Khamis, 18 April 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Mengundi untuk kali ke-13

Posted:

Mengundi untuk kali ke-13

Mengundi untuk kali ke-13

Oleh NORAZLINA ISMAIL

SUDAH menjadi rutin Pak Long Man untuk membaca surat khabar setiap pagi.


TANGGAL 5 Mei nanti, kira-kira 13 juta rakyat Malaysia yang layak akan bersama-sama melengkapkan proses demokrasi negara dengan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bahang PRU-13 semakin dirasai apabila perang poster dan bendera parti memenuhi bandar sehinggalah ke ceruk kampung.

Tidak kurang juga yang menghasilkan replika kreatif seperti wau, perahu, kapal selam dan kapal terbang sebagai simbolik sokongan mereka terhadap parti.

Kemeriahan 'perang' PRU kini turut membangkitkan semangat dan keterujaan rakyat untuk melalui proses pengundian yang semakin hampir terutamanya generasi muda yang kali pertama menggunakan hak sebagai pengundi.

Namun berbeza pula bagi seorang warga emas, Othman Daud atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Long Man yang berumur 101 tahun dari Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

PRU kali ini adalah kali yang ke-13 yang akan dilaluinya sebagai pengundi. Pak Long Man yang dilahirkan pada 12 Disember 1912 pertama kali mengundi pada pilihan raya pertama Malaysia tahun 1955 iaitu semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

"Pak Long memang sudah lama tinggal di Kampung Tanah Liat dan pertama kali mengundi pada 1955. Setiap kali ada pilihan raya, Pak Long akan pergi mengundi dengan menaiki basikal.

"Di sini, Pak Long mengundi di Sekolah Kebangsaan Penanti dan kali ini kalau badan sihat, Pak Long nak pergi mengundi lagi," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Lebih manis, usianya yang menjangkau 101 tahun tidak menjadi penghalang untuknya menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia.

Nasihat untuk orang muda

Jelasnya lagi, generasi muda hari ini perlu menjadi generasi yang bertanggungjawab dan peka kepada perkembangan politik negara dan menjadikan hari mengundi sebagai satu kewajipan kepada mereka.

"Orang muda zaman sekarang kurang ambil tahu tentang politik, mereka hanya suka kepada hiburan sahaja, surat khabar pun kurang baca sampai ada yang tidak faham maksud Dewan Undangan Negeri.

"Macam mana nak mengundi kerana pilihan raya bukan perkara main-main atau seronok untuk pangkah sahaja.

"Pak Long yang sudah tua pun masih baca surat khabar. Tiap-tiap pagi selepas balik dari sawah Pak Long pergi beli surat khabar di kedai kemudian baca, baru kita tahu apa yang berlaku dalam negara kita," ujarnya.

Dia yang merupakan anak sulung daripada 12 adik-beradik memberitahu, suasana politik dahulu sangat berbeza dengan zaman sekarang.

Semasa kali pertama mengundi katanya, rakyat amat teruja apabila kampung mereka dikunjungi para pemimpin seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Abdul Razak yang turun padang bersama-sama rakyat.


ISTIMEWANYA pengundi warga emas ini, dia telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi untuk semua 12 PRU sebelum ini.


Katanya, keinginan untuk mencapai kemerdekaan ketika itu juga mempengaruhi rasa keterujaan rakyat untuk terlibat sama sepanjang proses pilihan raya umum.

Dia yang telah menyaksikan evolusi pembangunan negara dari sebuah bekas tanah jajahan British kepada apa yang wujud pada hari ini sememangnya berterima kasih kepada kebijaksanaan para pemimpin terdahulu.

"Dahulu senang sebab tidak banyak parti macam sekarang. Sekarang ada lebih empat parti utama, susah kita nak buat pilihan.

"Dahulu penyokong parti politik pun tidak gaduh-gaduh tapi sekarang silap sikit nak bergaduh dan jadi huru-hara," tambahnya.

Othman berkata, masyarakat sekarang perlu bersatu dan tidak cepat melatah kerana meskipun ideologi dan pegangan politik mereka berbeza, namun semuanya masih bergelar rakyat Malaysia serta tinggal di tanah air yang sama.

"Pak Long ada baca surat khabar beberapa hari lepas ada tulis kawasan paling panas di Pulau Pinang ialah di Tasek Gelugor dan Bagan, sebab itu kena jaga-jaga suhunya lebih daripada 36 darjah Celsius," katanya berseloroh.

Ditanya mengenai kriteria calon pilihan pengundi, Othman berkata, calon yang akan menjadi pilihannya mestilah seseorang yang memiliki ciri-ciri kepimpinan, tidak sombong dan mempunyai keperibadian yang baik.

Justeru, Othman berharap proses pilihan raya kali ini akan berjalan lancar dalam keadaan aman dan stabil.

Dia turut menasihati pengundi supaya menjalankan kewajipan mereka dengan keluar mengundi dan membuat pilihan tepat supaya kemakmuran negara dapat dikekalkan.

Takdir hidup di persimpangan jalan

Posted:

Takdir hidup di persimpangan jalan

Takdir hidup di persimpangan jalan

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

MISI membunuh Taylor untuk membunuh suaminya sendiri, Scott Dolan tidak berakhir dengan sempurna apabila dia mengalami kecelakaan jalan raya ketika tiba di sebuah simpang gurun.

Bertemu dengan tiga individu lain yang terselamat dalam nahas itu telah menyatukan mereka dan membawa ke jalan yang tidak diduga. Bagaimanakah kesudahan filem ngeri romantik, Intersection itu?

Turut menemui penonton pada minggu ini, sebuah filem aksi lakonan mantap Mark Wahlberg berjudul Broken City. Filem itu mengisahkan seorang anggota polis yang tidak bersalah bertindak membalas dendam setelah dia diperangkap oleh seorang datuk bandar.

Bagi penggemar filem seram dari Thailand, Long Journey mungkin boleh menjadi pilihan anda. Filem itu memaparkan kisah dendam seorang remaja yang sering dibuli sejak zaman kanak-kanak.

Selain itu, telatah Saiful Apek dan Intan Ladyana menghiasi layar perak minggu ini menerusi filem Kecoh! Hantu Raya Tok Chai.

Filem aksi jenayah lakonan hebat Louis Koo dan Sun Honglei berjudul Drug War turut mencuri tumpuan pada minggu ini.

Kecoh! Hantu Raya Tok Chai

Tarikh tayangan: 18 April 2013

Durasi: 1 jam 40 minit

Genre: Komedi, seram

Pengarah: Opie Zami

Pelakon: Saiful Apek, Intan Ladyana, Sathia, Azrul Raja Lawak, Kuswadinata, Amir Raja Lawak dan Sobri Anuar

Sinopsis: Di sebuah kampung kecil, tinggal Tok Chai yang bersifat merendah diri. Bagaimanapun, Tok Chai ada membela seekor hantu raya membuatkan hidupnya senang-lenang. Krisis bermula apabila Tok Chai meninggal dunia menyebabkan hantu raya belaan Tok Chai cuba menghentikan penduduk kampung daripada mengebumikan jenazahnya.

Siapakah yang akan menjadi mangsa korban untuk menenangkan hantu raya Tok Cai dan menjaganya apabila semua perkara tersebut berakhir?

Broken City

Tarikh tayangan: 18 April 2013

Durasi: 1 jam 47 minit

Genre: Ngeri, jenayah, drama

Pengarah: Allen Hughes

Pelakon: Mark Wahlberg, Russell Crowe, Catherine Zeta-Jones, Jeffrey Wright, Barry Pepper dan Alona Tal

Sinopsis: Di sebuah bandar yang dipenuhi perlakuan jenayah, detektif Billy Taggart ditahan atas satu tuduhan membunuh. Dia dituduh membunuh Mikey Tavarez yang merogol dan membunuh adik perempuan kepada teman wanitanya, Natalie Barrow yang berusia 16 tahun. Datuk Bandar, Nicholas Hostetler telah memusnahkan bukti kes tersebut. Taggart terpaksa meninggalkan pasukan polis dan menjadi detektif peribadi. Tujuh tahun kemudian, Taggart hampir muflis dan diupah oleh Hostetler untuk menyiasat siapakah yang curang bersama-sama isterinya, Cathleen Hostetler. Tugas tersebut merupakan peluang sempurna untuk Taggart membalas dendam.

Long Weekend

Tarikh tayangan: 18 April 2013

Durasi: 1 jam 18 minit

Genre: Seram

Pengarah: Taweewat Wantha

Pelakon: Shin Chinawut, Namcha Sheranat, Sean Jindachote, Nott Akaranat, Kittilpat Korasutraiwan dan Natpassara Adulyametahsiri

Sinopsis: Thongsook merupakan seorang remaja yang pemalu, sering diganggu dan diejek oleh rakan-rakannya sejak kecil. Dia bernasib baik kerana mempunyai kawan baik bernama Nam, iaitu seorang gadis yang membesar bersamanya dan sentiasa menjaganya. Apabila Thongsook dan Nam memasuki kolej, mereka menghabiskan masa dengan kawan-kawan baharu iaitu Boy, Jack, Beam dan Pui. Bagaimanapun, kawan-kawan baharu tersebut juga suka mengejek Thongsook. Apabila tiba cuti sekolah, rakan-rakan yang sering membuli Thongsook tidak menyedari bahawa mereka akan melalui sebuah pengalaman mengerikan. Pengalaman tersebut membuatkan persepsi mereka terhadap Thongsook berubah. Kawan-kawasannya telah mengembara ke sebuah pulau terpencil yang terletak di tengah-tengah tasik tetapi Thongsook tidak dijemput. Tanpa diduga, Thongsook muncul apabila mereka tiba di pulau tersebut. Percutian yang selesa itu menjadi ngeri pada malam kedua yang dikenali sebagai Malam Hantu Lapar.

Intersections

Tarikh tayangan: 18 April 2013

Durasi: 1 jam 29 minit

Genre: Ngeri, romantik

Pengarah: David Marconi

Pelakon: Roschdy Zem, Frank Grillo, Jaimie Alexander, Marie-Josee Croze dan Charlie Bewley

Sinopsis: Taylor dan Scott Dolan sedang berbulan madu di Maghribi. Pada masa sama, Taylor merancang untuk membunuh suaminya dengan bantuan Travis, kekasih Taylor.

Rancangan tersebut tidak berjalan lancar apabila mereka terbabit dalam kemalangan kereta di gurun terpencil.

Mereka tiba di persimpangan jalan gurun dan bertemu sekumpulan mangsa yang terselamat.

Antaranya, penyeludup yang dikehendaki polis, Omar, seorang perempuan Perancis dengan bayinya, Audrey dan seorang mekanik yang misteri, Saleh.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved