Khamis, 24 Januari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Jaguh yang luput gelaran dan kepercayaan

Posted:

Jaguh yang luput gelaran dan kepercayaan

Jaguh yang luput gelaran dan kepercayaan

SIAPA boleh melupakan kecekalan Lance Armstrong, 42, bertarung dengan penyakit kanser testis apabila beliau disahkan menghidap penyakit berbahaya itu pada bulan Oktober 1996.

Tambah mengharukan apabila lelaki dari Texas, Amerika Syarikat (AS) itu membangunkan Yayasan Lance Armstrong (Livestrong) bagi membantu pesakit-pesakit kanser yang senasib dengannya.

Armstrong terus dijulang masyarakat di seluruh dunia selepas menjuarai Kejohanan Lumba Basikal Antarabangsa Le Tour de France pada tahun 1999. Namanya tambah gemilang apabila beliau berjaya mengekalkan gelaran yang sama setiap tahun sehingga tahun 2005.

Dalam arena berbasikal, Armstrong ialah jaguh yang dipandang tinggi atlet lain. Beliau adalah perlambangan inspirasi bagi anak-anak muda yang mahu memburu kejayaan dalam kehidupan. Selain itu, Armstrong turut menjadi idola utama kepada lima cahaya matanya.

Walaupun demikian, sehebat manapun seseorang individu, pasti tersimpan secebis rahsia yang mampu memusnahkan seluruh kehidupan dalam sekelip mata.

Itulah realiti yang dihadapi Armstrong. Legenda sanjungan ramai itu kini sedang meniti hari-hari sepi dan pedih ekoran tindakan lampau yang akhirnya memakan diri.

Selepas digantung seumur hidup dalam sukan berbasikal dan dilucutkan gelaran atas kemenangannya dalam kesemua tujuh Le Tour de France pada bulan Oktober tahun lalu, Armstrong akhirnya membenamkan egonya dan membuat pengakuan penuh dalam rancangan bual bicara yang dikendalikan mogul dunia penyiaran, Oprah Winfrey, pada minggu lepas.

Tuduhan menggunakan bahan terlarang dalam setiap pertandingan bermula dari tahun 1999 sehingga 2005 yang difailkan Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) yang dinafikan pada awalnya, diakui sendiri Armstrong dalam rancangan yang berjaya menarik 28 juta penonton di seluruh dunia itu.

Siaran eksklusif yang dipecahkan kepada dua siri itu menyaksikan Armstrong mengakui, buat kali pertama, dia pernah menggunakan bahan terlarang jenis eritropoietin (EPO), testosteron, melakukan pemindahan darah dan menipu dalam ketujuh-tujuh kejohanan Le Tour de France yang dimenanginya.

"Saya malu dengan tindakan dan penipuan yang saya lakukan. Pada awalnya saya berfikir, sekiranya hal ini didedahkan, saya pasti kehilangan profesion sebagai pelumba basikal untuk selama-lamanya, ditangkap pihak berkuasa dan hal-hal lain yang tidak sanggup saya bayangkan.

"Hakikatnya, jenayah utama yang saya lakukan adalah mengkhianati mereka yang selama ini yakin dan menyokong penuh kerjaya saya. Mereka telah tertipu," riak wajah Armstrong yang pada mulanya dilihat tenang berubah penuh kesal.


OPRAH WINFREY (kanan) ketika menemubual Armstrong dalam rancangan terbitan stesen TV OWN yang berjaya menarik 28 juta penonton di seluruh dunia.


Reaksi keluarga

Winfrey kemudiannya menyentuh isu yang lebih sensitif apabila bertanyakan mengenai reaksi keluarga Armstrong terhadap situasi tersebut. Ternyata, pengakuan tentang anak-anaknya menjentik emosi Armstrong.

Dengan mata yang berkaca, Armstrong berkata: "Apabila anak sulung saya, Luke yang berumur 13 tahun berkata kepada saya bahawa ramai orang bercakap tentang ayahnya, saya tahu sudah tiba masanya untuk saya memberitahunya perkara sebenar.

"Saya pesan kepadanya, jika orang bercakap buruk tentang saya, jangan cuba membela saya. Beritahu mereka bahawa ayah (saya) minta maaf."

Seperti bekas isteri Armstrong, Kristin Richard yang penuh kelembutan, Luke dengan mudah memaafkan bapanya tanpa sebarang prejudis dan menyatakan hal tersebut tidak akan menghapuskan sekelumit sayang terhadap bapanya itu.

Winfrey turut bertanya kepada Armstrong sama ada bekas isterinya, Kristin tahu tentang penglibatannya dengan bahan terlarang dan penipuan yang diwujudkan.

Armstrong mendedahkan, Kristin pernah meminta dirinya berjanji untuk kembali beraksi dalam sukan berbasikal pada tahun 2009 sebagai atlet bebas dadah.

"Kristin memberitahu saya: 'Awak boleh lakukannya dengan satu syarat, awak tidak melanggar peraturan.' Saya bersetuju dan tidak pernah sekali saya melanggar perjanjian tersebut," kongsi Armstrong yang mengakui beliau bebas menggunakan dadah dalam pertandingan yang disertai bermula pada tahun 2009.

Armstrong seharusnya bersyukur kerana dalam keadaan tertekan sebegitu dan ditambah lagi dengan peminat dan masyarakat dunia yang mencemuh tindakan silamnya, beliau masih disokong penuh keluarganya termasuk kekasih, Anna Hansen, yang melahirkan dua cahaya mata Armstrong.


SHERYL CROW bersama tiga anak Armstrong ketika perlumbaan Le Tour de France pada tahun 2005.


Akibat penipuan

Sebagai balasan, hampir kesemua penaja Armstrong telah menarik diri dan dianggarkan beliau mengalami kerugian berjumlah AS$75 juta (RM228 juta). Kerugian itu tidak termasuk jumlah tuntutan yang dikemukakan beberapa penganjur pertandingan yang disertai Armstrong sepanjang tempoh dia didakwa menggunakan bahan terlarang tersebut.

Bagaimanapun, detik paling menyayat hatinya adalah apabila beliau terpaksa melepaskan posisinya dalam Livestrong.

Ujarnya: "Yayasan tersebut ibarat anak keenam saya dan keputusan untuk meninggalkannya memberi kesan yang mendalam.

"Saya tidak dipaksa atau disuruh menarik diri tetapi saya sedar tekanan yang sedang mereka alami. Ia merupakan tindakan yang terbaik bagi yayasan tersebut walaupun pahit untuk saya terima."

Dalam rancangan yang disiarkan menerusi stesen TV milik Winfrey, OWN itu, Armstrong turut menyifatkan dirinya sebagai seorang pembuli kepada ahli pasukannya yang lain.

Beliau pernah mengugut mereka yang bercadang untuk mendedahkan kegiatan haramnya tetapi mendakwa, tidak pernah mengajak atau memaksa rakan sepasukannya mengikut tindakannya.

Sepanjang hidup dalam penipuan, Armstrong menyifatkan ia sebagai pembohongan terbesar yang diulangi saban hari tanpa rasa bersalah.

Beliau menggambarkan kejayaan lampaunya sebagai hero yang berjaya melawan kanser, menjuarai acara berbasikal, berkahwin dan dikelilingi anak-anak sebagai kisah sempurna sedangkan secara peribadi, beliau tahu bahawa ia sekadar penipuan individualistik.

Peluang kedua

Peluang bersiaran di kaca TV digunakan sepenuhnya Armstrong memancing simpati penonton terhadapnya. Dalam penuh harapan, Armstrong berharap agar beliau diberi kebenaran untuk kembali beraksi dalam sukan berbasikal. Beliau rela menerima hukuman atas kesalahannya tetapi tidak merasakan larangan berbasikal seumur hidup sebagai hukuman wajar ke atasnya.

"Pada zaman saya, doping bukanlah isu besar dan dilakukan kebanyakan atlet lumba basikal. Ramai dalam kalangan mereka yang kini telah dikenal pasti tidak perlu menjalani hukuman seperti yang saya hadapi," sinis kenyataan yang dibutirkan Armstrong seakan-akan berbaur tidak puas hati.

Benar, tekanan yang dihadapi Armstrong amat berat tetapi ia setimpal dengan tindakan masa lampaunya. Kesalahannya menggunakan bahan terlarang mungkin boleh dimaafkan tetapi penipuan yang dicipta beliau sepanjang kariernya tidak mungkin terpadam dalam lembaran sejarah arena sukan antarabangsa.

Trauma mangsa rogol

Posted:

Trauma mangsa rogol

Trauma mangsa rogol


TRAUMA yang perlu dilalui mangsa bukan hanya kejadian rogol itu sendiri, bahkan pandangan serong masyarakat ke atas dirinya.-Gambar hiasan


SETIAP hari, apabila kita membaca laporan akhbar, kita akan menemui ada saja berita mengenai kejadian rogol. Kita yang membacanya mungkin tidak lagi menganggap ia sebagai berita yang menakutkan kerana ia seolah-olah pengulangan cerita.

Bagaimanapun, satu berita rogol di India telah menggemparkan dunia. Ia tidak menjadi berita biasa lagi. Jyoti Singh Pandey, seorang pelajar fisioterapi bukan sahaja dirogol secara beramai-ramai, malah dipukul dengan teruk sehingga cedera di bahagian otak dan jantung sewaktu menaiki bas.

Lebih malang, dia kemudiannya dicampak keluar begitu sahaja dari bas, seolah-olahnya gadis itu bukan seorang manusia.

Mengapa ada lelaki yang begitu kejam, sehinggakan ada yang sanggup merogol wanita yang sepatutnya diberikan pembelaan?

Terdapat pelbagai perspektif mengapa ada orang yang menjadi perogol. Antara yang popular ialah perogol merupakan individu yang mengalami gangguan psikotik atau mereka yang mempunyai kecelaruan personaliti.

Perspektif lain pula menyatakan bahawa lelaki secara biologikalnya mempunyai sifat untuk menguasai wanita.

Ada pula yang berpandangan bahawa ada individu yang terdorong oleh deviant sexual fantasies yang menyebabkan mereka cenderung untuk melakukan tingkah laku seks sesuai dengan imaginasinya yang janggal itu.

Walaupun fantasi seks tidak semestinya akan menyebabkan berlakunya kejadian rogol, banyak kajian mendapati kebanyakan perogol mempunyai kejanggalan pola pemikiran.

Walau apa pun penjelasan yang cuba dilakukan untuk menghuraikan siapakah perogol, ia bukanlah isu utama.

Isu utama yang sepatutnya difikirkan bersama adalah mengapa dalam kebanyakan kejadian rogol, mangsa selalu dipersalahkan. Ia bukan hanya melibatkan orang awam, malah dalam kalangan profesional dan ahli politik.

Pelbagai alasan dicari untuk menjustifikasi sebab berlakunya rogol. Berpakaian seksi atau berjalan seorang diri di tempat gelap misalnya telah dikatakan sebagai penyebabnya.

Salahkan mangsa rogol

Dalam kebanyakan kes, orang melupakan kejahatan perogol, sebaliknya wanita yang menjadi mangsa dianggap sebagai punca kejadian.

Kajian-kajian psikologi yang dijalankan juga menunjukkan pola yang sama. Mangsa sering menjadi subjek yang dipersalahkan.

Dalam satu kajian eksperimen menggunakan kaedah mock jury paradigm misalnya melaporkan bahawa terdapat kebarangkalian untuk juri tersilap melakukan penghakiman terhadap kejadian rogol.

Manusia cenderung untuk meletakkan kesalahan di bahu mangsa dan bukan perogol itu sendiri.

Kajian yang dijalankan oleh Amnesty International United Kingdom pada tahun 2005 pula menunjukkan bahawa masyarakat cenderung menyalahkan mangsa sekiranya mereka mempunyai ramai pasangan lelaki atau dalam keadaan mabuk.

Kajian-kajian yang dijalankan di beberapa negara lain termasuk Australia, Turki dan Sepanyol misalnya, menunjukkan bahawa mangsa biasanya jarang diberikan simpati. Mereka dianggap sebagai 'pesalah' dan kejahatan perogol dilupakan begitu sahaja.

Persoalan mengenai siapa yang bersalah juga bergantung kepada siapa yang ditanya. Golongan lelaki cenderung untuk menyalahkan mangsa dibandingkan jika soalan yang sama ditanya kepada wanita.

Stereotaip bahawa 'wanita mempunyai rahsia untuk dinodai' (women have a secret desire to be raped) sebenarnya bakal memunculkan banyak masalah.

Ia menyebabkan mangsa yang dirogol berasa malu untuk melaporkan kejadian rogol kepada pihak berkuasa.

Persepsi negatif masyarakat juga menjadikan mangsa tidak berupaya mendapatkan sokongan yang sepatutnya diperoleh. Mereka akan dianggap sebagai pencetus kepada kejadian rogol dan bukannya pihak lelaki yang memulakannya.

Sebab itulah, masyarakat perlu lebih adil dalam menghakimi kejadian rogol.

Simpati kita terhadap mangsa mungkin mampu membantu mereka. Tidak ada salahnya wanita berpakaian cantik atau mempunyai teman lelaki. Bagaimanapun, ia menjadi kesalahan apabila lelaki tidak mampu menghargai maruah seorang wanita.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Jojo Rakit 'syurga' kaki pancing

Posted:

Jojo Rakit 'syurga' kaki pancing

Jojo Rakit 'syurga' kaki pancing

OLEH FARIK SALLEH

LANGIT membias warna kemerah-merahan sambil diiringi kepulan awan yang berarak perlahan. Berhembus pula angin sepoi-sepoi bahasa yang nyata membuatkan waktu petang begitu mendamaikan.

Matahari yang sedang terbenam mencetuskan satu fenomena yang indah di kaki langit dan mata seakan-akan enggan melepaskan pemandangan tersebut.

Bunyi kocakan air laut yang menampar binaan pelantar terapung Jojo Rakit melengkapkan suasana indah percutian di rumah rakit tersebut.

"Saya sudah lama merancang untuk bersantai bersama keluarga di Jojo Rakit. Pelbagai kisah menarik saya dengar daripada rakan-rakan yang pernah menginap di sini.

"Apabila merasai sendiri pengalaman tersebut, terasa sangat berbaloi. Sambil memancing, kami dapat menyaksikan keindahan langit pada waktu siang.

"Suasana pada waktu malam juga tidak kurang hebatnya, terutamanya dengan limpahan lampu dari kapal-kapal dagang yang berlabuh di sekitar kawasan ini," kata Lajis Jalil, 50-an, dari Felda Bukit Besar, Kulaijaya, Johor, mengenai penginapan ala homstay berkenaan.

Dia yang datang bersama keluarga tidak melepaskan peluang memancing dan menikmati sesi barbeku. Anak-anaknya turut gembira kerana dapat turut serta menguji umpan joran selain berkaraoke.

Lokasi impian

Terletak di perairan Kampung Tanjung Buai, Kota Tinggi, kira-kira 12 kilometer (km) dari Bandar Kota Tinggi dan 30km dari Bandar Penawar, Desaru, Jojo Rakit kian menjadi sebutan ramai sekali gus pilihan lokasi impian buat komuniti kaki pancing.


SEISI keluarga seronok bersantai sambil menikmati suasana malam yang mendamaikan.


Kedudukannya yang dibina di atas paras air laut membuatkan kaki joran mudah melepaskan 'gian' memancing. Pada masa yang sama, minat tersebut dapat dikongsi bersama ahli keluarga yang dibawa bersama.

Pengunjung boleh memancing di sekitar Jojo Rakit tanpa mengira masa termasuklah menyewa bot untuk memancing di sekitar kawasan berkenaan.

Lebih menarik, lokasinya strategik kerana kawasan berkenaan merupakan lubuk bagi spesies ikan seperti kerapu, pari, unga, sembilang, merah dan siakap.

Hati pasti berbunga riang apabila berjaya menaikkan ikan-ikan berkenaan. Bukan setakat teruja pada cabaran 'beradu' kekuatan dengan ikan yang menyentap umpan, lebih daripada itu, ikan yang akhirnya berjaya dinaikkan menjadi menu utama semasa sesi barbeku.

Ikan yang segar pasti membuatkan pengunjung terbuka selera waktu mencicipi isinya.

Setelah puas dan penat memancing, penginap di Jojo Rakit boleh berehat di gazebo, menonton televisyen, menyerlahkan bakat nyanyian di ruang karaoke mahupun bersiar-siar menaiki bot.

Bukan itu saja, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti menjaring, menjala, merawai, menaikkan bubu serta bento (ketam).


JOJO RAKIT diapung menggunakan 200 tong pelampung mampu memuatkan sehingga 200 pengunjung.


Keselesaan

Dengan hanya membayar kos penginapan mengikut keselesaan, pengunjung boleh menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan.

Bagi mereka yang hadir berkeluarga, kelainan pasti dirasai apabila momen istimewa percutian diisi dengan aktiviti memasak dan makan bersama sambil ditemani orkestra samudera.

Bagi yang ingin menikmati hidangan masakan masyarakat tempatan, pakej serendah RM5 hingga RM15 membabitkan menu sarapan hingga makan malam turut disediakan.

Pengurus Jojo Rakit, Syed Ben Bella Alhabshee Syed Agil berkata, Jojo Rakit yang diilhamkan daripada apungan 200 tong pelampung mampu menerima kedatangan antara 80 hingga 200 orang pengunjung pada satu masa.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Bella berkata, Jojo Rakit mempunyai 11 buah bilik dan empat bilik air dengan kadar sewa mengikut saiz iaitu bilik besar mampu memuatkan lima individu berharga RM120, sederhana untuk empat orang (RM80) dan RM70 untuk bilik kecil yang boleh memuatkan tiga orang.

"Setiap bilik dilengkapi katil, kipas dan televisyen malah pengunjung boleh menonton kira-kira 20 saluran Indonesia, Singapura dan Malaysia dengan jelas.

"Kami turut menyediakan pakej bot untuk memancing dengan kadar bayaran RM180 hingga RM220 bergantung kepada muatan bot.

"Kadar sewaan bot laju yang memuatkan seramai enam hingga lapan orang untuk tujuan bersiar-siar pula ialah RM300 sementara kayak pula boleh disewa pada kadar RM15 sejam," katanya.


PERSEMBAHAN tarian zapin dan inang turut disajikan kepada para pengunjung.


Seronok

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Noraziani Mohd. Naim, 29, berkata, dia berasa seronok kerana pertama kali beriadah bersama keluarga di atas rumah rakit.

Dia yang datang bersama 50 ahli keluarga dari Ayer Hitam, Batu Pahat mengakui jatuh cinta pandang pertama sebaik melihat keadaan dan suasana persekitaran di Jojo Rakit.

"Kehadiran kami disambut dan diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan zapin dan inang. Kebetulan, kami turut mengadakan doa selamat dan tahlil sempena menyambut hari ulang tahun kelahiran tiga ahli keluarga kami di sini.

"Dapat berkumpul beramai-ramai sambil berkaraoke dan barbeku membuatkan percutian di sini satu pengalaman yang menyeronokkan. Saya pasti akan menceritakan detik-detik manis sepanjang berada di sin ikepada rakan-rakan yang lain," katanya.

Resort salji di pergunungan Almaty

Posted:

Resort salji di pergunungan Almaty

Resort salji di pergunungan Almaty


BEGINILAH pemandangan memukau Chimbulak iaitu resort ski yang terletak di Almaty dan menjadi kunjungan jutaan pelancong setiap tahun.


SEBAIK sahaja juruterbang Air Astana membuat pengumuman pesawat Boeing 757 akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Almaty di Almaty, Kazakhstan perasaan teruja penulis tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Melihat panorama indah, salji tebal meliputi gunung-ganang dan bukit-bukau yang memutih di sebalik tingkap kecil pesawat, sememangnya ia amat menakjubkan kepada penulis selepas melalui perjalanan selama lapan jam.

Lawatan itu adalah jemputan khas Kerajaan Republik Kazakhstan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-21 negara itu yang diraikan setiap 16 Disember.

Semasa lawatan selama dua minggu di negara bekas Kesatuan Soviet itu, yang merangkumi dua bandar raya utama iaitu Astana dan Almaty, ia benar-benar menakjubkan.

Udara yang sejuk sehingga menusuk ke tulang sumsum dapat dirasai sebaik melangkah keluar dari kabin pesawat, walaupun lengkap berbaju tebal, bersarung tangan dan berkasut but.

Bagaimanapun pengembaraan tidak terhenti di Almaty. Penulis sebenarnya dalam persinggahan penerbangan ke Astana kerana tiada penerbangan terus dari Malaysia. Penerbangan dari Almaty ke Astana mengambil masa satu jam 45 minit.

Setibanya penulis di Astana bersama kumpulan wartawan Malaysia yang lain, kehadiran kami disambut Setiausaha Ketiga Kedutaan Malaysia, Jamaaiah Che Ross dengan senyuman.

"Sejuk sangat di sini (Astana) kalau di Malaysia memang tidak dapat rasa cuaca macam ini, lagipun bulan Disember memang sejuk. Selamat datang ke Kazakhstan," katanya.

Ketika dalam perjalanan ke hotel yang jaraknya kira-kira 30 kilometer dari lapangan terbang, pemandangan bangunan yang indah dan unik berhampiran jalan raya menyambut kedatangan kami walaupun dilitupi sedikit kabus.

Astana bandar moden

Kazakhstan mempunyai penduduk seramai 17 juta orang terdiri daripada 140 suku etnik yang menganuti agama Islam, Kristian dan lain-lain.

Kira-kira 64 peratus penduduk terdiri daripada bangsa Rusia manakala selebihnya terdiri daripada Uzbekistan, Kyrgyzstan, Jerman, Ukraine dan Korea. Astana adalah bandar raya moden diilham kerajaan pimpinan negara itu, Presiden Nursultan Nazarbayev. Pembinaan bandar moden yang terancang menjadi satu simbol kebanggaan negara, malah mempamerkan Kazakhstan sebagai pilihan utama masyarakat antarabangsa dan dunia.


STIK daging kuda antara menu yang sempat dicuba oleh penulis.


Menara Baiterek

Hati penulis tertarik kepada seni bina di kebanyakan bangunan yang terdapat di Astana yang unik dan mempunyai kelas tersendiri antaranya ialah Menara Baiterek. Ia secara simboliknya berbentuk pokok poplar yang terdapat telur dan sarang burung samrud.

Menara setinggi 105 meter itu paling sesuai untuk melihat pemandangan dan landskap bandar Astana.

Uniknya menara itu di bahagian paling atas terdapat satu plak emas berbentuk tapak tangan kanan Nursultan.

Penulis turut berkesempatan menunaikan solat di Masjid Nur Astana, yang juga masjid terbesar di Asia Tengah dan mampu memuatkan lebih 5,000 jemaah pada satu-satu masa.

Masjid itu, adalah satu daripada 2,000 masjid yang terdapat di negara Kazakhstan. Ia turut dibuka setiap hari kepada mereka yang bukan beragama Islam kecuali pada hari Jumaat. Lebih 70 peratus penduduk Kazakhstan beragama Islam, yang majoritinya mengamalkan Mazhab Hanafi.

Sebut sahaja Almaty, ibu negara Kazakhstan sehingga 1998, sudah pasti terbayang keindahan semula jadi gunung-ganang bersalji dan tasik. Ia adalah bandar raya terbesar di Kazakhstan dan jauh berbeza dari Astana.

Ini kerana, Almaty lebih terkenal dengan destinasi pelancongan seperti Shymbulak atau Chimbulak iaitu sebuah resort ski terletak 25 km dari Almaty di Lembah Medeu, kira-kira 2,230 meter di atas paras laut.

Untuk ke puncak, pengunjung perlu menaiki kereta kabel malah, dapat melihat sendiri stadium sukan luncur ais terkemuka di dunia di sekitar kawasan itu.

Hidangan daging dan susu kuda

Di Kazakhstan, penulis berpeluang menikmati beberapa masakan tempatan. Antaranya ialah Beshparmak, sejenis hidangan popular di negara itu yangn diperbuat daripada daging kambing, biri-biri atau kuda.


SEKITAR 70 peratus penduduk Kazakhstan beragama Islam.


Daging itu akan direbus dalam kasan, sebuah periuk besi yang digunakan secara tradisi di Kazakhstan.

Direbus selama beberapa jam bersama rempah seperti parsli, ketumbar, bawang dan lada hitam, daging itu kemudiannya akan direneh sehinggalah menjadi sup. Ia kebiasaannya dimakan bersama kentang dan mi yang menyerupai kepingan lasagna sangat nipis.

Pengalaman pertama penulis mencuba hidangan haiwan kuda adalah satu pengalaman pelik, tetapi menyeronokkan. Secara peribadi, penulis terbayangkan seolah-olah seekor kuda sedang berlari semasa pertama kali mencuba daging kuda.

Rasanya? Sama seperti daging lembu atau kambing tetapi agak liat, manakala susu kuda pula kurang lemak dan tidak pekat seperti susu lembu.

Green Bazaar

Tidak lengkap rasanya jika tidak membawa pulang buah tangan dari negara orang sebagai tanda kenang-kenangan. Justeru penulis bersama kumpulan wartawan yang lain dibawa membeli-belah di sebuah bazar dikenali sebagai Green Bazaar, di Almaty yang menjual pelbagai jenis produk makanan, kraf tangan dan bunga segar antaranya ros dan tulip.

Sepanjang berada di bazar itu penulis tertarik melihat sehelai baju T yang tertulis perkataan Astana. Timbul masalah apabila peniaga wanita itu tidak fasih berbahasa Inggeris menyebabkan situasi tawar-menawar sukar dijalankan.

Walaupun mempunyai masalah komunikasi, tetapi peniaga wanita itu masih tetap tersenyum dan sabar melayan kerenah pelanggannya yang tidak memahami bahasa Kazakhstan.

Akhirnya, penulis membeli baju T berkenaan dengan harga istimewa iaitu dua pasang pada harga 2000 Teng (RM40). - Bernama

Kota indah pilihan penulis

Posted:

Kota indah pilihan penulis

Kota indah pilihan penulis


MELBOURNE menggabungkan seni bina moden dan lama dalam landskap kota yang tersusun.


MELBOURNE merupakan pusat tumpuan pelancong yang meminati bidang kesusasteraan. Bandar yang popular dengan pengangkutan trem awam dan budaya seni itu turut diiktiraf sebagai Bandar Kesusasteraan oleh Persidangan Agung Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Selain menjadi tempat tinggal sebahagian daripada para penulis terbaik Australia, ia juga merupakan pengeluar terbesar bagi sektor penerbitan di negara tersebut. Rekod itu secara tidak langsung menjadikannya pusat budaya pembaca dan penulisan serta kalendar tahunan bagi acara berkaitan sastera.

Antara acara tersebut termasuk Festival Penulis-Penulis Melbourne yang diadakan saban tahun antara bulan Ogos hingga September. Pada tahun 2012, ia berlangsung meriah dengan kehadiran pelakon, pengarah dan penulis British, Simon Callow, serta penulis dan wartawan kelahiran Melbourne yang prolifik, Germaine Greer.

Turut menyampaikan ucapan ialah kakitangan kanan bahagian pengarang majalah, The New Yorker. Sebanyak 350 acara diadakan sempena penganjuran festival tersebut termasuk acara menyelami sejarah sastera Melbourne.


BANYAK bangunan lama yang dipulihara untuk dijadikan perpustakaan.


Festival Puisi yang dianjurkan pada Disember dan Festival Penulis-Penulis pada Mei atau Jun merupakan antara acara terbesar yang menjadi tumpuan pelancong.

Bandar buku

Keghairahan orang ramai terhadap sastera tidak berhenti di situ sahaja. Kampung bersejarah Clune juga telah dianugerahkan status Bandar Buku Antarabangsa oleh Organisasi Bandar Buku Antarabangsa pada April 2012.

Clune adalah bandar kecil pertama mendapat anugerah berkenaan di Hemisfera Selatan dan ke-15 di dunia. Pada Mei setiap tahun, Clune bertukar wajah menjadi sibuk dengan kehadiran para penjual buku dari seluruh Australia. Para penjual buku itu membuka kedai masing-masing di dalam bangunan bersejarah di bandar berkenaan.

Bagaimanapun, pada bila-bila masa, peminat-peminat buku boleh mengunjungi Perpustakaan Negeri Victoria. Bangunan kurun ke-19 itu menyimpan koleksi lebih dua juta naskhah buku, ratusan ribu gambar, surat khabar, peta, manuskrip dan bahan-bahan multimedia. Ia jelas menggambarkan budaya masyarakat Victoria sejak lebih 150 tahun lalu.

Bilik bacaan The La Trobe dengan siling berbentuk kubah merupakan lokasi yang wajib dikunjungi pelancong apabila berkunjung ke perpustakaan berkenaan.


BILIK bacaan The La Trobe bertempat di bawah seni bina kubah yang hebat.


Selain itu, perpustakaan tersebut menempatkan Wheeler Centre, pusat pertama seumpamanya ditubuhkan di Australia yang menempatkan buku-buku, hasil penulisan dan idea.

Dibuka pada 2010, pusat berkenaan menjadi medan penulis dan organisasi sastera bertemu seperti Writers Victoria, Express Media, Australian Poetry Centre dan penganjur bagi beberapa acara sastera.

Peningkatan penjualan buku secara dalam talian dan penutupan beberapa rangkaian gedung buku telah membantu kebangkitan semula kedai buku persendirian. Antaranya, termasuk Embiggen, Hill of Content, The Paperback Store, Metropolis, Kay Craddock Antiquarian Booksellers, Avenue Bookstore dan Coventry Bookstore.

Terdapat juga kedai-kedai buku khusus seperti Books for Cooks, Travellers Bookstore dan Artisan Books serta The Haunted Bookshop.

Melbourne turut terkenal dengan kafe dan bar yang sesuai untuk melepaskan penat dan mengisi perut. Mr. Tulk di Perpustakaan Negeri, Moat Bar and Cafe di ruangan bawah Wheeler Centre atau Journal Cafe di Perpustakaan Bandar Melbourne menawarkan suasana yang selesa untuk menjamu selera kepada para pembaca buku.

Bagi mendapatkan maklumat sastera hingga ke peringkat akar umbi, para pelawat perlu mendapatkan khidmat jurupandu. Mel Tours menawarkan dua jam lawatan sastera merangkumi laluan pejalan kaki di Melbourne dan arked perniagaan mulai 2 petang pada Selasa dan Khamis dengan bayaran AUS$39 (RM124).

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


6 bayi, 3 kanak-kanak diselamat

Posted:

6 bayi, 3 kanak-kanak diselamat

6 bayi, 3 kanak-kanak diselamat

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

abdul RAHIM (dua dari kanan) menunjukkan gambar bayi yang diselamatkan serta surat kelahiran yang dirampas hasil operasi ke atas sindiket menjual bayi di George Town semalam.


GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang melumpuhkan satu sindiket penjualan bayi terbesar di negara ini ekoran penahanan 33 individu sebelum berjaya menyelamatkan enam bayi dan tiga kanak-kanak yang sudah dijual kepada keluarga angkat masing-masing dalam beberapa serbuan bermula Disember tahun lalu sehingga kelmarin.

Ahli sindiket menjual bayi yang ditahan berusia antara 23 tahun dan 62 tahun dan ada antara mereka merupakan kakitangan awam di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta doktor di pusat perubatan swasta.

Enam bayi dan tiga kanak-kanak yang diselamatkan itu terdiri daripada tiga lelaki dan enam perempuan. Mereka pula dipercayai melibatkan tujuh warga Thailand dan masing-masing seorang rakyat tempatan dan seorang lagi warga Bangladesh.

Difahamkan, kesemua bayi dan kanak-kanak berkenaan dijual kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat pada harga RM18,000 hingga RM30,000 setiap seorang. Bayi yang dijual pada harga RM30,000 mempunyai sijil kelahiran, MyKid dan surat kesihatan.

Bagaimanapun, penetapan harga bayi juga boleh ditentukan mengikut rupa paras, warna kulit dan jantina bayi terbabit.

Kegiatan sindiket yang didalangi seorang wanita Cina tempatan berusia 50-an yang turut ditahan itu mendapat bekalan bayi untuk dijual dengan menyasarkan wanita Indonesia dan Thailand yang hamil anak luar nikah atau mengalami kesempitan wang.

Ibu yang mengandung dan bekerja di negara ini dikatakan sanggup menjual bayi masing-masing bagi mendapatkan wang.

Sindiket terbabit disyaki mendapatkan maklumat mengenai wanita hamil termasuk yang mahu menggugurkan kandungan daripada doktor di sebuah klinik swasta di sini.

Dalang dan doktor di klinik swasta itu akan bekerjasama dalam urusan pengumpulan maklumat ibu mengandung warga asing yang mendapatkan rawatan susulan di klinik tersebut.

Kakitangan di JPN yang mengurus proses pengeluaran sijil kelahiran turut diberi sejumlah wang.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kegiatan sindiket itu dikesan selepas polis menerima laporan pada awal Disember 2012 mengenai penjualan seorang bayi berusia 40 hari pada harga RM4,300 oleh seorang wanita warga asing.

"Daripada maklumat itu polis melalui Ops Pintas Sayang membongkar satu sindiket jual bayi yang bergerak aktif sejak tahun 2009 sebelum berjaya menyelamatkan lapan bayi dan seorang kanak-kanak yang berada di negeri ini, Kedah dan Perak," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, seramai 33 orang yang terdiri daripada 22 suspek berketurunan Cina, enam India, seorang Melayu, seorang rakyat Thailand dan tiga warga Indonesia itu diberkas.

"Sindiket ini hanya membayar kepada ibu mengandung yang tidak mahu bayi mereka antara RM2,500 hingga RM4,500," katanya.

Mereka yang diberkas ada yang bekerja sebagai ahli perniagaan, pekerja kilang dan seorang kakitangan JPN.

Abdul Rahim memberitahu, dalam siri serbuan itu, polis merampas 19 buah telefon bimbit, dua buah kereta, lima MyKid, 14 sijil kelahiran, 18 kad perubatan dan wang tunai berjumlah RM15,000.

Kesemua yang ditahan direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan jika sabit kesalahan, kesemua mereka boleh dipenjara maksimum sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

2 maut kereta dihempap pokok

Posted:

2 maut kereta dihempap pokok

2 maut kereta dihempap pokok

Oleh norazlina ismail
berita@kosmo.com.my


KEADAAN kereta selepas dihempap pokok kelapa tumbang mengakibatkan dua maut di Jalan Hutan Lipur Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Hajat dua beranak berjoging di taman rekreasi Hutan Lipur Cherok Tok Kun seperti hari-hari sebelum ini tidak kesampaian apabila mereka maut dihempap sebatang pokok kelapa yang tiba-tiba tumbang menimpa kereta dinaiki di Jalan Hutan Lipur Cherok Tok Kun di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Tan Sai Lang, 70, dan anak perempuannya, Heng Lee Liew, 44, yang memandu kereta Proton Satria mati di tempat duduk masing-masing.

Dua beranak itu keluar dari rumah di Taman Permai Indah pada pukul 6 pagi dan jarak antara rumah mangsa dengan taman rekreasi tersebut ialah kira-kira 6.5 kilometer.

Tragedi itu berlaku hanya kira-kira satu kilometer dari taman rekreasi tersebut.

Mayat kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat selepas memotong bumbung kereta.

Anak lelaki bongsu mangsa, Heng Lih Hwang, 40, berkata, ibu dan kakaknya kerap keluar berjoging di taman rekreasi berkenaan jika ada kelapangan.

"Saya tidak sangka mereka pergi dalam keadaan yang menyayat hati seperti ini," katanya sedih ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Ab. Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Stor diesel di Segamat diserbu

Posted:

Stor diesel di Segamat diserbu

Stor diesel di Segamat diserbu

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my


DUA daripada tiga buah tangki yang diletakkan di stor di Jalan Segamat-Kuantan, Segamat.


SEGAMAT – Hanya seminggu selepas serbuan sebuah stor menyimpan minyak diesel di Pengerang, kegiatan penyeludupan minyak subsidi itu rupa-rupanya sudah merebak ke sebuah kawasan lapang di Jalan Segamat-Kuantan di sini.

Rahsia tersebut terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu markas pengumpulan minyak diesel itu yang dipercayai sudah aktif beroperasi di situ kira-kira setahun lalu.

Semasa serbuan pada pukul 5 petang Selasa lalu, KPDNKK menemui sejumlah 250,000 liter minyak diesel yang berharga RM450,000 yang dikumpul di markas itu dalam tempoh dua minggu lalu. Kesemua minyak diesel itu disimpan dalam tiga buah tangki dan ia dalam proses diseludup ke negara jiran.

Pemeriksaan di tanah lapang yang dikelilingi zink dan dijaga oleh beberapa tonto itu dipercayai didalangi seorang lelaki berusia 30-an. Lelaki itu masih bebas.

Satu sumber berkata, modus operandi sindiket itu dikatakan menggunakan beberapa buah lori ais dan treler bagi mengangkut minyak diesel yang dibeli di stesen-stesen minyak di sekitar daerah ini.

Seperti kegiatan penyeludupan minyak di Pengerang yang terletak kira-kira 250 kilometer dari daerah ini, sindiket itu juga menggunakan cara sama iaitu membeli minyak diesel pada harga RM1.85 setiap liter berbanding dengan harga asal RM1.80.

Kegiatan membeli diesel itu pula dilakukan pada waktu malam hingga awal pagi dan kerja-kerja menyimpan diesel dari lori ke dalam tangki di stor itu dilakukan pada waktu pagi hingga petang.

Setiap buah kenderaan yang mampu menampung 6,000 liter minyak diesel itu dikatakan akan memunggah bekalan minyak ke stor itu sebanyak tiga kali sehari.

"Pekerja di stesen minyak di daerah ini menerima komisen lima sen bagi setiap liter diesel yang dijual kepada sindiket itu tanpa had," kata sumber itu.

Selepas tiga tangki di stor itu penuh, sindiket itu akan memunggah minyak itu ke kawasan persisir pantai di beberapa lokasi di Johor Bahru untuk dihantar ke kapal dan diseludup ke negara jiran.

Jelas sumber itu lagi, sindiket itu memilih daerah ini sebagai lokasi membeli minyak diesel subsidi kerana beberapa daerah lain di Johor Bahru sudah dimonopoli oleh sindiket lain yang lebih berkuasa.

Sementara itu, Ketua Penolong Kanan Penguasa SPRM Putrajaya, Mohd. Yusof Zakaria yang mengetuai operasi tersebut berkata, semasa pemeriksaan di stor itu, mereka menahan pekerja lelaki berusia 26 tahun.

Menurut beliau, lelaki itu yang terkejut dengan kemunculan pihak berkuasa bertindak menghubungi dalangnya.

Bagaimanapun, dalang sindiket itu tidak muncul.

"Dalam serbuan itu kami menyita dua buah lori dan 30,000 liter diesel yang disimpan di stor itu," kata beliau lagi.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Operasi dan Pembangunan KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, serbuan Selasa lalu merupakan antara sindiket penyeludup minyak diesel yang dipantau pihaknya.

Menurut beliau, kegiatan penyeludupan diesel banyak dilaporkan di Johor kerana faktor geografinya yang berdekatan dengan laut dan negara jiran menyebabkan bekalan minyak diesel mendapat permintaan tinggi.

Difahamkan, diesel seludup yang dijual oleh sindiket ke Singapura, Thailand atau Indonesia pada harga antara RM2.20 hingga RM2.40 satu liter.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Afrika Selatan akhiri kemarau

Posted:

Afrika Selatan akhiri kemarau

Afrika Selatan akhiri kemarau


PEMAIN-PEMAIN Afrika Selatan meraikan kejayaan menewaskan Angola 2-0 awal pagi semalam.


JOHANNESBURG - Tuan rumah, Afrika Selatan menamatkan kemarau kemenangan apabila menewaskan Angola 2-0 pada aksi kedua Kumpulan A kempen Piala Negara-Negara Afrika 2013 awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Durban itu, skuad Bafana Bafana melakar kemenangan pertama dalam tempoh sembilan tahun pada kejohanan ini hasil jaringan Siyabonga Sangweni pada minit ke-30 dan Micheal Majoro (ke-62).

Skuad kendalian Gordon Igesund itu menampilkan aksi yang lebih bertenaga berbanding ketika seri tanpa jaringan dengan Cape Verde pada aksi pembuka tirai, Sabtu lalu.

Igesund membuat rombakan besar-besaran termasuk mengetepikan lima pemain yang beraksi pada perlawanan menentang Cape Verde, sekali gus berjaya membawa pulang tiga mata berharga.

"Saya membuat merombak kerana kami perlu memenangi perlawanan ini.

"Saya gembira apabila percaturan saya untuk menggunakan formasi 4-1-5 berbaloi.

"Saya hanya mempertaruhkan empat pemain pertahanan, seorang menguasai jentera tengah dan selebihnya menampilkan corak permainan menyerang.

"Pemain-pemain saya juga semakin yakin dengan kemampuan diri sendiri.

"Perasaan gemuruh ketika berdepan Cape Verde tempoh hari sudah hilang sama sekali," kata Igesund.

Dalam perlawanan terakhir nanti, Afrika Selatan akan menentang bekas juara, Maghribi sementara Angola mengharapkan keajaiban untuk mengejutkan Cape Verde bagi menghidupkan peluang ke suku akhir.

Ketika ini, Afrika Selatan mengungguli kedudukan teratas dalam Kumpulan A selepas mengumpul empat mata. - AFP

Johor tidak gentar

Posted:

Johor tidak gentar

Johor tidak gentar

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


AZMI yakin anak-anak buahnya mampu mengatasi Pahang malam ini.


KEMAMPUAN Pahang selaku pendahulu Liga Super sama sekali tidak menghadirkan rasa gentar buat pasukan Johor apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan pada aksi pembuka tirai Piala FA malam ini.

Meskipun skuad Tok Gajah berjaya menumpaskan nama-nama besar dan hanya tewas sekali sahaja kepada Selangor dalam saingan liga setakat ini, namun pengendali Johor, Azmi Mohamed tetap optimis anak-anak buahnya mampu mencipta kejutan.

Menurut Azmi, Pahang bukanlah pasukan asing buat Johor selepas kejayaan mereka menundukkan skuad bimbingan Dollah Salleh itu pada pertemuan pra musim Jemputan Empat Penjuru Piala Tunku Mahkota Johor hujung tahun lepas.

"Namun, kami tetap tidak boleh mengambil ringan perlawanan esok (malam ini) memandangkan Pahang kini bukan seperti pasukan Pahang yang kami tewaskan sebelum ini.

"Saya sendiri ada membuat analisis perlawanan Pahang sepanjang saingan Liga Super dan jelas pasukan itu sudah memperbaiki rentak permainan mereka," katanya.

Menurut Azmi, meskipun Johor hanya beraksi dalam saingan Liga Premier berbanding Pahang yang beraksi dalam Liga Super, namun itu semua tidak boleh diambil kira apabila beraksi dalam saingan Piala FA.

Katanya, apa yang penting, semua pemain harus fokus kerana bagi saingan kalah mati, mana-mana pasukan juga mampu untuk membuat kejutan.

"Saya yakin, kesemua pemain akan menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi menewaskan Pahang sekali gus mara ke pusingan seterusnya.

"Saya harap, bermain di tempat sendiri akan turut memberi kelebihan buat pasukan Johor," katanya.

Hafiz mahu rebut tempat dalam skuad utama

Posted:

Hafiz mahu rebut tempat dalam skuad utama

Hafiz mahu rebut tempat dalam skuad utama

PELEDAK berbisa Pahang, Mohd. Hafiz Kamal berazam untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad Tok Gajah selepas beraksi cemerlang pada aksi menentang Terengganu dalam saingan Liga Super, Selasa lalu.

Dia sudah tidak sanggup lagi untuk terus memanaskan bangku pemain simpanan.

Pemain tengah yang memiliki kepakaran membuat sepakan percuma itu berkata, bagi merealisasikan hasrat tersebut, dia perlu berusaha keras dan beraksi secara konsisten untuk mendapat kepercayaan jurulatih, Dollah Salleh.

"Kualiti permainan saya bertambah baik dan dua gol yang saya hasilkan ketika bertemu Terengganu menjadi penyuntik semangat buat saya untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Saya berazam untuk membantu Pahang mengekalkan aksi mantap pada saingan Liga Super dan Piala FA yang akan bermula esok (hari ini).

"Namun, saya terpaksa bersaing dengan Muhammad Amirulhadi Zainal dan Mohd. Faizol Hussin untuk merebut tempat di posisi tengah," katanya ketika dihubungi semalam.

Ujar Mohd. Hafiz, jika diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama Pahang ketika menentang Johor pada aksi pembuka tirai Piala FA malam ini, dia akan berusaha membalas kepercayaan itu dengan mempamerkan persembahan lebih cemerlang.

Bagaimanapun, anak jati Perak itu mengakui dia lebih mengutamakan kejayaan pasukan berbanding pencapaian dirinya.

"Saya tidak kisah siapa yang akan diturunkan kerana yang penting adalah semangat kesukanan dan kerjasama dalam pasukan harus ditingkatkan. Inilah kunci kejayaan pasukan kami," katanya.

Selepas lima perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini, Mohd. Hafiz hanya beraksi tiga kali pada separuh masa kedua ketika menentang Johor Darul Takzim, Felda United dan Terengganu.

Pada aksi Liga Perdana musim lalu, dia berjaya menjaringkan tujuh gol termasuk empat daripadanya pada saingan Piala Malaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Terbuka Australia: Djokovic mara ke final

Posted:

Terbuka Australia: Djokovic mara ke final

Terbuka Australia: Djokovic mara ke final

24/01/2013 6:51pm

MELBOURNE - Pemain tenis nombor satu dunia dari Serbia, Novak Djokovic menewaskan pemain ranking keempat dari Sepanyol, David Ferrer untuk mara ke final Terbuka Australia, hari ini.

Djokovic tidak memberi peluang langsung kepada lawannya dengan menang mudah 6-2, 6-2, 6-1 tempoh masa satu sejam 29 minit dan bakal menentang Roger Federer atau Andy Murray di peringkat akhir Ahad ini. - AFP

Stesen kereta api Alor Setar dipindah

Posted:

[unable to retrieve full-text content]ALOR SETAR - Operasi stesen kereta api Alor Setar di Jalan Stesen Keretapi di sini akan diberhentikan mulai pukul 12 tengah malam 29 Januari.

Jangan percaya konon Bible dibakar - polis

Posted:

Jangan percaya konon Bible dibakar - polis

Jangan percaya konon Bible dibakar - polis

24/01/2013 5:49pm

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth Ahad ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, berikutan isu itu polis menerima laporan seorang paderi menemui risalah bertulis "jom bakar...pesta bakar bible melayu demi masa depan cucu kita" yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja 20 Januari lepas.

"Kita minta jangan ada pihak yang percaya dan mensensasikan isu ini kerana ia boleh mengugat ketenteraman awam dan mengundang perpecahan masyarakat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dan peserta perhimpunan itu sekiranya benar-benar diadakan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Polis Colombia rampas 3.8 tan kokain

Posted:

Polis Colombia rampas 3.8 tan kokain

Polis Colombia rampas 3.8 tan kokain

SEORANG anggota polis mengira bungkusan-bungkusan mengandungi kokain yang dirampas di pelabuhan Cartagena, Colombia kelmarin. - Reuters


BOGOTA - Polis Colombia merampas 3.8 tan dadah jenis kokain di dalam beberapa buah kontena yang menuju ke Mexico kelmarin.

Pengarah Polis Nasional, Jose Roberto Leon menganggarkan rampasan tersebut bernilai AS$95 juta (RM288.2 juta) di pasaran gelap di Amerika Syarikat yang menjadi pasaran utama kokain dari Colombia.

Semua kontena itu yang dilabel mengandungi gliserin untuk kegunaan farmaseutikal akan dihantar dengan kapal dari pelabuhan Cartagena de Indias di Colombia menuju ke bandar Veracruz di Mexico.

Polis menyiasat kontena-kontena itu selepas mendapati butiran pada dokumen eksportnya menimbulkan keraguan.

Menurut pihak berkuasa, semua dadah itu dihantar oleh sindiket dadah tempatan, Los Urabenos yang mempunyai hubungan dengan kartel dadah Mexico, Los Zetas.

Pada bulan lalu pihak berkuasa Colombia telah merampas kokain seberat 2.3 tan dalam dua serbuan juga di pelabuhan Cartagena. - dpa

Lagi insiden tembakan di institusi pengajian AS

Posted:

Lagi insiden tembakan di institusi pengajian AS

Lagi insiden tembakan di institusi pengajian AS


GAMBAR yang disiarkan stesen televisyen KPRC menunjukkan seorang individu yang cedera dibawa oleh beberapa petugas kecemasan di pekarangan Kolej Lone Star dekat Houston kelmarin. - Agensi


HOUSTON - Seorang pemuda berusia 22 tahun didakwa berhubung insiden tembakan di sebuah kolej komuniti di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan tiga orang cedera dengan seorang parah, kata pihak berkuasa.

Kejadian tembakan di kolej komuniti Lone Star yang menempatkan 10,000 pelajar dekat sini merupakan kes terbaharu melibatkan institusi pengajian AS.

Pada Disember tahun lalu, seorang lelaki bersenjata menembak mati 20 kanak-kanak dan enam penduduk dewasa di Connecticut.

Jurucakap pejabat Syerif Daerah Harris, Alan Bernstein berkata, pemuda tersebut, Carlton Berry didakwa kerana melakukan serangan dalam insiden tembakan di kolej itu kelmarin dengan dia kini dirawat di hospital.

Pihak berkuasa memberitahu, tragedi itu bermula dengan pertengkaran melibatkan Bernstein dan seorang lagi individu sebelum bertukar menjadi kejadian tembakan.

Kedua-dua orang yang terlibat dalam pertengkaran itu kini dirawat di hospital termasuk seorang wanita yang memiliki kad pengenalan pelajar.

Seorang pekerja penyelenggaraan yang kebetulan berada di tempat kejadian turut ditembak di kaki.

Jelas Bernstein, tiada mangsa lain yang terlibat dalam insiden tersebut setakat ini.

Menurut pihak berkuasa, sepucuk pistol digunakan dalam kejadian tersebut tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Seorang petugas ambulans berkata, tiga orang telah dibawa ke beberapa hospital tempatan dengan seorang daripada mereka parah.

Menurut pihak berkuasa, terdapat tiga kejadian tembakan di sekolah dan kolej di seluruh AS sejak dua minggu lalu dengan lebih dua orang maut dan sebilangan lagi cedera. - Reuters

Kereta hibrid bergerak guna udara

Posted:

Kereta hibrid bergerak guna udara

Kereta hibrid bergerak guna udara


KERETA hibrid keluaran PSA Peugeot Citroen yang bergerak menggunakan tenaga udara mampat.- Agensi


PARIS - Gergasi pengeluar kereta Perancis, PSA Peugeot Citroen menyatakan rancangan untuk menjual kereta hibrid berkuasa udara mampat menjelang 2016.

Menurutnya, kereta hibrid itu mampu menjimatkan petrol sebanyak 45 peratus manakala penjimatan 85 peratus dapat dicapai bagi pemanduan dalam bandar.

Penjimatan tersebut, kata PSA Peugeot Citroen, dapat dicapai ekoran kereta itu bergerak menggunakan tenaga udara mampat untuk hampir keseluruhan pemanduan bandar melibatkan kelajuan kurang 70 kilometer sejam.

Kebanyakan kereta hibrid masa kini dijana oleh petrol dan tenaga elektrik.

Teknologi terbaharu itu juga tidak memerlukan kereta tersebut dicaj semula seperti kereta elektrik kerana udara mampat itu disedut dari persekitaran.

Kereta hibrid terbaharu itu juga lebih murah untuk diselenggara kerana tidak memerlukan pertukaran sel elektrik seperti kereta hibrid masa kini. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Publisiti Klangit

Posted:

Publisiti Klangit

Publisiti Klangit

KLANGIT atau ke laut? Itulah ungkapan sinis yang keluar dari mulut peminat muzik tempatan memberi persepsi tentang kumpulan yang menggelarkan diri mereka Klangit.

Ia tercetus selepas persembahan Klangit pada malam majlis gemilang Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM 19) yang berlangsung tahun lalu dianggap tidak memuaskan.

Lontaran vokal Klangit iaitu Ary atau nama sebenarnya, Muhamad Nur Hadre Ayub di pentas AIM 19 dilabelkan sebagai 'hancur'.

Namun, bagi tiga orang jejaka penggerak nadi Klangit yang sebelum ini muncul dengan single hit mereka, Sesal Mendua iaitu Muhamad Nur Hadre Ayub atau Ary (vokalis), Mohd. Izwan Ahmad Mahayuddin atau Ewan (gitar utama) dan Mohd. Haris Muhamad atau Haris (gitar bass), komen-komen negatif yang melanda kumpulan mereka itu tidak mematahkan semangat mereka.

Malah, ia menjadi pencetus buat mereka untuk terus berusaha lebih keras bagi menempa nama dalam industri muzik tempatan sejak lima tahun lalu.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran album sulung mereka yang berjudul Dewi, bertempat di Hard Rock Café, Kuala Lumpur baru-baru ini, mereka seperti sedia maklum bahawa isu tersebut pasti akan diungkit walaupun isu itu bukan baru diperkatakan.

Mengakui kesilapan yang dilakukan, tutur Ary, selepas persembahan pada AIM 19, mereka dihujani banyak komen negatif menerusi laman sosial Twitter milik masing-masing.

"Memang saya sedar tentang kesalahan tersebut dan selepas menonton semula video persembahan kami di AIM 19, saya cuba untuk berubah dan memperbaiki kesilapan serta kelemahan yang jelas kelihatan. Mungkin apa yang saya dapat belajar ialah saya perlu kurangkan keterujaan dalam diri dan tidak terlalu terlonjak-lonjak semasa membuat persembahan.

"Walaupun begitu, sebenarnya itu (persembahan) memang cara saya sejak kali pertama Klangit ditubuhkan. Namun tidak dinafikan juga, secara tidak langsung, kami mendapat publisiti yang tidak disangka iaitu dengan penambahan pengikut di Twitter," jelas Ary.

KLANGIT dianggotai tiga orang jejaka iaitu (dari kiri) Ewan. Ary dan Haris.


Band Indonesia

Sudah menjadi lumrah perangai manusia yang mana keburukan akan lebih diingati berbanding kebaikan yang dilakukan.

Sejak malam tersebut, mungkin peminat sudah kurang percaya dengan bakat Klangit terutama vokal Ary. Sebagai sebuah band yang baru ingin membina nama, tanggapan awal sangat penting, namun apa yang terjadi kepada Klangit, mereka seperti mensia-siakan peluang besar yang diberi kepada mereka.

Jadi, untuk mengembalikan kepercayaan peminat, bicara Ary walaupun mendapat kritikan hebat, namun ada peminat yang masih mempercayai bakat yang wujud dalam Klangit.

"Alhamdulillah, selepas AIM 19, walaupun teruk kena kutuk, namun persepsi peminat terhadap kami masih lagi pada tahap yang baik dan bilangan peminat kami meningkat jumlahnya. Saya sendiri memang pelik dengan keadaan tersebut.

"Sejujurnya, saya akui, malam AIM 19 itu memang rasa bersalah dengan keadaan yang terjadi. Ini kerana kesalahan yang jelas ialah tentang vokal.

"Saya minta maaf dan itu sahaja yang saya boleh pinta daripada semua orang dan saya akan perbaikinya.

"Namun, jika sudah diperbaiki namun masih ia berlaku lagi, mungkin saya harus terima hakikatnya bahawa memang ia sudah sebati dengan diri ini," ujar Ary lagi.

Selain itu, mungkin pada mulanya peminat menganggap Klangit merupakan sebuah band Indonesia jika merujuk kepada konsep muzik dan alunan vokal yang dipersembahkan Ary selaku vokalis Klangit.

Akui Ary, ini kerana mungkin lirik dan lagunya ditulis oleh seorang warga Indonesia, maka sedikit sebanyak pasti ia kedengaran seperti konsep band Indonesia.


VOKAL Ary yang kedengaran sama seperti vokalis band-band dari Indonesia membuatkan peminat mereka keliru tentang negara asal Klangit.


"Kami 100 peratus band dari Malaysia. Cuma, penulis lagu kami merupakan orang Indonesia iaitu Panji Sakti. Selain itu khidmat Panji digunakan kerana kami ingin kekalkan imej awal iaitu sejak Klangit muncul dengan single Sesal Mendua lagi.

Semua lagu dalam album pertama kami ini diselaraskan muziknya supaya sama dengan Sesal Mendua yang membuatkan kami dikenali sebelum ini.

"Bukan tidak berani keluar dari kepompong Panji akan tetapi, kami masih baharu dan ini percubaan kali pertama jadi mungkin kami ingin mengambil langkah selamat dan belum yakin dengan bakat menulis kami," jelas Ary.

Tambahnya, memang sentuhan Panji berbunyi seakan-akan lagu Indonesia, namun apabila mereka bawakan lagu tersebut, Klangit sendiri berusaha untuk tidak kedengaran seperti band dari negara seberang itu.

Dalmatian mahu tukar nama

Posted:

Dalmatian mahu tukar nama

Dalmatian mahu tukar nama


KUMPULAN Dalmatian kini dikenali sebagai DMTN.


MENJELANG kemunculan semula kumpulan terkenal Dalmatian, mereka sudah memutuskan untuk menggantikan nama dan ingin dikenali sebagai DMTN selepas ini.

Seperti yang dipetik daripada laman web soompi.com, biarpun nama baharu yang dipilih seakan-akan sama dengan nama asal, tetapi ia merupakan singkatan kepada perkataan Desire, Motivation, Timing dan Now.

"Kami ingin tampilkan sesuatu yang berbeza dengan imej yang lebih dewasa. Memang tidak banyak kumpulan yang akan menukar nama, namun keputusan ini dibuat secara bersama," ujar salah seorang ahli kumpulan iaitu Daniel yang turut mencadangkan nama tersebut.

Pada tahun lalu, kumpulan tersebut sudah mengalami banyak perubahan termasuk pertukaran ahli dan agensi yang menguruskan mereka. Kini segala pergerakan karier mereka diuruskan oleh Two Walks Entertainment.

Bingkisan Maulidur Rasul Unic

Posted:

Bingkisan Maulidur Rasul Unic

Bingkisan Maulidur Rasul Unic


UNIC menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dengan menampilkan album, Selawat Relaksasi.


KEMUNCULAN album yang mengetengahkan zikir dan selawat sebagai taruhan melodi utama dalam berkarya kebelakangan ini nyata mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Kebangkitan alunan zikir dan selawat dalam industri nasyid tempatan juga boleh disifatkan sebagai sesuatu yang amat memberangsangkan permintaannya.

Kumpulan nasyid tersohor tanah air juga, Unic tidak ketinggalan untuk merakamkan album genre tersebut.

Kini Unic muncul dengan album berjudul, Selawat Relaksasi sebagai buah tangan buat para peminat mereka.

"Album yang sarat dengan selawat ini telah disuntik dengan beberapa kelainan dari segi susunan muzik instrumentalnya, melodi serta elemen meditasi yang jelas ditonjolkan menerusi 13 track selawat yang diperdengarkan," ujar eksekutif perhubungan awam Unicdotmy Pro Sdn. Bhd.@Unic Records, Nur Atilia Mansor.

Tambahnya, bersesuaian dengan sambutan Maulidur Rasul pada hari ini, album yang menyajikan himpunan selawat seperti Selawat Fatih, Selawat Syifa, Selawat Arzaq, Selawat Anwar dan banyak lagi ini nyata sangat tepat dijadikan pilihan pencinta Rasulullah SAW saat ini.

"Ini kerana ia mengandungi pelbagai pilihan selawat yang mendamaikan yang mana turut boleh dijadikan bahan untuk meredakan tekanan perasaan mahupun fikiran.

"Di samping itu, selain dapat meningkatkan kecintaan dan kerinduan terhadap Rasulullah SAW, lebih-lebih lagi pada hari keputeraan Baginda ini. Selawat yang terdapat dalam album ini juga turut disertakan bersama dengan maksud bagi setiap track pilihan.


ALBUM Selawat Relaksasi dikatakan mampu menenangkan perasaan dan fikiran.


"Oleh itu, pendengar akan lebih memahami, menjiwai dan menghayati tiap bait selawat yang dialunkan dalam album," ujar Atilia.

Katanya: "Elemen meditasi yang cukup kuat dalam album ini turut berjaya membuai para pendengar dengan satu perasaan yang cukup melegakan tiap kali mendengarnya. Tambahan pula jika mereka berada dalam keadaan stres mahupun ketegangan fikiran."

Selain itu menurut Atilia lagi, muzik hasil susunan Along Exist ini juga kedengaran begitu halus dan teliti dalam meresapi rohani dan jasmani pendengar.

"Unic juga percaya bahawa selawat dalam album ini juga mampu menurunkan gelombang di dalam badan pendengar sekali gus meletakkan pendengar sentiasa dalam keadaan tenang, aman dan lapang."

Album terbitan Unic Records dan edaran oleh InTeam Records Sdn.Bhd ini sudah berada di pasaran dan setiap satu dijual dengan harga RM19.90 atau boleh dibeli di unicmyshop menerusi www.unic.my.

Sebarang pertanyaan atau tempahan mengenai album ini, sila hubungi pejabat urusan Unicdotmy Pro Sdn. Bhd. menerusi talian 03-6186 4300/03-6177 4225 atau e-mel order@unic.my.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved