Ahad, 6 Januari 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


SPRM siasat isu pajakan tanah

Posted:

SPRM siasat isu pajakan tanah

SPRM siasat isu pajakan tanah

Oleh ADHAM SHADAN dan ASMA HANIM MAHMOOD
berita@kosmo.com.my

SEBUAH rumah yang dibina oleh peneroka berlatarbelakangkan kawasan bukit yang telah digondolkan di Relai, Gua Musang semalam.


KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung isu pajakan tanah lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada sebuah syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan dua pemimpin DAP Perak.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menerima fail-fail berkaitan urusan pajakan tanah tersebut daripada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas.

"Pihak SPRM telah menerima dokumen berkaitan (pajakan tanah) dan siasatan masih diteruskan," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan kerajaan negeri telah menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tanah tersebut kepada SPRM kelmarin.

Pegawai kerajaan negeri telah menyerahkan fail-fail berkaitan urusan pajakan tersebut untuk siasatan selepas terdapat dakwaan tanah itu dipajak kepada sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan dua pemimpin DAP Perak.

Menurut Nik Aziz, kerajaan Pas Kelantan juga bersetuju dengan cadangan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menjalankan siasatan secara terperinci mengenai pajakan tanah kepada syarikat yang didakwa dimiliki oleh pemimpin DAP iaitu Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Nga Kor Ming itu.

Beliau yang menafikan wujud unsur rasuah dalam urusan pajakan tanah tersebut dan menegaskan ia dilakukan mengikut peraturan berkata, pihaknya tetap terbuka kepada apa juga jenis siasatan kerana mengamalkan dasar ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.

"Saya beri peluang kepada orang buat apa sahaja, Suruhanjaya Siasatan Diraja atau apa sekalipun, saya selalu sebut saya buka pejabat 25 jam sehari, bukan 24 jam tetapi 25 jam.

"Dengan cara ini, saya sendiri selalu beringat, pegawai sendiri selalu beringat, kerana apa? Kerana Menteri Besar sebut 25 jam buka pejabat untuk disiasat," katanya selepas menyampaikan amanat tahun baru pada Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Kompleks Kota Darul Naim di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Rugi RM33,600 dakwa ditipu dua ejen bekal pekerja asing

Posted:

Rugi RM33,600 dakwa ditipu dua ejen bekal pekerja asing

Rugi RM33,600 dakwa ditipu dua ejen bekal pekerja asing


NOORAZIAH (kanan) menunjukkan laporan polis berhubung dua kes dia ditipu sambil ditemani You Fong di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Malang bagi seorang pengarah urusan agensi pekerja asing apabila mendakwa ditipu dua ejen yang kononnya membekalkan pekerja sehingga kerugian RM33,600.

Nooraziah Muhadi, 49, mendakwa, kejadian pertama berlaku pada 15 Disember tahun lalu.

Dia yang mengendalikan Agensi Pekerjaan Fajar Indah Sdn. Bhd. mendakwa berurusan dengan lelaki bagi mendapatkan khidmat lima pekerja Kemboja.

"Saya melakukan dua transaksi berjumlah RM30,000 kepada lelaki itu dan dia berjanji akan membekalkan pekerja dalam tempoh dua bulan," katanya pada sidang akhbar di Kelab Akhbar Cina di sini semalam.

Bagaimanapun, ujar ibu kepada empat anak itu, selepas tiga bulan, lelaki tersebut mula berdolak-dalik apabila gagal membekalkan pekerja seperti yang dijanjikan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kanang disemadi dengan penghormatan negara

Posted:

Kanang disemadi dengan penghormatan negara

Kanang disemadi dengan penghormatan negara

Oleh MULLER ASEN
berita@kosmo.com.my


ORANG ramai mengambil kesempatan melihat secara dekat kubur Kanang selepas disemadikan di Makam Pahlawan, Kuching semalam.


KUCHING – Mendiang pahlawan negara, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau disemadikan dengan penuh penghormatan negara di Makam Pahlawan di sini pada pukul 4 petang semalam.

Upacara tersebut yang dihadiri kira-kira 3,000 orang bermula pada pukul 1.30 petang di Gereja St. Thomas Cathederal dalam cuaca mendung dan diselubungi suasana sayu.

Terdahulu, keranda mendiang ditempatkan di Dewan Suarah, Jalan Taman Budaya di sini bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Keranda yang membawa mendiang itu diusung ke makam tersebut oleh lapan anggota tentera yang terdiri daripada Pegawai Waran 1 (PWI) mewakili tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia diketuai PWI Michael Awie.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui hadir memberi penghormatan terakhir mewakili kerajaan Persekutuan manakala kerajaan negeri diwakili Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved