Isnin, 5 Mei 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ketajaman tulisan seorang ulama

Posted:

Ketajaman tulisan seorang ulama

Ketajaman tulisan seorang ulama

MENGUNGKAP nama penulis prolifik dari seberang ini membuatkan setiap penggemarnya terimbas kembali tulisan beberapa novel mengenai liku-liku dua hati yang dipaksa berpisah dek kerana menurut adat keluarga.

Ceritera kemelaratan cinta itu dirungkai penuh hemat dan kritis menerusi dua mahakarya Haji Abdul Malik Karim Amrullah iaitu Di bawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal van der Wijck.

Sebilangan pengkritik berpendapat penulis menggunakan nama akronim Hamka itu sebagai pencetus kepada kritikan sosial yang menjadi tabu dalam masyarakat Indonesia ketika itu.

Pada masa sama, beliau berjaya membawa keluar umat Islam yang lena dalam tidur diselimuti kejumudan menjunjung tinggi adat sesuatu kaum. Biar mendapat kritikan pada awalnya, nama Hamka terus mekar mewangi sehingga dijadikan rujukan kepada ahli akademik dan dunia sastera di Nusantara.

"Masyarakat ketika itu memegang kuat adat-adat lama seperti berkahwin sesama suku dan perbezaan darjat," jelas Norziati Mohd. Rosman, 36, antara pembaca buku Hamka ketika ditemui Kosmo! di Bangi, Selangor baru-baru ini.

Sebagai contoh, novel Di bawah Lindungan Kaabah yang diterbitkan pada tahun 1938 mengisahkan perpisahan terpaksa antara Zainab dan Hamid rentetan berbeza kelas sosial.

Begitu juga dalam novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck yang turut mempersoalkan adat dan kepercayaan kaum Minang ketika itu.

Pendekatan

Dalam penulisan kreatif, Hamka mengambil pendekatan yang berlainan dalam menyelitkan unsur dakwah kerana lebih menekankan cara mengajak pembaca menuju ke arah kebaikan.

Tidak seperti kebanyakan tokoh-tokoh sastera dan agama Indonesia seperti Habiburrahman El Shirazy yang jelas menggunakan potongan hadis dan ayat al-Quran dalam karyanya.

"Saya ada membuat perbandingan antara buku kedua-kedua penulis tersebut. Tiada satu pun ayat al-Quran atau hadis digunakan oleh Hamka tetapi kita faham bahawa beliau mahu pembaca berfikir dan melihat implikasi mesej jalan cerita kepada kehidupan," ujar Norziati yang banyak terdedah kepada tulisan-tulisan ilmiah pada awal pengenalannya kepada tokoh tersebut.

Namun, mengenali Hamka secara keseluruhannya tidak terhad kepada dua novel itu yang telah difilemkan di Indonesia beberapa tahun ke belakang.

Bagi pengikut setianya, beliau merupakan seorang tokoh agamawan yang menggunakan medium penulisan sebagai salah satu cara menyebarkan dakwah dan pemikirannya mengenai hal-hal berkaitan agama, budaya, sejarah serta sosial.


KELUARGA besar Hamka diurus setia oleh isteri tercinta, Siti Raham Endah Sutan (empat dari kanan) yang mempunyai 10 orang anak semasa hayatnya.


Kelebihannya menjadikan Hamka seorang ulama yang berbeza dengan pemimpin sedia ada ketika itu yang memandang serong disebabkan pertelingkahan pendapat dan fahaman.

Tidak ramai ahli agama terlibat secara langsung dalam kelompok sastera kerana masyarakat beranggapan golongan tersebut hanya layak berbicara dalam topik yang terhad kepada portfolio mereka.

"Disebabkan itu, ia menjadi kekuatan kepada Hamka kerana beliau boleh berbicara mengenai pelbagai topik hasil kajian dan pembacaannya melalui buku-buku berbeza," ujar Muhammad Hafiz Ahmad Tajudin al-Fandani, 30, seorang pembaca karya-karya tokoh berasal dari Sumatera Barat, Indonesia itu.

Pengetahuan

Pengetahuannya banyak didorong menerusi pembacaan dan penyelidikan karya-karya Arab dan Barat termasuklah Arnold Toynbee, Karl Marx, Abbas al-Aqqad dan Mustafa al-Manfaluti. Beliau menelaah buku-buku tersebut yang telah ditransliterasikan ke bahasa Arab.

Seperti kata Hamka, "Ramai orang yang menyisir rambutnya tetapi tidak ramai yang menyisir otaknya" menunjukkan pentingnya mencari ilmu dalam pelbagai bidang bagi mengukuhkan kekuatan dalam diri.

Kesebatian Islam dalam diri Hamka dipupuk sedari kecil hasil asuhan keluarga yang berpegang teguh kepada didikan berlandas keagamaan. Bapanya, Abdul Karim Amrullah sendiri merupakan ulama terkenal di Indonesia.

Beliau pernah berkelana ke Mekah dalam usia muda bagi menajamkan penguasaan bahasa Arab. Sekembalinya ke tanah Indonesia, Hamka berbakti kepada masyarakat menggunakan ilmu yang ada sebagai pemidato, guru agama, malah menjadi seorang wartawan.

Walau tidak mendapat pendidikan yang tinggi, beliau menerbitkan sejumlah buku sastera dan ilmiah yang dikukuhkan dengan isi pemikiran setinggi seorang sarjana.

Ia boleh dilihat menerusi naskhah-naskhah seperti Merantau Ke Deli, Dari Perbendaharaan Lama, Falfasah Hidup, Lembaga Hikmat dan banyak lagi.

Sifat konsistennya kepada Islam terpancar apabila sanggup meletak jawatan sebagai sebagai Majelis Ulama Indonesia kerana kerajaan menolak fatwanya yang mengecam perayaan bersama bagi semua kaum.


RUMAH Hamka di Sumatera Barat dijadikan muzium yang menempatkan koleksi peninggalan barang-barang peribadi tokoh hebat itu.


Melihat kepada jalan riwayat hidup Hamka sehingga akhir hayatnya pada 18 Julai 1981, Muhammad Hafiz berpendapat wujud perubahan dalam cara penyampaian dan pemikiran menerusi karya-karya yang dihasilkan.

"Ia terbahagi kepada tiga fasa iaitu peringkat awal, pertengahan dan akhir yang setiap satunya dikesan mempunyai perbezaan yang ketara," jelasnya yang berasal dari Pendang, Kedah.

Dia menambah, fasa terakhir merupakan kemuncak kepada karier Hamka kerana ketika itu beliau sudah berada pada tahap yang matang.

Sekalipun sebelum ini beliau sebagai ahli gerakan Muhammadiah menerima tasawuf dengan sewajarnya, namun pada penghujung hayat, beliau sempat berbaiat tarekat dengan Abah Anom, seorang guru tarekat terkenal di Indonesia.

"Dalam satu karyanya, Hamka ada menyebut tentang kepentingan tarekat dan sumbangannya kepada tamadun Islam. Sebagai contoh, gerakan Sanusiyah di Libya ketika berperang dengan Perancis. Ia sebagai kredit dan penghargaan Hamka kepada gerakan tersebut," jelas Muhammad Hafiz.

Namun begitu, tambahnya, pembaca perlu melihat perubahan fasa tersebut secara keseluruhan bagi memahami perjuangan Hamka.

"Tidak adil untuk menilai karya-karya Hamka pada satu-satu fasa sahaja kerana ia perlu diperhatikan secara lengkap baru dapat kita merasai perubahan tersebut," ujarnya yang juga merupakan seorang penulis buku.

Kajian

Pengaruh Hamka melebar ke Malaysia sehinggakan beberapa karyanya dibincang dan dijadikan subjek kajian di institusi pengajian tempatan. Semasa hayatnya, Hamka sering dijemput untuk menghadiri majlis-majlis ilmu dan berkesempatan bertemu pemimpin negara.

"Ketika masih menjadi seorang wartawan, saya sempat bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau memberitahu ketika berita kematian Hamka, seluruh rakyat Malaysia turut merasai kesedihan atas kehilangan besar itu," ujar anak kesembilan Hamka, Afif Hamka dalam satu pertemuan bersama produksi teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang bakal dipentaskan mulai 9 hingga 18 Mei ini.

Menceritakan perwatakan arwah bapanya, Afif memberitahu, Hamka merupakan seorang yang sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah, beliau tidak sesekali cuba merosakkan pertalian itu yakni menerap semua ibadah dalam kehidupan seharian.


BAGI Norziati, Hamka menggunakan novel untuk mengkritik masyarakat yang terlalu taksub dengan adat dan budaya.


"Betapa ramai orang bersolat lima waktu tetapi hidupnya sentiasa tidak tenteram kerana peribadinya tidak mencerminkan kerukunan ibadah yang dilakukan," kias Afif.

Dia turut mengimbas betapa Hamka tidak pernah berdendam malah, sedia memaafkan orang yang pernah mengkhianatinya. Ia merujuk kepada peristiwa Hamka dikenakan hukuman tahanan dalam rumah oleh Presiden Indonesia ketika itu, Soekarno pada tahun 1964 hingga 1966.

Hamka dipenjarakan berikutan tindakannya mengkritik Soekarno yang menjalankan konfrantasi Ganyang Malaysia pada tahun 1963.

"Bagaimanapun, ketika Soekarno meninggal dunia, Hamka dengan rela hati menjadi imam solat jenazah. Ketika ditanya, beliau menyatakan Soekarno tetap seorang sahabatnya," cerita Afif.

Ketika berada dalam tahanan itu, beliau menyiapkan naskhah terbesarnya, Tafsir Al-Azhar juzuk 1 hingga 30.

Definisi seks padaTaoisme

Posted:

Definisi seks padaTaoisme

Definisi seks padaTaoisme


FAHAMAN Taoisme menekankan seks sebagai kelangsungan hidupan berpanjangan dan kebahagiaan.


LUKISAN kuno dengan aksi pasangan kekasih yang sedang melakukan hubungan intim dan objek kemaluan lelaki diperbuat daripada batu merupakan koleksi peribadi Ferdinand Bertholet.

Pengumpul berasal dari Belanda itu berazam mahu mengubah tanggapan rakyat China bahawa seks sebagai perkara yang indah melalui pameran hasil karya dari zaman kegemilangan Dinasti Han pada (206 Sebelum Masihi hingga 220 Masihi) dan Dinasti Qing (1644 hingga 1911).

Pameran Gardens of Pleasure: Sex in Ancient China sejak 15 April lalu di Hong Kong, mengundang gelak tawa kecil rakyat tempatan yang menyaksikan sendiri karya seni nenek moyang mereka mengenai seks.

Di satu sudut terdapat lukisan jelas menampakkan dua orang wanita yang ghairah bermain dengan objek seperti kemaluan lelaki. Objek tersebut ada yang diperbuat daripada batu, seramik dan gangsa.

Bertholet merupakan individu yang mempunyai koleksi erotik China purba paling banyak di dunia dengan jumlah kira-kira 500 karya terkumpul sehingga kini.

Katanya, karya tersebut tidak sepatutnya dianggap sebagai lucah atau bahan pornografi sebaliknya, ia perlambangan jelas kepada keseimbangan harmoni dalam falsafah Taoisme sebelum penguasaan fahaman komunisme di China.

"Karya seni China sangat berbeza kerana ia mempunyai falsafah yang terpendam di sebalik setiap karya," kata Bertholet yang berusia 61 tahun bahawa Taoisme merangkumkan hubungan seksual sebagai kebahagiaan dan memanjangkan usia.

Hubungan intim

Setiap karya yang dipamerkan menggunakan latar tempat taman yang dipenuhi bunga-bungaan dan pepohon sekali gus berkait rapat kepentingan alam dalam Taoisme.

"Hubungan intim pernah menjadi topik yang sering dibincangkan dalam kalangan masyarakat Cina, bagaimanapun selepas revolusi budaya, berbincang mengenai seks dianggap tabu," jelasnya.


KEPESATAN ekonomi di China dan keterbukaan negara komunis itu diyakini mampu mengembalikan semula kepentingan seks di negara itu.


Dia berkata, majoriti peninggalan seperti bangunan, barangan bersejarah berkaitan kebudayaan Cina selain fahaman komunisme dimusnahkan secara besar-besaran antara tahun 1966 hingga 1976.

Tokong, gereja dan rumah ibadat kepada agama lain yang pernah bertapak di negara itu termasuk fahaman purba Taoisme dan Konfusianisme dihapuskan.

Tarikan seksual antara lelaki dan wanita dilarang malah rakyat China pada ketika itu memakai pakaian yang sama tanpa dapat membezakan lelaki dan wanita.

Namun kini, generasi baharu China semakin terbuka mengenai seks dan keluar daripada kepompong fahaman seks generasi terdahulu.

"Mungkin pameran ini boleh membantu mereka memahami erti seks selain mengenal falsafah yang dahulu pernah menjadi pegangan nenek moyang mereka," katanya.

Bagaimanapun di tanah besar China, undang-undang pornografi yang ketat sehingga pameran tersebut menemui jalan buntu menembusi daerah tersebut.

"Pihak berkuasa mungkin melihat karya ini dalam bentuk erotik atau menaikkan nafsu syahwat berbanding nilai kesenian yang ada," terang Ketua Pegawai Eksekutif Sotheby Asia, Kevin Ching.

Tetapi Kevin optimis, tanggapan itu bakal berubah dengan segala kemudahan dan kemewahan di China.

"Negara ini semakin dilimpahi kemewahan dan sifat keterbukaan China terhadap dunia akan memberi ruang kepada rakyat mencari sendiri pengetahuan mengenai seks yang pernah menjadi topik penting generasi terdahulu kami," katanya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kakitangan dedikasi ditaja bercuti

Posted:

Kakitangan dedikasi ditaja bercuti

Kakitangan dedikasi ditaja bercuti

SEBELAS kakitangan syarikat Cheng & Co. bersama ahli keluarga bergambar semasa bercuti di Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.


MAKAN ANGIN. Dedikasi dan komitmen tugas 11 staf kakitangan syarikat firma audit swasta Cheng & Co. dihargai apabila mendapat tajaan percutian selama dua hari di Cameron Highlands, Pahang baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pengurus Pusat Kepimpinan syarikat itu, Tan Wae Leng, percutian yang ditaja sepenuhnya oleh syarikat merupakan satu penghargaan kepada staf.

Katanya, ia juga sebagai satu motivasi kepada kakitangan untuk terus memberi komitmen yang tinggi kepada syarikat.

"Selain penyampaian sijil penghargaan dan anugerah kepada kakitangan di Hotel Villa Dahlia, kami turut melawat ladang teh, strawberi dan Mossy Forest.

"Selain itu, mereka turut dibawa menikmati suasana pasar malam di tanah sejuk itu serta merasai keenakan masakan stimbot," katanya.

Stepheni dinobat Ratu Cantik Festival Menuai 2014

Posted:

Stepheni dinobat Ratu Cantik Festival Menuai 2014

Stepheni dinobat Ratu Cantik Festival Menuai 2014


STEPHENI (depan tengah) dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Festival Menuai 2014 bersama-sama peserta akhir di Kampung Budaya, Kuching, Sarawak baru-baru ini.


JELITAWAN. Kebijaksanaan dan keyakinan tinggi dalam menjawab setiap soalan memberikan kelebihan kepada Stepheni Johari, 23, untuk dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Festival Menuai Sedunia 2014 di Kuching, Sarawak kelmarin.

Pegawai Kualiti dan Jaminan Mutu sebuah agensi swasta itu membuktikan ketahanan fizikal dan mental amat diperlukan sepanjang pertandingan itu kerana setiap peserta tidak hanya dinilai berdasar paras rupa, malah kecantikan peribadi secara menyeluruh.

Stepheni menewaskan 11 jelitawan dari seluruh Sarawak dalam pertandingan tahunan yang diadakan di Kampung Budaya Sarawak.

Tempat kedua menjadi milik oleh Miselle Octovie, 24, manakala tempat ketiga dimenangi gadis kacukan Bidayuh dan Iban dari Bau, Joanna Cynthia Tom Hem, 20.

Kemas Kelantan lancar buletin

Posted:

Kemas Kelantan lancar buletin

Kemas Kelantan lancar buletin


ANUAR (depan tujuh dari kiri) bersama pegawai dan kakitangan Kemas menunjukkan Buletin Kemas Kelantan yang dilancarkan di Wisma Persekutuan Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.


BULETIN. Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kelantan buat julung-julung kalinya melancarkan Buletin Kemas Kelantan di Wisma Persekutuan Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Buletin yang dicetak berwarna sebanyak 16 muka surat itu dilancarkan oleh Pengarah Kemas Kelantan, Anuar Mat Zain.

Buletin tersebut memuatkan semua aktiviti Kemas Kelantan seperti prasekolah, program bina insan, projek pembangunan desa, kursus latihan dan aktiviti pendidikan masyarakat.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kawasan pencarian dipetakan

Posted:

Kawasan pencarian dipetakan

Kawasan pencarian dipetakan

KHIDMAT kapal Ocean Shield akan terus digunakan bagi mengoperasikan kenderaan bawah air seperti Bluefin-21 dalam misi pencarian di Lautan Hindi.


KUALA LUMPUR - Selepas gagal mengesan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang melalui pencarian dari udara di permukaan dan di bawah air sejak 57 hari lalu, pencarian kini akan dipergiat di dasar Lautan Hindi termasuk memetakan kawasan pencarian.

Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, pemetaan demografi lautan dijangka mengambil masa enam minggu kerana sebahagian besar kawasan itu tidak pernah dibuat pemetaan sebelum ini.

"Ini perlu dilakukan untuk memahami dasar laut kawasan itu," katanya pada sidang akhbar bersama selepas mempengerusikan perbincangan tiga hala dengan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua jam dianiaya suami gila

Posted:

Dua jam dianiaya suami gila

Dua jam dianiaya suami gila

Oleh MOHD. SHARKAWI LONDING
dan MALINDA ABDUL MALIK
berita@kosmo.com.my

WANITA yang cedera dibelasah suami menceritakan detik-detik kejadian tersebut kepada wartawan Kosmo! di Hospital Ampang semalam.


AMPANG JAYA – Seorang isteri tidak menduga suami yang diharap menjadi pelindung dirinya berubah sikap menjadi ganas dengan menyerang dan membelasahnya sehingga dia mengalami kecederaan parah di kepala, retak tulang pipi kiri dan patah jari kanan dalam kejadian di Pangsapuri Seri Nilam di sini Jumaat lalu.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, si isteri yang berusia 25 tahun terpaksa menerima dua jahitan di kepala, tiga jahitan di pipi kiri dan tiga jahitan lagi di ibu jari kanan selepas menjadi mangsa serangan selama dua jam oleh suami sendiri.

Bagaimanapun, dalam keadaan tidak bermaya mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri dengan berlari keluar dari rumah yang terletak di tingkat 10 sebelum diselamatkan anggota polis peronda yang kebetulan membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Fahami GST elak keliru, ditipu

Posted:

Fahami GST elak keliru, ditipu

Fahami GST elak keliru, ditipu

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my


NAJIB (kiri) berucap pada Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Putra, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kakitangan kerajaan supaya meningkatkan penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) agar rakyat tidak keliru dan terus ditipu oleh pihak berkepentingan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan telah membuat kajian begitu lama untuk mengadakan GST yang ternyata telah diterima di lebih 90 peratus negara di dunia kerana ia didapati adil kepada semua pihak.

Menurut beliau, menjadi tanggungjawab kakitangan kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat bahawa tanpa GST, ada banyak pihak yang tidak membayar cukai atau membayar sedikit daripada sepatutnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


City terus tekan Liverpool

Posted:

City terus tekan Liverpool

City terus tekan Liverpool


AGUERO (kiri) membuka jaringan City pada aksi menentang Everton awal pagi semalam yang berkesudahan City menang 3-2 untuk menerajui kedudukan liga.


MANCHESTER City terus melontarkan tekanan ke atas Liverpool dalam misi memburu gelaran juara Liga Perdana England.

Selepas meraih kemenangan 3-2 ke atas Everton di Goodison Park awal pagi semalam, City kini mendahului carta liga dengan kelebihan jaringan.

Kedua-dua pasukan itu kini memiliki 80 mata, namun Liverpool berpeluang memintas kedudukan tersebut sekiranya meraih kemenangan ke atas Crystal Palace awal pagi esok.

Pengurus City, Manuel Pellegrini percaya, perebutan trofi Liga Perdana England masih terbuka.

Justeru, Pellegrini menasihatkan anak-anak buahnya supaya kekal waspada meskipun berpotensi untuk merampas semula trofi yang mereka menangi dua musim lalu.

"Ia satu perlawanan yang cukup mendebarkan namun harus diingat bahawa segala-galanya belum berakhir.

"Ini kerana, kami baru memenangi satu daripada tiga baki aksi liga.

"Jika mahu mendakap trofi liga musim ini, kami harus memenangi kesemuanya," kata Pellegrini.

Skuad hoki perlu tingkatkan kecergasan

Posted:

Skuad hoki perlu tingkatkan kecergasan

Skuad hoki perlu tingkatkan kecergasan


TENGKU Abdullah (tengah depan) menyampaikan sijil kepada para peserta yang menghadiri seminar kejurulatihan hoki di Kuantan semalam.


TAHAP kecergasan skuad hoki kebangsaan perlu diperbaiki sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Piala Dunia di Belanda hujung bulan ini.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, itu adalah arahan baginda kepada jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah.

"Saya tidak mahu menyentuh soal pemilihan pemain kerana itu tanggungjawab jurulatih, dia sepatutnya tahu apa yang perlu dilakukan.

"Saya berikan fleksibiliti itu kepada jurulatih, sama ada dia mahukan pemain junior atau senior namun apa yang lebih penting saya mahu tahap kecergasan mereka diperbaiki," titah baginda selepas menyempurnakan seminar kejurulatihan dan pengadilan hoki di Kuantan semalam.

Pasukan hoki kebangsaan tewas di tangan Kanada pada pusingan separuh akhir Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 yang berlangsung di Stadium Hoki Indera Mahkota, Kuantan meskipun mendahului 2-0 pada separuh masa pertama.

Faktor keletihan dilihat antara punca skuad negara sering melepaskan peluang menjaringkan gol dalam aksi separuh masa kedua perlawanan tersebut.

Situasi tersebut turut dapat dilihat dalam perlawanan menentang New Zealand yang mana skuad negara mendahului 4-1 selepas tamat separuh masa pertama sebelum diikat 4-4 pada separuh masa kedua meskipun akhirnya berjaya memenanginya menerusi penentuan pukulan penalti.

Titah Tengku Abdullah, semua pihak tidak perlu gusar dengan kegagalan skuad negara untuk mara ke final seperti yang disasarkan sebelum ini memandangkan skuad tersebut masih baharu dan belum benar-benar mantap.

"Mereka berusaha keras, kita nampak mereka 'terbang; sana, terbang sini (dalam perlawanan), itu bermakna semangat mereka kental, saya berharap ini kekal dan saya berbangga.

"Kita tak kalah teruk, hanya kalah satu gol dalam penentuan pukulan penalti," katanya.

Mengulas mengenai persediaan skuad negara menghadapi Piala Dunia, Tengku Abdullah menjelaskan ia sudah hampir selesai.

"Saya nak kata 100 peratus tidak, tapi dalam 80 peratus dah tercapai.

"Kita kena bagi sedikit sebanyak pujian kerana jurulatih berani buat pembaharuan dengan memasukkan pemain-pemain muda," katanya.

'FAM tidak minat ambil pemain naturalisasi'

Posted:

'FAM tidak minat ambil pemain naturalisasi'

'FAM tidak minat ambil pemain naturalisasi'

Oleh IKHWAN IDERIS
ikhwan.ideris@kosmo.com.my

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak pernah membincangkan soal pengambilan pemain naturalisasi untuk mewakili negara.

Demikian titah Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) semalam.

Katanya, proses naturalisasi adalah dasar kepada individu dan bukan bergantung kepada kehendak FAM.

"Saya tidak kata ia tidak akan berlaku, tetapi kalau dia dapat passport (Malaysia) atas sebab-sebab tersendiri, mungkin dia kahwin dengan orang Malaysia atau dia ada anak orang Malaysia.

"Tetapi kalau nak ambil orang luar nak bagi passport Malaysia, saya pun tak setuju.

"Kalau dia bagus sangat mungkin kita boleh pertimbangkan. Seseorang itu hendaklah memiliki kemampuan luar biasa," titah baginda pada akhbar selepas menyempurnakan seminar kejurulatihan dan pengadilan hoki di Kuantan petang semalam.

Baginda menjelaskan demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat seorang pemain kelahiran Brazil, Paulo Rangel untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Pemain berusia 29 tahun itu mempamerkan prestasi cemerlang apabila meledak 10 gol dalam 13 penampilan bersama skuad Gergasi Merah dalam saingan Liga Super musim ini.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa beliau tidak menyokong sebarang usaha untuk menggunakan khidmat pemain luar bagi memperkuatkan skuad kebangsaan.

Tengku Abdullah bertitah, baginda tidak bercakap mengenai mana-mana individu sebaliknya bercakap mengenai dasar dan polisi.

"Kami tidak pernah berbincang pasal itu (naturalisasi) dalam FAM, tetapi kita tak tahu masa depan, walau siapa pun presiden baharu (FAM)," titahnya yang juga merupakan calon untuk jawatan Presiden FAM pada Kongres ke-50 FAM pada 25 Mei nanti.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah turut mengingatkan ahli gabungan untuk memilih presiden yang terbaik, tanpa rasa takut atau berpihak pada sesiapa.

"Semua (calon) ada kelebihan tersendiri, itu (pemilihan) kuasa yang ada pada ahli gabungan.

"Saya tak pergi kempen, saya tak buat kempen, saya tak paksa. Pilihlah yang terbaik berdasarkan merit-merit tertentu," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pameran seni 10 ilham pengkarya tempatan

Posted:

Pameran seni 10 ilham pengkarya tempatan

Pameran seni 10 ilham pengkarya tempatan


NAZRIN (kiri) tertarik dengan salah satu hasil karya yang dipamerkan.


BARU-BARU ini Art Friend Malaysia dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara telah menganjurkan pameran Malaysia Art Friend kali kedua.

Pameran yang dirasmikan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah itu, mempersembahkan 30 buah karya pilihan daripada 10 orang pengumpul Malaysia.

Antaranya ini ialah Tun Daim Zainuddin, Datuk Lim Edin Nom dan Pakhruddin Sulaiman.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Datuk Mahadzir Lokman berkata, beliau sangat berterima kasih kepada pengumpul-pengumpul seni yang terlibat dalam penganjuran pameran kali ini.

Ini kerana penganjuran pameran tersebut merupakan hasil ilham dan usaha murni mereka untuk memartabatkan karya-karya pelukis tempatan.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengumpul-pengumpul kerana terlibat dalam penganjuran pameran kali ini.

"Jika bukan kita yang menghargai dan meraikan warisan seni tanah air maka akan terabailah warisan budaya dan seni negara," katanya.


PAMERAN Malaysia Art 2 Friend bertujuan berkongsi warisan karya seni tempatan.


Sokong

Dalam pada itu, beliau juga berharap lebih ramai pengumpul seni di luar sana akan tampil menyokong dan menganjurkan program-program seperti itu pada masa akan datang.

Sementara itu, menurut salah seorang ahli Malaysian Art Friends 2, Pakhruddin Sulaiman, mengumpul karya seni sering dianggap sebagai satu aktiviti peribadi dan subjektif.

Namun dengan penganjuran pameran seperti itu, ia diharap dapat mengikis anggapan sedemikian di samping berkongsi karya-karya seni dengan kelompok masyarakat yang lebih besar.

"Kami mengusahakan projek ini kerana sedar pentingnya berkongsi koleksi kami dengan khalayak.

"Ia penting untuk memupuk rasa cinta masyarakat kepada seni dan menyemarakkan pendidikan seni tempatan supaya industri ini lebih membangun," katanya yang merupakan seorang peguam.


PERASMIAN buku 30 Art Friend: Karya-karya Pilihan Oleh 10 Orang Kolektor disempurnakan oleh Raja Dr. Nazrin Shah sambil disaksikan Mahadzir (kanan).


Antara karya penting yang wajar diberi perhatian dalam pameran tersebut adalah The Dream (1969) oleh Ibrahim Hussein, yang pernah menjadi rebutan ramai pada acara lelongan seni tempatan beberapa tahun lalu.

Selain itu, pelawat juga berpeluang melihat karya-karya kontemporari ciptaan artis-artis lebih muda seperti Jalaini Abu Hassan dan Roslisham Ismail atau dikenali sebagai Ise, selain karya-karya artis-artis serantau seumpama Henri Dono, Olan Ventura dan Natee Utarit.

Turut berlangsung pada majlis yang sama ialah pelancaran buku 30 Art Friend: Karya-karya Pilihan Oleh 10 Orang Kolektor.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan buku tersebut boleh mendapatkannya di Kedai Galeri, Balai Seni Visual Negara, Ruang Pemula (RuPĂ©) di A07, Tingkat 4, Blok A, Pusat Perdagangan Taman Dagang, Jalan Dagang Besar, Ampang, Selangor.

Rahsia Kunyit Penawar Penyakit

Posted:

Rahsia Kunyit Penawar Penyakit

Rahsia Kunyit Penawar Penyakit


ORANG RAMAI disarankan mengamalkan pengambilan kunyit dengan mempelbagaikan penggunaannya dalam diet seharian.


RAMAI yang tidak sedar di sebalik simbolik warna kuning emas, kunyit yang merupakan tumbuhan yang mempunyai 1,001 khasiat yang mampu mencegah dan mengurangkan penderitaan akibat penyakit-penyakit berprofil tinggi seperti kanser, Alzheimer dan diabetes.

Jika diteliti, kanser prostat merupakan kanser kedua terbesar yang mengancam nyawa lelaki di Amerika Syarikat dengan jumlah kes kira-kira 500,000 setiap tahun.

Sebaliknya kanser tersebut jarang berlaku dalam kalangan lelaki India yang banyak mengamalkan pemakanan berasaskan kari, rempah ratus dan sayur-sayuran dalam masakan mereka.

Kunyit atau nama saintifiknya, Curcuma longa banyak digunakan dalam perubatan tradisional Melayu seperti menghilangkan gatal-gatal, kesihatan dalaman wanita dan pelbagai lagi.

Curcuma longa bukan sekadar merawat simptom-simptom kecil alahan atau herba untuk wanita selepas bersalin sebaliknya fungsi universal merangkumi semua golongan.

Menurut pengkaji herba dari Universiti Oxford, Profesor Gerard Bodeker, kunyit antara herba yang tinggi khasiat dan telah banyak kajian dilakukan mengenainya.

Menurut Bodeker, kunyit mempunyai bahan aktif yang dikenali sebagai kurkumin yang berperanan untuk mencegah dan mengurangkan penderitaan pesakit seperti kanser prostat, payudara dan merendahkan kadar kolesterol.

"Bahan aktif ini juga mampu menguatkan sistem imun atau pertahanan badan untuk menangkis serangan penyakit serta bersifat antioksidan yang boleh menjadikan kulit seseorang menjadi awet muda dengan pengambilan yang konsisten.

"Radikal bebas yang menjadi penyebab kanser juga boleh dineutralkan melalui antioksidan yang terkandung dalam herba pelbagai guna ini," ujar beliau.

Bodeker yang turut mengamalkan minum jus kunyit menjelaskan, kunyit perlu dilihat sebagai herba yang bukan semata-mata untuk perubatan tradisional tetapi mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai penawar pelbagai penyakit.

Curcuma longa mengandungi komponen bioaktif polyphenol membantu untuk mencegah tanda awal kanser dan merosakkan sel kanser yang bermutasi.

Kurkumin yang bertindak mengganggu proses mutasi sel kanser ini menyebabkan sel-sel tersebut tidak dapat mengembang atau menjadi lembap dan kurang aktif terutamanya kanser payudara dan prostat.

Tambahnya, kunyit mempunyai pakej yang cukup lengkap dalam penjagaan badan manusia, iaitu untuk menjaga kesihatan dan kecantikan yang menjadi idaman setiap orang.

Generasi muda perlu sedar tentang kepentingan herba ini dan kembali mengamalkan tradisi perubatan yang pernah diamalkan oleh generasi terdahulu serta mempelbagaikan penggunaannya dalam diet harian.

Mereka perlu sedar bahawa herba dan ulam-ulaman merupakan penawar semula jadi yang tidak boleh dipertikaikan khasiatnya terhadap kesihatan manusia.

Bodeker telah melakukan kajian tentang herba dan perubatan tradisional lebih 20 tahun dan mengkaji tentang herba kunyit kira-kira 10 tahun.

Penulis buku bertajuk Health and Beauty from The Rainforest itu juga banyak mengulas tentang khasiat-khasiat herba yang terdapat di Malaysia.

Beliau turut menyarankan supaya usaha membukukan khasiat herba dan ulam-ulaman yang menjadi amalan masyarakat terdahulu dibukukan supaya ia tidak lenyap ditelan zaman.

Jelasnya, masyarakat kini dan akan datang perlu tahu tentang khasiat dan peranannya. Ilmu perubatan tradisional adalah khazanah berharga untuk generasi kita.

Nuriman pelajar terbaik Kolej Consist

Posted:

Nuriman pelajar terbaik Kolej Consist

Nuriman pelajar terbaik Kolej Consist


MOHAMED NURIMAN (kiri) menerima sijil daripada Johari pada majlis konvokesyen Kolej Consist baru-baru ini.


SIKAP tidak mengenal erti putus asa sebaliknya terus berusaha melakukan pelbagai rujukan dan perbincangan dengan pensyarah akhirnya membuahkan hasil kepada Mohamed Nuriman Ya'kob, 24.

Anak muda berjiwa besar ini diumumkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan pada majlis Konvokesyen Ketiga Kolej Latihan Keselamatan Industri dan Pembinaan (Consist) di Dewan Perdana Suria, Kolej Consist, Ampang, Selangor baru-baru ini.

Beliau juga dipilih menerima Anugerah Projek Hirarc Terbaik (Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko) 2013.

Menurut Mohamed Nuriman, banyak cabaran terpaksa ditempuhnya sepanjang menuntut ilmu di kolej tersebut, namun setiap masalah boleh diselesaikan jika mempunyai semangat tinggi untuk berjaya.

Kata pemegang Diploma Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan itu, selain tidak menduga dipilih sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan Kolej Consist, ia juga adalah kenangan paling manis dalam hidupnya.

"Saya sunggguh bangga dengan kejayaan ini dan bersyukur belajar di sini kerana menerima dua anugerah iaitu Pelajar Terbaik Keseluruhan dan Projek Hirarc Terbaik.

"Inilah kenangan manis yang sukar untuk dilupakan, saya bersyukur kerana memang bukan senang bagi setiap pelajar Kolej Consist menerima anugerah seumpama ini," ujarnya.

Seramai 214 graduan bidang Diploma Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Diploma Ergonomik layak menerima diploma masing-masing pada majlis tersebut.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia, Datuk Ir. Dr. Johari Basri dan turut dihadiri Ketua Eksekutif Kolej Consist, Ar. Mior Zawari Hassan.

Sementara itu, bagi setiap pengambilan, Anugerah Pelajar Terbaik diberikan kepada, Lai Jin Leong, 38, (Ambilan 13), Muhammad Izzat Rashid, 24, (Ambilan 12), Mohammad Zharif Mohd. Zin, 22, (Ambilan 10) dan Teh Hang Loong, 24, (Ambilan 9).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


11 orang maut jambatan batu haram runtuh

Posted:

11 orang maut jambatan batu haram runtuh

11 orang maut jambatan batu haram runtuh


ANGGOTA penyelamat mengusung seorang pekerja yang cedera dalam kejadian jambatan runtuh ketika pembinaan di sebuah kampung di Maoming, wilayah Guangdong kelmarin.


BEIJING - Sebuah jambatan batu yang dibina secara haram di sebuah kampung di selatan China runtuh dengan menyebabkan 11 orang maut manakala sejumlah yang lain cedera, lapor media rasmi negara itu semalam.

Seorang pegawai di pejabat pentadbiran bandar Maoming berkata, pekerja-pekerja penyelamat mengeluarkan 26 orang dengan kebanyakan mereka buruh binaan selepas jambatan itu runtuh tengah hari kelmarin di kampung Liangkengkou, dalam wilayah Guangdong.

"Lima mangsa berkenaan disahkan mati di tempat kejadian manakala lapan orang lagi parah dengan enam daripada mereka meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian," katanya.

Menurut pegawai itu, seorang pekerja berkenaan - berjaya melarikan diri ketika infrastruktur itu runtuh.

"Jawatankuasa kampung memutuskan untuk membina jambatan itu yang menyeberangi sebuah parit tidak berair tetapi gagal mendapat kelulusan pihak berkuasa," tambahnya.

Pihak pentadbiran tempatan memberitahu, tiga orang yang bertanggungjawab berhubung projek tersebut kini ditahan untuk siasatan manakala punca kemalangan masih disiasat. - AP

Ukraine ikrar tawan bandar dikuasai kumpulan pro-Rusia

Posted:

Ukraine ikrar tawan bandar dikuasai kumpulan pro-Rusia

Ukraine ikrar tawan bandar dikuasai kumpulan pro-Rusia


SEORANG lelaki dan anaknya berjalan melintasi sebuah bas yang terbakar di bandar Kramatorsk selepas pertempuran antara kumpulan bersenjata pro-Rusia dan tentera Ukraine kelmarin.


KIEV - Pihak berkuasa Ukraine semalam berikrar untuk meluaskan operasi ketenteraan terhadap kumpulan bersenjata pro-Rusia yang menawan beberapa buah bandar di negara itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan beberapa hari selepas satu pergaduhan antara penduduk pro-Rusia dan Ukraine yang meragut lebih 50 nyawa.

Ketua Majlis Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan, Andriy Parubiy berkata, pasukan bersenjata negara itu akan meluaskan operasi di beberapa bandar yang kini dikuasai 'kumpulan ekstrem dan pengganas'.

Sementara itu, dalam satu kejadian kelmarin, seramai 42 orang dilaporkan terbunuh dalam pergaduhan antara kumpulan pro-Rusia dan pendudk Uraine di bandar Odessa manakala di bandar Slavyansk pula, seramai 10 orang dilaporkan terbunuh.

Presiden sementara Ukraine, Oleksandr Turchynov kelmarin mengumumkan negara itu berkabung selama dua hari bagi mengingati tragedi itu yang merupakan pertumpahan darah terburuk sejak Ukraine dilanda krisis politik awal tahun ini.

Dalam pada itu, beberapa pertempuran tercetus di timur Ukraine selepas tentera menyerang sekatan jalan raya yang dibuat kumpulan bersenjata pro-Rusia se,lain cuba menawan semula bandar-bandar yang dikuasai mereka.

Beberapa wartawan agensi berita AFP di bandar Kostyantynivka, melaporkan kumpulan bersenjata pro-Rusia meninggalkan sekatan jalan raya dibuat mereka dan meletakkan penghalang di sekitar bandarcitu untuk menghalang kemaraan tentera Ukraine.

Di bandar Kramatorsk pula, kumpulan bersenjata pro-Rusia berkubu di sebuah bangunan di pusat bandr.

Mereka turut membakar beberapa buah bas serta kenderaan di tengah bandar tersebut. - AFP

Mangsa tanah runtuh Afghanistan mula terima bantuan

Posted:

Mangsa tanah runtuh Afghanistan mula terima bantuan

Mangsa tanah runtuh Afghanistan mula terima bantuan


SEORANG wanita menangis sambil membelakangi kediamannya yang musnah akibat kejadian tanah runtuh di kampung Aab Bareek di wilayah Badakhshan pada Jumaat lalu.


KABUL - Pasukan bantuan mula tiba bagi membantu mangsa yang terselamat dalam satu kejadian tanah runtuh di kampung Aab Bareek di wilayah Badakhshan yang mengakibatkan beratus-ratus penduduk maut.

Lebih 700 keluarga dilaporkan hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah akibat ditengelami lumpur tebal dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada Jumaat lalu.

Lebih 300 kediaman dilaporkan ditenggelami lumpur tebal dan batu selepas tebing sebuah bukit berhampiran kampung berkenaan runtuh.

Laporan awal sebelum ini menyebut seramai 2,500 penduduk dipercayai maut akibat tertimbus dalam tragedi berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa pegawai kerajaan menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 300 penduduk dilaporkan terkorban dan jumlah itu mungkin meningkat apabila usaha mencari serta menyelamat diteruskan.

Pasukan bantuan yang mula tiba membawa khemah, makanan dan keperluan asas lain untuk semua mangsa yang terjejas

Usaha mencari dan menyelamat ditangguhkan sementara semalam kerana lumpur yang banyak masih melitupi sebahagian besar kampung berkenaan.

Sehingga kini hanya beberapa mayat yang berjaya dikeluarkan daripada timbunan kediaman mereka.

Agensi Koordinasi Hal-ehwal Kemanusiaan bagi Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberitahu sebanyak 300 kediaman musnah dan lebih 1,000 keluarga terjejas dalam bencana itu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Gempa bumi sederhana berlaku di Thailand

Posted:

Gempa bumi sederhana berlaku di Thailand

Gempa bumi sederhana berlaku di Thailand

05/05/2014 9:22pm

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Thailand pada 7.08 malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di

138 kilometer timur laut Chiang Mai, Thailand dan 1,436 kilometer barat laut Padang Besar, Perlis.

Menurut kenyataan itu, gempa bumi itu tidak menimbulkan ancaman tsunami. -Bernama

Penutupan sementara bekalan air di Seremban dijadual esok ditunda ke 20 Mei ini

Posted:

Penutupan sementara bekalan air di Seremban dijadual esok ditunda ke 20 Mei ini

Penutupan sementara bekalan air di Seremban dijadual esok ditunda ke 20 Mei ini

05/05/2014 9:20pm

SEREMBAN - Penutupan sementara bekalan air di sebahagian kawasan Seremban selama 24 jam yang dijadualkan mulai pukul 8 pagi esok akan ditunda ke 20 Mei ini.

Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS), Zulkifli Ibrahim berkata, langkah itu bagi memulihkan dahulu masalah bekalan air di Seremban 2.

"Bekalan air di Seremban 2 mengalami gangguan mulai semalam berikutan paip air pecah," katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini. - Bernama

16 guru dari Jepun jalani latihan bahasa Inggeris di Malaysia

Posted:

16 guru dari Jepun jalani latihan bahasa Inggeris di Malaysia

16 guru dari Jepun jalani latihan bahasa Inggeris di Malaysia

05/05/2014 9:16pm

PUTRAJAYA - Enam belas guru dari Hamamatsu, Jepun akan dihantar ke Malaysia untuk mempelajari bahasa Inggeris bermula Julai depan.

Timbalan Menteri Pendidikan Kedua, P.Kamalanathan berkata, guru-guru tersebut yang akan mengajar bahasa Inggeris di peringkat pra sekolah, akan mengikuti latihan di Universiti Sunway dari 26 Julai hingga 24 Ogos ini.

"Mereka kagum dengan cara pengajaran kita. Ini kerana pegawai-pegawai

tertinggi mereka melihat sendiri kaedah pengajaran dan pembelajaran di sini sebelum menghantar guru-guru berkenaan menjalani latihan.

"Kedua-dua negara komited untuk bekerjasama bagi memperkasa sektor pendidikan yang akan memberi manfaat kepada Malaysia dan Jepun,"katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun, Hakubun Shimomura di sini hari ini.

Selain itu, kata P.Kamalanathan, antara cadangan dibangkitkan pada pertemuan itu adalah persetujuan Jepun untuk menambah baik mutu Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) yang berpusat di Malaysia sejak 2012 dengan sokongan 25 universiti negara itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Natasha, Amyra duta baharu Aurawhite

Posted:

Natasha, Amyra duta baharu Aurawhite

Natasha, Amyra duta baharu Aurawhite


SELAIN pelantikan Natasha Hudson dan Amyra Rosli sebagai duta baharu Aurawhite, Izzue Islam (tengah) masih kekal sebagai duta untuk produk lelaki Aurawhite.


CANTIK, berbakat dan selaku pengguna produk Aurawhite menyebabkan dua pelakon, Natasha Hudson dan Amyra Rosli dipilih sebagai duta baharu untuk produk kecantikan terkenal Aurawhite.

Pemilihan mereka diumumkan oleh pengasasnya, Nurfuryna Mohd. Azmeer pada satu majlis pelancaran yang diadakan di Hotel Aloft, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Meskipun terkejut dan gembira dengan tawaran yang diberikan, mereka berdua mengambil masa untuk menerima tawaran tersebut memandangkan Aurawhite merupakan satu jenama kecantikan yang popular di Malaysia.

Bukan soal wang ringgit tetapi menurut mereka, ia lebih kepada tanggungjawab besar yang harus dipikul selaku duta produk Aurawhite.

Natasha yakin dengan produk

Bertemu dengan Natasha Hudson usai majlis pelancaran selesai, secara jujur pelakon, model, ahli perniagaan serta blogger itu pada mulanya bukanlah pengguna produk Aurawhite.

Bagaimanapun pertemuan dengan pengasas produk itu kira-kira dua bulan yang lalu telah memberi peluang kepada Natasha untuk mencuba sendiri produk keluaran syarikat Aurawhite Global Sdn. Bhd.

"Sebelum ini banyak syarikat yang menawarkan untuk jadi duta produk tetapi saya seorang yang amat cerewet soal kesihatan diri.

"Selepas mencuba Aurawhite Stem Cell Collagen, selain untuk kecantikan dalaman dan kesihatan, ia juga menambahkan susu badan kerana saya masih memberi susu badan kepada anak kedua, Naeema Kalila yang berusia setahun," katanya yang mengikat kontrak selama setahun dengan Aurawhite.

Sehari selepas memuat naik ulasan tentang produk tersebut di Instagram, isteri kepada Carleed Khaza itu menerima tawaran untuk menjadi duta produk berkenaan.

"Memang saya terkejut kerana pada mulanya mereka tawarkan untuk menjadi model, tetapi tidak sangka pula turut ditawar jadi duta produk.

"Saya tidak akan menjadi duta sesuatu produk terutama produk kesihatan jika saya tidak menggunakannya kerana kepercayaan yang diberikan oleh pengguna itu merupakan satu tanggungjawab yang besar," ujarnya yang turut bergelar duta kepada Pusat Kecantikan Mary Chia dan produk Kubiq Kitchen.

Fokus kepada keluarga

Bercerita tentang kerjaya seninya yang kelihatan semakin suram, tegas Natasha, 32, selepas bernikah dengan Carleed Khaza dan melahirkan anaknya, Naeema, landasan yang ditujunya semakin berbeza dan jauh daripada lapangan seni.

Bukan mahu meletakkan titik noktah kepada kerjaya lakonan, namun tugas sebagai ibu membataskan kerjaya lakonan sebaliknya dia kini lebih fokus kepada bidang perniagaan busana muslimah yang semakin berkembang.

"Kali terakhir saya berlakon adalah filem Mamak Cupcake ketika sedang hamil Naeema empat bulan. Sejak itu saya langsung tidak berlakon lagi.

"Hala tuju saya sudah berubah sekarang iaitu dengan memberi fokus kepada keluarga dan perniagaan. Saya tidak ambil pembantu rumah kerana semuanya saya uruskan sendiri, jadi masa agak terhad.

"Tambahan pula, saya memberi susu badan kepada Naeema dan agak sukar untuk saya berlakon. Saya selesa bekerja dari rumah sahaja. Jika keluar ke mana-mana majlis, pasti saya akan membawa anak-anak sekali," tegasnya.

Selain itu, Nastaha juga sedang sibuk menyambung kuliah di peringkat diploma dalam jurusan Pengajian Islam di Yayasan Ta'lim dengan kerjasama Institut Arees, Texas, Amerika Syarikat.

Bakal menamatkan pengajian pada Mei ini, Natasha memberitahu, dia ingin menyambung pelajaran sehingga peringkat ijazah.

"Tidak lama lagi Institut Arees bakal dibuka di Malaysia dan kami merupakan antara pelajar pertama. Memang cita-cita saya untuk menyambung pelajaran dan mendalami ilmu agama. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan Allah. Walaupun sibuk dengan keluarga, itu bukan alasan untuk saya tidak menimba ilmu," balasnya.

Amyra pengguna Aurawhite

Rata-rata ramai yang terkejut apabila pelakon baharu Amyra Rosli dipilih sebagai duta Aurawhite selepas pelakon kontroversi Hanez Suraya menarik diri.

Diakui, Amyra memiliki kecantikan tersendiri, namun profilnya masih terlalu hijau dalam industri seni serta ditambah pula dengan kontroversi berkenaan disiplin ketika berlakon dengan aktres Fasha Sanda.

Bagaimanapun, rezeki menyebelahinya apabila dipilih menjadi duta Aurawhite mewakili produk penjagaan wajah White Diamond Exclusive.

"Rasa gembira kerana saya merupakan pelanggan tegar Aurawhite. Saya mempunyai masalah jerawat dan sejak memakai produk ini, wajah saya lebih segar serta sihat.

"Ini kali pertama saya menjadi duta produk. Bagi saya, ia satu tanggungjawab yang amat besar kerana orang meletakkan kepercayaan kepada saya," ujarnya.

Disoal tentang pemilihannya, akui Amyra dia sedar dirinya masih terlalu baharu dalam dunia seni dan berharap peluang diberi kepadanya untuk menunjukkan bakat serta kualiti yang ada pada dirinya.

"Saya sedar pasti ada yang bercakap sesuaikah saya jadi duta produk tetapi ingin saya tegaskan saya memang pakai produk ini dan percaya ia sebuah produk yang bagus.

"Rezeki diberikan oleh Allah. Meskipun nama saya pernah dikaitkan dengan kontroversi, namun masih ada yang percaya pada diri ini. Saya harap dengan pemilihan saya sebagai duta dapat membantu meningkatkan lagi kepercayaan pengguna dan jualan produk Aurawhite," ujarnya.

Kahwin muda

Menjawab isu disiplin yang mengaitkan namanya dan aktres terkenal Fasha Sandha baru-baru ini, Amyra memberitahu, semuanya terjadi atas sebab salah faham.

Mengakui tidak timbul sebarang masalah antara dia dan Fasha, bahkan pelakon itu menyatakan tidak kekok andai mereka digandingkan sekali lagi dalam projek yang akan datang.

"Semuanya berlaku akibat salah faham. Namun, saya ambil positif daripada kontroversi yang tercetus. Jika ditawarkan berlakon bersama Fasha dalam projek seterusnya, saya tidak kisah kerana memang hubungan kami baik sahaja," balas pelakon berusia 23 tahun itu.

Ujar tunang kepada pelakon Dazrin Kamaruddin itu, kontroversi yang tercetus banyak mematangkan dirinya sebagai anak seni.

"Selepas ini saya akan lebih berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh memakan diri sendiri," katanya.

Bercakap mengenai hubungannya bersama Dazrin, kata Amyra yang mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lepas, mereka masih belum mempunyai tarikh untuk bernikah memandangkan kedua-duanya sibuk dengan kerjaya.

"Kami mengikat tali pertunangan selama dua tahun. Buat masa ini kami belum mempunyai tarikh memandangkan masing-masing sibuk. Jika sudah ada tarikh saya akan kongsi bersama.

"Soal kahwin muda, saya bukan mengikut trend tetapi melihat ibu dan ramai ahli keluarga yang berkahwin muda hidup bahagia. Ia membuatkan saya tidak teragak-agak untuk menamatkan zaman bujang pada usia yang muda," ucapnya.

Mereka pilihan yang tepat - Nurfuryna

Posted:

Mereka pilihan yang tepat - Nurfuryna

Mereka pilihan yang tepat - Nurfuryna


ADA sebab kenapa Nurfuryna memilih Natasha dan Amyra sebagai duta terkini Aurawhite.


PENGASAS produk Aurawhite, Nurfuryna Mohd. Azmeer memberitahu, Natasha dan Amyra merupakan pilihan yang tepat untuk produk Aurawhite.

Katanya, sebelum pemilihan dibuat pihaknya telah memilih beberapa nama artis popular, namun mereka telah memilih Natasha dan Amyra berdasarkan kualiti yang dimiliki mereka.

"Pemilihan Natasha dibuat sebab kami inginkan duta yang berhijab. Selain itu, Natasha juga terkenal dengan kejelitaannya serta sangat mementingkan kesihatan.

"Amyra pula seorang pelakon baharu dan kami merasakan imej segar Amyra sangat sesuai dengan produk untuk penjagaan kulit," kata Nurfuryna.

Apabila disoal, adakah kontroversi duta terdahulunya iaitu Hanez Suraya memberi kesan terhadap penjualan produk Aurawhite, kata Nurfuryna kontroversi itu langsung tidak memberi kesan.

Bahkan, penjualan produknya berjalan seperti biasa. Namun, pertukaran duta produk Aurawhite bukan disebabkan kontroversi Hanez Suraya, sebaliknya pelakon itu yang memilih untuk mengundur diri.

"Hubungan kami dan Hanez baik sahaja kerana sepanjang menjadi duta, dia memberi komitmen yang baik. Bukan pihak kami yang menamatkan kontraknya, tetapi Hanez mengambil keputusan untuk mengundur diri supaya tidak menjejaskan produk Aurawhite," balasnya.

Apek mengaku azab tidur dalam lokap

Posted:

Apek mengaku azab tidur dalam lokap

Apek mengaku azab tidur dalam lokap

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI

APEK mengaku bahawa kes dadah yang dilalui merupakan sejarah hitam dalam hidupnya.


SETELAH dikenakan denda sebanyak RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan, Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff, 45, atau lebih mesra disapa Saiful Apek kini kelihatan bahagia dengan kehidupannya sekarang.

Perasaan lega terpancar pada wajah pelawak dan pelakon yang pernah menjadi hero bagi filem Cicakman itu apabila tempoh perbicaraan yang memakan masa empat tahun itu berakhir pada 25 April lalu.

Bagi lelaki ini, walaupun tempoh perbicaraan itu berakhir dengan menyaksikan dia dan tiga lagi rakannya didapati bersalah, namun kata Apek, apa yang berlaku akan menjadi satu pengajaran buat dirinya supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan.

Bertemu Apek pada sesi rakaman program raya di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini, pelantun lagu Aspalela itu tidak kekok apabila diminta untuk ditemu ramah pihak media.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama pelakon dan pelawak yang pernah menjadi salah seorang anggota kumpulan senario yang gah pada tahun 90-an itu.

Kosmo!: Selepas lebih empat tahun, akhirnya kes Apek selesai baru-baru ini dengan menyaksikan anda dan tiga rakan lain didapati bersalah. Apakah pengajaran yang dapat anda simpulkan?

SAIFUL APEK: Mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati dengan kehidupan. Saya juga tidak akan mudah mempercayai seseorang, walaupun dia teman rapat saya. Bagaimanapun saya reda dengan apa yang menimpa saya selama ini. Walaupun pahit, kehidupan mesti diteruskan.

Boleh ceritakan pengalaman anda sepanjang prosiding kes berlangsung?

Ia merupakan sejarah hitam dalam hidup saya. Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sepanjang empat tahun perbicaraan kes tersebut ialah tidur di dalam lokap dan tidak dibenarkan berjumpa dengan isteri dan anak-anak saya. Pada masa itu, perasaan sedih saya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Bagaimanakah penerimaan keluarga anda?

Alhamdulillah, mereka merupakan insan yang paling rapat dengan saya. Mereka juga tidak pernah berputus asa dalam memberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada saya. Saya juga sangat bersyukur, walaupun setelah apa yang terjadi kepada saya, anak-anak saya dilihat tidak mendapat kesan daripada peristiwa tersebut dan hubungan dengan dua orang anak saya.

Adakah rakan anda menjauhi diri mereka daripada anda setelah mereka mendapat tahu anda terlibat dengan kes dadah?

Saya mengakui memang ada beberapa rakan yang menjauhi diri mereka daripada saya. Mereka mempunyai alasan mereka sendiri, terpulanglah kepada mereka. Biarlah rakan baik dan keluarga terdekat sahaja yang memahami saya.

Adakah kes tersebut menyebabkan tawaran lakonan dan pengacaraan anda telah berkurangan?

Tidak sama sekali, saya tidak pernah mendapat kesan daripada kes tersebut. Alhamdulillah, tawaran lakonan dan pengacaraan tidak pernah putus-putus diterima. Saya sangat berterima kasih kepada masyarakat kerana masih memberi peluang dan sokongan moral kepada saya.

Apakah perkembangan terbaharu anda?

Kini saya dan pihak produksi saya, Gitu-Gitu Production sedang dalam perancangan menyiapkan draf pertama untuk filem bergenre adi wira iaitu Kucingman. filem tersebut masih lagi dalam perancangan awal dan Insya-Allah, kalau tiada aral melintang filem tersebut akan memulakan penggambaran bermula September ini.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved