Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal lawat UniMAP
- TNB Perak rai petugas media
- Pesakit jalani hemodialisis di HPM terima buah limau
Pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal lawat UniMAP Posted: Pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal lawat UniMAP![]() SEBAHAGIAN pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal di Pendang, Kedah yang menyertai program 'Jom Pi UniMAP' di Pauh, Arau baru-baru ini. PENDEDAHAN. Seramai 80 pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal di Pendang, Kedah mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk mengenali secara lebih dekat universiti itu menerusi program 'Jom Pi UniMAP' di Pauh, Arau baru-baru ini. Dalam program tiga hari itu, pelajar matrikulasi berkenaan dibawa melawat ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Mikroelektronik dan lain-lain lagi di universiti itu. Ketibaan mereka disambut oleh Penyelaras Unit Komunikasi Korporat UniMAP, Mustaffa Ismail bersama kakitangan universiti yang lain. |
Posted: TNB Perak rai petugas media![]() WAN KAMIZI (duduk, empat dari kanan) bersama sebahagian petugas media pada majlis ramah mesra di Ipoh baru-baru ini. ERAT HUBUNGAN. Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak mengadakan majlis ramah mesra dengan pengamal media tempatan di Restoran Shabu-Shabu di Ipoh baru-baru ini. Pengurus Besar TNB Perak, Wan Kamizi Wan Ishak berkata, majlis tersebut bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara syarikat utiliti tersebut dengan wakil media tempatan yang sudah sedia terjalin selama ini. Pada majlis tersebut, beliau turut memperkenalkan semua pengurus cawangan yang mengetuai TNB di peringkat daerah. "Kami turut mengatur beberapa program khidmat masyarakat melibatkan penyertaan wakil media Perak sepanjang tahun ini," katanya. |
Pesakit jalani hemodialisis di HPM terima buah limau Posted: Pesakit jalani hemodialisis di HPM terima buah limau![]() KOK EWE (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan buah limau kepada seorang pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis di HPM, Sungai Petani baru-baru ini. PRIHATIN. Seramai 85 pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis menerima sumbangan buah limau sempena perayaan Tahun Baru Cina di Hospital Pakar Metro (HPM), Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Dr. Lim Kok Ewe berkata, tiga ahli Lembaga Pelawat HPM iaitu Fazil Puteh, Fok Wong Hon dan Lee Yang Soo menyampaikan sumbangan tersebut. "Ia merupakan antara program kebajikan HPM yang bertujuan meraikan pesakit sempena sambutan Tahun Baru Cina," kata Kok Ewe. Katanya, HPM mula menyediakan kemudahan hemodialisis untuk pesakit sejak tahun 2002. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |