Rabu, 3 Oktober 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Culik, bunuh: Polis Johor cari Tan Yee Hong

Posted:

Culik, bunuh: Polis Johor cari Tan Yee Hong

03/10/2012 6:56pm

JOHOR BAHRU - Polis Johor sedang mencari seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun pada 10 Oktober tahun lalu.

Lelaki tersebut ialah Tan Yee Hong, 19, beralamat terakhir di No. 29, Jalan Api-Api 7, Taman Megah Ria, Masai dekat sini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ASP Mazlan Idris di talian 012-7566119 atau hotline polis 07-2212999.

Dalam kes itu, mangsa Soh Tian Ci telah dipukul dan dibawa lari oleh tiga lelaki di Cyber Cafe Fantas di Jalan Mawar 3, Tampoi Indah 2, Tampoi pada 4.30 pagi 10 Oktober tahun lalu.

Mangsa yang cedera kemudiannya ditemui oleh orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri berdekatan Tokong Cina Tian Ann, Jalan Stulang Darat pada 5.18 pagi pada hari yang sama dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah.

Bagaimanapun mangsa meninggal dunia pada kira-kira 3.10 petang pada hari tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dan Seksyen 302 kanun yang sama kerana bunuh. - BERNAMA

Gasing Meridian boleh teruskan projek Bukit Gasing

Posted:

Gasing Meridian boleh teruskan projek Bukit Gasing

03/10/2012 6:42pm

KUALA LUMPUR - Pemaju hartanah, Gasing Meridian Sdn Bhd, menyatakan ia boleh terus membangunkan projek hartanahnya di Bukit Gasing bebas daripada campur tangan tetapi tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancangan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandangkan Mahkamah Persekutuan kini memihak kepadanya.

Mahkamah Persekutuan memutuskan semalam enggan memberikan keizinan kepada 108 penduduk di kawasan sekitar yang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk menolak permohonan mereka bagi semakan kehakiman untuk membatalkan perintah pembangunan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur berkaitan dengan projek Sanctuary Ridge syarikat itu.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedudukannya telah diwajarkan daripada keputusan oleh Mahkamah Persekutuan dan ia kini jelas bahawa keputusan majoriti Mahkamah Rayuan pada masa itu bahawa undang-undang perancangan yang terpakai bagi Kuala Lumpur ialah Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 dan bukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Sanctuary Ridge telah dirancang sebagai pembangunan pinggir bukit berpagar dan berjaga densiti rendah terdiri daripada 68 lot banglo.

Gasing Meridian membeli lot banglo itu daripada Petaling Garden Bhd. pada 1995. - BERNAMA

Pembinaan taska di jabatan kerajaan dipertingkat

Posted:

Pembinaan taska di jabatan kerajaan dipertingkat

03/10/2012 6:40pm

KUALA LUMPUR - Penubuhan taman asuhan kanak-kanak (taska) di jabatan kerajaan akan ditambah dan infrastruktur di taska sedia ada akan dipertingkat, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa hari ini.

Beliau berkata, perkara itu selaras dengan peruntukan yang disediakan kerajaan menerusi Belanjawan 2013 yang dibentang pada 28 September lepas.

"...sebilangan besar telah ditubuhkan namun penambahan akan dilakukan dari segi tempat dan kapasiti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2011 bagi Agensi dan Badan Berkanun Persekutuan, di sini hari ini. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved