Khamis, 7 Februari 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Horlicks kini di Chatime

Posted:

Horlicks kini di Chatime

Horlicks kini di Chatime

RODNEY (kiri) dan Bryan menunjukkan minuman Horlicks yang mula ditawarkan di semua cawangan Chatime mulai 14 Januari lalu.


BERITA baik buat penggemar minuman Horlicks dan Chatime. Kini, anda berpeluang menikmati minuman kesukaan anda apabila mengunjungi Chatime di seluruh negara kerana pembuat Horlicks iaitu GlaxoSmithKline (GSK) Consumer Healthcare telah mengumumkan kerjasamanya dengan jenama teh, Chatime.

Kerjasama antara kedua-dua jenama tersebut menawarkan pilihan yang menyihatkan dan bernutrisi kepada golongan pelbagai usia.

"Sebagai jenama yang terkenal di Malaysia, Horlicks berasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan Chatime untuk memperkenalkan minuman bermalt dalam versi baharu dan mengujakan.

"Formula yang digunakan untuk menghasilkan minuman teh menyihatkan ini ialah campuran teh dan minuman bermalt yang pertama seumpamanya. Ia dapat memanfaatkan kebaikan Horlicks sepenuhnya serta menonjolkan kelebihan minuman ini," kata Ketua Pemasaran Komersial, GSK Consumer Healthcare, Rodney Tan.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Bryan Loo memberitahu, minuman teh moden telah menjadi pilihan gaya hidup popular yang disukai oleh rakyat Malaysia dan ia diterima baik sejak mula dijual.

"Sebagai salah satu jenama teh moden pertama di Malaysia dengan jumlah outlet yang sentiasa bertambah, kami sentiasa berusaha untuk memperbaiki portfolio minuman kami dengan menggabungkan elemen kegembiraan dan kreativiti dalam aktiviti minum teh.

"Horlicks merupakan tambahan baharu dalam siri minuman kami kerana ia menawarkan pilihan teh menyihatkan untuk pelanggan yang mencari rasa minuman baharu dan mengujakan serta mengandungi bahan semula jadi," katanya.

Kini, pelanggan dapat menikmati Horlicks bukan sahaja di rumah atau kopitiam tempatan, tetapi buat kali pertama ia dapat dinikmati di outlet Chatime kegemaran mereka. Minuman berperisa Horlicks tersebut boleh diperoleh dalam tiga jenis varian berbeza iaitu Horlicks Milk Tea, Horlicks Cocoa dan Horlicks Smoothie.

Horlicks Milk Tea dan Horlicks Cocoa ditawarkan dalam dua saiz iaitu saiz sederhana pada harga RM5.90 dan saiz besar pada harga RM6.90.

Horlicks Smoothie pula berharga RM7.90 untuk yang bersaiz besar. Minuman teh menyihatkan yang eksklusif itu hanya ditawarkan di semua kedai Chatime bermula 14 Januari 2013. - NURUL IZZA ROSLY

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved