Sabtu, 12 April 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Popov ambil tugas Abu Bakar?

Posted:

Popov ambil tugas Abu Bakar?

Popov ambil tugas Abu Bakar?

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

VELIZAR POPOV


AKSI Liga Super menentang Selangor di Stadium Shah Alam malam ini mungkin menjadi tugasan terakhir buat pengendali Perak, Abu Bakar Fadzim.

Menurut sumber yang enggan dikenali, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kini dalam proses terakhir untuk mendapatkan khidmat jurulatih baharu, Velizar Popov.

Sumber tersebut memberitahu, pengendali berusia 38 tahun dari Bulgaria itu dikatakan bakal memulakan tugasnya bersama Perak mulai Selasa ini apabila Perak menanti kunjungan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Perak, Ipoh.

Beliau yang pernah melatih kelab Maldives, New Radiant SC dilapor telah berada di Kuala Lumpur dan akan menyaksikan perlawanan antara Perak dan Selangor di Stadium Shah Alam malam ini.

Sumber itu berkata, apa juga keputusan pada pertemuan menentang Selangor nanti, ia akan menjadi perlawanan terakhir buat Abu Bakar.

"Namun, ini tidak bermakna tugas Abu Bakar bersama pasukan Perak akan berakhir.

"Beliau akan kekal dalam skuad tetapi tugasnya mungkin beralih sebagai jurulatih kecergasan," kata sumber itu.

Tambah sumber berkenaan, tindakan PAFA mengambil jurulatih asing adalah satu lagi langkah untuk melonjakkan semula skuad The Bos Gaurus yang merosot teruk musim ini.

"Selain masalah ketumpulan jentera serangan, permainan Perak dilihat tidak mempunyai kelebihan daripada segi taktikal.

"Kehadiran jurulatih baharu ini diharap dapat membantu Perak mempamerkan permainan yang lebih bertenaga," katanya.

Terdahulu, PAFA mengeluarkan kenyataan bahawa tugas Abu Bakar akan dikaji semula jika skuad bimbingannya gagal menghasilkan keputusan positif di Shah Alam malam ini.

Ini ekoran prestasi Perak yang merudum sehingga menghuni tangga tercorot liga apabila sekadar mencatat dua kemenangan sepanjang pusingan pertama Liga Super.

'Detik paling sukar buat saya'

Posted:

'Detik paling sukar buat saya'

'Detik paling sukar buat saya'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

KETUA jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan sudah tentu resah memikirkan prestasi anak-anak buahnya.

Apa tidaknya, skuad The Gladiators terperosok di tangga kedua tercorot Liga Super apabila sekadar mengutip sembilan mata selepas 11 perlawanan.

Tanpa berselindung, jurulatih kelahiran Perak itu mengakui bahawa ia detik yang paling sukar buat beliau sejak menceburkan diri dalam karier selaku jurulatih sejak 1992.

"Ini sememangnya detik yang paling sukar sepanjang karier saya menjadi jurulatih.

"Kedudukan semasa liga bukan sahaja menjejaskan motivasi pemain-pemain tetapi ia juga satu cabaran buat saya bagi memastikan kebangkitan ATM pada pusingan kedua liga selepas ini," katanya kepada Kosmo!.

Sathianathan berkata, segala-galanya serba tidak menjadi buat skuad kendaliannya sepanjang musim ini.

"Memang aneh, kami seolah-olah terkena badi. Begitu ramai pemain yang cedera kali ini selain ramai juga yang dilayangkan kad merah.

"Jadi, saya harap segala-galanya dapat berubah selepas ini bermula ketika kami kembali berdepan Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (malam ini)," jelasnya.

Sathianathan memberitahu, beliau berharap kehadiran semula penyerang import prolifik, Marlon Alex James yang sebelum ini dibelenggu kecederaan mampu melonjak semula kedudukan The Gladiators dalam baki saingan liga.

"Saya juga sudah mendapat kebenaran pihak pengurusan mendapatkan pemain import baharu dari Korea Selatan bagi menggantikan Spase Dilevski gara-gara gagal mempamerkan aksi yang diharapkan," ujarnya.

Biarpun prestasi ATM dilihat serba tidak kena, Sathianathan tetap percaya ada hikmah di sebalik apa yang menimpa mereka.

"Ada dua tiga pemain yang berjaya membuktikan kemampuan mereka patut diturunkan dalam kesebelasan utama seperti Ahmad Fauzi Saari, Yusaini Hafiz Chee Saad dan Muhammad Safwan Hasyim.

"Jadi, saya percaya ada hikmah di sebalik semua ini. Mungkin, potensi pemain-pemain ini tidak dapat diterjemahkan jika mana-mana pemain utama tidak mengalami kecederaan mahupun dilayangkan kad merah.

"Cuma, saya nasihatkan pemain-pemain supaya tidak besar kepala dan cepat selesa dengan situasi itu kerana perjalanan kami masih panjang bagi memperbaiki kedudukan dalam liga selepas ini," katanya.

Bujang Senang 'libas' Penyu

Posted:

Bujang Senang 'libas' Penyu

Bujang Senang 'libas' Penyu

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


PENYERANG Terengganu, Mohd. Nor Farhan (tengah) dicabar dua pemain Sarawak pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.


TERENGGANU gagal meraih tiga mata berharga di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada Sarawak pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.

Skuad Bujang Senang terlebih dulu mengejutkan Terengganu seawal minit kedua melalui jaringan S. Chanturu.

Pada minit ke-14, skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim yang mula mendapat rentak permainan hampir menyamakan kedudukan hasil rembatan pemain sayap, Mohammad Ashari Samsudin.

Bagaimanapun, percubaan Ashari hanya menerjah jaring tepi gawang Sarawak yang dikawal penjaga gol, Mohamad Fadzley Abdul Rahman.

Skuad kendalian Robert Alberts berkesempatan menggandakan jaringan hasil rembatan pemain import, Gabor Gyepes pada minit ke-22.

Begitupun, rembatan Gyepes menerima satu sepakan sudut, lemah ke dakapan penjaga gol Terengganu, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli.

Skuad Penyu mampu menarik nafas lega apabila sepakan sudut pada minit ke-37 memberi gol penyamaan hasil jaringan sendiri pemain lawan.

Penyerang import Sarawak, Ryan Griffiths menambah derita Terengganu apabila meledak gol kedua Bujang Senang pada minit ke-75.

Walaupun Terengganu mengasak Sarawak dalam baki 15 minit terakhir perlawanan bagi memburu gol, barisan pertahanan Bujang Senang kental mengawasi kubu mereka sehingga wisel penamat dibunyikan.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Darul Takzim (Johor DT) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Selangor PKNS 1-0.

Jaringan itu terhasil menerusi gol sendiri pemain PKNS, Mohd. Aminuddin Mohd. Noor seawal minit ketiga.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved