Rabu, 1 Januari 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Gunung Sinabung hambur lahar panas

Posted:

Gunung Sinabung hambur lahar panas

Gunung Sinabung hambur lahar panas

GUNUNG Sinabung menghamburkan debu dan lahar panas di Karo semalam.


JAKARTA - Lebih 19,000 orang berpindah ekoran Gunung Sinabung di Karo, Sumatera menghamburkan lahar panas, kata seorang pegawai semalam.

Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, gunung itu sebelum ini menghamburkan debu dan serpihan batu panas setinggi 7,000 meter ke udara sejak kelmarin.

"Gunung Sinabung kekal berada pada tahap berjaga-jaga yang tinggi dan kami memberi amaran bahwa tiada sebarang aktiviti dalam lingkungan lima kilometer radius dari gunung tersebut.

"Pada malam kelmarin, seramai 19,126 orang telah meninggalkan rumah masing-masing dan kami menjangkakan bilangan mereka akan meningkat," kata Sutopo.

Gunung tersebut merupakan salah sebuah daripada gunung berapi yang aktif di Indonesia.

Pada Ogos lalu, lima orang terbunuh dan ratusan lagi terpaksa berpindah selepas sebuah gunung berapi meletus di wilayah Nusa Tenggara Timur. - AFP

Panggang ayam di belakang ekzos

Posted:

Panggang ayam di belakang ekzos

Panggang ayam di belakang ekzos


SHMEE memanggang ayam belanda di belakang ekzos kereta Lamborghini Aventador.


NEW YORK - Seorang lelaki memanggang daging seekor ayam belanda dengan menggunakan api yang keluar dari ekzos kereta sport Lamborghini Aventador, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Lelaki tersebut yang bernama Shmee merakamkan video yang menunjukkan dia memanggang daging ayam belanda di belakang ekzos kereta yang berharga AS$450,000 (RM1.47 juta) itu.

Seorang lelaki lain berada di tempat pemandu kereta tersebut untuk menekan pedal minyak ketika dia memanggang ayam itu.

Rakaman video yang menunjukkan dia memanggang ayam tersebut telah dimuat naik di laman YouTube.

"Api banyak yang keluar (dari ekzos). Kami telah memasak ayam belanda," kata Shmee. - Agensi

Patung itik gergasi meletup di Keelung

Posted:

Patung itik gergasi meletup di Keelung

Patung itik gergasi meletup di Keelung


GAMBAR menunjukkan patung itu meletup dengan tiba-tiba.


TAIPEI - Sebuah patung itik gergasi berwarna kuning meletup di Keelung, Taiwan semalam beberapa jam sebelum sambutan meraikan tahun baru bermula.

Patung setinggi 18 meter itu meletup pada waktu tengah hari selepas 11 hari ia dipamerkan kepada orang ramai.

"Kami mahu meminta maaf kepada para peminat patung itik berwarna kuning itu. Kami masih belum menemui punca masalah itu (patung tersebut meletup)," kata seorang pegawai penganjur pameran tersebut, Huang Jing-tai kepada pemberita. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved