Sabtu, 31 Disember 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Berlumba dengan bot nelayan

Posted:

Berlumba dengan bot nelayan

Berlumba dengan bot nelayan

PADA pandangan mata kasar, perairan Kuala Sepetang di Perak yang menghadap ke Selat Melaka tiada bezanya dengan kuala sungai lain yang ada di negara ini.

Panorama perkampungan nelayan berlatarbelakangkan hutan paya bakau yang sangat luas ini memang cukup indah untuk dinikmati, apatah lagi apabila disimbah sinaran merah matahari di ufuk barat.

Namun, di sebalik kekayaan alam yang dimilikinya, Kuala Sepetang turut mempunyai keunikan tersendiri kerana ia sering menjadi tumpuan ikan dolfin atau ikan lumba-lumba.

Kehadiran mamalia yang boleh hidup di laut dan sungai ini secara tidak langsung menjadikan Kuala Sepetang sebagai lokasi ekopelancongan yang menarik untuk dilawati.

"Ikan dolfin memang kerap dijumpai di sini. Ia suka mengekori bot nelayan yang pulang dari laut menuju ke kuala.

"Ikan-ikan ini tidak mengganggu kami, malah kami menganggapnya sebagai rakan hingga ada yang memberi makan kepada dolfin yang menghampiri bot," ujar nelayan udang, Mohd. Adam Hassan, 40.

Beliau yang sudah 30 tahun turun ke laut memberitahu sering terserempak dengan ikan dolfin sejak berusia 10 tahun lagi.

"Dolfin memang ada di kawasan ini, terutamanya di Kuala Sepetang dan Kuala Sanggar.

Tepuk tangan


DOLFIN akan menjadi lebih tangkas jika pengunjung bertepuk tangan dan bersorak kepadanya.


"Ia biasanya datang secara berkumpulan, namun pernah juga saya jumpa hanya seekor ikan dolfin yang berani mendekati bot saya," katanya.

Gemar memakan ikan duri, mamalia yang aktif dan gemar bersosial ini sangat sukakan belahan air dan buih-buih putih yang terhasil setiap kali bot melalui kuala.

"Biasanya ikan ini akan ekori bot dari jauh. Apabila ia merasakan persekitaran tersebut selamat, baru ia menimbulkan badannya di permukaan air sedikit demi sedikit.

"Malah, kalau kita tepuk tangan dan bersorak, ia akan melompat ke atas. Kalau bernasib baik, dolfin akan senyum pada kita," katanya yang belum pernah mendengar ada dolfin yang dijumpai mati di Kuala Sepetang.

Menurut pemandu pelancong, Khairul Salleh Ahmad, 40-an, dia pernah terserempak dengan sekumpulan 10 ekor dolfin tidak lama dahulu.

"Dolfin memang sering bermain di kawasan ini, tetapi untuk berjumpa dengannya, itu bergantung kepada nasib juga.

"Ada masanya memang mudah untuk kita nampak ikan ini, tapi pernah juga pelancong pulang kehampaan kerana kelibat dolfin langsung tidak kelihatan walaupun sudah berjam-jam bot menyusuri kuala," katanya yang juga merupakan individu bertanggungjawab memperkenalkan dolfin Kuala Sepetang sebagai produk pelancongan melalui laman blognya, fireflyzone.blogspot.com.

Baru-baru ini, Jurnal berkesempatan menjejaki dolfin di Kuala Sepetang bersama bantuan Khairul dan Adam.

Bermula pada pukul 4 petang, kami menyusuri Kuala Sepetang menghilir ke Selat Melaka yang terletak kira-kira setengah jam perjalanan dengan menaiki bot.

Mencari kelibat dolfin di dalam hujan bukanlah perkara mudah. Setelah sejam meninjau, pencarian kami masih belum berhasil.

Adam mengesyorkan kami bergerak ke Kuala Sanggar kerana dia sering melihat dolfin di situ.

Kira-kira 25 minit mencari, kami akhirnya tersenyum melihat dari jauh sirip dan muncung dolfin di permukaan air.

Rasa ingin tahu menyebabkan kami nekad mendekati kumpulan empat ekor dolfin ini. Ketika itu hati tidak putus berdoa supaya kehadiran kami tidak menakutkan keluarga mamalia ini.

Main sorok-sorok

Dengan masa yang agak terhad, jurufoto Fauzi Baharudin bergelut untuk mengambil gambar dolfin yang tangkas melompat ke udara sebelum hilang di balik air keruh.

Seolah-olah bermain sorok-sorok, ikan dolfin ini akan tenggelam di tempat berbeza untuk menarik perhatian kami sebelum terus hilang, dipercayai untuk kembali semula ke laut.

Menyifatkan dolfin berpotensi menjadi produk ekopelancongan berjaya di Kuala Sepetang yang juga popular dengan penghasilan kayu arang dan kelip-kelip di Kampung Dew, Khairul sering mendapat reaksi positif daripada pelancong.

"Mereka sangat menghargai keindahan alam di sini dan mengharapkan ia mampu dipertahankan pada masa akan datang," katanya yang sudah mengendalikan ribuan pelancong yang datang untuk melihat dolfin di Kuala Sepetang.

Sementara itu, pakar Biologi Marin, Dr. Louisa Ponnampalam dari Institut Sains Lautan dan Bumi, Universiti Malaya berpendapat jika ingin menggalakkan dolfin sebagai tarikan, penting untuk pengendali pelancongan dan orang awam mempunyai pengetahuan mencukupi mengenai ikan itu.

"Ia adalah satu keperluan kerana jika inisiatif ekopelancongan tidak diuruskan dengan baik, ia boleh menjadi penyebab dolfin yang ada itu berhijrah ke tempat lain," katanya.

Tambah Louisa, masyarakat sering menganggap ikan jenis ini mudah mesra namun realitinya ia termasuk dalam golongan haiwan pemangsa teratas dalam rantaian haiwan laut.

"Apabila ada dolfin, sudah tentu terdapat banyak hidupan lain seperti ikan dan sotong yang menjadi makanannya di situ.

"Justeru, pemuliharaan optimum ekosistem di sini sangat penting bagi memastikan mamalia ini terus ada di sini," ujarnya.

Jelasnya, cara terbaik untuk meninjau ikan dolfin ialah dengan menggunakan bot kecil yang lebih senyap enjinnya.


KUALA Sepetang terletak 18 kilometer dari bandar Taiping.


Mengulas perkara sama, Ketua Komunikasi Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS), Andrew Sebastian mengharapkan lebih banyak kajian ke atas tingkah laku dolfin dilakukan supaya orang ramai boleh dididik mengenai cara untuk berdepan dengan mamalia ini.

"Pendedahan ini perlu supaya ia tidak mendatangkan persekitaran bahaya kepada ikan dolfin.

"Ikan jenis ini adalah makhluk yang pandai bergaul namun keramahannya itu tidak boleh dijadikan kesempatan yang boleh mengundang risiko," kata Andrew.

Full content generated by Get Full RSS.

Dipisah jin tok cha

Posted:

Dipisah jin tok cha

Dipisah jin tok cha

Oleh SYALMIZI HAMID


FIDA menjerit kepanasan sewaktu dirawat oleh Shamsuri di sebuah pusat rawatan Islam di Nilai, Negeri Sembilan.


RUMAH tangga pasangan suami isteri, Shukri dan Fida begitu bahagia dalam tempoh 15 tahun lalu. Lebih-lebih lagi mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang comel.

Hidup mereka mungkin tidak mewah tetapi kasih sayang pasangan itu melimpah-ruah. Shukri, 43, bekerja sebagai pegawai berpangkat rendah di sektor kerajaan manakala Fida, 38, ialah seorang suri rumah.

Bagaimanapun, lima bulan lalu hubungan suami isteri ini terganggu.

Rutin harian di rumah pangsapuri mereka yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur hampir berubah seratus peratus. Jika dahulu Fida akan menguruskan anak-anak, kini tiga beradik itu terpaksa berdikari.

Sebelum ini Fida tidak pernah lupa untuk menyambut Shukri di muka pintu apabila si suami pulang daripada kerja, sekarang Shukri hanya menerima makian daripada wanita bertubuh kurus itu.

Berubah

"Dia berubah sejak lima bulan lalu. Semuanya bermula selepas isteri memberitahu saya yang dia mengalami mimpi buruk dan aneh.

"Pada awalnya saya menganggap mimpi itu perkara biasa. Tetapi lama-kelamaan sikapnya berlainan sekali. Dia berubah menjadi pemarah," terang Shukri.

Fida kerap meracau dan menghamburkan kata-kata kesat kepada Shukri dan anak-anak terutamanya pada awal pagi dan senja.

Fida juga tidak boleh ditegur. Dia akan menengking dan meminta Shukri menceraikannya.

Disebabkan masalah itu, Shukri terpaksa mengambil cuti untuk menguruskan keluarganya. Dia juga tidak dapat melakukan hubungan intim bersama si isteri kerana sering berdepan halangan.

"Setiap kali didekati, isteri saya seperti tidak selesa dan dia berasa mual. Boleh dikatakan sejak dia mengalami mimpi aneh itu saya tidak lagi dapat bersama dengannya hingga sekarang.

"Apabila masuk sahaja waktu Maghrib atau awal pagi, dia akan berubah sikap. Peliknya dia akan berkeadaan biasa pada waktu lain cuma dia kelihatan sugul dan sensitif," kata Shukri.

Menyedari Fida berubah perilaku daripada seorang isteri yang mentaati suami kepada seseorang yang seakan-akan musuh, Shukri membawa Fida ke sebuah pusat rawatan Islam di Nilai, Negeri Sembilan.

Di sana Fida dirawat dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan diberi minum air zam-zam menyebabkan jin yang menguasai tubuh Fida kepanasan.

Sudahnya, semua rahsia mengenai siapa yang melakukan ilmu hitam yang dikenali sebagai sihir pemisah itu dibongkar oleh jin itu.

Dalam keadaan tidak sedar, jin yang menghuni badan Fida memberitahu nama seorang wanita yang didakwa Shukri merupakan sahabat dan jirannya.

Fida turut menjerit meluahkan apa yang diingininya iaitu agar dia ditinggalkan oleh Shukri.

"Aku benci kau. Ceraikan aku, ceraikan aku," jerit Fida sambil menuding jari telunjuk tepat ke arah suaminya.

Setelah dibacakan ayat-ayat rukyah oleh pengamal perubatan Islam di situ, Fida menggelupur kesakitan. Pada masa yang sama dia menjerit meminta tolong daripada seseorang yang dipercayai bomoh yang melakukan sihir terhadapnya.

"Tolong aku tok cha. Aku panas. Jaga kau Shukri aku akan ganggu kau sampai mati," laung Fida dalam loghat Melayu Selatan Thailand sebelum dia rebah dan pengsan.

Tok cha merupakan panggilan untuk bomoh Siam. Dalam kalangan penduduk Kelantan dan Selatan Thailand, tok cha juga merujuk kepada sami Buddha.

Seketika kemudian Fida bangkit. Dia sempat menjeling kepada tiga orang anaknya yang sedang memerhati gelagat ibu mereka dengan perasaan sayu.

"Kau bukan anak aku," jerit Fida kepada anak sulungnya yang berusia 14 tahun.

Luluh dengan kata-kata itu, ketiga-tiga kanak-kanak itu berundur sambil menangis.

Mereka memahami situasi yang dialami ibu mereka itu, tetapi jauh di sudut hati mereka terkesan dengan kata-kata wanita yang sebelum ini begitu akrab dengan mereka.

Tokong

"Memang berat kesedihan yang terpaksa ditanggung. Tetapi selagi perasaan dengki ada dalam diri, manusia tidak akan senang melihat kebahagiaan orang lain.

"Susah untuk saya mengungkapkan dengan kata-kata apa yang dirasai. Tuhan sahaja yang tahu betapa luluhnya hati saya," kata Shukri.

Walaupun niat jahat orang yang menghantar sihir pembenci kepada Fida itu hampir berjaya, Shukri pula semakin tekad untuk mempertahankan rumah tangga yang telah lama terbina. Dia sedaya upaya mengusir jin yang menguasai jiwa isterinya itu.

Seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie memberitahu, sihir berbentuk jampi oleh bomoh Siam untuk memisahkan pasangan suami isteri sering terjadi.

"Selalunya, barang-barang peribadi mangsa digunakan untuk dijampi.

"Selepas itu, tok cha akan menghantar jinnya berlegar-legar di rumah mangsa sebelum menabur serbuk besi bak atau ibu besi yang sudah dijampi di sekeliling rumah. Kebiasaannya jampi itu dibuat di dalam tokong.

"Selain menggunakan debu besi, kaedah sihir menerusi menjampi nama, pakaian dan makanan mangsa selain santau angin turut digunakan.

"Jadi berhati-hatilah jika kita menjemur pakaian dalam di luar rumah kerana ia memudahkan musuh kita melakukan sihir seperti itu," nasihat Shamsuri.

Jelas Shamsuri, antara ciri yang ditunjukkan oleh mereka yang telah terkena sihir pemisah adalah perasaan cinta bertukar benci secara tiba-tiba, menjadi begitu sensitif, sukar mengaku kesalahan diri, melihat pasangan berwajah hodoh dan membenci anak-anak.

Full content generated by Get Full RSS.

Jutawan dua beradik

Posted:

Jutawan dua beradik

Jutawan dua beradik

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN


AIDA (kiri) dan Akmar bergabung dalam Millionaire Sisters, syarikat yang berasaskan pelaburan saham amanah.


RASA kagum seakan-akan menjalar dalam diri tatkala mendengar kisah dua beradik bergelar jutawan jelita ini. Bukan sahaja memiliki personaliti menarik bahkan kejayaan mereka begitu mengagumkan.

"Apa yang lebih membahagiakan, kami dapat melihat orang bawahan yang kami didik berjaya seperti kami," ujar Ketua Pegawai Eksekutif, Amazing Millionaire Sisters Group, Nor Akmar Hanif, 34.

Akmar dan adiknya, Aida Nurlin Hanif, 30, merupakan jutawan pelaburan berasaskan saham amanah dan insurans terkenal di negara ini.

Walaupun bermula daripada sifar, prinsip tidak mudah mengaku kalah dan bersikap positif membolehkan mereka meraih pelaburan bernilai jutaan ringgit pada usia 20-an lagi.

"Untuk maju dalam perniagaan, anda perlu tanam dalam diri bahawa tiada perkara yang mustahil untuk dicapai.

"Jika kita tahu cara berniaga yang betul dan sanggup bekerja keras, insya-Allah kejayaan akan datang kepada kita," ujar Aida.

Beliau memberitahu, wang sentiasa ada di luar sana. Apa yang perlu dilakukan ialah mencari jalan untuk sampai kepada sumber kewangan yang betul.

Lima angka

Itulah yang dilakukan Akmar dan Aida hingga mereka berupaya mencatat jumlah pelaburan mencecah ratusan juta ringgit setahun.

"Alhamdulillah, ini rezeki yang saya tidak pernah terfikir sebelum ini. Sebaik sahaja saya menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Sistem Maklumat di Institut Sains dan Teknologi Universiti Manchester di Britain pada tahun 1999, saya sudah bercadang untuk berniaga.

"Saya pernah bekerja dengan duduk di depan komputer dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Tetapi itu bukan cara kerja yang saya inginkan.

"Saya mahu bekerja mengikut masa dan jumlah pendapatan yang saya tentukan sendiri.

"Saya juga enggan terikat dengan peraturan yang merimaskan. Jadi selepas tiga bulan bekerja saya berhenti kerana mahu menceburi bidang perniagaan.

"Kemudian, apabila seorang rakan memperkenalkan saya dengan dunia saham amanah, hati kecil saya terdetik, inilah yang saya cari selama ini," kata Akmar, anak ketiga bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, Hanif Amran.

Berkat kesungguhannya, jualan unit saham amanah Akmar mencecah RM1 juta dalam masa tiga bulan sahaja.

Kemampuannya mengurus dan mengendalikan jualan pelaburan turut meletakkan dirinya sebagai pengurus agensi kumpulan termuda di sebuah institusi kewangan terbesar di negara ini.

Malah, beliau mampu memperoleh pendapatan lima angka atau sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan sewaktu berumur 26 tahun.

"Pelaburan seperti ini cuma perlukan modal yang kecil tetapi mampu menjana pendapatan yang di luar imaginasi kita," kata Akmar.

Selain itu, wanita bujang ini juga berjaya membuka agensinya sendiri pada usia 25 tahun. Pada usia 28 tahun, beliau mampu melahirkan sebanyak 10 Pengurus Agensi Kumpulan (GAMS).

Pencapaian terbesar Akmar ialah sebagai ketua pengurus kumpulan Master Builder iaitu anugerah yang dimenangi empat kali berturut-turut.

Anugerah lain ialah Brand Ambassador, Group Agency Manager Platinum, Top GAM, Master Recruiter, Million Sales Achiever dan Million Dollar Round Table.

Walaupun mempunyai latar belakang akademik yang berbeza, ia bukan halangan untuk Akmar berjaya dalam bidang saham amanah dan insurans.

"Anda tidak semestinya menjadi apa yang anda belajar. Sebaliknya, cara untuk berjaya dalam pelajaran itu perlu diadaptasikan dalam pekerjaan," katanya.

Tukar baju

Aida yang mengikut jejak Akmar berniaga semasa masih bergelar penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, cabaran untuk berjaya dalam pengajian dan perniagaan menjadikan dirinya seorang yang kuat bekerja dan berdisiplin.

"Prinsip saya ialah satu-satu pekerjaan mesti dibuat hingga sempurna dan berjaya.

"Ketika menyertai kakak dalam perniagaan ini, saya masih belajar dalam jurusan Sains Aktuari. Saya bangun pukul 5 pagi untuk siapkan tugasan dan ulang kaji pelajaran.

"Pukul 8 pagi, saya berjumpa dengan pelanggan dan pukul 10 pagi saya akan bergegas ke kelas.

"Menukar baju kuliah di tandas adalah perkara biasa ketika itu," katanya yang pada masa itu komited untuk mengutip jualan sebanyak RM20,000 sehari.

Aida turut mengakui, selain kerja keras, pengalaman hidup di sekolah berasrama penuh banyak membantunya.

"Di asrama, saya belajar untuk uruskan masa sendiri dan pada masa yang sama, kita lebih sedar tanggungjawab kita," kata bekas pelajar Kolej Tunku Kursiah di Seremban, Negeri Sembilan ini.

Kini Aida tersenyum lebar melihat hasil tuaian penat lelahnya selama ini.

"Jika anda tahu strategi berniaga, tidak mustahil anda memperoleh RM100,000 dalam masa 100 hari. Jika saya boleh buktikan, anda juga pasti boleh," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Buru premis logo haram

Posted:

Buru premis logo haram

Buru premis logo haram

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my

SEBUAH premis di George Town yang masih lagi mempamerkan logo halal Islamic Food Research Centre Asia yang telah diharamkan.


KUALA LUMPUR – Walaupun tarikh wajib penggunaan logo Halal Malaysia keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bermula hari ini, masih banyak premis terutamanya yang menjual makanan terang-terang mencabar pihak berkuasa dengan mempamerkan logo keluaran syarikat swasta yang sudah diharamkan penggunaannya.

Tinjauan Jakim mendapati hampir 1,900 premis masih menggunakan sijil halal yang diharamkan seperti Halal Food Council S.E.A, Islamic Food dan Research Council dan IFANCA International.

Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf berkata, tindakan tegas akan diambil memandangkan tempoh mendapatkan logo Halal Malaysia sudah mencukupi.

"Mereka yang ingkar berdepan dengan tindakan denda sehingga RM250,000 bagi organisasi dan RM100,000 bagi individu atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali ," katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Tindakan tegas itu sudah berkuat kuasa mulai hari ini melalui Akta Perihal Dagangan 2011 selepas sidang Parlimen pada Julai lalu memutuskan hanya logo Halal Malaysia sahaja yang dibenarkan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Ubat HKL bernilai RM1 juta hilang angkara orang dalam

Posted:

Ubat HKL bernilai RM1 juta hilang angkara orang dalam

Ubat HKL bernilai RM1 juta hilang angkara orang dalam


POLIS masih memburu beberapa lagi individu yang dikatakan terlibat dalam kes kehilangan ubat-ubatan di HKL.


KUALA LUMPUR - Kehilangan bekalan ubat-ubatan bernilai RM1 juta di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak kebelakangan ini rupa-rupanya angkara orang dalam.

Hasil siasatan polis ekoran kejadian pada 25 Disember itu mendapati kemudiannya membawa kepada penahanan dua suspek yang juga kakitangan HKL di rumah mereka di sekitar ibu kota.

Menurut sumber, kedua-dua suspek yang ditahan Khamis lalu didapati sudah bekerja di bahagian farmasi HKL selama lebih dua tahun.

Mereka disiasat atas dakwaan melarikan pelbagai jenis ubat dan mengambil kesempatan sempena hari cuti umum untuk melarikan ubat-ubatan berkenaan.

"Suspek mengambil kesempatan pada cuti Krismas untuk melarikan ubat-ubatan tersebut kerana ketika itu kebanyakan kakitangan HKL bercuti," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan, suspek melarikan ubat-ubatan tersebut sedikit demi sedikit bagi mengelak dikesan dan dipercayai menjualnya di pasaran gelap.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Mayat mangsa lemas berpelukan

Posted:

Mayat mangsa lemas berpelukan

Mayat mangsa lemas berpelukan

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my


JENAZAH salah seorang mangsa lemas dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang di Gerik semalam.


GERIK – Mayat tiga kanak-kanak termasuk dua beradik yang hanyut selepas sampan mereka terbalik di Sungai Perak berhampiran Kuala Kenderong dekat sini pada Khamis lalu dijumpai awal pagi semalam.

Mayat Muhammad Amir Fadlillah Ruzai, 11, dan adiknya, Muhammad Adham Hamiz, 8, ditemui terapung kira-kira 30 kilometer (km) dari lokasi kejadian pada kira-kira pukul 3 pagi.

Agak mengharukan apabila mayat mereka ditemui dalam keadaan berpelukan oleh seorang penduduk kampung yang sedang memeriksa pukatnya di tebing Sungai Perak berhampiran Titi Air Ganda dekat sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, mayat Mohd. Saiful Haikal Dahari, 7, pula ditemui oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9 pagi.

"Mayat tersebut dijumpai di kawasan Tasik Chenderoh iaitu kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa pertama dan kedua ditemui," katanya di sini semalam.

Jenazah tiga kanak-kanak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Padang di sini selepas solat Zuhur.

Kosmo! semalam melaporkan tiga kanak-kanak tersebut hilang selepas menaiki sampan milik bapa saudara mereka di Sungai Perak pada pukul 12 tengah hari Khamis lalu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tunggu dulu...

Posted:

Tunggu dulu...

Tunggu dulu...

KESUDIAN Selangor yang mahu 'merujuk semula' dengan Safee Sali amat dihargai oleh bekas penyerang berbisa skuad Gergasi Merah itu.

Mengakui terharu dengan 'jemputan' tersebut, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim begitupun berkata, ia tidak akan berlaku dalam tempoh terdekat.

Ini kerana, beliau membayangkan Safee akan kekal bersama kelabnya, Pelita Jaya apabila dijangka memperbaharui kontraknya yang akan tamat pada 31 Januari ini.

Menurut Zakaria, beliau akan berlepas ke Indonesia Selasa ini (3 Januari) bagi mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara itu bersama pihak pengurusan Pelita Jaya.

"Terima kasih Selangor kerana prihatin dengan situasi Safee. Bukan tidak sudi, tetapi tempoh pendaftaran Liga Malaysia (Liga-M) 2012 juga sudah ditutup, jadi Safee tidak boleh duduk diam sahaja sehingga April depan.

"Saya akan ke sana (Indonesia) pada 3 Januari nanti, jika tawarannya menarik, Safee besar kemungkinan akan kekal bersama Pelita Jaya," kata Zakaria kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Zakaria menegaskan, Safee masih berminat beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) dan tidak hanya mahu kembali beraksi bersama Selangor semata-mata sekembalinya pemain itu suatu hari nanti.

"Ada pasukan (selain Selangor) yang berminat, tetapi hanya 'cakap mulut' sahaja.

"Lagipun, baru enam bulan Safee berkelana ke luar negara, berilah dia tempoh menimba ilmu dan pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun lagi," katanya.

Zakaria berkata, kontroversi berhubung masa depan Safee yang dikatakan tidak dapat beraksi bersama skuad Harimau Malaya gara-gara Liga Super Indonesia (ISL) diharamkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) juga semakin hampir menemui jalan penyelesaian.

"Ini kerana Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sah telah diambil alih oleh Komiti Penyelamat Sepak Bola Indonesia baru-baru ini," jelas Zakaria.

Menurutnya, komiti yang ditubuhkan pada 19 Disember lalu itu akan mempengerusikan kongres tahunan PSSI pada 21 Januari depan bagi membincangkan pelbagai perkara berbangkit termasuk usul menolak kepimpinan Ketua Umum PSSI ketika ini, Djohar Ariffin Husin sebelum kembali bersidang pada Mesyuarat Agung PSSI, 6 Mac depan.

"Justeru, masa depan Safee sebenarnya masih selamat di sana dan tidak perlu berhijrah ke mana-mana pasukan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiket Olimpik 2012 jadi rebutan

Posted:

Tiket Olimpik 2012 jadi rebutan

Tiket Olimpik 2012 jadi rebutan


IMBAS KEMBALI... Shahrul (tengah) dinobatkan selaku juara GP Pahang pada perlumbaan yang berlangsung di Raub, Jun lalu.


JAMINAN tiket diserap berlatih bersama skuad kebangsaan dan merebut slot pada Sukan Olimpik 2012 di London menjadi pertaruhan terbesar pada pusingan akhir Kejohanan Lumba Basikal Akhir Sirkit Grand Prix (GP) Kebangsaan 2011 di Muar, Johor hari ini.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) telah menetapkan betapa juara keseluruhan Sirkit Grand Prix Kebangsaan 2011 yang melibatkan tujuh pusingan - GP Kelantan, GP Kuala Lumpur, GP Melaka, GP Pahang, GP Perlis, GP Negeri Sembilan dan GP Johor akan dipertimbangkan untuk berlatih dan merebut slot ke London.

Setakat ini, nama tiga pelumba termasuk dua tonggak Terengganu Cycling Team (TSG) - Mohd. Zamri Salleh, Mohammad Saufi Mat Senan dan Muhammad Nor Umardi Rosdi dianggap pelumba pilihan hangat muncul juara keseluruhan Sirkit GP Kebangsaan 2011.

Zamri kini mengutip 45 mata setelah mengharungi enam Sirkit GP Kebangsaan 2011 termasuk dua kali menaiki podium, manakala Muhammad Nor Umardi pula yang melakar sejarah unik muncul juara dua kali berturut-turut pada GP Perlis dan GP Negeri Sembilan berkongsi mata sama iaitu 42 mata dengan Saufi.

Begitupun, dua lagi tonggak TSG - Mohd. Shahrul Mat Amin dan Mohd. Harrif Salleh pula masih mampu mengucup gelaran juara keseluruhan Sirkit GP Kebangsaan jika muncul juara GP Johor, sekali gus merebut 20 mata selaku pemenang sekalipun masing-masing hanya mengumpul 35 mata dan 32 mata setakat ini.

Bagaimanapun, mereka perlu mengharapkan Zamri, Muhammad Nor Umardi serta Saufi tidak berada dalam kelompok tiga teratas.

Presiden PKBM, Abu Samah Abd Wahab menegaskan, juara keseluruhan Sirkit GP Kebangsaan 2011 sudah pasti akan berlatih dan merebut slot dalam skuad negara bagi mengharungi temasya Olimpik di London Ogos depan.

"Perkara ini sudah dibincangkan dan saya ingin tegaskan bahawa juara keseluruhan Sirkit Grand Prix Kebangsaan 2011 akan diserap berlatih bersama skuad kebangsaan untuk mengisi dua slot pada Sukan Olimpik 2012.

"Saya percaya perlumbaan kategori elit lelaki esok (hari ini) pasti sengit kerana sekurang-kurangnya lima pelumba semuanya datang dari Terengganu berpeluang muncul juara keseluruhan Sirkit GP Kebangsaan 2011," kata Abu Samah dalam satu kenyataan semalam.

Dalam kategori elit wanita, Masziyaton Mohd. Radzi dari Kedah sudah pasti dinobatkan sebagai juara Sirkit GP Kebangsaan 2011 biarpun apa keputusannya di Muar kerana kutipan 74 mata tidak boleh dipotong oleh mana-mana pelumba termasuk pelumba di tempat kedua, Mariana Mohamad.

Mariana yang mewakili Selangor hanya mengumpul 51 mata dan bakal menjadikan jumlah keseluruhan 71 mata andainya muncul juara pada GP Johor, manakala Nurul Ahmar Badeuzzaman mengutip 48 mata.

Bagi kategori junior lelaki pula, Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri juga bakal bergelar juara keseluruhan kerana kutipan 84 mata sama sekali tidak mampu dipintas oleh Hamdan Hamidon dari Selangor yang hanya mengumpul 61 mata.

Full content generated by Get Full RSS.

Cerita suka duka badminton negara

Posted:

Cerita suka duka badminton negara

Cerita suka duka badminton negara

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


TINGGAL KENANGAN... Misbun (kiri) tidak lagi membimbing Chonbg Wei selepas meletakkan jawatan pada 31 Disember 2010.


KALENDAR arena sukan badminton tanah air sepanjang tahun ini dihiasi dengan 1,001 cerita suka dan duka.

Namun, yang paling mencuri tumpuan sudah pastilah prestasi jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Apa tidaknya, mereka merupakan sandaran utama buat kontinjen Malaysia bagi menyumbangkan pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Jika dibuat penilaian prestasi mereka sepanjang tahun 2011, ternyata prestasi Chong Wei dan Kien Keat-Boon Heong bolehlah dianggap membimbangkan dalam misi merealisasikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik.

Meskipun masih mengekalkan kedudukan selaku pemain No. 1 dunia yang disandang sejak 2008, namun kelibat Chong Wei sering kali dibayangi kehebatan seteru utamanya, Lin Dan dari China.

Buktinya, cukup jelas apabila Chong Wei terlepas untuk merangkul gelaran juara pada Kejohanan Dunia buat kali pertama apabila tewas di tangan Lin Dan pada aksi final.

Malah, peningkatan yang dipamerkan bintang muda China, Chen Long juga kini mampu menjadi ancaman buat Chong Wei pada Sukan Olimpik kelak.

Sebagai rekod, Chen Long mengejutkan Chong Wei pada final Terbuka Jepun pada September dan Terbuka Denmark (Oktober).

Terbaru, Chong Wei terpaksa akur dengan ketangkasan bintang muda China itu apabila tewas pada peringkat separuh akhir Siri Super Akhir di Liuzhou, China, 17 Disember lalu.

Bagaimanapun, Chong Wei masih boleh mendabik dada apabila berjaya merangkul lima kejuaraan sepanjang tahun ini - Terbuka Malaysia pada Januari lalu, Seluruh England (Mac), Terbuka India (April), Terbuka Indonesia (Jun) dan Terbuka Perancis (Oktober).

Bagi Kien Keat-Boon Heong pula, prestasi mereka dilihat berada pada tahap kritikal.

Bukan mahu memperkecilkan beregu emas negara itu, namun hakikatnya mereka gagal meraih sebarang kejuaraan pada kejohanan-kejohanan yang disertai sepanjang tahun ini.

Pencapaian terbaik yang dilakar mereka adalah muncul naib juara pada Seluruh England Mac lalu.

Lagak 'ala bintang' yang ditunjukkan kedua-dua pemain itu baik dalam mahupun luar gelanggang, ternyata telah mengundang padah buat mereka.

Entah apa silapnya, meskipun pelbagai cara telah dibuat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi meningkatkan kembali prestasi Kien Keat-Boon Heong, namun semuanya menemui jalan buntu.

Malah, permintaan pasangan tersebut untuk menukar jurulatih daripada dibimbing ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky kepada Pang Cheh Chang turut diluluskan oleh BAM.

Bukan sahaja berlatih di bawah kendalian Cheh Chang, tetapi BAM turut melantik bekas jaguh beregu Korea Selatan, Yoo Yong-sung bagi mengembalikan sentuhan emas pasangan tersebut.

Bagaimanapun, prestasi Kien Keat-Boon Heong tetap sama - tidak ada peningkatan, malah dilihat semakin merudum.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Mayat hangus dalam kereta di ladang kelapa sawit

Posted:

Mayat hangus dalam kereta di ladang kelapa sawit

Mayat hangus dalam kereta di ladang kelapa sawit

31/12/2011 6:01pm

JOHOR BAHRU - Seorang pekerja ladang kelapa sawit menemui satu mayat yang hangus terbakar dalam sebuah kereta di ladang kelapa sawit berdekatan Pasir Gudang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, mayat yang lebih 80 peratus sudah terbakar itu ditemui dalam sebuah kereta Proton Satria yang hampir hangus di ladang berkenaan pada kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Beliau berkata, ketika ditemui, mayat berkenaan berada di bahagian hadapan tempat duduk penumpang.

Polis belum dapat mengenalpasti jantina dan identiti mangsa kerana keadaannya yang telah hangus.

Roslan berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibawa ke ladang tersebut dan dibakar di situ bersama kereta.

"Polis sedang menyiasat secara terperinci kes itu termasuk mengenalpasti identiti mangsa," katanya.

Mayat telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Polis tahan dua lelaki kes bunuh kerani bank

Posted:

Polis tahan dua lelaki kes bunuh kerani bank

Polis tahan dua lelaki kes bunuh kerani bank

31/12/2011 5:32pm

SHAH ALAM - Polis menahan dua lagi lelaki berhubung kes pembunuhan kerani bank yang ditemui mati dengan 15 kesan tikaman di rumah sewanya di Puncak Desa, Kepong pada 21 Disember lalu.

Kedua-dua lelaki berkenaan, masing-masing ditahan lewat malam tadi dan awal pagi ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dengan tangkapan itu, polis mengesahkan telah menahan lima lelaki dan percaya siasatan kes pembunuhan Rozana Mohd. Yusak, 35, dapat diselesaikan.

"Kita telah memaklumkan kepada keluarga mangsa dan tindakan lanjut akan diambil dalam masa terdekat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, selain tiga lelaki yang ditahan di Lembah Pantai dan Datuk Keramat sebelum ini, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun ditahan kira-kira pukul 11 malam tadi di kawasan Bukit Bintang.

Polis merampas sebuah telefon bimbit dipercayai milik mangsa yang berada dalam simpanan lelaki terbabit.

"Ketika ditahan, suspek didapati positif dadah jenis syabu," katanya.

Beliau berkata, seorang lagi lelaki berusia 23 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak kira-kira 4 pagi tadi.

"Kesemua suspek kini dalam tahanan reman polis dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Warga asing ditangkap cuba keluar cara haram

Posted:

Warga asing ditangkap cuba keluar cara haram

Warga asing ditangkap cuba keluar cara haram

31/12/2011 3:32pm

JOHOR BAHRU - Sebanyak 12 warga Sri Lanka dan empat warga Afghanistan ditangkap di Pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar dekat sini dalam cubaan keluar daripada negara ini menuju ke Indonesia dan kemudiannya Australia.

Timbalan Komander Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua, Supritendan N. Kalai Chelvan berkata, pasukan PGM bertindak setelah mendapat maklumat dan mengintip lokasi terbabit sebelum menangkap warga asing itu pada awal pagi semalam.

"Kesemua warga asing berumur di antara 17 hingga 40 tahun mengaku hendak keluar menuju ke negara ketiga, Indonesia dan Australia melalui laluan yang tidak diwartakan dengan menggunakan bot," katanya.

Beliau berkata, kesemua warga asing itu telah diserahkan kepada Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan selanjutnya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Bieber tonton perlawanan bola keranjang NBA

Posted:

Bieber tonton perlawanan bola keranjang NBA

Bieber tonton perlawanan bola keranjang NBA

JUSTIN BIEBER duduk di barisan depan penonton semasa dia menyaksikan perlawanan bola keranjang di Pusat Udara Kanada, Toronto pada Rabu lalu.


TORONTO, Kanada - Penyanyi remaja berusia 17 tahun dari Kanada, Justin Bieber menonton perlawanan bola keranjang antara pasukan Toronto Raptors dan Indiana Pacers di sini pada Rabu lalu.

Dia memakai pakaian berlengan panjang, topi berwarna biru, seluar panjang dan sepasang kasut gelap semasa menonton perlawanan tersebut.

Bieber merupakan penyokong pasukan Toronto Raptors.

Dia yang merupakan kekasih penyanyi Amerika Syarikat, Selena Gomez, 19, turut menyaksikan pasukan sorak Toronto Raptors membuat persembahan di Pusat Udara Kanada.

Bieber duduk di barisan depan penonton semasa dia menonton persembahan pasukan sorak tersebut yang berpakain skirt pendek berwarna merah.

Namun, pasukan kegemaran Bieber itu tewas kepada Indiana Pacers dengan mata 90-85 dalam perlawanan anjuran Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan NBA. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Kapal selam Rusia terbakar

Posted:

Kapal selam Rusia terbakar

Kapal selam Rusia terbakar


ASAP menjulang tinggi dari sebuah kapal selam nuklear Yekaterinburg yang terbakar di sebuah limbungan di wilayah Murmansk, Rusia kelmarin.


MOSCOW - Tentera Rusia menyatakan sejumlah kru sebuah kapal selam nuklear yang terbakar masih berada di dalam kapal selam berkenaan manakala tujuh lagi dihantar ke hospital selepas terhidu asap beracun.

Kementerian Pertahanan Rusia memberitahu, tiada kebocoran radiasi dalam kebakaran yang berlaku kelmarin di sebuah limbungan kapal di wilayah Murmansk.

Ketika kejadian, kapal selam terbabit, Yekaterinburg ditempatkan di sebuah limbungan kering di lokasi berkenaan.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran itu semalam.

Pihak tentera dalam satu kenyataan memberitahu, api bermula di sebuah perancah kayu di limbungan berkenaan sebelum merebak ke bahagian badan kapal selam tersebut.

Menurut kenyataan sama, reaktor kapal selam nuklear Yekaterinburg telah dimatikan manakala 16 buah peluru berpandu nuklear telah dikeluarkan sebelum ia dibaikpulih di limbungan itu.

Pada 18 Ogos 2000, kapal selam nuklear Rusia, Kursk tenggelam di Laut Barents selepas berlaku letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran pada sistem bahan api yang merebak ke tempat simpanan peluru torpedo kapal selam berkenaan.

Semua 118 kru kapal selam sepanjang 154 meter dengan berat sekitar 16 tan itu terbunuh dalam insiden tersebut. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

40 buah kenderaan berlanggar

Posted:

40 buah kenderaan berlanggar

40 buah kenderaan berlanggar


SEJUMLAH kenderaan yang terlibat dalam nahas di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans kelmarin.


NEW ORLEANS, Amerika Syarikat - Dua lelaki mati dan 61 lagi cedera kelmarin menjelang subuh dalam nahas yang melibatkan 40 buah kenderaan, kata polis.

Nahas yang turut melibatkan kereta dan van itu berlaku ketika pemandu memandu dalam keadaan kabus tebal yang membataskan penglihatan di sebuah lebuh raya menuju ke timur New Orleans.

Menurut beberapa orang yang melalui tempat kejadian, mereka mendengar mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut meminta pertolongan.

"Anda baru mendengar semua bentuk panggilan dan orang ramai menjerit meminta pertolongan," kata seorang pemandu trak tunda, Wesley Ratcliff kepada stesen televisyen tempatan WWL-TV.

Menurutnya, dalam tempoh 13 tahun kerjayanya bertindak balas dengan nahas, kemalangan tersebut adalah yang paling buruk pernah dilihatnya.

Seorang jurucakap polis, Garry Flot tidak bercakap mengenai kemungkinan punca nahas.

Menurutnya, seorang mangsa yang mati itu merupakan pemandu sebuah trak pikap.

Dia berkata, seorang lagi mangsa yang mati ialah seorang penumpang sebuah trak pikap lain yang berusia 54 tahun.

Beberapa pemandu yang melalui lebuh raya itu ketika nahas menyatakan, mereka tiba-tiba berada dalam kegelapan dan tidak dapat melihat cahaya lampu kereta.

"Saya berpendapat ia kabus tetapi suami saya menganggap ia merupakan asap," kata seorang saksi, Stacie Williams kepada stesen televisyen WWL-TV. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Jumaat, 30 Disember 2011

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Penari tiang kian terdesak

Posted:

Penari tiang kian terdesak

Penari tiang kian terdesak

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my

ANGGOTA polis menahan seorang GRO yang cuba melarikan diri selepas menyedari kelab malamnya diserbu.


KUALA LUMPUR - Penari-penari tiang berunsur seks di kelab malam di sekitar Lembah Klang mungkin boleh memikirkan 'kerjaya' lain ekoran pihak berkuasa secara berterusan menyerbu premis-premis tersebut selepas pendedahan Kosmo! mengenai kegiatan itu di Pandan Perdana, Ampang Jaya Khamis lalu.

Terbaharu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggempur sebuah pub di Taman Maluri di sini yang turut menyajikan tarian tiang berunsur seks kepada pengunjung pada pukul 1.45 pagi.

Dalam serbuan itu, polis menahan seramai 55 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) tempatan yang disyaki pelayan dan penari tiang berpakaian seksi berusia di antara 17 dan 40 tahun. Mereka ditugaskan untuk melakukan aksi mengghairahkan di pub itu.

Turut ditahan ialah 65 pelanggan termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sebelum dibebaskan sebaik polis berpuas hati dengan keterangan masing-masing.

Seperti di kelab malam di Pandan Perdana, pelanggan di pub berkenaan yang berminat dengan mana-mana penari boleh membeli kalungan bunga, mahkota atau jubah khas pada harga di antara RM20 dan RM1,000 untuk diberikan kepada gadis-gadis yang berkenan di hati.

Layanan istimewa pula menanti pelanggan yang memberikan tiga barang itu kepada penari.

Modus operandi tersebut kelihatan hampir sama di setiap premis yang menawarkan perkhidmatan gadis penari tiang dan ia mendapat sambutan hangat pengunjung.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa berkata, pub tersebut beroperasi sejak tiga tahun lalu dan disyaki turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Harga Kosmo! naik ke RM1.20, sama seperti harga tahun 2005

Posted:

Harga Kosmo! naik ke RM1.20, sama seperti harga tahun 2005

Harga Kosmo! naik ke RM1.20, sama seperti harga tahun 2005



KUALA LUMPUR - Harga Kosmo! dan Kosmo! Ahad akan dinaikkan masing-masing kepada RM1.20 dan RM1.30 berkuat kuasa 1 Januari 2012.

Sebelum ini Kosmo! dan Kosmo! Ahad dijual pada harga RM1.

Kenaikan harga tersebut tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan kos operasi.

Berbeza dengan harga produk lain yang semakin mahal saban tahun, harga baharu Kosmo! dan Kosmo! Ahad itu sebenarnya sama dengan apa yang pembaca bayar pada tahun 2005.

Sewaktu mula diterbitkan pada 31 Ogos 2004, harga pengenalan akhbar kompak terbitan Kumpulan Utusan itu hanya RM1 senaskhah.

Malah, Kosmo! pernah dijual pada harga serendah 80 sen dan Kosmo! Ahad pula hanya RM1 mulai 1 September 2005 sehingga 31 Disember 2006.

Kosmo! ketika ini dicetak hampir 300,000 naskhah setiap hari dengan jumlah pembaca dianggarkan lebih satu juta orang sehari.

Full content generated by Get Full RSS.

Ahli perniagaan didakwa tipu NFC RM1.755 juta

Posted:

Ahli perniagaan didakwa tipu NFC RM1.755 juta

Ahli perniagaan didakwa tipu NFC RM1.755 juta


WAJAH Shamsubahrin ketika keluar
dari Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur
semalam.


KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail semalam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu Pengarah National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail (gambar kecil), membabitkan jumlah RM1.755 juta.

Beliau membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain petang semalam.

Ahmad Zamzani membenarkan Shamsubahrin, 45, dari Bukit Jelutong, Shah Alam, diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn. Bhd. itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada 6 petang 20 November lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Pengarah NFC itu menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Imej PSM tercalar

Posted:

Imej PSM tercalar

Imej PSM tercalar

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) mengecam tindakan buruk pihak tidak bertanggungjawab yang berterusan memburuk-burukkan nama baik badan induk itu.

Meskipun kesemua Ahli Majlis Tertinggi PSM telah menyuarakan sokongan sebulat suara kepada Datuk Ahmad Ismail untuk terus memimpin PSM, masih ada pihak yang dikatakan cuba 'bermain kotor'.

Terbaharu, satu laporan tertutup yang diedarkan kepada semua wakil dalam mesyuarat Ahli Majlis PSM di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 17 Disember lalu telah disalahgunakan.

Justeru, Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs) merangkap Ahli Majlis PSM, Syed Azmir Syed Ahmad (gambar kecil) tampil untuk membetulkan keadaan dan mengecam laporan yang disiarkan dalam sebuah akhbar kelmarin.

"Saya tidak pernah membuat sebarang kenyataan akhbar kepada wartawan tersebut.

"Saya mengakui dengan penuh tanggungjawab bahawa saya memang ada menulis satu laporan berkaitan pencapaian skuad elit negara pada Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia lalu.

"Bagaimanapun, ia hanyalah satu laporan tertutup untuk semua wakil yang menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PSM baru-baru ini.

"Tujuan sebenar saya menulis laporan itu adalah untuk meminta semua wakil agar menggembeling dan terus berusaha gigih dalam melakukan perubahan serta penambahbaikan kepada pencapaian prestasi skuad negara pada masa depan," kata Syed Azmir kepada Kosmo! semalam.

Syed Azmir berkata, beliau berasa amat kesal kerana ketika kesemua Ahli Majlis Tertinggi PSM telah memberikan taat setia kepada Presiden PSM untuk memartabatkan semula maruah sepak takraw negara di persada dunia, masih ada pihak yang berterusan mengambil kesempatan bagi memburukkan imejnya serta menggugat kredibiliti persatuan tersebut.

Katanya, bagi pihak PSTPs, beliau mengecam tindakan buruk pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut kerana mereka tidak berhenti dengan niat jahat bagi memburukkan PSM walaupun pelbagai usaha yang akan dan telah dilaksanakan oleh PSM selama ini.

"PSTPs akan terus menyokong kepimpinan PSM.

"Jangan hanya pandai mengkritik dan melihat kelemahan orang lain, sebaliknya tanyalah apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan maruah dan martabat sepak takraw negara?

"Saya juga menyeru kepada pihak terbabit agar menghentikan apa jua bentuk kecaman bagi memburukkan PSM kerana adalah lebih baik sekiranya manfaatkan pandangan serta pendapat mereka ke arah kemajuan sukan sepak takraw negara.

"Akhir sekali, saya berharap pihak yang berterusan mengecam PSM tanpa bukti yang nyata tampil menyalurkan pandangan mereka supaya ia dapat dibincangkan secara mendalam dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PSM," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

'Semua FA negeri sudah jelas'

Posted:

'Semua FA negeri sudah jelas'

'Semua FA negeri sudah jelas'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KEMBALI... Zacharia Simukonda (kiri) sekali lagi akan mengegarkan arena bola sepak tempatan dengan menggalas cabaran T-Team musim depan.


NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar kecil) percaya kesemua persatuan bola sepak (FA) negeri yang berdepan masalah pendaftaran pemain import, tidak akan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh badan induk itu sebelum ini.

Jelas Hamidin, ia termasuklah membenarkan tonggak import beraksi bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Menurut beliau, sebarang maklumat terperinci berhubung perkara itu telah lama dibincangkan bersama wakil kesemua FA negeri sebelum ini, justeru pihaknya yakin tidak akan timbul sebarang masalah mahupun kekeliruan sebaik tempoh pendaftaran pemain import berakhir 8 Disember lalu.

"Mereka (FA negeri) bukannya dangkal (kurang pengetahuan) mengenai peraturan-peraturan yang telah lama digariskan FAM.

"Sudah tentu, mereka tidak akan sewenang-wenangnya melanggar peraturan tersebut," kata Hamidin kepada Kosmo!

Kelmarin, Hamidin dalam satu sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya membuat pengumuman bahawa FAM kekal dengan keputusan untuk tidak menerima rayuan mana-mana FA negeri yang memohon diberikan kelonggaran berhubung perkara itu.

Keputusan itu dibuat bagi memelihara kualiti Liga-M yang kembali diwarnai kehadiran awang import pada musim depan setelah khidmat mereka 'dibekukan' sejak 2008.

Antara syarat kelayakan pemain import bagi Liga-M 2012 termasuklah pemain itu perlu bermain dalam Divisyen Satu (jika dari Asia) sebelum ini, manakala pemain dari benua-benua lain seperti Eropah, Amerika Latin dan Afrika perlu beraksi sekurang-kurangnya dari Divisyen Dua.

Pemain import yang kini beraksi dalam Liga Singapura, Indonesia dan Thailand juga tidak dibenarkan diambil dalam tempoh dua tahun.

Disebabkan itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad turut memberikan peringatan kepada mana-mana pasukan yang masih 'berdegil' menurunkan pemain-pemain import yang tidak layak beraksi dalam mana- mana perlawanan Liga-M sebelum pendaftaran dibuka semula pada 2 hingga 16 April tahun depan, boleh didenda termasuk pemotongan mata (bagi aksi liga) ataupun kemenangan ditarik balik bagi saingan Piala FA.

Setakat ini, antara pemain import yang tidak layak beraksi bersama pasukan masing-masing atas sebab sedemikian ialah Tito Fernando Da Silva Pinto dan Tiago Lima Leal dari Johor FC, Sergey Ivanov (Pahang), Marquen Nuquen Goncalves (Negeri Sembilan) serta Helmi Loussaief (Selangor PKNS).

Ketika ditanya mengenai kemungkinan ada pasukan yang 'terlepas pandang' termasuk masih keliru serta 'berdegil' menurunkan pemain import yang tidak menepati syarat terbabit dalam mana-mana perlawanan Liga-M selepas ini, tegas Hamidin:

"Seperti yang saya katakan tadi, semua (persatuan negeri) sudah jelas.

"Jadi, itu bukan soalan yang harus ditanya sebenarnya."

Full content generated by Get Full RSS.

Kim Swee buka 'buku baharu'

Posted:

Kim Swee buka 'buku baharu'

Kim Swee buka 'buku baharu'


KIM SWEE (tiga dari kiri) sudah merangka strategi terbaik buat skuad Harimau Muda bagi mengharungi cabaran pada musim 2012.


PERASAAN gundah-gulana yang pernah terbit di hati jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkaitan jadual perlawanan dan stadium rasmi skuadnya sepanjang mengharungi saingan Liga Singapura (Liga-S) musim depan akhirnya ternoktah sudah.

Sebaik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sebarang perkara berbangkit termasuk isu pertindihan jadual telah dikemukakan kepada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebelum ini, pengendali berasal dari Melaka itu kini jelas hanya berkira-kira menunggu masa untuk membuka 'buku baharu' sepanjang tahun depan.

Yang pasti, azam tahun baharu Kim Swee pada 2012 nanti tidak lain tidak bukan, mahu membantu anak-anak buahnya mengharungi baki aksi kelayakan Olimpik Zon Asia dengan penuh bermaruah, selain memburu kedudukan sekurang-kurangnya lima terbaik dalam saingan Liga-S yang dijangka bermula 9 Februari tahun depan.

Impian mahu beraksi pada pusingan akhir Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 22 tahun pada 2013 juga pas- tinya tidak dipandang mudah oleh pengendali berusia 41 tahun itu, asalkan ranjau pusingan kelayakan yang bakal berlangsung pada Jun tahun depan berjaya diharungi dengan penuh bergaya.

"Apabila membuka 'buku baharu' tahun depan, sudah tentu harapan bagi meraih kejayaan juga mesti seiring dengan usaha kesemua pemain dalam pasukan.

"Justeru, saya harap kesemua cabaran itu dapat ditempuhi sebagai pengajaran berguna pada masa depan," kata Kim Swee kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Kim Swee, sasaran untuk sekurang-kurangnya muncul sebagai lima pasukan terbaik dalam Liga-S musim depan bukannya ditetapkan oleh FAM, sebaliknya hadir daripada dirinya sendiri bagi mencabar barisan pemainnya supaya memberikan yang terbaik.

"Malah, saya juga menasihatkan kesemua pemain supaya sentiasa berdisiplin dan menunjukkan daya kesungguhan yang berterusan, tidak kira semasa latihan mahupun perlawanan sebenar jika mahu kekal berjaya sebagai pemain bola sepak," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keputusan penyerang baharunya, Ahmad Hazwan Bakri yang mahu bersama Harimau Muda mengharungi saingan Liga-S berbanding kekal bersama Kuala Lumpur, Kim Swee menjelaskan: "Aksi dalam Liga-S boleh membantunya menyiapkan diri supaya bersedia beraksi di pentas antarabangsa.

"Ahmad Hazwan masih memerlukan masa untuk menyinar. Saya percaya dia bakal menjadi penyerang prolifik negara suatu hari nanti dengan syarat kekal berdisiplin seperti mana sekarang," jelasnya.

Ahmad Hazwan meledak tiga gol pada perlawanan menentang Sydney FC dan Central Coast Mariners ketika siri persahabatan skuad Harimau Muda di Australia dua minggu lalu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved