Rabu, 3 Oktober 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kualiti, hala tuju filem pendek tempatan

Posted:

Kualiti, hala tuju filem pendek tempatan

PIHAK Academy of Motion Pictue Arts and Sciences telah meletakkan syarat dan label bahawa karya lakonan yang berputar kurang daripada 40 minit termasuk kredit akhirnya merupakan suatu filem pendek.

Syarat itu mencetuskan kepada gerakan pengkarya filem pendek sejak kemunculan naskhah Arrival of a Train at La Ciotat Station pada tahun 1895, hasil arahan dua sutradara legenda, Auguste dan Louis Lumiere.

Semenjak itu, industri filem pendek berkembang dan melahirkan variasi filem pendek menerusi pelbagai eksperimen genre, teknik dan struktur cerita.

Jika dilihat perkembangan filem pendek di Malaysia pula, realiti yang berlaku menunjukkan ia rata-rata dipelopori golongan pelajar yang menghasilkan naskhah seni sedemikian untuk tugasan akhir di institusi pengajian tinggi tempat mereka menimba ilmu.

Contoh paling jelas antaranya filem kontroversi Comolot yang pernah diterbitkan pada tahun 2008 oleh pelajar tahun akhir Akademi Seni Negara dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Ia mengisahkan tentang kehidupan pasangan gay dalam komuniti masyarakat di Malaysia.

Biarpun karya seni lakonan itu tidak banyak bermain teknik seni dalam menghasilkan sebuah karya filem pendek malah jalan ceritanya juga ringkas, filem pendek itu nyata mendapat respons daripada audiens atas nama kontroversi.

Perkara paling jelas dilihat di sini, filem pendek kebanyakannya bukan dibikin untuk tujuan komersial (jika ditolak filem pendek berasaskan iklan), kerana pada kebiasaannya ia menyampaikan mesej terarah kepada kritikan sosial merangkumi aspek seks, politik, agama dan bangsa.

Perkara asas yang diambil kira dalam pembikinan sesebuah filem pendek sekarang sudah tentu elemen bebas bereksperimen. Filem pendek juga bukan dibikin untuk tujuan mengaut untung serta berasaskan modal yang minimum.

Short Shorts

Justeru, sejauh mana hala tuju industri filem pendek tempatan dalam arus semasa?

AKTOR Itali, Ettore Nicoletti (kiri) turut berlakon dalam filem pendek arahannya, The Padlock.


Menjawab isu yang diutarakan, kata wakil penganjur Short Shorts Film Festival & Asia in Malaysia 2012, Bea Tanaka, secara jujur dia melihat perkembangan industri filem pendek di Malaysia bercambah ke arah lebih progresif berbanding sepuluh tahun lalu.

"Persaingan dilihat datang daripada golongan pelajar yang kreatif dan banyak berimaginasi untuk menyalurkan idea ke dalam filem pendek terutama penuntut tahun akhir di institusi pengajian tinggi.

"Cuma subjek utama yang masih kurang dititikberatkan adalah kupasan universal mengenai sesuatu topik. Maksudnya kebolehan sesebuah karya filem pendek itu difahami oleh penonton dari negara-negara lain perlu digilap.

"Maka disebabkan itu, pihak kami dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyediakan platform kepada mereka (pelajar) untuk mempamerkan hasil kreativiti filem pendek dan dipertandingkan ke peringkat antarabangsa," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Short Shorts Film Festival & Asia di Malaysia 2012 (SSFFA 2012) di Finas, Ulu Kelang, Selangor baru-baru ini.

Menerusi festival yang berlangsung selama dua hari itu, sebanyak 22 buah filem dari pelbagai negara seperti Kanada, Poland, Itali, Jepun, Jerman, United Kingdom (UK), Perancis, Iran, Sepanyol, Singapura, Taiwan, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia dipertandingkan.

Antara judul-judul produksi terbabit termasuklah Friend Request Pending, The Soundman's Love, A Shadow of Blue, Mo Ikkai, Road Is Closed, Mother Groom dan The Padlock.

Festival kali ketiga itu tambah Bea, turut membuka peluang karyawan dan pelajar perfileman berkongsi pengalaman dalam pelbagai aspek pembikinan filem pendek dari dalam dan luar negara.

Jelas Bea, prospek cerah dilihat daripada penyertaan negara Perancis dan Jepun pada kali ini dengan lebih 100 penyertaan diterima daripada para penerbit filem pendek negara matahari terbit itu.

Mo Ikkai

Menyingkap sejarah awal penganjuran festival itu, ia mula diperkenalkan di Harajuku, Jepun pada tahun 1999 dan mendapat pengiktirafan secara rasmi sebagai satu acara Academy Award oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences.

Pemenang anugerah Grand Prix festival ini secara automatik layak dicalonkan dalam senarai Top 5 kategori filem pendek terbaik untuk merebut trofi Oscar pada majlis Academy Awards tahun berikutnya.

TULANG belakang Short Shorts Film Festival & Asia di Malaysia 2012 yang juga penganjur acara tersebut, Yasu Tanaka (kiri) dan isterinya, Bea Tanaka.


Penganjuran kali ini menyaksikan naskhah berjudul, Mo Ikkai garapan Atsuko Hirayanagi memenangi anugerah Grand Prix sekali gus melayakkan wakil dari Jepun itu bertanding untuk merebut Oscar kategori Filem Pendek Terbaik pada majlis Academy Awards tahun 2013.

Mo Ikkai mengisahkan kepulangan seorang lelaki ke kampung halamannya di Tokyo dan bertemu dengan roh ibunya yang telah meninggal dunia. Hilang dalam landskap memorinya sendiri, dia didampingi oleh roh tersebut buat terakhir kali.

Turut bertanding dalam festival SSFFA 2012, tiga wakil tempatan menerusi naskhah berjudul The Apprentice, Hari Jadi dan Di Kalangan Kita.

Cabaran

Tertarik dengan sebuah naskhah yang memaparkan kehidupan seorang bapa meraikan hari jadi anaknya setiap tahun walau tanpa kehadiran insan tersayang yang dirai, Pengarah filem pendek Hari Jadi, S.T Bala berkongsi buah idea menghasilkan filem itu.

Katanya, Hari Jadi merupakan sebuah subjek universal yang boleh difahami penonton dari luar Malaysia.

Malah, filem yang dihasilkan dengan kos RM18,000 itu merupakan filem pendek tanpa suara garapannya yang pertama sejak berkecimpung dalam dunia pengarahan lebih 15 tahun lalu.

"Apabila faktor kos perlu diambil kira ketika menyiapkan sesebuah karya, tekanan untuk menghasilkan karya bermutu datang berganda.

"Kita perlu mempertimbangkan pemilihan pelakon, teknikal dan proses suntingan yang adakalanya memakan kos tinggi," ujarnya yang berjaya menyiapkan filem pendek itu dalam tempoh dua hari.

Keseluruhannya, industri filem pendek tempatan perlu diberi peluang untuk berkembang. Anjakan elemen seni dalam sesebuah filem pendek juga perlu diteliti dan diperhalusi, bukan hanya tangkap muat. Begitu pun, kita masih perlu bertempur dengan isu keterbukaan dan sensitiviti masyarakat kini.

Filem pendek kontroversi

Posted:

Filem pendek kontroversi

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my



Filem pendek membentuk paradigma supaya penontonnya berfikir secara kritis dan melihat lebih mendalam intipati mesej yang ingin disampaikan bukan sekadar luaran saja.

Disebabkan itu, kebanyakan penggiat filem pendek banyak bereksperimentasi dalam menyampaikan wacana idea.

Eksperimen yang dimaksudkan boleh datang secara olahan jalan cerita, mainan lampu, sudut kamera dan genre yang menjadikan sesebuah karya itu dipandang sebagai naskhah seni.

Namun, tidak dinafikan ada juga filem pendek yang dihasilkan dalam skala bajet yang besar tapi tidak dapat ditayangkan atau dipertandingkan dalam festival berikutan kontroversi.

Kontroversi pula mungkin timbul dari sudut agama, bangsa, politik, seks dan kebanyakannya merangkumi kritikan sosial.

Berikut disenaraikan beberapa buah filem pendek yang mencipta kontroversi namun masih mendapat perhatian ramai hingga kini.

Comolot (2008)

Sinopsis: Filem yang dihasilkan oleh pelajar Akademi Seni Negara dan Warisan Kebangsaan (Asawara) itu ditayangkan sempena Festival Kesenian dan Muzik (ajuran Rantai Art Event). Menceritakan kasih sayang sesama lelaki bernama Danial (lakonan Remy Ishak) dan Aiman (Quairel). Namun, Danial memilih Aiman walaupun dipaksa berkahwin dengan Juwita (Amiera Sulaiman).

Kontroversi: Sebuah kritikan sosial terhadap golongan gay dan cara hidup pasangan yang berlandaskan orientasi seksual berbeza daripada golongan heteroseksual. Filem pendek itu turut menampilkan aksi berahi pasangan gay.

Chukang (2010)

Sinopsis: Filem arahan Shuhaimi Lua Abdullah ini dihasilkan selepas fenomena filem bebas Bukak Api. Filem berdurasi 18 minit itu memaparkan realiti kehidupan golongan lelaki yang terjebak dalam kancah pelacuran sejenis dengan berselindung di sebalik bisnes rumah urut. Ia menampilkan Roslan Shah, Ifa Raziah, Rosnan Rahman dan Azam Pitt sebagai pelakon.

Kontroversi: Pemaparan isu golongan gay dan sisi gelap rutin kehidupan tukang urut lelaki.

Malaikat di Jendela

(2004)

Sinopsis: Kisah mengenai seorang jururawat kampung bernama Hamidah (Ning Baizura) yang berjuang untuk hidup setelah anak dan suaminya meninggal dunia akibat AIDS. Struktur emosi dan fizikal kehidupan Hamidah diceritakan secara voice-over oleh anaknya sebagai metafora 'malaikat' yang sedang memerhati dan berbicara dari suatu sudut metafizikal jendela.

Kontroversi: Kontroversi timbul gara-gara judul yang dipilih oleh pengarahnya, Osman Ali menggunakan perkataan 'malaikat'. Filem berdurasi 30 minit itu turut menampilkan be pelakon Haeryanto Hassan, Shoffi Jikan dan Saliza Ali.

Fitna (2008)

Sinopsis: Sebuah filem berdurasi 16 minit yang ditulis seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders. Fitna bermaksud percanggahan dan perpecahan antara manusia dan dalam filem itu memaparkan beberapa potongan ayat suci al-Quran yang diselang-selikan dengan gambar serangan pengganas termasuk pengeboman World Trade Centre pada 11 September 2001, selain penghinaan terhadap ilustrasi gambar Nabi Muhammad S.A.W.

Kontroversi: Filem yang menampilkan pandangan kritis terhadap agama Islam dan al-Quran yang dikatakan menggalakkan keganasan dan peperangan. Fitna dikatakan cuba menyampaikan mesej anti-Islam dan pertahankan kebebasan sejagat.

The Kiss (1896)

Sinopsis: Ramai yang terkejut apabila adegan bercium antara dua bintang sensasi Broadway ketika itu May Irwin dan John Rice ditayangkan berulang kali sekali gus menjadikan filem pendek arahan William Heise itu antara yang paling popular. Tambahan, ia ditayangkan secara komersial kepada orang awam. Aksi ciuman sepanjang 47 saat itu diambil daripada sebuah pementasan teater, The Widow Jones.

Kontroversi: Filem itu menyebabkan kegemparan yang memalukan dan sebarang berita mengenai filem itu tidak dibenarkan ditulis di akhbar. Selain itu tindakan undang-undang dikenakan di lokasi filem tersebut ditayangkan.

Alzheimer cabaran besar dunia perubatan

Posted:

Alzheimer cabaran besar dunia perubatan

KEBANYAKAN pesakit alzheimer menunjukkan sikap yang keliru dan pelupa.


SEJAK dikesan lebih 100 tahun lalu, penyakit alzheimer menjadi cabaran besar kepada pengamal perubatan, malah ia kini semakin 'ganas' meragut ingatan dan kebebasan para pesakit.

Kajian yang dilakukan para penyelidik juga banyak menemui kegagalan sekali gus merencatkan usaha melawan penyakit berkenaan.

Meskipun, di Amerika Syarikat (AS) penjagaan terhadap para pesakit tersebut bertambah baik, namun punca penyakit tersebut masih menjadi teka-teki.

Penyakit alzheimer merupakan penyumbang kepada dua pertiga daripada kes demensia (nyanyuk). Para penyelidik kini semakin tertekan ekoran bilangan pesakit tersebut terus meningkat seiring jangka hayat penduduk yang semakin panjang.

"Masalah ini bakal menjadi 'tsunami' terutamanya dari segi kos perubatan," ujar Pengarah Inisiatif Sains di Pertubuhan Alzheimer AS, Dean Hartley.

Harapan untuk mencari penawar kepada penyakit tersebut semakin tipis apabila beberapa syarikat farmaseutikal gergasi seperti Eli Lilly, Pfizer dan Johnson & Johnson memberhentikan kajian, apabila hasil kajian mereka gagal dalam ujian klinikal.

Ekstrak tumbuhan

Pada 6 September lalu, para penyelidik Perancis mengumumkan rancangan meluaskan pasaran ekstrak tumbuhan ginko biloba sebagai pencegahan semula jadi bagi penyakit alzheimer, namun ia bukanlah pencegah demensia.

PARA pengamal perubatan menghadiri satu mesyuarat sempena Hari Alzheimer Sedunia di Paris baru-baru ini, namun mereka masih buntu mencari penyelesaian.


Selain menyalahkan kekurangan dana, para penyelidik buntu dalam mencari penyelesaian bagi penyakit yang ditemui doktor Jerman, Alois Alzheimer. Dia menemui penyakit itu dalam otak pesakit demensia yang meninggal dunia pada tahun 1906.

Sebelum itu, sehingga tahun 1960-an, kajian tentang alzheimer sangat sedikit kerana ketika itu bilangan pesakit tidak ramai.

Ketika ini, terdapat ubat yang boleh mengurangkan simptom penyakit tersebut tetapi ubat itu masih gagal mencegah sepenuhnya penyakit alzheimer.

"Orang ramai amat memerlukan ubat terutama para pesakit dan ahli keluarga terdekat," kata Eric Karran, Pengarah Penyelidikan di Pusat Penyelidikan Alzheimer United Kingdom.

"Kita berada dalam situasi yang kritikal dalam menangani penyakit ini," tambahnya.

Hartley dan Karran berkata, kerajaan memberikan peruntukan kewangan yang sedikit, sedangkan usaha pencegahan dan rawatan penyakit Alzheimer memerlukan kos yang tinggi.

"Industri farmaseutikal telah menemui banyak kegagalan dalam usaha mencari punca penyakit alzheimer. Kami bimbang jika kerajaan berfikir 'usaha mengatasi penyakit alzheimer adalah terlalu sukar, jadi kita tunggu sahaja sehingga sains merungkai masalah tersebut'," kata Hartley dan Karran.

Kos meningkat

Persekutuan Penyakit Alzheimer Antarabangsa (ADI) menjangkakan pesakit demensia akan meningkat daripada 35.6 juta orang pada tahun 2010 kepada 65.7 juta orang (2030) dan 115.4 juta orang (2050).

PESAKIT alzheimer memerlukan sokongan dan kasih sayang keluarga sementara menunggu keajaiban dalam dunia perubatan.


Sehubungan itu, kos termasuk rawatan hospital dan pusat jagaan, ubat serta rawatan susulan dijangka meningkat kira-kira 85 peratus pada tahun 2030 berbanding AS$600 bilion (RM2,000 bilion) pada tahun 2010.

Bagaimanapun, wang bukanlah satu-satunya masalah kerana penyakit itu begitu kompleks dan haiwan pula tidak boleh dijadikan objek kajian untuk merungkai punca alzheimer.

Pesakit alzheimer kebiasaannya ketara bagi mereka yang berusia sekitar 70 tahun. Pada usia tersebut, anggota keluarga mendapati orang kesayangan mereka menjadi keliru dan pelupa.

"Pesakit yang menjalani ujian klinikal didapati telah menghidap penyakit tersebut sejak 15 tahun lalu, peringkat ini sel neuron telah mati," kata Karran.

Justeru itu, para penyelidik menyasarkan untuk mengesan dan menjalankan rawatan kepada para pesakit yang baru di peringkat awal penyakit berkenaan. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Aksi berbahaya tetapi menyeronokkan

Posted:

Aksi berbahaya tetapi menyeronokkan

Oleh NASRI JAMALUDIN
nasri.jamaludin@kosmo.com.my

TERJUNAN BASE merupakan sukan ekstrem yang berbahaya, mudah mendatangkan kecederaan atau membunuh para pesertanya.

'Mereka yang berminat dinasihatkan untuk berfikir banyak kali sebelum menceburi sukan ekstrem ini. Kami tidak mencadangkan sukan ini kepada sesiapapun. Anda bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri.'

Itulah amaran laman web basejumper.com kepada mana-mana individu yang berhasrat untuk menceburi sukan tersebut.

Terjunan BASE merupakan sukan yang menggunakan payung terjun untuk melompat dari ketinggian objek atau tebing tetap. BASE merupakan akronim bagi lokasi peserta untuk melompat atau terjun iaitu bangunan (building), antena (antenna), rentangan seperti jambatan (span) dan tebing bumi (earth).

Untuk menyertai sukan ekstrem itu bukanlah sesuatu yang senang dilakukan. Seseorang perlu terlebih dulu melakukan lebih 150 terjunan dari kapal terbang atau helikopter.

Selain itu, untuk mendapatkan jurulatih yang berpengalaman yang sudi meluangkan masa untuk mengajar juga tidak mudah.

Peserta juga kadangkala perlu memandu jauh, berjaga malam dan menunggu dalam kereta berjam-jam lamanya bagi menuju ke lokasi ideal. Semua itu demi mendapatkan keseronokan melakukan terjunan BASE.

Perasaan takut

Meskipun amaran tersebut agak keras dan nyawa menjadi taruhan, sukan ekstrem tersebut tetap mempunyai kelompok peminatnya.

Baru-baru ini bertempat di Taman Ekstrem Gua Damai, Batu Caves, Selangor, seramai 27 peserta dari tujuh buah negara iaitu England, Australia, Jerman, New Zealand, Rusia, Amerika Syarikat, Britian dan Malaysia berkumpul di situ bagi melakukan terjunan dari ketinggian 96 meter.

Di bawah tebing lokasi terjunan itu, para peserta kelihatan bergurau senda dan bergelak tawa, namun segalanya berubah 100 peratus apabila mereka mula mendaki bukit untuk menuju ke tebing terjunan.

Di kedudukan itu, mereka menjadi begitu serius, memberi tumpuan sepenuhnya termasuk mengenal pasti keadaan angin sebelum membuat lonjakan nekad melepasi tebing tersebut.

PERASAAN takut menyelubungi para penerjun kerana sedikit kecuaian boleh mengundang maut atau cedera parah.


Ketika terjun dan payung telah terbuka dengan sempurna, segalanya seakan-akan indah buat mereka sekali gus mencuri tumpuan orang ramai yang menikmati keunikan sukan tersebut.

Peserta mengambil masa kira-kira 10 hingga 12 saat sebelum mendarat di kawasan yang ditetapkan bergantung kepada teknik yang digunakan.

Sejurus selamat mendarat, wajah ceria dan kepuasan terpancar pada wajah masing-masing.

Seorang peserta dari Sydney, Australia, Scott Hiscoe, 27, berkata, melakukan terjunan BASE merupakan aktiviti yang menakutkan tetapi mengujakan.

"Ketika hendak melakukan terjunan, sukar digambarkan perasaan takut tetapi selepas itu semuanya indah.

Hiscoe yang juga seorang jurulatih terjunan bebas terbabit dalam sukan terjunan BASE sejak empat tahun lalu dan kunjungannya ke negara ini merupakan kali kedua sejak kunjungan sulung pada tahun 2010.

Jelasnya, pembabitan dalam sukan ekstrem tersebut tidak dipengaruhi sesiapa tetapi atas inisiatif sendiri.

Kos tinggi

Untuk membabitkan diri dalam sukan ekstrem tersebut, kosnya bukanlah murah terutamanya bagi peminat di negara ini.

Peralatan-peralatan seperti payung terjun dan aksesori lain diimport dari luar negara yang membabitkan kos antara RM10,000 hingga RM15,000.

Jika payung koyak perlu dihantar ke luar negara kerana tukang jahit payung dikehendaki mempunyai lesen tertentu bagi membolehkan mereka memberikan khidmat tersebut.

Peserta negara, Azuan Taharudin, 41, berkata, peserta di Malaysia perlu membayar harga yang agak tinggi kerana semua peralatan tersebut diimport dari negara luar.

"Jika payung koyak, saya bukan sahaja kena membayar kos perkhidmatan menjahit malah kos penghantaran," katanya yang telah melakukan sebanyak 300 terjunan.

Menurutnya, bilangan mereka yang terbabit di negara ini adalah kira-kira 50 orang, namun mereka yang benar-benar aktif jumlahnya tidak ramai.

Sukan yang berbahaya itu, katanya memerlukan disiplin yang tinggi dan dia sendiri pernah beberapa kali tercedera.

Rentak tiupan angin adalah antara beberapa faktor yang perlu diambil kira ketika hendak melakukan terjunan.

"Bagi saya, payung yang terbuka saat menghadap tebing batu paling berbahaya kerana pelanggaran boleh terjadi sekali gus menyebabkan kecederaan," katanya yang sangat menyukai aktiviti itu kerana disifatkan boleh mengawal perasaan takut.

BEGINILAH pemandangan dari platform terjunan BASE di Taman Rekreasi Gua Damai.


Aktiviti terjunan BASE yang melibatkan peserta dari pelbagai negara merupakan salah satu cara menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Bagi peserta Rusia, Vadin Patrov, 25, dia telah pergi ke beberapa buah negara seperti China, Jepun dan beberapa negara lain semata-mata melakukan aktiviti terjunan sama ada di atas jambatan, bangunan dan lain-lain.

Pertama kali berkunjung ke negara ini, Patrov terpesona dengan keunikan Taman Ekstrem Gua Damai.

"Sudah lebih 200 terjunan saya lakukan tetapi di sini merupakan satu-satunya lokasi terjunan yang memerlukan peserta melalui gua. Ia nyata pengalaman yang menyeronokkan.

"Saya menggemari terjunan di tebing berbanding bangunan kerana persekitaran alamnya yang cantik," katanya yang sempat melakukan dua terjunan pada hari tersebut.

Patrov pernah melakukan terjunan pada aras terendah iaitu 42 meter, namun baginya ketinggian sesuatu terjunan tidak menjadi isu sekiranya seseorang itu mempunyai kemahiran dan berpengalaman.

Ketepatan pendaratan

Seorang peserta wanita dari Perancis, Justine Edde, 22, juga sempat melakukan terjunan di Sabah sebelum datang ke Kuala Lumpur.

Terjunan di lokasi Gua Damai itu lebih kepada aktiviti latihan santai sebelum menyertai acara terjunan BASE tahunan di Menara Kuala Lumpur pada tarikh 27 hingga 30 September lalu.

Selain itu, dia pernah menyertai dan memenangi beberapa pertandingan terjunan BASE yang diadakan di Istanbul dan Sepanyol.

"Dalam pertandingan terjunan BASE, saya menumpukan perhatian dalam ketepatan melakukan pendaratan," katanya.

Dalam pada itu, penganjur acara terjunan tersebut, Mustapha Al Bakri Omar memberitahu, Taman Ekstrem Gua Damai telah diwartakan Kementerian Pelancongan Malaysia sebagai lokasi terjunan BASE.

"Kita rasa berbangga kerana tempat ini merupakan satu-satunya lokasi terjunan yang terletak di tengah-tengah bandar raya di dunia dan dibuka 24 jam sehari.

"Justeru, kita menjemput peserta antarabangsa ini bagi menjalankan latihan di tempat ini sebelum melakukan terjunan di Menara Kuala Lumpur," katanya.

Liverpool bukan sekadar kota bola sepak

Posted:

Liverpool bukan sekadar kota bola sepak

NIKMATI alunan muzik The Beatles yang didendangkan oleh beberapa kumpulan di Cavern Club.


SECAWAN kopi yang dipesan sudah sedia terhidang di atas meja di kafe Costa. Ia memberikan semerbak aroma kopi yang segar pada awal pagi.

Walaupun sebelum itu, penulis perlu berjalan kaki hampir satu kilometer dari Hotel Radisson Blu ke Albert Dock, namun tiada yang lebih berbaloi pada saat kedinginan pagi di kota Liverpool, sambil meneguk secawan kopi panas, mata dihidangkan dengan panorama yang memukau.

Itulah kompleks pelabuhan kapal yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai Taman Warisan Dunia dikenali Bandar Maritim Ekonomi Liverpool.

Albert Dock terdiri daripada kompleks bangunan batu-bata merah yang direka berbentuk segi empat bagi mengepung kawasan pantai membentuk dok tertutup untuk kapal berlabuh.

Bangunan merah yang tersergam indah, kapal-kapal yang berlabuh di depan dok dan burung-burung camar yang berterbangan di pesisir laut memberikan panorama yang cukup mendamaikan jiwa.

Itulah hakikatnya untuk menggambarkan suasana sebenar Liverpool. Pernah mencapai kegemilangan pada abad ke-18 sebagai sebuah pelabuhan utama di England, hari ini ekonomi Liverpool lebih banyak dipacu oleh sektor perkhidmatan sekali gus memberikan gaya hidup lebih santai penghuninya.

Selain sektor perkhidmatan, satu lagi penggerak ekonomi Liverpool ialah pelancongan dan percutian rekreasi.

Di padang Anfield

Atas sebab itu jugalah penulis menjejakkan kaki ke bumi Liverpool Mei lalu. Penulis antara jutaan pelancong yang berkunjung ke Liverpool disebabkan pasukan bola sepaknya.

Bagaimanapun, penulis ke sana bukanlah untuk membuat laporan khusus pasukan Liverpool, sebaliknya dijemput syarikat perbankan Standard Chartered untuk membuat liputan Piala Standard Chartered 2012 yang dilangsungkan di Stadium Anfield.

Penulis turut ditemani Pengurus Kanan Bahagian Perhubungan Korporat Standard Chartered Malaysia, Ahmad Ridzuan Samsudin (Reed) selain enam pemain bola sepak yang juga kakitangan Standard Chartered Malaysia.

ZULEZWAN (kiri) bersama rakan serumahnya sempat menyediakan hidangan makan malam untuk penulis.


Masa selama empat hari sememangnya banyak masa kami habiskan di Akademi Liverpool dan Stadium Anfield.

Penulis dan rakan rombongan berpeluang dua kali berada di Anfield. Pertama semasa menyaksikan perlawanan Liverpool dengan Chelsea, manakala keduanya ketika kejohanan Piala Standard Chartered 2012 yang melibatkan 10 buah negara.

Tiada kata dapat penulis ucapkan semasa berada di Anfield. Apatah lagi saat dapat memijak rumput dan menendang bola di padang Anfield, sedangkan pada awalnya penulis dihalang berbuat demikian. Terima kasih Reed atas bantuan meloloskan penulis ke padang.

Dalam kesibukan tugas itu, penulis sempat juga mencuri masa terluang untuk menikmati sedikit sebanyak inti pati penting pelancongan Liverpool.

Ikon Liverpool

Selain Albert Dock dan kawasan sekitarnya yang menjadi lokasi wajib pelancong saat ke Liverpool, saat di kota itu, panjangkan kaki anda ke kawasan beli-belah dikenali Liverpool One.

Di Liverpool One keseronokan membeli-belah bagaikan tiada penghujungnya, apatah lagi sekiranya anda seorang pencinta pasukan bola sepak Liverpool dan Everton. Selain butik khas kedua-dua pasukan itu, percaya atau tidak kami menghabiskan masa hampir tiga jam di SportDirect.com untuk mencari jersi, barangan cenderamata sehinggalah beberapa biji bola.

Bagaimanapun, sekiranya anda ingin mencari cenderamata khas Liverpool seperti rantai kunci, baju T atau magnet peti sejuk lebih baik anda membeli-belah di kedai sekitar Albert Dock kerana harganya lebih murah.

Selain itu, mungkin ramai yang tidak mengetahui Liverpool adalah kota kelahiran kumpulan termasyhur dunia, The Beatles.

Atas sebab itulah, penulis dan Reed tidak melepaskan peluang memanjangkan kaki ke Mathew Street yang menempatkan Cavern Club iaitu sebuah kelab yang didedikasikan khas untuk The Beatles.

Di sana kami menikmati sepuas-puasnya muzik The Beatles.

ENAM kakitangan Standard Chartered Malaysia yang mewakili syarikat itu sedang memanaskan badan di Anfield.


Bercerita mengenai ikonik, satu lagi kisah yang tidak boleh dipisahkan dengan Liverpool ialah Titanic.

Walaupun Titanic berlepas dari pelabuhan di Southampton ke New York pada April 1912, namun kapal tersebut sebenarnya didaftarkan di Liverpool.

Malah, hampir kebanyakan kru kapal, jurutera sehinggalah pemuzik di atas Titanic berasal dari Liverpool.

Satu lagi tarikan terbaharu Liverpool yang diciptakan pada tahun 1998 dikenali sebagai Superlambanana. Ia merupakan arca seni yang dicipta oleh seorang artis Taro Cheizo menggabungkan buah pisang dengan biri-biri.

Ia simbolik kepada komoditi terpenting Liverpool semasa zaman perdagangan dahulu iaitu pisang dan biri-biri.

Arca Superlambana boleh dilihat di beberapa lokasi di sekitar Liverpool termasuk salah satu arca terbesarnya dengan ketinggian 17 kaki (5.2 meter) di depan Perpustakaan Universiti John Moores Liverpool.

Menambahkan lagi kemanisan saat menjadi tetamu di Liverpool apabila dapat bertemu dengan salah seorang sahabat baik penulis, Zulezwan Ab. Malik yang kini sedang melanjutkan pelajarannya dalam bidang Sains Sukan dan Senaman di Universiti John Moores Liverpool.

Bahkan, kesempatan melawat kediamannya dengan beberapa pelajar dari Malaysia di London Road sangat menyeronokkan.

Ternyata, empat hari bertugas di Liverpool sambil mencuri-curi masa menjelajah isi kota itu sememangnya tidak mencukupi. Liverpool yang sarat dengan bangunan penuh estetika seni bina pasti menggamit penulis untuk menjelajahnya lagi satu hari nanti.

Tenang di Pantai Paka

Posted:

Tenang di Pantai Paka

RASAI keenakan pelbagai hidangan yang ditawarkan di Gelombang Kafe.


TERLETAK kira-kira 100 kilometer ke selatan Kuala Terengganu, Pantai Paka merupakan antara pusat peranginan negeri itu yang sesuai bagi mereka yang ingin mendekatkan diri dengan alam semula jadi.

Pantainya berpasir halus dan membias warna kuning keemasan. Deretan pokok kelapa dan rhu yang tinggi seumpama melambai kejernihan air Laut China Selatan yang berkilauan. Suasana itu menggamit perhatian pengunjung yang mahu menikmati hembusan udara laut yang menyegarkan.

Berlatarbelakangkan kawasan perkampungan nelayan, terdapat pelbagai resort boleh dikunjungi dan menawarkan kemudahan dan penginapan selesa, khususnya bagi mereka yang mahu membebaskan diri daripada kesibukan kota.

Salah satu daripadanya ialah Residence Resort Paka yang menawarkan kemudahan bertaraf empat bintang sesuai bagi aktiviti berbulan madu atau sekadar menghabiskan percutian bersama keluarga.

Sebaik melangkah masuk ke pekarangannya, pengunjung akan disambut oleh petugas-petugas hotel yang ramah dan murah dengan senyuman.

Ruang lobi tampak ringkas, namun ia sudah cukup memberi keselesaan sementara menunggu urusan daftar masuk dan ditunjukkan jalan ke unit penginapan.

Satu keistimewaan hotel ini ialah keindahan landskapnya yang terhias rapi. Dari kawasan luar hotel sehingga di luar pintu bilik, semuanya nampak hijau dengan rias taman yang meredupkan pandangan.

JIKA berkesempatan, jangan lupa manjakan diri di Paka Ledang Spa.


Klasik kontemporari

Mengetengahkan konsep ala Mediterranean, pengunjung boleh memilih penginapan jenis bilik, calet dan banglo yang ditawarkan.

Menggabungkan rekaan klasik kontemporari, setiap bilik dan calet tampil elegan dengan susur atur perabot dan hiasan dalaman yang menterjemah mood percutian santai.

Bagi keselesaan, kesemua bilik dan calet dilengkapi kemudahan seperti televisyen satelit, pendingin hawa, telefon IDD, dan peti sejuk mini.

Kunjungan ke Residence Resort Paka tidak lengkap sekiranya tidak merasai keenakan gastronomi yang ditawarkan di Gelombang Kafe.

Terletak berhampiran lobi utama, pengunjung boleh memilih untuk menjamu selera di ruang berhawa dingin atau ruang terbuka yang tersedia.

Menawarkan pelbagai hidangan tradisional tempatan dan antarabangsa dalam bentuk bufet aatu ala carte, kafe yang dibuka dari pukul 6.30 pagi hingga 11.30 malam itu pastinya tidak mengecewakan.

Sepanjang menginap di situ, pengunjung bebas melakukan pelbagai aktiviti pantai yang terletak hanya beberapa minit dengan berjalan kaki.

Pengunjung juga boleh mencuba pelbagai kemudahan dan aktiviti riadah yang disediakan di resort itu seperti bola sepak pantai, ping pong, bola tampar pantai, kolam renang dan gimnasium.

ELEMEN klasik kontemporari mendasari ruang bilik di resort ini.


Bagi yang mahu merasai pengalaman dimanjakan sambil merehatkan badan, jiwa dan minda boleh berkunjung ke Paka Ledang Spa yang menawarkan suasana rehat di dalam persekitaran yang tenang dan mendamaikan.

Dengan haruman bunga segar dan persekitaran yang menenangkan, terapi urutan Bali yang disediakan me redakan kelesuan badan selepas seharian beraktiviti.

Bagi kaki karaoke, mereka boleh berkunjung ke Paka Karaoke yang menawarkan ratusan lagu tempatan dan antarabangsa. Pelbagai permainan dalaman seperti catur, scrabble dan karom juga disediakan.

Residence Resort Paka juga pilihan ideal untuk penganjuran mesyuarat, seminar dan persidangan. Dalam aura kontemporari, penyediaan kelengkapan audio visual turut melancarkan tujuan tersebut.

Antaranya ialah Bayu I, Bayu II, Ombak, Samudera I, Samudera II yang mampu memuatkan kira-kira 40 hingga 130 tetamu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


287 pelajar menengah sertai program 3P negeri Johor

Posted:

287 pelajar menengah sertai program 3P negeri Johor

PARA pelajar yang menyertai Program Khidmat Masyarakat 3P Negeri Johor 2012 anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Johor bergambar kenangan di Inap Desa Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.


PELANCONGAN. Seramai 287 pelajar dari 22 buah sekolah menengah seluruh Johor menyertai Program Pelancongan Pelajar (3P) Negeri Johor 2012 baru-baru ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Johor dan diadakan di Inap Desa Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi.

Ia dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Panti, Datuk Baderi Dasuki.

Menurut Baderi, antara lain, program selama dua hari itu bertujuan memperkenalkan inap desa atau homestay sebagai salah satu destinasi pelancongan kepada para pelajar.

Selain itu, katanya, ia juga bertujuan merealisasikan kempen kesedaran terhadap isu kebersihan di kawasan pelancongan bersesuaian dengan kempen 1Malaysia Green 1Malaysia Clean melalui aktiviti gotong-royong.

Katanya, sepanjang program berlangsung, para peserta mengikuti pelbagai aktiviti berfaedah seperti lawatan produk pelancongan, demonstrasi kraf tangan, menghadiri kenduri kampung dan persembahan kebudayaan.

Belia Kampung Baru, Kuala Benut dapat gelanggang futsal

Posted:

Belia Kampung Baru, Kuala Benut dapat gelanggang futsal

AHMAD (tengah) bersama penduduk selepas perasmian Gelanggang Futsal Parlimen Pontian d Kuala Benut, Pontian, Johor baru-baru ini.


KEMUDAHAN. Bagi memastikan penduduk kampung termasuk belia di Kampung Baru, Kuala Benut, Pontian, Johor dapat mengamalkan gaya hidup cergas, sebuah Gelanggang Futsal 1Malaysia dibina di kawasan itu baru-baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian merasmikan pembukaan gelanggang tersebut.

Beliau berharap, gelanggang itu dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh penduduk bagi mengisi masa lapang selain mengeratkan hubungan melalui sukan.

120 pelajar Perlis berjaya tamatkan Rally Pengakap

Posted:

120 pelajar Perlis berjaya tamatkan Rally Pengakap

MD. ISA (10 dari kiri, berdiri) bersama pelajar dan mahasiswa pada program Rally Pengakap 2012 di Sungai Batu Pahat, Kangar baru-baru ini.


KEMBARA. Seramai 160 ahli Pengakap Perlis berjaya menamatkan perkhemahan selama tiga hari dua malam yang diadakan sempena program Rally Pengakap di Hutan Lipur Bukit Ayer, Kangar,Perlis baru-baru ini.

Ahli pengakap tersebut terdiri daripada pelajar dari lapan buah sekolah menengah, 10 buah sekolah rendah dan 30 mahasiswa Kumpulan Latihan Kelana Malaysia serta Universiti Malaysia Perlis.

Perkhemahan itu dianjurkan oleh Majlis Pengakap Daerah Perlis Barat dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis bagi membimbing pengakap dengan aktiviti kembara hutan dan menguji ketahanan fizikal serta mental.

Program berkenaan dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan dihadiri Pengarah Pelajaran Negeri, Dun Kasa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


TNC UTHM didakwa rasuah

Posted:

TNC UTHM didakwa rasuah

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

Abdul Aziz yang didakwa meminta dan menerima rasuah dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Se- syen di sini semalam atas dua pertuduhan rasuah pada 2010 dan 2011.

Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad (gambar kecil), 52, didakwa meminta dan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM15,000 daripada seorang kontraktor, Mohammad Anal Talhah, 41, kononnya sebagai dorongan untuk membantu kontraktor itu mendapatkan kerja-kerja dari Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina UTHM.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan RM15,000 tersebut pada Disember 2010 manakala bagi pertuduhan kedua dia didakwa menerima wang tunai berkenaan daripada orang yang sama pada 28 Januari 2011 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya di Bank Muamalat cawangan UTHM Batu Pahat.

Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kasanova terlibat kes rogol, kikis duit wanita ditangkap

Posted:

Kasanova terlibat kes rogol, kikis duit wanita ditangkap

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my


Di sebuah bilik hotel di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur inilah seorang kasanova dari Kelantan ditangkap kelmarin.


KUALA LUMPUR – Seorang kasanova memperalatkan rupa paras dan kata-kata manis dimilikinya bagi memperdaya wanita untuk membolehkannya menampung kehidupan sebagai penganggur selama berbulan-bulan.

Lebih malang mangsa-mangsa yang tergoda dengan penampilan fizikal lelaki berusia 32 tahun itu sanggup melakukan hubungan seks dengan suspek.

Aksi ranjang antara mangsa dan suspek itu pula dirakam menggunakan telefon bimbit lelaki itu.

Suspek kemudian turut menjadikan rakaman itu sebagai alat memeras ugut setiap mangsa bagi mendapat duit dengan cara mudah.

Bagaimanapun, tembelang kasanova dari Ketereh, Kelantan itu terbongkar apabila seorang model berusia 31 tahun membuat laporan polis pada 29 September lalu mendakwa dia dirogol dan ditipu suspek.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pil AS-MQ FDC mampu rawat malaria dalam masa 3 hari

Posted:

Pil AS-MQ FDC mampu rawat malaria dalam masa 3 hari

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my

TIONG LAI menunjukkan pil antimalaria AS-MQ FDC di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Para pesakit malaria kini mempunyai pilihan ubat baharu bagi merawat penyakit tersebut dengan lebih berkesan dan cepat iaitu fixed-dose combination treatment of Artesunate-Mefloquine atau dikenali AS-MQ FDC.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ubat AS-MQ FDC diperkenalkan oleh sebuah institut penyelidikan bebas yang berpangkalan di Switzerland, Drugs for Neglected Diseases Initiatives (DNDi) dan ia mampu merawat penyakit tersebut dalam tempoh tiga hari berbanding tujuh hingga 14 hari sebelum ini.

Katanya, AS-MQ FDC adalah gabungan dua jenis dadah yang digunakan untuk merawat malaria iaitu Artesunate dan Mefloquine yang dahulunya dimakan secara berasingan tetapi kini didatangkan dalam satu pil sahaja.

"Pesakit hanya perlu makan pil itu sebiji sehari dan dimakan selama tiga hari. Hasilnya juga cepat dan memberangsangkan berbanding sebelum ini kerana pesakit mengambil masa yang lama iaitu sehingga 14 hari untuk sembuh.

"AS-MQ FDC dijual pada harga RM9 untuk tiga biji bagi dewasa dan RM4 hingga RM5 untuk kanak-kanak," katanya pada sidang akhbar semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - SukanKosmo Online - SukanKOM tagih kudrat 'orang lama'ZAINAL (kiri) beramah mesra dengan beberapa atlet olahraga negara di Dewan Komanwel, MSN, Bukit Jalil semalam.Kedudukan Azraai masih selamatIMBAS KEMBALI... Mohamad (tengah) dan Azraai (barisan depan, empat dari kanan) meraikan kejayaan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia dalam satu majlis di Seremban tahun lalu.Elak jerat Lions XIIPENYERANG Negeri Sembilan, Jean Effa Owona (kanan) diasak dua pemain ATM, Zaquan Adha (kiri) dan K. Reuben pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam kelmarin.Messi 'arkitek' BarcelonaMESSI (kanan) menjadi watak penting yang membantu Barcelona menewaskan Benfica 2-0 pada aksi kedua Kumpulan G kempen Liga Juara-Juara di Stadium of Light, Lisbon, Portugal awal pagi semalam.Magis pemain mudaSTERLING (kanan) antara pemain muda yang mendapat kepercayaan pengurus Liverpool musim ini.KLHC waspada amukan MaybankBARISAN pemain KLHC diingatkan agar<br> tidak memperkecil kemampuan Maybank ketika beraksi pada saingan separuh akhir Piala TNB hari ini.Sasaran Hamilton tak berubahHAMILTON akan menggantikan tempat Schumacher dalam pasukan Mercedes GP pada perlumbaan F1 musim depan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan http://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpg http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm KEPIMPINAN baharu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) nampaknya menagih khidmat 'orang lama' dalam usaha mengembalikan kegemilangan sukan olahraga tanah air. Oleh HELMI TALKAH<br>helmi.talkah@kosmo.com.my http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1004/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm MESKIPUN gagal mempertahankan Piala Malaysia tahun ini, Negeri Sembilan tetap menaruh kepercayaan kepada ketua jurulatihnya, Mohd. Azaari Khor Abdullah untuk membina semula skuad Hoben Jang Hoben itu bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1004/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm "WASPADA dengan set piece Lions XII." Demikian amaran jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan kepada barisan pemainnya menjelang pertemuan menentang Lions XII pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar malam esok. Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI<br>fazli.yadi@kosmo.com.my http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1004/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm LISBON - Lionel Messi menjadi watak penting di sebalik ke- jayaan Barcelona menewaskan Benfica 2-0 pada aksi kedua Kumpulan G kempen Liga Juara-Juara di Stadium of Light di sini awal pagi semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1004/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm LONDON – Liverpool meletakkan harapan kepada barisan pemain muda untuk menempah slot ke peringkat kalah mati pada kempen Liga Europa musim ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1004/Kosmo//su_05.small.jpg,100,80 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm PENYANDANG juara, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) tetap berwaspada dengan kebangkitan Maybank apabila kedua-dua pasukan itu berentap pada aksi separuh akhir pertama Piala Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil hari ini. Oleh NOR AZIRAN YUNUS<br>aziran.yunus@kosmo.com.my http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1004/Kosmo//su_06.small.jpg,100,80 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm SUZUKA, Jepun - Pemandu McLaren, Lewis Hamilton menegaskan bahawa sasarannya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini tidak berubah meskipun akan berhijrah ke pasukan Mercedes GP musim depan. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1004/Kosmo//su_07.small.jpg,100,80 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm

Kosmo Online - SukanKosmo Online - SukanKOM tagih kudrat 'orang lama'ZAINAL (kiri) beramah mesra dengan beberapa atlet olahraga negara di Dewan Komanwel, MSN, Bukit Jalil semalam.Kedudukan Azraai masih selamatIMBAS KEMBALI... Mohamad (tengah) dan Azraai (barisan depan, empat dari kanan) meraikan kejayaan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia dalam satu majlis di Seremban tahun lalu.Elak jerat Lions XIIPENYERANG Negeri Sembilan, Jean Effa Owona (kanan) diasak dua pemain ATM, Zaquan Adha (kiri) dan K. Reuben pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam kelmarin.Messi 'arkitek' BarcelonaMESSI (kanan) menjadi watak penting yang membantu Barcelona menewaskan Benfica 2-0 pada aksi kedua Kumpulan G kempen Liga Juara-Juara di Stadium of Light, Lisbon, Portugal awal pagi semalam.Magis pemain mudaSTERLING (kanan) antara pemain muda yang mendapat kepercayaan pengurus Liverpool musim ini.KLHC waspada amukan MaybankBARISAN pemain KLHC diingatkan agar<br> tidak memperkecil kemampuan Maybank ketika beraksi pada saingan separuh akhir Piala TNB hari ini.Sasaran Hamilton tak berubahHAMILTON akan menggantikan tempat Schumacher dalam pasukan Mercedes GP pada perlumbaan F1 musim depan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan http://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpg http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm KEPIMPINAN baharu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) nampaknya menagih khidmat 'orang lama' dalam usaha mengembalikan kegemilangan sukan olahraga tanah air. Oleh HELMI TALKAH<br>helmi.talkah@kosmo.com.my http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1004/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm MESKIPUN gagal mempertahankan Piala Malaysia tahun ini, Negeri Sembilan tetap menaruh kepercayaan kepada ketua jurulatihnya, Mohd. Azaari Khor Abdullah untuk membina semula skuad Hoben Jang Hoben itu bagi menghadapi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1004/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm "WASPADA dengan set piece Lions XII." Demikian amaran jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan kepada barisan pemainnya menjelang pertemuan menentang Lions XII pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar malam esok. Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI<br>fazli.yadi@kosmo.com.my http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1004/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm LISBON - Lionel Messi menjadi watak penting di sebalik ke- jayaan Barcelona menewaskan Benfica 2-0 pada aksi kedua Kumpulan G kempen Liga Juara-Juara di Stadium of Light di sini awal pagi semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1004/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm LONDON – Liverpool meletakkan harapan kepada barisan pemain muda untuk menempah slot ke peringkat kalah mati pada kempen Liga Europa musim ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1004/Kosmo//su_05.small.jpg,100,80 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm PENYANDANG juara, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) tetap berwaspada dengan kebangkitan Maybank apabila kedua-dua pasukan itu berentap pada aksi separuh akhir pertama Piala Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil hari ini. Oleh NOR AZIRAN YUNUS<br>aziran.yunus@kosmo.com.my http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1004/Kosmo//su_06.small.jpg,100,80 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm SUZUKA, Jepun - Pemandu McLaren, Lewis Hamilton menegaskan bahawa sasarannya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini tidak berubah meskipun akan berhijrah ke pasukan Mercedes GP musim depan. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1004/Kosmo//su_07.small.jpg,100,80 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1004&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Fesyen dan muay Thai kongsi gelanggang

Posted:

Fesyen dan muay Thai kongsi gelanggang

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my

BARISAN penggerak acara Fashion Fighter, Thailand VS Asia - The Best of Malaysia bergambar kenangan dengan para peserta muay Thai.


KOLABORASI sukan dan fesyen sudah sinonim di peringkat antarabangsa. Gabungan menarik itu bagaimanapun belum menemui pintu peluang untuk direalisasikan di negara ini.

Langkah yang diambil Elite Boxing Malaysia Sdn. Bhd. menandakan permulaan kerjasama unik antara industri sukan dan fesyen tanah air. Menjadikan Persatuan Pereka Bumiputra (BDA) sebagai rakan rasmi acara, persatuan yang diketuai pereka fesyen prolifik, Bon Zainal itu menerima pelawaan tersebut tanpa gentar.

"Ketika kami dihampiri pihak Elite Boxing untuk bekerjasama dalam acara sukan ini, saya tidak berfikir lama untuk bersetuju. Gabungan fesyen dan sukan adalah satu idea bijak dan wajar dilaksanakan di Malaysia.

"Anda bakal melihat pemandangan yang luar biasa pada acara sukan. Hadirin akan datang berpakaian eksklusif dan kemas ibarat pergi ke majlis anugerah," ujar Bon Zainal ketika ditemui pada sidang media acara Fashion Fighter di Butter Factory, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Fashion Fighter, Thailand VS Asia - The Best of Malaysia bakal menyaksikan tujuh perlawanan tinju membabitkan 14 atlet muay Thai dari Thailand, Iran, Malaysia, China, Brazil dan New Zealand.

Acara yang bakal disiarkan di lebih 100 negara dengan kerjasama media rasmi seperti ESPN, Starsports, Eurosports, TGN, Astro dan lain-lain akan dijalankan di Sunway Pyramid Convention Centre pada 9 Oktober ini.

Apa yang menarik, sebelum perlawanan bermula penonton berpeluang melihat barisan selebriti tanah air berjalan di karpet merah menggayakan rekaan busana di bawah kelolaan BDA.

"Kami mengangkat batik sebagai tema dalam mereka pakaian sempena acara ini. Memandangkan batik adalah warisan kebangsaan, kami cuba menampilkan kehebatannya dalam membentuk persalinan eksklusif sekali gus menjadi satu bentuk promosi kepada orang luar.


ACARA Fashion Fighter, Thailand VS Asia - The Best of Malaysia pertama kali diadakan di negara ini.


"Selaku pereka fesyen rasmi bagi acara ini, saya amat berbangga kerana dapat melibatkan diri dalam kerjasama bersejarah ini," luah Amir Luqman yang memberitahu terdapat hadiah bagi pemenang pakaian terbaik lelaki dan perempuan serta rekaan terbaik.

Atlet Malaysia

Perlawanan utama pada hari tersebut bakal menyaksikan juara The Challenger Muay Thai, Madsua Lamai dari negara Gajah Putih berdepan dengan juara dunia Muay Thai Grand Extreme, Mosafa Abdollah yang mewakili Iran.

Kategori The Best of Malaysia mempertaruhkan barisan atlet muay Thai tempatan yang bukan calang-calang. Kapten pasukan Malaysia, Mohd. Ali Yaakob akan menentang juara Isaan Region, Petchumphol KiatBundit.

Faizal Ramli pula akan berdepan seorang lagi jaguh Thailand, yang memakai gelaran Armin Black Dragon Swiss. Seorang lagi peserta tanah air, Amin PDRM akan menentang Yaya Merican.

Wakil tunggal atlet wanita Malaysia, Ella TNT perlu membenamkan ketakutannya apabila berdepan dengan peserta New Zealand, Genah Muayfit.

Pertandingan berprestij itu akan diacarakan oleh pelakon jelita, Diana Danielle yang akan bergandingan bersama Fay Hokulani.

Tiket telah pun mula dijual menerusi laman web www.ebmalaysia.com.my yang menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus. Ia juga boleh didapati dalam laman web http://redtix.airasia.com/Events/

MuayThai/.

Empat jenis tiket yang dijual adalah pada harga RM88, RM158, RM228 dan RM388.

Khasiat cuka untuk tubuh

Posted:

Khasiat cuka untuk tubuh

CUKA buah-buahan NU Lifestyle menjadi alternatif kesihatan terbaharu di pasaran.


CUKA sering dijadikan bahan tambahan dalam masakan seperti garam dan gula. Rasanya yang masam sesuai digunakan untuk membuat acar buah ataupun sebagai bahan melembutkan mi.

Namun, ia sebenarnya telah wujud sejak berkurun lamanya. Masyarakat Greek dan Mesir misalnya, menjadikan cuka sebagai tonik kesihatan.

Walaupun baunya yang kurang menyenangkan, khasiat cuka boleh mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit seperti gangguan pencernaan, pemecahan molekul lemak sekali gus membantu proses pengurangan berat badan.

Menyedari hakikat itu, syarikat pengeluar barangan kesihatan, Nu Lifestyle mencipta inovasi terbaharu dengan memperkenalkan cuka sebagai bahan minuman seharian iaitu Natural Vinegar.

Produk ini diproses daripada beras berkualiti tinggi dan diadun bersama ekstrak buah-buahan serta herba-herba terpilih.

Hadir dengan pelbagai perisa, ia mampu meningkatkan sistem imun dalam tubuh badan, meningkatkan metabolisme, pencegah antioksida dan mengawal paras pH.

PENGASAS Nu Lifetyle, Datuk Peter Tan (kiri) mempamerkan produk makanan kesihatan terbaharu cuka buah-buahan Kong Yen bersama Pengarah Pengeluaran, Teh Eng Chuan.


Natural Vinegar menggunakan bahan-bahan berkualiti ketika proses penapaian selain tidak mengandungi perasa tiruan, warna atau perasa tambahan.

Minuman kesihatan ini turut mendapat pengiktirafan daripada Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Sijil Halal dan pengiktirafan International Organization for Standarzation (ISO).

Bagi membolehkan orang ramai merasai kelazatan minuman ini, Nu Lifestyle telah membuka kedai konsep minuman, Vinegplus. Pengunjung boleh memilih perisa cuka bersama buah-buahan segar yang diadun menjadi smoothie. Pelbagai menu sandwic juga dihidangkan.

Natural Vinegar boleh didapati pada harga antara RM59 sehingga RM330. Gerai Vinegplus boleh dikunjungi di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, KL Festival City, Setapak dan Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. - MOHAMMAD HAFIZ AHMAD

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Culik, bunuh: Polis Johor cari Tan Yee Hong

Posted:

Culik, bunuh: Polis Johor cari Tan Yee Hong

03/10/2012 6:56pm

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang mencari seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun pada 10 Oktober tahun lalu.

Lelaki tersebut ialah Tan Yee Hong, 19, beralamat terakhir di No. 29, Jalan Api-Api 7, Taman Megah Ria, Masai dekat sini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ASP Mazlan Idris di talian 012-7566119 atau hotline polis 07-2212999.

Dalam kes itu, mangsa Soh Tian Ci telah dipukul dan dibawa lari oleh tiga lelaki di Cyber Cafe Fantas di Jalan Mawar 3, Tampoi Indah 2, Tampoi pada 4.30 pagi 10 Oktober tahun lalu.

Mangsa yang cedera kemudiannya ditemui oleh orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri berdekatan Tokong Cina Tian Ann, Jalan Stulang Darat pada 5.18 pagi pada hari yang sama dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah.

Bagaimanapun mangsa meninggal dunia pada kira-kira 3.10 petang pada hari tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan Seksyen 302 kanun yang sama kerana bunuh. - BERNAMA

Gasing Meridian boleh teruskan projek Bukit Gasing

Posted:

Gasing Meridian boleh teruskan projek Bukit Gasing

03/10/2012 6:42pm

KUALA LUMPUR - Pemaju hartanah, Gasing Meridian Sdn Bhd, menyatakan ia boleh terus membangunkan projek hartanahnya di Bukit Gasing bebas daripada campur tangan tetapi tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancangan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandangkan Mahkamah Persekutuan kini memihak kepadanya.

Mahkamah Persekutuan memutuskan semalam enggan memberikan keizinan kepada 108 penduduk di kawasan sekitar yang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk menolak permohonan mereka bagi semakan kehakiman untuk membatalkan perintah pembangunan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur berkaitan dengan projek Sanctuary Ridge syarikat itu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedudukannya telah diwajarkan daripada keputusan oleh Mahkamah Persekutuan dan ia kini jelas bahawa keputusan majoriti Mahkamah Rayuan pada masa itu bahawa undang-undang perancangan yang terpakai bagi Kuala Lumpur ialah Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 dan bukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Sanctuary Ridge telah dirancang sebagai pembangunan pinggir bukit berpagar dan berjaga densiti rendah terdiri daripada 68 lot banglo.

Gasing Meridian membeli lot banglo itu daripada Petaling Garden Bhd. pada 1995. - BERNAMA

Pembinaan taska di jabatan kerajaan dipertingkat

Posted:

Pembinaan taska di jabatan kerajaan dipertingkat

03/10/2012 6:40pm

KUALA LUMPUR - Penubuhan taman asuhan kanak-kanak (taska) di jabatan kerajaan akan ditambah dan infrastruktur di taska sedia ada akan dipertingkat, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa hari ini.

Beliau berkata, perkara itu selaras dengan peruntukan yang disediakan kerajaan menerusi Belanjawan 2013 yang dibentang pada 28 September lepas.

"...sebilangan besar telah ditubuhkan namun penambahan akan dilakukan dari segi tempat dan kapasiti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2011 bagi Agensi dan Badan Berkanun Persekutuan, di sini hari ini. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


38 maut feri karam di Hong Kong

Posted:

38 maut feri karam di Hong Kong

FERI Lamma IV tenggelam semasa operasi menyelamat di perairan Hong Kong semalam.


HONG KONG - Seramai 38 orang terkorban dan lebih 100 yang lain cedera apabila sebuah feri persiaran yang membawa mereka tenggelam selepas berlanggar dengan sebuah feri lain, kata beberapa pegawai semalam.

Lebih 120 penumpang dan kru dikatakan berada di atas feri Lamma IV milik syarikat Hong Kong Electric untuk menyaksikan pertunjukan bunga api di kawasan Victoria Harbour sempena cuti Hari Kebangsaan.

Kejadian berlaku dekat Pulau Lamma di sini pada petang Isnin lalu.

Sejumlah penumpang tercampak ke dalam laut yang berombak sebelum kapal malang berkenaan karam dalam tempoh beberapa minit sahaja.

"Seramai 28 mangsa disahkan maut di tempat kejadian, manakala lapan yang lain disahkan mati semasa tiba di hospital.

"Usaha menyelamat akan diteruskan kerana Jabatan Perkhidmatan Bomba tidak boleh mengesahkan sama ada masih terdapat mangsa di dalam kapal atau sudah hilang," kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Semua mangsa yang mati dan cedera dipercayai penumpang atau kru kapal syarikat Hong Kong Electric. Menurut beberapa pegawai syarikat itu, kapal berkenaan dipenuhi kakitangan dan keluarga mereka.

Sementara itu, sebuah lagi feri yang terlibat dalam pelanggaran tersebut telah berlabuh di salah sebuah jeti di Pulau Lamma semalam.

Terdapat kesan lubang besar di bahagian kiri feri berkenaan.

Feri itu dipercayai belayar dari Hong Kong ke Pulau Lamma apabila pelanggaran berlaku berdekatan destinasinya, sekali gus sempat menurunkan penumpang sebelum ia dipenuhi air.

Pegawai Kanan Jabatan Marin, Chung Siu-man menyatakan masih terlalu awal untuk menentukan kapal mana yang bersalah.

Dalam perkembangan berkaitan, tujuh kru daripada kedua-dua feri tersebut ditangkap kerana mendatangkan bahaya kepada nyawa orang lain di lautan.

Komisioner polis Hong Kong, Tsang Wai-hung memberitahu, lebih banyak tangkapan akan dibuat berhubung tragedi berkenaan.

Beribu-ribu orang berkunjung ke Pulau Lamma sempena cuti umum hari kebangsaan China. - Agensi

20 cedera kereta api tergelincir di California

Posted:

20 cedera kereta api tergelincir di California

PASUKAN penyelamat membantu operasi menyelamat apabila sebuah kereta api tergelincir selepas melanggar sebuah treler.


HANFORD, California - Dua buah kereta dan sebuah kereta api Amtrak yang membawa kira-kira 169 penumpang tergelincir dari landasan kelmarin selepas bertembung dengan sebuah lori treler di Central Valley, California.

Menurut pihak berkuasa, kira-kira 20 penumpang mengalami kecederaan. Kemalangan itu dikatakan berlaku apabila pemandu lori treler yang membawa pakaian gagal untuk mengelak dan melanggar kereta api berkenaan.

Impak pelanggaran kemudian telah menolak dua buah kereta penumpang dan lokomotif keluar dari laluan masing-masing.

Pegawai Peronda California, Scott Harris berkata, kereta api itu tergelincir sejauh 180 meter selepas pelanggaran itu sebelum berpusing.

Penolong Sherif King Country, Dave Putnam memberitahu kemalangan itu berlaku di lintasan yang lengkap dengan pintu kawalan.

Kebanyakan penumpang dikatakan mengalami kecederaan seperti bengkak, lebam, calar dan mungkin patah tulang.

Menurut Amtrak, kereta api itu sedang dalam perjalanan ke Bakersfield dari Oakland.

Jurucakap Peronda Lebuh Raya California (CHP), Jerry Pierce berkata, pemandu treler itu mengalami cedera ringan. - Agensi

Adele nyanyi lagu tema filem James Bond

Posted:

Adele nyanyi lagu tema filem James Bond

DANIEL CRAIG tampil buat kali ketiga sebagai ejen perisik James Bond dalam filem Skyfall yang bakal ditayangkan pada musim luruh tahun ini.


LONDON - Penyanyi bersuara lunak, Adele Laurie Blue Adkins atau lebih dikenali sebagai Adele mengesahkan dia telah bekerjasama dalam menulis dan merakam lagu tema untuk filem terbaharu James Bond, Skyfall.

Menurut laman web rasmi James Bond kelmarin, pelantun suara lagu popular Set Fire To The Rain itu pada asalnya kurang yakin dengan projek kerjasama berkenaan.

"Apabila seseorang penyanyi dipilih untuk menyanyikan lagu tema filem James Bond, terlalu banyak perhatian serta tekanan yang bakal dia hadapi. Namun, saya jatuh cinta dengan skrip filem ini.

"Saya juga seronok menulis lagu tema filem ini. Ia satu pengalaman baharu buat saya," katanya.

Lagu tersebut ditulis oleh Adele bersama seorang komposer Britain, Paul Hepworth. Hepworth sebelum ini mencipta lagu Rolling In The Deep untuk album keduanya, 21.

Lagu tema filem Skyfall itu telah dirakam di Studio Abbey Road di sini.

Spekulasi berhubung pemenang anugerah Grammy itu merakam lagu tema tersebut bertiup kencang sejak beberapa bulan lalu. Namun, pengumuman rasmi mengenainya hanya dibuat oleh penerbit filem tersebut kelmarin.

Lagu itu bakal dilancarkan Jumaat ini serentak dengan ulang tahun ke-50 filem pertama Bond, Dr. No manakala versi penuhnya boleh didengar di laman web rasmi Adele.

Tempahan awal bagi lagu tema itu bermula sejak Isnin lalu di kedai muzik atas talian iTunes.

Skyfall yang merupakan filem Bond ketiga lakonan Daniel Craig, bakal ditayangkan di Britain pada 26 Oktober ini sebelum menemui peminat di Amerika Syarikat pada 9 November depan.

Antara barisan pelakon filem ejen perisik Britain itu termasuk Javier Bardem, Albert Finney, Ralph Fiennes dan Naomie Harris. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved