Rabu, 17 April 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ahli Geng 36 mati ditembak atas sofa

Posted:

Ahli Geng 36 mati ditembak atas sofa

Ahli Geng 36 mati ditembak atas sofa

ANGGOTA polis menyiasat tempat Raman mati ditembak di Serdang, Selangor semalam.


SERDANG - Seorang ahli kumpulan gengster bergelar Geng 36 yang mempunyai tatu lambang kepala harimau di dada dan bahu mati selepas terkena tujuh das tembakan dari jarak dekat ketika sedang berehat di atas sofa di Jalan 6/1 Kawasan Perindustrian Serdang di sini semalam.

Kejadian pukul 2 pagi itu menyebabkan K. Raman, 34, maut di tempat kejadian selepas ditembak dua kali di bahu kiri, dan masing-masing satu das di bahu kanan, dada kiri, leher kanan, belakang leher serta cuping telinga kanan.

Difahamkan, kejadian tersebut bermotifkan dendam berdasarkan cara pembunuhan yang dilakukan amat kejam dan nekad.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, pemeriksaan pada mayat mangsa menemui tatu lambang kepala harimau di dada dan bahu serta angka 36 di belakang badannya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Buang nombor kereta penculik

Posted:

Buang nombor kereta penculik

Buang nombor kereta penculik

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Seorang mekanik mendakwa, dia diminta pemilik kereta Proton Gen 2 warna hitam supaya membuang papan pendaftaran kenderaan tersebut semasa dibawa ke bengkelnya, April tahun lalu atas alasan sedang berhutang dengan pihak bank.

Saksi kesembilan, Liew Tek Foo, 29, yang memiliki bengkel Ban Loong, Car Spray and Mudguard Works di Chemor, Perak bagaimanapun berkata, dia hanya membiarkan papan tersebut di atas lantai dan tidak ingat apa yang berlaku selepas itu.

Tek Foo sebelum itu memberitahu, tujuan kereta dihantar ke bengkel kerana pemilik mahu dia menyembur cat pada kesan calar di beberapa bahagian pada kereta tersebut.

Dia yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes penculikan budak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, 12, di Mahkamah Tinggi di sini semalam bagaimanapun tidak mengingati tarikh sebenar kereta dihantar ke bengkelnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Batal mengajar

Posted:

Batal mengajar

Batal mengajar

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my


ANGGOTA bomba bergegas ke SMK Datok Lokman di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur selepas menerima maklumat mengenai sisa kimia terbakar dan meletup semalam.


KUALA LUMPUR - Suasana aman di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datok Lokman di Jalan Kampung Pandan di sini bertukar kecoh apabila 21 warganya mengalami muntah-muntah dan sesak nafas selepas terhidu asap beracun semalam.

Kejadian pukul 11.32 pagi itu berlaku apabila salah satu daripada lapan tong bahan sisa kimia terbakar dan meletup ketika hendak dipunggah ke dalam lori khas yang berada di dalam kawasan sekolah oleh dua pekerja.

Tong itu hendak dibawa ke loji pelupusan bahan kimia di Bukit Nanas, Negeri Sembilan.

Tong itu mengandungi 229 jenis sisa bahan kimia seperti ammonia, magnesium, sodium dan zink.

Ketika kejadian, enam tong tersebut telah diletakkan ke dalam lori sebelum salah satunya terbakar.

Lori tersebut berada dekat dengan makmal dan bahan kimia itu kepunyaan sekolah yang hendak dilupuskan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menggunakan serbuk kering untuk memadamkan api dari merebak ke tong lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved