Ahad, 10 November 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

1 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Impak pemansuhan Ordinan Darurat 1969

Posted:

Impak pemansuhan Ordinan Darurat 1969

Impak pemansuhan Ordinan Darurat 1969

KONTROVERSI kebocoran filem KL Gangster 2 di internet kira-kira 37 hari sebelum jadual tayangannya yang sebenar masih terasa bahangnya.

Kejadian itu benar-benar meninggalkan trauma kepada pembikin filem tanah air terutamanya pengarah filem tersebut iaitu Syamsul Yusof. Beliau dikatakan menolak untuk muncul di khalayak sehingga hari ini akibat kekecewaan terhadap apa yang terjadi.

Kita tinggalkan sebentar kisah jenayah siber yang kali pertama berlaku dalam sejarah perfileman negara itu. Bagaimanapun, jika dinilai skrip filem yang digarap oleh penulis muda, Rizal Ashraf itu rupa-rupanya, ia berlandaskan situasi sebenar dalam dunia gengster.

Ia diakui sendiri oleh bekas ketua kongsi gelap yang dikenali sebagai Sandra, 30-an, yang bergelumang dalam dunia tersebut sejak berumur 15 tahun.

Menurut wanita itu, pergaduhan kumpulan gangster biasanya disebabkan pergelutan dalaman atau kumpulan lain yang mahu merebut kuasa dan pengikut.

"Ketua kumpulan yang tewas atau mati dianggap kalah dan orang bawahan mereka akan mengikut ketua yang menang. Ia semudah itu!

"Hidup saya dulu umpama dalam syurga kerana apa yang diingini semua saya dapat. Ahli-ahli kami saling membantu antara satu sama lain, siapa yang menghadapi kesusahan akan dibantu dalam bentuk kewangan atau serangan lawan," kata Sandra yang enggan wajahnya dirakam lensa Kosmo!.

Biarpun sudah tiga tahun Sandra 'cuci tangan' dari dunia gelap tersebut, dia mengakui perkataan 'penyesalan' tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Bagi wanita ini, keputusan lalu adalah yang terbaik dan menjadikan siapa dirinya sekarang.

Sandra turut mengakui kehidupannya agak sunyi kerana kawan-kawan sudah berjauhan dan bermusuhan antara satu sama lain. Namun, Sandra kini hidup bahagia bersama suami dan kehadiran tiga cahaya mata yang melengkapkan lagi seri rumah tangganya.


ANGGOTA polis memeriksa seorang lelaki dalam Ops Cantas Khas di Johor Bahru pada bulan lalu.


Ketika ditanya bagaimana dia terjebak dalam dunia tersebut, Sandra rupanya bukan calang-calang gengster. Dia sebenarnya anak kepada ketua kumpulan kongsi gelap (nama kumpulan enggan didedahkan) dan menganggap dunia hitam itu sudah menjadi darah dagingnya.

"Saya tidak pernah terfikir untuk berhenti sebelum ini kerana ayah saya juga ketua kumpulan gangster. Jadi, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?

"Pada mulanya, memang ayah tidak benarkan tetapi saya berdegil. Akhirnya, arwah ayah akur dan mengajar cara menjadi ketua yang digeruni," kata Sandra sambil memberitahu ayahnya meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Pembebasan ketua

Sungguhpun terlibat dalam aktiviti gengsterisme, Sandra tidak pernah dipenjarakan dan kini dia menjalani kehidupan seperti manusia lain.

Melihat pada kejadian jenayah melibatkan senjata api yang semakin meruncing pada hari ini, dia secara peribadi, menyokong penuh sekiranya pihak berkuasa mahu mewujudkan kembali akta undang-undang yang menyamai Ordinan Darurat (EO) 1969 bagi membanteras jenayah berat di negara ini.

"Tetapi kalau 'orang dalam' turut serta dalam gengster, bagaimana pula? Orang politik juga banyak berpayung dan memayungi kumpulan-kumpulan tersebut," dedahnya.

EO merupakan undang-undang yang membenarkan polis menahan mana-mana individu yang disyaki terlibat dalam jenayah tanpa pertuduhan dan perbicaraan dengan kuasa mutlak Menteri Dalam Negeri.

Pada 16 September 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penamatan tiga Proklamasi Darurat yang telah diluluskan oleh Dewan Negara pada 22 Disember tahun sama.

Penamatan tersebut menyebabkan penguatkuasaan EO tidak lagi dilaksanakan dan pembebasan ke atas tahanan serta sekatan di bawah ordinan itu dilakukan secara berperingkat-peringkat sehingga selesai pada 20 Jun 2012.

Ekoran pemansuhan tersebut, sebanyak 74 kes bunuh melibatkan penggunaan senjata api sepanjang Januari hingga September tahun ini telah direkodkan Kementerian Dalam Negeri.


TEMPAT Tahanan Perlindungan Taiping di Perak menempatkan suspek jenayah yang ditahan tanpa perbicaraan.


Jumlah kumpulan samseng yang direkodkan kini berjumlah 49 kumpulan. Kumpulan tersebut sebenarnya telah lama wujud, namun menjadi semakin kuat ekoran pembebasan tahanan yang dianggap sebagai ketua kumpulan berkenaan.

Sementara itu, seorang lagi bekas anggota kongsi gelap, Selvam (bukan nama sebenar), 35, berkata, kejadian tembakan yang berleluasa sejak kebelakangan ini disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar di sempadan tanah air.

"Pemantauan yang dijalankan tidak ketat dan banyak senjata api diseludup masuk ke negara kita dari sempadan utara tanah air.

"Dulu saya sentiasa dalam keadaan mabuk dan pukul orang. Sekarang tidak lagi begitu," katanya yang sudah setahun meninggalkan dunia jenayah itu.

Mencari kemewahan

Menurut Selvam, dia terjebak dalam gengsterisme kerana ingin mencari kemewahan dan mahu semua orang takut kepadanya. Namun, langit tidak sentiasa cerah, Selvam terpaksa meringkuk dalam penjara selama tujuh tahun atas kesalahan jenayah membunuh. Sebaik menamatkan tempoh hukuman, dia umpama tidak belajar daripada kesilapan dan memilih untuk terjebak semula dalam dunia kotor itu.

Namun, kira-kira setahun lalu, Selvam nekad meninggalkan kumpulan yang disertai selepas tidak sampai hati mematahkan harapan anaknya yang mahu hidup dengan kasih sayang seorang bapa.

"Saya kena tangkap semasa isteri sedang hamil tiga bulan dan hanya dapat berjumpa dengan anak saya selepas dibebaskan dari penjara.

"Anak saya merayu dengan saya supaya berhenti melakukan pekerjaan ini dan mahu hidupnya sama seperti kanak-kanak lain yang hidup bersama bapa sendiri," ujarnya yang berasal dari Shah Alam.

Bapa kepada seorang anak itu mengakui kehidupan yang dijalani kini jauh lebih bermakna dan menggembirakan. Selvam baru mengerti kasih sayang terhadap seorang anak mengatasi nikmat kemewahan yang pernah dikecapi.

Kongsi gelap ganggu ketenteraman negara

Posted:

Kongsi gelap ganggu ketenteraman negara

Kongsi gelap ganggu ketenteraman negara


KEJADIAN jenayah meruncing sejak lebih 2,000 tahanan dibebaskan selepas pemansuhan Ordinan Darurat 1969 pada tahun 2011.


MENGANGGUR pada usia 16 tahun dan berdepan dengan keciciran ekonomi yang dialami majoriti masyarakat berketurunan India di Malaysia, Raju memilih jalan mudah dan bahaya untuk mendapatkan wang. Dia menyertai kumpulan jenayah terkenal yang dinamakan Geng 04.

Dia pernah dipukul hampir setengah mati oleh ahli geng musuh beberapa tahun lalu sehingga menyebabkan tulang dan giginya patah.

Namun, Raju terselamat, dia hidup diulit kemewahan yang diperoleh daripada penyeludupan dadah dan pemerasan wang di kawasan yang dikawalnya di sekitar Kuala Lumpur.

"Kalau nak hidup mewah, memang kena terlibat dengan dadah. Banyak duit yang boleh dibuat," kata ketua kumpulan kongsi gelap yang berbadan tegap dan bermisai itu kepada AFP. Raju meminta agar nama sebenarnya tidak didedahkan.

Namun, kini individu seperti Raju berhadapan dengan masalah besar. Polis sedang menggempur secara habis-habisan ahli kongsi gelap yang menggugat keamanan negara.

Geng kongsi gelap berkenaan terlibat dalam aktiviti penyeludupan dadah dan senjata api malah difahamkan terdapat kira-kira dua juta rakyat berketurunan India di negara ini terjebak dalam jenayah.

Ketakutan orang awam terhadap kes rompakan dan jenayah jalanan semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia semakin menjadi-jadi selepas berita mengenai kes bunuh melalui tembakan yang berlaku tahun ini dipaparkan oleh media.

Kes tembakan yang tidak berkesudahan itu menjatuhkan kredibiliti negara yang selama ini stabil dan aman walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Ops Cantas Khas

Kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam pada April lalu dan Pengasas Bank Arab-Malaysian pada Julai lepas masih dalam siasatan dan belum dapat diselesaikan hingga kini.

Ekoran insiden berdarah tersebut, pihak polis melancarkan Ops Cantas Khas yang berjaya menahan 21,000 suspek ahli kongsi gelap dan 12 ahli kumpulan samseng ditembak mati termasuk ahli Geng 04.

Namun, gengster dan pakar jenayah memberi amaran bahawa sindiket yang dikuasai oleh penjenayah kaum India mempunyai pertalian erat dengan pihak berkuasa termasuk pihak polis dan ahli politik.

"Kongsi gelap sudah lama ada di Malaysia dan pengaruh mereka semakin meluas. Pihak berkuasa boleh membuat mereka diam seketika tetapi sukar untuk menghapuskan mereka," ujar Raju.

Tambahnya, mendapatkan senjata api semudah membeli ikan walaupun pemilikan senjata diharamkan oleh kerajaan.

Menurut sumber polis, kumpulan kongsi gelap di Malaysia wujud sebagai organisasi gengster kaum Cina sejak awal tahun 1800.

Seiring peredaran masa, rakyat keturunan India yang dihimpit kemiskinan diberi kepercayaan untuk melakukan kerja-kerja berbahaya. Apabila ketua kumpulan kaum Cina beralih angin kepada pekerjaan halal seperti perniagaan pembinaan pada tahun 1980-an, ahli kongsi gelap India menguasai dunia tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 72 peratus daripada 40,000 ahli kongsi gelap di negara ini adalah berketurunan India iaitu seramai 28,800 orang.

Kebanyakan kumpulan tersebut terlibat dengan penyeludupan dadah, pinjaman wang haram, judi, peras ugut, pelacuran, pembunuh upahan dan rompakan bersenjata.

Bekas anggota Kumpulan 08, Reghu Devan Lopez, 34, memberitahu, peluang menjadi popular dan mendapatkan wang dengan mudah merupakan tawaran yang sukar ditolak oleh kebanyakan remaja India.

"Semasa remaja, kumpulan kami tinggal di hotel mewah selama dua minggu selepas melakukan rompakan. Ada yang membeli jam dan kereta mewah serta bercuti ke Amerika Syarikat.

"Kalau nak jadi ketua, anda mesti berurusan dengan dadah, pecah masuk rumah, samun, peras ugut atau menculik," ujarnya yang kini membuka sebuah restoran di ibu negara.

Reghu meninggalkan kongsi gelap setahun lalu kerana bimbang nyawanya diancam.

Polis mendakwa kejadian jenayah yang mengancam keamanan negara yang berlaku tahun ini berpunca daripada pembebasan lebih 2,000 tahanan suspek jenayah selepas Ordinan Darurat 1969 dimansuhkan pada tahun 2011. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

1 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Taufan Haiyan ragut lebih 10,000 nyawa di Filipina

Posted:

Taufan Haiyan ragut lebih 10,000 nyawa di Filipina

Taufan Haiyan ragut lebih 10,000 nyawa di Filipina

Sebuah kapal terdampar di daratan selepas dipukul tiupan angin kencang daripada Taufan Haiyan di Tacloban.


MANILA - Pulau Leyte, wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang tekukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini dengan meragut lebih 10,000 nyawa, kata seorang pegawai kerajaan semalam.

Angka tersebut diumumkan ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus dalam usaha untuk menyelamatkan bilangan mangsa Taufan Haiyan yang terus meningkat.

Taufan yang bertiup selaju 315 kilometer sejam (km/j) itu mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Gengster Malaysia balik kampung

Posted:

Gengster Malaysia balik kampung

Gengster Malaysia balik kampung

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my

BUKIT KAYU HITAM - Anggota kumpulan kongsi gelap yang bersembunyi di negara jiran kerana tertekan dengan Ops Cantas Khas yang dilancarkan polis pada pertengahan Ogos lalu dikesan mula pulang ke negara ini.

Berikutan itu, Penolong Pengarah (Tahanan) Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi memburu mereka kini tertumpu di kawasan sempadan negara termasuk di pintu-pintu masuk lain sempadan.

"Maklumat yang pihak kita peroleh mendapati anggota kumpulan kongsi gelap yang sebelum ini lari merentasi sempadan negara mula balik ke Malaysia," kata beliau kepada pemberita selepas mengetuai Ops Cantas Khas di Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Kastam (CIQ) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Komplot bunuh penggempur Syiah

Posted:

Komplot bunuh penggempur Syiah

Komplot bunuh penggempur Syiah

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

KUANTAN – Sekumpulan tiga lelaki berjubah hitam dan berkopiah putih bertindak kejam apabila berkomplot menembak mati seorang ustaz yang terkenal dengan ketegasannya dalam menggempur ajaran Syiah dan maksiat di negeri ini dalam kejadian di Indera Mahkota 2 di sini semalam.

Kejadian menggemparkan pada pukul 1.55 petang itu mengakibatkan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik, 49, terbunuh selepas terkena tembakan dari jarak dekat di dada dan kerongkongnya.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang yang tegas terutama dalam membanteras isu Syiah dan maksiat di negeri ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

1 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Hai-O mangsa 'tarik tali'

Posted:

Hai-O mangsa 'tarik tali'

Hai-O mangsa 'tarik tali'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

AKSI Hairuddin (dua dari kiri) pada pertemuan menentang Kelantan dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang bulan lalu.


KAPTEN The Gladiators, Hairuddin Omar jelas berada di persimpangan dilema.

Segala-galanya bermula apabila penyerang veteran itu menjadi mangsa 'tarik-tali' antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Felda United musim depan.

Namun, Hairuddin yang mesra dengan panggilan Hai-O enggan kemelut itu berpanjangan dan menyerahkan perkara tersebut untuk diselesaikan kedua-dua pihak dalam masa terdekat.

"Susah saya nak cakap sebenarnya... jadi ada baiknya saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

"Yang pasti, pihak pengurusan ATM dan Felda United tahu apa sebenarnya yang berlaku ketika ini.

"Jadi, saya menyerahkan kepada kedua-dua pihak pengurusan untuk menyelesaikan perkara itu," katanya kepada Kosmo! semalam.

Polemik mula tercetus selepas Felda United dikatakan kecewa apabila Hai-O tidak bersama pasukan itu mengharungi saingan Liga Premier musim depan.

Difahamkan, Hai-O pada mulanya bersetuju menyertai The Settlers sebaik kontraknya bersama ATM tamat penghujung bulan ini.

Ia dikatakan berpunca apabila penyerang berusia 34 tahun itu tidak menerima sebarang tawaran lanjutan oleh pihak pengurusan The Gladiators sebaik kempen Piala Malaysia 2013 tamat baru-baru ini.

Pada masa sama, Hai-O juga dikatakan berada dalam radar juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan.

Kekal mengambil pendekatan 'mengunci mulut' berhubung perkara itu, Hai-O sebaliknya menjelaskan ada baiknya perkara itu diselesaikan secara baik terlebih dahulu oleh kedua-dua pihak.

"Buat masa ini, saya hanya mahu berehat seketika di kampung.

"Saya mencari rezeki dengan bola sepak, jadi saya harap perkara ini dapat diselesaikan sebelum pendaftaran pemain ditutup pada 15 Disember depan," jelas Hai-O yang sedang bercuti di Terengganu.

Misi hidup mati Harimau Malaya

Posted:

Misi hidup mati Harimau Malaya

Misi hidup mati Harimau Malaya

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PERTAHANAN Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Radzak (kanan) mengekang gerakan pemain Bahrain, Sami Mohamed Saeed Alhusaini pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam bulan lalu.


TUGAS getir menanti Harimau Malaya ketika berdepan Bahrain dalam aksi Kumpulan D kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Nasional, Manama Jumaat ini.

Pengkritik bola sepak, Reduan Abdullah berkata, situasi kali ini pastinya berbeza buat skuad kendalian Datuk K. Rajagobal berbanding ketika seri 1-1 dengan pasukan yang sama di Stadium Shah Alam pada 15 Oktober lalu.

Menurut beliau, Bahrain yang dikendalikan Anthony Hudson kini kembali diperkuatkan dengan pemain utama yang diketepikan ketika di Shah Alam tempoh hari gara-gara kecederaan.

"Pada masa sama, faktor bermain di depan penyokong sendiri juga dilihat memberikan kelebihan buat Bahrain.

"Saya percaya perlawanan ini pastinya lebih sukar berbanding di Shah Alam namun itu bukan alasan buat Harimau Malaya mengaku kalah sebelum berjuang kerana ini misi hidup mati kita untuk layak ke Piala Asia," katanya kepada Kosmo! semalam.

Skuad Harimau Malaya kini menduduki tangga ketiga kumpulan dengan empat mata selepas tiga perlawanan, ketinggalan di belakang Bahrain dan Qatar yang mengutip tujuh dan enam mata.

Selain seri 1-1 dengan Bahrain, Malaysia terlebih dahulu tumpas 0-2 kepada Qatar sebelum kembali bangkit menewaskan Yemen 2-1 di laman sendiri, Mac lalu.

Selepas berdepan Bahrain, Malaysia bakal melayan kunjungan Qatar di Stadium Shah Alam empat hari kemudian sebelum berdepan Yemen di tempat lawan dalam aksi penutup tirai kumpulan pada 5 Mac tahun depan.

Justeru, Reduan mendesak Rajagobal supaya merencana strategi terbaik ketika berdepan Bahrain kelak.

"Hanya Rajagobal yang memiliki jawapan mengenai kemampuan kita mengatasi Bahrain atau tidak.

"Bagi saya, skuad kebangsaan tidak sewajarnya mempamerkan corak taktikal yang mudah dibaca lawan terutamanya hantaran jauh yang tidak berkesan.

"Sebaliknya, hantaran pendek yang efektif wajar dipamerkan kali ini bagi menjerat Bahrain sekali gus membawa pulang tiga mata berharga," jelas beliau.

Pada masa sama, Reduan juga kekal optimis mengenai kemampuan Harimau Malaya melangkah lebih jauh pada kempen kelayakan kali ini.

"Kita harus bersikap patriotik... pandangan dan kritikan sebelum ini juga bukan bersifat menghentam semata-mata.

"Pada masa sama, saya juga menyokong tindakan Rajagobal yang dilihat gemar menguji lawan seperti Kuwait sebelum berdepan Bahrain.

"Ini kerana aksi persahabatan sedemikian mampu mengenal pasti kelemahan pasukan.

"Jadi, sepatutnya tiada lagi eksperimen pemain ketika berdepan Bahrain nanti, sebaliknya kita perlu mempamerkan corak taktikal yang lebih berkesan supaya tidak mudah dibaca lawan," katanya.

Wang ringgit bukan segalanya

Posted:

Wang ringgit bukan segalanya

Wang ringgit bukan segalanya

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

ISU perpindahan pemain terus menggamit perhatian majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan ketika ini.

Lebih menarik, tindakan sebahagian pemain membuat 'pusingan U' apabila membuat keputusan untuk kekal dengan pasukan asal juga mewarnai jendela perpindahan kali ini sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain pada 15 Disember depan.

Ternyata, senario itu jelas menafikan faktor wang ringgit yang dikatakan menyebelahi mana-mana pasukan yang mampu menawarkan gaji lebih tinggi dan ia diakui pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee.

"Bagi saya, ia satu perkembangan yang sihat. Ini kerana saya difahamkan ada pasukan yang sanggup menawarkan gaji mencecah RM100,000 sebulan.

"Apabila pasukan asal sanggup membuat tawaran balas (mengatasi tawaran pasukan lain), ini menunjukkan pemain itu cukup berkualiti.

"Jadi, saya harap mana-mana pemain wajar membuktikan kehebatan mereka di atas padang sejajar dengan nilai yang sanggup dikeluarkan mana-mana pasukan bagi mendapatkan khidmat mereka," katanya kepada Kosmo! semalam.

Terdahulu, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim tertanya-tanya sama ada Amirulhadi Zainal mahu kekal bersama Pahang ataupun menyertai Johor Darul Takzim (Johor DT) musim depan.

Selain Amirulhadi, kapten Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar juga dikatakan lebih cenderung kekal bersama The Gladiators berbanding berhijrah ke Felda United.

Pada masa sama, peminat fanatik Kelantan juga mahu Norfarhan Muhammad mempertimbangkan hasrat untuk kekal bersama pasukan itu musim depan berbanding menyertai Johor DT.

Mengulas lanjut, Kim Swee juga tidak menolak kemungkinan tekanan peminat menerusi media sosial seperti Facebook dan Twitter ketika ini juga memainkan peranan besar dalam mempengaruhi keputusan pemain supaya kekal bersama pasukan sedia ada.

"Pemain merupakan idola pemain muda... jadi mereka perlu tahu bukan aksi di atas padang sahaja dijadikan perhatian, sebaliknya pengaruh media sosial juga cukup besar pada zaman sekarang.

"Apa yang pasti, pemain perlu membuktikan mereka cukup bernilai dengan gaji yang ditawarkan memandangkan ia membuktikan kepada pemain muda bahawa bola sepak kini merupakan satu karier yang menjamin masa depan.

"Pada masa sama, peminat juga perlu menghormati keputusan pemain kerana keputusan menyertai mana-mana pasukan terletak di tangan pemain sendiri," jelas Kim Swee.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

1 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Menulis kerana nazar kepada Allah

Posted:

Menulis kerana nazar kepada Allah

Menulis kerana nazar kepada Allah

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

DATUK Paduka Mumtaz Jaafar (dua dari kiri) merasmikan buku Tip Dr. Nora Anggun & Sihat di Putrajaya baru-baru ini.


HANYA wanita mengenal wanita. Kata-kata itu tepat untuk menceritakan jiwa Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar yang mesra disapa dengan panggilan Nora.

Lebih 20 tahun lalu, Nora telah bernazar untuk mencurahkan khidmat dan bakti melalui pekerjaan hakiki yang disandangnya atau menerusi penulisan sekiranya berjaya lulus dalam peperiksaan perubatan yang diduduki.

Ternyata niat baik beliau dimakbulkan yang Maha Esa dan janji itulah yang menjadikan wanita yang anggun berbusana rona kuning itu kekal berbakti kepada masyarakat khususnya golongan wanita sehingga ke hari ini.

Nora memiliki pengalaman selama 25 tahun sebagai doktor dan sepanjang tempoh itu, beliau telah merawat lebih 10,000 wanita dan menyambut kira-kira 3,000 kelahiran bayi.

Impiannya untuk memiliki pusat perubatan sendiri juga berjaya direalisasikan dengan tertubuhnya Pusat Perubatan PrimaNora di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur yang menjadi pusat sehenti perubatan dan kecantikan. Pusat perubatan tersebut menjaga keperluan kesihatan wanita dan keluarga.

Sepanjang hidupnya, Nora mempunyai misi untuk memartabatkan kesihatan golongan wanita dengan memberi maklumat dan mendorong mereka lebih memahami tentang kesihatan diri.

Buah tangan terbaharu

Pengalaman berharga yang dimilikinya diterjemahkan melalui penulisan lebih 200 rencana di pelbagai penerbitan. Penulisan beliau boleh dibaca di akhbar New Straits Times dan majalah Wanita.

Buah tangan terbaharu Nora buat pembaca setianya kini diterbitkan dalam bentuk buku yang berjudul Tip Dr. Nora Anggun dan Sihat.

"Wanita memang terkenal dengan pengorbanan masa dan jiwa demi kebahagiaan keluarga sehingga terlepas pandang kepada keadaan diri sendiri.

"Buku ini diterbitkan sebagai menyambut permintaan wanita di luar sana yang mahu mendapatkan maklumat berguna tentang cara penjagaan kesihatan diri," katanya pada majlis pelancaran buku tersebut di Hotel Palm Garden, Putrajaya baru-baru ini.

Menariknya, Nora berulang kali berpesan bahawa kesihatan bukan segala-galanya namun tanpa kesihatan, semuanya tidak membawa makna.

Artikel yang dibincangkan dalam buku tersebut menyentuh tentang kesihatan umum, kaedah mengatasi tekanan, kehamilan, ketidaksuburan dan kesihatan seksual wanita.

Idea menulis

Tambah Nora, idea menulis tentang tip berkenaan bukan sahaja melalui pembacaan dan pendidikan yang dimilikinya semata-mata malah kebanyakkan idea diilhamkan sendiri oleh pesakitnya.

Buku tersebut turut menekankan tentang amalan kesihatan yang baik dapat memberikan impak kesihatan untuk jangka masa panjang.

"Apa yang dicipta di atas muka bumi ini sebenarnya sudah cukup sempurna untuk kegunaan tubuh kita. Tetapi, kita sendiri yang sabotaj tubuh badan dengan mencampurkan benda asing di dalam makanan dan minuman.

"Kelesuan terjadi apabila badan manusia mengandungi terlampau banyak kandungan toksin. Sebenarnya, gula adalah lebih bahaya daripada heroin kerana ia juga menyebabkan ketagihan dan menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit," jelas wanita yang tidak pernah lekang menguntum senyuman ini.

Buku tersebut turut boleh dikongsikan dengan pasangan masing-masing agar golongan lelaki boleh memahami wanita dengan lebih baik.

Buku Tip Dr. Nora Anggun dan Sihat terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. ini dijual pada harga RM15 senaskhah dan boleh didapati di kedai-kedai buku di seluruh negara.

Koleksi karakter kartun di Animation World

Posted:

Koleksi karakter kartun di Animation World

Koleksi karakter kartun di Animation World


KARAKTER Doraemon ini turut mempunyai peminat dalam kalangan dewasa.


ADAKAH anda membesar dengan watak-watak kartun seperti Hello Kitty, Mickey Mouse dan Doraemon? Jika ya, anda pasti dapat mengimbau pelbagai nostalgia zaman kanak-kanak ketika berkunjung ke Animation World di pusat beli-belah Midvalley Megamall, Kuala Lumpur.

Pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan menanti pelanggan terutama si manja di Animation World yang kini menjadi rumah kepada karakter kartun tersebut termasuk Angry Bird.

Syarikat barangan bayi terkemuka, Anakku Sdn. Bhd. mencetuskan idea tersebut selepas berkunjung ke Disneyland setelah mendapati tidak ramai pelanggan mampu melancong ke luar negara bagi mendapatkan barangan kegemaran mereka.

Justeru, pembukaan Animation World memudahkan para pelanggan mendapatkan semua barangan termasuk karakter kegemaran di bawah satu bumbung.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jasmine Chew berkata, konsep Animation World adalah untuk memberikan pelanggan pelbagai pilihan barangan terbaharu dan suasana membeli-belah yang lebih menyeronokkan.

Semua itu diterjemahkan melalui pameran produk yang menarik dan menawan merangkumi pelbagai jenama animasi.

"Kami inginkan pelanggan berasa bahawa mereka sedang memasuki dunia yang berbeza apabila berkunjung ke sini.


JASMINE (tiga dari kiri) bergambar bersama kakitangan Animation World pada majlis pelancaran kedai tersebut di Midvalley Megamall, Kuala Lumpur baru-baru ini.


"Setiap karakter kartun tersebut mempunyai identiti dan personaliti tersendiri," katanya pada majlis perasmian Animation World baru-baru ini.

Tambah Jasmine, pihaknya berharap pengunjung dapat menilai sendiri kualiti barangan yang dijual kerana pihaknya menawarkan hanya yang terbaik kepada pelanggan.

Harga barangan yang ditawarkan pula berpatutan iaitu serendah RM4.90 hingga RM500 bergantung pada jenis barangan. Produk-produk tersebut menyasarkan bayi hingga kanak-kanak berumur lapan tahun.

Menariknya, Animation World bakal menawarkan pelbagai tawaran hebat pada setiap bulan bagi memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan koleksi terkini selain menambah bilangan karakter kartun dari semasa ke semasa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

1 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Ribuan kumpulan Baju Merah berkumpul di Bangkok

Posted:

Ribuan kumpulan Baju Merah berkumpul di Bangkok

Ribuan kumpulan Baju Merah berkumpul di Bangkok

10/11/2013 11:23pm

BANGKOK - Selepas kumpulan pembangkang mendominasi perhimpunan bantahan di Bangkok berhubung Rang Undang-undang pengampunan, hari ini ribuan penyokong kerajaan yang juga dikenali sebagai Baju Merah berhimpun di ibu negara ini.

Beberapa ribu penyokong Baju Merah berkumpul tengah hari ini untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan dan Rang Undang-undang pengampunan yang akan membuka jalan kepada kepulangan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

Kebanyakan penyokong Baju Merah yang dibawa daripada pelbagai pelusuk negara ini, tiba di sini sejak malam tadi untuk menyertai perhimpunan itu.

Mereka mendakwa untuk melindungi demokrasi, sekali gus menambah eleman baharu dalam protes di ibu negara ini sejak beberapa bulan dikuasai oleh kumpulan anti Thaksin dan kumpulan pembangkang lain.

Pemimpin teras Baju Merah, Warachai Hema ketika berucap pada perhimpunan itu meminta kumpulan Baju Merah untuk bersatu menentang dan melindungi demokrasi.

Rang Undang-Undang Pengampunan yang diluluskan Dewan Rendah, ditarik balik minggu lepas.

Seorang pemimpin Baju Merah yang turut serta dalam perhimpunan bantahan itu, Sombat Boonngamanong meminta kerajaan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan kerajaan sebelum ini di bawah Abhisit Vejjajiva memohon maaf kepada rakyat kerana kedua-dua mereka telah mewujudkan konflik kepada negara. - Bernama

Taufan Haiyan: Orang ramai bimbang keganasan meningkat akibat kelaparan

Posted:

Taufan Haiyan: Orang ramai bimbang keganasan meningkat akibat kelaparan

Taufan Haiyan: Orang ramai bimbang keganasan meningkat akibat kelaparan

10/11/2013 11:15pm

TACLOBAN - Angka kematian akibat daripada bencana taufan Haiyan yang menghancurkan hampir keseluruhan bandar di Filipina dijangka meningkat kepada lebih 10,000 mangsa. Menurut pihak berkuasa, bencana alam itu adalah yang terburuk direkodkan dalam sejarah negara itu.

Angka yang terbaru itu direkodkan selepas mendapat maklumat daripada pasukan penyelamat berhempas-pulas membantu mangsa yang taufan Haiyan yang turut membawa gelombang seperti tsunami dan angin kencang.

Ratusan pasukan askar dan polis dihantar ke Tacloban, Leyte untuk mengawal keadaan terutamanya di kawasan yang terjejas teruk, manakala Amerika Syarikat telah memberi maklum balas terhadap permohonan pemerintah Filipina yang meminta bantuan penyelamat.

"Tacloban musnah sepenuhnya. Ada antara mangsa yang menjadi kurang waras sama ada kerana kelaparan yang melampau atau kehilangan keluarga masing-masing.

"Orang awam menjadi semakin ganas. Mereka sanggup merompak premis perniagaan, pusat beli-belah untuk mencari bekalan makanan, nasi dan susu. Saya takut dalam tempoh seminggu, mereka sanggup membunuh kerana kelaparan," kata seorang guru sekolah menengah, Andrew Pomeda, 36.

Pihak berkuasa sedang berusaha untuk memahami keadaan magnitud bencana itu dan mengambil tindakan lanjut. Ketua Polis Serantau Leyte berkata, 10,000 mangsa dikhuatiri mati membabitkan daerah itu sahaja.

Menurut Ketua Superintendan Elmer Sori, 2,000 lagi mangsa gagal dikesan di Samar yang juga lokasi pertama berhadapan dengan taufan Haiyan yang mengganas daripada Kepulauan Pasifik dengan maksimum kelajuan angin 315 kilometer sejam.

Berpuluh-puluh lagi mangsa disahkan terbunuh di kawasan tanah rata dan bandar sepanjang jarak 600 kilometer (km) di tengah-tengah kepulauan Filipina itu. – AFP

Seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands

Posted:

Seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands

Seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands

10/11/2013 10:44pm

IPOH - Dua lelaki, seorang daripadanya cedera setelah terperangkap dalam sebuah bengkel kenderaan akibat tanah runtuh di Jalan Sultan Abu Bakar Brinchang dekat Cameron Highlands di sini hari ini.

Idris Munir, 43, cedera di kaki dan kini dirawat di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata, manakala rakannya Mohd Norsofwa Abdul Wahab, 42, tidak cedera. Seorang daripada mereka adalah pemilik bengkel itu.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Wan Zahari Wan Busu berkata, ketika kejadian pada pukul 6.35 petang, kedua-dua lelaki berkenaan sedang berbual bersama tiga lagi rakan mereka di hadapan bengkel itu.

"Hujan lebat menyebabkan bukit berhampiran bengkel itu runtuh dan menghempap kedai. Tiga lelaki yang berada di hadapan bengkel sempat melarikan diri namun dua daripada mereka terperangkap dalam bengkel," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu juga menyebabkan beberapa kereta di dalam bengkel itu rosak.

Wan Zahari berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands dengan bantuan anggota polis mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengeluarkan mangsa.

"Kerja-kerja membersihkan kawasan bengkel itu sedang dijalankan bagi membolehkan kenderaan melalui kawasan itu," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

1 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


1,200 maut akibat Haiyan

Posted:

1,200 maut akibat Haiyan

1,200 maut akibat Haiyan

SEORANG lelaki berjalan di celah serpihan rumah yang musnah di Tacloban. - AFP


TACLOBAN - Seramai 1,200 orang dipercayai terkorban akibat taufan Haiyan yang melanda tengah Filipina kelmarin, kata Palang Merah Antarabangsa semalam.

Taufan itu membawa angin selaju 315 kilometer sejam menyebabkan ombak setinggi hingga tiga meter membadai bandar-bandar di tepi pantai.

"Semua rumah musnah sepanjang satu kilometer dari pantai," kata Setiausaha Dalam Negeri, Mar Roxas kepada pemberita.

Beliau menyatakan demikian selepas membuat lawatan ke pekan-pekan di Leyte yang merupakan salah sebuah wilayah yang teruk dilanda taufan tersebut.

"Ia kelihatan seperti batang mancis bertaburan di daratan. Semua rumah musnah," katanya.

Perangkaan rasmi kerajaan menyatakan, 138 orang terbunuh.

Bagaimanapun, para pekerja penyelamat masih belum tiba di kawasan bencana.

Pihak berkuasa juga menyatakan, ia tidak mampu untuk memberikan jumlah orang yang terbunuh dalam kejadian tersebut.


SEBUAH jambatan hampir runtuh akibat taufan Haiyan di wilayah Iloilo, tengah Filipina. - REUTERS


Setiausaha Agung Palang Merah Antarabangsa Filipina, Gwendolyn Pang menyatakan, pertubuhannya menganggarkan 1,200 orang terbunuh.

Seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melawat wilayah Leyte menganggap, beliau menyaksikan kemusnahan besar.

"Kali terakhir saya menyaksikan kemusnahan besar itu adalah selepas kejadian tsunami di Lautan Hindi," kata pegawai itu, Rhodes Stampa.

Beliau merujuk kepada kejadian 220,000 orang terbunuh dalam kejadian tsunami yang berlaku pada tahun 2004.

Menurut seorang jurugambar agensi berita AFP yang tiba di wilayah Leyte dengan menggunakan sebuah pesawat tentera, mangsa-mangsa yang terselamat merayau-rayau di tengah-tengah runtuhan bangunan untuk meminta air.

Beliau berkata, sebahagian lagi mangsa memeriksa kediaman mereka yang musnah.

Seorang penduduk, Dominador Gullena menangis kerana berjaya menyelamatkan diri tetapi beberapa jirannya terbunuh.

Taufan itu dijangka melanda Vietnam pada hari ini.

Menurut media Vietnam, lebih 100,000 orang yang tinggal di laluan taufan tersebut telah dipindahkan.

Taufan itu merupakan antara yang paling kencang di dunia. - Agensi

13 terbunuh helikopter tentera Indonesia terhempas

Posted:

13 terbunuh helikopter tentera Indonesia terhempas

13 terbunuh helikopter tentera Indonesia terhempas


SEBUAH helikopter yang membawa mangsa-mangsa nahas yang cedera mendarat di Tarakan, Kalimantan semalam. - AFP


JAKARTA - Sebanyak 13 orang terbunuh apabila sebuah helikopter tentera Indonesia yang membawa pekerja-pekerja binaan untuk membina sebuah pos tentera terhempas ke dalam hutan Borneo semalam.

Lima daripada mangsa yang terbunuh adalah anggota tentera manakala baki yang lain ialah pekerja binaan.

Menurut seorang jurucakap tentera, Iskandar Sitompul, helikopter Mi-17 buatan Rusia itu mengalami masalah enjin sebelum terhempas berdekatan sempadan Malaysia iaitu di Malinau, utara Kalimantan, sebuah daerah yang terpencil.

Pasukan penyelamat menggunakan helikopter untuk mengeluarkan semua mangsa yang terkorban dan enam lagi mangsa cedera parah dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan di bandar Tarakan, Kalimantan.

Ketika kejadian, ia membawa 19 orang termasuk kru.

Mangsa-mangsa yang cedera itu melecur kerana helikopter tersebut terbakar selepas terhempas.

Menurut seorang lagi jurucakap tentera, Rukman Ahmad, helikopter itu terhempas dekat pos tentera Bulan. - Agensi

Tebusan diselamatkan ahli keluarga sendiri

Posted:

Tebusan diselamatkan ahli keluarga sendiri

Tebusan diselamatkan ahli keluarga sendiri


MARCUS mendukung anak saudaranya memasuki sebuah kenderaan di Duson pada Jumaat lalu. - Agensi


DUSON, Louisiana - Sebuah keluarga membuat keputusan sendiri dengan menyelamatkan seorang wanita yang merupakan anggota keluarga mereka yang diculik oleh bekas kekasihnya di sebuah rumah kosong di sini pada Jumaat lalu.

Drama itu bermula apabila seorang wanita, Bethany Arceneaux dijadikan tebusan pada Rabu lalu oleh bekas kekasihnya, Scott Thomas.

Thomas juga adalah bapa kepada seorang anak Arceneaux.

Namun, beberapa anggota keluarga wanita tersebut termasuk bapa saudara Bethany, Marcus bertindak memasuki rumah tersebut.

Apabila Marcus keluar dari rumah tersebut dengan mendukung Bethany, anggota-anggota polis tindakan khas meluru ke dalam rumah berkenaan dan mendapati Thomas telah mati ditembak.

Wanita yang berusia 29 tahun itu telah ditikam dan dikelar tetapi keadaannya tidak parah.

Dia kini dirawat di sebuah hospital.

Menurut seorang pegawai polis, Kapten Kip Judice, keluarga Bethany telah menembak Thomas semasa mereka cuba untuk membebaskannya.

"Saya berasa amat gembira (ekoran kejayaan pembebasan Bethany)," kata seorang ibu saudara wanita tersebut,Monica Arceneaux-Henry. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

1 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Reen Rahim mahu jadi bintang

Posted:

Reen Rahim mahu jadi bintang

Reen Rahim mahu jadi bintang

PANCAWARNA dunia glamor jelas terpancar menerusi rutin hariannya. Jadual kerja tidak menentu, panggilan tawaran ada yang tiba-tiba harus dipenuhi, segala hati hendak ditawan sehinggakan ada ketikanya menjadi manusia yang serba positif untuk memuaskan hati pihak lain. Itu semua dunia yang sedang dihadam oleh si jelita bernama Reen Rahim.

Pilih Kasih menjadi platform pertamanya. Usai bergelar juara musim ketiga program realiti lakonan itu sekitar pertengahan tahun 2012, dia terus menyerahkan kudrat dan nasib untuk menapak menjadi pelakon.

Untung sabut timbul, untung batu ia tenggelam. Terjunan Reen, 25, tidak sekadar percubaan untuk perjudian timbul atau tenggelam. Reen mengakui dia takut bermain gelora dunia hiburan yang penuh pancaroba.

"Sebenarnya tiada erti glamor dalam hidup saya, cuma bidang yang saya ceburi ini sentiasa dilihat glamor oleh seluruh masyarakat. Apabila saya masuk menjadi pelakon, secara tak langsung digelar selebriti, penampilan diri harus dijaga biar bertempat dan kena pada situasi. Sudah tentu saya tidak mahu hanyut di sini," lenturnya memulakan mukadimah.

Reen Rahim atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Rahim tidak terkilan jika masih ramai yang belum mengenali diri dan kemampuan bakatnya. Realiti hidup dalam bidang yang dilimpahi populariti itu juga semakin dikenalinya penuh intim. Menjadi artis, ruang privasi kini terbuka untuk dihakimi mata umum.

"Biarpun saya masih belum sampai ke tahap digelar bintang popular, artis glamor atau apa sahaja istilah yang diberi, rasanya saya sudah faham permainan industri. Dari kaca mata luar, rasanya perkara itu pun sudah adat menjadi figura umum.

"Saya berlakon sebagai karier, dalam masa yang sama kami menyampaikan sesebuah karya itu kepada masyarakat. Saya pun sudah sedia maklum, jadi artis memang akan jadi perhatian masyarakat dan saya bersedia dengan situasi itu," katanya yang awal-awal lagi sudah dikecam gara-gara lakonan sebagai wanita bertudung tetapi bersentuhan dengan lelaki dalam drama Sahara.

REEN RAHIM akur dengan banyak tawaran watak-watak kecil dan antagonis yang kerap memihak kepadanya, namun tawaran kecil itulah yang menjadi laluan untuk kariernya berkembang.


Kemunculan Reen dalam karya islamik itu mendapat pelbagai reaksi sehingga mencetuskan kontroversi. Namun, satu impak yang ketara, namanya popular dan dikenali menerusi drama itu.

"Itu satu sisi lain yang berlaku tanpa dirancang. Saya dikecam dan dituduh macam-macam ketika baru bertatih sebagai pelakon. Kalaulah cara popular itu boleh dipilih, saya mahu populariti datang secara semula jadi, melalui lakonan saya, biar popular secara positif," katanya yang baru-baru ini muncul dalam drama Cinta Jannah dan Kampung Girl.

Mahu jadi bintang

Pelakon berwajah Bollywood itu mengakui dia sering berangan-angan setiap kali menonton filem Hindustan.

"Sejak kecil lagi saya memasang impian untuk jadi bintang, macam heroin Bollywood. Sekarang, apabila saya masuk menjadi seorang pelakon, baru saya sedar perjalanan saya masih terlalu jauh. Dahulu, ini hanyalah angan-angan kosong tetapi sekarang saya semakin membina keyakinan. Saya percaya, suatu hari nanti mimpi saya akan jadi nyata. Langkah saya baru sahaja bermula, saya redah sahaja," pelakon siri Aku di TV3 ini bertutur lancar.

Bergegas hendak ke lokasi Bohsia: Jalan Kembali versi drama bersiri, Reen sedikit resah memandangkan jadual fotografi kali ini tiba-tiba bertindih dengan panggilan penggambaran yang baru sahaja diselitkan dalam jadualnya.

AKUI wanita berusia 25 tahun ini, dia mahu menjadi bintang yang bersinar, indah dan disenangi ramai.


"Perkara paling penting ialah disiplin. Saya faham dan saya harap tidak dimarahi pihak produksi atas hal yang tidak dapat dielakkan ini. Saya tak suka pihak lain menunggu saya, tetapi disebabkan sudah berjanji untuk sesi ini (fotografi), jadi saya kena tunaikan juga. Saya harap pihak produksi faham," katanya usai menerima panggilan agar segera berangkat ke lokasi.

Pengakuan jujur Reen untuk menjadi bintang masih berlingkar dalam diskusi. Ya, siapa yang tidak mahu jadi bintang, waima pelakon watak tambahan juga mahu bergelar bintang. Definisi bintang yang bagaimana sengaja saya pinta daripadanya.

"Saya mahu jadi bintang yang dirindui, yang sejuk dipandang, yang indah," katanya terhenti di situ.

Sambil memintal-mintal rambutnya, wanita kelahiran Klang, Selangor itu bercerita tentang satu episod sedih yang pernah terjadi atas dirinya. Dia pernah diangkat sebagai juara program lakonan, tetapi dalam waktu yang sama dia berasakan bakatnya tidak sehebat mana.

"Mungkin bagi orang lain perkara itu biasa sahaja, tapi secara dalaman saya merasakan sangat sedih. Saya takut dikritik menang kerana rupa sedangkan lakonan macam kayu. Banyak kali juga saya payah nak hayati watak, saya kecewa. Tetapi itu cerita dua tahun lepas, sekarang saya sudah okey sikit dan jadi manusia yang rasional," ujarnya yang menolak istilah hipokrasi dalam hidup.

Reen mahu jadi bintang, dia mahu jadi popular kerana dua istilah itu saling terkait dalam karier anak seni. Dua tahun perjalanan sudah dilalui, dalam diam dia mahu sengat kecilnya menikam mata khalayak.

Super muzikal untuk SuperMokh

Posted:

Super muzikal untuk SuperMokh

Super muzikal untuk SuperMokh


TEATER SuperMokh Sebuah Muzikal dipentaskan di Istana Budaya sehingga 18 November nanti.


MENONTON sebuah teater muzikal bukanlah suatu kesukaran, tetapi menonton muzikal yang menghidupkan semula watak-watak legenda sudah pasti kerja sukar. Untuk penonton dalam kategori pemikir kritis, hal itu tidak boleh dielakkan.

Untuk menonton SuperMokh Sebuah Muzikal, rasanya hal sedemikian tidak perlu dibawa masuk ke dalam fikiran. Jujurnya, penulis arif tentang sejarah, pejuang negara atau tokoh seni negara namun tidak terhadap pemain bola sepak negara bernama Mokhtar Dahari. Itu semua mungkin kerana penulis kurang minat terhadap sukan bola sepak khususnya.

Mokhtar Dahari atau mesra dipanggil SuperMokh merupakan satu nama yang tidak berhenti didendang waima dari zaman mencipta kegemilangan sehinggalah berdekad sesudah dia pergi menyahut panggilan Ilahi pada tahun 1991. Gelaran SuperMokh pantas membuahkan gambaran betapa handal, pantas dan lincahnya figura berjersi nombor 10 itu di atas padang. Bayangan itu sebaik-baiknya cuba dimunculkan ke pentas SuperMokh Sebuah Muzikal yang kini dihidupkan di Istana Budaya sehingga 10 November nanti.

Jersi nombor 10 yang disarungkan ke tubuh sang rockers Awie ternyata pilihan terbaik untuk sebuah muzikal yang bukan hanya memerlukan skil lakon tetapi juga nyanyian.


(DARI kiri) Oliver, Rashidi Ishak, Awie, Clarence Kuna dan Chi Ho.


Awie, sang vokalis juga pelakon berpengaruh besar itu sudah sekian kali menjadi ikon negara di pentas teater. Teater ini mendapat sentuhan kartunis terkenal, Datuk Lat.

Seperti yang dijangka, sosok lelaki bermisai tebal serta bertubuh atlet itu dijayakan sempurna oleh Awie. Awie mungkin hilang lebih 10 kilogram semata-mata untuk kelihatan sebagai pemain bola sepak.

Sebagai sebuah muzikal, cuma aksi menggelecek bola yang tidak menuntut pemegang watak karakter Mokhtar iaitu Awie, Reduan Abdullah (Rashidi Ishak), Soh Chin Aun (Chi Ho), Santokh Singh (Clarence Kuna) dan R. Arumugan (Oliver Johanan) menjadi sehandal pemilik nama itu di atas padang dan realiti sebenar.

SuperMokh turut dijayakan oleh Maya Karin selaku Tengku Zarina, watak isteri Mokhtar Dahari yang cukup setia dan memahami dunia bola sepak suaminya. Kemunculan Douglas Lim dan Dina Nadzir bersama karakter yang sengaja diwujudkan dalam muzikal itu juga sangat membantu untuk memecahkan momen komedi. Tanpa Douglas, muzikal itu mungkin lesu tanpa sorak ketawa.

Hans Isaac selaku penerbit dan pengarah bersama dengan Harith Iskander bijak mengatasi tuntutan teknikal itu menerusi teknik pencahayaan serta koreografi yang mantap.

Muzikal bajet mega seperti yang dipersembahkan oleh Tall Order Production pada malam pembukaan 6 November lalu, layak mendapat pujian.


AWIE dan Maya (kanan) beraksi sebagai suami isteri.


Selain membina padang dan Stadium Merdeka di atas pentas Panggung Sari, babak perlawanan bola sepak yang ditranformasikan menjadi sebuah tarian di mana ruang pentas digelapkan dan penarinya dipakaikan kostum cahaya LED menjadi segmen yang sangat impresif. Visual Stadium Merdeka dengan suasana tepuk dan sorak boleh dibina, tetapi mana mungkin suasana sebenar perlawanan bola sepak itu dapat diterjemahkan penuh dramatik.

"Kesilapan teknikal boleh berlaku bila-bila masa, penggunaan LED itu juga sangat berisiko tetapi kalau saya takut nak mencuba, kita tak tahu pula hasilnya macam mana. Inilah kelainan muzikal ini berbanding produksi teater kami sebelum ini," ujar Hans kepada media selepas persembahan malam pertama pada 6 November lalu.

Kewangan dengan bajet lebih RM3 juta, sokongan dan penajaan yang memberangsangkan daripada sektor korporat, barisan tenaga kreatif yang lengkap, tempoh latihan, barisan pelakon handalan, promosi dan pemasaran, tanpa ragu, SuperMokh Sebuah Muzikal barangkali sebuah super muzikal untuk tahun ini di Istana Budaya.

Pertaruhan Pencetus Ummah

Posted:

Pertaruhan Pencetus Ummah

Pertaruhan Pencetus Ummah


PESERTA program Pencetus Ummah yang bertemakan Duniaku Dakwahku pada majlis pengumuman peserta di sebuah hotel terkemuka di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.


SALURAN Astro Oasis telah memperkenalkan program realiti terbaharu bertajuk Pencetus Ummah bagi menggantikan rancangan Imam Muda setelah ia gagal meneruskan momentumnya.

Bertemakan Duniaku Dakwahku, Pencetus Ummah akan tampil dengan pelbagai cara kreatif dan para peserta akan menggunakan platform itu sebagai kaedah menyampaikan mesej Islam kepada manusia secara keseluruhan atau tertentu.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Namanzee Harris berkata, biarpun belum lagi memulakan siaran di televisyen, Pencetus Ummah telah mendapat maklum balas yang positif daripada para penonton.

"Kita dapat rasakan program ini diterima baik malah sewaktu rakaman dijalankan, ramai penonton datang menyaksikan program terbaharu ini.

"Selain itu, program Detik Pencetus Ummah yang mula disiarkan di Astro Oasis sejak September lalu turut mendapat jumlah tontonan yang amat memberangsangkan," jelas Namanzee pada sesi sidang akhbar pada minggu lalu di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Kata Namanzee, para peserta dalam program ini akan diberi penekanan daripada segi pengucapan awam dan keupayaan menerbitkan karisma dalam penyampaian dakwah menerusi metodologi berbeza.

Seramai 12 peserta telah dipilih daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan karier.

Sebanyak 12 peserta Pencetus Ummah musim pertama ini ialah Shahrul Hamid M.P.H Seeni Md, 38, dari Pulau Pinang; Hissamuddin Iberahim, 35, Kedah; Mohd. Zainudin Mohamed Zaini, 32, Perak; Mohammad Hafiz Muhamad Haneefa, 32, Selangor; Salman Maslori, 32, Selangor; Attan Thowi Yusof, 31, Kedah; Mohd. Fakhrurrazi Mohd. Hanapi, 29, Melaka; Izzat Fathi Hisham, 24, Perak; Fakhrul Islam Md. Zarin, 24, Melaka dan Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan, 20, Kuala Lumpur.

Astro Oasis turut menamakan Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Razak sebagai mufabbi atau lebih mudah difahami sebagai fasilitator.

Ahli akademik terkenal Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee Abdullah dilantik sebagai hos Pencetus Ummah.

PESERTA termuda, Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan.


Hadiah RM50,000

Rakaman program perjalanan harian peserta yang diberi nama Inspirasi Pencetus Ummah pula bersiaran pada 7 dan 14 November, pukul 9 malam.

Astro Oasis turut menerbitkan episod khas yang bercerita tentang latar belakang 12 orang peserta Pencetus Ummah. Ia akan disiarkan dalam Prolog Pencetus Ummah setiap Jumaat hingga Rabu mulai 15 hingga 20 November, juga pada pukul 9 malam.

Selain itu, Serambi Pencetus Ummah turut akan menemui penonton setiap Isnin hingga Rabu pada jam 9 malam yang memaparkan aktiviti harian dan mingguan peserta termasuklah persediaan untuk Mimbar Pencetus Ummah, aktiviti luar peserta bersama penaja dan sebagainya.

Slot Mimbar Pencetus Ummah pula akan bersiaran pada setiap hari Khamis jam 9 malam bermula 21 November ini. Mimbar Pencetus Ummah adalah malam persembahan mingguan peserta. Para peserta akan menerima komen dan kritikan daripada pihak juri selain selingan persembahan artis.

Menjadi kebiasaan program realiti televisyen, peserta yang mendapat markah atau undi terendah akan tersingkir.

Juara Pencetus Ummah bakal memenangi hadiah utama wang tunai RM50,000 dan sebuah kereta. Naib juara pula akan membawa pulang wang tunai RM30,000, manakala tempat ketiga dan keempat akan menerima wang saguhati sebanyak RM10,000 setiap seorang.

Dekati penonton

Pencetus Ummah turut memperkenalkan pendekatan media baharu dengan pelbagai aplikasi menarik untuk mendekati penonton dan peminat secara lebih dekat dengan dakwah yang disampaikan oleh peserta dan para murabbi Pencetus Ummah.

Aplikasi Astro Oasis diperkenalkan di mana penonton yang menggunakan telefon bimbit boleh mendapatkan maklumat terkini rancangan dan panduan agama serta pembelajaran yang boleh dimuat turun secara percuma bermula 25 November ini untuk pengguna Android dan iOS, manakala segmen Tanyalah Pencetus Ummah memberi peluang kepada penonton untuk mengemukakan kemusykilan untuk dijawab oleh ahli panel dan pendakwah berkaliber menerusi platform digital seperti Facebook bermula 28 November ini.

Saksikan titik permulaan kreativiti berdakwah dalam abad ini bermula Khamis, 21 November 2013 di Astro Oasis saluran 106 serta tayangan serentak di Maya HD saluran 135.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

1 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Bekam wajah naikkan seri

Posted:

Bekam wajah naikkan seri

Bekam wajah naikkan seri

Oleh NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
aqma.mohdnoor@kosmo.com.my

SEBANYAK empat hingga 10 gelas bekam digunakan bagi mengeluarkan darah kotor.


BERBEKAM merupakan proses membuang darah kotor atau dipanggil detoksifikasi (pengeluaran toksin) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.

Tetapi jarang kita mendengar tentang rawatan bekam wajah. Pelbagai persoalan bermain di fikiran apabila bercakap mengenainya.

Seperti yang diketahui, kaedah bekam badan sahaja sudah meninggalkan kesan, inikan pula berbekam wajah.

Menurut Pengarah Yoyoy Kamphora Spa, Nurul Huda Saparudin, perkhidmatan bekam wajah ditawarkan di spa itu sejak enam tahun lalu.

"Sebenarnya rawatan bekam tidak begitu popular tetapi bagus untuk mereka yang mempunyai masalah migrain, resdung, sakit kepala, kulit kusam dan jerawat.

"Keunikan bekam wajah ini ialah ia dihala terus ke bahagian muka yang mempunyai darah kotor," ujarnya.

Tambahnya, pelanggan tidak perlu risau akan kesan parut pada wajah selepas proses pengeluaran darah kotor kerana ia akan hilang dalam masa dua atau tiga hari selepas itu.


MINYAK gamat digunakan selepas proses bekam wajah berakhir bagi mempercepatkan proses penyembuhan.


"Sebelum melakukan proses bekam, pelanggan terlebih dulu akan melalui sesi urutan pada bahagian leher dan bahu serta rawatan muka menggunakan minyak zaitun atau kelapa dara bagi melancarkan peredaran darah.

"Toksin selalunya akan berkumpul di hujung kulit dan urutan itu bertujuan memudahkan toksin atau darah kotor dikeluarkan melalui proses bekam angin atau bekam darah.

"Jumlah gelas bekam yang digunakan di beberapa bahagian muka seperti dagu, dahi dan pipi bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap kesihatan pelanggan," jelasnya yang mengakhiri proses bekam wajah menggunakan minyak gamat bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Penyembuh

Ujarnya, rawatan bekam wajah biasanya dilakukan dalam tempoh singkat iaitu 30 minit. Seelok-eloknya dilakukan sebulan sekali atau dua minggu sekali bagi mendapatkan kesan lebih ketara.

"Selain bagus untuk kesihatan, bekam wajah juga dapat membantu menaikkan seri wajah terutamanya pada bakal pengantin.

"Ada juga pelanggan yang mempunyai masalah jerawat yang teruk mencuba rawatan bekam wajah ini dan alhamdulillah masalah jerawatnya berkurangan sebanyak 50 peratus selepas menjalani dua sesi rawatan.


KESAN lebam pada muka akibat berbekam akan hilang dalam masa dua hingga tiga hari.


"Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kaedah ini kerana ia dapat mengurangkan masalah di muka dan kepala," katanya yang turut melakukan bekam wajah setiap bulan.

Katanya, pelanggan akan dikenakan bayaran RM100 bagi keseluruhan pakej bekam wajah itu.

Pelanggan, Nurul Azmira Daud, 22, memberitahu, masalah jerawatnya yang teruk akibat resdung semakin berkurangan selepas menjalani rawatan bekam wajah.

"Sekadar mahu mencuba selepas diberitahu oleh rakan yang spa ini ada menawarkan perkhidmatan bekam wajah.

"Selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan, saya dapati rasa gatal pada muka sudah berkurangan malah jerawat juga tidak seteruk dahulu.

"Mungkin ramai yang tidak mahu melakukan rawatan ini kerana bimbang akan kesan lebam yang ditinggalkan tetapi kesan itu biasanya hilang dalam masa dua hari," ujarnya yang menjalani rawatan bekam wajah seminggu sekali.

Tambahnya, sebelum ini, dia tidak pernah menjalani sebarang rawatan untuk memulihkan masalah jerawat, resdung dan migrain yang dialami.

"Rawatan ini ibarat penyembuh kepada saya kerana saya tidak perlu lagi mendapatkan rawatan di lokasi yang berbeza.

"Muka saya terasa lebih ringan dan segar selepas menjalani rawatan ini," kata pelajar di sebuah kolej di Cheras, Kuala Lumpur ini.

Duduk tegak punca tulang punggung cacat

Posted:

Duduk tegak punca tulang punggung cacat

Duduk tegak punca tulang punggung cacat


BERSANDAR pada kedudukan 135 darjah merupakan posisi duduk yang terbaik. - Gambar hiasan


KEBIASAAN duduk tegak ternyata tidak baik untuk punggung kerana posisi ini menghasilkan tekanan yang boleh menyebabkan perubahan bentuk tulang punggung atau dikenali juga sebagai cacat tulang punggung.

Para penyelidik dari Scotland dan Kanada memberitahu, posisi duduk terbaik adalah bersandar pada kedudukan 135 darjah.

Hasil ini diperoleh selepas kajian dilakukan menggunakan mesin pengimbas resonan magnetik (MRI).

Kajian yang dilakukan di Hospital Woodend, Britain itu membabitkan 22 orang responden yang mempunyai tulang punggung sihat dan mereka kemudiannya menjalani pengimbasan MRI yang memungkinkan responden bebas bergerak, duduk atau berdiri.

Dalam kajian ini, responden duduk dalam tiga posisi. Posisi pertama adalah membongkok, dengan badan bersandar di meja atau seperti sedang mengendalikan konsol permainan.

Posisi kedua adalah duduk tegak 90 darjah manakala posisi terakhir bersandar pada kedudukan 135 darjah, dengan kaki diletakkan di lantai.

Penyelidik mendapati, pergeseran ruas pada tulang terjadi ketika terdapat beban yang ditempatkan pada tulang belakang dan ia mengakibatkan ruas tulang terkeluar daripada susunan.

Pergeseran paling banyak ditemukan pada posisi duduk 90 darjah dan paling sedikit terjadi pada posisi 135 darjah.

"Duduk sesuai dengan posisi anatomi sangat penting kerana posisi duduk yang salah boleh meningkatkan beban pada tulang belakang dan ligamen.

"Akibatnya timbul rasa sakit, bentuk tulang punggung berubah dan pelbagai penyakit kronik," kata ketua penyelidik, Dr. Waseem Bashir dari Jabatan Radiologi dan Pengimejan Diagnostik di Universiti Alberta, Kanada.

Menurutnya, posisi duduk 135 darjah bagaimanapun boleh menyebabkan seseorang terjatuh.

"Mungkin sebaik-baiknya posisi 120 darjah kerana ia masih memungkinkan kedudukan yang baik antara paha dan punggung," katanya.

Data daripada Persatuan Kiropraktik Britain menyatakan, sebanyak 32 peratus daripada masyarakat menghabiskan waktu dengan duduk selama 10 jam sehari dan selebihnya tidak meninggalkan kerusi pada waktu makan tengah hari manakala yang lainnya juga kembali duduk setibanya di rumah.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved