Sabtu, 31 Ogos 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Dari pekan koboi ke bandar satelit

Posted:

Dari pekan koboi ke bandar satelit

Dari pekan koboi ke bandar satelit

Oleh MOHAMAD AIZIM BAHARON
ahad@kosmo.com.my

PAPAN tanda 'Air Jando Pulang' yang dipasang di sepanjang jalan dari Ulu Bendul ke pekan Kuala Pilah bagaikan memanggil-manggil orang ramai untuk mencuba minuman signatur Negeri Sembilan itu.

Ia merupakan campuran air dan isi kelapa muda halus yang ditambah gula enau. Air jando pulang laris dijual khususnya pada bulan puasa di kebanyakan tempat di negeri Adat Perpatih itu.

Menurut pengkaji sejarah Negeri Sembilan yang juga pensyarah kanan di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Rosli Saludin, air jando pulang disediakan dengan bahagian bawah sebiji kelapa muda ditebuk besar dan dikeruk isinya menggunakan sudu dan dipindahkan ke bekas lain.

Airnya juga dipindahkan dan dicampur nira enau cair secukup rasa. Air yang sudah dikacau sebati itu dimasukkan semula ke dalam buah kelapa yang asal berserta isinya. Kemudian, buah beluluk dalam bentuk halwa ataupun yang sudah diproses turut dimasukkan.

Setelah dikacau di dalam buah kelapa tadi, barulah ia dinikmati seenaknya.

"Proses keluar masuk tadi diibaratkan perpisahan suami isteri hingga isteri bergelar janda tetapi rujuk semula.

"Buah beluluk berperanan sebagai pengimbang rasa bagi mengelakkan air jando pulang terlalu manis atau meloyakan," katanya.

Kuala Pilah bukan sahaja tempat kelahiran Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman, malah daerah itu terkenal dengan warisan budayanya baik dari segi makanan, seni bina mahupun adatnya.

Seorang peniaga, Mohd. Shafie Jalaludin, 33, berkata, laluan di antara Kuala Pilah dan Seremban popular dalam kalangan pengunjung yang mahu mendapatkan hasil kampung seperti daging salai, belacan, petai, gula enau dan telur masin.


MASYARAKAT Negeri Sembilan terkenal dengan makanan unik seperti itik dan daging salai yang banyak dihasilkan di Kuala Pilah.


Produk salai

"Daging, itik dan ayam salai merupakan makanan paling dicari di sini. Ada pelanggan yang mesti singgah di gerai saya setiap kali dia melalui jalan ini untuk pulang ke Pantai Timur. Dia tidak dapat tinggalkan daging salai," ujarnya.

Seorang kakitangan swasta di Kuala Lumpur, Abdul Rahim Ujang, 53, memberitahu, dia sanggup pergi ke Kuala Pilah hanya untuk membeli produk salainya.

Katanya, keistimewan hidangan itu kerana ayam atau itik di situ disalai menggunakan kayu sekali gus membangkitkan aromanya.

Di sebalik deretan gerai tradisional tepi jalannya, gerai Coconut Shake Eden Cowboy boleh dikatakan telah mengubah landskap gastronomi di sepanjang laluan sejauh 15 kilometer dari Ulu Bendul ke pekan Kuala Pilah. Gerai itu didirikan bersebelahan rimbunan buluh di Tanjung Ipoh.

Coconut shake ialah minuman generasi baharu yang dihasilkan daripada air dan isi kelapa yang selalunya ditambah aiskrim.

Kemunculan beberapa gerai coconut shake itu seolah-olah membayangkan bahawa Kuala Pilah kini sudah mengalami transformasi gaya hidup di samping kemajuan insfrastruktur.

Transformasi pekan Kuala Pilah boleh dilihat menerusi penyediaan kemudahan awam meliputi jalan raya, hospital dan institusi pendidikan.

Pembinaan Hospital Tuanku Ampuan Najihah pada tahun 1995 yang serba moden bagi menggantikan Hospital Kuala Pilah yang berusia lebih 100 tahun adalah antara projek yang bertujuan mensejahterakan rakyat.


TAMAN Rekreasi Ulu Bendul menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu.


Pembangunan

Daripada sebuah pekan koboi, Kuala Pilah sudah pun menjadi bandar satelit yang membangun dengan begitu pantas terutamanya setelah jalan baharu Seremban-Kuala Pilah siap dibina beberapa tahun lalu.

Bandar Kuala Pilah boleh dikatakan lengkap dengan infrastruktur moden, apatah lagi kedudukannya begitu strategik dan menjadi tumpuan ramai kerana terletak di antara Bahau dan Seremban. Ia merupakan laluan pengguna jalan raya yang ingin ke negeri Pantai Timur.

Sebuah Klinik 1Malaysia turut dibina di kawasan Melang bagi membolehkan penduduk mendapatkan bantuan perubatan dan rawatan dengan bayaran yang minimum.

Pembinaan pasar raya seperti Giant dan Econsave serta penubuhan institusi pendidikan di situ juga telah menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalam kalangan penduduk.

Antara institusi pendidikan itu ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kuala Pilah, Kolej Kejururawatan Kuala Pilah dan Kolej Matrikulasi Kuala Pilah.

Seorang penduduk, Ali Abd. Rahman, 63, berkata, kewujudan pusat pendidikan itu telah membuka ruang pekerjaan kepada penduduk setempat selain peluang perniagaan.

Katanya, dengan adanya kemudahan seperti itu, anak tempatan dapat memohon pekerjaan manakala peniaga boleh menjual produk tempatan kepada orang luar yang berkunjung ke situ.

AIR jando pulang dianggap minuman signatur Negeri Sembilan. Ia begitu terkenal di Kuala Pilah.


"Kalau dahulu sebuah hotel sahaja yang ada di Kuala Pilah, namun sekarang ia telah berubah kerana semakin ramai pengusaha hotel, inap desa dan gerai wujud khususnya apabila UiTM dan kolej matrikulasi dibina di sini," kata Ali.

Warisan budaya, jalan lama Bukit Putus yang bengkang-bengkok serta air terjun dan hutan tebal yang dimilikinya sering membuatkan jalan raya di Kuala Pilah sesak khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.

Dengan perkembangannya sekarang, lagu Apo Nak Dikato nyanyian Blues Gang pada tahun 1980-an yang menggambarkan pekan Kuala Pilah sebagai sunyi sepi kerana tidak ramai orang mungkin tidak lagi relevan. Kuala Pilah terus membangun tanpa meninggalkan warisan budaya kebanggaannya.

Monyet gempur kampung di Thailand

Posted:

Monyet gempur kampung di Thailand

Monyet gempur kampung di Thailand


DUA ekor monyet berlari untuk memasuki rumah di Kampung Khlong Charoen Wai di wilayah Chachoengsao pada 15 Julai lalu.


DI Kampung Khlong Charoen Wai di Thailand, rumah-rumah diceroboh, barang-barang makanan dan ubat-ubatan dicuri oleh sekumpulan monyet.

Kira-kira 150 buah rumah di kawasan penternakan udang di wilayah Chachoengsao, 80 kilometer dari Bangkok diceroboh sekumpulan monyet berekor panjang sejak sedekad lalu.

Haiwan-haiwan yang dikenali sebagai monyet laut itu menceroboh selepas semakin banyak kolam penternakan udang terdapat di kampung tersebut.

Monyet-monyet itu sukar untuk mencari makanan kerana sejumlah pokok ditebang dan hutan telah dibersihkan untuk tujuan pembinaan kolam penternakan udang.

"Sebelum ini, monyet-monyet tersebut mudah mencari makanan tetapi kawasan hutan yang semakin berkurangan menyebabkan haiwan-haiwan itu mencari makanan di dalam rumah," kata ketua kampung, Chatree Kaencharoen.

Dia juga menyatakan kekecewaannya terhadap beberapa orang penduduk kampung yang memberi makan kepada monyet tersebut.


BEBERAPA ekor monyet duduk di atas jambatan buluh di kampung itu.


Sebahagian penduduk terpaksa memasang jaring di sekeliling rumah mereka dan menutup tingkap walaupun cuaca panas.

"Monyet-monyet itu pernah menjatuhkan sebuah televisyen. Haiwan tersebut juga mencuri periuk nasi sebelum membukanya untuk memakan nasi yang terdapat di dalamnya," kata Chatree.

Menurut seorang penduduk, Chaluay Khamkajit, haiwan-haiwan itu memasuki rumahnya semasa dia sedang tidur.

"Monyet-monyet itu mengambil minyak masak, gula dan ubat-ubatan yang saya sembunyikan di dalam kabinet.

"Kadangkala, beberapa ratus ekor monyet datang serentak terutamanya pada waktu subuh dan senja apabila cuaca semakin sejuk," katanya.

Chaluay berkata, haiwan itu mengambil makanan daripada rumahnya.

"Saya boleh membeli makanan lain. Namun, ubat-ubatan amat penting buat saya," katanya.


SEEKOR monyet memanjat sebatang pokok di kampung tersebut.


Wanita berusia 72 tahun itu menyatakan, dia dan suaminya telah menggunakan pelbagai peralatan buatan sendiri untuk mengusir haiwan tersebut.

Pengarah Pertubuhan Dana Pemuliharaan Alam Semula Jadi (WWF) di Thailand, Petch Manopawitr menyatakan, penduduk telah menceroboh habitat monyet itu.

Menurutnya, pencerobohan itu menyebabkan haiwan tersebut berkeliaran sekali gus meningkatkan tindak balas antara manusia dengan monyet.

"Monyet spesies Macaques boleh mengubah perilaku selain mampu mempelajari sesuatu perkara sama seperti manusia.

"Monyet-monyet itu akan datang ke tempat yang sememangnya diketahui haiwan itu boleh memperoleh makanan," katanya.

Pihak berkuasa cuba untuk mengatasi masalah monyet tersebut dengan melakukan misi pemandulan haiwan tersebut.

Namun, misi itu masih gagal untuk mengatasi masalah pencerobohan haiwan itu kerana tindakan itu gagal untuk menghalang perbuatan monyet itu. - AFP

Pelawak mahir 10 bahasa

Posted:

Pelawak mahir 10 bahasa

Pelawak mahir 10 bahasa

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
megatlutfi.rahim@kosmo.com.my


ATHERTON pernah dibaling dengan botol oleh penonton di sebuah kelab malam di London, England pada awal 1980-an.


BERTEMU dan berbual mesra dengan pelawak kelahiran Brisbane, Australia, Jonathan Atherton sebenarnya agak menyulitkan kru Jurnal.

Kesulitan itu bukan berkisar tentang masa temu janji atau lokasinya yang sukar.

Namun, lelaki yang berusia 54 tahun ini tidak berhenti-henti membuat lawak jenaka sehingga penulis tidak dapat menahan ketawa sepanjang pertemuan dengannya di Hotel Ancasa & Spa, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ada sahaja ceritanya yang membuatkan penulis tidak kering gusi bila mendengarnya.

Mungkin telatah Atherton itu terbentuk kerana profesionnya sebagai seorang pelawak yang menjadi darah dagingnya selama lebih 20 tahun.

Namun, ada ketikanya, Atherton kelihatan serius.

Kampung

Terdapat keistimewaan pada lelaki yang mempunyai dua orang anak ini.

Walaupun menghiburkan penonton di pentas, dia mampu bertutur dengan baik dalam 10 bahasa termasuk bahasa Inggeris.

"Kelebihannya itu mungkin kerana saya pernah bekerja sebagai pelakon, pengacara, jurubahasa, guru bahasa dan penasihat duta di lebih 10 buah negara seperti Laos, Kemboja, Jepun, India, Thailand dan Indonesia.

"Disebabkan menetap selama beberapa tahun di negara-negara tersebut, saya dapat menguasai bahasa ibunda negara itu dengan baik," ujarnya.

Sepanjang perbualan, Atherson bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia dan Cina.

Rahsia pelawak itu menguasai bahasa tersebut adalah kerana dia lebih gemar untuk tinggal di kawasan kampung atau luar bandar yang penduduknya tidak mahir bertutur dalam bahasa Inggeris

"Saya mengajar mereka (penduduk luar bandar) bahasa Inggeris manakala saya pula mempelajari bahasa ibunda mereka.

"Win-win situation bukan....," tambah Atherton.

Individu yang pernah menjadi pengacara rancangan Lonely Planet saluran dokumentari televisyen Discovery Channel ini bercadang untuk mengembangkan kerjanya di negara ini.

"Saya merancang untuk menetap di Bangsar, Kuala Lumpur.

"Suasana di sini lebih meriah. Rakyatnya berbilang kaum serta peramah," ujarnya.

Dia juga ingin berkongsi mengenai keistimewaan Malaysia.

ATHERTON dan selebriti Bollywood, Lara Dutta semasa membuat persembahan di New Delhi, India baru-baru ini.


Baling botol

"Saya pernah menetap di Uganda selama empat tahun. Peluang membuat persembahan di Kuala Lumpur turut menemukan saya dengan penduduk dari negara itu (Uganda).

"Sebaik sahaja berbual dengan mereka dalam bahasa Uganda, mereka agak terkejut. Mereka bertanya sama ada saya orang putih atau Afrika," katanya sambil ketawa.

Atherton juga mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Tamil.

Bercerita bagaimana dia boleh bergelumang dengan dunia komedi, lelaki ini yang mempunyai ijazah dalam bidang undang-undang dari University of Queensland, Australia menyatakan, dia gemar membuat lawak jenaka sejak zaman sekolah lagi.

"Ayah inginkan saya menjadi peguam tetapi saya menjadi pelawak pula. Tidak mengapa, asalkan saya masih mempunyai pekerjaan.

"Realitinya, semasa bersekolah, saya sering membuat lawak jenaka kepada rakan-rakan sekolah," katanya.

Berbicara cara-cara menjadi seorang pelawak yang baik Atherton berpendapat, tiada syarat atau petua khusus untuk tujuan itu.

"Mungkin pengalaman bekerja dan mengembara hampir di seluruh dunia telah menyebabkan saya memperolehi 'ilmu dunia' terutamanya tentang cara-cara berkomunikasi secara langsung atau tidak langsung.

"Saya juga sedang giat belajar menghormati adat resam sesebuah negara," katanya.

Tujuan dia mempelajari adat resam itu adalah bagi mengelakkannya bersikap tidak beradab.

Semasa di peringkat awal kerjayanya, Atherton pernah dibaling botol oleh penonton yang menyaksikan persembahannya di sebuah kelab malam di London, Britain pada awal 1980-an.

"Semasa itu pertandingan bola sepak Piala Dunia berlangsung. Saya memperkecilkan pasukan bola sepak England dan melebihkan pasukan Australia.

"Natijahnya, saya dibaling botol sehingga mengenai kepala. Saya terpaksa dibawa keluar dengan beberapa orang pengawal keselamatan melindungi saya.

"Lucunya, bayaran untuk persembahan itu juga tidak dijelaskan," ujarnya.

Sisi manis pula, dia pernah mendapat bayaran RM40,000 hanya untuk sesi komedi selama 15 minit.

"Saya dibayar sebanyak itu oleh seorang hartawan dari Asia Barat yang membuat sambutan ulang tahun kelahirannya di sebuah hotel di Kuala Lumpur berberapa tahun lalu.

"Pendapatan yang saya terima agak lumayan malah hanya boleh dikatakan saya bekerja untuk satu atau dua jam sahaja. Hebat bukan!," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Semangat patriotisme

Posted:

Semangat patriotisme

Semangat patriotisme

TUANKU ABDUL HALIM memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormat Utama bersama Tuanku Hajah Haminah dan Najib pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-56 di Dataran Merdeka semalam diadakan dengan penuh kemeriahan, warna warni dan disemarakkan dengan semangat patriotisme tinggi dan penghargaan untuk perajurit negara.

Ribuan rakyat tempatan dan warga asing hadir seawal 7 pagi untuk menyaksikan perarakan sambutan bertemakan Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.

Sambutan dimulakan sejurus keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah pada pukul 8 pagi disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Baginda kemudian membuat pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat diketuai Mejar Mohamad Abdullah.

Berlainan sambutan sebelum ini, acara pembarisan dan perarakan tahun ini dikaitkan dengan tema sambutan, yang memberi penghormatan kepada pengorbanan para pejuang menentang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang mempertahankan kedaulatan negara.

Berkonsepkan Patriotik, Perpaduan dan Kedaulatan Negara, perarakan tahun ini bertujuan menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara berdaulat dan rakyat sentiasa sedia mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang pencerobohan.

Seramai 15,280 peserta dari 56 kontinjen menyertai persembahan melibatkan empat segmen iaitu 'Malaysia Tanah Airku', Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteraan Bersama dan Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpah Darahku.

Segmen-segmen berkenaan melibatkan persembahan daripada 23 kontinjen kawad, 16 kumpulan pancaragam, aset dari lima badan keselamatan, lima persembahan padang termasuk Skuadron Istiadat Berkuda dan dua persembahan udara melibatkan pesawat pejuang jenis Sukhoi 30MKM, MIG 29 dan FA 18/D Hornet.

Hampir 300 aset keselamatan dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Penguat Kuasa Maritim Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia turut dipamerkan.

Penghormatan juga diberi kepada Kontinjen Op Daulat yang terbabit dalam mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah Mac lepas terdiri daripada 400 anggota pelbagai pangkat dari agensi-agensi penguatkuasa negara.

Turut hadir dan diberi penghormatan ialah 20 keluarga anggota keselamatan yang terkorban semasa Op Daulat.

Sementara itu, Najib ketika berucap kepada para peserta perarakan kemudiannya menyifatkan sambutan kali ini menunjukkan betapa kuatnya semangat cinta pada negara dalam kalangan warga Malaysia.

Mati ditembak dalam kuil

Posted:

Mati ditembak dalam kuil

Mati ditembak dalam kuil


JAGANATHAN


NUSAJAYA - Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) yang dipercayai menjadi kepala gengster Geng 21 maut akibat ditembak tanpa belas kasihan ketika dia sedang melakukan upacara sembahyang di sebuah kuil di Taman Nusantara dekat Gelang Patah kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, K. Jaganathan, 37, seorang penternak lembu mati selepas terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat oleh seorang lelaki bermotosikal.

Difahamkan, si mati pernah ditahan di Penjara Simpang Renggam, Kluang, Johor selama dua tahun selain turut terlibat dengan kumpulan kongsi gelap.

Geng 21 aktif melakukan pelbagai jenayah di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketika kejadian, mangsa berada di dalam kuil itu bersama ibu, isteri dan tiga anaknya namun ahli keluarganya tidak cedera.

Ibu Jaganathan, M. Letchumi, 63, berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas apabila seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup penuh, iaitu pembonceng motosikal masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan tembakanbertubi-tubi ke arah anak lelakinya.

Tembakan itu mengenai dada, bahu dan belakang mangsa.

Ketika kejadian, terdapat lebih 10 orang yang sedang bersembahyang di dalam kuil berkenaan bertempiaran lari.

Suspek kemudian beredar bersama seorang lagi rakannya dengan menunggang motosikal jenis Yamaha LC putih.

"Apa salah anak saya? Mengapa mereka menembak dia tanpa belas kasihan," kata Letchumi ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, mangsa yang cedera parah disahkam mati selepas dibawa ke sebuah klinik berhampiran dan mayatnya dihantar ke HSA untuk dibedah siasat.

Siasatan awal mendapati si mati yang tinggal di Taman Universiti, Skudai memiliki lapan rekod jenayah termasuk kes bunuh.

"Susulan kejadian tembak itu, polis menahan lelaki berusia 30-an di kawasan Gelang Patah pada pukul 10 malam kelmarin.

"Dengan penahanan itu, kita percaya kes ini dapat diselesaikan," kata beliau.

Polis setakat ini, masih menyiasat motif sebenar kejadian termasuk pembabitan si mati dalam kumpulan kongsi gelap Geng 21 serta aktiviti-aktiviti jenayah lain.

Tiga mesin ATM dipecah serentak

Posted:

Tiga mesin ATM dipecah serentak

Tiga mesin ATM dipecah serentak

Oleh JULIA ISMAIL
julia.ismail@kosmo.com.my


ANGGOTA forensik memeriksa bahagian belakang sebuah bangunan kosong yang digunakan penjenayah sebelum melarikan wang tunai di dalam tiga buah mesin ATM di Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Tiga buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Pengkalan Chepa di sini semalam dipecah sekumpulan penjenayah menyebabkan kerugian RM657,905.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 3 pagi itu bagaimanapun disedari empat jam kemudian ketika wakil syarikat keselamatan datang ke bank tersebut untuk membuat pemeriksaan rutin.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pemeriksaan mendapati suspek yang disyaki lebih daripada seorang memecahkan peti simpanan wang ATM melalui sebuah premis kosong yang terletak di belakang bangunan.

"Suspek memotong jeriji untuk masuk ke dalam bangunan (kosong) di belakang mesin ATM dan memecahkan peti simpanan wang dengan menggunakan gas oxy-Acetylene (oxy)

"Siasatan mendapati suspek telah memecahkan tiga mesin ATM manakala sebuah lagi mesin deposit tunai tidak diusik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Mazlan, pihaknya percaya kumpulan penjenayah itu membuat persediaan rapi sebelum melakukan jenayah tersebut selain penglibatan suspek yang berpengalaman.

Siasatan secara terperinci termasuk meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) akan dilakukan bagi mengesan penjenayah terlibat.

"Kita akan menyiasat sama ada kes ini melibatkan orang dalam.

"Mereka juga (penjenayah) tidak mungkin berjalan kaki kerana mesin gas oxy perlu dibawa dengan kenderaan," katanya.

Jelas beliau, kes tersebut adalah yang kedua dilaporkan berlaku di negeri ini pada tahun ini namun menggunakan modus operandi yang berbeza.

Akhbar pada 2 Jun lalu melaporkan, sebuah mesin ATM bersebelahan bangunan Tabung Haji dekat Pasir Mas dipecah penjenayah dengan menggunakan gas oxy menyebabkan kerugian lebih RM200,000.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, suspek memasuki bank tersebut dari bahagian hadapan dan berselindung di sebalik kain rentang bagi mengelak kegiatan mereka disedari orang awam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Satu enjin untuk tiga segmen

Posted:

Satu enjin untuk tiga segmen

Satu enjin untuk tiga segmen

Oleh SHAWKATH AZDE

BOON Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) mula mengorak langkah agresif dalam industri motosikal tempatan sejak awal tahun lalu.

Strategi pertama melibatkan pengenalan model-model naik taraf ke pasaran motosikal underbone. Ia bertujuan mengukuhkan kedudukan sedia ada.

Pengeluar dan pengedar motosikal jenama tersohor dari Jepun itu turut meneroka beberapa segmen motosikal baharu.

Antaranya termasuk kelas superbike, grand tourer, skuter berkuasa tinggi dan dwikegunaan.

Momentum sama dilaksanakan pada tahun ini. Sepanjang tempoh tujuh bulan pertama 2013, sudah ada enam produk baharu dan naik taraf memasuki pasaran domestik.

Antara model dimaksudkan adalah siri Honda NC700, Wave 110, CBR600RR, Spacy Dark Knight, Air Blade dan EX5 Dream 110.

Tidak cukup dengan itu, Boon Siew Honda sekali lagi tampil mengejutkan pasaran. Kali ini, ia membabitkan siri Honda CB500.

Keluarga motosikal itu terdiri daripada tiga varian iaitu CBR500R, CB500F dan CB500X. Kesemua jentera beroda dua itu tergolong dalam kelas 500cc.

Pengenalan Honda CB500 di peringkat antarabangsa mengambil tempat di Pameran Motosikal Milan (EICMA) di Itali pada November 2012.

Kemunculan rangkaian CB500 menandakan pengembalian jenama Honda dalam segmen 500cc.

Sebelum ini, Honda Motor Co. di Jepun ada menawarkan rangkaian CB500 pada tahun 1994. Aktiviti penjualan tamat pada 2004.


PANEL meter digital memaparkan maklumat tunggangan dan beberapa petunjuk isyarat keadaan semasa motosikal.


Di pasaran tempatan, tindakan Boon Siew Honda membawa masuk siri CB500 adalah langkah tepat.

Jika diamati landskap segmen motosikal 400cc hingga 500cc, vakum pasaran itu masih belum diterokai sepenuhnya oleh pemain-pemain dalam industri.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada berkata, siri CB500 dibangunkan sebagai jentera mampu milik untuk pengguna di Asia.

Katanya, siri motosikal itu mencerminkan reputasi jenama Honda berhubung aspek rekaan, inovasi, prestasi, kebolehpercayaan dan ketahanan.

Ketiga-tiga motosikal itu menggunakan rangkaian kuasa sama iaitu enjin silinder kembar selari bersesaran 471cc. Kotak gear enam kelajuan diberikan sebagai padanan.

CBR500R dan CB500F

Setiap varian dalam keluarga CB500 ada sasaran pelanggan berbeza. Bagi mereka yang mahu sebuah model supersport, CBR500R adalah jawapannya.

Produk keluaran kilang di Thailand itu menggunakan casis besi ringan. Kerangka itu ditutupi dengan fairing penuh.

Fairing tersebut direka untuk membantu menyalurkan aliran udara ke kawasan enjin, meningkatkan aspek keselesaan tunggangan dan mengurangkan kesan seretan angin.

Bagi memenuhi cita rasa pelanggan yang gemar sebuah jentera berkuasa untuk kegunaan dalam bandar, Boon Siew Honda tampil dengan varian CB500F.

Naked bike itu mempersembahkan paras rupa bersih dan gaya tersendiri dengan beberapa sentuhan klasik.

Solekan itu jelas kelihatan pada bahagian hendal lebar dan lampu utama bahagian hadapan motosikal.

CBR500R dan CB500F memiliki ketinggian pelana 790 milimeter (mm). Paras ketinggian itu memudahkan para penunggang melabuhkan kaki ke bumi sewaktu memberhentikan jentera.


BOON Siew Honda turut menawarkan koleksi motosikal CB500 dengan sistem brek antikekunci.


CB500X

Aktiviti kembara motosikal kian mendapat tempat di hati penunggang tempatan. Maka tidak hairan jika perkara itu disedari Boon Siew Honda.

Taruhan untuk segmen kembara adalah Honda CB500X. Inspirasi binaan model itu datangnya daripada Honda V4 Crosstourer 1,200cc.

Untuk menepati sifat lasak, casis motosikal ini dicipta lebih tinggi berbanding CBR500R dan CB500F. Sistem suspensi hadapan juga lebih panjang daripada ahli keluarga CB500 yang lain.

Sebagai pelengkap kejuruteraan binaan, posisi tempat duduk dicipta agar kedudukan badan penunggang adalah tegak. Ia disokong dengan aplikasi hendal lebar.

Plak pelindung (kowl) yang dipasang pada bahagian bawah enjin membantu melindungi enjin dan paip ekzos daripada tempias batu-batu kecil sewaktu tunggangan.

Rangkaian motosikal CB500 ditawarkan dengan versi standard dan versi sistem brek antikekunci (ABS). Ia memiliki potensi besar untuk menarik pembeli tempatan jika dilihat pada aspek harga dan kualiti produk.

Sudah pasti ia mendatangkan saingan sengit kepada pengeluar motosikal lain. Mungkin selepas ini, lebih ramai pemain lain akan memperkenalkan jentera pada harga yang lebih menarik.

Trend sorok wayar Honda Civic EG

Posted:

Trend sorok wayar Honda Civic EG

Trend sorok wayar Honda Civic EG

Oleh IRWAN ASRI MOHD. NOR


BAHAGIAN belakang dikekalkan imej kemas tanpa pemasangan kit badan berlebihan.


SAYA tidak boleh nafikan bahawa trend ini semakin menular dalam dunia modifikasi di Malaysia. Dikenali sebagai wire tuck atau sorok wayar, ia dibuat supaya ruang enjin kereta nampak bersih dan kemas.

Honda EG itu merupakan salah satu contoh bagaimana wire tuck boleh membuatkan sesebuah kereta menyerlah. Saya yakin, ramai yang cemburu dan makan sakit hati apabila melihat ruang enjin boleh jadi secantik ini.

Kemudian, mungkin ramai yang kata, "Ah... enjin VTEC, bolehlah buat, wayar tak banyak."

Itu kenyataan yang salah. Sebenarnya kaedah wire tuck boleh dibuat ke atas apa jua jenis enjin. Cuma enjin VTEC lebih senang kerana kit wire tuck untuknya banyak dijual di pasaran.

Apabila guna kit, separuh daripada kerja sudah pun siap. Kit itu memudahkan kerja menyatukan wayar-wayar lama kepada satu atau dua soket sahaja. Tetapi harus tahu bahawa kit tersebut bukanlah murah. Saya kurang pasti sama ada ia sudah dijual secara rasmi atau tidak di Malaysia.

Selain menggunakan kit, kaedah kedua adalah dengan melakukannya sendiri secara manual. Namun, ia memerlukan kepakaran yang tinggi. Sebabnya, kalau tersilap buat masalah lain pula yang timbul nanti.

Kaedah ini apabila sudah sampai tahap ekstrem, jadilah seperti Honda Civic EG itu. Tidak perlu penyaman udara dan stereng kuasa. Cuma enjin semata-mata, malah crossmember pun dibuang.

Ini adalah antara kelompok terawal yang main wire tuck di Pulau Pinang. Mereka bergerak dalam kumpulan kecil. Tetapi apa yang pasti, semua kereta memang sangat kemas dan bersih. Sekali tengok rasa macam kereta di Amerika Syarikat.

Nama kumpulan mereka juga unik iaitu Kopi Tatt. Pengasasnya ialah Lee Eng Tatt yang juga pemilik Civic EG ini.


SET roll cage enam poin Cusco dipasang pada Civic EG.


Dari luar, Civic tersebut kelihatan seperti tidak mengalami banyak perubahan. Sepasang fender depan yang dibuat lubang untuk aliran udara, spoiler Spoon di belakang, cermin sisi Spoon jenis karbon dan lips Mugen.

Pada awalnya, jentera itu tidaklah terlalu menarik perhatian. Namun, persepsi saya berubah apabila Tatt membuka bonet enjinnya. Sungguh tidak sangka ruang dalaman dan enjinnya boleh jadi cantik sampai begitu sekali.

Trend Civic EG sebegini sudah jadi perkara biasa di Amerika Syarikat.

Melihat kepada ruang dalamannya, set roll cage enam poin jenama Cusco telah dipasang. Stereng Mugen FG360 yang sangat sukar ditemui pula akan membuatkan sesiapa sahaja berasa kagum.

Mungkin ada yang perasan bahawa rimnya tidak terkeluar. Itulah perkara yang saya hendak cerita. Geng Kopi Tatt lebih dipengaruhi gaya Jepun pada rimnya. Rim Spoon SW388 15 inci dipadankan dengan tayar Advan Neova AD08 195/55/15.

Suspensinya digantikan dengan set boleh laras Cusco bersama brek Mugen dan cakera bersaiz 282mm Project U. Sangatlah sakit jiwa tengok kereta yang nampak sempoi tapi breknya sama harga dengan kos hendak pergi umrah. Brek belakangnya, DC5 dengan cakera Spoon. Sistem brek itu kemudian diperkuatkan dengan silinder utama Wilwood.

Adakah enjin kereta itu laju macam roket? Dimodifikasi sampai tahap kalis peluru? Tidak. Kereta itu masih dipandu sebagai pengangkutan harian, tanpa penyaman udara dan stereng kuasa.

Ini bukanlah benda kelakar. Memang realiti sebab kelompok begini tidak kisah pun panas dan penat tangan memulas stereng. Setiap kali panas, berenti tepi jalan, bukak enjin tengok radiator Koyo dengan enjin berkilat-kilat boleh buat hati jadi sejuk.

KTM 690 Duke R

Posted:

KTM 690 Duke R

KTM 690 Duke R


SISTEM perendam bunyi Akrapovic membantu meningkatkan kuasa enjin sebanyak 2hp.


MOTONATION Manufacturer Sdn. Bhd. (KTM Malaysia) baru-baru ini memperkenalkan satu lagi produk pemasangan tempatan (CKD) iaitu KTM 690 Duke R ke pasaran Malaysia. Model itu dihasilkan menerusi kilang pemasangan yang terletak di Jitra, Kedah.

KTM 690 Duke R tergolong dalam kategori naked bike. Lencana R pada nama model itu mendokong maksud Racing. Ini adalah sebuah jentera baharu dan bukannya versi naik taraf KTM 690 Duke.

Jentera itu menggunakan khidmat enjin silinder tunggal bersesaran 690cc. Sebagai padanan, transmisi enam kelajuan diadun pada rangkaian kuasa motosikal itu.

Hasilnya, 690 Duke R berupaya menghamburkan kuasa output maksimum sebanyak 70hp. Kuasa kilas puncak adalah sebanyak 70Nm. Inilah motosikal dengan enjin silinder tunggal paling berkuasa di dunia.

Sistem penyampaian bahan api menggunakan kaedah pancitan terus dan dikawal secara elektronik.

Fokus kejuruteraan model baharu itu melibatkan beberapa aspek penting termasuk tahap ketegaran, kestabilan, prestasi membrek dan keselesaan.

Elemen ketegaran membabitkan pengenaan casis tiub ringan dan profail lengan ayun tuangan terap. Berat casis dan lengan ayun masing-masing adalah sebanyak 9 kilogram (kg) dan 4kg.

Bagi menikmati keseimbangan antara kawalan dan pengendalian, suspensi jenama WP dipasang pada bahagian hadapan dan belakang. Kedua-dua komponen itu boleh diselaras mengikut kesesuaian penunggang.

Tugas memberhentikan jentera diserahkan kepada sistem brek cakera dengan angkup Brembo M50. Ciri sistem brek antikekunci (ABS) telah diadun pada kedua-dua roda hadapan dan belakang.

Jika ada yang mahu keseronokan tambahan, ciri ABS pada roda belakang boleh dipadam untuk membolehkan mode supermoto dinikmati ketika tunggangan.

Soal keselesaan membabitkan pemasangan tempat duduk ergonomik dan posisi perehat kaki bersesuaian. Pelana yang digunakan datangnya daripada koleksi Powerparts KTM.

Sistem ekzos digunakan adalah jenis titanium Akrapovic (slip-on). Perendam bunyi itu membantu meningkatkan kuasa kuda KTM 690 Duke R sebanyak 2hp.

Harga jualan asas tidak termasuk insurans dan cukai jalan adalah sebanyak RM52,500 seunit. Jaminan diberikan adalah selama 24 bulan tanpa had jarak perbatuan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Semarak merdeka melalui kembara

Posted:

Semarak merdeka melalui kembara

Semarak merdeka melalui kembara

HILMI dan Muhamad Farid menyempurnakan majlis pelepasan konvoi Kembara Merdeka Pulau Pinang 2013 di Balik Pulau, Pulau Pinang baru-baru ini.


NYANYIAN lagu Jalur Gemilang yang didendangkan sekumpulan remaja berkemundang menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Pulau Pinang 2013 ke daerah Balik Pulau.

Konvoi 40 peserta yang terdiri daripada warga kerja Jabatan Penerangan Pulau Pinang itu kelihatan bersemangat sambil mengibarkan Jalur Gemilang yang dipegang erat di tangan.

Balik Pulau yang terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar George Town itu dipilih sebagai destinasi pertama konvoi yang dilancarkan 1 Ogos lalu.

Peserta konvoi yang menaiki pelbagai jenis kenderaan termasuk pacuan empat roda, telah bergerak dari Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ke Balik Pulau.

Konvoi Kembara Merdeka Jabatan Penerangan Negeri itu kemudian bergerak sejauh 60 kilometer mengelilingi daerah tersebut bermula di Jalan Baru, Balik Pulau dan berakhir di Permatang Damar Laut.

Menurut Ketua Konvoi yang juga Pengarah Penerangan Negeri, Ishak Abdullah, program kembara itu merupakan acara tahunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi menyambut bulan kemerdekaan.

Objektifnya untuk meniupkan semangat patriotisme di kalangan kakitangan jabatan itu dan masyarakat setempat.

"Di setiap daerah yang disinggahi, kami berpeluang mendekati masyarakat setempat dan mengedarkan risalah mengenai kemerdekaan negara dan Jalur Gemilang.

"Walaupun tarikh 31 Ogos biasanya disambut dengan cuti umum, tetapi kita mahu sambutan keramat ini disemarakkan lebih awal menerusi penganjuran program turun padang seperti ini," ujarnya.

Majlis pelepasan konvoi di Balik Pulau telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad.

Sementara itu, seorang pelajar, Rusmina Kamaruddin, 18, menyifatkan program seperti itu membolehkan generasi muda sepertinya menyedari kepentingan pengorbanan para pejuang kemerdekaan sebelum ini.

"Pada saya, mesej yang ingin disampaikan oleh peserta konvoi ini amat penting kerana mereka bukan hanya berkenderaan sambil mengibarkan Jalur Gemilang tetapi membawa suatu penghayatan yang amat mendalam," ujarnya. - MALINDA ABDUL MALIK

Kanak-kanak tonjol semangat kenegaraan

Posted:

Kanak-kanak tonjol semangat kenegaraan

Kanak-kanak tonjol semangat kenegaraan


SEKUMPULAN kanak-kanak berlari penuh semangat memegang Jalur Gemilang sambil melaungkan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" di Tajung Labian, Sabah.


"MERDEKA! Merdeka! Merdeka!"

Sorak sekumpulan kanak-kanak kecil berlari di pesisir pantai Tanjung Labian, Sabah sambil mengibarkan Jalur Gemilang telah menarik perhatian penulis semasa melintasi kawasan tersebut.

Jelas, perbuatan sekumpulan kanak-kanak itu membuktikan semangat kenegaraan mereka. Makna kemerdekaan pasti lebih bererti buat mereka apabila pernah melalui detik cemas tatkala kes pencerobohan pengganas Kiram di wilayah tersebut.

Mengimbas kembali, Lahad Datu telah diceroboh pada bulan Februari lalu, bermula di Kampung Tanduo sebelum merebak ke perkampungan Tanjung Batu dan Tanjung Labian.

Ketika pencerobohan itu berlaku, penulis berkesempatan membuat liputan bersama Penolong Ketua Biro Kosmo! Sabah, Mustapa Lakawa.

"Perbuatan pengganas ini kejam dan tidak berhati perut," kata seorang penduduk, Irman Habek.

Ketika itu penduduk kampung sudah mula memasuki rumah masing-masing secara berperingkat setelah menerima lampu hijau daripada pihak keselamatan.

Kawasan Kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian terletak berdekatan pesisir pantai.

Kawalan keselamatan oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia, Maritim Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia telah meyakinkan penduduk untuk melakukan aktiviti harian.

Tugas sentri bukanlah mudah. Apatah lagi dalam kawasan pasca peperangan.

Kesungguhan anggota keselamatan yang lengkap bersenjata bertugas mengawal keadaan amat dikagumi.

Kini kawasan keseluruhan Lahad Datu telah diwartakan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang merangkumi kawasan pantai timurnegeri itu termasuk Kudat, Tawau, Kunak dan Sandakan. - MOHD. NAIM AZIZ

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Misi raih gelaran Piala Asia gagal

Posted:

Misi raih gelaran Piala Asia gagal

Misi raih gelaran Piala Asia gagal

PEMAIN Malaysia, Muhammad Razie Abd. Rahim (kanan) mengekang gerakan pemain India pada aksi separuh akhir Piala Asia 2013 di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh malam tadi.


MALAYSIA terpaksa melupakan hajat menjuarai Kejohanan Hoki Piala Asia buat kali pertama selepas tewas 0-2 kepada Pakistan pada aksi separuh akhir di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh malam tadi.

Kealpaan benteng pertahanan sekali lagi memakan diri skuad kendalian Paul Revington itu apabila gagal menghalang India menjaringkan dua gol, masing-masing satu menerusi pukulan sudut penalti dan jaringan padang.

"Pemain-pemain sudah memberikan yang terbaik tetapi jelas nasib tidak memihak kepada Malaysia.

"Apa pun kita juga berjaya mencipta beberapa peluang terbaik tetapi masih gagal memanfaatkannya.

"Bagi aksi penentuan tempat ketiga/keempat menentang Pakistan Ahad ini, kami akan cuba untuk beraksi dengan lebih baik dan memperbaiki segala kelemahan yang ada," jelas Revington.

Pada aksi malam tadi, gol pertama India hadir menerusi jaringan pakar pukulan sudut penalti, V. R. Ragunath seawal minit kelapan manakala gol kedua hasil sumbangan Mandeep Singh pada minit ke-60.

Terdahulu, juara Piala Asia 2009, Korea Selatan menempah tiket ke final selepas melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Pakistan dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.

Kekalahan itu merupakan tamparan hebat buat Pakistan yang terpaksa melupakan impian beraksi pada kempen Piala Dunia 2014.

Kedatangan Pakistan ke Ipoh bertujuan menjuarai Piala Asia bagi menempah tiket secara automatik ke Belanda.

Ia merupakan kegagalan pertama Pakistan beraksi pada Piala Dunia sejak edisi 1971 di Barcelona, Sepanyol yang mana mereka pernah menjuarai Piala Dunia sebanyak empat kali.

Jurulatih Pakistan, Tahir Zaman menyifatkan kekalahan tersebut sebagai hari paling malang buat skuad kendaliannya.

"Kami amat kecewa kerana tidak dapat beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia," jelas Tahir.

Biarpun belum mengesahkan kejuaraan Piala Asia kali ini, Korea Selatan terlebih dulu muncul pasukan pertama dalam 'senarai menunggu' layak beraksi pada Piala Dunia 2014 setelah Argentina menjuarai Piala Pan Amerika bulan lalu.

Pasukan kedua 'senarai menunggu' - Sepanyol pula layak setelah Jerman menjuarai Piala Eropah baru-baru ini manakala Malaysia layak ke Belanda jika Australia dan New Zealand menjuarai Piala Oceania pada Oktober depan.

Dalam perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan, Jepun berjaya menumpaskan Bangladesh 3-0.

Oman pula terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Taiwan 4-2 menerusi penentuan pukulan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas tamat 70 minit perlawanan sebenar.

Rela bayar gaji pengadil

Posted:

Rela bayar gaji pengadil

Rela bayar gaji pengadil

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

PRESIDEN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara terbuka menyatakan kerelaannya untuk mengeluarkan duit poketnya sendiri bagi membayar khidmat pengadil yang mengadili perlawanan Liga Malaysia (Liga M) jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mampu membiayai gaji mereka.

Tunku Ismail berkata, kenyataannya bukan untuk memperlekeh sesiapa tetapi apa yang dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu pengadilan bola sepak Malaysia.

Pada hemat Tunku Ismail, beberapa cara pengadilan yang dipraktikkan oleh pengadil di negara ini terlalu lemah disebabkan atas dua faktor utama iaitu berpunca daripada kurangnya pengetahuan atau dihantui masalah rasuah.

"Saya tiada agenda peribadi dan saya tiada niat untuk menentang FAM tetapi bagi saya, mereka perlu tegas.

"Saya percaya orang ramai mahu satu tindakan diambil dan FAM perlu membuktikan integritinya," kata Tunku Ismail pada sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru semalam.

Menurut Tunku Ismail, isu pengadil 'berat sebelah' juga bukan satu perkara baharu dan beliau bertekad untuk terus memperkatakan tentang isu berkenaan selagi FAM tidak mengambil langkah-langkah serius mengatasinya.

"Ia bukan satu masalah yang tidak boleh diselesaikan tetapi apabila wujud sifat tidak amanah oleh individu dalaman yang tidak bertanggungjawab, ia sekali gus mampu menghancurkan masa depan arena bola sepak tempatan," ujarnya lagi.

Tunku Ismail turut mengingatkan para pemain Johor Darul Takzim (Johor DT) mahupun Johor agar tidak terjebak dengan gejala bookie dan mengatur perlawanan bagi mengelak diri mereka disingkirkan serta merta.

Dalam perkembangan berkaitan, Tunku Ismail berkata, pihaknya telah menghantar aduan secara bertulis serta bukti dalam bentuk rakaman yang dimuatkan dalam cakera padat kepada FAM berhubung mutu pengadilan.

"Namun, sehingga kini, tiada sebarang maklum balas diterima.

"Jika sudah tidak berminat untuk mentadbir dengan penuh integriti, beri peluang kepada orang lain yang lebih berkelayakan, (pegawai FAM) sila letak jawatan dan biarkan ia diisi oleh individu lain yang lebih layak menjawatnya.

"Saya lihat, kualiti permainan oleh para pemain semakin meningkat tetapi sayangnya ia dicacatkan pula mutu pengadilan yang tidak memuaskan," katanya.

Mengenai video yang antara lain merakamkan tindakannya memarahi seorang pengadil yang tersebar luas dalam laman sosial baru-baru ini, Tunku Ismail menegaskan, ia merupakan satu tuduhan semata-mata.

Tunku Ismail menjelaskan, beliau hanya mahu mendapatkan penjelasan daripada pengadil terbabit yang pada pandangannya telah membuat keputusan salah ketika mengadili aksi Piala Malaysia antara Johor DT dan Felda United.

"Saya bukan memarahi pengadil itu, saya hanya mahukan jawapan atas beberapa keputusan pengadil itu.

"Saya yakin keputusan pengadil itu tidak patut dikenakan terhadap pemain Johor DT dan hingga kini saya menunggu jawapan yang sewajarnya dan tiada siapa pun yang boleh menjawabnya," katanya.

Negeri Sembilan idam kejutan

Posted:

Negeri Sembilan idam kejutan

Negeri Sembilan idam kejutan

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my


MODIBO (kanan) bersaing dengan Nwakaeme pada saingan Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Selasa lalu.


ATAS kertas, Negeri Sembilan diramal menghadapi misi sukar apabila menentang penyandang juara, Kelantan pada aksi keempat Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Bagaimanapun, skuad Hoben Jang Hoben itu tidak mahu menyerah awal sebelum bertandang ke gelanggang keramat skuad The Red Warriors.

Bagi pengendali sementara Negeri Sembilan, Ridzuan Abu Shah, biarpun menyedari Kelantan sukar dijinakkan apabila beraksi di laman sendiri, namun beliau tetap percaya The Red Warriors masih mampu ditumbangkan di hadapan penyokong sendiri.

"Saya akui bermain di gelanggang lawan terutama di Kota Bharu adalah tugas yang sukar buat mana-mana pasukan tetapi kami tidak gentar dan kami akan bermain mengikut cara kami sendiri.

"Seperti yang kita ketahui, hanya satu atau dua pasukan yang pernah menang di Kota Bharu.

"Namun, apa yang penting kami akan mengekalkan corak permainan kami dan berharap ia mampu membuahkan hasil," kata Ridzuan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ridzuan juga menyeru anak-anak buahnya supaya bermain bersungguh-sungguh dan memberi komitmen penuh dalam perlawanan getir itu.

"Saya yakin sekiranya semua pemain berusaha tanpa jemu kita mampu memberi saingan dan seterusnya membawa pulang mata berharga.

"Apa yang penting para pemain perlu meningkatkan lagi tahap permainan dan prestasi kerana saingan kini semakin sengit," jelasnya.

Sebagai rekod, pertemuan antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi minggu lalu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.

Mengulas mengenai persiapan pasukannya, Ridzuan memberitahu, benteng pertahanan Negeri Sembilan sedikit pincang ekoran penggantungan pemain pertahanan dari Cameroon, William Modibo selepas mengutip dua kad kuning.

"Kehilangan Modibo sudah pasti membuatkan benteng pertahanan kami sedikit goyang tetapi saya sudah mengenalpasti pemain yang mampu mengisi kekosongan itu.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu menjadikan alasan itu menjejaskan persiapan kami kerana Kelantan juga dikhabarkan kehilangan penyerang utama mereka, Dickson Nwakaeme akibat kecederaan," jelasnya.

Menurutnya, walaupun Kelantan kehilangan penyerang utamanya tetapi The Red Warriors masih mempunyai beberapa penyerang merbahaya yang perlu diberi perhatian oleh anak-anak buahnya.

Negeri Sembilan kini berada di tangga ketiga Kumpulan C di belakang Kelantan dan Pahang selepas mengutip empat mata daripada tiga perlawanan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Pekerja restoran makanan segera mogok

Posted:

Pekerja restoran makanan segera mogok

Pekerja restoran makanan segera mogok

PEKERJA dan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di dalam sebuah restoran McDonald's di Hollywood, California kelmarin.- REUTERS


NEW YORK - Pekerja rangkaian restoran makanan segera di beberapa bandar raya di Amerika Syarikat (AS) termasuk di sini, Chicago dan Detroit mengadakan demonstrasi kelmarin bagi menuntut gaji yang lebih tinggi.

Bantahan tersebut adalah yang terbesar melibatkan pekerja sektor berkenaan setakat ini.

Pekerja-pekerja berkenaan memberitahu, gaji mereka sekarang tidak dapat menampung kos sara hidup.

"Kami mahu dibayar upah AS$15 (RM49) sejam atau AS$31,000 (RM102,563) setahun untuk pekerja sepenuh masa," kata seorang jurucakap penunjuk perasaan itu.

Jumlah itu lebih dua kali ganda daripada gaji minimum yang ditetapkan kerajaan AS iaitu AS$7.25 sejam (RM23.90) atau AS$15,000 (RM49,627) setahun.

Perkembangan tersebut berlaku ketika wujud gesaan daripada White House, sebahagian anggota Kongres dan pakar ekonomi supaya gaji minimum dinaikkan.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan di AS ialah pada 2009.

Namun, tuntutan penunjuk perasaan tersebut adalah jauh lebih tinggi daripada yang dicadangkan oleh Presiden AS, Barack Obama.

Beliau sebelum ini mahu menaikkan gaji minimum kepada AS$9 (RM29.70) sejam.

Dalam pada itu, pihak industri restoran memberitahu, pemberian kenaikan gaji akan menyebabkan harga makanan yang dijual meningkat sekali gus membebankan pengguna.

Kesatuan Perkhidmatan Pekerja Antarabangsa (SEIU) yang mewakili lebih 2 juta pekerja dalam sektor kesihatan, pembersihan dan industri lain bertanggungjawab menyediakan sokongan kewangan dan latihan penganjur mogok itu di seluruh AS.

Di bandar raya ini semalam sekitar 400 penunjuk perasaan memasuki sebuah restoran McDonald's dekat Bangunan Empire State.

Sejurus selepas demonstrasi berakhir, restoran berkenaan kembali beroperasi seperti biasa.

Seorang pelanggan, Ryan Carter berkata, dia menyokong sepenuhnya tuntutan kenaikan gaji pekerja dalam sektor berkenaan.

"Mereka bekerja lebih keras daripada bilionair-bilionair di bandar raya ini," katanya. - AP

Turki pasti Bashar dalang serangan gas beracun

Posted:

Turki pasti Bashar dalang serangan gas beracun

Turki pasti Bashar dalang serangan gas beracun

POTRET Bashar tergantung pada dinding bangunan Hospital Tentera Yousef di Damsyik semasa lawatan pasukan pakar senjata kimia PBB semalam.- REUTERS


ANKARA - Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu semalam menyatakan hasil maklumat risikan negara itu membuktikan pasukan tentera Presiden Bashar Al-Assad bertanggungjawab melancarkan serangan gas saraf di Damsyik pada minggu lalu.

Sebelum ini, Ankara menegaskan bahawa pihaknya bersedia menyertai apa jua bentuk tindakan ke atas Bashar oleh Barat walaupun tanpa mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Turki juga telah meletakkan angkatan bersenjatanya dalam keadaan bersiap sedia bagi mengawal negara itu daripada ancaman Syria.

"Daripada pandangan kami, secara keseluruhan dan berdasarkan siasatan perisikan kami serta penilaian beberapa pakar, tidak syak lagi bahawa rejim Bashar bertanggungjawab melakukan serangan kejam itu," kata Davutoglu.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) akan menyiarkan laporan perisikannya berhubung serangan yang didakwa telah meragut lebih 1,300 nyawa itu hari ini.

Sekutu AS, Perancis pula menegaskan pihaknya sedia turut serta jika AS bertindak menyerang Syria sebagai menghukum rejim Bashar kerana menggunakan senjata kimia walaupun tanpa kelulusan PBB.

Senjata pemusnah besar-besaran itu diharamkan dalam Konvensyen Geneva.

Pendirian Paris itu berbeza dengan London.

Parlimen Britain semalam menolak campur tangan ketenteraan negara itu di Syria. - Agensi

Kembar Siam berkongsi dada berjaya dipisahkan

Posted:

Kembar Siam berkongsi dada berjaya dipisahkan

Kembar Siam berkongsi dada berjaya dipisahkan


KEADAAN Owen dan Emmett Ezell selepas dilahirkan pada 15 Julai dan dirawat di unit rawatan rapi Hospital Kanak-Kanak Medical City di ibu negeri Texas, Amerika Syarikat. - Agensi


DALLAS - Ibu kepada sepasang kembar Siam yang berjaya dipisahkan memberitahu dia tidak sabar untuk mendukung dua bayi berkenaan.

Jenni Ezell sebelum ini menyangka kembar Siam yang berkongsi bahagian dada itu tiada harapan untuk hidup.

"Saya sungguh gembira mereka masih hidup. Ia perasaan paling hebat di dunia," kata Ezell dalam satu sidang akhbar di Hospital Kanak-Kanak Medical City di ibu negeri Texas di sini kelmarin.

Bayi kembar Siam lelaki itu, Owen dan Emmett Ezell dipisahkan pada Sabtu lalu selepas mereka lahir pada 15 Julai lepas dengan bahagian dada yang bercantum.

Bayi kembar Siam itu berkongsi hati dan usus.

"Keseluruhan proses kehamilan itu amat menakutkan. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku," ujar Ezell.

"Saya juga tidak tahu sama ada mereka akan selamat. Ia perasaan yang sukar untuk seorang ibu," tambahnya.

Kembar Siam itu dipisahkan dalam satu pembedahan yang melibatkan sepasukan pakar dan mengambil masa sembilan jam.

"Buat masa ini kedua-dua bayi itu stabil," kata seorang pakar bedah, Dr. Clair Schwenueman.

Fenomena bayi kembar Siam jarang berlaku. Menurutnya, kebarangkalian kembar Siam dilahirkan adalah satu dalam setiap 200,000 kelahiran. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Moyes tagih sentuhan Rooney

Posted:

Moyes tagih sentuhan Rooney

Moyes tagih sentuhan Rooney

31/08/2013 9:49pm

MANCHESTER - Pengurus Manchester United, David Moyes yakin mental dan fizikal Wayne Rooney berada dalam keadaan terbaik menjelang aksi Liga Perdana England menentang musuh tradisi, Liverpool di Anfield malam esok.

Penyerang England itu muncul pemain terbaik United ketika seri tanpa jaringan dengan Chelsea di Old Trafford awal pagi Selasa lalu.

Selai itu, spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan ke Chelsea juga sudah berakhir setelah skuad The Blues membawa masuk penyerang Cameroon, Samuel Eto'o ke Stamford Bridge.

"Rooney bermain dengan sangat baik pada pertemuan tempoh hari dan dia kini dalam keadaan terbaik daripada segi fizikal dan mental," jelas Moyes.

"Jadi, kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan keadaan itu kerana kami memerlukannya untuk beraksi pada prestasi sebenar buat masa ini," kata Moyes. - Reuters

Nicol bertemu Wee Wern final Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2013

Posted:

Nicol bertemu Wee Wern final Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2013

Nicol bertemu Wee Wern final Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2013

31/08/2013 9:48pm

KUALA LUMPUR - Dua ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dan Low Wee Wern bakal membuat perhitungan pada final edisi keempat Kejohanan Skuasy Kebangsaan 2013 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil esok.

Juara dua kali, Nicol yang bertemu Wee Wern buat pertama kalinya di pentas akhir berkata, dia teruja untuk menghadapi pertembungan itu.

"Saya jangka ia akan menjadi sesuatu yang menarik. Selain bersaing dengan Wee Wern buat pertama kalinya pada kejohanan ini, kami juga berasal dari Pulau Pinang.

"Bagaimanapun, kita tunggu saja aksi final nanti," kata pemain berusia 30 tahun itu.

Pada aksi separuh akhir hari ini, pemain No. 1 dunia itu menerima tentangan sengit daripada Delia Arnold sebelum berjaya menempah slot ke pentas akhir dengan kemenangan 11-5, 11-8, 12-10. - KOSMO!

Polis mohon saksi tampil bantu siasatan berkaitan kemalangan babitkan anggota

Posted:

Polis mohon saksi tampil bantu siasatan berkaitan kemalangan babitkan anggota

Polis mohon saksi tampil bantu siasatan berkaitan kemalangan babitkan anggota

31/08/2013 7:50pm

BELURAN - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu siasatan berhubung kes kemalangan maut di Km53 Jalan Beluran-Telupid Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V. Sivanathan berkata, mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nasyrul Ridzuan Abd Razak ditalian 014-8673360 atau Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 089-511222.

Kejadian tersebut mengorbankan lima nyawa termasuk tiga anggota polis

dari Daerah Beluran iaitu Koperal Saudi Meting, Koperal Hedzrin Ginan dan Lans Koperal Khairul Firdaus Abrahim.

Yang cedera ialah Koperal Mohd. Zaini Mohd. Razwan dan dua orang

awam yang masih ditempatkan di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan.

"Keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya kepada Bernama hari ini.

Sivanathan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta

Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved