Jumaat, 30 November 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kaedah mudah mengasing sampah

Posted:

Kaedah mudah mengasing sampah

Kaedah mudah mengasing sampah

PENGGUNAAN mesin MRF berupaya meningkatkan kadar sampah yang boleh dikitar semula.


BERBEKALKAN topeng penutup mulut dan hidung, kelihatan dua pekerja tekun memunggah timbunan sampah sarap yang baru dihantar oleh sebuah lori. Tangan mereka tangkas mencampak satu demi satu bungkusan plastik hitam dan lutsinar ke arah satu mesin berwarna hijau.

Bau busuk yang menyengat hidung dianggap seperti tiada apa-apa. Malah, kawanan lalat dan langau yang terbang mengerumuni longgokan sampah itu juga langsung tidak dipedulikan.

Di bahagian atas pula, enam pekerja sedia menanti sampah yang dihantar dari bawah. Bungkusan-bungkusan yang sudah terlerai membolehkan mereka memilih jenis-jenis sampah yang perlu diasingkan.

Plastik, botol minuman, kertas, aluminium hingga guni sabut semuanya ada di sana. Masing-masing sudah dibahagikan jenis sampah yang perlu dikutip.

"Kami perlu pantas bekerja. Sampah yang lalu di hadapan mesti diambil dan diasingkan melalui lubang yang menyediakan bekas kutipan tersebut di bahagian bawah mesin ini.

"Ia kemudian akan digunakan untuk proses kitar semula. Proses mengasingkan sampah sarap menjadi lebih mudah dengan penggunaan mesin ini," ujar Mohd. Shah Sadad, 31, salah seorang buruh asing dari Bangladesh ketika ditemui Kosmo! di Tapak Pelupusan Sampah dan Sanitasi Jeram di Kuala Selangor baru-baru ini.

Apa yang pasti, industri kitar semula Malaysia mencatat sejarah tersendiri dengan kejayaan penggunaan mesin kemudahan pengasingan material (Material Recovery Facility-MRF) di tapak pelupusan tersebut.

Dipelopori oleh Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd. dan dibangunkan oleh MDS Holdings Sdn. Bhd., MRF akan membantu mengasingkan dan memudahkan pengutipan bahan kitar semula bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan sisa pepejal.

Kemudahan itu diselenggara oleh Worldwide Landfills Sdn. Bhd. iaitu pengendali semasa bagi Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Jeram.

Tetra Pak secara rasmi menyerahkan MRF kepada kerajaan Malaysia dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) penyerahannya pada 12 November lalu. Ia disaksikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung.

Majlis tersebut diadakan selepas lawatan Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Nadzri Yahaya ke tapak MRF.

MRF yang pada mulanya diuji di tapak pelupusan tersebut sepanjang fasa perintisnya akan terus beroperasi di sana bagi memudahkan pengumpulan data. Prestasinya kemudian akan dijadikan ukuran untuk memudahkan konsep MRF skala kecil diperkenalkan di tapak pelupusan lain dalam usaha untuk memperoleh lebih banyak bahan kitar semula dengan cara yang menguntungkan dari segi ekonomi.

"Jumlah pembuangan sisa pepejal yang sentiasa meningkat setiap tahun, disertakan kadar kitar semula lima peratus yang jauh lebih rendah berbanding negara jiran, menyebabkan tapak pelupusan sampah di Malaysia cepat dikambus.


TAPAK Pelupusan Sanitari Jeram mengumpul kira-kira 2,100 tan metrik sampah sehari termasuk dari daerah Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Ampang dan Kuala Selangor.


"Kami amat gembira dengan kerjasama untuk membantu meningkatkan kadar kitar semula di Malaysia. Kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas kejayaan penggunaan MRF ini. Kami harap lebih banyak organisasi akan tampil untuk bekerjasama meningkatkan kadar kitar semula di Malaysia," kata Nadzri.

Dalam inisiatif pembangunan MRF skala kecil yang pertama di Malaysia, Tetra Pak berhasrat untuk menjadi pemangkin pembangunan teknologi pengurusan sisa pepejal dalam industri tempatan dan memudahkan pengendali serta pengusaha perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang lebih kecil untuk menggunakan teknologi.

"MRF adalah bukti kejayaan konsep yang boleh dilaksanakan untuk menambah baik proses kitar semula di negara ini dengan kerjasama rapat organisasi yang berkongsi matlamat kelestarian alam sekitar yang sama," kata Pengarah Komunikasi dan Alam Sekitar Tetra Pak (Malaysia) Sdn. Bhd., Terrynz Tan.

Tambah beliau, dalam membangunkan MRF sebagai model yang boleh diperbesarkan, kami harap semua pihak memainkan peranan dalam industri kitar semula tempatan akan mengguna pakai teknologi itu untuk menyokong operasi mereka yang sedia ada.

MRF telah direka bentuk dan dibina oleh MDS Holdings sebagai mesin bermodul yang senang dipasang untuk memudahkan pengasingan dan pemerolehan bahan kitar semula seperti tin, aluminium, plastik dan kotak minuman dari tapak pelupusan sampah.

Syarikat yang turut memainkan peranan penting dalam membangunkan MRF ialah Worldwide Holdings Sdn. Bhd. yang menerajui projek perintis di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal dan Sanitasi Jeram untuk tempoh selama enam bulan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melantik Worldwide Landfills sebagai pengendali pengurusan sisa pepejal yang bertanggungjawab terhadap operasi MRF.

"Keputusan yang diperoleh daripada tempoh ujian MRF ini adalah sangat menggalakkan. Kami harap ia akan dapat meningkatkan kadar kutipan bahan kitar semula daripada sisa pepejal yang dibuang di tapak pelupusan.

"Ini adalah satu perkembangan yang menarik bagi industri kitar semula di Malaysia dan kami bangga kerana dapat memainkan peranan penting dalam inisiatif ini," ungkap Ahmad Azman Azizul Rahman merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Sdn. Bhd.

Apapun, masyarakat sebenarnya perlu memainkan peranan penting sebelum membuang sampah. Jika mereka terlebih dulu bertindak mengasingkan sampah, ia pasti akan melancarkan sistem pelupusan tersebut.

Belon karakter kartun

Posted:

Belon karakter kartun

Belon karakter kartun

Ruang udara Central Park New York, Amerika Syarikat penuh berwarna-warni apabila belon gergasi pelbagai watak kartun popular dipamerkan untuk perarakan.

BELON Sponge Bob turut memeriahkan sambutan Hari Kesyukuran pada penghujung November lalu.


JIKA pada hari biasa, Central Park, New York, Amerika Syarikat (AS) sentiasa sibuk dengan orang yang berjalan kaki menuju ke pejabat masing-masing, namun pagi itu wajah metropolis itu bertukar rupa.

Dari hujung Jalan Central Park sehinggalah ke 6th Avenue, ribuan warga New York berkumpul seawal pukul 9 pagi dengan pakaian berwarna-warni. Mereka berada di sana sempena perarakan Hari Kesyukuran yang disambut masyarakat negara itu pada 22 November lalu. Perarakan di Central Park dianjurkan oleh rangkaian pusat beli-belah Macy.

Ia merupakan perarakan Hari Kesyukuran kedua tertua di AS kerana sambutan itu memasuki tahun yang ke-86. Walaupun susur galur Hari Kesyukuran bermula sejak ratusan tahun lalu kerana agama, namun hari ini ia lebih kepada komersial dan hari cuti untuk bersama keluarga.

SAMBUTAN Hari Kesyukuran yang ke-86 lebih kepada hari cuti untuk bersama keluarga.


Perarakan Hari Kesyukuran Macy ke-86 selama tiga jam itu melibatkan kereta berhias, pasukan pancaragam, persembahan artis, perarakan pasukan beruniform dan banyak lagi.

Namun, ternyata mata pengunjung tidak hanya tertumpu kepada pasukan perarakan di jalan raya sahaja. Pada kebanyakan masa, masing-masing mendongak ke atas kerana ratusan belon gergasi turut berarak serentak.

Uniknya, belon gergasi tersebut mewakili pelbagai karakter kartun, super hero atau watak popular bukan sahaja di AS bahkan di seluruh dunia.

Menariknya, setiap belon yang dipasang di udara lokasi perarakan tidak boleh dipasang sesuka hati. Ini kerana setiap tahun pihak penganjur hanya melulus beberapa watak sahaja untuk dipasang setiap tahun.


RUANG udara di Central Park, New York meriah dengan pelbagai watak kartun.


Pemilihan mengenai karakter atau watak belon yang akan dipasang di udara sudah tentunya berdasarkan populariti dalam kalangan masyarakat AS terutamanya kanak-kanak.

Tahun ini hanya lima karakter baharu diperkenalkan iaitu Hello Kitty (edisi kedua), Papa Smurf, The Elf, Kaws's dan Happy Dragon (edisi kedua).

Antara watak lain yang menjadi tarikan kanak-kanak termasuklah Spiderman, Pikachu, Shrek, Super Sonic, Mickey Mouse, Yogi Bear dan banyak lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


TRG anjur konvoi ke JKM Dungun

Posted:

TRG anjur konvoi ke JKM Dungun

TRG anjur konvoi ke JKM Dungun


AHLI-AHLI TRG menyampaikan cek kepada JKM Terengganu di Bandar Al-Muktafi Billah Shah baru-baru ini.


PRIHATIN. Kelab Pemilik Goldwing Terengganu (TRG) menganjurkan Program Konvoi Jejak Prihatin ke Rumah Ehsan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu baru-baru ini.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah menziarahi golongan kurang bernasib baik dan melakukan kerja-kerja amal seperti membersihkan kawasan rumah kebajikan.

Selain itu, konvoi yang disertai 20 pemilik motosikal berkuasa tinggi itu turut menghulurkan sumbangan wang tunai RM1,800 kepada kepada rumah kebajikan tersebut.

Sunway Carnival lancar sambutan Hari Krismas

Posted:

Sunway Carnival lancar sambutan Hari Krismas

Sunway Carnival lancar sambutan Hari Krismas


HENG WAH (kanan) bersama watak Santa Claus memberikan hadiah kepada kanak kanak sebagai gimik pelancaran sambutan Hari Krismas di Seberang Jaya baru-baru ini.


HARI NATAL. Sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember, pusat beli-belah Sunway Carnival, Seberang Jaya, Pulau Pinang melancarkan sambutan perayaan itu baru-baru ini.

Pengurusnya, Chow Heng Wah berkata, bagi memeriahkan sambutan perayaan itu, pihaknya telah menghiasi persekitaran pusat beli-belah itu dengan pelbagai dekorasi dan elemen yang menepati tema sambutan perayaan itu.

Selain itu, katanya, sebagai menghargai sokongan pengunjung, pusat beli-belah yang sama turut menawarkan potongan harga sehingga 70 peratus terhadap pelbagai barangan yang dijual.

Penduduk Siam terima bantuan makanan

Posted:

Penduduk Siam terima bantuan makanan

Penduduk Siam terima bantuan makanan


TENGKU Zainol Rashid menyampaikan sumbangan kepada Ekeim di Kampung Charuk Tenang, Sik baru-baru ini.


PRIHATIN. Seramai 54 penduduk berketurunan Siam di Kampung Batu Seketul dan Charuk Tenang menerima bantuan berupa beras dan makanan pada Program Menjunjung Kasih anjuran Persatuan Kerabat Diraja Kedah (Kerabat) di Kampung Charuk Tenang, Sik, Kedah baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Batu Seketul, Ekeim Perak Sed berkata, bantuan diberi kepada penduduk begitu bermakna kerana mereka adalah golongan warga emas, orang kelainan upaya dan ibu tunggal.

Yang Dipertua Kerabat, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, sebelum ini, bantuan juga telah diberi kepada penduduk Charuk Padang dan Kalai.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Varian terbaharu Lamborghini

Posted:

Varian terbaharu Lamborghini

Varian terbaharu Lamborghini

Oleh SHAWKATH AZDE

KUNJUNGAN Ferruccio Lamborghini ke ladang ternakan lembu Don Eduardo Miura di Seville di Sepanyol pada 1962 melahirkan keterujaan terhadap keagungan haiwan tersebut.

Ladang tersebut bukannya menternak lembu susu atau daging, tetapi lembu laga yang bakal bertemu matador dalam gelanggang.

Ferruccio menjadikan imej lembu mara pada lambang kenderaan supercar mewah, apa lagi jika bukannya Lamborghini.

Automobili Lamborghini S.p.A. (Automobili Lamborghini) ditubuhkan pada 1963 di Sant'Agata Bolognese, sebuah perkampungan kecil antara Bologna dan Modena di Itali.

Sejak itu, hampir kesemua model Lamborghini menggunakan nama lembu atau berkait rapat dengan sukan tersebut.


BUMBUNG yang diperbuat daripada gentian karbon seberat enam kilogram boleh ditanggalkan secara manual.


Contoh mudah, kereta keluaran Lamborghini kedua dinamakan Miura. Bagi Jalpa, Uracco dan Gallardo, ia berasal daripada jenis baka lembu.

Jarama pula ialah wilayah sukan laga lembu. Espada dan Estoque datangnya dari pedang matador.

Model-model lain Lamborghini turut menggunakan nama lembu seperti Murcielago, Reventon, Islero dan Diablo.

Automobili Lamborghini terpaksa mengharung laluan sukar dalam industri. Ia pernah bertukar tangan beberapa kali selepas tahun 1980.

Pengeluar kenderaan Amerika Syarikat (AS), Chrysler pernah menguasai sepenuhnya saham Lamborghini. Selepas itu, Automobili Lamborghini dibeli oleh syarikat dari Indonesia (Sedtco Group) dan Malaysia (Mycom Bhd.).

Mycom Bhd. (kini dikenali sebagai Dutaland Bhd.) pernah menguasai 40 peratus saham Automobili Lamborghini sebelum melupuskan pegangannya pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 1999. Tauke terakhir Lamborghini ialah Audi AG.


Informasi jentera dipamerkan menerusi skrin digital yang serba warna-warni.


Meneruskan tradisi

Jentera terbaharu keluaran kilang Automobili Lamborghini ialah Aventador. Ia dihasilkan bagi menggantikan Murcielago yang telah berada di pasaran sejak sepuluh tahun lalu.

Aventador (dinamakan sempena seekor lembu) kini menjadi model utama Lamborghini. Penampilan sulungnya dibuat sewaktu Geneva Motor Show 2011.

Sejak diperkenalkan, sebanyak 1,300 buah sudah menemui pemiliknya. Tempoh menunggu pula adalah selama 18 bulan.

Percaya atau tidak, Malaysia tersenarai antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan Aventador Roadster.

Untuk makluman, pengedar rasmi tunggal jentera Lamborghini di Malaysia ialah JH Italia Sdn. Bhd. (JH Italia). Jika Mac tahun lalu menyaksikan kemasukan Aventador coupe, minggu lalu, Aventador LP 700-4 Roadster pula tiba di negara ini.

Selepas Miami, AS, Aventador Roadster dipertontonkan di Singapura diikuti Malaysia, Thailand, Jepun, China dan Hong Kong.

Setelah beberapa hari dipertontonkan, sudah ada lima tempahan diterima untuk jentera dua tempat duduk itu.

Bayaran pendahuluan ialah RM200,000 seunit. Penghantaran pula dijadual bermula pada pertengahan 2013.

Sasaran JH Italia adalah untuk memperoleh tempahan sebanyak lapan unit Aventador Roadster menjelang akhir tahun ini.


ENJIN roadster Aventador berupaya menghamburkan kuasa 700hp dan mencapai kelajuan 100 kilometer sejam dalam tempoh tiga saat sahaja.


Sejak beroperasi lapan tahun lalu, JH Italia sudah menjual lebih 100 unit Lamborghini.

Ketua Pegawai Operasi JH Italia, Marcus Chye memberitahu, kira-kira 700 unit Aventador dihasilkan setahun.

"Kilang Sant'Agata Bolognese hanya menghasilkan sekitar 2,000 unit pelbagai model Lamborghini setiap tahun.

"Secara purata, hanya 3 hingga empat kereta Lamborghini dihasilkan setiap hari," katanya selepas majlis pratonton Aventador Roadster di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Aventador menduduki tangga teratas dalam segmen enjin V12 global dari segi ledakan kuasa dan tempoh pecutan.

Apa yang unik mengenai roadster itu ialah kerangka monokok jentera berkenaan diperbuat daripada gentian karbon.

Ia membantu mengurangkan berat Aventador Roadster, pada masa sama meningkatkan ketegaran badan, pengendalian dan aspek keselamatannya.

Roadster memiliki beberapa perbezaan jika dibandingkan dengan varian coupe.

Antaranya, bumbung jenis gentian karbon yang boleh ditanggalkan secara manual dan garisan geometrik pada bumbung enjin.

Selain itu, penggunaan cermin berbentuk heksagon pada bahagian penutup enjin membantu proses penyejukan enjin, mengalirkan air hujan secara sistematik dan membantu alunan irama enjin.

Jentera dengan anggaran harga

RM3 juta itu dilengkapi sistem start/stop dan menjadi kereta supersport pertama dilengkapi ciri berkenaan.

Jaminan diberikan ialah selama tiga tahun dan jadual penyelenggaraan berjadual setiap 12,000 kilometer.

Boon Siew Honda perkenalkan Integra

Posted:

Boon Siew Honda perkenalkan Integra

Boon Siew Honda perkenalkan Integra


REKA bentuk jentera terbaharu Boon Siew Honda ini memang tidak konvensional.


SELEPAS Honda Integra dipertontonkan pada MotoXpo Show & Conference Kuala Lumpur 2012 (MotoXpo KL 2012) di ibu negara pada Februari lalu, ia menimbulkan tanda tanya sama ada jentera berkenaan bakal memasuki pasaran Malaysia atau sebaliknya.

Persoalan itu terjawab apabila Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) mengumumkan bahawa Integra kini ditawarkan kepada pengguna tempatan. Penantian itu ternyata berbaloi kerana jentera dua roda terbaharu itu memiliki keunikan tersendiri.

Integra ditujukan khas kepada peminat motosikal yang mahu memiliki sebuah jentera dengan dua gabungan sifat berbeza iaitu prestasi motosikal konvensional dan pengendalian sebuah skuter.


SUIS kawalan pada hendal mudah untuk dioperasi.


Jentera itu menggunakan khidmat enjin dwi silinder selaras 670cc. Ia turut dipasang sistem penyejukan cecair yang dipadankan dengan transmisi dwi klac generasi kedua Honda.

Integra dilengkapi kotak gear enam kelajuan jenis automatik, tetapi penukaran gear juga boleh dibuat secara manual.

Tiga mode tunggangan disediakan iaitu manual (MT), automatik (AT) dengan dua tetapan iaitu tunggangan sport (S) dan tunggangan dalam bandar atau lebuh raya (D).

Berhubung penggunaan petrol, Integra dikatakan cukup menjimatkan kerana ia mampu menawarkan jarak perjalanan sejauh 27.9 kilometer (km) bagi setiap liter petrol.

Kuasa maksimum yang mampu dijana adalah sebanyak 38.1kW @ 6,250rpm dan tork 62Nm @ 4,750 rpm.

Bagi memastikan keseronokan dan keselesaan tunggangan, tugas itu diserahkan kepada sistem suspensi jenis teleskopik 41 milimeter hadapan dan peredam penyerap tunggal Sistem Multi Aksi Honda (HMAS) untuk roda belakang dengan konfigurasi Pro-Link.

Rim aloi tekanan tinggi berukuran 17 inci dibalut dengan tayar lebar berukuran 170/70 di hadapan dan 160/60 (belakang). Teknologi Gabungan ABS (C-ABS) dan sistem brek antikunci mengimbangi kuasa membrek, sekali gus membantu untuk memberhentikan jentera dengan baik.


INTEGRA turut hadir dengan kotak penyimpanan barang.


Integra didatangkan dalam pilihan warna hitam, putih, biru dan merah. Harganya, RM64,688 seunit (di atas jalan). Ia turut hadir bersama jaminan selama dua tahun atau jarak perbatuan sejauh 20,000km.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Dua penjenayah London dibebas tanpa alasan

Posted:

Dua penjenayah London dibebas tanpa alasan

Dua penjenayah London dibebas tanpa alasan

KAFUNDA (kiri) dan Donovan (kanan) selepas dibebaskan daripada sabitan kesalahan merompak dan mencederakan Asyraf (gambar kecil) di London kelmarin.


LONDON - Mahkamah Rayuan Britain kelmarin menggugurkan sabitan terhadap dua lelaki yang sebelum ini didapati bersalah oleh sebuah mahkamah rendah kerana merompak pelajar Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 21, pada 8 Ogos tahun lalu ketika rusuhan di sini, menurut beberapa laporan.

John Kafunda, 23, dari Ilford dan Reece Donovan, 25, dari Romford dibebaskan selepas mereka membuat rayuan berhubung keputusan Hakim James Patrick di Mahkamah Mahkota Wood Green pada Mac lalu.

Ekoran keputusan itu, Kafunda dihukum penjara empat tahun dan tiga bulan manakala Donovan dihukum lima tahun penjara kerana turut merompak pasar raya Tesco.

Mereka dikesan merompak dan melakukan perbuatan ganas terhadap Asyraf menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Imej yang menunjukkan dua lelaki menyerang Asyraf di Barking, timur London telah ditonton berjuta-juta orang di laman YouTube.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Rayuan, Adrian Bruce Fulford dan Michael Bean memutuskan untuk membebaskan Kafunda dan Donovan secara terbuka walaupun pendengaran kes itu diadakan secara tertutup.

Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British, kedua-dua hakim itu akan memberitahu alasan mereka membebaskan penyerang Asyraf itu pada tarikh lain.

Ketika kejadian, Asyraf baru tiba sebulan di Britain untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan.

Dalam imej itu, Kafunda berpura-pura membantu Asyraf yang cedera di muka setelah ditumbuk seorang lagi perusuh, Beau Isagba, 17, sebelum mencuri basikal miliknya.

Isagba dihukum penjara tujuh tahun kerana menumbuk dan mencuri basikal Asyraf.

Semasa kejadian, Asyraf dalam perjalanan ke rumah rakannya untuk berbuka puasa.

Bagaimanapun, ketika Kafunda berpura-pura membantu Asyraf, Donovan mencuri alat Sony Playstation dan 10 permainan bernilai RM1,519 dari dalam beg mangsa.

Rusuhan itu berpunca daripada bantahan penduduk kulit hitam terhadap kematian suspek penjenayah, Mark Duggan, 29, yang ditembak polis.

Sebelum ini, Kafunda dan Donovan menafikan mereka adalah lelaki dalam rakaman CCTV tersebut.

Semasa perbicaraan berlangsung, Kafunda memberitahu, dia sejuta peratus pasti lelaki dalam CCTV bukan dirinya.

Sementara itu, pihak pendakwa raya tidak akan mengemukakan permohonan perbicaraan semula ekoran keputusan itu.

Menurutnya, isu yang dibangkitkan dalam rayuan tersebut berkaitan dua saksi pendakwa yang identiti mereka tidak didedahkan semasa perbicaraan berlangsung Mac lalu.

"Permohonan kami untuk kedua-dua saksi tersebut (memberi keterangan) dalam perbicaraan telah dibenarkan oleh hakim. Saksi-saksi berkenaan enggan memberikan bukti jika permohonan untuk melindungi identiti tidak diberikan.

"Mahkamah Rayuan telah menggugurkan sabitan tersebut disebabkan (hakim mahkamah lebih rendah) membenarkan permohonan tersebut (melindungi identiti saksi)," katanya.

Asyraf mengalami kecederaan teruk sehingga mengakibatkan plat dan pin logam rahangnya termasuk dimasukkan di mukanya. - Agensi

Ibu Asyraf terkejut lelaki pukul anaknya dilepas

Posted:

Ibu Asyraf terkejut lelaki pukul anaknya dilepas

Ibu Asyraf terkejut lelaki pukul anaknya dilepas

KUALA LUMPUR - Ibu pelajar yang diserang dan dirompak semasa rusuhan di London, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 21, terkejut apabila mengetahui dua lelaki yang didapati bersalah menyerang anaknya dilepaskan oleh mahkamah.

Maznah Abu Mansor, 48, berkata, dia tidak dapat mengulas isu tersebut kerana belum mendapat maklumat lanjut mengenainya.

"Saya tidak mahu buat apa-apa andaian. Tentu mahkamah ada alasan mengapa keputusan membebaskan mereka diambil," katanya ketika dihubungi di Bandar Baru Ampang dekat sini semalam.

Katanya, Asyraf berada dalam keadaan baik dan kini sibuk dengan pengajian tahun tiga bidang perakaunan di Kaplan College, London.

Tambahnya, dia tidak pasti anaknya tahu tentang keputusan mahkamah tersebut.

"Saya akan hubungi dia hujung minggu ini kerana saya tidak mahu ganggu dia sekarang sebab dia sibuk dengan kuliah," tambahnya.

Mahkamah Rayuan Britain kelmarin menggugurkan sabitan terhadap dua lelaki yang sebelum ini didapati bersalah oleh sebuah mahkamah rendah kerana merompak Asyraf pada 8 Ogos tahun lalu ketika rusuhan di kota London.

John Kafunda, 23, dari Ilford dan Reece Donovan, 25, dari Romford dibebaskan selepas mereka membuat rayuan berhubung keputusan Hakim James Patrick di Mahkamah Mahkota Wood Green pada Mac lalu.

Kilang Lynas mulakan operasi awal

Posted:

Kilang Lynas mulakan operasi awal

Kilang Lynas mulakan operasi awal

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


KENDERAAN berat keluar masuk ke kilang Lynas yang
memulakan operasinya di Gebeng, Kuantan semalam.


KUANTAN - Kilang Lynas yang memproses bijih nadir bumi di Gebeng di sini memulakan operasinya secara rasmi semalam.

Pengarah Urusan Lynas Malaysia, Datuk Mashal Ahmad menjelaskan, pihaknya masih dalam peringkat awal pelarasan sistem dan belum beroperasi sepenuhnya.

"Bahan mentah untuk dijadikan nadir bumi telah dimasukkan ke dalam loji tetapi kita masih melakukan percubaan dan pelarasan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tinjauan di pintu masuk kilang berkenaan mendapati beberapa kenderaan berat dan ringan keluar masuk dari kawasan kilang.


SALAH satu tempat memproses sisa nadir bumi di kilang Lynas
di Gebeng, Kuantan.


Mashal berkata, pada masa ini, seramai 500 pekerja warga tempatan sudah memulakan tugas.

"Kita membawa masuk kira-kira 2,000 tan metrik bahan mentah ke sini untuk diproses. Apabila dapat beroperasi secara berterusan kelak, produk nadir bumi ini dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 45 hari," ujarnya.

Pada 8 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan tiga penduduk bandar ini untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) Lynas Advanced Material Plant.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tiga mata jadi buruan

Posted:

Tiga mata jadi buruan

Tiga mata jadi buruan

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my

PEMAIN-PEMAIN Harimau Malaya menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. Mereka membuat persiapan untuk menghadapi Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.


"SAYA menghormati kekuatan Indonesia tetapi saya hanya memikirkan kemenangan (malam ini)."

Tolong kawal emosi - Subahan

Posted:

Tolong kawal emosi - Subahan

Tolong kawal emosi - Subahan

NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Subahan Kamal berharap para penyokong fanatik skuad negara akan mengawal emosi menjelang perlawanan 'panas' antara Harimau Malaya dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Subahan yang juga pengurus pasukan Harimau Malaya berkata, berdasarkan rekod dan pengalaman lalu, pertembungan hangat itu sering melibatkan emosi penyokong kedua-dua negara.

Beliau berharap penyokong Harimau Malaya dapat mengawal perasaan ketika menyaksikan persembahan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu.

"Selaku Naib Presiden FAM dan pengurus Harimau Malaya, saya menyeru dan memohon penyokong-penyokong Malaysia keluar beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan.

"Pada masa sama, saya juga menyeru dan memohon agar tidak terlalu mengikut emosi atau taksub sehingga kita mengkritik serta menghina penyokong pasukan lawan dengan panggilan yang tidak sepatutnya.

"Saya harap mereka tidak menimbulkan suasana yang tidak diingini terutamanya melibatkan emosi yang tidak baik. Sebagai penyokong dan rakyat Malaysia, kita harus menunjukkan budaya sopan-santun.

"Ia adalah sebagai satu budaya baik untuk menyambut tetamu kerana kita beraksi sebagai tuan rumah kejohanan," katanya.

Nil Maizar 'kunci mulut'

Posted:

Nil Maizar 'kunci mulut'

Nil Maizar 'kunci mulut'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my


NIL MAIZAR tidak menolak kemungkinan untuk menggugurkan Bambang Pamungkas dan Irfan Harrys Bachdim pada aksi menentang Malaysia malam ini.


SIKAP 'mengunci mulut' menjadi pendekatan pengendali Indonesia, Nil Maizar menjelang pertemuan menentang Malaysia pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Biarpun diasak media Indonesia mengenai barisan pemainnya yang bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama Sang Garuda malam ini, Nil Maizar sekadar berteka-teki.

Lebih mengejutkan, Nil Maizar juga tidak menolak kemungkinan untuk menggugurkan Bambang Pamungkas dan Irfan Harrys Bachdim ketika berdepan Malaysia malam ini meskipun kedua-dua pemain itu cukup 'masak' dengan corak permainan skuad negara kerana mereka pernah beraksi pada final edisi 2010.

"Bambang dan Irfan memiliki pengalaman berdepan Malaysia tetapi saya hanya akan menurunkan skuad yang terbaik.

"Tidak mustahil kedua-duanya bakal diketepikan (malam ini)," katanya pada sidang akhbar di Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan semalam.

Pada masa sama, Nil Maizar juga masih belum membuat keputusan sama ada mahu menurunkan Wahyu Tri Nughoro sebagai penjaga gawang sebaik kehadiran semula penjaga gol utama, Endra Prasetya yang dilayangkan kad merah semasa berdepan Laos pada aksi pembuka tirai kumpulan, Ahad lalu.

"Kami memiliki kedua-dua penjaga gol yang bagus. Jadi, tunggu dan lihat siapa yang akan diturunkan," katanya.

Begitupun, Nil Maizar mengakui bakal merombak benteng pertahanan sebaik kehilangan Wahyu Wijiastanto yang digantung satu perlawanan akibat mengutip dua kad kuning.

"Saya percaya, kehilangan Wahyu mampu diisi seorang lagi pemain pertahanan, Handi Ramdhan bagi menyerap asakan jentera serangan Malaysia.

"Saya juga tidak menolak kemungkinan tuan rumah bakal mempamerkan corak permainan kasar (malam ini) kerana kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk mara lebih jauh.

"Sejujurnya, saya tidak dapat menjanjikan kemenangan (kepada rakyat Indonesia).

"Cuma, saya harap pemain dapat beraksi bersungguh-sungguh dan selebihnya terserah kepada Tuhan yang menentukan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Berlumba untuk gaya hidup sihat

Posted:

Berlumba untuk gaya hidup sihat

Berlumba untuk gaya hidup sihat

Rakyat Malaysia berusia 18 hingga 65 tahun mempraktikkan gaya hidup sihat melalui pertandingan AXA AFFIN Health for Life AXN Big Challenge.

Salah seorang peserta final wanita tidak berputus asa menempuh salah satu cabaran yang sukar.


BERPEGANG kepada misi untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kepentingan hidup sihat, AXA AFFIN Health for Life AXN Big Challenge yang diadakan baru-baru ini berjaya menarik minat seramai 1,438 peserta.

Kelompok individu pelbagai lapisan masyarakat berusia 18 hingga 65 tahun itu tampil untuk menguji tahap fizikal dan mental mereka di samping memantapkan pengetahuan mengenai pemakanan berkhasiat bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Acara tersebut diadakan di tiga buah lokasi baru-baru ini iaitu Paradigm Mall, Kelana Jaya (Zon Tengah), KSL City Mall, Johor Bahru (Zon Selatan) dan Straits Quay Mall, Pulau Pinang (Zon Utara).

Para peserta di setiap lokasi kelihatan bersemangat untuk mengetahui apakah halangan yang perlu diatasi mereka dalam pertandingan itu.

Antara cabaran yang perlu ditempuhi mereka termasuklah halangan bertayar, memanjat dinding, bergayut pada monkey bar dan memanjat menggunakan tali.

Bagi kategori lelaki pemenang pertama di ketiga-tiga lokasi ialah Khairul Hafiz Abu Hassan (Zon Tengah), Abdul Qayum Abdul Jalani (Zon Selatan) dan Muhammad Irwan Yusuf Abdullah (Zon Utara).


ENG HOE merupakan peserta paling senior yang menyahut cabaran AXA AFFIN Health for Life AXN Big Challenge di Pulau Pinang.


Bagi kategori wanita pula pemenang tempat pertama pula disandang Sarah Gayle Lee (Zon Tengah), Lim Pei Shan (Zon Selatan) dan Wann Iryani Arifin (Zon Utara).

Menurut Sarah Gayle, baginya erti sebenar menikmati hidup ialah sihat dan gembira.

"Amalkan kehidupan yang sihat dan sentiasa ceria, itulah cara saya melihat Health for Life," ujar wanita ceria yang berusia 25 tahun itu.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga kategori lelaki di Kuala Lumpur, Idzafar Omar, 35 menyifatkan Health for Life yang menjadi slogan pertandingan memberi makna hidup bebas daripada penyakit.

"Jaga diri dengan mengamalkan diet atau pemakanan seimbang dan sentiasa bersenam," katanya.

Sejumlah wang tunai bernilai RM84,000 telah ditawarkan sebagai hadiah bagi pemenang-pemenang di tiga buah negeri. Pemenang tempat pertama menerima RM8,000, tempat kedua, RM4,000 dan tempat ketiga sebanyak RM2,000.

Paling mencabar

Pemenang pertama kategori wanita dari Johor Bahru, Pei Shan memberitahu, cabaran akhir paling sukar untuknya.

"Cabaran-cabaran lain boleh diatasi dengan keseimbangan, koordinasi dan stamina yang tinggi.

"Bahagian mendaki di cabaran akhir memerlukan saya menggunakan sepenuhnya kekuatan dan tenaga. Hanya keazaman dan kekuatan semangat berjaya mencetus kemenangan saya," ujarnya.

Wanita berusia 21 tahun yang gemarkan aktiviti mendaki itu menggalakkan golongan muda untuk menyertai aktiviti fizikal seperti AXA AFFIN AXN Big Challenge yang membantu memberikan keyakinan dan menjaga kesihatan fizikal.


KETUA Pegawai Eksekutif, AXA Affin Life Insurance Berhad, Loke Kah Meng (kiri) dan Pengarah Jualan Iklan Saluran SPE Network Asia, Lawrence Ng (kanan) menyampaikan hadiah replika RM8,000 kepada pemenang tempat pertama kategori wanita di Kuala Lumpur, Sarah Gayle.


"Apabila melihat kepada cabaran-cabaran perlu dilalui, anda pasti berasa ia sesuatu yang mustahil dan sukar untuk dilaksanakan.

"Sebaik sahaja anda berjaya melepasinya, anda akan bangga dengan diri sendiri," jelasnya.

Peserta emas

Sementara itu, ternyata faktor usia bukan penghalang bagi peserta paling senior, Lim Eng Hoe, 65, yang menyertai AXA AFFIN AXN Big Challenge di Pulau Pinang.

Walaupun Eng Hoe tidak dapat memasuki Cabaran Akhir, dia masih berpuas hati dengan prestasi keseluruhannya.

"Senaman merupakan salah satu rejim kesihatan saya selain mengekalkan diet terkawal dan sihat. Jenis senaman yang kerap saya lakukan ialah berlari di treadmill, angkat berat dan berbasikal. Ia merupakan rutin senaman harian sebagai persediaan memasuki pertandingan ini," ujarnya.

Selain cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi, pemeriksaan kesihatan percuma juga disediakan sepanjang acara berlangsung bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan pengunjung.

Pengunjung juga dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan di gerai yang disediakan AXN.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Iran pamer kapal selam

Posted:

Iran pamer kapal selam

Iran pamer kapal selam

AFP
BEBERAPA anggota tentera laut berdiri di atas kapal selam Qadir di depan sebuah hovercraft di pelabuhan Bandar Abbas, selatan Iran kelmarin.


TEHERAN - Tentera Laut Iran mempamerkan kapal selam dan hovercraft buatannya di pelabuhan Bandar Abbas di selatan negara ini kelmarin.

Sebuah stesen televisyen tempatan menunjukkan dua buah kapal selam dan dua buah hovercraft itu.

Kapal selam yang bernama Qadir itu boleh melancarkan serangan peluru berpandu dan torpedo secara serentak.

Stesen televisyen itu menyiarkan ucapan Ketua Tentera Laut Iran, Laksamana Muda Habibollah Sayyari yang menyatakan pihaknya perlu memiliki teknologi ketenteraan terbaharu untuk tujuan melindungi sempadan negara ini.

Kapal selam itu juga boleh beroperasi di kawasan perairan yang cetek.

Iran kini berdepan dengan tekanan negara-negara Barat supaya menghentikan program nuklearnya yang dibimbangi akan digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear.

Bagaimanapun, pemerintah negara ini menyatakan pro-gram tersebut bertujuan un-tuk menjana tenaga elektrik. - Agensi

Raja Arab Saudi muncul di TV

Posted:

Raja Arab Saudi muncul di TV

Raja Arab Saudi muncul di TV


REUTERS
GAMBAR yang dirakamkam dari sebuah stesen televisyen tempatan menunjukkan Raja Abdullah (kanan) berbual dengan beberapa tetamunya di Riyadh kelmarin.


JEDDAH - Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, 88, muncul di kaca televisyen negara itu kelmarin sejak pembedahan untuk memperkuatkan ligamen bahagian belakang badan baginda dibuat pada 17 November lalu.

Rakaman televisyen tersebut menunjukkan Raja Abdullah dikunjungi beberapa anggota kerabat diraja dan pegawai kerajaan di kompleks Bandar Perubatan Pengawal Kebangsaan Raja Abdullah di Riyadh.

Kestabilan Arab Saudi amat penting kerana ia merupakan negara sekutu Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai simpanan lebih daripada satu perlima minyak dunia.

Terdapat khabar angin di beberapa buah laman sosial yang menyatakan kesihatan baginda merosot sehingga menyebabkan indeks pasaran saham di negara ini jatuh pada Selasa lalu.

Raja Abdullah yang menaiki takhta pada 2005 telah melantik adindanya, Putera Salman, 76, sebagai Putera Mahkota selepas kemangkatan Putera Nayef. - Agensi

Israel dakwa pelan negara Palestin akan tertangguh

Posted:

Israel dakwa pelan negara Palestin akan tertangguh

Israel dakwa pelan negara Palestin akan tertangguh

BAITULMUQADDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan penubuhan negara Palestin akan tertangguh walaupun Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf ia sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu.

"Ia (pengiktirafan itu) tidak akan menuju ke arah penubuhan sebuah negara Palestin. Sebaliknya, ia akan melengahkan penubuhan negara itu," kata Netanyahu semalam.

Israel sebelum ini memujuk supaya negara-negara Eropah tidak menyokong usaha Palestin untuk menjadi negara pemerhati bukan anggota di PBB. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Siapkan 40 tempahan sauh dalam seminggu

Posted:

Siapkan 40 tempahan sauh dalam seminggu

Siapkan 40 tempahan sauh dalam seminggu

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

TANPA rasa gusar, bahang api arang kayu yang dibakar bagaikan sudah sebati dengan jiwa wanita berusia 55 tahun itu tatkala melembutkan batang besi dalam penghasilan sauh.

Sesekali Khatijah Mohamed pantas mengelap peluh di dahi tanpa menghiraukan percikan bara arang yang terkena pada baju kurung yang disarung pada tubuhnya sehinggakan bajunya kelihatan berlubang-lubang.

Namun, semua itu sedikit pun tidak melenturkan semangat kental ibu kepada lapan orang anak itu mengusahakan pembikinan sauh sampan dan bot kecil di sebuah bengkel kayu berdekatan laluan utama, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, dekat Kampung Rhu Dua, Marang, Terengganu.

"Saya mula berkecimpung dalam bidang pembuatan besi kira-kira 18 tahun lalu. Pada waktu itu, saya hanya melakukannya secara sambilan dengan membantu arwah suami menjalankan perniagaan menghasilkan peralatan yang diperbuat daripada besi.

"Selepas suami, Wan Abdul Khadir Wan Jusoh, 73, meninggal dunia kira-kira satu tahun setengah lalu akibat sakit tua, saya mengambil keputusan meneruskan kesinambungan warisan pembuatan peralatan besi ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Khatijah memberitahu, dia tidak pernah menjalani sebarang latihan khusus membuat sauh besi yang diusahakan bersama dua orang anaknya.

Bahkan, nenek kepada lima orang cucu itu menjelaskan, dia hanya mempelajari selok-belok pembuatan sauh besi secara tradisional melalui pemerhatian dan tunjuk ajar daripada arwah suaminya.

KHATIJAH tidak merasakan kerja-kerja membuat sauh sesuatu yang membebankan kerana ia sudah sebati dalam dirinya.


Kaedah tradisional

"Dalam penghasilan sauh besi ini, saya tidak menggunakan teknologi canggih tetapi hanya menggunakan kaedah tradisional. Saya juga menghasilkan pelbagai saiz sauh besi mengikut permintaan pelanggan-pelanggan.

"Lazimnya mereka akan memberitahu sama ada hendak sauh yang kecil, sederhana ataupun besar. Dalam tempoh satu minggu saya boleh menghasilkan kira-kira 40 sauh kecil manakala lima sauh besar," ujarnya.

Khatijah memberitahu, dia sama sekali tidak berasa kekok memilih kerjaya sebagai pembuat sauh apatah lagi sudah lama berkecimpung dalam bidang pembuatan besi.

Katanya, penduduk setempat juga tidak berasa hairan apabila wanita melakukan tugas berat itu kerana mereka sudah biasa melihat dia melakukan kerja pertukangan di dalam bengkel berkenaan. "Mungkin orang luar yang berkunjung ke bengkel ini melihat kerja pertukangan besi dilakukan wanita sesuatu baharu dan membebankan. Bagaimanapun, saya tidak merasakan ia suatu bebanan," ujarnya yang tidak lekang menguntum senyuman.

Wanita bersuara lemah-lembut itu memberitahu, terdapat beberapa proses yang perlu dilalui sebelum dapat menghasilkan sauh-sauh berkenaan.

Katanya, batang besi perlu diketuk terlebih dahulu dan dibakar bagi membentuk saiz yang sesuai untuk dijadikan sauh.

"Batang besi yang siap dipotong dan diketuk perlu dibakar dengan arang sehingga besi berwarna kemerah-merahan.

"Ia bertujuan untuk memastikan batang besi tersebut menjadi lembut agar mudah dilentur untuk dijadikan sauh," katanya.

Selepas proses tersebut, batang besi berkenaan akan diketuk dan dibentuk sehingga bengkok untuk menjadi sauh.

Semasa proses tersebut dilakukan, plat besi yang akan menjadi daun sauh akan dilicinkan mengguna peranti.

WALAUPUN pada usia 55 tahun, Khatijah mempunyai kudrat yang kuat untuk membentuk besi sauh dengan menggunakan tukul besi.


Proses mengecat

"Selepas semua proses berkenaan siap dilakukan, baru kita kimpal kesemua bahan-bahan berkenaan menjadi sebuah sauh.

"Apabila selesai, barulah sauh-sauh tersebut dicat dengan warna perang agar kelihatan kemas. Ia kemudian dikeringkan sebelum dijual kepada orang ramai," jelas beliau.

Dalam pada itu, anak ketiganya, Mohd. Hisham Ramli, 30, memberitahu, semasa proses mengetuk ia perlu dilakukan dua orang untuk memastikan ketepatan bentuk sauh berkenaan.

"Proses mengetuk memerlukan kesabaran yang tinggi kerana jika tersalah ketuk ia membuatkan sauh itu tidak sempurna.

"Selain itu, kita juga perlu mengetuk berulang kali untuk memperoleh bentuk sauh dingini," katanya yang baru berkecimpung secara serius dalam pembuatan sauh sejak dua tahun lalu.

Bagi Wan Raimi Wan Abdul Kadir, 20, pula memberitahu, lazimnya dia mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengimpal sebuah sauh besar.

"Bagi sauh bersaiz kecil pula, saya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk dikimpal. Ia nampak mudah tetapi kita perlu melakukannya dengan teliti supaya kimpalan kelihatan kemas.

"Selain itu, kita juga perlu mengukur dengan baik agar ia seimbang dalam proses mengimpal sauh ini," ujar anak keenam Khatijah itu.

Khatijah memberitahu, penjualan sauh tidak menentu memandangkan ia merupakan objek yang tahan lama.

"Kadangkala saya tidak menjual langsung sauh ini dalam masa sehari tetapi adakalanya ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.


SETELAH sesebuah sauh siap dibentuk, ia akan dicat kemas sebelum dijual kepada pelanggan.


"Bagaimanapun, pada musim tengkujuh, penjualannya kurang memberangsangkan kerana kebanyakan nelayan tidak turun ke laut untuk menangkap ikan," ujarnya.

Justeru itu, dia memberitahu, semasa musim tengkujuh sauh-sauh akan dibuat untuk dijadikan stok pada tahun hadapan.

Bagi menampung kehidupan seharian, Khatijah turut membuat peralatan lain yang diperbuat daripada besi.

"Satu ketika dahulu, sekitar tahun 90-an penjualan sauh-sauh ini begitu memberangsangkan tetapi sejak akhir-akhir ini ia agak merosot," imbau Khatijah.

Dia berkata, kebanyakan sauh-sauh buatannya dibeli oleh penduduk setempat dan kawasan sekitar Terengganu tetapi ada juga pelanggannya yang datang dari Kuantan, Pahang.

Menurutnya, kesukaran mendapat kayu untuk dijadikan arang turut menjadi cabaran kepada dirinya dalam meneruskan warisan pembuatan sauh tersebut.

"Selain itu, saya juga berdepan dengan harga besi yang tidak menentu," katanya.

Khatijah menambah, dia merancang untuk menaiktaraf dan membesarkan bengkelnya suatu hari nanti.

Beliau berharap dapat melakukan dalam masa terdekat kerana apabila hujan bengkelnya akan dimasuki air.

Dia juga tidak keberatan untuk menurunkan ilmu mengenai pembuatan sauh jika ada golongan muda yang minat mempelajarinya.

Hanya goncang dan minum

Posted:

Hanya goncang dan minum

Hanya goncang dan minum

Oleh NURUL IZZA ROSLY


ORANG ramai berpeluang merasai sendiri pengalaman membancuh minuman coklat baharu keluaran Dutch Lady.


SUASANA di pintu masuk pusat beli-belah Berjaya Times Square hari itu gamat dengan celoteh dua selebriti iaitu Nabil Ahmad dan Sharifah Shahira. Di suatu sudut lain pula kelihatan orang ramai mengerumuni lokasi permainan Biar Betul Cuba Rasa yang mengkehendaki mereka membancuh minuman coklat mengikut arahan tersedia.

Bancuhan tidak boleh dilakukan semberono kerana ia akan mempengaruhi rasa sebenar minuman berzat coklat keluaran pertama Dutch Lady Malaysia itu.

Bagi membuktikan ia mudah dibancuh, para peserta akan mengikut arahan promoter bertugas supaya mereka dapat menghasilkan rasa minuman coklat sebenar.

Masing-masing sibuk meletakkan empat sudu serbuk minuman coklat Dutch Lady ke dalam satu bekas khas kemudian menambah 200 mililiter (ml) air panas dan menggoncangkannya hingga sebati.

Penyediaannya sangat mudah hingga ia boleh dibancuh kurang daripada seminit.

Hari itu, suasana majlis pelancaran serbuk minuman berzat coklat Dutch Lady bertambah meriah kerana orang ramai yang lalu-lalang berpeluang menikmati minuman coklat baharu Dutch Lady secara percuma.

Ketika masing-masing menikmati hidangan minuman percuma sambil menonton tayangan video The Journey Of Green Truck, hadirin dikejutkan dengan kemunculan tersebut di hadapan mereka tidak lama kemudian tanda gimik pelancaran.


ANJA HENZE (kiri) bersama Pengurus Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Ramjeet Kaur bergambar di hadapan trak promosi minuman coklat Dutch Lady.


Trak promosi

Sebelum ini, beberapa trak promosi telah dihantar ke beberapa kawasan strategik agar lebih ramai orang dapat menikmati minuman lazat tersebut melalui pemberian sampel.

"Ini merupakan kali pertama kami meneroka segmen minuman berzat coklat dan ia amat membanggakan apabila melihat golongan kanak-kanak dan dewasa menikmati minuman coklat Dutch Lady.

"Produk ini dirumus khas untuk memenuhi cita rasa pengguna di Malaysia. Setelah kaji selidik yang mendalam dijalankan, minuman coklat Dutch Lady telah dirumus dengan campuran coklat dan susu yang tepat," kata Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia, Anja Henze.

Berlandaskan moto Keenakan Coklat Dengan Kelebihan Susu, minuman berzat coklat khas untuk dinikmati seisi keluarga menjanjikan pengalaman istimewa.

Dengan gaya penyediaan EzyMix, pengguna hanya perlu menggunakan air panas untuk jamuan yang menyenangkan atau menambah kiub ais untuk minuman sejuk yang menyegarkan.

Selain bahan-bahan utama iaitu susu tepung dan koko, minuman coklat Dutch Lady juga diperkaya dengan Omega 3 dan 6, mineral seperti kalsium, protein dan lebih daripada lapan jenis Vitamin B (Vitamin B-Kompleks).


BETAPA mudahnya membancuh minuman coklat Dutch Lady sehingga kanak-kanak mampu melakukannya sendiri.


Semua ramuan tersebut dapat membantu badan menjadi lebih bertenaga dan minda lebih fokus, berlandaskan rasa enak coklat yang tidak terhingga. Ia merupakan lonjakan sempurna untuk membina badan yang sihat dan minda yang cerdas.

"Anak-anak saya suka coklat dan produk ini telah menjadi satu keperluan harian yang penting kepada kami sekeluarga kerana ia merupakan minuman yang sihat buat seisi keluarga.

"Tambahan pula, ia cukup mudah untuk disediakan sendiri oleh anak-anak saya mahupun untuk adik-adiknya," kata Sharifah Shahira.

Minuman coklat Dutch Lady didatangkan dengan dua saiz iaitu pek 350 gram dan 900 gram pada harga RM8 dan RM17.90.

Pengunjung pada hari itu bukan sahaja berpeluang mencuba produk minuman baharu itu, malah boleh melakukan aktiviti santai di beberapa sudut khas disediakan iaitu sudut fotografi dan sudut jaringan bola keranjang yang mengujakan.

Pada akhir pelancaran tersebut, tiga wakil media dipilih untuk menyempurnakan satu cabaran iaitu The Best Shake Ever.

Mereka perlu menggoyangkan badan mengikut rentak muzik popular masa kini iaitu Gangnam Style.

Pelbagai aksi dipertontonkan berjaya mencuit hari wakil-wakil media yang menjadi penonton setia. Antaranya gaya ala Wong Fei Hong, tarian Gangnam Style dan gaya gelek Datuk M. Daud Kilau.

Aksi yang berlanjutan selama beberapa minit itu membuatkan sorakan penonton selaku juri sebulat suara memilih wartawan meja ekonomi Kosmo!, Fahami Ahmad selaku juara sekali gus melayakkannya membawa pulang hadiah istimewa berupa sebuah basikal.

Membina kembali kebahagiaan

Posted:

Membina kembali kebahagiaan

Membina kembali kebahagiaan


RAMAI yang memohon maaf, tetapi tidak ramai yang berterus terang mengenai kesilapan yang pernah dilakukannya.


SETIAP kali berdepan dengan klien, tidak kira suami atau isteri yang memohon nasihat untuk membina semula kebahagiaan rumah tangga yang tercalar dek kesilapan pasangan, hanya satu pesan saya. Tutup buku lama dan mulakan buku baharu.

Rata-rata pasangan menerima pesanan tersebut dengan satu soalan: Bagaimana mahu mengembali kepercayaan pasangan sedangkan kesilapan pasangan sebelum ini masih jelas dalam ingatan?

Jawapannya hanya dua: Pertama, maafkan dengan ikhlas, kedua, kembali percaya.

Maafkan dengan ikhlas

Maaf merupakam perkara yang mudah disebut walau ramai juga yang payah melafazkannya. Persoalannya bukan payah atau mudah disebut, tetapi keikhlasan anda dalam memohon dan memberi maaf.

Ramai yang memohon maaf, tetapi tidak ramai yang berterus terang mengenai kesilapan yang perlu dimaafkan.

Ramai juga yang mengakui memberi maaf tetapi maaf yang diberi hanya dimulut, bukan lahir daripada hati.

Praktikkan untuk memberi maaf daripada hati yang ikhlas. Maafkan sepenuh hati. Jika anda mampu memberi maaf dengan ikhlas dan sepenuh hati, anda tidak akan rasai pedih, biar segala kisah lalu yang melukakan anda masih kekal dalam ingatan.

Kembali percaya

Kalau masih kekal dalam ingatan, bagaimana untuk kembali percaya?

Sebenarnya tidak perlu melupakan segala kisah lama yang membuatkan anda menderita.

Memang sukar melupakan setiap detik yang dilalui dalam kehidupan kita. Saat gembira, detik kecewa, pengalaman manis dan tragedi pahit akan tetap kekal dalam ingatan.

Ramai yang berusaha untuk melupakan cerita kecewa dan duka tetapi hampa. Ia tetap kekal malah bertambah segar.

Saya pernah kongsikan usaha anda untuk melupakan sesuatu sebenarnya akan membuatkan anda terus mengingati perkara tersebut.

Ingat lawannya lupa. Ia berpunca daripada satu sumber iaitu minda anda.

Anda tidak mungkin dapat melupakan dalam usaha melupakan kerana ia satu proses untuk menambah ingatan terhadap perkara tersebut.

Jalan terbaik ialah biarkan saja ingatan itu kekal. Apabila ia mengganggu emosi anda, segera ubah situasi, tukarkan fokus anda kepada perkara lain. Jangan dilayan ingatan tersebut.

Lupuskan bukti kenangan lama

Paling penting, buang segala bukti kenangan lama yang memedihkan. Mungkin gambar, e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau apa sahaja.

Ingat, apabila anda bersedia untuk memulakan hidup baharu dengan pasangan anda, mulakan betul-betul bakar terus buku lama biar menjadi abu.

Masalah yang kerap dihadapi ialah ada tindakan tertentu yang dilalui bersama pasangan merupakan perkara yang mungkin membangkitkan luka lama.

Jika berdepan dengan situasi seperti ini, baliklah kepada peraturan pertama, maafkan dengan sepenuh hati. Perit memang diakui, tetapi berilah peluang kepada pasangan anda malah peluang buat diri anda sendiri.

Pasangan anda manusia, anda juga manusia yang masing-masing tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Cinta membuatkan manusia terpedaya, nafsu pula membuatkan manusia buta.

Siapa yang menyelamatkan bukan penentu hala tuju masa depannya, Allah masih memberinya peluang dan harapan.

Lantas, kenapa kita sesama manusia enggan memberikan peluang dan harapan yang sama? Hebatkah anda kerana tidak duduk dalam kasutnya, melakukan kesilapan yang pernah dilakukannya?

Jangan berbangga. Mereka yang berada di dalam penjara kerana kesalahan jenayah mungkin lebih baik daripada kita.

Sedarlah, mereka yang pernah melakukan kesilapan kemudian sedar mengenai kesilapan tersebut seterusnya insaf dan bertaubat lebih mulia berbanding mereka yang tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan dosa kepada Allah SWT tidak kiralah dosa kecil ataupun besar.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved