Ahad, 14 Julai 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Projek amal sukarelawan muda

Posted:

Projek amal sukarelawan muda

Projek amal sukarelawan muda

SUASANA lewat petang di ruang tamu rumah teres dua tingkat yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya itu ceria dengan canda tawa anak-anak muda.

Kebanyakan mereka baru kali pertama bertemu muka walaupun sekian lama berhubung di alam maya bagi memastikan aktiviti amal yang dirancang berjalan dengan lancar.

Sambil mulut rancak bersembang, tangan masing-masing sibuk menyusun kuih-kuih raya ke dalam kotak dan ada yang memasukkannya ke dalam balang kuih.

Biskut-biskut itu bukan untuk dijual tetapi ia merupakan sebahagian daripada hasil sumbangan orang ramai untuk #KuihRayaProject.

#KuihRayaProject merupakan salah satu projek amal yang digerakkan oleh sekumpulan sukarelawan anak muda dalam komuniti Our Touch.

Our Touch merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggabungkan aktiviti sukarelawan sambil melawat negara-negara dunia ketiga.

Ditubuhkan pada 3 Oktober 2012 selepas program tidak rasmi yang pertama di Tonle Sap Floating Village di Siem Reap, Kemboja, Our Touch lebih fokus kepada anak-anak yatim dan keluarga miskin yang mempunyai anak kecil.

"#KuihRayaProject merupakan salah satu program bulan Ramadan dan ia baru diadakan tahun ini selepas kami menubuhkan Our Touch tahun lalu.

"Bagi projek ini, kami mengalu-alukan orang ramai menyumbangkan biskut raya untuk diagih-agihkan ke rumah anak-anak yatim dan keluarga-keluarga susah di sekitar Lembah Klang," kata Presiden Our Touch, Anis Yohana Khalid, 27, yang kini bertugas sebagai jururawat di Arab Saudi.

Golongan sasaran

#KuihRayaProject bermula sejak awal Jun lalu dan berakhir pada 26 Julai ini. Kuih- kuih raya yang dikumpul akan mula diagihkan kepada golongan sasaran tersebut pada 27 Julai ini.

"Setakat ini sambutan yang diterima agak menggalakkan. Minggu pertama sahaja kami sudah menerima tiga balang besar muruku, 20 bekas kuih tat nanas dan beberapa bekas aneka kuih lain.

"Dijangka lebih ramai yang akan tampil menderma kuih raya pada bulan Ramadan," ujarnya sambil memberitahu projek tersebut melibatkan lebih kurang lapan hingga 10 sukarelawan Our Touch berdaftar.

Walaupun hatinya nun jauh ribuan kilometer dari tanah air tercinta, namun wanita yang dibesarkan di Kuala Lumpur ini sangat dekat dengan golo- ngan kurang bernasib baik terutama anak-anak yatim.


AHLI-AHLI Our Touch menunjukkan antara kuih raya yang telah disumbangkan oleh orang ramai bagi menjayakan #KuihRayaProject.


Dek ingatannya terhadap anak-anak yatim tidak pernah lekang di mindanya, Anis Yohana punya cara tersendiri untuk mengisi masa lapang di rantau orang dan dari situlah lahirnya idea mengenai #KuihRayaProject ini.

"Kerana jauh di perantauan dan hanya akan pulang ke tanah air pada 25 Julai, saya terfikir untuk mengisi masa lapang di Arab Saudi dengan membuat kuih raya dan mendermakannya kepada mereka.

"Oleh kerana ibu mertua turut berniaga kuih ketika Ramadan, beliau juga mahu sama-sama menjayakannya," kata anak kelahiran Raub, Pahang itu menceritakan detik kelahiran idea #KuihRayaProject. Anis Yuhana bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital di Wilayah Timur Al-Ahsa, Arab Saudi.

Sambutan menggalakkan

Tambahnya, selepas bercerita kepada rakan-rakan sukarelawan lain, mereka juga tidak mahu ketinggalan untuk menyertai usaha amal itu.

Menaruh keyakinan yang tinggi bahawa #KuihRayaProject bakal mendapat sambutan menggalakkan, anak kedua daripada lima beradik itu melancarkan projek tersebut di laman web Our Touch, www.ourtouch.org dan turut diuar-uarkan di akaun Facebook Our Touch.

Walaupun Anis Yohana tidak begitu mahir membuat kuih raya, namun jururawat berjiwa besar ini sudah mula berkecah di dapur membuat biskut coklat dan almond Saudi untuk dibawa pulang nanti.

Meskipun tanpa presiden di depan mata, para sukarelawan begitu bersemangat membuat dan mengumpulkan kuih-kuih raya bagi menjayakan #KuihRayaProject demi mengukir senyuman di wajah anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik di hari lebaran nanti.

"Bagi mereka yang ingin menyumbangkan kuih raya untuk #KuihRayaProject, anda boleh menghantar secara pos atau singgah di gerai Our Touch," ujarnya sambil menzahirkan ucapan terima kasih kepada suami, Erdie Naz- rullah Zahar, 26, yang banyak menyokong dan membantunya dalam menjayakan aktiviti-aktiviti amal Our Touch di tanah air.

Dalam pada itu, salah seorang sukarelawan Our Touch, Raja Nazilawati Raja Zainal, 37, begitu teruja untuk menjayakan projek tersebut.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu sudah berjinak-jinak dalam aktiviti- aktiviti amal sejak di bangku sekolah rendah lagi.

"Jika ada orang ramai yang mahu menderma kuih raya tetapi tidak sempat untuk membelinya, mereka boleh datang ke gerai Our Touch dan membeli kuih raya di sana.

"Kuih yang dibeli itu boleh terus didermakan pada #KuihRayaProject dan secara automatik RM1 daripada pembelian tersebut akan didermakan kepada golongan miskin di Kemboja," katanya yang menjadi sebahagian daripada keluarga Our Touch selepas melibatkan diri dalam program amal di Yayasan Peduli Anak di Lombok pada 29 April hingga 3 Mei lalu.

Gerai-gerai Our Touch terdapat di Kota Damansara dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur serta Bukit Mahkota, Bangi, Selangor.


ERDIE NAZRULLAH dan Wan Salleh (kiri) mengira sumbangan kuih raya yang disumbangkan oleh orang ramai.


Selain #Kuih Raya Project, Our Touch turut mengadakan beberapa projek lain sempena Ramadan. Antaranya Ketupat Lemang Project, Baju Raya Project dan Kejut Sahur Project.

"Kutipan dana berbentuk wang juga dialu-alukan bagi menjayakan projek-projek amal lain sempena Ramadan.

"Bagi Baju Raya Project, kami memperuntukkan RM200 seorang buat 10 anak yatim bagi membolehkan kami membawa mereka membeli-belah persalinan raya untuk dipakai ketika Hari Raya Aidilfitri nanti," ujar Salmiza Abdullah, 28, yang bekerja sebagai perun- ding unit amanah.

Salmiza memberitahu, keluarga yang dipilih bukan sahaja akan menerima kuih-kuih raya, namun turut diberikan sumbangan barang-barang kering dan basah buat persiapan raya.

Bagi memastikan #KuihRayaProject diperluaskan ke pengetahuan khalayak ramai, setiap ahli Our Touch mengambil peranan mempromosikan tentang aktiviti amal tersebut melalui rangkaian media sosial mahupun disampaikan secara terus kepada ahli keluarga, rakan sekerja, kenalan terdekat dan sebagainya.

Komitmen

Mengakui tidak mengenali sesama sendiri sebelum ini, Wan Salleh Wan Ahmad, 30, dari Setiu, Terengganu terharu dengan komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan sukarelawan Our Touch yang lain.

"Kami sebenarnya mempunyai minat yang sama iaitu backpacker sambil melakukan kerja-kerja amal.

"Minat tersebut yang merapatkan kami untuk merangka pelbagai aktiviti amal sama ada di dalam mahupun di luar negara. Setiap aktiviti akan diuar- uarkan di laman Facebook Our Touch dan kami akan berkomunikasi antara satu sama lain secara maya," katanya.

Wan Salleh bersama rakan-rakan sukarelawan lain tidak sabar untuk turut serta dalam Kejut Sahur Project yang akan diadakan pada 27 Julai ini di sebuah rumah anak-anak yatim di Selayang.

"Kami berharap dengan sedikit sumbangan yang diberikan kepada golongan kurang bernasib baik dapat meringankan beban mereka untuk meraikan Aidilfitri nanti," ujarnya sambil mengalu-alukan orang ramai mendermakan lebih banyak kuih raya bagi menjayakan #KuihRayaProject.

Masalah obesiti polis trafik Thailand

Posted:

Masalah obesiti polis trafik Thailand

Masalah obesiti polis trafik Thailand


SEORANG anggota polis trafik mengawal lalu lintas di sebatang jalan di Bangkok.


SAMBIL mengikut rentak lagu-lagu pop Thailand, sekumpulan anggota polis trafik yang berbadan besar dan gemuk bersemangat menjalani latihan senaman.

Ia merupakan sebahagian daripada skim yang diperuntukkan kerajaan dalam usaha mengurangkan bilangan anggota polis yang mempunyai berat badan berlebihan di Bangkok.

Diet yang tidak teratur dan terikat dengan kerja yang tidak aktif di jalan-jalan kecil di bandar tersebut, menyebabkan ramai polis trafik Thailand terdedah kepada masalah obesiti.

Kesihatan dan imej awam yang ditampilkan melalui pegawai-pegawai berperut buncit telah menimbulkan kebimbangan. Justeru, mereka telah disaran mengikuti kelas menurunkan berat badan selama dua bulan melalui program Fit & Firm. Seramai 60 anggota polis trafik menyertai program tersebut.

Selepas dua minggu menghadiri kursus itu, Sarjan Kanan, Mejar Nitas Saisaard berkata, walaupun tubuhnya masih besar, dia telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak enam kilogram (kg) dan mengurangkan lebar lilit pinggang sehingga 7.2 sentimeter (sm).

"Apabila saya bekerja, ia pasti sukar. Sewaktu bertugas memantau perjalanan lalu lintas di tengah-tengah jalan raya, di antara laluan kenderaan, kadang-kadang saya hampir dilanggar atau terkena cermin sisi kereta," ujar Saisaard, 48, sambil mengelap peluh di dahi selepas kelas kecergasan tersebut.

Namun, sesi dua kali seminggu termasuk yoga dan aerobik yang dilakukan, Saisaard turut berjalan seiring dengan diet baharu yang terdiri daripada buah-buahan dan sup. Keadaan itu membuatkan Saisaard terpaksa melupakan sajian kegemarannya, makanan goreng di jalanan dan semangkuk nasi putih.

"Saya gemuk kerana makan pada lewat malam kerana sebagai polis trafik, kami mempunyai jadual yang tidak menentu," kata Saisaard yang pernah menyertai skim yang hampir sama seperti program Fit & Firm, namun tidak berjaya menurunkan berat badannya.

Biro Polis Metropolitan Bangkok mahu anggota polis yang mempunyai garis pinggang melebihi 91sm, mempertimbangkan tawaran mengikuti program berkenaan. Untuk menarik perhatian mereka, setiap anggota yang berjaya menurunkan berat badan melebihi 10kg akan memenangi hadiah istimewa.

"Pegawai kanan polis melihat bahawa ramai kakitangan terlalu gemuk. Jadi, mereka membuat keputusan bahawa anggota yang berkenaan perlu menurunkan berat badan.

"Apabila polis terlalu gemuk, mereka tidak boleh bergerak pantas. Mengurangkan berat badan menjadikan mereka lebih kuat, sihat dan pantas," kata Leftenan Kolonel Suji Suksamai yang turut menyertai program tersebut.


MELALUI program ini, anggota-anggota polis trafik bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan, bahkan mengamalkan gaya hidup sihat.


Makan di gerai jalanan

Sebelum ini, bagi mengatasi masalah obesiti, ketua-ketua polis cuba menggalakkan anggotanya menjalani latihan kecergasan termasuk mengikuti kursus menghilangkan lemak sejak awal tahun 2013.

Menurut pakar kesihatan, Kawita Kruenjit yang mengetuai beberapa siri senaman dan sesi kesihatan di sebuah hospital swasta Bangkok, masalah anggota polis yang gemuk juga melibatkan isu keyakinan awam terhadap kecekapan badan keselamatan tersebut.

"Apabila rakyat melihat anggota polis gemuk, mereka mempersoalkan kemampuan mereka untuk menangkap orang jahat," tambahnya.

Dalam pada itu, polis mengatakan, tekanan yang dihadapi selama 15 jam mengawal lalu lintas di salah satu daripada bandar paling sesak di dunia, menjadi faktor anggotanya menjalani gaya hidup yang tidak sihat dalam aspek pemakanan.

Bagaimanapun, kecenderungan anggota polis trafik menikmati makanan di gerai jalanan di sekitar Bangkok menyumbang kepada faktor utama masalah obesiti tersebut.

Perkara ini disahkan oleh Doungrut Wattanakitkraileart dari Universiti Mahidol, yang menyelidik kesihatan pegawai-pegawai polis di Bangkok.

Hasil tinjauan yang dilakukan pada tahun 2011, lebih separuh daripada 265 anggota polis trafik di wilayah berkenaan menghidap masalah kolesterol tinggi.

"Makanan yang dijual berhampiran balai polis tidak sihat. Ia berminyak dan banyak menggunakan santan," tambahnya.

Program Fit & Firm bukan sahaja mengurangkan berat badan tetapi turut menukar amalan dan sikap anggota polis terhadap gaya hidup sihat.

"Kali pertama selepas 45 minit melakukan senaman aerobik tanpa henti, seluruh badan kepenatan tetapi kini, saya boleh melakukannya," jelas Sarjan Mejar Wichien Noppan yang mempunyai berat badan 90kg. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Gengster mati ditembak gengster

Posted:

Gengster mati ditembak gengster

Gengster mati ditembak gengster

Oleh RIZAM ZAKARIYA
rizam.zakariya@kosmo.com.my

SALAH seorang mangsa yang cedera selepas terkena tembakan dirawat di HSJ kelmarin.


BUTTERWORTH – Dua remaja yang dipercayai ahli sebuah kumpulan gengster menjadi mangsa serangan ala mafia apabila salah seorangnya mati ditembak ketika sedang melepak di tempat kegemaran mereka di bawah jejambat di Kampung Ujong Batu, Bagan Dalam di sini kelmarin.

Kejadian pukul 10 malam itu mengakibatkan M. Ravindran, 19, dari Flat Pantai Bersih di sini mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) selepas terkena tiga das tembakan di kepala dan rusuk kiri.

Rakannya, S. Leenesh, 18, dari Kampung Ujong Batu pula parah selepas terkena satu das tembakan di rusuk kanan. Dia dirawat di hospital sama.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang leka berbual didatangi dua lelaki bermotosikal memakai topi keledar sebelum pemboncengnya melepaskan enam das tembakan secara rambang dari jarak 20 meter.

Dua penyerang itu disyaki anggota kumpulan gengster lain.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, siasatan mendapati empat daripada peluru itu mengenai kedua- dua mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jurutera juara Warkah Kreatif Buat Ibu 2

Posted:

Jurutera juara Warkah Kreatif Buat Ibu 2

Jurutera juara Warkah Kreatif Buat Ibu 2

Oleh KHAIRIYAH HANAFI
khairiyah.hanafi@kosmo.com.my


Baharom (dua dari kiri) dan Mohd. Fikri (dua dari kanan) bersama pemenang Peraduan Warkah Kreatif Buat Ibu 2, (dari kiri) Nor Saadiah, Siti Noorfarawahidatun dan Puteri Emerra Ezzatie pada majlis penyampaian hadiah di Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Seorang jurutera wanita tidak menyangka akan menjadi juara Peraduan Warkah Kreatif Buat Ibu 2 anjuran Resorts World Genting bersama akhbar Kosmo! baru-baru ini.

Siti Noorfarawahidatun Lela, 29, berkata, idea untuk menyertai pertandingan itu datang secara tiba-tiba sewaktu beliau membaca iklan peraduan berkenaan dalam akhbar Kosmo!

"Sebenarnya, tujuan saya menyertai pertandingan ini adalah untuk menzahirkan segala kekesalan saya sepanjang bergelar seorang anak kepada ibu yang telah lama meninggal dunia.

"Namun, saya tidak menyangka penulisan warkah bertajuk Maafkan Aku Ibu bertukar kepada satu kenangan manis apabila saya muncul juara dengan menewaskan 215 orang peserta lain," katanya selepas majlis penyerahan cek kepada para pemenang peraduan itu bagi kategori Warkah Kreatif di pejabat Kosmo! di sini semalam.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

RM30j caruman Perkeso sektor awam

Posted:

RM30j caruman Perkeso sektor awam

RM30j caruman Perkeso sektor awam

MARAN - Kerajaan dijangka membelanjakan RM30 juta setiap tahun bagi tujuan menyediakan perlindungan menerusi skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada lebih 63,000 anggota perkhidmatan awam bertaraf sementara dan kontrak.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Muttalib berkata, penjawat awam bertaraf sementara dan kontrak kini layak mencarum dalam skim Perkeso mulai 1 Jun lepas.

"Kini nasib mereka lebih terbela apabila kerajaan mencarumkan insurans mereka dengan Perkeso, mereka tidak lagi perlu bimbang apabila dilindungi insurans bagi mengelak menanggung kesusahan jika terbabit dalam kemalangan atau musibah yang tidak dijangka," katanya selepas menghadiri program Ziarah Ramadan di masjid Felda Jengka 2 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Piya kemuka surat tunjuk sebab

Posted:

Piya kemuka surat tunjuk sebab

Piya kemuka surat tunjuk sebab

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

BADHRI (kiri) bersama penolong pengurus Kelantan, Wan Badri Wan Omar (kanan) memeriksa surat tunjuk sebab dan laporan perubatan sebelum berlepas ke Kuala Lumpur di LTSIP, Pengkalan Chepa di Kota Bharu semalam.


KAPTEN Kelantan, Mohd. Badhri Radzi tidak mahu kegagalannya melaporkan diri ke kem latihan skuad Harimau Malaya sejak Khamis lalu disalaherti oleh mana-mana pihak.

Bagi mengelakkan sebarang salah faham, Badhri atau lebih senang disapa Piya mengambil keputusan untuk melaporkan diri bagi mengikut kem latihan Harimau Malaya semalam.

Piya turut membawa surat tunjuk sebab serta laporan perubatan sebagaimana yang dikehendaki Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut Piya, surat tunjuk sebab serta laporan perubatan berkenaan akan diserahkan kepada FAM sebaik dia melaporkan diri ke kem latihan tersebut.

"Saya akui wujud sedikit salah faham dalam isu ini. Kegagalan melaporkan diri ke kem latihan, bukan bermakna saya ingkar kepada jurulatih (Datuk K. Rajagobal) dan pasukan.

"Saya berharap FAM dapat menerima surat tunjuk sebab serta laporan perubatan dan membuat keputusan seadilnya berhubung isu ini," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengakalan Chepa di Kota Bharu semalam.

Piya berharap keputusannya untuk melaporkan diri ke kem latihan semalam mampu menepis segala tohmahan yang mengatakan dia enggan menabur bakti bersama skuad Harimau Malaya.

Kosmo! semalam melaporkan Piya bersedia menjawab surat tunjuk sebab yang dikemukakan FAM berhubung kegagalannya melaporkan diri pada sesi latihan Harimau Malaya yang bermula Khamis lalu.

Piya berkata, dia akan mengemukakan laporan pemeriksaan kesihatan yang dibuat oleh doktor di Kota Bharu, Kelantan sehari selepas berakhirnya saingan Liga Super menentang Lions XII pada 6 Julai lalu.

Ditanya sama ada dia bersedia menggalas tugas untuk mengemudi jentera tengah skuad negara, perancang tengah Kelantan itu memberitahu: "Saya bersedia dengan tugas tersebut dan berjanji memberikan aksi terbaik bersama Harimau Malaya.

"Jikalau ada peluang memimpin jentera tengah negara, saya bertekad memberikan aksi terbaik bagi membalas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih.

"Bagaimanapun, semua itu terpulang kepada jurulatih. Saya selaku pemain yang memberikan aksi terbaik sekiranya diberikan peluang," kata Piya.

Piya antara tujuh pemain Kelantan termasuk Khairul Fahmi Che Mat, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab Halim, Azizi Mat Rose, Mohd. Shakir Shaari, Mohd. Norfarhan Muhammad dan Ahmad Fakri Saarani yang dipanggil menjalani kem latihan Harimau Malaya.

Teck Zhi julang nama Malaysia

Posted:

Teck Zhi julang nama Malaysia

Teck Zhi julang nama Malaysia

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

TECK ZHI memasang impian bergelar juara remaja dunia selepas mengungguli Kejohanan Asia Bawah 19 di Kota Kinabalu semalam.


ARENA badminton tanah air kembali bersinar selepas pemain remaja negara, Soo Teck Zhi mengesahkan statusnya sebagai jagoan muda rantau ini dengan kejayaan muncul juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Asia Bawah 19 100Plus semalam.

Berbekalkan sokongan padu penyokong sendiri, Teck Zhi jelas berada pada kelas tersendiri untuk menumpaskan bintang sensasi Korea Selatan, Jeon Hyuk Jin pada aksi final di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Diletakkan selaku pilihan kelima kejohanan, pemain berusia 18 tahun kelahiran Selangor itu menang 21-17, 13-21, 21-15 ke atas Hyuk Jin dalam permainan yang berlangsung selama 55 minit.

Menurut Teck Zhi, kejayaan yang dilakar di bumi Kota Kinabalu itu adalah permulaan kepada misinya bergelar juara remaja dunia.

"Sebenarnya saya patut beraksi pada kejohanan ini (Kejohanan Remaja Asia) sejak tahun lalu lagi, namun terpaksa dilupakan ekoran komitmen pada Kejohanan Sekolah-Sekolah Asia.

"Justeru, saya menggunakan segala peluang yang ada tahun ini dan hari ini (semalam), saya berjaya melakukannya apabila muncul juara perseorangan lelaki," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah semalam.

Teck Zhi turut melahirkan rasa bangga apabila dia menjadi satu-satu produk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang berjaya muncul juara remaja Asia.

"Seharusnya saya berterima kasih dengan sokongan peminat di stadium ini yang banyak membantu kejayaan hari ini (semalam).

"Kini, dengan persiapan rapi yang dilakukan di bawah kendalian jurulatih, saya yakin dapat mengulangi pencapaian ini untuk bergelar juara remaja dunia," ujarnya.

Lebih manis, kejayaan yang dilakar Teck Zhi itu berjaya mengulangi pencapaian gemilang pemain negara, Zulfadli Zulkifli yang muncul kejohanan yang sama di India dua tahun lalu.

Sebagai rekod, antara jaguh badminton dunia yang pernah bergelar juara remaja Asia termasuklah trio China - Lin Dan, Chen Jin dan Chen Long selain pemain Jepun, Kenichi Tago dan Park Sung-Hwan dari Korea Selatan.

Kejohanan Remaja Dunia Bawah 19 dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand bermula 23 Oktober hingga 3 November depan.

Ramlan sudah sebati bersama ISN

Posted:

Ramlan sudah sebati bersama ISN

Ramlan sudah sebati bersama ISN


RAMLAN (kiri) bergambar kenangan bersama Muzli Mustakim (dua dari kiri), penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi (dua dari kanan) dan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kanan) pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.


IBARAT sirih pulang ke gagang.

Itu perumpamaan paling tepat untuk menggambarkan tentang situasi yang berlaku terhadap 'orang kuat' Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz, 53, apabila beliau kembali menerajui ISN selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sejak 17 Jun lalu.

Sebagai rekod, bermula 16 Ogos 2012, Ramlan telah bertugas sebagai Penasihat Hal Ehwal Sains dan Perubatan Sukan kepada Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ketiadaan Ramlan di ISN telah diganti oleh Ahmad Shapawi Ismail yang kini dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan yang baharu.

Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melantik semula Ramlan menerajui ISN berkuat kuasa 17 Jun lalu.

Memiliki kelulusan Sarjana Sains dan Perubatan Sukan, University of London serta pengalaman lebih 22 tahun dalam bidang perubatan dan sains sukan, pelantikan semula Ramlan dilihat mampu memantapkan lagi fungsi ISN.

Ikuti temu bual eksklusif wartawan Kosmo!, MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI dan NOR AZIRAN YUNUS bersama Ramlan bagi merungkai pandangan beliau terhadap peranan serta perkembangan institusi itu dalam pembangunan industri sukan tanah air.

KOSMO!: Tahniah Datuk, selepas hampir setahun 'meninggalkan' ISN apabila dilantik sebagai penasihat kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, kini Datuk kembali menerajui ISN. Jadi apa yang Datuk boleh katakan apabila sekali lagi diberi tanggungjawab untuk memartabatkan ISN.

RAMLAN: Sudah tentu saya sangat gembira apabila diberi peluang kembali ke sini (ISN) kerana ini adalah kepakaran saya (pakar klinikal perubatan sukan). Sebelum ini pun, saya bermula dalam bidang sains sukan dan saya ialah pakar klinikal perubatan sukan. Jika hendak dikira setakat ini, sayalah yang paling tua dalam bidang ini.

Dalam konteks memberikan perkhidmatan kepada para atlet, sebenarnya kita masih baharu dalam bidang ini dan menyedari hakikat itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu menggunakan kepakaran serta pengalaman saya dalam bidang sains sukan ini dengan sebaik mungkin.

TERNYATA kepakaran Datuk masih ditagih bagi menerajui ISN khususnya dalam bidang sains sukan. Namun masih ada juga pihak mendakwa negara masih lagi ketinggalan dalam aspek sains sukan. Pada pandangan Datuk, sejauh manakah program-program sains sukan yang diaplikasikan oleh ISN untuk meningkatkan lagi mutu sukan negara kita?

SEPERTI kita sedia maklum, ISN merupakan pusat khidmat sokongan bagi atlet. Ia bukan sekadar pusat sokongan sampingan tetapi ia berfungsi sebagai pusat sokongan teras kepada prestasi semua atlet.

Bagi menjayakan objektif penubuhan ISN, kami perlu sentiasa menjalin kerjasama erat antara atlet dan jurulatih bagi menjadikan matlamat utama dalam pencapaian atlet tercapai. Selain itu, objektif utama pihak ISN kini adalah untuk mengembangkan kemahiran ke tahap kepakaran.

Dalam pada itu, saya juga perlu mengakui perkembangan sains sukan di negara ini juga semakin meningkat berbanding sebelum ini.

JIKA dibuat perbandingan dengan negara-negara maju seperti di Eropah atau negara-negara Asia seperti Jepun, China dan lain-lain, adakah teknologi sukan perubatan di negara ini agak ketinggalan?

UNTUK membuat perbandingan dengan negara lain memang kita agak ketinggalan kerana mereka telah bermula lebih awal.

Walaupun idea untuk membangunkan sebuah institut sukan negara ini sebenarnya telah disuarakan sejak 1972 lagi, namun akibat pelbagai kekangan pada masa itu menjadikan ia tertangguh sehingga tahun 1984.

Pada 1994, Bahagian Sains Sukan telah ditukar namanya kepada Institut Sukan Negara sehingga kini. Pada pendapat saya, jika dilihat prestasi atlet negara yang tidak menentu ketika ini jawapannya adalah mereka tidak terdedah dengan amalan pendidikan sains sukan sejak awal lagi.

Mungkin di peringkat Asia kita agak ketinggalan tidak seperti Jepun atau China tetapi di Asia Tenggara, negara kita antara yang terbaik.

DATUK mungkin mempunyai sasaran atau perancangan untuk membangun atau 'memperbesarkan' lagi fungsi ISN. Kalau tidak keberatan, boleh Datuk berkongsi sedikit perancangan untuk masa akan datang atau adakah ISN akan memberikan khidmat kepada orang awam pula pada suatu hari nanti.

SEBENARNYA tidak ada istilah besar atau kecil mengenai ISN. Keutamaan kami ialah mengkaji keperluan para atlet dan jurulatih, kemudian kami dapat memastikan keperluan-keperluan mereka dipenuhi.

Pada masa sama, ISN perlu melakukan tugas-tugas ini dengan lebih efisien supaya kami menjadi lebih cekap tanpa meningkatkan perbelanjaan. Dari segi pengurusan pula, kami tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada unsur-unsur kewangan daripada kerajaan sahaja.

Pada tahun 2005 hingga 2006 iaitu ketika saya menjadi Ketua Pengarah MSN, kami membuka perkhidmatan ini kepada orang ramai dan keuntungan ketika itu mencecah RM90,000 dalam tempoh setahun.

Begitupun, ia dihentikan kerana kami tidak mahu orang ramai keluar masuk sesuka hati di sini (MSN) kerana ketika itu kontinjen negara sibuk membuat persiapan bagi menghadapi Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.

Bagaimanapun, kami tidak boleh lari daripada tujuan asal penubuhan ISN iaitu mengutamakan atlet-atlet kebangsaan.

SELEPAS dilantik semula sebagai CEO, adakah Datuk akan melakukan perubahan drastik atau idea-idea baharu yang akan diterapkan dalam ISN.

TIDAK ada banyak perubahan yang dilakukan oleh Shapawi... hanya perubahan-perubahan kecil daripada segi pengurusan, jadi kalau ada perubahan pun tidak besar.

Begitupun, menjadi penasihat kepada Menteri (Ahmad Shabery) merupakan satu pengalaman yang menarik dan amat berharga kerana saya berpeluang mengembangkan lagi hubungan saya dengan pegawai-pegawai daripada pelbagai bidang di Kementerian Belia dan Sukan seperti Rakan Muda, Sukan Untuk Semua dan sebagainya.

KEKUATAN mental juga penting bagi semua atlet, jadi apakah pandangan Datuk apabila ada atlet elit kita memberikan alasan mental mereka lemah dan telah hilang fokus selepas tewas dalam sesuatu kejohanan?

BAGI saya alasan seperti itu sangat memalukan. Sebagai seorang pemain profesional, mereka tidak seharusnya menggunakan alasan tersebut. Perkara ini sepatutnya tidak dipersoalkan kerana ia alasan paling lemah.

Saya tanya anda, sudah berapa lama mereka menjadi atlet negara? Tidak mungkin mereka masih gagal mengawal tumpuan mereka ketika beraksi atas gelanggang.

Dalam sains sukan, kekuatan mental terletak kepada mereka dan pemain harus pandai mencari motivasi yang selalunya akan hadir daripada jurulatih. Jika (sukan) basikal trek, kita boleh tengok bagaimana Mohd. Azizulhasni Awang mendapat motivasi daripada jurulatihnya (John Beasley).

Kami memang boleh tolong tetapi kami hanya memberikan latihan kepada mental dan selebihnya para pemain perlu mengamalkan sendiri. Latihan seperti ini penting untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan tumpuan.

WALAUPUN ISN memberikan latihan kepada para atlet untuk mengawal emosi dan menguatkan mental ketika menghadapi kejohanan tetapi kita masih lihat perkara yang sama sahaja berlaku. Jadi mengapakah ia masih berlaku?

APA yang berlaku sekarang ialah mereka tidak mengamalkan apa yang diajar. Mungkin sebab sudah terlambat dan tidak biasa kerana selepas temasya Sukan Malaysia (Sukma) baru hendak memulakan latihan-latihan ini.

Seperti badminton, sebenarnya pemain-pemain tidak boleh terlalu memikirkan perkara-perkara yang telah berlaku atau akan berlaku ketika mereka sedang beraksi.

Tumpuan mereka sudah pasti kepada pukulan bola pada ketika itu mereka harus memikirkan strategi untuk menerima bola dan membalas semula, ia penting kerana setiap pukulan harus diberikan tumpuan.

Begitupun dalam sukan-sukan lain, saya dapat rasa ada peningkatan seperti memanah dan menembak serta sukan-sukan lain yang sangat memerlukan konsentrasi.

DATUK juga merupakan Ketua Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), jadi bagaimanakah Datuk membahagikan masa dengan dua jawatan tersebut?

JAWATAN itu merupakan tanggungjawab tambahan, memang dibenarkan dalam akta untuk CEO diberikan jawatan tambahan oleh Menteri. Tugas yang diberikan ini saya perlu jalankan dan apa yang paling penting, setiap tugas tidak bercampur aduk.

Sebelum ini, ADAMAS merupakan satu unit dalam ISN, walaupun dipisahkan tetapi masih banyak hubung kait antara ADAMAS dan ISN kerana pemantauan sains sukan dengan lebih kerap dan lebih mendalam boleh mencegah sedikit sebanyak amalan doping.

ATLET kita juga tidak pernah terlepas dengan isu doping. Paling mendapat perhatian sebelum ini ialah isu doping melibatkan skuad olahraga pada Sukan SEA 2011 di Indonesia sehingga menyaksikan jurulatih dan atlet digantung. Dalam hal ini, Datuk anggap siapakah sebenarnya yang harus bertanggungjawab?

MENGENAI masalah doping, bagi saya ia merupakan kesalahan spesifik serta masalah sikap. Atlet dan jurulatih sudah sedia maklum tentang masalah doping itu kerana sejak daripada mula perkara tersebut sudah begitu jelas.

Kalau kita hendak kata mereka tidak tahu mengenai peraturan memang tidak betul kerana sejak daripada peringkat awal lagi iaitu pada Sukan Malaysia kami telah melakukan ujian doping, malah mereka juga telah diberikan ceramah dan pendedahan supaya mereka faham dengan perkara-perkara yang melibatkan isu doping.

Bagi jurulatih pula, dalam kursus kejurulatihan mereka juga belajar mengenai peraturan-peraturan doping dan bagi saya ini bukan masalah kurang pendedahan tetapi isu ini timbul disebabkan oleh kepincangan sikap mereka sendiri dan kes-kes seperti ini membuktikan mereka tidak mempunyai sikap yang profesional.

Atlet juga mempunyai hak untuk mempersoalkan mengenai ubat-ubatan atau suplemen yang diberikan kepada mereka. Mereka tidak dipaksa untuk mengambil ubat-ubat ini tetapi disebabkan oleh sikap mereka yang tidak ambil peduli mereka jadi begitu. Bagi mereka... 'biarlah kalau dia yang buat dia yang tanggungjawab sebab dia yang cucuk kita' tetapi dalam hal ini, mereka tidak sedar siapa yang benarkan doktor memberikan suntikan dan siapa yang telan pil.

Saya rasa jika semua atlet begitu, mungkin bukan olahraga sahaja tetapi jika mereka tidak mempunyai sikap yang profesional semua acara sukan juga akan melakukan perkara yang sama.

AKHIR sekali, apakah pesanan atau nasihat Datuk kepada barisan atlet negara.

Saya hanya berharap setiap atlet yang membawa nama negara mampu menggalas tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin. Baik atlet, jurulatih mahupun pegawai sukan, masing-masing mempunyai amanah yang diberikan, jadi jalankan amanah dan tanggungjawab itu sebaiknya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Buku mengajak pembaca menangis

Posted:

Buku mengajak pembaca menangis

Buku mengajak pembaca menangis

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

Tiga koleksi buku Ebit Lew yang dihasilkan semata-mata untuk berdakwah kepada masyarakat.


NABI Muhammad SAW merupakan Rasul akhir zaman yang mempunyai kedudukan paling tinggi di sisi Allah. Namun, baginda juga merupakan manusia yang paling banyak menangis sewaktu mengingati Allah dan mengenang nasib umatnya.

Diriwayatkan, Rasulullah SAW pernah menangis selama tujuh jam sewaktu berlakunya Perang Badar. Malah, para sahabat baginda juga banyak menangis dalam perjuangan menegakkan agama Islam.

Menyedari hakikat itu, pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew tampil dengan inisiatif untuk menghasilkan buku bertajuk Tangisan Umat.

Tambahan pula, melihat senario umat Islam zaman ini yang semakin alpa dengan kemewahan dunia membuatkan beliau terpanggil untuk berdakwah melalui penulisan.

"Salah satu tanda kita dekat dengan Allah ialah makin banyaknya tangisan kita kerana takutkan Allah dan semakin rendah diri kita dengan manusia," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menurut beliau, tangisan sering kali dikaitkan dengan kelemahan, tiada upaya, kesedihan dan keburukan. Namun, hakikat sebenar tangisan telah disalah tafsir.

"Banyak tangisan hari ini terjadi kerana didorong perkara yang remeh dan batil, sedangkan tangisan serta air mata orang terdahulu bertujuan memastikan kita pada hari ini dapat mengenal Islam dan Allah SWT sebagai Tuhan Yang Esa.

"Setitik air mata tangisan umat yang hak dapat memadamkan kepanasan api neraka. Tangisan umat bukan tangisan kelemahan tetapi tangisan yang mampu memberi kesan terhadap dunia," jelas pendakwah muda itu lagi.

BUKU Tangisan Umat mampu membawa pembaca menghayati nilai tangisan masing-masing.


Buku itu diterbitkan pada tahun 2012 melalui syarikatnya, Transform Publications Sdn. Bhd. Semangat yang tinggi untuk berdakwah menyebabkan Ebit Lew tidak berkira mengeluarkan modal sendiri dalam menerbitkan buku berkenaan.

"Saya mahu mengajak umat Islam di Malaysia khususnya mengaudit nilai tangisan kita selama ini. Renungkan semula sama ada kita banyak menangis tentang nilai Islam dalam diri atau tangisan itu berkisar usaha kehidupan dunia sahaja.

"Melalui kisah yang disampaikan dalam buku ini, ia merupakan suatu gambaran kepada minda kita tentang tangisan umat yang hak.

"Tangisan umat sebenarnya mampu mengembalikan kegemilangan Islam selain memantapkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Yang Maha Esa," ungkapnya.

Beliau turut mengingatkan masyarakat bahawa orang yang tidak menangis kerana Islam maka hatinya telah mati terhadap perintah Allah dan sunah Nabi Muhammad SAW.

"Kisah duka, air mata, pengorbanan dan kesengsaraan dalam menyebar dan mengembangkan ajaran Islam telah dirakam dalam al-Quran sebagai tatapan umat manusia.

"Justeru, jadikanlah sebagai pengajaran dan pedoman dalam kita meniti kehidupan di dunia sementara ini," katanya.

Selain buku Tangisan Umat, Ebit Lew turut menghasilkan buku bertajuk Perjalanan Hidayah Umat yang memaparkan kisah manusia yang beroleh hidayah daripada Allah sebagai pengajaran kepada para pembaca.

Untuk maklumat lanjut mengenai beliau, layari laman web www.transformjiwa.com atau facebook.com/EbitLew.

Sajian kampung di Hotel Radius International

Posted:

Sajian kampung di Hotel Radius International

Sajian kampung di Hotel Radius International


BUFET yang menawarkan pelbagai hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini.


JIKA anda masih tercari-cari tempat untuk berbuka puasa yang menawarkan pelbagai menu ala kampung, Hotel Radius International Kuala Lumpur mungkin jawapannya.

Ia berikutan hotel berkenaan menyajikan kira-kira 100 jenis pilihan hidangan cita rasa tradisional yang menyelerakan.

Antaranya, daging gulai kawah, rusa panggang bersama sos, tulang rusuk panggang serta busam sos, gulai itik masak lemak cili api, udang masak lemak rebung, rendang kupang, taugeh goreng ikan masin dan ayam gulai hijau.

Selain itu, terdapat nasi beriani kambing, rendang daging, kari kepala ikan, sotong goreng kicap, nasi beriani ayam, ikan siakap tiga rasa, sotong goreng kunyit, nasi kabuli, nasi beriani jagung, kambing masak jintan, udang tomato, ayam kerutub, ketam goreng berempah, sayur pucuk manis keledek dan kailan ikan masin.

Tidak cukup dengan menu itu cubalah pula pelbagai jenis kerabu seperti kerabu mangga, kerabu taugeh, kerabu So Hu, kerabu perut, kerabu kerang dan kerabu betik.

Sementara itu, Pengurus Perhubungan Awamnya, Hasliza Hamid berkata, pihaknya menyediakan kesemua hidangan itu secara bufet sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurutnya, hidangan yang disediakan oleh Sous Chef Azman Abd. Rashid turut menawarkan pencuci mulut yang manis dan berlemak.

"Selepas menjamu selera, pelanggan boleh memilih puteri mandi, labu kukus ala Thai gula emas, cendol durian, pengat labu, bubur kacang hijau, sago gula Melaka, tahi itik, bubur pulut hitam, bubur jagung, pengat pisang dan pengat labu," katanya.

Sup daging lembu terbaik

Posted:

Sup daging lembu terbaik

Sup daging lembu terbaik

LEBIH 200 hidangan ditawarkan setiap hari di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur.


TAHUN ini, Hotel Grand Seasons yang terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur menawarkan lebih 200 jenis makanan untuk tetamunya berbuka puasa sempena Ramadan.

Selain makanan tradisi Melayu, hotel tersebut juga menawarkan hidangan Jepun, India, Cina, makanan laut dan sajian Barat.

Bagi Chef Mohamad Fauzi Mokhtar, beliau mencadangkan kepada orang ramai agar tidak melepaskan peluang untuk merasai sup gear box yang enak.

Ia berikutan rempah-ratus dan daging lembu direneh antara lima hingga enam jam bagi mendapatkan rasa sup yang pekat.

"Malah, kami juga menggunakan bahan-bahan segar dan berkualiti baik tanpa menggunakan rempah segera," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kulinari memberitahu, pihaknya juga menyediakan kambing Australia dan rusa panggang.

Selain itu, beliau juga mencadangkan kepada pelanggan supaya tidak melepaskan peluang menikmati nasi beriani gam dan nasi kandar.

Bukan itu sahaja, para pengunjung juga dapat menikmati pencuci mulut yang terdiri daripada pisang goreng, cempedak goreng dan pelbagai kuih tradisional Melayu.

Lebih menarik, menu di hotel tersebut ditukar setiap minggu bagi mengelakkan pelanggan berasa jemu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Tunjuk perasaan diteruskan

Posted:

Tunjuk perasaan diteruskan

Tunjuk perasaan diteruskan

AHLI-AHLI Ikhwanul Muslimin dan penyokong Morsi berkumpul di Dataran Rabaa Adawiya, Kaherah untuk meneruskan protes mereka.


KAHERAH - Puluhan ribu penyokong Mohammed Morsi berarak di Kaherah pada Jumaat untuk meneruskan protes atas tindakan tentera menggulingkan bekas Presiden Mesir itu pada 3 Julai lalu.

Para penyokong Ikhwanul Muslimin memenuhi Jalan Ramses, dekat Dataran Tahrir dan jambatan tempat pertempuran sengit dengan kumpulan anti-Morsi tercetus minggu lalu.

Di Dataran Tahrir, ribuan rakyat yang menuntut Morsi meletak jawatan berkumpul beramai-ramai. Jarak yang hanya beberapa ratus meter antara kedua-dua kumpulan itu mencetus kebimbangan mengenai kemungkinan keganasan berlaku lagi.

Jumaat minggu lalu, pertempuran di seluruh Mesir antara kedua-dua belah pihak menyaksikan 35 maut dan beratus-ratus yang lain cedera.

Tiga hari kemudian, tentera menembak mati 53 orang penyokong Ikhwanul Muslimin di hadapan ibu pejabat Pengawal Republikan, lokasi Morsi ditahan.

Tuntutan Ikhwanul Muslimin yang mahu kuasa Morsi dikembalikan nampaknya tidak akan dilayan.

Dalam perkembangan berkaitan, Washington buat pertama kalinya menggesa pihak tentera membebaskan Morsi.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jeneral Psaki memberitahu, AS setuju dengan permintaan Jerman sebelum ini yang mendesak Morsi dibebaskan.

Washington mahu halangan pergerakan Morsi ditamatkan. Jerman pula mencadangkan satu badan yang dipercayai seperti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah diberi akses untuk berjumpa dengan Morsi. - Agensi

Polis Indonesia teruskan operasi buru 131 banduan

Posted:

Polis Indonesia teruskan operasi buru 131 banduan

Polis Indonesia teruskan operasi buru 131 banduan


PASUKAN polis membuat sekatan jalan untuk memburu saki-baki banduan yang melarikan diri dari penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia kelmarin.


MEDAN - Polis Indonesia semalam memperluaskan operasi memburu 131 banduan termasuk empat militan yang melarikan diri dari sebuah penjara semasa tercetusnya rusuhan yang mengakibatkan lima orang terbunuh.

Sejumlah banduan dikatakan mula mengamuk di Penjara Tanjung Gusta di Medan, Pulau Sumatera pada Khamis lalu.

Mereka juga mencetuskan kebakaran dan membaling botol ke arah pengawal penjara kerana berang berhubung gangguan bekalan air dan elektrik di pusat tahanan itu.

Penjara tersebut terbakar serta mengorbankan tiga banduan dan dua kakitangan penjara yang terperangkap di dalam pejabat.

"Kami meningkatkan usaha dengan mengarahkan semua anggota polis di Pulau Sumatera untuk menjalankan operasi memburu secara besar-besaran," kata jurucakap polis Sumatera Utara, Heru Prakoso.

Prakoso memberitahu, pasukan keselamatan berjaya menawan kembali penjara tersebut pada petang Jumaat lalu dan menahan semula 81 daripada 212 banduan yang melarikan diri.

"Tahap keselamatan di semua pintu masuk sempadan wilayah Sumatera Utara telah dipertingkatkan," katanya sambil menambah pasukan elit antikeganasan Indonesia, Detasmen 88 turut terlibat dalam operasi itu.

Terdahulu, polis menyatakan banduan yang melarikan diri terlibat dalam latihan militan untuk serangan ala-Mumbai terhadap individu berprofil tinggi di Indonesia.

Mereka juga dikaitkan dengan rompakan bank untuk membiayai kegiatan keganasan.

Sebanyak 1,000 anggota polis dan tentera dikerah untuk mengawal pusat tahanan berkenaan. - AFP

Kereta api tergelincir di Paris, enam maut

Posted:

Kereta api tergelincir di Paris, enam maut

Kereta api tergelincir di Paris, enam maut


SEKUMPULAN pegawai polis menyiasat lokasi sebuah kereta api yang tergelincir di sebuah stesen di Bretigny-sur-Orge, selatan Paris semalam.


BRETIGNY-SUR-ORGE, Paris - Sebuah kereta api yang membawa beratus-ratus penumpang tergelincir dan merempuh sebuah stesen di selatan Paris semalam, membunuh sekurang-kurangnya enam orang.

Kementerian Dalam Negeri berkata, kemalangan itu juga menyebabkan berpuluh-puluh yang lain cedera termasuk sembilan orang berada dalam keadaan kritikal.

Insiden di stesen Bretigny-sur-Orge adalah yang paling dahsyat di negara berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Presiden Perancis, Francois Hollande turut bergegas ke lokasi kejadian.

Sejumlah gerabak kereta api dilaporkan meluncur ke arah stesen hingga meranapkan bahagian bumbung di platform terbabit.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, seramai 300 anggota bomba, 20 petugas perubatan dan lapan helikopter dikerahkan untuk menyelamatkan beratus-ratus penumpang.

Seramai 190 orang dirawat kerana cedera atau trauma.

Jurucakap syarikat kereta api SNCF, Guillaume Pepy menganggap kejadian itu sebagai 'malapetaka'.

SNCF berkata, kereta api berkenaan membawa 385 penumpang semasa ia tergelincir pada pukul 5.15 petang waktu tempatan kelmarin.

Stesen Bretigny-sur-Orge berada sekitar 20 kilometer (km) di selatan Paris. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


300 penduduk Wangsa Maju terima sumbangan raya

Posted:

300 penduduk Wangsa Maju terima sumbangan raya

300 penduduk Wangsa Maju terima sumbangan raya

14/07/2013 9:26pm

KUALA LUMPUR - Seramai 300 penduduk terpilih di kawasan Parlimen Wangsa Maju ceria apabila menerima sumbangan wang tunai RM100 dan sepasang baju raya sempena majlis berbuka puasa daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor di sini hari ini.

Menurut Tengku Adnan, majlis itu merupakan satu usaha kementeriannya untuk bertemu rakyat selain memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan akan di adakan di semua Parlimen di Wilayah Persekutuan.

"Majlis kemuncak ini akan dihadiri sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 31 Julai depan di Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Saad Abi Waqqas, Jalan Gombak.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd. Shafei Abdullah dan Pe ngarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Tengku Adnan turut menghulurkan sumbangan peribadinya kepada Masjid Saad Abi Waqqas berjumlah RM10,000.

Pada majlis itu juga, Majlis Agama Islam Wilayah Per sekutuan turut menyampaikan bantuan berjumlah RM749,000 kepada 65 buah masjid, surau jumaat dan surau di Parlimen Wangsa Maju yang disampaikan oleh Che Mat. - KOSMO!

Buruh maut akibat dipukul rakan selepas selisih faham

Posted:

Buruh maut akibat dipukul rakan selepas selisih faham

Buruh maut akibat dipukul rakan selepas selisih faham

14/07/2013 8:55pm

LUNDU - Seorang lelaki maut akibat dipukul dengan sebatang kayu selepas dipercayai berselisih faham dengan sekumpulan lelaki di Sampadi dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.10 tengah hari itu, mangsa Mohd Azwandy Abdullah,41, berasal dari Kampung Selenggok di sini maut akibat cedera parah di belakang kepala dan muka.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan dikatakan pernah berperang mulut dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol dengan kumpulan sama pada minggu lalu.

"Kemuncak pergaduhan mereka berlaku hari ini apabila dia dikepung lalu dibelasah oleh kumpulan lelaki terbabit sehingga tidak sedarkan diri.

"Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia ketika dibawa menerima rawatan di Hospital Lundu," katanya di sini semalam.

Sumber menambah, mangsa dan kumpulan susupek itu dipercayai berkawan rapat sebelum ini, namun hubungan mereka tegang sejak perselisihan minggu lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan, Wong Chee Keong ketika dihubungi menge sahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan polis masih memburu suspek yang dipercayai enam hingga 10 lelaki.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. - KOSMO!

Senda Ramadan: Alvin dan Vivian dijangka tampil beri keterangan di SKMM esok

Posted:

Senda Ramadan: Alvin dan Vivian dijangka tampil beri keterangan di SKMM esok

Senda Ramadan: Alvin dan Vivian dijangka tampil beri keterangan di SKMM esok

14/07/2013 8:24pm

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memanggil pasangan yang mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, di laman Facebook mereka.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi mengesahkan bahawa kedua-dua individu, Alvin Tan dan Vivian Lee, telah dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka dan membantu siasatan.

"Kami telah memanggil pasangan tersebut. Mereka dijangka hadir di pejabat penguatkuasaan SKMM esok," kata Datuk Sharil.

Pasangan itu memaparkan gambar di laman Facebook kononnya mereka sedang menikmati makanan yang tidak halal dengan kapsyen "Selamat berbuka puasa dengan Bak Kut Teh... Wangi, enak dan menyelerakan!" - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Asyraf, Khasif, Hafiz saling beringat

Posted:

Asyraf, Khasif, Hafiz saling beringat

Asyraf, Khasif, Hafiz saling beringat

SUDAH lima hari Ramadan diraikan penuh istiqamah dengan pelbagai cara terutama solat sunat tarawih. Ganjaran puasa tidak hanya pada juadah lazat sebagai nikmat setelah seharian menahan lapar dan dahaga, namun bulan penuh berkat ini juga berlabuh dengan segala mukjizat pahala menerusi amal ibadah dan kegembiraan untuk dihadam oleh umatnya.

Mengajak tiga selebriti agama, Imam Muda Asyraf, Sharifah Khasif dan Hafiz Hamidun berkongsi keindahan serta definisi hiburan sepanjang Ramadan yang ditempuhi, tiga nama yang sengaja diberi gelaran ejen kerohanian itu melenturkan bicara seperti mutiara.

Perihal kenangan, amalan yang sudah dilupakan, kecenderungan serta tidak kurang juga peringatan untuk diri sendiri meruntun mekar daripada bibir mereka. Semuanya mengalir bagai wacana yang cukup mengesankan.

Ditanyakan kepada mereka sebagai mukadimah tentang perkara-perkara asas yang dilupakan pada bulan Ramadan atas keghairahan untuk menimbang pahala.

Seperti kata pendakwah yang dilahirkan dari pentas Imam Muda yang pertama, Asyraf berpesan agar persiapan sambutan hari raya khususnya baju raya hendaklah awal-awal lagi disiapkan. Kelihatan santai tetapi itu antara perkara yang kadang-kadang terlepas daripada ingatan.

"Dalam mana-mana ceramah sebelum ini, saya selalu berpesan supaya beli baju raya pada bulan Syaaban atau setidak-tidaknya pada minggu pertama bulan Ramadan.

"Sunat pakai cantik-cantik pada hari raya. Bila buat persiapan beli baju raya pada akhir Ramadan, ramai orang berbuka puasa tapi tak pergi solat Maghrib.

Ramai juga tidak akan berhenti membeli-belah walaupun sudah masuk waktu berbuka. Situasi itu akan menjadi pemandangan biasa," katanya sambil mengingatkan diri sendiri juga.

Ungkap Asyraf lagi: "Di negara-negara Arab, umat Islam di sana melakukan iktikaf di masjid ataupun bermalam di masjid. Nabi Muhammad SAW sendiri bermalam di masjid selama 10 malam terakhir Ramadan tanpa balik ke rumah. Namun, rasanya perkara itu susah untuk dilakukan oleh orang kita sekarang."

Melihat secara mudah, penasyid yang terkenal menerusi album Zikir Terapi, Hafiz pula menyahut.

"Dalam bulan puasa, ramai yang fokus terhadap amalan puasa sahaja sedangkan kita terlupa bahawa banyak perkara besar berlaku pada bulan Ramadan. Al-Quran juga diturunkan pada bulan puasa.

"Amalan tadarus sepatutnya lebih mudah. Semua pengguna telefon pintar ada aplikasi memuat naik al-Quran secara percuma. Sebenarnya, tiada alasan untuk tidak bertadarus.

"Kini, kita boleh khatam al-Quran dengan menggunakan telefon. Saya sendiri pun begitu, aplikasi itu ada di telefon tetapi aplikasi lain pula yang kerap dibelek."

Bulan rezeki

Masuk ke dalam regu yang julung-julung kalinya disatukan dalam sebuah fotografi biasa, qariah terkenal, Sharifah Khasif tidak kekok berada di tengah-tengah antara Asyraf dan Hafiz.

Pengalaman merantau ke pelosok dunia sejak berusia 18 tahun menampakkan wanita bersuara emas itu cukup matang mengatasi usia.

Katanya, memandangkan Ramadan ialah bulan yang ditunggu-tunggu, sebagai orang Islam inilah masa yang tepat untuk berlumba-lumba beramal sebagai bekalan hari akhirat.

"Antara yang mudah tetapi kerap terlupa oleh kita semua ialah melakukan solat rawatib, iaitu solat sunat sebelum dan selepas solat fardu.

"Budaya memberi juadah kepada jiran sebelah-menyebelah juga kian terhakis. Kalau dulu, waktu di rumah ibu di kampung, amalan bertukar-tukar juadah dengan jiran merupakan suatu kebiasaan.

"Perkara itu juga dituntut dalam agama kerana ia pasti mendatangkan sifat kasih sesama jiran dan memupuk sifat tanggungjawab dan ambil tahu," kata Sharifah Khasif, 32, yang melebarkan sayap selebritinya dengan melancarkan album berjudul Al Husna.

Berbanding Asyraf dan Sharifah Khasif, Hafiz mungkin terlebih arif berhubung dunia hiburan atau muzik islamik yang diceburi. Masuk sahaja Ramadan, permintaan terhadap muzik islamik dan persembahan nasyid meningkat dua kali ganda berbanding pada hari-hari biasa.

Tidak hanya nyanyian lagu-lagu kerohanian, jemputan bacaan ayat-ayat suci al-Quran serta ceramah keagamaan juga melimpah-ruah.

"Ada yang panggil Ramadan sebagai bulan ibadah dan ada juga yang memanggilnya sebagai bulan rezeki. Hiburan juga tidak terlepas sepanjang bulan ini tapi carilah hiburan yang diredai.

"Sebagai orang dalam industri, terfikir juga bagaimana kita mahu mengimarahkan Ramadan dan jarang kita dengar tentang lagu Ramadan, yang banyaknya ialah lagu raya.

"Rasanya macam tak kena kalau kita sibuk dengan lagu raya pada bulan Ramadan. Jadi, salah satu caranya adalah dengan memperbanyakkan lagu-lagu bercorak islamik," ungkap Hafiz yang bakal melancarkan album Zikir Terapi 2 tidak lama lagi.

Menariknya, kata Hafiz, sepanjang bulan Ramadan ini lagu-lagu islamik seperti nasyid akan mendapat waktu siaran yang lebih banyak berbanding bulan-bulan biasa.

"Asalkan hiburan seperti persembahan selepas waktu berbuka dan tidak mencemarkan identiti dan sensitiviti bulan Ramadan, itu okey. Sebenarnya, Ramadan merupakan satu bulan yang harus menjadi tanggungjawab bersama," katanya.

Hiburan ikut syarak

Senyum sambil melepaskan satu kenyataan, bapa kepada seorang anak, penglibatan Asyraf dalam dunia hiburan sebenarnya sudah bermula sejak dia menjejakkan kaki ke dalam program Imam Muda beberapa tahun lalu.

Sementelah sudah mempunyai sebuah album berjudul Rahmatan Lil Alamin, Asyraf tetap bersifat fleksibel.

"Cakap pasal hiburan dan agama, ada ustaz yang hanya tumpu kepada ibadah, solat, zikir, baca al-Quran. Ada juga yang suka hiburan seperti dengar lagu-lagu islamik. Asalkan hiburan itu masih ikut syarak, ia okey.

"Namun, kalau hiburan itu dilihat dalam definisi yang lebih meluas, pesta berbuka, tarawih, moreh serta menjamu orang berbuka juga satu bentuk hiburan. Itu satu budaya yang bagus. Berjalan-jalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman juga satu hiburan dan keseronokan pada bulan Ramadan ini," ujarnya.

Mengkategorikan hiburan ke dalam beberapa bentuk dan tidak bertumpu hanya pada satu jurus sahaja, Sharifah Khasif setuju bahawa aktiviti mengimarahkan Ramadan juga merupakan satu bentuk hiburan.

"Al-Farabi satu nama yang sinonim dengan kesenian Islam pernah mengatakan bahawa seni itu indah, ia tidak dapat dipegang tetapi mampu dirasai dalam jiwa.

"Justeru, salah satu cara kita nak mengimarahkan Ramadan adalah dengan memperbanyakkan zikir selepas solat. Bukan setakat solat fardu malah solat sunat sebelum dan selepasnya.

"Amalan bertadarus, mengimarahkan masjid dan mengadakan majlis-majlis ilmu serta taklim seperti tazkirah, tilawah al-Quran termasuk hafazan itu juga boleh disifatkan sebagai hiburan," jelas qariah kelahiran Ipoh itu.

Mencondongkan pandangan terhadap kemeriahan penyiaran rancangan-rancangan bersifat kerohanian dan islamik di stesen-stesen televisyen serta permintaan persembahan oleh selebriti nasyid yang berlipat ganda, senario hiburan islamik bermusim pada bulan puasa itu sebenarnya masih merupakan situasi yang terpuji.

"Saya puji kerana masyarakat kini banyak yang berminat ke arah mencari ilmu bukan sahaja duniawi tetapi ukhrawi. Cuma pada bulan Ramadan, ia lebih sesuai andai diperbanyakkan," jelas Sharifah Khasif pula.

Berbuka dan sahur pada waktu yang ditetapkan manakala malam diperuntukkan untuk ibadah tarawih dan bacaan al-Quran, tuntutan sepanjang Ramadan ini dilihat Asyraf sebagai satu proses pendidikan yang terancang.

"Ini namanya pengurusan masa. Pengurusan masa ini yang dituntut dan diteruskan selepas bulan Ramadan nanti," kata Asyraf sebelum berakhirnya sesi bersama tiga ejen kerohanian yang sempat dipertemukan itu.

Saya mohon maaf - Alyah

Posted:

Saya mohon maaf - Alyah

Saya mohon maaf - Alyah

CERITA pergaduhan antara Alyah serta pengurusnya Syuib dengan pengarang hiburan sebuah organisasi media sudah tidak dapat ditutup lagi.

Semakin memburukkan keadaan, Alyah dikatakan mengambil tindakan untuk memboikot pihak media terbabit. Seperti yang semua sedia maklum, media dan artis saling memerlukan antara satu sama lain. Hubungan baik yang bertahun-tahun terbina akhirnya lebur oleh sebab yang remeh.

Perbalahan yang dikatakan berpunca daripada salah faham itu menjadi berapi-api apabila kedua-dua pihak mula berkira-kira untuk memboikot antara satu sama lain.

Penyanyi Kisah Hati tersebut dikatakan menyalahkan media berkenaan gara-gara artikel yang berjudul Alyah Tunggu Pinangan Ramli MS.

Tidak berpuas hati terhadap fakta dan cara penulisan artikel terbabit, pihak pengurusan Alyah mengugut untuk memboikot media terbabit.

Isu yang berlaku antara Alyah bersama pengarang dan akhbar itu muncul semula apabila sebuah lagi artikel yang bertajuk Alyah Mahu 'Gam' Media? turut disiarkan.

Sejurus artikel berkenaan tersebar, penyanyi yang kini sudah berhijab menjadi terpinga-pinga. Dia terkesima dan tidak menyangka perkara itu menjadi satu isu yang besar.

Hatinya rusuh dan fikirannya ditimpa pelbagai persoalan. Hasil temu bual menerusi telefon, Alyah mendakwa jadualnya sangat padat untuk dia bertemu para petugas media bagi menjernihkan situasi.

Ketika sedang melakukan latihan nyanyian, dia meminta kebenaran untuk memberi mesej berupa teks untuk diterbitkan.

Dengan harapan agar situasi itu tidak berlarutan atau menjadi bertambah keruh, Alyah mengaku dia bersedia meminta maaf jika kesalahan itu dilihat datang daripada pihaknya.

Berikut merupakan isi teks mesej yang disampaikan oleh penyanyi itu berkaitan selisih fahamnya dengan media itu dengan pengurusnya, Syuib yang membawa kepada kekeruhan antara dirinya serta pihak media.

"Saya tidak tahu apakah perbincangan antara Syuib, pengurus saya dan wartawan tersebut. Saya cuma rasa kecewa kenapa cara penulisannya seolah-olah seperti dia memang bercakap dengan saya. Kalau daripada pihak saya yang bersalah, saya mohon maaf."

Petikan WhatApps daripada Alyah juga berbunyi begini:

"Daripada tajuk berita yang telah keluar yang menyatakan Alyah gam media, itu membuatkan hati wartawan lain terguris. Saya rasa kecewa sebab itu bukan keluar daripada mulut saya.

"Saya tidak kisah untuk meminta maaf. Cuma sampai sekarang saya masih terpinga-pinga kerana saya tidak pernah berkata begitu (gam media).

"Saya dan Syuib masih okey dan memang terbuka tentang kerja. Saya tidak rasa semua ini adalah penamat kerjaya saya. Hubungan Alyah dan Syuib sebagai pengurus juga masih okey."

Akhir kata daripada Alyah, dia menyedari hakikat kehidupan bahawa dirinya tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak.

"Hidup memang begini, saya tidak boleh buat semua orang suka saya. Apa pun saya reda. Dan jika salah dan silap daripada pihak saya, saya mohon maaf," katanya.

Lagu raya cara Iamneeta

Posted:

Lagu raya cara Iamneeta

Lagu raya cara Iamneeta


GRUP Iamneeta dianggotai oleh Anas (kiri), Neeta (tengah) dan Patrick.


GRUP Iamneeta memulakan langkah seni menerusi laman sosial YouTube. Bermula dengan menyanyikan semula lagu-lagu penyanyi lain tetapi kumpulan yang dianggotai dua jejaka dan seorang wanita itu kini mengorak langkah ke dalam seni hiburan komersial.

Iamneeta yang digerakkan oleh Neeta Manishaa selaku penyanyi solo, Patrick Anohada (gitar utama) dan Anas Zakwan Azhar (bass) boleh berbangga setelah disunting menjadi artis rakaman dalam masa yang singkat.

"Asalnya, kami tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya berkenalan menerusi laman sosial Myspace. Setelah berkongsi minat yang sama, kami pun bersatu dalam kumpulan dan menyanyikan semula lagu-lagu popular dengan cara kami.

"Lagu-lagu tersebut seperti One More Night (Maroon Five), Rolling in the Deep (Adele) dan Wish You Were Here (Avril Lavigne) telah dimuat naik ke YouTube. Tidak sangka pula diterima sebegitu rupa.

"Setelah kira-kira setahun memuat naik beberapa klip video di YouTube dengan menggunakan nama Iamneeta, kami mendapat perhatian syarikat rakaman NAR Records yang menawarkan untuk dijadikan artis rakaman," kata Patrick mewakili rakan-rakannya.

Grup itu hanya mempunyai nama Neeta dan tidak mengandungi dua lagi nama jejaka yang turut menganggotainya iaitu Anas dan Patrick.

Sampuk Neeta, grup itu pernah berhasrat untuk dikenali dengan nama lain. Namun, dia terpaksa akur untuk terus menggunakan Iamneeta kerana peminat telah mula mengenali mereka dengan nama itu.

"Saya membuka akaun di YouTube atas nama Iamneeta kerana suka-suka. Ketika itu, saya masih belum mengenali mereka. Setelah bersama, kami kekal menggunakan nama akaun di YouTube itu untuk memuat naik lagu-lagu versi 'cover' kami itu.

"Sebenarnya, saya sendiri sedikit kekok apabila hanya nama saya seorang tertera pada nama grup ini. Namun, nama itu terpaksa dikekalkan kerana kami sudah dikenali sebagai Iamneeta," kata Neeta.

Mereka yang telah muncul dengan dua buah single berjudul Tuhan Tolong Aku dan Terima Kasih mendapat hit yang tinggi di YouTube. Lagu single Tuhan Tolong Aku telah ditonton lebih 520,000 kali manakala Terima Kasih sudah dilihat lebih 710,000 kali.

Selain itu, Iamneeta bersama-sama artis NAR Records bakal menjayakan sebuah lagu hari raya bagi memeriahkan sambutan perayaan itu tidak lama lagi.

"Menjelang Hari Raya Aidilfitri ini, Iamneeta bersama-sama Najwa Latif, Mimie Haris dan Deanna Hussin akan bergabung dalam sebuah lagu berjudul Hari Raya.

"Lagu itu merupakan ciptaan Patrick dan ia sebenarnya buat pertama kalinya sudah dirakamkan pada tahun lalu. Namun, ia diberi nafas baharu dan lebih meriah apabila dinyanyikan secara beramai-ramai. Ia menampilkan rentak dan lirik ringkas yang dijangka mudah diterima oleh golongan pendengar muda," kata Neeta.

Iamneeta juga kini dalam proses akhir menyiapkan sebuah album penuh yang dijangka berada di pasaran pada hujung tahun ini. Album yang kesemua lagunya dicipta oleh Patrick itu akan mengandungi enam buah lagu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved