Kosmo Online - Negara |
- Tabung Haji umum Bonus Jubli Emas 8 peratus
- Berguling ditimpa air panas
- 800,000 peluang kerja diwujudkan tahun lalu
Tabung Haji umum Bonus Jubli Emas 8 peratus Posted: Tabung Haji umum Bonus Jubli Emas 8 peratusOleh KHAIRIYAH HANAFI
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pengagihan Bonus Jubli Emas Tabung Haji 2012 sebanyak lapan peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 kepada 8.2 juta pendeposit mereka. Pemberian bonus tersebut yang merupakan tertinggi sepanjang 50 tahun penubuhan TH itu merangkumi kadar bonus tahunan sebanyak 6.5 peratus dan tambahan bonus khas sebanyak 1.5 peratus. Pendeposit boleh mengemas kini akaun masing-masing melalui kaunter-kaunter TH dan rakan-rakan strategik TH iaitu Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) dan Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) mulai 10 Februari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah keseluruhan pemberian bonus itu adalah sebanyak RM2.46 bilion iaitu RM2.13 bilion untuk bonus tahunan dan RM325 juta bagi bonus khas. "Bayaran bonus tahunan tersebut merupakan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding RM1.68 bilion yang diagihkan pada tahun 2011," katanya kepada media selepas majlis pengumuman Bonus Jubli Emas TH 2012 di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Posted: Berguling ditimpa air panasOleh ADHAM SHADAN
KOTA BHARU – Percubaan pertama seorang tauke kedai makan mencelur ulam-ulaman di dalam periuk mengandungi air panas bukan sahaja tidak menjadi malah, dia kini menyesal tak sudah apabila air itu terbalik lalu menimpa anak bongsunya semalam. Kejadian pukul 7.30 pagi di Kampung Tendong, Pasir Mas itu menyebabkan Nur Aleeya Maisara Mohd. Izba, 18 bulan, melecur di belakang badan dan kaki kirinya. Mengimbau semula kejadian itu, ibu mangsa, Wan Rohaila Hassan, 39, memberitahu, sebelum kejadian, dia telah memasukkan air yang baru dimasak ke dalam periuk berkenaan manakala anaknya sedang tidur di ruang jualan. Katanya, periuk itu diletakkan di atas bangku setinggi satu meter di dapur gerai miliknya berdekatan Klinik Kesihatan Tendong. "Saya bercadang untuk mencelur ulam-ulaman ke dalam air panas tersebut untuk dijual pada waktu tengah hari. Saya tidak pernah melakukannya sebelum ini sejak berniaga lima tahun lalu. "Entah macam mana tiba-tiba saya terdengar anak saya meraung kuat sambil berguling-guling di atas lantai dapur dengan kulit yang menggelembung manakala periuk itu tergolek atas lantai berhampirannya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
800,000 peluang kerja diwujudkan tahun lalu Posted: 800,000 peluang kerja diwujudkan tahun lalu![]() MUHYIDDIN (tengah) bersalaman dengan orang ramai pada Jamuan Rakyat 1Malaysia di Padang Besar semalam. PADANG BESAR - Hampir 800,000 peluang pekerjaan diwujudkan di negara ini tahun lepas sekali gus membuktikan Malaysia berada pada kedudukan ekonomi yang kukuh. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluang pekerjaan yang banyak menyebabkan negara ini menghadapi masalah tidak cukup tenaga kerja terlatih untuk mengisi kekosongan di sektor tertentu. "Kita sediakan peluang pekerjaan cukup banyak. Kini ladang tak cukup pekerja, kilang pun tak cukup. Anak- anak muda yang ada tak cukup untuk tampung keperluan sektor tertentu. Kita terpaksa bawa pekerja asing untuk penuhi keperluan dan tuntutan industri," katanya pada Jamuan Rakyat 1Malaysia di Dewan Seri Melati Beseri dekat sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan