Ahad, 20 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Dulu kaki bola, kini penggubah bunga

Posted:

Dulu kaki bola, kini penggubah bunga

Dulu kaki bola, kini penggubah bunga

LELAKI yang berusia 37 tahun itu bukan calang-calang orangnya. Cita-citanya tinggi dan semangatnya sentiasa membara. Bahkan, kejayaan yang dikecapi bukan untuk dirinya sahaja. Meskipun banyak ranjau berduri yang dilalui, beliau nekad mahu membantu kaumnya.

Prinsip beliau mudah. Semua orang boleh berjaya, yang penting perlu ada kesungguhan.

"Saya ingin bantu orang Melayu, hendak mereka tahu yang setiap orang ada peluang untuk berjaya asalkan ada idea asli, kesungguhan yang tinggi dan ruang serta peluang untuk mencuba," luah Mohd. Azmy Osman atau lebih mesra dengan panggilan Azmy meniup kata-kata semangat.

Hampir tujuh tahun dalam bidang gubahan dan dekorasi, anak jati Selangor itu memegang portfolio pelanggan yang bukan calang-calang. Sentuhan magisnya dapat dilihat pada kebanyakan acara kelolaan Istana Negara.

Bahkan, sentuhannya juga menyebabkan beliau memperoleh kepercayaan sebagai penggubah kegemaran di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, Putrajaya.

Berganti kerjaya

"Dua pihak inilah yang banyak menyokong saya. Sekembalinya dari London, saya menerima jemputan untuk melakukan kerja-kerja gubahan dan dekorasi acara di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Seri Satria. Ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak masih bergelar timbalan. Alhamdulillah sehingga kini sentuhan saya masih menjadi pilihan pihak beliau," ujar Azmy merendah diri.

Menurut Azmy, beliau seorang yang sukakan seni dan melihat setiap perkara sebagai cabang seni yang tersendiri. Bola sepak juga seni cuma bezanya ialah tahap ketekunan bagi mencipta nilai seni tersebut.


PEMILIHAN bahan asas dekorasi Azmy difokuskan kepada tema acara.


"Seperti bunga, saya memilihnya atas dasar yang mudah. Semua orang menyukai bunga dan ia menjadi perlambangan kepada kedamaian dan keharmonian.

"Falsafah saya terhadap bunga juga ringkas. Ia memberikan saya ketenangan dan kedamaian, seolah-olah berada di dalam dunia lain," kongsi Azmy yang amat menggemari bunga teluki (carnation).

Tambahnya, masa yang diambil bagi menjelmakan setiap dekorasi yang unik memerlukan penyelidikan dan pembangunan untuk beberapa bulan sebelum acara berlangsung.

"Bagi mengelakkan sebarang masalah pada hari majlis berlangsung, saya pastikan bahan yang digunakan sesuai mengikut tema acara. Selepas proses perangkaan, barulah saya mencari bahan-bahan yang diperlukan dan melakukan eksperimen awal.

"Gubahan dan dekorasi akhir hanya akan dibuat kurang daripada 24 jam sebelum acara berlangsung.

"Bunga boleh bertahan selama lima jam tanpa air tetapi petua untuk kekalkan kesegaran sehingga enam atau tujuh jam ialah jangan sesekali dedahkan bunga-bunga tersebut kepada cahaya matahari secara langsung," tambah Azmy yang menerima bekalan bunga dari India, China, Belanda dan New Zealand.

Perjalanan karier Azmy bermula sebagai pemain bola sepak dan beraksi di atas padang. Beliau kemudiannya bertugas sebagai penyunting video sebelum menjadi pemilik butik pengantin. Kini, beliau seorang penggubah bunga dan dekorasi yang disegani.

Impian sejak zaman kanak-kanaknya, hanya mahu menjadi atlet bola sepak. Keinginannya itu direalisasikan begitu awal apabila dia terpilih mewakili pasukan Kuala Lumpur bawah 12 tahun. Garis masa remajanya dihabiskan di Akademi Bola Sepak Kuala Lumpur sehingga usia 17 tahun.

Pemain simpanan

Prestasi cemerlang Azmy melayakkannya untuk diserap ke dalam skuad utama Kuala Lumpur ketika bakatnya masih hijau. Mengisi posisi pertahanan kanan dan tengah, khidmat Azmy kemudiannya ditagih pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk liga amatur. Memasuki usia 20 tahun, dia bermain untuk kelab Sinaran Belia dan PKNS dalam Liga Selangor.

"Masa itu juga saya terpilih sebagai pemain simpanan skuad Selangor. Bagaimanapun demi menambah kemajuan, saya berhijrah ke pasukan Kuala Lumpur dalam liga simpanan (Piala Presiden) selama tiga tahun. Sempatlah saya bermain untuk liga utama iaitu Liga Malaysia.


KULIT durian antara bahan hiasan kreatif Azmy yang menarik perhatian ramai.


"Tamat kontrak bersama Kuala Lumpur, saya berubah angin ke skuad NS Cempaka, Melaka dan berakhir di Negeri Sembilan," kongsi Azmy yang terpaksa menguburkan kecintaannya dalam arena bola sepak profesional usai mengalami kecederaan buku lali.

Peristiwa itu benar-benar menguji kecekalan hatinya. Bagi merawat jiwanya, beliau mencari peluang dalam bidang fotografi iaitu cabang seni yang menjadi hobinya sejak sekian lama.

Mengambil upah sebagai jurugambar dan jurugambar video bebas, Azmy mengambil inisiatif menambah pengetahuannya dalam bidang tersebut secara serius. Kursus pendek dalam bidang animasi dan video di The One Academy, Selangor hampir dua tahun memberi laluan kepada Azmy bekerja sebagai penyunting video di sebuah organisasi media tempatan.

Dalam tempoh tersebut, Azmy membina kenalan dalam industri andaman dan dandanan. Populariti industri itu dalam tempoh sedekad lalu menyebabkan Azmy nekad membuka sebuah butik perkahwinan.

"Waktu itu hanya fikir hendak buat duit, jadi idea-idea rekaan busana, hiasan pelamin dan gubahan bunga semua tidak asli, banyak tiru orang lain," luah Azmy mengimbas kisah lama. Namun, rezeki tidak menyebelahinya apabila perniagaan tersebut gagal bertahan.

Berbekalkan wang yang masih berbaki, Azmy ke London untuk mendalami dunia gubahan bunga di sebuah kolej tetapi apa yang mengecewakan ialah beliau hanya diajar prinsip asas.

Perkenalan dengan seorang penggubah bunga prolifik di peringkat antarabangsa, Zita Elze mengubah keseluruhan hidup Azmy. Kelananya ke metropolis itu tidak sia-sia saat dia mendaftar diri di Zita Elze Designer Academy, sekolah gubahan dan dekorasi pimpinan Elze.

"Elze ialah antara pereka dekorasi terbaik di dunia. Peluang belajar dan bekerja dengannya sangat berharga. Selain guru, dia juga ibarat ibu saya di London. Elze mengajar bagaimana untuk berfikir di luar kotak, menghasilkan rekaan tidak realistik tetapi menawan.

Dekorasi di istana

"Fokus ialah pelajaran terpenting dalam kelas Elze. Saya pernah hampir putus asa untuk memahami teori yang diajar. Lama-kelamaan saya berjaya menguasainya dan dipanggil untuk kerja dekorasi resepsi perkahwinan berkonsep taman yang ringkas," ujarnya.

Kesungguhan Azmy membuka mata Elze. Beliau diberi kepercayaan untuk membantu Elze menguruskan dekorasi bagi acara rasmi di Istana Buckingham. Kepercayaan itu jugalah memberi peluang kepadanya bersua muka dengan Ratu Elizabeth II buat julung-julung kalinya.

Kreativiti Azmy kemudiannya terus ditagih masyarakat di bumi Eropah. Antara hasil kerja 'gila' Azmy ialah pada majlis peninggalan Kota Perang di London. Gumpalan tar jalan bersatu aneh dengan lalang yang disusun meliar di atas meja, kasut but yang dipakai perajurit-perajurit negara itu pula dibakar bagi menghidupkan efek dramatik yang kemudiannya dilengkapi lingkaran bunga-bungaan.

"Orang luar sukakan benda-benda pelik. Pernah sekali untuk majlis berkonsep maskulin, saya susun pisau belit di atas kayu di sepanjang meja, lalu saya tambah cili api sebagai penegasan. Mesejnya ringkas, ketiga-tiga item itu mendukung karakteristik lelaki secara fizikal dan dalaman," katanya yang bakal muncul dalam program dekorasi TV yang dikendalikan sendiri di saluran Alhijrah dan RTM.

Pesanan gurunya cukup berbekas di hati Azmy supaya beliau tidak terikat kepada konsep Inggeris, sebaliknya belajar bereksperimen dan tampil dengan sesuatu yang asli.

"Baru saya sedar betapa bertuahnya kita kerana mempunyai manggis, rambutan, durian, petai, semalu dan duit-duit serta bunga-bunga tropika yang tidak terdapat di tempat lain. Dari situ saya olah dekorasi menggunakan barangan tempatan," kata anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu. Apa yang penting katanya ialah fokus, kaji majlis yang dijalankan, lakar konsep dan cari bahan yang signifikan.

Kehebatan perkhidmatan bidan di Sweden

Posted:

Kehebatan perkhidmatan bidan di Sweden

Kehebatan perkhidmatan bidan di Sweden


LAAFTMAN memeriksa kandungan Singelman di klinik Mama Mia, Sweden.


HANYA sekali menjalani ultrabunyi dalam tempoh sembilan bulan dan tidak perlu berjumpa doktor. Itulah gambaran penjagaan ibu-ibu mengandung di Sweden.

Walaupun tidak melakukan prosedur seperti negara-negara Barat lain, gaya penjagaan ibu mengandung di negara itu terbukti membawa kebaikan.

Organisasi Selamatkan Kanak-Kanak menyatakan, Sweden merupakan negara kedua terbaik di dunia untuk bakal ibu selepas Finland.

Menurut Laporan Kesihatan Perinatal Eropah 2010, negara tersebut mencatat kadar kematian terendah selepas Iceland iaitu sebanyak 1.5 kematian daripada 1,000 kelahiran manakala jumlah ibu yang meninggal semasa melahirkan anak ialah 3.1 daripada 100,000 kelahiran.

Di Sweden, bidan-bidan diberi kepercayaan untuk menjaga kesihatan ibu mengandung dan janinnya.

Ia merupakan satu-satunya rawatan yang boleh didapati oleh kaum wanita dan diberikan secara percuma kepada pesakit bawah faedah kesihatan negeri.

"Seorang doktor boleh dipanggil jika bidan mendapati ada sesuatu yang tidak kena kepada ibu yang mengandung," kata seorang bidan di pusat bandar Stockholm, Sofie Laaftman.

Bagi mereka yang biasa dengan rawatan perubatan intensif semasa mengandung, cara masyarakat Sweden mungkin dilihat sebagai rawatan asas sahaja.

Antara rawatan tersebut ialah ujian darah dan air kencing untuk mengesan kekurangan vitamin atau anomali, pemeriksaan tekanan darah ibu dan denyutan jantung janin serta nasihat pemakanan.

Bayi pramatang

Ibu yang mengandung normal tanpa sebarang komplikasi akan menjalani rawatan ultrabunyi sekali sahaja dalam tempoh sembilan bulan.

"Kehamilan adalah keadaan yang biasa dan ia tidak sakit," kata seorang Profesor Penjagaan Kesihatan dan Sains di Universiti Gothenburg, Marie Berg.

Laaftman turut menyokong kenyataan Berg dengan memberitahu kebanyakan wanita ber usia bawah 40 tahun tidak memerlukan rawatan rapi kerana tubuh badan mereka masih sihat dan mampu melahirkan anak. Ia adalah proses semula jadi bagi seorang ibu.

Kajian saintifik Kerjasama Cochrane membuat kesimpulan bahawa kebanyakan wanita yang tidak mempunyai komplikasi kehamilan mendapat banyak kelebihan jika menggunakan khidmat seorang bidan berbanding doktor.


KELAHIRAN bayi juga turut disambut oleh bidan dan doktor cuma akan dipanggil jika berlaku komplikasi. - Gambar hiasan


Penulis kajian itu menyatakan, penjagaan seorang bidan mampu mengurangkan jumlah kelahiran bayi pramatang. Di Sweden, hanya lima peratus kelahiran bayi lahir pramatang.

Segelintir ibu mengandung di negara itu yang kurang berinteraksi bersama bidan atau doktor akan mengalami kesukaran semasa melahirkan bayi mereka.

Seorang ibu mengandung, Christina Singelman, 31, berkongsi pengalaman kandungan pertamanya apabila dia dibelenggu rasa sunyi kerana kurang bertemu dengan doktor.

Singelman berkata, dalam tempoh kandungannya berusia 10 minggu, dia hanya mendapatkan satu rawatan di klinik bagi rawatan ultrabunyi.

Bagi Adina Trunk, 33, dia telah berjumpa dengan dua bidan berbeza untuk kedua-dua kandungannya kerana menghadapi masalah yang sama.

"Bidan-bidan ini sangat berwibawa, tetapi kaedah itu sendiri telah meletakkan mereka dalam kedudukan yang pasif atau kurang bercakap.

"Para ibu mengandung terpaksa mengambil inisiatif untuk bertanya soalan atau berkemungkinan berjumpa dengan pakar lain," katanya.

Kelahiran bayi

Di samping itu, kelahiran bayi juga turut disambut oleh bidan. Doktor akan terlibat sama jika berlakunya komplikasi semasa kelahiran bayi tersebut atau jika ibu mengandung meminta suntikan epidura.

Bidan di Sweden telah diberi kepercayaan penjagaan ibu mengandung sejak abad ke-18 lagi.

Peningkatan profesion perubatan moden pada hari ini turut memberi kesan kepada bidan-bidan apabila mereka terpaksa menyerahkan separuh daripada tanggungjawab kepada doktor.

Namun, bidan di Sweden tetap berterima kasih kepada sokongan yang telah diberikan oleh doktor sekali gus mewujudkan kesatuan yang kukuh.

Sistem itu juga tidak pernah dipersoalkan ekoran rekod prestasi yang kukuh.

Jumlah kelahiran bayi secara pembedahan juga rendah di Sweden dengan kira-kira 17 peratus pada 2011 dan hanya 10 peratus wanita melakukan episiotomi.

Episiotomi adalah pengguntingan kulit dan otot antara faraj dan dubur untuk melebarkan ruang bagi bayi keluar. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Pelajar UiTM Permatang Pauh bersih Pantai Kerachut

Posted:

Pelajar UiTM Permatang Pauh bersih Pantai Kerachut

Pelajar UiTM Permatang Pauh bersih Pantai Kerachut


SEBAHAGIAN daripada pelajar UiTM bergambar selepas menyertai program Sayangi Pantai Kita 2013 di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini.


PRIHATIN. Seramai 50 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang menyertai program Sayangi Pantai Kita 2013 di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini.

Para peserta berpeluang menjalani latihan berbentuk fizikal dan mental termasuk mendaki bukit dan berjalan kaki sejauh 3.5 kilometer dari Taman Negara Pulau Pinang ke Pantai Kerachut

Pengerusi program itu, Abdul Mu'iz Nazelan berkata, antara aktiviti yang dijalankan oleh peserta adalah bergotong-royong membersih di Pantai Kerachut.

Malakoff anjur program Kenali Penyu, Sayangi Penyu

Posted:

Malakoff anjur program Kenali Penyu, Sayangi Penyu

Malakoff anjur program Kenali Penyu, Sayangi Penyu


ABDUL RAHMAN (dua dari kanan) dan Ahamad Sabki (tiga dari kiri) melepaskan penyu yang dipasangkan peranti satelit pada program Kenali Penyu, Sayangi Penyu 2013 di Segari, Perak baru-baru ini.


CINTAI HAIWAN. Syarikat penjana tenaga bebas, Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menganjurkan program 'Kenali Penyu, Sayangi Penyu 2013' di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pasir Panjang, Segari, Perak baru-baru ini.

Pengurus Loji Janakuasa Malakoff Lumut, Abdul Rahman Hussin berkata, program melibatkan 30 murid sekolah rendah dari sekitar daerah Manjung itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan generasi muda mengenai kepentingan melindungi penyu yang semakin terancam.

Beliau berkata, Malakoff turut menyumbang sebanyak RM10,000 bagi membantu Jabatan Perikanan Perak melakukan aktiviti pemuliharaan spesies tersebut.

Turut hadir Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood.

Karnival Soccer Kids 2013 MBSA meriah

Posted:

Karnival Soccer Kids 2013 MBSA meriah

Karnival Soccer Kids 2013 MBSA meriah


MOHD. JAAFAR (tengah) menyampaikan cenderamata kejohanan kepada wakil pasukan yang menyertai Karnival Soccer Kids 2013 di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


KARNIVAL. Sebanyak 72 pasukan bola sepak menyertai Karnival Soccer Kids 2013 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Pertandingan tersebut melibatkan dua kategori iaitu bawah 12 tahun sebanyak 40 pasukan dan bawah sembilan tahun pula 32 pasukan.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan berkata, selain pasukan dari Lembah Klang, karnival itu juga menarik minat pasukan dari negeri Pahang, Perak dan Negeri Sembilan.

"Pertandingan itu merupakan platform terbaik untuk pemain bola sepak cilik untuk mempamerkan kemahiran dan bakat mereka untuk diketengahkan ke kejohanan peringkat lebih tinggi," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Terkandas 7 jam di Gunung Asahan

Posted:

Terkandas 7 jam di Gunung Asahan

Terkandas 7 jam di Gunung Asahan

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

PASUKAN penyelamat berjaya membawa turun kesemua guru dan pelajar pada pukul 11.30 malam di kaki Gunung Asahan, Jasin kelmarin.


JASIN – Hajat sekumpulan tujuh orang guru dan 81 pelajar untuk turun dari Gunung Asahan di sini, sebelum menjelang malam tidak kesampaian apabila mereka terkandas lebih tujuh jam di gunung tersebut akibat hujan lebat kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, semua pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas Jasin terbabit, tidak dapat turun dari gunung tersebut dan semua mereka terpaksa berteduh di satu kawasan di gunung itu.

Timbalan Penguasa Bomba Bahagian Operasi negeri, Kamarulzaman Mohd. Din berkata, pelajar yang terkandas itu terdiri daripada 38 pelajar lelaki dan 43 pelajar perempuan manakala guru yang mengiringi mereka terdiri daripada empat guru wanita dan tiga guru lelaki.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Larangan demi kepentingan awam

Posted:

Larangan demi kepentingan awam

Larangan demi kepentingan awam


Abdul Gani


KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, intipati daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes The Herald baru-baru ini ialah Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.

Dalam kenyataan semalam, Abdul Gani berkata, selagi budi bicara itu dilaksanakan secara mengikut undang-undang, wajar, rasional dan mengikut kadarnya, maka mahkamah tidak akan campur tangan terhadap budi bicara menteri berkenaan.

Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara menasihati orang ramai supaya menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah.

Abdul Gani membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap penghakiman pada 14 Oktober lalu yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 31 Disember 2009.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pembedahan buang peluru berjaya

Posted:

Pembedahan buang peluru berjaya

Pembedahan buang peluru berjaya

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my


MOHD. AZIZI (dua dari kiri) melihat keadaan anaknya selepas dibawa keluar dari bilik pembedahan HRPB di Ipoh, Perak semalam.


IPOH – Seorang budak lelaki yang cedera terkena tembakan di Kampung Belanja Kiri, Parit di sini selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan sebutir peluru yang tersekat pada kerongkongnya sejak seminggu lalu.

Pembedahan selama dua jam yang pertama kali dilakukan di negara ini itu dijalankan oleh sepasukan pakar perubatan dan tenaga sokongan yang dibentuk Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam.

Mohd. Amar Mohd. Azizi, 10, dibawa masuk ke bilik pembedahan pada pukul 9 pagi dan selesai pada pukul 11.30 pagi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Pahang belum selamat

Posted:

Pahang belum selamat

Pahang belum selamat

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
sukan@kosmo.com.my

PENYERANG Pahang, Azamuddin Akil (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Sarawak, Mohd. Hairul Mokhtar pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia di Kuantan malam tadi. Pahang menang 3-1 pada perlawanan tersebut.


PAHANG belum boleh berasa selesa walaupun menang 3-1 ke atas Sarawak pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Ini kerana, skuad yang mendapat jolokan Tok Gajah itu perlu berdepan dengan lawan yang sama di Kuching minggu depan untuk aksi separuh akhir kedua.

Stadium Negeri di Kuching merupakan gelanggang keramat skuad Sarawak yang menyaksikan mereka amat sukar untuk digugat olah mana-mana pasukan sepanjang musim ini.

Selain itu, Sarawak juga memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan meskipun agregat ketika ini memihak kepada Pahang.

Atas kertas, kelebihan dua gol yang dimiliki Pahang ketika ini dilihat selamat, tetapi ia mungkin akan berubah selepas aksi di Kuching nanti.

Sarawak hanya perlukan dua gol pada aksi kedua nanti bagi membolehkan mereka melangkah ke final.

Pada perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi, Pahang tampil dengan kesungguhan dengan asakan bertali arus ke gawang lawan sebaik wisel permulaan dibunyikan.

Mereka cepat mendapat rentak dengan aksi yang cukup kemas terutama di benteng pertahanan dan tengah.

Pahang telah menguji gawang pasukan lawan seawal minit ke-20 menerusi tandukan Matias Conti namun percubaan tersebut tersasar.

Tanpa mengenal erti putus asa, Pahang terus memperhebatkan serangan dan ia berhasil pada minit ke-28 apabila mereka memperoleh gol pembukaan menerusi tandukan Mohd. Azamuddin Mohd. Akil selepas menerima hantaran R. Gopinathan di hadapan pintu gol Sarawak.

Selang empat minit kemudian, Pahang terus menambah derita Sarawak apabila menjadikan kedudukan 2-0 menerusi tandukan Azamuddin hasil hantaran silang ketua pasukan, Jalalludin Jaafar.

Conti pula menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-37 selepas bola lambungannya menerjah ke gawang Sarawak ketika penjaga gol pasukan pelawat, Sani Anuar Kamsani terkeluar daripada posisinya.

Walaupun ketinggalan 0-3, Sarawak tidak mahu menyerah mudah sebaliknya terus berjuang untuk merapatkan jurang.

Usaha mereka berhasil pada minit ke-39 menerusi jaringan Mohamad Shahrol Saperi.

Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan walaupun aksi separuh masa kedua memperlihatkan penguasaan Sarawak.

ATM tekad bangkit di Kota Bharu

Posted:

ATM tekad bangkit di Kota Bharu

ATM tekad bangkit di Kota Bharu

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


SATHIANATHAN (kanan) tetap yakin bahawa skuad kendaliannya mampu bangkit pada aksi kedua di Kota Bharu minggu depan.


PENGENDALI skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan optimis anak-anak buahnya akan bangkit pada aksi separuh akhir kedua kempen Piala Malaysia 2013 di Kota Bharu Jumaat depan walaupun ketinggalan dengan agregat 1-2 kepada The Red Warriors selepas tewas dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin.

Sathianathan berkata, kegagalan skuad The Gladiators menyudahkan beberapa peluang terbaik untuk menghasilkan gol serta kealpaan benteng pertahanan, telah dihukum sebaiknya oleh pasukan Kelantan seterusnya berjaya membawa bekalan agak selesa sebelum turun di gelanggang keramat mereka minggu depan.

"Saya yakin anak-anak buah saya akan bangkit, tetapi kami sedar bahawa ia bukan satu tugasan mudah untuk menjinakkan Kelantan di gelanggang keramat mereka.

"Para pemain ATM memerlukan komitmen lebih 100 peratus jika mahu mencipta kejutan di Kota Bharu kelak.

"Tidak mustahil (untuk menang di Kota Bharu), kami pernah melakukannya sebelum ini dalam aksi Liga Super. Namun, anda perlu ada keyakinan yang tinggi dan tidak boleh melakukan kesilapan sama seperti malam ini (malam kelmarin).

"Saya juga sangat terasa kehilangan tonggak pertahanan (Amirizdwan Taj) yang digantung dua perlawanan. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan barisan pertahanan 100 peratus atas kekalahan ini. Kami bekerja sebagai satu pasukan dan semua pihak perlu bertanggungjawab atas kekalahan ini.

"Saya rasa mereka (pemain) telah sedar kesilapan mereka, dan harus diingat kami masih ada 90 minit dan kami masih ada peluang untuk kembali memberi cabaran untuk menempah tiket ke final," kata Sathianathan selepas perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang kelmarin.

Pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin, ATM akur dengan kehebatan Kelantan selepas tewas 1-2.

Christie Jayaseelan menjaringkan gol tunggal ATM pada perlawanan itu manakala Kelantan memperoleh jaringan menerusi Badhri Radzi dan Norfarhan Mohamad.

Nicol muncul juara Terbuka Amerika Syarikat

Posted:

Nicol muncul juara Terbuka Amerika Syarikat

Nicol muncul juara Terbuka Amerika Syarikat

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


NICOL muncul juara buat kali kedua pada Terbuka Amerika Syarikat semalam.


PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Nicol David sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila muncul juara Kejohanan Skuasy Terbuka Amerika (AS) buat kali kedua.

Pada aksi final awal pagi semalam, pertembungan antara pemain pilihan utama itu dengan pemain No.2 dunia, Laura Massaro berkesudahan dengan penuh aksi sengit sebelum Nicol berjaya meraih mata kemenangan 13-11, 11-13, 7-11, 11-8, 11-5.

Berlangsung selama 84 minit, ketenangan Nicol dalam menghadapi tentangan Massaro akhirnya terbalas apabila gelaran WSA ke-69 menjadi miliknya.

"Ia sangat menarik. Kemenangan ini sangat bermakna buat saya termasuk menjuarainya buat kali kedua selepas saya menempuhi musim yang agak mencabar," kata Nicol yang dipetik menerusi laman web rasmi kejohanan, www.usopensquash.com.

"Saya tahu Massaro akan bermain bermati-matian dan saya perlu bekerja lebih keras untuk menyekat kemaraannya. Setiap kali dia mendapat mata, saya tahu saya perlu melakukan yang lebih baik sehingga mata kemenangan," jelas pemain berusia 30 tahun itu yang memegang status sebagai pemain No. 1 dunia sejak tahun 2006.

Dipaksa berdepan dengan pertarungan lima set dengan masing-masing cuba menguji kehandalan lawan, Massaro berjaya meraih peluang pada set pertama untuk mata kemenangan, 10-9 namun gagal mempertahankan apabila Nicol berjaya menamatkan permainan dengan 13-11.

Sekali lagi, situasi yang sama berlaku pada set kedua apabila pemain dari England itu mengikat kedudukan pada 10-9.

Bagaimanapun, pengalaman serta strategi yang dipertaruhkan Nicol yang mempunyai rekod pertemuan 18-5 ke atas Massaro, berjaya mengekang peluang juara 2011 itu mencipta kemenangan.

Pada set kelima, Massaro berjaya menyamakan kedudukan 2-2 namun ia tidak kekal apabila momentum permainan Nicol yang berada pada tahap terbaik serta beberapa kesilapan yang mula dilakukan, Massaro akhirnya terpaksa mengakui kehebatan Nicol yang meraih mata kemenangan 11-5.

Bukan itu saja, Nicol mengakui kejayaan yang diraih semalam turut berpunca daripada kerja keras dan bimbingan jurulatinya, Liv Irving.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Enam lagi mayat mangsa nahas Lao Airlines dijumpai dalam sungai

Posted:

Enam lagi mayat mangsa nahas Lao Airlines dijumpai dalam sungai

Enam lagi mayat mangsa nahas Lao Airlines dijumpai dalam sungai

20/10/2013 9:52pm

BANGKOK - Pasukan penyelamat telah menyumpai enam lagi mayat mangsa nahas udara dalam Sungai Mekong di Laos, kata syarikat penerbangan negara itu. Jumlah mayat yang dijumpai telah meningkat kepada 38 orang.

Kejadian itu merupakan nahas udara terburuk di negara itu, semua penumpang dan anak kapal pesawat Lao Airlines ATR-72 dikhuatiri maut selepas pesawat tersebut terjunam ke dalam Sungai Mekong berhampiran Lapangan Terbang Pakse Rabu lalu di wilayah Champasak akibat cuaca buruk.

Lebih separuh daripada 49 orang penumpang dan anak kapal merupakan warga asing dari 10 buah negara berbeza.

Pasukan penyelamat dari negara jiran, Thailand telah menyelam dalam sungai untuk mencari mayat mangsa bersama kumpulan pakar dari syarikat penerbangan dan pengeluar pesawat Perancis-Itali berkenaan.

Namun, usaha mereka itu berdepan cabaran arus kuat sehingga menyebabkan mayat dijumpai beberapa kilometer dari tempat nahas.

"Sekarang jumlah mayat ditemui adalah 38. Pasukan forensik Lao dan pakar-pakar dari Thailand berusaha untuk mengenal pasti identiti mangsa, katanya, sambil menambah; "Ingatan dan doa kami sentiasa bersama keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas ini." - AFP

Lebih 500 penduduk di daerah Manjung dipindahkan berikutan banjir

Posted:

Lebih 500 penduduk di daerah Manjung dipindahkan berikutan banjir

Lebih 500 penduduk di daerah Manjung dipindahkan berikutan banjir

20/10/2013 8:45pm

IPOH - Sejumlah lebih 500 penduduk di lima kampung di Daerah Manjung dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air berikutan hujan sejak tengah hari semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohd. Asri Mohd. Ariff berkata, kesemua mangsa adalah dari Kampung Pantai Tin, Taman Pantai Wang, Kampung Tebuk Yan, Parit Marikan dan Batu 13 Segari.

"Seramai 530 dari 17 keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Batu manakala 56 mangsa dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Tebuk Yan," katanya.

Setakat pukul 7.00 malam, air berada pada paras 1.25 meter berikutan hujan yang masih berterusan.

Katanya selain faktor hujan lebat, fenomena air pasang juga menjadi punca banjir.

Beliau berkata kerjasama bersepadu telah digerakkan oleh agensi kerajaan terlibat bagi memudahkan penyelarasan dan bantuan kepada mangsa banjir. - Bernama

Pensyarah dan pelatih Kolej Yayasan Sabah diberi biasiswa

Posted:

Pensyarah dan pelatih Kolej Yayasan Sabah diberi biasiswa

Pensyarah dan pelatih Kolej Yayasan Sabah diberi biasiswa

20/10/2013 8:44pm

KOTA KINABALU - Tiga belas pensyarah dan pelatih Kolej Yayasan Sabah (KYS) menerima biasiswa untuk mengikuti kursus jangka pendek di Universiti Salford, Manchester, United Kingdom.

Naib Presiden Perbadanan Pembangunan Multimedia, Kamil Othman berkata, kursus itu adalah di bawah program pembelajaran sepanjang hayat industri kreatif.

Beliau berkata kini program media kreatif dan kemanusiaan digital YKS mempunyai 56 animator dengan 138 pelajar mengikuti kursus animasi, visual dan penyiaran (filem dan dokumentari).

Program tersebut turut melatih dan mengeluar 322 graduan sejak 2010, katanya.

Kamil berkata tahun lalu, 91 pelajar dari program tersebut menerima biasiswa daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


20 maut kemalangan ngeri di Filipina

Posted:

20 maut kemalangan ngeri di Filipina

20 maut kemalangan ngeri di Filipina

DUA anggota penyelamat memeriksa identiti salah seorang mangsa yang mati dalam nahas itu.- Agensi


MANILA – Sebanyak 20 maut dan 44 lagi cedera apabila sebuah trak membawa muatan makanan babi telah merempuh belakang sebuah bas yang membawa penumpang ketika menuruni jalan yang berbukit dan sempit di wilayah Quezon di Pulau Luzon, 115 kilometer dari sini.

Ketua Polis bandar Atimonan, Jonar Yupio berkata, pemandu bas berkenaan hilang kawalan selepas ia dirempuh trak tersebut.

Menurutnya, bas itu kemudian melanggar dua buah lagi bas dan empat buah van yang datang dari arah yang bertentangan.

Yupio berkata, hujan sedang turun ketika kejadian yang berlaku selepas tengah malam.

Kebanyakan mangsa yang maut adalah penumpang bas termasuk empat kanak-kanak, seorang pemandu lori dan kelindannya.

Mangsa-mangsa yang cedera dirawat di beberapa buah hospital, katanya.

Mangsa-mangsa yang terbunuh adalah disebabkan terkena serpihan logam termasuk dari enjin.

Beberapa pekerja sosial berkata, seorang budak perempuan berusia satu tahun merupakan antara yang terselamat.

Seorang anggota penyelamat, Jun Panuil berkata, dia menemui seorang bayi yang berlumuran darah di tepi jalan raya.

Punca kejadian itu masih disiasat. – Agensi

Cari badan pesawat dalam sungai

Posted:

Cari badan pesawat dalam sungai

Cari badan pesawat dalam sungai


SEBAHAGIAN serpihan pesawat itu yang ditemui dekat Sungai Mekong di Pakse.


PAKSE - Kumpulan pakar-pakar Perancis dan Thailand menggunakan peralatan sonar untuk mencari serpihan sebuah badan pesawat Lao Airlines di Sungai Mekong di sini semalam.

Mereka turut mencari 19 lagi mayat yang masih hilang dalam nahas yang berlaku empat hari lalu apabila pesawat yang membawa 49 orang itu terhempas.

Pesawat ATR-72 itu terhempas pada Rabu lalu semasa ia bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Pakse di selatan Laos dalam cuaca buruk.

Lebih separuh penumpang pesawat itu ialah warga asing termasuk seorang warga Malaysia.

Pesawat tersebut dihantar untuk digunakan oleh syarikat tersebut pada Mac lalu menyebabkan tercetusnya persoalan kenapa ia boleh terhempas.

Operasi mencari mayat dan data rakaman penerbangan mengambil masa disebabkan masalah kekurangan peralatan dan pekerja.

Agensi Bureau d'EnquĂȘtes et d'Analyses (BEA) yang merupakan pihak berkuasa penyiasatan penerbangan dari Perancis menyatakan, ia menghantar empat penyiasat untuk membantu kerajaan Laos menyiasat nahas tersebut.

Menurut agensi itu, pihaknya akan bekerjasama dengan para penasihat teknikal daripada pengeluar pesawat tersebut.

Pesawat itu dikeluarkan oleh syarikat usaha sama Perancis dan Itali.- Agensi

Ikan lumba-lumba telan mata kail

Posted:

Ikan lumba-lumba telan mata kail

Ikan lumba-lumba telan mata kail


IKAN lumba-lumba yang mati terdampar di sebuah pantai di Hawaii pada 5 Oktober lalu.


HONOLULU - Lima mata kail ditemui di dalam perut seekor ikan lumba-lumba jantan yang mati terdampar di sebuah pantai terpencil di Hawaii, lapor portal berita Hawaii News Now semalam.

Bagaimanapun, menurut ketua bedah siasat ke atas haiwan itu, Prof. Kristi West dari Universiti Hawaii Pacific, mata kail itu bukan punca yang menyebabkan ikan tersebut mati pada 5 Oktober lalu.

Semasa bedah siasat itu dilakukan, mata kail tersebut kelihatan terapung-apung di dalam perut ikan itu.

Sekumpulan saintis kini masih berusaha untuk menentukan punca ikan tersebut mati.

Ikan itu berukuran lebih 4.3 meter yang merupakan spesies paus orcinus orca.

Kawasan dekat Hawaii merupakan habitat untuk sejumlah kecil haiwan itu.


LIMA mata kail yang ditemui di dalam perut seekor ikan lumba-lumba yang mati terdampar di sebuah pantai di Hawaii.


Ikan tersebut kerap ditangkap oleh nelayan secara tidak sengaja kerana haiwan tersebut suka memakan ikan-ikan yang terperangkap pada mata kail pemancing. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Romantis cara Johan, Saleha

Posted:

Romantis cara Johan, Saleha

Romantis cara Johan, Saleha

KISAH cinta boleh bermula, putus, bersambung dan bermula lagi. Ia boleh melompat daripada satu jiwa ke satu jiwa yang lain sehingga menemui cinta sejati.

Dunia berkasih sayang itu indah namun perjalanannya amat jauh. Selagi belum tiba waktu yang ditentukan untuk cinta dipateri sebagai hakiki, bermain ayat romantis itu hanya mampu dianyam mengikut rasa.

Usia muda dua pelakon, Siti Saleha dan Johan As'ari juga menemukan mereka kepada manisnya cinta. Ketika nama Johan sedang basah dikaitkan dengan penyanyi popular, Shila Amzah, dia mengakui perasaan yang timbul untuk Siti Saleha sesuatu yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.

"Saya nampak bahawa kejujuran boleh menambat sesebuah hubungan itu menjadi teguh. Kepercayaan sangat penting dalam percintaan dan saya percaya kejujuran itulah yang menambat Siti Saleha untuk jatuh cinta kepada saya," tiba-tiba Johan merungkaikan ritma cintanya bersama Siti Saleha tanpa ragu.

Katanya, perasaan cinta bersama Siti Saleha terluah dalam santun, penuh rasa hormat tanpa perlu berpeluk cium. Begitu jujur pengakuan Johan namun penjelasan itu belum meleraikan teka-teki tentang wanita istimewa yang menduduki hatinya.

Bukannya dalam realiti sebenar, namun kisah cinta antara Johan dan Siti Saleha itu terlukis indah hanya dalam visual sebuah filem bertajuk Balada Pencinta. Digarap sepenuhnya oleh sutradara Khir Rahman, filem itu cinta romantik itu kali pertama mempersembahkan kolaborasi antara Johan sebagai Amir manakala Saleha sebagai Aisyah.

"Saya rasa cara Khir mendefinisikan cinta Amir dan Aisyah itu sangat molek, sesuai dengan cara dan budaya orang kita. Perkenalan mereka yang dimulakan oleh Aisyah yang datang kepada Amir, menegur Amir yang sedang asyik memetik gitar itu sesuatu sangat sederhana tapi bermakna.

KALI pertama berkolaborasi, Siti Saleha dan Johan As'ari bakal muncul dalam sebuah filem romantik aksi, Balada Pencinta, karya dan arahan Khir Rahman yang memulakan tayangan umum pada 24 Oktober ini.


"Khir sangat memudahkan saya untuk memahami tuntutan watak dan jalan cerita. Walaupun Aisyah anak orang kaya sedangkan Amir hanyalah penyanyi jalanan, filem ini bukan macam kisah antara dua darjat. Halangan utama mereka datang daripada tunangan Aisyah. Dialah penggerak konflik filem ini," cerita Johan tentang filem yang bakal masuk panggung bermula 24 Oktober nanti.

Memuji persembahan cinta buah tangan Khir yang disifatkan jarang benar berlaku dalam kebanyakan filem lain, Johan turut menemui definisi cinta yang sebenar-benarnya menerusi filem berkenaan.

"Amir seorang yang sangat jujur. Dia menawan hati Aisyah hanya dengan kejujuran. Saya percaya kejujuran akan menjadikan setiap hubungan itu sukses khususnya bagi pasangan suami isteri. Saya sendiri mempraktikkan kejujuran itu dalam kehidupan saya dengan sesiapa sahaja," katanya sebelum diminta fokus kepada nama Shila Amzah, wanita yang dikatakan paling akrab dengannya ketika ini.

Tambah Johan: "Dengan Shila juga saya cuba berlaku jujur-sejujurnya. Saya praktikkan perkara yang sama. Bagi saya wanita itu mulia. Mereka yang akan melahirkan anak-anak dan saya hormat dengan kejadian wanita. Tentang jodoh saya sama ada dengan Shila atau sesiapa pun, saya akan terima. Saya berkawan dengan semua orang, bila sampai jodohnya, saya akan kahwin. Memang sasarannya saya mahu bertunang bulan Disember nanti, saya tak akan sorok perkara itu kerana cinta itu milik Allah."

Tanpa diminta lebih penjelasan, Johan meluahkan isi hatinya lagi. Katanya, dia bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran ke Yemen sekitar tahun depan. Jika dipermudahkan Allah, dia mahu mencari calon isteri yang boleh memahami situasi dirinya.

"Saya tidak perlukan isteri yang popular atau ada nama. Syaratnya memilih calon isteri itu ada empat, cantik, agama, harta dan keturunan yang baik. Cukup syarat itu, saya terima," jelasnya yang berkongsi niat menyambung pelajaran itu sebagai satu suntikan semangat untuk terus menimba ilmu.

Saleha kembali menyulam cinta

Beralih kepada Siti Saleha yang tidak pernah terhakis keramahannya dek populariti yang dikecapi, sebagai mana segarnya warna jingga yang membaluti tubuhnya, seceria itu juga bicara yang terlentur daripada bibirnya.

Percutian selama sebulan menjelajah Eropah sambil melawat ibu dan kakaknya di sana juga memberikan emosi gembira buat Saleha.

"Sekarang saya kembali bekerja seperti biasa. Selepas siaran Asmara Luna, ada lagi beberapa tawaran televisyen yang saya terima. Saya perlu beri keseimbangan juga selepas berlakon beberapa filem seperti KL Zombie, Mamat Cup Cake, Tujuh dan Bikin Filem.

DALAM soal cinta, dua pelakon ini mudah berkongsi cerita tetapi untuk serius sehingga memasuki tajuk jodoh, mereka masih terlalu muda dan perjalanan ke arah itu masih tidak pasti untuk diungkapkan.


"Untuk Balada Pencinta, saya sangat berminat dengan penceritaan dan karakter yang ada. Memang dari dulu saya sukakan filem romantik yang ada sentuhan aksi macam filem ini," ujarnya yang tampil bertudung dalam filem berkenaan.

Seperti Johan yang memuji kerja pengarahnya Khir Rahman, kata Siti Saleha:

"Khir membentuk karakter Aisyah dengan sederhana tetapi sangat mengesankan. Saya sendiri dapat rasakan keserasian antara Aisyah dan Amir. Aisyah seorang gadis yang kosong jiwanya tetapi jatuh cinta dengan Amir. Muzik menyatukan perasaan mereka," jelas Siti Saleha tak lekang senyuman.

Diintai lagi isi hatinya, ramai yang sedia maklum, adik kepada vokalis Bunkface, Sam itu pernah dikecewakan cinta. Hari ini, jendela hatinya terkuak lagi.

"Saya sudah menemui seorang lelaki, teman lelaki baharu," getusnya perlahan dan terhenti di situ.

Penyataan ringkas dan padat itu jelas membayangkan bahawa Siti Saleha kini sedang bahagia mengulit cinta yang baharu.

"Dia seorang lelaki berketurunan Inggeris dari Eropah tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Kami baru kenal sahaja selama tiga bulan tapi boleh dikatakan hubungan itu cepat berkembang," ringkas dan mudahnya bunyinya perhubungan Siti Saleha bersama jejaka yang masih dirahsiakan namanya itu.

Charly bangga jadi pelopor

Posted:

Charly bangga jadi pelopor

Charly bangga jadi pelopor


CHARLY selaku vokalis akan muncul bersama grupnya, Setia Band untuk konsert yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 23 November ini.


WALAU dilempar dengan kata-kata seperti kampungan dan murahan, Charly van Houten tetap mara membawakan sesuatu yang diyakini.

Bersama grup terdahulu, ST12, vokalis ini mempelopori lagu-lagu bergenre pop Melayu. Malah dia mengaku bahawa kemunculan ST12 sedikit sebanyak mengubah industri muzik Indonesia.

"Banyak grup pop Melayu muncul selepas ST12 naik. Jujurnya telinga orang Indonesia tidak boleh dibohongi. Mereka mahukan sesuatu yang harus Melayu. Walaupun formatnya moden tetapi tetap dimasukkan unsur kemelayuan," ujar Charly yang ditemui di pusat karaoke miliknya di Jakarta yang dinamakan Grand Charly.

"Tahun 2005 orang Indonesia masih belum menerima lagu-lagu yang berunsurkan kemelayuan. Mereka anggap ST12 tidak mampu bertahan lama memandangkan ketika itu muzik moden mempengaruhi mereka.

"Dua tahun kami berjuang sehinggalah lagu-lagu kami diterima dan meledak di Indonesia. Saat itu barulah muncul kumpulan lain seperti Kangen Band, Wali Band dan banyak lagi yang memperjuangkan genre yang sama," ujarnya berbaur bangga dengan pencapaiannya.

Dulu jazz, kini Melayu

Awalnya akui Charly, dia seorang peminat genre jazz dan R&B. Ketika bernyanyi di kafe-kafe sekitar Indonesia, dia membawakan lagu-lagu acid jazz. Hanya ketika mahu merakamkan lagu untuk album perdana ST12, dia diperkenalkan dengan melankoli Melayu yang menjadi genre pengenalan kepada khalayak.

"Saya punya rujukan untuk lagu-lagu pop Melayu yang saya bawakan. Saya menyukai Salem Iklim. Pada satu ketika muncul lagu-lagu R&B secara meluas di Asia. Lagu-lagu ini dimainkan di kafe-kafe malah lagu-lagu digital berleluasa. Saya fikir bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk memberikan warna yang berbeza," ujarnya tentang langkah awal grup ST12.

"Saya fikir juga bahawa dulu Salem telah 'menjajah' dengan lagu-lagunya. Jadi kami cuba dengan sehabis baik dan serius dengan apa yang kami perjuangkan. Terbukti lagu pop Melayu diterima dan ST12 meledak dengan lagu Puspa. Malah penjualan ring back tone mencecah 20 juta buah," ceritanya lagi.


DARI KIRI: Pengarah Urusan Kamsol Corporation, Ismail Dogol; Charly; Pengarah Kamsol, Badly Shah Mustapha; dan Pengarah Tajima Infra, Azhar Hambali bertemu di pusat karaoke Charly di Jakarta.


Namun kata Charly, jangan ingat bahawa perjuangan mereka berawal dengan mudah. Semuanya sukar kerana pihak stesen radio tidak mahu memainkan lagu mereka.

"Kami juga malahan dicemuh oleh orang dalam industri muzik. Tetapi ini tidak membuatkan kami patah semangat. Bagi saya, ST12 merupakan sebuah grup yang legenda kerana dapat membuat sejarah besar dalam industri muzik Indonesia," senyumnya.

ST12 ke Setia Band

Sebuah permulaan yang bagus bersama ST12 tidak menjanjikan jodoh yang panjang bersama grup tersebut. Mula menjadi vokalis grup tersebut pada tahun 2004, Charly dan rakan grupnya, Pepeng, meninggalkan ST12 pada tahun 2011.

"Bersama ST12, kami mengeluarkan lima buah album. Kemudian saya dan Pepeng keluar. Kini kami sedang fokus terhadap album kedua kami," ujarnya yang menganggotai Setia Band bersama Pepeng, pemain gitar dan Alsa, seorang pemain dram wanita.

"Tiada masalah besar sewaktu saya meninggalkan ST12 yang pada masa itu tinggal tiga anggota.

"Kalau ada yang menyatakan Setia Band tidak dapat menandingi ST12, tidak juga kerana masing-masing ada haluan sendiri.

"Konsep keseluruhan ST12 dan Setia Band sedikit berbeza. Peminat tidak sangsi dengan kebolehan saya dan tetap menyokong.

"Selagi ada orang Melayu, selagi itu pop Melayu akan bertahan," tegas Charly tentang rahsia lagu-lagu pop Melayu dapat bertahan dalam industri muzik.

Malah dia berasa bangga kerana lagu-lagu tersebut telah membawanya terbang ke banyak negara seperti Singapura, Brunei, Malaysia dan Hong Kong untuk memenuhi undangan konsert.



Namun vokalis berumur 31 tahun ini ketawa sebelum mendedahkan yang dia hanya akan memenuhi undangan ke tempat yang dekat dan tidak akan mengambil tawaran membuat persembahan yang melibatkan perjalanan jauh terutama menaiki kapal terbang.

"Saya takut untuk menaiki pesawat. Kalau setakat perjalanan kurang daripada dua jam saya masih boleh terima. Kalau lebih dua jam saya sanggup tolak kerana fobia," ujarnya yang menolak tawaran menyanyi di Amerika Syarikat kerana bimbang berada di atas pesawat dalam tempoh yang lama.

Konsert di Malaysia

Pertemuan bersama Charly di salah sebuah pusat karaoke miliknya di Jakarta diatur oleh Kamsol Corporation yang akan membawa grup Setia Band ke KL Live Centre pada 23 November ini.

Bukan itu sahaja, penyanyi Indonesia yang naik dengan lagu Kehilangan iaitu Firman juga diundang memeriahkan konsert yang akan bermula pada pukul 8.30 malam itu.

"Kami mencuba kelainan dalam perniagaan. Ini kali pertama kami mengadakan konsert yang menghimpunkan dua idola. Kami pada mulanya mahukan Firman tetapi apabila dapat tahu bahawa Charly merupakan mentor kepada Firman, kami gabungkan dua nama ini," ujar Ismail Dogol yang merupakan Pengarah Urusan Kamsol Sdn. Bhd.

"Ini merupakan kali kedua saya muncul di Malaysia selepas bersama ST12. Saya sangat teruja untuk kembali menghiburkan peminat di sana," ujar Charly tentang konsert yang dinamakan Konsert Charlie, Pepeng vs Firman tersebut.

"Selain itu, saya boleh janjikan bahawa konsert itu akan tampil dengan susunan muzik terbaik daripada kami untuk lagu-lagu ST12 mahupun Setia Band. Melihat kerjasama dengan Firman, saya yakin ia akan menjadi buah tangan terbaik daripada kami," janjinya terhadap konsert dua jam tersebut.

"Kami mungkin akan menyampaikan lagu yang belum pernah diperdengarkan sebagai kejutan kepada peminat kami di Malaysia," katanya yang akan membuka pasar mini Charly di Indonesia tidak lama lagi.

Bagi Tajima Infra dan Kamsol Corporation, mereka menganggap kedua-dua penyanyi ini mempunyai pengaruh yang besar kepada peminat muzik serantau terutama di Malaysia.

"Charly mempunyai pengaruh yang besar kepada peminat tempatan khususnya yang menyukai lagu-lagu pop Melayu.

"Atas sebab itu juga saya bersama beberapa rakan yang lain sanggup membawa Charly ke Kuala Lumpur untuk menghiburkan peminat setianya di sana," jelas Ismail lagi.

Tiket-tiket untuk menyaksikan Konsert Charlie, Pepeng vs Firman boleh didapati pada harga RM258, RM158 dan RM78. Layari www.ilassotickets.com untuk maklumat lanjut.

Special ID papar kehidupan gangster

Posted:

Special ID papar kehidupan gangster

Special ID papar kehidupan gangster


SPECIAL ID menampilkan hero berusia 50 tahun, Donnie Yen yang beraksi sebagai perisik polis dalam kumpulan kongsi gelap Hong Kong.


PELAKON Hong Kong, Donnie Yen membuktikan bahawa dia masih mampu bergaya dalam naskah penuh aksi baharu berjudul Special ID walaupun sudah boleh digelar datuk.

Selepas terlibat dalam filem Dragon pada tahun lalu, pelakon itu yang kini berumur 50 tahun tampil semula dengan sebuah naskhah sarat seni mempertahankan diri. Namun, dalam produksi itu, dia menggalas tiga peranan berbeza.

"Awalnya saya hanya bergelar pengarah aksi dan pelakon untuk filem ini. Namun, saya juga terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai penerbit eksekutif bagi memenuh permintaan pasaran Hong Kong dan China.


DONNIE YEN (tengah) hadir ketika mempromosikan filem Special ID di Kuala Lumpur baru-baru ini.


"Akibat tiga peranan itu, saya hanya dapat tidur selama tiga jam sehari. Seluruh tubuh saya cedera. Namun, ia hal biasa buat seorang pelakon aksi di Hong Kong," kata pelakon kelahiran Ghuangzhou, China itu.

Baru-baru ini, pelakon filem Once Upon a Time in China II dan Ip Man itu berada di Kuala Lumpur sebagai salah satu cara mempromosikan filem tersebut dan menarik penonton ke pawagam.

Filem arahan Clarence Fok Yiu-leung itu mengisahkan seorang polis perisik rahsia, Zi Long lakonan Donnie Yen yang menyusup ke dalam kumpulan gengster Hong Kong yang diketuai oleh Xiong (Colin Chou).

Bagaimanapun, identiti rahsianya itu diragui oleh Xiong sehingga memaksa Zi Long meminta untuk menamatkan kegiatan penyamarannya itu daripada penyelianya, Sir Zhang (Ronald Cheng) kerana ramai perisik polis yang dibunuh.


DONNIE mengaku bahawa keseluruhan aksi lagak ngeri dalam filem ini dilakukannya sendiri.


Sebaliknya, Zhang menghantar Zi Long ke tanah besar China kerana menyedari anggota tersebut mampu melumpuhkan mentor Xiong, Sunny (Andy On). Kumpulan Sunny menjalankan kegiatan perniagaan 'Special Indentity' yang berupaya mengenal pasti orang yang menyamar.

Adakah Zi Long berjaya menyelamatkan diri dan melumpuhkan kegiatan gengster tersebut?

Filem itu turut dibarisi pelakon hebat seperti Jing Tian, Hanyu Zhang, Zhigang Yang, Hee Cheng Paw dan Ken Lo. Ia ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula 18 Oktober lalu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Kesihatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Kesihatan


Sayur segar untuk awet muda

Posted:

Sayur segar untuk awet muda

Sayur segar untuk awet muda

REYNOLDS telah makan makanan sayur-sayuran segar sejak tujuh tahun lalu.


MAKAN makanan mentah seperti kacang, biji-bijian dan sayur-sayuran kedengaran tidak enak bagi ramai orang.

Namun, bagi seorang wanita yang berasal dari Edinburgh, Britain, Susan Reynold yang berusia 29 tahun memberitahu, rejim diet itu telah diamalkannya sejak berumur 22 tahun.

Wanita yang kelihatan awet muda ini telah mengamalkan pemakanan sedemikian selama tujuh tahun.

Dia juga tidak memasak, menggoreng atau merebus sayur-sayuran berkenaan.

"Sebelum ini, saya banyak makan makanan ringan selain menghadapi masalah ketagih alkohol tetapi sejak mengikuti kelas yoga semasa melancong di India pola makanan saya berubah 360 darjah.

"Sebaik sahaja pulang, saya memutuskan untuk menjadi seorang vegetarian selain jurulatih yoga sepenuh masa," katanya.

Untuk mendapatkan resipi yang tepat, dia berguru dengan seorang chef Restoran Red Sugar di Edinburgh.

Restoran itu menyajikan makanan mentah berasaskan sayur-sayuran.

"Anda harus mencubanya kerana sayur-sayuran mentah lazat dan enak," terang Reynold.

Dakwa wanita ini, memakan sayur-sayuran menyebabkan fikiran dan tindakannya sentiasa positif sekali gus membuatkan tubuhnya sihat serta bertenaga.

"Rakan-rakan sering mengatakan badan saya tidak berbau busuk walaupun sering berpeluh semasa mengajar yoga.

"Saya juga mengembangkan hobi ini dalam bentuk produk makanan dalam tin," katanya.

Diet

Ibu Reynold turut mengamalkan diet sedemikian selepas melihat sendiri keberkesanan terhadap anaknya.



"Biasanya saya akan membuat sayur-sayuran itu seperti sup dengan dikisar terlebih dahulu atau memakannya mentah-mentah.

"Lucunya, ramai yang mengatakan saya berumur 16 tahun sedangkan saya 13 tahun lebih tua," katanya sambil ketawa.

Tambahnya, kulitnya tidak kekeringan selain jarang mendapat penyakit seperti demam dan selesema.

"Minuman pula, air kelapa segar yang dibeli di pasar raya atau air lemon," katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pernah menerbitkan laporan, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang rendah menjadi punca kepada kira-kira 19 peratus kanser usus, penyakit jantung (13 peratus) dan serangan angin ahmar (11 peratus) di seluruh dunia.

Laporan pakar-pakar itu diterbitkan Dana Penyelidikan Kanser Sedunia (WCRF) pada 1997 pula menganggarkan 30 hingga 40 peratus kes kanser di seluruh dunia boleh dielakkan dengan mengubah diet.

Peratusan itu mewakili antara tiga hingga empat juta kes kanser baharu setiap tahun.

Menurut laporan WCRF itu, pengambilan sayur-sayuran secara konsisten dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser kepada lelaki dan wanita.

Sebanyak 400 gram pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran sehari mampu mengurangkan kes kanser sehingga 20 peratus.


REYNOLDS (kiri) kelihatan muda berbanding usia sebenarnya kerana amalan pemakanan yang berkhasiat.


Makan sayur

Bagi Pakar Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad pula berpendapat, amalan meminum susu rendah lemak sebanyak satu atau dua gelas sehari perlu diamalkan setiap rakyat negara ini.

"Makan banyak sayur dan makanan yang dibakar atau direbus juga mampu mengurangkan risiko kanser.

"Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya sejam sehari," katanya.

Tambah Fatimah, masyarakat negara kita boleh mengikuti trend makan sayur-sayuran seperti rakyat Jepun.

"Tidak keterlaluan jika sayur-sayuran begitu digilai oleh masyarakat Jepun.

"Antara hidangan masakan rumah paling diminati wanita yang mendapat jolokan Negeri Matahari Terbit itu ialah sayur-sayuran campur yang dididih bersama sup berperisa," katanya.

Tambahnya, kacang hijau, terung, bawang merah, tomato, daun salad, lobak merah, rebung, cendawan shiitake, bayam dan rumpai laut ialah antara diet masyarakat Jepun.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved