Selasa, 18 September 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ganjaran lumayan bekerja di Malaysia

Posted:

Ganjaran lumayan bekerja di Malaysia

MENJAMU selera dengan masakan Arab kini seumpama satu fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan.

Meskipun harganya agak mahal berbanding di restoran biasa, ia bukanlah penghalang kepada orang ramai memenuhi restoran Arab terutama di Kuala Lumpur.

Hidangan kebab kambing atau ayam dengan ramuan tersendiri sudah cukup membuatkan pelanggan terliur.

Tidak cukup dengan itu, nasi Mandy yang menggunakan beras istimewa berlaukkan daging kambing panggang atau ayam panggang yang lembut memberikan kepuasan kepada penggemarnya.

Di sebalik percambahan restoran Arab di negara ini, ia turut membuka peluang kepada golongan chef dari Asia Barat mencari peluang pekerjaan di negara ini.

Meskipun sebahagian pekerja terpaksa berkorban dengan meninggalkan anak isteri di negara kelahiran mereka, tawaran gaji yang lumayan dan insentif-insentif lain antara faktor mereka sanggup berkelana di negara ini.

MOHAMMAD (kiri) mahir memasak pelbagai juadah Yemen sejak umurnya 14 tahun.


Selain itu, bukan mudah bagi pemilik restoran untuk mencari chef masakan Arab warga tempatan yang mampu memasak masakan tersebut dengan baik.

Sehubungan itu, pemilik-pemilik restoran sanggup pulang ke negara asal masing-masing bagi mendapatkan chef-chef yang memenuhi kehendak mereka.

Mohammad Hamood, 33, dari Yemen antara individu yang mencari rezeki dengan bekerja di Restoran Hadramawt Palace di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Bapa kepada lapan orang anak itu sanggup berhijrah ke negara ini setelah dijanjikan tawaran gaji dua kali ganda berbanding ketika bekerja sebagai chef di negaranya.

"Demi menyara keluarga, saya perlu berkorban meninggalkan tanah air, isteri dan anak-anak.

REPUTASI Malaysia menyebabkan ramai Chef dari Asia Barat tidak kisah meninggalkan anak dan isteri untuk bekerja di sini.


"Reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju membuatkan saya tidak berfikir banyak kali untuk menerima tawaran kerja ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mahir memasak masakan Yemen sejak berusia 14 tahun, minat tersebut berputik hasil didikan bapanya yang memiliki sebuah restoran di negara tersebut.

Walaupun tidak memiliki sebarang kelulusan formal dalam bidang masakan, pengalaman yang ditimba selama dua dekad membuktikan kepakaran yang dimilikinya.

Berada di negara ini sejak awal tahun lalu, rutin kerja Mohammad sebagai ketua chef agak padat.

Bermula seawal pukul 11 pagi, dia akan memastikan segala keperluan restoran mencukupi termasuk sayur-sayuran, rempah-ratus, ayam dan daging kambing.

Selain menyediakan kelengkapan tersebut, beliau juga bertanggungjawab perlu memberi arahan dan memastikan lapan chef lain di restoran berkenaan menyediakan menu-menu pada hari tersebut.

"Saya tinggal di asrama yang disediakan majikan, jadi tiada masalah untuk datang ke tempat bekerja. Pada hari cuti, saya akan berehat di asrama dan kadangkala bersiar-siar bersama rakan-rakan di Bukit Bintang.

"Bagi menghilang perasaan rindu kepada keluarga, saya akan menghubungi mereka tiga kali seminggu," katanya yang menjadikan pusat beli-belah KLCC sebagai pilihan untuk bersantai.

Sepanjang berada di negara ini, Mohammad turut menggemari makanan tempatan iaitu nasi lemak.

Jatuh cinta

Bagi Ketua Chef dan Pengurus Restoran Persia di Jalan Ampang, Sayeden Fatemeh Ahmadian, 45, faktor utama penghijrahannya ke Malaysia sedekad lalu ialah bagi memastikan anak-anaknya mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Dia yang berasal dari Teheran, Iran mempunyai tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berusia antara 17 hingga 30 tahun.

Di negara asalnya, peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi agak terhad. Jumlah mereka yang sepatutnya bakal menduduki peperiksaan ketika itu sekitar 150,000 orang pelajar tetapi hanya 15,000 sahaja yang dibenarkan.

SAYEDEN Fatemeh (kiri) memberi tunjuk ajar dan memantau penyediaan makanan dan minunan di Restoran Persia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


"Suami saya, Sayed Hossin Najati diberitahu oleh rakannya tentang Malaysia yang menawarkan pelbagai tarikan seperti peluang menyambung pelajaran, pilihan untuk menetap dan sebagainya.

"Dia datang awal tiga bulan daripada kami bagi melihat peluang yang ada termasuk mendapatkan tempat anak-anak menyambung pelajaran.

"Pada masa yang sama, terdapat tawaran untuk membeli restoran dan kami mengambil keputusan membelinya. Secara automatik saya menjadi chef utama kerana memiliki kemahiran memasak makanan Iran," katanya yang kini menyukai suasana Malaysia.

Restoran Persia menyediakan pelbagai menu masakan Iran dan Arab termasuk makanan tempatan.

Pada peringkat awal berada di negara ini, setiap tahun Sayeden Fatemeh pulang ke negara asal, namun kini mengakui telah 'jatuh cinta' dengan kehidupan di Malaysia.

"Saya suka bercuti di pulau-pulau yang terdapat di Malaysia seperti Pulau Pangkor selain membeli-belah dan mencuba makan masakan tempatan," katanya yang turut bertanggungjawab mengajar chef-chef di restoran tersebut.


CHEF-CHEF dari Asia Barat sanggup berhijrah untuk bekerja di restoran Arab di negara ini ekoran tawaran gaji serta insentif yang lebih lumayan. - Gambar hiasan


Kongsi rahsia

Sementara itu, Chef Ammar Al Ali yang popular dalam rancangan Hidangan Barakah yang disiarkan pada bulan Ramadan lalu di saluran televisyen tempatan tidak lokek berkongsi rahsia masakan Arab kepada para penonton.

Beliau yang berhijrah ke negara ini sejak 26 tahun lalu turut memberi nafas baharu dalam program masakan di negara ini.

"Saya kongsi semua rahsia masakan bersama para penonton. Ibu pernah berpesan kepada saya agar berkongsi ilmu dan jika rahsia masakan itu didedahkan, rasa masakan yang dihasilkan tetap berbeza.

"Hidangan Barakah merupakan program masakan pertama seumpamanya di negara ini yang dimulakan dengan doa, bacaan zikir dan al-Quran," katanya berkahwin dengan wanita tempatan. Chef Ammar mempunyai tiga orang anak.

Berasal dari Jordan, Chef Ammar mempunyai pengalaman luas dalam bidang masakan dan pernah bekerja sebagai chef di sembilan hotel di negara ini.

Beliau pada mulanya datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di beberapa buah kolej dan universiti atas cadangan arwah bapanya yang ketika itu bekerja di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai arkitek kapal terbang.

Pada tahun 2001, beliau memulakan kerjaya chef di sebuah hotel di Pulau Pinang sekali gus merupakan chef pertama memasak masakan Arab dalam industri hotel di negara ini.

Kini beliau lebih selesa tinggal di Malaysia dan hanya sesekali pulang ke kampung halamannya di Jordan.

"Jika pulang ke Jordan, saya tidak tinggal lama kerana rindukan Malaysia," katanya yang dilarang masuk ke dapur oleh ibu dan neneknya sehingga usianya 10 tahun.

Sudah menjadi budaya masyarakat negara itu, ruangan dapur didominasi oleh golongan wanita, namun atas minat yang mendalam, ibu dan nenek telah mengajarnya rahsia masakan Arab.

Dalam masa terdekat ini, beliau juga akan mengadakan kelas masakan yang dibuka kepada orang ramai.

Justeru, kepada yang ingin berhubung atau mengetahui perkembangan Chef Ammar boleh melayari laman Facebook Hidangan Barakah.

Restoran Arab beri pilihan gastronomi

Posted:

Restoran Arab beri pilihan gastronomi


KEBANYAKAN restoran Melayu menyajikan menu nasi campur dan makanan bergoreng.


MASYARAKAT negara ini yang mahu menikmati makanan Arab, kini tidak perlu pergi ke negara-negara Asia Barat. Sebaliknya, mereka boleh menikmatinya di negara ini kerana bilangan restoran Arab yang dibuka boleh didapati di mana-mana terutama di ibu negara.

Bahkan, para pemilik restoran Arab ini tidak kisah untuk mengeluarkan belanja jutaan ringgit bagi membuka restoran di lokasi-lokasi strategik seperti di Jalan Ampang dan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Bagi memastikan pelanggan dapat menikmati hidangan masakan Arab dengan suasana sama seperti di Tanah Arab, pengusahanya bukan sahaja menggaji chef dari negara tersebut malah menggunakan perhiasan dan muzik dari negara berkenaan.

Lubuk emas

Hasilnya, restoran Arab yang agak asing sedekad lalu dalam kalangan rakyat tempatan kini menjadi salah satu destinasi pilihan untuk menjamu selera bersama rakan dan ahli keluarga.

Selain itu, kewujudan restoran masakan Arab juga dapat menarik kedatangan pelancong dari Asia Barat ke negara ini. Ini kerana masyarakat negara berkenaan lebih selesa menikmati makanan dari negara mereka berbanding makanan lain.

Persoalannya, adakah kemunculan restoran-restoran Arab ini menjejaskan pengusaha restoran Melayu di bandar-bandar besar?

Berdasarkan tinjauan penulis di beberapa restoran di Kuala Lumpur mendapati, pengusaha restoran atau gerai-gerai makanan tempatan mengalu-alukan kewujudan restoran Arab.

"Kawasan segi tiga emas seperti Bukit Bintang misalnya, merupakan lubuk emas kepada para peniaga, selain pelanggan yang bekerja di sekitar kawasan ini, ia juga merupakan tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

"Jadi, para pelanggan kita tidak tertumpu kepada sesuatu kaum, kewujudan restoran Arab juga bukanlah satu saingan malah membantu menarik lebih ramai orang datang ke kawasan ini," kata Anwar Khalid, 30, pengusaha Suasana Cafe di Jalan Bukit Bintang.

Kemampuan peniaga-peniaga Arab melabur berjuta-juta ringgit Malaysia bagi membuka restoran berkonsepkan Asia Barat cukup berbeza dengan restoran tempatan.

Ia membantu kawasan Bukit Bintang sebagai salah satu destinasi utama pelancong menjamu selera di ibu negara sekali gus meningkatkan pendapatan pengusaha restoran.

Anwar berkata, perniagaannya bukan sahaja tidak terjejas malah para pelancong luar termasuk warga Arab turut menjadikan restorannya yang menawarkan menu 1Malaysia termasuk asam pedas sebagai pilihan menjamu selera.

OPERASI kafe Suasana yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur ini tidak terjejas meskipun dengan kemunculan restoran-restoran Arab berhampirannya.


"Orang tempatan hanya pergi ke restoran Arab pada hari-hari tertentu kerana harga di restoran berkenaan biasanya lebih mahal berbanding restoran Melayu.

"Selain itu, rakyat tempatan juga sudah biasa menikmati asam pedas dan masakan Melayu lain, jadi restoran Melayu adalah pilihan utama mereka untuk menjamu selera," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pemilik restoran Appah's Place, Nooraini Jamal, 51, turut menyambut baik pertumbuhan restoran Arab di ibu kota.

Sejak tiga tahun lalu, terdapat dua restoran Arab yang terletak kira-kira 500 meter dari restoran Nooraini yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan sebuah lagi restoran Arab sedang dalam pembinaan.

Harga murah

"Kafe saya menawarkan masakan Melayu iaitu nasi campur dan makanan panas. Pelanggan saya paling ramai ketika makan tengah hari manakala restoran Arab lebih ramai pelanggan pada waktu malam.

"Selain warga tempatan, orang-orang Arab juga ada berkunjung di restoran saya malah mereka mengatakan harga yang kami tawarkan sangat murah. Justeru, saya menyangkal dakwaan restoran Arab menjejaskan peniagaan kami," katanya yang telah berniaga sejak 18 tahun lalu.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Datuk Bahrim Razak berpendapat, kehadiran orang Arab melabur dan membuka restoran di negara ini sebagai satu perkembangan yang baik.

Umat Islam juga lebih yakin untuk menjamu selera di restoran Arab berbanding restoran Jepun atau Korea yang belum pasti status halalnya.

"Restoran Arab ini diuruskan oleh golongan profesional dan mereka berkemampuan melabur di kawasan orang Melayu yang sukar untuk membuka perniagaan kerana faktor modal," katanya.

Tambah Bahrim, orang ramai tidak perlu prejudis dengan pembukaan restoran Arab di negara ini kerana ia boleh membantu membangunkan ekonomi negara terutama masyarakat Islam. - NASRI JAMALUDIN

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Beli-belah melalui telefon pintar

Posted:

Beli-belah melalui telefon pintar

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR



SEBELUM ini Terrence Tan sentiasa memastikan dia membawa beberapa kad setia yang disimpan di dalam dompetnya ke mana sahaja dia pergi. Tujuannya, supaya dia tidak terlepas peluang jualan istimewa bagi pemegang kad setia atau tiba-tiba naluri membeli-belah tercetus di destinasi tertentu yang memerlukan penggunaan kad tersebut.

Situasi itu menyebabkan dompetnya kelihatan sendat kerana dipenuhi dengan himpunan kad ganjaran. Namun, baru-baru ini keadaan berubah apabila dia hanya membawa gajet Samsung Galaxy Note sewaktu berkunjung ke Plaza Low Yat di Kuala Lumpur.

Diimbas jurujual

Ketika membeli beberapa produk berkaitan teknologi, dia hanya menunjukkan kod QR bagi aplikasi Moola Frenz yang baru disertainya untuk diimbas oleh jurujual kedai terbabit.

"Aplikasi mudah alih Moola Frenz ini sangat hebat. Ia memudahkan pengguna tanpa perlu menyimpan kad setia yang banyak.

"Malah, apabila kita membeli-belah di rangkaian Moola Shopz, lebih banyak ganjaran yang dapat dinikmati. Ia benar-benar mengujakan saya sebagai pengguna," jelas Terrence kepada Kosmo! ketika ditemui baru-baru ini.

Aplikasi mudah alih Moola dilancarkan oleh ICT Utopia Sdn. Bhd. iaitu subsidiari milik penuh 1 Utopia Berhad pada majlis di plaza tersebut baru-baru ini.

Ia merupakan program Pulangan Tunai-Gaya Hidup pertama seumpamanya yang menyasarkan pengalaman membeli-belah pengguna dengan ganjaran tanpa henti.

Langkah ini seiring dengan permintaan pengguna yang mahukan harga yang lebih rendah, berkualiti, pilihan lebih baik dan berkemampuan untuk mencapai perniagaan melalui semua saluran yang ada pada bila-bila masa.

Berbeza dengan program ganjaran konvensional, Moola ialah program mobil evolusi yang berfungsi menggunakan aplikasi mobil dan kod QR menggunakan teknologi terkini.

Aplikasi mobil ini dicipta khas untuk kemudahan pelanggan menikmati pengalaman membeli-belah secara percuma. Pada masa yang sama, mereka berpeluang memperoleh tawaran paling hebat tanpa memerlukan sebarang kad. Majlis ini dilancarkan oleh Pengarah Urusan 1 Utopia Berhad, Victor Chin dan Pengurus Besar Kumpulan Low Yat, Michael Lee.

Pengarah Eksekutif 1 Utopia Berhad, Kenny Chow berkata, Moola merupakan lebih daripada program kesetiaan biasa. Ia menyamai kehebatan wang tunai yang digunakan sebagai pembayaran alternatif untuk ahli-ahlinya yang dikenali sebagai Moola frenz.

"Sama ada anda untuk membayar sepenuhnya atau melunaskan harga belian serta-merta ketika menjamu selera, membeli produk IT, melancong dan produk fesyen di rangkaian Moola Shopz.


KEBANYAKAN perniagaan kini tidak terlepas daripada penggunaan telefon pintar. – Gambar hiasan


"Moola menawarkan kemudahan maksimum untuk membayar barangan dan perkhidmatan tanpa wang tunai sebaliknya menggunakan teman paling rapat pengguna, telefon pintar. Tanpa proses berlarutan, anda hanya perlu imbas dan urus niaga selesai," jelas Kenny.

Moola sememangnya unik jika dibandingkan dengan program yang terdapat di pasaran. Ia menawarkan penebusan fleksibel di mana-mana Moola Shopz menggunakan Moola yang telah diperoleh dan dikumpul.

Setiap pembelian akan memperoleh poin Moola, yang kemudiannya boleh digunakan untuk menjamu selera di pelbagai restoran dan outlet F&B, membeli-belah untuk produk ICT termasuk percutian dan fesyen.

Moola memberi ganjaran tanpa henti kepada pembeli seperti baucer FreeMakan dan pelbagai tawaran hebat lain apabila mereka menggunakan Moola yang diperoleh untuk lebih banyak penjimatan dan nilai wang.

Pengarah Projek Moola, Ryan Loh berkata, semua ahli Moola Frenz akan menikmati keahlian sepanjang hayat percuma tanpa dikenakan caj pentadbiran atau yuran penyertaan.

"Apabila dibandingkan dengan pengalaman membeli-belah linear tradisional, Moola memberi lebih manfaat kepada pedagang melalui peningkatan belian impulsif dengan kesan sampingan ke atas keuntungan. Ia berdasarkan maklumat masa sebenar yang Moola berikan kepada pelanggan mengenai promosi dan produk baharu.

"Penggunaan media sosial pintar adalah satu lagi aspek utama Moola. Keputusan membeli amat dipengaruhi oleh pendapat yang diberikan melalui media sosial dan ulasan dalam talian.

LAMAN web Moola menyediakan senarai kedai yang menyertai dan promosi terkini program tersebut.


"Tidak ada perniagaan yang imun daripada segmen mudah alih apabila sebahagian besar pengguna beralih ke telefon pintar. Program afiniti saudagar Moola melalui teknologi aplikasi mudah alih khusus akan membawa ribuan pelanggan baharu ke kedai pedagang yang mengambil bahagian sekali gus meningkatkan jualan, keuntungan dan kesetiaan pelanggan mereka dalam rangkaian Moola Shopz," jelas Ryan panjang lebar.

Tambahnya, kadar penembusan telefon mudah alih di Malaysia telah mencatat rekod yang menakjubkan pada 127.7 peratus manakala kadar penembusan pengguna telefon pintar pula dijangka mencecah 80 peratus menjelang akhir tahun ini.

Di samping itu, berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh PayPal menyatakan, 642,770 rakyat Malaysia melakukan pembelian menggunakan peranti mudah alih pada tahun 2011, berbanding 253,960 tahun sebelumnya.

Transaksi telefon pintar ini bernilai RM337 juta, mewakili hampir tiga per empat daripada keseluruhan pasaran dagangan mudah alih, berbanding RM108 juta yang dicatatkan melalui tablet.

"Angka ini amat positif untuk Moola dan ICT Utopia yakin bahawa mampu memperoleh dua juta keahlian dalam tempoh setahun dari sekarang," tutur Ryan lagi.

Kesedaran jenama

ICT Utopia telah memperuntukkan RM1.5 juta ke atas belanjawan pengiklanan dan promosi untuk mewujudkan kesedaran jenama yang lebih besar buat Moola.

Pada masa ini, ICT Utopia mempunyai 25 pedagang F&B dan 40 pedagang runcit ICT di Lembah Klang dan Plaza Low Yat. Jumlah tersebut akan diperluaskan ke seluruh negara menjelang awal tahun hadapan. Setakat ini, 1 Utopia telah memulakan media sosial, aktiviti saudagar setempat, peraduan dan bakal diikuti oleh radio untuk membina kesedaran yang lebih tinggi mengenai Moola.

Dalam pada itu, setiap Moola Frenz atau ahli Moola berpeluang memenangi kereta BMW 3 Series sebagai hadiah utama. Peraduan di seluruh negara ini terbuka kepada semua Moola Frenz yang berbelanja melebihi RM500 bagi setiap transaksi di ICT Moola Shopz dan RM50 di F&B Moola Shopz.

Apa yang perlu dilakukan oleh semua peserta ialah mendaftarkan nombor siri peraduan di dalam aplikasi Moola mereka. Poskan ke pusat perkhidmatan Moola atau masukkannya ke dalam kotak khas yang terdapat di Plaza Low Yat.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.moola.my atau www.facebook.com.moolamalaysia. Anda juga boleh muat turun Moola App dari GooglePlay, Blackberry App World dan Apple Aps Store.

Taufan Isaac landa Louisiana

Posted:

Taufan Isaac landa Louisiana

PENDUDUK yang terjejas teruk di Lousiana beratur untuk mendapatkan bantuan makanan.


BERPULUH-PULUH ribu orang masih lagi dalam keadaan bergelap pada hari Isnin awal bulan lalu di Louisiana dan Mississippi, Amerika Syarikat (AS).

Keadaan masih tidak berubah walaupun telah seminggu Taufan Isaac yang tidak pernah berlaku melanda kawasan pinggir teluk itu. Sehingga kini, kawasan-kawasan rendah masih lagi dibanjiri air.

Lebih kurang 100,000 penduduk yang tinggal di Lousiana dilaporkan tidak mempunyai bekalan kuasa. Itu termasuk beribu-ribu lagi penduduk di Mississippi dan Arkansas.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah melawat Lousiana pada Isnin, 3 September lalu dan mendekati persekitaran kawasan yang telah musnah di St. John.

Kawasan kecil itu ditenggelami air akibat keganasan Taufan Issac.

"Kami memberitahu mangsa bahawa kami di peringkat persekutuan sedang menyelesaikan kes ini secepat mungkin selain memastikan kemusnahan seperti ini tidak berlaku lagi serta memutuskan perkara yang perlu dilakukan," kata Obama kepada para pemberita di sebuah kawasan sejauh 50 kilometer di luar New Orleans.

Obama turut melawat kawasan kejiranan Ridgewood yang diperbuat daripada batu-bata. Halaman perumahan tersebut masih lagi memberikan peringatan betapa teruknya kesan ribut taufan yang berlaku akhir bulan lalu.

BARANGAN kelengkapan rumah yang rosak akibat ditenggelami air dilonggokkan di hadapan salah sebuah sebuah rumah.


Timbunan sampah sarap yang mengandungi penebat, perabot rosak dan permainan kanak-kanak memenuhi laman rumah. Obama sempat bersalaman dengan penduduk La Place.

La Place merupakan antara kejiranan yang teruk ditenggelami air selain beberapa penduduknya terpaksa diselamatkan dari atas bumbung dengan menggunakan bot.

Dalam keadaan panas yang membahang, Obama berjalan ke setiap rumah untuk menanyakan keadaan mangsa. Sampah masih lagi bersepah manakala air tidak menunjukkan sebarang tanda akan surut.

Di St. John, para penduduknya menghabiskan cuti umum mereka dengan menarik permaidani dan perabot yang basah ke tempat yang lebih bersih serta kering. Menggunakan peluntur dan air, mereka bertungkus-lumus membersihkan barangan itu dengan harapan kulapuk tidak merebak.

SEBUAH keranda terlambung keluar dari tanah selepas Taufan Isaac melanda sebuah kawasan perkuburan di Plaquemines.


Bau busuk

Di sebuah tempat yang ditenggelami air sedalam 60 sentimeter, sampah sarap, serpihan perabot dalam air yang tidak bergerak mengeluarkan bau yang sangat busuk tambahan pula suhu yang tinggi melebihi 30 darjah Celsius.

"Ia sangat panas dan kotor tetapi saya cuba untuk mengeluarkan semua lumpur dari rumah saya," kata salah seorang penduduk dis itu, Melton, 60.

Beberapa buah rumah selepas kediaman Melton, seorang lagi penduduk, Ed Powell berkata, Taufan Isaac telah menyebabkan dia berfikir sama ada untuk terus tinggal di situ.

"Saya tahu, tinggal di Lousiana sama seperti bertaruh tetapi kami tidak mahu menggadai nasib seperti ini. Apabila kamu rugi dengan cara begini, kamu rugi besar," keluhnya.

Tambah Powell, walaupun Obama dapat menyediakan penyelesaian atau pelan menangani masalah banjir di kawasannya, isu masa akan membatasi usaha tersebut.

Lebih 2,800 orang kini masih berada di pusat penempatan sementara di Lousiana. Angka tersebut telah menurun daripada 4,000 orang.

Jurucakap rasmi negeri tidak dapat menganggarkan bilangan orang yang masih memerlukan pusat penempatan sementara untuk tempoh yang panjang.

Ketua pejabat darurat negeri, Kevin Davis berkata, penempatan sementara termasuk hotel dan rumah sewa yang dipilih adalah berdekatan dengan kediaman kediaman penduduk yang musnah.

Ketua kawasan Plaquemines, Billy Nungesser berkata, ribut taufan kategori pertama telah melanda kawasannya dan tempat-tempat lain. Dia mengakui, kerosakan yang berlaku adalah lebih teruk berbanding ribut Katrina pada tahun 2005. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Sukar sekat klip video asing

Posted:

Sukar sekat klip video asing

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my

SEORANG pengguna internet di Kuala Lumpur masih dapat mengakses klip video Innocence of Muslims di YouTube semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengakui sukar untuk menghalang penyebaran klip video Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. di Malaysia atas alasan Uniform Resource Locator (URL) atau alamat web klip video itu berasal dari luar negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar kecil) berkata, kebanyakan klip video filem berdurasi 14 minit itu telah disunting atau disalin daripada versi asal sebelum dimuat naik ke laman YouTube oleh pihak ketiga.

Katanya, klip video asal filem itu telah disekat sepenuhnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama enjin carian internet Google selaku pemilik YouTube.

"Namun selepas sekatan itu dibuat, muncul orang lain memuat naik banyak video yang sama dalam versi baharu dengan menggunakan alamat URL yang berbeza. Masalah ini sukar untuk kita halang kerana ia bukan di bawah bidang kuasa kementerian," katanya ketika dihubungi Kosmo! di Yogyakarta, Indonesia sewaktu menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kebudayaan Asia dan Eropah (ASEM) Kelima semalam.

Kosmo! semalam melaporkan sekatan terhadap klip video itu tidak dilakukan secara menyeluruh memandangkan orang ramai masih boleh menontonnya di komputer peribadi atau telefon bimbit yang menggunakan pakej jalur lebar.

Rais berkata, pihaknya turut mengambil kesempatan membangkitkan isu penayangan filem itu pada mesyuarat tersebut dan berharap ia dapat membuka mata dunia untuk menghormati sistem perundangan di semua negara.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pakar komputer, Azli Paat berkata, penyebaran klip video Innocence of Muslims masih boleh disekat sepenuhnya melalui kawalan pada peringkat penyedia perkhidmatan Internet (ISP) tempatan walaupun ia telah dimuat naik dari luar negara.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah-Alih Malaysia memberitahu, pengguna internet di negara ini yang ingin mengakses klip video berkenaan perlu melalui capaian ISP tempatan seperti Telekom Malaysia, Celcom dan Maxis terlebih dahulu sebelum boleh mengakses klip video daripada sumber asing.

Katanya, kerajaan menerusi SKMM boleh mengarahkan ISP tersebut membatalkan alamat URL klip video terbabit.

"Jika alamat URL sesebuah laman web itu dibatalkan pada peringkat ISP, carian yang dikehendaki oleh pengguna pasti tidak akan dijumpai.

"Jika ada klip video terbaharu yang keluar di YouTube, SKMM boleh minta ISP di negara ini menghalang aksesnya," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut Azli, SKMM tidak boleh terlalu bergantung terhadap Google dalam usaha menghalang penyebaran klip video itu kerana Google sebuah syarikat yang mempunyai kepentingannya tersendiri.

Katanya, Google juga ada kemampuan untuk menyekat akses kepada klip video tersebut melalui teknologi pengesanan video yang akan membaca terlebih dahulu kandungan video terbabit sebelum memberikan kebenaran untuk memuat naik.

"Sekarang saya lihat Google hanya menyekat alamat video berkenaan tetapi tiada sekatan untuk pihak lain memuat naik klip video yang sama," katanya.

Hui Yee mati di pangkuan bapa

Posted:

Hui Yee mati di pangkuan bapa

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
dan RADIAH SAORI
berita@kosmo.com.my


DINO Bato Sam bua meratapi kematian anak kesayangannya, Tee Hui Yee di kediamannya di Batu Pahat, Johor semalam.


BATU PAHAT - Selepas lima tahun menikmati kehidupan sebagai insan normal, Tee Hui Yee yang merupakan penerima organ jantung baharu menerusi satu pembedahan maraton pada 2007, meninggal dunia secara mengejut di kediaman ibu bapanya di Kampung Parit Besar di sini semalam.

Gadis berusia 19 tahun itu yang pernah menyentuh hati nurani rakyat Malaysia kerana terpaksa menyorong jantung mekanikalnya yang diletakkan di dalam beg untuk ke mana-mana, disahkan meninggal dunia di pangkuan bapanya, Tee Ah Soon pada pukul 10.02 pagi semalam.

Ibunya, Dina Bato Sam Bua, 51, berkata, anak kesayangannya itu mengadu sakit dada dan bahagian kiri tengkuknya selepas dia keluar makan bersama rakan-rakan di sebuah restoran hidangan kukus berhampiran kira-kira pukul 9 malam kelmarin.

Menurutnya, selepas anaknya muntah, dia bersama rakan baik anaknya, Thong Liew Sze Yun, 17, mengurut badannya perlahan-lahan dan dia sempat menjamah sekeping roti sebelum muntah sekali lagi.

Ketika itu, katanya, dia turut memujuk anaknya itu supaya mendapatkan rawatan di hospital malam kelmarin tapi anaknya itu enggan kerana beranggapan dia hanya diserang gastrik.

"Saya mula cemas apabila melihat anak bongsu daripada empat beradik itu menggigil dan kedua-dua tangannya kejang kira-kira 9 pagi semalam sebelum menjerit memanggil bapanya, Tee Ah Soon," katanya ketika ditemui di pusat persemadian di Jalan Fatimah di sini.

Sementara itu, Ah Soon berkata, isterinya itu cuba mengurut mendiang tetapi tidak berhasil malah situasi anaknya itu makin teruk sehingga dia terpaksa membuat bantuan pernafasan dari mulut ke mulut (CPR) selama 10 minit tetapi masih tidak berjaya.

"Saya sempat mendengar nafas terakhirnya sebelum dia kelihatan kaku lalu menyebabkan saya bergegas membawanya ke Hospital Batu Pahat.

"Doktor tidak memberitahu kami punca kematiannya sama ada ia berkaitan dengan jantung atau tidak," kata pekebun sayur itu.

Kisah Hui Yee yang menderita sakit jantung sejak berusia dua tahun mendapat liputan meluas media apabila terpaksa bergantung nyawa selama setahun dengan jantung mekanikal sebelum menjalani pemindahan jantung pada Oktober 2007.

Siasatan Suara Inisiatif selesai

Posted:

Siasatan Suara Inisiatif selesai

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

MOHD. NAIM di lobi Jabatan Peguam Negara selepas menyerahkan kertas hasil siasatan di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara rasmi mengemukakan kertas siasatan membabitkan Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) kepada Jabatan Peguam Negara di sini petang semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Naim Daruwish berkata, kertas siasatan itu dikemuka kepada Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dalam pertemuan selama lebih dua jam.

"Kita tengok daripada lima sudut (kesalahan), cuma satu yang betul-betul siap sepenuhnya pada pandangan mata SSM, yang paling penting kita bentangkan salah satu kes itu, biar Jabatan Peguam negara yang buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Ditanya mengenai tindakan SSM seterusnya, Mohd. Naim berkata: "Kita akan terus tengok 'sudut-sudut' lain. Terpulang kepada keputusan Jabatan Peguam Negara. Kalau dapat lampu hijau kita akan buat pendakwaan."

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Suara Inisiatif disiasat mengikut Seksyen 364(2), Seksyen 166A(3), Seksyen 169(14), Seksyen 167(1) dan (2) serta Seksyen 132(1) di bawah Akta Syarikat 1965.

"Kita menyiasat sebanyak lima kes membabitkan Suara Inisiatif di bawah Akta Syarikat 1965. Salah satu kes berkenaan ialah kekeliruan dalam laporan akaun syarikat.

"Jika Jabatan Peguam Negara dapati ada kes, pendakwaan akan dibuat esok (hari ini) atau Khamis ini," katanya pada sidang akhbar berhubung perkembangan terkini siasatan ke atas Suara Inisiatif dan pertubuhan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan 'kekeliruan' dalam laporan akaun Suara Inisiatif yang dimaksudkan.

Sebelum ini, isu Suaram mendapat perhatian ramai apabila Ismail Sabri mendedahkan pertubuhan itu menerima sumbangan dana berjumlah kira-kira RM558,000 daripada Open Society Institute yang dikatakan mempunyai kaitan dengan spekulator mata wang terkenal George Soros.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


LTdL 2013 kembali ke Langkawi

Posted:

LTdL 2013 kembali ke Langkawi

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

AHMAD SHABERY (kanan) menerima surat pengiktirafan UCI daripada Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Abu Samah Abdul Wahab pada majlis pelancaran LTdL 2013 di Putrajaya semalam.


EDISI ke-18 kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 bakal menjanjikan saingan yang lebih sengit dan mencabar.

Itu janji penganjur jelajah paling berprestij di Asia itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Lebih menarik, LTdL edisi ke-18 ini diang- gap lebih bermakna bukan sahaja kerana kembali ke tempat asal di Pulau Langkawi, Kedah, malah ia ditambah dengan laluan- laluan lebih mencabar.

Edisi 2013 itu yang akan mengharungi 10 peringkat perlumbaan dan bakal disertai 22 pasukan akan bermula pada 21 Februari hingga 3 Mac tahun depan.

Antara laluan wajib dan paling mencabar kudrat para pelumba semestinya pendakian ke Cameron Highlands dan Genting Highlands di Pahang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, LTdL tahun depan juga menyaksikan kemunculan hos venue baharu seperti Serdang, Selangor, Sungai Siput dan Kuala Kangsar di Perak dan selain beberapa lokasi lama seperti Mentakab, Pahang dan Dungun, Terengganu.

Katanya, terdapat 10 peringkat perlumbaan kesemuanya dan ia akan bermula de- ngan majlis pengenalan pasukan serta sesi pemanas badan di Pulau Langkawi pada 20 Februari 2013.

"Untuk rekod, ini merupakan tahun ketiga perlumbaan yang mendapat pengiktirafan UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) itu diberikan status 2.HC (hors categorie) dalam kalendar perlumbaan Jelajah Asia UCI yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dengan Kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Kata Ahmad Shabery, edisi kali ini juga akan menampilkan tiga pendakian berstatus hors, iaitu dua di Cameron Highlands dan satu ke puncak Genting Highlands.

Bagaimanapun, sebelum mendaki ke Cameron Highlands pada perlumbaan Peringkat 3, pelumba akan menempuh laluan mengelirukan pada Peringkat 2 dari Serdang ke Kuala Kangsar yang akan melewati Bukit Sumpitan, terletak pada ketinggian 800 meter daripada aras laut dengan darjah ke- cerunan yang sukar.

Menurutnya, pada perlumbaan Peringkat 1 dari Kangar ke Kulim pada 21 Februari, para pelumba akan mengharungi ujian di Bukit Selambau dengan beberapa laluan beralun pada peringkat awalnya.

"Terengganu sekali lagi menjadi penaja venue yang menyaksikan empat peringkat terakhir akan diadakan di negeri itu dan mereka (Terengganu) juga mempunyai sebab untuk meraikan kedatangan LTdL 2013 bersama pasukan Terengganu Cycling Team yang kini mendahului senarai keseluru- han berpasukan pada UCI Asia Tour.

"Terengganu juga muncul pasukan Malaysia pertama akan dimahkota sebagai juara berpasukan dalam sirkit benua Asia itu," kata Ahmad Shabery pada majlis pelanca- ran LTdL 2013 di Putrajaya semalam.

Kata beliau, LTdL 2013 yang tampil dengan slogan 'Bahang Kian Terasa' itu dianggap sebagai satu perlumbaan jelajah tahunan terhebat di Asia kerana menempuh cuaca panas tropika, jarang dapat dirasakan dalam perlumbaan jelajah lain.

"Dari segi penyertaan pula, setakat ini se- banyak 22 pasukan termasuk dua pasukan profesional UCI, Astana dan Garmin-Sharp sudah mengesahkan penyertaan untuk LT- dL 2013.

"Pemegang rekod kemenangan peringkat terbanyak serta Raja Pecut musim lalu, An- drea Guardini dari Itali turut bersetuju kembali kali ini bersama pasukan Astana Pro Team, sebuah pasukan profesional Kazakhstan.

"Guardini pada musim lalu yang mewakili pasukan Farnese-Vini (Itali) telah memberi- kan impak besar dalam penyertaannya kerana banyak liputan daripada media Itali yang mengikuti perkembangannya, begitu juga laman web LTdL yang menunjukkan peningkatan begitu ketara apabila dilayari lebih 2.5 juta kali.

"Pada tahun lalu pihak penganjur berjaya mengutip RM7.3 juta dalam bentuk tunai dan barangan daripada penaja-penaja korporat manakala untuk edisi kali ini kami sudah mengumpul sekitar RM14 juta."

'Selesaikan di Pasir Gudang'

Posted:

'Selesaikan di Pasir Gudang'


AMRI tetap menjadi watak penting dalam skuad Selangor.


TAMATKAN sahaja di Pasir Gudang, jangan sampai tunggu di Shah Alam. Demikian mesej positif Datuk Hamidin Mohd. Amin terhadap pemain Selangor menjelang aksi suku akhir pertama menentang Johor FC di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru pada Selasa depan.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkata, defisit gol di tempat lawan pastinya memainkan peranan yang cukup besar bagi memastikan mereka mara lebih jauh kali ini.

Justeru, beliau menuntut anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim menganggap pertembungan itu ibarat aksi final biarpun sedar tugas menjinakkan Sang Lebah di depan 'Gelombang Oren' sememangnya bukan mudah.

"Jangan sampai tunggu di Shah Alam, kita kena meraih kemenangan selesa di Pasir Gudang.

"Jika mahu memastikan 'Misi 33' tidak lagi tergendala kali ini, wajar untuk kita menang dalam perlawanan itu nanti," tegas Hamidin kepada Kosmo!.

Mengakui sentimen kecewa ditewaskan Johor FC pada pusingan kedua Piala FA, Mac lalu masih berbekas dalam hati peminat setia Gergasi Merah, Hamidin mahu kesemua pemain Merah Kuning supaya menjadikan perkara itu sebagai pembakar semangat memburu bekalan selesa di Shah Alam.

Pada masa sama katanya, kredibiliti beberapa pemain utama termasuk Amri Yahyah juga diharapkan berterusan menemui sentuhan penyudah biarpun tidak lagi menggalas tugas selaku kapten.

"Amri berjaya 'melunaskan hutang' apabila membantu kami mara ke suku akhir biarpun dia terlepas tiga aksi awal kumpulan gara-gara digantung perla- wanan.

"Jadi, saya harap sebagai pemain senior Amri dapat membimbing rakan-rakan sepasukan menjejak pentas final di gelanggang keramat kami di Stadium Shah Alam (20 Oktober depan)," katanya optimis.

Sharbinee bersih - SPRM

Posted:

Sharbinee bersih - SPRM

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

SHARBINEE disahkan bersih daripada dakwaan menjual perlawanan.


PENJAGA gol Terengganu, Mohd. Shar- binee Allawee Ramlie bebas daripada dakwaan 'menjual perlawanan' ketika melakukan kesilapan semasa skuad Penyu menentang Kedah dalam saingan Piala Malaysia pada 1 September lalu.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu, Md. Yusoff Md. Zin berkata, hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati tidak wujud sebarang bukti atau dokumen menunjukkan kewujudan unsur rasuah dalam perlawanan tersebut.

"Sepanjang siasatan dijalankan, SPRM telah memanggil beberapa orang saksi untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan bagi membantu siasatan.

"Dalam pada itu, ujian poligrafi yang turut dijalankan menunjukkan tiada tindak balas signifikan (No Significant Reactions) yang boleh mengaitkan perlakuan rasuah seperti didakwa," katanya.

Md. Yusoff menambah, ketika rakaman ujian poligrafi dijalankan, keputusan diperoleh menunjukkan Sharbinee bercakap benar kepada soalan-soalan yang dikemukakan.

Katanya, SPRM telah menjalankan siasatan bagi kes tersebut mengikut bidang kuasa seperti mana diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan siasatan dijalankan adalah bebas, telus dan profesional.

Skuad Terengganu mula diselubungi kemelut dalaman apabila dua pemain tonggak, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi dikatakan mempunyai masalah disiplin, sekali gus disingkirkan oleh jurula- tih Peter James Butler daripada pasukan itu.

Belum reda dengan isu itu, sekali lagi skuad Terengganu dilanda masalah apabila Sharbinee dikatakan melepaskan gol mudah dan menyaksikan pasukan itu sekadar seri 1-1 dengan Kedah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Britney Spears kembali beraksi

Posted:

Britney Spears kembali beraksi

Susunan MOHAMMAD HAFIZ AHMAD

LAGU Baby One More Time, Sometimes dan Opps! I Did It Again menjulang nama Britney Jean Spears, 31, atau lebih dikenali Britney Spears. Kemunculannya di persada seni antarabangsa pada tahun 1999 mendapat perhatian ramai sehingga menyebabkan kehadiran anak kelahiran McComb, Mississippi, Amerika Syarikat (AS) itu mencipta fenomena yang luar biasa.

Populariti Britney pantas melonjak sehingga diangkat sebagai ikon muzik setaraf penyanyi tersohor seperti Madonna, Micheal Jackson dan Whitney Houston. Dia bukan saja berbakat dalam bidang nyanyian dan tarian malah memiliki aura dan stail tersendiri.

Justeru, tidak hairanlah nama Britney masih menjadi sebutan dan kemunculannya dalam pelbagai acara dan konsert sentiasa dinanti-nantikan.

Pada awal kemunculannya, penyanyi berambut perang keemasan berbintang Sagitarius itu lebih gemar tampil ringkas dan konservatif dalam penampilan. Gaya ala remaja sekolah dengan rambut bertocang dua dalam klip video lagu Baby One More Time menonjolkan sisi naif Britney sebagai remaja berumur 17 tahun.

Senyuman manis yang menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun rapi menjadi signatur anak kepada pasangan Lynne Irene dan James Parnell Spears itu.

Pesona

Namun, sisi naif Britney berubah apabila muncul dalam album kedua dengan gaya seksi. Ia merupakan detik permulaan Britney sebagai selebriti yang tampil berani dan tersendiri ketika melepasi lensa kamera.

Beliau lebih selesa bergaya seksi pada setiap persembahan atau ketika melangkah di karpet merah yang menjadi idaman setiap wanita untuk memiliki tubuh seperti penyanyi yang pernah muncul dengan filem, Crossroad (2002) ini.

Sejak tahun 1998 hingga kini, Britney tampil berbeza dengan cita rasa fesyen yang pelbagai malah sering bertukar warna rambut setiap kali kemunculannya di khalayak ramai.


DRES mini Azzedine Alaia menjadi pilihan Britney ketika menjadi juri tetap program realiti, The X-Factor di Missouri, Amerika Syarikat.


Selepas album kedua yang mencatat jualan sebanyak 20 juta keping di seluruh dunia, Britney muncul dengan imej skirt mini sekali gus memperaga sebahagian tubuhnya yang seksi. Imej ini lantas menjadi ikutan sehingga Britney menjadi budaya pop alaf baharu.

Masih ingat busana yang disarung Britney ketika Anugerah Video Muzik MTV (VMA) pada tahun 1999? Kardigan renda berlabuci dengan kolar berbulu itu sepatutnya dipakai bersama gaun tetapi beliau tampak yakin menggayakan baju itu.

Detik fesyen paling buruk Britney ialah ketika beliau menghadiri Anugerah Muzik Billboard 2000. Baju labuh rona jingga, sarung kaki, korset, topi dan but baldu mendapat kritikan hebat daripada pengkritik fesyen. Ibarat aduan dua imej berbeza dengan konsep baju yang tidak dominan.

Cinta asmara dua merpati sejoli antara Britney dan penyanyi, Justin Timberlake meninggalkan momen manis kepada peminat apabila kedua-duanya muncul sedondon dalam busana inspirasi ala koboi berasaskan fabrik jean ketika menghadiri Anugerah Muzik Amerika (AMA) tahun 2001. Kelibat pasangan selebriti berkenaan kelihatan manis dan secocok.

Sementara itu, persembahan Britney di pentas Video Music Awards (VMA) 2001 ketika menyanyikan lagu I'm Slave 4 U turut menjadi bualan hangat gara-gara berpakaian menjolok mata sambil menari bersama ular albino.

Dengan hanya memakai coli hijau dan seluar pendek rona firus, Britney tampak begitu yakin beraksi di atas pentas sehingga penampilannya itu diabadikan di muzium patung lilin, Madame Tussauds, di London.

Kegemilangan Britney tidak berpanjangan apabila dia menghadapi pelbagai masalah peribadi sehingga dimasukkan ke Pusat Rawatan UCLA, di California akibat kecelaruan mental pada tahun 2008.

Semuanya gara-gara perkahwinannya dengan model dan penari, Kevin Federline, yang membawanya ke sebuah pengalaman hidup yang huru-hara.

Sepanjang tempoh perkahwinan yang mengurniakan mereka dua orang anak iaitu Sean Preston, 6, dan Jayden, 5, itu, satu demi satu detik hitam menyelubungi perjalanan seni Britney. Selama beberapa tahun, media mensensasikan mengenai karier Britney yang telah sampai ke penghujungnya.


TAMPIL ayu dan bersahaja pada awal kemunculan sekitar tahun 1998.


Faktor X Britney

Mujur atas usaha penerbit dan pengkritik terkenal, Simon Cowell membawa kembali kemasyuran Britney di persada muzik antarabangsa apabila beliau muncul sebagai juri tetap program nyanyian realiti TV, The X Factor. Cowell sanggup membelanjakan $15 juta (RM46.2juta) bagi mendapatkan khidmat Britney untuk berada di sisinya sepanjang musim kedua program itu.

Transformasi positif Britney bermula apabila kelibatnya dalam program itu memperlihatkan kematangan dari segi pemakaian dan penampilan yang anggun. Pemilihan pakaian, solekan dan gaya rambut lebih terurus dan sempurna.

Ketika menghadiri sesi uji bakat pertama di Austin, Texas dia menyarung dres neon merah jambu daripada Brian Lichtenberg dipadankan bersama sepatu Yves Saint Laurent (YSL).

Britney tampil ceria di Bandar Kansas, Missouri apabila memilih dres mini kembang rona putih Azzedine Alaia bersama sandal Miu Miu untuk sesi kedua. Cita rasa fesyen penyanyi ini semakin tinggi dengan memakai baju manik keemasan lengan panjang rekaan Lorena Sarbu diadun cantik bersama sepatu metalik Giuseppe Zanotti di San Francisco, California.

Sewaktu uji bakat di Greensboro, Carolina Utara, tunangan kepada Jason Trawick, 39, ini bergaya dengan dres sendat rona hitam daripada jenama kegemarannya, Hervé Léger disesuaikan bersama kasut bertali Valentino.

Dia kembali menyarungkan baju daripada jenama yang sama ketika menghadiri sesi pemilihan di Providence, Rhode Island. Dres mini rona merah menyala itu digabungkan dengan sepatu YSL.

Pilihan terbaik Britney dan kumpulan tatarias yang diketuai oleh jurugaya, June Ambrose sepanjang program tersebut setakat ini ialah pada majlis pelancaran The X-Factor di Hollywood, California. Beliau memakai busana anggun bercorak Ornate rona biru terang daripada Stella McCartney.

Gel bebaskan parut jerawat

Posted:

Gel bebaskan parut jerawat


GEL ini dikatakan berupaya menghapuskan parut jerawat dalam masa beberapa minggu sahaja.


MEMILIKI wajah yang bersih, mulus tanpa sebarang cela dan bekas-bekas jerawat yang hodoh menjadi impian ramai dalam kalangan kita. Bahkan, ramai yang sanggup melabur ribuan ringgit bagi mendapatkan wajah persis selebriti ternama.

Begitu juga dengan seorang model dan Mr. World Malaysia 2010, David Lian, 22. Kerjaya sebagai model profesional memerlukan David memiliki wajah yang mulus tanpa cela mahupun kesan parut yang mencacatkan wajah.

"Paras rupa merupakan keutamaan di hadapan kamera dan saya harus menjaganya setiap masa. Walau bagaimanapun, gaya hidup saya menyebabkan kulit saya mudah berjerawat sehingga meninggalkan parut kekal," ujar David ketika ditemui.

Masalah yang sama menjadi mimpi ngeri buat ahli pasukan sorak dari Vulcanz All-Girls, SMK Seafield, Subang Jaya, Esther Erin Wong, 16.

Latihan tarian sehingga lewat malam sekerap enam kali seminggu membuatkan kulit wajah gadis itu berminyak dan mudah berjerawat.

"Walaupun jerawat mula susut, kesat parut masih lagi kelihatan dan ia sukar untuk dihilangkan," ujarnya.

DARI kiri: David, Careen dan Esther merupakan antara pengguna dan duta Hiruscar yang berjaya menangani masalah parut jerawat.


Namun, masalah kedua-dua personaliti tersebut akhirnya dapat diatasi selepas mencuba Gel Hiruscar Post Acne. Ia mudah disapu, cepat meresap, tidak berminyak dan berbau harum. Rumusan tanpa alkohol juga tidak menimbulkan alahan selain memastikan kulit tidak terasa hangat.

Produk ini telah diuji secara klinikal untuk menghilangkan parut jerawat dalam tiga langkah mudah.

Pertama, ia memulihkan dan melicinkan kulit parut jerawat yang dalam, kedua, ia mencerahkan bintik-bintik hitam dan mengurangkan kemerahan selepas jerawat pulih dan ketiga ia mengelakkan pertumbuhan jerawat berulang.

"Kesan parut mula berkurang walaupun hanya menggunakannya selama beberapa minggu sahaja," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk itu di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Majlis berkenaan turut dihadiri duta dan pengguna Hiruscar iaitu selebriti blogger, Careen Tan, 23 dan model serta pelakon Nurafiqah Liana Hazrin, 22.

Hiruscar Post Acne dijual pada RM38.80 bagi setiap tiub 10 gram dan boleh didapati di farmasi terkemuka dan Watsons di seluruh negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Dua firma Jepun tutup operasi

Posted:

Dua firma Jepun tutup operasi

DUA penunjuk perasaan merosakkan sebuah pasar raya Jepun di Shenzhen, selatan China kelmarin.


BEIJING - Sekurang-kurangnya dua firma utama Jepun menggantung operasinya di China ekoran peningkatan protes anti-Jepun pada hujung minggu lalu, kata kedua-dua syarikat berkenaan semalam.

Kakitangan kilang Canon Inc. di bandar Zhoushan, dalam wilayah Guangdong di selatan China diberikan cuti dua hari bermula semalam selepas berlaku tunjuk perasaan yang berlaku di berpuluh-puluh buah bandar di negara berkenaan berhubung pembelian tiga kepulauan kecil oleh kerajaan Jepun.

Pulau-pulau berkenaan turut dituntut oleh Beijing.

"Notis yang diterima menyatakan kami diberikan dua hari cuti dan akan mula bekerja pada 19 September ini," kata seorang kakitangan kilang Canon.

Menurutnya, cuti tersebut diberikan "kerana hal ehwal dalaman" pihak pengurusan kilang tersebut.

Seorang kakitangan kilang firma Panasonic Corp. di bandar Zuhai yang terletak berdekatan Zhoushan pula memberitahu bahawa mereka diberikan cuti sehingga esok.

Pekerja Panasonic itu yang dikenali sebagai Liao menyatakan beberapa pekerja kilang berkenaan melancarkan mogok berhubung pemilikan tiga kepulauan kecil tersebut.

SEORANG penunjuk perasaan mengibarkan bendera China di depan Kedutaan Jepun di Beijing semalam.


Gugusan pulau berkenaan dikenali sebagai Diaoyu di China dan Senkaku di Jepun.

"Sekitar 12 pekerja China melancarkan mogok kerana isu kepulauan Diaoyu," kata Liao.

"Anda tahu, kami marah berhubung isu ini (pembelian kepulauan berkenaan oleh kerajaan Jepun," tambahnya.

Media Jepun pula melaporkan Canon menggantung operasinya di dua kilang lain di China semalam.

Media negara berkenaan menyatakan, peruncit Jepun, Muji telah menggantung jualan di beberapa kedainya di sini manakala beberapa kedai dan restoran berkaitan Jepun di bandar raya ini turut ditutup semalam.

Serangan ke atas beberapa kereta buatan Jepun dan kedai serta restoran berkaitan Jepun turut dilaporkan di sini dan beberapa bandar raya lain pada hujung minggu lalu.

Dalam usaha mengawal bantahan tersebut, polis dan media China semalam menggesa penunjuk perasaan supaya bertindak secara rasional dan mematuhi undang-undang serta mengelak daripada menyerang hartanah dan rakyat Jepun. - dpa

Kedutaan AS dilempar bom petrol

Posted:

Kedutaan AS dilempar bom petrol

BEBERAPA penunjuk perasaan membaling batu ke arah Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta semalam.


JAKARTA - Sejumlah penunjuk perasaan melontar bom petrol dan bertempur dengan polis Indonesia di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini semalam selepas tunjuk perasaan membantah sebuah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW bertukar menjadi ganas.

Beratus-ratus orang di Indonesia menunjuk perasaan pada Jumaat dan Sabtu lalu kerana membantah filem bajet rendah, Innocence of Muslims yang menghina agama Islam tetapi bantahan tersebut berlangsung secara aman.

Namun, demonstrasi yang diadakan semalam bertukar ganas apabila sejumlah penunjuk perasaan melontar bom petrol dan melaungkan slogan anti-AS.

Polis pencegah rusuhan bertindak balas dengan menembak meriam air dan melepaskan tembakan amaran ke udara dalam usaha menyuraikan sekitar 700 penunjuk perasaan.

Anggota-anggota polis turut dilihat menendang dan menyeret beberapa penunjuk perasaan ketika asap hitam daripada bom-bom petrol itu menyelubungi udara.

Seorang anggota polis yang cedera di muka dibawa meninggalkan lokasi kejadian dengan menaiki ambulans.

"Amerika, Amerika pergi jahanam!" laung beberapa penunjuk perasaan dengan sebahagian mereka membawa sepanduk yang menyatakan, "hapuskan Amerika" dan "penggal kepala mereka yang menghina Islam".

BEBERAPA penduduk Islam membakar bendera Amerika Syarikat dan Israel di bandar Marawi, Pulau Mindanao semalam.


Sebelum ini, seorang lelaki yang dikatakan penulis skrip filem itu, Nakoula Basseley Nakoula mengaku dia membocorkan sebahagian kandungan filem itu disiarkan di laman YouTube.

Filem itu telah mencetuskan tunjuk perasaan di kebanyakan negara sejak Rabu lalu sehingga mengakibatkan tujuh orang terbunuh termasuk di Lebanon.

Pada minggu lalu, agensi berita melaporkan filem itu dihasilkan oleh sebuah kumpulan agama Kristian di AS yang dikenali sebagai Media for Christ.

Ia melaporkan filem tersebut diarahkan oleh seorang pengarah filem lucah, Alan Roberts yang berusia 65 tahun.

Roberts pernah mengarahkan filem lucah seperti Young Lady Chatterley II.

Filem bajet rendah itu yang mana para pelakonnya bertutur dengan menggunakan loghat AS menampilkan orang Islam sebagai tidak bermoral dan ganas.

Ia memperlekehkan Nabi Muhammad dan menyentuh tentang tema homoseks serta fidofilia.

Filem tersebut menunjukkan Nabi Muhammad tidur bersama beberapa wanita, bercakap mengenai pembunuhan kanak-kanak dan merujuk keldai sebagai "haiwan Islam yang pertama".

Beberapa tunjuk perasaan turut berlaku semalam di Yemen, India. Filipina, Pakistan dan penduduk Islam di London. - Agensi

William, Kate naik perahu perang

Posted:

William, Kate naik perahu perang

WILLIAM (berbaju merah) menaiki sebuah perahu perang di Tavanipupu, Kepulauan Solomon semalam.


HONIARA - Pewaris kedua takhta Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton menaiki sebuah perahu perang di Tavanipupu, Kepulauan Solomon semalam.

Pasangan diraja itu diraikan ribuan penduduk yang menunggu kedatangan mereka.

William dan isterinya itu tiba di sini kelmarin selepas melakukan lawatan ke Malaysia dan Singapura.

Kate memakai gelaran Catherine selepas berkahwin dengan William pada 29 April tahun lalu.

Lawatan itu diteruskan walaupun terdapat laporan berita bahawa majalah Chi di Itali telah menyiarkan gambar separuh bogel Kate.

Edisi khas majalah itu kelmarin menyiarkan 18 gambar yang dirakamkan paparazi yang menunjukkan Kate dan William berjemur di sebuah rumah di Perancis.

KATE dan William berbual dengan seorang lelaki di sebuah kampung budaya di Honiara semalam.


Para peguam pasangan diraja itu telah memfailkan aduan di sebuah mahkamah di Perancis ekoran sebuah lagi majalah, Closer menyiarkan gambar payu dara Kate.

Kate dan William menuntut ganti rugi kerana mendakwa majalah tersebut menceroboh kehidupan peribadi mereka apabila gambar berkenaan dirakamkan.

Bagaimanapun, gambar bogel tersebut tidak menjejaskan lawatan pasangan diraja itu.

Kate dan William turut melawat sebuah kampung budaya di sini.

Kelmarin pada satu majlis William berkata: "Tanah ini adalah yang paling indah dan penduduk di Kepulauan Solomon merupakan antara yang paling ramah serta baik."

Ketika berucap, William memakai baju batik.

Lawatan diraja itu diadakan sempena sambutan ulang tahun pemerintahan nenda William, Ratu Elizabeth II kali ke-60. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


19,000 penagih dirawat di klinik 1Malaysia

Posted:

19,000 penagih dirawat di klinik 1Malaysia

18/09/2012 5:42pm

BUTTERWORTH - Seramai 19,000 penagih dadah telah hadir ke sembilan klinik Cure & Care 1Malaysia di seluruh negara bagi menjalani pemulihan penagihan dadah sejak tahun 2010.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Puan Sri Zuraidah Mohamed berkata, jumlah penagih yang menerima rawatan itu membuktikan ramai penagih dadah mahu memulihkan diri di pusat rawatan yang menggunakan pendekatan baharu itu.

"Kajian keberkesanan klinik berkenaan yang dilaksanakan oleh Universiti Malaya (UM) tahun ini mendapati bahawa 70 peratus klien menyatakan perkhidmatan yang diberikan secara percuma, tempoh yang singkat tetapi berkesan (1-3 bulan) nyah toksik menggunakan ubat-ubatan yang berpegang kepada prinsip kerahsiaan merupakan faktor penting yang membuatkan klien datang mendapatkan perkhidmatan.

"Selain itu, kajian UM juga mendapati 38.6 peratus klien yang ditemu bual menyatakan, alasan mereka hadir ke Klinik Cure & Care 1Malaysia adalah untuk berhenti daripada dadah dan mengelakkannya berulang," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek kepada balu Allahyarham Mohamad Majdi Abdul Hamid, penolong pegawai AADK yang meninggal dunia ketika cuba memberkas peragut di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Dalam kejadian minggu lepas, Mohd. Majdi maut apabila terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan raya ketika cuba menangkap seorang peragut di Bedong, Kedah. - BERNAMA

Kereta rasmi Timbalan Menteri hangus

Posted:

Kereta rasmi Timbalan Menteri hangus

18/09/2012 5:33pm

KLANG - Kereta Proton Perdana Executive yang digunakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun ditemui terbakar di Jalan Akob, Bukit Kapar, dekat sini Sabtu lalu.

Kereta rasmi timbalan menteri itu sebelum ini dilapor dicuri pada 2 Jun lepas di Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, polis dan bomba mendapat maklumat daripada orang awam mengenai sebuah kereta yang terbakar di Jalan Akob pada pukul 7.30 malam.

"Kereta itu hangus. Pemeriksaan nombor casis dan enjin mendapati ia adalah kenderaan yang digunakan oleh Datuk Joseph," katanya kepada pemberita di sini.

Rangka kereta itu kini berada di Balai Polis Kapar di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu jenayah menggunakan api. - BERNAMA

Harimau baham ternakan penduduk

Posted:

Harimau baham ternakan penduduk

18/09/2012 4:59pm

MACHANG - Lebih 500 penduduk Mukim Cherang Hangus di sini berada dalam ketakutan berikutan ancaman harimau yang membaham binatang ternakan mereka sejak seminggu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa, Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Cherang Hangus, Awang Mustapa berkata, sehingga kini tiga ekor lembu milik penduduk di mukim berkenaan dimakan binatang buas itu.

"Ini menyebabkan mereka mengalami kerugian lebih RM3,000," katanya kepada pemberita di sini dan menambah bahawa kira-kira 30 penduduk menternak kira-kira 500 ekor lembu di kawasan itu.

Awang tidak menolak kemungkinan ancaman itu berpunca daripada aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan di Bukit Baka berdekatan yang menyebabkan harimau keluar dari habitat asal mencari makan.

Beliau berkata, sebelum ini penduduk juga berdepan ancaman gajah liar yang merosakkan tanaman seperti pokok getah, pisang dan dokong.

"Kami berharap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat bertindak segera sebelum binatang buas itu menjadi lebih ganas lagi," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved