Selasa, 12 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Disiplin senaman, diet dan suplemen

Posted:

Disiplin senaman, diet dan suplemen

Disiplin senaman, diet dan suplemen

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my



KATA orang, bahasa badan menjadi cermin personaliti seseorang. Ini kerana tubuh badan ditakrif sebagai bayangan penjagaan kesihatan seseorang.

Jika wanita mahukan tubuh badan langsing untuk cantik, kaum Adam pula memasang angan-angan memiliki tubuh badan berotot untuk kelihatan lebih maskulin.

Namun, mendapatkan bentuk tubuh badan yang kekar bukanlah satu perkara yang mudah. Bagaimanapun, bagi sesetengah lelaki, obses mereka lebih daripada membina badan sasa apabila ada yang berusaha memiliki otot six pack pada bahagian perut.

Selain menambahkan lagi kecantikan susuk tubuh badan, membentuk enam otot di bahagian perut juga menjadi lambang kesungguhan mereka saat berpenat lelah di pusat kecergasan.

Seorang jejaka, Mohd. Zafir Abdul Karim tidak menolak kebenaran tergolong dalam individu yang obses terhadap six pack. Bagaimanapun akuinya, dengan mengikuti disiplin yang ketat dan betul, impiannya itu tercapai dalam tempoh tiga bulan sahaja.

"Saya mempunyai bentuk badan yang amat kurus. Walaupun saya makan dalam kuantiti yang banyak tetapi, berat badan saya tetap tidak naik.

"Setelah saya menyertai Muay Thai dua tahun lalu, saya mula memandang serius untuk mendapatkan tubuh badan yang berotot.

"Ahli Muay Thai memerlukan perut yang kuat kerana ia merupakan kawasan serangan lawan. Jadi secara tidak langsung ia memaksa saya fokus membina otot pada bahagian perut," jelas lelaki berusia 26 tahun itu.


KUALITI senaman perlu diutamakan untuk membolehkan lebih banyak lemak dapat dibakar.


Formula six pack

Mungkin ramai beranggapan senaman menjadi taruhan utama akan tetapi, formula asas bagi mendapatkan six pack adalah menitikberatkan kepada cara pemakanan.

Menurut anak kelahiran Perak itu, seseorang individu boleh makan apa sahaja dengan syarat mereka tahu jumlah kalori yang diambil serta mengambil inisiatif membakar kalori tersebut bagi mengelakkan lebihan lemak dalam badan.

"Tidak salah bagi seseorang itu bersarapan dengan nasi lemak tetapi, mereka perlu mengira jumlah kalori yang ada dalam kandungan menu tersebut. Sepinggan nasi lemak kebiasaannya mempunyai 300 hingga 400 kalori, jadi mereka perlu melakukan aktiviti yang mampu membakar jumlah kalori tersebut.

"Misalnya, berjoging selama dua jam mampu membakar jumlah kalori yang sama banyak dengan sepinggan nasi lemak tetapi, ia terpulang kepada individu itu bagaimana memilih untuk membakar kalori," katanya.

Bagi mendapatkan six pack dalam tempoh singkat, Zafir menyediakan jadual pemakanan khusus dengan hidangan sebanyak enam kali sehari dalam kuantiti kecil bagi setiap hidangan.

Rahsia air

Pengambilan air yang diminum juga memainkan peranan penting bagi mendapatkan otot perut yang pejal serta mengekalkan six pack yang dimiliki.

Setiap kali bangun daripada tidur, Zafir akan meminum air masak secukupnya (beberapa gelas mengikut keadaan). Selain itu, dia juga hanya akan minum selepas 45 minit pengambilan makanan berat.


PEMAKANAN merupakan faktor utama mencapai bentuk badan ideal.


Secara purata, lelaki yang kini bertugas sebagai jurulatih kecergasan bagi Persatuan Muay Thai Malaysia itu akan minum sekurang-kurangnya dua botol besar air mineral setiap hari.

Menerjah dimensi senaman, Zafir memberitahu pada awal proses membina six pack, dia melakukan minimum 100 kali bangkit tubi hampir setiap hari.

Rutin senamannya merangkumi aktiviti joging sejauh lima kilometer yang dilakukan dua kali seminggu bermula pukul 6.30 pagi.

Pada sesi petang, Zafir akan menjalani latihan Muay Thai, manakala pada sebelah malam dia akan meluangkan masa selama dua jam di gim melakukan aktiviti seperti angkat berat dan lain-lain.

Suplemen

Tidak lengkap jika seorang lelaki yang memiliki six pack tidak mengambil sebarang suplemen bagi membantu mengekalkan otot-otot tersebut dalam keadaan baik.

Bagi Zafir, suplemen penting walaupun ada segelintir menyifatkan bahan tersebut tidak diperlukan sekiranya telah mengikuti diet serta senaman yang betul.

Suplemen seperti serbuk minuman protein berguna buat individu yang mahu mengekalkan six pack kerana kandungan dalam bahan itu lengkap dengan kesemua protein mengikut kuantiti yang diperlukan badan.

Selain itu, pengambilan sebiji pil multivitamin setiap pagi dikatakan dapat membekalkan nutrisi serta tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.

Tambah Zafir, mereka yang banyak melakukan aktiviti senaman berat di gim perlu mengambil pil asid amino sebelum dan selepas senaman bagi memulihkan kembali tisu otot yang koyak ketika bersenam.

"Secara keseluruhan, saya menghabiskan RM300 hingga RM500 sebulan bagi perbelanjaan suplemen," katanya yang menjadikan Kevin Zahri sebagai idola.

Sementara itu, jurulatih persendirian Elements Gym, G Tower Kuala Lumpur, Abdul Razak Jalil memberitahu, kandungan suplemen terdiri daripada 100 peratus makanan harian cuma keistimewaannya ia lengkap dengan nutrisi yang diperlukan badan.


KALORI defisit langkah terbaik membentuk six pack.


Razak atau lebih mesra disapa sebagai Jack menyatakan suplemen mampu membantu individu yang mahukan kesan pantas membina six pack.

Jika tidak, seseorang itu hanya perlu mengurangkan pengambilan makanan berminyak serta mengelakkan makanan dengan kandungan gula yang tinggi.

Sama seperti Zafir, sebagai individu yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang bina badan, Jack meletakkan 60 peratus pada pemakanan dan 40 peratus pada senaman sebagai faktor utama mendapatkan six pack.

Jelasnya, badan seorang dewasa hanya boleh menerima sebanyak 1,200 hingga 1,600 kalori sahaja sehari tetapi, dalam konteks masyarakat Malaysia, ia telah melebihi paras normal.

"Masyarakat Malaysia sukar menjaga pemakanan mereka, jadi bukan sesuatu yang mengejutkan apabila mendapat tahu kandungan kalori mereka mencecah 2,500 hingga 3,000 kalori.

"Menambah kepada masalah tersebut, mereka tidak bersenam bagi membakar kalori tersebut yang akhirnya menyebabkan lemak terkumpul dalam badan," ujar anak kelahiran Johor itu.

Mitos bangkit tubi

Menyentuh soal senaman, Jack berpesan kepada mereka yang ingin memiliki six pack agar tidak percaya kepada mitos bangkit tubi yang perlu dilakukan sebanyak 2,000 hingga 3,000 sehari.

Menurut Jack, bagi mendapatkan six pack, seseorang itu hanya perlu melakukan 200 hingga 300 bangkit tubi sehari dan mengulangi aktiviti tersebut selama tiga kali seminggu.

"Otot kita perlu rehat, jangan lakukan senaman secara melampau, biar berpada-pada dan lakukan secara perlahan-lahan serta hasilnya akan menjadi lebih baik.

"Jumlah 200 bangkit tubi yang dimaksudkan di sini juga bukanlah dilakukan sekali gus, anda boleh lakukan sebanyak 25 kali dan berhenti untuk 30 saat sebelum menyambung semula.

"Aktiviti ini juga perlu dilakukan setiap pagi sebelum sarapan dan selepas santapan terakhir pada waktu malam," tambahnya lagi.

Sementara itu, aktor popular tanah air yang terkenal sebagai individu yang memiliki tubuh badan kekar, Jehan Miskin pula menyifatkan dirinya beruntung kerana tidak banyak berpantang soal makanan.

Memiliki bentuk badan ektomorf iaitu kerangka badan yang kecil dan panjang, Jehan memberitahu keseimbangan pemakanan serta senaman penting bagi pembentukan otot.

"Setiap individu mempunyai bentuk badan berbeza jadi mereka perlu melakukan senaman serta amalan diet mengikut kesesuaian badan mereka.

"Disiplin dan tidur yang cukup juga penting bagi mendapatkan tubuh badan yang mantap," kata pelakon berusia 32 tahun itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mesej sihat kempen Do Life

Posted:

Mesej sihat kempen Do Life

Mesej sihat kempen Do Life


DAVIS pernah hidup tertekan dan kemurungan akibat obesiti.


SATU ujian telah diadakan pada 22 Jun lalu dengan mengumpulkan 75 peserta yang tidak mengenali antara satu sama lain di Washington, Amerika Syarikat (AS) dan menghabiskan larian sejauh lima kilometer (km) di mercu tanda taman National Mall.

Semangat luar biasa peserta-peserta yang mengikuti kempen berkenaan adalah untuk menghilangkan 612.3 kilogram (kg) secara kolektif, berhenti merokok, berubah kerjaya, menghindari hutang, menamatkan ketagihan alkohol dan dadah.

Ia hanya permulaan awal jelajah mengelilingi 31 buah negeri pada musim panas bagi mewujudkan satu rangkaian sokongan untuk orang yang sedang mencuba mengubah semula kehidupan mereka dalam negara berdepan masalah ketagihan dan berat badan.

Selepas empat jam, menghabiskan larian dan menikmati hidangan makan malam dengan ikatan kasih sayang, peserta-peserta kemudian meninggalkan majlis tersebut sebagai kawan.

Bermula dengan blog kesihatan

Mereka merupakan ahli pergerakan Do Life diasaskan Ben Davis yang menggunakan kesihatan sebagai platform mencari kebahagiaan, berhubung bersama keluarga dan rakan-rakan serta memulakan perhubungan seumur hidup.

Davis, 25, telah membangunkan blog Ben Does Life pada Disember 2008 untuk mendokumenkan perjalanan pengurangan berat badan yang dilakukannya.

Menariknya, dia telah melalui transformasi daripada seorang mempunyai berat badan 162 kg yang tertekan dan memiliki sikap memendam rasa kepada pelari maraton dan atlet Ironman.

Tidak ketinggalan dengan kehilangan 104 kg dia juga mampu menjadi pemidato di depan khalayak sekali gus menjadi inspirasi kepada ribuan orang di seluruh dunia.

Aktiviti positif atasi masalah

Bagaimanapun, Davis dan peserta lain yang mengambil bahagian dalam larian tersebut menekankan, Do Life merupakan konsep universal.

"Bukan semua orang yang ingin mengurangkan berat sehingga 58 kg. Sesetengah orang mempunyai ketagihan lain malah, bergelut dengan pelbagai masalah lain dalam kehidupan.

"Anda perlu mengetahui cara untuk menggantikan pelbagai masalah dibelenggu kehidupan dengan sesuatu yang positif," katanya.

Pelajar Universiti George Washington, Estee Gabel, yang mengikuti kempen berkenaan selepas menonton video YouTube Davis telah mengaplikasikan moto tersebut dalam kehidupannya.


GAYA hidup Davis kini menjadi inspirasi kepada jutaan individu lain.


"Melakukan Do Life seperti mendayung, latihan yang biasa saya lakukan untuk menenangkan fikiran dan fokus dalam kehidupan," katanya.

Dalam pada itu, individu lain, seperti Avi Kempler, telah menyertai Weight Watchers pada tahun 2007 selepas bapanya didiagnos menghidapi kanser.

"Saya berasa malu untuk bersama keluarga kerana tidak mahu mereka mengetahui saya sangat besar.

"Saya sangat merindui memori indah bersama ayah dan nenek yang meninggal dunia selang lima bulan antara mereka," ujarnya sambil menyeru agar orang ramai melakukan aktiviti yang menggembirakan diri sambil menghargai kehidupan.

Bagi Kempler, menjalankan Do Life adalah memikul tanggungjawab untuk membuat keputusan dan melakukan perubahan dalam pelbagai aspek dalam kehidupan.

"Ia tidak penting kalau anda ingin menurunkan berat badan seperti kata Davis atau cuba menghindari ketagihan dadah dan alkohol.

"Semuanya bermula dengan langkah pertama. Sebelum ini, saya mempunyai berat badan mencecah 180 kg. Saya juga berhutang sebanyak AS$20,000 (RM60,110). Saya merupakan seorang perokok tegar.

Kini saya tidak mempunyai hutang kad kredit, berat telah turun kepada 104 kg dan tidak merokok sejak tiga tahun lalu," katanya.

Bagi menyebarkan gerakan tersebut, Davis bersama bapa, John dan adiknya, Jed telah menubuhkan Do Life Inc. pada Januari lalu.

"Sesiapa sahaja boleh memperoleh mesej yang cuba disampaikan dan menggunakan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kami telah menukar Ben Does Life kepada Do Life.

"Ia telah menjadi mesej dan moto digunakan dalam kehidupan seharian mereka dengan mengatakan ini merupakan cara kehidupan saya. Mungkin saya tidak akan berlari dalam maraton tetapi saya berada di luar sana setiap hari bersama anak-anak sambil berjalan dan berjoging," ujar Davis.

Pada musim panas ini, tiga beranak itu akan mengembara sejauh 19,312 km merentasi AS dan Kanada bagi menganjurkan Jelajah Do Life pertama bermula 18 Jun hingga 27 Julai ini.

Jelajah tersebut merupakan siri percuma, larian atau berjalan sejauh lima km di 31 bandar untuk menarik orang ramai bersua dan bersenam. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Tidak hadir sekolah, ibu bapa terima SMS

Posted:

Tidak hadir sekolah, ibu bapa terima SMS

Tidak hadir sekolah, ibu bapa terima SMS

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my



IBU bapa sentiasa ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Mereka merupakan insan yang memerlukan bimbingan agar menjadi orang berguna kepada negara dan bangsa pada masa hadapan.

Melalui pendidikan awal, keperibadian anak-anak ini dapat dibentuk untuk memastikan mereka menjadi seorang insan yang dapat membanggakan kedua ibu bapa sekaligus menyumbang kepada negara.

Bagaimanapun, di sebalik tugasan harian yang dibebani ibu bapa, kadang kala menyukarkan pemantauan terhadap gerak geri anak-anak terutamanya apabila melangkah ke alam persekolahan sehingga mereka terdedah kepada gejala ponteng sekolah yang seterusnya menyumbang kepada masalah sosial.

Menyedari kepentingan pendidikan dapat membantu pembentukan keperibadian anak-anak, syarikat bumiputera Mobile Biz Network Sdn. Bhd. telah membangunkan aplikasi kehadiran m-Attendance yang dapat memudahkan ibu bapa memantau dan berkomunikasi bersama guru mereka.

Pengarah Urusan Mobile Biz Network Sdn. Bhd., Latif Kachong, berkata, sistem aplikasi kehadiran m-Attendance dibangunkan atas dasar kesedaran tentang pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutamanya sistem aplikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) serta e-mel dalam trasformasi pendidikan.

"Aplikasi yang mesra pengguna dan menggunakan platform komputer tablet Apple iPad ini dapat mengurus kehadiran pelajar dengan cepat, cekap dan sistematik.

"Ia juga tidak membebankan guru-guru malah memudahkan dan mengurangkan tugasan guru dalam mengurus kehadiran pelajar-pelajar mereka dengan lebih efisien," katanya ketika ditemui Kosmo!.


LATIF turut turun padang untuk memberi pendedahan mengenai aplikasi m-Attendance kepada guru-guru SMK Kijal, Kemaman, Terengganu.


Selain daripada itu, Latif memberitahu, penggunaan sistem aplikasi berkenaan juga dapat memupuk hubungan dua hala antara guru dan ibu bapa dengan lebih mudah serta berkesan.

Katanya, sistem aplikasi tersebut bertindak menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ibu bapa memaklumkan status kehadiran anak mereka ke sekolah sebaik sahaja guru menanda kedatangan pelajar-pelajar.

"Dengan cara ini, ibu bapa akan mengetahui sama ada anak mereka berada di sekolah atau sebaliknya. Ia sekali gus dapat membantu ibu bapa dalam memantau anak dengan lebih cepat terutamanya apabila mereka bertindak ponteng sekolah dan sebagainya.

"Sistem ini juga dapat membantu memantau keselamatan anak-anak kerana terdapat ibu bapa yang terpaksa memulakan tugasan mereka pada awal pagi.

"Apabila menerima SMS daripada guru, ibu bapa ini boleh mengetahui sama ada anak mereka selamat sampai di sekolah dan memulakan pembelajaran," terangnya.

Konsep m-Attendance

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Produknya, Hazwan Abu Hassan, memberitahu, ibu bapa akan menerima SMS setiap hari sekitar 7.35 pagi bagi memaklumkan jika anak-anak mereka tidak hadir ke sekolah.

"Penggunaan aplikasi ini sangat mudah dikendalikan oleh sesiapa sahaja. Sebaik memasuki kelas, guru hanya perlu membuka aplikasi tersebut di iPad dan menandakan kehadiran pelajarnya, secara automatik senarai pelajar yang tidak hadir ke sekolah akan dihantar menerusi SMS dan e-mel kepada ibu bapa.

"Bagi memudahkan lagi ibu bapa, mereka juga boleh membalas SMS berkenaan untuk memaklumkan sebab ketidakhadiran anak mereka jika pelajar sakit atau ada sebab lain. Malah, ia boleh dibaca pengetua melalui e-mel untuk tindakan selanjutnya. Melalui teknologi push e-mail, mesej tersebut juga boleh dibaca di telefon pintar," jelas Hazwan.

Tambahnya, rekod kehadiran pelajar dalam kelas berkenaan turut akan dikemas kini dan disalurkan ke pejabat sekolah untuk melancarkan lagi tugasan harian guru-guru dalam memberi pembelajaran kepada pelajar.

Lebih terperinci, aplikasi mesra pengguna itu turut dilengkapi maklumat pelajar seperti profil pelajar, rekod akademi, laporan disiplin, rekod ujian termasuklah berat dan tinggi pelajar.

Kelebihan aplikasi

"Dengan aplikasi ini, ibu bapa akan merasa selamat kerana mengetahui bahawa anak-anak mereka telah pergi ke sekolah dan bukannya berada di luar kawasan sekolah.

"Ia sekali gus dapat mengawal gejala ponteng sekolah malah dapat mengeratkan hubungan antara guru, pelajar dan ibu bapa.


GURU-GURU SMK Kijal asyik menggunakan iPad untuk membiasakan diri dengan aplikasi m-Attendance.


"Kelebihan lain yang dapat diperoleh melalui sistem aplikasi ini adalah ibu bapa dapat mengetahui markah dan keputusan ujian anak-anak mereka menerusi SMS dan e-mel yang dihantar selepas ujian," katanya.

Aplikasi m-Attendance yang mengambil masa kira-kira satu tahun untuk dibangunkan itu turut menyalurkan maklumat mengenai aktiviti dan program sekolah kepada ibu bapa atau penjaga dengan cepat, mudah dan kos efektif.

Ia juga dapat memberikan kemudahan kepada guru ketika hari menandatangani kad laporan pelajar kerana guru kelas tidak perlu lagi membawa buku rekod pelajaran dan ko-kurikulum.

Ini kerana semua butiran pelajar sudah terdapat di dalam iPad apabila membuka aplikasi tersebut.

"Dalam pada itu, aplikasi ini turut didatangkan dengan sistem HomeWorkAlert. Guru akan menghantar SMS kepada ibu bapa untuk memaklumkan tentang kerja sekolah yang telah diberikan kepada pelajar agar dapat dipantau dengan mudah.

"Selain sistem kehadiran m-Attendance, pihak sekolah juga dibekalkan dengan sistem SMS Aduan m-Center yang membolehkan ibu bapa dan orang ramai membuat sebarang aduan atau memberi cadangan dan pandangan kepada pihak sekolah dengan menghantar SMS," katanya.

Hazwan menambah, pihak sekolah juga mempunyai sistem SMS hebahan sendiri bagi memaklumkan aktiviti dan program sekolah seperti hari sukan, peringatan tarikh peperiksaan, makluman tunggakan yuran, mesyuarat dan sebagainya.

Itu adalah salah satu langkah pengintegrasian ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran selaras dengan tuntutan transformasi pendidikan dalam memartabatkan pendidikan negara.

Projek perintis

"Sebagai permulaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal, Kemaman, Terengganu telah menjadi perintis dalam penggunaan aplikasi ini.

"Kita telah membekalkan sebanyak 41 iPad untuk guru-guru kelas di sekolah berkenaan," katanya.

Selain daripada Apple, dia memberitahu, pihaknya juga mendapat sokongan kerajaan negeri Terengganu yang sememangnya memberi penekanan terhadap pendidikan.

"Selepas tiga bulan tempoh percubaan, jika mendapat maklum balas baik daripada guru dan ibu bapa, kami akan meneruskan usaha ke sekolah seterusnya iaitu SMK Kompleks Seberang Takir, Terengganu dengan menggunakan iPad2," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Loji nuklear diserang ubur-ubur

Posted:

Loji nuklear diserang ubur-ubur

Loji nuklear diserang ubur-ubur


SEORANG pekerja di loji janakuasa elektrik Orot Rabin di Tel Aviv memeriksa ubur-ubur yang ditempatkan ke dalam sebuah bekas.


SEBUAH loji kuasa nuklear yang terletak di pantai Israel terpaksa ditutup apabila sistem pendingin air lautnya tersumbat akibat dipenuhi dengan ubur-ubur.

Insiden yang membabitkan ubur-ubur turut berlaku di stesen janakuasa Torness di laut Scotland baru-baru ini hingga melumpuhkan dua reaktor loji berkenaan.

Pada minggu lalu, sebuah reaktor di Shimane, Jepun pula mengalami nasib yang sama apabila dilumpuhkan akibat serangan ubur-ubur.

Semua insiden itu berlaku ketika spekulasi bahawa arus suam dan pengaksidan lautan, kedua-dua disebabkan perubahan cuaca, menyebabkan populasi ubur-ubur meningkat dengan mendadak.

Persoalannya sekarang, adakah insiden seperti itu akan berlarutan?

"Kejadian melibatkan beberapa loji kuasa nuklear baru-baru ini tidak cukup kuat untuk membuktikan wujudnya satu corak global.

"Kesemua insiden terbabit mungkin berlaku secara kebetulan," kata Ahli Biologi Ubur-ubur dan Saintis Marin Makmal Laut Pulau Dauphin, Perairan Teluk Alabama, Amerika Syarikat (AS), Monty Graham.

Dia berkata, terdapat puluhan kes ubur-ubur menyebabkan penutupan sebahagian atau sepenuhnya loji tenaga di kawasan pantai sejak beberapa dekad lalu termasuk penutupan loji memproses air laut.

Seorang saintis Institut Penyelidikan Akuarium Teluk Monterrey, Steve Haddock, berkata, sebuah loji tenaga di Australia ditutup akibat serangan ubur-ubur lama dahulu iaitu pada tahun 1937.

Semua kejadian itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana semua loji tenaga berkenaan menyedut air dari lautan dan ia telah dilengkapi peralatan penapisan berfungsi untuk menyingkirkan ubur-ubur dan serpihan lain.


UBUR-UBUR yang penuh dalam tong pengumpul dipindahkan ke dalam tangki yang lebih besar untuk tujuan pelupusan.


"Cuma apabila terdapat bilangan besar ubur-ubur disedut ia akan menyebabkan alat penapisan itu tersumbat," kata Graham pada laman berita sains, Life's Little Mysteries.

Musim membiak

Peningkatan mendadak bilangan ubur-ubur berlaku dalam musim bunga dan panas menjawab persoalan mengenai insiden penutupan tiga loji tenaga baru-baru ini berlaku dalam jangka masa yang singkat.

Perubahan iklim global juga mungkin menyumbang kepada peningkatan bilangan ubur-ubur di berbanding sebelumnya sekali gus menyebabkan letusan populasi ubur-ubur di seluruh dunia.

Bagaimanapun, para saintis masih belum dapat mengesahkan fenomena tersebut kerana kajian untuk mengesan populasi ubur-ubur masih baharu.

"Di beberapa tempat, terdapat berlaku peningkatan populasi secara dramatik sejak beberapa dekad lalu tetapi secara keseluruhan ia masih belum cukup untuk diklasifikasikan sebagai satu trend.

"Kami masih belum mempunyai data mencukupi kerana kajian melibatkan ubur-ubur ini memerlukan masa yang panjang," kata Graham.

Seorang ahli biologi ubur-ubur Universiti Washington, Claudia Mills, bagaimanapun mengatakan terdapat beberapa kes tempatan yang direkodkan mengenai peningkatan ubur-ubur.

Sebagai contoh, satu spesies ubur-ubur penceroboh tersebar di Laut Mediterranean sejak beberapa dekad lalu dan mungkin menjadi penyebab kepada insiden di Israel.

Bagaimanapun, Mills memberitahu, kebimbangan mengenai peningkatan bilangan ubur-ubur pada skala besar mungkin telah diperbesar-besarkan.


SEORANg pekerja mengangkat ubur-ubur yang tersumbat pada sistem pendingin air laut menggunakan alat khas.


"Kami tidak tahu apa yang berlaku kepada populasi ubur-ubur di kebanyakan kawasan di dunia," katanya dalam satu e-mel.

Arus panas

Sebahagian penyelidik mengesyaki bahawa populasi ubur-ubur meningkat kerana ia mudah hidup di laut bersuhu panas.

"Populasi ubur-ubur meningkat dan menurun bersama perubahan iklim. Justeru tidak sukar untuk merumuskan secara munasabah bahawa jika iklim berubah dalam jangka masa panjang kita akan melihat perubahan dalam bilangan ubur-ubur," kata Graham.

Dia sedang melakukan kajian untuk menyiasat tentang bilangan ubur-ubur yang meningkat secara global dan punca ia terjadi.

Terdapat juga kemungkinan bilangan insiden ubur-ubur merosakkan loji kuasa nuklear disebabkan peningkatan bilangan loji berkenaan.

Namun begitu, tidak sukar untuk membaiki kerosakan yang dialami loji-loji tersebut.

"Loji-loji kuasa mengalami masalah besar cuma sekali-sekala dan apabila pihak pengurusan mendapati kos membaiki tinggi mereka akan memperkenalkan langkah-langkah pencegahan," ujarnya.

Antaranya termasuk pemasangan alat penapis tambahan dan sistem buih jet yang boleh mengapungkan ubur-ubur ke permukaan sebelum ia dibuang.

"Dalam sesetengah kes, pengendali loji-loji itu akan cuma memantau kehadiran ubur-ubur dan menutup loji mereka jika mengesan terdapat populasi yang banyak," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Generasi ketiga Olympus PEN

Posted:

Generasi ketiga Olympus PEN

Generasi ketiga Olympus PEN


MODEL PEN E-P3 yang didatangkan sistem FAST AF mampu meningkatkan kelajuan semasa fokus imej.


MASIH tercari-cari sebuah kamera yang mempunyai sistem autofokus (AF) terpantas tetapi cerewet dalam pemilihan badan kamera? Generasi ketiga Olympus PEN adalah pilihan yang tepat. Dengan berat seringan 215 gram dengan rekaan klasik, siri PEN E-P3 mudah berfungsi sebaik semua kamera yang berada di rak-rak jualan.

Selepas dua buah model kamera generasi terdahulu, PEN E-P2 dan PEN-P1, Olympus telah menaik taraf beberapa ciri-ciri yang sebelum ini tidak ada.

Ciri paling jelas adalah PEN E-P3 mempunyai sistem FAST AF terbaharu yang digabungkan dengan mekanisme MSC (Movie & Still Compatible), ia akan meningkat kelajuan ketika memfokus.


PAPARAN Hyper Crystal memberi gambaran lebih jelas kepada pengguna.


Pada masa yang sama ia dapat mengurangkan bunyi fokus lensa, jadi pengguna kamera boleh menghasilkan komposisi gambar dengan lebih kreatif.

Kualiti imej pula tidak perlu disangkal lagi dengan Live MOS Sensor yang berkelajuan tinggi 12.3 megapiksel selain paparan berdefinasi tinggi sepenuhnya dengan 1080i dan imej pemprosesan baru, TruePic VI.

Selain itu, antara ciri baharu yang menarik perhatian peminat kamera adalah panel paparan skrin sentuh bersaiz kira-kira 7 sentimeter.

Paparan imej OLED 610,000 dot akan memberi pengalaman mengambil komposisi foto yang lebih kreatif dan boleh beroperasi secara mudah.

Siri model ketiga PEN E-P3 ini akan mula berada di pasaran tempatan pertengahan bulan Julai ini dan penggemar kamera boleh mendapatkannya pada harga RM3,199.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Anak petani jadi peserta kursus Kor Tani MADA

Posted:

Anak petani jadi peserta kursus Kor Tani MADA

Anak petani jadi peserta kursus Kor Tani MADA


MAHDZIR (tengah) bersama para peserta kursus pada majlis pelancaran kursus bina pasukan dan majlis pelancaran Kor Tani Mada di Paya Pahlawan, Jitra baru-baru ini.


ILMU. Seramai 110 peserta yang terdiri daripada pesawah, peniaga dan anak-anak para petani telah menyertai program bina pasukan dan pelancaran Kor Tani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di Pusat Rekreasi Paya Pahlawan, Jitra baru-baru ini.

Program tiga hari itu bertujuan meningkatkan kerjasama dan memberi kefahaman kepada peserta mengenai konsep serta tujuan Kor Tani Mada.

Kumpulan itu merupakan perintis kepada projek berkaitan dengan pertanian serta keusahawanan dan ilmu yang mereka peroleh sepanjang program boleh disalurkan kepada usahawan Mada yang lain.

Penutup program itu disempurnakan Pengerusi Mada, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amanah Pendidikan Punjabi terima geran

Posted:

Amanah Pendidikan Punjabi terima geran

Amanah Pendidikan Punjabi terima geran


MUHYIDDIN disambut oleh masyarakat Sikh sebaik tiba pada majlis perasmian bangunan baru Guru Nanak Institution di Ipoh baru-baru ini.


DANA. Amanah Pendidikan Punjabi Malaysia menerima geran tahunan berjumlah RM500,000 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Institut Guru Nanak, Ipoh baru-baru ini.

Muhyiddin berkata, geran itu bertujuan membantu Persatuan Khalsa Diwan Malaysia mengembangkan bahasa Punjabi di kalangan generasi muda komuniti tersebut di negara ini.

"Tuntutan kaum Sikh agar bahasa Punjabi dibantu untuk berkembang di kalangan mereka adalah munasabah kerana generasi muda perlu fasih bahasa ibunda masing-masing agar tidak lupa sejarah dan budaya sendiri," katanya.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Presiden Khalsa Diwan Malaysia, Santokh Singh Randhana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas bintang bola terima trofi Rev Cup

Posted:

Bekas bintang bola terima trofi Rev Cup

Bekas bintang bola terima trofi Rev Cup


PARA pemenang peraduan Rev'd Up bergambar bersama Santokh (dua dari kanan) dan Hemalatha (empat dari kanan) di Petaling Jaya, baru-baru ini.


MERIAH. Peraduan Rev-Cup Battle of the States anjuran Permanis Sdn. Bhd. (Permanis) yang juga pengedar minuman Revive Isotonic menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM40,000 kepada pemenang peraduan mencipta aktiviti sendiri berasaskan tema mingguan Rev'd Up di Euphoria di Subang Jaya baru-baru ini.

Peraduan yang memerlukan peserta memuat naik aksi masing-masing dalam bentuk gambar atau rakaman video ke Facebook itu telah dimenangi peserta yang mewakili negeri Selangor.

Naib Presiden Bahagian Pemasaran Permanis., R. Hemalatha berkata, selain itu, majlis yang sama juga telah mengumumkan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan negeri Selangor, Datuk Santokh Singh, Datuk M. Chandran, Wong Choon Wah dan Azlan Johar menerima trofi Rev Cup.

Pada majlis tersebut, beberapa pemenang lain telah menerima hadiah mengikut kategori masing-masing membawa pulang wang antara RM3,000 sehingga RM5,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


‘Tiada duit, jangan datang’

Posted:

'Tiada duit, jangan datang'

'Tiada duit, jangan datang'


MAZLINA membuat karipap untuk menyara hidup mereka sekeluarga sambil dilihat oleh Nur Athirah di rumah mereka di Sungai Buloh semalam.


KUALA LUMPUR – Nasib seorang rakyat Malaysia, Mohd. Nazaruddin Saidin, 38, yang diculik oleh kumpulan Abu Sayaf di selatan Filipina untuk diselamatkan kian tipis apabila penculiknya sudah menutup pintu rundingan.

Keputusan tersebut dibuat oleh kumpulan itu kerana tuntutan wang tebusan sebanyak 80 juta peso atau RM5.6 juta tidak dapat dipenuhi.

Pengerusi Biro Aduan Pemuda UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, orang tengah yang digunakan untuk berhubung dengan kumpulan terbabit telah memaklumkan mesej mereka minggu lepas.

"Kumpulan penculik ini beritahu jika tidak ada duit jangan datang ke sana dan tidak perlu lagi hubungi mereka, malah mereka juga telah menutup terus pintu rundingan." katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mohd. Nazaruddin yang merupakan seorang ahli perniagaan dan bapa kepada enam orang anak diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika di selatan Filipina pada 8 Mei lalu.

Muhammad Khairun menjelaskan, mesej itu menandakan usaha untuk menyelamatkan ahli perniagaan dari Sungai Buloh, Selangor itu semakin sukar.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Fail permohonan penjara bonda

Posted:

Fail permohonan penjara bonda

Fail permohonan penjara bonda

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini memberi kebenaran kepada Putera Azamuddin Shah Abdul Shah, anak saudara Sultan Selangor memfailkan permohonan komital (permohonan menghina mahkamah) untuk memenjarakan bondanya kerana didakwa mengingkari perintah mahkamah.

Kebenaran itu diberikan pada 23 Jun lalu dan permohonan itu sepatutnya didengar semalam di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah.

Peguam Datuk Rajan Navaratnam yang mewakili Putera Azamuddin Shah memberitahu pemberita, hakim menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes itu disebabkan peguam yang mewakili, Tengku Putri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz, 57, yang merupakan adinda Sultan Selangor, tidak hadir ke mahkamah.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jalan penyelesaian RM500 sebulan

Posted:

Jalan penyelesaian RM500 sebulan

Jalan penyelesaian RM500 sebulan

Oleh JUNHAIRI ALYASA
dan NOR IDAYU BOSRO
berita@kosmo.com.my


KESERONOKAN pelatih menamatkan latihan PLKN bagi siri kelapan pada Mac lalu. Bagi sesi 2012, seramai 140,000 lagi pelatih akan terlibat. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak sepatutnya menjadikan faktor kos yang tinggi sebagai alasan enggan menaik taraf pelayan Internet mereka memandangkan pelaburan sebenar yang diperlukan untuk tujuan itu adalah sangat kecil.

Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP), Azli Paat menjelaskan, kos untuk mendapatkan pelayan berkapasiti tinggi boleh diperoleh dengan bayaran serendah RM500 hingga RM1,500 sebulan.

"JLKN boleh menggunakan khidmat server farm atau penyedia perkhidmatan pelayan dengan kapasiti lebih besar.

"Jika data itu sekadar nama peserta PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) yang layak, kosnya tidak besar dan mudah diuruskan," katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! semalam melaporkan tentang kekecewaan lebih 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ibu bapa mereka apabila gagal menyemak status kumpulan pelatih baharu sesi 2012 PLKN gara-gara pelayan laman web itu tergendala sejak kelmarin.

Masalah itu berlarutan sehingga semalam apabila masih ada pihak mendakwa gagal mengakses laman web itu bagi menyemak status pelatih.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Dapur Chef Liza bersama Ramly

Posted:

Dapur Chef Liza bersama Ramly

Dapur Chef Liza bersama Ramly

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my


CHEF LIZA (kiri), Jumat dan Ramly menunjukkan produk-produk terbaharu yang digunakan dalam program masakan yang akan bersiaran di TV2 bermula pada 16 Julai ini.


CHEF LIZA ZAINOL sekali lagi memanaskan dapur pada Ramadan ini apabila tampil dengan rancangan masakan Enak Bersama Ramly Daripada Chef Liza. Program itu akan menemui penonton pada setiap Sabtu bermula 16 Julai hingga 4 September ini pada pukul 11.30 pagi di saluran TV2.

Siaran ulangannya pula akan ke udara pada setiap hari Ahad, pada pukul 4.30 petang.

Buat kali keduanya, Chef Liza berkolaborasi bersama Kumpulan Ramly yang terkenal dengan pengeluaran daging burger dengan mempelbagaikan resipi menggunakan produk jenama itu.

"Rancangan masakan 16 episod ini bakal menyaksikan beberapa produk keluaran Ramly termasuk lapan produk terkini digunakan untuk 32 resipi hasil cetusan saya sendiri.

"Lebih menarik, program ini akan dimeriahkan lagi dengan kerenah dapur 15 orang peminat masak-memasak yang sebahagiannya adalah tokoh-tokoh terkemuka negara," kata Chef Liza pada majlis pelancaran program tersebut di Angkasapuri baru-baru ini.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Datuk Ramly Mokni dan Pengarah Berita Hal Ehwal Semasa RTM, Datuk Jumat Engson.

Antara tokoh yang bakal menjadi tetamu Chef Liza dalam program itu ialah Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, pemain boling negara, Shalin Zulkifli dan dramatis, Kenchana Devi.

Dalam pada itu, pada program kali ini, Chef Liza turut membawa penonton menjelajah beberapa destinasi menarik di Cameron Highlands serta sekitar Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.

Beliau yang turut bertindak sebagai penerbit rancangan itu turut memberi ulasan tentang masakan-masakan yang bakal menemui penontonnya. Chef Liza memberitahu, sebenarnya terdapat banyak produk keluaran Ramly berpotensi untuk diubah suai menjadi resipi yang istimewa.

Lebih-lebih lagi dengan lapan produk yang baru dipasarkan itu antaranya Burger Ayam Oblong Klasik, Burger Lembu Oblong Klasik, Burger Kambing Oblong Klasik, Burger Ayam Rasa Panggang, Burger Lembu Rasa Pang gang, Bebola Sotong, Tasty Chili dan Tasty Black Pepper.

Misalnya, untuk episod pertama, beliau akan menampilkan masakan Ikan Pollock Asam Pedas menggunakan produk Filet Ikan Tempura. Sementara resipi Sayur Seczhuen Bebola Sotong pula menggunakan Burger Daging Rasa Panggang.

Chef Liza juga menjadikan resipi yang dinamakan Pai Telur Puyuh tampak unik. Beliau dilihat mempelbagaikan produk Burger Lembu dan Burger Ayam Rasa Panggang untuk masakannya. Hasil masakan itu boleh dilihat pada episod keenam rancangan ini.

"Jika dilihat kembali pada menu-menu saya yang menggunakan produk keluaran Ramly, saya sebenarnya telah menyuntik semangat 1Malaysia pada masakan saya.

"Ia tidak bertumpu pada makanan Melayu saja malah ada masakan Cina dan India," ujar beliau.


GAYA ceria Chef Liza sempena pelancaran rancangan terbarunya, Enak Bersama Ramly Daripada Chef Liza.


Satu juta penonton

Kata Chef Liza, jenama Ramly yang diasaskan pada tahun 1984 sangat dekat dengan beliau.

"Saya kenal (Ramly) sejak kecil terutama burgernya. Selepas tujuh hingga lapan tahun berkecimpung dalam bidang masakan, saya fikir mengapa tidak saya berganding bahu dengan Kumpulan Ramly untuk menerbitkan rancangan masakan dan akhirnya impian itu tercapai," imbasnya.

Ditanya mengenai keyakinannya untuk menarik lebih ramai penonton pada rancangan kali ini, beliau optimis mampu mencapai rating sebanyak satu juta penonton.

"Rancangan ini bukan saja sesuai buat golongan suri rumah malah pada wanita yang berkerjaya dan tidak lupa juga kepada peniaga-peniaga jualan masakan yang menggunakan produk keluaran Kumpulan Ramly," katanya.

Dalam pada itu, Ramly yang mewakili jenamanya percaya semua resipi yang dihasilkan daripada air tangan Chef Liza tidak akan mengecewakan para penonton.

"Semua sentuhannya (masakan) dapat disediakan dengan mudah dan sangat sesuai untuk penonton yang berkarier yang selalunya kesuntukan masa menyediakan juadah sahur dan berbuka puasa nanti," ujarnya.

Melalui rancangan itu juga, Ramly berharap dapat memperkenal secara meluas lapan produk baharunya kepada para pengguna di seluruh negara.

Berhubung dengan perkembangan bisnesnya pula, beliau memberitahu, Ramly Food Processing Sdn. Bhd. menyasarkan peningkatan jualan sebanyak sekali ganda menjelang 2015 kepada RM2 bilion berbanding jualan tahunan sebelum ini yang berjumlah RM1 bilion.

Jenama Ramly kini telah menembusi pasaran beberapa negara Asia seperti Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Arsenal teruja hadapi Malaysia

Posted:

Arsenal teruja hadapi Malaysia

Arsenal teruja hadapi Malaysia

Oleh WAN FAKHRUL
BAKARfakhrul@kosmo.com.my


DARI kiri, Rajagobal, Wenger, van Persie dan Sagna bergambar bersama pada sidang media di Hotel Saujana, Subang petang semalam.


"SAYA tak pernah menonton (rakaman video aksi skuad kebangsaan Malaysia). Jadi ia akan menjadi satu pengalaman baru buat saya."

Demikian pengakuan jujur pengurus Arsenal, Arsene Wenger ketika diajukan soalan itu pada sidang media di Hotel Saujana, Subang petang semalam.

Malah dua pemain Arsenal, Robin van Persie dan Bacary Sagna yang dibawakan khas untuk ditemu bual media tempatan turut menyatakan mereka langsung tidak mengetahui latar belakang skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal.

"Saya tak tahu (tentang skuad Malaysia)," kata van Persie.

Sagna pula berkata: "Saya juga langsung tak tahu tetapi sudah tentu apabila ia se- buah skuad kebangsaan, para pemainnya adalah yang terbaik."

Situasi tersebut mengundang tanggapan bahawa Wenger dan anak-anak buahnya seolah-olah memandang rendah reputasi skuad kebangsaan yang kini merupakan 'Raja Asia Tenggara' setelah menjuarai Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010.

Ia pasti mampu membakar semangat para pemain kebangsaan untuk 'mengajar' keangkuhan Wenger itu dengan berusaha mencipta kejutan menewaskan Arsenal di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Dalam pada itu, Wenger pada sidang media yang sama menyuarakan keyakinan bahawa Arsenal akan memastikan Cesc Fabregas dan Samir Nasri terus kekal bersama kelab itu meskipun diburu Barcelona, Manchester United dan Manchester City.

"Adakah Fabregas akan terus bersama Arsenal? Saya kata ya. Keduanya, adakah dia akan menandatangani kontrak baru? Saya harap ya tetapi bukan saya yang me- nentukannya.

"Saya rasa Fabregas cukup sayangkan kelab ini dan kami cukup berharap dia akan kekal. Nasri juga gembira bersama kami dan memberikan komitmen yang baik," ujar Wenger.

Jelas beliau lagi, Arsenal tidak bercadang untuk membeli pemain baru di posisi perta- hanan kiri selepas Gael Clichy berhijrah ke Manchester City.

"Saya sudah memiliki Thomas Vermaelen, Armand Traore dan Kieran Gibbs. Jadi tiada keperluan untuk membeli pemain baru di posisi itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pentas uji barisan Malaysia

Posted:

Pentas uji barisan Malaysia

Pentas uji barisan Malaysia

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


KITA JUMPA MALAM ESOK... Rajagobal (kiri) berjabat tangan dengan Wenger pada sidang media di Subang semalam.


BIARPUN mungkin dianggap bukan perlawanan penting bagi Arsenal, jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tetap menagih aksi terbaik dan menghiburkan daripada anak-anak buahnya.

Arsenal yang baharu seminggu menjalani latihan pramusim di London tiba di ibu negara tengah hari semalam bagi program Jelajah Asia 2011 ke Malaysia dan China.

Tatkala skuad bimbingan Arsene Wenger itu mungkin belum mencapai momentum terbaik, Rajagobal mahu menjadikan pertemuan dengan Arsenal di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok sebagai pentas menilai para pemainnya.

Ia bagi membolehkan Rajagobal mendapat bayangan kesebelasan terbaik untuk diturunkan pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura pada 23 dan 28 Julai ini.

"Saya cukup teruja dapat berdepan Arsenal. Begitu juga para pemain kebangsaan. Kita akan gunakan sebaik mungkin peluang ini untuk persiapan menghadapi Singapura.

"Saya harap para pemain tidak gentar berdepan Arsenal kerana inilah masa yang sesuai untuk saya menilai mana pemain yang layak untuk beraksi menentang Singapura.

"Sama seperti ketika kita bertemu Manchester United pada 2009, saya mahu pemain beraksi lebih baik daripada itu dan menghiburkan para penyokong," kata Rajagobal pada sidang media di Hotel Saujana, Subang petang semalam.

Pada Julai 2009, skuad kebangsaan yang ketika itu baru tiga bulan dibimbing Rajagobal tewas tipis 2-3 kepada United pada aksi pertama dan tewas 0-2 pada aksi kedua.

Kali terakhir Arsenal berkunjung ke Malaysia adalah pada 1999 yang mana mereka menewaskan skuad kebangsaan 2-0 hasil jaringan Nicolas Anelka dan Emmanueal Petit.

Rajagobal turut mengesahkan bahawa penyerang utama skuad kebangsaan, Safee Sali tidak akan beraksi malam esok kerana belum pulih sepenuhnya tetapi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat sedia untuk diturunkan selepas pulih dari- pada kecederaan bahu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Noraseela terpaksa bersendirian

Posted:

Noraseela terpaksa bersendirian

Noraseela terpaksa bersendirian

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


NORASEELA terpaksa menjalani latihan secara bersendirian sejak pulang ke Malaysia dari Afrika Selatan pada Jun tahun lalu.


MANA hilangnya jurulatih kepada atlet 400 meter lari berpagar wanita negara, Noraseela Mohd. Khalid?

Persoalan tersebut menjadi tanda tanya apabila Noraseela meluahkan kekecewaannya selepas terpaksa menjalani latihan secara bersendirian sejak pulang ke Malaysia dari Afrika Selatan pada Jun tahun lalu.

Malah atlet berusia 32 tahun itu turut mengakui bahawa ia merupakan salah satu faktor utama mengapa dia gagal menyerlah pada Kejohanan Olahraga Trek dan Balapan Asia (ATF) 2011 di Kobe, Jepun yang telah melabuhkan tirainya kelmarin.

Menurut Noraseela, menjalani latihan secara bersendirian adalah suatu perkara yang sukar buat dirinya.

"Pada mulanya, saya ingatkan masih mampu lagi menjalani lati- han biarpun tidak mempunyai jurulatih tetapi lama kelamaan baru saya sedar yang ia tidak menda- tangkan hasil yang positif terhadap prestasi saya.

"Saya tidak kisah sekiranya tidak ada jurulatih ketika kejohanan berlangsung tetapi cuba bayangkan apabila menjalani latihan tanpa jurulatih yang sememangnya diperlukan bagi memberi bimbingan kepada saya. Ia memang suatu kesukaran buat saya.

"Saya memang kecewa dengan prestasi saya di Jepun tetapi berdasarkan situasi yang saya alami ketika ini saya terima sahaja," kata Noraseela ketika dihubungi Kosmo! sebaik tiba di tanah air dari Kobe, Jepun semalam.

Sepanjang menjalani latihan di Afrika Selatan sejak Disember 2008, Noraseela telah berada di bawah kendalian jurulatih dari negara tersebut, Henni Kriel.

Pada ATF edisi ke-19 tahun ini, Noraseela sekadar berpuas hati dengan menamatkan saingan di kedudukan ketujuh selepas mencatatkan masa 58.53 saat.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik yang pernah dilakar Noraseela pada ATF adalah memena- ngi pingat perak pada 2005 di In- cheon, Korea Selatan dan edisi 2009 di Guangzhou, China.

Dia turut merangkul pingat gangsa pada ATF 2000 di Jakarta, Indonesia.

Sementara itu, tujuh lagi atlet olahraga negara yang turut mengambil bahagian pada ATF kali ini terus gagal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila hanya dua daripada mereka berjaya mengikut jejak langkah Noraseela mara ke final.

Dua atlet tersebut ialah Rayzam Shah Wan Sofian (110 meter berpagar lelaki) yang menamatkan saingan di tempat keempat sele- pas mencatat masa 13.94 saat.

Atlet lontar tukul besi wanita, Tan Song Hwa pula menduduki tempat kelima dengan lontaran sejauh 54.44 meter.

Lima lagi atlet iaitu P. Yuvaraj (400 meter lelaki), Noor Amira Muhammad Nafiah (lompat kijang wanita), Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang lelaki), Melinda Kaur (5,000 meter wanita) dan Jacky Wong (lontar tukul besi lelaki) terkandas pada pusingan kelayakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

1 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Edisi terakhir News of the World dibida pada harga RM141 senaskhah

Posted:

Edisi terakhir News of the World dibida pada harga RM141 senaskhah

Edisi terakhir News of the World dibida pada harga RM141 senaskhah


SEORANG lelaki membaca naskhah akhir akhbar yang sudah berada di pasaran selama 168 tahun itu.


LONDON - Edisi terakhir tabloid nombor satu Britain, News of the World kelmarin dijual di laman lelongan ebay pada harga mencecah AS$47 (RM141) senaskhah, lapor sebuah akhbar semalam.

Edisi terakhir News of the World itu menjadi rebutan di laman web berkenaan selepas akhbar itu habis dijual dalam tempoh cuma beberapa jam berada di pasaran.

Lebih empat juta naskhah akhbar itu habis dijual kelmarin, sekali gus menjadikannya jualan akhbar paling laris di Britain dalam tempoh satu dekad.

Akhbar berkenaan yang dimiliki oleh taikun media Amerika Syarikat (AS), Rupert Murdoch ditutup bermula semalam kerana dikaitkan dengan skandal pengintipan perbualan telefon melibatkan lebih 4,000 mangsa.

"Orang ramai berebut untuk membeli edisi terakhir News of The World sebaik sahaja kedai dibuka," kata seorang peniaga tempatan yang memberitahu akhbar tersebut habis dijual seawal pukul 8 pagi.

Akhbar yang ditutup oleh pemiliknya, News International itu mengetengahkan tajuk: Thank You & Goodbye.- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nahas kereta api ragut 80 nyawa

Posted:

Nahas kereta api ragut 80 nyawa

Nahas kereta api ragut 80 nyawa


Reuters SEKUMPULAN pekerja penyelamat semalam mengeluarkan mayat mangsa dari keretapi penumpang yang tergelincir berhampiran bandar Fatehpur, negeri Uttar Pradesh.


FATEHPUR, India - Sebanyak 80 nyawa melayang, manakala lebih 350 lagi cedera semalam dalam kemalangan kereta api antara yang paling dahsyat di India.

Nahas berlaku kelmarin berdekatan bandar ini, negeri Uttar Pradesh di utara India selepas kereta api Kalka Mail yang menuju ke New Delhi, berhenti secara mengejut menyebabkan lebih 12 buah gerabak tergelincir, terbalik dan menindih antara satu sama lain.

Setakat semalam, pasukan penyelamat dan pihak tentera masih bergelut untuk mencari dan mengeluarkan mayat-mayat mangsa di sebalik timbunan gerabak.

"Ini merupakan antara kemalangan kereta api paling buruk di India," kata ketua pegawai perhubungan awam syarikat kereta api North Central Railway sambil menambah, satu siasatan akan dilakukan untuk mengenal pasti punca nahas.

Menurutnya, antara yang terkorban termasuk dua rakyat Sweden.

Rangkaian kereta api India yang dimonopoli kerajaan merupakan sistem pengangkutan utama kepada 1.2 bilion penduduk negara itu. Dianggarkan 18 juta orang menggunakan perkhidmatan berkenaan pada setiap hari.

India memiliki rekod keselamatan perjalanan kereta api yang buruk dengan 336 orang terbunuh dalam nahas kereta api di antara April 2010 hingga Januari 2011. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Barat sekat dana tekan Palestin

Posted:

Barat sekat dana tekan Palestin

Barat sekat dana tekan Palestin

RAMALLAH, Tebing Barat - Usaha unilateral Palestin untuk merdeka yang ditentang oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) berdepan halangan kewangan yang akan membebankan penduduk di wilayah berkenaan.

Situasi tersebut terjadi berikutan Barat yang diketuai AS, mungkin akan menyekat dana kewangan kepada Palestin sekiranya pemimpin mereka membawa pelan untuk mewujudkan sebuah negara Palestin merdeka ke persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan depan.

Sehingga kini, pentadbiran Palestin terutama di Tebing Barat yang ditakluki Israel, banyak bergantung kepada bantuan kewangan daripada Eropah, AS dan beberapa sekutu Arab untuk menguruskan wilayah mereka.

Namun sebahagian dana untuk bulan ini masih belum diterima. Seorang pegawai kanan Palestin menyatakan, perkembangan tersebut berpunca daripada keputusan pemimpin Palestin mahu membawa isu kemerdekaan wilayah itu ke Perhimpunan Agung PBB.

"Ia merupakan tekanan Barat supaya kami menukar pendirian," kata pembantu kanan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah.

Menurutnya, kakitangan Pihak Berkuasa Palestin Tebing Barat cuma menerima separuh gaji untuk bulan ini susulan tekanan Barat itu.

Majlis Keselamatan PBB dijadualkan bersidang pada 26 Julai ini untuk membincangkan sama ada Palestin akan dibenarkan menganggotai PBB.

Namun, rancangan kemerdekaan itu ditentang oleh AS yang mahu kemerdekaan Palestin dipersetujui terlebih dahulu oleh Israel. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Warga Bangladesh maut hidu asap gas

Posted:

Warga Bangladesh maut hidu asap gas

Warga Bangladesh maut hidu asap gas

12/07/2011 9:02pm

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati, manakala rakannya cedera selepas dipercayai terhidu gas karbon monoksida daripada generator dalam sebuah kontena berhampiran tapak projek Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pasir Kecil, Jalan Kuala Ketil di sini hari ini.

Mangsa, Giash Uddin, 24, ditemui mati dalam keadaan terbaring dalam sebuah bilik kontena yang dijadikan tempat penginapan mereka di tapak pembinaan berkenaan.

Sementara itu rakan senegaranya, Sohag Miah, 27, pula ditemui dalam keadaan mulutnya berbuih di dalam kontena yang sama.

Penyelia pekerja projek berkenaan, Abdul Manaf Darus, 50, berkata, beliau menemui dua pekerja asing tersebut kira-kira 8 pagi ketika baru memulakan kerja.

"Semasa tiba di sini, saya dapati keadaan sekeliling penuh dengan asap. Apabila buka bilik kontena, saya ternampak Giash terbaring sementara Sohag bernafas tercungap-cungap.

"Berdasarkan makluman awal, pada malam tadi kedua-dua mereka menghidupkan generator selepas bekalan elektrik terputus," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga lagi PBT dirancang di Melaka

Posted:

Tiga lagi PBT dirancang di Melaka

Tiga lagi PBT dirancang di Melaka

12/07/2011 8:59pm

MELAKA – Kerajaan Melaka berhasrat mewujudkan tiga lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Hang Jebat (MPHJ), Majlis Perbandaran Merlimau dan Majlis Perbandaran Masjid Tanah.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Mohamed Yunos Husin berkata, ia bertujuan meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan PBT di kawasan perkhidmatannya yang mampu dicapai.

"Ia juga bakal membolehkan PBT sedia ada memberikan fokus yang lebih teliti terhadap kawasan-kawasan pembangunan berpotensi menerusi pengecilan saiz kawasan perkhidmatan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Othman (BN-Kuala Linggi) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Mohamed Yunos berkata, penubuhan itu masih di peringkat kajian, namun kerajaan negeri percaya penubuhan MPHJ akan mendapat laluan mudah.

Pada masa kini, Melaka mempunyai empat buah PBT iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes 2010 mahkamah majistret selesai Okt

Posted:

Kes 2010 mahkamah majistret selesai Okt

Kes 2010 mahkamah majistret selesai Okt

12/07/2011 8:48pm

MELAKA 12 Julai – Mahkamah Majistret seluruh negara dijangka dapat menyelesaikan kesemua kes jenayah dan sivil bagi tahun 2010 dalam tempoh antara dua dan tiga bulan akan datang.

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi berkata, Mahkamah Sesyen pula mungkin mengambil masa lebih sedikit untuk menyelesaikan kes bagi tahun sama.

"Mahkamah Tinggi pun, saya ingat, dalam hujung tahun ini atau awal tahun depan habis kesemua kes 2010," katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Mahkamah Melaka di sini hari ini.

Zaki berkata, selepas tempoh itu, mahkamah akan mengendalikan kes-kes semasa iaitu tiada lagi kes tertunggak dari tahun terdahulu.

Beliau berkata, Mahkamah Majistret disasarkan menyelesaikan kes dalam tempoh enam bulan, manakala Mahkamah Sesyen, sembilan bulan dan Mahkamah Tinggi setahun, namun begitu terdapat mahkamah yang pencapaiannya lebih cepat dari tempoh yang disasarkan itu.

"Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret begitu bekerja kuat untuk mencapai sasaran tersebut.

"Semua ini adalah faedah untuk rakyat," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved