Rabu, 1 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Berdakwah cara moden

Posted:

Berdakwah cara moden

Berdakwah cara moden

MENURUT definisi Kamus Dewan tentang perkataan berdakwah, ia bermaksud menjalankan kegiatan menyebarkan sesuatu kepercayaan atau menyebarkan ajaran sesuatu agama.

Seperti yang diketahui umum, aktiviti pendakwahan dalam Islam, telah dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi.

Kesinambungan aktiviti tersebut, dilakukan sehingga zaman moden ini. Matlamat utama mubaligh berdakwah adalah untuk menyebarkan ajaran Islam dengan cara memberi tazkirah terhadap masyarakat.

Di zaman serba canggih ini, penggunaan media massa merupakan antara medium yang paling penting dalam kehidupan seharian.

Tidak kiralah sama ada televisyen, radio, media cetak mahupun media yang lain merupakan antara pendekatan yang mudah untuk mendekati masyarakat melalui berdakwah.

Justeru, sejak berabad yang lalu, stesen televisyen khususnya, menggunakan medium tersebut dengan sebaik-baiknya untuk mewujudkan beberapa program dakwah seperti pembelajaran, tazkirah, soal jawab serta kini pencarian pendakwah di zaman serba moden ini.

Sisi berbeza Mimbar Pencetus Ummah

Sejajar dengan tagline, Macam-macam Ada, saluran Astro Oasis telah mengambil inisiatif bagi mewujudkan beberapa program dakwah di bawah saluran mereka.

Antara program yang diwujudkan mereka termasuklah Imam Muda, Ustazah Pilihan dan yang terbaharu, Mimbar Pencetus Ummah.

Apa yang menariknya tentang program berdakwah ini, selain para peserta yang terdiri dalam kalangan penceramah atau pendakwah Islam, pengisian program juga berjaya menarik golongan belia khususnya untuk menonton program tersebut.

Tidak dapat dinafikan, pertumbuhan program berunsurkan pendakwahan pada masa kini, semakin bertambah bilangannya.

RAHMAT antara enam peserta yang masih bersaing dalam Mimbar Pencetus Ummah.


Namun, menurut pengurus saluran Astro Oasis, Namanzee Harris berkata, Mimbar Pencetus Ummah merupakan sebuah program yang memberi ruang kepada pencetus ummah untuk menyampaikan dakwah secara kreatif.

Katanya, antara keunikan Mimbar Pencetus Ummah adalah dari segi pengisian program ini sendiri.

"Kami memang ingin tampilkan sesuatu yang berbeza kerana kami cuba menarik golongan muda yang mana kami menekankan aspek penataan cahaya, audio, visual dan juga mewujudkan persembahan dengan memanggil artis-artis bagi memeriahkan program.

"Antara perbezaan lain yang dibuat ialah kami menggunakan pendekatan laman sosial seperti Facebook untuk masyarakat memberikan idea serta pendapat mereka.

"Jadi, rasanya ini dapat menarik minat golongan belia iaitu remaja khusunya untuk terus menyokong program ini," jelas Namanzee tentang sisi lain program tersebut berbanding program sedia ada.

Pengisian serta konsep MPU

Tema merupakan antara elemen yang dimasukkan dalam program ini. Setiap minggu pihak produksi akan menyediakan tema untuk para pencetus ummah. Bagaimanapun, sejurus mendapat tema, pengisian harus difikirkan oleh peserta untuk disampaikan secara kreatif.

"Mereka akan berbincang dengan ketiga-tiga tenaga pengajar untuk mencari pendekatan yang sesuai. Seperti hadis dan ayat suci al-Quran yang ingin diselitkan, pihak produksi juga telah menyediakan tenaga pengajar yang bertauliah.

"Mimbar Pencetus Ummah merupakan program berunsur pendakwah bebas. Jika saya mampu simpulkan, ia memang berbeza dengan program yang juga kami hasilkan iaitu Imam Muda," ungkap Namanzee tentang perjalanan program tersebut.

Ujarnya lagi, Mimbar Pencetus Ummah merupakan pencarian pendakwah bebas. Justeru, apa yang dicari ialah pelapis pendakwah bebas.

Apa yang paling utama, sudah tentu persembahan para peserta untuk menarik minat penonton terhadap tazkirah yang disampaikan.


ANTARA kelainan yang diterapkan menerusi Mimbar Pencetus Ummah melibatkan peserta perlu menunjukkan bakat dalam sketsa.


Oleh kerana itu, Mimbar Pencetus Ummah diwujudkan dalam dua peringkat. Peringkat pertama, kreativiti dalam penyampaian tazkirah manakala peringkat kedua pula ialah tentang kepakaran dan kecekapan dalam sesi soal jawab.

"Sesi soal jawab ini boleh datang sama ada dalam kalangan penonton mahupun daripada juri dan tenaga pengajar. Penglibatan artis pula kita kategorikan mereka dalam kalangan penonton.

"Cuma kami ingin jadikan program ini sedikit menarik dengan memanggil para artis untuk bertanyakan soalan. Ini kerana kami juga lihat artis memainkan peranan yang penting untuk kami menjadikan program ini lebih menarik dan diterima oleh golongan muda khususnya," jelasnya.

Kejutan minggu keenam

Jika pemarkahan para peserta sebelum ini diberikan oleh juri tetap profesional, namun, Mimbar Pencetus Ummah telah membuat kejutan kepada peserta dan penonton program itu.

Walaupun kebiasaannya peserta tiga undian terendah dipilih oleh juri profesional, namun kali ini, undian telah dibuka kepada penonton untuk memilih siapakan antara enam peserta itu yang layak ke peringkat seterusnya.

"Kami ingin mencari empat orang peserta bagi ke peringkat akhir. Jika sebelum ini kami beri hak kepada orang ramai untuk mengundi hanya untuk tiga peserta undian terendah sahaja, namun kali ini, kami buka undi kepada kesemua peserta.

"Merujuk kepada sokongan yang diberikan oleh orang ramai yang begitu memberangsangkan, kami rasa, amat sesuai jika diberikan kuasa undi sebanyak 30 peratus yang membolehkan keputusan juga datang dari pihak orang ramai," ujarnya.

Ini kerana secara kesimpulannya, tazkirah yang disampaikan adalah untuk penghayatan orang ramai. Justeru, pihak Astro Oasis merasakan, penonton perlu diberi hak sedemikian.

Sediakan platform berdakwah

Kebiasaannya pemenang sesebuah program realiti TV bakal membawa pulang sama ada hadiah berupa wang tunai, barangan, trofi mahupun sijil penyertaan atau penghargaan.

Mimbar Pencetus Ummah pula menawarkan hadiah wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM100,000.

Bagi juara, selain hadiah kemenangan wang tunai sebanyak RM50,000, turut disediakan sebuah kereta sebagai hadiah tambahan.

Namun, kebiasaannya apa yang dilihat, walaupun menjadi juara sesebuah program realiti TV, juara masih terkontang-kanting mencari platform untuk mempersembahkan bakat.


BARISAN peserta Mimbar Pencetus Ummah merupakan sebuah program yang memberi ruang kepada pencetus ummah untuk menyampaikan dakwah secara kreatif.


Justeru, setelah keluar dari program tersebut, maka terkuburlah nama atau bakat kerana ketiadaan platform yang akan mengekalkan nama.

Ketika ditebak persoalan seumpama itu, jelas Namanzee, pihak Astro Oasis memang telah sedia maklum tentang permasalahan tersebut. Oleh itu, pihak produksi telah membuat perancangan terhadap perkara ini.

"Sememangnya ketika mula-mula pihak produksi mencetuskan program ini, memang kami inginkan ia berpanjangan jika mampu. Peserta yang dipilih ini merupakan orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi.

"Oleh itu, bagi juara sudah semestinya kami akan wujudkan sebuah program untuk mereka, manakala yang selebihnya, mungkin kami akan selitkan mereka dalam program-program yang ada dalam saluran kami," ungkap Namanzee yang akan serapkan peserta lain dalam program seperti soal jawab, tazkirah serta indahnya Iman.

Impak

Apa yang mampu disimpulkan, ternyata Mimbar Pencetus Ummah bakal meledakkan fenomena tersendiri dalam penghasilan program realiti TV Islamik. Konsepnya yang berbeza serta pengisian kreatif yang disampaikan oleh para pencetus ummah, ternyata berjaya menarik minat golongan belia khususnya.

Penyampaian dakwah yang bersahaja, tema yang menarik, artis jemputan yang terlibat dalam sesi soal jawab serta persembahan dari kumpulan artis membuatkan episod seterusnya sentiasa dinantikan oleh penonton.

Apa yang menjadi harapan, semoga program dakwah alaf baharu begini diteruskan bagi menarik minat masyarakat kini yang inginkan kepelbagaian terhadap apa jua perkara.

Mimbar Pencetus Ummah disiarkan pada setiap hari Khamis pukul 9 malam di saluran Astro Oasis (Saluran 106) serta tayangan serentak di Maya HD (Saluran 135).

Monumen Stonehenge dinaik taraf

Posted:

Monumen Stonehenge dinaik taraf

Monumen Stonehenge dinaik taraf


SEHINGGA kini pakar arkeologi masih mengkaji tujuan monumen Stonehenge dibina kira-kira 5,000 tahun lalu.


SELEPAS beribu tahun kewujudan artifak bersejarah Stonehenge di Wiltshire, England akhirnya, ia mengalami pengubahsuaian. Saat kali pertama menjejakkan kaki, pengunjung pasti merasakan 'sesuatu perkara yang hilang' mengenai monumen prasejarah itu.

Kini, para pengunjung tiba di sebuah pusat yang dibina menggunakan kayu dan kaca. Ia kelihatan bercahaya terletak kira-kira 2.4 kilometer (km) dari Stonehenge.

Batu yang disusun secara bulatan di kawasan landskap hijau itu, kini tidak lagi dapat dilihat dari mana-mana lokasi. Ia adalah pengenalan kepada sebuah tapak dengan kemudahan dan landskap terkini bagi mengembalikan semula 'maruah' Stonehenge. Ia juga membolehkan lebih sejuta pengunjung menyaksikan perubahan monumen itu.

Simon Thurley, juga ketua jabatan kerajaan, English Heritage berkata, pengunjung kini boleh menyaksikan sendiri monumen tersebut bebas daripada semak dan sampah.

Pada Selasa lalu, pengamal media dan ahli English Heritage dibawa melawat sendiri pusat itu yang menempatkan 360 darjah gaya sinerama 'lawatan maya' monumen Stonehenge bersama pameran mengenai masyarakat Neolitik Briton yang membina Stonehenge kira-kira 5,000 tahun lalu.

Apabila bangunan berkenaan dibuka kepada orang awam keesokan harinya, para pekerja akan melupuskan pejabat tiket lama dan struktur bangunan berkelompok yang tidak menarik berdekatan monumen.

Kegemilangan

Jalan raya yang sibuk dengan ribuan kenderaan setiap hari berhampiran monumen itu juga ditutup dan dilitupi rumput. Idea berkenaan bertujuan mengembalikan semula kegemilangan Stonehenge, terletak di 130km barat daya London sebagai sebuah landskap kawasan pedalaman.


PUSAT Stonehenge ini dibina membabitkan kos sebanyak RM144 juta.


Pelawat akan dibawa mengembara menggunakan sebuah kenderaan khas atau berjalan kaki untuk menjelajah setiap laluan dan laluan perarakan purba yang telah beberapa tahun dipisahkan oleh asfal.

Malah, bangunan dua blok satu tingkat baharu iaitu satu blok kaca dan satu blok kayu di bawah bumbung beralun itu dibina sesuai dengan landskap kawasan berkenaan.

"Jika pengunjung tidak mengingati bangunan ini setelah pulang ke rumah tetapi masih ingat kepada monumen, ia sudah cukup baik," kata arkitek, Stephen Quinlan.

Dalam pameran itu, turut dipaparkan pencipta monumen prasejarah tersebut sebagai seorang yang sofistikated. Dia mengembala babi, memburu, mengadakan keramaian dan membina monumen yang penuh misteri itu.

Seorang pengukir forensik, Oscar Nilsson, membentuk semula tengkorak dan wajah seorang rakyat tempatan berusia 5,000 tahun. Wajah berkenaan mempunyai struktur wajah kacak iaitu lelaki zaman prasejarah.

Nilsson berkata, kebanyakan wanita English Heritage jatuh cinta dengan wajah manusia prasejarah itu.

Dana

Dana pengubahsuaian pusat itu dikumpulkan melalui derma selain keuntungan loteri negara Britain melibatkan jumlah sebanyak £27 juta (RM144 juta).

Caj kemasukan meningkat hampir dua kali ganda daripada harga asal iaitu RM42 ke RM78 untuk dewasa. Terdapat kafeteria moden dan kedai menjual barangan cenderahati yang menjual barangan seperti jem Stonehenge, coklat, topi besbol, pad tetikus, magnet peti sejuk dan baju-T tertera Stonehenge Rocks.

Kawasan komersial itu diasingkan daripada monumen asal untuk mengekalkan nilai misteri Stonehenge. Stonehenge dibina melibatkan tiga fasa iaitu antara 3,000 SM sehingga 1,600 SM. Pakar arkeologi percaya, ia merupakan pusat rumah ibadat, bagaimanapun fungsinya masih samar.


PUSAT khas mengenai Stonehenge menyediakan maklumat lengkap mengenai monumen prasejarah itu.


Kajian terkini menunjukkan kawasan itu merupakan tanah perkuburan untuk keluarga elit. Pakar arkeologi sudah menemui beberapa baki badan yang dibakar di kawasan itu dan ditanda dengan batu biru.

Batu bagi Stonehenge yang kedua masih berdiri kukuh dipercayai dibawa dari kawasan sejauh 280km dari lokasi terkini. Pembinaan berlangsung untuk beberapa abad dan ia mungkin menjadi lokasi menyembah Druid, pengiraan kalendar dan astronomi atau lokasi penyembuhan.

Kajian membuktikan, terdapat sekumpulan besar individu yang berkumpul di Stonehenge pada musim panas dan sejuk sehingga tradisi itu diamalkan sehingga kini.

Kurator, Sara Lunt berkata, masih terdapat pelbagai rahsia yang boleh dibongkar.

"Tujuan asal pembinaan Stonehenge masih bersifat misteri. Kita sedar terdapat alasan kukuh di sebalik pembinaan monumen itu dan batu yang disusun dalam bulatan merentasi British Isles pada zaman Neolitik," katanya. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Uji ketahanan fizikal dan mental

Posted:

Uji ketahanan fizikal dan mental

Uji ketahanan fizikal dan mental

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

DUA bulan sebelum menyertai perlumbaan BFM-The Intermark Race To The Top 2013, Muhammad Amir Firdaus Abdul Rahim, 24, telah mula membuat persiapan rapi.

Dua kali seminggu, dia akan ke gimnasium berdekatan kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor untuk melakukan senaman kardiovaskular seperti berlari yang mampu meningkatkan stamina dan ketahanan tubuh badan.

Walaupun tidak memasang impian untuk memenangi perlumbaan itu, dia tetap teruja kerana berpeluang menyertai perlumbaan larian menaiki tangga yang merupakan pengalaman baharu kepadanya.

"Setiap peserta perlu melakukan persediaan rapi sebelum menyertai pertandingan ini. Jika tidak, mereka pasti terkandas di tengah jalan dan terlepas peluang menyaksikan panorama ibu kota dari aras 63 Menara Vista ini," ujar kakitangan swasta itu.

Muhammad Amir menyertai kategori terbuka berkumpulan bersama kakaknya, Nur Raihana, 31, dan abang iparnya, Khairul Rahimi Abdul Rahim, 31.

Menerusi kategori tersebut, setiap kumpulan yang mengandungi tiga orang ahli perlu menjelajah sekitar bangunan The Intermark dan menyelesaikan teka-teki serta cabaran fizikal sebelum menuju puncak Menara Vista.

Walaupun kelihatan mudah, peserta perlu berfikir untuk menyelesaikan teka-teki dan pada masa sama menggunakan tenaga untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Menurut Muhammad Amir, setiap peserta perlu menyelesaikan teka-teki di setiap deretan premis perniagaan di tingkat bawah The Intermark.

"Walaupun sukar untuk mencari jawapan, namun halangan itu kami berjaya selesaikan. Bagi saya, cabaran utama sepanjang pertandingan ini ialah ketika menaiki tangga.

"Kami perlu berhenti di titik semak (checkpoint) di beberapa tingkat untuk melakukan cabaran salingan sebelum meneruskan perlumbaan," katanya ketika ditemui Kosmo! selepas menamatkan perlumbaan.


PENGANJURAN pertandingan ini berjaya mengumpul dana berjumlah RM131,636.50 melalui yuran penyertaan dan tajaan untuk disalurkan kepada lima badan amal terpilih.


Kerjasama

Mengulas lanjut, katanya, peserta dikehendaki menaiki tangga ke tingkat 21 dan melakukan cabaran memasukkan bulu tangkis ke dalam bekas dengan menggunakan papan dan memakan buah-buahan tanpa memegangnya.

"Kami telah menggunakan banyak tenaga untuk menaiki tangga dan melakukan cabaran. Ia amat memenatkan," ujar Muhammad Amir.

Beliau berkata, peserta dalam kategori terbuka berkumpulan juga boleh memilih cabaran lain ketika di checkpoint tingkat 21.

"Peserta perlu meniup daun terup keluar daripada garisan dan meninggalkan empat kad yang sama dalam petak bagi tugasan pertama.

"Bagi tugasan kedua pula, mereka perlu menyusun daun terup setelah diberi peluang untuk mengingatkan kedudukan asalnya selama seminit," ujarnya.

Bagi Muhammad Amir, kerjasama merupakan kunci utama kepada setiap pasukan untuk melakukan tugasan sebelum sampai ke puncak Menara Vista.

Walaupun tidak memenangi kategori yang disertai, baginya, pertandingan itu juga merupakan peluang untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama ahli keluarga.

BFM-The Intermark Race To The Top 2013 merupakan perlumbaan kali kedua yang dianjurkan oleh syarikat The Intermark Sdn. Bhd. selepas kejayaan pertandingan itu dua tahun lalu.

Edisi kali ini juga merupakan kolaborasi julung-julung kalinya bersama stesen radio perniagaan, BFM89.9.

Pertandingan yang dianjurkan pada 7 Disember lalu itu menarik penyertaan seramai 465 peserta dalam empat kategori iaitu terbuka korporat, berkumpulan terbuka, lelaki dan wanita.


PERLUMBAAN ini turut menarik penyertaan peserta-peserta dari negara asing.


Kutip dana

Selain menguji ketahanan mental dan fizikal peserta, pertandingan itu juga merupakan satu acara amal.

Hasil kutipan bernilai RM131,636.50 daripada pihak penaja dan yuran penyertaan peserta diagihkan kepada lima buah rumah amal untuk kanak-kanak sekitar ibu kota iaitu Persatuan Kebajikan Rumah Jaireh, Rumah Juara, Shelter Home, Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Ampang dan Yayasan Chow Kit.

Pemegang Amanah Yayasan Chow Kit, Tunku Abidin Tuanku Muhriz bertitah, dana yang disalurkan melalui perlumbaan itu sudah memadai untuk membantu operasi pertubuhan tersebut bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Titahnya, sumbangan itu sekurang-kurangnya dapat menambah dana untuk kegunaan operasi dan aktiviti pada masa hadapan.

"Pihak kami amat menghargai sumbangan yang diberikan oleh pihak penganjur kepada rumah amal ini.

"Yayasan Chow Kit memerlukan dana sebanyak RM1.2 juta setahun untuk program, aktiviti dan operasi," katanya.

Para peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM89.90 untuk kategori individu lelaki dan wanita, sementara kategori terbuka berkumpulan dikenakan bayaran RM300 dan kumpulan korporat (RM1,500) bagi setiap kumpulan.

Bagi kategori individu lelaki dan wanita, konsep pertandingan berbeza dengan berkumpulan.

Bagi kategori tersebut, peserta tidak perlu menyelesaikan tugasan dan hanya fokus kepada perlumbaan menaiki tangga sehingga ke puncak Menara Vista.

Bagi kategori ini, peserta yang berjaya menamatkan perlumbaan dengan masa terpantas dikira sebagai pemenang.

Peserta dari Kenya, Collins Kipkorir Kimosop dinobatkan sebagai juara kategori lelaki dengan catatan masa 9.09 minit, sementara kategori individu wanita dimenangi oleh Michele Tan Bee Kiang dalam masa 10.17 minit.


CABARAN salingan turut disediakan di titik semak tertentu sebelum peserta meneruskan larian menaiki anak tangga Menara Vista.


Beri inspirasi

Sementara itu, seorang peserta veteran yang menyertai kategori lelaki, Jesmail Singh, 75, berkongsi pengalaman, penyertaannya dalam pertandingan itu merupakan cara terbaik untuknya bertemu dan berkenalan dengan pelari-pelari muda dalam dan luar negara.

Dia yang merupakan pelari maraton sejak 32 tahun lalu berkata, penyertaannya dalam pertandingan itu merupakan salah satu cara untuk mengajak golongan muda menjalani gaya hidup sihat.

"Saya juga telah menyertai pertandingan ini pada edisi pertama ia dianjurkan. Bukan niat saya untuk mencabar golongan muda yang menyertai pertandingan ini.

"Sekiranya saya berupaya menaiki tangga sehingga ke puncak, mereka juga boleh melakukannya. Saya mahu memberi inspirasi kepada mereka," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati peserta agar membuat persediaan rapi terutama aspek stamina sebelum menyertai pertandingan itu.

"Tanpa latihan yang cukup, peserta pasti tidak berjaya menamatkan perlumbaan.

"Saya membahagikan dua teknik larian dalam rutin senaman harian. Pada sebelah pagi, akan berlari selama 30 minit, manakala sebelah petang pula, saya lebih tumpukan kepada kelajuan larian," jelas beliau.

Bapa kepada lapan orang anak ini menegaskan, rutin larian itu merupakan teknik asas bagi peserta untuk menyertai perlumbaan menaiki tangga.

Berasal dari Taman Tun Teja, Rawang, Selangor itu, Jesmail berjaya menamatkan perlumbaan BFM-The Intermark Race To The Top 2013 dengan catatan masa 20 minit.

Permata pelancongan wilayah Lao Cai

Posted:

Permata pelancongan wilayah Lao Cai

Permata pelancongan wilayah Lao Cai


PELANCONGAN amat penting kepada penduduk tempatan kerana kebanyakan wanita dan kanak-kanak terbabit dalam industri ini.


BERKUNJUNG ke Sapa, pastinya merupakan syurga bagi pencinta alam. Pemandangan gunung-ganang menghijau menghiasi segenap kawasan merupakan suatu suasana yang menenangkan.

Selain gunung-ganang, penduduk di kawasan itu yang terdiri daripada etnik Hmong juga menanam padi huma di lereng-lereng bukit yang juga merupakan makanan ruji penduduk tempatan.

Tarikan utama dalam sektor pelancongan di Sapa ialah Fansipan iaitu gunung tertinggi di Vietnam. Jaraknya hanya 19 kilometer dari Sapa. Walaupun jaraknya dekat tetapi laluan ke sana tidak semudah disangka.

Keadaan bentuk muka bumi tidak rata dan cuaca tidak menentu merupakan antara halangan bagi pelancong yang gemarkan aktiviti lasak.

Bagi pelancong yang berhajat untuk menawan gunung setinggi 3,143 meter itu, mereka perlu mempunyai stamina tinggi. Jika tidak, pasti terkandas di tengah jalan.

Puncak gunung itu juga boleh diakses sepanjang tahun tanpa sebarang halangan daripada pihak berkuasa. Secara teknikalnya, pendakian ke puncak gunung itu tidak memerlukan sebarang teknik.

Pendaki hanya memerlukan daya ketahanan yang tinggi untuk menempuh halangan ke puncak yang mengambil masa tiga hari itu.

Kraf tangan

Sapa juga merupakan salah sebuah daerah di wilayah Lao Cai yang terkenal dengan produk hasil kraf tangan. Kebanyakan penduduk wanita etnik Hmong menghasilkan cenderamata kraf tangan sendiri untuk dijual kepada pelancong.

Cenderamata seperti beg tangan dan rantai berwarna-warni merupakan antara barangan yang menarik perhatian pelancong. Bagaimanapun, adakalanya cara penduduk di situ cuba menjual kraf tangan mereka kurang menyenangkan pelancong.

Kaum wanita dan kanak-kanak etnik Hmong memaksa pelancong membeli kraf tangan mereka. Tidak kurang pula yang bertindak menarik tangan pelancong.


KAUM wanita Hmong sangat kreatif menghasilkan produk kraf tangan.


Desakan hidup

Atas desakan hidup, mereka terpaksa melakukan perbuatan itu untuk menarik perhatian pelancong. Jika tidak, tiada pendapatan untuk mereka pada hari itu.

Menurut sebuah portal di Vietnam, vietnamnet.vn, jumlah pelancong ke Sapa dianggarkan mencecah ratusan ribu orang dalam setahun.

Walaupun, masalah lambakan penjual barangan kraf tangan sentiasa berlaku di daerah itu, pelancong tetap berkunjung ke situ kerana keindahan semula jadi yang jarang ditemui di negara lain.

Tidak lengkap kiranya kunjungan ke wilayah tersebut tanpa menjejakkan kaki ke perkampungan Lao Chai yang terletak hanya enam kilometer dari Sapa. Penduduk tempatan di situ juga beretnik Hmong.

Kawasan tersebut juga merupakan titik permulaan sebuah lembah Muong Hoa. Dari kawasan tinggi di kawasan air terjun Sapa, pelancong dapat melihat panorama indah di kawasan lembah dan kampung itu.

Penduduk kampung berkenaan juga sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelancong. Etnik Hmong tidak lokek berkongsi budaya dan adat resam. Dianggarkan lebih 100 keluarga Hmong tinggal di kampung tersebut.

Etnik Hmong membina kediaman mereka dengan menggunakan kayu dan buluh. Keunikan rekaan kediaman etnik itu juga merupakan salah satu daya tarikan pelancong di daerah itu.

Sekiranya cuaca panas terik, pelancong juga berpeluang untuk berkelah di sungai Muong Hoa yang hanya beberapa meter dari kediaman mereka. Jika bernasib baik, pelancong juga berpeluang bermandi-manda di sungai itu.


PENGUNJUNG yang berhajat menawan gunung di Fansipan perlu mempunyai stamina tinggi.


Hotel

Walaupun terletak di kawasan pedalaman, terdapat 10 buah hotel yang menjadi tempat tinggal sepanjang berada di Sapa.

Dari Hanoi, pelancong sebaik-baiknya menaiki kereta api malam yang boleh ditempah melalui Sapa-tour.net.

Enam syarikat perkhidmatan kereta api yang menawarkan perjalanan ke Sapa ialah Green Express, Hara Express, Livitrans Express, Fanxipan Express dan Victoria Express.

Kampung Ta Van juga menarik untuk dikunjungi kerana pelancong boleh melihat kehidupan masyarakat pedalaman di Vietnam. Ta Van terletak kira-kira 10 kilometer dari Sapa.

Penduduk kampung tersebut terdiri daripada etnik Hmong, Giay dan Red Dao. Dianggarkan seramai 1,000 penduduk mendiami kawasan berbukit itu.

Jalan ke kawasan kampung itu amat sempit. Di kiri dan kanan laluan, pelancong berpeluang menikmati pemandangan kawasan sawah dan tanaman jagung yang luas.

Pesawah merupakan pekerjaan utama bagi etnik Giay. Mereka juga menghasilkan barangan berasaskan perak untuk dijual kepada pelancong.

Etnik Giay juga kaya dengan kisah-kisah dongeng kebudayaan melalui penyampaian sajak, peribahasa dan teka-teki.

Pemakaian etnik Giay amat ringkas dalam menjalani kehidupan seharian. Mereka hanya memakai baju pendek, beg kain dengan hiasan bunga sulam.

Ekspresi mural golongan belia

Posted:

Ekspresi mural golongan belia

Ekspresi mural golongan belia


ANTARA hasil seni sekumpulan mahasiswa dari MSU yang bertemakan bandar raya Kuala Lumpur.


PUSAT beli-belah 1 Shamelin Kuala Lumpur mungkin menjadi satu-satunya lokasi yang menyediakan ruang buat penggemar mural mengekspresikan hasil kreativiti masing-masing di setiap bidai premis di pusat beli-belah itu.

Penganjuran KL Street Art Festival 2013 (KLSAF) bersama Komuniti Belia Malaysia (MYC) membuka peluang tersebut kepada lebih 100 mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta di sekitar Lembah Klang.

Aktiviti tersebut dijalankan pada 7 hingga 8 Disember, diikuti 14 hingga 15 Disember lalu yang memerlukan peserta menghasilkan mural bertemakan bandar raya Kuala Lumpur, Tokyo atau Seoul melalui lukisan mural di atas bidai kira-kira 1,000 premis di pusat beli-belah itu.

Cetusan pelbagai warna dan kreativiti menghiasi setiap ruang pusat beli-belah itu, memaksa setiap peserta memerah idea berbeza untuk menghasilkan mural yang mampu memikat hati para juri.

Berbeza dengan pertandingan lain, KLSAF menitikberatkan kualiti mural dan mesej yang jelas berdasarkan tiga tema yang diberikan itu.


MENARA Berkembar Petronas sinonim dengan tema bandar raya Kuala Lumpur.


Peserta yang juga mahasiswa Diploma Pereka Grafik, Management & Science University (MSU), Muhd. Fuad Supriyanto, 19, berkata, pada mulanya dia tidak mampu memikirkan tema yang sesuai untuk dihasilkan sebelum menggambarkan bentuk penceritaan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar yang tidak pernah tidur.

"Pada mulanya, saya tidak mampu memikirkan tema yang sesuai untuk menggambarkan Kuala Lumpur. Saya memilih tema Kuala Lumpur kerana ia lambang kebanggaan saya sebagai rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui di KLSAF di 1 Shamelin Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, dia bersama tiga lagi rakannya dari fakulti dan universiti yang sama memerah setiap idea lalu menghasilkan sebuah mural dengan tema Kuala Lumpur Never Sleep.

Ahmad Afiq Azman Abdul Rahim, 19, pula memberitahu, cabaran utama menyiapkan mural berkenaan adalah memastikan tiada kecacatan berlaku sepanjang proses melakar sehingga mewarna.

"Lihat sendiri permukaan bidai ini melekuk. Ia adalah cabaran untuk kami bagi memastikan setiap lukisan kelihatan seperti dilukis di atas sebuah kain kanvas. Mujur masa yang diberikan cukup untuk kami menyiapkan mural ini," katanya.

Nilai artistik

Sementara itu, seorang pengunjung yang juga peminat lukisan mural, Muhammad Hilmi Jailani, 18, berkata, dia berasa bangga apabila menyaksikan mural yang dahulunya dianggap sebahagian daripada perbuatan vandalisme, kini diangkat sebagai nilai artistik.

"Saya masih ingat ketika kecil, apabila menconteng dinding mesti kena pukul walaupun lukisan berkenaan cantik. Usaha memartabatkan lukisan mural ini sekali gus menempelak mana-mana individu yang masih menganggap ia sebagai kegiatan vandalisme," katanya.

KETELITIAN menjadi kunci utama dalam penghasilan mural.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MYC, Jason Ko, berkata, pusat beli-belah 1 Shamelin Kuala Lumpur akan menjadi sebuah pusat beli-belah yang sangat unik dan penuh dengan gaya kehidupan masa kini.

Katanya, dia yakin tiada pusat beli-belah dalam Malaysia, apatah lagi di sekitar Lembah Klang membuka ruang kepada golongan belia untuk berkarya di bidai kedai masing-masing dan dibiarkan kekal.

"Kita mengucapkan ribuan penghargaan kepada pihak pengurusan pusat beli-belah ini kerana berani membuka ruang kepada golongan belia berkarya di sini.

"Mural ini akan menjadi acara tahunan dan kesemua 1,000 bidai premis di sini akan dihiasi dengan pelbagai mural menarik dalam tempoh masa berperingkat," jelasnya.

Kumpulan yang memenangi KLSAF berpeluang membawa peluang wang tunai sebanyak RM10,000 untuk tempat pertama, naib juara RM3,000 dan RM2,000 bagi tempat ketiga.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Misi kemanusiaan bantu mangsa banjir

Posted:

Misi kemanusiaan bantu mangsa banjir

Misi kemanusiaan bantu mangsa banjir

MOHAMAD (tengah) bergambar dengan ahli Majlis Belia Daerah Seberang Perai Utara di Kepala Batas, Pulau Pinang sebelum bertolak untuk misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di Pahang dan Terengganu baru-baru ini.


PRIHATIN. Seramai 80 ahli Majlis Belia Daerah (MBD) Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menyertai program misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di negeri-negeri di Pantai Timur baru-baru ini.

Yang Dipertua MBD SPU, Mohamad Saud berkata, misi itu berjaya dilaksanakan selepas pihaknya menerima pelbagai sumbangan barangan daripada banyak pihak untuk disalurkan kepada mangsa banjir di negeri berkenaan.

"MBD bukan sahaja menyampaikan bantuan itu, bahkan turut membantu mangsa banjir berkenaan membersihkan kediaman dan kawasan persekitaran mereka," katanya.

Majlis pelepasan konvoi MBD SPU itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di pekarangan Wisma UMNO Kepala Batas.

300 pelajar di Perak sertai seminar alam kerjaya

Posted:

300 pelajar di Perak sertai seminar alam kerjaya

300 pelajar di Perak sertai seminar alam kerjaya


SEBAHAGIAN daripada 300 pelajar sekolah menengah, kolej vokasional dan Institut Kemahiran Mara dari seluruh Perak menyertai seminar Selangkah ke Alam Kerjaya anjuran Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia UPSI di Ipoh, Perak baru-baru ini.


PENDEDAHAN. Seramai 300 pelajar sekolah menengah, kolej vokasional dan Institut Kemahiran Malaysia (IKM) dari seluruh Perak menyertai seminar Selangkah ke Alam Kerjaya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Pengarah program, Muhammad Razimi Jamaludin berkata, seminar anjuran Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Dr. Muhammad Amin Zakaria.

Beliau berkata, peserta didedahkan tentang persediaan melangkah ke alam kerjaya selain peluang dan kursus yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi tempatan.

"Peserta dibantu memilih jurusan yang sesuai dengan cita-cita, minat dan kelulusan demi masa depan mereka," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lelaki tak sempat jual M-16

Posted:

Lelaki tak sempat jual M-16

Lelaki tak sempat jual M-16

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

PEKAN Sungai Golok, Thailand dikatakan popular dalam kalangan penjenayah Malaysia yang membeli senjata api secara haram.


GERIK – Selepas polis Kelantan merampas raifal M-16 daripada perompak pada Isnin lalu, semalam selaras lagi senjata jenis sama dirampas oleh polis Perak di Kilometer 24 Jalan Gerik-Jeli di sini.

Raifal M-16 yang ditemui dalam keadaan dileraikan dalam kereta Proton Waja warna emas itu dipercayai cuba dijual kepada penjenayah di negara ini.

Sebelum rampasan itu, satu sumber berkata, pasukan polis Ops Cantas Khas yang melalui kawasan tersebut pada pukul 4 pagi terserempak dengan seorang lelaki berusia 30-an berdiri di luar sebuah kereta Proton Waja dalam keadaan mencurigakan kerana kawasan tersebut gelap dan dikelilingi hutan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hilang selepas renung bukit

Posted:

Hilang selepas renung bukit

Hilang selepas renung bukit

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
berita@kosmo.com.my

JEMPOL - Sebuah keluarga di Bandar Seri Jempol di sini boleh diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga apabila seorang ahli keluarga mereka hilang hanya tiga hari selepas rumah mereka di Felda Raja Alias Empat dipecah masuk penjenayah pada minggu lalu.

Mangsa, Mohd. Nizam Ahmad, 33, dari Felda Raja Alias Empat dilaporkan hilang pada pukul 5 petang Jumaat lalu ketika singgah di tepi jalan di kawasan kebun dekat Felda Raja Alias Dua untuk membuang air kecil.

Jarak antara tempat mangsa hilang dengan rumah keluarganya, enam kilometer.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sambutan TMM 2014 di 37 pintu masuk utama negara

Posted:

Sambutan TMM 2014 di 37 pintu masuk utama negara

Sambutan TMM 2014 di 37 pintu masuk utama negara

Oleh MAHFUZ MOHAMAD
mahfuz.mohamad@kosmo.com.my


BEBERAPA petugas menyambut kedatangan seorang pelancong dari China sempena TMM 2014 di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - Acara sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) berlangsung dengan meriah di 37 pintu masuk utama di seluruh negara semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ong Hong Peng berkata, sambutan secara besar-besaran di seluruh negara itu bagi mengalu-alukan ketibaan pelancong sempena permulaan TMM 2014 serta memberi persepsi yang baik kepada mereka tentang negara ini.

"Kejayaan TMM 2014 amat bergantung kepada kempen promosi yang berkesan bukan sahaja oleh kementerian, malah rakyat negara ini juga disaran supaya bekerjasama dalam menjayakan misi tersebut.

"Tahun ini merupakan kali keempat TMM dianjurkan dan kerajaan telah menyasarkan ketibaan seramai 28 juta pelancong asing ke Malaysia dengan jumlah pendapatan sebanyak RM76 bilion," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Penjagaan wajah penting buat lelaki

Posted:

Penjagaan wajah penting buat lelaki

Penjagaan wajah penting buat lelaki

SETIAP lelaki memerlukan cukuran yang kemas supaya lebih berketerampilan.


GILLETTE jenama dandanan utama lelaki dunia dan JobStreet.com iaitu laman pencarian pekerjaan nombor satu di Malaysia bekerjasama menganjurkan kempen Stay Sharp 101 khas buat jejaka untuk tampil segak ketika menghadiri temu duga.

Menyedari pasaran kerja yang semakin sengit, faktor penjagaan luaran terutamanya rejim penjagaan wajah harus dititikberatkan. Penjagaan wajah juga memainkan peranan penting dalam menambah nilai kendiri pada pandangan penemu duga atau bakal majikan.

Wajah Gillette Malaysia, Bront Palare yang juga pelakon popular tempatan mengakui antara faktor kejayaannya dalam industri perfileman dan hiburan tanah air disumbangkan oleh penjagaan rapi wajah yang kekal segar dan kemas.

"Biarpun pepatah mengatakan jangan menilai buku dari kulitnya, keadaan masa kini memaksa setiap jejaka menjaga keperibadian mereka termasuk kelihatan kemas dan bercukur.

Penampilan

"Apatah lagi dalam usaha memulakan kerjaya. Gillette menyediakan pisau cukur yang terbaik buat anda. Saya percaya apabila orang sekeliling melihat penampilan saya yang rapi, ia menyumbang terhadap kejayaan kerjaya saya," katanya ketika ditemui di Indicine, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre, Jalan Strachan, Sentul, Kuala Lumpur.

Pengurus Negara JobStreet.com, Chook Yuh Yng pula mendedahkan berdasarkan kajian syarikatnya, kira-kira 79 peratus majikan berpendapat penampilan seseorang calon ketika ditemu duga mempengaruhi keputusan permohonan kerja.


PISAU cukur Gillette Mach3 Turbo Sensitive ini mampu memberikan hasil cukuran terbaik pada wajah anda.


"Selama beberapa tahun ini, ramai majikan mengemukakan kebimbangan untuk mendapatkan calon yang sesuai mewakili syarikat mereka.

"Ramai calon tidak sedar bahawa dandanan yang baik mempengaruhi peluang untuk mendapat tawaran kerja atau terus berkhidmat dengan syarikat terpilih.

"Kerjasama ini adalah permulaan baik untuk menangani kebimbangan tersebut sekali gus membantu memenuhi keperluan majikan bagi mendapat pekerja yang berpotensi," jelasnya.

Bengkel berkenaan turut dihadiri Perunding Imej, Datin Sharifah Shawati, selebriti Peter Davis, pakar kerjaya JobStreet.com dan pakar mencukur dari Gillette.

Demonstrasi

Pada majlis itu, Bront Palare dan Peter Davis turut melakukan demonstrasi cara-cara mencukur dengan rapi menggunakan pisau cukur Gillette Mach3 Turbo Sensitive.

Pengurus Jenama, Rekaan Serantau Gillette & Venus Asean Australia India Jepun & Korea, Lee Yik Hun memberitahu, kajiannya menunjukkan kira-kira 63.5 peratus majikan menyeru pekerja lelaki meningkatkan mutu dandanan.

"Lelaki kini terlalu skeptikal mengenai penjagaan wajah sekali gus melambangkan keperibadian mereka.

"Golongan lelaki harus sedar untuk menjadi seorang yang profesional, ia harus bermula dengan mencukur wajah. Kulit yang bersih membuatkan anda kelihatan rapi dan meningkatkan keyakinan diri," jelasnya.

Keistimewaan baju-T rekaan tempatan

Posted:

Keistimewaan baju-T rekaan tempatan

Keistimewaan baju-T rekaan tempatan


BAJU-T yang santai, ranggi dan ringkas menjadi sandaran Kedai Pelik memasarkan pakaian di premisnya.


PAKAIAN baju-T yang selesa, ranggi dan santai menjadi sandaran utama butik Kedai Pelik dan Boonga Studio yang mampu mengumpulkan 20 jenama tempatan bawah satu bumbung di premis itu di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Antara jenama yang terdapat di premis milik usahawan muda berusia 26 tahun, Firdaus Putra Ariffin itu ialah OAG, Homeboy, WulPak, Karma, Relova dan Pelik.

Firdaus Putra yang lebih mesra dipanggil Putra berkata, kesemua 20 jenama yang dipasarkan itu melambangkan identiti Malaysia sekali gus mampu memartabatkan produk keluaran tempatan.

"Kita mahu produk atau hasil karya anak muda tempatan dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat. Buang skeptikal mengenai jenama buatan luar negara lebih bergaya. Baju jenama buatan Malaysia juga tidak kurang hebatnya," tegas Putra.

Katanya, harga yang ditawarkan amat berpatutan bermula serendah RM10 hingga RM80 berdasarkan kualiti baju dan cetakan yang dihasilkan.

Selain memasarkan baju-T, kedai tersebut turut menyediakan perkhidmatan mencetak baju-T pada harga RM7 sehelai bagi setiap tempahan 1,000 helai.

Putra turut menyediakan ruang khas kepada pereka fesyen amatur yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Dengan kadar sewa minimum RM50 sebulan, mereka boleh meletakkan baju-T rekaan dan jenama mereka sendiri.

Melalui Boonga Studio, Putra turut menghasilkan kasut dengan corak tersendiri. Para pelanggan juga boleh menghasilkan corak yang mereka gemari. Harga yang ditawarkan bermula RM50 hingga RM200 bagi sepasang kasut.


PELBAGAI baju-T rekaan anak tempatan dijual pada harga bermula RM10 hingga RM80 mengikut kualiti pakaian.


Identiti

Sementara itu, peminat baju-T rekaan yang juga pereka fesyen jenama Karma, Muhammad Farhan Izhar, 20, berkata, keselesaan dan kelihatan bergaya menjadi alasan utama dia menggemari baju-T rekaan anak muda tempatan.

"Baju ini mempunyai identitinya yang tersendiri. Apatah lagi, ia buatan anak tempatan dan secara tidak langsung menyuntik perasaan bangga bergelar anak Malaysia," jelasnya.

Dia dan rakan kongsinya, Mohd. Fadzly Noor Azimi, 20, yang baru setahun terbabit dalam bidang tersebut memberitahu, golongan belia semakin terbuka dan menerima kewujudan jenama tempatan.

Bagi Mohd. Fadzly, dia bersyukur kerana dapat bekerjasama bersama Putra sekali gus membuka ruang perniagaan kepadanya yang baru bertatih dalam bidang tersebut.

"Saya beruntung kerana berkenalan dengan Putra yang sanggup mengajak dan membantu saya dalam perniagaan baju-T jenama tempatan.

"Ini kerana masih ramai belia di luar sana yang mahu menghasilkan pakaian jenama sendiri tetapi masih terkial-kial mencari hala tuju mereka.

"Pada pendapat saya, sekiranya usahawan yang lebih senior sudi membantu mereka yang baru bertatih, ia pasti merancakkan lagi industri pakaian baju-T buatan anak tempatan," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Gunung Sinabung hambur lahar panas

Posted:

Gunung Sinabung hambur lahar panas

Gunung Sinabung hambur lahar panas

GUNUNG Sinabung menghamburkan debu dan lahar panas di Karo semalam.


JAKARTA - Lebih 19,000 orang berpindah ekoran Gunung Sinabung di Karo, Sumatera menghamburkan lahar panas, kata seorang pegawai semalam.

Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, gunung itu sebelum ini menghamburkan debu dan serpihan batu panas setinggi 7,000 meter ke udara sejak kelmarin.

"Gunung Sinabung kekal berada pada tahap berjaga-jaga yang tinggi dan kami memberi amaran bahwa tiada sebarang aktiviti dalam lingkungan lima kilometer radius dari gunung tersebut.

"Pada malam kelmarin, seramai 19,126 orang telah meninggalkan rumah masing-masing dan kami menjangkakan bilangan mereka akan meningkat," kata Sutopo.

Gunung tersebut merupakan salah sebuah daripada gunung berapi yang aktif di Indonesia.

Pada Ogos lalu, lima orang terbunuh dan ratusan lagi terpaksa berpindah selepas sebuah gunung berapi meletus di wilayah Nusa Tenggara Timur. - AFP

Panggang ayam di belakang ekzos

Posted:

Panggang ayam di belakang ekzos

Panggang ayam di belakang ekzos


SHMEE memanggang ayam belanda di belakang ekzos kereta Lamborghini Aventador.


NEW YORK - Seorang lelaki memanggang daging seekor ayam belanda dengan menggunakan api yang keluar dari ekzos kereta sport Lamborghini Aventador, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Lelaki tersebut yang bernama Shmee merakamkan video yang menunjukkan dia memanggang daging ayam belanda di belakang ekzos kereta yang berharga AS$450,000 (RM1.47 juta) itu.

Seorang lelaki lain berada di tempat pemandu kereta tersebut untuk menekan pedal minyak ketika dia memanggang ayam itu.

Rakaman video yang menunjukkan dia memanggang ayam tersebut telah dimuat naik di laman YouTube.

"Api banyak yang keluar (dari ekzos). Kami telah memasak ayam belanda," kata Shmee. - Agensi

Patung itik gergasi meletup di Keelung

Posted:

Patung itik gergasi meletup di Keelung

Patung itik gergasi meletup di Keelung


GAMBAR menunjukkan patung itu meletup dengan tiba-tiba.


TAIPEI - Sebuah patung itik gergasi berwarna kuning meletup di Keelung, Taiwan semalam beberapa jam sebelum sambutan meraikan tahun baru bermula.

Patung setinggi 18 meter itu meletup pada waktu tengah hari selepas 11 hari ia dipamerkan kepada orang ramai.

"Kami mahu meminta maaf kepada para peminat patung itik berwarna kuning itu. Kami masih belum menemui punca masalah itu (patung tersebut meletup)," kata seorang pegawai penganjur pameran tersebut, Huang Jing-tai kepada pemberita. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lima rakyat Malaysia cedera dalam kebakaran hostel di Hong Kong

Posted:

Lima rakyat Malaysia cedera dalam kebakaran hostel di Hong Kong

Lima rakyat Malaysia cedera dalam kebakaran hostel di Hong Kong

01/01/2014 10:19pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar hari ini mengesahkan lima pelancong Malaysia adalah antara 25 orang yang dilapor cedera dalam kebakaran di Yesinn Hostel, Hong Kong Ahad lepas.

Mereka ialah Wong Kang Chi, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Queen Mary Hospital, Pok Lam Road; Phuah Kien Sing dan Lee Chiang Choon (dimasukkan ke Ruttonjee Hospital, Daerah Wanchai), dan Kung Shin Tyan dan Tin Kam Mei (dimasukkan ke Pamela Youde Nethersole Eastern Hospital).

Dalam kenyataannya, Wisma Putra berkata Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong telah memaklumkan kepada keluarga mangsa tentang kejadian itu dan bersiap sedia untuk memberi bantuan yang diperlukan kepada mereka.

Pihak konsulat berhubung dengan pihak berkuasa Hong Kong dan hospital terbabit untuk memantau keadaan semua mangsa dari semasa ke semasa.

Kebanyakan yang cedera itu adalah pelancong dari Malaysia dan Singapura yang menginap di unit kediaman dan rumah tumpangan hotel bajet berkenaan di Cheung Hong Street, North Point District. - Bernama

Kristian tidak terjejas jika tidak guna kalimah 'Allah' - Tun Mahathir

Posted:

Kristian tidak terjejas jika tidak guna kalimah 'Allah' - Tun Mahathir

Kristian tidak terjejas jika tidak guna kalimah 'Allah' - Tun Mahathir

01/01/2014 9:19pm

KUALA LUMPUR - Pegangan penganut Kristian di Semenanjung tidak akan terjejas walaupun mereka tidak menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, istilah Arab yang merujuk kepada Tuhan itu selalunya digunakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

"Selama ini, kita tak pernah berbalah tentang perkara ini kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan kalimah itu, jadi kenapa perlu menyakiti hati orang lain, tidak menggunakan kalimah 'Allah', tidak akan memudaratkan mereka.

"Sebelum ini, mereka tidak pernah menggunakannya pun. Yang menggunakannya ialah (orang) Sabah dan Sarawak. Tak ada bantahan, tapi di Semenanjung ni, kenapa kita nak jadikannya alasan untuk bergaduh pula," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah terbuka Tahun Baru Parti Progresif Penduduk (PPP) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Tun Mahathir berkata, sejak sekian lama, rakyat negara ini, tanpa mengira agama, hidup bersama secara aman dan oleh itu, sebarang tindakan yang boleh menyakiti hati sesuatu pihak, tidak patut dilakukan. - Bernama

Polis tubuh pasukan khas siasat kes perhimpunan haram

Posted:

Polis tubuh pasukan khas siasat kes perhimpunan haram

Polis tubuh pasukan khas siasat kes perhimpunan haram

01/01/2014 9:15pm

KUALA LUMPUR - Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes berhubung perhimpunan haram yang mengganggu sambutan ambang tahun baharu, di Dataran Merdeka, malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata pihaknya berjanji akan memberi keutamaan kepada kes itu dengan melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh seminggu.

"Kami akan jalankan siasatan berhubung kes ini kerana mereka ini telah mengganggu-gugat kesejahteraan awam ketika sambutan tahun baharu malam tadi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatian polis, kira-kira 25,000 orang hadir di Dataran Merdeka malam tadi termasuk mereka yang datang untuk menyambut tahun baharu.

Polis tidak menolak kemungkinan penganjur perhimpunan itu adalah empat badan bukan kerajaan (NGO) seperti yang diuar-uarkan sebelum ini. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Siti bicara tentang 2013, 2014

Posted:

Siti bicara tentang 2013, 2014

Siti bicara tentang 2013, 2014

PERTEMUAN yang berlangsung pada 19 Disember lalu terasa sedikit canggung.Kami saling mengenal (jika boleh saya katakan beliau masih mengingati saya), namun jarak masa yang memisahkan kami dalam fasa beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan pertemuan pada hari itu cuba diperkemaskan kembali ikatan silaturahimnya.

Sesekali, beliau tersasul, memanggil saya antara jelas dengan tidak, dengan panggilan Kak Maliah, yang hampir sahaja membuat saya sedikit mahu tercekik pada ketika itu.

Dan saya, terus memanggilnya dengan gelaran Datuk. Datuk Siti Nurhaliza, walaupun sepanjang masa, masih beliau hanya membahasakan diri sebagai Siti; nama timangan yang digunakan sejak lebih 19 tahun lalu.

Ironi, sudah jauh rentas jalan yang dilalui Siti. 19 tahun, dengan hanya pada setahun pertama sahaja beliau perlu mencari pintu yang betul bagi keluar dan memacak empayarnya sekukuh hari ini, baki 18 tahun lagi, Siti masih berada pada posisi paling atas dan belum pernah tergantikan sehingga saat ini.

Muncullah penyanyi yang begitu atau begini, akhirnya tetap tidak dapat menewaskan kredibiliti dan populariti Siti. Siti, masih nombor satu! Begitu tanggapan banyak orang.

Ini pula pandangan Siti. Katanya dalam nada suara bergetar, tanda sedikit gementar dengan jolokan yang diberi, sepanjang menjadi penyanyi, tidak pernah sekali beliau meletak sasaran untuk menjadi nombor satu.

Jauh sekali bermegah, memberitahu dunia, 'ya, sayalah Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara!'

"Jika Siti punya pemikiran begitu, maka Siti akan sentiasa rasa disaingi. Siti langsung tak tanamkan hal itu dalam diri dan hati Siti.

"Siti tak mahu memikirkan apakah kedudukan Siti, nombor satu atau nombor berapa, sebaliknya apa yang Siti fikir dan fokus adalah tentang kerja," jelasnya dengan nada suara tegas.

Jelas wanita berusia 34 tahun ini lagi, beliau sedar diri. Hidup umpama roda. Setiap hari beliau bersedia, andai tiba gilirannya sudah tidak lagi dipuja, beliau mahu berada di bawah atau berundur dengan baik.

"Pada masa akan datang, sekiranya sudah tiba Siti barangkali tidak lagi aktif menyanyi dan tidak lagi dipuja, Siti akan tetap berada dalam industri ini.

"Siti mahu bekerja di belakang tabir bersama SN Production (SNP) serta aktif dengan Simply Siti untuk menjana ekonomi Siti pada saat itu," ujarnya yang tidak menolak, faktor beliau akan mula mengendurkan aktiviti seninya, jika diberi rezeki mempunyai zuriat.

2013

Kami tinggalkan cerita Siti yang bimbang diberi jolokan artis nombor satu negara. Saya ajak Siti berbicara tentang 2013 yang telah diledaninya dengan cukup tekun.

Semua maklum, penghujung 2012, suami kesayangannya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa atau Datuk K terlibat dalam satu kemalangan motosikal berkuasa tinggi di New Zealand.

Kemalangan tersebut membuat Siti mengambil keputusan yang tidak pernah disesalinya - berhenti menyanyi untuk menjadi jururawat peribadi suaminya sehingga belahan jiwanya itu sembuh sepenuhnya.

Ujarnya, empat bulan beliau tidak menyanyi, tempoh yang panjang buat dirinya yang saban waktu sibuk membuat persembahan sejak berbelas tahun lalu.

Namun, tempoh empat bulan itu merupakan momen yang paling mahal buat dirinya dan tidak mungkin dijual beli dengan pengalaman hidupnya yang lain.

Siti bercerita dengan suara bersulam sedikit sebak, sedikit teruja dan hampir keseluruhannya terdengar cukup puas kerana menjaga dan memberi semangat buat suaminya yang mengalami kecederaan pada bahagian leher dan patah tulang pada beberapa anggotanya yang lain.

"Sepanjang tempoh empat bulan berehat, Siti fokus membantu memulihkan semangat suami. Ini cabaran kami suami isteri dan Siti reda serta ikhlas untuk menghabiskan masa untuk membantu menguruskan suami.

"Seawal enam pagi kami bangun. Siti lakukan segala keperluan yang selama ini dilakukan sendiri oleh suami termasuk bercukur dan menggosok giginya.

"Pada saat ini, Siti rasa yang kejujuran cinta kami suami isteri bertambah dalam. Pada waktu ini kita lalui fasa tentang cinta bukan hanya pada waktu suka atau senang, tetapi pada saat-saat seperti ini. Momen ini yang tidak boleh Siti ganti dengan apapun," ujarnya penuh asyik.

TAHUN PALING MENCABAR
Tahun 2006 paling penuh cabaran peribadi buat Siti. Siti tak mahu pertahankan situasi (mahu menikahi Datuk K) pada waktu itu kerana apapun yang Siti katakan ia tetap tidak akan memuaskan hati orang lain. Jadi Siti reda kerana jodoh itu telah lama tertulis buat Siti.


Entah ia sebagai balasan kepada keikhlasannya menjaga suami sepanjang empat bulan pertama 2013 atau memang tuah sentiasa bersama dirinya, sebaik beliau kembali ke dalam lapangan seni suara, jadual Siti padat.

Sehingga tahun lalu ditinggalkan, Siti hanya punya baki beberapa minggu daripada lapan bulan untuk beliau benar-benar berehat.

Biar kembali sibuk, Siti mengaku beliau menikmati setiap pekerjaannya dengan antusias. Ini kerana semua mimpinya sebelum ini dipeluk Tuhan pada 2013.

"Siti boleh simpulkan, 2013 merupakan tahun yang membawa kejayaan buat Siti. Impian yang Siti pendam iaitu melakukan konsert irama tradisional yang diberi judul Konsert Lantera Timur Datuk Siti Nurhaliza berjaya dilakukan pada tahun ini.

"Siti juga beraksi di Dewan Philharmonik, selain mengadakan persembahan sehingga ke Jepun. Dalam masa yang sama, bisnes Simply Siti pun berkembang baik. Alhamdulillah," ujarnya sambil memanjat kesyukuran.

Ditanya jika ada perkara yang mahu diubah sepanjang 2013, seperti tidak ditimpa musibah, pantas Siti menjawab.

Katanya: "Jika Siti diberi peluang mengubah perjalanan 2013, Siti tidak mahu ubah apa-apa. Siti bersyukur dengan semua hal yang telah tertulis buat Siti.

"Ini kerana Siti percaya, aturan Allah itu selalu lebih baik daripada apa yang kita rancang. Jadi Siti memang reda dengan semua dugaan sepanjang 2013 yang juga telah memberi kemanisan luas biasa untuk diri Siti sendiri."

DICUIT GOSIP
Pada saat membuat keputusan menjadi selebriti, kita memang sudah membuka pintu untuk dikritik. Jadi, cuba berdamai dengan semua hal yang dicuit dan kawal ia sebaiknya. Paling penting, sabar, kawal perasaan dan fikir banyak kali sebelum membuat sebarang kenyataan. Ya, Siti tahu, mengawal perasaan paling sukar, namun cuba bertahanlah.


2014

Diajak berkongsi sedikit agenda seni 2014, Siti dengan bersemangat memberitahu beliau akan mula masuk ke studio untuk menghasilkan sebuah album pop sekitar bulan ini.

Dalam masa yang sama, Siti berkata: "Siti merancang sebuah mini konsert pada bulan Februari ini, bagaimanapun Siti masih merahsiakan butiran konsert tersebut."

Diminta memberi sedikit prediksi tentang lanskap muzik tempatan sepanjang tahun ini, Siti memberi pandangan secara rambang dengan menyatakan, kunci untuk mempertahankan lanskap muzik yang baik ialah dengan melahirkan karya yang teliti dan bermutu, maka ia akan menjadi sesuatu yang baik untuk sepanjang tahun.

Menyentuh tentang perkembangan bisnes seni yang kini menjurus kepada digital, berbanding penjualan album secara fizik, Siti mempunyai pandangan yang menarik.

Tidak menafikan bahawa kita perlu mengikut revolusi dan perkembangan teknologi, namun katanya, beliau percaya masih wujud golongan yang suka membeli album berbanding memuat naik lagu menerusi iTunes misalnya.

"Siti tidak berhenti melahirkan album kerana Siti percaya, ada golongan yang sentiasa akan membeli album kerana menjadikan ia satu koleksi peribadi, berbanding hanya memuat turun lagu kegemaran mereka.

"Justeru, Siti tidak takut untuk melahirkan album kerana Siti perlu memikirkan golongan sebegini. Dalam masa yang sama, Siti tidak menolak untuk mempromosi lagu secara digital kerana mengikut aliran semasa," katanya yang kini sedang hit dengan single Lebih Indah.

Iron Man 3 filem terlaris dunia 2013

Posted:

Iron Man 3 filem terlaris dunia 2013

Iron Man 3 filem terlaris dunia 2013

TAHUN 2013 menyaksikan puluhan filem-filem menarik dari Hollywood yang berjaya memegang status sebagai filem dengan kutipan pecah panggung.

Filem aksi superhero lakonan Robert Downey Jr., Iron Man 3 mengaut keuntungan sebanyak AS$1.2 bilion (RM3.9 bilion). Ia meletakkannya sebagai filem kelima dengan kutipan tertinggi serta yang ke-16 melepasi tanda aras satu bilion.

Fast & Furious 6 pula selesa di tangga keempat dengan kutipan sebanyak AS$780 (RM 2.6 bilion). Filem animasi Despicable Me 2 berjaya meraih jumlah kutipan sebanyak AS$910 juta (RM3 bilion) menjadikannya filem animasi kelima dengan kutipan terbanyak. Filem-filem animasi Monsters University dan The Croods turut tersenarai dalam senarai 50 filem dengan kutipan terbanyak tahun ini.


FAST & FURIOUS 6


Sementara, filem yang ditayangkan semula dalam bentuk 3D, Jurassic Park berjaya meraih kutipan sebanyak AS$1.09 bilion (RM3.57 bilion) menjadikannya sebagai filem ke-17 melepasi kutipan satu bilion dan yang ke-13 sebagai filem pecah panggung sepanjang masa.

Filem adaptasi daripada novel karya Suzanne Collins, The Hunger Games: Catching Fire meraih kutipan sebanyak AS$780 juta (RM2.6 bilion).

Naskhah lakonan utama Jennifer Lawrence itu disenaraikan sebagi filem ke-45 yang meraih kutipan paling tinggi sepanjang masa.

Liyana Jasmay gelakkan Zizan

Posted:

Liyana Jasmay gelakkan Zizan

Liyana Jasmay gelakkan Zizan

ZIZAN RAZAK


BARU-BARU ini, ketika sedang asyik melayan gambar-gambar bulan madu Che Ta dan Zain Saidin, Mizz Lahar dikejutkan dengan mesej yang diterima melalui aplikasi Whatsapp.

Rupa-rupanya sepupu Mizz Lahar, Lady M yang hantar mesej.

Cerita Lady M, sewaktu dia datang ke majlis pratonton filem Tokan di Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini, ada satu adegan yang agak memalukan telah berlaku antara dua pelakon yang memegang salah satu watak utama dalam filem arahan Ghaz itu.

Kisahnya, pelakon, Liyana Jasmay telah mentertawakan Zizan Razak kerana salah menyebut perkataan bahasa Inggeris.

Sudahlah mentertawakan kelemahan orang lain, perbuatannya itu dilakukan di hadapan khalayak ramai ketika sidang akhbar sedang berlangsung.

Kata Lady M, sebaik sahaja Zizan perasan tindakan pelakon yang kini sedang mengandung anak pertamanya itu, dia segera bertindak profesional dengan membuat lawak supaya keadaan tidak menjadi tegang.

LIYANA JASMAY


Mizz Lahar sedikit terkejut apabila mendengar cerita ini. Tetapi, Mizz Lahar beritahu Lady M, mungkin Liyana berniat untuk bergurau sahaja.

Lagipun, Zizan juga terkenal dengan sikap bersahaja dan sering bergurau dengan artis lain. Semua orang mungkin ada cara yang tersendiri untuk bergurau senda, artis-artis juga tidak terkecuali.

MIZZ LAHAR: Ada dua penyampai radio yang bernikah minggu lalu - seorang menjemput pihak media sementara seorang lagi menyorok daripada media.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved