Isnin, 10 Februari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Perjuangan murni Shariffa Sabrina

Posted:

Perjuangan murni Shariffa Sabrina

Perjuangan murni Shariffa Sabrina

GENANGAN air mata jelas kelihatan. Perasaannya bercampur-baur, sedih, geram, kecewa dan tertekan saat diajukan soalan mengenai keadaan hutan di Malaysia. Jelas figura pencinta alam itu, kerakusan manusia memusnahkan hutan amat mengecewakannya.

Meletakkan pemuliharaan hutan dan alam semula jadi sebagai perjuangan hidupnya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil menyifatkan hutan amanah daripada Allah untuk dijaga.

"Dalam syurga, Allah cerita ada apa? Dalam syurga ada tumbuhan, bunga-bungaan yang wangi dan sungai yang mengalir. Kita ada semua ini di dunia, kenapa tidak mahu dijaga?

"Ini adalah syurga dunia untuk kita, amanah Tuhan buat hamba-Nya," jelas wanita ini saat berbicara mengenai alam semula jadi.

Pada usia 52 tahun, Shariffa Sabrina kelihatan jauh lebih muda berbanding umurnya. Sikapnya yang ramah dan murah dengan senyuman membuatkan dirinya mudah didekati. Namun, di sebalik kelembutan persis wanita timur itu, ketegasannya jelas terserlah saat berkongsi buah fikiran mengenai pemuliharaan alam sekitar.

Peminat aktiviti lasak itu, aktif dalam melibatkan diri dengan aktiviti pemanduan pacuan empat roda dan river trekking. Bagaimanapun pada tahun 2005, hatinya terdetik untuk menyelamatkan hutan selepas menyaksikan sendiri keadaan hutan musnah sama ada pembalakan secara haram atau pertanian.

Pada ketika itu, beliau bersama ahli Yayasan Sukan dan Kecergasan Wanita (WSFFM) aktif menganjurkan aktiviti perkhemahan dalam hutan bertujuan membawa manusia dekat dengan alam semula jadi.

Menyuntik kesedaran

Shariffa Sabrina menyifatkan yayasan itu sebagai wadah tidak rasmi dalam usaha menyuntik kesedaran mengenai keindahan hutan sebelum penubuhan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) pada tahun 2010.

PEMULIHARAAN hidupan laut antara agenda penubuhan Peka.


"Saya sangat sukakan alam semula jadi. Saat berada di tengah-tengah belantara, ada satu ketenangan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

"Namun, hati saya terkilan apabila di hadapan mata, hutan rakus ditebang. Apabila hutan ditebang, sungai turut tercemar.

"Mereka tanam semula pokok kelapa sawit dan terdapat kes pembalakan yang dibuat tanpa kawalan yang sepatutnya," katanya yang kini menjawat jawatan sebagai Presiden WSFFM dan Peka.

Anak jati Pulau Pinang yang menerima pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) St. George di Georgetown itu berkata, Peka memainkan peranan yang lebih khusus dalam melindungi warisan, sumber dan alam sekitar di negara ini.

Bukan hanya program-program kesedaran umum, Peka juga aktif dalam mempertahankan 'kesucian' hutan melalui rundingan, pembentangan kertas kerja dan penghantaran memorandum kepada syarikat-syarikat dan jabatan kerajaan yang berkaitan.

"Kita sering mendengar insiden haiwan liar mengganggu kehidupan manusia. Namun, tidakkah kita terfikir mengapa perkara itu terjadi?

"Hutan merupakan satu-satunya habitat haiwan ini, tetapi manusia sibuk menebangnya untuk kepentingan diri. Apabila hutan tiada, ekosistem akan terganggu sekali gus menyebabkan haiwan-haiwan ini kehilangan tempat tinggal dan sumber makanan.

"Manusia yang sepatutnya dipersalahkan dan bukannya haiwan-haiwan tersebut," katanya

Program penanaman semula hutan adalah antara aktiviti utama Peka yang turut dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Perhutanan, syarikat swasta dan individu.

"Salah satu program penanaman semula yang dianjurkan pada September tahun lalu ialah di Hutan Simpan Bukit Tinggi di Bentong, Pahang yang mendapat sokongan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan menarik penyertaan hampir 200 peserta daripada pelbagai peringat umur, termasuk pelajar.


SHARIFFA SABRINA (dua dari kanan) bersama keluarga tercinta.


"Ketika sedang sibuk menanam pokok, saya didatangi seorang peserta program pertukaran pelajar di Universiti Sunway, Petaling Jaya yang berkata: "Malaysia mempunyai kekayaan hutan dan tumbuhan hijau yang mempesonakan, tetapi mengapa rakyat tempatan sendiri tidak menghiraukannya?.'" soalnya.

Persoalan itu ternyata membuatkan beliau tersentak, sebelum menerangkan kepada pelajar terbabit bahawa Malaysia mempunyai NGO yang bersedia mempertahankan hutan.

Membeli hutan

Menyedari keadaan hutan yang 'parah', wanita yang mencintai keindahan alam semula jadi sentiasa mencari kaedah bagi memberi ruang kepada masyarakat umum dan pelancong asing merasai sendiri keunikan hutan hujan khatulistiwa dalam negara.

Antara langkah yang diambil ialah membeli sebahagian kawasan hutan untuk dibangunkan sebagai sektor pelancongan. Bagaimanapun, ia melibatkan pembangunan yang amat minimum.

Melibatkan pelaburan kira-kira RM5 juta, Resort Tanah Aina Farrah Soraya dengan keluasan 60 hektar di Raub, Pahang merupakan lokasi percutian dalam hutan yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing terutamanya dari Perancis, Australia dan United Kingdom.

"Hutan-hutan di Malaysia berusia lebih 130 juta tahun, berkemampuan menjadi salah satu tarikan utama sektor pelancongan sekali gus mewujudkan ekonomi yang mapan.

"Saya percaya kita mampu memasarkan Malaysia sebagai lokasi percutian dalam hutan yang terunggul di dunia," katanya yang melihat potensi besar ekopelancongan di Malaysia, khususnya dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Sempat berseloroh, Shariffa Sabrina turut menyatakan impiannya untuk memiliki hutan-hutan di Malaysia supaya dapat memuliharanya.

"Dahulu kita dapat melihat keluasan hutan tidak terusik. Keadaan ternyata berbeza pada hari ini, malah jika anda lihat di Resort Tanah Aina Farrah Soraya, hanya sungai di sini yang masih bersih. Selainnya sudah tercemar.

"Sebab itu saya pernah berangan, kalau saya mampu, mahu sahaja saya beli semua hutan yang ada untuk dijaga," tuturnya sambil tergelak manja.

Selain Resort Tanah Aina Farrah Soraya yang dibuka pada tahun 2011, Pengarah Urusan Tanah Aina Sdn. Bhd. itu turut memiliki empat lagi resort yang berkonsepkan ekopelancongan. Tiga daripada resort terletak di Pahang iaitu Tanah Aina Farouq yang berkeluasan 19 hektar di Mukim Tras, Raub; Tanah Aina Fareena (tiga hektar) di Lentang, Bentong dan Tanah Aina Fahad (dua hektar) di Ulu Dong, Raub.


RESORT Tanah Aina Farrah Soraya di Raub, Pahang ini menjadi medan Shariffa Sabrina berkongsi keindahan alam bersama pelancong.


Menghargai

Selain itu, beliau juga mempunyai sebuah resort berkonsepkan percutian di tepi pantai iaitu Tanah Aina Farhana (20 hektar) di Desaru, Johor dan sebuah restoran iaitu Restoran Tanah Aina Azareena di Bentong, Pahang dengan keluasan empat hektar.

Shariffa Sabrina menjelaskan, hanya 10 peratus daripada keseluruhan kawasan pusat peranginan terlibat dibangunkan, sementara selebihnya dikekal sebagai hutan.

"Saya mahu orang kembali menghargai alam semula jadi. Jika anda melihat sendiri Tanah Aina Farrah Soraya, hanya tapak struktur menggunakan bahan simen, selebihnya dibina menggunakan kayu-kayan.

"Kami juga mempunyai ruangan kebun sendiri seperti dusun durian, sayur-sayuran tempatan serta ulam-ulaman yang dibiarkan tumbuh secara organik tanpa penggunaan sebarang racun. Selain itu, bahan pencuci seperti syampu dan cecair pencuci badan dihasilkan dengan bahan semula jadi. Kesemua langkah ini diambil demi menjaga alam di sini," jelasnya.

Sebelum mengakhiri bicara, beliau sempat berkongsi pendapatnya mengenai kesedaran orang awam terhadap kepentingan hutan.

"Kita semua tahu tumbuh-tumbuhan memainkan peranan penting dalam kehidupan termasuk menghasilkan oksigen. Namun, manusia masih tidak mengambil endah terhadap kepupusan khazanah ini.," katanya.

Sky City bakal bangunan tertinggi di dunia

Posted:

Sky City bakal bangunan tertinggi di dunia

Sky City bakal bangunan tertinggi di dunia


PIRAMID Mesir dengan ketinggian 39.6 meter hasil usaha Zhang terletak di Changsha, wilayah Hunan.


SEORANG jutawan China yang membina piramid Mesir dan replika Versailles berikrar untuk membina bangunan tertinggi di dunia dalam tempoh hanya enam bulan, walaupun ditentang pihak berkuasa di China atas faktor keselamatan.

Zhang Yue mempunyai kekayaan bernilai kira-kira 1.1 bilion yuan (RM600 juta) bercita-cita besar untuk membina sebuah menara pada ketinggian 838 meter menjelang akhir tahun ini di Changsa, China yang digelar 'Sky City'.

Ia 10 meter lebih tinggi berbanding bangunan tertinggi semasa, Burj Khalifa di Dubai yang mengambil masa lima tahun untuk disiapkan. Bagaimanapun, beliau mengakui projek itu menghadapi tentangan sengit.

"Tidak ramai orang yang menyokong kami. Terdapat terlalu ramai orang yang dengki," kata Zhang kepada AFP.

Zhang, 53, mencipta kekayaan menerusi perniagaan pendingin hawa dan merupakan usahawan pertama China yang memiliki helikopter peribadi.

Ketika ini, beliau sedang berusaha untuk meletakkan dirinya sebagai pejuang alam sekitar.

Oleh itu, beliau melihat penghijrahan beratus juta penduduk desa China ke bandar sejak beberapa dekad lalu bukan sahaja membantu meledakkan ekonomi tetapi turut mempunyai kesan negatif terutamanya berkaitan alam sekitar.

"Kita perlu mengatasi segera masalah urbanisasi yang tidak sihat ini," katanya sambil menyifatkan Sky City yang menggunakan bahan-bahan penjimatan tenaga dan penggunaan tanah minimal sebagai salah satu cara mengatasi masalah tersebut.

Syarikat Zhang, Broad Sustainable Building berjaya membina sebuah hotel 30 tingkat dalam tempoh hanya 15 hari di tengah bandar Changsha di China.

Sebuah video tentang proses pembinaan hotel itu telah ditonton lebih lima juta kali di Youtube. Ia menunjukkan konkrit dan logam diatur seakan-akan seperti set Lego raksasa.

"Matlamat kami bukan untuk membuat duit. Apabila anda mula sedar tentang alam sekitar, wang tidak lagi bermakna," katanya yang berkaki ayam ketika ditemui di tingkat atas hotelnya.

Penganalisis Laporan Hurun (senarai orang kaya China), Rupert Hoogewerf menyatakan, Zhang menolak penggunaan helikopter kerana bimbang ia membawa impak kepada perubahan iklim sekali gus menyifatkan Zhang sebagai aktivis alam sekitar.


REPLIKA Istana Versailles Perancis yang direka isteri Zhang yang dicadangkan untuk menjadi akademi filosofi alam sekitar kini berfungsi sebagai ruang pameran lukisan dari Korea Utara.


Yakin

Berdekatan pejabat Zhang, para pekerja sedang sibuk mengumpil dan memasang bahagian-bahagian pasang siap bangunan. Zhang yakin kaedah yang digunakan itu tidak akan membawa sebarang masalah terhadap pembinaan Sky City.

"Kami akan menyudahkannya pada Disember ini. Saya juga boleh membuat bangunan yang lebih tinggi," katanya.

Pembinaan dilancarkan secara rasmi pada tahun lepas, tetapi pembinaannya digantung serta-merta. Media negeri itu melaporkan, pihak berkuasa Changsha mengarahkan pembinaan dihentikan kerana ia tidak mempunyai permit yang sah.

Seorang pakar kejuruteraan bebas memberitahu, konsep Sky City mempunyai pelbagai masalah antaranya, reka bentuk lif, pintu kecemasan kebakaran dan kemampatan fizikal disebabkan oleh berat monumental bangunan yang siap dibina.

Para peserta 'ketawa' apabila pertama kali mendengar pembentangan rancangan Zhang pada mesyuarat badan yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Urban (CTBUH), kata pengarah struktur di firma kejuruteraan Laing O'Rourke, David Scott.

"Sekarang mereka sedar ia satu tawaran yang serius. Saya tidak kata, ia tidak boleh dilaksanakan tetapi jika dirancangkan dengan betul, ia akan berfungsi." kata Scott.

Ukuran kalis gempa bumi di China untuk bangunan pencakar langit adalah antara syarat yang paling ketat di dunia antara dugaan yang perlu dihadapi Zhang.

Pencemaran

Di hotel, Zhang yang pernah belajar dalam bidang seni dan bekerja sebagai pereka hias dalaman pada awalnya menayangkan telefon pintar syarikatnya yang berbentuk seperti telur. Alat itu boleh mengukur tahap pencemaran udara kecil dikenali sebagai PM2.5.

Ia merupakan salah satu usahanya untuk menunjukkan kualiti udara sempurna di dalam bangunan miliknya, walaupun demonstrasi itu disukarkan oleh asap rokok yang baru dihisapnya.

Pencemaran merupakan isu panas di China, tetapi Zhang merasakan dirinya menjadi mangsa dan salah faham orang ramai.

"Dalam masyarakat ini, jika anda cuba untuk melakukan sesuatu yang baik, tiada sesiapa akan percaya. Masyarakat tidak mempunyai kepercayaan asas, dan melihat segala-gala perkara yang baik sebagai buruk," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Perjumpaan famili Tok Man berjaya kumpul 500 ahli keluarga

Posted:

Perjumpaan famili Tok Man berjaya kumpul 500 ahli keluarga

Perjumpaan famili Tok Man berjaya kumpul 500 ahli keluarga

SERAMAI 500 ahli keluarga Tok Man berjaya disatukan buat julung-julung kalinya dalam perjumpaan famili besar itu di Teluk Intan, Perak baru-baru ini.


MERIAH. Seramai 500 ahli keluarga Tok Man berkumpul meraikan Hari Keluarga di Kampung Sungai Kerawai, Teluk Intan, Perak baru-baru ini.

Pengurus majlis, Mohd. Ishak Mohd. Yusof berkata, tujuan majlis itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan keluarga sekali gus memupuk semangat saling mengenali antara satu sama lain.

"Kami mengesan mereka melalui Facebook dan juga melalui perjumpaan di majlis perkahwinan atau jika ada kematian. Saya mengambil masa antara dua hingga tiga bulan untuk mengatur pertemuan ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Hari keluarga Tok Man yang diadakan buat julung-julung kalinya itu dihadiri kira-kira 500 sanak saudara yang datang dari Pulau Pinang, Johor dan Perak.

Tok Man atau nama sebenarnya Che Man Ahmad merupakan antara penduduk terawal yang mengusahakan perniagaan kedai runcit di Kampung Sungai Kerawai.

Tok Man meninggal dunia pada tahun 1971.

Bagi memeriahkan lagi majlis itu, beberapa acara turut diadakan termasuk kenduri kesyukuran, doa selamat dan permainan sukan kampung.

MBSA ungguli Anugerah Program Zon Bersih PBT Selangor

Posted:

MBSA ungguli Anugerah Program Zon Bersih PBT Selangor

MBSA ungguli Anugerah Program Zon Bersih PBT Selangor


DATUK Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan (depan lapan dari kiri) bergambar beramai-ramai bersama staf MBSA selepas majlis itu diumumkan juara keseluruhan Program Zon Bersih PBT 2013 di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor baru-baru ini.


TERBERSIH. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengungguli Anugerah Program Zon Bersih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor 2013 yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Komunikasi Dan Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, selain anugerah terbaik keseluruhan, MBSA turut memenangi enam kategori lain.

Kategori tersebut ialah Anugerah Keseluruhan, Anugerah Utama Zon Bersih, Anugerah Jawatankuasa Penduduk Paling Aktif, Kriteria Pemantauan Kebersihan dan Kriteria Penyelenggaraan Landskap.

"Kejayaan MBSA ini mengulangi pencapaian tahun 2012 sekali gus berjaya mengatasi 11 PBT lain di seluruh Selangor.

"Antara pendekatan yang dilakukan MBSA untuk memastikan tahap kebersihan di bandar raya ini berada pada tahap terbaik termasuklah dengan melakukan pemantauan kemudahan infrastruktur awam dan memperkenal program kitar semula," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Azizul, Shalwati didakwa kasari anak-anak

Posted:

Azizul, Shalwati didakwa kasari anak-anak

Azizul, Shalwati didakwa kasari anak-anak

Oleh NURUL ANUAR KARI
berita@kosmo.com.my

DARI KIRI: Azizul Raheem, Shalwati


KUALA LUMPUR – Pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Norshal didakwa secara berasingan di Mahkamah daerah Solna, Stockholm, Sweden semalam atas pertuduhan mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka.

Pendakwa Raya Anne Arnelle dalam satu kenyataan berkata, Shalwati dan Azizul Raheem dituduh mengasari anak-anak mereka dari 15 September 2010 hingga 17 Disember 2013 di kediaman mereka di Sweden.

Perbicaraan kes pasangan itu ditetapkan bermula pada 18 Februari ini dan dijangka mengambil masa selama 10 hari.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelancong maut jatuh gunung

Posted:

Pelancong maut jatuh gunung

Pelancong maut jatuh gunung

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


PASUKAN penyelamat mengusung mayat Viktoria selepas terjatuh dari puncak Gunung Kinabalu semalam.


RANAU - Kegembiraan lima sahabat menawan puncak Gunung Kinabalu berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat tergelincir dan terjatuh dari puncak gunung berkenaan semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang juga pelancong wanita warga Jerman, Viktoria Poulsen, 22, sedang merakam gambar-gambar Lows Peak.

Lows Peak merupakan puncak tertinggi di Gunung Kinabalu yang berketinggian 4,095 meter.

Ketua Seksyen Perlindungan dan Penguat Kuasa Taman-Taman Sabah, Thomas Yusof berkata, mangsa mula mendaki ke Gunung Kinabalu bersama empat rakannya sejak pagi kelmarin sebelum tiba di puncak Lows Peak pagi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Nasib nelayan dibela

Posted:

Nasib nelayan dibela

Nasib nelayan dibela


ISMAIL (tiga dari kiri) menunjukkan isyarat bagus pada majlis pelancaran Jihad Memerangi Orang Tengah di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuantan, Pahang kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kerajaan, melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sememangnya bertekad untuk membantu golongan nelayan daripada dibelenggu cengkaman orang tengah dalam perniagaan hasil perikanan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan telah menggariskan lapan strategi utama dalam usaha menjayakan misi itu, termasuk mengambil alih hutang nelayan sebanyak RM40 juta daripada orang tengah menerusi Tabung Ekonomi Usahawan Malaysia (TEKUN).

"Saya percaya dengan pendekatan yang komprehensif, kita akan dapat membantu golongan nelayan dalam meningkatkan pendapatan mereka," kata Najib dalam catatan terbaharunya di Facebook.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


T-Team tunai janji sumpah al-Quran

Posted:

T-Team tunai janji sumpah al-Quran

T-Team tunai janji sumpah al-Quran

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

KHAIRAN EZUAN mengangkat sumpah al-Quran pada satu majlis di Hotel TH Terengganu malam tadi.


SEORANG pegawai dan pemain pasukan T-Team mengotakan janji mengangkat sumpah al-Quran berhubung insiden kekecohan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada 1 Februari lalu.

Pada majlis itu yang diadakan malam tadi, penolong jurulatih T-Team, Azlan Johar mengetuai upacara mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sambil disaksikan Pengerusi Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Seorang pemain T-Team, Khairan Ezuan Razali yang juga rakan serumah Mohamad Irfan Abd. Ghani turut melakukan perkara sama.

Sebelum ini, Irfan yang juga bekas pemain Johor Darul Takzim (Johor DT) mencetuskan kontroversi apabila mendakwa tiada sebarang kekecohan berlaku di dalam terowong menujuk ke bilik persalinan pemain.

Azlan dan Khairan Ezuan bersumpah mengatakan mereka berada dalam keadaan sedar dan waras ketika kejadian itu berlaku dan melihat sendiri bagaimana pemain import T-Team, Evaldo Goncalves ditumbuk pada bahagian muka.

Majlis yang berlangsung kira-kira pukul 10 malam itu turut disaksikan oleh semua pemain T-Team dan Terengganu serta pihak pengurusan kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, kelibat Irfan tidak kelihatan sepanjang majlis tersebut yang diadakan di Hotel Tabung Haji (TH) Terengganu malam tadi.

Sementara itu, Ahmad berkata, beliau tidak menganggap perbuatan mengangkat sumpah itu sebagai menghina kesucian agama Islam.

"Upacara bersumpah ini sebenarnya bertujuan membuktikan dakwaan yang dibuat itu benar sekali gus menafikan tohmahan bahawa T-Team sengaja mengada-adakan cerita mengenai kejadian (yang berlaku).

"Jika mereka (pemain dan pegawai Johor DT) tidak mahu mengangkat sumpah, itu terpulang kepada mereka. Yang penting, kita buat perkara yang sepatutnya," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad turut mencabar Irfan supaya tampil untuk mengangkat sumpah bagi membuktikan dakwaan bahawa kejadian dalam terowong itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Saya sanggup beli tiket flight untuk dia datang ke mari jika dia sanggup bersumpah," katanya.

'Dua malam tidur saya tak lena'

Posted:

'Dua malam tidur saya tak lena'

'Dua malam tidur saya tak lena'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PENYERANG Karlo Primorac (kanan) dijangka mengetuai jentera serangan PKNS pada pertemuan menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.


SKUAD Selangor PKNS tampak semakin resah menjelang pertemuan menentang juara bertahan, Kelantan dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Pengendali The Red Ant, Wan Jamak Wan Hassan tanpa berselindung mengakui, beliau cukup berdebar mengenai apa yang menanti anak-anak buahnya dalam perlawanan itu nanti.

Selain 'lautan' penyokong The Red Warriors yang pastinya membanjiri stadium malam ini, beliau juga tertanya-tanya mengenai potensi kebangkitan skuad kendalian Steve Darby itu yang dilihat masih tercari-cari rentak sebenar musim ini.

"Sudah dua malam tidur saya tidak lena memikirkan apa yang akan menanti kami (malam ini).

"Beraksi di depan puluhan ribu penyokong tuan rumah selain potensi kebangkitan Kelantan bagi membuktikan sesuatu dalam perlawanan itu pastinya menggusarkan kami.

"Jadi, saya menasihatkan kesemua pemain supaya berhati-hati dan mengikut corak taktikal yang betul dalam perlawanan itu nanti," katanya kepada Kosmo! semalam.

Wan Jamak juga enggan memasang impian terlalu tinggi supaya anak-anak buahnya berupaya mengejutkan Sang Kijang.

"Menang sudah tentu bonus, namun jika tewas sekalipun... kalau boleh jangan lebih satu gol.

"Kami menyedari perbezaan ketara antara kedua-dua pasukan, jadi kami enggan terlalu yakin sehingga menjerat diri sendiri.

"Saya juga berharap pemain dapat memburu gol di Kota Bharu sebagai bekalan selesa sebelum aksi suku akhir kedua (di Stadium Majlis Perbandaran Selayang) pada 18 Februari depan," katanya.

Wan Jamak juga mahu benteng pertahanannya merantai pergerakan penyerang import berbisa The Red Warriors, Muhammad Ghaddar dan juga kapten, Badhri Radzi.

"Buat masa ini, saya enggan berdepan risiko mahu menurunkan Mohd. Remezey Che Ros yang masih dihantui kecederaan pergelangan kaki.

"Tonggak pertahanan import, Hamka Hamzah juga mengadu sakit tulang rusuk baru-baru ini, jadi kita tengok dulu macam mana," katanya.

Messi kembali meledak

Posted:

Messi kembali meledak

Messi kembali meledak

BARCELONA - Jurulatih Barcelona, Gerardo Martino mengakui Lionel Messi telah menjawab segala kritikan dengan kejayaan meledak dua gol sewaktu membantu pasukannya menang 4-1 ke atas Sevilla pada aksi Liga Sepanyol semalam.

Sebelum ini, penyerang antarabangsa Argentina itu yang baru pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring dikritik hebat gara-gara kemarau jaringan selama 10 perlawanan.

Begitupun, Martino menegaskan bahawa bintang Barca itu hanya menunggu masa sebelum kembali ke tahap sebenar, 'mengganas' di depan gawang gol pihak lawan.

"Saya selalu mengatakan perkara yang sama berulang kali bahawa saya menghormati Messi. Saya tidak pernah menanggung risiko kerana menurunkannya beraksi.

"Mereka yang bercakap perkara negatif kepadanya kadang-kadang tidak sedar bahawa ia telah memberi kesan kepada maruah Messi.

"Apabila kamu melakukan perkara itu kepada pemain terbaik dunia, inilah (dua gol) yang akan terjadi," katanya.

Selain dua gol Messi pada minit ke-44 dan 56, Alexis Sanchez (34) dan Cesc Fabregas (88) turut mencipta nama selaku penjaring dalam kemenangan 4-1 Barca tersebut.

Manakala gol saguhati Sevilla pada aksi itu pula telah dijaringkan oleh pemain pertahanan, Alberto Moreno PĂ©rez pada minit ke-15 permainan.

Kejayaan tersebut menyaksikan Barca kini merampas kembali kedudukan selaku pendahulu liga dan hanya dipisahkan dengan perbezaan gol ke atas Real Madrid dan Atletico Madrid setelah masing-masing terikat 57 mata.

Oleh itu, Martino yakin skuad bimbingannya tidak akan mensia-siakan kelebihan itu terhadap dua seteru utama, Real dan Atletico dalam baki 15 perlawanan liga selepas ini.

"Mendapat peluang untuk kembali menerajui liga selepas tewas minggu lalu (2-3 kepada Valencia) adalah sesuatu yang melegakan.

"Sekarang, kita akan lihat tiga pasukan mana (Real, Atletico dan Barca) yang akan mula melakukan kesilapan dahulu dan saya harap ia bukan pasukan kami lagi," ujarnya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Saiz besar tetap bergaya

Posted:

Saiz besar tetap bergaya

Saiz besar tetap bergaya

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

KEBELAKANGAN ini, golongan wanita berbadan besar turut mengisi ruang di majalah-majalah fesyen dengan menampilkan gaya segar dan menarik.

Ini menunjukkan golongan tersebut tidak lagi ketinggalan dalam arus fesyen semasa selain tidak gentar menggayakan pelbagai rekaan pakaian bersama aksesori.

Begitu juga, Noorhidayah Mat Lazim, 27, dari Balakong, Selangor yang tidak ketinggalan mengayakan pelbagai fesyen terkini terutamanya pakaian berkonsepkan Muslimah.

"Sebelum ini, golongan yang berbadan besar seperti saya tidak banyak pilihan untuk bergaya. Ini kerana, di pasaran tidak banyak fesyen yang direka untuk golongan seperti saya.

"Namun, hari ini dengan ledakan internet dan perniagaan dalam talian, ramai pereka dan peniaga menawarkan fesyen yang menyasarkan golongan berbadan besar. Rekaan terkini dan menarik serta harga yang berpatutan membolehkan golongan berbadan besar untuk bergaya sekali gus meningkatkan penampilan mereka di khalayak ramai," kata wanita yang bekerja sebagai kerani itu.

Mengeluh

Salah seorang peniaga pakaian yang menawarkan pakaian bersaiz besar secara dalam talian, Nikko Tan Bee Ai, 31, berkata, dia mula menawarkan pakaian berkenaan apabila terdapat pekerjanya yang berbadan besar mengeluh sukar mendapatkan pakaian di pasaran.

"Saya memulakan perniagaan dalam talian ini sejak tahun 2008. Ketika itu, saya menjual pelbagai jenis barangan seperti hadiah, buku, kasut, pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak.

"Pada tahun 2011, saya mula menawarkan pakaian wanita bersaiz besar dan tanpa disangka sambutan pelanggan amat menggalakkan. Ekoran itu, saya memutuskan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pakaian bersaiz besar atau lebih dikenali sebagai plus size. Saya tampil dengan jenama sendiri iaitu Mis Claire," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

NOORHIDAYAH anggun menggayakan pakaian Muslimah.


Menurutnya, selepas dua tahun lebih, jenama Mis Claire semakin berkembang dengan mendapat sambutan baik daripada ribuan pelanggan. Justeru itu, Nikko turut menampilkan pelbagai rekaan pakaian terbaharu dan trend terkini bagi menarik minat pembeli.

"Saya gembira apabila para pelanggan dapat bergaya dan tampil hebat di majlis-majlis yang dihadiri, ke pejabat atau sekadar bersantai pada hujung minggu," kata Nikko yang merupakan graduan bidang Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi Malaysia.

Minat

Walaupun bukan pelajar dalam bidang fesyen, ia tidak menghalang Nikko serius dalam bidang tersebut seperti kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

"Minat dalam perniagaan memberi dorongan yang kuat untuk saya menceburi rekaan pakaian. Selepas lahirnya jenama pakaian sendiri, Mis Claire, saya dengan bantuan beberapa pekerja semakin giat menampilkan pelbagai rekaan terkini. Saya membuat rujukan di internet, majalah dan bahan bacaan lain bagi memastikan pakaian yang direka menepati cita rasa pelanggan," katanya.

Bercerita tentang cabaran yang dihadapi dalam bidang tersebut, Nikko berkata, pemilihan material yang tepat amat penting kerana para pelanggan amat mementingkan kualiti sesuatu pakaian.

"Kami perlu memastikan material yang digunakan sesuai untuk sesuatu rekaan. Kain sifon biasanya mampu memberikan keselesaan kepada pemakai yang berbadan besar. Mereka yang bersaiz badan besar boleh berpakaian ketat tetapi dengan syarat tidak menampakkan bentuk badan, lebih-lebih lagi pakaian Muslimah," terangnya.

Di samping material kain, potongan baju merupakan salah satu cabaran paling besar kerana pakaian bersaiz besar tidak sama seperti pakaian bersaiz biasa.

"Kita tidak boleh sekadar membesarkan saiz pakaian untuk menghasilkan pakaian bersaiz besar. Ini kerana, mereka yang berbadan besar mempunyai bentuk badan berbeza, misalnya saiz badan seperti buah pear yang besar di bahagian pinggang," ujar Nikko.

NURNADIA KAMIRA tidak kekok menggayakan pakaian dengan rekaan terkini jenama Mis Claire.


Bentuk badan

Rekaan atau potongan juga berbeza antara mereka yang mempunyai bentuk badan epal dan pear iaitu di bahagian dada, kaki atau tangan.

Nikko memberitahu, bukan mudah untuk tampil dengan satu saiz standard bagi semua orang bersaiz besar. Ini juga tidak termasuk ketinggian baju yang juga berbeza mengikut setiap orang.

"Kami mengikut cita rasa pelanggan dari segi potongan baju seperti skirt yang lebih kembang kerana potongan lurus tidak sesuai untuk mereka," kata Nikko.

Kini, semua koleksi baju di Mis Claire mempunyai ukuran dan dipaparkan di blog mereka. Ia bagi memudahkan pelanggan menjustifikasi pilihan baju yang pelbagai saiz. Nikko juga membenarkan pelanggan menukar baju selepas membuat pembelian kerana baju bersaiz besar boleh berbeza atas sebab potongan yang tidak sesuai walaupun ia untuk saiz mereka.

Nikko akan memastikan blog Mis Claira dikemas kini dengan satu atau dua helai koleksi baharu setiap minggu.

Mis Claire menyediakan baju bermula dari saiz 42 atau XXL hingga 58 iaitu 8XL. Turut dijual di laman blog tersebut ialah baju blaus, jean, baju denim, skirt, dres, jubah, singlet, jaket dan seluar sendat. Harganya bermula dari RM19.80 hingga RM79 sehelai.

Eksperimentasi cetakan Fleur D'Zuleykha

Posted:

Eksperimentasi cetakan Fleur D'Zuleykha

Eksperimentasi cetakan Fleur D'Zuleykha

Oleh NIZHA PERIASWAMY

BAJU kurung corak sarat mampu menyerlahkan penampilan unik wanita.


TANGGAPAN awal terhadap helaian dres dan baju kurung dengan corak berpetak dalam warna-warna dominan yang dianggap kusut ternyata berubah sebaik disarungkan pada model.

Apabila digayakan, cetakan ekstrak itu menyerlahkan keanggunan dan keperibadian si pemakai, sekali gus menarik perhatian mata yang memandang.

Lazimnya dres polos yang ringkas menjadi pilihan, namun jenama dan butik Fleur by D'Zuleykha mengambil pendekatan berbeza dengan pemilihan fabrik yang sarat dengan corak.

Menurut pemiliknya, Nor Aiza Abdul Rahman, 32, langkah tersebut diambil bagi memberikan kelainan dalam pasaran di samping memenuhi cita rasa pelanggan yang mahukan pakaian bercorak.

"Ada yang berpendapat penggunaan fabrik bercorak boleh memberikan impak positif kepada penampilan individu.

"Selain itu, terdapat pelanggan yang sukakan corak-corak yang sarat kerana beranggapan pakaian itu lebih mudah dijaga dan tidak perlu diberi terlalu banyak perhatian terutamanya apabila terkena kotoran," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengalaman percutian

Sehubungan itu, jelas Nor Aiza, Fleur by D'Zuleykha, yang baru membuka butiknya tersendiri di Bandar Baru Bangi, Selangor pada bulan lalu, akan memberi tumpuan terhadap rekaan-rekaan bercorak pada masa ini.

"Lagipun, rekaan bercorak kian mendapat tempat dalam kalangan golongan remaja dan wanita muda berkerjaya. Oleh itu, saya merasakan tumpuan terhadap trend bercorak ini lebih sesuai untuk perniagaan saya," katanya yang turut memakai dres bercorak segi tiga rona biru keluaran jenama miliknya itu.

SELENDANG yang menerapkan kepelbagaian warna pelangi dan sulaman bunga menyegarkan penampilan si pemakai.


Ibu muda ini memutuskan untuk menjalankan perniagaan fesyen pakaian Muslimah berkenaan bersama suami, Mohd. Hafizulzaman Mohd. Kamaruzaman, 32, dan adiknya, Nor Azlina, 26, selepas kembali daripada percutian di Vietnam pada tahun lalu.

Menurutnya, fabrik berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang ditawarkan di negara jiran itu telah membuka minat mereka untuk berniaga, sungguhpun tidak terfikir untuk melakukannya pada peringkat awal.

"Kami pergi ke Vietnam dengan tujuan untuk meneroka negara itu tetapi pada masa yang sama tertawan dengan kepelbagaian fabrik yang ditawarkan.

"Memandangkan kami mempunyai sedikit wang, kami pun melabur dalam perniagaan ini. Lagipun, kami sendiri memang sukakan fesyen," jelas Nor Aiza.

Dengan bantuan suaminya, kedua-dua adik-beradik ini memutuskan untuk membuka butik sulung mereka susulan respons memberangsangkan perniagaan Fleur by D'Zuleykha di blog dan laman-laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

"Rata-rata maklum balas pelanggan yang diperoleh seiring dengan konsep kami iaitu menyediakan pakaian bersopan dengan dres potongan moden, bercorak dan baju kurung kontemporari.

"Kami memperluaskan lagi tawaran dengan menyediakan koleksi selendang berikutan permintaan dan potensi yang ada," ujar Nor Azlina pula.

Kesemua koleksi jenama berkenaan merupakan rekaan tersendiri yang mendapat inspirasi menerusi input rakan-rakan dan pelanggan mereka.

Walaupun semua material yang digunakan didatangkan dari Vietnam, Nor Aiza menjelaskan, koleksi selendang yang dijual merupakan fabrik tempatan tetapi mengenakan motif khusus Fleur by D'Zuleykha .

Variasi tawaran

Bercakap secara lanjut mengenai dres yang ditawarkan, beliau berkata, material likra berkualiti tinggi dipilih kerana berpendapat ia memudahkan pelanggan, terutamanya wanita bekerja yang tidak mahu membazir masa menggosok pakaian dan penjagaan yang mudah.

"Selain kepelbagaian corak yang menarik, kami juga memenuhi keperluan setiap pelanggan dengan kesemua dres yang ditawarkan dijual pada harga RM159 hingga RM179 untuk saiz S hingga XL," jelasnya.

REKAAN baju kurung Pahang diserikan dengan perincian manik dan renda.


Sementara itu, bagi koleksi baju kurung Fleur by D'Zuleykha yang mempamerkan potongan baju kurung Pahang, sentuhan kontemporari diterapkan pada rekaan melalui penggunaan manik dan renda.

"Potongan baju ini juga lebih runcing agar si pemakai nampak ramping dalam persalinan yang juga menggunakan fabrik likra ini. Kami percaya fabrik yang lebih licin akan memberi keselesaan tambahan kepada pelanggan," katanya sambil memaklumkan setiap pasang baju kurung dijual pada harga permulaan RM199.

Tidak ketinggalan dalam senarai fesyen Fleur by D'Zuleykha ialah selendang yang juga menitik berat keunikan tersendiri. Menggunakan bayangan warna pelangi, setiap helaian dihiasi renda berlapis dan sulaman bunga yang mempesona.

"Penerapan elemen-elemen berbeza ini memberikan pemakai pelbagai pilihan untuk menggayakan tudung mereka. Ini secara umum akan menyegarkan penampilan mereka," ujar Nor Aiza.

Sempena pembukaan butik sulung jenama berkenaan, Fleur by D'Zuleykha turut mengadakan promosi jualan murah dengan menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus bagi koleksi baju kurung dan dres serta 40 peratus bagi selendang. Tawaran itu sah sehingga 15 Februari ini.

Manfaat habbatus sauda untuk wanita bertudung

Posted:

Manfaat habbatus sauda untuk wanita bertudung

Manfaat habbatus sauda untuk wanita bertudung

Oleh NIZHA PERIASWAMY


PENGGUNAAN habbatus sauda dalam rangkaian produk rambut Safi Shayla mampu mengurangkan masalah kulit kepala dan rambut berbau dalam kalangan wanita bertudung.


SETIAP wanita mahupun lelaki, mengidamkan rambut yang sihat. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang menganggap rambut sebagai mahkota yang melengkapkan sisi keayuan mereka.

Ia juga merupakan pemacu kepada kekuatan personaliti seorang wanita. Namun, wanita bertudung sering berhadapan masalah kulit kepala dan rambut. Lebih-lebih lagi dalam cuaca terik dan lembap, kulit kepala wanita bertudung amat mudah berpeluh dan berbau, sekali gus menyebabkan kegatalan dan keadaan tidak selesa.

Masalah ini boleh diatasi. Antaranya dengan menggunakan herba habbatus sauda. Menariknya, formulasi herba dengan menggunakan teknologi moden boleh membantu secara mengurangkan kegatalan pada kulit kepala.

Safi sebagai salah satu jenama produk penjagaan rambut berstatus halal di pasaran, baru-baru ini memperkenalkan empat variasi syampu, penyegar kulit kepala dan perapi rambut.

"Safi Shayla ialah produk yang menzahirkan khasiat habbatus sauda yang menjadi santapan Rasullullah SAW. Kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaan rambut khusus untuk wanita bertudung," kata Pengurus Kanan Produk Safi, Nor Aziani Azizan.

SETIAP syampu Shayla diperkaya dengan bahan antibakteria semula jadi.


Keempat-empat syampu tersebut adalah Safi Shayla-Licin terurus berserta multivitamin; Safi Shayla-Segar bermaya yang diperkuat dengan nano lipid enhancer; Safi Shayla - Antikelemumur dengan ZPT dan Safi Shayla-Kawalan rambut gugur dengan protein.

Dalam pada itu, perapi rambut Shayla pula didatangkan dengan dua kali ganda manfaat habbatus sauda serta multivitamin agar rambut sihat dengan haruman kekal sehingga 48 jam berdasarkan ujian makmal.

Antibakteria

Melengkapkan rangkaian Safi Shayla ialah krim penyegar kulit kepala yang diperkaya dengan lima kali ganda manfaat habbatus sauda dan mentol. Ia bertindak memberikan kesegaran kepada kulit kepala agar, sekali gus memberi manfaat pada rambut. Ini berupaya memberikan keyakinan dan rasa nyaman dengan haruman berkekalan sehingga 48 jam.

Dalam pada itu, manfaat habbatus sauda dalam setiap syampu Safi Shayla ialah ia kaya dengan bahan antibakteria semula jadi yang menghalang pembiakan bakteria yang membuatkan kulit kepala tidak selesa dan rambut kelihatan kusam. Ia juga kaya dengan nutrien semula jadi menyihatkan, melindungi dan mencantikkan rambut

Semua rangkaian produk Safi Shayla boleh didapati di pasar raya utama, pasar raya besar dan farmasi terpilih seluruh negara.

Rangkaian Safi Shayla dijual pada harga antara RM7.70 hingga RM12.70 sebotol.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Teroka keunikan Malaysia menaiki kereta api

Posted:

Teroka keunikan Malaysia menaiki kereta api

Teroka keunikan Malaysia menaiki kereta api

PERSATUAN Pelancongan Kereta Api, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menawarkan pakej percutian menarik sepanjang tahun ini.


BERCUTI menaiki kereta api pasti memberikan satu pengalaman baharu kepada mereka yang tidak pernah menaiki pengangkutan awam tersebut.

Justeru itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pakej percutian ke pelbagai destinasi menarik di Semenanjung Malaysia yang ditawarkan oleh Persatuan Pelancongan Kereta Api (RTAM), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Tawaran tersebut bersempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 selain mencapai sasaran kementerian menarik 28 juta pelancong dalam dan luar negara.

Antara pakej yang disediakan ialah pakej tiga hari dua malam dengan tinggal di rumah inap dan di pusat peranginan yang meliputi bahagian utara dan timur Semenanjung Malaysia.

Terdapat empat pakej pelancongan harian pada harga bermula dari RM200 yang merangkumi jelajah ke tempat-tempat menarik seperti kolam air panas dan kawasan warisan.

RTAM turut menawarkan pakej percutian bersama tempat tinggal di lebih 20 rumah inap seperti di Kedah, Melaka dan Kelantan di bawah pakej percutian bermula dari RM500.

Mereka yang mengambil pakej percutian ini dapat menikmati perjalanan menaiki kereta api dalam suasana aman sambil melihat pemandangan indah dan kehidupan desa.

Pelancong pasti kagum menikmati keindahan khazanah alam Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna. Secara keseluruhannya, Malaysia mempunyai 8,000 spesies tanaman berbunga terdiri daripada 2,000 spesies pohon, 800 jenis orkid dan 200 jenis palma.

Hutan hujan di negara ini dihuni lebih 200 spesies mamalia, 600 jenis unggas, 300 jenis spesies ikan air tawar, 140 spesies ular, 80 jenis cicak dan ribuan serangga.

Mendamaikan

Di samping itu, Malaysia mempunyai banyak landskap dan pantai seperti Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing, Pahang, Hutan Royal Belum dan Pulau Pangkor di Perak, Empangan Beris serta Pulau Langkawi, Kedah.

Dalam menikmati suasana percutian yang mendamaikan, pelancong berkesempatan belajar tentang adat, budaya dan agama penduduk tempatan.


MENTERI Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz melancarkan pakej percutian menaiki kereta api di KL Sentral baru-baru ini.


Bukan itu sahaja, para pelancong boleh mencuba pelbagai jenis permainan tradisi seperti congkak, gasing dan batu seremban. Selepas penat bermain, apa kata anda mencuba pelbagai juadah tradisional atau moden, antaranya, lontong, laksa, soto, roti canai, nasi lemak dan nasi kerabu di samping pencuci mulut seperti ais kacang atau cendol, koci, lopes dan seri muka.

Bagi Abdul Razak Mohamed Adan, 24, dari Somalia yang belajar di Universiti Antarabangsa Almadinah, Kuala Lumpur, dia berasa teruja dan seronok sepanjang mengikuti pakej percutian rumah inap RTAM.

"Percutian ini satu pengalaman yang berbeza sekali daripada penginapan di hotel. Di hotel anda tidak akan dapat menikmati keselesaan sebenar terutamanya apabila berada jauh dari rumah sendiri.

"Melalui pakej ini, saya dapat keluarga angkat dan tinggal dengan mereka untuk sepanjang tempoh percutian ini," katanya.

Majlis perkahwinan

Menurut Abdul Razak, antara pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan ialah menghadiri majlis perkahwinan tradisional orang Melayu.

Dia juga berkesempatan melihat kerja-kerja memulihara seni bina bersejarah seperti Jambatan Victoria di Kuala Kangsar yang dibina sekitar era pemerintahan Ratu Victoria pada 1897.

Yunia Vivi Kartika Surianto, 20, dari Jakarta, Indonesia yang mengikuti program rumah inap di Ipoh, Perak turut menimba pelbagai pengalaman baharu.

"Banyak tempat saya lawati dan banyak gambar yang dapat saya rakam. Antaranya, pemandangan indah dan bersejarah seperti bandar diraja Kuala Kangsar, Masjid Ubudiah dan Istana Bukit Chandan.

"Saya dapati penduduk tempatan begitu peramah dan mudah mesra. Banyak yang kami pelajari dan makanan juga enak. Saya juga suka dengan suasana kehidupan desa," katanya.

Maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang RTAM di www.malaysiarailwaytourism.weebly.com atau e-mel ke secretariat.rtam@gmail.com atau hubungi talian 017-364 1157 atau 019-326 8480. - Bernama

Tuntut ilmu sebelum melabur

Posted:

Tuntut ilmu sebelum melabur

Tuntut ilmu sebelum melabur

Oleh NASRI JAMALUDIN


PARA peserta bergambar selepas menamatkan kelas Gegar Saham Syariah di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini.


MENYEDARI kepentingan menuntut ilmu tentang pelaburan di Bursa Malaysia, seramai 70 peserta telah mengikuti kelas Gegar Saham Syariah 2014 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kelas yang julung-julung kali diadakan khusus dalam pelaburan saham syariah itu dianjurkan oleh Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM). Kelas tersebut dikendalikan oleh Presiden PPSMM, Norizam Tukiman.

Seorang peserta, Anisah Hashim, 44, dari Bangi, Selangor berkata, sebelum ini, apabila berbicara tentang saham pasti dirinya tertekan kerana sering dimomokkan dengan risiko pelaburan yang tinggi atau akan berdepan kerugian.

"Bagaimanapun, saya berfikiran positif dan melalui maklumat yang diperoleh di laman sosial Facebook, saya akhirnya mendaftar untuk mengikuti kelas saham syariah ini.

"Melalui kelas ini, saya didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan saham seperti kepentingan mengawal emosi, membuat kajian tentang syarikat dan analisis teknikal. Baru saya tahu, sekiranya mempunyai ilmu pasti pelaburan tersebut mendatangkan keuntungan," katanya yang merupakan ejen saham amanah.

Keuntungan

Seorang jurutera, Roslan Abdul Rahman, 52, pula menyertai kelas tersebut setelah mendapat galakan daripada rakan-rakan yang pernah menyertai kelas-kelas saham.

"Sebelum ini, saya kurang mendapat maklumat tentang pelaburan saham dan hanya bergantung sepenuhnya kepada remisier. Namun, kini saya yakin mampu membuat analisis sendiri sebelum memutuskan untuk melabur.

"Apabila melihat kajian dan latihan yang dilakukan di dalam kelas ini, saya dapati banyak saham yang berpotensi memberikan keuntungan kepada para pelabur," katanya yang berasal dari Kuantan, Pahang.


NORIZAM menunjukkan kaedah melakukan analisis saham kepada para peserta.


Ahmad Adlan Ahmad Aderi, 28, yang mula berminat tentang pelaburan saham sejak setahun lalu, berkata, ketika itu dia tidak tahu di mana mahu belajar ilmu berkaitan saham.

"Baru-baru ini, saya terlihat iklan di Facebook berkaitan kelas saham ini lalu memutuskan untuk menyertainya. Ternyata keputusan yang diambil adalah tepat kerana saya mendapat banyak ilmu baharu dalam kelas ini selain bertambah yakin untuk melabur di Bursa Malaysia," katanya yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Kewangan di Universiti Teknologi Mara, Segamat, Johor.

Jelajah

Dalam pada itu, Norizam memberitahu, pihaknya telah melancarkan Jelajah Gegar Saham Syariah 2014 di Pejabat PPSMM di Johor Bahru, baru-baru ini dan kelas tersebut akan berlangsung di seluruh negara.

Menurutnya, selama ini umat Islam di negara ini bimbang untuk membeli saham kerana berpendapat ia adalah satu perjudian atau syarikat tidak menjalankan perniagaan berlandaskan syariah Islam.

Untuk rekod dan semakan, jelasnya, pada 29 November 2013, Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti telah mengeluarkan satu senarai lengkap iaitu sebanyak 71 peratus daripada 653 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia adalah lulus syariah.

"Melalui kelas ini, para peserta diberi pendedahan tentang pelaburan berlandaskan syarak, mengawal emosi ketika melabur, mempelajari teknik-teknik teknikal dan fundamental pelaburan.

"Saya juga dapat mengikis kepercayaan karut dalam kalangan masyarakat bahawa melabur saham berisiko tinggi sekali gus berdepan kerugian. Tanggapan tersebut berlaku berikutan mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Apa yang penting dalam pelaburan saham ialah memilih saham perniagaan dalam trend meningkat," katanya yang menjadi remisier berlesen sejak tahun 2003.

Maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.zamsahamsyariah.com atau menghubungi talian 013-779 2006 atau 07-556 6690.

Tarikan stik ratatouille

Posted:

Tarikan stik ratatouille

Tarikan stik ratatouille


STIK ratatouille bersama nasi safron ini antara menu yang wajib untuk dicuba.


BATU kecubung (amethyst) ialah sejenis batu permata yang dipercayai mendukung falsafah kekuasaan tinggi meliputi nilai penyembuhan, keamanan, kasih sayang, perlindungan dan kebahagiaan. Warna ungu mewahnya pula sering dikaitkan dengan elemen diraja.

Bersandarkan ciri-ciri tersebut, Arash Farahmandi mewujudkan sebuah restoran dengan nama Amethyst. Konsep separa kasual dengan cantuman sentuhan mewah dan minimalis restoran itu mendukung sempurna prinsip batu perhiasan tersebut.

Dekorasi dalaman dimonopoli tona ungu mewah lengkap bersama sudut privasi dan pencahayaan sederhana. Mampu memuatkan sehingga 60 orang dalam satu-satu masa, pelanggan Amethyst boleh memilih sama ada mahu bersantap di ruang terbuka (alfresco) atau kawasan VIP yang eksklusif.

Konsep dapur terbukanya pula membuatkan pelanggan berasa seperti berada di rumah. Seleksi juadah menggunakan bahan-bahan berkualiti dengan rasa unik menjadi kekuatan Amethyst.

Gabungan hidangan Barat-Itali merupakan signatur Amethyst. Stik ratatouille bersama nasi safron antara menu wajib untuk dicuba. Ratatouille ialah sayur yang terdiri daripada campuran bawang, timun courgette, tomato, terung ungu dan lada yang digoreng dan distu menggunakan minyak.

Daging lembu yang diperam dan dimasak sehingga teksturnya lembut pula menjadi pelengkap sempurna kepada nasi safron, cutni buatan sendiri dan sayur ratatouille. Justeru, anda dapat menikmati kombinasi rasa masam, manis dan pedas dalam satu pinggan.

Menu popular lain termasuklah kepak ayam barbeku yang diperam menggunakan sos tersendiri, pilihan pasta vegetarian dan sandwic filet campuran istimewa Greece.

Kebanyakan hidangan disediakan bersama sos-sos buatan sendiri. Amethyst turut menggunakan teknik masakan kreatif bagi menghasilkan rasa dan tekstur yang unik. Ia dapat dibuktikan menerusi hidangan salmon berkulit rangup.

Salmonnya digoreng di atas kuali bersama bayam dan sos lemon kaper. Kombinasi salmon lembut dan berjus bersama bayam serta sos istimewa menjadikan ia hidangan yang menyelerakan. Tidak lupa, lamb shank yang dimasak lembut sempurna dengan sos berperisa unik.

Farahmandi yang juga pengasas Amethyst pada majlis pelancaran restorannya memberitahu: "Di restoran kami, pandangan pelanggan sangat diutamakan dan kami amat menghargai sebarang maklum balas."

Seleksi hidangan di Amethyst ditawarkan pada harga bermula RM16 hingga RM52.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


15 jemaah maut hotel di Madinah terbakar

Posted:

15 jemaah maut hotel di Madinah terbakar

15 jemaah maut hotel di Madinah terbakar

ANGGOTA penyelamat mengusung mayat salah seorang jemaah dalam kebakaran di Hotel Ishraq al-Madinah.


MADINAH - Seramai 15 jemaah maut manakala 130 lagi cedera selepas sebuah hotel yang diduduki mereka di kota suci Madinah di sini terbakar kelmarin, kata para pegawai.

Para pegawai berkata, kebakaran tersebut berlaku di Hotel Ishraq al-Madinah yang terletak kira-kira 350 meter dari Masjid Nabawi.

Ketika kejadian terdapat kira-kira 700 jemaah dari pelbagai negara yang sedang mengerjakan umrah di Madinah menetap di hotel berkenaan.

Kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas itu tercetus pada pukul 2.33 petang waktu Madinah dan bomba berjaya mengawal kebakaran beberapa jam kemudian.

Sebuah hotel bersebelahan turut dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan api merebak ke bangunan berhampiran.

Beberapa stesen televisyen di Mesir melaporkan bahawa, beberapa rakyat negara itu antara yang terkorban manakala seorang jurucakap Kementerian Luar Mesir, Badr Abdelatty memberitahu, pihaknya sedang mengesahkan identiti mereka yang maut.

Pihak berkuasa Arab Saudi juga masih belum mengeluarkan senarai nama identiti dan kewarganegaraan mangsa yang terkorban serta cedera.

Jurucakap Pertubuhan Palang Merah di Madinah, Mohammed Mahmoud Kheyat berkata, ramai mangsa yang maut disebabkan pengsan, pendarahan, sakit jantung dan lemas kerana terhidu asap tebal.

"Kami juga merawat lebih 30 orang mangsa yang lemas akibat terhidu asap tebal,'' katanya.

Pihak berkuasa Arab Saudi memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran tetapi terdapat laporan api tercetus akibat litar pintas daripada kerja-kerja penyelenggaraan di hotel berkenaan. - Agensi

Bina rumah guna pesawat lama

Posted:

Bina rumah guna pesawat lama

Bina rumah guna pesawat lama


TSUKII menggunakan bahagian badan beberapa pesawat lama dan mengambil masa empat tahun untuk membina kediaman unik tersebut.


LA CHOLLA AIRPARK, Arizona - Seorang bekas jurutera, Toshikazu Tsukii berjaya menyiapkan projek membina sebuah rumah tetamu di laman kediamannya selepas empat tahun.

Rumah dua tingkat itu hampir keseluruhannya dibina menggunakan bahagian badan pesawat usang.

Tsukii, 76, menggunakan tiga badan pesawat untuk membina kediaman unik tersebut termasuk dua fuselaj Boeing 707 dan ekor sebuah Boeing 727.

Dia mendapat idea membina kediaman unik itu selepas melihat bahagian hadapan pesawat Boeing 737 di sebuah tapak pembuangan pesawat lama di sini.

Kawasan kejiranan ini menempatkan 91 kediaman yang disusun di sekitar sebuah landasan lama.

Setiap kediaman mempunyai keluasan dua hektar sekali gus memberi ruang mencukupi untuk Tsukii membina rumah tetamunya. - Agensi

Trierweiler ditawar jadi duta porno

Posted:

Trierweiler ditawar jadi duta porno

Trierweiler ditawar jadi duta porno


TRIERWEILER (kanan) menemani Hollande pada satu majlis rasmi di Paris, Perancis pada 7 Mei tahun lalu.- Reuters


PARIS - Bekas Wanita Pertama Perancis, Valerie Trierweiler menerima tawaran AS$500,000 (RM1.66 juta) untuk menjadi jurucakap sebuah laman web lucah, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Timbalan Presiden laman web YouPorn.com, Brad Burns berkata, dia telah membuat tawaran secara rasmi kepada Trierweiler untuk menjadi duta dan jurucakap laman web berkenaan.

Kata Burns, tawaran berkenaan adalah sahih dan syarikat itu mahu Trierweiler menjadi jurucakap mereka, sekali gus memuji sikap keterbukaan negara Eropah itu berhubung seks.

Trierweiler, 48, telah berpisah dengan kekasihnya, Francois Hollande, 59, yang juga Presiden Perancis selepas lelaki itu menjalin hubungan sulit dengan seorang aktres, Julie Gayet.

Hubungan Hollande dan Gayet terdedah selepas sebuah majalah gosip menyiarkan gambar mereka bersama di sebuah hotel baru-baru ini.

Hollande dan Trierweiler tidak pernah berkahwin walaupun sudah bersama sejak tujuh tahun yang lalu. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved