Sabtu, 12 April 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tunggangan rangsang 1,000 otot

Posted:

Tunggangan rangsang 1,000 otot

Tunggangan rangsang 1,000 otot

Oleh KHAIRIYAH HANAFI

"ANGKAT tangan, tegakkan badan," kata seorang pelatih yang berdiri di tengah-tengah gelanggang kuda yang berpagarkan kayu putih itu.

Seakan-akan faham dengan arahan yang diberikan, tubuh kecil yang sejak dari tadi duduk diam di atas badan kuda putih bernama Seroja itu menukar posisi.

Biarpun sinar mentari pagi mula memancar terik di Unit Rekreasi Berkuda, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, namun riak wajah yang terpamer itu masih bersemangat untuk terus menunggang kuda.

Daripada pandangan mata kasar, remaja lembam, Husni Mubarak, 17, tidak ubah seperti manusia normal lain, namun siapa sangka, dia sebenarnya orang kelainan upaya (OKU) yang sedang menjalani latihan terapi berkuda.

Menurut Pembantu Tadbir Tertinggi Jabatan Landskap dan Rekreasi, DBKL, Zainora Buyong, terapi berkuda merupakan inisiatif DBKL untuk membantu kanak-kanak dan remaja OKU membina pertumbuhan fizikal dan emosi.

"Kuda merupakan haiwan cerdik yang tahu siapa penunggangnya.

"Jadi, secara tidak langsung ia memudahkan lagi proses terapi dijalankan memandangkan kuda memiliki daya sensitiviti yang lebih terhadap golongan tersebut," katanya.

Tambah Zainora, keistimewaan kuda yang mempunyai lengkok pada belakang badannya itu berkesan dalam membantu memperbaiki pertumbuhan otot serta saraf secara semula jadi.

Ini ekoran daripada kesan tindak balas latihan terapi fizikal tersebut.

Melalui terapi itu, mereka diajar cara untuk membuat beberapa pergerakan asas semasa menunggang kuda.


KUDA akan diperiksa bagi memastikan keupayaannya menampung berat badan pelatih.


Ujarnya, bagi setiap 10 minit terapi, kira-kira 1,000 otot pelatih dapat digerakkan.

"Kita akan dapat melihat perubahan tersebut setelah dua hingga tiga kali terapi, bergantung kepada keupayaan kanak-kanak berkenaan.

"Ada satu kes seorang kanak-kanak yang hiperaktif dan sukar mendengar arahan namun sebaik tubuhnya diletakkan di atas kuda, dia berubah menjadi tertib," ulasnya.

Tambah Zainora, hal tersebut disebabkan wujudnya hubungan unik antara kuda dengan penunggang yang menimbulkan perasaan percaya.

"Disebabkan itulah kanak-kanak akan disuruh membelai kuda terbabit sebelum terapi bermula.

"Ini bagi memastikan kuda tersebut kenal orang yang akan menunggangnya sekali gus mengelakkan kuda daripada berasa terancam," jelasnya

Ulasnya lagi, terapi tersebut bagaimanapun sesuai untuk OKU yang tergolong dalam empat kategori kecacatan sahaja iaitu kecacatan anggota badan, sindrom Down, lembam dan autisme.

Sementara itu, Pensyarah Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, terapi berkuda diperlukan untuk perkembangan fizikal seseorang terutamanya OKU.

"Terapi berkuda sebenarnya merupakan sejenis sukan ataupun latihan fisioterapi yang bagus untuk golongan tersebut.

"Ini kerana setiap manusia perlu membuat pergerakan badan bagi membetulkan organ dalaman yang bermasalah," katanya.

Namun begitu, beza terapi berkuda dengan terapi fisiologi di hospital ialah mereka terpaksa menjalani latihan secara berseorangan tanpa rakan-rakan yang boleh bergaul selain terkurung di dalam bilik terapi selama beberapa jam.

Jadi, apabila emosi berada dalam keadaan gembira, stabil dan tidak tertekan, tindak balas terapi itu membantu mempercepatkan proses pemulihan, katanya.

KUDA mesti dibelai dulu sebelum sesi terapi.


Kecacatan

Walaupun terapi berkuda dianjurkan khas bagi kanak-kanak OKU, namun mereka wajib mendapatkan surat akuan kesihatan daripada doktor terlebih dulu.

Seorang jurulatih, Zarina Ali berkata, hal tersebut bertujuan memastikan tahap kesihatan kanak-kanak selain mengelakkan sebarang kejadian buruk kepada mereka.

"Jika kanak-kanak itu tidak mempunyai surat perakuan doktor, secara automatik kita tidak akan membenarkan mereka menjalani sesi terapi di sini.

"Sesetengah kanak-kanak bukan sahaja mengalami kecacatan anggota badan, bahkan menghadapi masalah kesihatan yang lain seperti sakit jantung dan asma," ujarnya.

Lazimnya, terapi dilakukan selama kira-kira lima jam iaitu dari pukul 7.30 pagi pada hari Selasa hingga Khamis. Secara purata, setiap kanak-kanak akan mengambil masa antara 20 hingga 30 minit untuk satu sesi terapi.

Dalam pada itu, seorang jurulatih, Roslan Sulaiman, 49, berkata jumlah masa yang diperuntukkan itu termasuk untuk pemasangan pelana dan pelapik pelana di atas badan kuda, persediaan pelatih dan latihan terapi itu sendiri.

"Pelatih akan diberikan taklimat ringkas keselamatan supaya proses tersebut berjalan lancar.

"Jadi ketika menunggang kuda, mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan kepada siapa perlu mereka rujuk serta fokus untuk mendengar arahan yang selanjutnya," ujarnya.

Tambah Roslan, semasa sesi terapi, pelatih akan diiringi oleh sekurang-kurangnya empat orang jurulatih yang mempunyai peranan masing-masing.

"Setiap terapi wajib diiringi oleh seorang jurulatih, seorang ketua, dua orang pembantu dan juga penunggang itu sendiri.

"Jurulatih akan berada di tengah-tengah kandang dan berperanan untuk memberi arahan sepanjang proses terapi manakala ketua yang berada di bahagian kepala kuda bertugas untuk mengawal pergerakan kuda menggunakan tali kekang," katanya.

Sementara itu, pembantu yang lazimnya berada di kedudukan kiri dan kanan pelatih pula ditugaskan menjaga keseimbangan dan keselamatan pelatih selain memastikan pelatih mengikut arahan.


KHAIRI yang berdiri di tengah-tengah padang bertindak sebagai ketua dan memberi arahan kepada pelatih.


Kuda padi

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa kuda padi digunakan dalam terapi berkuda berbanding spesies kuda yang lain.

Menurut seorang jurulatih, Muhammad Khairi Abdul Halid, ketinggian kuda padi yang hanya berukuran kira-kira 1.4 meter itu menyebabkan ia sesuai digunakan untuk terapi berkuda.

"Seperti yang diketahui, terapi berkuda memfokuskan kanak-kanak OKU. Disebabkan kuda padi mempunyai ketinggian yang paling minimum berbanding jenis kuda yang lain, ia merupakan kuda yang paling selamat digunakan.

"Tambahan pula pergerakan kuda padi yang perlahan dan teratur mampu memberi tindak balas dalaman yang diperlukan oleh kanak-kanak ini," jelasnya.

Namun begitu, kuda padi yang aktif sehingga tempoh enam tahun pertama hayatnya itu hanya mampu menampung berat sehingga 60 kilogram.

Ujar Khairi, kuda tersebut terlebih dulu akan dibawa mengelilingi kandang berkeluasan kira-kira dua hektar itu bagi melancarkan peredaran darahnya selain mengelakkannya daripada menerima kejutan.

"Seperti sukan-sukan yang lain, aspek keselamatan turut dititikberatkan dalam terapi berkuda.

"Setiap pelatih wajib memakai topi keselamatan dan but khas," katanya sambil menambah, terapi tersebut sememangnya bermanfaat untuk pelatih dalam kalangan OKU.

Bencana anak perangai hantu

Posted:

Bencana anak perangai hantu

Bencana anak perangai hantu

Oleh KHAIRIYAH HANAFI


PENDEDAHAN terhadap filem Hollywood secara berlebihan mendorong anak bertindak di luar dugaan.


"SAYA sangat terkejut melihat leher wanita tersebut berlumuran darah. Keadaannya sungguh tenat sehingga terkulai layu di tempat duduk pemandu," kata seorang saksi, Ericson Mahaeh, 17.

Ujarnya, dia menyedari kelibat kereta jenis Hyundai Atos yang dipandu oleh guru wanita malang itu sebaik tiba di Kompleks Tenis, Jalan Sukan, Miri, Sarawak pada pukul 8 pagi hari kejadian.

Namun sebaik kakinya melangkah keluar dari kompleks berkenaan pada pukul 2.30 petang, kedudukan kenderaan tersebut tidak berubah.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga masih berada pada posisi yang sama, seakan-akan tidak berganjak sejak enam jam yang lalu.

Curiga dengan keadaan tersebut, dia bertindak memeriksa kenderaan itu sebelum mendapati guru tuisyen warga Filipina yang dikenali sebagai Marife R. Wong, 42, itu berlumuran darah dan sudah tidak bernyawa.

Dalam keadaan terperanjat dan terketar-ketar, Ericson menghubungi pihak polis. Beberapa minit kemudian, sepasukan anggota polis dan forensik tiba di lokasi kejadian untuk melakukan penyiasatan.

Ericson diberitahu oleh anggota polis yang bertugas bahawa wanita itu dikelar dan ditikam di leher oleh anak lelakinya yang berang selepas permintaan untuk memiliki telefon pintar jenis Samsung tidak diendahkan si ibu.

Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian berlaku, mangsa dan anak lelakinya yang berusia 18 tahun dikatakan telah bertengkar.

Perkara yang hampir serupa pernah terjadi di North Austin, Amerika Syarikat, apabila seorang remaja lelaki sanggup membunuh ibunya sendiri semata-mata mahu membolot AS$90,000 (RM292,000) dalam bank akaun ibunya.

Kejadian anak membunuh ibu atau bapa bukan sekali dua berlaku di negara ini. Sebaliknya, kes-kes seperti itu sudah beberapa kali dilaporkan malah semakin membimbangkan.

WANITA ini menerima nasib malang selepas lehernya dikelar oleh anaknya sendiri di Kompleks Tenis, Miri, Sarawak pada 5 April lalu gara-gara telefon pintar.


Menurut Pensyarah Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dr. Fatimah Daud, kejadian tersebut merupakan implikasi daripada sosiologi manusia masa kini yang beranggapan telefon pintar merupakan benda wajib milik sehingga sanggup bertindak di luar batasan tuntutan itu tidak dipenuhi.

"Dari segi psikologi, terdapat tiga faktor yang mempengaruhi perubahan perilaku seseorang iaitu pengaruh dadah, pengaruh rakan sebaya dan juga dirinya sendiri.

Didikan

"Namun begitu, kejadian ini berkemungkinan terjadi atas faktor rakan sebaya kerana si anak terlalu tertekan. Dari situ pula timbul perasaan cemburu apabila melihat rakan sebaya yang lain mampu bergaya dengan telefon pintar masing-masing," katanya.

Ujarnya, punca lain kejadian tersebut ialah perubahan pantas teknologi terkini.

"Keadaan sudah berubah. Anak-anak terlalu terdedah dengan kehidupan ala Barat seperti yang dipaparkan media elektronik dan media cetak.

"Jadi apabila mereka kerap dihidangkan dengan kisah pembunuhan ibu bapa oleh si anak, maka tidak mustahil kalau perasaan tersebut meresap masuk ke dalam jiwa mereka sehingga ada yang beranggapan membunuh itu perkara biasa," jelasnya.

Namun begitu, menurut Fatimah, orang ramai tidak sewajarnya meletakkan kesalahan itu seratus peratus terhadap remaja tersebut memandangkan kelakuan seseorang dipengaruhi oleh didikan yang diterimanya sejak kecil.

"Dalam hal ini, kita perlu mengambil kira didikan yang diberikan oleh ibu bapa ketika anak-anak masih kecil.

"Malangnya, ada ibu bapa moden yang mudah terikut-ikut dengan cara didikan orang lain, tanpa memeriksa terlebih dulu baik buruknya kaedah itu," ulasnya.


IBU bapa harus memberi didikan yang secukupnya kepada anak-anak sejak kecil. - Gambar hiasan


Lebih-lebih lagi sekarang banyak tip keibubapaan yang mampu diperoleh dengan mudah menerusi internet tanpa memerlukan mereka mengikuti kursus khas.

"Pada saya, mengikut arus kemodenan itu tidak salah tetapi harus dibuat dengan cara yang betul, lebih-lebih lagi ketika mendidik anak.

"Bagi ibu bapa yang beragama Islam, mereka perlu kembali kepada cara mendidik seperti yang disebut dalam al-Quran dan hadis Nabi di samping mengguna pakai pantang larang yang diamalkan oleh nenek moyang zaman dahulu," tambahnya.

Dalam pada itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, kejadian tersebut berlaku berkemungkinan disebabkan kurangnya didikan dan kasih sayang daripada ibu bapa.

"Sekarang ramai ibu bapa yang hanya tahu menghantar anak ke sekolah dan tidak memberi pendidikan tambahan di rumah, yang menerapkan elemen kasih sayang berkeluarga.

"Selain itu, ramai ibu bapa yang cenderung memanjakan anak dengan memberi segala keinginan sehingga permintaan yang tidak penting pun ditunaikan," ujarnya

Disebabkan itu, anak-anak cenderung memberontak dan bertindak di luar kawalan apabila permintaan mereka tidak ditunaikan.

Keindahan sakura Alor Setar

Posted:

Keindahan sakura Alor Setar

Keindahan sakura Alor Setar

Oleh NOR IDAYU BOSRO


SEORANG penduduk mengutip bunga pokok Tecoma yang gugur di atas ruang pejalan kaki di Lebuh Raya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.


HASRAT untuk menjejakkan kaki ke Korea bagi menikmati musim bunga di negara itu sudah lama dipendam Maizatul Miza Mohd. Disa.

Namun, keinginan wanita berusia 31 tahun itu untuk menikmati suasana indah dengan panorama bunga sakura berguguran seakan-akan menjadi kenyataan apabila dia berpeluang merasai pengalaman tersebut di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

Mana tidaknya, ibu negeri Jelapang Padi itu dilimpahi dengan guguran bunga merah jambu dan putih di hampir keseluruhan bandar raya itu

Pokok Tecoma itu menghiasi beberapa kawasan di Alor Setar antaranya Jalan Gangsa, Kuala Kedah, Simpang Empat, Langgar dan Anak Bukit.

"Saya memang teringin untuk ke Korea, namun apabila di Alor Setar pun sudah ada bunga 'sakura', keinginan itu seolah-olah direalisasikan.

"Bunga yang dihasilkan pokok ini akan memukau pandangan sesiapa sahaja yang melalui kawasan ia ditanam," katanya.

Di Putrajaya, pokok-pokok besar yang mengeluarkan banyak bunga berwarna-warni turut mewujudkan fenomena seperti musim bunga di bandar raya dalam taman itu.

'Musim bunga' yang melanda bandar-bandar itu lantas menjadi fenomena di Facebook dan Instagram apabila ramai memuat naik gambar pemandangan indah itu ke laman sosial berkenaan.

Fenomena berkenaan sebenarnya pernah melanda negara pada tahun 2009 apabila bunga Tecoma atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea itu banyak ditemui di Johor Bahru, Johor.

Berlaku setiap empat bulan sekali bermula bulan Februari, ia menghiasi sebahagian besar landskap bandar raya itu termasuk kawasan Larkin Perdana, Kampung Datuk Onn, Taman Sri Bahagia dan Taman Molek.

Musim kemarau

Menurut Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad, musim kemarau panjang selama tiga bulan membuatkan lebih 100 batang pokok yang ditanam di bandar itu mengeluarkan bunga yang banyak.

"Pokok-pokok ini mengeluarkan bunga setiap tahun dan musim bunga 'sakura' biasanya pada bulan Mac dan April.

"Namun berbeza tahun ini, pokok Tabeluia menerima tempias musim kering dan kemarau yang begitu ketara disusuli pula hujan lebat.

"Keadaan cuaca ini membantu menghasilkan bunga yang lebih banyak berbanding tahun lalu," jelasnya.


BENTUK kanopi pohon Tecoma yang rendang dan merimbun sesuai dijadikan tanaman hiasan di tepi jalan.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Seni Taman Jabatan Landskap dan Taman Perbadanan Putrajaya, Haslinda Khalid memberitahu, fenomena musim bunga di Putrajaya biasanya berlaku selama empat bulan iaitu antara Mac hingga Jun.

Katanya, pada waktu itu antara pokok yang aktif mengeluarkan bunga termasuklah daripada jenis sakura tecomadan golden shower atau pokok janda kaya.

"Musim panas menyebabkan pokok-pokok tersebut mengalami tekanan hingga mengaktifkan hormonnya yang membolehkan ia mengeluarkan banyak bunga," jelasnya.

Menurut Jabatan Pertanian Malaysia, pokok Tecoma mudah ditemui di lokasi asalnya iaitu dari Mexico hingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan.

Ia tumbuh pada ketinggian 1,200 meter (m) dari paras laut dengan suhu purata antara 20°C hingga 30°C selain memerlukan hujan tahunan melebihi 500 milimeter setahun.

Di Malaysia, pokok yang juga terkenal dengan nama 'pokok kertas tisu' kerana kelopak bunganya yang lembut banyak ditanam sebagai tanaman landskap taman.

"Bentuk kanopinya yang rendang dan merimbun sesuai dijadikan sebagai pokok teduhan. Warna bunganya yang menarik juga menjadikan tanaman ini sering ditanam sebagai tanaman hiasan baik di tepi jalan mahupun di dalam kawasan bandar.

"Malah, kebanyakan negara tropika menjadikan pohon 'sakura' ini sebagai pokok hiasan dan membiakkannya melalui biji benih, keratan batang atau ranting," katanya.

Terdapat lebih 50 spesies pokok Tecoma yang boleh dibezakan menerusi bentuk dan warna bunga seperti putih, kuning, perak, merah jambu dan merah.

"Ia juga menjadi penghalang angin untuk persekitaran dan kediaman selain berupaya menyerap bunyi kerana tekstur kelopak bunga yang lembut," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Hishammuddin bidas sikap AirAsia

Posted:

Hishammuddin bidas sikap AirAsia

Hishammuddin bidas sikap AirAsia

Oleh NURUL ANUAR KARI
berita@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN pelatih Program Latihan Khidmat Negara yang menyertai simulasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang semalam.


SEPANG – Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membidas syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia kerana mempersoalkan tahap keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sedangkan 57 konsultan telah melihat kepada aspek tersebut sebelum ini.

Beliau berkata, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah menilai tahap keselamatan KLIA2, malah Kabinet sudah membuat keputusan membentuk pasukan bebas dan berkecuali untuk penilaian lapangan terbang baharu itu.

"Kerajaan tidak akan kompromi dalam isu keselamatan. Jika tidak selamat, saya tidak akan bawa isteri datang melawat lapangan terbang ini apatah lagi lebih 3,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga terlibat sama sebagai sukarelawan hari ini (semalam).

"AirAsia boleh buat keputusan sendiri kerana akhirnya orang ramai yang akan menilai keputusan mereka itu, tugas saya adalah memastikan semuanya berfungsi dengan baik dan selamat di klia2," katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Keajaiban bayi dikandung terselamat

Posted:

Keajaiban bayi dikandung terselamat

Keajaiban bayi dikandung terselamat

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM, IKHWAN IDERIS,
SYED AZLAN SAYID HIZAR dan HAIKAL RAMAN
berita@kosmo.com.my


KEADAAN bas Ekspres Transnasional yang terbalik sehingga mengorbankan tiga penumpang di Kilometer 11 Jalan Bentong-Raub, Bentong, Pahang semalam.


BENTONG - Bagaikan satu keajaiban bagi ibu muda, Nor Zamera Abdul Manap, 24, apabila kandungannya yang berusia empat bulan terselamat walaupun selepas dia tercampak dari tempat duduknya setelah bas ekspres dinaiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 11 Jalan Bentong-Raub di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 12.30 pagi itu, bas Ekspres Transnasional berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu membawa seramai 68 penumpang termasuk pemandu.

Nor Zamera merupakan salah seorang penumpang yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan tiga penumpang bas tersebut iaitu pasangan suami isteri, Saeed Mohamad Mohamud Abdalla, 31, yang merupakan warga Somalia dan isterinya, Zarifah Alias, 26, serta Suhaisam Che Abdulla, 33.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PM ziarah Haron Din

Posted:

PM ziarah Haron Din

PM ziarah Haron Din


NAJIB bertanyakan tentang kesihatan Haron (dua dari kiri) sambil disaksikan Huda (kiri) dan Amin Ariff di IJN, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menziarahi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Najib yang tiba pada pukul 1.30 petang, meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.

Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya, Dr. Huda dan menantu, Dr. Azlin Azzuddin.

Turut serta pakar Perunding Kardiologi IJN, Datuk Dr. Amin Ariff Nuruddin. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Tema vintaj jadi ikutan

Posted:

Tema vintaj jadi ikutan

Tema vintaj jadi ikutan

Oleh NADIA SHAIFUL BAHARI

PENGANTIN memberikan cadangan untuk memasukkan elemen papan selaju kerana memberikan nilai sentimental kepadanya.


MENJELANG detik bahagia tatkala ingin melangkah ke gerbang perkahwinan, kedua-dua mempelai pasti mahukan majlis tampak sempurna dan indah.

Selain busana pengantin yang menjadi keutamaan si Teruna dan Dara bagi merakam detik-detik indah mereka, set pelamin yang unik dan menarik tidak kurang pentingnya.

Tema perkahwinan ala vintaj kebelakangan ini dilihat semakin mendapat permintaan dalam kalangan bakal pengantin di negara ini. Jika diimbas, tema sebegini pernah menghadapi kesukaran untuk menembusi pasaran.

Sekilas pandang, set pelamin vintaj tidak kelihatan gah atau mewah seperti yang diidamkan kebanyakan pasangan. Namun, jika kena tata rias dan sentuhan perekanya, set pelamin tersebut mampu memberikan auranya yang tersendiri.

Pemilik Miely Dazzle Design, Norshamiza Norani , 28, berkata, dia dan rakan kongsinya, Nurilihusna Hassan, 28, pernah mencadangkan tema vintaj kepada pelanggan dan kebanyakan mereka menolak konsep tersebut.

"Memang pada awalnya tidak berapa ramai yang gemarkan tema ini kerana mereka beranggapan hiasan yang kami gunakan terdiri daripada barang-barang lama dan buruk.

"Namun, tidak sangka ia semakin diterima dan ada antara pelanggan yang memberi cadangan tentang rekaan vintaj yang diinginkan mereka," katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Perkhidmatan Miely Dazzle Design mula mendapat kepercayaan pelanggan iaitu kenalan mereka sendiri pada Februari 2012 dengan bayaran sebanyak RM500 sahaja.

Biarpun masa yang diambil untuk menikmati keuntungan daripada perniagaan tersebut memakan masa selama enam bulan, Norshamiza dan Nurilihusna berpuas hati kerana sudah mula menuai hasil.

CABARAN bagi menghasilkan pelamin vintaj dipengaruhi oleh kesukaran mendapatkan bahan-bahan yang memenuhi konsep rekaan.


Tempahan

Jika dahulu, perniagaan yang dijalankan menjadi rancak sewaktu musim perkahwinan yang kebiasaannya berlangsung pada cuti sekolah. Kini, pihaknya menerima tempahan hampir setiap minggu kerana trend persandingan di luar musim cuti sudah tidak menjadi halangan kepada pasangan pengantin.

Menurut Norshamiza, tawaran harga pelamin yang ditawarkan serendah RM590 dan bergantung kepada keluasan ruang serta permintaan pelanggan.

Setakat ini, mereka sudah berjaya meraih kepercayaan lebih 100 pelanggan dari sekitar Lembah Klang selain pernah menerima tempahan dari Temerloh, Pahang dan Kuala Kangsar, Perak.

Tambahnya, pelanggan akan memberitahu elemen yang dimahukan dalam set pelamin idaman mereka pada perjumpaan kali pertama.

"Kemudian, kami akan melihat ruang pelamin yang dimaksudkan dan melakukan rujukan sebelum menunjukkan lakaran rekaan kepada pelanggan. Jika mereka bersetuju, bayaran pendahuluan sebanyak 20 peratus dikenakan sebagai tanda persetujuan dicapai.

"Baki bayaran pula perlu dilunaskan sebelum majlis berlangsung bagi membolehkan kami menyediakan hiasan pelamin.

"Saya nasihatkan bakal pengantin agar membuat tempahan pelamin lima bulan lebih awal sebelum tarikh persandingan bagi melancarkan perjalanan majlis," ujarnya yang masih bekerja sebagai pereka dalaman di sebuah syarikat swasta di ibu negara.

Memandangkan kedua-dua wanita ini masih bekerja dan belum memiliki premis sendiri, mereka terpaksa menyewa bilik yang dikhaskan untuk menempatkan barangan pelamin di Ampang yang berkeluasan 9.29 meter persegi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Popov ambil tugas Abu Bakar?

Posted:

Popov ambil tugas Abu Bakar?

Popov ambil tugas Abu Bakar?

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

VELIZAR POPOV


AKSI Liga Super menentang Selangor di Stadium Shah Alam malam ini mungkin menjadi tugasan terakhir buat pengendali Perak, Abu Bakar Fadzim.

Menurut sumber yang enggan dikenali, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kini dalam proses terakhir untuk mendapatkan khidmat jurulatih baharu, Velizar Popov.

Sumber tersebut memberitahu, pengendali berusia 38 tahun dari Bulgaria itu dikatakan bakal memulakan tugasnya bersama Perak mulai Selasa ini apabila Perak menanti kunjungan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Perak, Ipoh.

Beliau yang pernah melatih kelab Maldives, New Radiant SC dilapor telah berada di Kuala Lumpur dan akan menyaksikan perlawanan antara Perak dan Selangor di Stadium Shah Alam malam ini.

Sumber itu berkata, apa juga keputusan pada pertemuan menentang Selangor nanti, ia akan menjadi perlawanan terakhir buat Abu Bakar.

"Namun, ini tidak bermakna tugas Abu Bakar bersama pasukan Perak akan berakhir.

"Beliau akan kekal dalam skuad tetapi tugasnya mungkin beralih sebagai jurulatih kecergasan," kata sumber itu.

Tambah sumber berkenaan, tindakan PAFA mengambil jurulatih asing adalah satu lagi langkah untuk melonjakkan semula skuad The Bos Gaurus yang merosot teruk musim ini.

"Selain masalah ketumpulan jentera serangan, permainan Perak dilihat tidak mempunyai kelebihan daripada segi taktikal.

"Kehadiran jurulatih baharu ini diharap dapat membantu Perak mempamerkan permainan yang lebih bertenaga," katanya.

Terdahulu, PAFA mengeluarkan kenyataan bahawa tugas Abu Bakar akan dikaji semula jika skuad bimbingannya gagal menghasilkan keputusan positif di Shah Alam malam ini.

Ini ekoran prestasi Perak yang merudum sehingga menghuni tangga tercorot liga apabila sekadar mencatat dua kemenangan sepanjang pusingan pertama Liga Super.

'Detik paling sukar buat saya'

Posted:

'Detik paling sukar buat saya'

'Detik paling sukar buat saya'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

KETUA jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan sudah tentu resah memikirkan prestasi anak-anak buahnya.

Apa tidaknya, skuad The Gladiators terperosok di tangga kedua tercorot Liga Super apabila sekadar mengutip sembilan mata selepas 11 perlawanan.

Tanpa berselindung, jurulatih kelahiran Perak itu mengakui bahawa ia detik yang paling sukar buat beliau sejak menceburkan diri dalam karier selaku jurulatih sejak 1992.

"Ini sememangnya detik yang paling sukar sepanjang karier saya menjadi jurulatih.

"Kedudukan semasa liga bukan sahaja menjejaskan motivasi pemain-pemain tetapi ia juga satu cabaran buat saya bagi memastikan kebangkitan ATM pada pusingan kedua liga selepas ini," katanya kepada Kosmo!.

Sathianathan berkata, segala-galanya serba tidak menjadi buat skuad kendaliannya sepanjang musim ini.

"Memang aneh, kami seolah-olah terkena badi. Begitu ramai pemain yang cedera kali ini selain ramai juga yang dilayangkan kad merah.

"Jadi, saya harap segala-galanya dapat berubah selepas ini bermula ketika kami kembali berdepan Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (malam ini)," jelasnya.

Sathianathan memberitahu, beliau berharap kehadiran semula penyerang import prolifik, Marlon Alex James yang sebelum ini dibelenggu kecederaan mampu melonjak semula kedudukan The Gladiators dalam baki saingan liga.

"Saya juga sudah mendapat kebenaran pihak pengurusan mendapatkan pemain import baharu dari Korea Selatan bagi menggantikan Spase Dilevski gara-gara gagal mempamerkan aksi yang diharapkan," ujarnya.

Biarpun prestasi ATM dilihat serba tidak kena, Sathianathan tetap percaya ada hikmah di sebalik apa yang menimpa mereka.

"Ada dua tiga pemain yang berjaya membuktikan kemampuan mereka patut diturunkan dalam kesebelasan utama seperti Ahmad Fauzi Saari, Yusaini Hafiz Chee Saad dan Muhammad Safwan Hasyim.

"Jadi, saya percaya ada hikmah di sebalik semua ini. Mungkin, potensi pemain-pemain ini tidak dapat diterjemahkan jika mana-mana pemain utama tidak mengalami kecederaan mahupun dilayangkan kad merah.

"Cuma, saya nasihatkan pemain-pemain supaya tidak besar kepala dan cepat selesa dengan situasi itu kerana perjalanan kami masih panjang bagi memperbaiki kedudukan dalam liga selepas ini," katanya.

Bujang Senang 'libas' Penyu

Posted:

Bujang Senang 'libas' Penyu

Bujang Senang 'libas' Penyu

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


PENYERANG Terengganu, Mohd. Nor Farhan (tengah) dicabar dua pemain Sarawak pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.


TERENGGANU gagal meraih tiga mata berharga di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada Sarawak pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Skuad Bujang Senang terlebih dulu mengejutkan Terengganu seawal minit kedua melalui jaringan S. Chanturu.

Pada minit ke-14, skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim yang mula mendapat rentak permainan hampir menyamakan kedudukan hasil rembatan pemain sayap, Mohammad Ashari Samsudin.

Bagaimanapun, percubaan Ashari hanya menerjah jaring tepi gawang Sarawak yang dikawal penjaga gol, Mohamad Fadzley Abdul Rahman.

Skuad kendalian Robert Alberts berkesempatan menggandakan jaringan hasil rembatan pemain import, Gabor Gyepes pada minit ke-22.

Begitupun, rembatan Gyepes menerima satu sepakan sudut, lemah ke dakapan penjaga gol Terengganu, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli.

Skuad Penyu mampu menarik nafas lega apabila sepakan sudut pada minit ke-37 memberi gol penyamaan hasil jaringan sendiri pemain lawan.

Penyerang import Sarawak, Ryan Griffiths menambah derita Terengganu apabila meledak gol kedua Bujang Senang pada minit ke-75.

Walaupun Terengganu mengasak Sarawak dalam baki 15 minit terakhir perlawanan bagi memburu gol, barisan pertahanan Bujang Senang kental mengawasi kubu mereka sehingga wisel penamat dibunyikan.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Darul Takzim (Johor DT) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Selangor PKNS 1-0.

Jaringan itu terhasil menerusi gol sendiri pemain PKNS, Mohd. Aminuddin Mohd. Noor seawal minit ketiga.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Masih ada masa pastikan pembukaan klia2 pada 2 Mei ini

Posted:

Masih ada masa pastikan pembukaan klia2 pada 2 Mei ini

Masih ada masa pastikan pembukaan klia2 pada 2 Mei ini

12/04/2014 10:17pm

SEPANG - Masih ada masa untuk memastikan tarikh ditetapkan bagi pembukaan klia2 pada 2 Mei ini menjadi realiti.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, klia2 selamat untuk digunakan, seperti yang dapat dilihat daripada kelancaran latihan Kesediaan Beroperasi dan Perpindahan Lapangan Terbang (ORAT).

Hishammuddin melakukan kunjungan rasmi ke klia2 hari ini dan menyaksikan latihan penuh ORAT di samping memeriksa aspek keselamatan terminal baharu itu.

Kira-kira 3,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan 1,500 orang awam dengan 700,000 bagasi terlibat dalam persediaan bagi perasmian terminal itu yang dijadualkan pada 2 Mei ini.

"Dengan penglibatan pelatih PLKN dan penumpang beberapa syarikat penerbangan hari ini, sebagai Menteri Pertahanan, saya tidak akan membenarkan pelatih khidmat negara berada di sini hari ini jika lapangan terbang ini tidak selamat," kata beliau dalam satu sidang akhbar yang juga dibuka kepada orang ramai di sini hari ini. - Bernama

Lelaki maut diserang empat lelaki di jinjang

Posted:

Lelaki maut diserang empat lelaki di jinjang

Lelaki maut diserang empat lelaki di jinjang

12/04/2014 10:01pm

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas diserang sekumpulan empat lelaki berhampiran Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang di sini hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam kejadian 2.20 petang itu, mangsa berusia dalam lingkungan 20-an cedera parah di kepala, tangan dan lutut.

Beliau berkata, dia ditemui orang awam dalam keadaan terkulai tetapi masih

bernyawa di tempat duduk pemandu sebuah kereta.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada 3.45 petang di Hospital Selayang," katanya ketika dihubungi di sini.

Berikutan kejadian itu, seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan bagi membantu siasatan. - Bernama

Tidak wajar dedahkan maklumat terkini penculikan di Semporna - KPN

Posted:

Tidak wajar dedahkan maklumat terkini penculikan di Semporna - KPN

Tidak wajar dedahkan maklumat terkini penculikan di Semporna - KPN

12/04/2014 9:23pm

SINTOK - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengatakan tidak wajar bagi pihaknya mendedahkan maklumat terkini mengenai kes culik dua wanita warga asing di sebuah resort di Semporna 2 April lepas.

"Saya tidak fikir wajar memberitahu anda (media) maklumat terkini mengenainya (penculikan itu) demi keselamatan mangsa," katanya ketika ditemui pemberita selepas Kejohanan Bola Jaring dan Sepak Takraw Piala Ketua Polis Negara di Universiti Utara Malaysia, di sini hari ini.

Khamis lepas, penculik dua wanita itu menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta untuk membebaskan seorang daripada mereka, pelancong warga China.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada wang tebusan dituntut bagi seorang lagi wanita, pekerja resort warganegara Filipina.

Pelancong warga China, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan pekerja resort

itu, Marcy Dayawan, 40, diculik dari Singgahmata Adventures and Reef Resort oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata kira-kira pukul 10.30 malam pada hari

berkenaan. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Malaysia lakukan siasatan dalaman

Posted:

Malaysia lakukan siasatan dalaman

Malaysia lakukan siasatan dalaman

KAPTEN Tim McAlevey mengendalikan pesawat P-3 Orion itu semasa misi mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi. - AFP


KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia telah memulakan siasatan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan tentera bagi memastikan kenapa peluang untuk mengesan serta menjejaki sebuah pesawat Penerbangan Malaysia gagal dilakukan selepas kapal terbang itu hilang pada 8 Mac lalu, kata dua pegawai semalam.

Dalam satu laporan eksklusif agensi berita Reuters yang disiarkan semalam, siasatan dalaman itu dilakukan ketika berlakunya ketegangan berhubung pihak yang sepatutnya bertanggungjawab sama ada tentera atau (DCA) berkaitan tentang kekeliruan maklumat awal serta kesilapan tempat pencarian di Laut China Selatan.

"Apa yang berlaku ketika itu (gagal mengesan pesawat MH370) kini disiasat dan saya tidak boleh menyatakan sebarang maklumat lagi kerana ia melibatkan pihak tentera dan kerajaan," kata seorang pegawai kanan kerajaan kepada Reuters.

Pada satu temu ramah dengan agensi berita itu pada minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia, Ahmad Jauhari Yahya menyatakan, inkuiri dalaman sedang berlangsung.

Pesawat Boeing 777-200ER itu membawa 227 penumpang dan 12 kru semasa ia hilang pada 8 Mac lalu di Laut China Selatan.

Selepas analisis radar tentera dilakukan, pesawat itu berpatah balik dari haluan penerbangan ke China, Beijing.

Misi pencarian pesawat itu kemudian dibuat di selatan Lautan Hindi setetalh pengiraan isyarat 'ping' dibuat satelit Inmarsat dari United Kingdom. - Agensi

Kokain RM809.66 juta dirampas di Colombia

Posted:

Kokain RM809.66 juta dirampas di Colombia

Kokain RM809.66 juta dirampas di Colombia


SEORANG anggota polis (kiri) mengawal bungkusan kokain di pelabuhan Cartagena kelmarin. - AP


CARTAGENA, Colombia - Polis Colombia merampas tujuh tan kokain yang akan dihantar ke pelabuhan Rotterdam, belanda kelmarin.

Dadah itu bernilai AS$250 juta (RM809.66 juta) di pasaran gelap.

Kokain tersebut dimasukkan ke dalam 6,900 bungkusan kecil.

Bungkusan kecil itu diletakkan di dalam sebuah kontena di pelabuhan ini.

Bungkusan itu tertera logo Yamaha dan KIA sekali gus menunjukkan ia merupakan kerja-kerja kumpulan penjenayah.

Menurut Ketua Polis Colombia, ia merupakan rampasan dadah paling besar sejak tahun 2005.

Pada tahun 2005, polis merampas 15 tan kokain di negara ini.

Colombia merupakan pengeluar kokain terbesar di dunia. - AP

Tumbuh-tumbuhan menjalar tingkat atas bangunan kediaman

Posted:

Tumbuh-tumbuhan menjalar tingkat atas bangunan kediaman

Tumbuh-tumbuhan menjalar tingkat atas bangunan kediaman


GAMBAR menunjukkan tumbuh-tumbuhan meliputi binaan haram di tingkat teratas sebuah bangunan kediaman di Guangzhou, wilayah Guangdong semalam. - Reuters


GUANGZHOU, China - Sebuah struktur binaan haram di tingkat teratas sebuah bangunan kediaman dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan di sini semalam.

Binaan haram yang seluas 40 meter persegi itu dibina 10 tahun lalu.

Bangunan kediaman itu setinggi 19 tingkat.

Para pegawai sebuah jabatan yang menguatkuasakan peraturan undang-undang tempatan menemui binaan haram itu pada tahun 2012.

Namun, para pegawai jabatan berkenaan masih gagal untuk menemui pemilik binaan haram tersebut. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Rossa sudah ada teman baharu

Posted:

Rossa sudah ada teman baharu

Rossa sudah ada teman baharu

CERITA Rossa dan teman lelaki tidak pernah jemu disoalkan setiap kali berjumpa, tidak kira bersama teman media dari Malaysia mahupun Indonesia. Pastinya soalan wajib itu menjadi topik ketawa si empunya nama penuh Sri Rossa Roslaina Handayani itu.

Selepas berpisah dengan bekas suaminya yang merupakan pemain drum kumpulan Padi, Surendro Prasetyo atau lebih dikenali Yoyo pada 14 Julai 2009 ramai pemuja wanita kelahiran Sumedang, Indonesia itu untuk melihat dia beroleh pengganti buat mengisi kekosongan hati yang sudah melewati tempoh lima tahun itu.

Bagi Rossa, gembira atau tidak segalanya milik dia bersama anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, 7 tahun. Segala kecintaan atau mekar kembangnya kasih sayang ditumpahkan sepenuhnya untuk anak lelaki yang disapa Rizki.

"Saya tidak sunyi bersendirian! Sepanjang tempoh lima tahun selepas bercerai saya tidak pernah rasa menyesal, bahkan saya punya Rizky yang senantiasa membahagiakan ibunya dan membuatkan saya ceria.

"Saya kira, kalau bernikah kali kedua pun mungkin sudah tidak sama dengan pernikahan pertama. Kali ini lebih fokus kepada anak-anak dan jauh lebih matang daripada dahulu," ujarnya yang ditemui usai mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha Atas Nama Cinta di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Kerabat


SELEPAS lima tahun hidup menjanda, Rossa mengaku hatinya kini bahagia kerana sedang menikmati cinta dengan seorang duda yang merupakan usahawan dari Indonesia.


Tambah anak pertama kepada pasangan Ukas Hasan Herawan dan Eni Kusmiani itu, dia tegar berdepan dengan pelbagai spekulasi dan gosip dengan pelbagai individu di sekelilingnya sepanjang tempoh lima tahun hidup sebagai ibu tunggal.

Digosip menjalinkan hubungan dengan kerabat mahupun golongan kenamaan beberapa kali, tidak pernah mematahkan dahan-dahan ketabahan yang semakin subur memeluk dirinya saban waktu.

"Banyak kali saya mendengar pelbagai cerita timbul mengaitkan saya dengan kerabat atau golongan kenamaan, tapi itu sama sekali tidak benar selagi kenyataan tidak keluar daripada mulut saya.

"Malah, cerita terbaharu yang mengaitkan saya dengan kerabat di sebuah negeri di Malaysia baru-baru ini sama sekali tidak benar. Pastinya perkenalan saya dengan mereka (kerabat) lebih erat daripada yang disangka. Sudah 15 tahun kami kenal satu sama lain, jadi tidak akan terjadi soal cinta antara kami," jelasnya.

Mengukuhkan hujah yang ditebarkan, kata Rossa dia kini sedang mengenali seorang usahawan dari Indonesia yang usianya tidak jauh beza daripadanya.

"Cinta kedua ini lebih senang. Umur pun sudah bertambah dan perangai pun tidak seperti budak-budak sekolah lagi. Masing-masing tiada halangan kerana saya solo dan dia pun solo.

"Insya-Allah kalau benar-benar ada jodoh untuk bersama saya akan maklumkan, tapi buat masa sekarang biarlah orang sekadar tahu saya dan dia sedang berkenalan," katanya mengenai lelaki berstatus duda itu.

Ditanya adakah Rossa meletakkan sebarang sasaran untuk mendirikan rumah tangga kali kedua, jawabnya tiada. Dia menegaskan tiada sebarang perancangan untuk berkahwin pada tahun ini.

Album

Dalam perkembangan lain, Rossa bakal melancarkan album ke-11 pada bulan Mei depan. Ujar Rossa album yang diberi judul Love, Life & Music itu bakal memuatkan sebanyak 11 buah lagu termasuk single hit bersama Hafiz Suip, Salahkah.


DUET Rossa bersama Hafiz untuk lagu Salahkah turut didendangkan pada persembahan menghiburkan setiausaha itu.


Menarik mengenai album itu, single pertamanya berjudul Hijrah Cinta yang dicipta oleh Melly Goeslow dan Anto Hoed merupakan tribute kepada teman rapatnya, Ustaz Uje yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya tahun lalu.

"Sepanjang rakaman lagu ini saya tidak henti menangis. Ustaz Uje merupakan kawan baik saya dan pernah beberapa kali kami menunaikan umrah dan haji bersama-sama.

"Sememangnya pemergian dia benar-benar memberikan kesan kepada saya. Malah, susunan semula lagu Ayat-Ayat Cinta dalam nuansa Arab merupakan idea daripadanya.

"Hijrah Cinta berkisar tentang perasaan yang lebih mendalam untuk mencintai Allah dan menjadi yang lebih baik. Lagu itu mengisahkan perjalanan hidup Ustaz Uje daripada seorang lelaki yang nakal kepada mencintai agama dengan sangat mendalam," tambah Rossa.

Diana Danielle selesa diurus adik ipar

Posted:

Diana Danielle selesa diurus adik ipar

Diana Danielle selesa diurus adik ipar

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


DIANA masih belum mampu memberi komitmen untuk kembali bekerja dalam tempoh yang lama.


SEBELUM ini, timbul banyak cerita kurang senang yang membabitkan pelakon cantik Diana Danielle dengan adik iparnya, Fadzil Zahari (adik kepada Farid Kamil). Ini kerana Fadzil dilihat sentiasa menemani Diana ke majlis-majlis hiburan.

Lantas, ada yang mendakwa Farid mengarahkan Fadzil untuk menjaga keselamatan Diana. Malah, ada juga yang berasa kurang senang melihat Fadzil sentiasa bersama Diana tanpa Farid di sisi dan menganggap perbuatan itu kurang manis pada pandangan mata.

Namun, semua kata-kata tersebut lenyap apabila mengetahui Diana sebenarnya merupakan artis di bawah pengurusan syarikat milik Fadzil iaitu Prokuya Studio Sdn. Bhd.

Mengulas mengenai perkara itu, kata Fadzil, sejak bulan Januari lalu, kerjaya Diana sepenuhnya telah diuruskan oleh syarikat miliknya.

Selain Diana, jelas Fadzil, syarikat Prokuya turut menguruskan pelakon Yana Samsudin, Syatilla Melvin, Shahrul Ridzuan dan Mya Ahmad. Namun pengurusan kerjaya artis-artis tersebut bergantung kepada permintaan daripada klien mereka.

"Artis pengurusan Prokuya setakat ini hanya Diana sahaja. Tetapi, pada masa yang sama kami turut mempromosikan artis-artis lain mengikut permintaan dan projek. Sebab syarikat Prokuya lebih kepada pengurusan pengiklanan," ungkap Fadzil yang mengakui bersikap profesional biarpun menguruskan kakak ipar sendiri.

Selesa

Cantik mengenakan gaun merah hati pada majlis memperkenalkan Diana dan Farid sebagai jurucakap kepada haruman baharu produk Downy di The Apartment, KLCC, Diana turut mengulas mengenai perasaannya diuruskan adik ipar sendiri.

"Sangat penting apabila kerjaya kita diuruskan oleh ahli keluarga sendiri supaya tiada penyelewengan. Hubungan antara saya dengan Fadzil juga lebih telus.

"Kalau saya ambil orang luar lebih-lebih lagi lelaki, mungkin Farid tidak berasa selesa. Bersama Fadzil, saya rasa lebih yakin dan selesa," akui Diana dan berharap pengakuannya dapat merungkai segala persoalan kenapa dia kerap bersama Fadzil.


FARID dan Diana tidak merancang untuk segera mempunyai anak lagi, sebaliknya mahu memberi fokus terhadap anak sulung mereka, Muhammad.


Sementara itu, menurut Farid pula, walaupun Prokuya Studio itu merupakan syarikat milik adiknya, dia terpaksa campur tangan dalam urusan kerjaya Diana.

Katanya: "Saya meminta agar Diana lebih fokus kepada keluarga. Sudah tentu saya harapkan Prokuya Studio merencana program atau perjalanan seni Diana yang bersesuaian dengan statusnya".

Fokus Muhammad

Mengulas lanjut, ujar Farid, dia juga tidak akan membenarkan Diana terbabit dalam kerja-kerja seni yang mempunyai durasi panjang.

Malah, dia menganggap kesesuaian Diana terbabit dengan projek drama dalam keadaan sekarang ini amat terbatas kerana statusnya sebagai seorang ibu.

"Saya tidak pernah menghalang atau menyekat dia dalam kerjaya seni. Cuma, saya sering kali mengingatkan dia untuk lebih memberi fokus kepada Muhammad yang mana itu menjadi keutamaan kepada saya," jelasnya.

Faham statusnya sebagai seorang isteri dan ibu, Diana juga mengakui tidak bekerja pada hari Sabtu dan Ahad.

Luahnya, hari tersebut hanya diperuntukkan untuknya bersama Farid dan Muhammad.

Diana juga mengakui sukar untuk meletakkan sasaran bila dia boleh kembali aktif dalam dunia seni.

"Sangat sukar untuk saya meletakkan sasaran pada waktu bila saya boleh kembali aktif dalam bidang seni. Tetapi, saya akan mengikut naluri jika ia mengatakan Muhammad sudah bersedia untuk saya tinggalkan lebih lama kerana terikat dengan komitmen lakonan," ulasnya yang turut mengacarakan program MyEG Extra Time.

Di soal mengenai perkembangan Muhammad ketika ini, kata Farid pula, dia bersyukur kerana anak lelakinya itu cepat belajar dan berharap dirinya dan Diana mampu menjadi ibu bapa yang baik kepada anaknya itu.

Mengakui apa yang dituturkan Farid, Diana turut memberitahu, tiada sebarang perancangan pada masa terdekat ini untuk menambah anak. Apa yang penting baginya adalah untuk memberi keutamaan kepada Muhammad dulu.

Bella kini berhijab

Posted:

Bella kini berhijab

Bella kini berhijab

Oleh HARYATI KARIM

BELLA memberitahu, selepas memakai hijab, dia berasa kehidupannya lebih tenang.


PELAKON cantik Nabilah Ali Dally atau nama komersialnya Bella Dally sebelum ini cukup hangat dengan kontroversi putus cinta bersama pelakon Nazim Othman.

Walaupun diasak dengan pelbagai soalan, Bella tetap dengan pendiriannya enggan membuka mulut mengenai kisah cintanya bersama Nazim.

Kini, tumpuan beralih kepada perubahan imejnya yang telah berhijab penuh. Perubahan pelakon berusia 23 tahun ini menarik perhatian peminat apabila dia memuat naik fotonya berhijab dalam akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Bukan kerana fesyen atau mengikut orang, tegas pelakon drama Kalimah Jiwa itu, perubahan imej yang dilakukan atas kemahuannya sendiri tanpa dipaksa orang lain.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Bella yang di hubungi semalam.

Kosmo!: Sejak bilakah Bella membuat perubahan terhadap imej dengan berhijab penuh?

BELLA: Saya baru sahaja berhijab penuh sejak beberapa hari yang lalu. Sekarang dalam proses untuk membiasakan diri keluar dengan berhijab. Alhamdulillah sekarang ini saya rasa cukup tenang.

Apakah yang mendorong anda untuk berhijab?

Semuanya berlaku secara tiba-tiba, saya tidak mengalami sebarang mimpi, sebaliknya atas kemahuan sendiri dan saya lakukan kerana Allah. Sebenarnya sudah lama saya menyimpan niat untuk berhijab.

Bagaimanakah dengan fesyen hijab anda?

Saya baru sangat berhijab, buat masa sekarang saya pakai biasa sahaja asalkan selesa dan menutup rambut. Namun, status saya sebagai artis memerlukan saya untuk tampil dengan fesyen menarik tidak boleh terlalu biasa.


DARI KIRI: Uqasha, Bella dan Nelydia Senrose.


Adakah anda akan tinggalkan dunia lakonan selepas ini?

Tidak, saya akan terus berlakon kerana lakonan merupakan sumber pendapatan dan minat saya. Walaupun berlakon, saya tetap akan menutup aurat. Apabila saya ambil keputusan untuk berhijab ia keputusan muktamad dan bukan boleh dibuka sesuka hati.

Selepas berhijab pasti ada batas yang harus dijaga, adakah anda meletakkan syarat tertentu kepada pengarah dan penerbit selepas ini?

Rasanya tidak ada sebarang masalah kerana rata-rata mereka faham keperluan pelakon wanita berhijab. Saya tidaklah meletakkan sebarang syarat, selagi selesa saya tidak ada sebarang masalah. Jika adegan terlalu melampaui batas mungkin saya akan bersuara. Pihak penerbit juga memberitahu, berhijab tidak membataskan tawaran lakonan.

Apakah komen peminat anda terhadap imej baharu ini?

Alhamdulillah, saya tidak sangka mendapat sokongan begitu ramai pihak yang suka dengan perubahan ini. Selain peminat yang memberi kata sokongan, keluarga saya juga amat gembira dengan keputusan saya untuk berhijab.

Sebenarnya apakah yang berlaku antara anda dan Nazim? Adakah benar kalian sudah rasmi putus cinta?

Saya macam biasa sahaja dengan dia, itu sahaja yang saya boleh beritahu. Saya tidak mahu membuat sebarang pengesahan putus cinta atau komen kisah cinta kami. Biarlah hanya kami berdua sahaja yang tahu apa yang berlaku.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved