Isnin, 23 Disember 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Penyokong tegar bukan samseng bola sepak

Posted:

Penyokong tegar bukan samseng bola sepak

Penyokong tegar bukan samseng bola sepak

SUASANA di Stadium Shah Alam, Selangor sewaktu perlawanan kelayakan bola sepak Piala Asia antara Harimau Malaya dan Qatar, November lalu kelihatan suram dengan kehadiran penonton tidak sampai 5,000 orang.

Namun, di satu sudut stadium kelibat sekumpulan anak muda berpakaian hitam dan kuning mula memenuhi tempat duduk stadium sambil membawa kain rentang, mafela dan gendang.

Kehadiran mereka berjaya mencuri tumpuan penonton lain termasuk anggota polis yang ditugaskan mengawal keadaan.

Ketika pemain-pemain memasuki padang, salah seorang lelaki bertopeng itu bangun berdiri di atas kerusi penonton sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya.

"Demi Malaysia...oooo...Demi Malaysia!," jerit individu tersebut dan disahut oleh ahli kumpulannya sambil diiringi paluan gendang dan tepukan gemuruh yang memecah kesunyian stadium pada malam itu.

Kata-kata tersebut ternyata berjaya menaikkan semangat penonton lain yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Itulah antara usaha menarik yang dilakukan oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya (UM).

Menurut seorang ahli UM, Iyzat Hamdan, 21, tujuan utama penubuhan kumpulan tersebut adalah untuk menjadi pemain ke-12 pasukan Harimau Malaya dengan memberikan sokongan padu tanpa mengambil kira keputusan di atas padang.

"Kami menubuhkan kumpulan ini pada tahun 2007 selepas kekalahan memalukan pasukan negara pada kejohanan Piala Asia AFC.

"Prestasi pasukan negara yang tidak menentu ketika itu menyebabkan stadium bola sepak berubah menjadi kosong dan sunyi," katanya.


MAFELA merupakan item penting kumpulan Ultras Malaya.


Budaya ultras

Menurut Iyzat, budaya ultras atau penyokong tegar telah lama wujud dalam dunia bola sepak terutamanya di Eropah. Ia bermula di Itali apabila terbentuknya kumpulan penyokong bernama Fedelissimi Granata Torino pada tahun 1951.

Pada tahun 1960-an, budaya itu terus berkembang dengan kemunculan beberapa kumpulan lain.

Tambahnya, nama ultras mula digunakan buat pertama kali pada tahun 1969, apabila penyokong kelab Sampdoria dan Torino di Itali membentuk kumpulan Ultras Tito Cucchiaroni dan Ultras Granata.

Katanya, kumpulan ultras di luar negara lebih bersifat ganas, samseng dan memberontak. Namun bagi UM, mereka menerapkan budaya ketimuran tetapi agresif demi kebaikan sukan itu di negara ini.

"Kami tidak membaling botol, membakar mercun mahupun melakukan kerosakan harta benda kerana kami mematuhi undang-undang. Sokongan kami adalah bermaruah," tegasnya.

Menurut pemuda kelahiran Selangor itu lagi, pada ketika ini hanya terdapat dua pasukan kebangsaan di dunia yang mempunyai penyokong ultras iaitu Ultras Malaya dan Ultra Nippon di Jepun.

Iyzat juga menyatakan bahawa kumpulan UM adalah bersifat sukarela. Tiada yuran keahlian dikenakan. Mereka juga tidak menerima tajaan daripada pihak tertentu.

"Kami hanya memperoleh dana hasil daripada penjualan mafela dan baju. Kutipan akan digunakan bagi membaiki gendang yang rosak dan membuat kain rentang.

"Siapa saja boleh menyertai kami di sudut stadium yang digelar curva ultras dengan syarat mereka sanggup berdiri dan menyanyi sepanjang permainan berlangsung. Selain itu, mereka juga perlu berpakaian gelap dan membawa mafela," ceritanya lagi.

Jelasnya, UM juga boleh berbangga kerana dapat menyatukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dengan satu matlamat iaitu menyokong pasukan Harimau Malaya.

"Kesan yang paling ketara apabila menyertai ultras ini ialah mereka dapat merapatkan hubungan yang terjalin.


BUDAYA ultras atau penyokong tegar juga wujud di luar negara termasuk di Jepun.


"Ultras sebenarnya lebih daripada pasukan sorak, kami sanggup melakukan apa saja untuk datang ke stadium bagi memberi sokongan padu kepada pasukan negara," katanya.

Kehadiran kumpulan ultras ini turut dirasai oleh penyerang prolifik Harimau Malaya iaitu Safee Sali.

Menurutnya yang juga penyerang Johor Darul Takzim (JDT), kewujudan kumpulan UM ini merupakan perkara positif untuk sukan bola sepak kerana mereka sama-sama berdiri di belakang pemain ketika menang mahupun kalah.

"Kehadiran mereka ke stadium sangat dirasai dengan nyanyian lagu-lagu semangat dan paluan gendang sehingga menaikkan moral kami yang sedang bermain di padang," katanya.

Dalam keghairahan memberi sokongan, Safee juga menyeru agar kumpulan UM lebih berdisiplin dan tidak bertindak agresif terhadap apa jua keputusan seperti yang dilakukan kumpulan ultras di Jepun dan Eropah.

"Contohilah kebaikan kumpulan ultras di sana dan jangan sekali-kali membawa budaya yang negatif dari luar ke negara ini. Kita perlu mencari identiti sendiri" katanya.

Safee yang berpengalaman bermain dalam liga di Indonesia berkata, negara yang terkenal dengan jolokan Garuda itu turut mempunyai kumpulan ultras untuk kelab-kelab bola sepak tetapi mereka mempunyai disiplin yang tinggi sungguhpun pasukan yang disokong kalah.

Suasana lebih meriah

Sementara itu, menurut seorang penyokong tegar pasukan negara, Elmi Zulifan, 25, kehadiran kumpulan UM di stadium ketika perlawanan menjadikan suasana lebih meriah dan menarik.

Menurutnya, nyanyian lagu semangat dan paluan gendang daripada kumpulan itu dapat memecah kesunyian stadium dan menaikkan semangat penyokong-penyokong lain yang ada di dalam stadium.

"Lihatlah mereka, walaupun sedikit tetapi nyanyian mereka sangat kuat sehingga saya rasa seperti berada di dalam stadium yang penuh.


ULTRAS MALAYA sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan negara baik ketika menang atau kalah.


"Lagu-lagu semangat yang dinyanyikan juga sangat patriotik dan menarik sehingga penyokong lain turut menyanyi bersama," ceritanya.

Elmi juga bersetuju dengan gelaran UM sebagai pemain ke-12 kepada skuad negara.

Menurutnya, kumpulan UM sentiasa memberi sokongan kepada pasukan negara dan mereka datang ke stadium bukan hanya untuk menonton tetapi sama-sama berjuang.

Keadaan ini tidak seperti penyokong lain yang datang ke stadium hanya untuk menonton perlawanan.

Dia juga amat tertarik dengan formasi yang ditunjukkan oleh kumpulan UM ketika menyanyi seperti bertepuk tangan beramai-ramai dan mengangkat mafela bersama-sama.

"Gaya yang ditunjukkan ini sangat unik sehingga mampu menarik perhatian penonton lain," katanya.

Belakang kedai jadi Laman Seni

Posted:

Belakang kedai jadi Laman Seni

Belakang kedai jadi Laman Seni

Oleh NORHAYATI YAHAYA


ANTARA lukisan mural yang dihasilkan para pelajar UiTM, Shah Alam.


LUKISAN dinding dahulunya dikritik terutamanya oleh mereka yang tidak mengerti mesej yang ingin disampaikan. Ada juga yang melihatnya sebagai mencacatkan pemandangan malah satu perbuatan vandalisme.

Namun, di Amerika Syarikat, lukisan dinding yang dikenali sebagai mural itu merupakan karya seni yang begitu popular dan eksklusif. Ia menampilkan motif pendidikan dan budaya serta dipersembahkan dalam bentuk tiga dimensi.

Di Shah Alam, Selangor pula, sejajar usaha memperkasakan aktiviti seni dan budaya, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mewujudkan projek perintis Laman Seni yang menjadikan lorong belakang bangunan kedai di Seksyen 2, Shah Alam sebagai lokasi bagi golongan kreatif ini menterjemahkan karya masing-masing.

Dirasmikan pada 1 Disember lalu, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan berkata, kewujudan Laman Seni itu adalah untuk menyediakan platform kepada orang ramai khususnya golongan pelajar menyerlahkan bakat dan kreativiti melalui aktiviti persembahan, pameran dan seni lukisan mural.

Malah kata beliau, lokasi yang popular dalam kalangan penduduk tempatan itu juga akan dijadikan sebagai lokasi tumpuan ramai khususnya golongan karyawan dan pelajar untuk mengadakan persembahan secara santai seperti aktiviti deklamasi sajak, puisi dan persembahan pentas.

"Laman Seni ini juga akan membuka ruang kepada pelajar untuk mempamerkan hasil kerja seperti lukisan dan produk untuk tatapan orang ramai.

"Selain itu, Laman Seni ini akan dibuka untuk aktiviti muzik jalanan sekali gus menghidupkan suasana di kawasan ini dengan pelbagai bentuk aktiviti seni," katanya baru-baru ini.

Naik taraf lorong

Mengulas lanjut, Mohd. Atan memberitahu, pihak MBSA turut mengindahkan lagi lorong belakang di kawasan komersial Seksyen 2 dengan kerjasama pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut beliau, melalui inisiatif itu, pelajar bersama pihak MBSA memperindahkan lagi dinding lorong belakang dengan lukisan mural pelbagai corak dan motif.

Tambahnya, MBSA juga bertindak menaik taraf lorong belakang tersebut dengan menurap jalan menggunakan kaedah pebble wash serta menyediakan tempat meletak motosikal berbumbung.

HASIL seni tiga dimensi yang menggunakan peralatan yang biasa didapati di dalam bilik darjah.


"Projek ini berjaya direalisasikan melalui perkongsian pintar MBSA dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad yang telah memberikan sumbangan wang tunai bagi menjayakan projek ini.

"Selain itu, komitmen yang jitu dan mantap daripada pelajar UiTM yang mengecat dan melukis mural dalam pelbagai motif turut menjadi penyumbang hasrat ini dapat direalisasikan," ujarnya.

Sementara itu, seorang pereka grafik di Seksyen 13, Ismail Badrul Hisham yang meluangkan masa melihat hasil karya di situ berkata, usaha MBSA itu merupakan langkah mengiktiraf golongan seni.

Malah bagi Ismail, 27, kewujudan lokasi seperti Seksyen 2 itu bukan sahaja dapat memberikan ruang untuk mereka yang kreatif menghasilkan karya bahkan sekali gus mengindahkan kawasan tersebut.

"Biasanya kami yang meminati seni lukisan ini akan melukis di mana-mana sahaja dan sering dimarah dan ditangkap kerana melakukan vandalisme.

"Namun, dengan adanya ruang dan lokasi khusus ini, ia bukan sahaja dapat memberikan kami kebebasan untuk berkarya malah hasil seni kami kini diiktiraf," katanya.

Memeriahkan

Nurshafiq Mohd. Shukor, 21, yang bekerja di syarikat seni grafik di Padang Jawa, Seksyen 16, pula bercadang untuk memeriahkan lagi karya lukisan di dinding tersebut.

Dia yang mahir melukis pemandangan dan seni jalanan menggunakan teknik lomografi mahu masyarakat lebih mengenali cabang seni lukisan sekali gus menghargainya.

"Laman Seni ini mungkin satu pemangkin untuk menyatukan peminat seni lukisan khususnya di Shah Alam dan tidak keterlaluan andai ia boleh diperluas ke kawasan lain selepas ini," ujarnya.

Seorang lagi pereka grafik, Farid Izzuddin Mohd. Fadzil, 21, yang mahir dengan teknik lukisan doodle iaitu ekspresi hati, mahu langkah MBSA itu dicontohi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di tempat lain.

"Ia bukan sahaja dapat mengindahkan kawasan tersebut malah boleh dijadikan lokasi tumpuan orang ramai.

"Mungkin di sini juga boleh dijadikan sebagai lokasi pertemuan dan perniagaan golongan pencinta karya seni selain memberikan peluang pada peniaga di sini untuk membuka perniagaan di bahagian belakang bangunan masing-masing," katanya.

Perakuan diraja bantu lariskan produk British

Posted:

Perakuan diraja bantu lariskan produk British

Perakuan diraja bantu lariskan produk British


PEMILIK kedai jenama pilihan kerabat diraja ini menganggap pemberian perakuan diraja sebagai satu suntikan kepada perkembangan perniagaan mereka.


APABILA keluarga diraja Britain memperakui produk seperti teh atau ikan salmon, ia bukan sahaja satu pengiktirafan terhadap firma terbabit malah menjadi pemangkin untuk menembusi pasaran global.

Perakuan Windsor itu memberi kelebihan kepada lebih 800 buah syarikat apabila mereka layak menggunakan label diraja, 'Diperakui' pada produk mereka.

"Ia satu tanda aras kualiti yang tinggi dan dianggap sebagai kelulusan antarabangsa," kata Andrew Leigh, pengasas syarikat ikan salmon salai Scotland, John Ross Jr. kepada AFP.

"Kami memakai perakuan diraja selama 24 tahun dan dalam tempoh tersebut, ia telah membuka pintu untuk kami mengembangkan perniagaan ini ke seluruh dunia," katanya.

Hari ini, syarikat itu mengeksport produknya ke 36 buah negara dan perakuan diraja itu membantu meningkatkan pasaran eksportnya kepada 30 hingga 35 peratus, kata Leigh.

Perakuan diraja itu akan terus menjadi faktor utama dalam perkembangan perniagaannya ke China, Jepun dan Asia Tenggara.

Perakuan diraja diberikan kepada orang perseorangan atau syarikat yang kerap membekalkan barangan untuk sekurang-kurangnya selama lima tahun berturut-turut kepada Ratu Elizabeth II, suaminya, Putera Philip atau anaknya, Putera Charles.

Syarikat-syarikat dengan perakuan itu terdiri daripada syarikat multinasional hingga firma kecil. Mereka mempunyai hak untuk memakai jata sokongan diraja pada bungkusan mereka.

Perakuan diraja adalah ciptaan baharu masa kini. Pekedai pada Zaman Pertengahan pernah ditawarkan dengan pengiktirafan rasmi, manakala sewaktu pemerintahan Raja Henry VIII sekitar 1509-1547, Thomas Hewytt dilantik sebagai 'Penghidang Angsa dan Burung Jenjang serta Burung Eksotik Istana'.

Tindakan itu diamalkan secara rasmi pada abad ke-19 berikutan penubuhan Persatuan Pemegang Perakuan Diraja pada tahun 1840.

JATA perakuan yang digunakan oleh pengeluar teh Twinings.


Tisu tandas

Hari ini, terdapat perakuan bagi barangan mewah seperti pembekal wiski tradisional Putera Charles dan jaket pemburu untuk aktiviti lasak golongan kerabat.

Bukan itu sahaja, perakuan turut diberikan kepada pasar raya dan pengilang tisu tandas.

Kebanyakan penerima perakuan ini berpusat di Britain, dengan pengecualian pembuat champagne di Perancis dan syarikat elektronik gergasi Samsung di Korea Selatan.

Perniagaan kecil turut menggunakan peluang berurusan dengan jenama global seperti teh Twinings atau minuman Schweppes.

Bagaimanapun, beberapa jenama memilih untuk menggugurkan jata diraja itu daripada pembungkusan mereka, misalnya jata daripada kotak gula-gula pudina After Eight setelah diambil alih oleh syarikat Nestle pada tahun 2009.

"After Eight ialah jenama global yang dijual di lebih 70 buah negara. Pada Disember 2009, Nestle mahu menyeragamkan pembungkusannya untuk memastikan kesesuaian dan konsistensi di semua negara.

"Ini mengakibatkan perakuan diraja itu digugurkan," kata jurucakap syarikat itu.

Simbol 'Pujian Ratu' itu walau bagaimanapun adalah satu penghormatan bagi kebanyakan syarikat, terutama bagi pengeluar barangan mewah.

Pembuat pakaian jenama Barbour mempunyai keistimewaan tersendiri apabila memakai perakuan itu yang diperoleh daripada Raja Philip (sejak 1972), Ratu Elizabeth II (sejak 1982) dan Putera Charles (sejak 1987).

"Perakuan itu diiktiraf sebagai simbol kualiti di seluruh dunia, dari Amerika Syarikat hingga ke Eropah dan Asia," kata seorang jurucakap Barbour.

"Kami sentiasa berbangga apabila melihat gambar-gambar ahli keluarga diraja menggunakan produk kami," tambah beliau

Tarikan global yang berterusan terhadap monarki British tampil dengan imej yang umpama baru digilap menerusi kelahiran Putera George pada bulan Julai lalu hasil perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada tahun 2011, dan sambutan ulang tahun jubli berlian Ratu Elizabeth tahun lepas, sekali gus memberi promosi percuma kepada pemegang perakuan diraja Britain.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Busana tradisional meriahkan USMIW 2013

Posted:

Busana tradisional meriahkan USMIW 2013

Busana tradisional meriahkan USMIW 2013

SEKUMPULAN pelajar USM bersama pelajar antarabangsa bergambar sambil mengenakan pakaian tradisional pelbagai negara pada Minggu Antarabangsa Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang baru-baru ini.


ANTARABANGSA. Penyertaan kira-kira 100 pelajar pelbagai negara dengan pakaian tradisional masing-masing memeriahkan sambutan Minggu Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USMIW), Pulau Pinang baru-baru ini.

USMIW yang mula dianjurkan sejak dua tahun lalu bertujuan merapatkan hubungan para pelajar antarabangsa yang menyambung pengajian di universiti tersebut.

Antara yang ditonjolkan pada sambutan kali ini termasuklah pameran gerai budaya, pesta makanan antarabangsa, festival filem antarabangsa dan kemuncaknya malam gala kebudayaan di Dewan Tuanku Syed Putra USM.

USMIW 2013 turut disertai kumpulan pelajar dari Walailak University, Thailand; National Economic University, Vietnam dan Universiti Srivijaya, Indonesia.

AmBank anjur program kembali ke sekolah di Sabah

Posted:

AmBank anjur program kembali ke sekolah di Sabah

AmBank anjur program kembali ke sekolah di Sabah


SYED ANUAR (berdiri 10 dari kanan) dan kakitangan AmBank bergambar kenangan dengan penghuni Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah yang mendapat bantuan persekolahan baru-baru ini.


TANGGUNGJAWAB. Seramai 30 kanak-kanak dan belia dari Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah diraikan dalam program amal Kembali Ke Sekolah anjuran Kelab Ambank Group baru-baru ini.

Acara amal itu melibatkan peserta berusia antara enam hingga 16 tahun yang menyaksikan mereka dihadiahkan dengan peralatan dan pakaian sekolah sebagai persediaan bagi menghadapi sesi persekolahan baharu.

Selain itu, kanak-kanak tersebut turut dibawa membeli-belah di Tong's Departmental Store, diikuti dengan makan tengah hari di Ming Garden Hotel.

Presiden, Kelab AmBank Group merangkap Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali berkata, program berkenaan merupakan program keempat yang dilaksanakan sepanjang bulan Disember.

Sebelum ini, katanya, Kelab AmBank Group mengadakan program amal di Kuala Krai, Kelantan, Subang Jaya, Selangor dan Kuching, Sarawak.

30 staf TNB Selangor hulur bantuan banjir

Posted:

30 staf TNB Selangor hulur bantuan banjir

30 staf TNB Selangor hulur bantuan banjir


MOHD. AZIM (kiri) beramah mesra dengan seorang sukarelawan sewaktu melepaskan kenderaan yang akan menyertai misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


SUMBANGAN. Seramai 30 kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor menjadi sukarelawan bagi menyerahkan sumbangan keperluan kepada mangsa banjir di Pahang dan Terengganu baru-baru ini.

Majlis penyerahan sumbangan barangan keperluan itu dilaksanakan di TNB Seksyen 15, Shah Alam bagi disalurkan ke Pusat Pemindahan Sementara banjir melalui TNB Kuantan, Pahang dan Kemaman, Terengganu.

Pengurus Besar Bahagian Pembahagian TNB Selangor, Datuk Ir. Mohd. Azim Yusof berkata, sebanyak 11 kenderaan digunakan bagi membawa sumbangan makanan dan keperluan harian tersebut.

"Semoga dengan pemberian bantuan kemanusiaan ini dapat meringankan beban dan tanggungan mangsa-mangsa banjir yang terlibat," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Tiga terselamat helikopter Nuri mendarat cemas

Posted:

Tiga terselamat helikopter Nuri mendarat cemas

Tiga terselamat helikopter Nuri mendarat cemas

BEGINILAH keadaan helikopter Nuri yang mendarat cemas di Pulau Perak, Kedah semalam selepas mengalami masalah teknikal.


ALOR SETAR - Sebuah helikopter Nuri yang dikendalikan Skuadron 3 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan pendaratan cemas di Pulau Perak dekat Pulau Langkawi di sini kelmarin selepas berlaku masalah teknikal.

Kejadian pada pukul 11.25 pagi itu menyebabkan empat daripada enam krew dan penumpang mengalami kecederaan termasuk seorang dikatakan patah tangan.

Ketika kejadian, helikopter yang berpangkalan di Butterworth, Pulau Pinang itu sedang menghantar bekalan kepada anggota tentera di pulau tersebut.

Menurut sumber, juruterbang terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas helikopter hilang kawalan akibat angin kuat di kawasan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Puak pemisah Sadao jadi dalang

Posted:

Puak pemisah Sadao jadi dalang

Puak pemisah Sadao jadi dalang


SEORANG anggota forensik memeriksa kesan letupan bom di hadapan Hotel Oliver, Danok semalam.


SADAO (Selatan Thailand) - Pihak berkuasa Thailand percaya kejadian letupan di empat lokasi di pekan sempadan Danok dan Padang Besar dekat sini yang mencederakan lebih 24 mangsa kelmarin merupakan angkara kumpulan pengganas.

Gabenor Wilayah Songkhla, Kritsada Boonrach berkata, siasatan awal pihak keselamatan mendapati kejadian itu didalangi oleh pemisah selatan Thailand iaitu Ronda Kumpulan Kecil (RKK).

Katanya, modus operandi kumpulan terbabit sama dengan kebanyakan letupan sebelum ini iaitu memasang bom pada kereta dan meletakkannya di hadapan hotel atau lokasi tumpuan awam sebelum diletupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Datuk didakwa gubah wang haram

Posted:

Datuk didakwa gubah wang haram

Datuk didakwa gubah wang haram


NOOR ISMAHANUM dan adiknya, Mohamad Ismahanif (kanan) semasa dibawa ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Dua beradik dan sebuah syarikat pelaburan emas berdepan dengan 116 pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan RM6.85 juta di Mahkamah Sesyen semalam.

Datuk Noor Ismahanum Mohd. Ismail, 32, dan adiknya, Mohamad Ismahanif, 25, daripada syarikat Worldwide Far East Berhad bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bache.

Ahmad membenarkan Noor Ismahanum serta syarikat itu diikat jamin RM500,000, manakala Mohamad Ismahanif sebanyak RM30,000 masing-masing dengan dua penjamin dan menetapkan 17 Februari depan untuk pengurusan kes.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Program pembangunan akan diperhebatkan

Posted:

Program pembangunan akan diperhebatkan

Program pembangunan akan diperhebatkan

SUKAN renang memerlukan lebih ramai atlet pelapis berwibawa untuk menjadikan Malaysia sebagai kuasa sukan tersebut di rantau Asia Tenggara.


SAYA mengucapkan tahniah kepada kontinjen negara atas prestasi keseluruhan di Sukan SEA ke-27 di Nay Pyi Taw, Myanmar, terutamanya, kejayaan atlet-atlet yang telah menyumbang pingat.

Kontinjen negara telah melepasi sasaran 40 pingat emas apabila berjaya meraih 43 emas, 38 perak dan 75 gangsa.

Satu lagi perkembangan yang membanggakan saya ialah prestasi atlet-atlet pelapis negara.

Saya pernah sebut bahawa Sukan SEA ini merupakan medan terbaik untuk mendedahkan para atlet muda kepada persaingan di peringkat antarabangsa.

Para atlet pelapis di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN) telah berjaya menyumbang 9 emas, 4 perak dan 12 gangsa.

Ini merupakan prestasi pelapis yang terbaik dalam sejarah penglibatan Malaysia dalam Sukan SEA.

Saya telah minta MSN memperhebatkan lagi program pelapis supaya kita tidak tercari-cari siapa bakal muncul sebagai juara pada masa depan selepas barisan atlet elit sedia ada bersara kelak.

Walaupun prestasi kontinjen kebangsaan melepasi sasaran rasmi, kita juga harus mengakui realiti bahawa secara keseluruhannya, Malaysia cuma menduduki tempat kelima keseluruhan.

Selain daripada 'kuasa' tradisi Sukan SEA seperti Thailand dan Indonesia, kini muncul negara-negara seperti Vietnam dan Myanmar yang juga mendahului kita dari segi jumlah pingat yang dipungut.

Kita juga harus mengakui kemerosotan yang telah bermula beberapa tahun lepas dalam sukan-sukan yang boleh menyumbang banyak pingat seperti olahraga dan renang. Satu ketika dahulu, Malaysia mendominasi sukan-sukan ini di peringkat Asia Tenggara.

Selain itu, sukan-sukan ikonik Malaysia seperti sepak takraw dan badminton juga menyaksikan pretasi yang agak mengecewakan.

Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang apa yang sudah berlaku.

Sebagai Menteri Sukan, saya nak pandang ke hadapan dan memberi tumpuan kepada apa yang kita boleh buat untuk mengubah tren kemerosotan dalam sukan-sukan ini dan mengembalikan Malaysia sekurang-kurangnya sebagai 'regional powerhouse'.

Sebaik sahaja tamat Sukan SEA kali ini, saya telah minta MSN buat post-mortem serta merta dan kemukakan program-program khas bagi membangunkan semula sukan-sukan tersebut.

Contohnya, MSN akan kerjasama rapat dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) untuk melaksanakan program pembangunan khas bagi olahraga dan renang.

Program pembangunan di peringat daerah dan negeri akan diperbanyakkan untuk mencari lebih ramai bakat baharu.

Barisan jurulatih akan ditambah dan diperkasa melalui Akademi Kejurulatihan Kebangsaan dan kepakaran luar negara juga akan ditambah untuk acara-acara tertentu.

Saya juga telah mengumumkan kesediaan MSN untuk membantu Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dalam menyelamatkan sukan sepak takraw.

Saya harap mereka akan berkerjasama dengan MSN dalam program khas yang akan dicadangkan bersama untuk mencapai sasaran pingat emas di Sukan SEA 2017 di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah.

Sekali lagi, tahniah pada kontinjen Malaysia khususnya kepada ketua kontinjen, para pegawai, jurulatih dan atlet. Semoga tahun 2014 akan membawa banyak lagi kejayaan untuk arena sukan negara.

43 emas di Sukan SEA tutup kalendar sukan negara

Posted:

43 emas di Sukan SEA tutup kalendar sukan negara

43 emas di Sukan SEA tutup kalendar sukan negara


SKUAD Harimau Muda menutup musim 2013 dengan penuh kekecewaan apabila terlepas pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA Myanmar.


KALENDAR sukan negara bagi musim 2013 melabuhkan tirainya dengan penyertaan ke temasya Sukan SEA ke-27 di Myanmar, yang menyaksikan kontinjen negara mengutip 43 pingat emas sekali gus mengatasi sasaran awal 40 pingat emas.

Selepas 18 hari temasya dwitahunan itu berlangsung, Malaysia mengutip keseluruhan 43 pingat emas, 38 perak dan 76 gangsa untuk berada di tempat kelima dalam kedudukan pingat keseluruhan, berbanding edisi 2011 di Jakarta dan Palembang, Indonesia, apabila Malaysia meraih 59 emas, 50 perak dan 82 gangsa.

Namun jumlah pungutan pingat yang berkurangan bukanlah petanda kemerosotan sukan negara. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan sasaran 40 pingat emas sebagai sasaran realistik kerana ada acara tidak dipertandingkan pada temasya Sukan SEA kali ini.

Penampilan atlet muda dan pelapis pada temasya kali ini amat membanggakan dan begitu juga kejayaan yang dilakar beberapa atlet daripada sukan kurang popular seperti ekuestrian dan Muay Thai yang masing-masing berjaya menghadiahkan tiga dan dua pingat emas.

Kegagalan skuad Harimau Muda mempertahankan 'ibu segala pingat' dalam acara bola sepak adalah suatu yang mengecewakan para peminat sukan tanah air dan akhirnya, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee pulang dengan tangan kosong.

Selain episod suka dan duka di Myanmar, atlet negara terus memahat nama di persada sukan antarabangsa.

Skuad hoki remaja lelaki Malaysia memahat sejarah tersendiri dengan menduduki tempat keempat pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki di New Delhi, India.

Kejayaan skuad Projek 2013 kendalian Muhammad Dharma Raj Abdullah itu juga melepasi sasaran awal untuk berada dalam kelompok enam pasukan terbaik oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Sementara itu, komitmen terhadap latihan telah menjurus kepada kilauan emas buat atlet elit olahraga paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru kategori F20 (masalah pembelajaran) lelaki di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Lyon, Perancis, Julai lepas.

Ekoran kejayaan itu, Muhammad Ziyad menjadi penerima pertama insentif sama seperti atlet lain di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam).

Selain Muhammad Ziyad, negara juga boleh berbangga dengan jaguh-jaguh berbasikal lebuh raya kebangsaan yang banyak mencipta kejayaan tersendiri.

Antara yang menjadi tumpuan media sepanjang 2013 ialah Loh Sea Keong, pelumba kelahiran Kelantan, yang mencipta sejarah sebagai pelumba terbaik keseluruhan pada Jelajah Malaysia 2013 (Jersi Kuning).

Rentetan kejayaan yang dikecapi sepanjang 2013, pelumba profesional negara itu menerima lamaran pasukan Pro Tour, Argos-Shimano untuk menyertai pasukan itu musim 2014, sekali gus menjadi pelumba tempatan pertama beraksi bersama pasukan berstatus Pro Tour dalam kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Dalam pada itu, Malaysia boleh terus berbangga dengan dua atletnya yang bertaraf dunia dan terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Sebut sahaja nama Datuk Nicol Ann David dalam sukan skuasy dan Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton, ramai yang sudah mengenali mereka kerana kedua-duanya masih mengekalkan ranking No. 1 dunia.

Untuk tahun 2013, Nicol, juara dunia tujuh kali itu bermula hambar selepas tewas dua kali pada perlawanan akhir dalam kejohanan skuasy Cleveland Classic (5 Februari) dan Terbuka Britain (26 Mei).

Namun selepas pertengahan tahun 2013, pemain berusia 30 tahun dan berpangkalan di Amsterdam, Belanda itu, meledak dengan menjuarai lima kejohanan jelajah Persatuan Skuasy Wanita (WSA) iaitu Terbuka Malaysia (15 September), Terbuka Carol Weymuller (6 Oktober), Terbuka Amerika Syarikat (18 Oktober), Terbuka China (27 Oktober) dan Terbuka Hong Kong (8 Disember).

Sementara Chong Wei pula muncul pemain pertama yang memenangi Siri Super Dunia BWF Akhir untuk kali keempat berturut-turut.

Kejayaan itu juga adalah yang ketujuh beliau dalam siri kejohanan Siri Super tahun ini iaitu di Korea Selatan, Malaysia, India, Indonesia, Jepun dan Hong Kong.

Arena sukan negara turut menarik perhatian ramai apabila timbulnya beberapa isu, terutama yang melibatkan kepentingan negara dan masalah dalaman persatuan sukan.

Paling ketara ialah kemelut antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berhubung isu pelantikan beliau oleh Khairy dalam Jawatankuasa Pembangunan Bola sepak Negara.

Kemelut timbul apabila FAM tidak mahu menghantar wakilnya dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan memandangkan Annuar masih lagi menjalani hukuman penggantungan jawatan selama dua tahun setengah kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang berunsur negatif terhadap skuad bola sepak kebangsaan, sekali gus melanggar Artikel 88 Statut FAM.

Isu itu berlanjutan sehinggalah Annuar membuat keputusan mengejut dengan melepaskan semua jawatan dalam persatuan bola sepak tanah air termasuk menjadi anggota Jawatankuasa Pembangunan Bola sepak Negara, yang bertujuan untuk menjernihkan semula keadaan supaya program pembangunan bola sepak dapat berjalan lancar dengan ketiadaan beliau dalam jawatankuasa berkenaan.

Selain itu FAM, dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutifnya yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pada November lepas, telah memutuskan untuk tidak menyambung kontrak ketua jurulatih skuad kebangsaan, Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal yang tamat pada 31 Disember.

Ia ekoran kegagalan Rajagobal melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) FAM untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2015 di Australia.

Kekosongan tempat Rajagobal, yang dilantik sebagai jurulatih skuad Harimau Malaya selama lima tahun bermula 2009, akan digantikan sementara oleh Kim Swee. - Bernama

Tagih aksi persahabatan

Posted:

Tagih aksi persahabatan

Tagih aksi persahabatan

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my


DARBY (kiri) mahukan lebih banyak aksi persahabatan dalam usaha memantapkan skuad Kelantan bagi menghadapi saingan liga musim 2014.


SKUAD Liga Super Kelantan memerlukan lebih banyak aksi persahabatan dalam usaha memperkasa pasukan sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2014 yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan Januari depan.

Pengendalinya, Steve Darby berkata, aksi persahabatan itu amat penting bagi membolehkannya mencari ramuan terbaik bagi membentuk gandingan mantap untuk menghadapi cabaran daripada pasukan yang beraksi dalam Liga Super kelak.

Menurutnya, keputusan aksi persahabatan yang dilakar oleh barisan pemainnya bukanlah ukuran kepada kekuatan pasukan, namun apa yang lebih mustahak kepadanya ialah keserasian dalam kalangan pemain yang ada dalam skuad.

"Jadi sebab itu, Kelantan perlukan lebih banyak perlawanan sebagai persediaan. Aksi persahabatan merupakan medan terbaik dalam usaha memberikan pendedahan kepada pemain muda untuk menimba lebih banyak pengalaman sebelum diberikan kepercayaan beraksi dalam saingan sebenar selepas ini.

"Anda boleh lihat bagaimana pemain muda yang ada dalam pasukan Kelantan mula menunjukkan peningkatan. Sebagai contoh Tuan Mohd. Faim, walaupun hampir semusim dia tidak beraksi, namun kesungguhan yang dipamerkannya cukup menggembirakan saya termasuklah Mohd. Faiz Suhaimi," katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan pasukan di Padang Mardi, Pasir Tumboh, dekat Kota Bharu semalam.

Tambahnya, melalui aksi persahabatan ini juga dia dapat membuat penilaian mengenai kelemahan yang ada dalam pasukan lantas membuka peluang kepadanya untuk memperbaikinya, sekali gus membentuk pasukan lebih baik.

Dalam perkembangan lain, Darby memuji jurulatih kecergasan The Red Warriors (TRW) yang dikenali sebagai Miro yang disifatkan telah menjalankan kerjanya dengan baik apabila hampir kesemua pemainnya sudah pulih daripada kecederaan yang dialami sebelum ini.

Katanya, beberapa pemain yang sebelum ini mengalami kecederaan seperti Nik Mohd. Shahrul Azim Ab. Halim semakin pulih dan sudah bersedia untuk membuat kemunculan semula.

"Begitu juga dengan Pok Chek (Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria) yang semakin pulih. Saya yakin dan percaya dengan kehadiran beberapa pemain yang baharu pulih ini akan memperkuatkan lagi pasukan," ujarnya.

Darby memberitahu secara jujurnya dia tidak mengetahui mengenai aksi persahabatan antara Kelantan dengan Terengganu telah dibatalkan dan menyifatkan ia sesuatu yang mengejutkan.

"Saya terkejut dengan pembatalan ini. Kami masih belum membuat keputusan ke manakah laluan pasukan untuk aksi persahabatan selepas ini mungkin ke Brunei atau Thailand," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Gotong-royong perangi denggi

Posted:

Gotong-royong perangi denggi

Gotong-royong perangi denggi

KANAK-KANAK turut terbabit dalam aktiviti gotong-royong di PPR Kerinchi baru-baru ini.


SEJAJAR dengan visi syarikat bagi menyokong kehidupan lebih sihat dan kediaman yang bersih, pengeluar penyembur serangga perosak Shieldtox, Reckitt Benckiser (RB) telah menjayakan program gotong-royong bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya demam denggi.

Program yang diadakan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur itu merupakan program kemasyarakatan berkonsep pendidikan yang menghiburkan.

Kira-kira 2,400 penduduk terlibat dalam gotong-royong tersebut yang turut diselangi acara menarik seperti pertandingan mencari harta karun, melukis, mewarna, perlawanan sepak takraw dan pertunjukan kebudayaan.

Pihak Jabatan Kesihatan turut menyampaikan ceramah ringkas berkenaan kawalan haiwan perosak.

Gotong-royong yang bermula pada awal pagi itu menyaksikan kerjasama penduduk dan sukarelawan membersihkan sampah sarap dan longkang yang tersumbat bagi memastikan tiada air yang bertakung. Sebanyak 30 beg sampah berjaya dikumpulkan sepanjang gotong-royong yang berjalan selama dua jam itu.

"Kesihatan yang baik adalah kunci kebahagiaan. Maka visi kami adalah menyediakan penyelesaian inovatif bagi membolehkan orang ramai memiliki kediaman yang menggembirakan dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.

"Denggi bukan sahaja mengganggu kehidupan, malah turut menjejaskan orang di sekeliling kita.

"Masyarakat perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan persekitaran sentiasa bersih dan selamat.

"Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan dan masyarakat setempat dalam program komuniti yang bermakna ini," ujar Pengarah Pemasaran RB, Abhishek Chuckarbutty.

Seorang pelukis profesional turut melukis mural pada dinding yang bertemakan Shieldtox Melindungi Tanpa Keraguan bagi menunjukkan betapa pentingnya mencegah nyamuk aedes daripada membiak.


AKTIVITI semburan asap antara langkah mengawal penularan wabak denggi.


Kes denggi meningkat

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, kira-kira 2.5 bilion atau 40 peratus daripada populasi dunia hari ini tinggal di kawasan berisiko denggi. Ia merupakan penyakit endemik di lebih 100 negara di Asia, Amerika dan Afrika.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia pula menganggarkan sebanyak 50 hingga 100 juta jangkitan dilaporkan setiap tahun termasuk 500,000 kes denggi berdarah dan 22,000 kematian dengan majoriti melibatkan kanak-kanak.

Mengikut laporan yang dipetik daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia pula, terdapat peningkatan kes denggi bagi tempoh Januari hingga November tahun lalu berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu sebanyak 11,486 kes dengan 61 kematian dilaporkan di negara ini.

"Ramai orang masih tidak tahu bagaimana nyamuk aedes membiak. Ia boleh membiak walaupun dalam sedikit air bertakung," dedah Chuckarbutty.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar memainkan peranan masing-masing dalam mencegah pembiakan nyamuk aedes dengan membersihkan longkang yang tersumbat dan membuang air di dalam baldi, pasu bunga dan bekas penyiram pokok.

Orang ramai juga perlu membersihkan dulang atau bekas takungan yang diletakkan di bawah unit pendingin hawa bagi mengelakkan ia menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Turut hadir pada acara tersebut ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Naquib Rahman.

RB juga mengumumkan pelaksanaan beberapa lagi projek komuniti di seluruh negara dalam masa yang terdekat. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.rb.com/my-sg.

Fantasi Natal 1 Utama

Posted:

Fantasi Natal 1 Utama

Fantasi Natal 1 Utama


DEKORASI mewah di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama yang membangkitkan elemen fantasi.


TIDAK pernah berkompromi dalam soal rekaan dalaman, pusat beli-belah keempat terbesar di dunia dengan lebih 700 premis di bawah satu bumbung, 1 Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor tampil dengan pelbagai pengalaman beli-belah yang menyeronokkan sempena Hari Natal.

Bermula 29 November lalu hingga 25 Disember ini, 1 Utama mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk menyaksikan penjelajahan fantasi penuh keghairahan dan kejutan.

Antaranya, suasana khayalan menerusi konsep belon udara panas, dekorasi matahari keemasan Sol de Mayo, kereta luncur salji, jempelang kuda mainan serta pokok-pokok Krismas yang dihias cantik dengan dikelilingi kotak-kotak hadiah.

Bertemakan Terbangkan Saya - Jelajah Belon Udara Panas Krismas, rekaan utama yang menggunakan replika belon udara panas bersaiz besar di tengah-tengah Centre Court di pusat beli-belah itu disertai pelbagai gimik lain yang pasti membawa kepada satu persekitaran yang benar-benar baharu dan unik.

"Replika belon udara panas terbesar kami ialah setinggi 6 meter dengan corak rona hijau dan merah.

"Seperti biasa, kami hanya memberikan yang terbaik dan terhebat kepada pengunjung," kata Pengurus Pengiklanan dan Promosinya, Patrik So.

Menggandakan semangat sambutan, 1 Utama juga meraikan pengunjung dengan pelbagai persembahan pentas dan aktiviti seperti nyanyian, tarian, lakonan, kugiran, bengkel seni dan simfoni ukulee.

Bukan itu sahaja, menjadi tradisi 1 Utama untuk menawarkan hadiah perayaan kepada pelanggan. Caranya, dengan mengumpul cop setem pada kad tebusan.

Dengan pembelian minimum RM150 dalam maksimum dua resit pada hari yang sama di mana-mana kedai Onecard, pelanggan berpeluang mendapatkan satu cop setem dan satu rantai Charm Krismas.

Pengumpulan cop setem pula akan membolehkan pelanggan membawa pulang hadiah seperti pek jamuan (dua setem), baucar beli-belah (tiga setem), penyangkut dekorasi (empat setem), set teh (enam setem), kerusi kanak-kanak (lapan setem) dan jempelang roda (10 setem). - NIZHA PERIASWAMY

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Puluhan ribu kepung rumah Yingluck

Posted:

Puluhan ribu kepung rumah Yingluck

Puluhan ribu kepung rumah Yingluck

PENUNJUK perasaan antikerajaan berhimpun di Monumen Kemenangan di Bangkok semalam.


BANGKOK - Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan berarak di pusat bandar raya ini semalam sekali gus melumpuhkan lalu lintas dan mencetuskan konfrontasi dengan pasukan polis yang berkawal di luar kediaman Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Tunjuk perasaan tersebut merupakan bantahan terbaharu terhadap kerajaan Thailand.

Penunjuk perasaan itu berpecah kepada lebih 12 kumpulan termasuk mereka yang mengepung kediaman Yingluck.

Beliau tiada di rumah semasa kejadian.

Perhimpunan tersebut berlangsung sehari selepas pembangkang utama Thailand, Parti Demokrat mengumumkan akan memulaukan pilihan raya pada 2 Februari depan.

Tunjuk perasaan kali ini turut diadakan selepas sokongan kepada beberapa perhimpunan antikerajaan sebelum ini semakin merosot.

Pendirian Parti Demokrat seiring dengan permintaan penunjuk perasaan yang mahu Yingluck meletak jawatan menjelang pilihan raya tahun depan.

"Saya tidak tahu apa yang bermain di fikiran Yingluck. Namun, apa yang saya tahu dan pasti adalah semua kakitangan kerajaan, tentera dan polis sedar bahawa rakyat kini bangkit menentang kerajaan," kata ketua penunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban.

Baru-baru ini, Yingluck mengumumkan pilihan raya berkenaan sebagai usaha untuk meredakan krisis politik Thailand.

Yingluck dan abangnya yang juga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra masih popular di utara dan timur laut Thailand.

Namun, gerakan Suthep disokong oleh golongan minoriti berpengaruh di sini termasuk kelompok birokrat, golongan elit dan kalangan jeneral tentera.

Golongan pekerja yang setia kepada Thaksin melihat beliau sebagai seorang bilionair yang komited untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Bagaimanapun, musuh politik Thaksin menganggap pemimpin itu sebagai pemerintah kuku besi yang memperalat penduduk miskin dan menyalah guna kuasa untuk membantu perniagaan keluarga dan rakan-rakannya. - Reuters

Pawagam filem lucah di Pakistan

Posted:

Pawagam filem lucah di Pakistan

Pawagam filem lucah di Pakistan


GAMBAR yang dirakam pada 19 Disember lalu menunjukkan penjaja dan pejalan kaki berhimpun di luar pawagam Shama di Peshawar.


PESHAWAR - Berpuluh-puluh lelaki akan memenuhi sebuah panggung di Pakistan untuk menonton filem lucah yang disajikan sebanyak tiga kali sehari.

Dikenali sebagai Shama, ramai tidak menyangka sebuah panggung wayang porno wujud di bandar ini, barat laut Pakistan.

Ia berikutan lokasi tersebut sebagai kubu kuat Taliban dan militan Al-Qaeda lain yang memperjuangkan pemerintahan Islam.

Namun, selama lebih 30 tahun, pawagam Shama terus beroperasi dengan menyajikan filem-filem lucah untuk keseronokan tontonan mereka.

Bimbang dikenali, pelanggan Shama akan menutup muka ketika mengunjungi panggung wayang itu yang tersepit di antara sebuah pasar kambing dan stesen bas.

Terdapat tiga tayangan filem porno yang dipaparkan di sebuah bilik gelap pawagam berkenaan manakala layar perak dewan utama pula dikhaskan untuk filem 'biasa'.

Pelanggan filem "klasifikasi X" itu perlu membayar wang 200 rupee (RM6.15) dan hanya dibenarkan masuk selepas mereka diperiksa seorang pengawal bersenjatakan raifal AK-47.

Di dalam bilik gelap itu pula, bau asap ganja memenuhi ruang yang menempatkan 20 barisan kerusi diperbuat daripada kulit palsu.

Semasa satu tayangan filem berkenaan, lebih separuh dewan itu dipenuhi penonton yang terdiri daripada buruh, petani dan pelajar yang datang untuk lari daripada kekangan kehidupan harian di wilayah Islam berkenaan.

Kebanyakan penonton datang secara bersendirian dan mahu kekal demikian. Mereka akan memilih kerusi sesuai untuk mengelak daripada duduk bersebelahan penonton lain.

Pada hari berkenaan, penonton disajikan dengan filem Dostana yang merupakan produksi separa amatur khusus untuk panggung Shama di bandar Lahore, timur Pakistan.

Lahore dianggap bandar raya yang lebih liberal berbanding kota raya ini.

Plot Dostana berkisar tentang dilema heronya, Shah Sawar yang sukar untuk memilih sama ada mengahwini kekasihnya, Gulpana atau sepupunya, Doa yang menjadi pilihan keluarga.

Kesukaran membuat pilihan mendorong Shah Sawar untuk 'mencuba' kedua-dua wanita tersebut.

Sepanjang tayangan filem itu, suasana hening menyelubungi auditorium dengan bunyi nakal di beberapa sudut sekali sekala memecah kesunyian.

Formula tayangan filem lucah menjadikan Shama antara panggung wayang paling berjaya di Peshawar ketika banyak pawagam lain terpaksa gulung tikar.

Proses Islamisasi di Pakistan sekitar tahun 1980-an mendorong orang ramai meminggir layar perak kerana dianggap boleh merosakkan akhlak orang Islam.

Situasi itu yang ditambah dengan kebanjiran video, cakera video digital (DVD) dan internet, banyak menyumbang kepada penutupan panggung wayang di sini dengan kini hanya terdapat tujuh pawagam berbanding 15 premis itu, 20 tahun lalu.

Tiga daripadanya menayangkan filem lucah. Panggung Shama yang paling popular antara ketiga-tiga layar perak itu biasanya penuh dengan penonton walaupun tiket dijual tiga kali ganda melebihi harga tiket filem biasa.

Kunci kejayaan Sharma adalah tayangan filem lucah buatan tempatan yang sukar ditemui di sini atau di internet yang sarat dengan filem porno Barat.

"Seperti kebanyakan orang di sini saya memilih filem yang menampilkan wanita Pakistan. Ia lebih baik, lebih amatur dan lebih asli," kata seorang lelaki berusia 30 tahun, Khaliq Khan yang hadir menonton Dostana untuk kali kedua.

Seorang lelaki lain, Janus Khan, 22, mengaku kerap datang ke Shama untuk menghiburkan diri sama ada berseorangan atau ditemani seorang atau dua rakannya.

"Saya tidak begitu alim tetapi saya bukan perogol atau kafir," katanya kepada agensi berita AFP.

Panggung Shama mencetus kontroversi di Pakistan yang amat tegas berhubung isu seks dan bogel.

Sebelum ini, parti politik berasaskan agama paling utama di Pakistan, Jamaat-e-Islami (JI) menuntut supaya panggung Sharma ditutup.

Namun, pawagam tersebut mempunyai pemilik yang berkuasa iaitu keluarga Bilour.

Keluarga berkenaan adalah yang paling berpengaruh di sini dan merupakan teras parti nasionalis etnik Pashtun, Parti ANP.

Pawagam tersebut pernah diserang sebanyak dua kali oleh aktivis Islam termasuk pelajar JI dalam tempoh 10 tahun tetapi premis itu masih beroperasi.

Shama pernah dibakar pada September 2012 tetapi ia dibuka semula sebulan kemudian ketika umat Islam menyambut Hari Raya Korban.

Panggung tersebut penuh dengan penonton pada hari berkenaan.

Bagaimana pawagam itu berjaya mengelak penapisan oleh pihak kerajaan dan gangguan Taliban menjadi misteri sehingga kini. - AFP

Kereta Lego berkuasa udara

Posted:

Kereta Lego berkuasa udara

Kereta Lego berkuasa udara


DUA pereka kereta Lego Raul Oaida (kiri) dan Steve Sammartino tidak dapat menggambarkan kekaguman ciptaan mereka.


CANBERRA - Seorang usahawan muda Australia dan pakar teknologi dari Romania mencipta sebuah kereta daripada bongkah alat permainan Lego yang boleh bergerak seperti kenderaan sebenar.

Steve Sammartino dan Raul Oaida menggunakan hampir 500,000 bongkah Lego untuk membina kereta unik tersebut.

Kenderaan berwarna kuning dan hitam itu yang dijana menggunakan 256 injap udara boleh bergerak selaju 29 kilometer sejam.

Mereka cuba mengekalkan kelajuan perlahan kerana kereta Lego tersebut tidak dilengkapi beg udara. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Waris diminta tuntut mayat lelaki bertatu Kala Jengking

Posted:

Waris diminta tuntut mayat lelaki bertatu Kala Jengking

Waris diminta tuntut mayat lelaki bertatu Kala Jengking

23/12/2013 10:38pm

GEORGE TOWN - Polis meminta ahli keluarga atau rakan menuntut mayat lelaki yang mempunyai tatu Kala Jengking di belakang bahu kiri, di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Ismail Idris berkata keputusan bedah siasat mendapati lelaki berkulit cerah dipercayai warga asing itu mati akibat dijerut dengan kain.

"Keputusan bedah siasat juga mendapati mangsa telah mati selama tiga atau empat hari berdasarkan keadaan mayatnya yang telah mereput dan berbau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sabtu lepas, sekumpulan nelayan menemui mayat lelaki itu dalam keadaan berbungkus dengan selimut tebal (comforter) terdampar di sebuah pulau buatan berdekatan Jambatan Pulau Pinang pada pukul 5.30 petang.

Katanya, mayat mangsa ditemui dengan hanya berkain pelekat dan memakai seluar pendek. - Bernama

Polis Perak terpaksa lepaskan tembakan apabila cuba dirempuh kereta suspek

Posted:

Polis Perak terpaksa lepaskan tembakan apabila cuba dirempuh kereta suspek

Polis Perak terpaksa lepaskan tembakan apabila cuba dirempuh kereta suspek

23/12/2013 10:02pm

IPOH - Polis terpaksa melepaskan lapan das tembakan selepas suspek kes pecah rumah dan samun cuba merempuh anggota polis yang sedang melakukan rondaan Ops Cantas di Taman Desa Lawan Kuda, Gopeng di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata kejadian berlaku pada 10.30 malam ketika sepasukan polis Cawangan Jenayah Berat menahan sebuah kereta Proton Persona yang berada dalam keadaan mencurigakan untuk pemeriksaan.

"Sebaik polis menahan kereta yang dinaiki dua lelaki, masing-masing berusia 32 dan 33 tahun itu, suspek tiba-tiba mengundurkan keretanya dan merempuh kereta pasukan polis sebelum memecut dan cuba melanggar anggota polis," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa mengelak sebelum melepaskan tembakan sehingga kereta suspek berhenti dan polis memberkas mereka dengan seorang daripadanya cedera di kaki.

Paramasivam menambah, pemeriksaan polis menemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi memecah masuk rumah dalam kereta berkenaan iaitu tiga pemutar skru, spanar boleh laras, pisau lipat, playar, kuku kambing dan alat pemotong. - Bernama

Kereta yang dilapor hilang, ditemui namun terbakar di balai polis

Posted:

Kereta yang dilapor hilang, ditemui namun terbakar di balai polis

Kereta yang dilapor hilang, ditemui namun terbakar di balai polis

23/12/2013 9:04pm

KUALA LUMPUR - Sebuah kereta jenis Perodua Kancil, yang yang ditemui polis selepas dilaporkan hilang, terbakar dalam kejadian pada kira-kira 7 pagi tadi di Balai Polis Salak Selatan, Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kejadian itu disedari seorang anggota yang bertugas di balai berkenaan.

"Kereta itu diletakkan di kawasan lapang di pekarangan balai berkenaan bersama kereta-kereta lain yang dilaporkan hilang... kejadian kebakaran itu telah menyebabkan kereta itu hangus sebahagiannya.

"Hasil siasatan setakat ini mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan berhubung punca kejadian masih diteruskan.

"Kes disiasat mengikut Kertas Enkuiri Polis iaitu 'Fire Report' dan punca kebakaran masih belum dapat dipastikan lagi," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hanez jadi diri sendiri

Posted:

Hanez jadi diri sendiri

Hanez jadi diri sendiri

FESYEN merupakan perkara yang subjektif. Jika mahu dikatakan seseorang meniru fesyen, maka sukar untuk mentafsirkan bagaimana sebenarnya fesyen yang ditiru itu.

Perkara dibangkitkan itu membuatkan pelakon Hanez Suraya sedikit terkejut. Ini kerana ada gosip tentang seorang artis baharu meniru gaya fesyen seorang artis senior termasuk warna rambut, hangat diperkatakan baru-baru ini.

Bagaimanapun, dakwaan pelakon Hanez Suraya meniru fesyen selebriti lain, agak samar. Ini kerana kita boleh lihat ramai lagi orang lain yang berfesyen sedemikian - kemas, elegan dan ada kelas tersendiri.

Ketika ditebak soalan adakah Hanez atau nama sebenarnya, Hanez Suraya Abd. Aziz meniru fesyen selebriti lain, jawab wanita berusia 28 tahun ini dia terkejut dengan kenyataan seumpama itu.

"Saya tidak tahu mengenai perkara ini serta tidak tahu ia ditujukan kepada siapa. Setakat ini saya rasa tidak meniru sesiapa pun. Saya memang menjadi diri saya sendiri. Untuk pengetahuan, saya seorang yang ringkas dalam berpakaian.

"Saya akan bergaya jika ingin menghadiri sebarang majlis atau acara. Mungkin orang yang berkata begitu (meniru fesyen) tidak mengenali saya sebetulnya. Mungkin juga selebriti tersebut ada mengatakan dakwaan tersebut kepada orang lain, dan orang ramai membuat spekulasi bahawa artis itu ialah saya," jelas Hanez yang nyata terkejut apabila ditebak soalan seumpama itu.

Tambahnya, spekulasi sebegini mampu membuat sesama manusia bergaduh atau lebih khusus sesama artis, walhal hakikatnya tiada masalah yang timbul antara mereka.

HANEZ kini selesa menguruskan kariernya tanpa pengurus.


Tidak berdendam

Selain isu konon dikatakan dia meniru fesyen sesama rakan artis, Hanez juga hangat dengan kes samannya terhadap bekas pengurus peribadi, Dasha Sultan atau nama sebenarnya, Mohd. Fairus Mohd. Lazim kerana dikatakan telah memfitnah dan mengaibkan dirinya.

Tuturnya, ini bukan kali pertama pengurusnya itu membuat onar dengannya. Oleh kerana keterlaluan, dia bertindak membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.

"Saya kira, sebagai orang yang pernah rapat dengan saya, dia tidak patut melakukan hal itu.

"Walaupun saya telah meminta dengan baik supaya dia berhenti menyebarkan cerita tidak betul tentang saya, namun dia tetap melakukannya.

"Malah, dia pernah membuat pihak lain bergaduh dengan saya, namun saya mampu mengawalnya. Tapi, apabila dia canang cerita saya dalam media sosial, saya memang tidak boleh kawal lagi. Ini kerana ia melibatkan keluarga, peminat dan itu merupakan supaya dia berhenti menyebarkan fitnah," tuturnya yang enggan memberi komen terlalu banyak kerana dikhuatiri mengganggu kes.

Tambahnya, keadaan menjadi sulit dan berpanjangan kerana Fairus hadir ke mahkamah tanpa peguam.

Walau sedang berhadapan dengan kemelut tersebut, akui Hanez, perasaan dendam tidak pernah wujud dalam dirinya. Cuma terdetik sedih dalam hati kerana orang yang dipercayai dan sudah dianggap seperti keluarga selama ini sanggup mengkhianatinya.

Tuturnya lagi, jika dia memaafkan Fairus, kelak dia bimbang lelaki itu akan mengulang perbuatan yang sama kerana kejadian seumpama itu pernah berlaku beberapa kali.

BELUM bertemu cinta baharu, Hanez mahu lebih fokus terhadap kariernya yang semakin berkembang.


Namun, bukan niatnya ingin menakutkan serta bermegah diri tapi ini merupakan satu pengajaran kepada bekas pengurusnya itu.

Ekoran itu, walaupun mempunyai jadual yang semakin sibuk, Hanez nekad untuk menguruskan jadual kariernya sendiri.

Akuinya, setelah apa yang berlaku, agak sukar untuk dia mempercayai orang lain untuk menguruskan dirinya apatah lagi untuk rapat dengannya.

Katanya: "Semua orang tahu bila saya rapat dengan seseorang, saya akan setia pada seorang itu. Mengenai pengurus pula, saya dengan dia sudah lama dan jika boleh saya tidak mahu lepaskan dia.

"Setelah kejadian seperti ini berlaku, saya jadi takut. Tidak kiralah sama ada dengan kawan-kawan, atau orang lain. Kini saya uruskan diri sendiri. Saya memang rasa serik kerana pengurus peribadi merupakan orang yang paling dekat dengan kita. Apa aktiviti kita semua dia tahu. Jadi saya kira buat masa ini, biarlah saya uruskan diri dan karier saya sendiri dahulu."

Ekin AF3, Yazer putus cinta

Posted:

Ekin AF3, Yazer putus cinta

Ekin AF3, Yazer putus cinta

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

MAHU bebas daripada ikatan cinta buat masa ini, Ekin hanya ingin memfokus kepada bidang seni.


SETELAH lapan tahun menyulam cinta, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ketiga, Ekin Rahman atau Ekin AF3 mendedahkan hubungan cintanya dengan penyanyi Yazer sudah putus awal Disember lalu.

Masih berasa sedih dengan perpisahan tersebut, Ekin mengakui ingin memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya nyanyiannya dan menganggap 2014 sebagai tahun untuknya bangkit dan menyinar sama seperti rakan seangkatannya dalam AF3 seperti Mawi dan Marsha.

Kepada Kosmo! Ekin melanjutkan perbualan mengenai perpisahan dengan Yazer selain bercerita mengenai perancangannya dalam bidang nyanyian pada masa hadapan.

Kosmo!: Kenapa hubungan Ekin dan Yazer boleh putus sedangkan kalian sudah bercinta selama lapan tahun?

EKIN: Ya. Saya bercinta dengan dia selepas keluar Akademi Fantasia pada tahun 2005 lagi. Selama lapan tahun kami bercinta pernah juga putus tetapi sambung kembali. Tetapi kali ini hubungan kami benar-benar sudah putus.

Bila kalian putus cinta dan apa puncanya?

Kami putus awal Disember lalu. Puncanya biarlah kami sahaja yang tahu. Tetapi kami putus secara baik.

Apakah perasaan Ekin bila hubungan dengan Yazer tidak berpanjangan?

Memang sedih sebab kami sudah bercinta selama lapan tahun. Tetapi hendak buat macam mana, jodoh kami sampai setakat ini sahaja.

Apakah perancangan Ekin selepas ini?

Selepas ini saya hanya fokus pada nyanyian. Lebih baik saya solo. Buat masa ini saya tidak fikir ingin bercinta.

EKIN enggan mendedahkan punca perpisahan dia dengan bekas kekasihnya, Yazer.


Adakah Ekin kurang menyerlah selama ini berbanding rakan-rakan AF yang lain kerana larut dalam percintaan bersama Yazer?

Tidak. Kerjaya nyanyian saya okey. Saya sentiasa menerima undangan menyanyi.

Apakah perkembangan terbaharu anda dalam bidang nyanyian?

Saya baru menghasilkan album pertama berjudul Ekin Rahman: Satu Percaturan pada awal Januari lalu. Selepas mempromosikan single pertama, Ceritaku dan Dia, saya bakal muncul dengan single kedua pula. Selain itu, saya juga terlibat dengan projek Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam menyampaikan lagu Zapin Budi. Projek itu sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kenapakah Ekin berani muncul dengan album terlebih dahulu sebelum tampilkan single?

Syarikat rakaman saya iaitu Stadium First yang merancang untuk keluarkan album dahulu.

Setakat ini bagaimana sambutan album pertama Ekin itu?

Alhamdulillah, sambutan menggalakkan terutama sekali di Sabah. Ramai peminat di Sabah yang bertanya mengenai album tersebut.

Berapa buah lagu yang dimuatkan dalam album itu dan siapa barisan komposer yang terbabit?

Album saya itu memuatkan tujuh buah lagu yang mendapat sentuhan sepenuhnya komposer tempatan seperti Anjang, Rosli Ahmad, Ajak, Amir Syawal dan ramai lagi.

Khabarnya anda juga kini terlibat dalam bidang lakonan. Benarkah?

Ya. Saya bakal muncul menerusi drama lakonan pertama saya untuk RTM1 berjudul Jimmy Sompoton.

Saya dipecat! - Ellie Suriaty

Posted:

Saya dipecat! - Ellie Suriaty

Saya dipecat! - Ellie Suriaty

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

ELLIE mendakwa S. Baldev tidak menyediakan pengangkutan buat dirinya untuk ke lokasi penggambaran filem KL Cinta Mandi Toq.


SETELAH timbul kemelut dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada tahun lalu ketika pembikinan filem Darah Panas, kali ini penerbit sensasi, S. Baldev berhadapan pula kontroversi dengan pelakon dan pengarah filem Penanggal, Ellie Suriaty Omar.

Pada Disember tahun lalu, Baldev dilaporkan mahu menyaman Sharnaaz, gara-gara pelakon itu dikatakan meninggalkan set penggambaran filem Darah Panas kerana ingin bertemu kekasihnya ketika itu, Shila Amzah.

Kini, Baldev mahu mengambil tindakan terhadap Ellie pula yang didakwa tidak memulangkan wang pendahuluan serta menarik diri daripada berlakon dalam filem terbaharu terbitannya, KL Cinta Mandi Toq, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam.

Laporan tersebut menyatakan, Ellie telah menerima wang pendahuluan sebanyak RM4,500 yang merupakan 25 peratus daripada jumlah keseluruhan RM18,000 yang ditawarkan kepadanya oleh syarikat White Merpati Entertainment Sdn. Bhd.

Memandangkan Baldev sudah membuat kenyataan terhadap akhbar berkenaan, Kosmo! lalu menghubungi Ellie untuk mendapatkan maklum balasnya tentang kontroversi berkenaan.

"Kalau dikatakan saya menarik diri daripada membintangi filem itu, ia perkara yang tidak benar sama sekali. Sebenarnya, Baldev yang mengambil tindakan dengan memecat saya.

"Puncanya kerana saya tidak berpuas hati apabila tidak disediakan pengangkutan untuk mengambil pelakon ke lokasi penggambaran. Jadi, kalau dia sudah pecat, saya tidak boleh berbuat apa-apa," luahnya.

Ketika diminta bercerita lebih lanjut berhubung permasalahan yang ditimbul, Ellie menceritakan semuanya bermula ketika dia hendak menandatangani kontrak perjanjian berlakon dalam filem berkenaan.

Jelasnya, pengurus produksi tersebut telah memintanya supaya terus menandatangani surat kontrak yang diberikan tanpa perlu membaca keseluruhan butiran yang terkandung dalam kontrak.

"Saya diberitahu oleh pengurus produksi itu bahawa terma kontrak itu sama seperti kontrak produksi lain. Jadi, atas kepercayaan terhadapnya saya terus menurunkan tandatangan.

"Kemudian pada hari penggambaran, saya terus menghubunginya dan bertanyakan tentang pengangkutan yang akan ambil saya di rumah, tetapi dia memberitahu pihak produksi tidak menyediakan pengangkutan," ujarnya.

Menurutnya, akibat tidak berpuas hati dia lantas menghubungi Baldev untuk mendapatkan penjelasan. Malangnya, penerbit berkenaan terus memecatnya.

Penindasan

"Sepanjang saya bergelar pelakon, belum pernah ada produksi filem atau drama yang tidak menyediakan pengangkutan untuk pelakon kerana ia sebahagian daripada tanggungjawab mereka menjaga kebajikan pelakon seperti kami.

"Mungkin ada yang anggap saya 'bodoh' kerana tidak membaca terlebih dahulu kandungan kontrak, namun tindakan saya itu lebih kepada kepercayaan dan tidak sangka pula boleh jadi begini," tegasnya.

Ujar Ellie, sebagai sebuah syarikat produksi mereka seharusnya bersikap dengan lebih telus dan tidak boleh bertindak menyembunyikan apa-apa agar tiada sebarang masalah yang berlaku di kemudian hari.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Baldev yang ingin menyamannya kerana tidak memulangkan wang pendahuluan yang telah diterima, Ellie menyatakan dia telah membuat aduan kepada Biro Aduan dan Undang-Undang Seniman, Zahrin Ishak.

Jelasnya, biarpun ketika ini persatuan Seniman sudah dibubarkan buat sementara waktu, namun biro aduan persatuan terbabit masih lagi memainkan fungsinya.

"Sebenarnya, bukan saya tidak mahu membayar semula wang tersebut, tetapi dalam hal ini saya telah dipecat oleh Baldev dan bukannya menarik diri daripada berlakon dalam filem itu.

"Kalau diikutkan apabila tindakan sedemikian diambil terhadap saya, sepatutnya mereka yang perlu membayar keseluruhan jumlah bayaran lakonan kepada saya. Ia sesuatu yang wajar kerana saya terpaksa menolak tawaran berlakon yang lain," tegasnya.

Berhubung dengan pemulangan bayaran wang pendahuluan itu, Elly menjelaskan semuanya akan diserahkan kepada Seniman untuk tindakan selanjutnya memandangkan syarikat produksi itu juga telah mengemukakan aduan yang sama kepada biro aduan persatuan itu.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved