses percubaan klinikal.


"Apa yang mengejutkan, kanak-kanak itu datang semula ke sini (PPUKM) untuk menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang kelima bersama kami," katanya yang mengimbau semula momen indah ke atas kanak-kanak tersebut yang berjaya menjalani rawatan percubaan klinikal kira-kira enam tahun lalu.

Bermula daripada detik itulah, Ruszymah mengambil langkah untuk mempatenkan kaedah perubatan yang ditemuinya.

"Kajian dalam bidang perubatan ini mengambil masa yang agak lama. Malah, sehingga kini, penemuan tersebut masih lagi di peringkat percubaan klinikal.

"Banyak perkara yang perlu dilalui dan diuji sebelum boleh dikomersialkan untuk diguna pakai secara umum kepada pesakit," katanya yang juga merupakan Ketua Pusat Kejuruteraan Tisu, PPUKM.

MyDerm

Biarpun begitu, produk perubatan yang dipatenkan menggunakan nama MyDerm itu, mampu membawa dimensi baharu dalam dunia perubatan tanah air.

Mana tidaknya, kaedah MyDerm memerlukan sebahagian kecil kulit sahaja untuk proses pertumbuhan kulit di dalam makmal bagi merawat pesakit yang mengalami luka akibat kencing manis ataupun melecur akibat api.

"Malah, ada pesakit diabetes yang tidak sanggup melakukan SSG, kerana mereka memberitahu, bahagian kulit sihat yang diambil lebih sakit rasanya berbanding kawasan luka asal yang ingin ditampal semula," ujarnya yang juga Pensyarah Perubatan di Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan UKM.

Sungguhpun negara luar seperti di Britain dan Amerika Syarikat telah ada produk mereka sendiri yang membangunkan tisu di makmal untuk merawat pesakit, namun, kaedah MyDerm ini memiliki keistimewaannya tersendiri.

Katanya, MyDerm menggunakan kaedah autologus, iaitu sejenis bahan sebatian diambil sepenuhnya daripada pesakit untuk digunakan kepada pesakit itu sendiri.

"Ia tidak menggunakan sumber luar. Darah pesakit sendiri digunakan untuk membiakkan tisu tersebut.


BIARPUN masih diperingkat percubaan klinikal, namun, produk ini telah terbukti mampu membawa dimensi baharu dalam dunia perubatan negara.


"Jika produk di luar negara, kebanyakan mereka menggunakan bahan kolagen yang diambil daripada haiwan seperti lembu atau babi," katanya yang memberikan fokus kepada penghasilan produk perubatan halal di negara ini.

Selain itu, katanya, kaedah MyDerm itu juga terbukti memberikan kemasan bekas rawatan yang lebih baik berbanding kaedah SSG.

"Kulit gantian ini akan bersambung baik dengan kulit sedia ada tanpa meninggalkan kesan parut yang ketara seperti SSG.

"Biasanya permukaan kulit akan ada kedut-kedut sikit dan tidak rata, tapi dengan MyDerm, ia akan nampak cantik pertumbuhan kulit itu," katanya yang telah menjalankan penyelidikan selama 13 tahun.

Malah, menurut Ruszymah, perkara tersebut sendiri terbukti menerusi ujian makmal yang dilakukan apabila tisu yang dibina mengandungi bahan yang meninggalkan kesan parut lebih rendah berbanding kulit sedia ada.

Uniknya, jangka hayat kulit gantian ini ialah selama 72 jam sebelum ia perlu dipindahkan kepada pesakit bagi memastikan ia mampu berfungsi sepenuhnya.

"Kalau kulit yang diambil menerusi SSG, kita perlukan pemindahan kulit secara serta-merta, namun, menerusi MyDerm, kita ada tempoh masa kira-kira tiga hari.

"Jika lebih daripada tempoh itu, ia tidak boleh digunakan lagi," katanya yang memberitahu, hasil-hasil kajian berkaitan teknologi tisu ini banyak diterbitkan dalam jurnal perubatan antarabangsa.

Pencapaian hasil kajian yang dilakukan saintis tempatan ini, bakal memberi manfaat kepada dunia perubatan negara dalam pada masa hadapan.

Pasaran perubatan

"Statistik tahun lepas menunjukkan ada 15,000 pesakit yang sedang menunggu organ derma.

"Dengan adanya teknologi seperti ini, mungkin ia dapat mempercepat proses rawatan kerana tidak perlu lagi menunggu penderma organ pada masa akan datang," katanya yang memberitahu kebanyakan organ derma yang diguna pakai merupakan penderma dari India dan AS.

Justeru, melihat kepada permasalahan ini, pesakit yang mempunyai masalah organ selain kulit juga berpotensi untuk dirawat dengan menggunakan pembiakan sel stem di dalam makmal untuk dijadikan sebagai organ gantian.

"Sekarang ini, kita juga sedang menjalankan penyelidikan ke atas penghasilan tisu kornea, rawan dan juga tulang.

"Malah, dengan teknologi ini saluran darah baharu untuk pesakit jantung juga boleh dihasilkan menerusi sel pesakit itu sendiri," katanya yang mengharapkan produk kaedah MyDerm mampu dipasarkan pada masa akan datang.

Trend jenayah kampung

Posted:

Trend jenayah kampung

Trend jenayah kampung

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR


EMPAT ekor lembu disumbat di dalam sebuah kereta Proton Wira dalam kejadian di Kampung Siam, Kulim, Kedah, Isnin lalu.


ISNIN lalu, akhbar melaporkan dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Kulim, Kedah.

Kesemua lembu itu ditemui semula kira-kira 15 kilometer dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Tindakan itu disedari oleh penternak di Sungai Lembu selepas mendapati empat ekor haiwan ternakannya hilang pada pukul 5 pagi sebelum dia membuat laporan polis dan meminta bantuan rakan-rakannya supaya melancarkan gerakan mencari.

Rakan-rakan mangsa yang keluar mencari lembu tersebut kemudian berjaya mengesan kereta Proton Wira tersebut berdekatan Plaza Tol Lebuh Raya Kulim-Butterworth (BKE) tidak lama selepas itu.

Menyedari diekori, dua suspek berusia 20-an terus memecut laju kenderaan itu memasuki jalan mini tar di Kampung Siam sebelum kenderaan yang memuatkan empat ekor lembu itu mengalami kerosakan.

Dua suspek itu kemudian meninggalkan kereta dan lembu-lembu yang dicuri itu di tepi jalan dan pemeriksaan pada kereta tersebut menemui empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang.

Lembu-lembu tersebut dipercayai disuntik dengan ubat pelali sehingga pengsan sebelum haiwan itu ditemui masih berada di dalam kereta tersebut.

Polis percaya dua suspek itu pernah melakukan kegiatan sama berdasarkan kepakaran mereka mencuri dan melarikan keempat-empat ekor lembu tersebut kerana pada kebiasaannya, hanya dua ekor lembu sahaja boleh dimuatkan di dalam sebuah kereta, tetapi dalam kes itu, suspek bertindak menyumbat empat ekor lembu sekali gus.

Curi pisang

Dalam kes berasingan pada Selasa lalu, seorang lelaki berumur 30 tahun patah tulang rusuk selepas dipercayai dibelasah sekumpulan penduduk di Kampung Lepah, Pasir Puteh, Kelantan.

Lelaki itu dikesan penduduk di kawasan kebun tersebut kira-kira pukul 1.30 pagi bersama sebuah motosikal dan ketika disoal kira-kira 20 penduduk, lelaki itu memaklumkan yang kenderaannya kehabisan minyak.

Tetapi helahnya terbongkar apabila dia tiba-tiba menghidupkan enjin motosikal dan melarikan diri sebaik sahaja penduduk beredar.

Lima minit kemudian dia ditangkap oleh penduduk yang sedang membuat rondaan, kira-kira 100 meter dari kebun itu.

Lelaki terbabit cedera pada mata kiri dan kanan, bawah bibir, belakang badan, lutut kiri, kepala dan patah tulang rusuk selepas mengaku mencantas beberapa tandan pisang dalam kebun berdekatan tetapi tidak sempat membawa lari.

Mudah dijual

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim memberitahu, haiwan ternakan dan hasil tanaman menjadi sasaran pencuri kerana ia mudah dijual berdasarkan permintaan pasaran.

"Sebelum ini, perkara sama terjadi tetapi pencuri menggunakan van atau lori untuk memudahkan jenayah mereka tetapi berbeza pula kes kali ini apabila mereka bertindak menggunakan kenderaan persendirian untuk melakukan jenayah.

"Mereka akan menggunakan apa juga kaedah untuk melarikan diri," jelasnya ketika diminta mengulas mengenai tindakan mencuri lembu milik penduduk menggunakan sebuah kereta Proton Wira.

Tambahnya, apa yang dibimbangkan ialah sekiranya individu yang melakukan jenayah itu juga menjadi penjual hasil ternakan dan tanaman yang dicuri.

"Jika perkara ini berlaku, kita pasti tidak dapat mengesan barangan yang dijual itu diperoleh dari mana.

"Oleh sebab itu, pihak berwajib perlu melakukan pemeriksaan rambang bagi mengesan sumber mereka mendapatkan barangan yang dijual," katanya sambil memberitahu pencuri akan mengambil kesempatan apabila mempunyai peluang untuk jenayah itu berlaku.

Ujarnya, masyarakat juga perlu memainkan peranan penting dengan melaporkan sebarang aktiviti jual beli yang dicurigai kepada pihak berkuasa.

"Sekiranya masyarakat mendapati terdapat mana-mana pihak yang menjual hasil ternakan dan tanaman secara tiba-tiba, ia merupakan sesuatu yang patut dilaporkan kerana kita tidak mahu mereka membantu menggalakkan lagi jenayah," beritahu beliau.

Imbauan nostalgia kafe lama

Posted:

Imbauan nostalgia kafe lama

Imbauan nostalgia kafe lama


KOLEKSI botol-botol lama diletakkan di dalam sebuah kabinet khas yang menghiasi di ruang berhawa dingin kafe ini.


MELANGKAH masuk ke perkarangan kafe milik pasangan suami isteri, Azlan Huzairi Mustafa'l Adnan, 48 dan Nor Azlina Osman, 37, bagai terasa suasana 1960-an.

Manakan tidak, kafe yang terletak di Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor ini mengetengahkan konsep antik di segenap sudut.

Menurut Nor Azlina, dia dan suami pada mulanya mahu membuka sebuah kedai yang menjual barang antik di samping mempunyai sebuah kafe kecil sahaja.

"Suami gemar mengumpul barangan antik dan selepas mengambil kira beberapa perkara, kami akhirnya menukar perancangan asal dengan membuka kafe sepenuhnya pada tahun 2008.

"Kami menerapkan konsep antik pada keseluruhan ruang bagi menimbulkan kelainan dengan konsep restoran sedia ada malah pembukaan rasmi kafe ini juga telah disempurnakan oleh pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar pada tahun 2010.

"Boleh dikatakan kebanyakan daripada barangan antik seperti perabot, alat muzik dan poster lama yang dipamerkan di kafe ini merupakan koleksi peribadi kami," ujar ibu kepada lima orang anak ini.

Tambahnya, dengan pembukaan kafe yang boleh memuatkan seramai 120 orang pada satu-satu masa itu secara tidak langsung membolehkan dia dan suami berkongsi koleksi antik yang dimiliki bersama pengunjung.


PENGUNJUNG pasti akan beranggapan seperti berada di dalam sebuah rumah lama apabila menjamu selera di kafe ini.


"Konsep ini dipilih kerana barangan antik ini mempunyai daya tarikan semula jadi untuk dijadikan perhiasan atau tontonan.

"Walaupun ia sudah tidak lagi sesuai digunakan, tetapi ia mampu menimbulkan kenangan atau nostalgia kepada mereka yang melihatnya tetapi kami tidak memfokuskan kepada sesuatu barangan sahaja sebaliknya mengumpul bermacam jenis barangan antik yang mempunyai nilainya yang tersendiri," katanya yang juga gemar mengumpul barangan kemas antik.

Rumah lama

Jika dilihat pada luaran, tiada apa yang istimewanya kafe ini tetapi sangkaan itu mulai meleset kerana kafe ini membuatkan kru Jurnal ibarat berada di dalam sebuah rumah lama.

Elemen sistem pendawaian, tingkap, almari, perabot, lantai dan pinggan mangkuk lama yang digunakan juga sudah melambangkan suasana tersebut.

Poster-poster lama juga turut menghiasi dinding kafe ini yang diperoleh daripada kedai-kedai antik seluruh Malaysia.

Di bahagian kaunternya pula, pemilik menerapkan unsur antik yang terdiri daripada kamera-kamera lama, jam, kotak rokok dan akhbar lama tulisan Jawi bagi menghiasi ruang tersebut.

Koleksi tin dan mangkuk tingkat pula menghiasi bahagian dapur di kafe ini.

Malah pemilik turut menempatkan peralatan untuk membancuh kopi buatan England di salah satu sudut di bahagian dapur.

Menjengah ke bahagian berhawa dingin pula, kru Jurnal dihidangkan dengan gantungan gambar seniman dan seniwati terkenal seperti Tan Sri P. Ramlee dan Saloma.

Pemilik memilih untuk meletakkan koleksi botol-botol lama di dalam sebuah kabinet khas.

Malah, ruang berhawa dingin itu turut menjadi lokasi merakam gambar praperkahwinan oleh pereka terkenal, Jovian Mandagie.

"Boleh dikatakan majoriti barangan antik yang kami miliki masih boleh berfungsi dengan baik seperti kotak lagu tahun 1970-an ini yang diperoleh dari Ipoh, Perak.

"Kami akan mengemas dan mengelap barangan antik ini pada setiap minggu malah kami turut menyewakan barangan antik ini kepada produksi drama dan filem yang berminat.

"Sebahagian koleksi turut dijual dalam lingkungan harga antara RM50 hingga RM150," jelasnya.

Masakan Perak

Beritahu beliau, dia dan suami menerapkan konsep kopitiam yang diselitkan dengan elemen Melayu.

"Pada mulanya kami menyewa sebuah lot kedai sahaja tetapi selepas mendapat maklum balas positif daripada pengunjung, kami menyewa sebuah lagi lot kedai bersebelahan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.

KEDAI gunting rambut yang menghiasi bahagian luar kafe ini sering dijadikan lokasi merakam gambar oleh pengunjung.


"Lot kedai bersebelahan yang berhawa dingin kami khaskan untuk majlis-majlis berskala kecil seperti majlis ulang tahun kelahiran dan reunion yang boleh memuatkan seramai 60 orang pada satu-satu masa dengan kadar sewa RM60 untuk sejam," tambahnya sambil memberitahu dia tiada sebarang perancangan untuk menukar konsep antik yang diketengahkan di kafe miliknya itu.

Katanya, dia dan suami pasti menyelitkan aktiviti mencari barangan antik sekiranya berkesempatan melancong terutama di Pulau Pinang.

"Selain mendapatkan barangan di kedai-kedai antik dan individu perseorangan, kami juga ada membeli secara online tetapi hanya barangan tertentu sahaja yang dibeli seperti permainan dan poster filem.

"Walaupun harga yang ditawarkan jika dibeli secara online jauh lebih murah, tetapi kami lebih selesa melihat sendiri keadaan barangan antik yang berkenaan sebelum membelinya, "jelasnya yang turut mendapatkan koleksi barangan antik seperti perabot, jam dan kamera lama di Indonesia.

Ipoh Station Antique Cafe menghidangkan masakan Melayu Perak yang kebanyakan resipi dan cara memasak diajar oleh ibu mertua Nor Azlina sendiri.

"Menu istimewa yang terdapat di kafe ini ialah nasi goreng ikan kembung rebus, mi rebus, mi kari dan nasi goreng Ipoh Station selain lempeng pisang yang menjadi menu wajib pada sebelah petang," beritahu beliau.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved