Selasa, 29 November 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ketuk, cat, gergaji kayu masa pantang

Posted:

Ketuk, cat, gergaji kayu masa pantang

Ketuk, cat, gergaji kayu masa pantang

PENULIS dan jurufoto, Azalezah Malek terkesima seketika. Di sebalik hutan belukar di Kampung Baru, Salong, Pekan, Pahang terdapat sebuah rumah papan usang yang dipenuhi kayu-kayan. Di situ, sepasang suami-isteri sedang bertungkus-lumus mengetuk dan menggergaji kayu.

Dari kejauhan, Ahmad Najib Mohd. Don, 60 dan Pauziyah Abdullah, 53, berbual kosong dengan penuh tertib. Kedua-duanya seolah-olah sedang memperkatakan tentang kehadiran kami di 'wilayah' mereka.

"Terima kasih kerana sudi datang ke bengkel kami. Perusahaan perabot dan barang perhiasan daripada kayu pain kami usahakan secara kecil-kecilan saja," kata Pauziyah segera meninggalkan pengetuk dan paku tatkala salam dihulurkan.

Ahmad Najib pula menghentikan mesin yang bunyinya ditelan dek siulan mergastua dan gemersik pepohon di hutan belukar itu.

Lambakan kayu pain boleh dilihat merata-rata. Suasana cukup sunyi sehingga jam yang sedang berdetik jelas pada pendengaran. Tiada radio untuk menemani kerancakan mereka bekerja. Hanya secangkir kopi dan biskut keras di sisi Pauziyah ketika itu.

Kata suami isteri ini, perusahaan membuat perabot menggunakan material kayu pain bermula sejak tahun 1990.

Sejak itu, tanggungjawab, posisi dan karakter Pauziyah mengalami transisi yang sangat drastik. Daripada seorang suri rumah, wanita cekal itu bergelar seorang tukang kayu.

Bagaimanakah pintu hatinya boleh terbuka melakukan tugas seperti buruh kasar? Tidakkah dia malu mengerjakan pekerjaan yang lazimnya didominasi oleh kaum lelaki? Di manakah dia mengumpul segenap tenaga untuk melaksanakan kerja-kerja berat itu?

Mendengarnya, Pauziyah seperti sudah siap siaga dengan jawapan. Dengan peluh merecik di wajah, anak kelahiran Pahang ini berkata: "Sudah menjadi tanggungjawab isteri membantu suami, masa dalam berpantang pun saya masih bekerja, mengetuk, mengecat dan menggergaji."

Frasa yang lahir dari lohong hatinya itu membuatkan penulis dapat merasai keikhlasan dan pengorbanan tulusnya untuk keluarganya.

Pendidikan


GAGAH. Pauziyah menggunakan seluruh kudratnya mengalihkan papan sebelum melakukan kerja-kerja pemotongan kayu.


Garis halus di tapak tangan wanita ini juga sudah tidak kelihatan dan kelembutannya juga sudah hilang. Namun, dia tidak kisah.

Bagi Pauziyah, seberat mana pun kerja yang dilakukan, janji ia membuahkan rezeki yang halal demi untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Ini rezeki kurniaan Allah yang maha hebat kepada kami. Duit inilah digunakan untuk membesar dan memberi pendidikan yang terbaik kepada empat anak saya," kata Pauziyah yang sarat dengan sifat keibuan.

Beritahu wanita ini, sepanjang 21 tahun mengusahakan produk industri kecil dan sederhana (IKS), dia dan suaminya tidak pernah bercuti. Mereka akan mula bekerja seusai solat Subuh dan akan meninggalkan bengkel sebelum langit bertukar gelap.

Kalau diikutkan hati kata Pauziyah, mereka mahu lanjutkan kerja hingga lewat malam.

"Tapi selepas kami dikejutkan dengan ngauman harimau di sebalik hutan belukar itu beberapa tahun lalu, kami batalkan niat itu," ceritanya.

Sepanjang wawancara berlangsung, mereka menjawab pertanyaan kami tanpa meninggalkan gergaji dan pengetuk di tangan.

Pauziyah mengetuk paku pada sebuah bekas pasu tanpa ragu-ragu. Jari jemarinya yang lincah menukang menampakkan sisi profesionalnya sebagai tukang kayu. Wajahnya yang putih kuning menjadi sedikit merah padam tatkala menahan mata daripada dimasuki habuk.

Dia juga sedikit tidak menghiraukan bahang kepanasan yang membuatkan peluh membasahi seluruh tubuh badannya. Ketika sepasang suami isteri ini memerah kudrat, anak ketiga mereka, Nasyitah, 26, tampil lalu membutirkan kata-kata.

"Parut dan lebam memang dah jadi 'makanan' mak, mak pernah tertusuk kayu sebesar duit 50 sen masa memotong kayu dulu. Paku juga pernah singgah di pahanya, tapi baginya macam tak de apa-apa saja," adu anak gadis muda itu. Pauziyah hanya mengangguk-angguk sambil mengerutkan dahi.


DI RUMAH usang yang ditransisikan menjadi bengkel merupakan lokasi Pauziyah bersama suaminya, Mohd. Najib menghasilkan perabot berasaskan kayu pain.


Si suami yang berkulit sawo matang dan berjambang putih pula lantas menyambung dengan nada seloroh : "Isteri saya adalah geng tukang saya, kalau dia cabut, habislah saya, susah mahu cari pekerja, gaji boleh bagi tapi ramai yang tak mahu."

Menyentuh soal pekerja, Ahmad Najib memberitahu, dia tidak mempunyai pekerja selain isteri dan dua anaknya, Nasyitah, 26 dan Fadzillah, 28.

Persekitaran yang berdebu memungkinkan jangkitan penyakit. Namun akui Pauziyah mahupun Ahmad Najib, mereka jarang jatuh sakit.

Penulis dan jurufoto mencuri sedikit masa terluang untuk menggali tentang perusahaan kayu pain yang diusahakan oleh Ahmad Najib dan Pauziyah ini.

Revolusi kayu pain

Ahmad Najib yang sebelum ini menjalankan bisnes rotan berkata, semua itu berlaku sejurus selepas cukai untuk rotan naik mendadak.

Justeru, dia dan isterinya terfikir mengapa tidak merevolusikan kayu pain menjadi barangan yang berguna seperti perabot dan barangan perhiasan.

"Biasanya kayu pain orang anggap tak berguna dan akan buang begitu saja. Namun, kami melihat potensi kayu ini dan ramai tak tahu bahawa ia bagus.

"Kayu ini sebenarnya berkualiti berbanding dengan kayu lain, urat kayunya juga lebih menarik," katanya yang mendapat bekalan dari sebuah syarikat di Peramu, Pekan dan mempunyai pengalaman menukang selama 35 tahun.

Syarikat mereka yang diberi nama Perniagaan Kayu Muhibbah akan memesan kayu pain yang sudah siap dipotong dua minggu atau tiga bulan sekali.

Meskipun tidak berpelajaran tinggi, kreativiti dua insan ini begitu terserlah. Mereka berdua bertanggungjawab mereka pelbagai kelengkapan seperti rehal, pasu, peti, almari, penyidai baju, penyangkut kunci, meja dan banyak lagi.


PAUZIYAH berharap bisnesnya mampu membuka mata banyak pihak tentang keistimewaan kayu pain dalam penghasilan perabot yang berkualiti.


"Alhamdulillah, idea untuk menghasilkan barangan baharu sentiasa ada tapi seperti yang awak lihat, kita kekurangan peralatan yang canggih dan tenaga kerja," katanya.

Pendapatan mereka bergantung kepada permintaan pelanggan. Namun, ada ketikanya jika produk dibawa ke pameran-pameran tertentu, mereka boleh memperoleh sekitar RM4,000.

Kedua-dua mereka punya harapan besar untuk menakluk pasaran terutamanya di Lembah Klang jika ruang yang sepatutnya diberikan.

Sambil matanya singgah pada satu objek, Pauziyah berkata: "Kami bersedia untuk berkongsi kemahiran kepada mereka yang berminat dan selagi Allah mengurniakan kekuatan, saya akan meneruskan kerja sebagai tukang kayu walau ia nampak ganjil pada mata masyarakat."

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Kitar semula sisa pepejal

Posted:

Kitar semula sisa pepejal

Kitar semula sisa pepejal

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

DALAM sedar atau tidak, pengurusan sisa pepejal yang efektif sangat penting dalam memberi impak positif kepada kehidupan manusia dari aspek sosial, politik, ekonomi dan persekitaran.

Apabila sesebuah negara semakin maju dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, lebih banyak sisa pepejal akan dihasilkan.

Malaysia yang sedang berkembang pesat tidak terkecuali. Negara ini perlu berdepan dengan cabaran menguruskan sisa pepejal secara berhemah.

Ia adalah untuk memastikan jangka hayat tapak pelupusan sisa pepejal dapat dipanjangkan seterusnya boleh menampung sisa pepejal negara.

Dalam tahun 2005, kuantiti sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia adalah sejumlah 19,000 tan sehari.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah menganggarkan bahawa pada tahun 2020, jumlah buangan sisa pepejal akan mencecah hampir 30,000 tan sehari.

Bagaimanapun, beberapa penemuan terkini menunjukkan bahawa jumlah sampah dan bahan buangan telahpun mencecah hampir 27,000 tan sehari.


SISA pepejal akan diangkut menggunakan kren untuk dihancurkan dan dicincang.


Ini bermakna jangkaan bahawa jumlah sisa pepejal sebanyak 30,000 tan sehari akan dicapai lebih awal sebelum tahun 2020.

Pengurusan sisa pepejal yang baik dapat memastikan alam sekitar, sumber tanah, air dan udara kekal terpelihara.

Bahkan, dengan kaedah yang tepat, sampah-sarap menggunung di tapak pelupusan sisa pepejal yang menyakitkan mata itu boleh diubah menjadi sumber tenaga untuk bekalan penduduk.

Menyedari kepentingan pengurusan sisa pepejal, YCB Renewable Energy Sdn. Bhd. tampil memberi alternatif dengan membawa kepakaran teknologi stabilat Herhof dari Jerman untuk dimanfaatkan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif YCB Renewable Energy Sdn. Bhd. (YCB), Yaakop Daut, berkata, teknologi stabilat Herhof menggunakan konsep pengurusan sisa pepejal kitar semula menyeluruh. Dalam falsafah operasi mereka, sisa pepejal merupakan aset yang boleh menjana pendapatan.

"Teknologi stabilat adalah berbeza berbanding teknologi pengurusan sisa pepejal yang pernah dilihat sebelum ini. Ia lebih mesra alam dan pengguna malah mampu memberi pelbagai faedah apabila digunakan kelak.

"Disebabkan itu, kita telah menjadi ejen rasmi teknologi stabilat Herhof untuk memindahkan teknologi yang diguna pakai di negara Jerman. Ia merupakan penyelesaian menyeluruh kepada pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal," katanya kepada Kosmo!.

Faedah

Dalam erti kata lain, dia memberitahu, terdapat banyak faedah yang boleh diperoleh apabila menggunakan teknologi stabilat didatangkan khusus dari negara Jerman itu.


PENGGUNAAN sistem berkomputer terkini memudahkan lagi proses kitar semula sisa pepejal.


Pertama adalah mengenai aspek termasuklah penjimatan tanah. Memulakan mekanisme pengurusan sampah menggunakan teknologi stabilat itu tidak memerlukan pembukaan tapak pelupusan tanah yang baharu.

"Bayangkan berapa banyak tanah perlu digunakan untuk membina tapak pelupusan sisa pepejal dengan sampah sarap semakin meningkat.

"Dengan implikasi teknologi stabilat ini, tapak pelupusan sisa pepejal yang tidak aktif turut ditebus guna semula untuk memastikan ia tidak dibiarkan begitu sahaja sekali gus dapat menjimatkan tanah," ujarnya.

Yaakop menambah, kelebihan itu secara tidak langsung dapat membantu memulihara alam sekitar sekali gus menghindari pencemaran air, udara dan tanah yang boleh mengakibatkan risiko penyakit.

Teknologi stabilat membolehkan sisa buangan yang telah melalui pelbagai proses dapat dikitar semula menjadi tenaga bahan api seperti gas mahupun material pepejal guna semula.

Penjimatan pelepasan karbon yang dipromosi teknologi stabilat juga boleh ditukar nilainya dalam sistem perdagangan kredit karbon untuk menjana ekonomi kepada negara.

Proses

Berbanding membiarkan proses reputan sampah dan menimbusnya seperti di pusat pelupusan sampah biasa ataupun pembakaran menggunakan insinerator yang menelan belanja tinggi, stabilat ada perbezaannya.

"Dalam kaedah teknologi stabilat, terdapat tiga fasa utama yang perlu dilalui iaitu pemprosesan, penstabilan dan pengasingan sisa pepejal.

"Sisa pepejal akan melalui proses pengasingan setelah dihancurkan dan dikeringkan sebelum dikitar semula," kata Yaakop.

Ujarnya lagi, sisa sampah tersebut akan dikumpulkan pula di dalam bunker yang mampu menampung muatan sehingga 300 buah lori sampah.

Dengan teknologi terkini dan sistem berkomputer, dia menambah, sisa pepejal akan dicincang serta dihancurkan di dalam mesin pengisar menggunakan kren.


PRODUK akhir stabilat yang telah dikitar semula mempunyai pelbagai faedah.


Selepas proses tersebut, sampah akan dipindahkan ke bunker pemindahan yang dikenali sebagai kebuk Herhof bio box.

"Selepas semua sudah selesai, proses penstabilan biologi sisa pepejal pula dilakukan. Kerja pengeringan terebut memakan masa selama tujuh hari.

Yaakop memberitahu, pengasingan sisa pepejal pula akan dilakukan untuk mengasingkan pecahan mineral seperti batu, gelas, seramik, besi dan lain-lain material.

Katanya, selepas ketiga-tiga langkah tersebut dilakukan, barulah hasil produk kitar semula dapat diperoleh.

Kelebihan

Sementara itu, Ketua Bahagian Borneo YCB, Zubir Zainuddin, menjelaskan, penggunaan teknologi terbaharu itu juga dapat mengatasi masalah bau busuk dan pencemaran di tapak pelupusan sisa pepejal.

"Ia juga dapat mengurangkan kos operasi dan pengurusan sisa pepejal apabila menggunakan teknologi ini.

"Dalam pada itu, pengenalan teknologi ini mampu mengatasi tapak pembuangan haram malah menghilangkan kebergantungan terhadap tapak pelupusan sisa pepejal," katanya.

Kajian

Menyedari hakikat bahawa tidak semua teknologi dari luar negara boleh diaplikasikan di negara ini, YCB telah melantik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai konsultan khas bagi melakukan penilaian teknikal terhadap teknologi stabilat Herhof.

Dekan Fakulti Sains Kesihatan dan Kejuruteraan Bioperubatan, Prof. Dr. Jasmy Yunus, berkata, pasukan yang melakukan penilaian teknikal terhadap teknologi stabilat Herhof mendapati ia adalah teknologi terkini rawatan sisa pepejal yang mendukung ciri mesra alam sekitar dan mapan.


PIHAK kerajaan tidak perlu membuka tapak pelupusan atau pengurusan sampah yang baharu kerana teknologi stabilat boleh mengguna pakai tapak yang sedia ada.


"Kita turut mendapati teknologi Jerman ini mempunyai kesesuaian untuk digunakan di Malaysia kerana mampu menjadi teknologi penyelesaian menyeluruh dalam pengurusan sisa pepejal.

"Teknologi tersebut juga dapat memanfaat sisa pepejal apabila boleh di kitar semula dan digunakan dengan lebih efisien serta ekonomi," katanya yang merupakan Pengurus Besar Global Technology and Innovation Management Sdn. Bhd. (GTIM).

Jasmy menambah, pasukan yang menjalankan kajian tersebut terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Katanya, mereka adalah Prof. Mohd. Razman Salim, Prof. Mohd. Rashid Mohd. Yusof, Prof. Farid Ani Nasir dan Prof. Abdul Halim Yatim.

Dalam pada itu, Yaakop menambah, dia menjangka menggunakan loji pengurusan sisa pepejal teknologi Herhof yang mempunyai kapasiti 1,000 tan satu hari.

Jelasnya, ia amat bersesuaian dan berharap dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Full content generated by Get Full RSS.

Tanam pokok di padang pasir

Posted:

Tanam pokok di padang pasir

Tanam pokok di padang pasir

Oleh ADLAN JAAFAR


DAHAN-DAHAN pokok yang ditanam sebelum ini perlu dicantas bagi membolehkan pokok tersebut boleh tumbuh lebih tinggi.


WALAUPUN telah menempuhi perjalanan yang cukup panjang untuk sampai padang pasir Horqin, China, Aishah Sinclair yakin pengembaraannya itu bukan sesuatu yang sia-sia.

Dia yang dilantik sebagai duta Earthkeepers Malaysia bersama-sama 70 orang wakil dari negara lain seperti Taiwan, Singapura dan China serta para pekerja Timberland telah pergi dengan satu misi iaitu supaya padang pasir di situ tidak menjejaskan alam sekitar.

Dahulu, padang pasir tersebut mempunyai rumput dan tumbuh-tumbuhan lain tetapi perubahan masa dan gaya hidup telah menyebabkan kawasan tersebut bertukar menjadi kawasan gurun.

Kini, kawasan itu menjadi salah satu tempat yang berada pada tahap kritikal dengan masalah perubahan alam sekitar iaitu hutan yang menjadi kawasan tandus dan kering.

Apabila tiba musim angin monsun, tiupannya akan membawa pasir-pasir tersebut berterbangan sehingga ke negara jiran seperti Jepun. Fenomena itu secara tidak langsung menyumbang kepada kesan pemanasan global.

"Horqin adalah salah satu contoh bahawa usaha menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab semua orang di dunia ini. Pemanasan global bukan sahaja memberi efek kepada manusia di sesetengah tempat tetapi melibatkan penduduk dunia," ujar Aishah ketika ditemui di Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.


AISHAH sedang menemuramah Pengarah Pemasaran Rantau Asia, Tumberland, Arthur Ang ketika di padang pasir Horqin.


Cantas dahan

Aktiviti penanaman semula hutan di situ telah berlangsung selama tiga hari iaitu dari 14 hingga 17 Ogos. Aishah telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti mencantas dahan yang bertujuan supaya pokok-pokok itu mampu tumbuh lebih tinggi.

Pokok-pokok tersebut umpama menjadi penapis bagi mengelakkan pasir-pasir berterbangan ke udara dan memasuki ruang udara negara jiran.

Selain itu, mereka turut menyemai anak-anak pokok baharu dan membina pagar di keliling kawasan tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka turut memberi tunjuk ajar kepada penduduk tempatan di situ mengenai cara-cara menjaga alam sekitar supaya ekosistem akan kekal seimbang.

Projek Penanaman Semula Hutan Horqin diadakan setiap tahun oleh Program Earthkeepers Timberland dengan kerjasama badan bukan kerajaan yang berpusat di Jepun, Green Network sejak tahun 2001.

Di samping projek pemuliharaan, Timberland turut bekerjasama dengan China Beijing Environment Exchange (CBEX) untuk meminimum pengeluaran karbon sepanjang aktiviti dijalankan.


AISHAH menemu bual Pengarah Urusan Green Network, Yoshio Kitaura yang terlibat dalam aktiviti tersebut.


Tabung khas

Jumlah kewangan dikira oleh CBEX mengikut kadar pengeluaran karbon dan nilai tersebut akan didermakan kepada tabung khas projek Janakuasa Angin Heilongjiang.

Bukan itu sahaja, pada tahun ini juga pihak berkuasa tempatan turut sama menyertai Timberland dalam memelihara padang pasir Horqin.

"Saya sangat berbesar hati melihat usaha positif Timberland untuk alam sekitar dan kehidupan masyarakat di wilayah Horqin," kata Pengarah Urusan Green Network, Yoshio Kitaura ringkas.

Pada tahun lepas, Timberland telah berjaya menanam sebanyak satu juta pokok di situ dan dalam tempoh 10 tahun mendatang, pihaknya menyasarkan untuk menanam dua juta pokok lagi.

Sebagai langkah menangani perubahan iklim global dan perlindungan terhadap alam sekitar, Timberland turut meletakkan sasaran menanam lima juta pokok dalam jangka masa lima tahun.


SELAIN menjalankan tanggungjawab sebagai warga bumi, Aishah turut berpeluang melihat kehidupan tradisional penduduk Horqin.


Ujar Aishah, perjalanan untuk sampai ke pedalaman Mongolia itu sangat mencabar dan panjang. Untuk ke padang pasir Horqin, dia perlu menaiki bas yang perjalanannya memakan masa tiga jam dari bandar berdekatan.

Full content generated by Get Full RSS.

Inovasi Nokia N9

Posted:

Inovasi Nokia N9

Inovasi Nokia N9


PAPARAN skrin Nokia N9 yang bersaiz 9.9 sentimeter menggunakan teknologi AMOLED.


REKA bentuk inovatif yang ditampilkan telefon pintar terbaharu Nokia N9 memenuhi keperluan penggemar peranti dengan paparan skrin luas dan tanpa butang.

Ia dibangunkan dengan menekankan aspek kemudahan dan kelancaran penggunaan, sama ada dari reka bentuk luaran atau perisian yang ditawarkan.

Model telefon pintar pertama yang menggunakan sistem operasi MeeGo 1.2 Harmattan itu hanya memerlukan pengguna menggeselkan jari mereka di atas paparan skrin sentuh untuk menikmati pelbagai aplikasi.

Dengan paparan skrin 9.9 sentimeter (sm) menggunakan teknologi AMOLED, ia dapat memberikan kepuasan kepada pengguna apabila kualiti paparan lebih jelas dan mengagumkan.


KAWALAN skrin Three Home Views membahagikan paparan kepada tiga tetingkap iaitu Applications, Open Applications dan Events.


Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti luar dan menggunakan telefon pintar mereka di mana-mana sahaja, fungsi skrin kalis calar tentu sekali akan memberikan kelegaan kepada pengguna.

Tetingkap

Dalam pada itu, Nokia N9 menggunakan kawalan skrin Three Home Views yang menyaksikan paparan utama dibahagi kepada tiga tingkap iaitu Applications, Open Applications dan Events.

Kesemua tetingkap itu mempunyai fungsi tersendiri apabila Applications menempatkan kesemua aplikasi, Open Applications pula bertindak sebagai tetingkap pelbagai tugasan dan Events memaklumkan notifikasi kepada pengguna.

Ciri-ciri tersebut bukan sahaja dapat memudahkan tugasan harian pengguna malah dapat memberi dimensi baharu dalam pengendalian peranti yang menjadi teman pengguna.


SPESIFIKASI
NOKIA N9
Harga: RM1,799 (16 gigabait) dan RM2,088 (64 gigabait).
Sistem operasi: MeeGo 1.2 Harmattan.
Kamera: 8 Megapiksel Carl Zeiss.
Berat: 135 Gram.
Warna: Hitam, Cyan dan Magenta.


Antara aplikasi sistem operasi MeeGo 1.2 Harmattan yang terdapat dalam peranti itu termasuk Twitter, Facebook, Skype, Angry Birds Magic dan AP Mobile.

Bagi mereka yang gemar melayari Internet, peranti tersebut dilengkapi teknologi Webkit 2 untuk memastikan pelayaran lebih lancar dan sempurna.

Ia turut didatangkan bersama kamera lapan megapiksel autofokus Carl Zeiss dan lensa pandangan luas. Kamera tersebut tidak membataskan kreativiti mengambil gambar kerana ia boleh berfungsi dengan baik walaupun dalam keadaan kurang pencahayaan.

Model terbaharu Nokia N9 dijual pada harga RM1,799 dengan kapasiti 16 gigabait (GB) manakala kapasiti 64 GB dijual pada harga RM2,088 seunit.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti terbaharu ini boleh melayari laman web www.nokia.com.my. - NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Futsal persahabatan MKFC dan CIMB

Posted:

Futsal persahabatan MKFC dan CIMB

Futsal persahabatan MKFC dan CIMB

PASUKAN Media Kelantan FC dan CIMB FC bergambar kenangan sebelum memulakan perlawanan persahabatan di Kota Bharu Futsal Arena, Pengkalan Chepa, Kota Bharu baru-baru ini


JALINAN PERSAHABATAN. Satu perlawanan futsal persahabatan antara pasukan Media Kelantan FC (MKFC) dan CIMB FC telah diadakan di Kota Bharu Futsal Arena (KBFA) Pengkalan Chepa, Kota Bharu baru-baru ini.

Pada perlawanan itu, pasukan MKFC menang bergaya menundukkan CIMB FC dengan jaringan 13-8.

Pengurus pasukan MKFC, Azran Fitri Rahim berkata, perlawanan itu diadakan bertujuan mengeratkan hubungan antara pemain daripada kedua pasukan.

Menurutnya, walaupun sibuk dengan tugasan harian, pihak pengamal media tetap turun ke padang untuk sama-sama mewujudkan jalinan mesra dengan komuniti.

Full content generated by Get Full RSS.

Puteri UMNO anjur program berkhatan

Posted:

Puteri UMNO anjur program berkhatan

Puteri UMNO anjur program berkhatan


WAN ZAWIYAH (tiga dari kanan) bersama kanak-kanak pada program berkhatan beramai-ramai anjuran Pergerakan Puteri UMNO Kubang Pasu di Kampung Kubang Pasu, Changlun baru-baru ini.


ALAM DEWASA. Seramai 40 kanak-kanak dari 10 buah kampung menyertai program berkhatan yang dianjurkan Pergerakan Puteri UMNO Kubang Pasu di Kampung Kubang Pasu, Changlun baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada kanak-kanak berusia antara enam hingga 10 tahun dari kampung Kubang Betong, Kampung Jeragan, Teluk Ara dan Kampung Lubuk.

Menurut Ketuanya, Wan Zawiyah Wan Halim, program itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial terhadap penduduk bagi menjayakan program peralihan fasa kehidupan untuk kanak-kanak masuk ke alam dewasa.

Katanya, ia merupakan program sentuhan peribadi Puteri UMNO kepada masyarakat dalam mengukuhkan semangat kekitaan dan mengekalkan amalan tradisional dalam program berkhatan.

"Kanak-kanak perlu dididik sejak kecil lagi dengan semangat kekitaan dan amalan tradisional yang lazim dibuat di kampung," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

40 murid cemerlang UPSR DUN Jorak dirai

Posted:

40 murid cemerlang UPSR DUN Jorak dirai

40 murid cemerlang UPSR DUN Jorak dirai


SAHARUDIN (tiga dari kanan) menyerahkan replika dana TEKUN kepada peniaga kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di pejabat UMNO Bandar Tun Razak, Taman Tenaga Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.


CEMERLANG. Seramai 40 murid tahun enam dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jorak yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini telah diraikan pada satu majlis di Anjung Ilmu Jorak, Muar baru-baru ini.

Murid-murid berkenaan ialah pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Panjang Sari, SK Paya Redan, SK Sri Bukit Pasir, SK Pekan Pagoh, SK Temiang, SK Kota Raja, SK Jorak, SK Panchor, SK Kampung Raja, SK Paya Panjang, SK Semaseh dan SK Liang Batu.

Majlis penyampaian cenderahati kepada murid-murid terbabit telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh dengan setiap murid menerima sumbangan wang tunai serta keahlian di perpustakaan Anjung Ilmu Jorak.

Shahruddin berharap murid-murid terbabit akan meneruskan lagi kecemerlangan pada masa hadapan dengan kejayaan di peperiksaan UPSR menjadi tangga pertama dalam perjalanan akademik dan kerjaya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Sarjan dibuang kerja menang kes

Posted:

Sarjan dibuang kerja menang kes

Sarjan dibuang kerja menang kes

Mohamad Solleh berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Kuantan semalam sambil ditemani anaknya.


KUANTAN - Seorang Detektif Sarjan yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bentong, Pahang menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam memutuskan tindakan buang kerja terhadapnya pada 19 Ogos 2009 sebagai tidak sah.

Mohamad Solleh Mat Isa, 40, didakwa mencemar nama baik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan awam melalui perbuatannya yang didakwa berkawan dengan penjenayah semasa berkhidmat di Balai Polis Bentong.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Mariana Yahya dalam kamar hakim berkata, tuduhan pendakwaan yang dibuat terhadap Mohamad Solleh disifatkan sebagai cacat atau tidak lengkap kerana dalam kertas pertuduhan tidak dinyatakan tarikh Mohamad Solleh melakukan kesalahan itu.

"Alasan tersebut nyata tidak setimpal dengan tindakan dibuang kerja yang dikenakan terhadap Mohamad Solleh.

"Oleh itu, mahkamah memutuskan tindakan dibuang kerja itu tidak sah dan dia boleh bekerja semula termasuk menerima semua tunggakan gaji sepanjang tempoh itu," kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Enam pindaan dilulus

Posted:

Enam pindaan dilulus

Enam pindaan dilulus

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang mendapat reaksi berbeza daripada pelbagai pihak akhirnya diluluskan selepas melalui perbahasan kira-kira dua setengah jam pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Rang Undang-undang itu dibacakan kali pertama pada 22 November oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diikuti dengan bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 November.

Walaupun barisan ahli Parlimen dari pembangkang bertindak keluar Dewan ketika sesi penggulungan, rang undang-undang itu tetap diluluskan dengan enam pindaan. Ia diperkenalkan bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

UMNO mesti menang pilihan raya

Posted:

UMNO mesti menang pilihan raya

UMNO mesti menang pilihan raya


NAJIB melambai ke arah perwakilan sebelum menyampaikan Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengingatkan seluruh peringkat kepimpinan dan ahli parti UMNO supaya tidak sesekali mengambil mudah cabaran Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dianggap paling getir dalam sejarah parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar kecil) berkata, Najib dalam Taklimat Presiden secara tertutup semalam menyeru seluruh kepimpinan parti agar bekerja lebih kuat dengan semangat luar biasa bagi memastikan UMNO mencapai kemenangan selesa pada PRU akan datang.

Beliau menegaskan, Najib yang juga Perdana Menteri menekankan agar rasa kasih sayang dalam kalangan pemimpin dan ahli dipererat supaya tidak timbul lagi masalah sabotaj dan tikam belakang semasa pilihan raya.

"Presiden mengingatkan bahawa cabaran PRU-13 kali ini cukup luar biasa dan mahu perpaduan diberi keutamaan.

"Beliau juga memberi penekanan tentang penyelesaian masalah dalaman jika masih ada, walaupun ia bukan masalah terbesar.

"Para perwakilan juga diingatkan agar memberi tumpuan kepada pilihan raya dan bukan pemilihan parti agar sebarang usaha mensabotaj dapat diketepikan, sekali gus hanya fokus kepada agenda parti," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Rusia hargai penduduk Pulau Pinang

Posted:

Rusia hargai penduduk Pulau Pinang

Rusia hargai penduduk Pulau Pinang

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

KAPAL penjajap Zhemchug yang menjadi mangsa bedilan penjajap Jerman, SMS Emden.


SUNGGUHPUN sejarah menunjukkan kerjasama diplomatik antara Rusia dan Malaysia mula terjalin pada tahun 1967, namun persahabatan antara kedua-dua buah negara yang mempunyai budaya yang cukup berbeza ini sebenarnya telah terjalin pada tahun 1914.

Atas nama kemanusiaan, penduduk Pulau Pinang terutamanya para nelayan telah menyelamatkan anak-anak kapal penjajap Zhemchug yang diserang penjajap Jerman, SMS Emden ketika Perang Dunia Pertama di perairan negara sehingga mengakibatkan puluhan nyawa terkorban.

Dalam tragedi awal pagi 28 Oktober 1914 itu, penjajap Jerman, yang dikemudi Leftenan Komander Karl von Muller telah mengaburi pihak lawan dengan menyamar sebagai kapal Britain sebelum melancarkan serangan terhadap penjajap Zhemchug yang berada di pelabuhan Pulau Pinang.

Zhemchug yang boleh memuatkan 348 anak kapal itu tidak sempat hendak menangkis dua serangan torpedo daripada SMS Emden sehingga ia meletup dan terbakar lalu karam di lautan.


SAAT-SAAT genting pembedilan kapal penjajap Zhemchug dapat diimbas dalam gambar lama ini.


Lebih menyedihkan, tragedi yang lebih dikenali sebagai Battle of Penang itu dilaporkan telah mengorbankan sebanyak 89 anak kapal dan pegawai, manakala 143 lagi mengalami kecederaan akibat serangan tersebut.

Duta Besar Persekutuan Rusia Ke Malaysia, Lyudmila G. Vorobyeva, berkata, persekutuan itu amat menghargai jasa penduduk Pulau Pinang ketika itu yang telah menyelamatkan anak-anak kapal Zhemchug.

"Terdapat lebih 300 orang anak kapal Zhemchug pada waktu itu. Walaupun ada yang terkorban, ramai telah diselamatkan oleh penduduk tempatan dalam serangan itu.

"Tentera Rusia yang cedera dalam serangan turut diberi tempat berteduh dan dirawat penduduk di rumah mereka," ujarnya.

Beliau menambah, ia juga mendedahkan bahawa kerjasama di antara kedua-dua negara telah bermula sebelum tahun 1967 apabila Moscow dan Kuala Lumpur menjalin kerjasama diplomatik.

Katanya, sejarah persahabatan dan persefahaman antara rakyat Rusia dan Malaysia telah menguatkan asas untuk perkembangan ekonomi serta kerjasama politik antara kedua-dua negara.


KISAH perang di perairan Pulau Pinang ini secara tidak langsung meninggalkan sejarah yang mengukuhkan hubungan diplomatik Malaysia dan Rusia.


"Pelbagai perubahan telah dilalui tetapi memori dan perasaan manusia tidak pernah berubah serta akan kekal selama-lamanya.

"Bahkan, kami amat terhutang budi dengan masyarakat negara ini terutamanya penduduk Pulau Pinang yang menyelamatkan anak kapal dan pengawai Zhemchug ketika diserang kapal perang Jerman pada tahun 1914 itu," katanya lagi.

Sebanyak 12 tentera Rusia yang gugur dalam pertempuran tersebut telah disemadikan di Western Road Cemetery, George Town, manakala dua lagi di Pulau Jerejak.

Sementara itu, Atase Tentera Udara dan Laut Persekutuan Rusia (Malaysia dan Brunei), Kapten (Navy) Sergey V. Zhevnovatyy, memberitahu, kubur yang menempatkan dua kelasi Rusia di Pulau Jerejak telah ditemui pada tahun 2005.

"Pada waktu itu, kami telah diberitahu oleh nelayan-nelayan tempatan bahawa terdapat kubur di hutan Pulau Jerejak.

"Apabila meneroka hutan itu, kami mendapati ia masih dalam keadaan baik walaupun sudah berusia lebih 90 tahun. Bagi memastikan keadaan lebih baik pada tahun 2007 ia telah dibaik pulih dan diperkemaskan agar dapat dilawati," jelasnya.

Setiap hujung bulan Oktober dan awal bulan Mei, kedutaan Persekutuan Rusia akan melawat kedua-dua perkuburan berkenaan untuk memberi penghormatan kepada wira-wira yang gugur semasa Perang Dunia Pertama.

Full content generated by Get Full RSS.

Inisiatif pendidikan Nestle

Posted:

Inisiatif pendidikan Nestle

Inisiatif pendidikan Nestle


QUINCEY yang didukung ayahnya, Ter Hong Chou bersama ibunya, Isabella (dua dari kiri) menerima replika cek daripada Chandan sambil diperhatikan oleh Pengurus Jenama Kumpulan Nestle, Yeoh She Shiang.


NESTLE Nutrition baru-baru ini mengadakan majlis penyampaian hadiah untuk mengumumkan pemenang Hadiah Utama pertandingan Great Tummies, Great Minds dalam Siri How & Why Minggu Imuniti anjuran NAN Grow 3 selepas tamat kempen di seluruh negara.

Pemenangnya, Quincey Ter Chye Yeen, 2, meraih hadiah utama berupa dana pendidikan sebanyak RM100,000 dalam bentuk polisi insurans berkaitan pelaburan, dengan menewaskan ribuan peserta lain.

Ibu Quincey, Isabella Teoh terkejut gembira apabila beliau dimaklumkan mengenai kemenangan itu. Dia memberitahu bahawa hadiah utama itu akan membolehkan keluarganya memberikan asas kukuh bagi pendidikan anaknya.

Suri rumah itu memberitahu, anak sulungnya itu sangat aktif dan bersikap ingin tahu serta badannya lebih tinggi pada kadar sekurang-kurangnya satu kepala berbanding kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

Penyusuan badan dan pemakanan yang baik membantu perkembangan dan kesihatan anak perempuannya.

Pemakanan ialah salah satu topik perbincangan utama semasa kempen Minggu Imuniti, suatu siri aktiviti pendidikan yang dianjurkan oleh NAN Grow 3 bagi mendidik ibu bapa mengenai kepentingan imuniti bagi perkembangan kanak-kanak.

"Minggu Imuniti merupakan suatu detik penting bagi NAN Grow 3, kerana ia membolehkan kami bekerja dengan rapat bersama dengan penyedia penjagaan kesihatan dalam menyediakan platform pendidikan untuk ibu bapa.

"Ia memberi peluang kepada pakar penjagaan kesihatan untuk berhubung dan berkongsi perkara-perkara yang penting berkaitan kesejahteraan dan perkembangan kanak-kanak.

"NAN Grow 3 percaya bahawa kanak-kanak yang mempunyai sistem imuniti yang sihat berkemampuan mengembangkan minda mereka ke tahap potensi tertinggi," kata Pengurus Perniagaan negara, Nestle Nutrition, Chandan Ghosh.

Tambahnya, bagi menambah nilai kepada kehidupan orang ramai, NAN Grow 3 akan melanjutkan inisiatif pendidikan untuk sampai kepada lebih banyak keluarga dan komuniti di Malaysia.

"Kami telah menjalin hubungan rapat dengan Hospital Pakar An-Nur, Bangi; Hospital Columbia Asia, Puchong; Hospital Pakar DEMC, Shah Alam; Hospital Wanita Metro, Klang dan Hospital Pakar KPJ Tawakkal bagi membantu menerajui suatu siri forum awam percuma mengenai Imuniti dan Perlindungan.

"Tidak ketinggalan adalah Hospital Tung Shin, Hospital Pantai, Ipoh; Pusat Perubatan Mahkota (MMC), Melaka; Pusat Perubatan Columbia Asia, Miri; dan Pusat Perubatan Rejan, Sibu," katanya.

Siri forum awam percuma How & Why anjuran NAN Grow 3 akan dimulakan beberapa minggu lagi dalam bulan November dan Disember

Orang awam boleh menelefon 03-6201 1858 untuk mendaftar atau melayari tapak web www.weaning.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


FAM sangkal tuduhan

Posted:

FAM sangkal tuduhan

FAM sangkal tuduhan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
dan LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
sukan@kosmo.com.my

IMBAS kembali... Wajah-wajah kecewa para pemain Harimau Muda selepas tewas 2-3 kepada Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad lalu.


KEKALAHAN 2-3 pasukan Harimau Muda kepada Bahrain dalam saingan Kumpulan C kempen kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia pada Ahad lepas ternyata mengecewakan banyak pihak.

Lebih kecewa, skuad negara yang mendahului dua gol menerusi 'arkitek' muda, Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli terpaksa akur dengan kebangki- tan pasukan pelawat yang meledak tiga gol pada lewat permainan menerusi pe- nyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna.

Paling teruk, 'malapetaka' itu berlaku semasa Bahrain terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.

Ekoran daripada itu, timbul nada-nada 'sumbang' dari luar padang yang mempersoalkan integriti skuad kendalian Ong Kim Swee serta mengaitkannya dengan isu rasuah seperti mana yang pernah melanda arena bola sepak tempatan suatu ketika dahulu.

Begitupun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Azzuddin Ahmad menafikan sekeras-kerasnya dakwaan negatif itu sambil memberitahu, kegagalan Harimau Muda itu kerana kurang bernasib baik.

Menurut beliau, mustahil pasukan yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA itu sanggup menjaja maruah dan menerima suapan.

"Apa semua ini? Desas-desus negatif ini ternyata membunuh semangat pasukan kita yang ketika ini di landasan yang betul bagi memartabatkan semula bola sepak tanah air.

"Sebenarnya, saya sudah lali dengan komen-komen negatif seperti ini. Ia bagaikan asam garam apabila menuduh pasukan negara yang bukan-bukan, rasuah, isu atur perlawanan dan banyak lagi isu negatif.

"Bagi saya, skuad negara yang beraksi cemerlang ketika menentang Bahrain sebenarnya kurang bernasib baik. Tambahan pula pasukan lawan memiliki senarai pemain gantian yang cukup bagus berbanding Harimau Muda yang banyak tercedera sejak temasya Sukan SEA," katanya kepada Kosmo! semalam.

Azzuddin memberitahu, penyokong juga harus lebih bersikap profesional dan tidak mudah menghentam atau melenting tidak kira sama ada pasukan negara menang atau tewas.

Ketika mengulas mengenai lanjutan kontrak Kim Swee yang akan tamat pada Mac tahun depan, beliau begitupun enggan mengulas lanjut atas alasan ia merupakan hal dalaman FAM.

"Tidak perlu hendak merujuk SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) untuk siasat kekalahan kali ini, ia bukan faktor rasuah, sebaliknya hanya kita kurang bernasib baik," tegasnya.

Dalam pada itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali semasa dihubungi mengesahkan, pihaknya tidak menerima sebarang laporan bagi menyiasat perkara tersebut.

"Jika ada laporan, kami akan segera siasat tetapi pada masa saya tidak menolak kemungkinan betapa ia sekadar spekulasi orang ramai yang kecewa dengan keputusan perlawanan itu," katanya enggan mengulas lanjut.

Full content generated by Get Full RSS.

'Saya tidak akan letak jawatan'

Posted:

'Saya tidak akan letak jawatan'

'Saya tidak akan letak jawatan'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


KIM SWEE (tiga dari kiri) akan terus membimbing skuad Harimau Muda selagi mendapat kepercayaan FAM sehingga kontraknya tamat pada Mac tahun depan.


PENGENDALI Harimau Muda, Ong Kim Swee menegaskan, beliau tidak akan meletak jawatan sebagai jurulatih meskipun menerima desakan untuk berbuat demikian.

Ketika ini, segelintir pihak mengkritik prestasi hambar skuad bimbingan Kim Swee yang tewas kesemua tiga perlawanan pertama dalam saingan Kumpulan C kempen kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia.

Rentetan tiga kekalahan berturut-turut, terbaharu dijinakkan Bahrain 2-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad lepas, secara realistiknya anak-anak buah Kim Swee kini tidak ubah sekadar mengharapkan 'keajaiban' jika berhasrat mahu menjejak bumi London apabila menghuni tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.

Menurut Kim Swee, beliau hanya akan meletakkan jawatan sekiranya merasa tidak lagi mampu mengendalikan Harimau Muda sebelum kontraknya tamat pada Mac tahun depan.

"Tidak, saya tidak akan meletakkan jawatan. Saya hanya akan berhenti jika majikan tidak lagi merasakan saya layak untuk mengemudi Harimau Muda, selain tidak akan berundur selagi mempunyai keyakinan terhadap skuad saya," tegasnya kepada Kosmo! semalam.

Harimau Muda akan kembali membuat perhitungan dengan Bahrain pada 5 Februari 2012 di gelanggang lawan sebelum melayan kunjungan Jepun pada 22 Februari. Aksi penutup tirai menentang Syria akan berlangsung di gelanggang berkecuali pada 14 Mac 2012.

Meskipun mengakui kesilapan gagal mengatasi Bahrain yang 'tempang' dengan 10 pemain, Kim Swee begitupun mahu semua pihak bersikap realistik mengenai perbezaan ketara kekuatan sebenar kedua-dua pasukan termasuk 'musibah' kecederaan yang menimpa pemainnya.

"Seminggu yang lepas, kami dijulang bagaikan wira apabila berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011, namun sekelip mata, kami dikecam habis-habisan seolah-olah pingat emas itu langsung tidak berharga.

"Bukannya kami tidak boleh dikritik, cuma kita haruslah lebih realistik. Lainlah kalau kami kalah dengan Laos dan Kemboja, itu barulah lain ceritanya," katanya.

Yang pasti, keberanian Kim Swee mengambil alih 'baton' daripada Datuk K. Rajagobal yang berjaya menamatkan kemarau emas selama 20 tahun di temasya Sukan SEA di Vientianne, Laos dua tahun lalu sememangnya wajib dipuji.

"Tekanan sebagai jurulatih Harimau Muda hanya Tuhan sahaja yang tahu tetapi inilah hidup dan mati saya bagi menyahut cabaran kerana saya bukannya jenis orang yang hanya pandai memberikan alasan sebelum bertanding," katanya.

Pada masa sama, Kim Swee tetap optimis dengan kredibiliti majoriti pemainnya yang masih muda dan mampu menyinar pada Sukan SEA 2013 di Myanmar serta Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

"Percaya atau tidak, hanya Khairul Fahmi Che Mat, Shukor Jusoh, Affize Faisal Mamat dan Mahali Jasuli sahaja yang tidak boleh beraksi di Sukan Asia 2014 kerana melebihi had usia, jadi skuad muda ini sewajarnya diberikan peluang dan bukannya dihentam habis-habisan hanya kerana tewas pada aksi kelayakan Olimpik," katanya.

Selepas 'dilenjan' habis-habisan sejak temasya Sukan SEA 2011 di Jakarta pertengahan November lalu, anak-anak buah Kim Swee kini akhirnya mendapat rehat yang secukupnya sebelum berlepas ke Sydney, Australia selama dua minggu bagi aksi perlawanan antarabangsa bersama tiga kelab elit di sana pada 10 Disember depan.

Mereka juga akan menyertai Liga Singapura (Liga-S) pada Februari tahun depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Aidil Zafuan intai gelaran hatrik

Posted:

Aidil Zafuan intai gelaran hatrik

Aidil Zafuan intai gelaran hatrik


AIDIL ZAFUAN mengidam untuk merangkul Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik buat kali ketiga berturut-turut pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 hari ini.


TONGGAK pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Razak berharap persembahan cemerlang pada musim ini mampu melayakkannya menjulang Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik buat kali ketiga berturut-turut menjelang majlis berprestij Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 hari ini.

Persembahan konsisten tonggak berusia 24 tahun itu tidak kira ketika mewakili pasukannya mahupun pasukan kebangsaan berjaya menggondol anugerah itu sejak 2009.

"Sejujurnya, saya rasa cukup bertuah dapat meraih anugerah ini sejak dua tahun lepas.

"Jika menang lagi tahun ini, ia memang cukup istimewa, tambahan pula saya sering dibelenggu kecederaan pada musim ini," katanya yang mula menyarung jersi Harimau Malaya sejak berusia 14 tahun.

"Saya harap saya telah melakukan yang terbaik untuk menerima anugerah tersebut tahun ini yang bagi saya bukan se- kadar anugerah biasa.

"Sebagai pemain, pengiktirafan ini benar-benar bermakna buat saya," katanya.

Bersama kembarnya Zaquan Adha, Aidil sebelum ini berjaya membantu Negeri Sembilan muncul juara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) pada 2004 sebelum menyertai pasukan senior Sang Rusa setahun kemudian.

Mereka juga berjaya muncul juara Liga Super pada tahun yang sama.

Selain mewakili Malaysia pada dua Kejohanan Remaja Asia, Aidil juga berjaya membantu pasukan negara muncul juara Pestabola Merdeka pada 2007 selain mewakili negara pada Piala Asia pada tahun yang sama.

"Saya harap majlis sebegini dapat diteruskan bagi menghargai pemain bola sepak profesional," katanya yang turut membantu Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia musim ini.

Untuk anugerah tahun ini, setiap calon dipilih menerusi undi kesemua jurulatih-jurulatih pasukan Liga Super dan Liga Perdana.

Sementara itu, anugerah persatuan dan pasukan terbaik akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Majlis penganugerahan itu akan berlangsung di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Rakyat Mesir keluar mengundi

Posted:

Rakyat Mesir keluar mengundi

Rakyat Mesir keluar mengundi

ORANG RAMAI membuang undi di sebuah pusat mengundi di Kaherah.


KAHERAH, Mesir - Beribu-ribu orang beratur di luar pusat-pusat mengundi di sini semalam untuk membuang undi dalam pilihan raya Parlimen pertama yang diadakan di Mesir sejak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan pada Februari lalu.

Orang ramai berbaris di beberapa buah pusat mengundi di sini dengan kasut mereka bersalut lumpur selepas hujan turun semalam.

Banyak pusat mengundi lewat dibuka kerana pelbagai masalah pentadbiran termasuk kekurangan kertas undi.

Di sekolah Omar Makram, pusat bandar raya ini, pengundi lelaki dan wanita beratur secara berasingan seawal pukul 8 pagi waktu tempatan untuk mengundi.

"Sebelum ini proses mengundi tidak memberi apa-apa makna kerana suara kami tidak diperlukan," kata seorang wanita, Mona Abdel Moneim yang kali pertama mengundi seumur hidupnya.

Di daerah Zamalek di sini, orang ramai beratur selama beberapa jam. Malah, ada yang membawa kerusi untuk berehat sementara menanti pos mengundi dibuka.

"Saya tidak sihat dan tidak bercadang untuk datang pada mulanya. Namun, apa yang berlaku baru-baru ini menimbulkan semangat untuk saya mengundi. Sudah cukup untuk kami berdiam diri selama 30 tahun," kata seorang wanita berusia 65 tahun, Samira.

Sementara itu, kumpulan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir yang menjadi lokasi pertempuran antara orang ramai dengan polis memilih untuk terus tinggal di dataran itu sehingga pemerintahan tentera ditamatkan.

Beberapa ketua penunjuk perasaan tersebut memberitahu, mereka sangsi pihak tentera akan mengembalikan kuasa kepada rakyat walaupun selepas pilihan raya diadakan.

Setakat tengah hari semalam, proses pilihan raya berjalan dengan aman dan lancar selepas pasukan tentera dan polis dikerah berkawal di sekitar pusat-pusat membuang undi di negara berkenaan.

Pilihan raya kali ini diadakan untuk memilih ahli-ahli Parlimen Mesir.

Sekitar 17 juta daripada 85 juta rakyat Mesir layak mengundi dalam fasa pertama selama dua hari bagi memilih ahli Dewan Rendah Parlimen Mesir yang akan berakhir pada 11 Januari depan.

- Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Angka kematian tragedi jambatan runtuh meningkat

Posted:

Angka kematian tragedi jambatan runtuh meningkat

Angka kematian tragedi jambatan runtuh meningkat


SEBUAH bot (kiri) melintas Jambatan Kutai Kartanegara yang runtuh di bandar Samarinda, Kalimantan Timur pada Sabtu lepas.- AFP


TENGGARONG, Indonesia - Angka kematian akibat jambatan runtuh di Kalimantan Timur yang menyebabkan berpuluh-puluh kenderaan terjunam ke dalam sungai kini meningkat kepada 11 orang, kata beberapa pegawai semalam ketika siasatan bagi mengenal pasti punca nahas sedang dilakukan.

Lebih 30 orang dipercayai masih hilang selepas jambatan gantung Kutai Kartanegara sepanjang 720 meter yang dibina menyerupai jambatan Golden Gate di San Francisco runtuh ke dalam Sungai Mahakam pada Sabtu lepas.

"Jumlah mangsa yang terbunuh ialah 11 orang," kata ketua agensi pencari dan penyelamat wilayah Kalimantan Timur, Harmoni Adi.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, mayat-mayat mangsa terdampar di tebing sungai berkenaan.

"Sebanyak 39 orang cedera dan berdasarkan laporan orang ramai, sekurang-kurangnya 33 yang lain hilang," katanya.

"Sukar untuk mengenal pasti jumlah sebenar mangsa yang hilang kerana kami tidak tahu bilangan kenderaan dan orang ramai yang jatuh semasa jambatan itu runtuh," ujarnya.

Menurutnya, usaha mencari juga sukar berikutan keadaan air sungai yang keruh. Sungai Mahakam memiliki kedalaman hingga 40 meter.

Punca jambatan itu runtuh tidak dapat dipastikan tetapi Nugroho memberitahu bahawa satu kabel sokongan jambatan itu putus semasa kerja-kerja membaiki sedang dilakukan.

Jambatan berkenaan siap pada tahun 2002. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Miley Cyrus mengaku hisap ganja

Posted:

Miley Cyrus mengaku hisap ganja

Miley Cyrus mengaku hisap ganja

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Bintang remaja, Miley Cyrus membuat pengakuan mengejutkan pada parti hari jadinya yang ke-19 minggu lalu, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Di hadapan sejumlah tetamu, Cyrus mengaku dia 'kaki lalok' semasa dihadiahkan sebiji kek yang dihiasi imej legenda muzik reggae, Bob Marley.

Majlis berkenaan dihoskan oleh rakannya, Kelly Osbourne, 27, di Hotel Roosevelt di sini pada Selasa lepas.

"Anda tahu anda 'kaki lalok' apabila rakan-rakan anda menghadiahkan kek Bob Marley buat anda," kata Cyrus.

"Ia membuatkan anda sedar bahawa anda menghisap terlalu banyak ganja," tambahnya.

Klip video berkenaan diperoleh akhbar MailOnline.

Namun, Osbourne kemudian menulis di akaun Twitternya bahawa pengakuan tersebut cuma satu jenaka.

"Bagaimana dia (Cyrus) boleh bekerja keras sehingga berjaya jika dia seorang penagih ganja dan 'kaki lalok'," kata Osbourne dalam komen di akaun Twitternya.

Cyrus melonjak popular selepas membintangi siri komedi terbitan Walt Disney, Hannah Montana.

Bob Marley merupakan penyanyi, pemuzik dan pencipta lagu irama rege dari Jamaica. Dia menghisap ganja kerana mengamalkan ajaran agama yang dianuti penduduk Jamaica dikenali sebagai Rastafarian.- Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Orang Asli dipenjara kerana mencabul

Posted:

Orang Asli dipenjara kerana mencabul

Orang Asli dipenjara kerana mencabul

29/11/2011 7:17pm

KUALA LUMPUR — Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga minggu ke atas seorang Orang Asli selepas mengaku bersalah terhadap dakwaan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan seorang gadis bawah umur.

Majistret Parvin Hameedah Natchair memerintahkan hukuman ke atas Baharom Awang, 23, dilaksanakan mulai tarikh dia ditangkap pada 23 Nov.

Baharom, seorang pekerja membancuh simen, didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan seorang gadis berumur 17 tahun di koridor bertentangan dengan Maple Boutique, No. 105 Jalan Sultan, Dang Wangi, pada 11.45 pagi 23 Nov.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau rotan atau mana-mana dua hukuman jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Siew Ping. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

UniMAP ungguli 1 World Culture

Posted:

Ciri DSLR kompak Olympus

APABILA memerhatikan kelompok generasi muda hari ini yang menghabiskan waktu senggang sama ada di taman-taman awam mahupun di kompleks beli-belah, rata-ratanya mereka membawa sebuah aksesori wajib alaf ini iaitu kamera. Lagi...

Diabetes sebabkan mati mengejut

KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang. Lagi...

Full content generated by Get Full RSS.

Edar dadah: Warga Taiwan di perintah bela diri

Posted:

Edar dadah: Warga Taiwan di perintah bela diri

Edar dadah: Warga Taiwan di perintah bela diri

29/11/2011 7:14pm

PUTRAJAYA — Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengenepikan keputusan membebaskan empat lelaki Taiwan di atas tuduhan mengedar dadah.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, mempengerusikan sidang tiga anggota panel hakim mengarahkan kes keempat-empat mereka itu dihadapkan balik ke Mahkamah Tinggi Johor Baharu untuk membela diri.

Hakim Md. Raus, bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Yusoff dan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, memutuskan terdapat kes prima facie terhadap keempat-empat mereka bagi tuduhan tersebut.

Panel hakim membenarkan rayuan pihak pendakwa untuk megenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Baharu pada 27 Dis tahun lepas yang membebaskan Chung Sheng Wen, 38, Chang Min Yen, 37, Chang Yun Sheng, 33, dan Wu Sheng Yuan, 33, tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan.

Pihak pendakwa membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan selepas ia gagal di peringkat mahkamah rayuan yang mengekal keputusan membebaskan keempat-empat lelaki berkenaan.

Dalam keputusannya, Md Raus berkata, mahkamah berpendapat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan tersilap kerana mendapati tiada pertalian antara responden, dadah, mesin dan bungkusan-bungkusan yang dijumpai di sebuah kilang.

Hakim itu menetapkan 2 Dis. tarikh untuk sebutan kes mereka di Mahkamah Tinggi. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved