Ahad, 12 Jun 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Cuti sekolah punca harga naik

Posted:

Cuti sekolah punca harga naik

Cuti sekolah punca harga naik


PENJUAL ayam, Mohd. Zamhor di Pasar Sungai Besi, Kuala Lumpur mendakwa terpaksa menaikkan harga ayam beberapa kali sejak dua minggu lalu akibat stok mahal daripada pemborong.


KUALA LUMPUR - Permintaan tinggi terhadap daging ayam dan ikan pada musim cuti sekolah selain sikap tamak sesetengah peniaga didakwa punca utama kenaikan harga bahan makanan itu antara RM1 sehingga RM2 sekilogram sejak dua minggu lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum berkata, musim cuti sekolah memang sering menjadi pendorong kenaikan harga bahan makanan tersebut selain sikap sesetengah peniaga yang cuba mengaut untung berlebihan.

Kata beliau, kesannya harga ayam di ladang naik daripada RM4.90 pada awal minggu lalu kepada RM5.30 pada Jumaat lepas dan seterusnya mendorong penetapan harga lebih mahal di peringkat peruncit.

"FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) akan memastikan harga serta bekalan bahan makanan ini di pasar-pasar tani dipantau dan dikawal,'' ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambah beliau, sebanyak 450 buah pasar tani di seluruh negara akan digerakkan untuk menambah bekalan makanan segar.

Mengenai kenaikan harga ikan, Johari mengakui terdapat sedikit kenaikan harga beberapa jenis ikan di pasar-pasar awam.

"Sebagai contoh, ikan kembung gred A naik daripada RM9 sekilogram kepada RM10, ikan selar (RM10 kepada RM11) dan ikan tongkol daripada RM5.50 kepada RM6.50," jelasnya.

Johari berkata, berdasarkan analisis di beberapa kompleks pendaratan ikan, bekalan ikan terjejas sedikit akibat faktor cuaca yang tidak menentu selain permintaan tinggi pada musim cuti sekolah.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tuntutan nelayan tidak dilayan

Posted:

Tuntutan nelayan tidak dilayan

Tuntutan nelayan tidak dilayan


DERETAN bot laut dalam tersadai di jeti nelayan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang di Kuantan sejak kelmarin ekoran bantahan subsidi diesel.


TANJONG KARANG - Kerajaan tidak akan melayan tuntutan kira-kira 1,000 pengusaha bot pukat tunda di Pahang, Johor dan Perlis yang melancarkan mogok sejak kelmarin untuk menuntut pemberian subsidi super diesel kepada mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.

"Kita bukan tarik (terus) subsidi, kerajaan masih beri subsidi kira-kira RM1 untuk satu liter dengan harga diesel biasa, jadi tidak ada sebab mereka ingin ugut kerajaan untuk boikot dan sebagainya.

"Kalau kita betul-betul tak nak beri subsidi, kita samakan mereka dengan harga industri, tetapi ini masih jauh lebih rendah daripada harga industri,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga Ketua UMNO bahagian itu.

Kelmarin, pengusaha bot pukat tunda berkenaan mengancam untuk mogok selama tiga hari dan akan meneruskannya selagi kerajaan tidak mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot pukat tunda berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter, dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini.

Ismail Sabri berkata, langkah itu diambil kerana golongan terbabit merupakan pengusaha bot laut dalam yang berpendapatan lumayan berbanding nelayan pantai atau Zon A, B dan C.

"Kalau mereka nak bincang, kita tidak ada masalah, tetapi kalau ugut dan beri tempoh tiga hari, saya kata teruskanlah (mogok), dan kita tidak berminat untuk berbincang dengan orang seperti ini,'' katanya yang tidak menolak kemungkinan terdapat campur tangan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik dalam memainkan isu berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Yu kemejan masuk jaring nelayan

Posted:

Yu kemejan masuk jaring nelayan

Yu kemejan masuk jaring nelayan


ORANG ramai melihat ikan yu kemejan yang berjaya ditangkap oleh nelayan di perairan Kampung Chempaka, Kuantan semalam.


LUMAYAN. Nelayan pantai Kampung Chempaka, Kuantan membawa pulang hasil tangkapan yang mengejutkan semalam.

Manakan tidak, kepulangan mereka menarik perhatian ramai dengan kejayaan menaikkan seekor yu kemejan sepanjang hampir dua meter seberat 200 kilogram yang terperangkap dalam jala.

Kemunculan ikan itu mengejutkan kerana ia spesies yang jarang ditemui, apatah lagi pada saiz sebesar itu.

Seorang daripada nelayan itu menganggarkan nilai ikan berkenaan di pasaran mencecah RM2,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved