Isnin, 5 Mei 2014

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pameran seni 10 ilham pengkarya tempatan

Posted:

Pameran seni 10 ilham pengkarya tempatan

Pameran seni 10 ilham pengkarya tempatan


NAZRIN (kiri) tertarik dengan salah satu hasil karya yang dipamerkan.


BARU-BARU ini Art Friend Malaysia dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara telah menganjurkan pameran Malaysia Art Friend kali kedua.

Pameran yang dirasmikan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah itu, mempersembahkan 30 buah karya pilihan daripada 10 orang pengumpul Malaysia.

Antaranya ini ialah Tun Daim Zainuddin, Datuk Lim Edin Nom dan Pakhruddin Sulaiman.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Datuk Mahadzir Lokman berkata, beliau sangat berterima kasih kepada pengumpul-pengumpul seni yang terlibat dalam penganjuran pameran kali ini.

Ini kerana penganjuran pameran tersebut merupakan hasil ilham dan usaha murni mereka untuk memartabatkan karya-karya pelukis tempatan.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengumpul-pengumpul kerana terlibat dalam penganjuran pameran kali ini.

"Jika bukan kita yang menghargai dan meraikan warisan seni tanah air maka akan terabailah warisan budaya dan seni negara," katanya.


PAMERAN Malaysia Art 2 Friend bertujuan berkongsi warisan karya seni tempatan.


Sokong

Dalam pada itu, beliau juga berharap lebih ramai pengumpul seni di luar sana akan tampil menyokong dan menganjurkan program-program seperti itu pada masa akan datang.

Sementara itu, menurut salah seorang ahli Malaysian Art Friends 2, Pakhruddin Sulaiman, mengumpul karya seni sering dianggap sebagai satu aktiviti peribadi dan subjektif.

Namun dengan penganjuran pameran seperti itu, ia diharap dapat mengikis anggapan sedemikian di samping berkongsi karya-karya seni dengan kelompok masyarakat yang lebih besar.

"Kami mengusahakan projek ini kerana sedar pentingnya berkongsi koleksi kami dengan khalayak.

"Ia penting untuk memupuk rasa cinta masyarakat kepada seni dan menyemarakkan pendidikan seni tempatan supaya industri ini lebih membangun," katanya yang merupakan seorang peguam.


PERASMIAN buku 30 Art Friend: Karya-karya Pilihan Oleh 10 Orang Kolektor disempurnakan oleh Raja Dr. Nazrin Shah sambil disaksikan Mahadzir (kanan).


Antara karya penting yang wajar diberi perhatian dalam pameran tersebut adalah The Dream (1969) oleh Ibrahim Hussein, yang pernah menjadi rebutan ramai pada acara lelongan seni tempatan beberapa tahun lalu.

Selain itu, pelawat juga berpeluang melihat karya-karya kontemporari ciptaan artis-artis lebih muda seperti Jalaini Abu Hassan dan Roslisham Ismail atau dikenali sebagai Ise, selain karya-karya artis-artis serantau seumpama Henri Dono, Olan Ventura dan Natee Utarit.

Turut berlangsung pada majlis yang sama ialah pelancaran buku 30 Art Friend: Karya-karya Pilihan Oleh 10 Orang Kolektor.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan buku tersebut boleh mendapatkannya di Kedai Galeri, Balai Seni Visual Negara, Ruang Pemula (RuPĂ©) di A07, Tingkat 4, Blok A, Pusat Perdagangan Taman Dagang, Jalan Dagang Besar, Ampang, Selangor.

Rahsia Kunyit Penawar Penyakit

Posted:

Rahsia Kunyit Penawar Penyakit

Rahsia Kunyit Penawar Penyakit


ORANG RAMAI disarankan mengamalkan pengambilan kunyit dengan mempelbagaikan penggunaannya dalam diet seharian.


RAMAI yang tidak sedar di sebalik simbolik warna kuning emas, kunyit yang merupakan tumbuhan yang mempunyai 1,001 khasiat yang mampu mencegah dan mengurangkan penderitaan akibat penyakit-penyakit berprofil tinggi seperti kanser, Alzheimer dan diabetes.

Jika diteliti, kanser prostat merupakan kanser kedua terbesar yang mengancam nyawa lelaki di Amerika Syarikat dengan jumlah kes kira-kira 500,000 setiap tahun.

Sebaliknya kanser tersebut jarang berlaku dalam kalangan lelaki India yang banyak mengamalkan pemakanan berasaskan kari, rempah ratus dan sayur-sayuran dalam masakan mereka.

Kunyit atau nama saintifiknya, Curcuma longa banyak digunakan dalam perubatan tradisional Melayu seperti menghilangkan gatal-gatal, kesihatan dalaman wanita dan pelbagai lagi.

Curcuma longa bukan sekadar merawat simptom-simptom kecil alahan atau herba untuk wanita selepas bersalin sebaliknya fungsi universal merangkumi semua golongan.

Menurut pengkaji herba dari Universiti Oxford, Profesor Gerard Bodeker, kunyit antara herba yang tinggi khasiat dan telah banyak kajian dilakukan mengenainya.

Menurut Bodeker, kunyit mempunyai bahan aktif yang dikenali sebagai kurkumin yang berperanan untuk mencegah dan mengurangkan penderitaan pesakit seperti kanser prostat, payudara dan merendahkan kadar kolesterol.

"Bahan aktif ini juga mampu menguatkan sistem imun atau pertahanan badan untuk menangkis serangan penyakit serta bersifat antioksidan yang boleh menjadikan kulit seseorang menjadi awet muda dengan pengambilan yang konsisten.

"Radikal bebas yang menjadi penyebab kanser juga boleh dineutralkan melalui antioksidan yang terkandung dalam herba pelbagai guna ini," ujar beliau.

Bodeker yang turut mengamalkan minum jus kunyit menjelaskan, kunyit perlu dilihat sebagai herba yang bukan semata-mata untuk perubatan tradisional tetapi mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai penawar pelbagai penyakit.

Curcuma longa mengandungi komponen bioaktif polyphenol membantu untuk mencegah tanda awal kanser dan merosakkan sel kanser yang bermutasi.

Kurkumin yang bertindak mengganggu proses mutasi sel kanser ini menyebabkan sel-sel tersebut tidak dapat mengembang atau menjadi lembap dan kurang aktif terutamanya kanser payudara dan prostat.

Tambahnya, kunyit mempunyai pakej yang cukup lengkap dalam penjagaan badan manusia, iaitu untuk menjaga kesihatan dan kecantikan yang menjadi idaman setiap orang.

Generasi muda perlu sedar tentang kepentingan herba ini dan kembali mengamalkan tradisi perubatan yang pernah diamalkan oleh generasi terdahulu serta mempelbagaikan penggunaannya dalam diet harian.

Mereka perlu sedar bahawa herba dan ulam-ulaman merupakan penawar semula jadi yang tidak boleh dipertikaikan khasiatnya terhadap kesihatan manusia.

Bodeker telah melakukan kajian tentang herba dan perubatan tradisional lebih 20 tahun dan mengkaji tentang herba kunyit kira-kira 10 tahun.

Penulis buku bertajuk Health and Beauty from The Rainforest itu juga banyak mengulas tentang khasiat-khasiat herba yang terdapat di Malaysia.

Beliau turut menyarankan supaya usaha membukukan khasiat herba dan ulam-ulaman yang menjadi amalan masyarakat terdahulu dibukukan supaya ia tidak lenyap ditelan zaman.

Jelasnya, masyarakat kini dan akan datang perlu tahu tentang khasiat dan peranannya. Ilmu perubatan tradisional adalah khazanah berharga untuk generasi kita.

Nuriman pelajar terbaik Kolej Consist

Posted:

Nuriman pelajar terbaik Kolej Consist

Nuriman pelajar terbaik Kolej Consist


MOHAMED NURIMAN (kiri) menerima sijil daripada Johari pada majlis konvokesyen Kolej Consist baru-baru ini.


SIKAP tidak mengenal erti putus asa sebaliknya terus berusaha melakukan pelbagai rujukan dan perbincangan dengan pensyarah akhirnya membuahkan hasil kepada Mohamed Nuriman Ya'kob, 24.

Anak muda berjiwa besar ini diumumkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan pada majlis Konvokesyen Ketiga Kolej Latihan Keselamatan Industri dan Pembinaan (Consist) di Dewan Perdana Suria, Kolej Consist, Ampang, Selangor baru-baru ini.

Beliau juga dipilih menerima Anugerah Projek Hirarc Terbaik (Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko) 2013.

Menurut Mohamed Nuriman, banyak cabaran terpaksa ditempuhnya sepanjang menuntut ilmu di kolej tersebut, namun setiap masalah boleh diselesaikan jika mempunyai semangat tinggi untuk berjaya.

Kata pemegang Diploma Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan itu, selain tidak menduga dipilih sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan Kolej Consist, ia juga adalah kenangan paling manis dalam hidupnya.

"Saya sunggguh bangga dengan kejayaan ini dan bersyukur belajar di sini kerana menerima dua anugerah iaitu Pelajar Terbaik Keseluruhan dan Projek Hirarc Terbaik.

"Inilah kenangan manis yang sukar untuk dilupakan, saya bersyukur kerana memang bukan senang bagi setiap pelajar Kolej Consist menerima anugerah seumpama ini," ujarnya.

Seramai 214 graduan bidang Diploma Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Diploma Ergonomik layak menerima diploma masing-masing pada majlis tersebut.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia, Datuk Ir. Dr. Johari Basri dan turut dihadiri Ketua Eksekutif Kolej Consist, Ar. Mior Zawari Hassan.

Sementara itu, bagi setiap pengambilan, Anugerah Pelajar Terbaik diberikan kepada, Lai Jin Leong, 38, (Ambilan 13), Muhammad Izzat Rashid, 24, (Ambilan 12), Mohammad Zharif Mohd. Zin, 22, (Ambilan 10) dan Teh Hang Loong, 24, (Ambilan 9).

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved