Ahad, 6 Januari 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kenal emosi melalui lukisan

Posted:

Kenal emosi melalui lukisan

Kenal emosi melalui lukisan

BUKAN mudah bagi Andrew Lau, 17, bersosial seperti remaja lain pada usianya. Jika remaja lain sudah mengenal erti berdikari dan bergerak sendiri, Andrew pula masih ditemani ibunya, Jackie Liew, 49, walau ke manapun dia pergi dan walau apapun aktivitinya.

Andrew adalah remaja lelaki istimewa. Hidup sebagai penghidap autisme dan bersikap hiper aktif memberi cabaran kepada Jackie kerana ibunya itu seolah-olah melayan seorang anak kecil.

Ramai kanak-kanak mahupun remaja atau dewasa mengalami masalah seperti Andrew tapi mereka kurang diberi perhatian atau tidak didedahkan dengan peluang.

Hal itu bagaimanapun tidak terjadi pada Andrew. Jackie bukan sahaja memberi sepenuh perhatian kepada anaknya, malah masa, tenaga dan wang telah dikorbankan demi cahaya mata tercintanya itu. Lebih istimewa, Jackie berjaya menyerlahkan bakat Andrew sebagai pelukis.

Kini, hasil seni lukisan Andrew telah dipamerkan dalam dua buah pameran seni dan dia berjaya menjual lebih 20 buah lukisan sewaktu pameran dan lebih banyak dalam acara jualan langsung.

Pertama kali Jackie mengenal pasti kebolehan Andrew adalah ketika anaknya berusia empat tahun. Pada masa itu, dia baru sahaja mengetahui tentang masalah autisme yang dialami Andrew.

Bagi kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, mereka mungkin merasakan bahawa masa depan anak mereka tidak menentu. Begitupun, Jackie dan suaminya mengambil iktibar untuk berkorban apa sahaja demi Andrew, khususnya untuk mencungkil bakatnya.

Ketika di tadika selepas empat bulan, semua kanak-kanak boleh menulis angka, tetapi Andrew tidak dapat menulis walaupun nombor '2'.

"Kami mendapati dia tidak boleh menulis kerana angka tersebut mempunyai lengkungan yang baginya sukar. Detik itu, saya mendapat tahu kekurangan Andrew.

"Saya mengambil iktibar melatihnya menggunakan jam, iaitu saya melukis gambar jam dan menulis semua angka menggunakan titik. Saya kemudiannya melatih Andrew menyambungkan titik-titik itu sehingga membentuk nombor," kata Jackie.


ANDREW khusyuk melukis saat ditemui di kediamannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Usaha Jackie sangat berkesan apabila Andrew berjaya menulis angka '2' dan seterusnya, sehingga angka '12'.

"Malah, ketika di sekolah, apabila guru tadika minta tulis huruf F untuk gambar rajah bunga, Andrew pula sudah pandai mengeja keseluruhan ejaan bunga dalam bahasa Inggeris. Ketika itu saya sedikit lega," kata Jackie yang tidak jemu membimbing Andrew ke tahap kemahiran kanak-kanak normal.

Semasa belajar di sekolah rendah, Jackie memastikan anaknya dibekalkan dengan kertas kajang kosong yang banyak kerana Andrew dilihat kerap melukis ketika waktu senggang antara mata pelajaran.

"Dia juga suka melihat jam cuckoo (merujuk kepada jam dinding klasik dengan rekaan burung kecil yang keluar berkicau mengikut masa tertentu) di pusat-pusat beli-belah.

"Jika kami bersiar di pusat beli-belah Mid Valley, dia akan berlari ke kedai menjual jam untuk melihat burung tersebut setiap jam. Itu menjadi satu tabiat yang pada awalnya sangat merimaskan saya," katanya yang mempunyai beberapa jam dinding yang dirosakkan oleh Andrew sebaik sahaja dibeli.

Begitupun, Jackie mendapati, Andrew mampu memindahkan visual yang diminatinya itu ke atas kertas lukisan. Dia banyak menggunakan pen dakwat dan cat air untuk melukis jam dinding kegemarannya itu selain gambar binatang.

Tidak mahu kemahiran itu menjadi sia-sia, Jackie menghantar Andrew ke kelas seni selepas sesi sekolah sehingga ke hari ini.

"Saya agak terkejut kerana hasil karya pertama Andrew ketika menyertai kelas seni itu ialah Menara Berkembar Petronas. Saya dapati dia juga suka pada seni bina bangunan," ujarnya.


JAM dinding klasik kegemaran Andrew sering menjadi subjek utama dalam lakarannya.


Jackie bagaimanapun tidak menyimpan lukisan pertama anaknya itu kerana ia telah dimiliki doktor gigi Andrew sendiri yang merupakan seorang pengumpul kerja seni anak-anak istimewa seperti Andrew.

Menjaga kata-kata

Ketika diminta melukis untuk memberi aksi kepada jurugambar, Andrew yang lebih fokus terhadap komputer enggan bekerjasama. Setelah dipujuk Jackie, barulah dia bersetuju.

"Saya tidak boleh menggunakan perkataan tertentu kepadanya. Seperti tadi, untuk anda mengambil gambar, saya terpaksa meminta masa sedikit untuk memberi arahan secara lembut kepadanya. Saya mengubah kepada 'Andrew tolong Mama..'," katanya.

Menurut Jackie, menjaga anak yang menghidap autisme seperti Andrew, dia cuba untuk tidak menggunakan kata-kata arahan yang mengejut mahupun berjanji kosong.

"Jika dia mahukan sesuatu atau mahu pergi ke sesuatu tempat, saya tidak boleh kata 'nanti' atau 'esok-esok sajalah'. Andrew mahu saya tetapkan hari dan waktu yang jelas serta tepat," kata Jackie.

Ternyata Jackie ialah seorang ibu yang melengkapkan dirinya dengan maklumat. Dia memahami sepenuhnya gerak-geri, lisan dan emosi Andrew bagi memastikan dia tidak memberontak seperti yang lazimnya menjadi tabiat penghidap autisme.

Bermula dengan menggunakan pen dakwat dan cat air, Andrew kini mula menggunakan cat akrilik seperti yang dipelajari di kelas seninya. Begitupun, dia hanya dapat menyampaikan mesej sesebuah lukisan jika dia benar-benar melibatkan diri sepenuhnya.

"Jika tidak, lakarannya menjadi tidak kemas dan tidak seperti kemampuan sebenarnya. Apabila dia melukis, saya boleh mengagak emosinya," kata Jackie.

Mahu anaknya berdikari dan mempunyai skil kehidupan yang pelbagai, Jackie aktif melibatkan diri dalam pelbagai program dan kelas kemahiran untuk anak istimewa.

Ternyata, bukan sahaja Andrew mengalami perubahan dalam hidupnya, malah Jackie sendiri mengakui sudah memiliki kemahiran, keberanian dan kekuatan yang terbit dalam dirinya sendiri sepanjang menjaga Andrew. Ibu tabah itu kini sudah cekap memandu berbanding dahulu yang sering saja tidak yakin dan takut sesat jalan. Semuanya demi anak yang disayanginya.

"Saya amat bernasib baik kerana saya mempunyai rakan-rakan, jiran dan kenalan yang sangat baik. Mereka sanggup menunjuk ajar dan membantu saya.

"Salah seorang daripada mereka ialah guru tuisyen Andrew yang sedia mengajar komputer kepadanya selepas ramai yang menolak untuk mengajar anak saya," katanya.


BANGUNAN, jam cuck-koo dan haiwan antara subjek pilihan lukisan oleh Andrew.


Cuba memahami

Guru tuisyen yang dimaksudkan Jackie itu ialah Kho Kim Fui, 38. Dia bertanggungjawan mengajar Andrew set skil seperti menaip dan menggunakan komputer, bermain permainan serta menghantar e-mel.

"Apabila saya melihat Jackie hilang arah, saya pula merasakan Andrew bukan sukar diuruskan," kata guru Matematik dari pusat tusyen Sinaran Matahari, Jalan Ipoh itu.

Walaupun tiada asas dalam penjagaan anak istimewa, pendekatan yang dilakukan Kim Fui adalah bersabar dan cuba memahami. Dia membimbing akademik Andrew sejak remaja itu berusia sembilan tahun.

"Pada saya, dia normal, cuma sukar meluahkan emosi dan perlahan sedikit penerimaannya," katanya.

Walau bagaimanapun, kini Andrew dikatakan banyak berubah dan lebih baik dari segi pembelajaran dan respons dalam menerima arahan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Program Info 1Malaysia tingkat pemahaman penduduk

Posted:

Program Info 1Malaysia tingkat pemahaman penduduk

Program Info 1Malaysia tingkat pemahaman penduduk


MARLINA (belakang, lima dari kanan) bergambar dengan sebahagian daripada kanak-kanak yang menyertai aktiviti pada program Info 1Malaysia di Sungai Besi, Kuala Lumpur baru-baru ini.


MERIAH. Lebih 400 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam Fasa Dua di ibu negara menghadiri program Info 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pegawai Perpaduan Daerah Dang Wangi, Marlina Termudi berkata, program yang diadakan di pekarangan PPR Seri Alam, Sungai Besi itu bertujuan meningkatkan kefahaman penduduk tentang dasar pembangunan kerajaan.

Program Info 1Malaysia turut dimeriahkan dengan acara berbalas pantun, permainan untuk kanak-kanak dan khidmat gunting rambut percuma kepada pelajar sekolah.

Polis P. Pinang hargai peranan media

Posted:

Polis P. Pinang hargai peranan media

Polis P. Pinang hargai peranan media


ABDUL RAHIM (tengah) bergambar bersama wakil-wakil media pada Malam Anugerah Kecemerlangan di George Town baru-baru ini.


HARGAI. Polis Kontinjen Pulau Pinang menganjurkan Malam Anugerah Kecemerlangan bagi menghargai peranan media massa yang banyak membantu polis dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat di George Town baru-baru ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hubungan baik antara polis dan media telah berjaya menyumbang terhadap keberkesanan program pencegahan jenayah.

Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada wakil-wakil media sebagai tanda penghargaan.

Pada majlis sama, seramai 80 pegawai polis, wakil jabatan dan agensi kerajaan, pasukan sukarelawan polis serta pertubuhan bukan kerajaan menerima sijil penghargaan daripada Abdul Rahim.

Puteri UMNO Sabah beri khidmat gunting rambut percuma

Posted:

Puteri UMNO Sabah beri khidmat gunting rambut percuma

Puteri UMNO Sabah beri khidmat gunting rambut percuma


ZAKIAH (tiga dari kanan) menggunting rambut seorang kanak-kanak pada program Barber On Wheels di Semporna, Sabah baru-baru ini.


PERCUMA. Kira-kira 100 kanak-kanak di pusat daerah mengundi zon Simunul, Semporna menerima khidmat menggunting rambut secara percuma pada program Barber On Wheels baru-baru ini.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Semporna yang juga Naib Ketua Puteri UMNO Sabah, Zakiah Kalipunya berkata, program tersebut merupakan khidmat masyarakat sayap parti itu sempena bermulanya musim persekolahan.

"Biasanya kami akan mengadakan aktiviti penyerahan beg sekolah kepada pelajar tetapi pada kali ini sedikit perubahan dibuat dengan memberikan perkhidmatan memotong rambut percuma kepada pelajar dan peralatan sekolah yang berumur enam hingga 12 tahun," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Aneka makanan 1Malaysia

Posted:

Aneka makanan 1Malaysia

Aneka makanan 1Malaysia

Oleh NIZHA PERIASWAMY dan MAHFUZ MOHAMAD

SEKALI lagi, bangunan bersejarah Pasar Seni di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur menjadi hos kepada sebuah acara budaya, sinonim dengan kewujudan dan operasi bangunan itu sendiri.

Mengetengahkan aspek sejarah dan budaya dalam identiti sesuatu makanan, Pesta Makanan Penjaja yang diadakan buat julung-julung kalinya pada tahun ini tentu sekali disambut baik.

Berlokasi di Dataran Pasar Seni, iaitu kawasan lapang di hadapan pintu masuk utama bangunan tersebut, pesta yang diadakan sempena kempen Fabulous Food 1Malaysia 2012 itu telah berlangsung selama tiga hari bermula 14 Disember hingga 16 Disember lalu. Ia berjaya menarik tumpuan sasaran pengunjung yang kebanyakannya terdiri daripada pelancong luar negara.

Sekiranya pada hari-hari biasa, Pasar Seni menerima sekitar 10,000 pengunjung, untuk acara ini pusat kesenian itu berjaya menambah 2,000 lagi tetamu.


KEHADIRAN Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kanan) turut memeriahkan perjalanan pesta.


"Saya teruja melihat kepelbagaian makanan yang ditawarkan di sini. Walaupun tujuan mereka mengunjungi Pasar Seni untuk membeli-belah, saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati juadah di pesta makanan ini," kata Irin Van Santen, 30, dari Belanda yang memilih murtabak ayam sebagai pengalas perut.

Dia yang suka memilih hidangan berasaskan roti turut menggemari masakan India khususnya roti canai, nan dan roti-roti lain bersama kari berempah.

Dalam pada itu, pesta anjuran Dewan Perhimpunan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Pasar Seni dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia itu adalah sebahagian daripada program Fabulous Food 1Malaysia 2012 yang turut diadakan di beberapa lokasi lain di sekitar Kuala Lumpur.

Antara makanan yang menghiasi pesta makanan dan berulang kali diuar-uarkan oleh pengacara program tersebut ialah yong tau foo, mi rebus dan rojak. Namun, ia hanyalah sebagai rujukan menu mengikut kaum.

Apabila dilawati, Dataran Pasar Seni yang mendirikan 30 gerai penjaja turut menawarkan variasi makanan lain antaranya mihun sup, pulut mangga dan durian, nasi campur, nasi beriani, popia, rojak buah, kerepek, kek serta buah-buahan.

Peluang menarik

Pengurus Kompleks Pasar Seni, Cheong Wai Mun berkata, pada majlis pelancaran berkata, pesta itu merupakan peluang yang cukup hebat bagi para pengunjung berkumpul dan mencuba aneka sajian budaya Malaysia di bawah satu bumbung.

Walaupun mengumpulkan makanan penjaja, ia adalah lambang sejati budaya Malaysia dan tetap menarik orang ramai untuk menikmati keenakan makanan tersebut.

Seorang penggerai yang datang dari jauh iaitu dari Teluk Pulai, Klang, Chong Yoke Foong, 42, berkata, dia teruja dengan orang ramai yang tidak putus-putus membeli minuman di gerainya.


NASIRAH menunjukkan hidangan pulut mangga dan pulut durian yang menjadi tumpuan orang ramai di gerainya.


"Saya seorang penjaja di pasar malam sekitar Klang dan Kuala Lumpur. Saya melihat penganjuran ini suatu usaha yang baik," katanya yang menjual 500 hingga 600 cawan minuman jus markisa dan longan sehari.

Di gerai minumannya, Yoke Foong turut menjual buah markisa gred A yang ditanam sendiri di kawasan tempat tinggalnya di Klang pada harga RM10 sekilogram.

Jualan seorang lagi penjaja, Nasirah Yusoff, 38, dari Kampung Baru memperkenalkan pulut durian dan pulut mangga turut mendapat sambutan menggalakkan.

Nasirah yang juga merupakan seorang peniaga baju di Pasar Seni tidak mahu melepaskan peluang apabila diberitahu mengenai acara tersebut.

"Saya sekadar mahu mencuba dan dapati permintaan untuk makanan di sini agak bagus," katanya yang menjual kira-kira 30 kilogram pulut sehari termasuk pulut mangga, pulut ayam dan kuih akok.

Selain rasanya yang enak, dia memilih untuk mengetengahkan sajian berasaskan pulut itu kerana hidangan tersebut tidak banyak dijual di Lembah Klang dan Kuala Lumpur.

'Saya juga ingin menarik tumpuan orang ramai khususnya pelancong asing untuk merasainya," ujarnya yang turut dibantu oleh suami dan anaknya di gerai tersebut.

Cuba menu durian

Seorang pengunjung yang berasal dari Perancis, Alexandre Beny, 21, mencuba makanan yang menggabungkan pulut, santan dan Raja Buah itu buat kali pertama.

"Bagi saya, hidangan tersebut unik kerana rasa durian yang pelik dan berlemak. Namun, ia serasi diganding dengan rasa santan dan pulut.

"Saya amat teruja untuk mencubanya kerana tidak pernah mengetahui tentang makanan seperti itu. Ia tidak boleh ditemui di negara saya dan saya pasti bercerita dan mengesyorkannya kepada rakan-rakan saya di tanah air," ujarnya yang sudah berada di Malaysia selama dua minggu.

Selain daripada aktiviti jualan makanan, terdapat bermacam-macam aktiviti menarik disediakan untuk hiburan para pengunjung seperti persembahan kebudayaan, pertandingan membuat karipap, pertandingan makan popia dan menebar roti canai.

Kebanyakan pengunjung yang ditemui juga berpuas hati dengan penganjuran festival berkenaan dan mencadangkan supaya ia diadakan dengan lebih kerap.


ANEKA pilihan makanan terdapat di Pesta Makanan Penjaja 2012 bertempat di Pasar Seni baru-baru ini.


Pihak Pasar Seni turut menawarkan kupon pembelian percuma pada hari pertama dan terakhir yang boleh ditebus dengan hanya menunjukkan dua keping keratan kepala akhbar tempatan.

Di samping itu, pihak Pasar Seni juga telah mengeluarkan lebih RM7,000 nilai kupon pembelian percuma buat pengunjung menikmati pelbagai makanan.

"Saya amat menyukai makanan Malaysia terutama sekali masakan ikan. Lazimnya, saya bermula dengan minuman teh dahulu," demikian kata seorang pelancong dari Oman, Fatima Al-Khkaduri, 24.

Amal Hayati Ali, 42, pula berkata festival seperti itu patut diadakan setiap hujung minggu dengan tema makanan yang berbeza-beza.

"Karnival seumpama ini sangat bagus sebab kita boleh merasa pelbagai makanan dari pelbagai bangsa yang tidak pernah kita makan sebelum ini.

"Saya cadangkan program seperti ini patut diadakan setiap hujung minggu dengan menampilkan makanan berbeza-beza supaya pengunjung dapat merasai kelainan makanan Malaysia," katanya.

Sedekad festival Urbanscapes

Posted:

Sedekad festival Urbanscapes

Sedekad festival Urbanscapes

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


IDEA kreatif pihak penganjur yang mengadakan persembahan kumpulan muzik indie di atas bumbung bas ternyata mengundang perhatian.


SEPERTI tahun-tahun lalu, festival Urbanscapes 2012 merupakan antara festival yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh golongan remaja.

Tidak hanya tertumpu kepada penganjuran konsert semata-mata, Urbanscapes dilihat sebagai salah satu festival terbesar Malaysia dengan menggabungkan pelbagai seni kreatif seperti muzik, fesyen dan rekaan visual.

Festival tersebut dianjurkan di Padang Astaka, Petaling Jaya pada penghujung tahun lalu dan ia merupakan ulang tahun yang ke-10 festival itu.

Walaupun keadaan padang yang lecak akibat hujan, ia langsung tidak menjejaskan perjalanan festival itu.

Menurut pengasas Urbanscapes, Adrian Yap, 37, festival pada tahun lalu dianjurkan pada skala yang besar dan tempoh penganjurannya juga dilanjut selama dua hari.

"Pada tahun sebelum ini, festival ini dianjurkan hanya sehari. Daripada maklum balas pengunjung tahun lalu, pihak kami telah melanjutkan tempoh penganjuran festival.

"Festival ini juga menemukan komuniti yang terlibat dalam aktiviti seni kreatif bebas (indie) dalam negara untuk bertemu dan bertukar idea sesama mereka," ujarnya ketika ditemui pada festival itu baru-baru ini.

Antara yang menjadi tumpuan pengunjung ialah persembahan kumpulan post-rock dari Iceland, Sigur Ros pada hari kedua festival itu.

Selain itu, artis terkemuka tempatan seperti Yuna, Love Me Butch, Monoloque, Salam Musik dan ratu jazz negara, Sheila Majid yang mengadakan persembahan di lima pentas berbeza iaitu The Decks, The Lab, Green Stage, The Next Stage dan pentas utama, Volkswagen Stage.

Seorang pengunjung dari Australia, Owen Morton, 25, memberitahu, kunjungannya ke Urbanscapes ialah untuk mengetahui serba sedikit mengenai industri muzik Malaysia.

"Saya sangat gembira kerana berpeluang menghadiri salah satu festival tahunan yang terbesar di Malaysia ini. Situasi yang saya dapat lihat di festival ini sama seperti festival besar di Australia iaitu Big Day Out, Falls Festival dan Groovin The Moo dan ia amat berprestij," ujarnya.

Penganjuran Urbanscapes 2012 dilihat lebih tersusun jika dibanding dengan tahun sebelumnya terutama daripada sudut penglibatan artis yang membuat persembahan dan juga gerai yang menjual barangan seni kreatif.

Ia juga merupakan salah satu kejayaan kerana berjaya menarik seramai 20,000 pengunjung sepanjang festival tersebut.

Mohd. Zailam Zakaria, 37, memberitahu, tujuannya hadir ke Urbanscapes ialah untuk melihat persembahan artis tempatan yang sedang menempa nama di arena antarabangsa, Yuna.


KOMUNITI 1 Drum memberi peluang kepada pengunjung untuk mengeksperimentasi bunyian menerusi alatan perkusi.


"Saya juga berminat dengan fesyen jalanan (streetwear). Gerai-gerai di sini juga menyediakan pelbagai jenis fesyen jalanan yang menepati selera remaja masa kini," ujarnya yang datang dari Johor Bahru untuk ke festival tersebut.

Pemilik-pemilik gerai yang terlibat dalam Urbanscapes bukan hanya menjual barangan keluaran mereka, malah mereka lebih teruja dapat bertemu pengunjung-pengunjung. Kesempatan itu digunakan untuk menawarkan pelbagai promosi harga dan buah tangan kepada mereka.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Khalisah Burhanuddin, 19, kunjungannya ke Urbanscapes 2012 untuk menyokong rakannya yang membuka salah sebuah gerai menjual pakaian dan aksesori fesyen di situ.

"Ini merupakan kali ketiga pengalaman saya ke Urbanscapes selepas tahun 2010 dan 2011. Berdasarkan pemerhatian saya, festival pada tahun 2012 lebih meriah dan pelbagai aktiviti seni yang melibatkan remaja diketengahkan," ujarnya.

Not muzik iringi langkah di tangga

Posted:

Not muzik iringi langkah di tangga

Not muzik iringi langkah di tangga

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


THE Grand Musical Staircase merupakan tarikan baharu di Berjaya Times Square.


MENJEJAKKAN kaki ke pusat beli-belah Berjaya Times Square yang terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur pelbagai perkara sentiasa bermain di fikiran pengunjung.

Pilihan fesyen terkini, gajet, restoran dan permainan di Taman Tema Cosmo's World merupakan antara beberapa sebab pengunjung mahupun pelancong hadir ke pusat beli-belah ikonik ibu negara itu.

Sempena menyambut tahun 2013, Berjaya Times Square memperkenalkan daya tarikan baharu kepada pengunjung iaitu The Grand Musical Staircase.

The Grand Musical Staircase itu dibina dengan kos sebanyak RM1.5 juta dan ia mengambil masa selama 13 minggu untuk siap sepenuhnya.

Ia merupakan binaan istimewa dengan anak-anak tangga itu diwarnakan mengikut rupa kekunci piano. Tangga itu menghubungkan aras bawah (Ground) dengan aras bawah tanah (Lower Ground).

Lebih menarik, tangga yang mempunyai 30 anak tangga itu akan mengeluarkan bunyi kod piano yang mengiringi setiap langkah pengunjung.

Pengurus Kanan Pemasaran dan Promosi Berjaya Times Square, Tan Boon Leong memberitahu, objektif utama tangga tersebut dibina ialah untuk mengelakkan kesesakan pengunjung yang menggunakan eskalator di pusat beli-belah yang menyambut kunjungan 2.5 juta pengunjung pada setiap bulan itu.

"Berjaya Times Square merupakan pusat beli-belah pertama di Malaysia yang mempunyai tangga muzikal ini. Setiap anak tangga dilengkapi dengan sensor yang akan mengesan setiap langkah pengunjung yang menggunakan tangga tersebut.

"Alunan piano serta lampu fiber optik dan zen mampu menarik perhatian pengunjung untuk melalui The Grand Musical Staircase. Ia juga memberi keterujaan dan keseronokan kepada pengunjung yang menggunakan tangga itu," ujarnya.

Selain itu, bunyi seruling, perkusi dan hap juga akan menggantikan bunyi piano itu mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Berjaya Times Square.

Menurut seorang pengunjung, Lim Hui Mei, 16, dia amat kagum dengan teknologi yang digunakan dalam penghasilan tangga muzikal itu.

"Saya juga amat terpesona dengan panel cecair yang berwarna ungu yang terletak berdekatan dengan tangga tersebut. Apabila panel itu dipijak, cecair didalamnya akan bergerak dan akan mengikut bentuk kaki saya," cerita pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya itu.

Apabila berada di sekitar The Grand Musical Staircase, pengunjung juga dapat merasakan ilusi seperti berjalan di atas bintang dengan cahaya yang menerangi persekitarannya.

Seorang lagi pengunjung, Mohd. Amirul Idham Zakaria, 19, memberitahu, dia pada mulanya terkejut apabila ada sesuatu bunyi yang mengiringi setiap langkahnya.

"Tangga ini sangat unik kerana mempunyai bunyi piano dan sinaran lampu. Ini merupakan kali pertama saya menggunakan kemudahan seperti ini," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


SPRM siasat isu pajakan tanah

Posted:

SPRM siasat isu pajakan tanah

SPRM siasat isu pajakan tanah

Oleh ADHAM SHADAN dan ASMA HANIM MAHMOOD
berita@kosmo.com.my

SEBUAH rumah yang dibina oleh peneroka berlatarbelakangkan kawasan bukit yang telah digondolkan di Relai, Gua Musang semalam.


KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung isu pajakan tanah lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada sebuah syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan dua pemimpin DAP Perak.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menerima fail-fail berkaitan urusan pajakan tanah tersebut daripada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas.

"Pihak SPRM telah menerima dokumen berkaitan (pajakan tanah) dan siasatan masih diteruskan," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan kerajaan negeri telah menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tanah tersebut kepada SPRM kelmarin.

Pegawai kerajaan negeri telah menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tersebut untuk siasatan selepas terdapat dakwaan tanah itu dipajak kepada sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan dua pemimpin DAP Perak.

Menurut Nik Aziz, kerajaan Pas Kelantan juga bersetuju dengan cadangan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menjalankan siasatan secara terperinci mengenai pajakan tanah kepada syarikat yang didakwa dimiliki oleh pemimpin DAP iaitu Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Nga Kor Ming itu.

Beliau yang menafikan wujud unsur rasuah dalam urusan pajakan tanah tersebut dan menegaskan ia dilakukan mengikut peraturan berkata, pihaknya tetap terbuka kepada apa juga jenis siasatan kerana mengamalkan dasar ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.

"Saya beri peluang kepada orang buat apa sahaja, Suruhanjaya Siasatan Diraja atau apa sekalipun, saya selalu sebut saya buka pejabat 25 jam sehari, bukan 24 jam tetapi 25 jam.

"Dengan cara ini, saya sendiri selalu beringat, pegawai sendiri selalu beringat, kerana apa? Kerana Menteri Besar sebut 25 jam buka pejabat untuk disiasat," katanya selepas menyampaikan amanat tahun baru pada Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Kompleks Kota Darul Naim di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rugi RM33,600 dakwa ditipu dua ejen bekal pekerja asing

Posted:

Rugi RM33,600 dakwa ditipu dua ejen bekal pekerja asing

Rugi RM33,600 dakwa ditipu dua ejen bekal pekerja asing


NOORAZIAH (kanan) menunjukkan laporan polis berhubung dua kes dia ditipu sambil ditemani You Fong di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Malang bagi seorang pengarah urusan agensi pekerja asing apabila mendakwa ditipu dua ejen yang kononnya membekalkan pekerja sehingga kerugian RM33,600.

Nooraziah Muhadi, 49, mendakwa, kejadian pertama berlaku pada 15 Disember tahun lalu.

Dia yang mengendalikan Agensi Pekerjaan Fajar Indah Sdn. Bhd. mendakwa berurusan dengan lelaki bagi mendapatkan khidmat lima pekerja Kemboja.

"Saya melakukan dua transaksi berjumlah RM30,000 kepada lelaki itu dan dia berjanji akan membekalkan pekerja dalam tempoh dua bulan," katanya pada sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina di sini semalam.

Bagaimanapun, ujar ibu kepada empat anak itu, selepas tiga bulan, lelaki tersebut mula berdolak-dalik apabila gagal membekalkan pekerja seperti yang dijanjikan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kanang disemadi dengan penghormatan negara

Posted:

Kanang disemadi dengan penghormatan negara

Kanang disemadi dengan penghormatan negara

Oleh MULLER ASEN
berita@kosmo.com.my


ORANG ramai mengambil kesempatan melihat secara dekat kubur Kanang selepas disemadikan di Makam Pahlawan, Kuching semalam.


KUCHING – Mendiang pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau disemadikan dengan penuh penghormatan negara di Makam Pahlawan di sini pada pukul 4 petang semalam.

Upacara tersebut yang dihadiri kira-kira 3,000 orang bermula pada pukul 1.30 petang di Gereja St. Thomas Cathederal dalam cuaca mendung dan diselubungi suasana sayu.

Terdahulu, keranda mendiang ditempatkan di Dewan Suarah, Jalan Taman Budaya di sini bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Keranda yang membawa mendiang itu diusung ke makam tersebut oleh lapan anggota tentera yang terdiri daripada Pegawai Waran 1 (PWI) mewakili tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia diketuai PWI Michael Awie.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hadir memberi penghormatan terakhir mewakili kerajaan Persekutuan manakala kerajaan negeri diwakili Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


NS sasar rangkul satu piala

Posted:

NS sasar rangkul satu piala

NS sasar rangkul satu piala

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my

MOHAMAD (berdiri, tengah) bergambar bersama para pemain pada Sesi Pengenalan Pasukan Negeri Sembilan untuk saingan Liga Malaysia 2013 dan pelancaran Akademi Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan-PBNS di Klana Resort, Seremban semalam.


NEGERI Sembilan yang mempetaruhkan ramai pemain muda dan baharu meletakkan sasaran untuk merangkul sekurang-kurangnya satu piala pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan yakin skuad Hoben Jang Hoben mampu memberi saingan, sekali gus membawa pulang satu piala.

Katanya, beliau yakin pasukan yang kini dibimbing oleh ketua jurulatih baharu dari Portugal, Divaldo Da Silva mampu memberi saingan kepada mana-mana pasukan.

"Berdasarkan senarai pemain yang kami miliki dan juga sistem permainan di bawah jurulatih baharu, saya yakin kami mampu memberi saingan kepada mana- mana pasukan.

"Pada tahun ini, saya yakin kami mampu membawa pulang satu piala, malah kami juga mampu menyapu bersih semua piala kerana dalam bola sepak tiada yang mustahil," katanya di Seremban semalam.

Beliau berkata demikian selepas Sesi Pengenalan Pasukan Negeri Sembilan untuk saingan Liga M 2013 dan pelancaran Akademi Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan-PBNS.

Dalam majlis tersebut, seramai sembilan pemain baharu termasuk dua pemain import iaitu penyerang dari Argentina, Emanuel Matias De Porras dan pemain pertahanan, William Paul Modibo (Cameroon) diperkenalkan kepada pihak media.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, Negeri Sembilan kali ini rata-rata dibarisi oleh pemain baharu dan muda, namun kemampuan mereka tidak boleh dipandang rendah oleh mana-mana pasukan.

"Kami tidak berbelanja besar untuk membeli pemain bintang seperti pasukan lain kerana kami masih berpegang kepada cara tersendiri iaitu melahirkan pemain muda yang berbakat.

"Negeri Sembilan pada musim ini terdiri daripada adunan pemain muda berbakat dan kita juga mempunyai beberapa pemain berpengalaman untuk membimbang mereka ini," jelasnya.

Mengulas mengenai jurulatih import yang baharu, beliau menjelaskan bahawa Da Silva dipilih kerana dia mempunyai pengalaman luas termasuk membimbing sebuah kelab terkenal di Indonesia.

"Kami telah melihat cara Da Silva melatih pasukan dan saya sangat tertarik dengan sistem kejurulatihan baharu yang diserapkannya.

"Daripada siri perlawanan ujian sebelum ini, saya melihat satu perkembangan positif dalam corak permainan pasukan ini dan dari situ kita yakin Negeri Sembilan mampu menjadi sebuah pasukan yang digeruni," katanya.

Sabah tekad bermula garang

Posted:

Sabah tekad bermula garang

Sabah tekad bermula garang

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


MCCREERY (kiri) menyampaikan amanat kepada para pemain Sabah menjelang aksi Liga Perdana menentang KL SPAPutrajaya di Stadium Likas petang ini.


TIGA mata penuh menjadi buruan Sabah pada aksi pembuka tirai kempen Liga Premier musim ini.

Sabah bakal melayan kunjungan pasukan berstatus kelab, KL SPAPutrajaya di Stadium Likas petang ini.

Di atas kertas, skuad kendalian jurulatih dari Ireland, David McCreery itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan KL SPA Putrajaya berdasarkan kelebihan selaku tuan rumah, selain diperkuatkan barisan pemain berpengalaman.

Bagaimanapun, pengurus pasukan Alijus Sipil enggan terlalu yakin dengan kelebihan yang dimiliki skuad Sabahawks, sebaliknya tetap menghormati kemampuan pasukan lawan dengan reputasi selaku juara Liga FAM musim lalu.

"Ini adalah perlawanan sulung kami dalam Liga Premier musim ini dan saya cukup yakin pasukan akan bermain dengan baik, sekali gus memenangi aksi ini untuk mengutip tiga mata penuh.

"Paling penting, perlawanan esok (hari ini) akan menguji kemampuan sebenar pasukan selepas pihak pengurusan melakukan rombakan besar-besaran pada penghujung musim lalu," katanya kepada Kosmo! semalam.

Mengulas mengenai kemampuan lawan, Alijus percaya KL SPA Putrajaya yang dibimbing Mohd. Shah Norbit pasti mempunyai keyakinan tinggi apabila buat pertama kalinya beraksi di pentas Liga Premier.

"Setiap pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) adalah pasukan terbaik dan seharusnya kami menghormati kemampuan mereka.

"Pemain hanya perlu memberikan aksi terbaik mereka dan menggunakan setiap peluang untuk mencipta kemenangan," ujarnya.

Pada perlawanan hari ini, Sabah bakal diperkuatkan dengan kekebalan bekas penjaga gol kebangsaan, Syamsuri Mustafa selain khidmat dua pemain import, Rhys David Weston dan Koh Traore.

Turut menjadi pertaruhan pastinya penyerang berpengalaman, Zainizam Marjan selain kapten,

Rosdin Wasli, Juffery Omopor dan Sumardi Hajalan.

Kelantan belum panik

Posted:

Kelantan belum panik

Kelantan belum panik

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


KEITA MANDJOU (kanan) diasak pemain ATM pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam kelmarin.


PENGENDALI Kelantan, Bojan Hodak tetap berpuas hati meskipun anak-anak buahnya tewas pada aksi pembukaan Liga Malaysia (Liga M) kelmarin.

Kelantan yang tampil selaku pasukan pilihan, tewas 3-4 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi penentuan sepakan penalti dalam perebutan Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Shah Alam itu.

Memegang status juara trebel musim lalu, pengendali kelahiran Croatia itu mengakui, Kelantan terpaksa akur dengan kekalahan tersebut selepas menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sepanjang 90 minit perlawanan.

Di sebalik kegagalan pasukan gergasi Pantai Timur itu untuk menjulang trofi tersebut buat kali kedua, Bojan kekal positif dan tidak menyalahkan barisan pemainnya selain memuji persembahan cemerlang penjaga gol muda skuad The Red Warriors, Mohd. Syazwan Yusof.

Untuk rekod, Kelantan berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama selepas menewaskan Selangor dua tahun lalu.

Ini kerana Hodak menyifatkan Syazwan memiliki peluang cerah untuk bersaing dengan Khairul Fahmi Che Mat dan Norhadi Ubaidillah sebagai penjaga gawang No. 1 pasukan itu.

"Saya tidak kecewa dengan kekalahan ini dan kami mahu menjadikan ia sebagai hala tuju lebih bermakna buat Kelantan dalam usaha meraih musim cemerlang seperti tahun lalu.

"Seperti musim lalu, kami bermula dengan kekalahan kepada Negeri Sembilan pada aksi yang sama, namun berjaya muncul sebagai juara trebel.

"Saya tidak mahu mencari sebarang alasan atau menyalahkan mana-mana pemain. Ini kerana anak-anak buah saya telah mempamerkan kesungguhan yang tinggi.

"Malah, saya sangat gembira menyaksikan prestasi Syazwan kerana dia memiliki potensi besar. Keyakinannya akan bertambah dalam satu perlawanan demi perlawanan.

"Kini, saya memiliki tiga penjaga gol yang hebat untuk musim baharu Liga M," kata- nya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan tersebut di Stadium Shah Alam.

Mengulas mengenai aksi menentang ATM, Hodak mengakui, ketiadaan tonggak utama sedikit sebanyak menjejaskan perancangannya pada perlawanan itu.

Tanpa berselindung, beliau mengharapkan pemain simpanan The Red Warriors dapat memanfaatkan peluang sebagai usaha untuk beraksi bersama skuad utama Kelantan.

"Ketiadaan pemain utama, antaranya Khairul Fahmi jelas memberi kesan kepada kami.

"Kini, pasukan yang bakal menentang Kelantan akan menjadi lebih bersemangat serta memiliki motivasi tinggi untuk menewaskan kami. Ia jelas memberikan cabaran lebih getir kepada kami berbanding musim lalu.

"Mempertahankan adalah lebih sukar berbanding merebut gelaran. Ketiadaan pemain utama termasuk yang ditimpa kecederaan akan memberikan kesan dalam usaha mempertahankan gelaran trebel pada musim ini," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bot pelancong jeti Kilim

Posted:

Bot pelancong jeti Kilim

Bot pelancong jeti Kilim

JET Kilim yang diuruskan oleh Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad dengan perkhidmatan bot untuk pelancong melawat Gua Kelawar, sangkar ikan dan melihat burung helang.


SUATU ketika dahulu, rata-rata penduduk Kampung Kilim di Langkawi bergantung kepada hasil tangkapan laut sebagai mata pencarian. Pendapatan mereka sebagai nelayan ketika itu cukup untuk menampung keperluan mereka.

Atas kesedaran untuk mengubah nasib dan memastikan mereka mendapat kehidupan yang lebih baik, kumpulan nelayan itu telah mengambil inisiatif untuk meneroka bidang perniagaan ekoran kepesatan industri pelancongan di Langkawi.

Sejak Ogos 2010, seramai 80 nelayan telah menubuhkan Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad dengan perniagaan pertama mereka menguruskan bot-bot pelancong untuk mengelilingi Kilim Geoforest Park Langkawi dan kawasan sekitarnya.

Pengerusi koperasi itu, Ahmad Nizar Hanapiah berkata, usaha mereka ke arah penubuhan koperasi itu sebenarnya bermula sejak tahun 2000. Ia dimulakan dengan Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP) menerusi idea Jabatan Perikanan.

Di bawah KPSP mereka dipertanggungjawabkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) untuk menguruskan jeti dan mengutip sewa. Pada tahun 2008 mereka menubuhkan sebuah syarikat tetapi Lada telah menasihatkan mereka supaya menubuhkan koperasi untuk memudahkan mereka mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan.

Naik taraf hidup

"Pada tahun 2010 koperasi ini ditubuhkan dengan 80 anggota yang terdiri daripada nelayan. Kami mula beroperasi pada 1 Januari 2011. Tujuannya untuk menaik taraf kehidupan penduduk tempatan. Apatah lagi Kilim merupakan sebahagian daripada Langkawi Geopark," katanya ketika ditemui di Jeti Kilim, Langkawi baru-baru ini.

Ahmad Nizar berkata, pada peringkat awal perkhidmatan bot pelancong dilakukan secara kecil-kecilan bermula dengan hanya tiga buah bot tetapi kini sudah ada 80 bot bagi membawa pelancong melihat kawasan paya bakau termasuk melawat Gua Kelawar, sangkar ikan dan melihat burung helang.

"Sambutan yang diterima sangat menggalakkan terutama pada musim cuti sekolah. Kadang-kadang 80 buah bot pun tak cukup. Rekod perjalanan pernah mencecah lebih 300 sehari. Kami tak dapat penuhi semua permintaan," katanya sambil menambah tahun lalu pengunjung ke Kampung Kilim sahaja mencecah sekitar 200,000 orang.

Perkhidmatan bot yang ditawarkan untuk tempoh satu hingga empat jam bayarannya ialah antara RM200 hingga RM500 bagi sebuah bot.

Apa yang menarik ialah perkhidmatan membawa pelancong ini disediakan sendiri oleh anggota koperasi yang bertindak sebagai pentadbir keseluruhan.

"Penubuhan koperasi ini bertujuan membantu anggota menjadi ahli perniagaan," katanya.

Sebelum koperasi diwujudkan pendapatan penduduk Kampung Kilim sebagai nelayan tidak menentu iaitu sekitar RM600 hingga RM800 sebulan.

Dengan adanya perkhidmatan bot pelancong, mereka boleh menambah pendapatan sebagai jurumudi bot yang mencecah sehingga RM1,800 sebulan.

Bagi anggota yang memiliki bot sendiri, mereka boleh mendapat lebih RM2,000, manakala pada musim cuti sehingga RM10,000 sebulan.

Selain bot, koperasi turut memperluaskan aktiviti perniagaan dengan mewujudkan rumah-rumah ikan untuk tempat memancing selain mewujudkan restoran terapung yang menyediakan makanan laut segar dan kedai menjual cenderamata yang kesemuanya dikendalikan oleh anggota koperasi.

"Kini anggota kami yang terdiri daripada nelayan mampu menjadi pengusaha bot pelancongan dan pemilik restoran. Bahkan, ada yang menjadi agensi pelancongan," katanya.

Kewujudan koperasi itu telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di kampung yang mempunyai kira-kira 1,700 penghuni.

"Tidak ada anak kampung ini yang tidak mempunyai pekerjaan. Ramai yang tidak berpelajaran tinggi tetapi dengan menyertai aktiviti bot membawa pelancong membolehkan mereka pandai berbahasa Inggeris. Malah, ada yang pandai berbahasa Arab berikutan pertambahan jumlah pelancong Arab," katanya sambil menambah penduduk kampung yang terlibat dengan pelancongan turut menjalani kursus yang disediakan Kementerian Pelancongan.

Menyedari kepesatan industri pelancongan di pulau peranginan itu, koperasi terbabit mahu terlibat lebih aktif dalam industri pelancongan.

Bina penginapan

"Kami kini dalam proses membeli tanah seluas 0.2 hektar untuk membina tempat penginapan. Dengan cara ini, kami dapat menarik lebih ramai pelancong. Kami juga berharap dapat memiliki sebuah pasar raya sendiri suatu hari nanti," katanya.

Ahmad Nizar berkata koperasi itu masih baru, dan kejayaan yang mereka capai ketika ini banyak dibantu oleh jabatan dan agensi kerajaan seperti Lada, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

"Kami sebenarnya masih baru sebab itu kita perlu berhubung dengan SKM. Kami tiada kepakaran dalam kalangan kami dan belum mampu untuk mengambil pakar jadi kami perlukan bantuan daripada pihak berkaitan," katanya.

Kejayaan koperasi itu sehingga kini disebabkan oleh kerjasama yang sedia terjalin antara penduduk kampung itu yang sama-sama membantu untuk menaik taraf kehidupan penduduk kampung.

"Kami sama-sama bangunkan dan semua anggota beri sokongan. Begitu juga penduduk kampung," katanya.

Sementara itu, seorang anggota koperasi itu memberitahu, idea mewujudkan perkhidmatan bot pelancong bermula apabila seorang nelayan kampung terbabit menggunakan botnya untuk membawa pelancong terutama pelancong asing ke kawasan sekitar Kilim.

"Selepas menghias botnya untuk kelihatan menarik, Alhamdulillah usahanya membuahkan hasil," kata anggota koperasi tersebut. - Bernama

Tuah derma telefon lama

Posted:

Tuah derma telefon lama

Tuah derma telefon lama



BERKAT menyimpan dan menderma telefon lama untuk kempen pemuliharaan alam sekitar, tiga pelanggan syarikat telekomunikasi mudah alih terkenal, DiGi Telecommunications (DiGi) diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah.

Dalam cabutan bertuah pertandingan Deep Green Handset Recycling Campaign, dua pemenang yang berasal dari Kuala Lumpur, Joan Yap Leng dan Keow Wee King serta Fairuzhab Abdul Rahim dari Johor Bahru membawa pulang hadiah utama berupa sebuah peranti Samsung Tablet 8.9 siap terisi dengan DiGi Prepaid SmartPlan bernilai RM25. Sebagai tambahan, kupon isian semula bernilai RM100 juga turut dihadiahkan kepada mereka.

Wee King berkata, dia terkejut dan dalam masa yang sama gembira kerana dipilih sebagai salah seorang pemenang pertandingan tersebut.

"Saya berasa sungguh terharu ketika diberitahu bahawa saya ialah salah seorang penerima hadiah utama bagi pertandingan Deep Green Handset Recycling Campaign anjuran DiGi.

"Ketika saya menyertai pertandingan ini, saya tidak terfikir langsung mengenai hadiah yang ditawarkan kerana saya hanya ingin menjalankan tanggungjawab saya untuk mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar. Terima kasih DiGi atas hadiah yang hebat ini," ujarnya ceria.

Penyertaan bagi pertandingan Deep Green Handset Recycling Campaign yang diadakan dari 1 Ogos hingga 31 Oktober tahun lalu dibuka kepada semua pelanggan DiGi yang menyimpan telefon bimbit lama dan tidak digunakan lagi.

Mereka hanya perlu menyerahkan telefon bimbit itu di mana-mana pusat penjualan DiGi atau Kedai Express DiGi di seluruh negara dan membawa pulang hadiah saguhati sebagai tanda sokongan terhadap kempen tersebut. Nama-nama pemenang utama pula dipilih berdasarkan cabutan bertuah yang dilakukan secara rawak.

Pertandingan itu adalah salah satu inisiatif daripada pihak DiGi bagi mempromosikan kempen yang diberi nama Deep Green. Ia dilancarkan pada tahun 2008 bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perubahan cuaca dan masalah alam sekitar yang sering melanda dunia.

Ketua Komunikasi dan Korporat DiGi, Joachim Rajaram memberitahu, sebagai syarikat telekomunikasi mudah alih di Malaysia, salah satu sebab utama berlakunya masalah perubahan iklim adalah disebabkan aktiviti penggunaan tenaga yang sangat tinggi.

"Kami sedang berusaha untuk mengurangkan jejak karbon yang dikeluarkan oleh syarikat kami dengan memantau dan memperbaiki sistem penggunaan tenaga dalam aktiviti harian.

"Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk melancarkan kempen seperti ini bagi memberi kesedaran kepada para pengguna mengenai pentingnya cara pengurusan sistem penggunaan tenaga yang betul. Pada masa yang sama, kami berusaha menjaga dan memulihara alam sekitar," katanya.

Dalam pada itu, Joachim menambah, pihaknya sentiasa memberikan cara pendekatan yang sesuai bagi memastikan mesej tersebut sampai kepada pengguna.

"Tanggungjawab korporat pihak kami adalah selari dengan aspirasi negara bagi memberikan perkhidmatan telekomunikasi mudah alih berinternet terbaik kepada para pelanggan," katanya lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Teman lelaki buka mulut

Posted:

Teman lelaki buka mulut

Teman lelaki buka mulut

ORANG ramai berhimpun untuk meratapi kematian mangsa rogol berusia 23 tahun di New Delhi, India semalam.


NEW DELHI - Teman lelaki seorang gadis yang maut selepas dirogol secara beramai-ramai dan diserang dengan kejam sehingga mencetuskan ketegangan di India, menceritakan pengalaman ngerinya kepada media.

Temuramah lelaki yang namanya tidak didedahkan itu disiarkan oleh saluran televisyen Zee News.

Menurutnya, kejadian pada 16 Disember lalu itu berlaku apabila mereka menaiki sebuah bas untuk pulang ke rumah mangsa di pinggir New Delhi selepas menonton wayang.

Sebaik sahaja masuk ke dalam bas, dia dan kekasihnya diserang sebelum mangsa dirogol dalam bas oleh enam lelaki yang mabuk. Dia dan mangsa turut dipukul dengan batang besi. Insiden itu berlaku selama dua jam setengah. Mereka kemudian dicampak keluar dari bas terbabit dalam keadaan bogel.

"Serangan itu sangat ganas dan saya tidak sanggup menceritakannya kepada kamu. Binatang pun tidak akan bertindak sedemikian," katanya yang patah kaki.

Lelaki itu mengkritik pihak polis kerana lambat tiba di tempat kejadian. Polis juga mengambil masa selama 30 minit berikutan percanggahan pendapat mengenai balai polis mana yang perlu mengambil tanggungjawab ke atas jenayah itu, sebelum membawa mereka ke hospital.

"Saya ada melawatnya di hospital. Dia memberikan semua maklumat terperinci mengenai penyerangnya dan mahu melihat mereka dibakar hidup-hidup," katanya lagi.

Berikutan siaran temuramah itu, polis India semalam telah membuka kertas siasatan ke atas Zee News.

Kertas siasatan itu didadftarkan pada Jumaat. Polis mendakwa temu ramah itu boleh menyebabkan identiti mangsa diketahui, sekali gus melanggar undang-undang India. - AFP

Penyanyi lama kaut untung lebih banyak

Posted:

Penyanyi lama kaut untung lebih banyak

Penyanyi lama kaut untung lebih banyak


AKSI Madonna ketika membuat persembahan dalam konsertnya di sebuah stadium di Santiago, Chile pada 19 Disember 2012.


LOS ANGELES - Pemuzik rock dan pop legenda mengalahkan penyanyi muda yang lain dalam aspek perolehan pendapatan berdasarkan data yang dikeluarkan oleh majalah Pollstar.

Madonna, 54, mengungguli carta apabila memperoleh pendapatan sebanyak AS$296 (RM901 juta) hasil jualan tiket 88 konsert jelajah dunianya.

Dia mengalahkan penyanyi Bruce Springsteen, E Street Band dan pengasas kumpulan Pink Floyd, Roger Waters yang masing-masing mendapat keuntungan mencecah AS$210 juta (RM639 juta) dan AS$186 juta (RM566 juta).

"Walaupun lagu mereka tidak lagi menguasai carta muzik atau kerap berkumandang di radio, penghibur legenda masih mampu mencatat pendapatan tinggi kerana peminat boleh membayar harga tiket konsert yang mahal," kata editor Pollstar, Gary Bongiovanni.

Rolling Stones misalnya menjual tiket pada harga purata AS$529.51 (RM1,612) sekeping. Justeru, lima konsert jelajah pada November dan Disember 2012 sudah membolehkan Rolling Stones memperoleh pendapatan sebanyak AS$35.5 juta (RM108 juta).

Sebagai perbandingan, bintang remaja Justin Bieber yang mengadakan 35 konsert hanya berada di tempat ke-23 dengan pendapatan sebanyak AS$40.2 (RM122 juta). - Reuters

Tuna dilelong RM5.5 juta

Posted:

Tuna dilelong RM5.5 juta

Tuna dilelong RM5.5 juta


KIYOSHI Kimura bergaya dengan ikan tuna yang dibeli pada harga RM5.5 juta di hadapan restoran sushi miliknya di Tokyo, Jepun semalam.


TOKYO - Seekor tuna sirip biru gergasi mencatat sejarah apabila ia dilelong pada harga AS$1.8 juta (RM5.5 juta) dalam satu majlis lelongan pertama di pasar ikan Tsujiki, dekat sini semalam.

Harga tersebut adalah tiga kali ganda berbanding rekod jualan tahun lalu iaitu AS$640,000 (RM1.9 juta). Ikan seberat 222 kilogram itu ditangkap di perairan Oma, utara Jepun. Pasar ikan Tsujiki sering mengadakan acara lelongan ikan dan menjadi antara lokasi kegemaran pelancong asing.

Ikan itu dibeli oleh Kiyoshi Kimura, presiden dan pemilik syarikat yang mengendalikan rangkaian restoran popular Sushi-Zanmai. Kimura juga memenangi bidaan ikan tuna sirip biru pada tahun lalu.

"Saya mahu memenuhi ekspektasi pelanggan yang ingin menikmati tuna terbaik Jepun pada tahun ini. Dengan tuna ini, saya harap dapat menceriakan rakyat Jepun," kata Kimura yang dipetik daripada akhbar Jiji Press.

Berdasarkan kepada harga itu, sekilogram ikan tuna tersebut berharga sekitar 700,000 yen (AS$7,940 atau RM24,180). Maka, sekeping sushi yang menggunakan ikan itu boleh mencecah harga kira-kira 30,000 yen (AS$340 atau RM1,036).

Namun, Kimura menyatakan dia tidak akan menjual sushi pada harga begitu mahal. Sebaliknya hanya dijual pada harga lebih realistik iaitu 398 yen (AS$4.50 atau RM13.75). - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kanang dikebumi di Perkuburan Pahlawan

Posted:

Kanang dikebumi di Perkuburan Pahlawan

Kanang dikebumi di Perkuburan Pahlawan

06/01/2013 6:53pm



Anggota tentera dari perkhidmatan darat, laut dan udara mengusung keranda mendiang Datuk Temenggong Kanang Langkau sebelum dibawa ke gereja St Thomas Cathedral untuk upacara keagamaan di Dewan Suarah di sini, hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA


KUCHING — Pahlawan negara, mendiang Datuk Temenggong Kanang Langkau, disemadikan di tanah Perkuburan Pahlawan di sini hari ini dengan penuh penghormatan tentera yang dihadiri kira-kira 3,000 orang.

Keranda, yang membawa jasad penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), anugerah keberanian tertinggi Malaysia, itu dibawa ke kawasan pengebumian oleh lapan orang pengusung yang terdiri daripada Pegawai Waran 1 (PWI) mewakili tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia diketuai PWI Michael Awie.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mewakili kerajaan Persekutuan dalam upacara itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu, yang mewakili kerajaan negeri.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.

Ketua paderi gereja St. Thomas Cathedral Kuching, Reverand Michael Buma Galami melakukan upacara terakhir sebelum keranda itu diturunkan.

Kanang, 68, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak di Kuching pada pukul 1.45 pagi Khamis lalu kerana serangan jantung telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 21 tahun mulai 1962.

Bekas Pegawai Waran 1 Batalion kelapan Renjer Diraja ini merupakan satu-satunya anggota tentera Malaysia yang menjadi penerima dua pingat keberanian iaitu SP dan Pingat Gagah Berani (PGB) pada 1981 berikutan pengorbanannya kepada negara memerangi pengganas komunis di mana beliau hampir kehilangan nyawa dalam salah satu pertempuran.

Kanang juga memainkan peranan penting dalam usaha membawa balik sisa rangka 21 penjejak Iban, yang ditanam di beberapa tempat di semenanjung selepas terkorban dalam perang menentang komunis pada 1960an, kembali ke Sarawak di mana mereka dikebumikan semula di tanah perkuburan Pahlawan. — BERNAMA

DBKL tahan 385 warga asing berniaga tanpa lesen

Posted:

DBKL tahan 385 warga asing berniaga tanpa lesen

DBKL tahan 385 warga asing berniaga tanpa lesen

06/01/2013 6:41pm



Anggota Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Imegresen memeriksa dokumen pengenalan diri warga asing yang menjaja di sekitar Pasar Pudu pada Operasi Penjaja Warga Asing, di sini, hari ini. - UTUSAN/WAHIDIIN SALIM


KUALA LUMPUR — Seramai 385 warga asing ditahan dalam Operasi Penjaja Warga Asing oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Pasar, Pudu dan Jalan Silang hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Minhad Ahmad berkata dalam operasi tiga jam bermula 11.30 pagi itu yang ditahan ialah 138 warga Bangladesh, 117 warga Nepal, 105 warga Myanmar, 10 warga Indonesia, 10 warga India dan lima warga Pakistan.

"Kita telah membuat tangkapan secara rambang di kedua-dua lokasi tersebut dan tempat tersebut menjadi tempat tumpuan mereka berkumpul dan juga pusat menjual barangan di gerai-gerai tanpa lesen," katanya dalam sidang media selepas operasi tersebut di Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua warga asing yang telah ditahan itu akan diserahkan kepada pihak Imigresen untuk disaring semula dan tindakan akan diambil kepada mereka yang tidak mempunyai permit pekerjaan yang sah.

"Operasi hari ini sebenarnya kita tumpukan pada premis penjaja tanpa lesen serta pemantauan warga asing," katanya.

Operasi yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara itu melibatkan 120 anggota penguat kuasa. — BERNAMA

Panel tentukan harga telefon bimbit diwujudkan

Posted:

Panel tentukan harga telefon bimbit diwujudkan

Panel tentukan harga telefon bimbit diwujudkan

06/01/2013 6:16pm

KUALA LUMPUR — Sebuah panel khas diwujudkan bagi menentukan nisbah harga telefon mudah alih pintar bagi mengelak penjual mengaut keuntungan secara berlebihan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, panel itu, yang dianggotai syarikat telekomunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan menentukan serta mengambil tindakan sepatutnya terhadap pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan.

"Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga akan memantau bersama panel itu untuk mengawal harga telefon mudah alih pintar itu," katanya ketika diminta mengulas mengenai rebat RM200 yang ditawarkan kepada belia.

Rais ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Pertandingan Badminton Persahabatan D"SURY dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Dewan Badminton, Istana Negara lama di sini.

Jemaah Menteri bersetuju untuk memansuhkan had maksimum RM500 bagi pembelian telefon pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia yang bermula pada 2 Jan.

Sebelum ini, antara syarat bagi membolehkan belia berumur 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kasar di bawah RM3,000 ialah mereka hanya dibenarkan untuk membeli telefon pintar yang berharga di bawah RM500 sahaja (sebelum rebat).

Rais berkata langkah ini bertujuan memberi keadilan kepada semua pihak dan berharap bilangan belia yang mendaftar untuk mendapatkan rebat itu yang bermula sejak 1 Jan lalu akan meningkat menjelang tempoh tamat pendaftaran pada 31 Jan.

Jelas beliau, sekiranya golongan belia ingin menyuarakan pendapat atau pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dan juga menerusi laman web SKMM. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved