Khamis, 7 Februari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


England mengganas

Posted:

England mengganas

England mengganas

LAMPARD menjaringkan gol kemenangan England pada aksi menentang Brazil awal pagi semalam. Pada perlawanan tersebut, England menang 2-1.


LONDON – Selepas 23 tahun, England akhirnya berjaya memusnahkan Brazil. Walaupun sekadar aksi persahabatan, tetapi kemenangan 2-1 yang dilakar skuad kendalian Roy Hodgson itu membawa makna yang amat besar buat bola sepak England.

Ia satu kebangkitan yang sudah lama dinantikan oleh penyokong fanatik England yang selama ini sering dihampakan oleh bekas gergasi bola sepak dunia itu.

Bukan setakat berjaya menamatkan badi selama 23 tahun tetapi juga merupakan kali pertama England berjaya mengatasi Brazil dengan jaringan dua gol sejak tahun 1984.

Hodgson merupakan individu paling berbangga dengan kejayaan itu dan dia melontarkan pujian terhadap aksi anak-anak buahnya yang berjaya mencatatkan kemenangan pertama ke atas juara dunia lima kali itu.

Jaringan Wayne Rooney dan Frank Lampard kelmarin sudah cukup untuk menghadiahkan kejayaan cemerlang England ke atas Brazil pada aksi yang berlangsung di Stadium Wembley itu.

Hodgson berkata: "Saya sangat berpuas hati. Kami telah membuktikan bahawa kami sudah cukup bagus.

"Ia pertemuan pertama saya dengan Brazil sebagai jurulatih dan saya gembira kerana berjaya melaksanakannya dengan kemenangan.

"Kemenangan ini sesuatu yang positif bagi kami. Saya harap ia akan melonjakkan lagi keyakinan pemain. Paling penting, ia satu persembahan yang sangat memuaskan daripada seluruh pasukan."

Pada perlawanan tersebut, penjaga gol England, Joe Hart berjaya menyelamatkan dua percubaan Ronaldinho hasil daripada sepakan penalti sebelum Rooney meletakkan The Three Lions di depan pada minit ke-27.

Penyerang Brazil, Fred kemudian menyamakan kedudukan 1-1 namun, perancang Chelsea, Lampard meledakkan gol kemenangan pada babak kedua.

Ini adalah kemenangan pertama England ke atas Brazil dalam 23 tahun dan juga kali pertama mereka menjaringkan dua gol ke atas gergasi Amerika Selatan itu sejak 1984.

"Apabila kamu mengendalikan skuad England dan bermain di Wembley, kamu pasti akan bangga dengan setiap kemenangan.

"Selain daripada aksi hambar pada awal babak kedua di mana kami banyak kehilangan bola, pasukan ini bagaimanapun berjaya menangani asakan Brazil dengan baik sekali.

"Apa yang paling saya puas hati ialah kami berjaya menunjukkan karakter sebenar meskipun dalam keadaan tertekan," katanya.

Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari mengakui England memang layak untuk menang.

Bekas pengurus Chelsea itu berkata: "Saya tidak kecewa kerana kalah pada perlawanan ini.

"Kami beraksi menentang pasukan England yang memiliki pemain berkualiti dan berkelebihan dari segi fizikal," ujarnya. – Agensi

Harimau Malaya belum mampu

Posted:

Harimau Malaya belum mampu

Harimau Malaya belum mampu


AIDIL (kiri) tampil dengan aksi mengagumkan pada aksi menentang Qatar kelmarin.


NAMPAK gayanya, skuad bola sepak negara, Harimau Malaya masih belum mampu untuk bersaing di pentas Asia.

Bukan mahu merendahkan keupayaan mereka, tetapi masih terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum mereka boleh bersaing dengan gergasi bola sepak Asia yang lainnya.

Boleh dikatakan, gaya bola sepak Malaysia masih agak ketinggalan berbanding negara Asia yang lainnya, khususnya daripada segi taktikal, kepantasan serta fokus ketika mengharungi perlawanan.

Kreativiti untuk mempelbagai corak permainan memang tiada langsung, dan paling menyedihkan ialah pemain negara terlalu mudah kehilangan bola kepada pemain lawan.

Pada aksi pembuka tirai kempen kelayakan Piala Asia 2015 peringkat Kumpulan D menentang Qatar di Doha malam kelmarin, terlalu banyak kelemahan ditonjolkan oleh pemain negara sepanjang perlawanan tersebut.

Taktikal memang sangat mendukacitakan, kepantasan, tidak perlu dipersoalkan kerana ia kelemahan yang dilihat paling ketara dalam kalangan pemain.

Kawalan bola, tidak sampai empat saat pun bola berada di kaki, ia sudah disambar mudah oleh pemain lawan.

Andai kelemahan seperti ini masih gagal diatasi, impian untuk melihat skuad negara menjejak kaki ke pusingan akhir Piala Asia 2015 tidak akan menjadi kenyataan.

Mungkin hanya satu sahaja kelebihan yang ada kepada pemain negara, iaitu kerja keras, tetapi ia masih belum cukup untuk meraih kejayaan.

Penyokong mahukan keputusan positif.

Setinggi mana sekali pun komitmen mahu pun kerja keras setiap pemain, tetapi ia tidak membawa makna kerana peminat hanya mahukan keputusan.

Jika skuad tempang dijadikan alasan terhadap kekalahan tersebut, ia memang sama sekali tidak boleh diterima kerana bola sepak tidak bergantung kepada pemain tertentu untuk meraih kemenangan.

Ia memerlukan kerja berpasukan, tidak kira siapa yang diberi tanggungjawab untuk beraksi, dan setiap pemain hendaklah bersedia menunaikannya sebaik mungkin.

Kekalahan 2-0 kepada Qatar pada aksi pembuka tirai itu memang sangat mengecewakan kerana jaringan yang dihasilkan oleh pasukan lawan boleh dianggap sebagai terlalu mudah.

Gol kedua tidak seharusnya berlaku jika barisan pertahanan Harimau Malaya terus mengekalkan fokus mereka terhadap perlawanan.

Apa pun, itulah bola sepak Malaysia dan peminat tidak boleh mengharapkan yang lebih baik daripada itu.

Mungkin untuk tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang, peminat jangan mengharapkan sangat untuk menyaksikan bola sepak negara berdiri megah di pentas Asia, kerana berdasarkan momentum ketika ini, masih terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi lagi.

Bola sepak masa kini memerlukan kepantasan serta kebijaksanaan mencorakkan rentak permainan dan jika elemen ini masih tidak diamalkan, maka bola sepak negara akan semakin ketinggalan.

Malaysia sebenarnya memerlukan lebih ramai pemain seperti Aidil Zafuan Abdul Radzak, Azamuddin Mohd. Akil yang boleh dianggap antara pemain yang agak menonjol dalam skuad Harimau Malaya pada aksi menentang Qatar kelmarin.

Dua pemain ini dilihat memiliki kepantasan serta keyakinan diri yang tinggi, namun kebolehan yang ada pada mereka ini belum mampu untuk membantu skuad negara meraih kejayaan.

Pemain veteran, Mohd. Amri Yahyah juga layak dipuji kerana dia tampil lebih gagah berbanding pemain muda yang lain dalam pasukan.

Mungkin kerana pengalamannya, ia membantu dia tampil dengan penuh keyakinan pada perlawanan tersebut.

Jurulatih, Datuk K. Rajagobal tidak harus meletakkan Amri dalam senarai pemain simpanan selepas ini jika mengambil kira prestasinya pada aksi menentang Qatar itu.

Malangnya, Amri tidak mendapat bantuan secukupnya daripada bahagian tengah pada perlawanan menentang Qatar itu, akibatnya dia banyak berusaha sendiri untuk mencipta peluang.

Selepas Qatar, banyak lagi cabaran besar yang bakal dihadapi skuad Harimau Malaya dan mereka perlu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal.

Tugasan seterusnya ialah menentang Yemen pada 22 Mac nanti di Stadium Shah Alam dan apa yang diharapkan pada perlawanan itu kelak ialah untuk menyaksikan Harimau Malaya lebih menyerlah.

FAM tunggu jawapan Shahidan

Posted:

FAM tunggu jawapan Shahidan

FAM tunggu jawapan Shahidan

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mempunyai masa sehingga tengah hari ini untuk menjawab surat tunjuk sebab berhubung tiga pertuduhan terhadapnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang jawapan daripada Shahidan.

"Pihak jawatankuasa akan bersidang dan membincangkan kes tersebut sebaik sahaja sampai ke tarikh (akhir) tempoh yang diberikan kepada Shahidan untuk menjawab surat tunjuk sebab itu," katanya ketika dihubungi semalam.

Pada 1 Februari lepas, FAM menghantar surat mengandungi tiga pertuduhan terhadap Shahidan mengikut Artikel 88 Statut FAM yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama, Shahidan berdepan tindakan amaran keras, denda maksimum RM50,000 serta hukuman lain ditentukan Jawatankuasa Tatatertib mengikut Kod Tatatertib FAM kerana membuat kenyataan kepada media berkaitan hal ehwal pentadbiran FAM tanpa kebenaran mengikut Artikel 88 Status FAM.

Untuk pertuduhan kedua, beliau berdepan tindakan gantung keahlian minimum dua tahun dan denda maksimum RM10,000 susulan penyiaran artikel sama dengan mempunyai niat menghina atau mengaibkan, menjatuhkan atau mencemar imej mana-mana pegawai FAM.

Bagi pertuduhan ketiga, Shahidan melalui artikel sama dituduh membuat kenyataan bercanggah, mempertikai, mempersoal atau fakta yang diberikan tidak tepat atau bercanggah atau salah dengan mana-mana keputusan badan persatuan mengikut Artikel 20 Statut FAM 2010-2014.

Bagi pertuduhan itu, beliau berdepan hukuman gantung keahlian enam bulan dan denda RM8,000.

Taufek berkata, jika Shahidan tidak mengaku bersalah, beliau boleh mengemukakan sebab munasabah dan jika alasan yang diberi boleh diterima pakai, jawatankuasa itu akan pertimbangkan kes tersebut.

Susulan menerima surat pertuduhan itu, Shahidan mengumumkan untuk meletak jawatan dalam dua jawatankuasa kecil FAM iaitu sebagai Anggota Jawatankuasa Kewangan (AJK) FAM dan AJK Bola Sepak Wanita FAM. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved