Khamis, 18 April 2013

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


10 bakal berdepan hukuman mati

Posted:

10 bakal berdepan hukuman mati

10 bakal berdepan hukuman mati

SEBAHAGIAN daripada 10 tertuduh kes pukul penghuni pusat pemulihan dadah diiring keluar dari Mahkamah Majistret Tumpat semalam.


TUMPAT - Seramai 10 lelaki bakal berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan memukul seorang penghuni sebuah pusat pemulihan dadah hingga mengakibatkan kematian mangsa 6 April lalu.

Tertuduh ialah Mohamad Nashri Ismail, 23, Mohd. Khairil Azwahar Izani, 17, Wan Mohamad Faizul Wan Marizam, 22, Nik Shahrul Ashadi Zulkifli, 32, dan Abdullah Fahmi, 26.

Selain itu, Rosmadi Mat Daud, 39, Wan Fauzi Wan Abdullah, Mohd Rafiq Md Arifin, 20, Muhammad Syazwan Aiman Jabanun Aladdin, 20 dan Muhammad Hizami Abd Rahim, 28, turut didakwa atas kesalahan sama.

Mereka didakwa memukul Mohd. Alias Ibrahim, 27, di bilik B1, Pondok Darul Naim, Pusat Pemulihan Dadah Tradisional, Kampung Lambor di sini pada pukul 7.30 petang, 6 April lalu mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

CCTV rakam Nayati dilarikan

Posted:

CCTV rakam Nayati dilarikan

CCTV rakam Nayati dilarikan

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di Almaspuri Condo, Mont Kiara di sini berjaya merakam kejadian Nayati Shamelin Moodliar, 12, dimasukkan ke dalam sebuah kereta pada pukul 7.41 pagi 27 April 2012.

Terdahulu, saksi ke-13 pendakwaan, Asisten Superintendan A. Sidambaram, 40, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields berkata, rakaman CCTV itu turut memaparkan sebuah kereta Proton Gen2 berada di tempat kejadian sejak pukul 7 pagi.

"Terdapat juga pergerakan dua lelaki yang tidak dapat dikenal pasti bangsa mereka keluar dari kereta tersebut," katanya kepada Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran semasa pemeriksaan utama perbicaraan kes penculikan Nayati di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Chong Tat Siong, 25, Foong Khar Fai, 20, Lee Phak Seng, 25, didakwa melakukan jenayah itu di hadapan Mont Kiara International School, Jalan Kiara 1, Mont Kiara, Brickfields pada pukul 7.30 pagi 27 April 2012.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jumpa mayat ketika cari pucuk paku

Posted:

Jumpa mayat ketika cari pucuk paku

Jumpa mayat ketika cari pucuk paku

SHAH ALAM - Seorang lelaki terkejut apabila menemui satu mayat dalam keadaan terikat yang mempunyai kesan tetak di badan dan kepala ketika hendak mencari pucuk paku di Jalan Padang Jawa 2, Padang Jawa dekat sini semalam.

Lelaki yang enggan dikenali itu berkata, mayat itu ditemui dalam keadaan tertiarap.

"Saya biasa mencari pucuk paku di kawasan ini dan selepas meletakkan motosikal di kawasan berhampiran, saya pergi ke kawasan paya untuk melihat ikan namun tidak sangka ternampak mayat," ceritanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob memberitahu, pemeriksaan menemui beberapa kesan tetakan di belakang badan dan kepala.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa mati dalam tempoh kurang 24 jam.

"Kita percaya mangsa merupakan warga asing dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui padanya. Kita syak mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di sini," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan Real kelab terkaya duniahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm LONDON – Real Madrid berjaya memintas kedudukan Manchester United sebagai kelab terkaya di dunia. Sebelum ini, United menguasai kedudukan tersebut berdasarkan kaji selidik yang dijalankan syarikat analisis perniagaan, Forbes sejak 2004.REAL Madrid mengatasi Manchester United untuk muncul kelab terkaya di dunia. Beckham kekal pemain bola sepak termahal dunia dengan pendapatan RM152.8 juta setahun.http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0419/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm Barcelona anggap 10 Ogos tarikh sesuai hadapi Harimau Malayahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm KETUA Pegawai Eksekutif Barcelona, Antoni Rossich mendedahkan bahawa pihaknya tidak dapat mengelak untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Ogos depan.TENGKU Abdullah (dua dari kiri) menerima cendera hati daripada Rossich (dua dari kanan) selepas majlis pelancaran Jelajah Asia Barcelona 2013 di Petaling Jaya semalam.http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0419/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Harimau Muda gagal lunas dendamhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm DENDAM Harimau Muda terhadap kelab Slovakia, MSK Zilina masih belum berbalas.Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE<br>hidayat.azmie@kosmo.com.myIRFAN menjaringkan gol pembukaan Harimau Muda ketika tewas 2-3 kepada MSK Zilina kelmarin. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0419/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm 'Jangan pulang awal'http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm "JANGAN pulang awal."Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI<br>fazli.yadi@kosmo.com.myTENGKU ABDULLAH berharap dua pemain muda negara yang beraksi dalam Liga J di Jepun tidak mengecewakan harapan FAM. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0419/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm Karim tetap cabar KOMhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm BEKAS Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim bakal mencabar keputusan penggantungannya selama enam tahun oleh badan olahraga negara itu dengan membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH<br>shahril.abdullah@ksomo.com.myMourinho ke Chelseahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm LONDON - Jose Mourinho mengakui bakal meninggalkan Real Madrid penghujung musim ini sambil tidak menolak kemungkinan kembali semula ke pangkuan kelab lamanya, Chelsea.MOURINHO dilapor bakal meninggalkan Real penghujung musm ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2013/0419/Kosmo//su_06.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm Boling: KL juara keseluruhanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm KOMBINASI mantap pasukan Kuala Lumpur sekali lagi gagal dipatahkan oleh musuh tradisi mereka, Selangor dalam acara berpasukan pada Kejohanan Boling Antara Negeri 2013 edisi ke-26 di Sunway Megalanes, Petaling Jaya semalam.Pahang mahu pastikan Johor DT meranahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_08.htm KUNJUNGAN Pahang ke Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos di Larkin, Johor Bahru malam ini untuk membuat perhitungan dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) dalam saingan Liga Super, boleh dijadikan pembayang awal pertembungan separuh akhir Piala FA nanti.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Mengundi untuk kali ke-13

Posted:

Mengundi untuk kali ke-13

Mengundi untuk kali ke-13

Oleh NORAZLINA ISMAIL

SUDAH menjadi rutin Pak Long Man untuk membaca surat khabar setiap pagi.


TANGGAL 5 Mei nanti, kira-kira 13 juta rakyat Malaysia yang layak akan bersama-sama melengkapkan proses demokrasi negara dengan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bahang PRU-13 semakin dirasai apabila perang poster dan bendera parti memenuhi bandar sehinggalah ke ceruk kampung.

Tidak kurang juga yang menghasilkan replika kreatif seperti wau, perahu, kapal selam dan kapal terbang sebagai simbolik sokongan mereka terhadap parti.

Kemeriahan 'perang' PRU kini turut membangkitkan semangat dan keterujaan rakyat untuk melalui proses pengundian yang semakin hampir terutamanya generasi muda yang kali pertama menggunakan hak sebagai pengundi.

Namun berbeza pula bagi seorang warga emas, Othman Daud atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Long Man yang berumur 101 tahun dari Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

PRU kali ini adalah kali yang ke-13 yang akan dilaluinya sebagai pengundi. Pak Long Man yang dilahirkan pada 12 Disember 1912 pertama kali mengundi pada pilihan raya pertama Malaysia tahun 1955 iaitu semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

"Pak Long memang sudah lama tinggal di Kampung Tanah Liat dan pertama kali mengundi pada 1955. Setiap kali ada pilihan raya, Pak Long akan pergi mengundi dengan menaiki basikal.

"Di sini, Pak Long mengundi di Sekolah Kebangsaan Penanti dan kali ini kalau badan sihat, Pak Long nak pergi mengundi lagi," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Lebih manis, usianya yang menjangkau 101 tahun tidak menjadi penghalang untuknya menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia.

Nasihat untuk orang muda

Jelasnya lagi, generasi muda hari ini perlu menjadi generasi yang bertanggungjawab dan peka kepada perkembangan politik negara dan menjadikan hari mengundi sebagai satu kewajipan kepada mereka.

"Orang muda zaman sekarang kurang ambil tahu tentang politik, mereka hanya suka kepada hiburan sahaja, surat khabar pun kurang baca sampai ada yang tidak faham maksud Dewan Undangan Negeri.

"Macam mana nak mengundi kerana pilihan raya bukan perkara main-main atau seronok untuk pangkah sahaja.

"Pak Long yang sudah tua pun masih baca surat khabar. Tiap-tiap pagi selepas balik dari sawah Pak Long pergi beli surat khabar di kedai kemudian baca, baru kita tahu apa yang berlaku dalam negara kita," ujarnya.

Dia yang merupakan anak sulung daripada 12 adik-beradik memberitahu, suasana politik dahulu sangat berbeza dengan zaman sekarang.

Semasa kali pertama mengundi katanya, rakyat amat teruja apabila kampung mereka dikunjungi para pemimpin seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Abdul Razak yang turun padang bersama-sama rakyat.


ISTIMEWANYA pengundi warga emas ini, dia telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi untuk semua 12 PRU sebelum ini.


Katanya, keinginan untuk mencapai kemerdekaan ketika itu juga mempengaruhi rasa keterujaan rakyat untuk terlibat sama sepanjang proses pilihan raya umum.

Dia yang telah menyaksikan evolusi pembangunan negara dari sebuah bekas tanah jajahan British kepada apa yang wujud pada hari ini sememangnya berterima kasih kepada kebijaksanaan para pemimpin terdahulu.

"Dahulu senang sebab tidak banyak parti macam sekarang. Sekarang ada lebih empat parti utama, susah kita nak buat pilihan.

"Dahulu penyokong parti politik pun tidak gaduh-gaduh tapi sekarang silap sikit nak bergaduh dan jadi huru-hara," tambahnya.

Othman berkata, masyarakat sekarang perlu bersatu dan tidak cepat melatah kerana meskipun ideologi dan pegangan politik mereka berbeza, namun semuanya masih bergelar rakyat Malaysia serta tinggal di tanah air yang sama.

"Pak Long ada baca surat khabar beberapa hari lepas ada tulis kawasan paling panas di Pulau Pinang ialah di Tasek Gelugor dan Bagan, sebab itu kena jaga-jaga suhunya lebih daripada 36 darjah Celsius," katanya berseloroh.

Ditanya mengenai kriteria calon pilihan pengundi, Othman berkata, calon yang akan menjadi pilihannya mestilah seseorang yang memiliki ciri-ciri kepimpinan, tidak sombong dan mempunyai keperibadian yang baik.

Justeru, Othman berharap proses pilihan raya kali ini akan berjalan lancar dalam keadaan aman dan stabil.

Dia turut menasihati pengundi supaya menjalankan kewajipan mereka dengan keluar mengundi dan membuat pilihan tepat supaya kemakmuran negara dapat dikekalkan.

Takdir hidup di persimpangan jalan

Posted:

Takdir hidup di persimpangan jalan

Takdir hidup di persimpangan jalan

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

MISI membunuh Taylor untuk membunuh suaminya sendiri, Scott Dolan tidak berakhir dengan sempurna apabila dia mengalami kecelakaan jalan raya ketika tiba di sebuah simpang gurun.

Bertemu dengan tiga individu lain yang terselamat dalam nahas itu telah menyatukan mereka dan membawa ke jalan yang tidak diduga. Bagaimanakah kesudahan filem ngeri romantik, Intersection itu?

Turut menemui penonton pada minggu ini, sebuah filem aksi lakonan mantap Mark Wahlberg berjudul Broken City. Filem itu mengisahkan seorang anggota polis yang tidak bersalah bertindak membalas dendam setelah dia diperangkap oleh seorang datuk bandar.

Bagi penggemar filem seram dari Thailand, Long Journey mungkin boleh menjadi pilihan anda. Filem itu memaparkan kisah dendam seorang remaja yang sering dibuli sejak zaman kanak-kanak.

Selain itu, telatah Saiful Apek dan Intan Ladyana menghiasi layar perak minggu ini menerusi filem Kecoh! Hantu Raya Tok Chai.

Filem aksi jenayah lakonan hebat Louis Koo dan Sun Honglei berjudul Drug War turut mencuri tumpuan pada minggu ini.

Kecoh! Hantu Raya Tok Chai

Tarikh tayangan: 18 April 2013

Durasi: 1 jam 40 minit

Genre: Komedi, seram

Pengarah: Opie Zami

Pelakon: Saiful Apek, Intan Ladyana, Sathia, Azrul Raja Lawak, Kuswadinata, Amir Raja Lawak dan Sobri Anuar

Sinopsis: Di sebuah kampung kecil, tinggal Tok Chai yang bersifat merendah diri. Bagaimanapun, Tok Chai ada membela seekor hantu raya membuatkan hidupnya senang-lenang. Krisis bermula apabila Tok Chai meninggal dunia menyebabkan hantu raya belaan Tok Chai cuba menghentikan penduduk kampung daripada mengebumikan jenazahnya.

Siapakah yang akan menjadi mangsa korban untuk menenangkan hantu raya Tok Cai dan menjaganya apabila semua perkara tersebut berakhir?

Broken City

Tarikh tayangan: 18 April 2013

Durasi: 1 jam 47 minit

Genre: Ngeri, jenayah, drama

Pengarah: Allen Hughes

Pelakon: Mark Wahlberg, Russell Crowe, Catherine Zeta-Jones, Jeffrey Wright, Barry Pepper dan Alona Tal

Sinopsis: Di sebuah bandar yang dipenuhi perlakuan jenayah, detektif Billy Taggart ditahan atas satu tuduhan membunuh. Dia dituduh membunuh Mikey Tavarez yang merogol dan membunuh adik perempuan kepada teman wanitanya, Natalie Barrow yang berusia 16 tahun. Datuk Bandar, Nicholas Hostetler telah memusnahkan bukti kes tersebut. Taggart terpaksa meninggalkan pasukan polis dan menjadi detektif peribadi. Tujuh tahun kemudian, Taggart hampir muflis dan diupah oleh Hostetler untuk menyiasat siapakah yang curang bersama-sama isterinya, Cathleen Hostetler. Tugas tersebut merupakan peluang sempurna untuk Taggart membalas dendam.

Long Weekend

Tarikh tayangan: 18 April 2013

Durasi: 1 jam 18 minit

Genre: Seram

Pengarah: Taweewat Wantha

Pelakon: Shin Chinawut, Namcha Sheranat, Sean Jindachote, Nott Akaranat, Kittilpat Korasutraiwan dan Natpassara Adulyametahsiri

Sinopsis: Thongsook merupakan seorang remaja yang pemalu, sering diganggu dan diejek oleh rakan-rakannya sejak kecil. Dia bernasib baik kerana mempunyai kawan baik bernama Nam, iaitu seorang gadis yang membesar bersamanya dan sentiasa menjaganya. Apabila Thongsook dan Nam memasuki kolej, mereka menghabiskan masa dengan kawan-kawan baharu iaitu Boy, Jack, Beam dan Pui. Bagaimanapun, kawan-kawan baharu tersebut juga suka mengejek Thongsook. Apabila tiba cuti sekolah, rakan-rakan yang sering membuli Thongsook tidak menyedari bahawa mereka akan melalui sebuah pengalaman mengerikan. Pengalaman tersebut membuatkan persepsi mereka terhadap Thongsook berubah. Kawan-kawasannya telah mengembara ke sebuah pulau terpencil yang terletak di tengah-tengah tasik tetapi Thongsook tidak dijemput. Tanpa diduga, Thongsook muncul apabila mereka tiba di pulau tersebut. Percutian yang selesa itu menjadi ngeri pada malam kedua yang dikenali sebagai Malam Hantu Lapar.

Intersections

Tarikh tayangan: 18 April 2013

Durasi: 1 jam 29 minit

Genre: Ngeri, romantik

Pengarah: David Marconi

Pelakon: Roschdy Zem, Frank Grillo, Jaimie Alexander, Marie-Josee Croze dan Charlie Bewley

Sinopsis: Taylor dan Scott Dolan sedang berbulan madu di Maghribi. Pada masa sama, Taylor merancang untuk membunuh suaminya dengan bantuan Travis, kekasih Taylor.

Rancangan tersebut tidak berjalan lancar apabila mereka terbabit dalam kemalangan kereta di gurun terpencil.

Mereka tiba di persimpangan jalan gurun dan bertemu sekumpulan mangsa yang terselamat.

Antaranya, penyeludup yang dikehendaki polis, Omar, seorang perempuan Perancis dengan bayinya, Audrey dan seorang mekanik yang misteri, Saleh.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved