Ahad, 30 September 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Melindungi kaki daripada luka

Posted:

Melindungi kaki daripada luka

TERDAPAT pelbagai jenis rekaan kasut untuk pesakit diabetes dengan kebanyakannya tertutup di bahagian depan.


BERBENTUK bulat di depan, nampak tebal dan bahagian depannya tertutup, sepatu yang disarung Joice Madeline, 40, nampak seperti kebanyakan kasut biasa lain. Tetapi pada harga RM1,000 untuk sepasang sepatu tersebut, ternyata kasut yang disarung di kaki Joice bukanlah sebarangan kasut.

Namun, dengan rupa ringkas dan tampak biasa, walaupun pada harga lebih RM1,000 sudah tentulah kasut tersebut bukanlah keluaran Jimmy Choo atau Stuar Weitzman yang pasti nampak lebih elegan serta mewah.

Lantas, apakah hebatnya sepatu yang tampak biasa di mata kebanyakan orang tetapi, Joice sanggup membayarnya pada harga RM1,000.

Joice berbuat demikian kerana kasut itu antara faktor penting yang boleh memanjangkan umurnya atau setidak-tidaknya memastikan dia tidak berdepan dengan komplikasi kesihatan lebih buruk.

Menghidap penyakit diabetes sejak hampir 10 tahun, Joice antara jutaan pesakit tersebut di seluruh dunia yang perlu berhati-hati mengatur langkah setiap hari.

Hal ini kerana sekiranya dia tidak berwaspada, sebarang kecederaan atau luka pada kakinya boleh menyebabkan dia berdepan dengan risiko lebih parah termasuk amputasi atau kehilangan nyawa.

Kira-kira 5.6 juta daripada 28 juta penduduk Malaysia menghidap penyakit diabetes dan daripada jumlah itu, 1.4 juta pesakit diabetes mengalami komplikasi kaki yang serius.

Malah, lebih teruk lagi, tanpa tindakan bersepadu menentangnya, jumlah tersebut dijangka meningkat sebanyak 72 peratus menjelang 2025.

Penjagaan kaki

Senario itu bukan sahaja memberi komplikasi besar terhadap kesihatan, tetapi juga menimbulkan beban kepada perkhidmatan kesihatan.

Penjagaan kaki menjadi satu elemen penting bagi pesakit diabetes untuk mencegah komplikasi yang lebih serius daripada berlaku.

Mengimbas kembali pengalaman lalu, anak jati Klang, Selangor itu mengakui segala-galanya berlaku disebabkan tabiatnya yang gemar makan makanan yang manis dan tidak pernah mempunyai pantang-larang dalam soal pemakanan.


HANYA selepas mendapat kelulusan doktor, seseorang pesakit dibenarkan memakai kasut khas diabetes itu.


Dia yang gemar makan kek dan jus buah-buahan mengakui apa sahaja yang berada di depan mata, dia akan makan tanpa melihat kesan akan datang.

Ketika diajak menceritakan semula kisah lalunya, Joice memberitahu, dia hanya menyedari menghidap penyakit itu setelah menjalani pemeriksaan kesihatan kerana mendapat tawaran bekerja sebagai guru.

Selepas beberapa hari menjalani ujian kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang barulah dia mengetahui dia menghidap penyakit diabetes.

Namun, perkara itu tidak mengejutkannya lebih-lebih lagi kedua-dua ibu bapanya yang turut mempunyai penyakit sama.

Pada masa itu, dia mengakui memang tidak langsung memikirkan sangat tentang penyakit diabetes dihidapi.

Kasut khas

Malah, dia tidak mengubah corak pemakanannya kerana sibuk dengan pembelajaran di peringkat sarjana dalam jurusan bahasa Inggeris.

Justeru, dia langsung tidak menitikberatkan soal pemakanan kerana sibuk membuat persediaan untuk menghadapi pemeriksaan.

Namun demikian, apabila dia menyedari terdapat lubang di bahagian kaki kanannya pada awal tahun 2009, Joice mula bimbang.

Menyedari keadaan bertambah parah, dia terpaksa menjalani pembedahan yang menelan belanja hampir RM20,000 untuk membersihkan luka tersebut.

Bertitik tolak dari situ Joice mengakui, dia bukan sahaja bergantung kepada ubat-ubatan, tetapi perlu memakai kasut khas bagi mengelakkan luka kakinya bertambah parah.

Atas nasihat doktor ortopedik, dia akhirnya akur untuk mendapatkan khidmat pembuatan kasut khas berdasarkan ukuran kakinya biarpun perkhidmatan itu menuntut perbelanjaan yang besar.

Mengulas lanjut mengenai kasut khas tersebut, dia memperuntukkan hampir RM1,000 hanya untuk sepasang kasut.

Tambah guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah di Klang itu, dengan memakai kasut khas itu ia sememangnya selesa, malahan lebih selamat.

Kasut yang menutup kawasan kakinya itu dikatakan sangat lembut.

"Tiada langsung rasa fabrik atau benang kasut itu, ia sedap dipakai," katanya sambil memberitahu kini dia mempunyai tiga pasang kasut khas itu.

Bagi Lee Teoh Yung, 47, pula yang telah memakai kasut tersebut sejak tiga tahun lalu, dia berpendapat kasut tersebut sememangnya sangat sesuai untuk pesakit diabetes.

"Saya rasa lebih ringan ketika berjalan, malah pelapiknya yang tebal tidak menyebabkan rasa sakit pada bahagian yang terdapat luka.

"Biarpun, harganya mencecah ribuan ringgit, tetapi saya amat berpuas hati kerana kualiti kasut itu mampu melindungi kaki sehingga satu tempoh yang lama," ujarnya yang hanya mempunyai sepasang kasut yang berharga RM1,200.

Sementara itu, Pengarah Urusan MyOrtho, Edmund Lee memberitahu, kasut diabetes tersebut sememangnya mempunyai perbezaaan berbanding dengan kasut biasa.

Antaranya, pelapik dalaman kasut tersebut tidak mempunyai jahitan sekali gus mengurangkan risiko kecederaan pada kaki pesakit yang terdapat luka.

Tambahan pula, ia dilengkapi dengan ruang dalaman yang lebar dan ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika berjalan.

Menurutnya, kasut yang dihasilkan dari Amerika Syarikat (AS) itu mempunyai ruang dalaman yang lebih besar banding kasut orang normal.

Material getah

Beliau yang berkecimpung dalam bidang ortopedik sejak dua tahun lalu memberitahu, kasut yang diperbuat daripada bahan etleyl vinyl acetat (EVA) sangat sesuai untuk pesakit diabetes kerana material berkenaan sangat lembut.

EVA merupakan sejenis getah yang biasanya digunakan untuk pelapik dalam kasut sukan seperti hoki, tinju dan luncur ais.

Menggunakan material itu sebenarnya dapat mengurangkan risiko kaki diabetik daripada mudah terluka selain menurunkan risiko jangka panjang.

Mengulas lanjut mengenai keistimewaan kasut itu, beliau berkata, ia ditempah khas mengikut saiz kaki pesakit. Oleh kerana itulah, kasut MyOrto lebih mahal berbanding kasut biasa.

Pada kebiasaannya, selepas mengambil ukuran saiz selain melihat keadaan kesihatan kaki, pihaknya akan menghantar ukuran tersebut ke AS dan ia akan dibuat oleh pakar-pakar ortopedik di sana.

Sepasang kasut akan mengambil masa kira-kira tiga atau empat minggu untuk siap.

Dalam pada itu, beliau menyarankan kepada pesakit supaya mengelakkan kasut itu terkena cahaya matahari untuk menjaga kualitinya.

"Pesakit juga boleh mencuci kasut itu dan ia boleh bertahan antara dua hingga tiga tahun bergantung kepada aktiviti dan berat badan pesakit," jelasnya sambil memberitahu harga kasut dijual dari harga RM600 sehingga RM2,000 sepasang.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai reka bentuk dan kasut itu, beliau berkata, kebiasaannya untuk pesakit kencing manis, kebanyakan kasut itu tertutup di bahagian hadapan kerana mahu mengelakkan risiko kecederaan.

Walaubagaimanapun, para pesakit yang mahu memakai kasut itu perlu mendapatkan perakuan daripada doktor terlebih dahulu.

"Kita di sini bukan sewenang-wenangnya menawarkan kasut kepada pesakit, tetapi mereka perlu mendapat kebenaran daripada doktor.

"Selepas itu, pesakit akan menjalani beberapa ujian sebelum ukuran kasut kaki pesakit dihantar kepada pengusaha di AS," jelasnya lagi.

Antologi cerpen Nadia Khan

Posted:

Antologi cerpen Nadia Khan

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
ayman.ghaffa@kosmo.com.my


NADIA menggabungkan antologi cerpen dan skrip filem dalam karya terbaharunya iaitu Cerpen.


TANPA diduga percubaan pertamanya dengan novel bertajuk Kelabu ternyata berjaya menarik minat pembaca-pembaca novel tanah air.

Walaupun tidak sampai setahun berada di pasaran, novel tersebut telah diulang cetak sebanyak empat kali.

Menerusi karya tersebut, Nadia Mohamad Hatta, 28, atau nama penanya, Nadia Khan juga berjaya mengumpul peminatnya tersendiri.

Mengatur langkah seterusnya, Nadia Khan kini tampil dengan sebuah buku antologi Cerpen diterbitkan Buku Fixi yang telah berada di pasaran pada bulan September lalu.

Buku yang menghimpunkan 17 buah cerpen dan tiga skrip filem pendek karya tutor Fakulti Perubatan, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) itu turut diserikan dengan muka hadapan yang mampu menarik perhatian pembaca.

Bagi Nadia, dia mengklasifikasikan buku tersebut sebagai salah satu himpunan cerita rakyat yang menceritakan tentang kehidupan seharian manusia tanpa mengira darjat.

"Melalui antologi Cerpen ini, pembaca dapat melihat dan mengenal pasti perbezaan gaya bahasa dan penulisan saya dengan novel Kelabu. Penulisan cerpen membawa saya untuk lebih mempelbagaikan gaya penulisan dan berharap ia diterima oleh pembaca.

"Tidak hanya tertumpu pada cerpen, saya juga mahu berkongsi karya skrip filem pendek menerusi tiga skrip filem pendek iaitu Cili, Kopi Tiga Suku dan Budak Baru kepada pembaca," ujarnya yang turut mempunyai syarikat produksinya sendiri iaitu Idebewe Productions.

CERPEN mendapat sambutan pembaca apabila menjadi buku terbitan Buku Fixi yang terlaris di pasaran untuk bulan lalu.


Antara cerpen yang dimuatkan dalam buku tersebut ialah Mana Dia Pergi?, Cikgu Din, Epilog Damak, Kopi Kola dan Nakahari. Keseluruhan cerpen tersebut dihasilkan sekitar tahun 2009 hingga 2012 kecuali cerpen Cinta Sekeping Tisu yang dihasilkan pada tahun 2003.

Buku antologi Cerpen itu juga mengandungi sebuah cerpen bertajuk Puaka Pak Jaha yang telah memenangi hadiah utama kategori cerpen remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) ke-25 sekali gus menguatkan portfolionya dalam arena seni penulisan tanah air.

Tambah Nadia lagi, tiga skrip filem pendek yang terkandung dalam buku antologi cerpen itu juga diharap mampu memberi idea baharu kepada industri perfileman tempatan, malah tidak menolak sekiranya menerima tawaran daripada syarikat produksi yang berminat untuk menerbitkan karyanya itu.

Penerbit Buku Fixi, Amir Muhammad pula beranggapan buku antologi cerpen tersebut merupakan cara Nadia menyampaikan falsafah setiap manusia dengan gaya penulisan yang ringkas dan padat.

"Bahasa yang santai dalam buku ini dikuatkan lagi dengan jalan cerita yang kuat. Pembaca harus membaca skrip pendek yang bertajuk Cili kerana ia menggambarkan sisi sebenar karya penulisan Nadia Khan," ujarnya.

Skrip filem pendek Cili telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama untuk Pertandingan Menulis Skrip kategori Filem Pendek anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada tahun 2009.

Mengulas lanjut mengenai penjualan buku antologi Cerpen di pasaran buku tempatan, Amir memberitahu, setakat bulan September, Cerpen mencatatkan jualan terlaris berbanding 20 buku keluaran Buku Fixi lain yang berada pasaran.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


KRT bantu cegah jenayah

Posted:

KRT bantu cegah jenayah

ABDUL RAHIM (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah pada majlis 'community policing' di Kepala Batas, Pulau Pinang baru baru ini.


KERJASAMA. Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini menganjurkan program 'community policing' bagi membantu polis membanteras kegiatan jenayah di negeri itu.

Program tersebut juga bertujuan menjalin erat kerjasama antara polis dengan penduduk setempat dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesejahteraan orang ramai.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Menurut Abdul Rahim, rondaan dan pemantauan yang dilakukan oleh anggota pasukan Skim Rondaan Sukarela di kawasan-kawasan taman perumahan dan kampung-kampung, telah banyak membantu polis dalam menangani kes jenayah terutamanya pecah rumah dan jenayah jalanan.

114 orang bakal haji dirai

Posted:

114 orang bakal haji dirai

BADERI (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kelengkapan haji di Kompleks Penghulu Batu Ampat, Kota Tinggi baru-baru ini.


RAI. Seramai 114 bakal haji dari kawasan Tenggara diraikan oleh Biro Agama UMNO Bahagian Tenggara pada satu majlis di Kompleks Penghulu Batu Ampat, Kota Tinggi baru-baru ini.

Selain menikmati hidangan, mereka turut menerima sumbangan kelengkapan haji berupa kain telekung, kain sarung, tuala serta wang saku RM100 setiap seorang.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Tenggara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Panti, Datuk Baderi Dasuki.

Majlis tersebut merupakan sebahagian daripada tradisi tahunan bagi mendoakan keselamatan para bakal haji dari kawasan berkenaan.

PUO pertahan kejuaraan tilawah politeknik

Posted:

PUO pertahan kejuaraan tilawah politeknik

PESERTA PUO yang menyertai Mafep 2012 bergambar kenangan bersama Syed Faizuddin di Arau baru-baru ini.


JUARA. Politeknik Ungku Omar (PUO) melakar sejarah apabila mempertahankan kejuaraan keseluruhan kali ketiga berturut-turut dalam Tilawah al-Quran, Festival Nasyid dan Pidato Bahasa Inggeris (Mafep) 2012 peringkat Politeknik Malaysia baru-baru ini.

Dalam acara yang berlangsung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis itu, peserta PUO merangkul johan tilawah al-Quran kategori lelaki.

Selain itu, wakil PUO, R. Yunitha Nair dan Amirul Syafiq Ahmad Sohimi masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga dalam acara pidato Bahasa Inggeris kategori wanita dan lelaki, manakala kumpulan nasyid PUO pula mendapat tempat ketiga dalam persembahan nasyid kategori tradisi dan moden.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Gian tarian tiang darling Betong

Posted:

Gian tarian tiang darling Betong

Oleh WARTAWAN KOSMO!
berita@kosmo.com.my

SEORANG lelaki membawa dua pelacur untuk dihantar kepada pelanggan di hotel.


BETONG (Selatan Thailand) – Melihat aksi ghairah penari tiang pada waktu siang selain dibelai manja sambil meminum arak di meja masing-masing menjadi salah satu sebab mengapa ramai lelaki Malaysia gian untuk ke sini berulang kali.

Situasi tersebut bukan asing di kawasan itu terutamanya di premis-premis pusat hiburan yang membolehkan lelaki Malaysia 'cuci mata' sebelum 'mengangkut' gadis pilihan dikenali sebagai darling ke bilik hotel untuk mengadakan hubungan seks. Harga yang perlu dibayar ialah antara RM150 hingga RM300.

Tinjauan Kosmo! di kawasan itu mendapati, premis dua tingkat yang terletak di sebuah lorong di pekan ini hanya dibuka selama lima jam bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

Pelanggan hanya perlu membayar harga minuman dan tiada cas dikenakan untuk melihat tarian bogel yang dilakukan gadis berketurunan Thai itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Gadis larikan diri dari rumah buat kali kedua

Posted:

Gadis larikan diri dari rumah buat kali kedua

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

KUALA TERENGGANU – Selepas menghilangkan diri kali pertama dari rumahnya di Chendering di sini pada Mei tahun lalu, seorang gadis, Noor Farah Hieza Mokhtar, 17, mengulangi tindakan serupa bulan lalu.

Tahun lalu, gadis tersebut yang ketika itu berusia 16 tahun berjaya ditemui semula di Johor Bahru selepas 17 hari menghilangkan diri dari rumah.

Berlainan pula dengan kehilangannya kali ini, sudah 40 hari gadis itu tidak pulang selepas keluar dari rumah pada 2 Syawal lalu atau pada 20 Ogos.

Ibunya, Zakiah Abdul Majid, 49, memberitahu, kehilangan anak bongsu dari empat beradik itu menyebabkan dia dan suami Mokhtar Harun, 51, sentiasa resah selain sering menyebabkan kedua-dua mereka jatuh sakit.

"Pulanglah Farah. Semua risau pasal Farah sebab macam-macam jenis orang ada di luar sana. Kami takut jika terjadi apa-apa nanti," katanya sebak ketika berkunjung ke pejabat Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Berani ‘turun ke gelanggang’

Posted:

Berani 'turun ke gelanggang'

NAJIB (tengah) disambut meriah sebahagian daripada perwakilan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) harus berani 'turun ke gelanggang' untuk berjuang membela nasib rakyat walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

"Jangan takut, jangan takut lagi, masuk ke gelanggang, inilah semangat yang kita mesti ada," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di sini semalam.

Turut hadir Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, keberanian seperti itu menjadi lambang semangat perjuangan yang sebenar.

"Tunjuk kekuatan kita, kita ada semangat untuk berjuang, lawan apabila anda dalam keadaan terdesak," tegasnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Paradigma kreatif Kakiseni Arts Exchange

Posted:

Paradigma kreatif Kakiseni Arts Exchange

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

WANITA ini mempunyai impian besar untuk mengangkat paradigma seni tanah air yang dipersembahkan kepada umum. Low Ngai Yuen mungkin satu nama yang tidak asing di pentas seni lantaran pernah membina nama dalam bidang pengacaraan menerusi program 3R.

Hari ini apabila mengetuai sebuah organisasi persembahan Kakiseni, Ngai Yuen dan ahli organisasi itu merintis Program Kakiseni Arts Exchange 2012 yang diinisiatifkan bagi membuka lebih banyak peluang dan idea kepada para penggiat seni.

Collaborative Outreach atau program kolaborasi luar bersama itu ialah siri kedua daripada Kakiseni Arts Exchange 2012 yang diadakan bermula 6 September hingga 27 September lepas.

Kolaborasi itu turut melibatkan beberapa artis dari luar negara yang bekerjasama dengan karyawan tempatan dengan niat untuk membangun dan mewujudkan satu hasil kerja yang baharu serta mengujakan bagi tontonan umum.

Antara yang mendapat respons positif awam adalah persembahan jalanan yang dilakukan secara dirancang atau spontan di pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang.

"Pertunjukan seumpama ini adalah pertama kali diadakan yang mengangkat kepelbagaian disiplin persembahan seni. Lapan orang artis dari serata dunia yang berada di Malaysia selama 20 hari bersama-sama 16 artis tempatan bergabung idea untuk menunjukkan sisi berbeza seni," demikian kata Ngai Yuen ketika ditemui di majlis pelancaran Kakiseni Art Exchange 2012, Collaborative Outreach yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Karyawan luar negara

Dalam majlis pelancaran yang diadakan dengan penuh nilai estetika seni itu, pelakon terkenal tempatan, Ida Nerina mengambil alih gimik pementasan pelancaran selaku pengarah.

Persembahan pelancaran itu turut melibatkan nama-nama tersohor negara dalam bidang seni kreatif contohnya pereka fesyen, Melinda Looi, malah kreativiti beliau melalui transformasi oleh artis visual dari Brazil, Andre Mendez.

SERAMAI lapan orang artis antarabangsa terbang ke tanah air untuk bersama-sama memeriahkan Kakiseni Arts Exchange 2012.


Persembahan tersebut juga menggabungkan muzik dan tarian di atas satu pentas menerusi persembahan tradisonal oleh Kamarul Baisah (rebab), Norbaizura Abdul Ghani (bharatanatyam), Zamzuriah Zahari (Mak Yong) dan penari kontemporari Judimar Hernandez.

Gimik pelancaran menampil persembahan projeksi visual oleh Fairuz Sulaiman dan Au Sow Yee dan artis bunyi, JacAI Map.

"Kami menitikberatkan tiga perkara dalam program ini. Pertama, pembangunan kemahiran apabila idea-idea baharu dibawa ke platform persembahan. Kedua, pembangunan kandungan yang membabitkan intipati dalam persembahan yang diperbaharui atau diubah.

"Sementara akhir sekali, pastinya mengenai pembangunan penonton. Kami mahu para penonton mengambil bahagian menjadi sebahagian daripada persembahan," tambah Ngai Yuen lagi.

Cabaran seni jalanan

Menurut salah seorang pelakon dari United Kingdom, Ben Cutler, program Arts Exchange itu dilihat sebagai satu pendekatan yang melibatkan pelbagai unsur seni.

"Jika di UK, saya hanya seorang pelakon dan berlakon dalam satu persekitaran yang statik. Di sini persembahan saya lebih mencabar apabila saya perlu menyampaikan seni secara spontan melalui program kolaborasi Kakiseni.

PENTAS pelancaran yang minimalis dengan rona warna putih menjelmakan aura tersendiri seiring dengan persembahan berkualiti para pelakon.


"Ia juga mendekatkan saya dengan penonton jalanan yang pada awalnya keliru, tetapi kemudian turut bersama mengikut jalan cerita," kongsinya.

Kata Cutler lagi, walaupun pendekatan yang digunakan itu baharu di Malaysia, tetapi beliau mengakui penonton di negara ini mudah menerima dan mempunyai kerelaan untuk turut serta.

"Saya amat menyukai kehidupan jalanan di sini yang penuh dengan aktiviti. Pertama kali di sini, saya juga jatuh cinta dengan kepelbagaian kebudayaan dan penerimaan secara luas," ujarnya.

Dengan sokongan daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia di bawah Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN), Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara serta Unit Pengurusan Persembahan dan Penyampaian (PEMANDU), Kakiseni Arts Exchange 2012 akhirnya melabuhkan tirainya menerusi majlis penutupan di Temple of Fine Arts di Brickfields, Kuala Lumpur pada 27 September lalu.

Sepanjang program 20 hari persembahan seni tersebut, ia telah menjelajah beberapa lokasi terpilih seperti Pavilion, Batu Caves dan Penjara Pudu di Kuala Lumpur, Pulau Ketam di Klang, Melaka, Seremban serta Temple of Fine Arts sebagai lokasi terakhir.

Edisi ketiga Milo Play More, Learn More

Posted:

Edisi ketiga Milo Play More, Learn More

BERSUKAN bukan sahaja menyihatkan tubuh dan minda, bahkan membentuk jati diri remaja.


KOMITMEN Nestle Milo terhadap kanak-kanak di Malaysia melangkau jauh lebih mendalam bukan hanya sekadar pendidikan asas sukan.

Ia jelas terbukti dengan kesinambungan semula kempen Milo Play More, Learn More yang ketiga dengan penglibatan lebih menyeluruh di seluruh negara.

Ini bermakna program itu melibatkan lebih ramai pelajar dan keluarga, bahkan dengan usaha sama yang lebih kukuh masyarakat setempat.

Sebahagian besar daripada kempen itu akan memberi penekanan mendidik dan pada masa yang sama menyampaikan maklumat kepada ibu bapa bahawa mereka memainkan peranan yang penting bagi menggalakkan anak-anak menjalani gaya hidup aktif serta sihat.

Selain membantu mengelakkan penularan epidemik masalah berat badan berlebihan dan tekanan perasaan, Nestle Milo juga ingin mengingatkan ibu bapa bahawa kegiatan sukan adalah amat penting dalam memastikan tumbesaran yang seimbang anak-anak mereka.

Kebiasaannya oleh kerana ibu bapa begitu mendambakan anak-anak mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, mereka terlupa bahawa aktiviti riadah dan bersukan juga merupakan sebahagian daripada pembangunan diri si kecil.

Milo Play More, Learn More merupakan sebuah kempen yang dibangunkan oleh Nestle Milo pada tahun 2009 mencakupi program di seluruh negara.

Tanggungjawab sosial Milo

Ia bertujuan memupuk serta membangunkan pemahaman yang lebih mendalam rakyat Malaysia mengenai keseimbangan hidup yang sejahtera melalui permainan dan sukan.

Selaku pengeluar minuman kesihatan terbesar di Malaysia, Nestle Milo memikul tanggungjawab untuk menerajui perubahan dalam kehidupan kanak-kanak dengan mempromosikan waktu bermain melalui sukan.

"Sukan merupakan guru yang terbaik untuk mengajar mengenai nilai-nilai murni kehidupan," kata Pengarah Eksekutif, Unit Kopi & Minuman Ringan, Nestle Products Sdn. Bhd., Don Howat.


PELBAGAI keletah peserta dapat dilihat sepanjang kem Milo Play More, Learn More.


"Anda boleh menyampaikan pengajaran yang lebih banyak melalui sukan contohnya bagaimana untuk menerima kekalahan dan kemenangan, kehidupan tidak selalunya adil dan pelbagai perkara lagi.

"Sekiranya anda membenarkan generasi muda membesar dengan pengalaman sedemikian mereka akan berjaya memupuk nilai-nilai murni tersebut.

"Kita telah menyaksikan ramai daripada individu yang membesar dengan melaksanakan aktiviti sukan dapat membangunkan kemahiran yang tidak dapat dipelajari dengan membaca buku," kongsi Howat lagi.

Beliau menambah, Nestle Milo berbangga kerana kempen itu telah berjaya mencapai matlamat untuk mencetuskan perubahan tingkah laku generasi muda dan masyakarat Malaysia dalam tempoh tiga tahun pelaksanaannya.

"Selain menumpukan usaha kepada hak kanak-kanak untuk mendapat lebih masa bermain dan belajar, kami juga menjalankan usaha sama yang rapat dengan masyarakat setempat melalui pelbagai kaedah. Ia bertujuan memberi mereka kefahaman dengan lebih mendalam keperluan sebenar masyarakat di peringkat akar umbi.

"Hari ini, kem dan klinik sukan yang kami anjurkan mendapat sokongan penuh dan diakui pelbagai persatuan ibu bapa dan sekolah," ujar Howat.

Sokongan ibu bapa

Kempen tersebut telah menerima maklum balas yang positif daripada ibu bapa yang menghadiri kem itu.

Seorang peserta, Fadzil Anuar, 41, merasakan bahawa konsep yang dilaksanakan itu amat berjaya, malah mencadangkan kem dan aktiviti-aktiviti seumpamanya harus dikendalikan seberapa kerap kerana ia memberi banyak pendedahan kepada kanak-kanak.

Di kem ini ditunjukkan demonstrasi bagaimana untuk menguruskan sesuatu acara dan juga mendidik mereka mengenai sukan selain secara tidak langsung menggalakkan si kecil untuk bersosial.


SI cilik didedah lebih awal untuk berseronok dengan bersukan.


Sukan bukan sekadar memupuk pemenang sahaja kerana sebuah padang permainan merupakan tempat yang terbaik untuk kanak-kanak mempelajari nilai-nilai sosial dan moral.

Bersukan akan membangun serta memperkukuhkan pelbagai nilai diri seperti kerjasama berpasukan, kesetiaan, pengorbanan, kesungguhan, etika bekerja dan ketahanan mental.

Kelebihan yang dipelajari melalui nilai-nilai murni itu akan menentukan bagaimana kanak-kanak tersebut akan bekerjasama dengan orang lain pada masa depan.

"Lebih ramai kanak-kanak hari ini meminati sukan, tetapi mereka hanya menontonnya di kaca televisyen atau melalui internet. Lebih ramai lagi yang tidak dapat melalui sendiri pengalaman bersukan secara langsung sama ada dengan bersendirian mahupun dengan rakan-rakan.

"Milo Play More, Learn More membuka peluang yang sebenar kepada kanak-kanak dengan membawa persekitaran sukan ke tempat di mana mereka berada," tambah Howat.

Tahun ini Milo Play More, Learn More akan meneruskan usaha mendidik masyarakat di peringkat akar umbi melalui kem sukan Milo dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk belajar, berhubungan dan berkembang melalui sukan.

Tahun ini, kem tersebut dijadualkan untuk turut meliputi Pantai Timur Malaysia dan menjangkau kawasan yang lebih luas serta lebih ramai lagi para pelajar di sekolah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jadual kem, ibu bapa boleh mengunjungi laman web http://www.milo.com.my/parents_arena/Pages/play_more_learn_more_schedule_2012.aspx.

Tilam tidur lebih sempurna

Posted:

Tilam tidur lebih sempurna

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

GETHA adalah jenama tilam tempatan yang dikenali ramai menerusi produk yang berkualiti.


TIADA yang lebih melegakan apabila dapat berbaring di atas tilam yang empuk selepas seharian berpenat lelah tidak kira di pejabat atau beriadah.

Tidur yang cukup dan berkualiti penting untuk mendapatkan kesihatan sempurna, maka pemilihan tilam harus diberi penekanan.

Ini kerana tilam yang betul mampu memberi rehat yang terbaik, apatah lagi kalau dihitung kita secara puratanya menghabiskan satu pertiga daripada masa harian kita di atas tilam.

Selain untuk tujuan tidur atau rehat, biasanya pengguna memilih tilam berdasarkan keindahan rekaannya untuk menata gaya bilik.

Getha antara jenama tilam tempatan yang unggul baru-baru ini menghasilkan tilam Ikon Hijau yang bukan sahaja indah menghiasi kamar, bahkan penuh inovasi.

Getha mahu mempersembahkan rantai tidur yang boleh membangunkan sistem kesihatan estetik dan holistik.

Selaku jenama yang mengutamakan penggunaan hijau dan mesra alam, Getha berbangga dengan inovasi Ikon Hijau yang direka menggunakan kombinasi lateks unik untuk keselesaan sempurna.

TILAM Ikon Hijau menggabungkan inovasi dan kesempurnaan untuk memberikan momen indah di kamar tidur.


"Ikon Hijau Getha juga bakal menjadi penyelesai bagi masalah penyelenggaraan tilam.

"Kita hanya perlu memusing dan mengubah arah untuk menjaga ketahanan supaya ia bertahan lebih lama," kata Pengarah Urusan Getha Beddings Sdn. Bhd., Vincent Tan.

Malah, Ikon Hijau juga memberi pengguna pilihan sudut penggunaan, sama ada bahagian yang lebih lembut atau kental.

Satu sudut Ikon Hijau mempunyai permukaan Pillow Top untuk bantal yang menyediakan rasa lebih sempurna.

Sudut lain tilam Ikon Hijau Getha pula merupakan bahagian Euro Top yang memberikan rasa lebih kental.

Menambah nilai kepada Ikon Hijau ialah padding bulu yang diimport khas dari Jerman untuk cita rasa penuh kemewahan.

Dari segi estetik pula, reka bentuk sudut penghujung Ikon Hijau menampakkan penelitian kerja tangan signatur Getha.

"Ia adalah produk hijau sejak awal lagi kerana selain peka dengan alam semula jadi, Getha menggunakan sumber mentah tempatan sejak sekian lama," ujar Tan.

Harga untuk seunit tilam Ikon Hijau ialah antara RM10,000 hingga RM15,000.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


CHELSEA UNGGUL

Posted:

CHELSEA UNGGUL

LONDON - Chelsea mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana England selepas menewaskan Arsenal 2-1 di Stadium Emirates semalam.

Kemenangan skuad The Blues hadir hasil jaringan penyerang Sepanyol, Fernando Torres dan pemain tengah, Juan Mata, masing-masing pada minit ke-19 dan 53.

Gol sagu hati skuad The Gunners pula dijaringkan oleh penyerang antarabangsa Ivory Coast, Gervinho pada minit ke-40.

Dengan kemenangan itu, Chelsea yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan liga setakat ini mengumpul 16 mata manakala Arsenal kekal dengan sembilan mata.

Pengurus Chelsea, Roberto di Matteo memuji kapten The Blues, John Terry yang dilihat mempamerkan aksi mantap meskipun diejek penyokong Arsenal sepanjang perlawanan tersebut.

Terry diberi layanan 'dingin' selepas didapati bersalah oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England Khamis lalu kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand.

"Ia merupakan satu cabaran paling sukar menentang sebuah pasukan berkualiti seperti Arsenal.

"Torres mempamerkan aksi yang hebat. Ia juga satu keputusan yang tepat untuk menyenaraikan Terry kerana dia sekali lagi menunjukkan karakter seorang pemimpin.

"Kami berjaya memberikan tekanan kepada Arsenal dan tidak membenarkan mereka untuk mendapatkan rentak.

"Kami juga memiliki salah seorang penjaga gol terbaik di dunia (Petr Cech) yang berjaya menyelamatkan dua percubaan bahaya Arsenal," ujar di Matteo - AFP

Ubah segera kepimpinan PBSNT

Posted:

Ubah segera kepimpinan PBSNT

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN penyokong bola sepak Terengganu mengadakan demonstrasi menuntut rombakan pihak pengurusan PBSNT di pekarangan Taman Awam, Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu semalam.


HAMPIR 500 penyokong setia Terengganu mengadakan demonstrasi secara aman berhampiran Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Dalam perhimpunan lebih sejam itu, mereka mendesak kepimpinan PBSNT dirombak dan ditukar dengan muka baharu.

Rata-rata mereka berikrar akan meneruskan Kempen ABC yang bermaksud Asal Bukan Che Mat bagi mendesak pengunduran Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh.

Pada mulanya keadaan sedikit tegang apabila beberapa individu dipercayai penyokong kuat Che Mat cuba menghalang perhimpunan itu, namun situasi itu dapat diselesaikan dengan baik.

Perhimpunan itu yang dipantau polis diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Ishak, berakhir satu jam kemudian.

Seorang penyokong tegar Terengganu, Khairuddin Fakrulddin Sulaiman, 23, berkata, PBSNT perlu distruktur semula sebagai sebuah badan profesional dengan penyertaan individu yang bersesuaian sebagai anggota lembaga pengarah PBSNT.

"Antara yang boleh dipertimbangkan (sebagai anggota lembaga pengarah PBSNT) ialah Pengarah Unit Perancangan Ekonomi, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu serta ahli akademik yang terlibat dengan sukan.

"Jika kepakaran itu digabungkan, persatuan dapat diberi nafas baharu, sekali gus dapat menjana pendapatan sendiri seperti kelab-kelab luar dan tidak perlu bergantung kepada dana kerajaan negeri," katanya.

Syed Ahmad Tarmizi Syed Mohamad, 26, pula berkata, sebagai penyokong setia Terengganu, dia bukan tidak dapat menerima kekalahan tetapi mahukan perubahan drastik dalam PBSNT demi kemajuan bola sepak negeri itu.

"Kami bukan suka berkumpul ramai-ramai macam ini kalau bukan sebab sayangkan nasib bola sepak Terengganu dan sebab itu kami mahu pengurusan PBSNT ditukar," katanya.

Jelasnya, bantahan sama akan diteruskan daripada semasa ke semasa sekiranya masih tiada perubahan dalam persatuan itu pada masa hadapan.

Sebelum ini, penyokong skuad Penyu itu turut mengadakan kempen bagi mendesak pengunduran Che Mat dengan menampal poster di merata-rata tempat.

Skuad Jang optimis singkir ATM

Posted:

Skuad Jang optimis singkir ATM

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

HAIRUDDIN (kanan) menghalang gerakan pemain Negeri Sembilan, Azmeer Yusof pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin.


KECEWA tetapi tetap puas hati.Itu reaksi jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah selepas menyaksikan anak-anak buahnya tewas tipis 2-3 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin.

Menurut Azraai, beliau yakin skuad Hoben Jang Hoben masih berpeluang cerah untuk mara ke saingan separuh akhir biarpun mereka tewas pada aksi kelmarin.

Jelasnya, Negeri Sembilan akan tampil lebih garang apabila melayan kunjungan ATM pada aksi suku akhir kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Selasa ini.

"Walaupun kecewa tetapi kami masih memiliki keyakinan untuk melakukan aksi lebih baik di Paroi nanti.

"Saya akui jaringan Firdaus itu adalah anugerah yang mana satu benda yang jarang-jarang berlaku dan inilah dunia bola sepak, keajaiban akan berlaku.

"Paling penting pada malam ini (kelmarin) kami mendapat jaringan di tempat lawan.

"Dengan jurang satu gol, kami yakin (untuk meraih kemenangan ke atas ATM) di tempat sendiri," kata Azraai kepada pemberita selepas tamat perlawanan kelmarin.

Selepas terikat tanpa jaringan dalam tempoh 45 minit pertama perlawanan, Negeri Sembilan terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan ATM menerusi Christie Jayaseelan pada minit ke-56.

Berselang lima minit kemudian, ATM terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan penyandang juara itu hasil jaringan tonggak import, Bruno Martelotto.

Begitupun, Sang Rusa mengurangkan defisit gol menerusi jaringan Mohd. Firdaus Azizul pada minit ke-74 hasil kesilapan penjaga gol ATM, Mohd. Farizal Harun.

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Hairuddin Omar kembali meletakkan ATM selesa di hadapan apabila meledak gol pada minit ke-80.

Penyerang muda, Ahmad Shakir Md. Ali menghidupkan kembali sisa-sisa perjuangan Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol yang cukup menarik pada minit ke-89.

Ditanya mengenai tekanan menjelang aksi suku akhir kedua, Azraai berkata, beliau yakin pasukannya akan lebih bersemangat apabila tampil beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri.

"Jadi tiada tekanan atau bebanan apabila kami beraksi di Paroi nanti.

"Kami akan menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk meraih kemenangan, seterusnya mara ke peringkat separuh akhir," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mada perlu RM200j untuk kerja atasi banjir

Posted:

Mada perlu RM200j untuk kerja atasi banjir

30/09/2012 6:16pm

PENDANG — Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) memerlukan RM200 juta untuk membuat beberapa lencongan di Sungai Pendang dan Sungai Tiang Gerap di sini bagi mengalirkan air keluar dalam usaha mengelak banjir.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, lencongan akan dibuat ke beberapa anak sungai memandangkan setiap kali musim hujan, kedua-dua sungai itu sering melimpah.

"Mada telah mengkaji masalah ini dengan teliti dan akan mengemukakan justifikasi permintaan itu kepada kerajaan persekutuan untuk mendapatkan wang sebanyak RM200 juta bagi melaksana rancangan itu," katanya kepada pemberita semasa melawat sawah padi yang ditenggelami banjir di Kampung Panchor, Kuar Kepayang, di sini hari ini.

Mohd. Johari berkata, hujan lebat yang turun sejak 25 Sept hingga 27 Sept lepas merosakkan 827 hektar sawah padi dalam kawasan Mada dengan 376 kawasan ialah di Pendang melibatkan anggaran kerugian RM4 juta.

Beliau berkata, Mada akan membuat bancian menyeluruh untuk mendapat maklumat lengkap kerosakan yang dialami bagi membolehkan bantuan sewajarnya disalur kepada petani berkenaan.

"Kami akan bagi bantuan secepat mungkin supaya mereka dapat menanam semula," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu. — BERNAMA

Mangsa banjir di Pendang kini 206 orang

Posted:

Mangsa banjir di Pendang kini 206 orang

30/09/2012 6:13pm

ALOR SETAR — Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Pendang petang ini meningkat kepada 206 orang berbanding 182 orang sebelum ini.

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Pendang, Mohd. Izudin Inusneah berkata, mereka yang dipindahkan sehingga pukul 4 petang ini membabitkan 57 keluarga dari 10 kampung.

"Semua mangsa dipindahkan ke Pusat Rakan Sukan, Tanah Merah dekat sini, dan mereka adalah penduduk di Kampung Bonggol Kambing, Hampar Kanan, Pondok Hampar, Bonggol Besi, Sukamari, Alor Punti, Pondok Haji Husin, Tanjung Radin, Tanah Merah Dalam dan Lubuk Gajah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, walaupun cuaca semakin baik, air di kawasan tinggi turun ke kawasan rendah menyebabkan kampung yang berada di kawasan rendah dinaiki air.

"Paras air Sungai Pendang telah menunjukkan penurunan iaitu daripada tiga meter kepada 2.85 meter tetapi masih melepasi paras amaran," katanya. — BERNAMA

Bakat muda PLBNT memberangsangkan

Posted:

Bakat muda PLBNT memberangsangkan

30/09/2012 6:12pm

KUALA TERENGGANU — Bakat muda sukan berbasikal Terengganu menunjukkan prestasi memberangsangkan dengan memenangi dua emas, satu perak dan tiga gangsa pada Kejohanan Berbasikal Trek Sportexcel yang berlangsung di Velodrom Cheras, bermula Jumaat lepas.

Ketua Jurulatih Persatuan Lumba Basikal Negeri Terengganu (PLBNT), Syed Mohd. Hussaini Syed Mazlan berkata dalam kejohanan itu, enam pelumba muda beraksi dengan cemerlang ketika bersaing dengan pelumba lain yang lebih berpengalaman.

"Rata-rata pelumba belasan tahun yang diketengah itu merupakan muka baru dan pertama kali dihantar untuk menyertai kejohanan seperti ini. Saya berpuas hati dan terkejut dengan pencapaian yang ditunjukkan skuad ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau kejayaan pelumba itu hasil daripada komitmen serta latihan intensif para pelumba yang rata-ratanya masih belajar.

Beliau berkata, PLBNT mengetengahkan muka baru untuk memberi pendedahkan kepada para pelumba sebelum menyertai kejohanan yang lebih berprestij.

Katanya, kejohanan seperti itu merupakan medan bagi pihak persatuan menilai prestasi setiap pelumba dan seterusnya memperbaiki kelemahan mereka.

"Saya harap kesemua atlet pelapis negeri ini mampu mengekalkan momentum serta prestasi supaya bakat mereka terus berkembang untuk menyertai kejohanan lain selepas ini," katanya. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pesawat terhempas di Bandung

Posted:

Pesawat terhempas di Bandung

BEBERAPA anggota penyelamat memadamkan kebakaran pesawat ringan 202 Bravo yang terhempas di bangunan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia di Bandung semalam.


JAKARTA - Sebuah pesawat ringan 202 Bravo yang sedang mengadakan pertunjukan aerobatik di Bandung Air Show 2012 di Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung terhempas semalam mengakibatkan juruterbang dan pembantu juruterbangnya maut.

Pesawat itu jatuh di kawasan bangunan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU).

Mangsa yang terbunuh merupakan bekas pegawai TNI-AU.

Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.42 pagi, lima minit selepas pesawat itu berlepas untuk persembahan aerobatik.

Berikutan kejadian itu, pihak penganjur telah membatalkan acara pertunjukan udara seterusnya sebagai tanda berkabung.

Bandung Air Show 2012, satu daripada acara sambutan ulang tahun ke-202 Kota Bandung yang memasuki hari ketiga semalam diteruskan hanya dengan acara pameran.

Sejumlah 28 pesawat termasuk dari beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika Syarikat dan Australia mengambil bahagian pada pertunjukan udara yang dijadual berlangsung selama empat hari mulai 27 September lalu. - Bernama

Wanita mengaku menghendap Cotillard

Posted:

Wanita mengaku menghendap Cotillard

NEW YORK - Seorang wanita, Teresa Yuan mengaku bersalah menghendap aktres Marion Cotillard (gambar) yang pernah membintangi filem Batman, The Dark Knight Rises.

Yuan membuat pengakuan itu di sebuah mahkamah persekutuan di Brooklyn di sini kelmarin.

Pihak pendakwa raya menyatakan Yuan telah menghantar sebanyak 504 e-mel dan 120 rakaman video kepada sebuah laman web untuk para peminat Cotillard selama empat hari pada tahun lalu.

Sebahagian rakaman video yang disiarkan di mahkamah itu menunjukkan Yuan kelihatan berada dalam keadaan separuh bogel, berdesis seperti seekor kucing dan bercakap tentang permainan pistol.

Yuan boleh dihukum penjara sehingga 16 bulan. Hakim akan memutuskan hukuman terhadapnya. - Agensi

Penerbit filem hina Nabi Muhammad SAW tukar nama

Posted:

Penerbit filem hina Nabi Muhammad SAW tukar nama


NAKOULA kini dikenali sebagai Youssef.


LOS ANGELES - Pihak pendakwa raya persekutuan di sini menyatakan, penerbit filem Innocence of Muslims, Nakoula Basseley Nakoula kini menggunakan nama lain yang diiktiraf undang-undang Amerika Syarikat (AS).

Penolong Peguam Negara AS, Robert Dugdale kelmarin berkata, Nakoula, 55, kini dikenali sebagai Mark Basseley Youssef.

Nama itu terdapat dalam rekod mahkamah.

Beberapa dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Daerah Orange menunjukkan dia diberikan hak menukar nama pada 2002.

Nama penerbit tersebut ditukar kepada Youssef kerana Nakoula ialah nama seorang perempuan dan ia mencetuskan masalah kepadanya.

Youssef dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini pada Khamis lalu selepas pihak berkuasa menyatakan dia melanggar syarat-syarat pembebasannya.

Lelaki itu dibebaskan pada Jun 2011 setelah menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana didapati bersalah menipu bank pada 2010.

Pendakwa raya Robert Dugdale berkata, dia dituduh melakukan lapan kesalahan termasuk membuat kenyataan palsu kepada para pegawai perunding cara dan menggunakan tiga nama yang berlainan.

Hakim Suzanne Segal turut memutuskan lelaki tersebut ditahan tanpa dibenarkan diikat jamin kerana bimbang dia akan melarikan diri selain dianggap berbahaya kepada masyarakat.

Dia ditahan di Pusat Tahanan Metropolitan di sini.

Youssef yang merupakan penganut Kristian Koptik akan ditahan sehingga seorang hakim memutuskan sama ada dia melanggar syarat-syarat pembebasannya.

Dia yang berketurunan Mesir kini merupakan warga AS.

Youssef menyembunyikan diri pada 15 September lalu sebelum ditangkap pada Khamis lalu.

Rumahnya di Cerritos di sini kini menunggu pembeli baharu.

Filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu telah menyebabkan tunjuk perasaan ganas berlaku di beberapa buah negara sehingga mengakibatkan 50 orang mati baru-baru ini. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kiraan berhenti Afdlin

Posted:

Kiraan berhenti Afdlin

DALAM hitungan sejarah pengarahan filem seorang sutradara bernama Afdlin Shauki, mungkin Untuk Tiga Hari telah membidik cerita yang tersendiri.

Diselang seli jiwa dan keghairahan para peminat filem sedang membuat perhitungan untuk menonton filem karya anak tempatan sendiri, Untuk Tiga Hari datang dengan pelbagai ragam bahasa dan cerita.

Suka atau tidak, kita harus akur dengan satu kenyataan bahawa pawagam tempatan sedang sepi dengan filem bermutu. Untuk Tiga Hari muncul di kala gersang karya.

Mesej suami isteri

Membayangkan sebuah buku novel tulisan Ahadiat Akasyah, sebagai sutradara, Afdlin menganggap naskhah ini adalah sebuah kehidupan yang bergerak dengan cinta. Sebuah topik yang menarik untuk diketengahkan serta mempunyai pengajaran tersendiri.

Masuk hari kelima tayangan, Untuk Tiga Hari dihimpit sedikit kontroversi tentang hukum agama. Adegan perbualan watak bawaan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak menjadi topik bahas dan perbincangan. Banyak yang bersuara, malah kontroversi itu turut menjadi penarik penonton ke panggung. Bagi Afdlin, dia positif.

Sutradara merangkap pelakon ini membawa mesej tentang sucinya sebuah perkahwinan dan betapa besarnya kuasa jodoh di tangan Maha Esa. Keluar daripada gonggongan rempit dan hantu, kelainan Afdlin sepatutnya dinikmati khalayak.

"Apabila keluar cerita rempit dan hantu, tidak ada pula ada kontroversi. Ramai yang salah faham dengan filem ini tanpa menonton. Sepatutnya tonton dulu sebelum ulas. Jangan menghukum tanpa menonton," luah Afdlin tentang komen-komen yang diterimanya di laman sosial.

"Janganlah kerana salah faham, sebuah filem dengan cerita yang baik jadi terlepas tonton," sambung Afdlin yang melakukan banyak penyelidikan untuk filem Untuk Tiga Hari.

Masuk ke dalam sebuah komplikasi yang besar menyerang industri filem tempatan apabila naskhah anak tempatan kebelakangan ini mendapat respons yang hambar, Afdlin jujur memberi pendapatnya.

"Saya juga tidak tahu mengapa filem kita mendapat kutipan dan respons yang hambar. Saya takut ia terjadi kerana filem-filem yang tidak berkualiti banyak dikeluarkan, lalu khalayak sudah tidak mahu menonton filem kita. Ada orang yang tabur duit dan tidak kira kualiti," oleh Afdlin tentang kebenaran yang berlaku dalam industri.

Sedihnya Afdlin meluahkan bahawa kerancakan industri filem terjadi tahun lalu apabila filem tempatan dapat menjamah imbuhan yang banyak dalam kutipan. Namun implikasi munculnya filem-filem tidak berkualiti telah memburukkan kembali industri. Situasi ini berhenti kerana kehadiran filem tidak berkualiti.

"Saya pernah tertanya-tanya kenapa orang seperti Aziz M. Osman dan Othman Hafsham pernah berhenti membikin filem. Rupanya inilah halangannya dan kalau ini berterusan, saya juga mahu berhenti menghasilkan filem," utaranya yang menganggap filem Untuk Tiga Hari adalah filemnya yang paling kemas daripada sudut pembikinan.

SUTRADARA kreatif ini akan muncul dengan sebuah filem perihal K-Pop.


Belajar daripada Korea

Sempat ke Korea selama seminggu untuk melihat tempat penggambaran filem, dia berkongsi tentang industri filem Korea yang dahulu pernah dilanda gerhana. Bukan mengagungkan tetapi realitinya sesuatu hal yang baik tidak salah dijadikan panduan.

"Tujuh tahun lepas, 70 peratus orang Korea lebih menonton filem Hollywood berbanding tempatan. Tetapi kini puratanya menjadi 54 peratus orang mereka menonton filem tempatan. Filem Korea semakin bermutu dan mereka mendapat sokongan daripada kerajaan.

"Filem mereka memberikan seni dan budaya dan bagus daripada sudut kualiti. Industri filem diberikan dana yang besar untuk membina set yang besar," pujinya tentang perubahan angin filem tempatan Korea yang dibanggakan.

Sehubungan dengan itu, Afdlin bakal keluar dengan sebuah filem yang mempamerkan budaya K-Pop.

"Jangan ingat senang nak jadi K-Pop. Mereka bermula daripada usia muda dan sangat disiplin dalam kerjaya mereka. Saya sendiri melihat grup K-Pop ini sangat menghormati orang walaupun mereka sudah bergelar bintang," semangat Afdlin untuk mempamerkan budaya ini terlihat dengan misi baharunya.

"Inilah yang mahu saya pamerkan dalam filem baharu saya kelak. Tentang budak melayu yang nak jadi K-Pop. Moralnya ialah jangan malas untuk mencari identiti sendiri. Kita perlu pertahankan identiti kita yang unik," tambahnya yang bakal keluar juga dengan filem Ponti vs Omni pada November ini dan Papadom 2 tahun hadapan.

Lawak Ke Der

Rantaian Lawak Ke Der memecahkan suasana Istana Budaya sekali lagi pada 28 September hingga 3 Oktober ini. Sebuah slot yang membuat penonton tidak senang duduk dan tidak kering gusi. Dengan barisan pelawak seperti Jozan, Boboi dan Osbon, produk atas nama Lawak Ke Der ini sudah mendapat kepercayaan besar para penonton.

Menyentuh tentang industri lawak tempatan, ini satu hal yang membanggakan Afdlin kerana melihat progres yang sihat. Malah katanya tidak mustahil satu hari kelak, pelawak jadi jutawan.

Masuk ke pertanyaan umum, kenapa lawak perlu ada watak kanak-kanak, lelaki menyerupai atau menjadi wanita serta individu Cina berslanga Melayu, ujar Afdlin inilah elemen yang dekat dengan rakyat Malaysia.

"Semua negara ada watak atau karakter yang dekat dengan mereka. Bukan di Malaysia sahaja, di luar negara juga. Lawak itu subjektif tetapi yang penting adalah konteks dalam lucu yang dibawakan. Konteks yang dekat dengan kita (rakyat Malaysia) akan menghasilkan sebuah komedi yang bagus," nyata Afdlin tentang sifat komedi dan menganggap Upin dan Ipin adalah sebuah komedi situasi yang sangat berjaya.

Sehubungan dengan itu, Afdlin bakal keluar dengan sebuah program yang dinamakan Akademi Bintang. Akademi yang bakal menjadi tunjuk ajar seseorang sebelum bergelar artis.


LELAKI ini melafazkan niat untuk berhenti mengarah jika dunia perfileman negara masih dilanda kemarau penonton.


"Pakar motivasi, Dr. Azizan Osman yang akan melakukan pemasaran dan kewangan akademi ini dan saya sebahagian daripada Akademi Bintang. Akademi ini akan menawarkan kursus tiga dan lima hari. Akademi yang bakal menerangkan tentang segala kesalahan yang telah dibuat dalam pelaku dalam industri seni juga merangkumi perihal imej dan komunikasi. Susah untuk berada dalam industri kalau tidak ada tunjuk ajar dan pengurusan," terangnya yang tidak menafikan bahawa sesetengah artis muncul tanpa bekalan ilmu yang cukup di dada.

Usai menyebut tentang ilmu, penulis menambah tentang 'ilmu' dalam respons yang ditaburkan ke dalam media sosial. Sebuah platform yang kadangkala sepertinya semua pihak berilmu dan menghukum tanpa periksa. Memberi respons yang kadangkala menduga emosi dan sabar. Apatah lagi apabila terjadinya satu-satu kontroversi dalam dunia hiburan, pantas ada sahaja yang meletakkan diri sebagai hakim mahu pun juri.

Afdlin ketawa dan jawabnya ringkas menutup sesi temu bual: "Saya cakap dengan isteri saya, orang yang pakai smart phone ni sepatutnya kena smart."

A. Aida nekad bercerai lagi

Posted:

A. Aida nekad bercerai lagi


A. AIDA bertudung dan berkaca mata hitam ketika hadir untuk memfailkan tuntutan perceraiannya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Khamis lepas.


SUKAR untuk suami kepada pelakon dan penerbit popular, A. Aida memahami kehendak wanita itu namun, Suffian Sulaiman kelihatan pasrah.

Dalam nada reda Sufian berkata: "Tolong hormati permintaan dan kehidupan keluarga kami."

Suffian yang juga seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) itu enggan mengulas lanjut tindakan Aida yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur untuk memohon perceraian.

"Tanya dia (Aida) lah, dia artis. Rasanya saya tidak perlu bercakap banyak. Perkara itu pun sedang diuruskan oleh pihak peguam," pinta Suffian berhemah.

Khamis lepas, kira-kira pukul 2 petang, penerbit drama bersiri popular Halimah Jongang itu hadir ke Pejabat Pendaftar, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan permohonan cerai terhadap Suffian.

Dia yang ditemani oleh peguam syarie Zulkifli Che Yong menjelaskan, keputusan untuk bercerai adalah muktamad.

Menurut penerbit berusia 42 tahun itu, permohonan cerai itu diambil disebabkan tiada persefahaman antara mereka berdua.

"Saya mahu meminta cerai dengan cara baik. Ia adalah keputusan muktamad saya selepas memikirkan sejak sekian lama. Semuanya disebabkan tiada lagi persefahaman antara saya dengan suami saya itu.

"Sebab-sebab lain, biarlah ia menjadi rahsia kami sahaja," katanya yang diberi ketetapan pada 8 Oktober depan bagi mendengar permohonan itu di mahkamah.

Penerbit drama Fatimah Juling itu juga menjelaskan, keputusan itu diambil setelah mendapat izin keluarga.

"Saya juga memberitahu hal yang sama kepada suami. Sekarang, saya terlalu sibuk dengan penggambaran drama Samarinda dan telemovie, perkara ini terlalu mengganggu dan saya mahu ia diselesaikan cepat-cepat," katanya tanpa mahu mengulas sama ada masih tinggal serumah atau sebaliknya dengan suami.

Ditanya sama ada suaminya mengetahui akan kedatangan dia ke mahkamah untuk bercerai, pemilik rumah produksi miliknya A. Aida Production Sdn. Bhd. berkata: "Sebagai isteri saya sentiasa memberitahu suami ke mana saya keluar."

A. Aida berkahwin dengan Suffian yang kini bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat, Jabatan Logistik, Bukit Aman Kuala Lumpur, pada 20 April 2007. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rahul, 4.

Sebelum ini, Aida pernah menjadi isteri kepada Ameng, vokalis kumpulan pada tahun 1994. Mereka kemudiannya berpisah pada tahun 2003. Hasil perkahwinan itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 16, dan Wan Azevanatassha, 11.

Mengikut rekod, selepas setahun perpisahan itu, Ameng dan Aida rujuk kembali tetapi jodoh mereka tidak berpanjangan apabila berpisah untuk kali kedua pada Disember 2004.

Aida yang berasal dari Besut, Terengganu juga pernah bertemu jodoh dengan seorang anggota polis berumur 26 tahun yang sepuluh tahun lebih muda daripadanya. Perkahwinan kedua Aida itu tidak kekal lama.

Siti Nurhaliza dalam pantang

Posted:

Siti Nurhaliza dalam pantang

GEMAR mengusik dan tertawa manja merupakan sifat Siti yang disenangi ramai.


MINGGU ini nama Datuk Siti Nurhaliza kembali ke carta panas. Hanya gara-gara menjemput para wartawan, pereka fesyen dan jurusolek untuk berkumpul di rumahnya yang terletak di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur banyak andaian awal terkeluar.

Ada yang muncul dengan andaian penyanyi nombor satu ini bakal mengumumkan kehamilan, tidak kurang juga yang membuat tilikan bahawa Siti bakal menerima menantu. Biasalah apabila terkait dengan Siti, pelbagai cerita akan terkeluar.

Siti yang tenang menyambut tetamu pada Khamis lalu di rumahnya lebih banyak menjemput tetamu menjamah makanan berbanding bertugas. Ketawanya manja dan ayu sewaktu dijolok pertanyaan untuk ditemuramah.

Akhirnya dalam satu sesi meja bulat, penyanyi Bukan Cinta Biasa itu membuka mulut. Semua pertanyaan dijawabnya sambil dia sendiri menjamah makanan. Tiada cerita panas sebenarnya yang mahu ditadahkan. Semuanya berkait kerjayanya dan yang penting dia sedang dalam pantang makan untuk persiapan menjayakan konsert solonya yang bakal dilangsungkan di Bukit Gambang City Resort, Kuantan pada 9 November ini.

Terlebih dulu, Siti sempat menjawab persoalan tentang anak teruna Datuk Khalid Muhammad Jiwa iaitu Ashraf yang bertemu mata dengan aktres Rozita Che Wan. Ashraf bertemu dengan pelakon jelita tersebut secara peribadi di sebuah majlis tertutup untuk mendapatkan kepastian benarkah janda bergetah tersebut mahu mengahwini bapanya yang popular dikenali sebagai Datuk K.

"Saya tahu mengenai perkara itu daripada rakan. Suami pun baru sahaja tahu tentang hal itu pagi tadi (Khamis). Saya faham yang Ashraf tu masih budak lagi. Dia hanya bergurau saja. Saya tidak kisah pun. Sebab budak-budak, biasalah darah panas. Tak ada apa-apa yang serius pun," kata Siti memberi penjelasan.

Lebih ditumpukan adalah persiapan Siti tentang konsert solonya yang bakal diadakan di negeri kelahirannya. Malah untuk konsert tersebut, Siti mengaku sudah mula berpantang dan memulakan senaman yang konsisten untuk menurunkan berat badannya daripada 58 kilogram kepada 55 kilogram.

"Lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum saya membuat persembahan di dalam konsert solo kedua ini nanti. Banyak persiapan yang saya perlu mulakan dari sekarang terutama sekali saya mahu kembali cergas dengan bentuk badan yang lebih kurus," jelasnya.

"Terus-terang saya sudah lama rindu untuk beraksi di pentas yang besar dalam konsert solo selepas konsert yang pertama dahulu iaitu Konsert Satu diadakan di Istana Budaya. Kali ini konsert ini akan adakan di luar Kuala Lumpur dulu dan rasanya ia memberi kelebihan kepada peminat bukan saja di Pahang tapi juga di kawasan negeri Pantai Timur," ujarnya yang sedang memikirkan konsep persembahan bersama penganjur konsert tersebut iaitu Creative Stars.

Menariknya, lokasi konsert kedua ini iaitu Grand Ballroom Bukit Gambang Resort City adalah dewan pertama terbesar di Asia Tenggara.

Persembahan konsert solo kedua terbesarnya itu nanti akan berlangsung selama dua jam dan Siti bakal menyanyikan lebih 20 lagu terdiri daripada lagu pop, balada serta lagu-lagu yang berkonsep tradisional.

Siti yang juga sempat memberitahu bahawa dia kini dalam perancangan untuk melancarkan pewangi eksklusifnya sekitar tahun depan.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved