Ahad, 6 Januari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kanang dikebumi di Perkuburan Pahlawan

Posted:

Kanang dikebumi di Perkuburan Pahlawan

Kanang dikebumi di Perkuburan Pahlawan

06/01/2013 6:53pm



Anggota tentera dari perkhidmatan darat, laut dan udara mengusung keranda mendiang Datuk Temenggong Kanang Langkau sebelum dibawa ke gereja St Thomas Cathedral untuk upacara keagamaan di Dewan Suarah di sini, hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA


KUCHING — Pahlawan negara, mendiang Datuk Temenggong Kanang Langkau, disemadikan di tanah Perkuburan Pahlawan di sini hari ini dengan penuh penghormatan tentera yang dihadiri kira-kira 3,000 orang.

Keranda, yang membawa jasad penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), anugerah keberanian tertinggi Malaysia, itu dibawa ke kawasan pengebumian oleh lapan orang pengusung yang terdiri daripada Pegawai Waran 1 (PWI) mewakili tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia diketuai PWI Michael Awie.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mewakili kerajaan Persekutuan dalam upacara itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu, yang mewakili kerajaan negeri.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.

Ketua paderi gereja St. Thomas Cathedral Kuching, Reverand Michael Buma Galami melakukan upacara terakhir sebelum keranda itu diturunkan.

Kanang, 68, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak di Kuching pada pukul 1.45 pagi Khamis lalu kerana serangan jantung telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 21 tahun mulai 1962.

Bekas Pegawai Waran 1 Batalion kelapan Renjer Diraja ini merupakan satu-satunya anggota tentera Malaysia yang menjadi penerima dua pingat keberanian iaitu SP dan Pingat Gagah Berani (PGB) pada 1981 berikutan pengorbanannya kepada negara memerangi pengganas komunis di mana beliau hampir kehilangan nyawa dalam salah satu pertempuran.

Kanang juga memainkan peranan penting dalam usaha membawa balik sisa rangka 21 penjejak Iban, yang ditanam di beberapa tempat di semenanjung selepas terkorban dalam perang menentang komunis pada 1960an, kembali ke Sarawak di mana mereka dikebumikan semula di tanah perkuburan Pahlawan. — BERNAMA

DBKL tahan 385 warga asing berniaga tanpa lesen

Posted:

DBKL tahan 385 warga asing berniaga tanpa lesen

DBKL tahan 385 warga asing berniaga tanpa lesen

06/01/2013 6:41pm



Anggota Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Imegresen memeriksa dokumen pengenalan diri warga asing yang menjaja di sekitar Pasar Pudu pada Operasi Penjaja Warga Asing, di sini, hari ini. - UTUSAN/WAHIDIIN SALIM


KUALA LUMPUR — Seramai 385 warga asing ditahan dalam Operasi Penjaja Warga Asing oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Pasar, Pudu dan Jalan Silang hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Minhad Ahmad berkata dalam operasi tiga jam bermula 11.30 pagi itu yang ditahan ialah 138 warga Bangladesh, 117 warga Nepal, 105 warga Myanmar, 10 warga Indonesia, 10 warga India dan lima warga Pakistan.

"Kita telah membuat tangkapan secara rambang di kedua-dua lokasi tersebut dan tempat tersebut menjadi tempat tumpuan mereka berkumpul dan juga pusat menjual barangan di gerai-gerai tanpa lesen," katanya dalam sidang media selepas operasi tersebut di Bilik Gerakan Jabatan Penguatkuasaan DBKL di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua warga asing yang telah ditahan itu akan diserahkan kepada pihak Imigresen untuk disaring semula dan tindakan akan diambil kepada mereka yang tidak mempunyai permit pekerjaan yang sah.

"Operasi hari ini sebenarnya kita tumpukan pada premis penjaja tanpa lesen serta pemantauan warga asing," katanya.

Operasi yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara itu melibatkan 120 anggota penguat kuasa. — BERNAMA

Panel tentukan harga telefon bimbit diwujudkan

Posted:

Panel tentukan harga telefon bimbit diwujudkan

Panel tentukan harga telefon bimbit diwujudkan

06/01/2013 6:16pm

KUALA LUMPUR — Sebuah panel khas diwujudkan bagi menentukan nisbah harga telefon mudah alih pintar bagi mengelak penjual mengaut keuntungan secara berlebihan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, panel itu, yang dianggotai syarikat telekomunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), akan menentukan serta mengambil tindakan sepatutnya terhadap pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan.

"Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan juga akan memantau bersama panel itu untuk mengawal harga telefon mudah alih pintar itu," katanya ketika diminta mengulas mengenai rebat RM200 yang ditawarkan kepada belia.

Rais ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Pertandingan Badminton Persahabatan D"SURY dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Dewan Badminton, Istana Negara lama di sini.

Jemaah Menteri bersetuju untuk memansuhkan had maksimum RM500 bagi pembelian telefon pintar 3G di bawah Pakej Komunikasi Belia yang bermula pada 2 Jan.

Sebelum ini, antara syarat bagi membolehkan belia berumur 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kasar di bawah RM3,000 ialah mereka hanya dibenarkan untuk membeli telefon pintar yang berharga di bawah RM500 sahaja (sebelum rebat).

Rais berkata langkah ini bertujuan memberi keadilan kepada semua pihak dan berharap bilangan belia yang mendaftar untuk mendapatkan rebat itu yang bermula sejak 1 Jan lalu akan meningkat menjelang tempoh tamat pendaftaran pada 31 Jan.

Jelas beliau, sekiranya golongan belia ingin menyuarakan pendapat atau pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dan juga menerusi laman web SKMM. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved