Isnin, 11 Februari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tidak malu kerana kerja mulia

Posted:

Tidak malu kerana kerja mulia

Tidak malu kerana kerja mulia

SELEPAS lebih 15 tahun bergelar pekerja am Alam Flora, Latiff menyaksikan pelbagai ragam manusia termasuk membantu menggagalkan satu kes rompakan beberapa tahun lalu.


KETIKA ramai yang sedang nyenyak dan dibuai mimpi namun lain pula bagi Latiff Jaafar. Lelaki berusia 55 tahun itu bangun dari tidur seawal pukul 3 pagi untuk bersiap ke tempat kerja.

Dengan menyarungkan baju Alam Flora, seluar slek hitam, memakai topi dan kasut, dia memulakan perjalanan dari kediamannya di sebuah pangsapuri di Bangsar, Kuala Lumpur ke tempat kerja dengan menaiki basikal.

Kayuhan menuju ke Lorong Maarof, Bangsar selama 25 minit sudah biasa buatnya.

Sebaik tiba di pejabat Alam Flora cawangan Bangsar, cerita anak jati Muar, Johor itu lagi, perkara pertama yang dilakukannya ialah mendaftar masuk melalui alat perakam waktu sebelum pukul 4.30 pagi.

Dia kemudiannya mengayuh basikal itu semula menuju ke Jalan Telawi yang hanya mengambil masa lima minit untuk memulakan kerja-kerja pembersihan.

Sebelum itu, dia mengambil peralatan pembersihan seperti penyapu dan penyodok yang disimpan di sebuah kedai makan lalu menuju sekitar kawasan premis hiburan malam kerana pada kebiasaannya, kawasan parkir di situ dipenuhi sampah.

Seterusnya, Latiff membersihkan pula kawasan di sekitar tapak parkir di hadapan sebuah pusat gimnasium memandangkan pengunjung pusat itu akan tiba seawal pukul 7 pagi.

Jika tidak dilakukan segera, ia akan menimbulkan kesukaran untuk membersihkan sampah dari bawah kereta.

Tugasnya belum selesai. Latiff lazimnya akan berhenti berehat selama 20 minit sebelum memulakan kerja di zon lain sehingga pukul 11.30 pagi.

Latiff memberitahu, dia bekerja pada setiap hari kecuali mempunyai kes kecemasan. Begitulah rutin hariannya sejak 15 tahun yang lalu.

Bagi pekerja am Alam Flora itu, dia memahami bahawa tugasnya bukan untuk masuk ke pejabat berhawa dingin atau berpakaian kemeja dengan imej korporat.

'Pejabatnya' ialah di jalanan dan tempat awam. Begitupun, dia tidak pernah merungut dengan jadual kerjanya kerana menyedari menguruskan soal kebersihan itu sebagai tuntutan fardu kifayah.


WALAUPUN bergelumang dengan sampah serta kekotoran, tetapi wajah-wajah inilah yang sentiasa memastikan ibu kota sentiasa bersih dan cantik.


Pengalaman kerja

Berbicara lanjut mengenai kerjaya yang diceburinya sejak berusia 24 tahun itu, Latiff memberitahu bahawa dia pernah berkhidmat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama 15 tahun sebelum berpindah tugas ke Alam Flora pada tahun 1999.

Sebelum itu, Latiff pernah melakukan pelbagai kerja termasuk di kilang, berniaga dan pembantu kedai.

"Ketika memulakan tugas di DBKL dulu, saudara saya memberitahu jika saya tidak malu bekerja sebagai penyapu sampah, saya boleh mendapat pekerjaan itu dengan segera," ujarnya.

Mengimbas kembali pengalaman itu, bapa kepada tiga orang anak itu memberitahu, dia sekali lagi diduga sewaktu sesi temu duga sama ada dia benar-benar bersedia untuk berkecimpung dalam bidang kerja yang tidak diminati ramai itu.

Penemuduga turut mempersoalkan sama ada dia sanggup menyahut cabaran jika ditempatkan di kawasan tumpuan orang ramai untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

"Jawapan saya ketika itu, saya tidak kisah dan sanggup bekerja di mana-mana sahaja. Lagipun, saya sedar kerana tidak mempunyai kemahiran lain dan tidak berpelajaran tinggi," ungkapnya yang menamatkan pendidikan sehingga tingkatan tiga sahaja.

Justeru, anak kedua daripada enam adik-beradik itu hanya mampu menguatkan semangat dan mengikis perasaan malu yang ada dalam diri semata-mata mahu mencari rezeki halal.

Walaupun bagi sesetengah pihak, kerja itu dilihat kotor tetapi Latiff tidak pernah mempedulikannya asalkan tidak menyusahkan orang lain.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mampu menggunakan tulang empat keratnya untuk meraih pendapatan tanpa menyalahi undang-undang.

Walau bagaimanapun, dia mengakui, sewaktu kali pertama kali menyapu sampah sememangnya timbul perasaan malu kerana orang yang lalu-lalang melihatnya.

"Ketika itu, saya muda. Jadi memang berasa segan sedikit. Namun, mujur saya seorang yang sabar, tabah dan tidak mengambil peduli dengan tanggapan orang ramai. Saya kini masih berkhidmat pada usia separuh abad.

"Biarpun segelintir orang memandang rendah pekerjaan ini, saya tidak peduli asalkan pendapatan yang diperoleh mampu menyara keluarga dan membesar serta menyekolahkan anak-anak," ungkapnya.

Enggan bekerjasama

Dalam pada itu, sepanjang sesi temu bual diadakan bersama Latiff, warga emas itu kelihatan tegas dan tidak putus-putus memberi nasihat kepada pemilik dan penyewa bangunan rumah kedai serta pekerja restoran agar tidak melonggok sampah di merata-rata tempat.

Selama tiga jam bersama Latiff, tinjauan mendapati segelintir pihak sesuka hati melonggok sampah di pangkal pokok dan kaki lima.

Ketika ditanya kepada Latiff, dia memberitahu itulah sikap kebanyakan individu yang bergantung kepada pekerja Alam Flora untuk mengutip longgokan sampah.

"Mereka tidak menggunakan penyodok sampah sebaliknya melonggok sampah dan menunggu kami membersihkan longgokan itu.

"Apa salahnya mereka kaut semua sampah itu dan masukkan ke dalam tong sampah? Memanglah tidak salah tetapi mereka melepaskan semua tanggungjawab pembersihan kepada kami," keluhnya sambil menyifatkan hal itu sepatutnya tanggungjawab bersama.

Warga emas yang pernah memenangi anugerah perkhidmatan sebanyak lima kali itu memberitahu, sikap masyarakat dahulu lebih baik berbanding sekarang.

Menurutnya, hari ini dia memerhatikan ramai orang yang gemar membuang sampah di merata-rata tempat.

Jika dahulu, dia jarang melihat longkang yang tersumbat dengan minyak pejal atau lemak, sebaliknya hanya terdapat plastik atau sisa makanan. Keadaan hari ini berbeza hinggakan pekerja pembersih terpaksa menggunakan water jet untuk memecahkan sisa makanan yang telah menjadi beku.

Jika hal tersebut tidak segera diatasi, ia boleh mengakibatkan sistem perparitan dan pembetungan tersumbat.

Namun, kesemua sampah sarap itu dibersihkan dengan sabar oleh kumpulan petugas Alam Flora kerana itulah tuntutan tugas mereka.

Jenayah pagi

Menyentuh mengenai cabaran dalam bidang itu, Latiff mengakui tiada sebarang masalah cuma berhadapan dengan risiko bahaya ketika menjalankan tugas pada awal pagi.

Sepanjang tempoh bekerja terutama pada awal pagi, dia telah menyaksikan pelbagai kejadian yang membabitkan kes kebakaran, ugut dan rompakan.

Menurutnya, dia pernah melihat sekumpulan lelaki yang bergaduh kerana seorang lelaki yang mabuk membuang air di kaki lima.

Berikutan itu, lelaki mabuk berkenaan dipukul sampai mati namun dia tidak berani meleraikan pergaduhan tersebut kerana khuatir menjadi mangsa. Dia sebaliknya hanya mendapatkan bantuan pihak polis.


ANANDAN menguruskan peralatan water jet untuk menyedut sampah dan lemak beku yang terkumpul dalam longkang.


Selain kejadian itu, dia juga pernah menyelamatkan seorang wanita yang diugut dan dirompak.

"Seingat saya, kejadian ini berlaku beberapa tahun yang lalu yang membabitkan seorang wanita yang diugut sekumpulan samseng.

"Ketika itu, saya memberanikan diri untuk menyelamatkan wanita tersebut dengan menggunakan penyodok dan penyapu," katanya sambil menyifatkan banyak kejadian yang berlaku pada awal pagi lantas membuatkan dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Selain Latiff, S. Anandan, 50, yang telah berkecimpung dalam bidang itu juga menyuarakan perkara yang sama.

Dia yang mempunyai empat orang anak mengakui, walaupun terpaksa bergelumang dengan sampah sarap dan bau busuk, ia tidak menjadi masalah untuknya asalkan dapat mencari rezeki yang baik.

Anandan yang bertugas dalam menguruskan kelengkapan water jet mengakui ia bukan satu tugas yang mudah.

Cerita anak jati Kuala Lumpur itu, kerja-kerja tersebut menuntut kesabaran, ketelitian dan komitmen yang tinggi.

Biarpun peralatan tersebut satu teknologi terkini yang mampu membersihkan longkang yang tertutup dengan berkesan namun terdapat risiko bahaya.

"Bayangkan, kumpulan lemak yang beku dalam longkang boleh dipecahkan dengan mudah, namun pengendalian jetter perlu dilakukan dengan berjaga-jaga kerana pancutan air tersebut yang kuat boleh menyebabkan maut jika terkena manusia," katanya sambil memberitahu telah menjalani kursus khas untuk mempelajari cara-cara mengawal peralatan tersebut selama tiga bulan.

Tambah Anandan, dalam menjalani tugasnya itu, dia juga berhadapan dengan risiko sakit belakang kerana sering mengangkat penutup longkang yang berat.

Sebelum kerja-kerja pembersihan dalam longkang tersumbat yang teruk dilakukan, kami terpaksa mengangkat kesemua penutup longkang untuk memudahkan kerja-kerja pecahan minyak yang beku.

"Ia sangat berat sehingga membuatkan rasa sakit di bahagian belakang terutamanya pinggang. Saya juga bukannya muda lagi," katanya berseloroh.

Ekonomi rapuh gugat Korea Selatan

Posted:

Ekonomi rapuh gugat Korea Selatan

Ekonomi rapuh gugat Korea Selatan


PAKAR analisis ekonomi memberitahu, Korea Selatan masih dalam fasa pertumbuhan kadar perlahan. - Gambar hiasan


LEE SANG-KUK bekerja sebagai penghantar daging pada waktu siang manakala pada sebelah malamnya dia menjadi pemandu kepada ahli perniagaan yang sering pulang dalam keadaan mabuk.

Walaupun mempunyai dua pekerjaan, dirinya dan jutaan lagi rakyat Korea Selatan masih terjerat dengan hutang yang meningkat saban tahun.

Situasi yang dihadapi Sang-kuk adalah sesuatu yang normal di Korea Selatan. Di negara itu, jumlah keseluruhan pinjaman perumahan adalah sebanyak 937.5 trilion won (RM2.6 trilion ) pada September tahun lepas, iaitu melebihi 70 peratus kadar GDP tahun 2011.

Selepas berhenti kerja di sebuah syarikat media pada tahun 2000, Sang-kuk membuat pinjaman bank untuk membuka restoran dan meletakkan rumahnya sebagai cagaran. Sayangnya, perniagaan itu hanya bertahan selama dua tahun hingga memaksa Sang-kuk memohon status muflis.

Bagi melangsaikan hutang bank, Lee menjual rumahnya tetapi membuat pinjaman dengan faedah tinggi daripada peminjam persendirian untuk kegunaan pembelajaran anak-anaknya.

"Sejak itu, hidup saya mula berkecamuk," ujarnya yang pernah mencuba untuk membunuh diri.

Menurutnya, semua pembayaran yang diperoleh digunakan untuk membayar hutang.

"Gaji isteri saya yang bekerja sebagai pembantu rumah untuk menampung keperluan seharian," luahnya.

Krisis teruk

Hutang pinjaman perumahan yang tinggi terjadi sejak berlakunya krisis ekonomi 1997. Peristiwa itu membuatkan bank-bank tempatan menjadikan pelanggan untuk pertumbuhan aset.

Peningkatan dalam pinjaman gadai didorong faedah yang rendah dan kepercayaan bahawa hartanah adalah sesuatu yang menguntungkan.

"Walaupun kadar isi rumah di Amerika Syarikat adalah sederhana, terutamanya selepas krisis gadai janji subprima, permintaan pinjaman gadai janji meningkat di sini atas kenaikan harga hartanah," ujar Penganalisis Institut Penyelidikan Ekonomi Hyundai, Lee Jun-hyup.

"Ia tidak mengancam sistem bank, tetapi ia secara terang-terangan menjejaskan permintaan pengguna tempatan," ujar Jun-hyup.

Selepas ekonomi meningkat tujuh peratus setiap tahun sejak berakhirnya Perang Korea pada tahun 1953, Korea Selatan telah memasuki fasa pertumbuhan dalam kadar perlahan.

Pasaran hartanah yang jatuh menjunam ditambah dengan kelembapan ekonomi menyebabkan ramai penduduk kehilangan pekerjaan. Ia menutup sumber pendapatan keluarga yang bergelut untuk terus bertahan.

Kerajaan telah menganggarkan enam juta berdepan dengan risiko tersebut iaitu lebih 10 peratus daripada populasi penduduk Korea Selatan.

Masalah semakin runcing buat mereka yang mempunyai anak kerana perlu membayar pendidikan tambahan sebagai prasyarat kemasukan ke kolej berikutan persaingan yang sengit.

Menurut seorang profesor di Universiti Korea, Lee Phil-sang, hutang isi rumah merosot disebabkan peningkatan beban hutang golongan yang bekerja sendiri. Ia merangkumi hampir satu pertiga daripada tenaga kerja.

Pada masa yang sama, terdapat peningkatan statistik dalam golongan keluarga berpendapatan rendah yang meminjam untuk kegunaan harian.

Bayaran balik

"Pinjaman perumahan ibarat penyakit kanser dalam tubuh kita. Jika dibiarkan, ia bakal mengheret sama ekonomi kerana pembayaran balik pinjaman akan bertambah buruk semasa tekanan ekonomi," ujar Sang-kuk.

Hari ini, ramai lagi penduduk pertengahan umur Korea Selatan yang diberhentikan kerja. Mereka mengeluarkan pinjaman persendirian dan membuat gadai janji untuk memulakan perniagaan.

Namun demikian, kebanyakan bank perdagangan hanya memihak peniaga berpendapatan tinggi. Mereka menolak peminjam miskin dan ada yang mengenakan kadar faedah yang tinggi.

Sang-kuk merupakan antara tiga juta penduduk yang telah disenaraihitamkan oleh bank atau tidak memperoleh pinjaman tambahan kerana penarafan gaji kredit yang rendah.

Sebagai sebahagian daripada janji pilihan raya untuk meningkatkan perbelanjaan kebajikan sosial, bakal Presiden, Park Geun-Hye mencadangkan 18 trilion won (RM510 bilion) dana awam untuk membantu golongan berpendapatan rendah mengurangkan hutang.

Parti pembangkang dan beberapa pakar berpendapat dana tersebut adalah sangat sedikit untuk menutup jurang polisi dan menggesa Geun-Hye untuk mencari penyelesaian jangka masa panjang. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Aksi Psy memukau pengunjung

Posted:

Aksi Psy memukau pengunjung

Aksi Psy memukau pengunjung

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my


CUACA panas tidak menghalang Psy memberikan persembahan terbaik kepada peminat dan penonton yang datang berhimpun di padang Kolej Han Chiang, George Town.


GEORGE TOWN – Persembahan bertenaga bintang ternama Korea Selatan, Psy menggegarkan sambutan majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya di padang Kolej Han Chiang di sini semalam.

Kira-kira 80,000 pengunjung memenuhi kawasan kolej tersebut termasuk di hadapan pentas utama sejak pukul 7 pagi lagi.

Pengunjung termasuk kanak-kanak kecil melaung-laungkan nama Psy sebaik beliau muncul di pentas kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Psy yang mengenakan kot tanpa lengan dengan seluar serba putih memberitahu, dia teruja tiba di Malaysia dan mengucapkan selamat Tahun Baru Cina. Penyanyi itu berterima kasih kepada BN Pulau Pinang kerana menjemputnya membuat persembahan.

Sebaik muzik dimainkan, orang ramai menjerit-jerit nama Psy sebelum dia muncul diiringi 12 penari mempersembahkan lagu popularnya, Oppa Gangnam Style.

Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang mencipta nama apabila klip video Oppa Gangnam Style ditonton sebanyak 1.3 bilion kali dalam YouTube.

Sambil beraksi dengan muka bersahaja, Psy turut mengajak ribuan pengunjung menari tarian kuda bersamanya.

Selepas menamatkan persembahan, dia turun dari pentas tetapi sorakan para peminat memanggil-manggil namanya mendorong Psy kembali semula untuk nyanyian kali kedua lagu Oppa Gangnam Style.

Cuaca panas juga menyebabkan bintang berusia 35 tahun itu terpaksa menanggalkan cermin mata hitamnya untuk mengesat peluh beberapa kali ketika menyanyi.


PERSEMBAHAN Psy menerusi lagu Oppa Gangnam Style menghiburkan ribuan pengunjung pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di George Town semalam.


Dia sempat berceloteh dengan berkata: "Saya faham cuaca panas di sini menyebabkan anda (penonton) juga nampak letih."

Psy bersama rombongannya tiba dengan jet peribadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira pukul 6 pagi semalam selepas mengadakan persembahan di Rio de Janeiro, Brazil.

Difahamkan, beliau menginap di sebuah hotel mewah di bandar raya ini selama dua hari dan dibawa melawat ke beberapa lokasi menarik sebelum pulang ke Korea Selatan.

Ini merupakan persembahan pertama Psy di Asia Tenggara yang didatangkan khas oleh sebuah syarikat pengurusan acara dari Kuala Lumpur, Mega Ultimate Sdn. Bhd. bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina.

Turut mengadakan persembahan ialah juara Asian Wave 2012 di Shanghai, China, Shila Amzah yang menghiburkan pengunjung dengan lagu Patah Seribu, Set Fire to the Rain dan dua lagu Mandarin, Zheng Fu dan Forever Love.

Kemunculannya turut mendapat tepukan gemuruh pengunjung yang menyanyi bersama-samanya.

80,000 sertai PM di Pulau Pinang

Posted:

80,000 sertai PM di Pulau Pinang

80,000 sertai PM di Pulau Pinang


SOKONGAN PADU... NAJIB disambut oleh ribuan pengunjung yang hadir pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di George Town.


GEORGE TOWN - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mendapat suntikan semangat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi apabila program Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina anjurannya di sini dihadiri lebih 80,000 orang semalam.

Program yang berlangsung di padang Kolej Han Chiang, George Town itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib dalam ucapannya menyatakan rasa gembira kerana inilah kali pertama beliau menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama penduduk Pulau Pinang.

"Terima kasih kepada warga Pulau Pinang kerana telah menyambut kedatangan saya dan isteri serta keluarga dengan begitu meriah.

"Saya rasa bertuah dan amat gembira kerana pada tahun ini dapat melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan iaitu menyambut Tahun Baru Cina dengan warga Pulau Pinang," katanya.

Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan anaknya, Nor Ashman serta Nooryana Najwa bersama tunangnya, Daniyar Nazarbayev tiba kira-kira pukul 10.50 pagi. Mereka disambut Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

Sesuai dengan semangat 1Malaysia, Najib menyeru masyarakat Pulau Pinang agar saling menghormati kebudayaan setiap kaum bagi mengukuhkan perpaduan untuk masa depan yang lebih harmoni.

Katanya, perpaduan kaum serta sikap saling memahami sangat penting sebagai pemacu kemajuan dan perkembangan ekonomi negara di persada antarabangsa.

"Ini adalah kerajaan yang berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah kerajaan yang mempunyai rancangan sebenar untuk masa depan semua rakyat Malaysia.

"Rakyat Pulau Pinang mahu rumah yang lebih baik dan rumah mampu milik dan kerajaan akan menunaikannya... percaya pada janji ditepati," katanya yang disambut tepukan gemuruh orang ramai.

Dalam ucapannya, Najib menyampaikan berita baik kepada masyarakat Cina di Pulau Pinang dengan mengumumkan rancangan menaik taraf Kolej Han Chiang menjadi Kolej Universiti yang memberi pengkhususan dalam bidang pengajian komunikasi massa.

Terdahulu, anak beliau, Nor Ashman menyampaikan ucapan selamat Tahun Baru Cina dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai, manakala Rosmah menyertai kumpulan koir menyanyikan dua buah lagu Mandarin iaitu Gong Xi, Gong Xi dan Da Di Hui Chun.

Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina itu dimeriahkan dengan persembahan Chingay, tarian tradisional naga, persembahan tarian pelbagai kaum serta persembahan bintang rap Korea Selatan, Psy menerusi lagu Oppa Gangnam Style dan penyanyi terkenal tanah air, Shila Amzah.

Selain penduduk Pulau Pinang, majlis itu turut menarik kehadiran pengunjung dari Kedah dan Perak.

Sambutan hebat terjemahkan semangat 1Malaysia

Posted:

Sambutan hebat terjemahkan semangat 1Malaysia

Sambutan hebat terjemahkan semangat 1Malaysia

GEORGE TOWN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow (gambar) mengucapkan terima kasih kepada rakyat Pulau Pinang yang hadir memeriahkan sambutan majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina anjuran BN di padang Kolej Han Chiang semalam.

Beliau berkata, kehadiran masyarakat pelbagai kaum memeriahkan majlis itu menterjemahkan semangat 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya mahu ribuan pengunjung yang hadir sama-sama gembira menonton persembahan yang disediakan artis-artis yang dijemput khas.

"Ini bukan ucapan bagi meraih sokongan politik, sebab itu saya hanya mahu orang ramai bergembira," katanya.

Terdahulu, Chang Yeow mengiringi Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba ke majlis tersebut kira-kira pukul 10.50 pagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Cetusan segar pelajar fesyen UiTM

Posted:

Cetusan segar pelajar fesyen UiTM

Cetusan segar pelajar fesyen UiTM

Oleh HAFIZ AHMAD


PENERIMA Anugerah Rekaan Terbaik. Dari kiri Azmil, Nurul Diyana dan Farah Izyan.


INSPIRASI pop art yang mempengaruhi pesona rekaan seorang gadis yang berasal dari Ipoh, Perak menggamit perhatian khalayak penggemar fesyen yang menghadiri sebuah acara peragaan pada Januari lalu.

Lokasi istimewa iaitu White Box, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur itu akhirnya menjadi saksi hasil kreativiti Nurul Diyana Zainul membawa pulang Anugerah Busana Terbaik.

Begitupun, gadis tersebut mendapat saingat hebat daripada para pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam yang sama-sama menyertai acara itu.

"Tidak sia-sia pengorbanan sepanjang semester ini sehingga mendapat pengiktirafan tertinggi dalam kerjaya saya yang baru bermula ini," luahnya usai acara peragaan dan penyampaian anugerah.

Mengambil konsep ready-to-wear dengan lukisan bandar raya Kuala Lumpur, idea itu dilampiaskan ke atas material denim likra.

"Tercetusnya idea menggunakan bandar raya Kuala Lumpur adalah berlandaskan Tahun Melawat Malaysia yang bakal diadakan pada tahun 2014.

"Jika sebelum ini kita hanya dihidangkan busana-busana yang menggunakan landskap ibu kota negara luar, kenapa tidak kita zahirkan keindahan negara sendiri?," ujarnya.

Tidak mengetepikan unsur praktikal dalam rekaan, setiap busana ditampilkan dengan gaya ringkas dan bersahaja agar tidak menenggelamkan motif utama yang cuba ditonjolkan.

"Saya banyak mengaplikasikan teknik siluet era 60-an kerana tidak mahu terlalu selerak dengan unsur-unsur yang tidak perlu," jelasnya.

Ilustrasi terhasil merupakan lukisan tangan sendiri yang seterusnya menggunakan teknik cetakan digital bagi menimbulkan impak siluet yang diinginkan.

"Teknik tersebut memakan masa dan memerlukan sumber kewangan yang banyak kerana perlu teliti dengan hasil seperti dirancang. Proses tersebut agak rumit kerana cetakan perlu tepat pada kedudukan yang dimahukan.

"Jika berlaku kesilapan, proses tersebut akan diulang sehingga benar-benar sempurna. Namun, hasilnya amat memuaskan hati dan boleh dikatakan misi saya berjaya," ujarnya yang membelanjakan hampir ribuan ringgit untuk rekaan empat busananya itu.

Tambah Nurul Diyana, ibunya banyak membantu sepanjang usaha menyiapkan koleksi berkenaan.

"Ibu saya memberi motivasi dan dorongan ketika saya hampir menyerah dan berputus asa. Dedikasi istimewa kemenangan ini ditujukan buat ibu," luahnya.

Bermain elemen

Menurut Koordinator Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Shah Alam, Faizal Hamid, pertunjukan fesyen tahunan ini menggabungkan bakat, teori, rekaan dan teknikal serta kebolehan pelajar yang mengambil inspirasi daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan koleksi mereka.

"Setiap rekaan mempamerkan kebolehan pelajar bermain dengan elemen garisan, tekstur dan perincian. Pada masa yang sama, mereka turut mengaplikasikan teknik draping, pleating, ilusi dan drama yang cuba memartabatkan fesyen sebagai satu hasil seni tulen," ujarnya ketika dihubungi Stailo.

Tambahnya, keupayaan dan bakat setiap pelajar dalam menghasilkan rekaan ulung mereka ini bagi memenuhi syarat program pengajian yang diikuti.

Kontra kepada persalinan chic Nurul Diyana, busana rekaan Azmil Mohd. Amin, 22, memberi penonjolan imej yang lebih berani dengan pemilihan warna hitam menjadi rona utama dalam koleksinya.

PANORAMA bandar raya Kuala Lumpur menjadi pilihan Nurul Diyana.


Mengambil inspirasi tindikan, Azmil mempamerkan kebolehan dalam mengolah besi-besi kecil sebagai aksesori signatur bagi melengkapkan gaya peribadinya.

"Melalui koleksi ini, saya mendapat inspirasi daripada isu semasa yang jika kita lihat membuat tindikan pada bahagian-bahagian tubuh bagi menonjolkan ekspresi diri.

"Saya cuba kaitkan semua permasalahan tersebut dalam koleksi kali ini," ujarnya.

Tambahnya, rona hitam melatari keseluruhan koleksi bagi menampakkan sisi misteri dan lasak bersesuaian dengan perjalanan ceritera sang pereka.

"Kesukaran paling getir pada saya adalah menyiapkan perincian-perincian yang menggunakan besi-besi kecil tersebut ditambah lagi fabrik yang digunakan memberi impak kepada idea secara keseluruhan," terang Azmil.

Penggunaan material seperti PVC, kanvas dan likra dapat dilihat pada empat busana rekaannya.

Persaingan sengit

Tidak menyangka koleksi yang dinamakan Body Piercing mendapat tempat kedua terbaik, Azmil melahirkan rasa kesyukuran kerana tidak menyasarkan untuk dinobatkan setinggi itu.

"Persaingan memang sengit kerana setiap pelajar mempunyai kekuatan yang tersendiri dan cuba menonjolkan kepakaran dalam menghasilkan rekaan yang menarik.

Kekuatan koleksi Azmil adalah melalui penggunaan bahan dan perincian yang berbeza jika dibandingkan dengan pereka-pereka lain. Selain itu elemen yang cuba diterapkan menjangkaui kebolehan seorang pereka amatur sepertinya.

Tahap profesionalisme yang wujud dalam diri setiap pereka-pereka muda tersebut amat membanggakan hingga ada yang melebihi kebolehan seorang pereka berpengalaman.

Inovasi rekaan dapat dilihat dalam rekaan Farah Izyan Suhaidi, 24, yang tampil dengan busana kreatif inspirasi tulang-belulang manusia. Elemen avant-garde menaikkan mood para penonton yang terpana dengan ketelitian pereka muda ini dalam mencipta rekaan mengagumkan.

Ciptaan unik Farah Izyan mencetus polemik baharu dalam dunia seni rekaan hingga diangkat antara terbaik dalam acara pertunjukan fesyen pada hari itu.

Tidak ramai yang mampu membawa elemen avant garde yang kelihatan menarik, namun percubaan Farah Izyan boleh dianggap berjaya hingga langsung tidak mempamerkan kejanggalan kepada si pemakai.

Unsur-unsur unik menjadi kegemaran pereka yang mengagumi rekaan Datuk Radzuan Radziwill dan Alexander McQueen kerana beranggapan ia lebih menonjol dan mencabar kemampuan seorang pereka.

"Saya merasakan masyarakat kini lebih menerima rekaan sebegini kerana kita semakin terbuka dalam menerima idea-idea baharu. Seperti juga rekaan saya yang memerlukan sedikit sahaja perubahan agar lebih selari dengan permintaan pasaran ready-to-wear," ujar pereka kelahiran Sungai Petani, Kedah itu.

Seperti pereka muda yang lain, Farah Izyan turut menyimpan impian untuk menjenamakan rekaannya ke peringkat yang lebih tinggi.

"Mungkin buat permulaan saya membuat rekaan ready-to-wear dahulu sebelum mengorak lebih luas dalam industri ini," terangnya optimis.

Kenali tubuh anda

Posted:

Kenali tubuh anda

Kenali tubuh anda


PEMILIHAN warnadan potongan yang bersesuaian dapat menyerlahkan aura kecantikan seorang wanita.


IMEJ bertudung tidak lagi menjadi sekatan buat para muslimah untuk tampil bergaya dengan persalinan yang menutup aurat berlandaskan syariat agama.

Penataan gaya yang bersesuaian perlu diambil kira oleh setiap wanita yang turut merangkumi pemilihan warna, corak dan saiz tubuh badan.

Mengenali tubuh badan sendiri amat penting bagi mendapatkan busana yang cocok dengan bentuk badan dan kelihatan cantik kala menyarungkan persalinan yang digayakan.

Stailo menemui dua perunding imej yang juga merupakan pemilik butik pakaian Muslimah iaitu, Hamshiah Hadzir dari butik Farniaa dan Azlia Idha dari butik Get Gorgeous, bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai bentuk badan dan pemilihan gaya yang tepat.

"Setiap wanita mempunyai bentuk badan yang berbeza dan ia terbahagi kepada lima jenis iaitu epal, pir, pembaris, hour glass (jam pasir) dan inverted triangle (segi tiga terbalik)," ujar Hamshiah.

Ujar Azlia pula, berdasarkan bentuk badan tersebut, mereka perlu mencari gaya yang bersesuaian dengan tubuh.

"Mereka perlu menonjolkan kelebihan tubuh badan dan elakkan memberi penekanan kepada kekurangan pada bahagian anggota tubuh. Sebagai contoh, jika mereka mempunyai pinggul yang besar, fokuskan kepada bahagian atas dan pilih warna gelap pada bahagian tubuh," ujar Azlia. Mereka berdua ditemui ketika acara Style Fest Malaysia yang diadakan di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

1 Bentuk buah pir

Mereka yang memiliki struktur tubuh pear mempunyai saiz yang lebar pada bahagian pinggul dan ke bawah. Penumpuan pada bahagian atas adalah digalakkan untuk mengalihkan tumpuan bahagian tubuh yang ingin diselindung.

"Gadis dalam golongan ini perlu mengelak memakai busana dengan rekaan payung kembang. Mereka seharusnya memberi fokus kepada bahagian atas, sebagai contoh memakai tudung daripada rona-rona terang dan ceria." terang Azlia.

2 Bentuk buah epal

Kontra kepada bentuk pir, penekanan pada bahagian bawah perlu dititikberatkan oleh mereka yang memiliki bentuk tubuh ini. Pilih rona gelap untuk bahagian atas dan rona terang untuk paras bawah.

"Bertuahnya gadis dengan bentuk epal, mereka mempunyai bentuk kaki yang kecil. Oleh itu, mereka boleh memakai skirt potongan A atau seluar palazzo bagi menampakkan gaya lebih menawan," jelas Azlia.

3 Bentuk jam pasir

Mereka yang berada dalam kelompok hour glass (jam pasir) mempunyai potongan badan yang menjadi dambaan setiap gadis kerana ia merupakan struktur sempurna dan seimbang.

"Berikan apa sahaja bentuk dan rekaan kepada gadis berbentuk hour glass, mereka akan kelihatan cantik dalam persalinan tersebut.

"Sesuaikan dengan padanan warna tudung dan baju yang sedondon bagi menonjolkan sisi anggun," ujar Hamshiah.

4Bentuk segi tiga terbalik

Bentuk bahu gadis dalam golongan ini adalah lebih lebar berbanding bahagian bawah. Mereka mempunyai bentuk yang sedikit maskulin dan atletik.

"Mereka boleh memilih busana Muslimah yang mempunyai garisan menegak bagi memberi efek yang ramping dan kurus," jelas Hamshiah.

5Bentuk pembaris

Gadis bertubuh pembaris mempunyai saiz kelebaran yang sama dari atas hingga ke bawah. Pemilihan baju yang agak sendat dan mengikut tubuh adalah amat tidak digalakkan kerana kelihatan kurang menarik.

"Pemakaian aksesori dapat membantu dalam penampilan gadis bentuk pembaris. Antaranya memakai tali pinggang selain memakai baju berlapis bagi menampakkan efek tubuh sedikit berisi." tambah Azlia. - HAFIZ AHMAD

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Nigeria akhiri kemarau sedekad

Posted:

Nigeria akhiri kemarau sedekad

Nigeria akhiri kemarau sedekad

PEMAIN-pemain Nigeria menjulang trofi untuk meraikan kejayaan mereka muncul juara.


JOHANNESBURG, Afrika Selatan - Nigeria berjaya menamatkan penantian hampir sedekad apabila muncul juara Piala Negara-Negara Afrika 2013 sebaik menjinakkan Burkina Faso 1-0 dalam aksi final di Stadium FNB awal pagi semalam.

Gol tunggal perlawanan yang dicetak pemain muda, Sunday Mba pada minit ke-40 itu sudah cukup untuk menjadi pemisah kedua-dua pasukan dalam aksi yang cukup dramatik itu.

Sudah tentu, kejayaan The Super Eagles muncul juara kali ini dilihat cukup bermakna buat jurulatih, Stephen Keshi yang muncul individu kedua menjulang trofi selaku jurulatih dan pemain.

Dia sebelum ini merupakan watak penting Nigeria apabila menggalas tugas kapten semasa kali terakhir mereka muncul juara pada edisi 1994.

Selain Keshi, Mahmoud El Gohary dari Mesir merupakan satu-satunya individu yang berjaya menjulang trofi itu selaku pemain (1959) dan jurulatih (1998).

"Ketika saingan menghampiri penghujungnya, saya sendiri tidak tahu bagaimana perasaan saya sebenarnya.

"Saya hanya berserah kepada takdir dan gembira apabila kami benar-benar memenangi perlawanan ini.

"Ketika menerajui pasukan ini setahun lalu, saya sentiasa memasang impian untuk menggembirakan seluruh rakyat Nigeria.

"Sejujurnya, pasukan kami belum sempurna. Tetapi saya optimis kami sedang menuju ke arah itu," kata Keshi selepas tamat perlawanan.

Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga Nigeria mendakap trofi Piala Negara-Negara Afrika selepas muncul juara edisi 1994 dan 1980.

Keshi memberitahu, beliau cukup gembira dengan apa yang dipamerkan anak-anak buahnya sepanjang kempen kali ini.

"Mereka beraksi cemerlang serta kekal fokus sepanjang kempen ini.

"Bagi saya, pasukan kami benar-benar berpotensi untuk melangkah lebih jauh dalam mana-mana kejohanan selepas ini," kata Keshi.

Apa yang pasti, kejayaan Keshi menjulang Nigeria dilihat menutup mulut pengkritik yang sebelum ini mengetepikan beberapa pemain berpengalaman seperti Peter Odemwingie dan Obafemi Martins bagi mengharungi kempen kali ini. - Reuters

Burkina Faso masih boleh berbangga

Posted:

Burkina Faso masih boleh berbangga

Burkina Faso masih boleh berbangga


PUT (kanan) dan beberapa pemain simpanan Burkina Faso gagal membendung kekecewaan sebaik Nigeria menjaringkan gol.


SOWETO, Afrika Selatan - Pengendali Burkina Faso, Paul Put tidak mempunyai sebab untuk berasa kecewa biarpun skuad kendaliannya sekadar muncul naib juara kempen Piala Negara-Negara Afrika 2013.

Kejutan yang dilakar The Stallions yang pada mulanya dianggap pasukan kerdil pada kempen kali ini akhirnya ternoktah sebaik tumpas 0-1 kepada Nigeria dalam aksi final di Stadium FNB awal pagi semalam.

Meskipun tewas, Put tetap berbangga dengan pencapaian anak buahnya yang disifatkan satu kejayaan terbesar yang pernah diraih mereka setakat ini.

"Kamu perlu berbangga apabila tewas, tetapi pada masa sama merendah diri jika menang.

"Tiada siapa yang mahu tewas dalam perlawanan akhir, namun perjalanan kami masih panjang," kata Put.

The Stallions yang hadir di bumi Afrika Selatan tanpa sebarang kemenangan dalam 17 perlawanan terakhir mereka sebelum ini mula membuka mata ramai pihak selepas mengejutkan Habsyah dengan kemenangan bergaya 4-0 pada aksi Kumpulan C.

Sejak itu, mereka tidak lagi menoleh ke belakang apabila menewaskan beberapa pasukan pilihan seperti Togo dan Ghana pada peringkat suku akhir dan separuh akhir bagi menyambar slot final.

"Aksi Nigeria dilihat bertambah mantap berbanding ketika bertemu di peringkat kumpulan sebelum ini.

"Namun, pemain saya juga tidak kurang hebat memberikan saingan.

"Keletihan terpaksa beraksi pada masa tambahan sebanyak dua kali (suku akhir dan separuh akhir) juga benar-benar meletihkan pemain.

"Tetapi saya enggan menjadikannya sebagai alasan, tambahan pula pemain saya dilihat berjuang habis-habisan," kata Put.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan juga bertemu dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini yang berkesudahan seri 1-1. - AFP

Harimau Muda kembali 'bertugas'

Posted:

Harimau Muda kembali 'bertugas'

Harimau Muda kembali 'bertugas'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


SKUAD Harimau Muda akan kembali menjalani latihan di padang Wisma FAM hari ini.


CUTI pemain Harimau Muda sudah habis.

Tidak memiliki tempoh rehat yang panjang selepas tamat 'berguru' di Australia baru-baru ini, anak-anak buah Ong Kim Swee sebaliknya dijangka kembali menjalani latihan di Wisma FAM petang ini.

Ia bagi membentuk skuad yang benar-benar mantap menjelang pertemuan menentang Myanmar dalam satu aksi persahabatan di Yangon pada 22 Februari ini.

Begitupun, mereka dilihat terpaksa 'berdikari' terlebih dahulu ekoran Kim Swee hanya akan menyertai mereka selewat-lewatnya Sabtu ini kerana masih bercuti bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

"Pemain Harimau Muda dijangka kembali menjalani latihan di Wisma FAM pada Selasa (hari ini) bagi memastikan prestasi mereka kekal cergas.

"Biarpun saya hanya kembali mengendalikan latihan selewat-lewatnya Sabtu ini, saya percaya pemain saya kini semakin matang seperti mana yang dipamerkan mereka ketika jelajah Australia baru-baru ini," kata Kim Swee kepada Kosmo! kelmarin.

Aksi persahabatan itu merupakan sebahagian daripada perancangan awal Kim Swee membantu Harimau Muda mempertahankan emas temasya Sukan SEA di bumi Myanmar pada penghujung tahun ini.

Begitupun, rekod pertemuan terakhir kedua-dua pasukan tidak berpihak kepada Harimau Muda yang tewas 1-2 dalam aksi kelayakan Piala AFC Bawah 22 Tahun pada Julai tahun lalu.

Ia juga diselubungi kontroversi ekoran Myanmar didakwa menyenaraikan pemain melebihi usia pada kempen kelayakan itu.

Enggan berterusan meratap kedukaan silam, Kim Swee mahu anak-anak buahnya memberikan yang terbaik ketika berdepan Myanmar nanti meskipun ia sekadar perlawanan persahabatan.

"Aksi berdepan Myanmar cukup penting kerana ia merupakan sebahagian daripada perancangan awal mempertahankan emas temasya Sukan SEA.

"Biarpun hanya satu perlawanan persahabatan, ia mampu membantu saya melakukan penilaian terbaik bagi membentuk pasukan yang mantap," kata Kim Swee.

Pada masa sama, Kim Swee juga membayangkan mengekalkan skuad yang sama ketika berkelana ke Australia tempoh hari bagi berdepan Myanmar nanti.

"Saingan Liga M (Liga Malaysia) kembali berlangsung ketika itu, jadi saya tidak mahu mengganggu persiapan mana-mana pasukan.

"Jadi, berkemungkinan besar saya akan membawa skuad yang sama ke Australia ketika berdepan Myanmar nanti," katanya.

Selepas berdepan Myanmar, Harimau Muda dijangka berkelana ke Slovakia selama lima bulan bermula 15 Mac depan dan dijadualkan mengadakan sekurang-kurangnya 15 perlawanan persahabatan sepanjang berada di sana sebelum kembali ke tanah air pada Hari Raya Aidilfitri.

Mereka juga dijangka menyertai dua kejohanan jemputan iaitu Pestabola Merdeka dan Piala Thanh Nien di Vietnam pada Ogos dan Oktober depan sebelum memulakan misi sebenar mempertahankan emas Sukan SEA di Myanmar penghujung tahun ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Buruh ladang diserang harimau bintang

Posted:

Buruh ladang diserang harimau bintang

Buruh ladang diserang harimau bintang

11/02/2013 6:13pm

GUA MUSANG — Seorang buruh ladang warga Indonesia terpaksa menerima 50 jahitan akibat dicakar ketika bergelut dengan seekor harimau bintang di Ladang Sawit Tanah Rancangan Felda Perasu di sini semalam.

Kejadian kira-kira 8.30 pagi itu berlaku ketika Alip Abil, 33, bersama enam rakannya sedang meracun rumput sebelum mereka terdengar bunyi harimau mengaum.

Beliau yang secara tiba-tiba diterkam haiwan itu terpaksa bergelut selama 15 minit sebelum mendapat bantuan rakan-rakannya.

"Harimau itu menyerang dan mencakar bahagian dada, punggung, lengan kanan dan kepala sebelum saya menjerit meminta tolong.

"Rakan saya yang lain terus mencari kayu tajam dan menjoloknya ke dalam mulut harimau itu sehingga ia melepaskan saya," katanya ketika ditemui di rumah kongsinya di tanah rancangan itu selepas menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Alip berkata, beliau bernasib baik kerana dilindungi tong racun di belakang badannya ketika harimau bintang itu menerkam dari arah belakang.

Beliau menjelaskan bahagian lengan kanannya adalah yang paling teruk terkena cakaran harimau itu.

Rakannya, Nuradi, 27, berkata sebaik beliau menjolok kayu tajam ke dalam mulut harimau itu, ia bertindak agresif dan cuba menyerangnya pula tetapi sempat mempertahankan diri dengan batang kayu berkenaan.

"Pada mulanya saya fikir babi hutan menyerang Alip sebelum menyedari harimau bintang dengan ketinggian paras paha sedang menyerang Alip," tambahnya.— BERNAMA

Anugerah untuk 50 pengguna jalan raya berhemah

Posted:

Anugerah untuk 50 pengguna jalan raya berhemah

Anugerah untuk 50 pengguna jalan raya berhemah

11/02/2013 5:37pm

KUALA TERENGGANU— Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan menganugerahkan 50 anugerah kepada pemandu paling berhemah sepanjang Ops Selamat yang mula dilancarkan dari 3 hingga 17 Februari ini.

Anugerah itu akan membabitkan 30 penunggang motorsikal manakala 10 masing-masing bagi pemandu bas dan pemandu kereta yang akan dipilih secara rawak di mana ia akan diumumkan pada 20 Februari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata anugerah ini akan diberikan kepada pemandu serta penunggang paling berhemah serta anugerah kepada kontinjen yang berjaya mencatatkan kadar kemalangan dan pecah rumah yang paling rendah.

"Anugerah yang memasuki kali ketiga ini dibuat sebagai suntikan dan dorongan kepada pemandu untuk berdisiplin serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Salleh berkata, pemilihan akan buat melalui rekod bersih pemandu, mematuhi peraturan yang ditetapkan serta cara mereka menunggang dan memandu.—BERNAMA

Kos murah punca pelacuran menular di premis kediaman

Posted:

Kos murah punca pelacuran menular di premis kediaman

Kos murah punca pelacuran menular di premis kediaman

11/02/2013 6:15pm

KUALA LUMPUR — Operasi dan risikan polis menunjukkan kos sewaan murah premis kediaman antara faktor ia dijadikan sarang pelacuran warga asing selain turut berfungsi sebagai tempat tinggal mereka.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dengan hanya membayar kos sewa rumah minimum kira-kira RM1,000 sebulan, sindiket mampu meraih keuntungan berlipat kali ganda ditambah lagi dengan sewa harian yang perlu dibayar pelacur sebagai syarat mendiami rumah berkenaan.

"Kegiatan dijalankan di premis kediaman lebih murah berbanding premis-premis rumah kedai yang menelan kos sewa bulanan dari RM2,000 dan keatas dan kebiasaannya rumah jenis banglo, teres dan kondominium menjadi sarang baru dalam masa yang sama untuk mengaburi pihak berkuasa.

"Pelacur-pelacur ini juga perlu membayar sewa harian kira-kira RM50 memandangkan mereka menetap di rumah terbabit dan bayangkan kalau sesebuah rumah itu ada lima hingga 10 orang," katanya.

Katanya, kebiasaan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan pelacur di rumah kediaman seperti ini adalah mereka yang merupakan pelanggan tetap dan mengetahui kod-kod keselamatan sebelum memasuki premis.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Skandal daging kuda dijual di Perancis

Posted:

Skandal daging kuda dijual di Perancis

Skandal daging kuda dijual di Perancis

Bungkusan lasagne yang mengandungi daging kuda keluaran Findus.


PARIS - Skandal daging kuda merebak di Perancis apabila enam rangkaian pasar raya di negara ini menarik produk mengandungi daging itu.

Kerajaan Britain dan pemerintah Perancis kelmarin berjanji untuk menghukum pihak yang terlibat menjual daging tersebut.

Menteri Hal Ehwal Pengguna Perancis, Benoit Hamon berkata, siasatan mendapati daging haiwan itu berasal dari Romania.

Dakwaan itu dibuat walaupun terdapat penglibatan firma di Perancis, Belanda dan Cyprus dan sebuah kilang di Luxembourg.

Menteri Alam Sekitar Britain, Owen Paterson berkata, lebih banyak kes pencemaran makanan mungkin berlaku selepas pihak peruncitan di negaranya melakukan ujian terhadap produk daging yang telah diproses.

Sebuah unit makanan beku Britain, Fundus mula menarik semula produk lasagne yang mengandungi daging tersebut dari pasar raya atas nasihat daripada pihak pembekal, Comigel dari Perancis.

Penarikan itu dibuat ekoran terdapat kebimbangan bahawa produk berkenaan mempunyai daging kuda.

Skandal itu mendapat kritikan di Britain kerana memakan daging kuda dianggap sebagai pantang larang dalam masyarakat.

Pihak berkuasa Britain turut menyatakan, ujian dilakukan untuk memastikan sama ada daging tersebut mengandungi dadah yang boleh membahayakan manusia. - Agensi

Psy saksikan perarakan samba

Posted:

Psy saksikan perarakan samba

Psy saksikan perarakan samba


PSY menyaksikan perarakan samba di Rio de Janeiro kelmarin.


RIO DE JANEIRO - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menari tarian menunggang kuda bersama penyanyi Brazil, Claudia Leitte pada Karnival Brazil di Salvador pada Jumaat lalu, lapor portal hiburan kpopstarz.com.

Kehadiran mereka menarik kira-kira dua juta orang yang menyaksikan Psy membuat persembahan menerusi lagu Gangnam Style.

"Apa khabar Salvador, dengar kata saya sedikit terkenal di Brazil. Justeru, anda boleh beri sorakan kuat untuk saya," kata Psy kepada penonton.

Bintang berusia 35 tahun itu membawa rombongan pengiring seramai 15 orang.

Psy tiba di bandar raya ketiga terbesar di Brazil itu awal Jumaat lepas.

Psy turut menyaksikan perarakan kumpulan samba pada Karnival Rio di sini kelmarin.

Penyanyi itu dilaporkan berada di Brazil selama dua hari. - Agensi

Nelayan tangkap ikan yu paus gergasi di Pakistan

Posted:

Nelayan tangkap ikan yu paus gergasi di Pakistan

Nelayan tangkap ikan yu paus gergasi di Pakistan


BEBERAPA orang menyaksikan bangkai ikan yu paus di sebuah pelabuhan di Karachi pada 1 Februari lalu.


KARACHI - Sekumpulan nelayan Pakistan menangkap seekor ikan yu paus gergasi sepanjang 3.65 meter pada 31 Januari lalu.

Ikan seberat tiga tan itu ditangkap secara tidak sengaja oleh sekumpulan nelayan tersebut yang menaiki sebuah bot.

Ia ditangkap 40 kilometer dari luar pantai Karachi.

Bagaimanapun, ikan tersebut kemudian mati dan bangkai haiwan itu dibawa ke sebuah pelabuhan di sini pada 1 Februari lalu.

Pihak Jabatan Perikanan Marin kemudian merampas ikan tersebut untuk tujuan kajian.

Sampel ikan tersebut turut dihantar ke sebuah institut di Kanada bagi menentukan punca kematian dan umur haiwan itu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Wincci, Jojo kekal tradisi

Posted:

Wincci, Jojo kekal tradisi

Wincci, Jojo kekal tradisi

SOO WINCCI dan Jojo Goh sama cantik dan sama menawan. Kedua-duanya sedang meningkat naik dalam bidang seni tempatan. Biarpun berbangsa Cina tetapi mereka nyata terlebih dahulu popular dalam bidang seni tempatan dan dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu.

Tidak dinafikan, bakat yang dimiliki mereka cukup besar. Wincci merupakan bekas ratu cantik yang kini bergelar penyanyi, pelakon dan chef popular, khususnys selepas muncul dalam program Masterchef Selebriti Malaysia. Lebih hebat, dia kini telah melebarkan sayap seninya ke Taiwan.

Jojo pula mula terserlah bakatnya menerusi filem 29 Februari terbitan KRU Studios. Menariknya Jojo juga mula terlibat dalam bidang seni apabila menyertai pertandingan ratu cantik Miss Chinese International pada tahun 2006 dan mula berlakon pada tahun 2010. Tahun ini menyaksikan, Jojo bakal melebarkan kerjayanya di Hong Kong.

Rahsia tuah Wincci

Bercerita mengenai sambutan Tahun Baru Cina yang disambut pada semalam dan hari ini, wajah Wincci terus bertukar ceria.

Matanya yang bundar bertukar bulat dan mulutnya tidak henti-henti berkongsi pengalaman dan tradisi wajib yang harus dipatuhi setiap kali menjelangnya Tahun Baru Cina.

"Orang Cina memang suka warna merah dan biasanya saya memiliki pelbagai koleksi pakaian berwarna merah dan lebih suka baju moden asalkan semuanya berwarna merah.

"Bagi kami orang Cina, memakai baju warna merah merupakan tuah. Kalau boleh, satu badan harus warna merah dan tidak boleh pakai baju berwarna hitam," ujarnya yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina kali ini di Kuala Lumpur.

Kata Wincci: "Hari pertama memang ada pelbagai tradisi ketat yang wajib dipatuhi seperti tidak boleh menyapu.

"Selain itu, sembilan jenis hidangan yang merupakan simbolik kepada tuah serta kekayaan turut disediakan.

"Bukan itu sahaja, saya harus mengawal emosi supaya tidak marah-marah. Jika tidak, dipercayai sepanjang tahun saya akan selalu marah atau dimarahi orang," tuturnya yang turut melawat neneknya yang tinggal di Kampar, Perak.

Wincci yang baru pulang dari Taiwan mengakui terkejut apabila masyarakat di sana tidak kenal Yee Sang iaitu campuran sayuran yang menjadi menu wajib setiap kali sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia.

"Ketika di Taiwan saya terlibat dalam satu program tunjuk bakat, saya pun menghidangkan Yee Sang cara Malaysia kerana sangkaan saya orang di Taiwan juga makan Yee Sang.

"Agak mengejutkan apabila saya selesai menyiapkan hidangan Yee Sang mereka bertanya kepada saya, apakah Yee Sang? Saya terangkan kepada mereka dan saya sangat terkejut kerana mereka tidak ada menu Yee Sang pada Tahun Baru Cina di Taiwan.

"Selepas itu baru saya tahu, amalan menghidangkan Yee Sang yang dimakan bersama keluarga hanyalah amalan masyarakat Cina di Malaysia. Walaupun saya orang Cina dan orang Taiwan pun orang Cina tetapi amalan dan budaya antara dua negara sangat berbeza," katanya yang telah melancarkan album bahasa Mandarin di Taiwan.

Disebabkan ingin meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga, Wincci pulang dari Taiwan pada 27 Januari lalu dan akan berada di Malaysia sehingga bulan Mac ini sebelum kembali terbang ke Taiwan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai penyanyi di sana.


WINCCI dan Jojo teruja menyambut Tahun baru kali ini.


Mahu ke Hollywood

Selepas empat tahun mencuba nasib, masyarakat Malaysia telah mengenali siapakah Wincci dan telah melahirkan album Melayu berjudul, Terus Teranglah.

Kini, gadis berusia 28 tahun itu ingin dikenali seluruh Asia sebelum melangkahkan kakinya ke Hollywood.

"Tahun ini saya berazam untuk dikenali di seluruh Asia selepas Malaysia. Percubaan saya ke Taiwan nampaknya semakin membuahkan hasil.

"Walaupun agak penat kerana terpaksa berulang-alik antara dua negara tetapi demi kerjaya berjalan secara seiring saya tidak kisah.

"Peluang keemasan tidak datang banyak kali. Di Taiwan saya harus menjual segala bakat yang ada - menyanyi, berlakon, memasak dan menari. Saya cuba semuanya dan tidak akan putus asa," katanya yang menyambung pelajaran peringkat ijazah kedoktoran di Universiti Terbuka dalam jurusan pengurusan perniagaan.

Jojo suka ceongsam

Pertama kali bertemu dengan Jojo dengan gaya santai dan kemeja-T, langsung tidak menyangka bahawa usianya sudah mencecah angka 30 tahun.

Wajah, keletah dan cara pertuturannya menggambarkan dirinya jauh lebih muda daripada usia sebenar dirinya. Tersenyum apabila dikatakan kelihatan muda, anak kelahiran Kuala Lumpur yang membesar di Alor Star, Kedah itu mengakui sudah terbiasa ditegur begitu.

"Mungkin cara saya membawa diri serta tidak berapa tinggi menyebabkan orang sangka saya masih muda. Memang tidak kisah malah, saya gembira disangka muda," ujarnya dalam tawa.

Bercerita tentang sambutan Tahun Baru Cina, ujarnya, setiap tahun walaupun sibuk dia pasti akan cuba untuk pulang ke kampung halamannya.

"Saya boleh dikatakan sebagai budak kampung. Saya dijaga oleh nenek sejak berusia dua minggu. Boleh dikatakan selain ibu, nenek merupakan orang paling rapat dengan saya.

"Sekarang nenek saya sudah meninggal dunia. Jadi, setiap kali sambutan Tahun Baru Cina, saya pasti akan sedih kerana teringatkan dia," kata Jojo dengan mata sedikit berkaca.

Sama seperti orang lain, Jojo juga tidak ketinggalan mengenakan baju berwarna merah pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun, baju tradisional ceongsam merupakan busana wajibnya setiap tahun.

"Orang lain mungkin suka dengan baju moden seperti gaun pendek tetapi saya tetap suka pakai ceongsam. Sebenarnya sukar untuk saya mencari baju ceongsam yang berkenan di hati.

"Sebab itu apabila jumpa yang cantik saya akan terus beli, tidak kiralah jika sambutan Tahun Baru Cina lambat lagi. Saya tidak kisah berjenama atau tidak asalkan saya selesa dan nampak cantik, saya akan beli," tuturnya.

Namun, sambutan tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana Jojo bersama 10 orang anggota keluarganya yang lain bercuti di Taiwan.

Katanya, ini merupakan kali pertama mereka pergi melancong pada sambutan Tahun Baru Cina.

"Kami sengaja pilih Taiwan kerana senang untuk ibu-ibu saudara saya yang tidak tahu bertutur bahasa Inggeris boleh melancong dengan selesa kerana di Taiwan mereka bertutur dalam bahasa Mandarin.


WINCCI (kanan) dan Jojo tetap meletakkan tanah kelahiran mereka, Malaysia sebagai nombor satu, biarpun mereka kini melayarkan sayap menerusi karier seni masing-masing di negara luar.


SOO WINCC

"Tambahan, kebetulan itu sahaja tarikh cuti panjang yang ada untuk kami semua dan ramai antara keluarga saya yang belum pernah berkunjung ke Taiwan," balasnya.

Berlakon filem Hong Kong

Tidak mengejutkan apabila Jojo sering diberi watak gadis berusia awal 20-an.

Akuinya tidak terlambat untuknya melebarkan kerjaya ke luar negara selepas berlakon dua buah filem The Loan Shark dan 29 Februari.

Peluang dan usaha merupakan kunci utama buatnya. Terbaharu, Jojo akan berada di lokasi penggambaran filem dari Hong kong yang masih belum mempunyai judul pada April ini.

"Saya bersyukur kerana masih ada produksi luar yang melihat bakat saya. Lakonan merupakan cinta pertama saya yang tidak akan pudar sampai bila-bila.

"Kerjaya bukan bergantung pada usia sebaliknya bakat yang ada. Selepas ini saya teringin untuk berlakon lagi dalam filem Malaysia jika ada tawaran yang sesuai," katanya.

Dalam pada itu, Jojo yang merupakan graduan Komunikasi Massa dari Kolej Taylor, Kuala Lumpur kini dalam proses membikin novel pertamanya dalam bahasa Mandarin.

"Kalau ikutkan saya bercita-cita menjadi penulis sebelum ini tetapi rezeki lebih kepada lakonan. Tahun ini, saya telah mula menulis sebuah novel tentang wanita dan cinta.

"Jika tidak ada aral melintang, mungkin keluar pada bulan April atau pada pertengahan tahun ini," tuturnya yang ingin menakluki pasaran Asia menerusi lakonan.

Black hormati permintaan keluarga tunang

Posted:

Black hormati permintaan keluarga tunang

Black hormati permintaan keluarga tunang

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


GADIS misteri di sebelah Black. Foto ini tersiar dalam laman Instagram Black.


SETELAH putus cinta dengan kekasihnya pada akhir tahun lalu, penyanyi Hanifah Md. Hanafiah atau lebih popular dengan panggilan Black Mentor tidak mengambil masa yang lama untuk mencari teman pengganti.

Namun begitu, lebih mengejutkan apabila tersebar berita yang menyatakan Black telah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis baru-baru ini.

Kosmo! secara eksklusif pada 1 Februari lalu berjaya mendapatkan pengakuan Black mengenai pertunangannya pada 26 Januari lepas, namun dia enggan memberikan butiran terperinci termasuk identiti tunangnya itu.

Ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke-27 yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor pada 4 Februari lalu, Black masih enggan mendedahkan identiti tunangnya itu, meskipun telah diasak oleh pihak media.

Kosmo!: Bolehkah jelaskan dengan lebih lanjut mengenai cerita pertunangan Black?

BLACK: Pada kesempatan ini saya ingin menjelaskan bahawa berita tentang pertunangan saya itu memang benar. Saya telah bertunang pada 26 Januari lalu dalam sebuah majlis yang dibuat secara sederhana.

Namun begitu, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak, terutamanya rakan-rakan media dan peminat kerana merahsiakan perkara ini. Saya akui agak risau sekiranya ada mana-mana pihak yang berkecil hati.

Siapakah individu yang telah bertakhta di hati Black itu?

Buat masa ini, saya tidak boleh mendedahkan dengan lebih lanjut tentang tunang saya itu. Apa yang boleh saya katakan, kami sudah berkenalan selama dua bulan menerusi seorang rakan.

Mengapakah Black sangat berahsia tentang pertunangan tersebut?

Semuanya saya lakukan ini semata-mata atas permintaan pihak keluarga perempuan yang tidak mahu terlalu menjadi tumpuan ramai. Jadi, saya mengambil keputusan supaya lebih berahsia bagi menghormati permintaan mereka.

Apatah lagi sepanjang tempoh pertunangan, pastinya pelbagai cabaran dan dugaan yang harus ditempuhi, maka kami perlu menjaga hubungan ini dengan sebaik-baiknya.

Mengapakah Black mengambil keputusan untuk bertunang dengan begitu cepat?

Memang perkenalan kami masih lagi agak baharu, namun keputusan ini dibuat setelah kami mencapai kata sepakat. Kalau ikut perancangan kami akan mengikat tali pertunangan selama setahun.

Lagipun tiada apa yang perlu dibangkitkan tentang pertunangan saya ini, meskipun tempoh perkenalan kami agak singkat. Kalau kami terus membuat keputusan untuk berkahwin, sudah tentu akan timbul persepsi yang lain pula.

Apakah yang membuatkan Black tertarik dengan gadis tersebut?

Salah satunya kerana dia merupakan seorang gadis yang terpelajar, malah dia juga tidak tahu yang saya ini merupakan seorang penyanyi kerana dia menuntut di luar negara sebelum ini.

Walaupun kerjaya saya sekarang sekadar sebagai penyanyi, dia langsung tidak kisah. Dia pernah memberitahu yang dia cuma inginkan seorang lelaki yang pandai mencari duit dan boleh menjaga dirinya.

John mahu sunting Katy

Posted:

John mahu sunting Katy

John mahu sunting Katy

APABILA ditanya mengenai hubungan penyanyi John Mayer dengan pelantun lagu Part Of Me, Katy Perry, dia pasti akan tersenyum malu dan mengakui sangat gembira dengan perkembangan cinta mereka.

"Saya bahagia dengan hidup saya, apatah lagi dengan adanya Katy. Kehadirannya menyempurnakan hidup saya. Semua pasangan berharap hubungan dijalin akan berakhir dengan perkahwinan, begitu juga kami," katanya.

Pernah bercinta dengan Jennifer Aniston dan Taylor Swift, dia merancang untuk menyunting Perry sebagai isteri dan mahu menjalani kehidupan seperti orang biasa.

Selepas menjalani pembedahan tekak kali kedua pada September tahun lalu, John akhirnya sedar betapa pentingnya menghargai diri dan dia lalu mula menjaga penampilan.

Katanya, pada usia 35 tahun, dia sedar masih ada perkara yang tidak dilakukan dengan baik dan perlu diperbetulkan segera.

"Melakukan perubahan terhadap penampilan adalah satu cara untuk nampak lebih segar. Kita harus perhatikan setiap perkara yang kita lakukan, terutamanya pakaian kerana ia penting," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved