Jumaat, 14 Februari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tempahan siap kurang 24 jam

Posted:

Tempahan siap kurang 24 jam

Tempahan siap kurang 24 jam

Syarikat pencetakan pusat sehenti Achik Sdn. Bhd. yang beroperasi sejak sembilan tahun lalu mampu menawarkan pelbagai khidmat percetakan. Sistem nombor giliran antara kaedah yang digunakan supaya pelanggan mendapat layanan yang adil dan terbaik.

MEMBAWA beberapa gulung kertas kajang, Asma Ahmad, 32, duduk menunggu hampir sejam untuk mendapatkan perkhidmatan rekaan grafik daripada pekerja berbakat di syarikat pencetakan, Achik Sdn. Bhd. (Achik) di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pegawai Pemasaran syarikat perumahan, Sri Binaman itu seringkali menjeling nombor di paparan skrin untuk memastikan dia tidak terlepas nombor gilirannya.

Menurut Asma yang sabar menunggu, syarikatnya merupakan pelanggan setia kedai cetakan tersebut dan biasa membuat tempahan kad nama dan risalah sejak tahun 2009.

"Saya membawa bersama contoh rekaan syarikat sendiri supaya pereka grafik tidak mengambil masa yang lama dan mereka hanya perlu membaiki apa yang perlu.

"Saya tidak kisah menunggu kerana hasil yang diperoleh sangat memuaskan dan kami juga selalu membuat tempahan kad nama, justeru mereka turut menyimpan rekod kami di sini untuk kegunaan masa hadapan," kata anak kelahiran Kedah ini.

Tambahnya, urusan yang sistematik di kedai tersebut turut menjadi antara punca syarikatnya menjadi pelanggan setia pusat cetakan Achik.

Sistem giliran

"Di sini tidak seperti kedai cetakan yang lain kerana ia mempunyai sistem nombor giliran dan pembahagian kaunter mengikut jenis perkhidmatan.

"Selain itu, turut disediakan kemudahan untuk pelanggan seperti tandas awam yang bersih dan selesa," jelasnya yang akan ke kedai Achik tiga kali setahun bagi mendapatkan perkhidmatan rekaan dan cetakan risalah.

Asma memberitahu, syarikatnya akan membuat tempahan risalah di Achik sekurang-kurangnya 1,000 salinan pada setiap awal tahun.

Menurut pemilik kedai cetakan pusat sehenti itu, Mazni Fadzil, 36, dia sentiasa memikirkan tentang keperluan pengguna termasuk perkhidmatan dan kemudahan.

"Kedai yang berslogan One Stop Printing Centre ini menyediakan 25 jenis perkhidmatan melibatkan penggunaan kertas, cap getah, cakera padat, baju dan nombor plat.

"Selain menyediakan pelbagai perkhidmatan, saya turut menitikberatkan keperluan pengguna yang terpaksa menunggu seperti surau, tandas dan sofa," katanya yang meminati dunia perniagaan sejak berusia 12 tahun.

PERKHIDMATAN rekaan grafik antara keunikan pusat sehenti pencetakan Achik.


Antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah pusat internet, cetakan, reka grafik, kedai alat-alat tulis, kain rentang, pengimbas dokumen, papan tanda, tempahan baju dan plat kereta. Tempahan yang dibuat oleh pelanggan pula dijanjikan siap dalam tempoh kurang 24 jam.

Penubuhan

Menceritakan kisah penubuhan kedai sehenti itu, anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu memberitahu, Achik dibuka secara rasmi pada tahun 2005 dengan modal kecil.

"Saya memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM25,000 dan sekarang syarikat ini mengeluarkan modal pusingan sebanyak RM6 juta setiap bulan bagi menampung pembelian bahan-bahan pencetakan.

"Pada permulaan, kedai ini hanya memiliki 10 buah komputer, namun kini saya menyediakan 31 buah komputer meja, lebih 20 mesin jenama Xerox dan peralatan-peralatan pencetakan," jelasnya.

Dalam pada itu, Mazni yang lebih mesra dipanggil Achik berkata, rahsia kejayaan syarikatnya ialah bekalan bahan mentah seperti dakwat dan kertas diperoleh secara terus dari China.

"Harga di China lebih murah berbanding dalam negara. Bagaimanapun, peniaga mesti bijak memilih pembekal bagi mengelakkan penipuan seperti produk rosak atau kualiti rendah.

"Keadaan tersebut antara faktor penghalang, lebih-lebih lagi bagi masyarakat Melayu untuk berjaya dalam dunia perniagaan kerana sering ditipu pembekal sekali gus berasa serik untuk berniaga, " jelasnya.

Bagaimanapun, sejak empat tahun lalu, pusat cetakan Achik mula menampakkan kredibiliti sehingga mendapat kepercayaan daripada syarikat-syarikat korporat untuk menyediakan dokumen bernilai ratusan ribu ringgit.

Namun, keuntungan yang diperoleh tidak terus dinikmati, sebaliknya Achik melaburkannya dengan membeli tiga lot kedai sekali gus membentuk wisma yang kini menjadi ibu pejabat syarikat tersebut.

Kejayaan pada hari ini hanya dikecapinya selepas sembilan tahun membanting tulang dan setiap titik peluhnya akhirnya berbaloi dengan jumlah aset pencetakan mencecah RM1.2 juta.


PELANGGAN diberi perkhidmatan di kaunter mengikut nombor giliran masing-masing.


Kepercayaan

Selain di Taman Melawati, Achik mempunyai cawangan di Klang Gate, Setapak; Wangsa Maju dan Cheras, Kuala Lupur, manakala di Selangor pula di Kolej Islam Antarabangsa, Batu Caves dan Institusi German Malaysia, Bangi.

Sehingga kini, Achik mempunyai kira-kira 70 orang pekerja yang terdiri daripada pereka grafik, pengurus seliaan mesin, pegawai pemasaran, pekerja pusat internet dan kedai alat-alat tulis.

Salah seorang pekerjanya, Fazli Lon, 27, berkata, dia telah bekerja di pusat cetakan itu selama dua tahun sebagai pereka grafik yang memerlukan khidmat profesional.

Menurut Fazli yang merupakan graduan sarjana muda daripada Universiti Malaysia Kelantan, dia akan membuat rekaan grafik sekiranya pereka grafik kaunter hadapan memerlukan pertolongan.

"Sesetengah pelanggan meminta rekaan grafik bagi risalah dan kulit buku keras yang terlalu rumit untuk disiapkan dalam tempoh masa satu jam seperti yang diperuntukkan oleh polisi syarikat ini.

"Jadi, saya akan mengambil alih rekaan tersebut bagi mengelakkan pelanggan menunggu terlalu lama dan hasil yang diberikan kepada pelanggan juga berkualiti," katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Lantai Achik Internet Cafe, Mohd. Fitri Abd. Rahim, 28, tidak lokek berkongsi pengalamannya selama hampir 13 tahun bekerja di situ.

"Kesabaran adalah kunci kejayaan untuk terus berkhidmat di kedai ini kerana kebanyakan pelanggan berharap bahan cetakan mereka dapat disiapkan pada kadar segera.

"Kadang-kadang kami dihamburkan dengan kata-kata kesat oleh pelanggan yang tidak faham tentang kerumitan kerja-kerja rekaan grafik atau pesanan diterima terlalu banyak pada satu-satu masa.

"Bagaimanapun, kami tetap melayan mereka dengan senyum dan berusaha memberikan khidmat yang terbaik," katanya.

Tahun lalu, pusat percetakan Achik Sdn. Bhd. menerima sijil daripada pengeluar mesin salinan, Xerox sebagai usahawan pertama memiliki mesin Xerox jenis Xerox docuwide c842, mesin inkjet warna di Malaysia. Syarikat ini turut menjadi gedung kertas bagi syarikat korporat seperti Jabatan Kerja Raya, Petronas, Pos Malaysia, Pusat Sains Negara, Maybank, Astro dan Takaful Malaysia.

Cagarkan kereta bapa untuk berniaga

Posted:

Cagarkan kereta bapa untuk berniaga

Cagarkan kereta bapa untuk berniaga


WISMA Achik Sdn. Bhd. meliputi tiga lot kedai dan menyediakan 25 jenis perkhidmatan.


"BERAKIT-RAKIT ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian." Itulah peribahasa yang paling tepat menggambarkan perjalanan karier seorang usahawan berjaya yang pernah diusir bapanya sendiri demi memastikan perniagaannya berjaya.

Kepada Pengarah Urusan Achik Sdn. Bhd. (Achik), Mazni Fadzil, 36, perjalanan hidupnya untuk mengecapi kejayaan penuh pancaroba. Namun, dengan semangat juang yang tinggi, jenama Achik yang kini berusia sembilan tahun dilihat sebagai antara pembekal bahan cetakan terkemuka di Malaysia.

Menurut anak jati Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang mesra dengan panggilan Achik ini, sebelum menubuhkan pusat sehenti cetakan tersebut, dia pernah menjalankan perniagaan kafe internet yang dikenali sebagai Achik Internet Cafe pada tahun 2001.

"Saya berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 2000 kerana meneruskan pengajian selama dua tahun di Institut Bina Usahawan dan membuat kerja sampingan di sebuah pusat internet di Taman Melawati untuk menampung perbelanjaan seharian.

"Namun, selepas setahun bekerja di sana, pemilik kedai ingin berpindah dan membuka cawangan lain di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Ketika itulah saya menawarkan diri untuk meneruskan perniagaan tersebut dan meletakkan nama Achik Internet Cafe," jelasnya.

Dihalau bapa

Sehubungan itu, Achik berkata, dia mengeluarkan modal sebanyak RM25,000 pada awal pembukaan perniagaan itu. Pada masa itu, dia hanya memiliki 10 buah komputer meja yang dipinjam dan disewa daripada rakan-rakannya.

Malah, anak kedua daripada tiga adik-beradik itu pernah 'memperdayakan' ayahnya, Fadzil Mat, 60, dengan mengajak lelaki tua itu datang ke Kuala Lumpur menaiki kereta tanpa memberitahu agenda sebenarnya.

Setibanya Fadzil di Kuala Lumpur, Achik terus membawa kenderaan ayahnya itu ke kedai kereta dan mencagarkan geran untuk menampung wang modal sebanyak RM8,000.

"Pada ketika itu ayah naik berang dan saya merayu-rayu kepadanya untuk memaafkan saya. Saya turut berjanji kepadanya untuk membayar kembali RM8,000 kepada pemilik kedai tersebut dan menebus semula keretanya," ceritanya yang kini memiliki enam cawangan kedai cetakan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Tidak cukup dengan itu, Achik memberitahu, dia pernah dihalau Fadzil kerana meminta izin membawa komputer peribadi adiknya untuk digunakan di pusat internetnya itu.

Walaupun pelbagai halangan terpaksa ditempuhi, dia yang masih belajar ketika itu tidak pernah berputus asa dan nekad meneruskan perniagaannya.


USAHA Achik, dengan bantuan isterinya, kini kedai cetakan ini semakin dikenali ramai.


"Saya telah menggaji seorang pekerja untuk menjaga kedai pada waktu siang dan menerima wang keuntungan kedai kira-kira RM100 sehari. Namun, saya agak musykil kerana kedai dibuka dari pagi sehingga lewat malam, malah pelanggan juga semakin ramai.

"Jadi, untuk mengetahui sama ada saya ditipu atau tidak, saya telah meminta isteri saya yang pada ketika itu merupakan teman wanita, untuk menjaga kedai. Alangkah terkejutnya saya apabila menerima ratusan ringgit dalam masa sehari," jelasnya yang kini mempunyai tiga cahaya mata bersama Raja Zainoranuara Raja Ali.

Selepas beberapa tahun melihat potensi perniagaan, di samping mempelajari kejayaan peniaga lain, perniagaan pusat internet itu diperluaskan dengan penyediaan perkhidmatan salinan foto, mengikat fail dan cetakan.

Wisma Achik

Lima tahun selepas itu, Achik telah menubuhkan Achik Sdn. Bhd. dengan membawa slogan One Stop Printing Centre atau Pusat Percetakan Sehenti yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi kemudahan pelanggan.

"Tidak berasa selesa dengan kejayaan yang dikecapi, saya sentiasa membuat kajian tentang perniagaan pencetakan demi melancarkan lagi operasi, di samping menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

"Salah satu langkah yang diambil ialah mendapatkan bahan-bahan mentah terus dari China kerana harga di sana lebih murah dan tidak menggunakan orang ketiga," katanya.

Berkat usaha dan doa, perniagaan Achik semakin maju dan mula menerima tempahan daripada syarikat-syarikat korporat.

Pada tahun 2010, Achik membeli tiga lot kedai di Taman Melawati untuk dijadikan Wisma Achik.

"Kini, syarikat saya mempunyai bangunan sendiri dan menerima tender daripada syarikat-syarikat swasta dan kerajaan.

"Malah, tiga tahun yang lalu, saya telah membawa ayah datang ke sini dan dia turut mengalirkan air mata. Alhamdullilah, saya telah menunaikan janji-janji saya kepadanya dan berharap dapat terus mengemudi syarikat ini sehingga ke peringkat antarabangsa," jelasnya.

Daripada sebuah pusat internet kecil, perniagaan Achik terus berkembang dan kini menyediakan 25 jenis perkhidmatan perniagaan termasuk cetakan, reka grafik, kad nama, kain rentang, kulit buku keras, risalah, papan tanda, pelekat, pengimbasan dokumen, cop getah, alat-alat tulis, baju dan plat kereta.

Syarikat ini dioperasikan oleh 70 kakitangan yang rata-rata terdiri daripada graduan sarjana muda daripada universiti tempatan dan terus menarik ratusan pelanggan setiap hari. - DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

Perhimpunan Jemaah Tabligh Bangladesh

Posted:

Perhimpunan Jemaah Tabligh Bangladesh

Perhimpunan Jemaah Tabligh Bangladesh


PESERTA solat Jumaat di tepi sungai Turag pada hari pertama perhimpunan.


BERIBU-RIBU masyarakat Islam dari seluruh dunia berkumpul di tepi sungai Turag, Tongi di Bangladesh bagi menghadiri sesi Bishwa Ijtema yang sering diadakan pada awal tahun baharu Masihi.

Perhimpunan yang bertujuan mendapat rahmat daripada Allah dengan melakukan aktiviti keagamaan seperti solat dan berdoa itu merupakan perhimpunan umat Islam kedua terbesar di dunia selepas musim haji di Mekah.


FERI turut menjadi tumpuan peserta selepas perhimpunan yang memakan masa selama tiga hari ini tamat.


Menurut sejarah, perhimpunan tersebut bermula apabila seorang pelajar India bernama Muhammad Ilyas al-Kandhlawi berkumpul bersama sebilangan kecil individu beragama Islam di sebuah masjid di tepi sungai Turag pada tahun 1948.

Kini perhimpunan tersebut diteruskan oleh Jemaah Tabligh Bangladesh. Perhimpunan itu juga memberi peluang kepada masyarakat Islam tempatan berinteraksi dengan orang luar yang seagama dengan mereka.

Walaupun perhimpunan itu telah berusia 66 tahun, namun Tongi yang terletak kira-kira 30 kilometer dari utara Dhaka masih dipilih sebagai lokasi perhimpunan pada setiap tahun.


SEORANG lelaki memasak sendiri makanan ketika menyertai perhimpunan ini.


Perhimpunan yang berlangsung selama tiga hari itu dihadiri oleh jemaah dari 80 buah negara termasuk para ulama India dan Pakistan yang menyampaikan ucapan khusus mengenai Islam.

Sepanjang tempoh tersebut mereka menginap di khemah-khemah kecil yang dibina di atas tanah seluas 160 hektar sambil dikawal ketat oleh pihak berkuasa tempatan.

Selain Tongi, perhimpunan Bishwa Ijtema juga diadakan di Raiwind, Pakistan dan Bhopal serta Madhya Pradesh di India namun jumlah kehadiran tidak seramai di Tongi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Jawa Timur diselubungi abu

Posted:

Jawa Timur diselubungi abu

Jawa Timur diselubungi abu


KELIHATAN kawasan perumahan penduduk di Yogyakarta, Indonesia dilitupi abu dan pasir daripada Gunung Kelud yang meletus malam kelmarin.


SURABAYA - Letusan Gunung Kelud di Jawa Timur Indonesia yang bermula pada pukul 10.56 malam kelmarin telah menyebabkan tiga orang terbunuh manakala 200,000 orang terpaksa berpindah ke pusat-pusat perlindungan semalam.

Menurut Ketua Pusat Volkanologi dan Bencana, Surono, gunung berapi itu menghamburkan debu panas dan batu setinggi 3,000 meter ke langit.

Ia meletus beberapa jam selepas pihak berkuasa meningkatkan amaran berjaga-jaga dan meminta orang ramai supaya berada sejauh 10 kilometer dari gunung tersebut.

Abu yang keluar dari gunung itu telah menjejaskan jarak penglihatan di bandar Yogyakarta, Surabaya dan Solo.

Bunyi kuat letusan tersebut pula boleh didengar sejauh beberapa kilometer dari lokasi kejadian.

Sebanyak enam buah lapangan terbang terpaksa ditutup di Pulau Jawa kerana jarak penglihatan yang terhad ekoran Abu yang dikeluarkan oleh gunung tersebut serta dikhuatiri boleh memasuki enjin pesawat.

Abu gelap setebal 2.5 sentimeter melitupi bandar ini dan Yogyakarta sekali gus memaksa para pengguna jalan raya menyalakan lampu kenderaan mereka pada siang hari.

Di beberapa perkampungan berhampiran Gunung Kelud, haiwan-haiwan ternakan turut dilitupi dengan abu gunung itu.

Semua kampung dalam lingkungan 10 kilometer dari Kelud telah dikosongkan dengan lebih 200,000 orang berpindah ke pusat-pusat perlindungan sementara.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Debu letusan tidak sampai Malaysia

Posted:

Debu letusan tidak sampai Malaysia

Debu letusan tidak sampai Malaysia

KUALA LUMPUR - Debu dan habuk akibat letusan Gunung Kelud di Jawa Timur, Indonesia tidak akan memberi kesan kepada Malaysia, kata Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia, Azhar Ishak.

Beliau berkata, debu dan habuk gunung berkenaan dijangka tidak sampai ke Malaysia memandangkan angin timur laut yang melanda negara ketika ini membentuk pergerakan ke arah luar Semenanjung.

"Ia (letusan) tidak akan beri kesan kepada Malaysia sebab angin timur laut ini akan bawa ia keluar dari Malaysia," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Kelud yang merupakan satu daripada 130 gunung berapi paling aktif di Indonesia, mula memuntahkan debu, pasir dan batu setinggi 3,000 meter ke udara semalam.

Semua pelajar Malaysia selamat

Posted:

Semua pelajar Malaysia selamat

Semua pelajar Malaysia selamat


Raja Mohd. Nizam


KUALA LUMPUR - Keadaan debu dan habuk letusan Gunung Kelud di daerah Magelang, Jawa Timur Indonesia yang berterbangan sejauh 200 kilometer tidak menjejaskan pelajar Malaysia yang menuntut di negara itu.

Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Raja Mohd. Nizam Raja Kamarulbahrin berkata, berdasarkan laporan Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia letusan terbesar telah pun terjadi kelmarin.

"Letusan terbesar Gunung Kelud telah terjadi malam tadi (kelmarin) dan berkemungkinan tidak akan ada lagi letusan akan muncul.

"Bagaimanapun, pihak kedutaan akan terus memantau perkara ini dan sekiranya keadaan lebih serius arahan berpindah kepada pelajar akan dikeluarkan," katanya ketika dihubungi semalam.

Raja Mohd. Nizam memberitahu, majoriti pelajar Malaysia pula kebetulan telah pulang ke tanah air berikutan universiti ketika ini sedang cuti semester.

"Setakat ini, rekod rasmi yang ada 299 orang pelajar Malaysia yang menuntut di Surabaya, Solo, Yogyakarta dan Kota Malang dilaporkan semuanya selamat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Bukti pemahaman keperluan penunggang

Posted:

Bukti pemahaman keperluan penunggang

Bukti pemahaman keperluan penunggang

Oleh SHAWKATH AZDE

NINJA 1000 ABS berjaya menyatupadukan elemen sport dalam dunia pengembaraan bermotosikal.


TINDAKAN Kawasaki Heavy Industries Ltd. (KHI) di Jepun menampilkan model Ninja 1000 pada tahun 2011 membawa satu perspektif berbeza bagi penggemar motosikal serata dunia. Ia berjaya menyatupadukan tunggangan dua segmen motosikal iaitu prestasi sebuah jentera sport yang berkeupayaan kembara dengan selesa.

Dalam kata lain, Kawasaki Ninja 1000 diperkenalkan bagi mengisi vakum pasaran antara model unggul Kawasaki ZX-10R dan model jarak jauh iaitu Concours 14 ABS. Untuk makluman, Ninja 1000 juga dikenali sebagai Z1000 SX di beberapa pasaran lain seperti Eropah.

Sejak dari itu, pengeluar motosikal negara matahari terbit itu acap kali mengetengahkan pelbagai inovasi pada model baharu Ninja 1000 untuk memperhalusi kehendak pengguna selain memenuhi jangkaan khususnya berhubung aspek pengalaman tunggangan. Harus diakui, jentera yang tergolong dalam kategori kembara sport itu ialah model kembar kepada Z1000.

Biarpun begitu, Ninja 1000 sudah melepasi pelbagai fasa transformasi kosmetik untuk menjadikannya sebuah motosikal kembara. Begitu juga situasinya apabila KHI menampilkan Ninja 1000 ABS edisi 2014 sempena pameran motosikal EICMA di Milan, Itali, November lalu.

Selayang pandang, motosikal itu mungkin kelihatan tidak jauh berbeza dengan edisi 2013. Realiti sebenar hanya diketahui selepas menunggang kedua-dua model berkenaan. Pakej yang diadun pada Ninja 1000 ABS 2014 selari dengan objektif menjadikannya sebuah motosikal kegunaan harian.


REKA bentuk bahagian belakang ada sedikit persamaan dengan model Z1000 edisi 2014.


Pembaharuan paling signifikan ialah adunan pelbagai teknologi sokongan tunggangan. Ia mencerminkan pemahaman mendalam pasukan jurutera KHI berhubung trend dan keperluan para penunggang masa kini. Antaranya, ciri mod cengkaman KTRC (Kawasaki Traction Control), pilihan kuasa enjin dan sistem brek yang diperbaharui.

Berbekalkan konsep kembara sport, model itu menawarkan posisi tunggangan ergonomik. Hasilnya, penunggang boleh memilih postur tunggangan sport atau santai tanpa mengorbankan respons output daripada unit enjin empat silinder sebaris. Unit enjin itu sebenarnya sama seperti model Z1000 edisi 2014. Tiada sebarang talaan berbeza antara kedua-dua motosikal itu.

Sistem KTRC

Untuk memudahkan penunggang baharu, Ninja 1000 ABS dilengkapi tiga mod KTRC (Kawasaki Traction Control) yang boleh diubah mengikut selera dan situasi semasa jalan raya. Mod 1 dan 2 memberikan cengkaman berpatutan apabila memecut. Mod 3 pula sesuai untuk permukaan jalan licin. Kesemua mod itu boleh dipadamkan jika mahu.

Kotak gear motosikal itu ditala semula sebagai usaha membolehkan nisbah gear akhir mengimbangi keperluan tunggangan sport dan kembara jarak pendek. Kadar nisbah gear keenam didapati lebih panjang dan memberikan keselesaan apabila menunggang di kawasan lebuh raya.

Pengguna juga dibenarkan mengubah tetapan kuasa sama ada High Power (H) atau Low Power (L) dengan hanya menekan butang pada bahagian kiri hendal. Tetapan H membenarkan penunggang menikmati perahan kuasa maksimum manakala pilihan L akan mengehadkan kuasa enjin sehingga kadar 70 peratus.

Aspek keselesaan tunggangan Ninja 1000 ABS turut dipengaruhi oleh kejuruteraan casis motosikal. Tindakan menggunakan kerangka aluminium regangan tinggi dilakukan bagi menjayakan pengemudian lebih stabil dan tepat. Malah sambungan stereng antara hendal dan fork direka untuk mengurangkan kadar geseran ketika menunggang pada kelajuan rendah.


PENGHADANG angin Ninja 1000 ABS boleh diselaras tiga tahap mengikut keperluan para penunggang.


Sistem ABS

Tugas mengawal dan memberhentikan jentera disandarkan kepada set brek cakera dengan angkup monoblok Tokico. Respons menarik tuil brek dan kadar cengkaman omboh angkup sememangnya lembut tetapi kuasa membrek cukup memberangsangkan. Set brek cakera itu didatangkan bersama teknologi sistem brek antikunci (ABS).

Ninja 1000 ABS juga dilengkapi penghadang angin boleh dilaras tiga peringkat untuk gayaan sport sehingga perlindungan maksimum. Kerja menyelaras itu cukup sekadar mengunakan tangan sahaja.

Jentera itu didatangkan bersama tangki minyak berkapasiti 19 liter sekali gus mengurangkan kadar kekerapan untuk mengunjungi stesen minyak sewaktu menunggang.

Maklumat semasa tetapan dan tunggangan dipamerkan menerusi kombinasi paparan analog dan digital pada panel instrumen meter. Jenis skrin yang digunakan ialah LCD pelbagai fungsi.

Antara maklumat ditayangkan ialah tetapan KTRC, mod kuasa, indikator tunggangan ekonomik, kadar penggunaan bahan api, suhu sistem penyejukan, kelajuan tunggangan, baki status minyak, odometer, takometer, jam, dua trip perjalanan dan lampu amaran.

Penulis sempat menunggang uji model Ninja 1000 ABS 2014 sempena program Malaysian Press Introduction anjuran Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Biarpun sesi tunggangan itu agak singkat namun penulis sempat merasai perbezaan antara model 2013 dan 2014. Harus diakui, Ninja 1000 ABS edisi 2014 jauh lebih selesa dan memuaskan jika dibandingkan dengan model sebelumnya.

Perincian lanjut mengenai sesi tunggang uji itu akan disiarkan dalam edisi Garaj! akan datang sejurus sahaja penulis mendapat lampu hijau untuk meminjam Ninja 1000 ABS bagi satu ujian yang lebih komprehensif.

Forester XT bukan sembarangan SUV

Posted:

Forester XT bukan sembarangan SUV

Forester XT bukan sembarangan SUV

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR


FORESTER ini mungkin kelihatan lebih garang jika mempunyai air scoop di atas but hadapan.


SUBARU Forester mula diperkenalkan dalam pasaran Jepun pada tahun 1997 dengan menggunakan platform Impreza.

Mula dikenali sebagai sebuah kenderaan wagon pada generasi pertama namun model hampir dua dekad itu kini masih mengekalkan identitinya sebagai sebuah jentera sport SUV.

Generasi keempat Subaru Forester mula dibawa masuk ke negara ini oleh pengedar Motor Image Malaysia Sdn. Bhd. pada tahun lalu.

Bagi merasai pengalaman memandu SUV ini, pihak Motor Image telah memberi peluang kepada Garaj! untuk memandu uji Subaru Forester XT yang menggunakan enjin Boxer Turbo.

Penulis melakukan pandu uji ini ke Johor Bahru. Pemanduan di lebuh raya tidak menjadi masalah kerana kuasa yang dihasilkan daripada

RUANG enjin hadapan Forester ini padat dan kemas.


Forester XT ini tidak pernah mengecewakan.

Tambahan pula, Forester dilengkapi dengan pilihan beberapa mod pemanduan seperti i, S dan S#. Setiap mod ini mempunyai watak dan gaya pemanduan yang berbeza.

Ketika menggunakan mod pemanduan i, Forester amat mudah dikendalikan kerana stereng menjadi ringan manakala kuasa yang dihasilkan semasa memijak pedal minyak tetap memuaskan.

Selepas menekan butang S# watak Forester XT ini bertukar menjadi agresif. Penulis mencubanya, sekejap sahaja selepas memijak pedal minyak meter kelajuan menunjukkan 220km/j.


RUANG kabin Forester XT ini kelihatan sederhana tetapi kemas dan selesa.


Mod S# juga sesuai digunakan ketika menggunakan laluan berselekoh kerana stereng akan menjadi sedikit berat dan memberikan keyakinan kepada pemandu.

Cuma SUV ini boleh dikatakan sebuah jentera yang bertenaga tetapi tempat duduk belakangnya yang agak rata membuatkan penumpang 'tidak duduk tetap'.

Subaru Forester XT yang diimport sepenuhnya ini menggunakan rim bersaiz 18 dengan tayar Bridgestone Dueler H/L 400 bersaiz 225/55.

Perjalanan jauh yang mengambil masa kira-kira empat jam tidak terasa kerana Forester XT ini dilengkapi dengan sistem audio premium dengan lapan speaker jenama Harmon Kardon.

Antara ciri-ciri menarik lain yang ada pada Subaru Forester XT ini seperti but belakang elektrik dan bumbung suria.

Lamborghini Huracan LP 610-4

Posted:

Lamborghini Huracan LP 610-4

Lamborghini Huracan LP 610-4

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN


CASIS model baharu ini diperbuat daripada material gentian dan aluminium.


HURACAN LP 610-4 memasuki pasaran secara rasmi mulai Disember lalu selepas Automobili Lamborghini membuat keputusan untuk menghentikan jualan Gallardo. Model itu turut ditugaskan untuk membentuk suatu sempadan baharu dalam segmen kereta mewah berprestasi tinggi.

Huracan yang didatangkan bersama reka bentuk unik, pakej teknologi inovatif, kedinamikan dan kualiti tinggi didakwa membawa perspektif pengalaman baharu dalam barisan kereta seumpamanya. Lamborghini mendakwa Gallardo merupakan model paling berjaya dengan produksi mencecah 14,022 unit sejak diperkenalkan 10 tahun.

Sebagai rekod, nama Huracan diambil dari pertandingan laga lembu. Lembu Huracan datangnya dari baka Conte de la Patilla Sepanyol dan terkenal dengan keberanian serta bersifat agresif.

Huracan menterjemah semula Gallardo yang mana profail binaan dipengaruhi oleh satu garisan yang menyatukan bahagian depan, kokpit dan belakang kereta. Identiti lain Lamborghini pada Huracan ialah pencahayaan LED pada lampu utama.

Buat julung kalinya dalam segmen ini, model itu dilengkapi LED pada nyalaan lampu sebagai aksesori standard. Ruang dalaman pula dilengkapi sebuah panel instrumen TFT 12.3 inci yang memaparkan maklumat seperti meter putaran enjin, peta navigasi dan fungsi multimedia.

Casis Huracan dibina mengikut kemahiran mendalam Lamborghini dalam bidang gentian kaca. Kali ini mereka menggunakan kaedah hibrid melalaui aplikasi elemen gentian dan aluminium. Berbekalkan berat kering hanya 1,442 kilogram (kg), Huracan bukan sahaja mempunyai nisbah kuasa kepada berat yang rendah iaitu 2.33kg kepada setiap kuasa kuda malah turut memberikan ketepatan seperti kereta lumba dengan ketegaran tinggi.

Kereta super itu menggunakan enjin baharu 5.2 liter V10 berkuasa 610hp pada 8,250rpm dan tork maksimum 560Nm pada 6,500rpm. Sistem pancitan yang digunakan dipanggil Iniezione Diretta Stratificata (IDS) yang mana pancitan terus dan bukan terus (indirect). Ia membantu menjadikan enjin itu lebih berkuasa dan tingkatkan kuasa tork tanpa melibatkan penggunaan minyak secara berlebihan.

Lamborghini Huracan boleh mencapai kelajuan melebihi 325 kilometer sejam (km/j) manakala pecutan dari pegun ke 100km/j hanya mengambil masa selama 3.2 saat. Model itu juga didatangkan bersama teknologi henti mula. Ciri-ciri itu mengurangkan penggunaan minyak kepada 12.5 liter bagi setiap 100km.

Kuasa buas enjin V10 dialihkan ke permukaan jalan dengan transmisi berkembar tujuh kelajuan baharu yang dikenali sebagai Lamborghini Doppia Frizione (LDF) dan sistem pacuan empat roda yang dikawal penuh secara elektronik. Seleksi mod pemanduan berbeza boleh diatur melalui suis pada stereng dengan tiga pilihan iaitu STRADA, SPORT dan CORSA. Tiga pilihan itu mengubah karakter kotak gear dan enjin, sistem pacuan empat roda dan kawalan penstabilan elektronik (ESC).

Dipasangkan standard pada Huracan ialah brek gentian seramik manakala sistem nisbah stereng boleh ubah (Lamborghini Dynamic Steering) dan magneto-rheologic suspension damper control ditawarkan sebagai aksesori pilihan yang turut ditala mengikut tiga seleksi pemanduan.

Lamborghini Huracan bakal dibina di ibu pejabat Automobili Lamborghini di Sant'Agata Bolognese. Penghantaran pertama kepada pelanggan dijadualkan berlangsung pada bulan Mac tahun ini dan kemungkinan 'lembu laga' itu akan berada di Malaysia tidak lama lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Pecah dominasi pemandu bas lelaki

Posted:

Pecah dominasi pemandu bas lelaki

Pecah dominasi pemandu bas lelaki

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN


KAPTEN bas RapidKL yang berpangkalan di depoh Sentul, Norsiah Salim memandu bas sejak lebih dua dekad lalu.


STATUS ibu tunggal merupakan satu cabaran yang bukan calang-calang orang boleh memikulnya. Apatah lagi, jika si ibu mempunyai ramai anak, maka pastilah dia terpaksa membanting tulang demi membesarkan mereka.

Bagi golongan tersebut, hidup perlu diteruskan walaupun kehilangan atau berpisah dengan orang yang satu ketika dahulu pernah menjadi pemimpin keluarga.

Demi kelangsungan hidup, golongan ini perlu memikirkan jalan terbaik untuk mendapatkan wang. Atas tanggungjawab itu, mereka sanggup melakukan pelbagai pekerjaan asalkan sumbernya halal.

Bagi Juhana Md. Jaafar, 44, status ibu tunggal yang dipegangnya sejak tiga tahun lalu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus membesarkan lima anak berusia 16 hingga 23 tahun.

Malah, kerjaya yang dipilih sebagai pemandu atau kapten bas RapidKL sejak enam tahun lalu benar-benar mengubah landskap kehidupan keluarganya.

"Saya memandu bas bagi laluan Titiwangsa ke Menara Berkembar Petronas setiap hari bermula pukul 5 pagi hingga 2.30 petang. Jika dikehendaki bekerja syif, saya akan mula memandu dari pukul 5.30 pagi hingga 8 malam.

"Dengan pendapatan sekitar RM2,500 sebulan, ia cukup buat kami sekeluarga tanpa perlu menagih ihsan orang," luahnya ketika ditemui Kosmo! di Putrajaya baru-baru ini.

Pengalaman

Menurut Juhana, dia masih ingat pengalaman hari pertama bekerja sebagai pemandu bas pada tahun 2008. Ketika itu, bas yang dipandunya tiba-tiba rosak di tengah jalan hingga terpaksa ditunda.

"Lucunya, pada hari tersebut, saya tidak jadi bertugas dan hanya duduk di depoh. Keesokan harinya barulah saya berjaya melaksanakan pemanduan hingga habis tempoh bekerja," ujar Juhana yang mengakui seronok apabila dapat berkenalan bersama para penumpang.

Hakikatnya, pekerjaan sebagai pemandu bas begitu sinonim dengan lelaki. Namun, pada zaman serba moden ini, kaum Hawa telah berjaya membuktikan bahawa mereka juga boleh melakukan tugas yang didominasi kaum lelaki itu.

Perkara tersebut disokong oleh Bahiyah Abdullah, 48, yang bergelar ibu tunggal sejak dua dekad lalu. Keperitan hidup yang dilalui membuatkan dia nekad membesarkan anaknya yang kini berusia 20 tahun.


SEBELUM memulakan tugas, setiap pemandu perlu mengisi minyak bas di depoh masing-masing.


Teruja

Bahiyah yang menyertai keluarga RapidKL sejak lima tahun lalu teruja apabila berpeluang melakukan pekerjaan tersebut.

"Sebelum ini, saya bekerja sebagai pemandu bas sekolah dengan pendapatan sederhana. Kemudian, apabila berpeluang menjadi kapten bas RapidKL, banyak faedah yang diperoleh.

"Saya gembira kerana kerja ini tidak seteruk mana dan wanita juga boleh melakukannya," tutur Bahiyah yang masih belum terfikir untuk berkahwin kerana mengutamakan masa depan anaknya.

Dalam pada itu, selain ibu tunggal, kerjaya kapten bas tersebut turut menarik minat wanita muda seperti Nora Zura Jamaludin dan Noor Sufiana Mustafa Maarof. Masing-masing berusia 24 tahun.

"Abang paling kuat membantah apabila saya menyatakan hasrat untuk menjadi kapten bas setahun lalu kerana dia mengatakan ia kerja orang lelaki.

"Namun, selepas melihat saya mampu melakukannya dalam tempoh sebulan, dia akhirnya akur dengan keputusan saya," cerita Nora Zura yang memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia.

Tidak malu

Tambah Nora Zura, dia memandu bas RapidKL bagi laluan Pandan Indah, Ampang ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur selama enam hari seminggu bermula dari pukul 5.30 pagi hingga 1 petang dan akan berlanjutan sehingga 8 malam jika bekerja syif.

Bagi Noor Sufiana pula, dia tidak malu mempunyai kerjaya sebagai kapten bas walaupun memiliki Sijil Kemahiran Bakeri dari Kolej Komuniti Selayang.

Berbekalkan kata-kata semangat, jika lelaki boleh buat, perempuan pun boleh buat, gadis tersebut membulatkan hasrat menjadi kapten bas kerana gemar mencuba sesuatu yang baharu untuk mencari kelainan dalam diari hidupnya.

"Jika tidak memandu bas atau bercuti, saya akan membuat biskut atau kek yang dipelajari di kolej. Ia boleh menjadi pendapatan sampingan saya," katanya yang memandu bas bagi laluan Bangsar ke Pasar Seni.

Ditanya mengenai cabaran yang dihadapi sebagai pemandu bas, Noor Sufiana menjelaskan kesesakan lalu-lintas merupakan perkara yang agak menguji kesabaran terutama sewaktu tempoh awal mula bekerja.

"Tetapi, lama-kelamaan perkara itu sudah menjadi satu kebiasaan buat kami semua. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa," ungkapnya sambil tersenyum.

IKIM berkampung di Masjid Usamah bin Zaid

Posted:

IKIM berkampung di Masjid Usamah bin Zaid

IKIM berkampung di Masjid Usamah bin Zaid

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR


PROGRAM dari konti ke pentas membawakan pendakwah terkenal, Habib Ali Zainal Abidin yang ke udara dalam rancangan Fiqhus Sirah di IKIMfm.


LIMPAHAN kenderaan memenuhi kawasan sekitar Masjid Usamah bin Zaid yang terletak di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia berikutan kehadiran anggota masyarakat untuk sama-sama memeriahkan program Karnival Mahabbah IKIMfm yang menutup kalendar aktiviti 2013 stesen radio berkonsepkan Islamik tersebut.

Rata-rata pengunjung yang hadir mengakui, banyak manfaat yang diperoleh sepanjang dua hari karnival itu berlangsung melalui pelbagai aktiviti yang diadakan pihak penganjur.

Antaranya ialah senaman tai chi Islamik, pertandingan mewarna kanak-kanak, sesi menghias kek cawan, pertandingan memasak, futsal persahabatan dan segmen dari konti ke pentas yang menampilkan beberapa figura dalam bidang dakwah di Malaysia seperti Ustaz Pahrol Muhamad Juoi, Ustazah Norhafizah Musa dan Ustaz Zulramli Mohamed Razali.

Tidak ketinggalan, turut diadakan program Qiyamullail dan Maulid@IKIMfm yang biasanya ke udara pada setiap hari Jumaat pada pukul 9 malam.

Bagi Masitah Ismail, 35, penyertaannya dalam karnival tersebut adalah sebagai peniaga yang menawarkan koleksi jubah kanak-kanak menerusi jenama Nurhaya Global.

Namun, selain menumpukan pada soal jualan, ibu kepada lima cahaya mata ini turut berpeluang melibatkan diri melalui aktiviti yang dianjurkan.

"Alhamdulillah, selain menjadikan karnival ini sebagai platform memperkenalkan jenama Nurhaya Global, saya juga gembira kerana dapat mengutip mutiara-mutiara ilmu daripada para penceramah yang diundang.

"Malah, anak-anak saya tidak ketinggalan menyertai pertandingan mewarna dan menghias kek cawan bersama para pengunjung cilik yang lain," ujar Masitah yang mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan pada Mac 2013.

Sambutan

Dalam pada itu, pelajar Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam, Nur Hasyimah Che Ariffin, 20, berkata, sambutan yang diterima terhadap jualan tudungnya sangat memberangsangkan.

"Ini penyertaan pertama saya dalam program karnival anjuran IKIMfm ini. Banyak pengalaman yang diperoleh apabila dapat bersua muka dengan pengunjung yang hadir.

"Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur di atas inisiatif mengadakan program yang penuh bermanfaat ini," kata Nur Hasyimah.

Karnival Mahabbah IKIMfm ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan Rabbani Production selaku pengurus acara.

Penyelaras acara karnival tersebut, Fairuz Noordin, 38, memberitahu, program berkenaan merupakan salah satu promosi turun padang IKIMfm untuk bertemu masyarakat.

Selain itu, ia juga program alternatif bagi pengisian anak muda di Kuala Lumpur meraikan sambutan malam tahun baru.

"Seperti tahun-tahun sebelum ini, IKIMfm pernah menganjurkan program di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta dan Masjid As-Syakirin KLCC.

"Justeru, bagi menarik golongan muda untuk mengisi malam tahun baharu Masihi dengan pengisian yang mengikut syariat agama, IKIMfm dan rakan kerjasama menawarkan program ini sebagai satu usaha dakwah kepada masyarakat setempat," kata Fairuz yang merupakan juruhebah merangkap penerbit segmen Nukilan di IKIMfm.

Sepanjang tahun 2013, sebanyak 13 program Karnival Mahabbah IKIMfm telah dilaksanakan dan Fairuz mengatakan bahawa ia akan diteruskan dalam kalendar aktiviti 2014.

Sementara itu, wakil Rabbani Production, Mohd. Asri Ubaidallah, 42, berkata, sambutan yang diterima daripada pengunjung sangat menggalakkan.

Lancar

Sepanjang dua hari program ini berlangsung, pekarangan Masjid Usamah bin Zaid sentiasa dipenuhi pengunjung yang datang bersama keluarga masing-masing.

"Alhamdulillah, selaku pengurus acara, kami bersyukur kerana program dapat berjalan lancar dengan izin-Nya. Malah, terdapat lebih 60 peniaga yang membuka gerai jualan sempena karnival ini.

"Antaranya gerai jualan makanan dan minuman, aktiviti memanah, jualan pakaian Muslimah dan produk makanan sunah," tutur Mohd. Asri.

Karnival Mahabbah IKIMfm di Masjid Usamah bin Zaid dirasmikan oleh Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Hanya Allah yang disembah

Posted:

Hanya Allah yang disembah

Hanya Allah yang disembah


SEGELINTIR orang tidak menyedari ketika beribadat telah melakukan perbuatan syirik seperti menulis nama di Jabal Rahmah dengan kepercayaan dapat bertemu jodoh. - Gambar hiasan


KEHIDUPAN ini sungguh luar biasa. Terdapat kisah yang telah dilalui menyimpang daripada logik akal. Jika ia tidak ditekuni dengan cermat boleh memberi kesan besar kepada kehidupan seterusnya.

Misalnya, saya pernah didatangi oleh seseorang yang berkata: "Prof, simpan batu ini dan kalau boleh letakkan di pejabat. Biasa, bila kita berpangkat, berjawatan dan berkedudukan sudah tentu ada yang cemburu dan iri hati. Ini mungkin membantu."

Diam. Saya letakkannya di atas meja dan mencampakkannya ke dalam tong sampah sejurus dia pergi. Saya menghormati keyakinan dan keprihatinan dia tetapi tidak dapat menerima logik meletakkan batu tidak bernyawa sebagai pelindung kepada kehidupan harian.

Malah, batu yang dibaca dengan ayat-ayat suci al-Quran atau jampi serapah kemudian dinobat sebagai tangkal ajaib menjadikan manusia tidak senonoh di mata mereka yang mahu berfikir.

Tentu sekali kisah Nabi Ibrahim yang telah memecahkan batu berhala kaumnya boleh dirujuk. Firman Allah dalam surah al-Anbiya, ayat 66 dan 67 yang bermaksud:

"Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain daripada Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu? Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?"

Tidak boleh dipercayai

Kami merasakan tidak memerlukan batu ajaib atau sebarang tangkal. Jika ada ujian kehidupan sekalipun, kesemuanya dikembalikan kepada Pencipta yang sentiasa Berkuasa membantu hamba-Nya.

Entah ke mana batu tersebut menghilang hanya Dia yang Maha Mengetahui. Saya fikir kata-kata Umar bin al-Khattab apabila mencium Hajarul Aswad boleh dipertimbangkan:

"Sesungguhnya aku mengetahui engkau hanyalah batu yang tidak memberi manfaat dan mudarat. Jika tidak kerana aku melihat Rasulullah SAW menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu."

Malah saya pernah diberi kunci berbalut benang kuning ketika mahu melanjutkan pelajaran ke Scotland, United Kingdom dengan iringan kata-kata: "Letak ia di atas pintu utama. Tiada mereka yang berniat jahat akan memasuki rumah."

AMALAN khurafat perlu dibanteras agar tidak tergelincir daripada landasan akidah.- Gambar hiasan


Ia kisah lebih kurang 22 tahun lalu. Pada tahun 1992 iaitu ketika usia tidak kisah dan tidak peduli. Kunci berkuasa ajaib ini terbang sejauh 10,622 kilometer.

Jika tuan punya kunci ini memerintah jin untuk menjaga kunci ini bersekali pintu rumah saya di No. 5, Roseangle, Perth Road maka saya selalu terfikir...apakah jin ini dibawa dari Malaysia dan mengikut kami sekeluarga atau hanya menggunakan skim pinjaman jin penduduk tempatan.

Sebagaimana batu-batu berhala yang tidak berkuasa, maka kunci yang dijadikan simbol penjagaan rumah ini juga tidak sepatutnya boleh dipercayai. Memadailah Allah yang membantu dan memberi pertolongan. Dialah satu-satunya yang kita sembah dan memohon perlindungan keselamatan ataupun sebarang hajat.

Sifat keberhalaan iaitu menduakan Allah ini boleh berlaku tanpa disedari terutamanya ketika mencari kebaikan di dalam melakukan amal ibadat. Bayangkanlah begitu ramai yang mempercayai Raudah dan Jabal Rahmah mampu memakbulkan doa mereka melangkaui kekuasaan Allah.

Malah, menulis nama di Kaabah dengan kepercayaan ia boleh memanggil mereka kembali ke Tanah Suci masih dilakukan oleh segelintir jemaah. Allah ya Allah...ia diperkuat lagi dengan lafaz kata-kata mengajak atau menyuruh mereka yang lain melakukan perkara yang sama.

Kami jadi terkeliru melihat begitu banyak surat permintaan yang dicampakkan ke dalam makam Imam Syafie ketika melawat Mesir beberapa tahun yang lepas.

Selain itu, diceritakan orang ada yang mencadangkan supaya tidur di makam beliau bagi memudahkan pengajian di sana. Sama ada ia satu jenaka atau tidak, jelas gambaran pemikiran yang melanda sebahagian umat Islam.

Usaha bersungguh-sungguh

Manusia rasional sentiasa berharap memasuki syurga Firdaus tanpa dihisab. Ia perlu dijelaskan dengan hati dan perasaan. Maka, ia perlu disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh mengikut garis panduan yang telah dinyatakan oleh Allah.

Hakikatnya, mereka yang mahu begitu merupakan golongan istimewa yang sedikit pun tidak akan menduakan Allah di hati. Allah mennyatakan melalui surah An-Nisaa, ayat 48 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar."

Ingatlah bahawa Allah telah mengharamkan syurga kepada mereka yang menduakan Allah. Jika syurga diharamkan, maka pastinya nerakalah tempat diam mereka. Jika ia dosa yang tidak boleh diampunkan maka kekallah manusia di dalam neraka buat selama-lamanya.

Allah menyatakan dengan jelas hal ini melalui surah Al-Maidah, ayat 72 yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan syurga kepadanya, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun."

Kami mohon keampunan-Mu ya Allah. Jumpa lagi minggu hadapan. Moga damai di hati.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Thailand usir 1,300 etnik Rohingnya

Posted:

Thailand usir 1,300 etnik Rohingnya

Thailand usir 1,300 etnik Rohingnya


REUTERS
SEBAHAGIAN pelarian Rohingya yang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen di Songkhla, Selatan Thailand kelmarin.


BANGKOK - Kerajaan Thailand mengusir 1,300 orang pelarian Rohingnya kembali ke Myanmar, kata seorang pegawai tinggi negara ini semalam.

Tindakan itu sekali gus mengabaikan amaran yang dilancarkan aktivis-aktivis kemanusiaan di dunia bahawa etnik Rohingya ditindas di Myanmar.

Ribuan etnik Rohingya yang dilabelkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai antara penduduk minoriti yang paling ditindas di dunia telah melarikan diri dari barat Myanmar dengan menaiki bot sejak tahun 2012.

Kebanyakan etnik Myanmar yang beragama Islam itu menuju ke Malaysia.

Kira-kira 2,000 orang pelarian Rohingya yang tiba di Thailand dikurung di dalam penjara imigresen yang sesak.

Terdapat juga pelarian itu ditempatkan di pusat-pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak.

Ketua Imigresen Thailand, Leftenan Jeneral Pharnu Kerdlarpphon berkata kepada agensi berita AFP, Thailand mula mengusir pelarian itu sejak September tahun lalu dengan menggunakan pintu pemeriksaan sempadan di wilayah Ranong.

Bagaimanapun, tindakan itu diselar para aktivis kerana etnik Rohingnya akan menghadapi sekatan perjalanan, menjadi buruh paksa dan tidak menerima kemudahan akses pendidikan serta kesihatan.

Seorang penyelidik kanan sebuah pertubuhan hak asasi manusia, Sunai Phasuk dari Human Right Watch berkata, pengusiran pulang itu melanggar undang-undang antarabangsa kerana ia akan menyebabkan etnik Rohingya berdepan dengan bahaya dan penindasan.

Lebih 200 orang terbunuh dan 140,000 orang lagi hilang tempat tinggal ekoran rusuhan agama berlaku melibatkan etnik Rohingya di negeri Rakhine, Myanmar. - Agensi

Putin harap El-Sissi menang presiden

Posted:

Putin harap El-Sissi menang presiden

Putin harap El-Sissi menang presiden

EL-SISSI


MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin berharap Ketua Tentera Mesir, Abdel-Fattah El-Sissi akan menjadi presiden Mesir menerusi pilihan raya, lapor agensi berita AP semalam.

Menurut beberapa laporan berita, Putin mengetahui keputusannya untuk bertanding pada pilihan raya presiden Mesir.

El-Sissi menjadi terkenal selepas Mohamed Morsi digulingkan tentera menerusi rampasan kuasa pada Julai tahun lalu.

Beliau dijangka mengumumkan penyertaannya sebagai calon pilihan raya presiden.

Pilihan raya itu akan diadakan pada April depan.

Ek-Sissi kini berada di Moscow untuk melakukan lawatan pertama selepas Morsi digulingkan tentera. - AP

Clark didenda RM53,208 kerana bunuh anak ikan jerung

Posted:

Clark didenda RM53,208 kerana bunuh anak ikan jerung

Clark didenda RM53,208 kerana bunuh anak ikan jerung


AFP
GAMBAR fail menunjukkan seekor anak ikan jerung putih yang dibunuh Clark.


SYDNEY - Seorang lelaki, Justin Clark didenda sebanyak AS$16,000 (RM53,208) kerana membunuh seekor anak ikan jerung putih pada Januari 2012, kata beberapa pegawai semalam.

Dia membunuh haiwan itu apabila botnya melanggar ikan tersebut.

Anak ikan jerung itu kemudian dipukul dengan menggunakan tiang logam di sebuah kawasan air laut cetek di Sussex Inlet, selatan Sydney.

Jerung putih merupakan spesies yang dilindungi dan kerajaan mengharamkan sama ada menangkap, menyimpan, membeli, menjual, memiliki atau menyeksa haiwan itu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Letusan Gunung Kelud: 294 pelajar Malaysia di Jawa Timur selamat

Posted:

Letusan Gunung Kelud: 294 pelajar Malaysia di Jawa Timur selamat

Letusan Gunung Kelud: 294 pelajar Malaysia di Jawa Timur selamat

14/02/2014 10:36pm

KUALA LUMPUR - Sebanyak 294 pelajar Malaysia di Malang, Surabaya, Solo dan Yogyakarta, kawasan yang terjejas akibat letusan Gunung Kelud di daerah Magelang, Jawa Timur, dilaporkan selamat.

Wisma Putra dalam kenyataan malam ini menasihatkan pelajar berkenaan supaya tinggal di dalam rumah dan mengelak daripada melakukan aktiviti luaran.

Kedutaan Malaysia di Jakarta akan terus memantau keadaan, menurut kenyataan

itu.

Berikutan letusan terbaharu itu, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan atau lawatan tidak penting ke kawasan terjejas di wilayah itu atas faktor keselamatan.

Wisma Putra turut meminta rakyat Malaysia yang sudah berada di kawasan itu supaya memantau keadaan dan mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia.

Semalam, Gunung Kelud yang terletak 90km di barat daya Surabaya dan 200km dari Yogyakarta meletus sebanyak dua kali dengan mengeluarkan abu setinggi 3,000m ke udara.

Pihak berkuasa Indonesia telah mengeluarkan larangan zon keselamatan dalam lingkungan 10km dari gunung tersebut dan lapangan terbang di Yogyakarta, Solo dan Surabaya ditutup sementara. - Bernama

Tiga rumah teres di Guar Chempedak terbakar, kerugian cecah RM400,000

Posted:

Tiga rumah teres di Guar Chempedak terbakar, kerugian cecah RM400,000

Tiga rumah teres di Guar Chempedak terbakar, kerugian cecah RM400,000

14/02/2014 10:11pm

YAN - Tiga keluarga yang berjiran di Taman Lambaian Jerai, Guar Chempedak di sini kerugian kira-kira RM400,000 selepas rumah teres yang mereka diami musnah dalam kebakaran, hari ini.

Kejadian pada kira-kira 8.40 pagi itu, ketiga-tiga rumah tersebut hangus kira-kira 80 peratus. Tiada kemalangan jiwa kerana penghuni rumah sempat menyelamatkan diri.

Seorang saksi yang juga jiran belakang rumah mangsa, Asiah Teha, 46, berkata, ketika kejadian anaknya, Nor Asyirah Sharin, 9, terlihat asap dari dapur sebuah daripada rumah berkenaan.

Katanya, beliau kemudian bergegas ke belakang rumah tersebut dan terdengar bunyi letupan di bahagian dapur lalu segera memaklumkan tentang kebakaran itu.

"Saya panik dan ketuk pintu dapur rumah jiran tetapi tiada sebarang jawapan.

"Bila jenguk melalui tingkap saya ternampak anak lelaki jiran saya sedang tidur nyenyak dan terus mengejutkannya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini. - Bernama

Jangan samakan PRK Balingian dengan PRK Kajang - Adenan Satem

Posted:

Jangan samakan PRK Balingian dengan PRK Kajang - Adenan Satem

Jangan samakan PRK Balingian dengan PRK Kajang - Adenan Satem

14/02/2014 9:30pm

KUCHING - Bakal Ketua Menteri Sarawak yang kelima, Tan Sri Adenan Satem mengatakan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri

(DUN)Balingian tidak boleh disamakan dengan PRK DUN Kajang.

Adenan berkata, senario dua pilihan raya kecil itu adalah berbeza dan adalah tidak wajar menyatakan PRK Balingian akan membazirkan wang rakyat.

Menurut Adenan, pilihan raya kecil Kajang diadakan berikutan peletakan

jawatan secara sengaja oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Januari lepas, untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu.

"Pilihan raya kecil kerusi Balingian berbeza sekali kerana ia akan diadakan

sebab Ketua Menteri (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) terpaksa meletakkan jawatan sekiranya beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri," jelas beliau pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Setakat ini, belum dipastikan sama ada PRK Balingian akan diadakan berikutan belum ada keputusan sama ada Taib bakal dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri bagi mengganti Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Norman, Memey mahu enam anak

Posted:

Norman, Memey mahu enam anak

Norman, Memey mahu enam anak

MEMEY tidak kisah dikatakan kolot kerana mahukan anak yang ramai bersama Norman.


SIAPA yang pernah lupa adegan 'perang' di lokasi penggambaran antara Norman Hakim dan isterinya ketika itu, Abby Abadi gara-gara wanita bernama Memey Suhaiza.

Namun, itu semua hanya tinggal kenangan. Memey yang sebelum ini terpalit dengan imej negatif kini sudah boleh menghembuskan nafas lega kerana kehidupannya semakin beralur ke jalan yang positif.

Sejujurnya, dia tidak menjangka akan mengecapi bahagia sepantas ini, ditambah dengan kehadiran cahaya mata Muhammad Darwisz Hakim yang berusia setahun.

"Alhamdulillah, saya sendiri tidak jangka untuk diterima peminat kembali serta kehidupan rumah tangga saya cukup bahagia selepas melalui episod yang agak sedih.

"Saya tidak pernah berhenti berdoa untuk Allah permudahkan jalan untuk saya sekeluarga. Harap bahagia yang saya ada hari ini akan berpanjangan," kata Memey yang ditemui di kediamannya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada majlis ulang tahun anaknya dan doa selamat.

Begitu juga dengan Norman yang memberitahu apa yang terjadi kepadanya adalah ujian Allah yang harus dilalui dengan redha.

"Saya percaya setiap manusia akan diuji Allah, begitu juga dengan saya. Orang lain caranya lain, saya pula dengan cara yang begini, satu Malaysia tahu apa yang terjadi.

"Mahu tidak mahu, saya kena laluinya. Berkat kesabaran, akhirnya semua yang negatif menjadi positif. Kehidupan kami lebih aman dan saya rasa sangat bahagia sekarang ini," ucapnya.

Disoal tentang anak, bibir Memey mula meleretkan senyuman tanda bahagia. Selain Darwisz, Memey turut sama menjaga tiga orang anak Norman bersama Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 10, Marissa Dania Hakim, 8, dan Maria Danisha Hakim, 5.

"Sebelum ini, saya menjaga anak-anak abang Norman tetapi apabila mempunyai anak sendiri barulah saya faham perasaan sebenar seorang ibu.

"Memang penat tetapi saya seronok sangat sebab dapat membesarkan anak saya sendiri. Pejam celik sekarang Darwisz sudah setahun, rasa seperti baru semalam saya lahirkannya" ujarnya.

Terus-terang Memey mengatakan dia mahu memiliki enam cahaya mata sendiri ditambah tiga daripada Norman menjadikan anaknya sembilan orang andai hasratnya itu tercapai.

"Saya anak ketiga daripada enam orang adik-beradik, sudah terbiasa dengan keluarga yang besar sebab itu saya mahu enam orang anak sendiri.

"Mungkin orang berfikir saya kolot untuk memiliki ramai anak tetapi saya fikir untuk masa hadapan. Jika ada ramai anak kehidupan pada usia emas nanti tidaklah sunyi," tutur Memey.

Norman yang mendengar pengakuan Memey itu hanya mampu tertawa sahaja. Dia juga seperti Memey tidak kisah andai dikurniakan anak yang ramai.

"Memey masih muda, baru 26 tahun dan saya sudah 38 tahun. Dia mempunyai banyak masa untuk mencapai hasratnya memiliki enam orang anak (ketawa).

"Soal anak ini saya tidak kisah, kita manusia mampu merancang. Selebihnya terpulang kepada rezeki Allah. Saya percaya setiap anak membawa rezeki, jadi saya tidak perlu risau andai memiliki anak seramai sembilan orang," kata Norman.

Memey bawa anak ke lokasi

Beritahunya, disebabkan dia memberikan susu badan sepenuhnya kepada Darwisz, Memey terpaksa membawa anaknya itu ke lokasi penggambaran termasuk ke Pulau Kapas, Terengganu selama sebulan ketika menjalani penggambaran drama bersiri Terbiah Cinta.

"Setakat ini, ke mana sahaja saya pergi saya akan bawa anak saya. Bagi saya, bawa anak ke lokasi tidak menganggu kerja kerana saya rasa lebih selamat apabila anak berada dekat dengan saya.

"Namun, bukan semua lokasi saya bawa anak. Jika penggambaran mengambil masa yang lama serta lokasinya sesuai saya akan bawa Darwisz sekali," ucap Memey.

Terang Memey, dengan imej berhijab sejak bulan Ramadan tahun lalu serta statusnya sebagai seorang ibu tidak memperlahankan rentak kerjayanya sebagai pelakon.

Masih ligat berlakon seperti dahulu, jelasnya, tawaran lakonan tidak pernah putus walaupun dia sudah berubah imej.

"Saya masih sibuk, tawaran lakonan sentiasa ada dan tidak pernah putus. Rasanya sekarang ini lebih ramai orang boleh terima imej pelakon bertudung.

"Penerbit pun memahami peraturan yang harus diikut apabila mengambil saya," tuturnya.

Buka butik

Tidak hanya berlakon, Memey juga kini sedang ligat dengan persiapan untuk membuka butik Muslimah secara dalam talian tidak lama lagi.

"Sudah lama saya terfikir untuk membuka butik sendiri kerana sejak berhijab saya kerap jadi model untuk butik-butik Muslimah yang lain.

"Setiap apa yang saya pakai pasti orang tanya beli di mana. Jadi, daripada jadi model untuk orang lain lebih baik saya buka butik sendiri," terangnya.

Memilih nama Maya Delaila sebagai nama butiknya itu, terang Memey nama itu dicadangkan oleh suaminya sendiri.

"Sebenarnya nama Maya Delaila merupakan nama pilihan andai kami dikurniakan anak yang seterusnya. Norman sukakan nama itu dan mencadangkan saya memakai nama itu untuk butik.

"Sekarang ini, saya dalam fasa membuat rekaan untuk pakaian serta tudung yang akan dijual di butik itu nanti.

"Sepatutnya awal tahun ini butik itu dilancarkan tetapi sebab sibuk saya menundanya.

"Jika tidak ada aral melintang, tahun ini juga butik Maya Delaila akan beroperasi," luah Memey.

Sarah dahulukan suami

Posted:

Sarah dahulukan suami

Sarah dahulukan suami

Oleh IZWAN MOHD. ISA

SARAH masih aktif menyanyi, namun dia mendahulukan suaminya, Shuib sebagai ketua rumah tangganya.


SUDAH lama rasanya penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 30, tidak merakamkan sebarang lagu baharu selepas muncul dengan album solo terakhirnya berjudul Tiada Dikau Tiada Makna lapan tahun lalu.

Kali terakhir penyanyi yang selesa disapa Sarah ini merakamkan lagu baharu adalah bersama suaminya, Shuib, 30, yang merupakan pelawak dari kumpulan Sepahtu menerusi lagu Cinta Itu Nyawa.

Kemudian, dia juga turut mengambil bahagian dalam rancangan realiti masakan popular MasterChef Selebriti musim pertama.

Selepas itu, ibu kepada Uwais Alqarni, setahun dan Dzahira Talita Zahra, sembilan bulan ini seperti sepi daripada dunia hiburan.

Pernah menjulang beberapa anugerah menerusi tiga kategori di Anugerah Industri Muzik 2003, Sarah dikatakan selesa duduk di rumah dan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Ada juga yang mengatakan Sarah enggan bekerja kerana Shuib mampu untuk menanggungnya sekeluarga.

Berkesempatan bertemu dengannya pada majlis pelancaran Royal Slim Lishuo Magic yang berlangsung di N'dah Catering, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, Sarah mengaku dia sengaja mendahulukan karier suaminya sebelum berfikir tentang kerjayanya.

Ikuti temu bual yang dijanlankan bersama dengan pelantun yang pernah popular dengan lagu Kesetiaan ini.

Kosmo!: Ada yang mengatakan anda enggan menyanyi semula kerana selesa dengan populariti yang dikecapi Shuib. Adakah dakwaan itu benar?

SARAH: Dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Saya masih minat menyanyi dan masih memenuhi undangan nyanyian di syarikat-syarikat korporat. Sejujurnya, saya mendahulukan karier suami saya dan Alhamdulillah, kehidupan kami telah banyak berubah.

Boleh ceritakan sedikit mengenai perubahan kehidupan rumah tangga anda?

Sejujurnya, selepas saya selamat menjadi isteri kepada Shuib tiga tahun lalu, kehidupan kami tidak semewah sekarang. Sewaktu mula-mula tinggal sebumbung bersama, rumah kami kosong. Ketika itu dia berjanji kepada saya untuk mengubah kehidupan kami. Ternyata, usahanya untuk memberikan yang terbaik kepada saya dan anak-anak akhirnya tercapai.

Bagaimana penerimaan Shuib pula terhadap kerjaya anda?

Shuib begitu menyokong saya sebagai seorang penyanyi. Tidak kira dalam bidang apa sekalipun, dia sentiasa memberikan semangat kepada saya untuk terus berusaha. Misalnya, walaupun berat badan saya meningkat selepas melahirkan anak kedua, dia tetap menerima saya seadanya.

Bercakap mengenai berat badan, tubuh anda kelihatan sungguh langsing. Apa rahsianya?

Saya sedang mengamalkan meminum minuman kesihatan Royal Slim Lishuo Magic. Selepas beberapa bulan, berat badan saya yang dahulunya 74 kilogram turun kepada 47 kilogram. Selepas kejayaan tersebut, saya dan Shuib turut dilantik untuk menjadi duta produk tersebut.

Mengapa Shuib turut menjadi duta sedangkan dia tidak mengalami masalah berat badan berlebihan?

Dia mahu sentiasa menyokong apa yang saya lakukan. Lagipun produk itu mengandungi khasiat kologen yang turut boleh diambil oleh kaum lelaki walaupun mereka tidak mengalami masalah berat badan.

Sudah lama anda tidak merakamkan lagu baharu. Sampai bila anda mahu berehat daripada menyanyi?

Seperti saya katakan tadi, saya masih menyanyi. Saya tidak boleh meninggalkan bidang nyanyian kerana ia merupakan minat saya yang utama. Saya berehat lama daripada bidang nyanyian kerana jarak antara tempoh kehamilan pertama dan kedua begitu rapat iaitu hanya enam bulan.

Jadi, apa perancangan anda seterusnya?

Saya kini sedang sibuk merakamkan lagu untuk album baharu di bawah syarikat rakaman baharu iaitu Aidit Alfian Records. Saya akan pastikan lagu-lagu yang terkandung dalam album itu nanti kedengaran lebih segar berbanding album saya sebelum ini.

Lambakan acara anugerah di Malaysia

Posted:

Lambakan acara anugerah di Malaysia

Lambakan acara anugerah di Malaysia


ANUGERAH seperti Anugerah Juara Lagu dilihat sebagai salah majlis penganugerahan yang serius.


RASANYA masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan tahniah kepada pelawak Zizan Razak yang berhasil menggondol empat anugerah semasa acara Anugerah MeleTOP yang berlangsung pada Sabtu lalu di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bukan sekadar meraih trofi kerana pelawak popular tersebut yang memenangi kategori Fesyen MeleTOP, Bintang Siber MeleTOP, WeChat MeleTOP dan Top Top MeleTOP turut membawa pulang hadiah wang keseluruhan berjumlah RM35,000.

Menyingkap tentang penganjuran acara anugerah, terdapat dua anugerah baharu yang mula diperkenalkan pada tahun 2014. Selain acara Anugerah MeleTOP, terdapat sebuah lagi acara iaitu Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 yang akan berlangsung pada 22 Februari ini.

Menariknya, penganjuran kedua-dua anugerah yang berdasarkan populariti ini menggunakan pendekatan terkini iaitu pemilihan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan adalah menerusi undian secara dalam talian yang dilakukan oleh peminat.

Bagaimanapun, persoalan mula bermain di fikiran penulis apabila terdapat penganjuran dua lagi acara anugerah baharu memandangkan sudah banyak acara anugerah hiburan yang dianjurkan saban tahun.

Ketika berbual dengan beberapa orang rakan yang juga wartawan hiburan baru-baru ini, salah seorang rakan penulis ada membangkitkan tentang lambakan acara anugerah hiburan di Malaysia.

Menurutnya, dia berasa agak hairan apabila merasakan dalam industri hiburan di negara ini yang tidak sebesar di Hollywood, tetapi terlalu banyak pula penganjuran acara hiburan yang dikatakan memberi pengiktirafan kepada anak seni.

Selain itu, dia melihat acara anugerah yang ada juga tidak lebih sekadar menjadi platform buat para artis tampil dengan fesyen terkini serta memberi kelebihan kepada pereka fesyen untuk lebih dikenali ramai.

Mengikut perkiraan penulis terdapat 12 penganjuran acara anugerah hiburan di Malaysia yang sememangnya mendapat sambutan cukup meriah daripada penggiat seni dan orang ramai.


SEBAHAGIAN majlis anugerah diwujudkan untuk sekadar memeriahkan industri hiburan.


Antaranya seperti Anugerah Seri Angkasa, Anugerah Bintang Popular, Anugerah Skrin, Anugerah Profima, Shout Awards, Festival Filem Malaysia, Anugerah Blockbuster, Anugerah Lawak Warna, Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Juara Lagu serta dua buah anugerah baharu iaitu Anugerah MeleTOP dan Anugerah DFKL 2014.

Kalau dikira secara purata ini bermakna setiap bulan akan ada satu acara anugerah dianjurkan dan sudah tentu ia merupakan satu senario yang agak luar biasa.

Tujuan penulis membangkitkan perkara ini bukanlah ingin membidas mana-mana pihak, terutama sekali pihak penganjur.

Cuma, adakah relevan apabila terdapat begitu banyak acara anugerah dengan industri hiburan tempatan yang tidaklah besar atau gah seperti di Hollywood?

Sekiranya ada lagi perancangan mahu menganjurkan acara anugerah hiburan yang baharu, penulis berasakan ia sesuatu yang tidak perlu buat masa ini kerana acara yang ada sekarang sudah lebih daripada mencukupi.

Biarpun alasan yang diberikan kerana mahu mengiktiraf artis yang banyak memberikan sumbangan kepada bidang seni, tetapi tidak mustahil kalau peminat akan muak dan bosan kerana kebanyakan acara anugerah tampil dengan konsep sama.

Dalam pada itu, peringatan juga wajar diberikan kepada artis yang selalu menang anugerah agar tidak terlalu mendabik dada. Jangan terlalu bangga dengan trofi yang tersusun rapi di rumah, tetapi sikap dan mutu kerja mula berubah.

Tidak dinafikan ada segelintir artis yang menang satu atau dua anugerah sudah mula meninggi diri dengan peminat. Ironinya, peminat yang bertungkus-lumus berusaha agar mereka ini berada di atas pentas untuk mengambil trofi yang dimenangi.

Lagipun kemenangan yang diraih dalam sesebuah acara anugerah juga tidak menjanjikan karier seseorang artis itu dapat berkembang kerana pernah ada artis yang mengeluh apabila sukar mendapatkan tawaran lakonan atau nyanyian selepas menang anugerah.

Paling utama, kualiti kerja itu perlu lebih diutamakan jangan terlampau cepat lupa diri. Anggap sahaja anugerah yang dimenangi itu sebagai satu bonus atas usaha yang dilakukan. - RONI HIDAYAT

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved