Rabu, 28 November 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Mohon MACP terus diberikan lesen

Posted:

Mohon MACP terus diberikan lesen

Mohon MACP terus diberikan lesen

SEPANJANG 23 tahun, golongan pengkarya muzik iaitu komposer dan penulis lirik telah memperolehi pendapatan tambahan menerusi royalti apabila tertubuhnya Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP).

Ditubuhkan pada tahun 1989, MACP telah memainkan peranannya sebagai Badan Pengutip Royalti (CMO) yang sangat aktif dan sehingga kini sudah mempunyai seramai 3,000 ahli di seluruh Malaysia.

Sepanjang penubuhan MACP sebagai salah satu CMO yang berdaftar dan diberikan lesen untuk mengutip royalti, ternyata ia telah banyak membantu golongan pengkarya muzik yang biasanya bergantung harap kepada pendapatan menerusi penciptaan lagu dengan pengagihan royalti yang dilakukan pada setiap tahun.

Bagaimanapun, kini sudah timbul dilema apabila MACP tidak dibenarkan untuk mengutip royalti daripada stesen radio, televisyen, pusat karaoke, hotel dan restoran sejak September lalu setelah tidak lagi diberikan lesen oleh kerajaan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Ia terjadi ekoran timbulnya cadangan untuk mewujudkan hanya satu badan pengutip royalti dan secara automatik, MACP tidak diberi hak untuk mengutip royalti seperti kebiasaan.

Selain MACP, terdapat tiga lagi CMO yang berdaftar iaitu Prism Berhad, Recording Performers Malaysia Berhad (RPM) dan Pelaku Persembahan Muzik (PPM).

Memandangkan tiada lagi lesen kebenaran yang diberikan kepada MACP untuk mengutip royalti, ternyata ia telah memberi impak kepada jumlah perolehan mereka. Ini kerana sudah tiga bulan kutipan royalti tidak lagi boleh dilakukan.

Tiga orang komposer terkenal tanah air iaitu Aidit Alfian, Hudzaifei Hazmi (Jipie) dan Dr. Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil Al-Attas (Pacai) meluahkan kebimbangan mereka terhadap kemelut yang melanda sekarang.

Mereka sependapat bahawa sekiranya MACP tidak lagi dibenarkan mengutip royalti, sudah tentu pelaku tidak akan dapat lagi menikmati hak yang pernah diperoleh mereka sebelum ini.

Aidit menyatakan sejak menjadi ahli MACP pada tahun 1990, dia melihat CMO tersebut telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan sangat berpuas hati dengan jumlah royalti yang diterimanya pada saban tahun.

Ujarnya, dia merasakan cadangan tentang penubuhan satu badan CMO masih belum sesuai lagi untuk dipraktikkan terutamanya daripada sudut kepakaran pihak yang akan diberikan tanggungjawab untuk mengutip royalti nanti.

"Selama ini saya sudah selesa dengan MACP dan berpuas hati dengan kadar royalti yang diterima pada setiap tahun. Lagipun mereka sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan kurang mendapat rungutan daripada ahli.

"Selain itu saya melihat pembahagian royalti yang dilakukan juga sangat telus, malah mereka memiliki juruaudit yang dilantik untuk memantau perjalanan urusan yang membabitkan royalti," ujarnya yang sebelum ini begitu sinonim dengan penyanyi Elyana.

Menurut Aidit, dia berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan yang ingin membantu golongan pengkarya muzik sepertinya, namun beranggapan masih ada cara lain yang boleh dilakukan berbanding mempraktikkan cadangan untuk menubuhkan satu badan CMO di negara ini.

Jelasnya, salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan memberi penerangan dan kesedaran kepada masyarakat tentang hak-hak dan harta intelek yang masih kurang lagi difahami.

"Misalnya, kalau ada pihak yang menganjurkan konsert atau majlis makan malam dan lagu saya dinyanyikan pada majlis tersebut, mereka harus membayar sejumlah royalti kepada saya menerusi MACP kerana lagu itu adalah hak intelek saya dan bayaran bukan diberikan kepada penyanyi sahaja.

"Selain itu apa sahaja lagu yang disiarkan di premis awam seperti pusat karaoke, restoran dan hotel, maka royalti harus dibayar kerana keuntungan yang akan mereka perolehi dengan menyiarkan lagu sebagai satu tarikan untuk orang awam datang ke premis mereka," jelasnya.

Menurutnya lagi, sehingga kini ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini dan disebabkan itu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) perlu memberi penerangan lebih mendalam mengenai hak intelek.


AHLI MACP yang terdiri daripada barisan komposer tanah air mahu memperjuangkan nasib pengkarya muzik agar mereka sentiasa mempunyai sumber kewangan sepanjang tahun.


Pada masa yang sama, Aidit juga memohon supaya pihak MyIPO dapat memberikan lesen kepada MACP dengan segera agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab seperti biasa.

"Selagi MACP tidak diberikan lesen untuk mengutip royalti, pasti ia akan memberikan kerugian yang agak besar kepada golongan pengkarya seperti kami kerana jumlah royalti yang akan diterima semakin berkurangan.

"Lagipun masih ada lagi segelintir yang begitu mengharapkan royalti ini seperti balu kepada Allahyarham Loloq iaitu Hariah Yaacob yang bergantung sepenuhnya kepada royalti arwah suaminya untuk menyara kehidupan ketiga-tiga anaknya," ujar Aidit.

Diiktiraf antarabangsa

Bagi Jipie, dia masih menaruh keyakinan yang tinggi terhadap peranan yang dijalankan oleh MACP.

Menurut Jipie, MACP juga merupakan sebuah CMO yang diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila bernaung dengan International Confederation of Societies of Authors and Composers (CISAC) bersama-sama dengan 52 CMO di seluruh dunia.

Ujarnya, pengiktirafan antarabangsa itu sebenarnya sangat penting kerana ia akan memudahkan usaha untuk menjalinkan sebarang kerjasama dengan CMO di luar negara.

"Misalnya, ada lagu yang saya hasilkan turut diputarkan di stesen radio luar negara seperti Singapura, Thailand dan Hong Kong. Jadi, pihak CMO di negara-negara tersebut boleh mengutip royalti lagu saya itu yang akan disalurkan menerusi MACP.

"Begitu juga dengan lagu antarabangsa yang diputarkan di Malaysia, pihak MACP akan turut mengutip royalti dan kemudiannya menyerahkannya kepada CMO yang berkaitan di luar negara," jelasnya.

Menurutnya, sekiranya diwujudkan sebuah sahaja CMO, pastinya agak sukar untuk mendapat pengiktirafan memandangkan kepercayaan CMO di luar negara terhadap kredibiliti badan yang baru ditubuhkan itu.

Komposer yang juga merupakan vokalis kumpulan Pesawat itu mengambil contoh seperti yang berlaku di Indonesia apabila sebuah CMO baharu diwujudkan, tetapi sehingga kini tidak dapat bernaung di bawah CISAC.

"Apa yang dibimbangkan sekiranya MCAP tidak dapat lagi menjalankan peranannya sebagai CMO di Malaysia, sudah tentu ia akan mendatangkan kerugian kepada ramai pihak terutamanya pengkarya seperti kami," ujarnya.

Pandangan ahli

Sementara itu, seorang lagi komposer yang cukup terkenal, Pacai menyatakan, dia tidak menolak seratus peratus terhadap cadangan penubuhan sebuah CMO sahaja di negara ini.

Bagaimanapun, dia berpendapat bahawa sebarang pembaharuan yang ingin dilakukan seharusnya mendapatkan pandangan semua ahli yang berdaftar dengan CMO di negara ini.

"Sebelum melakukan sesuatu pembaharuan, pihak yang berkuasa seharusnya mendengar terlebih dulu pandangan setiap ahli dan setiap keputusan yang dibuat perlulah mengikut suara majoriti.

"Sebenarnya saya tidak ada masalah terhadap pembaharuan yang ingin dilakukan, asal ia mendatangkan kebaikan kepada semua pihak dan tidak berlaku penindasan, tetapi ia tidak perlu dilakukan secara terburu-buru," jelasnya.

Ditanya mengenai peranan yang dimainkan oleh MACP sepanjang 18 tahun menjadi ahli MACP, komposer itu melihat badan tersebut bukan sahaja bertindak sebagai pengutip royalti, malah turut menjaga kebajikan para ahli dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.

"Antaranya, mereka turut menyalurkan wang khairat kematian kepada ahli yang meninggal dunia, sumbangan kepada ahli yang sakit serta pinjaman wang kepada ahli tanpa sebarang faedah," ujarnya.

Menurut Pacai, berdasarkan kepada peranan dan tanggungjawab besar yang telah dilakukan oleh MACP, sudah sewajarnya mereka terus diberikan kebenaran untuk menjadi CMO di negara ini.

MSAG perjuang pelakon

Posted:

MSAG perjuang pelakon

MSAG perjuang pelakon

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


GOLONGAN pelakon memasang harapan yang tinggi agar cadangan penubuhan MSAG yang dihantar kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di bawah Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu memperjuangkan nasib mereka.


REVOLUSI hijau mula meresap ke seluruh Mexico City yang sebelum ini terkenal dengan masalah pencemaran udara sehingga digelar Makesicko City oleh novelis terkenal, Carlos Fuentes.

Penduduknya kini gigih menanam pokok dan sayur-sayuran, mengayuh basikal dan teksi elektrik sebagai pengangkutan sekali gus mengubah landskap metropolis dikongsi lebih 20 juta penduduk dan empat juta kenderaan itu.

"Kami nekad melakukannya demi melestarikan alam sekitar," kata Elias Cattan, arkitek berusia 33 tahun sambil menunjukkan pelbagai jenis sayur yang di tanam di atas meja dan sekitar balkoni bumbung pejabatnya.

"Penting untuk kita menjaga bumi pada hari ini demi kepentingan generasi masa hadapan," kata Cattan ketika hujan rintik mula membasahi bumbung pejabatnya setinggi lima tingkat yang terletak di kejiranan elit di Condesa itu.

Seperti penduduk-penduduk lain di bandar raya itu, Cattan selesa menggunakan basikal ke tempat kerjanya menyusuri laluan-laluan utama yang terkenal dengan masalah trafik.

Kira-kira dua dekad lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Mexico City sebagai bandar raya paling tercemar di dunia.

Fuentes menggambarkannya sebagai hujan asid berwarna hitam dalam novelnya, Christopher Unborn.

Hakikatnya pencemaran udara yang berlaku sangat kritikal sehingga burung-burung yang berterbangan mati sebaik sahaja melintasi metropolis yang terletak 2,240 meter di atas paras laut itu.

Biarpun pencemaran udara di Mexico City masih berada pada tahap tertinggi, namun ia tidak lagi tersenarai sebagai 10 negara paling tercemar di dunia.

Ia berpunca daripada penguatkuasaan ketat undang-undang jalan raya dan sektor industri.

Kerajaan baharu yang diperintah parti berhaluan kiri telah melaksanakan dasar hijau sejak tahun 2007 bagi mengubah bandar raya itu.

Lebih penting, usaha itu turut mendapat sokongan padu warganya yang mahu mengubah tabiat mereka.

Antara usaha yang dilakukan ialah dengan menanam lebih 500,000 pokok di seluruh bandar raya, memperluaskan program pinjaman basikal, membuka laluan baharu keretapi bawah tanah dan memperkenalkan bas berkonsepkan mesra alam yang menggunakan gas asli.

Teksi elektrik

Teksi-teksi elektrik boleh dilihat menjalar di sekitar bandar raya itu sejak pertengahan tahun ini.

Ia mendapat bekalan kuasanya daripada stesen-stesen kuasa yang menggunakan 25 peratus tenaga daripada panel solar. Teksi yang sudah dicaj mampu berada di atas jalan raya selama enam jam.

Salah seorang pemandu teksi, Cristobal Reynoso, berkata, pelanggan hanya menyedari mereka menaiki kenderaan elektrik sebaik sahaja berada di dalamnya.

"Mereka sangat teruja apabila mengetahui kenderaan yang dinaiki itu menggunakan elektrik, tidak memerlukan petrol atau paip ekzos. Kesedaran menjaga kepentingan menjaga alam sekitar sebenarnya semakin meningkat," kata Reynoso.

Kawasan Chapultepec Park yang menjadi lokasi barangan kitar semula sering menjadi tumpuan pada hari Ahad, minggu pertama setiap bulan.

Pada hari Ahad, minggu pertama setiap bulan, sebahagian besar penduduk tertumpu ke Chapultepec Park.

Mereka membawa pelbagai barangan kitar semula untuk didagangkan melalui sistem barter dengan produk-produk makanan seperti tomato, jagung dan sayur kaktus.

Pihak korporat juga tidak terkecuali memainkan peranan penting. Antaranya VerdMX, yang mengambil inisiatif mewujudkan taman dan landskap hijau bertujuan memastikan udara sentiasa bersih dan segar. Antara struktur yang paling menyerlah ialah di Chapultepec Avenue.

Menanam pelbagai spesies pokok, buah-buahan dan sayur-sayuran pastinya memerlukan kreativiti dan ilmu. Justeru, pihak berkuasa turut melantik kumpulan pakar yang memberikan nasihat kepada mereka yang mahu mempelajari teknik berkebun di dalam bangunan.

"Ia mudah, murah dan menyeronokkan," kata Liliana Balcazar, timbalan pengarah pusat pendidikan alam sekitar yang bertanggungjawab memberikan latihan kepada penduduk di bandar raya itu.

"Anda boleh melakukannya di mana-mana sahaja asalkan ia mendapat cahaya matahari sekurang-kurangnya lima hingga enam jam sehari."

"Ia umpama sebuah desa di dalam bandar raya," jelas Balcazar sambil menambah ia dapat memastikan sumber makanan yang sihat sekali gus mampu mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan penduduk.

Cattan menerima tunjuk ajar daripada Gabriela Vargas, 43, seorang bekas jurugambar. Wanita itu mula berkebun di bahagian balkoni rumahnya sejak 12 tahun lalu bagi mendapatkan sumber makanan yang segar, berkhasiat untuk anak perempuannya.

Kebun buah

"Selepas saya memulakannya 12 tahun lalu, saya memberanikan diri menanam salad di apartmen anak perempuan saya. Sekarang, konsep penanaman sebegini sudah menjadi trend," kata Vargas, pengarah projek Cultivate City yang memberi khidmat nasihat kepada pihak sekolah, institusi dan individu perseorangan.

Tahun lalu, organisasinya telah menyumbang 6,000 pokok kepada beberapa daerah di Mexico City.

Kini, dia merancang membina sebuah kebun yang ditanam buah-buahan seperti epal, jambu batu dan pic.

Pihak berkuasa turut menawarkanya sebidang tanah seluas 1,650 meter persegi iaitu bekas tapak bangunan yang telah dirobohkan.

Ketika keseluruhan bandar raya itu semakin menghijau, asap tebal masih kelihatan dan sering menyelubungi kawasan pergunungannya.

Biarpun, paras gas karbon monoksida dalam udaranya menurun sebanyak 90 peratus sejak dua dekad lalu, paras ozon di Mexico City masih lagi di bawah paras yang dibenarkan di samping kehadiran partikel terampai dan bahan pencemar lain.

"Berita baiknya, perubahan sikap ini menyebabkan paras ozon terus konsisten sejak sedekad lalu," kata Armando Retama, timbalan pengarah perkhidmatan pemantauan udara di bandar raya itu.

"Jika tabiat ini berterusan, masalah yang menghantui Mexico City kini pasti dapat diselesaikan dalam tempoh sedekad." – AFP

Bandar raya mesra alam

Posted:

Bandar raya mesra alam

Bandar raya mesra alam


SEMAKIN ramai penduduk di di bandar raya Mexico City menyedari kepentingan untuk menjaga alam sekitar.


REVOLUSI hijau mula meresap ke seluruh Mexico City yang sebelum ini terkenal dengan masalah pencemaran udara sehingga digelar Makesicko City oleh novelis terkenal, Carlos Fuentes.

Penduduknya kini gigih menanam pokok dan sayur-sayuran, mengayuh basikal dan teksi elektrik sebagai pengangkutan sekali gus mengubah landskap metropolis dikongsi lebih 20 juta penduduk dan empat juta kenderaan itu.

"Kami nekad melakukannya demi melestarikan alam sekitar," kata Elias Cattan, arkitek berusia 33 tahun sambil menunjukkan pelbagai jenis sayur yang di tanam di atas meja dan sekitar balkoni bumbung pejabatnya.

"Penting untuk kita menjaga bumi pada hari ini demi kepentingan generasi masa hadapan," kata Cattan ketika hujan rintik mula membasahi bumbung pejabatnya setinggi lima tingkat yang terletak di kejiranan elit di Condesa itu.

Seperti penduduk-penduduk lain di bandar raya itu, Cattan selesa menggunakan basikal ke tempat kerjanya menyusuri laluan-laluan utama yang terkenal dengan masalah trafik.

Kira-kira dua dekad lalu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Mexico City sebagai bandar raya paling tercemar di dunia.

Fuentes menggambarkannya sebagai hujan asid berwarna hitam dalam novelnya, Christopher Unborn.

Hakikatnya pencemaran udara yang berlaku sangat kritikal sehingga burung-burung yang berterbangan mati sebaik sahaja melintasi metropolis yang terletak 2,240 meter di atas paras laut itu.

Biarpun pencemaran udara di Mexico City masih berada pada tahap tertinggi, namun ia tidak lagi tersenarai sebagai 10 negara paling tercemar di dunia.

Ia berpunca daripada penguatkuasaan ketat undang-undang jalan raya dan sektor industri.

Kerajaan baharu yang diperintah parti berhaluan kiri telah melaksanakan dasar hijau sejak tahun 2007 bagi mengubah bandar raya itu.

Lebih penting, usaha itu turut mendapat sokongan padu warganya yang mahu mengubah tabiat mereka.

Antara usaha yang dilakukan ialah dengan menanam lebih 500,000 pokok di seluruh bandar raya, memperluaskan program pinjaman basikal, membuka laluan baharu keretapi bawah tanah dan memperkenalkan bas berkonsepkan mesra alam yang menggunakan gas asli.

Teksi elektrik

Teksi-teksi elektrik boleh dilihat menjalar di sekitar bandar raya itu sejak pertengahan tahun ini.

Ia mendapat bekalan kuasanya daripada stesen-stesen kuasa yang menggunakan 25 peratus tenaga daripada panel solar. Teksi yang sudah dicaj mampu berada di atas jalan raya selama enam jam.


SATU ketika dahulu, Mexico City pernah diiktiraf sebagai bandar raya paling tercemar di dunia.


Salah seorang pemandu teksi, Cristobal Reynoso, berkata, pelanggan hanya menyedari mereka menaiki kenderaan elektrik sebaik sahaja berada di dalamnya.

"Mereka sangat teruja apabila mengetahui kenderaan yang dinaiki itu menggunakan elektrik, tidak memerlukan petrol atau paip ekzos. Kesedaran menjaga kepentingan menjaga alam sekitar sebenarnya semakin meningkat," kata Reynoso.

Kawasan Chapultepec Park yang menjadi lokasi barangan kitar semula sering menjadi tumpuan pada hari Ahad, minggu pertama setiap bulan.

Pada hari Ahad, minggu pertama setiap bulan, sebahagian besar penduduk tertumpu ke Chapultepec Park.

Mereka membawa pelbagai barangan kitar semula untuk didagangkan melalui sistem barter dengan produk-produk makanan seperti tomato, jagung dan sayur kaktus.

Pihak korporat juga tidak terkecuali memainkan peranan penting. Antaranya VerdMX, yang mengambil inisiatif mewujudkan taman dan landskap hijau bertujuan memastikan udara sentiasa bersih dan segar. Antara struktur yang paling menyerlah ialah di Chapultepec Avenue.

Menanam pelbagai spesies pokok, buah-buahan dan sayur-sayuran pastinya memerlukan kreativiti dan ilmu. Justeru, pihak berkuasa turut melantik kumpulan pakar yang memberikan nasihat kepada mereka yang mahu mempelajari teknik berkebun di dalam bangunan.

"Ia mudah, murah dan menyeronokkan," kata Liliana Balcazar, timbalan pengarah pusat pendidikan alam sekitar yang bertanggungjawab memberikan latihan kepada penduduk di bandar raya itu.

"Anda boleh melakukannya di mana-mana sahaja asalkan ia mendapat cahaya matahari sekurang-kurangnya lima hingga enam jam sehari."

"Ia umpama sebuah desa di dalam bandar raya," jelas Balcazar sambil menambah ia dapat memastikan sumber makanan yang sihat sekali gus mampu mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan penduduk.

Cattan menerima tunjuk ajar daripada Gabriela Vargas, 43, seorang bekas jurugambar. Wanita itu mula berkebun di bahagian balkoni rumahnya sejak 12 tahun lalu bagi mendapatkan sumber makanan yang segar, berkhasiat untuk anak perempuannya.

Kebun buah

"Selepas saya memulakannya 12 tahun lalu, saya memberanikan diri menanam salad di apartmen anak perempuan saya. Sekarang, konsep penanaman sebegini sudah menjadi trend," kata Vargas, pengarah projek Cultivate City yang memberi khidmat nasihat kepada pihak sekolah, institusi dan individu perseorangan.

Tahun lalu, organisasinya telah menyumbang 6,000 pokok kepada beberapa daerah di Mexico City.

Kini, dia merancang membina sebuah kebun yang ditanam buah-buahan seperti epal, jambu batu dan pic.

Pihak berkuasa turut menawarkanya sebidang tanah seluas 1,650 meter persegi iaitu bekas tapak bangunan yang telah dirobohkan.

Ketika keseluruhan bandar raya itu semakin menghijau, asap tebal masih kelihatan dan sering menyelubungi kawasan pergunungannya.

Biarpun, paras gas karbon monoksida dalam udaranya menurun sebanyak 90 peratus sejak dua dekad lalu, paras ozon di Mexico City masih lagi di bawah paras yang dibenarkan di samping kehadiran partikel terampai dan bahan pencemar lain.

"Berita baiknya, perubahan sikap ini menyebabkan paras ozon terus konsisten sejak sedekad lalu," kata Armando Retama, timbalan pengarah perkhidmatan pemantauan udara di bandar raya itu.

"Jika tabiat ini berterusan, masalah yang menghantui Mexico City kini pasti dapat diselesaikan dalam tempoh sedekad." - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Tiga tarikan mengisi masa

Posted:

Tiga tarikan mengisi masa

Tiga tarikan mengisi masa

Oleh NASRI JAMALUDIN

KEINDAHAN pemandangan Broga menggamit kedatangan pengunjung.


WAKTU itu, jam tepat menunjukkan pukul 12 tengah hari. Cuaca sangat panas, badan pula terasa penat, namun desiran lalang yang ditiup angin menghasilkan satu irama indah membakar semangat penulis meneruskan pendakian ke puncak yang tinggal hanya beberapa meter.

Pendakian yang ditemani jurufoto, Azliza Hailani dan Pengarah Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kajang, Shariman Mohd. Nor itu berjalan lancar.

Liuk-lentuk lalang dengan pemandangan indah di Bukit Broga, Semenyih memberikan kami kepuasan mendaki bukit yang setinggi 400 meter itu.

Bukit Broga terkenal bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan, malah warga asing. Pendakian bukit ini bermula dari kawasan kelapa sawit memasuki kawasan hutan sebelum ke bahagian atas yang dipenuhi pokok lalang.

Bukit Broga tidak sukar didaki tetapi perlu memakai kasut yang sesuai kerana laluannya licin terutama selepas hujan. Kira-kira 200 meter di bahagian atas pula, dipenuhi lalang menyebabkan panas terik mentari mencucuk diri.


KELETAH arnab yang comel dan jinak menarik perhatian pengunjung.


Keadaan bukitnya juga curam dan pendaki perlu sentiasa berhati-hati terutama ketika turun. Terdapat juga batu-batu besar yang perlu dipanjat.

Bagi individu yang ingin melihat matahari terbit, lazimnya mereka sudah bersedia memulakan pendakian seawal pukul 4 pagi. Pastinya, lampu suluh menjadi peneman.

Memakan masa pendakian sekitar sejam lebih, tidak hairanlah bukit ini turut menjadi tumpuan gadis-gadis serta warga emas yang mengutamakan kesihatan dan kecergasan.

Menjelang tengah hari, bilangan pengunjung di Bukit Broga ini semakin kurang dan pulang ke destinasi masing-masing.

Saya pula tidak melepaskan peluang melawat ladang arnab terbesar di Malaysia yang terletak bertentangan dengan Bukit Broga. Hanya beberapa minit berjalan kaki dari kawasan kelapa sawit, penulis sudah berada di pintu masuk tempat yang dikenali sebagai Rabbit Fun Land ini.

Bermesra dengan arnab

Dengan bayaran RM2, penulis menghabiskan masa kira-kira sejam untuk 'bermesra' dengan arnab. Kawasan ini sebenarnya turut dihuni haiwan lain seperti lembu, kambing, kera, burung unta, kuda, keldai dan rusa.

Arnab-arnab di sini bakanya diimport dari New Zealand, Amerika Syarikat, Australia dan Perancis. Ia diternak bagi pasaran daging arnab seluruh Malaysia. Terdapat 30,000 ekor arnab diternak di Rabbit Fun Land.

Bagaimanapun, para pengunjung hanya berpeluang bermesra dengan beberapa ekor arnab yang diletakkan di dalam satu kawasan yang berpagar.

"Eee...comelnya, bulu pun cantik dan lembut," itulah kata pengunjung, Wong Wai Yee, 13, ketika bermain dengan arnab.

Puas bermain dengan arnab, pengunjung boleh menunggang kuda atau memberi kera makan lobak. Pasti anda terhibur melihat gelagat-gelagat monyet ini ketika meminta makanan daripada pengunjung.

Pengusaha ladang tersebut, Daniel Wong, 30, berkata, ladang tersebut dibuka sejak enam tahun lalu, namun bapanya, David Wong, 55, telah terbabit dengan perusahaan arnab sejak 25 tahun lalu.

"Kami merupakan peneraju dalam perusahaan arnab di negara ini. Arnab-arnab di sini dagingnya dibuat sate, burger, disalai, masak kari atau sup.

"Di Rabbit Fun Land, pengunjung boleh membelai arnab, bergambar dengan lembu susu atau kambing Afrika," katanya.

Pengunjung juga boleh menikmati sate arnab, nasi goreng daging arnab salai daging arnab salai dan lain-lain makanan di kawasan ini. Isu halal? Jangan bimbang, kerana restoran itu mendapat pengesahan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


SEORANG pekerja Restoran Fish Valley menangkap ikan tilapia merah yang ditempah pelanggan.


Penat mendaki Bukit Broga semakin terasa dan hati pun sudah puas 'bermesra' bersama arnab, perut pula minta diisi.

Dari segi makanan, Semenyih turut mempunyai tarikan tersendiri. Restoran Fish Valley di Taman Sri Heneco cukup popular dengan makanan yang berasaskan ikan air tawar segar.

Tangkap ikan

Walaupun baru tiga tahun dibuka, restoran ini mempunyai pelanggan tetap termasuk daripada kalangan orang ternama tempatan dan negara jiran, Singapura.

Sebanyak 11 buah kolam yang terletak di sekitar kawasan restoran menjadi bukti bahawa bekalan ikannya segar dan mudah didapati.

Apabila pelanggan membuat tempahan, para pekerja akan menangkap ikan di kolam sekunder sebelum ditimbang dan disiang lalu dibersihkan untuk dimasak.

Kolam-kolam tersebut juga merupakan milik restoran berkenaan yang menjadi tumpuan kaki pancing selain ikan-ikan tersebut untuk pasaran tempatan dan pasar-pasar raya.

Berkonsep masakan Thai dan Cina, pengusaha restoran, Hanim Raduan, 44, menggajikan ketua tukang masak dari Thailand yang merupakan salah seorang daripada 10 tukang masak terbaik di negara berkenaan.

"Restoran ini mempunyai 16 orang tukang masak dan menu kami sentiasa bertambah kerana mereka rajin mencuba masakan baharu hinggakan ada masakan yang tidak bernama.

"Kami jamin, ikan yang digunakan ialah ikan gred A, segar dan isinya enak. Kolam-kolam kami disaliri air bukit dengan sumber makanan jagung dan palet," katanya.

Ikan talapia merah dilumur garam dan dibakar antara 916 menu kegemaran para pelanggan tetap di restoran tersebut.

Penulis juga sempat menikmati satu menu baharu iaitu ikan tilapia merah digoreng bersama kacang dengan beberapa ramuan lain.

Sehari berada di Semenyih memberikan satu pengalaman baharu dan berharga. Walaupun penat, kepuasan mendaki Bukit Broga, membelai arnab dan menikmati masakan ikan segar membuatkan ia satu penerokaan yang berbaloi.

Kayuhan musim luruh Korea Selatan

Posted:

Kayuhan musim luruh Korea Selatan

Kayuhan musim luruh Korea Selatan


KEMUDAHAN penyewaan basikal turut disediakan kepada para pelancong.


'MIRACLE Of The Han River'. Itulah kata-kata hebat bekas Presiden Korea Selatan, Park Chung Hee yang berjaya membangkitkan semangat rakyat Korea Selatan untuk bersama-sama menjadikan negara tersebut kuat dan maju.

Kini, seluruh dunia terkena tempias 'Gelombang Korea' yang menjadi bukti kebangkitan negara tersebut dalam pelbagai bidang. Korea Selatan muncul sebagai salah satu kuasa baharu dalam bidang teknologi di dunia.


PENULIS mengayuh basikal selama dua jam menyusuri Sungai Han dan beberapa kawasan perkampungan.


Tidak cukup dengan itu, negara yang berada pada kedudukan kelima secara keseluruhan pada Sukan Olimpik London tahun ini turut terkenal dalam industri hiburan.

Di Malaysia, ramai yang tergila-gilakan drama Korea dan muzik K-Pop. Bahkan, lagu Gangnam Style nyanyian Psy turut menjadi kegilaan seluruh dunia.

Begitulah antara pengaruh negara empat musim itu sehingga menyebabkan jutaan pelancong bertandang tamu di negara itu setiap tahun.

Dengan menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang penerbangan ke Seoul hanya memakan masa selama enam jam 30 minit.


PELANCONG boleh berhenti di lokasi tertentu untuk mengambil foto atau menjamu selera.


Jadi, tidak hairanlah Korea Selatan juga menjadi tumpuan percutian rakyat Malaysia terutama bagi mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman iklim empat musim.

Antara lokasi pelancongan popular di Seoul termasuklah Itaewon, Dongdaemon, Namdaemon, Insa Dong, Myeong Dong dan Pulau Nami.

Kita boleh menemui ramai pelancong Malaysia di kawasan tersebut dan masing-masing sempat tersenyum apabila bertemu satu sama lain.

Keramahan rakyat Malaysia tetap terpelihara, walaupun berada di luar negara. Istilah tidak mengenali antara satu sama lain bukanlah penghalang untuk saling bertegur sapa, bahkan bertukar pandangan mengenai tempat yang patut dilawati.


PASPORT yang diterima penulis selepas membuat kayuhan sekitar 10 kilometer di laluan Sungai Han.


Aktiviti berbasikal

Bagaimanapun, percutian penulis ke Korea agak berbeza apabila memilih cara berbasikal untuk mengembara melalui empat sungai utama di negara tersebut.

Idea untuk mengembara secara berbasikal timbul apabila perkhidmatan kereta api trek tunggal yang melalui empat sungai utama iaitu Sungai Han, Sungai Nakdong, Sungai Geum dan Sungai Yeongsan ditamatkan.

Rel kereta api itu yang asalnya sejajar dengan sungai-sungai berkenaan kini bertukar kepada laluan basikal sepanjang 633 kilometer.

Ia sekali gus menjadikan aktiviti riadah selain tarikan pelancongan popular bagi penggemar basikal, tidak hanya di Korea Selatan, bahkan di seluruh dunia.

Penulis bersama rakan-rakan berbasikal sepanjang Sungai Han pada awal November lalu. Kami berada di Korea untuk program anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam dan Central Officials Training Institute (COTI) di Seoul.


PENULIS bergambar kenangan berlatar belakangkan sebuah jambatan merentangi Sungai Han.


Ketika itu musim luruh, namun cuaca tetap sejuk kerana suhu menjunam ke paras 1 darjah Celcius selain tiupan angin yang kuat.

Keadaan cuaca yang sejuk bukanlah satu penghalang, malah menjadi pencetus semangat kami untuk meneruskan pengembaraan.

Kami menyewa basikal pada harga RM15 selama dua jam bermula di Stesen Neungnae.

Kami mengayuh lebih 10 kilometer melepasi pelbagai landskap indah sekitar Seoul.

Pelancong yang ingin mengikuti percutian secara berbasikal, perkhidmatan penyewaan basikal termasuk basikal kembar boleh didapati di setiap stesen kereta api.

Sebaik-baiknya, pelancong mendaftar terlebih dulu sebelum memulakan kayuhan. Ini bagi membolehkan anda memegang pasport basikal yang perlu dicop apabila berhenti di stesen-stesen tertentu.


PASAR Itaewon menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk membeli-belah di Seoul.


Keselamatan

Jika semua 49 ruangan di setiap pasport tersebut dicop, pengayuh akan menerima pingat dan sijil sebagai tanda penghargaan.

Sehingga Oktober tahun ini, hanya 12 pengayuh dari Malaysia yang berjaya melengkapi kayuhan di semua sungai tersebut.

Mengembara dengan mengayuh basikal amat istimewa kerana dapat menikmati pemandangan indah Korea Selatan dengan lebih dekat. Sepanjang kayuhan itu, penulis melalui pelbagai bentuk jambatan, terowong, kawasan perkampungan, bandar-bandar kecil, sungai dan bukit-bukau.

Jika berasa penat, jangan khuatir kerana terdapat banyak tempat untuk berhenti. Setiap tempat tersebut banyak terdapat gerai atau premis menjual makanan dan minuman selain tandas yang bersih.

Dari segi keselamatan juga jangan gusar kerana terdapat banyak televisyen litar tertutup (CCTV) yang sentiasa memantau pergerakan anda. Jika berlaku kecemasan, bantuan segera akan diberikan oleh petugas di stesen terdekat.

Komitmen dan kesungguhan Korea Selatan merancakkan aktiviti sukan dan amalan gaya hidup sihat turut mendapat respons positif rakyat negara tersebut.

Aktiviti itu umpama serampang dua mata apabila bukan sahaja berjaya menjadikan masyarakat yang lebih sihat, malah menarik kedatangan pelancong terutama peminat aktiviti berbasikal.

Mengembara menaiki basikal memang meletihkan, namun memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan. Penulis sendiri dapat menikmati keunikan Korea Selatan pada sudut berbeza.

Menara tertinggi di Vietnam

Posted:

Menara tertinggi di Vietnam

Menara tertinggi di Vietnam


MENARA utama diapit dua menara untuk kediaman bermandikan cahaya pada waktu malam.


PERANG Vietnam begitu sinonim dalam sejarah peradaban dunia. Peperangan yang berakhir pada 30 April 1975 itu mengorbankan 3 juta rakyatnya dan lebih 55,000 tentera Amerika.

Bagaimanapun, kisah duka itu telah berakhir. Vietnam kini terus berkembang dari segi ekonomi termasuk menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Bahkan perkembangan Vietnam semakin pesat. Buktinya, bangunan pencakar langit, Keangnam Hanoi Landmark Tower gagah berdiri di Hanoi, ibu kota negara berkenaan.

Terletak di Jalan Pham Hung, Cau Giay, bangunan yang bercirikan senibina moden ini mempunyai tiga menara masing-masing iaitu menara utama, Menara Keangnam setinggi 336 meter (m) dan diapit dua menara lain setinggi 212 m.

Di menara utama menempatkan kompleks beli-belah dan 70 tingkat untuk pejabat manakala dua menara lagi untuk kediaman masing-masing 47 tingkat. Bahagian bawah atau permukaan merupakan kawasan tempat meletak motosikal dan kereta.

Menara utama terletak di kawasan seluas 46,000 meter persegi (m2) daripada keseluruhan tapak pembinaan iaitu 579,000 m2. Ia berada pada kedudukan kelima dunia dari segi keluasan tapak bagi sebuah bangunan tinggi.


HANOI semakin pesat membangun seiring dengan negara Asia Tenggara lain seperti Thailand dan Malaysia.


Siap dibina pada tahun ini, bangunan menara tersebut turut menempatkan hotel lima bintang, pejabat, ruang hiburan, perniagaan runcit, klinik dan pusat konvensyen.

Bangunan kediaman pula menawarkan kediaman berkonsep apartmen yang terdiri daripada dua hingga empat bilik.

Helikopter mendarat

Apartmen ini turut menyasarkan pembeli warga asing terutama bagi unit yang dilengkapi semua kemudahan.

Menara Keangnam merupakan yang ke-26 tertinggi di dunia dan ke-17 bagi kategori pejabat untuk disewa.

Sebuah syarikat dari Korea Selatan, Vin Keangnam menjadikan bangunan yang diperbuat daripada besi dan kaca itu sebagai ibu pejabat mereka.

Bahagian paling atas menara itu turut disediakan lokasi pendaratan helikopter.

Pembinaan menara tersebut sepatutnya siap pada tahun lalu, namun berdepan beberapa kekangan.

Semasa dalam pembinaan, berlaku beberapa kemalangan yang membabitkan kematian pekerja. Pada Julai 2009, empat pekerja maut akibat terjatuh dari tempat tinggi manakala dua tahun kemudian dua lagi pekerja turut maut.

Tingkat dua bangunan itu juga pernah musnah dijilat api pada 2010.

Sejak dibuka, pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk persembahan hiburan yang diadakan di ruang konvensyen Menara Keangnam.

Pihak pengurusan juga tidak melepaskan peluang menganjurkan acara larian menara yang tertinggi di Vietnam itu.

Selain menyaksikan keindahan bandar raya Hanoi pada waktu siang, pengunjung pasti teruja melihat bandar raya tersebut yang bermandikan cahaya pada waktu malam. - NASRI JAMALUDIN

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kembara motosikal sambil beramal

Posted:

Kembara motosikal sambil beramal

Kembara motosikal sambil beramal


SEBAHAGIAN peserta kembara Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Adam Lee dan Kelab Motosikal Besar Rela menyampaikan sumbangan kepada pihak pengurusan Masjid Seri Jerai, Gurun, Kedah baru-baru ini.


KEMBARA. Kira-kira 350 peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Adam Lee dan Kelab Motosikal Besar Rela menyertai kembara sambil beramal dari Kuala Lumpur ke Gunung Jerai, Kedah baru-baru ini.

Kembara yang diketuai oleh Presiden Kelab Motosikal Besar Rela, Datuk Abdul Rahman Jaafar itu memulakan perjalanan pada 24 November lalu dan berakhir keesokan harinya.

Abdul Rahman berkata, program riadah sambil beramal itu diadakan bagi mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli kelab dan pada masa yang sama menyampaikan sumbangan kepada pihak tertentu.

Sepanjang kembara, peserta singgah di Masjid Seri Jerai, Gurun, Kedah dan menghulurkan sumbangan berbentuk cenderamata dan wang tunai kepada pihak pengurusan masjid.

MyLife Karnival 2012 dapat sambutan orang ramai

Posted:

MyLife Karnival 2012 dapat sambutan orang ramai

MyLife Karnival 2012 dapat sambutan orang ramai


SEBAHAGIAN orang ramai yang membuat pemeriksaan kesihatan percuma sempena MyLife Karnival 2012 di Shah Alam baru-baru ini.


MERIAH. Program sehari komuniti MyLife Karnival 2012 anjuran Menara Group mendapat sambutan daripada penduduk sekitar Bukit Jelutong dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Pada karnival itu, orang ramai berpeluang mendapatkan rawatan pemeriksaan kesihatan secara percuma selain pemeriksaan tulang dan kulit.

Selain itu, kehadiran maskot Upin dan Ipin juga menceriakan program tersebut.

Kira-kira 2,000 penghujung hadir ke karnival tersebut sejak ia bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Kumuda lahirkan usahawan wanita berdaya saing

Posted:

Kumuda lahirkan usahawan wanita berdaya saing

Kumuda lahirkan usahawan wanita berdaya saing


MOHD FARID (berdiri, tengah), Nasir (berdiri, depan, tujuh dari kiri) bersama sebahagian usahawan wanita pada program Transformasi Usahawanita di Kepala Batas baru-baru ini.


KONGSI ILMU. Seramai 100 usahawan wanita hadir pada program Transformasi Usahawanita di Kepala Batas, Pulau Pinang anjuran Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang (Kumuda) baru-baru ini.

Pengerusi Kumuda, M. Nasir Sobri berkata, program tersebut yang dahulunya dikenali sebagai Sembang-Sembang Utara merupakan salah satu platform mendapatkan maklumat berkaitan bidang keusahawanan dan membina rangkaian perniagaan sesama mereka.

Majlis perasmiannya disempurnakan Pengerusi Kumpulan Sasar Pembangunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang, Muhammad Farid Saad.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tawan pelajar bahana hutang

Posted:

Tawan pelajar bahana hutang

Tawan pelajar bahana hutang

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

ANGGOTA polis mengelilingi suspek (dalam bulatan) yang menjadikan Wan Nor Hayati sebagai tebusan di Samarahan kelmarin.


SAMARAHAN – Seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menghadapi detik paling mencemaskan dalam hidupnya apabila dijadikan tebusan selama sejam oleh seorang lelaki Indonesia yang menghadapi masalah hutang kelmarin.

Kejadian pukul 5.15 petang berhampiran Koperasi Kolej Cempaka, kampus tersebut di sini itu menyebabkan Wan Nor Hayati Wan Mahmud, 22, dari Kelantan trauma apabila diacu pisat lipat oleh suspek.

Bagaimanapun, pelajar tahun tiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) universiti tersebut tidak dicederakan.

Polis yang tiba sebaik menerima maklumat kemudian telah membuat rundingan dengan suspek sebelum lelaki itu bersetuju melepaskan mangsa.

Difahamkan, suspek dari Lempur Danau, Jambi Indonesia berusia 30 tahun tersebut datang ke negara ini pada Sabtu lalu untuk mencari pekerjaan.

Sebaik tiba di Kuching, suspek telah tinggal di rumah kongsi bersama seorang rakannya yang bekerja sebagai buruh binaan di dalam kawasan kampus tersebut.

Sebelum kejadian, suspek dikatakan telah menerima panggilan dari kampung mengatakan anak dan isterinya telah ditahan dan diugut ah long kerana hutang yang dibuatnya.

Suspek yang berang apabila majikan tidak mengizinkannya pulang kemudian nekad menggunakan jalan mudah untuk dihantar pulang dengan menjadikan mangsa sebagai tebusan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Zulkifli Hassan berkata, semasa menahan mangsa, suspek memberitahu pelajar itu supaya 'jangan bimbang saya takkan cederakan kamu, panggil polis saya banyak lakukan dosa.'


SITI NURFARAWAHIDA (kanan) menunjukkan bagaimana suspek mengacukan pisau ke leher Wan Nor Hayati.


Katanya, sebaik tiba, pihaknya tidak mengambil masa yang lama untuk membuatkan suspek menyerah diri dan melepaskan tebusan.

"Kita masih menyiasat motif sebenar kejadian tetapi tidak menolak kemungkinan suspek berbuat demikian kerana masalah keluarga di kampungnya.

"Kita juga percaya suspek berbuat demikian untuk mendapat perhatian polis supaya dihantar pulang," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Tambahnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Zulkifli, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

Sementara itu, Wan Noor Hayati memberitahu, dia tidak dapat melupakan saat-saat cemas ketika ditawan selama sejam.

Katanya, sebelum kejadian, dia sedang berjalan bersama rakan, Siti Nurfarawahida Abdul Rahim, 22, untuk ke kelas sebelum suspek menerpa dari belakang.

"Saya cuba leraikan pelukan lelaki tersebut dengan cara memukul menggunakan payung tetapi bukan sahaja gagal malah, pelukan itu semakin kuat. Ketika itu saya hanya memikirkan mengenai nyawa saya melayang," cerita anak ketiga daripada lima beradik itu yang masih trauma ekoran kejadian tersebut.

Tambahnya, dia ada bertanya mengapa dia dijadikan sasaran tetapi suspek tidak menjawab. Dia bagaimanapun bersyukur apabila dilepaskan sebaik polis tiba.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Unimas, Mohd. Fadzil Abd. Rahman berkata, pihaknya telah memaklumkan mengenai kejadian tersebut kepada keluarga mangsa.

Maut ditimpa durian 2 kilogram

Posted:

Maut ditimpa durian 2 kilogram

Maut ditimpa durian 2 kilogram

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my


ZAINAL menunjukkan buah durian yang menimpa anak sulungnya sambil diperhatikan Samimi.


NIBONG TEBAL – Seorang bayi lelaki berusia sebulan maut apabila dihempap sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi dekat sini kelmarin.

Muhd. Yusuf Zainal disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat kecederaan parah di kepala.

Sejam sebelum disahkan meninggal dunia, durian kampung tersebut luruh dari sebatang pokok setinggi 13 meter yang tumbuh bersebelahan dengan ampaian tempat ibu mangsa, Samimi Kasmin, 40-an, menjemur pakaian.

Samimi merupakan seorang warga Indonesia manakala suaminya, Zainal Abedin, 46, merupakan rakyat Bangladesh dan bekerja sebagai buruh binaan di Permatang Tinggi.

Kedua-dua pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada 2010 dan menetap di rumah papan itu sejak berkahwin.


MUHD. YUSUF menemui ajal selepas kepalanya ditimpa durian kampung seberat dua kilogram di Nibong Tebal kelmarin.


Mengimbau semula kejadian itu, Samimi memberitahu, sebelum kejadian dia sedang mengangkat pakaian di ampaian dan mendengar tangisan Muhd. Yusuf yang ketika itu sedang tidur di buaian di dalam rumah.

"Saya kemudian masuk lalu mendukungnya sebelum meneruskan semula kerja mengangkat pakaian. Tanpa disangka, sebiji durian tiba-tiba luruh lalu terkena kepala dia dan tangan kiri saya," ceritanya ketika ditemui di HSB di sini.

Tambahnya, dia kemudian cemas apabila mendapati Muhd. Yusuf terus terdiam dan tidak sedarkan diri sebelum menjerit dan memanggil jiran untuk membawa anaknya ke HSB. Ketika itu suaminya keluar bekerja.

Sementara itu, Zainal berkata, dia reda dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu namun enggan mengulas lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Kepala koyak main gelongsor air

Posted:

Kepala koyak main gelongsor air

Kepala koyak main gelongsor air

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


SHARINA menunjukkan kesan luka di kepala anaknya, Muhammad Aiman selepas mendakwa terjatuh ketika mandi-manda di sebuah taman tema air di Melaka 20 November lalu.


KANGAR – Keseronokan seorang pelajar mandi-manda di sebuah taman tema air di Ayer Keroh, Melaka bertukar menjadi igauan buruk ketika bermain salah satu gelongsor air di situ.

Akibat kejadian itu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini, Muhammad Aiman Afzal Suhaizam, 14, mengalami pendarahan otak dan tempurung kepalanya retak selepas terjatuh pada ketinggian kira-kira empat meter dari permainan gelongsor air boomerang dalam kejadian 20 November lalu.

Mengimbau semula kejadian itu, ibu mangsa, Sharina Wahab, 39, mendakwa, dalam kejadian itu, kepala anaknya terhantuk sehingga terpaksa menerima 30 jahitan selain lebam di lutut, tangan dan tengkuk.

Dakwanya, anaknya pergi ke situ selepas mengikuti percutian selama empat hari anjuran Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perlis melibatkan rombongan kira-kira 80 orang terdiri daripada pelajar dan guru bermula 19 November lalu.

"Kejadian disebabkan kecuaian petugas yang menyelia permainan gelongsor tersebut apabila dia melepaskan Aiman dalam keadaan berpusing-pusing sehingga anak saya terpelanting keluar.

"Ekoran itu, Aiman terjatuh ke lantai konkrit dari ketinggian empat meter menyebabkan kepala anak saya terhantuk selain kesan lebam di lutut, tangan dan tengkuk sehingga menerima 30 jahitan," dakwanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Padi di sini semalam.

Dakwanya lagi, sebelum itu, Aiman telah meminta penyelia terbabit supaya tidak memusingkan pelampung yang dinaiki namun tidak diendahkan.

Menurut Sharina, dia kini resah dan risau apabila doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merawat anaknya memaklumkan yang Aiman bakal mengalami simptom pening dan sakit kepala seumur hidup.

"Kini anak saya sering mengantuk selain lesu setiap kali bangun tidur dan keadaan itu telah mengubah kehidupan anak saya yang sebelum ini ceria," dakwanya.

Ujar Sharina, apa yang dikesalkan pihak taman rema air tersebut dan JPN Perlis mendiamkan diri selepas kejadian itu.

Sementara itu Pengarah Pelajaran Negeri, Dun Kasa ketika dihubungi menyatakan, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.

Dalam pada itu di Melaka, jurucakap taman tema tersebut memberitahu, pihaknya tidak pernah lepas tangan mengenai kejadian berkenaan dan sedang menunggu laporan penuh perubatan untuk tindakan lanjut.

"Kami telah menyediakan ambulans untuk menghantar mangsa ke Hospital Melaka sebaik kejadian sebelum dia dirujuk ke HKL.

"Kes ini pertama kali berlaku sejak kami mula beroperasi pada 15 Mei 2010," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, kejadian mungkin berlaku apabila posisi badan mangsa yang ketika itu menggunakan pelampung tidak stabil sehingga dia tercampak keluar.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Misi Malaysia masih belum selesai

Posted:

Misi Malaysia masih belum selesai

Misi Malaysia masih belum selesai

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD.YADI
sukan@kosmo.com.my

DARI kiri, Safiq, Safee, Wan Zack dan Khyril masing-masing menyumbang satu gol buat Malaysia ketika menentang Laos pada Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 4-1.


MISI skuad Harimau Malaya masih belum selesai biarpun slot ke separuh akhir kembali terbuka sebaik anak-anak buah Datuk K. Rajagobal membelasah Laos 4-1 dalam aksi Kumpulan B kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Sedar atau tidak, kepantasan jentera serangan Laos yang diterajui Keoviengpheth Lithideth, Soukaphone Vongchiengkham dan Khampheng Sayavutthi ketika melakukan serangan kilat malam tadi juga sering kali 'melemaskan' benteng pertahanan negara yang diterajui Aidil Zafuan Abdul Razak dan Mohamad Fadhli Shas.

Jika aksi kurang meyakinkan itu ditunjukkan Harimau Malaya ketika berdepan Indonesia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Sabtu ini, tidak mustahil 'malapetaka' bakal menanti mereka.

Ini kerana Sang Garuda dilihat memiliki pemain yang jauh lebih pantas seperti Andik Vermansyah dan Oktavianos Maniani seperti mana yang dibuktikan mereka ketika mengejutkan Singapura 1-0 dalam satu lagi aksi kumpulan semalam.

Analisisnya mudah. Harimau Malaya dilihat mudah kehilangan fokus apabila terlalu ghairah menyerang selain mempamerkan persembahan yang 'tidak masuk akal' apabila gagal memecah kebuntuan mahupun ketinggalan.

Pada masa sama, ketumpulan penggempur yang diterajui Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha pada babak pertama juga cukup meresahkan biarpun pertahanan Laos dilihat tidak sehebat mana sebenarnya.

Pada aksi malam tadi, Rajagobal akhirnya 'mendengar kata' para pengkritiknya apabila melakukan sedikit rombakan termasuk mengetepikan bakal 'Raja Sehari', Khairul Fahmi Che Mat yang digantikan Farizal Marlias selaku penjaga gol manakala Mahalli Jasuli, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Mohd. Shakir Shaari juga tersenarai dalam kesebelasan utama.

Percaturan itu pada mulanya dilihat berhasil apabila Harimau Malaya berjaya mempamerkan gerakan yang jauh lebih tersusun berbanding semasa 'dikerjakan' Singapura 0-3 dalam aksi pembuka tirai kumpulan Ahad lalu.

Harimau Malaya terlebih dulu di depan menerusi sepakan percuma kapten, Safiq Rahim yang berjaya melepasi jangkauan penjaga gol Laos, Sengpachan Bounthisanh pada minit ke-15.

Namun, 'penyakit lama' Harimau Malaya kembali berulang apabila kesilapan Safiq melakukan hantaran lemah berjaya disambar Khampheng yang kemudiannya melorongkan bola kepada Khonesavanh Sysomvang sebelum rembatan pemain itu terkena kaki Aidil dan melepasi jangkauan Farizal untuk jaringan penyamaan Laos pada minit ke-38.

Mujurlah keadaan berjaya dikawal semula oleh anak-anak buah Rajagobal sebaik babak kedua bersambung apabila Safee yang sebelum itu dicemuh 20,000 penyokong tempatan, tenang menyempurnakan hantaran Wan Zack pada minit ke-66 untuk gol kedua Harimau Malaya.

Gol itu ternyata menyuntik kembali semangat Harimau Malaya yang memperoleh gol ketiga menerusi Wan Zack pada minit ke-75 sebelum pemain gantian, Khyril Muhymeen Zambri melengkapkan derita Laos menerusi gol keempat empat minit kemudian.

Dengan keputusan itu, Malaysia kini berada di tempat ketiga kumpulan apabila berkongsi tiga mata dengan Singapura, namun dipisahkan menerusi perbezaan jaringan.

Tatkala Singapura dilihat tidak berdepan masalah membenam cabaran Laos pada aksi terakhir kumpulan Sabtu ini, Malaysia sewajarnya sedar hanya kemenangan ke atas Indonesia sahaja yang mampu memastikan peluang mara ke separuh akhir sebelum boleh 'berkira-kira' sama ada mampu mempertahankan kejuaraan ataupun tidak kali ini.

Thailand pamer rentak sang juara

Posted:

Thailand pamer rentak sang juara

Thailand pamer rentak sang juara


TEERASIL (kiri) dicabar pemain pertahanan Myanmar, Zaw Min Tun pada aksi Kumpulan A Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Rajamangala, Bangkok malam kelmarin. Thailand menang 4-0.


BANGKOK - Juara tiga kali, Thailand melaungkan amaran awal kepada barisan pencabar mereka apabila muncul pasukan pertama layak ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 selepas membelasah Myanmar 4-0 dalam aksi Kumpulan A di Stadium Rajamangala, Bangkok malam kelmarin.

Kali terakhir muncul juara Piala Suzuki AFF sedekad yang lalu, anak-anak buah Winfried Schafer kini menerajui kumpulan dengan enam mata setelah menewaskan Filipina 2-1 dalam aksi pembuka tirai, Sabtu lalu.

Jika aksi yang dipamerkan Thailand semasa membenam Myanmar malam kelmarin dijadikan ukuran, mana-mana pasukan daripada Kumpulan B, terutamanya juara bertahan, Malaysia yang kini masih bergelut ke separuh akhir, harus lebih berwaspada.

"Saya benar-benar berpuas hati dengan corak persembahan pasukan saya (malam kelmarin).

"Pemain mempamerkan kekuatan mental yang tinggi serta bersemangat untuk memenangi perlawanan.

"Sejujurnya, ia satu kemenangan yang cukup sempurna," kata Schafer.

Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri, Thailand berjaya memecah kebuntuan seawal minit ke-20 menerusi jaringan cantik Teerasil Dangda.

Thailand bertambah garang selepas itu, namun percubaan Jakkapan Pornsai dan Teerasil gagal menemui sasaran.

Sebaik babak kedua bersambung, gol kedua tuan rumah akhirnya terjelma pada minit ke-59 menerusi tandukan Apipoo Suntornpanavej sebelum Teerasil melengkapkan mimpi ngeri Myanmar apabila meledak hatrik menerusi dua lagi gol pada minit ke-82 dan 89.

Kehebatan Teerasil juga mengundang pujian Schafer yang menyifatkan penyerang Muang Thong United itu antara pemain terbaik di rantau Asia.

"Teerasil merupakan pemain yang hebat. Dia bijak menyempurnakan peluang dan sentuhan penyudahnya juga berkesan.

"Semua orang menyukainya di sini dan saya juga tidak terkecuali," kata Schafer.

Dalam aksi terakhir Kumpulan A malam esok, Thailand bakal berdepan Veitnam di Stadium Rajamangala manakala Filipina pula wajib menewaskan Myanmar di Stadium Supachalasai jika mahu mengesahkan slot ke separuh akhir.

Kedua-dua perlawanan berlangsung serentak pukul 9.20 malam waktu Malaysia.

Peluang kembali terbuka

Posted:

Peluang kembali terbuka

Peluang kembali terbuka


TONGGAK Filipina, Jason Dantes de Jong (kiri) mengasak pemain Vietnam, Pham Thanh Luong dalam aksi Kumpulan A Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Rajamangala, Bangkok kelmarin.


BANGKOK - Filipina menghidupkan semula peluang ke separuh akhir kempen Piala Suzuki AFF 2012 apabila menang tipis 1-0 ke atas Vietnam dalam aksi Kumpulan A di Stadium Rajamangala, Bangkok kelmarin.

Selepas dikecewakan tuan rumah, Thailand dengan keputusan 1-2 dalam aksi pembuka tirai Sabtu lalu, anak- anak buah Hans Michael Weiss begitupun terpaksa menunggu sehingga minit ke-86 sebelum mengutip tiga mata berharga.

Gol tunggal pemain gantian The Azkals, Emelio Asada Caligdong menjadi pemisah kedua-dua pasukan pada perlawanan penuh dramatik itu.

Keputusan itu pastinya mengecewakan Vietnam selaku semi finalis 2010 apabila turut seri 1-1 dengan Myanmar dalam aksi pembuka tirai sebelum ini.

Keputusan itu juga jelas sekali melegakan jurulatih Filipina, Michael Weiss yang turut mengatasi Vietnam di peringkat kumpulan pada edisi dua tahun lalu.

Weiss memberitahu, persembahan bertenaga pemain gantian dalam perlawanan itu merupakan kunci utama kejayaan The Azkals.

"Keputusan ini cukup berbaloi memandangkan kedua-dua pasukan beraksi dengan cukup hebat.

"Vietnam memang terkenal dengan pasukan yang mengamalkan larian pantas dan mampu menghukum kami jika terleka walau sesaat sekali pun.

"Sejujurnya saya gembira strategi membawa masuk beberapa pemain gantian tampak menjadi apabila serangan pantas kami berjaya memecahkan kebuntuan.

"Angel Guirado, Emelio Caligdong dan Denis Wolf berjaya mengubah perlawanan tetapi kekebalan benteng pertahanan kami juga wajar dipuji.

"Masih ada satu lagi cabaran getir menanti kami iaitu menentang Myanmar selepas ini (malam esok), dan saya harap kami mampu melangkah ke separuh akhir," kata Weiss.

Begitupun, Weiss terpaksa menyaksikan perlawanan itu dari tempat duduk penonton selepas diarahkan meninggalkan padang pada penghujung perlawanan ketika berdepan Thailand, Sabtu lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Sampel tulang Arafat diambil

Posted:

Sampel tulang Arafat diambil

Sampel tulang Arafat diambil

KUBUR Arafat sebelum digali.


RAMALLAH - Jenazah bekas pemimpin terkenal Palestin, Yasser Arafat dikebumikan semula semalam di kuburnya di sini selepas sampel daripada tulangnya diambil untuk diuji sama ada terdapat tanda-tanda beliau diracun.

"Pada pukul 5 pagi waktu tempatan, liang lahad itu mula digali dengan cermat," kata sumber Palestin.

"Operasi tersebut telah tamat dan kuburnya telah dikambus semula manakala sampel yang diambil telah diberikan kepada pakar dari Perancis, Switzerland dan Rusia," kata sumber berkenaan.

Proses pengambilan sampel tulang Arafat itu dilakukan oleh seorang doktor Palestin yang diperhatikan oleh pakar dari tiga negara tersebut.

"Sampel tulang Arafat diambil dari dalam liang lahadnya dan kemudian dipindahkan ke sebuah masjid," kata sumber berkenaan.

Keputusan daripada sampel yang diambil itu akan diketahui dalam masa sekurang-kurangnya tiga bulan.

Proses pengambilan itu dibuat secara tertutup.

Sampel yang diambil itu bertujuan untuk menguji kewujudan bahan radioaktif, polonium yang merupakan sebahagian daripada siasatan baharu sama ada bekas presiden Palestin itu diracun.

Siasatan tersebut dibuat ekoran laporan stesen televisyen Al-Jazeera mengenai penemuan sekumpulan pakar dari Switzerland yang menunjukkan terdapat polonium pada barang peribadi milik Arafat.

Perancis membuka siasatan terhadap kematian Arafat yang dikemukakan pada Ogos lalu atas permintaan balu beliau, Suha.

Arafat meninggal dunia selepas kesihatannya merosot dengan mendadak di sebuah hospital tentera dekat Paris pada November 2004 ketika beliau berusia 75 tahun.

Pada sidang akhbar, Dr. Abdullah al-Bashir yang mengetuai pasukan perubatan bagi menyiasat kematian Arafat memberitahu, sampel tersebut amat kecil.

"Ia hanya seberat beberapa miligram dan 20 sampel diberikan kepada setiap pihak (yang terlibat dalam siasatan itu)," katanya.

Sementara itu, Suha berkata, misteri paling penting di Asia Barat semakin hampir menemui penyelesaian.

"Kita perlu tahu kenapa beliau meninggal dunia," katanya kepada akhbar Times of Malta di rumahnya di Malta.

Beliau juga menafikan pernah menentang bedah siasat dilakukan terhadap jenazah Arafat.

Dalam perkembangan berkaitan, kepimpinan Palestin akan mengemukakan petisyen di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, Belanda jika terdapat bukti bahawa Arafat telah diracun.

"Jika terbukti beliau diracun, kami akan mengemukakan dakwaan di mahkamah antarabangsa," kata Ketua Suruhanjaya Siasatan Kematian Arafat, Tawfiq Tirawi. - Agensi

Pembikin filem anti-Islam tidak menyesal hina nabi

Posted:

Pembikin filem anti-Islam tidak menyesal hina nabi

Pembikin filem anti-Islam tidak menyesal hina nabi

NEW YORK - Seorang penganut Kristian Koptik kelahiran Mesir yang menghasilkan filem anti-Islam dan mencetuskan protes di seluruh dunia Islam menyatakan dia tidak menyesal menghina Nabi Muhammad SAW, menurut satu temu ramahnya dengan akhbar New York Times.

Dalam komen umum pertama sejak filem berdurasi selama 14 minit bertajuk Innocence of Muslims mencetuskan kemarahan pada September lalu, penganut Kristian tersebut, Mark Basseley Youssef memberitahu New York Times, dia mahu mendedahkan apa yang digelarnya 'kebenaran sebenar' dan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dilakukan atas nama Tuhan.

Filem itu turut menyentuh tentang sentimen anti-Amerika di negara Arab dan dunia Islam.

Youssef menjelaskan punca di sebalik pembikinan filem tersebut adalah kerana kekejaman penganut Islam itu sendiri.

Ia dihasilkan selepas insiden seorang lelaki Islam membunuh 13 orang di Fort Hood, Texas pada 2009.

Kejadian itu menyebabkan dia berasa semakin marah.

Temu ramah itu dijalankan secara bertulis menerusi peguamnya.

"Saya fikir, sebelum skrip filem itu ditulis, saya patut membakar diri sendiri di tengah-tengah orang ramai supaya rakyat Amerika dan dunia tahu mesej yang ingin saya sampaikan," kata Youssef.

Youssef yang turut dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakoula dikenakan hukuman penjara selama setahun kerana melanggar peraturan pembebasannya dari penjara atas kesalahan menipu bank. - Reuters

Ular sawa gergasi muntah semula lembu yang dibahamnya

Posted:

Ular sawa gergasi muntah semula lembu yang dibahamnya

Ular sawa gergasi muntah semula lembu yang dibahamnya


GAMBAR yang dirakamkan daripada YouTube semalam menunjukkan seekor ular sawa gergasi memuntahkan seekor lembu (dalam bulatan) yang dibahamnya di sebatang sungai di Brazil.


RIO DE JANEIRO - Seekor ular sawa gergasi memuntahkan semula seekor lembu yang dibaham haiwan tersebut di sebuah hutan di Brazil, menurut beberapa laporan kelmarin.

Menurut akhbar dalam talian MailOnline, hampir 66,000 orang telah menyaksikan rakaman video ular tersebut di laman YouTube dalam tempoh dua hari.

Kejadian itu berlaku di sebatang sungai di dalam hutan tersebut.

Ular itu kemudian meninggalkan bangkai lembu tersebut selepas ia memuntahkannya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved