Ahad, 12 Jun 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bongkar kecurangan dan penipuan

Posted:

Bongkar kecurangan dan penipuan

Bongkar kecurangan dan penipuan

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my



BERGAYA laksana perisik handalan, Raaj Deo yang berbadan tegap dan bermisai lebat itu bersiap sedia mengekori seorang lelaki seperti yang diarahkan oleh isteri lelaki berkenaan.

Senang dengan panggilan RD, tugasnya sebagai penyiasat persendirian untuk kes tersebut tidak begitu sukar memandangkan lelaki yang diintipnya tidak menunjukkan pergerakan yang mencurigakan. Subjek intipannya hanya berulang-alik dari rumah ke pejabat. Selepas tiga hari, RD dan pasukannya yakin bahawa lelaki itu 'bersih' daripada perbuatan yang diragui.

Hasil intipan itu dilaporkan kepada isteri lelaki berkenaan. Namun, wanita itu tidak berpuas hati. Dia seolah-olah mahu suaminya diintip lagi sehingga RD memberikan keputusan yang berbeza.

"Oleh kerana tempoh standard penyiasatan adalah lima hingga tujuh hari, saya teruskan lagi pada hari keempat. Tetapi, dalam diam saya menyiasat wanita itu pula.

"Memang itu bukan tugas saya, tetapi saya rasa seperti diperbodohkan. Saya minta anak buah saya terus mengekori suami pelanggan saya itu sementara saya pula mengintip wanita yang enggan menerima hakikat suaminya itu seorang yang baik," terang RD.

Jelas sekali intuisi RD benar. Bukan suami wanita itu yang bersalah, sebaliknya wanita itu yang menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki lain!

Baru RD tahu bahawa tujuan wanita itu mengupah pasukannya adalah untuk mengintip kalau-kalau suaminya menyedari pergerakan dan rahsianya.

Ternyata, wanita itu terkejut apabila RD menunjukkan gambarnya bersama kekasih gelapnya serta bukti audio yang lain. Wanita itu amat marah. Tetapi, apabila RD menjelaskan rasional tindakannya itu, wanita tersebut hanya berdiam diri, membayar baki upah dan beredar tanpa sepatah kata.

"Tujuan saya bukan untuk memburukkan atau mengugutnya tetapi cuma mahu memberitahu wanita itu bahawa kami, penyiasat persendirian, mempunyai intuisi yang agak tepat," tegas RD.

Demikian antara asam garam tugas seorang penyiasat persendirian. Itu hanyalah lembaran diari RD untuk satu minggu. Lebih lama bersembang dengan lelaki berkepala botak itu, lebih banyak drama kehidupan suami isteri yang dikongsinya.


SEORANG penyiasat persendirian menggunakan segala kemahiran dan sumbernya untuk menyelesaikan sesebuah kes seperti yang diupah pelanggan. – Gambar hiasan


Tugas lelaki Punjabi berusia 58 tahun itu sebenarnya lebih daripada sekadar menyiasat penipuan atau kecurangan suami isteri. Dia juga mengesan penipuan korporat, mengesan orang hilang, penipuan membabitkan kanak-kanak dan sebaginya. Semua kerja itu pastinya dengan bayaran tertentu.

Banyak kemahiran yang dikumpulnya ketika berkhidmat sebagai seorang anggota polis suatu ketika dahulu. Berbekalkan pengalaman kerja dalam bidang penguatkuasaan, antilanun, RD turut dibantu beberapa sumber kepercayaannya selain dilengkapi gajet-gajet yang terkini untuk mengendalikan siasatan.

"Saya mempunyai lapan penyiasat lelaki dan dua penyiasat wanita. Semuanya berusia dalam lingkungan 30-an. Untuk memilih ahli pasukan, saya memerlukan mereka yang mempunyai IQ lebih 60 poin. Kamu mahu sertai pasukan saya?" tanya RD kepada saya memandangkan dia kini mencari petugas wanita berkelayakan.

Menurut RD, wanita tidak mempunyai risiko yang tinggi dalam tugas itu. Amnya, RD akan hanya menghantar mereka untuk mengintip lelaki yang sedang berlaku curang atau berpotensi berlaku curang. Semuanya tertakluk kepada permintaan pelanggan wanita atau si isteri.

"Adakalanya petugas wanita sekadar menjadi pendamping ahli pasukan lelaki supaya tidak timbul kesangsian terhadap kami," kata bapa kepada tiga orang anak itu.

Walaupun profilnya seorang penyiasat persendirian yang berpengalaman, RD akhirnya mengakui bahawa ada perkara yang paling ditakutinya.

"Saya takut apabila terpaksa membawa wanita yang mengupah saya bersemuka dengan perempuan simpanan suami mereka!


RD menunjukkan antara contoh gajet dan item pengintipan yang digunakan dalam tugasnya.


"Itu satu situasi yang tidak dapat dikawal. Pernah seorang yang bergelar Datin dapat mengesan kerja kotor suaminya yang menyimpan teman wanita di sebuah apartmen di Subang Jaya.

"Apabila Datin itu beritahu yang dia mahu berjumpa wanita itu, saya dapat menjangka apa yang akan berlaku. Mahu tidak mahu, saya terpaksa menyaksikan pergaduhan di antara dua wanita itu," katanya sambil ketawa terbahak-bahak.

RD memberitahu, dalam kebanyakan kes, suami didapati lebih banyak bermain kayu tiga berbanding wanita. Jumlah itu agak tinggi dalam kalangan penduduk bandar atau urban.

"Dalam pengalaman saya, bandar-bandar di Lembah Klang dan Pulau Pinang mempunyai banyak kes seperti ini. Ia tidak terhad kepada pasangan baharu kahwin. Ada kes yang membabitkan pasangan yang sudah 30 tahun berkahwin," katanya.

Walaupun tujuan pendedahan yang dilakukan adalah atas kehendak pelanggan yang mengupahnya, RD berharap agar hubungan mereka tidak berakhir dengan perceraian. Katanya, dia mahu pasangan ini insaf dan mulakan semula hidup baharu.

"Kebanyakan pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga, mempunyai bilangan anak ramai dan mempunyai status dalam komuniti tidak memilih untuk bercerai. Cuma mereka yang berdarah muda yang enggan menerima situasi akan menamatkan perjanjian hidup yang dibina atas dasar cinta," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Ahli-ahli KIMMA sertai program bahasa Tamil

Posted:

Ahli-ahli KIMMA sertai program bahasa Tamil

Ahli-ahli KIMMA sertai program bahasa Tamil


SEBAHAGIAN peserta KIMMA Terengganu yang menghadiri Forum Perdana di Kuala Terengganu baru-baru ini.


MAJLIS ILMU. Seramai 200 ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Terengganu mengikuti forum perdana dalam bahasa Tamil di Hotel Midtown, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Program yang dijalankan sepenuhnya dalam bahasa ibunda mereka itu bertujuan memberi lebih kefahaman kepada ahli kongres terutama warga emas yang rata-ratanya kurang fasih berbahasa Melayu.

Pengerusinya, Mohamad Salahudin Shahabudin memberitahu, forum itu bertujuan mendidik ahli-ahlinya supaya menyesuaikan diri dengan budaya di negara ini dan bagi memenuhi tuntutan agama.

Menurutnya, ia merupakan salah satu pihaknya dan tidak menolak kemungkinan ia akan diadakan lagi dari masa kesemasa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival Jom Mai Pasar Kampung Pandan

Posted:

Karnival Jom Mai Pasar Kampung Pandan

Karnival Jom Mai Pasar Kampung Pandan


BURHANUDDIN (kanan) dan Muszaki (dua dari kanan) melihat produk yang dijual semasa majlis penutup Karnival Jom Mai Pasar di Kampung Pandan dekat Kuala Lumpur baru-baru ini.


MERIAH. Persatuan Peniaga Pasar dan Pusat Penjaja telah menganjurkan karnival Jom Mai Pasar Kampung Pandan di Ampang baru-baru ini.

Pengarah program karnival, Muhamad Muszaki Mohd. Ozir berkata, karnival tiga hari yang berakhir 5 Jun lalu merupakan usaha memperkenalkan pasar Kampung Pandan selain memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di sekitar kawasan itu.

"Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan futsal, ping pong dan basikal. Pertandingan futsal bertujuan untuk mencari pasukan untuk menyertai Liga Sukan anjuran Majlis Belia Parlimen Titiwangsa pada pertengahan Julai ini," katanya baru-baru ini.

Karnival itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Kuala Lumpur, Burhanuddin Daud. Ia turut diserikan dengan penyertaan beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

78 pelajar sertai Earth Camp

Posted:

78 pelajar sertai Earth Camp

78 pelajar sertai Earth Camp


HALIM (empat dari kiri) menyaksikan pertukaran dokumen penganjuran TM Earth Camp antara Zamzamzairani dan Clement di Kuala Lumpur baru-baru ini.


ALAM SEKITAR. Telekom Malaysia Berhad (TM) membawa seramai 78 pelajar termasuk 10 anak warga TM ke Sabah sempena program TM Earth Camp di Sabah baru-baru ini.

Rombongan itu diiringi oleh seramai 24 orang guru, lima orang sukarelawan TM dan kira-kira 50 penduduk tempatan yang menjalani pelbagai aktiviti seperti melihat serangga, menyeberangi jambatan gantung dan melawat Pusat Maklumat Rafflesia.

TM Earth Camp merupakan siri kem alam sekitar khas untuk pelajar yang juga ahli Kelab Pencinta Alam di sekolah mereka di seluruh negara, bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar.

Sebelum itu, majlis kerjasama antara TM yang diwakili Ketua Pegawai Eskekutifnya, Zamzamzairani Mohd. Isa dan Pengarah Eksekutif Persatuan Alam Malaysia, Clifford Clement diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengerusi TM, Datuk Dr. Halim Shafie juga hadir pada majlis yang sama selain para peserta kanak-kanak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Cuti sekolah punca harga naik

Posted:

Cuti sekolah punca harga naik

Cuti sekolah punca harga naik


PENJUAL ayam, Mohd. Zamhor di Pasar Sungai Besi, Kuala Lumpur mendakwa terpaksa menaikkan harga ayam beberapa kali sejak dua minggu lalu akibat stok mahal daripada pemborong.


KUALA LUMPUR - Permintaan tinggi terhadap daging ayam dan ikan pada musim cuti sekolah selain sikap tamak sesetengah peniaga didakwa punca utama kenaikan harga bahan makanan itu antara RM1 sehingga RM2 sekilogram sejak dua minggu lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, musim cuti sekolah memang sering menjadi pendorong kenaikan harga bahan makanan tersebut selain sikap sesetengah peniaga yang cuba mengaut untung berlebihan.

Kata beliau, kesannya harga ayam di ladang naik daripada RM4.90 pada awal minggu lalu kepada RM5.30 pada Jumaat lepas dan seterusnya mendorong penetapan harga lebih mahal di peringkat peruncit.

"FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) akan memastikan harga serta bekalan bahan makanan ini di pasar-pasar tani dipantau dan dikawal,'' ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambah beliau, sebanyak 450 buah pasar tani di seluruh negara akan digerakkan untuk menambah bekalan makanan segar.

Mengenai kenaikan harga ikan, Johari mengakui terdapat sedikit kenaikan harga beberapa jenis ikan di pasar-pasar awam.

"Sebagai contoh, ikan kembung gred A naik daripada RM9 sekilogram kepada RM10, ikan selar (RM10 kepada RM11) dan ikan tongkol daripada RM5.50 kepada RM6.50," jelasnya.

Johari berkata, berdasarkan analisis di beberapa kompleks pendaratan ikan, bekalan ikan terjejas sedikit akibat faktor cuaca yang tidak menentu selain permintaan tinggi pada musim cuti sekolah.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuntutan nelayan tidak dilayan

Posted:

Tuntutan nelayan tidak dilayan

Tuntutan nelayan tidak dilayan


DERETAN bot laut dalam tersadai di jeti nelayan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang di Kuantan sejak kelmarin ekoran bantahan subsidi diesel.


TANJONG KARANG - Kerajaan tidak akan melayan tuntutan kira-kira 1,000 pengusaha bot pukat tunda di Pahang, Johor dan Perlis yang melancarkan mogok sejak kelmarin untuk menuntut pemberian subsidi super diesel kepada mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.

"Kita bukan tarik (terus) subsidi, kerajaan masih beri subsidi kira-kira RM1 untuk satu liter dengan harga diesel biasa, jadi tidak ada sebab mereka ingin ugut kerajaan untuk boikot dan sebagainya.

"Kalau kita betul-betul tak nak beri subsidi, kita samakan mereka dengan harga industri, tetapi ini masih jauh lebih rendah daripada harga industri,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga Ketua UMNO bahagian itu.

Kelmarin, pengusaha bot pukat tunda berkenaan mengancam untuk mogok selama tiga hari dan akan meneruskannya selagi kerajaan tidak mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot pukat tunda berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter, dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini.

Ismail Sabri berkata, langkah itu diambil kerana golongan terbabit merupakan pengusaha bot laut dalam yang berpendapatan lumayan berbanding nelayan pantai atau Zon A, B dan C.

"Kalau mereka nak bincang, kita tidak ada masalah, tetapi kalau ugut dan beri tempoh tiga hari, saya kata teruskanlah (mogok), dan kita tidak berminat untuk berbincang dengan orang seperti ini,'' katanya yang tidak menolak kemungkinan terdapat campur tangan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik dalam memainkan isu berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Yu kemejan masuk jaring nelayan

Posted:

Yu kemejan masuk jaring nelayan

Yu kemejan masuk jaring nelayan


ORANG ramai melihat ikan yu kemejan yang berjaya ditangkap oleh nelayan di perairan Kampung Chempaka, Kuantan semalam.


LUMAYAN. Nelayan pantai Kampung Chempaka, Kuantan membawa pulang hasil tangkapan yang mengejutkan semalam.

Manakan tidak, kepulangan mereka menarik perhatian ramai dengan kejayaan menaikkan seekor yu kemejan sepanjang hampir dua meter seberat 200 kilogram yang terperangkap dalam jala.

Kemunculan ikan itu mengejutkan kerana ia spesies yang jarang ditemui, apatah lagi pada saiz sebesar itu.

Seorang daripada nelayan itu menganggarkan nilai ikan berkenaan di pasaran mencecah RM2,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Kekal aktif dipersada fesyen

Posted:

Kekal aktif dipersada fesyen

Kekal aktif dipersada fesyen

Susunan IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my



BARANGKALI pencinta fesyen dalam kalangan generasi muda hari ini, kurang mengenali model kelahiran New York, Amerika Syarikat (AS), Carmen Dell'Orefice berbanding barisan model seperti Tyra Banks, Kimora Lee ataupun Heidi Klums.

Namun tahukah anda, sebelum munculnya kelompok model baharu di persada fesyen Eropah ataupun New York, Dell'Orefice yang memiliki sepasang mata warna coklat perang terlebih dahulu merasai asam garam dunia peragaan penuh glamor.

Buktinya, pada 3 Jun lalu, model yang berdarah campuran Itali dan Hungary itu bukan saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-80 tahun malah meraikan perjalanan karier peragawatinya yang mencecah tujuh dekad.

Angka tersebut sekali gus mengiktirafkan Dell'Orefice sebagai model profesional tertua yang masih menerima permintaan tinggi untuk melakukan peragaan di pentas fesyen.

Terbaharu, dia yang memiliki seorang cahaya mata kelihatan anggun dan kekal bertenaga sewaktu mengatur langkah pada pertunjukan fesyen jenama Alberta Ferretti's Pitti Uomo dan Adrienne Vittadini di Pusat Seni Persembahan Lincoln Center, New York, AS.

Mengimbas penglibatannya dalam bidang peraga, Dell'Orefice yang turut digelar ikon fesyen dunia dalam satu temu bual menceritakan: "Semuanya berlaku sewaktu saya menaiki bas dalam perjalanan ke kelas balet. Isteri kepada jurufoto Herman Landschoff, yang turut berada di dalam bas datang menegur dan menawarkan saya menjadi model. Seingat saya ketika itu saya berusia 13 tahun.

"Lalu, pulang saja ke rumah saya memberitahu ayah angkat mengenai tawaran berkenaan dan dia bersetuju. Sesi fotografi bersama Landschoff berjalan lancar meskipun saya kekok beraksi di depan lensa kamera.

Bertitik-tolak daripada pengalaman hari tersebut dan melihat kesungguhan Dell'Orefice ingin menjadi model, maka bapa angkatnya telah menemui sidang redaksi majalah Vogue. Hasil pertemuan itu, Dell'Orefice yang pernah bekerjasama dengan jurugambar legenda seperti Richard Avedon, Irvin Penn, Cecil Beaton dan Norman Parkinson telah mengikat kontrak menjadi model Vogue dengan bayaran AS$7.50 (RM27) setiap jam.

Menjadi penghias muka depan majalah Vogue eluaran Disember tahun 1946 ketika berusia 15 tahun telah menyuntik episod baharu dalam kehidupannya. Sejak hari itu, Dell'Orefice tidak putus-putus menerima tawaran memperaga busana di pentas peraga mahupun majalah fesyen.

Menariknya, model yang memiliki ketinggian 178 sentimeter itu, pernah menjadi penghias muka depan Vogue sebanyak enam kali dan jurucakap untuk 14 kempen iklan kosmetik.

Produk antipenuaan


DICKINSON berusaha keras menjaga kesihatan untuk kekal cantik dalam usia 57 tahun.


Sementara itu, supermodel pertama di London yang fotogenik, Twiggy, menjelaskan peningkatan usia sedikitpun tidak menjejaskan kehidupannya sebagai model. Malah, dia menyifatkan kariernya di dalam industri fesyen dan kecantikan masih mendapat kepercayaan ramai pihak.

Meskipun mengalami perubahan bentuk badan dan garis-garis halus mula kelihatan di wajah mulusnya, tetapi Twiggy atau nama sebenarnya Lesley Hornby, 62, masih laris menjadi penghias kempen iklan pelbagai produk dan jenama. Buktinya, pada dua tahun lepas, wajah wanita setinggi 168 sentimeter itu dipilih menghiasi iklan Olay Definity iaitu produk kecantikan antipenuaan.

"Usah disebabkan usia sudah melawati angka 40 tahun, tahap keyakinan diri semakin menurun dan mudah berputus asa. Seharusnya, pertambahan usia menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi kehidupan peribadi dan karier.

"Realitinya, saban tahun bidang peragaan menyaksikan kemunculan barisan model baharu yang lebih muda dan berbakat. Namun, situasi itu sedikit pun tidak mematahkan semangat saya apatah lagi terfikir untuk mengundurkan diri daripada industri ini.

"Sebaliknya, ia mendorong saya untuk berani mencuba bidang lain yang bersesuaian dengan usia," tutur anak kelahiran Neasden, London itu yang kini menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Selain itu, berbekalkan pengalaman hampir lima dekad dalam industri fesyen, Twiggy yang pernah menjadi juri program realiti America's Next Top Model, turut berjinak-jinak dalam perniagaan pakaian konsep fesyen jalanan.

Mengimbas kemunculan Twiggy di arena fesyen, segala-galanya bermula selepas jurufoto terkenal, London, Nigel Davies, menyuntingnya untuk menandatangani kontrak modeling tatkala usianya menginjak 16 tahun.

Bertubuh langsing, memiliki sepasang bulu mata yang lentik dan berambut pendek warna perang keemasan menyebabkan kehadiran Twiggy di pentas peraga pantas dikenali ramai. Popularitinya bukan sahaja di negara kelahirannya malah 'merebak' ke pentas fesyen New York sehingga dia mendapat undangan khas memeriahkan acara peragaan di sana pada bulan Mac 1967.

Wajah comel ibu kepada seorang cahaya mata itu, kerap menghiasi muka depan majalah Vogue, Tatler, Newsweek dan Harper's Bazaar. Ini termasuklah, menjadi pilihan produksi iklan dari Jepun iaitu Toyota Motors dan Choco Flakes bijirin sarapan pagi.

Bakat baharu


TWIGGY pada hari ini bijak mencari peluang kerjaya yang seiring dengan usianya.


Dalam pada itu, Janice Doreen Dickinson, merupakan salah seorang supermodel terkenal yang masih lagi aktif dalam industri fesyen antarabangsa. Biarpun kini, usianya mencecah 57 tahun tetapi khidmat anak kelahiran Brooklyn, New York, Amerika Syarikat (AS) itu tetap diperlukan industri.

Cuma bezanya, bekas juri America's Next Top Model berkenaan kurang menonjol di pentas peraga mahupun ruangan majalah fesyen sebaliknya bertugas di belakang tabir. Tugas dan tanggungjawabnya pada hari ini mengendalikan agensi model The Janice Dickinson yang mula beroperasi pada November 2005.

Agensi yang terletak di Hollywood itu menyediakan platform dan membuka peluang terbaik kepada ratusan model baharu yang memasang impian untuk mencipta nama dalam dunia peragaan.

"Usaha membentuk dan melahirkan model profesional akan diteruskan selagi saya termampu. Ilmu dan pengalaman yang dikutip dalam bidang modeling selama 30 tahun ini akan saya salurkan sebaik mungkin kepada kelompok model junior.

"Bergelar model tidak hanya bersandarkan rupa paras dan kebijaksanaan beraksi di depan lensa kamera semata-mata. Sebaliknya, setiap model perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi, berdisiplin dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran yang datang," jelas Janice yang turut menyifatkan ketegasan sikapnya dan usaha memperbaiki kelemahan diri menjadi antara faktor dia masih kekal dalam industri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Material hebat untuk mengembara

Posted:

Material hebat untuk mengembara

Material hebat untuk mengembara


GAYA jaket yang kasual sesuai untuk dipakai ke mana sahaja.


UNTUK musim luruh dan sejuk tahun ini, elemen gaya pengembaraan vintaj dengan pengaruh retro alpine membawa jenama Camel Active ke sebuah pengembaraan merentasi kawasan pedalaman dan urban Rusia.

Kain bulu biri-biri dan kapas digabungkan dengan fabrik moden bagi membolehkan badan sentiasa hangat dan terlindung daripada kesejukan cuaca dan angin. Sementara itu, kemasan terperinci dan beg pakaian lama melengkapkan gaya rupa vintaj yang ingin ditampilkan.

Bersesuaian dengan fungsinya, warna-warna yang digunakan adalah mengambil konsep asap, kotor, berfros dan berdebu. Warna berfros seperti kelabu dan hijau dipadankan dengan warna petrol dan plum.

Selain itu, warna berkarat, ochre, perang serta khaki dapat dilihat menerusi penonjolan warna labu dan safron, manakala warna biru pekerja dan hijau tentera digabungkan dengan warna merah Rusia.

Jaket ala tenteranya dilengkapi pelindung kepala dan bulu binatang tiruan, manakala jaket lengan pendek dan jaket kulit anak biri-biri memberi penampilan maskulin kepada pemakainya.

Selain jaket, rangkaian blazer telah diberi penampilan baharu, iaitu perincian tenunan dan corak Farisile dan Norwegian yang memberikan mood musim sejuk kepada koleksi tersebut di samping mewakili tema pengembaraan alpine.


JAKET yang dihiasi zip ini juga boleh didapati dalam warna kopi.


Seterusnya, henleys, polos dan kemeja-T yang asas dilengkapi lapisan pelindung dengan gaya keseluruhan yang diinspirasikan dari pengembaraan vintaj. Rekaannya turut mencipta penampilan tubuh yang ramping.

Baju bercorak kotak dan poket yang banyak dengan pelapik bahu dan solusi poket adalah satu kemestian, manakala bahagian dalaman yang dilapisi baldu dan oxford memberikan karakter yang unik kepada koleksi musim luruh dan sejuk kali ini.

Kesemua rekaan dan corak kecil yang digunakan, elemen-elemen seperti kemasan, aksesori dan perincian menjamin gaya Camel Active yang asli serta kasual. Baju denim yang dihasilkan pula memberikan satu pembaharuan kepada tema kasual dan warna biasa yang digunakan.

Dalam pada itu, rangkaian chino tampil kasual dengan gaya poket baharu dan lipatan kaki yang pelbagai. Bahan daripada garbadine dan kanvas yang kompak digunakan termasuk struktur herringbone, efek korduroi dan houndstooh.

Seluar kargo yang kurus dengan poket yang rata digabungkan dengan elemen chino seperti poket piping berkembar memberikan gaya lasak, manakala denim pula hadir dalam warna biru gelap dan biru gelap tinted.

Dengan koleksi musim luruh dan sejuk 2011 dan 2012 bertemakan sejarah hidup ini, Camel Active membuktikan kombinasi gaya yang dikurangkan dan bahan yang inovatif dan klasik juga boleh kelihatan hidup.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wajah bebas minyak sepanjang hari

Posted:

Wajah bebas minyak sepanjang hari

Wajah bebas minyak sepanjang hari


Atilia nampak anggun dirias jurusolek Lancome, Mell.


SERAMAI 76 wanita Malaysia telah mencuba kuasa pencerah yang tahan lama melalui produk ajaib terbaharu keluaran Lancome iaitu Maqui Miracle Foundation dan Maqui Miracle Compact.

Pengurus Pemasaran Lancome di Malaysia, Kelly Tan menjelaskan bahawa wanita yang gemar bersolek memahami keperluan menggunakan bedak asas yang bukan sekadar memberi liputan yang sempurna atau penyediaan wajah untuk warna-warna solekan.

"Kini mereka boleh memiliki ciri-ciri yang dikehendaki dalam bedak asas cecair Lancome Maqui Miracle, yang ideal menjadikan mekap kelihatan lebih cantik selain mencerahkan dan melindungi kulit," katanya.

Katanya, Maqui Miracle bertindak dengan tiga cara untuk memberikan kesan pencerahan yang tahan selama 12 jam. Pertama, bedak asas ini menggunakan teknologi Aura-Bright Lancome yang menyediakan pigmen generasi baharu bagi menyerlahkan cahaya dalaman semula jadi kulit.

"Berdasarkan penyelidikan makmal Lancome sekian lama, apabila cahaya sampai ke wajah, lebih kurang 5 peratus daripada cahaya ini dipantulkan semula dan 95 peratus diserap ke dalam kulit untuk berinteraksi dengan epidermis dan dermis.

"Daripada jumlah ini, 55 peratus diserap dan baki 40 peratus dipancarkan semula ke permukaan wajah sebagai hasil pantulan dalaman kulit," katanya.

Kedua, Maqui Miracle turut mengandungi ramuan kompleks khas untuk menghalang peluh dan kelembapan agar wajah kelihatan segar dan berseri sehingga 12 jam.

"Seterusnya, Maqui Miracle turut mengandungi NeuroWhite Complex yang meningkatkan kecerahan kulit setiap hari dan perlindungan UV SPF 26 PA++ untuk membantu menghalang pembentukan bintik-bintik perang," jelasnya.

Menyerap minyak


MAQUI MIRACLE mengandungi NeuroWhite Complex yang meningkatkan kecerahan kulit dan perlindungan UV SPF 26 PA++ untuk membantu menghalang pembentukan bintik-bintik perang.


Sementara itu, jurusolek antarabangsa Lancome, Zamri Zainol semasa menjalankan eksperimen ke atas bedak kompak Maqui Miracle membuktikan bahawa bedak kompak Maqui Miracle dapat menyerap minyak dengan berkesan berbanding jenama X.

Dia memulakan eksperimen dengan menoreh lapisan bedak kompak di dalam bekas khas sebelum minyak dititiskan ke dalam kedua-dua bekas yang mengandungi bedak kompak Maqui Miracle dan bedak jenama X.

Hasil eksperimen menunjukkan, bedak kompak Maqui Miracle menyerap minyak yang dititiskan tanpa meninggalkan kesan berminyak apabila gumpalan serbuk bedak kompak itu digosok pada tangan.

Dalam pada itu, dua orang pengikut Facebook Lancome yang telah mencuba kedua-dua produk ajaib Maqui Miracle itu memberitahu mereka kagum dengan hasil yang diperoleh selepas memakai bedak asas Maqui Miracle.

Camie Lam memberitahu: "Ia memberi liputan yang mengimbangi tona kulit dan menjadikan wajah lebih cerah dan berseri-seri sepanjang hari," ujarnya.

Sementara itu, Fatin Feisal, yang terus jatuh cinta dengan Maqui Miracle selepas menggunakannya, berkata: "Liputan dan tempoh berkesan yang lama menjadikan wajah saya kelihatan sihat dan berseri," katanya.

Dua selebriti jelita turut mencuba kuasa pencerah Maqui Miracle iaitu penyanyi, Atilia Haron dan pelakon, Joanne Yew, pada majlis pelancaran rasmi produk tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bedak asas cecair Maqui Miracle yang boleh didapatkan dalam enam warna dirumus khas untuk menyerlahkan kecantikan kulit wanita Asia pada harga RM130 sebotol.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


'Terima kasih Daudsu'

Posted:

'Terima kasih Daudsu'

'Terima kasih Daudsu'

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR


para pemain Terengganu meraikan kejayaan merangkul Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.


'TERIMA kasih Daudsu Jamaluddin'.
Gara-gara tertanduk bola ke gawang sendiri, Daudsu membuka jalan kepada Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlarutan hingga ke masa tambahan malam tadi.

Ketika Kelantan sudah berada di ambang kemenangan hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-78, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan ketika masa kecederaan berbaki lima saat menerusi gol sendiri Daudsu.

Dengan perlawanan dijangka sekali lagi akan berlarutan ke penentuan sepakan penalti buat tahun ketiga berturut-turut, pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-108.

Kejayaan tersebut membolehkan Terengganu yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim merangkul kejuaraan kedua Piala FA setelah melakukannya kali pertama pada tahun 2000.

Manakala Kelantan yang dibimbing Datuk M. Karathu terus kempunan untuk menjulang Piala FA setelah percubaan kali pertama mereka pada 2009 dikecewakan oleh Selangor.

Beraksi di hadapan 85,000 penonton, kedua-dua pasukan mempamerkan rentak permainan seimbang dan saling berbalas serangan pada separuh masa pertama tetapi tiada banyak percubaan berbahaya terhasil.

Terengganu mendapat peluang terbaik pada minit ke-20 menerusi rembatan Abdul Hadi Yahaya dari dalam kotak penalti namun berjaya ditampan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Peluang terbaik Kelantan pula hanya hadir pada minit ke-40 tetapi percubaan Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kiri ditepis keluar penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli.

Bersambung babak kedua, kerancakan aksi pada enam minit pertama terganggu apabila lontaran mercun oleh penyokong Kelantan hampir terkena Sharbinee pada minit ke-51 dan permainan terpaksa dihentikan selama empat minit.

Hanya seminit selepas aksi bersambung, Joseph Kalang Tie melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti tetapi Khairul Fahmi tangkas menafikannya.

Pada minit ke-67, kesilapan Sharbinee menangkap kemas bola hampir dihukum penyerang gantian Kelantan, Ramzul Zahini Adenan tetapi sepakannya sempat dihadang keluar oleh Ismail Faruqi Ashari.

Akhirnya gol yang dicari Kelantan menjelma pada minit ke-78 apabila lorongan cantik pemain tengah, Shakir Shaari berjaya disudahkan dengan kuisan lambung oleh Nurul Azwan.

Sikap tidak berputus asa para pemain Terengganu berbaloi apabila mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan pada saat-saat terakhir separuh masa kedua.

Rembatan penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat cuba dikeluarkan Daudsu di atas garisan gol tetapi pemain pertahanan Kelantan itu sekadar tertanduk bola ke gawang sendiri.

Ia sekali gus memaksa permainan berlarutan ke masa tambahan selama 30 minit. Pada minit ke-108, Ahmad Nordin muncul wira Terengganu apabila merembat masuk gol kedua pasukannya untuk memastikan kemenangan 2-1.

Dengan kejayaan itu, Terengganu berjaya mendapatkan slot untuk beraksi pada saingan Piala AFC 2012. Kapten Terengganu, Mazuki Yusof dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

TERENGGANU: Sharbinee Allawee, Helmi Remeli, Mazuki Yusof (K), Mazlizam Mohamad, Zubir Azmi, Joseph Kalang Tie, Reeshafiq Alwi, Ismail Faruqi, Ashari Samsudin, Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahaya.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin, S. Subramaniam, Farisham Ismail, Zairul Fitree, S. Chanthuru, Shakir Shaari, Badhri Radzi (K), Nurul Azwan Roya, Izuan Solahuddin, Norshahrul Idlan Talaha.

Pengadil: Nafeez Abdul Wahab.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Emas bola keranjang milik Johor

Posted:

Emas bola keranjang milik Johor

Emas bola keranjang milik Johor

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


PEMAIN Johor tersenyum bangga selepas memenangi pingat emas acara bola keranjang di Kuala Lumpur semalam.


PENUH dramatik.
Itu gambaran aksi final acara bola keranjang lelaki yang menyaksikan pertemuan di antara Johor menentang Wilayah Persekutuan pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 yang berlangsung di Stadium MABA Kuala Lumpur semalam.

Segala-galanya bermula apabila kedua-dua pasukan saling kejar-mengejar mata pada suku pertama, kedua, ketiga dan keempat perlawanan.

Johor yang pada awalnya dilihat berpeluang cerah untuk memenangi perlawanan terpaksa menunggu lama apabila Wilayah Persekutuan menyamakan kedudukan 79-79 pada lewat babak keempat.

Ia sekali gus memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.

Namun, percaturan serta strategi yang diatur jurulatih Johor, Yong Wan Ann nyata membuahkan hasil apabila skuad kemdaliannya itu muncul selaku juara setelah mencatatkan kemenangan 90-85.

Wan Ann memuji persembahan yang dipamerkan salah seorang pemainnya, Khaw Yeong Wooi yang tampak serasi bersama rakan-rakan yang lain biarun hanya satu hari menjalani latihan bersama mereka.

"Yeong Wooi menjalani latihan bersama kelabnya di Singapura dan hanya pulang menjalani rakan-rakannya sehari sebelum kami berangkat ke Kuala Lumpur," kata Wan Ann ketika ditemui pemberita sejurus selapas tamat aksi final semalam.

Tambah Wan Ann, meskipun perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan, namun ia tetap yakin bahawa anak-anak buahnya masih mampu meraih pingat emas.

"Semua pemain saya mampu beraksi dengan baik jika dibandingkan dengan Wilayah Persekutuan.

"Ini kerana, hanya tujuh hingga lapan pemain mereka sahaja dilihat mampu beraksi dengan baik," tambahnya.

Terdahulu, Melaka mengesahkan pingat gangsa menjadi milik mereka selepas mencatatkan kemenangan ke atas Pahang 65-61 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MSSM unggul di kolam renang

Posted:

MSSM unggul di kolam renang

MSSM unggul di kolam renang

Oleh ROSLI HASSAN
rosli.hassan@kosmo.com.my


RATU renang MSSM (dari kiri) Caroline Chan, Mak Ai Sin, Chris Tan Li Ling dan Angela Chieng bangga menunjukkan pingat emas yang mereka menangi dalam acara 4x100m gaya bebas wanita di Melaka semalam.


MAJLIS Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) terus mendominasi acara renang pada Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (Sipma) Keempat apabila mengutip enam daripada 10 emas yang dipertandingkan di Pusat Akuatik Hang Jebat, Melaka semalam.

Emas pertama MSSM disumbang oleh Caroline Chan dalam acara 50 meter (m) gaya lentang wanita dengan catatan 32.26 saat.

Boey Wen Teng dan Khaw Chan Hao menambah emas kedua dan ketiga MSSM apabila mereka mengungguli acara 200m gaya dada wanita dan lelaki selepas merekodkan masa 2 minit 52.54 saat dan 2 minit 35.16 saat.

Chris Tan Li Ling terus menceriakan kem MSSM apabila menyumbang emas keempat MSSM dalam acara 100m gaya bebas dengan catatan masa 1 minit 1.94 saat.

Lebih manis, catatan masa Li Ling itu juga berjaya memecahkan rekod kejohanan 1 minit 2.75 saat yang dicipta Hii Siew Siew juga dari MSSM pada 2007.

Emas kelima MSSM pula disumbangkan Amanda Pasaoa dalam acara 100m gaya lentang wanita dengan catatan masa 1 minit 11.12 saat.

Kuartet dari MSSM yang diwakili Caroline Chan, Angela Chieng, Mak Ai Sin dan Chris Tan tampil bertenaga apabila mencipta rekod baru kejohanan dalam acara 4x100m gaya bebas wanita sekali gus menyumbang emas keenam.

Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) turut memenangi dua emas menerusi Teh Wie Pin dalam acara 50m gaya lentang lelaki (28.79s) dan 100m gaya lentang lelaki (1:02.81s) manakala dua lagi emas dirangkul Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) menerusi Clement David Leong dalam acara 100m gaya bebas (54.49s) dan kuartet 4x100m gaya bebas lelaki dengan catatan masa 3 minit 43.64 saat yang turut memecah rekod kejohanan yang dicipta MSSM pada 2005.

Selain renang, acara tenpin boling turut mempertandingkan dua pingat emas dalam acara Master Lelaki dan Master Wanita.

Pingat emas acara Master Lelaki dimenangi Fahmi Bahri Sulaiman dari MASUM dengan 1,710 jatuhan pin manakala Tengku Emanina Laily Tengku Zahri juga dari MASUM meraih pingat emas dalam acara Master Wanita dengan 1,571 jatuhan pin.

Dalam pada itu, acara hoki yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Serindit, Melaka menyaksikan MASUM menyapu bersih pingai emas yang dipertandingkan apabila memenangi acara hoki lelaki dan wanita.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rumah teres hampir musnah

Posted:

Rumah teres hampir musnah

Rumah teres hampir musnah

12/06/2011 6:16pm

TAWAU — Sebuah rumah teres dua tingkat hampir musnah manakala bahagian siling empat buah rumah lain yang terletak di kedua belahnya turut dijilat api dalam satu kebakaran di Taman Suhima, Kg. Muhibbaraya dekat sini.

Taman perumahan ini merupakan taman perumahan baru di kawasan berkenaan dan masih banyak unit yang masih belum diduduki.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Zougarana Konin berkata pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kebakaran itu pada pukul 11.40 pagi.

Katanya sebaik menerima maklumat, beliau bersama dua jentera dan 10 anggota lain bergegas ke tempat kejadian. Kebakaran berjaya dikawal dari merebak pintu lain dalam masa 39 minit. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

35 ekor tenggiling dirampas

Posted:

35 ekor tenggiling dirampas

35 ekor tenggiling dirampas

12/06/2011 3:57pm

GEORGE TOWN — Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang merampas 35 ekor tenggiling bernilai kira-kira RM50,000 dalam satu serbuan di Mak Mandin, Butterworth, semalam.

Dalam serbuan kira-kira 4 pagi itu, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan ketika sedang memindahkan tenggiling berkenaan dari sebuah kereta ke sebuah kereta lain.

Ketua Unit Penguatkuasaan Perhilitan negeri, Khairul Nizam Yahaya berkata, tenggiling itu dipercayai cuba diseludup ke negara jiran melalui jalan darat.

Beliau berkata, Perhilitan turut merampas dua buah kereta jenis Toyota Camry yang telah diubah suai di bahagian but bagi memaksimumkan kapasiti muatan bertujuan menyembunyikan reptilia itu.

"Kegiatan penyeludupan hidupan liar itu semakin menjadi-jadi dan ini adalah rampasan kedua untuk tahun ini berikutan permintaan tinggi di pasaran gelap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lelaki itu disiasat menurut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Badan pinjaman PPR bakal direalisasi

Posted:

Badan pinjaman PPR bakal direalisasi

Badan pinjaman PPR bakal direalisasi

12/06/2011 2:29pm

KUALA LUMPUR — Penubuhan badan khas untuk memberi pinjaman kepada penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) yang tidak berkemampuan membeli unit yang mereka diami kini di peringkat akhir.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, kertas kerja mengenainya akan dibawa ke Kabinet Ogos ini bagi mendapat kelulusan kerajaan.

"Ini adalah cadangan jangka pendek yang dijangka dapat membantu kira-kira 24,000 pemohon yang kini menghadapi masalah pinjaman tidak diluluskan oleh pihak bank atas pelbagai faktor.

"Berbeza dengan bank, badan ini akan bagi sedikit kelonggaran dari segi syarat pinjaman dengan harapan ia dapat membantu pembeli yang kebanyakannya berumur 50 tahun ke atas memiliki rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Ryan Giggs rela masuk pusat pemulihan seks

Posted:

Ryan Giggs rela masuk pusat pemulihan seks

Ryan Giggs rela masuk pusat pemulihan seks


STACEY dan Ryan Giggs.


MANCHESTER - Bintang bola sepak, Ryan Giggs memberitahu isterinya, Stacey bahawa dia akan meminta bantuan profesional untuk merawat ketagihan seks dalam usaha menyelamatkan rumahtangga mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Giggs, 37, yang bermain untuk kelab Manchester United (MU) menawarkan diri memasuki pusat pemulihan untuk membina semula kehidupan bersama keluarganya.

Menurut akhbar The Sun, Stacey, 32 juga bersetuju untuk cuba menyelamatkan perkahwinan mereka.

Stacey memutuskan untuk setia di sisi Giggs setelah dia membuat pelbagai janji untuk berubah di samping mengakui bahawa dia tidak dapat hidup tanpa isterinya.

Reputasi bersih pemain tengah MU itu lebur selepas hubungan sulit lapan tahun dengan adik iparnya, Natasha dan peserta program realiti televisyen Big Brother, Imogen Thomas terbongkar pada minggu lalu.

Stacey yang memiliki dua anak bersama Giggs memberitahu seorang rakan rapatnya: "Giggs sakit (ketagihan seks) dan dia memerlukan bantuan saya. Selagi dia mengotakan janjinya, perkahwinan kami akan terus bertahan,".

"Suami saya tidak pernah mencintai Imogen dan Natasha ialah seorang pembohong. Keluarga kami akan dapat mengatasi kemelut ini," tambahnya.

Kelmarin, bintang bola sepak itu kelab didakwa menawarkan adiknya, Rhodri wang sebanyak AS$406,942 (RM1.2 juta) supaya dia tidak membuat pendedahan yang memalukan keluarga mereka.

Sementara itu, perkahwinan Rhodri dengan Natasha dilihat tidak akan kembali pulih, terutama selepas akhbar The Sun mendedahkan bahawa Natasha turut tidur dengan bekas pemain pasukan MU seperti Danny Simpson, Phil Bardsley dan Dwight Yorke, selain seorang promoter kelab malam. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa cabul diberi pampasan RM175.1 juta

Posted:

Mangsa cabul diberi pampasan RM175.1 juta

Mangsa cabul diberi pampasan RM175.1 juta


ASHLEY ALFORD


ST. LOUIS, Missouri - Seorang pekerja stor sebuah pasar raya di Amerika Syarikat (AS) diberikan pampasan £58 juta (RM175.1 juta) selepas ketuanya memukul kepala pekerja wanita tersebut dengan menggunakan kemaluannya di dalam bilik stor, lapor sebuah akhbar semalam.

Pekerja berkenaan, Ashley Alford yang berusia dalam lingkungan 20-an, diberikan ganti rugi gangguan seksual terbesar di AS setelah dia dicabul oleh bekas ketuanya.

Hakim sebuah mahkamah di sini memerintahkan pampasan itu dibayar oleh syarikat pasar raya Aaron.

"Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, ini adalah pampasan gangguan seksual terbesar pernah diberikan kepada individu di AS," kata peguam wanita berkenaan, David Ratner.

Pengurus pasar raya Aaron, Richard Moore didakwa melakukan onani di depan Alford sambil menekan mangsa yang sedang duduk di dalam bilik stor.

Moore didakwa kerap mengganggu bekas pekerjanya itu sebelum melakukan serangan seksual tersebut pada Oktober 2006.

Dia turut dituduh menyelinap di belakang Alford ketika wanita itu sedang duduk di lantai bilik stor dan memukul kepala mangsa dengan menggunakan kemaluannya pada September 2006.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pernah menelefon unit aduan pasar raya berkenaan pada Mei 2006 untuk mengadu tentang gangguan yang dilakukan oleh ketuanya tetapi tiada tindakan susulan diambil.

Mangsa kemudian membuat aduan kepada polis.

Pasar raya berkenaan yang dilaporkan bernilai £600 juta (RM1.8 bilion) dilapor akan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah berkenaan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Basikal elektrik boleh lipat

Posted:

Basikal elektrik boleh lipat

Basikal elektrik boleh lipat


BASIKAL Voltitude apabila dilipat (kanan) dan dibuka (kiri).


ZURICH - Sebuah basikal elektrik keluaran Swtizerland boleh dilipat seperti pisau lipat, lapor sebuah akhbar semalam.

Basikal jenama Voltitude itu dilabel sebagai penjimat ruang yang unggul.

Direka untuk kegunaan bandar, basikal kompak seberat 18.5 kilogram itu memiliki panjang 0.8 meter apabila ia dilipat dan 1.09 meter selepas dibuka.

Kenderaan itu boleh dibuka dalam masa cuma satu saat.

Masa empat jam diperlukan untuk mengecas basikal berharga £2,650 (RM8,000) itu dengan menggunakan soket elektrik di rumah.

Ia yang boleh dibeli di laman web Voltitude, berupaya mencapai kelajuan 24 kilometer sejam dengan jarak perjalanan 40 kilometer sebelum perlu dicaj semula. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Pemuda ‘membelasah’ karakter

Posted:

Pemuda 'membelasah' karakter

Pemuda 'membelasah' karakter



MEMILIH dua jejaka ini sebagai penghias ada sebabnya. Bukan hanya kerana nama mereka sedang popular tetapi dua anak muda ini bijak bersuara.

Zahiril Adzim dan Beto Kushairy, dua nama dengan jiwa yang sedang bergelodak. Bukan didih pemberontakan membuta tuli tetapi pameran itu jelas dengan lakonan mereka yang jelas tampak daripada hati yang luhur.

Mendekati mereka senang dengan kata-kata kerana yang lahir daripada mulut jejaka-jejaka ini adalah bait-bait yang mempamerkan mereka anak muda berjiwa seni. Bukan pura-pura. Dua jiwa ini mengingatkan penulis terhadap Diego Luna dan Gael GarcĂ­a Bernal, pelakon hebat antarabangsa yang ada elemen kecil-kecil cili api.

Malah hakikatnya, dua nama ini menjadi sebutan peminat lantaran lakonan berkesan dalam drama Juvana yang disiarkan pada setiap hari Isnin di saluran TV3. Sebuah drama yang mendapat rating tontonan ramai kerana keberkesanan dan faktor 'wow' dalam lakonan aktor-aktornya.

Zahiril menikus dalam watak Daim namun sedang menuju perkembangan watak. Beto pula penuh egoisme bergelar guru disiplin, Cikgu Ariffin. Ada hitam dan putih dalam warna-warna karakter berkesan ini.

Zahiril masih tersepit

"Saya ini pelacur bakat," tegas jejaka dengan nama Zahiril Adzim atau senang disapa Bob bersuara. Jawapan ini meluncur keluar setelah ditanya tentang perjalanan kariernya bertunjang predikat aktor yang masih dianggap keras.

"Saya mula berasa diterima oleh khalayak pada tahun lepas. Rasa perjalanan agak meluncur dengan baik. Namun di sebalik rasa syukur diterima kerana bakat, ada perkara-perkara yang terpaksa saya lakukan atau terima bukan atas kehendak hati tetapi kerana tuntutan hidup," ujarnya tersenyum menjelaskan bahawa ada karya-karya yang dilakonkan atas faktor kewangan.

"Ada teman-teman teater marah apabila saya keluar dengan produk yang kurang mereka senangi. Walaupun bergelar anak seni, keperluan hidup perlu dipenuhi. Ada perkara yang perlu dibayar dengan wang dan akhirnya mereka faham," luahnya apabila ada kerja-kerjanya menjadi persoalan rakan-rakan. Bukan kemahiran lakonan tetapi kerana naskhah yang dirasakan kurang bersesuaian.

"Tahun ini saya perlu melipatgandakan kerja. Ganda 10 kali kerana bakal berdua pada November 2011 ini," rujuk Bob terhadap pernikahan yang bakal dilangsungkan setelah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Shera Aiyob pada 1 Mei lalu.

Jiwanya masih mahu meneroka zarah-zarah seni yang bertaburan di pentas teater. Itu kecintaannya. Namun dia tidak dapat menolak jika realiti teater, lapangan cintanya itu kadangkala kurang membawa imbuhan yang tidak berkadar rata dengan keperluan dunia, wang ringgit.


KEDUA aktor ini membawa keberkesanan watak yang berbeza dalam drama bersiri tontonan ramai. Juvana.


"Saya tersepit, tahu realiti bayaran untuk teater agak rendah dan kadang kala tiada langsung imbuhan. Tapi itu cinta saya dan tempat saya banyak belajar pelbagai perkara yang tidak diperoleh di set. Itu perjuangan. Sedih apabila kadangkala persembahan teater perlu dibatalkan kerana tiada penonton dan itu masih terjadi," jelasnya tentang teater yang dianggap sebuah pengisian jiwa dan pembaik pulih bakat lakonan.

Sebagai pelakon yang masih hijau tapi dilihat melemparkan aura merah tanda semangat buat khalayak, dia berkongsi cerita. Bagaimana suara-suara anak muda baru ini masih belum mahu dikongsi. Masih dianggap angin lalu oleh sesetengah pihak.

"Sukarnya apabila dilabel pelakon baru apabila dalam banyak segi, masih ditindas. Dikecewakan dalam banyak segi. Artis ternama punya ruang untuk memilih dalam bab jadual tetapi kami harus mengikut. Saya telan ini semua atas rasa duduk di tempat anak tiri," bukan rungutan oleh Bob tetapi suara yang dikeluarkan tatkala ditanya kesukaran dalam laluannya kini.

Sebagai penyelesaian, dia kini lebih gemar bersuara. Bob tahu bahawa dia harus ada ruang untuk menyatakan pendirian dan tempatnya. Harapannya, fenomena anak tiri ini bertukar rentak dan pembahagian hak sama rata berlaku dalam produksi.

Tahun ini, Bob bakal menerobos kacamata khalayak dengan karyanya. Dia bakal muncul dalam filem Tolong Awek Aku Pontianak yang bakal muncul 7 Julai ini di pawagam. Berpasangan dengan Sazzy Falak dan Liyana Jasmay.

Dia juga sedang menunggu kemunculan filem Ada Sesuatu Yang Tertinggal, filem yang menemukan dirinya dengan cinta hatinya, Shira. Beratur lagi dua buah filem buat tontonan iaitu Klip 3GP dan Bunohan.

Tidak hanya itu, Bob sempat bersuara, mahu menjadi pengarah satu hari kelak. Didiamkan dahulu hasrat hati. Dia tidak mahu gelaran hanya sekadar sebutan.

"Ramai sangat yang cakap mahu jadi pengarah. Saya tidak mahu hanya sekadar sebutan, tetapi mahu buktikan," ujarnya yang bakal meluncurkan novel tulisannya yang bertajuk Bogel Menuju Tuhan di Annexe, Pasar Seni pada 18 Jun ini.

Beto jaga disiplin

Nama Beto ini sedang enak dipuji khalayak. Satu-satu karyanya mendapat perhatian dan melahirkan pertanyaan terhadap aktor ini. Dia bermula sudah lama cuma akhir-akhir ini dia memikat selera dan mata.

Sinar Beto mula dikesan pengutus gelombang saat muncul dalam drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby, Apa Dosaku: Sybil Kathigasu, Geng Surau dan telefilem Kashaf Imani. Dia kemudian memanjangkan ingatan khalayak terhadap skil lakonannya melalui drama Cita dan Cinta serta Juvana.

Ujar Beto, kini jadualnya semakin padat dengan susunan drama dan dia bersyukur dengan rezeki yang datang. Dia kini sedang sibuk dalam lokasi penggambaran drama Wasiat bersama Sara Ali dan Farid Kamil. Namun di sebalik rezeki yang semakin senang bergolek di kakinya, dia menyusun dan masih menegakkan pendirian seorang Beto.

"Saya lebih selesa mengambil satu naskhah pada satu masa. Saya mahu memberi konsentrasi dan masuk dalam karakter. Enggan 'switch on and off' sekelip mata kerana terlalu mengejar banyak tugasan," senyumnya yang hadir bersama isteri tersayang.


BETO (kiri) dan Zahiril merupakan dua aktor yang kini dilihat berlandaskan bakat dan kecintaan terhadap seni dan bukan faktor komersial semata-mata.


Meneruskan bicara pendiriannya, dia sedikit serius:

"Saya tidak mahu ambil risiko datang lambat dan menyusahkan orang lain. Saya mahu jaga disiplin."

Tegas Beto, walaupun khalayak mungkin nampak kini dia sedang rancak di kaca televisyen, dia tetap dalam sisi selektif.

"Saya memilih untuk bekerja dengan siapa, pasukan kerja, pengarah mahu pun pelakon. Ini bukan bermaksud saya demand atau sombong tetapi kerana saya tetapkan faktor kualiti.

"Saya mahu mendidik khalayak dengan lakonan saya. Jadi saya perlu tahu dengan siapa saya bekerja. Watak yang saya bawakan perlu ke arah membina minda khalayak," ujarnya tentang moral dan mentaliti sesebuah karya terhadap khalayak.

Pemilik nama Nurkusyairy Zakuan Osman ini mengaku gemarkan karakter yang berlandaskan cerita benar mahu pun sebuah watak yang mempunyai faktor berteraskan watak. Itu yang mahu diteroka dan diluahkan buat pandangan dan kacamata khalayak.

"Bagi saya, duit jatuh nombor dua tetapi yang penting ialah karya," tegasnya yang menganggap tahun ini adalah tahun murah rezeki buat dirinya dan isteri.

Merentas minda selektif Beto, penulis bertanyakan pemilihan karakter yang mengena dengan jiwanya. Watak antagonis yang kemas dibawa dalam balutan skil lakonan seorang Beto.

"Watak jahat itu punya raga yang besar. Boleh buat macam-macam dan tidak terkongkong. Malah dalam filem Bara Jiwa arahan Osman Ali juga saya bawakan watak jahat tetapi tidak tipikal. Ada unsur realism," petahnya.

Kembara dua anak seni ini sedang bermula. Ranjau pada satu sisi perlu dilalui atas dasar penerokaan terhadap perjuangan dan kecintaan yang sejati dalam seni. Mereka ini benar-benar pejuang seni yang bukan menadah curahan komersial semata, lebih dari itu simbahan jujur seni itu terpancar dari luhur karya mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Neelofa pelapis ratu kontroversi

Posted:

Neelofa pelapis ratu kontroversi

Neelofa pelapis ratu kontroversi



BARU lima bulan menerjah ke dunia lakonan selepas menjuarai Dewi Remaja 2010, nama si cantik, Neelofa pantas bertamu di bibir ramai. Ternyata, jalan karier di bidang popular ini tidak membenarkan dirinya merangkak dengan tenang.

Belum sempat lakonannya dipertontonkan, cerita dituduh sebagai perampas kekasih orang menjadi tajuk perbualan. Malah, saat ketika tawaran sedang mencurah dan rutin pemilik nama sebenar Noor Nelofa Mohd. Nor, 22, itu banyak dihabiskan di lokasi penggambaran, muncul pula pelbagai versi cerita. Semua cerita itu tidaklah semanis bibirnya yang mekar menguntum senyum.

Tanpa perlu nama disebut, ramai yang dapat mengagak, bisik-bisik perihal kurang manis yang tersebar di dada media itu semuanya condong ke arah namanya.

Tanpa mahu mengelak, wanita yang manja membahasakan diri sebagai Lofa itu pantas mengiyakan, dia sedar banyak cerita buruk dirinya sedang bertebaran. Mahu tidak mahu, semuanya harus ditelan menjadi makanan.

"Saya anggap semua itu sekadar perkara kecil, sebelum saya, ramai lagi artis lain yang lebih teruk diperkatakan," katanya tenang sebaik dihubungi Sensasi Bintang.

Sensasi Bintang: Selepas menjuarai Dewi Remaja, permulaan karier anda dikaitkan sebagai punca utama perpisahan Shah Jaszle dan Maria Farida tetapi kini timbul cerita lelaki berdarah kerabat dan seorang lagi lelaki berstatus duda?

NEELOFA: Saya sedar, sayalah yang diperkatakan itu. Saya sendiri terkejut tentang gosip dengan duda kepada pelakon popular itu. Begitu juga dengan kerabat yang dimaksudkan. Bukan saya reka cerita dan saya tahu siapa pembawa cerita-cerita berkenaan. Saya tahu saya berada di pihak yang benar, jadi tolak tepi sahaja dan anggap semua itu sebagai permainan dunia hiburan. Saya maafkan pereka cerita itu.

Anda selesa menjadi tumpuan kerana sensasi dan kontroversi?

Saya masih Neelofa yang dulu, pandangan orang memang berbeza-beza tapi banyak lagi masa dan masih panjang lagi perjalanan saya. Jadi, biarlah, masyarakat akan mengenali saya secara perlahan-lahan. Saya percaya saya tidak buat salah.

Bagaimana dengan aduan berhubung disiplin anda yang tidak memuaskan terutama kerap datang lewat ke lokasi?

Jujurnya, saya memang seorang peka terhadap masa, kalau boleh, biarlah saya yang menunggu orang, bukan orang lain yang menunggu saya. Sepanjang penggambaran filem Azura saya tidak pernah datang lambat. Saya tahu, isu datang lambat itu berlaku ketika penggambaran drama Kitab Cinta. Perkara itu sudahpun dijelaskan. Sebenarnya berlaku salah faham, masalah teknikal berhubung dengan jadual sedangkan kerap kali saya datang awal ke lokasi.

Baru-baru ini, sudah ada yang melabel awak sekadar cantik dan seksi sahaja sedangkan kualiti lakonan tidak seberapa?

Kalau orang kata saya cantik dan seksi, apa boleh saya buat. Tapi saya masih percaya kalau sekadar cantik dan seksi semata-mata, tak mungkin saya sampai ke tahap ini. saya percaya, saya ada bakat cuma masih baru, baru lima bulan. Baru tiga drama bersiri, satu telemovie dan sedang berlakon filem kedua. Selepas lakonan pertama dalam filem Azura, sekarang King Kapcai dengan KRU Studios. Baru-baru ini, selepas telemovie, Jemaah Kolestrol ditayangkan, banyak respons positif yang saya terima. Mungkin sebab, masuk-masuk terus berlakon filem, jadi persepsi orang terhadap saya lain sikit.

Adakah bidang lakonan sekadar batu loncatan untuk anda meraih populariti semata-mata?

Memang saya pernah kata sekarang masanya untuk saya menjenamakan nama Neelofa, tapi maksud saya bukanlah untuk menjadi popular semata-mata. Jadi pelakon pun bukan rancangan asal saya, semuanya berlaku cukup pantas, keluar sahaja daripada Dewi Remaja, saya berdepan perkara ini. Sebenarnya, saya ambil masa juga untuk terima tawaran filem Azura, saya tahu hidup saya akan berubah secara total. Saya cuma fikir, apa salahnya saya ambil peluang jadi pelakon. Saya pun masih muda dan sedang belajar dalam jurusan bisnes, jadi ini semua untuk masa depan saya.

Lima bulan bergelar pelakon, sudah capai apa yang dihajati?

Saya dapat lebih daripada apa yang saya impikan. Saya kenal dan berkerja dengan nama-nama besar, berada pula bawah bumbung KRU. Peribadinya, perkara ini berlaku cukup pantas untuk orang baru seperti saya. Yelah, dengan banyak cerita panas tapi tawaran juga tidak putus-putus. Banyak yang terpaksa ditolak kerana pertindihan jadual, lagipun saya tidak mahu belasah semua benda, kena juga buat pilihan.

Tidak kisah digelar pelapis ratu kontroversi?

Tak kisahlah apa yang orang yang gelarkan saya, saya tak buat apa-apa kesalahan. Lama-lama nanti orang kenal juga siapa saya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kisah ‘Ratu’ Panggung

Posted:

Kisah 'Ratu' Panggung

Kisah 'Ratu' Panggung



DUA nama yang cukup gah dan kuat dalam dunia teater. Penggerak, aktivis dan 'penari' watak yang membuahkan kepercayaan bahawa teater itu hidup, inilah antara individunya.

Bersembang dengan Juhara Ayob dan Norzizi Zulkifli, banyak gelak ketawa lantaran mereka mengembara dalam lapangan seni pada asas dan gelanggang yang sama. Nama-nama ini adalah tugu kepercayaan dalam teater, meletakkan arena itu pada lapangan yang serius.

Kini mereka kembali dalam sebuah naskhah arahan Rosminah Tahir yang berjudul Mak Dara Nyonya yang bakal dipersembahkan pada 6 hingga 12 Julai ini. Teater dengan enam karakter lakonan Juhara Ayob, Sherry Abdullah, Misha Omar, Fara Fauzana, Sarimah Ibrahim, Norzizi Zulkifli dan Zaifri Husin akan dipersembahkan di Malaysia Tourism Centre (Matic), Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam. Tanda dagang yang diletakkan pada teater ini berbunyi dua cerita, dua negara, satu pengarah.

Wisran Hadi dan Siti Rohayah Attan bergabung mempersembahkan dua cerita. Mak Dara dan Nyonya diadunkan dalam satu nafas buat penonton. Sebuah naskhah untuk dibuat renungan dan pembelajaran tentang hidup.

Ceritakan serba sedikit tentang watak kalian dalam teater Mak Dara Nyonya ini.

NORZIZI ZULKIFLI (NZ): Watak saya sebagai 'keponakan A' ini sukar kerana perlu mempelajari slanga Indonesia. Dalam membuat latihan sekarang, saya sedang mencari watak saya kerana pelbagai karakter boleh dibina dan direka. Keponakan A boleh jadi seorang yang bermulut jahat atau seorang wanita yang dilihat lemah lembut tetapi hati busuk. Kata kuncinya adalah jahat dan pengarah memberi saya ruang untuk membentuk watak saya sendiri.

JUHARA AYUB (JA): Saya membawakan watak Mak Dara yang semestinya sudah dikenali ramai dengan jamu dan bisnesnya. Untuk watak ini saya perlu melakukan persiapan yang rapi. Saya akan menemu ramah sendiri Mak Dara untuk mengenali dengan lebih dekat personalitinya. Saya juga merancang untuk menemuramah anak-anaknya serta individu yang rapat dengan dirinya. Saya mahu selidik perjalanan hidup dan konflik dirinya.

Banyak nama disebut-sebut untuk membawa watak Mak Dara dan akhirnya ia jatuh ke tangan Juhara. Komen sedikit.

JA: Saya sebenarnya sudah lama dengar tentang teater Mak Dara Nyonya ini dan pencarian pelakonnya. Malah saya turut mencadangkan beberapa pelakon untuk pegang watak Mak Dara. Sampai satu peringkat saya mengagak bahawa Rohayah Attan sudah dapat aktres pilihannya. Sampailah Rohayah SMS saya dan menawarkan watak Mak Dara kepada saya. Saya sebenarnya mahu beri peluang juga kepada artis lain untuk mencuba. Malah bangga kalau ada pelakon lain yang mampu melakukannya. Saya tidak kecil hati kerana menjadi pilihan 'masa-masa terakhir'. Saya faham tidak ramai yang berani untuk bermonolog sebanyak 20 muka surat.


PARA pelakon berbakat besar ini bakal memberikan naskhah Mak Dara Nyonya dengan jiwa teater sesuai dengan kedudukan mereka, aktivis teater.


Seperti kata Rohayah Attan, dua teater dalam satu iaitu Mak Dara dan Nyonya ini ada unsur feminisme yang mahu dipertontonkan kepada khalayak. Bagaimana kalian melihat elemen ini?

JA: Watak-watak dalam teater ini mengangkat siapa wanita itu sendiri. Mungkin tafsiran penonton akan melihat sudut positif mahu pun negatif. Saya tidak mahu khalayak datang dengan persepsi selepas menonton 'teruknya wanita itu' tetapi sebaliknya melihat di sebalik karakter tersebut. Kekuatan dan kelebihan wanita. Saya juga tidak mahu khalayak hanya melihat kelemahan Mak Dara tetapi sama-sama meneroka masa silamnya dan melihat usaha beliau selama ini. Melihat daripada kacamata positif.

NZ: Kalau melihat karya-karya yang dibawakan oleh Rohayah Attan memang ada unsur feminisme dalamnya dan kali ini dia meneruskan lagi elemen itu dalam Mak Dara Nyonya. Melihat kepada aspek ini, tidak salah kerana tiada aktivis lain yang membawa elemen ini. Saya harap Rohayah teruskan stail ini.

Berbalik kepada pelakon lain yang dicadangkan Juhara untuk watak Mak Dara, bagaimana kalian selaku aktivis teater melihat fenomena menaikkan nama-nama komersial sebagai pelakon utama sesebuah teater?

NZ: Kalau melihat perjalanan sejarah bangsawan, mereka menggunakan bintang untuk menarik perhatian penonton. Sistem bintang atau pelakon filem ini telah lama digunakan. Masa awal saya belajar dahulu, saya ada pandangan prejudis terhadap sistem ini dan bertanya kenapa ia terjadi. Tetapi apabila belajar sejarah, saya faham bahawa ia telah lama digunakan. Tidak salah menggunakan bintang selagi sebuah teater itu diadunkan dengan pelakon teater yang sebenar. Ada yang guna kaedah ini tetapi tidak tahu budaya teater. Saya rasa orang yang bertanggungjawab adalah bahagian pentadbiran teater itu sendiri. Tidak semua bintang tahu budaya teater sebenar. Mungkin perlu ada kuota antara pelakon teater dan bintang dalam sebuah naskhah atau pementasan.

JA: Pelakon perlu tahu kebolehan diri masing-masing. Kalau mampu dan boleh menjadi versatil, kami selaku penggerak teater mengalu-alukan kedatangan kalian. Malah tidak ada perasaan cemburu terhadap bintang-bintang yang menapak dalam arena teater. Kalau mereka berani dan bagus dalam teater, itu sudah dikira bonus. Kita sebagai aktivis teater tahu kehendak dan keperluan naskhah. Berbalik kepada pelakon komersial ini, kalau mereka melakukannya dengan baik, itu bagus. Kalau tidak, itu hanya akan membusukkan nama mereka. Gunakan peluang sebaik mungkin. Saya lihat ada bintang-bintang yang mempamerkan kesungguhan dan kebolehan dalam bidang teater.

Secara logistik, mungkin khalayak lebih terarah untuk menonton di tempat yang berprestij dan mereka tahu. Bagaimana nasib teater-teater bagus di tempat yang mereka tidak biasa pergi?

NZ: Jujurnya, teater yang bagus itu selalu dipertontonkan di skala yang lebih kecil. Didominasi oleh syarikat atau produksi yang kecil. Tetapi ia juga melibatkan bajet yang kecil. Mungkin kerana tidak ada liputan atau promosi yang secukupnya tentang teater di tempat kecil itu maka ia tidak dikenali. Ada nasib yang baik, ia akan dikenali. Selalunya teater di tempat kecil ini dikongsi bersama-sama penggiat teater dan penonton yang kenal dengan produk sebegini.

JA: Industri sekarang ini industri bintang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved